Tafsir Surah an-Nisa Ayat 128 – 134 (Poligami)

Ayat 128: Ayat ini adalah penjelasan tentang hukum yang telah disebut dalam ayat 35. Ianya adalah jikalau suami isteri tidak boleh berdamai. Apabila tidak boleh berdamai, anjuran agama adalah untuk melantik hakam dari pihak suami dan pihak isteri. Dan kemudian telah telah disebut apa yang perlu dilakukan oleh suami jika isterinya nusyuz. Dalam ayat ini, apa pula yang isteri boleh buat jikalau suami yang nusyuz.

Islam amat menjaga institusi perkahwinan. Kerana kalau ada masalah antara suami dan isteri, kesannya buruk dan selalunya bukan terbabit kepada mereka sahaja tapi orang-orang yang disekeliling mereka. Kesannya bukan sahaja bermasam muka, tapi mungkin sampai perkelahaian keluarga lain atau kampung dan boleh sampai ke tahap bunuh orang lain kalau tak puas hati sangat.

Islam telah mengajar bagaimana melayari bahtera perkahwinan. Kalau diikut dengan saksama, maka perkahwinan akan menjadi syurga dunia. Tapi ada waktunya yang perbezaan pendapat dan pertelingkahan mungkin terjadi, maka Islam juga memberi jalan penyelesaian dalam keadaan begitu. Kalau diikuti, in sha Allah tidak akan meninggalkan semua pihak dalam rasa tidak puas hati.

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا وَالصُّلْحُ خَيْرٌ وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ وَإِن تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if a woman fears from her husband contempt or evasion, there is no sin upon them if they make terms of settlement between them – and settlement is best. And present in [human] souls is stinginess.1 But if you do good and fear Allāh – then indeed Allāh is ever, with what you do, Acquainted.

  • i.e., holding on to self-interests.

MALAY

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz”, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

 

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz”

Maksudnya kalau suaminya itu kasar, menghina dalam kata-kata dan kasar dalam pergaulan. Ini tidak patut terjadi kerana suruhan Allah kepada suami adalah untuk bergaul dengan baik dan kena beri nafkah yang sepatutnya. Tapi ada suami yang beri kurang sedangkan dia mampu.

 

أَوْ إِعْرَاضًا

atau tidak melayaninya, 

Atau jikalau suami itu tidak peduli langsung kepada isteri. Mungkin si suami itu ada isteri yang ramai. Atau zaman sekarang, ada suami yang ramai girlfriend. Atau sibuk sangat dengan kerja sampai buat tak kisah dengan isteri. Ada pula suami yang akal pendek, atau akal belum berkembang, buang masa dengan main game atau internet sahaja. Kadang-kadang, seorang isteri tentu bimbang dengan keadaan macam ini dan mereka tertanya-tanya diri mereka sendiri, sampai bila nak jadi macam ni? Kalau ini terjadi, ada jalan penyelesaian yang telah digariskan oleh Islam.

 

فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا

maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua

Kalau suami dah jadi macam yang disebut di atas, maka bolehlah buat perdamaian dengan cara baik. Seorang suami kena beri apa yang baik. Tidaklah si isteri disuruh sabar sahaja sampai bertahun-tahun. Malangnya, kalau di negara ini, tidak diajar benda sebegini. Si isteri selalunya disuruh untuk bersabar bertahun-tahun lamanya, kadang seperti digantung tidak bertali. Ini adalah kerana mereka jahil dengan saranan yang ada dalam Quran, kerana tak belajar Quran, letak di rak buku sahaja atau baca tapi tak faham.

Ayat ini juga memberi satu ruang perbincangan dan perdamaian antara suami dan isteri. Kadang-kadang, perkahwinan satu pasangan tidak seperti yang seindah yang diharapkan. Antaranya, mungkin ada kekurangan pada pihak isteri. Mungkin dia sudah sakit dan tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri lagi dengan sempurna. Maka si suami pun berkahwin lain. Dalam hal ini, timbul satu persoalan, adakah suami itu sepatutnya menceraikan isterinya, atau terus mengekalkan isterinya, tapi tidak memberi hak isteri itu seperti yang diberikan kepada isteri yang biasa?

Dalam hal ini, ada sunnah dari Nabi Muhammad. Di dalam kitab Sahihain disebut melalui hadis Hisyam ibnu Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah r.a. yang menceritakan,

“Ketika usia Saudah binti Zam’ah sudah lanjut, ia menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah. Sejak saat itu Nabi Saw. menggilir Siti Aisyah selama dua hari; satu hari milik Siti Aisyah, sedangkan hari yang lain hadiah dari Saudah.”

Nabi Muhammad telah melakukan perkara ini sebagai satu langkah yang boleh diambil oleh umatnya. Ini menunjukkan, boleh dilakukan perjanjian antara isteri dan suami. Suami tidak melepaskan isterinya itu dengan isteri itu menawarkan sesuatu kepada suami itu berupa hadiah, atau dalam kes Nabi ini, Saudah telah memberikan gilirannya kepada Aisyah.

 

وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

kerana perdamaian itu lebih baik

Kerana berdamai itu tentunya lebih baik dari bercerai. Sudah susah-susah kahwin, dah ada anak, eloklah kalau boleh menyelamatkan perkahwinan itu. Manusia, kalau diberi nasihat, ada yang boleh terima. Kalau tidak boleh terima, dan rasa kena cerai juga, maka cerailah. Tapi ambillah jalan penyelesaian dengan cuba berdamai dahulu.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah, keduanya dari Kasir ibnu Ubaid, dari Muhammad ibnu Khalid, dari Ma’ruf ibnu Wasil, dari Muharib ibnu Disar, dari Abdullah ibnu Umar yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقُ”

Perkara halal yang paling dimurkai oleh Allah ialah talak.

Kalau sampai perlu cerai, ini juga ada dalam agama Islam yang telah meletakkan syarat-syaratnya. Ianya bukanlah perkara yang perlu dimalukan sangat. Kalau memang tidak boleh bersama lagi, lebih baik bercerai dari memakan hati dalam perkahwinan yang tidak disukai. Cuma kena jaga taqwa dan jangan busuk hati dengan orang. Dan peraturan bercerai telah ditetapkan supaya tidak ada yang dizalimi dalam perceraian itu. Supaya walaupun pasangan terpaksa berpisah, tapi mereka berpisah dengan cara baik.

 

وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ

sedang sifat bakhil kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia.

Punca jadi begitu adalah kerana tamak dunia. Sampai kepada isteri pun tak mahu beri apa yang sepatutnya suami itu beri. Samada dalam bentuk wang atau masa – dua-dua suami itu kedekut.

Atau mereka lebih meluangkan masa untuk cari harta dunia sampai tidak ada masa dengan isteri dan anak-anak. Itu memang kerja yang bodoh, sebab dia cari duit yang banyak pun untuk isteri dan anak-anak bukan? Tapi keluarga sebenarnya memerlukan masa dengan kita, bukan hanya tanggungan kehidupan sahaja. Tapi memang manusia memang ada sifat macam itu. Oleh itu, perasaan tamak yang bawa kepada kedekut.

 

وَإِن تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا

Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri 

Perkara ini hanya boleh diselesaikan suami tukar sifat. Kena tukar perangai. Memang Allah telah jadikan manusia dengan sifat tamak dan kedekut. Ada orang yang lebih tamak dan lebih kedekut dari orang lain. Kalau Allah jadikan sesuatu sifat buruk dalam diri manusia itu, bukanlah dia berterusan dengan sifat itu. Segala sifat buruk yang Allah telah jadikan semulajadi dalam diri manusia adalah sebagai ujian untuk manusia itu memperbaiki diri dia. Kalau lahir-lahir dah jadi baik sahaja semua manusia, tidaklah ada ujian lagi. Oleh itu, kalau belajar dan faham ayat ini, akan senang nak buat kebaikan senang nak baiki diri.

 

فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Dan kena ingat yang Allah sentiasa sahaja memerhatikan tingkah laku kita dalam dunia. Allah lihat sahaja samada seorang suami itu berbuat baik atau tidak. Semua itu akan dikira di akhirat kelak. Jadi, berbuat baik dengan isteri adalah suruhan dalam agama. Orang mukmin sepatutnya jaga perkara ini. Malangnya, ada orang yang tidak tinggal solat, malah jadi imam kat masjid dan surau, tapi layan isteri dan anak-anak dengan teruk. Mereka itu tidak faham agama. Mereka ingat agama ini ibadat khusus macam solat sahaja agaknya. Ini kerana pengajaran Quran sudah tidak diajar di negara ini dengan menyeluruh, maka ramai yang jahil Quran dan jahil agama. Yang mengajar di masjid dan surau pun tidak tahu tafsir Quran kerana tidak pernah belajar, apatah lagi orang awam yang ikut-ikut sahaja.

 


 

Ayat 129: Hak manusia yang kita boleh tunaikan adalah dari segi zahir sahaja. Kalau perkara dalam hati seperti kasih sayang, ianya amat payah untuk diberi sama rata. Oleh itu, agama tidak mewajibkan sama rata dari segi perasaan, tapi dari segi masa dan harta, kena adil. Oleh itu, benda yang boleh dikira, suami kena adil antara isteri-isterinya.

Ayat ini adalah kepada mereka yang berkahwin lebih dari seorang isteri.

وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you will never be able to be equal [in feeling] between wives, even if you should strive [to do so]. So do not incline completely [toward one] and leave another hanging.1And if you amend [your affairs] and fear Allāh – then indeed, Allāh is ever Forgiving and Merciful.

  • Neither divorced nor enjoying the rights of marriage.

MALAY

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh

Seorang suami tidak akan mampu untuk kasih kepada isteri-isterinya sama rata, walaupun dia teringin sangat nak buat. Sebab perasaan dalaman ikut Allah. Allah yang kawal hati kita. Oleh itu, memang ada isteri yang kita sayang lebih dari yang lain. Nabi Muhammad pun sayang isteri baginda tidak sama. Umum mengetahui bahawa baginda lebih sayang kepada Aisyah dibandingkan dengan yang lain. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan para pemilik kitab sunan melalui hadis Hammad ibnu Salamah, dari Ayyub, dari Abu Qilabah, dari Abdullah ibnu Yazid, dari Aisyah yang menceritakan bahwa Rasulullah Saw. membagi-bagi gilirannya di antara isteri-isterinya dengan cara yang adil. Kemudian Nabi Saw. bersabda:

«اللَّهُمَّ هَذَا قَسْمِي فِيمَا أَمْلِكُ، فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أملك»

Ya Allah, inilah pembagianku terhadap apa yang aku miliki, tetapi janganlah Engkau mencelaku terhadap apa yang Engkau miliki, sedangkan aku tidak memilikinya.

Yang baginda maksudkan ialah kecenderungan hati. Baginda tidak dapat mengawal hati baginda kerana Allah yang memiliki hati kita. Allah yang membolak-balikkan hati. Demikianlah menurut lafaz hadis yang diketengahkan oleh Imam Abu Daud, dan hadis ini sanadnya sahih.

 

فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ

oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung

Tapi jangan tumpukan sangat kepada isteri yang disayangi lebih itu, sampai abaikan isteri-isteri yang lain. Kerana kita kena adil dalam perkara yang zahir. Jangan sampai mereka itu seumpama ‘tergantung’. Peribahasa Melayu kata “gantung tak bertali” -mereka ini tidak dicerai dan tidak juga didatangi. Mereka tidak mendapat kasih sayang suami dan mereka tidak dicerai pula. Kalau dicerai, adalah kemungkinan boleh kahwin dengan lelaki lain.

 

وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

dan jika kamu memperbaiki, dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah suruh suami yang sebegitu untuk memperbaiki balik mana yang salah. Dan bertaqwa itu maksudnya jaga hukum yang di masa hadapan. Yang sudah lepas tidak boleh diubah lagi, tapi ingat-ingatlah bagaimana untuk bergaul dengan mereka di masa hadapan nanti.

Dan Allah Maha Pengampun terhadap kesalahan kita melebihkan perasaan terhadap isteri  yang kita sayangi lebih dari isteri-isteri yang lain. Asalkan kita jaga keadilan terhadap perkara-perkara yang zahir.

Khulasahnya, kena berhati-hati dalam perkara poligami ini. Kerana boleh jadi banyak masalah. Ingatlah bagaimana kisah Saidina Ali hendak berkahwin lain, memadukan isterinya Fatimah. Fatimah telah mengadu kepada Nabi Muhammad dan Nabi telah berjumpa dengan Ali dan menasihatinya, kalau Ali menyakiti hati Fatimah, itu tentunya akan menyakiti hati baginda. Dan menyakiti hati baginda tidak sama dengan menyakiti hati orang lain.

 


 

Hadis palsu tentang cerai perceraian

Jika perceraian adalah satu jalan keluar maka ia perlu dilakukan sebagai pelan damai. Tiada kaitan langsung dengan Arasy Allah akan goncang bergegar.

Ayat 130: Ini pula kalau tidak boleh berdamai juga dan keputusan telah diambil untuk bercerai.

وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِّن سَعَتِهِ وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if they separate [by divorce], Allāh will enrich each [of them] from His abundance. And ever is Allāh Encompassing and Wise.

MALAY

Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.

 

وَإِن يَتَفَرَّقَا

Dan jika keduanya bercerai,

Kalau telah dijalankan perbincangan dan nasihat telah diberikan, tapi pasangan itu nampak yang tidak ada jalan keluar melainkan bercerai sahaja. Kita kena terima bahawa perkara ini selalu berlaku dan memang ianya adalah salah satu dari jalan penyelesaian. Islam bukanlah agama yang mengharamkan perceraian. Ada agama seperti Kristian Catholic yang mengharamkan perceraian sampaikan pasangan terpaksa duduk di dalam perkahwinan yang mereka sama-sama tidak mahu. Selalunya pasangan terus putus asa kalau mereka bercerai. Memanglah, tidak ada yang memasuki gerbang perkahwinan dengan sangka yang mereka akan bercerai akhirnya. Tentunya ianya akan mengejutkan ramai orang. Ramai yang tidak dapat terima realiti ini kadang-kadangnya. Mulalah ada yang tak lalu makan, ada pula yang kesedihan yang  berpandangan.

Apakah nasihat dari Allah?

 

يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِّن سَعَتِهِ

maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya.

Allah beritahu yang Dia akan cukupkan keperluan masing-masing dari kurniaNya yang maha luas. Kita tidak tahu bagaimana caranya Allah lakukan. Dan mungkin kita tidak nampak bagaimana Allah ‘luas’kan untuk mereka. Mungkin masing-masing akan dapat pasangan yang lebih sesuai untuk mereka selepas bercerai. Mungkin pasangan yang sebelum itu memang tidak sesuai, tapi kemudian dia berkahwin dengan seseorang yang lebih sesuai lagi. Kita boleh lihat bagaimana ini terjadi. Ada ramai yang selepas berkahwin lain, mereka rasa mereka lebih tenang dan lebih beruntung.

 

وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا

Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.

Kurniaan dari Allah adalah amat banyak. Mungkin kita tidak dapat satu bahagian, tapi akan diberi oleh Allah, bahagian yang lain.

Yang penting, kita tahu yang semua yang terjadi adalah dalam perancangan Allah. Dan tentu ada hikmah dalam apa yang dilalui dalam perceraian itu. Samada kita nampak atau tidak sahaja. Ingatlah yang Allah tidak pernah zalim kepada makhlukNya.

 


 

Ayat 131:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ وَإِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And We have instructed those who were given the Scripture before you and yourselves to fear Allāh. But if you disbelieve – then to Allāh belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And ever is Allāh Free of need and Praiseworthy.

MALAY

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

 

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;

Apabila Allah memiliki segalanya, maka hendaklah taat kepada Allah sahaja, ibadah kepada Dia sahaja dan doa kepada Dia sahaja.

Dengan segala hukuman dan nasihat yang telah diberikanNya dalam ayat-ayat sebelum ini, kalaulah kita tidak mahu hendak ikut, Allah tidak ada bezanya. Kerana Dia tidak memerlukan ketaatan kita.

Dan kalaulah kita pula taat kepada suruhan dan nasihat yang telah diberikan, Allah boleh berikan apa sahaja kepada kita kalau Dia mahu, kerana Dia memiliki segala-galanya.

 

وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ

dan demi sesungguhnya, Kami telah wasiatkan kepada orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, 

Wasiat adalah kata-kata perintah yang penting. Umat-umat dahulu telah diberikan dengan wasiat yang akan disebut ini.

 

وَإِيَّاكُمْ

dan juga kamu,

Umat Nabi Muhammad juga mendapat perintah yang sama. Sama sahaja ajaran tentang tauhid dari dulu sampai sekarang dan sampai ke Kiamat nanti. Apakah wasiatnya?

 

أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ

iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah;

Hendaklah semua taqwa dan takut kepada Allah dengan jaga hukum.

 

وَإِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;

Kalau kamu kufur engkar, Allah tidak memerlukan kamu, kerana semuanya dalam alam ini adalah milikNya.

Oleh itu, jangan kecoh sangat, jangan sedih sangat kalau ditakdirkan kamu bercerai dengan pasangan kamu. Jangan persoal kenapa jadi macam tu. Arasy Allah juga tidak bergegar sebab perceraian suami-isteri. Itu hanya dakwaah palsu hadis rekaan. Allah boleh buat apa-apa sahaja yang Dia hendak kerana semua yang ada dalam alam ini adalah hakNya dan Dia boleh buat apa sahaja yang Dia hendak. Isteri kita bukan hak kita. Suami kita bukan hak kita. Hak Allah semuanya.

 

وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا

dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Maksudnya Allah Maha Kaya dari memerlukan kita. Allah tidak memerlukan ketaatan kita. Ketaatan kita kepadaNya itu adalah untuk kebaikan kita sebenarnya.

nisaa-117-131


 

Ayat 132:

وَلِلَّهِ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَكيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And sufficient is Allāh as Disposer of affairs.

MALAY

Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya).

 

وَلِلَّهِ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ

Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi;

Huraian ayat sebelum. Allah maha kaya semua milik Dia. Dia tidak perlukan kita.

 

وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَكيلًا

dan cukuplah Allah sebagai Pengawal

Cukuplah Allah jaga kita. Kita hanya perlu tawakal kepada Allah sahaja. Kalau sesuatu terjadi, macam perceraian, maka serahkan diri kita kepada Allah. Kena faham maksud tawakal.

 


 

Ayat 133: Allah tidak berkehendak kepada ibadat dari kita. Arahan Allah untuk kita buat ibadat adalah untuk kebaikan kita.

إِن يَشَأ يُذهِبكُم أَيُّهَا النّاسُ وَيَأتِ بِآخَرينَ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَلىٰ ذٰلِكَ قَديرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If He wills, He can do away with you, O people, and bring others [in your place]. And ever is Allāh competent to do that.

MALAY

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Dia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.

 

إِن يَشَأ يُذهِبكُم أَيُّهَا النّاسُ

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia

Allah menyambung lagi, hendak menceritakan betapa Dia tidak memerlukan kita. Kalau Allah mahu, Allah boleh musnahkan kita semua. Habis semua pupus tak tinggal seorang pun.

 

وَيَأتِ بِآخَرينَ

dan Dia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain.

Dan selepas musnahkan kita semua, Dia boleh ganti dengan makhluk yang lain. Maka, jangan kita rasa kita hebat sangat, penting sangat. Allah boleh hilangkan kita begitu sahaja. Allah bagi kita hidup lagi sebab nak beri peluang kepada kita sahaja.

 

وَكانَ اللَّهُ عَلىٰ ذٰلِكَ قَديرًا

Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.

Jangan kata Allah tidak mampu melakukan apa yang Dia cakap. Dia boleh buat apa sahaja.

 


 

Ayat 134: kalau nak duduk di dunia maka kenalah taat dan buat seperti Allah hendak.

مَن كانَ يُريدُ ثَوابَ الدُّنيا فَعِندَ اللَّهِ ثَوابُ الدُّنيا وَالآخِرَةِ ۚ وَكانَ اللَّهُ سَميعًا بَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Whoever desires the reward of this world – then with Allāh is the reward of this world and the Hereafter. And ever is Allāh Hearing and Seeing.

MALAY

Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 

مَن كانَ يُريدُ ثَوابَ الدُّنيا

Sesiapa yang mahukan balasan dunia sahaja

Ada jumlah muqaddar (lafaz yang tidak disebut) di sini. Sesiapa yang hendak balasan dunia sahaja, maka dia adalah seorang yang bodoh. Itu tanda otak yang sudah rosak.

 

 

فَعِندَ اللَّهِ ثَوابُ الدُّنيا وَالآخِرَةِ ۚ

kerana di sisi Allah disediakan balasan dunia dan akhirat.

Kerana dikatakan kalau seseorang itu hanya mahukan dunia sahaja, dia dikatakan bodoh? Kerana Allah ada dunia dan akhirat yang disediakan untuk manusia, asalkan mereka mahu berusaha. Maka mintalah keduanya. Janganlah minta dunia sahaja. Boleh minta kebaikan dalam dua-dua, tapi minta satu sahaja, itu adalah amat rugi sekali. Lihatlah ayat Baqarah:200 yang kita telah belajar bagaimana Allah mengajar kita cara untuk berdoa meminta kebaikan dunia dan akhirat sekali.

 

وَكانَ اللَّهُ سَميعًا بَصيرًا

Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Allah bukan hanya mendengar, tapi dalam ayat ini Dia kata Dia بَصيرًا (melihat) juga. Maksudnya, kalau nak dunia dan akhirat, kena ada usaha kerana Allah hendak melihat usaha kita.

Bukan setakat cakap sahaja, tapi kena jalankan apa yang kita mampu. Dunia adalah ujian dan seperti juga dalam peperiksaan dunia, kalau nak lulus peperiksaan, kenalah belajar sampai faham. Dan pelajaran yang terpenting sekali adalah mempelajari maksud ayat-ayat Quran.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 004: an-Nisa and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s