Tafsir Surah an-Nisa Ayat 135 – 140

Ayat 135: Ini adalah penjelasan tambahan kepada hukum dalam ayat ke 105 iaitu cara mengadili. Dalam memberi pengadilan, pemimpin atau hakim tidak boleh aniaya sesiapa pun. Tapi bagaimana kalau ada orang yang bersangkut dengan kita, atau dia miskin atau pun kaya? Kadang-kadang perkara sebegitu menyebabkan kita tidak menjalankan hukum dengan tepat. Oleh itu, jangan kerana dia kaya, kita hukum lebih atau kurangkan hukuman dari yang sepatutnya; atau kerana dia miskin, kita lepaskan. Semua itu tidak boleh dilakukan. Hukum tetap kena dijalankan seperti yang sepatutnya.

۞ يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا كونوا قَوّامينَ بِالقِسطِ شُهَداءَ لِلَّهِ وَلَو عَلىٰ أَنفُسِكُم أَوِ الوالِدَينِ وَالأَقرَبينَ ۚ إِن يَكُن غَنِيًّا أَو فَقيرًا فَاللَّهُ أَولىٰ بِهِما ۖ فَلا تَتَّبِعُوا الهَوىٰ أَن تَعدِلوا ۚ وَإِن تَلووا أَو تُعرِضوا فَإِنَّ اللَّهَ كانَ بِما تَعمَلونَ خَبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, be persistently standing firm in justice, witnesses for Allāh, even if it be against yourselves or parents and relatives. Whether one is rich or poor, Allāh is more worthy of both.1 So follow not [personal] inclination, lest you not be just. And if you distort [your testimony] or refuse [to give it], then indeed Allāh is ever, with what you do, Acquainted.

  • i.e., more knowledgeable of their best interests. Therefore, adhere to what He has enjoined upon you and testify honestly.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih penting dari keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا كونوا قَوّامينَ بِالقِسطِ

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan,

Kamu semua kena jadi pendukung keadilan. Lafaz قَوّامينَ ini didalam bentuk isim mubalaghah. Maknanya, kita kena jaga betul. Jangan sesekali kita tidak berlaku adil.

شُهَداءَ لِلَّهِ

lagi menjadi saksi kerana Allah, 

Kena jadi saksi dalam keputusan kerana Allah. Kita kena jadi saksi yang benar. Jangan kita menipu dalam penyaksian kita. Amat besar sekali dosa orang yang menjadi saksi palsu.

وَلَو عَلىٰ أَنفُسِكُم أَوِ الوالِدَينِ وَالأَقرَبينَ

sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. 

Kita kena berlaku adil, walaupun keputusan itu boleh membahayakan diri kamu. Samada kehidupan kamu boleh terganggu atau kerja dan sebagainya. Kadang-kadang kita tidak membuat keputusan yang adil kerana diri kita tersangkut juga.

Atau kepada kaum kerabat yang dekat. Walaupun kepada ibubapa. Kena adil juga. Kadang-kadang apabila orang yang diadili itu ada kena mengena dengan kita, kita jadi lembut pula, tidak menjalankan pengadilan dengan yang sepatutnya. Tapi Allah kata, kita kena berlaku adil, dan terus menjadi saksi yang benar, walaupun penyaksian kita itu akan membahayakan mereka – mungkin mereka kena masuk penjara atau kena hukum yang lain.

إِن يَكُن غَنِيًّا أَو فَقيرًا

walaupun orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin

Atau sekiranya dia kaya, jangan ada perbezaan dalam penghakiman. Kerana ada yang suruh orang kaya bayar lebih sebab kita rasa dia boleh bayar dengan lebih lagi. Atau ada yang beri keputusan orang kaya itu tak perlu bayar langsung, kerana kita mahu sesuatu dari dia, jadi kita tidak jalankan penghukuman kerana dia boleh balas kita dengan duit pula nanti. Boleh jadi orang kaya itu akan beri rasuah. Jangan begitu.

Atau, ada yang berlembut dengan orang yang miskin. Islam tidak membenarkan kita kasihan kepada orang miskin sampai tak jalankan keadilan. Memang kita kena kasihan kepada mereka, tapi tidak di dalam menjalankan hukum.

فَاللَّهُ أَولىٰ بِهِما

kerana Allah lebih penting dari keduanya.

Kena adil, kerana hukum Allah perlu dijaga lebih dari jaga orang kaya atau orang miskin. Hukum Allah lebih utama dari dua golongan itu.

Atau, perkataan ‘awla’ itu boleh bermaksud Allahlah yang akan menjaga mereka. Kita mungkin berlembut dengan mereka kerana kita kasihan kepada mereka dan hendak menjaga mereka. Tapi Allah beritahu yang Dia yang akan jaga mereka, tak payah kita susah-susah atau ambil tanggungjawab itu.

فَلا تَتَّبِعُوا الهَوىٰ أَن تَعدِلوا

Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu sehingga kamu menyeleweng dari keadilan. 

Kalau tidak ikut syariat agama, sebenarnya ikut hawa nafsu. Janganlah tidak berlaku adil. Dan jangan ikut hawa nafsu sampai zalim. Apabila tidak menegakkan keadilan, itu adalah satu kezaliman sebenarnya.

Jangan kerana kita tidak suka kepada seseorang atau sesuatu kaum itu menyebabkan kita tidak berlaku adil. Ini seperti yang Allah sebut dalam Maidah ayat 8. Ada satu hadis tentang seorang sahabat:

Abdullah ibnu Rawwahah telah diutus oleh Nabi SAW untuk melakukan penaksiran terhadap buah-buahan dan hasil tanaman milik orang-orang Yahudi Khaibar. Ketika itu mereka hendak memberi rasuah kepadanya dengan tujuan agar beliau bersikap lunak terhadap mereka, tetapi Abdullah ibnu Rawwahah berkata, “Demi Allah, sesungguhnya aku datang kepada kalian dari makhluk yang paling aku cintai, dan sesungguhnya kalian ini lebih aku benci daripada kera dan babi yang sama bilangan dengan kalian. Walaupun begitu, cintaku kepadanya, dan kebencianku terhadap kalian, tidak akan menyebabkan aku tidak berlaku adil terhadap kalian.” Mereka mengatakan, “Dengan keadilan inilah, langit dan bumi tetap tegak.”

وَإِن تَلووا أَو تُعرِضوا فَإِنَّ اللَّهَ كانَ بِما تَعمَلونَ خَبيرًا

Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Lafaz تَلووا bermaksud putar belit dalam buat kehakiman.

Atau enggan untuk buat keputusan sedangkan kamu kena buat keputusan itu; atau kamu enggan untuk jadi saksi dalam penghakiman sedangkan kamu sudah dipanggil dan kesaksian kamu penting kerana hendak menegakkan keadilan. Kalau kita tidak tampil jadi saksi, keadilan tidak dapat dijalankan pula.

Ingatlah, Allah tahu apa sahaja yang kita lakukan. Manusia lain mungkin tidak tahu kerana pengetahuan mereka tidak menyeluruh, tapi Allah Maha Tahu.

 


Ayat 136: Ayat ini tentang orang kafir. Dan kita pun tahu yang kafir itu banyak jenis. Ayat ini tentang kafir munafik.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا آمِنوا بِاللَّهِ وَرَسولِهِ وَالكِتابِ الَّذي نَزَّلَ عَلىٰ رَسولِهِ وَالكِتابِ الَّذي أَنزَلَ مِن قَبلُ ۚ وَمَن يَكفُر بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَاليَومِ الآخِرِ فَقَد ضَلَّ ضَلالًا بَعيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, believe1 in Allāh and His Messenger and the Book that He sent down upon His Messenger and the Scripture which He sent down before. And whoever disbelieves in Allāh, His angels, His books, His messengers, and the Last Day has certainly gone far astray.

  • i.e., renew, confirm and adhere to your belief.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا آمِنوا بِاللَّهِ وَرَسولِهِ وَالكِتابِ الَّذي نَزَّلَ عَلىٰ رَسولِهِ وَالكِتابِ الَّذي أَنزَلَ مِن قَبلُ

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. 

Ayat ini adalah ringkasan kepada agama. Ada tiga tafsir kepada ayat ini.

1. Kepada mereka yang telah beriman kepada kitab dahulu, kena beriman dengan Qur’an juga. Tak cukup kalau beriman dengan kitab dulu sahaja.

2. Wahai yang telah kata beriman dengan lisan, kena beriman dengan hati juga. Iman itu bukan setakat dengan lidah sahaja, tapi kena ditunjukkan dengan perbuatan. Kena belajar bagaimana iman yang perlu dianuti oleh orang Islam.

3. Kepada orang Islam yang telah beriman, tapi tidak lengkap iman mereka, kenalah beriman dengan sempurna. Jangan buat ala kadar sahaja tentang agama Islam ini. Kena beriman sampai dapat buat segala hukum dan tinggalkan segala larangan dari Allah. Kena tunjukkan iman kamu dengan amalan. Kalau dia memang telah beriman, maka ayat ini adalah suruhan untuk meneruskan iman itu.

Iman bertambah dan berkurang. Kita kena berusaha untuk meningkatkan iman kita. Jangan hanya selesa dengan iman di takuk lama. Kena berusaha lagi dan lagi. Dan iman itu dapat ditingatkan dengan ilmu.

Beriman dengan Allah bermaksud beriman dengan semua Rukum Iman dan perkara-perkara yang lain, bukan Rukun Iman sahaja. Kena belajarlah untuk tahu manakah yang perlu diimani.

Beriman dengan Rasulullah, maksudnya percaya bahawa apa yang baginda bawa adalah benar dan kita ikuti apa yang diajar oleh baginda.

Percaya kepada Quran bermaksud percaya kepada segala apa yang disampaikan dalam Quran itu.

Percaya kepada kitab-kitab yang lain bermaksud percaya yang Allah ada menurunkan kitab-kitab yang lain sebelum Quran.

Mereka yang beriman macam ini sahaja yang dapat melakukan keadilan. Sebelum ini adalah ayat suruhan untuk berlaku adil. Kalau tidak dapat beriman, tidak akan dapat berlaku adil kerana kalau tidak kisah tentang agama, maka mereka tidak kisah pun tentang keadilan.

Lihatlah dalam ayat ini ditukar lafaz نَزَّلَ untuk Qur’an (وَالكِتابِ الَّذي نَزَّلَ عَلىٰ رَسولِهِ) kepada lafaz أَنزَلَ untuk kitab-kitab sebelum itu (وَالكِتابِ الَّذي أَنزَلَ مِن قَبلُ) kerana jenis penurunan tidak sama. Kerana Quran diturunkan secara sekaligus dan kitab-kitab lain diturunkan secara sekaligus.

وَمَن يَكفُر بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَاليَومِ الآخِرِ فَقَد ضَلَّ ضَلالًا بَعيدًا

Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Kalau tidak dapat beriman sepenuhnya dengan semua yang telah disebut ini, orang itu dikira sesat. Walaupun dia menolak satu sahaja dari semua perkara itu.

 


Ayat 137: Ini pula tentang kafir murtad. Selalunya yang jadi murtad itu adalah kerana mereka bergaul rapat dengan orang kafir. Orang kafir memang kita boleh berurusan muamalah dengan mereka, tetapi tidaklah sampai berkawan rapat. Jangan sampai kita berkawan rapat dengan mereka sampai berminat dengan cara hidup dia.

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ آمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ ازدادوا كُفرًا لَم يَكُنِ اللَّهُ لِيَغفِرَ لَهُم وَلا لِيَهدِيَهُم سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have believed then disbelieved, then believed then disbelieved, and then increased in disbelief – never will Allāh forgive them, nor will He guide them to a way.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ آمَنوا ثُمَّ كَفَروا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kufur, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi,

Berkali-kali dikata orang itu kufur. Kejap kufur dan kejap beriman baik. Mereka jadi kufur sebab bergaul dengan orang kafir dan tertarik dengan cara hidup mereka dan fahaman mereka. Apabila duduk bergaul lama sangat dengan mereka, akan timbul minat dalam hati. Kalau tak bergaul dengan orang kafir, tak jadi macam tu. Dia rasa baik sahaja cara orang kafir itu. Dan ini adalah bahaya, kerana apabila redha sahaja dengan cara kufur, itu sudah kufur sebenarnya. Ketahuilah, mengiyakan kekufuran adalah kufur.

Bila dia belajar, dia kembali tahu bahawa salah cara kufur itu, maka dia kembali masuk Islam.

Kemudian dia kembali minat cara kufur apabila bergaul kembali dengan orang kafir. Kekufuran kali kedua ini lebih kuat lagi dari kekufuran kali pertama itu.

ثُمَّ ازدادوا كُفرًا

kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, 

Sampai pada satu tahap, dia lebih minat cara kufur dibandingkan dengan cara islam. Apabila sudah sampai ke tahap begitu, dia tidak akan kembali lagi kepada Islam. Dia ini adalah jenis yang kejap nak agama dan kemudian tidak. Dia ikut musim.

Ayat ini boleh juga dikatakan tentang golongan munafik. Mereka banyak disebut dalam surah an-Nisa ini. Golongan munafik itu hanya melihat kepada keuntungan sahaja. Kalau mereka nampak untung masuk Islam, mereka akan masuk. Sebagai contoh, selepas Perang Badr, mereka nampak Islam kuat dan mereka pun masuk Islam. Tapi apabila Muslim kalah Perang Uhud, mereka kembali kufur semula. Jadi, mereka itu sekejap beriman, sekejap kufur. Itu maknanya mereka bermain-main dengan agama.

لَم يَكُنِ اللَّهُ لِيَغفِرَ لَهُم

Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka,

Orang yang sebegini, Allah tidak akan ampunkan lagi mereka. Mereka main-main dengan agama. Tidak ada pengampunan kepada mereka selepas mereka mati kerana mereka berterusan di dalam kekufuran sampai mereka mati.

Allah hanya mengambil kira apakah iman kita semasa kita mati. Kalau sepanjang hidup kita mengamalkan Islam, tapi hujung hayat kita pergi kepada kekufuran, maka itu bermakna kita mati kufur. Ini adalah amat menakutkan sekali, kerana kita tidak tahu hujung hayat kita bagaimana nanti. Maka, moleknya kita sentiasa berdoa kepada Allah supaya menetapkan iman kita supaya kita mati dalam iman.

وَلا لِيَهدِيَهُم سَبيلًا

dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.

Tiada jalan dibuka lagi kepada mereka untuk ke syurga. Ini adalah kerana mereka tak layak. Lihatlah bahayanya bercampur gaul rapat dengan orang kafir.

 


Ayat 138: Rupanya perangai yang disebut dalam ayat sebelum ini adalah tentang golongan munafik. Baru Allah cakap dalam ayat ini. Maknanya, pada luaran, mereka nampak seperti orang Islam, cakap tentang Islam, mengaku Islam dan nama pun Islam, tapi hakikatnya mereka adalah kafir.

بَشِّرِ المُنافِقينَ بِأَنَّ لَهُم عَذابًا أَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Give tidings to the hypocrites that there is for them a painful punishment –

MALAY

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

بَشِّرِ المُنافِقينَ

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik:

Allah ejek mereka dengan kata berita gembira kepada mereka, tapi ianya bukan ‘berita gembira’, tapi berita buruk sekali.

بِأَنَّ لَهُم عَذابًا أَليمًا

bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka akhirnya. Itulah ‘berita gembira’ yang dimaksudkan.

 

Tanda sifat munafik munafiqin

Di Madinah, ramai mengikut agama Islam dalam masyarakat majmuk. Hingga secara tak sedar sifat-sifat munafik ada di kalangan mereka. Allah nyatakan sifat-sifat tersebut.


Ayat 139: Kenapa mereka kejap kufur, kejap beriman? Seperti yang telah disebut, kerana mereka mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka.

الَّذينَ يَتَّخِذونَ الكافِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ المُؤمِنينَ ۚ أَيَبتَغونَ عِندَهُمُ العِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلَّهِ جَميعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who take disbelievers as allies instead of the believers. Do they seek with them honor [through power]? But indeed, honor belongs to Allāh entirely.1
  • Being the source of all power and honor, Allāh grants them to whom He wills.

MALAY

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

الَّذينَ يَتَّخِذونَ الكافِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ المُؤمِنينَ

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.

Mereka minat untuk berkawan dengan orang kafir. Hati mereka telah cenderung kepada mereka. Duduk pula dalam kawasan mereka sampai tidak mahu berhijrah ke kawasan orang Islam.

 أَيَبتَغونَ عِندَهُمُ العِزَّةَ

Adakah mereka (orang-orang munafik) mencari kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu,

Kenapa jadi begitu? Kerana mereka mencari kemuliaan dan kekuatan dengan berkawan dengan orang kafir itu. Kerana mungkin macam-macam mereka boleh dapat dari orang kafir itu. Seperti kita telah belajar dalam ayat-ayat yang lain, orang-orang kafir itu kaya raya dan berkuasa kerana mereka melebihkan kehidupan dunia sahaja, tapi melihat kepada akhirat. Maka, orang-orang munafik itu pun bertempeklah dengan orang-orang kafir itu kerana ada kebaikan yang boleh didapati dari mereka.

فَإِنَّ العِزَّةَ لِلَّهِ جَميعًا

sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah. 

Allah menempelak mereka yang mencari kemulian dan kekuatan dari orang kafir itu. Mana patut mereka hendak mendapatkan kemulian dari mereka sendiri yang tidak ada kemuliaan? Sedangkan kemuliaan dan kehebatan itu milik Allah semuanya sekali. Allah boleh beri kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik dari sesiapa yang dikehendakiNya. Jadi kalau nak dapatkan kemulian, minta dari Allah sahaja, harap dari Allah sahaja. Kemulian dari Allahlah yang lebih baik dari apa yang kita dapat dari orang-orang kafir itu. Allah berfirman dalam Fathir:10

مَن كانَ يُريدُ العِزَّةَ فَلِلَّهِ العِزَّةُ جَميعًا ۚ
 Sesiapa yang mahukan kemuliaan, bagi Allah jualah segala kemuliaan. 
 
Dan Allah juga berfirman dalam Munafiqun:8

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلكِنَّ الْمُنافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.

 


Ayat 140: Allah telah melarang kita bergaul dengan orang kafir. Terutama kalau mereka berkata tidak baik tentang agama Islam.

وَقَد نَزَّلَ عَلَيكُم فِي الكِتابِ أَن إِذا سَمِعتُم آياتِ اللَّهِ يُكفَرُ بِها وَيُستَهزَأُ بِها فَلا تَقعُدوا مَعَهُم حَتّىٰ يَخوضوا في حَديثٍ غَيرِهِ ۚ إِنَّكُم إِذًا مِثلُهُم ۗ إِنَّ اللَّهَ جامِعُ المُنافِقينَ وَالكافِرينَ في جَهَنَّمَ جَميعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it has already come down to you in the Book [i.e., the Qur’ān] that when you hear the verses of Allāh [recited], they are denied [by them] and ridiculed; so do not sit with them until they enter into another conversation. Indeed, you would then be like them.1Indeed, Allāh will gather the hypocrites and disbelievers in Hell all together –

  • In this world, by participation in their blasphemy, and in the next, where you will share their punishment.

MALAY

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

وَقَد نَزَّلَ عَلَيكُم فِي الكِتابِ أَن إِذا سَمِعتُم آياتِ اللَّهِ يُكفَرُ بِها وَيُستَهزَأُ بِها

Dan sesungguhnya telah diturunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek

Yang dimaksudkan telah diturunkan dalam kitab adalah dalam surah An’am ayat 68. Surah An’am turun di Mekah. Oleh itu, dalam ayat ini, Allah kata yang perkara ini telah diberitahu sebelum ini.

فَلا تَقعُدوا مَعَهُم

maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka

Maka jangan duduk dengan mereka semasa mereka bercakap sambil mengutuk Quran atau agama Islam. Contohnya, mereka mungkin kata Hukum Hudud tak betul. Mereka kata begitu kerana mereka tidak belajar dan mereka hanya guna akal sahaja. Malangnya, kalau kita pun duduk sama dengan mereka dan kata ‘ya’ juga. Kerana ada yang jahil dan tidak belajar, dan apabila orang kafir kata begitu, mereka pun termakan juga dengan hujah orang kafir itu.

Bagaimana pula kalau kita bersama dalam majlis bidaah? Katakanlah ada majlis bersanding, majlis Mawlid Nabi, majlis kenduri Doa Selamat, dan sebagainya? Hukum yang sama juga. Kerana semasa mereka melakukan amal-amal bidaah mereka itu, mereka sedang mengingkari dan memperlekeh ayat-ayat Allah yang melarang melakukan perkara syirik dan bidaah. Kita pun tidak boleh duduk bersama dengan mereka dalam majlis itu. Ini adalah susah untuk dilakukan kerana kita masyarakat yang mementingkan pandangan masyarakat kepada kita. Kita segan kalau kita dikatakan anti-sosial, tidak hormat kepada keluarga, memecah belahkan masyarakt dan sebagainya, maka ada juga golongan Sunnah yang pergi juga ke majlis-majlis bidaah. Tapi kalau kita yang sudah tahu yang majlis itu salah, maka kenapa kita masih nak duduk di dalamnya lagi? Ayat ini memberitahu kita bahawa kalau kita duduk dalam majlis yang sama, ianya bermaksud kita pun sama macam mereka juga.

Suruhan meninggalkan ini juga termasuk juga dalam kita menonton media atau membaca media. Zaman sekarang, banyak rancangan dan tulisan di buku dan internet yang menghina Islam. Kita kena mempunyai sikap yang sama. Kalau ada rancangan atau tulisan yang menghina Islam, kita jangan terus tengok dan baca. Kerana amat bahaya apa yang dilihat dan dibaca itu. Apa yang kita lihat dan baca sebenarnya duduk lama dalam otak kita. Ditakuti lama kelamaan ianya akan mempengaruhi pemikiran kita kalau kita sudah lihat atau baca pandangan-pandangan yang sebegitu.

حَتّىٰ يَخوضوا في حَديثٍ غَيرِهِ ۚ

sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain;

Maka, jangan lagi duduk dengan mereka kecuali mereka ubah kepada cakap benda lain. Mungkin mereka tukar topik kepada pekerjaan dan benda-benda yang lain. Tidak patut kalau kita terus duduk bersama mereka semasa mereka mengutuk Allah dan agama kita. Bayangkan kalau ramai-ramai bersembang tentang ibu kita dan mengutuk ibu kita, takkan kita nak terus duduk situ lagi.

Bila mereka tidak buat amalan bidaah lagi, boleh sahaja duduk-duduk dengan mereka, berbincang minum kopi dan sebagainya. Kerana mereka masih lagi kawan, kenalan dan keluarga kita. Cuma kita tidak mahu bersekongkol dengan mereka semasa mereka melakukan perkara yang salah. Kita tunjukkan kita tidak suka dengan apa yang mereka lakukan itu dengan tidak menyertainya. Tapi tidaklah kita terus boikot mereka sampai bila-bila. Mana boleh kita boikot mereka, sedangkan kita masih lagi bertanggungjawab untuk berdakwah kepada mereka?

إِنَّكُم إِذًا مِثلُهُم

kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. 

Kalau masih duduk juga, kita dikira sama sahaja dengan mereka. Amat bahaya kalau terus duduk dengan mereka. Kerana kalau dah biasa dengar mereka kutuk tentang Islam, kemungkinan kita dah rasa biasa dah. Sebab dah lali. Begitulah manusia, kalau benda yang pelik pun lama-lama kalau dah biasa lihat dan dengar, jadi biasa pula. Sampai dah mula berani nak mempersoalkan agama. Akhirnya kita akkan jadi macam mereka. Bahayanya, kita mungkin kena azab sekali dengan mereka nanti.

Ayat ini juga mengajar kita dalam mencari kawan sebenarnya. Sepatutnya kita mencari kawan yang boleh memberi peransang untuk mengerjakan amalan yang soleh, bukannya yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Kerana sedikit sebanyak, kita terkesan juga dengan kawan-kawan kita. Mula-mula mungkin kita tidak ikut apa yang mereka lakukan, tapi lama kelamaan kita terikut juga. Maka, awal-awal lagi kena berhati-hati dalam memilih kawan.

إِنَّ اللَّهَ جامِعُ المُنافِقينَ وَالكافِرينَ في جَهَنَّمَ جَميعًا

Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Allah akan gabung sekali munafik dan kafir sekali di neraka. Kalau kita pun duduk-duduk dengan mereka, maka kita pun kena masuk dengan mereka sekali.

Ayat ini mengajar kita, kalau waktu mereka tengah kutuk agama Islam, itu bukan masa yang sesuai nak dakwah mereka atau memperbetulkan mereka. Kerana mereka pasti akan tolak. Sebab itu kena tinggalkan mereka dan cari masa yang sesuai untuk dakwah kepada mereka kemudian.

Nisaa 133-140

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 004: an-Nisa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s