Tafsir Surah an-Nisa Ayat 66 – 74 (Empat golongan yang diberi nikmat)

Ayat 66: Allah nak beritahu dalam ayat ini, keputusan yang telah diberikan oleh Nabi itu, samada berat atau ringan, kena diterima. Juga Allah nak beritahu bahawa apa sahaja yang Allah telah putuskan, itu adalah untuk kebaikan kita sebenarnya. Memang kena ikut pun tapi untuk kebaikan kita sebenarnya. Kena percaya dan jangan tolak untuk terima.

وَلَو أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم أَوِ اخرُجوا مِن دِيارِكُم ما فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِنهُم ۖ وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَهُم وَأَشَدَّ تَثبيتًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if We had decreed upon them, “Kill yourselves” or “Leave your homes,” they would not have done it, except for a few of them. But if they had done what they were instructed, it would have been better for them and a firmer position [for them in faith].

MALAY

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

 

وَلَو أَنّا كَتَبنا عَلَيهِم أَنِ اقتُلوا أَنفُسَكُم

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri,

Kalaulah Allah suruh mereka bunuh diri mereka sendiri, macam yang telah diarahkan kepada umat Nabi Musa dahulu, apakah yang mereka akan lakukan? Seperti yang kita telah belajar dalam Baqarah:54, puak Yahudi yang telah melakukan kesalahan menyembah patung anak sapi betina itu telah diarahkan untuk membunuh diri mereka dan mereka lakukan. Tapi, kalau puak munafik itu disuruh membunuh diri mereka, adakah mereka akan buat? Maksudnya, katakanlah Allah suruh mereka yang datang itu kena bunuh diri mereka, adakah mereka akan lakukan?

 

أَوِ اخرُجوا مِن دِيارِكُم

atau keluarlah dari tempat kediaman kamu

Atau, katakanlah mereka diarahkan oleh Allah untuk keluar dari kampung halaman mereka sebagaimana yang telah diarahkan kepada umat Nabi Musa, adakah mereka akan lakukan?

Orang yang benar-benar mukmin akan sanggup untuk meninggalkan daerah tempat tinggal mereka. Jangan kita lupa bahawa telah ada kalangan umat yang sebegitu – golongan Muhajirin telah meninggalkan tempat tinggal mereka, rumah mereka, tanah mereka, keluarga mereka dan kekayaan mereka kerana menyahut arahan Allah untuk berhijrah.

 

ما فَعَلوهُ إِلّا قَليلٌ مِنهُم

nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. 

Allah nak beritahu yang mereka tidak akan mampu ikut kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka.

 

وَلَو أَنَّهُم فَعَلوا ما يوعَظونَ بِهِ لَكانَ خَيرًا لَهُم

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka

Kalaulah mereka ikut apa yang telah diarahkan kepada mereka, itu lebih baik untuk mereka. Kerana ia datang dari Allah. Dan apa yang datang dari Allah tentunya baik belaka. Kena taat sepenuhnya kepada apa yang Allah suruh. Dah pernah jadi kepada kaum Musa pun dan mereka ikut. Walaupun ianya nampak macam tak masuk akal, kalau kita ikut pemikiran kita yang cetek ini. Tapi apa sahaja arahan dari Allah adalah tepat sekali, cuma kita sahaja yang tidak nampak.

 

وَأَشَدَّ تَثبيتًا

dan lebih meneguhkan

Itulah perbuatan yang kukuh. Kita kena ikut apa sahaja arahan Allah samada kita nampak hikmah atau tidak dalam hukum itu. Perbuatan itu akan mengukuhkan iman mereka.

Surah ini tentang hukum dan munafik. Ada kaitan kenapa disebut sekali dalam surah ini. Kerana munafik ada masalah nak ikut hukum yang Allah telah putuskan. Mereka akan rasa berat sahaja nak ikut apa yang telah disampaikan.

 


 

Ayat 67: Ini balasan kepada mereka yang ikut hukum yang telah disampaikan oleh Allah.

وَإِذًا لَآتَيناهُم مِن لَدُنّا أَجرًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And then We would have given them from Us a great reward.

MALAY

Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;

 

وَإِذًا

Dan jika begitu,

Jika sekiranya mereka dapat pegang hukum yang telah disampaikan oleh Allah.

 

لَآتَيناهُم مِن لَدُنّا أَجرًا عَظيمًا

tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;

Mereka akan diberikan pahala yang sangat besar. Dan Allah kata pemberian itu dari SisiNya, jadi ianya bukanlah perkara yang biasa, tapi ianya adalah sesuatu yang amat istimewa.

 


 

Ayat 68: Ini pula adalah kelebihan kedua yang mereka akan dapat kalau jaga hukum dan taat kepada Rasul.

وَلَهَدَيناهُم صِراطًا مُستَقيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We would have guided them to a straight path.

MALAY

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

 

Selalu di dalam solat kita, kita minta kepada Allah ‘Jalan yang lurus’. Sekarang Allah beritahu bahawa jalan yang lurus itu adalah dengan taat kepada segala arahan hukum yang datang dari Rasulullah. Dan Allah akan pimpin mereka jalan lurus yang membawa ke syurga.

 


 

Ayat 69: Seperti yang kita selalu dengar, tak kenal maka tak cinta. Kerana kita tidak siapakah Nabi itulah yang menyebabkan kita tidak taat. Maka kita kena kenal Nabi dahulu dan mereka yang mengikuti para Nabi dahulu.

Ayat ini adalah penjelasan siapakah yang diberi nikmat dalam surah Fatihah. Iaitu ayat صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم. Kita kena kenal siapakah mereka supaya kita boleh jadikan mereka sebagai tauladan buat kita. Ada empat golongan yang disebut dalam ayat ini.

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَّهُ عَلَيهِم مِنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّالِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever obeys Allāh and the Messenger – those will be with the ones upon whom Allāh has bestowed favor of the prophets, the steadfast affirmers of truth, the martyrs and the righteous. And excellent are those as companions.

MALAY

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

 

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسولَ

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, 

Mereka yang boleh taat kepada Allah adalah hanya mereka yang kerana kenal Allah. Oleh keran itu, kita kena kenal Allah sebagaimana yang Allah kenalkan DiriNya dalam Quran. Maka, kena belajar Tafsir Quran, baru boleh kenal Allah.

Mereka yang boleh taat rasul adalah kerana mereka kenal baginda. Oleh kerana itu, kena kenal Rasul dengan mempelajar sunnah-sunnah baginda dan sejarah hidup baginda – Sirah Nabawi.

Dan kita kena faham bahawa untuk taat kepada Allah, kita kena taat kepada Rasulullah. Itulah caranya. Kerana bagaimana nak taat kepada Allah, kerana kita tidak tahu apakah yang Allah hendak? Maka, Allah telah lantik Nabi sebagai Rasul, untuk menyampaikan kehendakNya, maka kenalah kita ikut apa yang disampaikan oleh Nabi kerana baginda menyampaikan kehendak Allah. Kita tidak akan dapat maklumat terus dari Allah, bukan?

Allah beri hidayah kepada kita melalui NabiNya. Memang Allah telah beri Qur’an dan Quran itu telah sampai kepada kita, tapi kalau bukan Nabi yang jelaskan, kita takkan faham.

Oleh kerana itu, amatlah dangkal sekali fikiran mereka yang menolak hadis Nabi seperti golongan anti-Hadis.

Ada pula yang terlalu sesat sampai mereka kata mereka boleh berhubung terus dengan Allah. Ini adalah mereka yang sesat.

Ada takdim dan ta’khir dalam ayat ini. Allah mulakan taat kepada Allah sebelum taat kepada Rasul. Oleh itu, taat kepada Quran adalah lebih utama daripada taat kepada hadis. Memang kena ikut hadis tapi kena cari ayat Qur’an dahulu sebagai dalil dan nas dalam menghukum. Kalau tidak ada dalam Quran, baru kena cari dalam hadis. Ini seperti hadis yang menceritakan bagaimana Nabi menghantar Muaz untuk menjadi gabenor:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَذَكَرَ: ” كَيْفَ تَقْضِي إِنْ عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ؟ ” قَالَ: أَقْضِي بِكِتَابِ اللهِ. قَالَ: ” فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللهِ؟ ” قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ قَالَ: ” فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سَنَةِ رَسُولِ اللهِ؟ ” قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو. قَالَ: فَضَرَبَ صَدْرِي فَقَالَ: ” الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَا يُرْضِي رَسُولَهُ ”

Ketika Nabi Muhammad SAW mahu mengutuskan Mu`az ke Yaman, baginda bertanya: Bagaimanakah kamu akan berhukum apabila datang kepadamu suatu masalah? Beliau menjawab: Aku akan berhukum dengan Kitabullah (Al-Quran). Soal Nabi lagi: Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Kitabullah? Maka Mu`az menjawab: Maka aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah SAW. Soal baginda lagi: Bagaimana pula jika ia tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Aku akan berijtihad dengan pandanganku dan tidak akan melampau. Kemudian Mu`az bercerita; Setelah itu, Rasulullah menepuk dadaku sambil berkata: Segala puji hanya bagi Allah yang telah membuat sepakat utusan Rasulullah yang menjadikan rasul-Nya redha.

 

فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَّهُ عَلَيهِم

maka mereka yang bersifat sebegitu, akan bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,

Mereka yang taat kepada Allah dengan taat kepada Rasul itulah yang akan diberi nikmat oleh Allah. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja sampailah ke hari kiamat. Maka, kalau kita hendak mendapat nikmat seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam surah Fatihah itu, kita kena ikut sunnah Nabi. Jangan tinggalkan sunnah, jangan lupa belajar sunnah Nabi. Nak belajar benda lain, boleh, tapi kenalah belajar tafsir Quran dan sunnah Nabi dahulu.

 

مِنَ النَّبِيّينَ

iaitu dari kalangan Nabi-nabi,

Kemudian Allah berikan hirarki empat golongan yang telah diberi nikmat itu. Ini adalah susunan keutamaan dan kemuliaan. Allah mulakan dengan para Nabi dahulu kerana merekalah insan teristimewa yang telah diberikan dengan ilmu pengetahuan yang terus dari Allah dan mereka telah berkorban untuk menyampaikannya.

Kita memang tidak boleh menjadi seperti mereka kerana tidak ada manusia yang akan menjadi Nabi selepas Nabi Muhammad. Tapi walaupun kita tidak boleh menjadi seperti mereka, kita boleh ikut sunnah-sunnah mereka dan apakah perbuatan mereka yang boleh diikuti.

 

وَالصِّدّيقينَ

dan orang-orang Siddiqiin,

Lafaz ‘Siddiq’ adalah dalam isim mubalaghah – bersangatan. Mereka inilah adalah mereka yang ‘amat benar’. Kerana merekalah yang mula-mula percaya dan membenarkan para Nabi. Mereka membenarkan para Nabi itu sewaktu tidak ada orang yang terima. Lihatlah contoh Siddiq yang terkenal, iaitu Abu Bakr as-Siddiq, bagaimana beliau amat percaya kepada Nabi Muhammad.

Oleh itu, golongan siddiqin adalah mereka yang terima kebenaran walau macam mana keadaan pun. Mereka percaya kepada apa yang disampaikan dari Nabi, tapi menuntut dalil kebenarannya. Dan mereka juga golongan yang sanggup berkorban untuk agama.

 

وَالشُّهَداءِ

dan orang-orang yang Syahid,

Golongan yang ketiga adalah mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk menegakkan agama Allah. Mereka berjihad fisabilillah dan mereka telah diberikan dengan kelebihan yang amat-amat tinggi iaitu dimatikan semasa berjuang di jalan Allah.

 

وَالصّالِحينَ

serta orang-orang yang soleh. 

Dan golongan yang terakhir sekali adalah golongan yang mereka yang beramal soleh. Iaitu beramal mengikut apa yang diajar dan ada contoh dari Nabi. Mereka tidak mengamalkan amalan bidaah. Mereka adalah orang yang baik tabiatnya, suci dan bersih dari kekotoran rohani dan jasmani. Mereka sentiasa berusaha meninggalkan dosa.

Ada takdim dan ta’khir dalam ayat ini. Ada susunan menurun. Tentu ada beza empat kedudukan itu. Allah mulakan dengan golongan yang paling utama – para Nabi sampai kepada golongan yang terakhir sekali – solehin. Golongan Solehin tahap yang paling rendah untuk selamat dari neraka. Maksudnya, untuk mendapat kedudukan dalam syurga, sekurang-kurangnya kena jadi golongan solehin. Inilah golongan yang ‘cukup-cukup makan’ sahaja untuk masuk syurga, kalau kurang dari ini, tidak akan masuk syurga.

 

وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan

Merekalah yang terbaik untuk dijadikan teman di dalam syurga nanti. Kerana kalau kita jadi salah satu dari empat golongan inilah sahaja untuk melayakkan kita masuk syurga.

Mereka inilah yang selayaknya untuk diikuti jejak langkah. Banyak perkataan ‘teman’ dalam Qur’an. Apa beza lafaz teman yang lain dengan رَفيقًا seperti dalam ayat ini? Lafaz رَفيقًا dari katadasar yang bermaksud ‘bantal’ yang memberi maksud kita selesa sebab kita selesa apabila kepala kita dialas oleh bantal. Maksudnya mereka itu jenis kawan yang kalau mereka ada, kita rasa selesa dan tenang.

Dalam Tafsir ibn Kathir, ada dibawa satu hadis yang menceritakan asbabun nuzul ayat ini:

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dan Ibnu Marduwaih dengan sanad La ba’sa bihi yang bersumber dari ‘Aisyah: bahawa seorang laki-laki menghadap Nabi Saw dan berkata: Ya Rasulallah! Aku cintai tuan lebih daripada cinta kepada diriku dan anakku sendiri. Dan jika aku sedang di rumah selalu ingat tuan dan tidak sabar ingin segera bertemu dengan tuan. Dan jika aku ingat ajalku dan ajal tuan, aku yakin bahwa tuan akan diangkat beserta Nabi-nabi di syurga. Apabila masuk syurga, aku takut kalau-kalau tidak bisa bertemu dengan tuan”. Maka Nabi terdiam tidak menjawab sedikit pun sehingga turun Jibril dengan membawa ayat ini (An-Nisa ayat 69) sebagai janji Allah kepada orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Maksudnya, mereka yang taat kepada Allah dan Rasul, akan mendapat peluang untuk duduk bersama dengan golongan Nabi, siddiqin, syuhada’ dan solehin. Maka, berusahalah kita untuk mencapai kedudukan ini supaya kita nanti akan bersama dengan golongan yang diberi nikmat itu.

Lafaz ini juga adalah lafaz terakhir yang diucapkan oleh Nabi Muhammad semasa baginda menghembuskan nafas terakhir:

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ يُونُسُ قَالَ الزُّهْرِيُّ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ فِي رِجَالٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ صَحِيحٌ إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخَيَّرَ فَلَمَّا نَزَلَ بِهِ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِي غُشِيَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَفَاقَ فَأَشْخَصَ بَصَرَهُ إِلَى سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى فَقُلْتُ إِذًا لَا يَخْتَارُنَا وَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَدِيثُ الَّذِي كَانَ يُحَدِّثُنَا وَهُوَ صَحِيحٌ قَالَتْ فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Muhammad, Telah menceritakan kepada kami Abdullah, Yunus berkata; Az Zuhri berkata; Telah mengabarkan kepadaku Sa’id bin Al Musayyab -di antara orang-orang yang berilmu-, bahawa Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata; Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berada dalam keadaan sihat wal afiat, beliau pernah bersabda: ‘Sesungguhnya seorang nabi tidaklah diwafatkan hingga diperlihatkan kepadanya tempatnya di syurga lalu ia dipersilakan untuk memilih.’ Aisyah berkata; “Ketika malaikat pencabut nyawa datang kepada Rasulullah, sementara kepala beliau berada di pangkuan saya, maka Rasulullah pengsan beberapa saat. Tak lama kemudian ia sedar kembali. Setelah itu, beliau menatap pandangannya ke atas sambil mengucapkan: Ya Allah, pertemukanlah aku dengan kekasihku, Allah Yang Maha Tinggi! ‘ Aisyah berkata; “Dengan demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak memilih untuk hidup Iebih lama lagi bersama kami.” Aisyah pernah berkata; “Saya teringat ucapan yang pernah beliau sampaikan kepada kami ketika beliau masih sihat; “Itulah kata-kata terakhir yang pernah beliau ucapkan, yaitu: ‘Ya Allah, pertemukanlah aku dengan kekasihku Yang Maha Tinggi.’

 


 

Ayat 70:

ذٰلِكَ الفَضلُ مِنَ اللَّهِ ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ عَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is the bounty from Allāh, and sufficient is Allāh as Knower.

MALAY

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.

 

ذٰلِكَ الفَضلُ مِنَ اللَّهِ ۚ

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; 

Mereka akan mendapat nikmat dan limpah kurnia yang besar dari Allah. Mereka mendapat kedudukan itu bukanlah kerana usaha mereka sahaja, tapi kerana rahmat dan limpah kurnia dari Allah. Kerana kalau bukan Allah yang memberi taufik hidayah kepada hambaNya, mereka tidak akan mendapat menjalankan kehidupan mereka dengan baik.

 

وَكَفىٰ بِاللَّهِ عَليمًا

dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui 

Cukuplah Allah mengetahui siapakah kamu. Tidak payah dikenali oleh makhluk, asalkan Allah kenal. Tidak ada majlis perisytiharan kamu termasuk dalam golongan yang mana, asalkan Allah tahu kamu termasuk dalam golongan yang mana.

Ia juga bermaksud, cukuplah Allah yang mengetahui siapakah yang layak mendapat kedudukan yang tinggi itu. Untuk mendapat kedudukan itu, Allah beri hidayah kepada mereka dan Allah lah yang Maha Mengetahui, siapakah yang layak mendapat hidayah itu.

 

Nisaa 43-70


 

Ayat 71: Kembali kita kepada arahan kepada pemimpin. Negara Islam jangan tunggu musuh datang baru nak kelam kabut mempertahankan negara. Pemimpin Negara Islam kena pastikan rakyat siap sedia untuk mempertahankan dan berjihad. Inilah sifat yang kita kena ada.

Dalam peranglah akan teruji keimanan seseorang muslim. Kalau nak kira buat ibadat dalam keadaan aman, munafik pun akan duduk saf hadapan semasa zaman Nabi. Tapi bagaimana keadaan mereka apabila mereka diarah dengan perang?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, take your precaution and [either] go forth in companies or go forth all together.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah

Ini adalah arahan kepada pemimpin negara. Negara Islam kena ada pejuang. Negara kena ada bala tentera yang sudah bersiap sedia untuk bergerak dan berperang apabila dikeluarkan arahan oleh Khalifah.

Bukan sahaja kena bersedia dengan tentera, tetapi negara Islam hendaklah menyediakan negara dengan kelengkapan perang. Kalau zaman sekarang, kenalah ada missile, jet pejuang, kapal tanker dan macam-macam lagi.

Bukan pasukan tentera sahaja yang kena bersedia, tapi rakyat jelata pun kena sedia juga. Kena bersedia kalau-kalau pemimpin panggil untuk mempertahankan negara atau menyerang negara kafir. Tidak sama keadaan negara yang bersedia dan negara yang tidak bersedia. Kalau zaman sekarang, ada negara yang sentiasa bersedia untuk bertindak kerana mereka memang selalu diserang. Keadaan mereka sentiasa berjaga-jaga dan tidak leka sangat.

 

فَانفِرُوا ثُبَاتٍ

kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, 

Perkataan فَانفِرُوا bermaksud ‘menyerang’ dan bukanlah ianya bermaksud ‘mempertahankan’. Macam keadaan semasa di Madinah sebelum Badr, Nabi mencari-cari peluang untuk menyerang musyrikin. Maknanya, memang ada niat untuk menyerang. Kalau belajar hadis tentang Perang Badr, kita akan tahu bagaimana peperangan Badr itu telah dirancang sebenarnya.

Maksud potongan ayat ini, kena bersedia untuk keluar berjihad secara kumpulan atau seorangan. Ini ikut arahan bergantung kepada keadaan. Kerana mungkin seseorang kena keluar seorang kerana mungkin dia kena jadi spy. Lafaz ثُبَاتٍ bermaksud bilangan yang kurang dari 10. Mungkin boleh kita andaikan mereka ini adalah Elite force.

Atau ia mungkin bermaksud tentera yang memang sudah ada latihan berperang kena bersedia. Apabila dikeluarkan arahan untuk bertindak dan bergarak, mereka sudah bersedia.

Dalam zaman Nabi, Nabi tidaklah sentiasa menghantar tentera yang besar. Ada ekspedisi ketenteraan yang dilakukan dalam kumpulan yang kecil yang dinamakan sariyyah.

 

أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا

atau maralah serentak beramai-ramai.

Sebelum ini tentang tentera yang telah dilatih sahaja yang dikerahkan untuk berperang. Dalam potongan ayat ini, ia boleh bermaksud rakyat semua sekali kena bersedia untuk bertindak. Ini bergantung kepada keadaan. Ada keadaan semua rakyat kena sedia. Contohnya, dalam keadaan banyak sangat musuh yang menyerang, sampaikan tidak cukup tentera sahaja yang berperang, maka rakyat pun kena angkat senjata dan mempertahankan negara Islam. Maka, rakyat tidak boleh goyang kaki sahaja dalam keadaan begitu.

 


 

Ayat 72: Allah memberitahu dalam ayat ini, kalau orang itu munafik, dia tidak turut dalam peperangan itu.

وَإِنَّ مِنكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ فَإِنْ أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيَّ إِذْ لَمْ أَكُن مَّعَهُمْ شَهِيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, there is among you he who lingers behind; and if disaster strikes you, he says, “Allāh has favored me in that I was not present with them.”

MALAY

Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan perang). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka”.

 

وَإِنَّ مِنكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ

Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya

Ada dari kalangan orang yang mengaku Muslim, yang sangat lambat untuk sahut seruan jihad kerana hati mereka enggan berjihad. Dia akan lambat dan lengah dan akan melambatkan orang lain. Sedangkan kalau perang mana boleh lambat-lambat, semua kena pantas. Tapi mereka itu ada sahaja alasan mereka untuk melengahkan.

Dalam ayat ini, digunakan perkataan: مِنكُمْ (dari kalangan kamu). Ayat ini boleh membawa dua maksud: Samada yang dimaksudkan adalah orang mukmin yang lemah atau ia boleh jadi bermaksud orang munafik. Dua-dua kemungkinan ini ada disebut dalam kitab tafsir.

 

فَإِنْ أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيَّ

Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, 

Mereka ini adalah orang yang teruk. Mereka akan berkata dengan kata-kata yang tidak molek sekali. Sudahlah mereka melengahkan diri mereka sampai tidak menyertai peperangan, dan kalau orang Islam kalah, mereka kata Allah beri nikmat kepada mereka kerana mereka tidak turut sama berperang. Kerana mereka sengaja tinggal di belakang. Mereka kata nasib baik mereka lambat, kalau ikut sekali dengan golongan yang berperang itu, tentu mereka pun akan mati juga. Mereka sangka mereka mendapat nikmat.

 

إِذْ لَمْ أَكُن مَّعَهُمْ شَهِيدًا

kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka”.

Lafaz شَهِيدًا maksudnya mereka bersyukur kerana mereka tidak mati syahid. Maknanya mereka tidak faham maksud mati syahid. Sepatutnya seorang Islam mencari peluang untuk mati syahid, tapi mereka suka pula kalau mereka tidak mati syahid.

Juga bermaksud mereka rasa dapat nikmat sebab tak nampak pun peperangan itu. Maknanya, hendak menyaksikan peperangan itu pun mereka tidak mahu. Begitulah teruknya mereka. Sedangkan mereka duduk sekali di negara Islam itu, meraih apa-apa kebaikan dari negara itu, tapi apabila tiba masa untuk mereka berkhidmat, mereka melarikan diri.

 


 

Ayat 73: Ayat sebelum ini adalah kalau tentera Islam kalah; bagaimana pula kata mereka kalau tentera Islam menang?

وَلَئِنْ أَصَابَكُمْ فَضْلٌ مِّنَ اللَّهِ لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُن بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ يَا لَيْتَنِي كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if bounty comes to you from Allāh, he will surely say, as if [i.e., showing that] there had never been between you and him any affection, “Oh, I wish I had been with them so I could have attained a great attainment.”1

  • The spoils of war. Although having pretended to befriend the believers in support of Allāh’s religion, the hypocrite will not be willing to fight except for material gain.

MALAY

Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: “Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar”

 

وَلَئِنْ أَصَابَكُمْ فَضْلٌ مِّنَ اللَّهِ

Dan kalau kamu beroleh limpah kurnia dari Allah, 

Kalau menang dalam peperangan, tentu akan dapat harta rampasan perang – ghanimah. Itulah limpah kurnia yang dimaksudkan dalam ayat ini. Memang dalam sejarah peperangan, kalau disebut tentang harta rampasan, memang hebat. Kita boleh bayangkan, musuh yang kalah itu telah simpan dan kumpul harta mereka selama beratus tahun, tapi bila orang Islam serang mereka dan menang, kadang hanya ambil masa tiga hari sahaja peperangan itu. Dengan sebab perang dan ghanimah ini, para sahabat ramai jadi kaya raya.

 

لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُن بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ

mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya:

Yang tak pergi perang, waktu ini mereka akan rasa rugi. Macam dia bukan orang Islam yang diajak sama berperang pula. Mereka cakap macam yang pergi berjihad itu tidak ada kena mengena dengan mereka. Sebab jiwa dia bukan jiwa Islam pun. Padahal mereka sama-sama Islam.

Oleh kerana mereka tidak pergi berperang sekali, maka kata-kata mereka itu dikeluarkan semasa menyambut pulang tentera yang pergi berperang. Sepatutnya mereka sambut tentera yang baru pulang dari berjihad itu dengan gembira dan suka kerana mereka pulang dengan selamat dan kemenangan. Kalau sayang kepada sesama muslim, itulah perasaan yang mereka patut ada. Tapi tidak sama sekali. Allah beritahu dalam ayat ini yang mereka tidak menunjukkan rasa sayang pun kepada tentera muslim itu.

 

يَا لَيْتَنِي كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا

“Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar”

Yang mereka fikirkan adalah pulangan dunia sahaja. Mereka hanya terfikir tentang harta ghanimah yang mereka tidak dapat. Atau pun mereka mahu mendapat pujian sebagai tentera Islam.

 


 

Ayat 74: Ini adalah ayat targhib kepada qital (perang), iaitu puncak kepada jihad.

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So let those fight in the cause of Allāh who sell the life of this world for the Hereafter. And he who fights in the cause of Allāh and is killed or achieves victory – We will bestow upon him a great reward.

MALAY

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

 

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

hendaklah mereka berperang pada jalan Allah

Allah menyuruh berperang pada jalan Allah. Siapakah yang disuruh itu?

 

الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ

orang-orang yang menjual kebahagiaan kehidupan dunia untuk mendapat akhirat,

Allah memberitahu siapakah yang patut berjuang di jalan Allah dalam perang. Iaitu mereka yang mahukan pulangan akhirat berbanding kesenangan hidup di dunia.

Kita kena faham bahawa peperangan peringkat awal dalam sejarah Islam adalah atas kerelaan, bukan paksaan. Sebab kerajaan Islam tidak ada tentera khusus waktu itu. Ianya terbuka kepada mereka yang mahu sahaja. Sesiapa yang mahu dan layak, boleh menyertai perang. Penyertaan peperangan adalah atas dasar sukarela, sehinggalah pada Perang Tabuk dimana semuanya dikerah untuk berperang. Kerana waktu itu semua umat Islam yang mampu, kena keluar perang. Dan kalau tak boleh, kena datang dan beri alasan kenapa tak boleh pergi.

Mereka yang mahu berjuang berjihad perang di jalan Allah itu sama dengan mereka yang sanggup jual dunia untuk dapat akhirat. Mereka itulah yang kena berperang di jalan Allah. Mereka mahukan kehidupan dunia, sampai sanggup kehilangan nyawa pun. Mereka sanggup hilang nyawa mereka kerana mereka percaya kepada janji Allah yang mereka akan dibalas dengan kebaikan yang banyak di akhirat kelak.

 

وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ

Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan,

Ini adalah janji Allah. Kalau sesiapa yang pergi berperang di jalan Allah, ada dua kemungkinan sahaja – kalah atau menang. Mati syahid atau pulang dengan kemenangan.

 

فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Samada mati syahid atau menang, Allah janjijkan pasti dapat balasan yang sangat besar. Kalau mati, dapat mati syahid. Kalau tak mati dan menang pula, akan dapat harta rampasan dan akan dapat juga pahala yang besar. Bukanlah kalau menang dan dapat harta ghanimah, tak dapat pahala pula. Pasti akan dapat. Jadi, tidak akan rugi apa-apa sebenarnya. Inilah motivasi yang Allah berikan kepada orang Islam.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 004: an-Nisa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s