Tafsir Surah an-Nisa Ayat 52 – 59 (Amanah Pemerintah)

Ayat 52:

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَمَن يَلعَنِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the ones whom Allāh has cursed; and he whom Allāh curses – never will you find for him a helper.

MALAY

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

 

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ

mereka itu orang-orang yang dilaknat oleh Allah; 

Tak payah nak marah kepada mereka kerana Allah dah laknat mereka dah. Oleh kerana itu, jangan hiraukan mereka.

 

وَمَن يَلعَنِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصيرًا

dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

Jangan hiraulah tentang mereka kerana Allah sudah laknat mereka. Dan sesiapa yang telah dilaknat oleh Allah, tidak ada sesiapa yang boleh menolong mereka langsung. Kalau Allah tidak tolong, tidak ada harapan lagi untuk mereka.

 


 

Ayat 53: Ayat zajrun. Kebanyakan dari Yahudi tidak dapat terima bangkitnya Nabi akhir zaman dari Bangsa Arab. Mereka memandang rendah kepada bangsa Arab tambahan lagi bangsa Arab itu adalah kuli mereka. Walaupun begitu, ada juga Yahudi yang boleh terima dan Islam kembang. Marahlah mereka yang tidak mahu kedudukan kenabian diberik kepada bangsa Arab dengan perkembangan itu. Kerana mereka melihat kedudukan Islam semakin kuat dari hari ke hari. Mereka dengki sebab mereka nak kedudukan itu.

أَم لَهُم نَصيبٌ مِنَ المُلكِ فَإِذًا لا يُؤتونَ النّاسَ نَقيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they a share of dominion? Then [if that were so], they would not give the people [even as much as] the speck on a date seed.

MALAY

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.

 

أَم لَهُم نَصيبٌ مِنَ المُلكِ

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah?

Mereka sangka hanya mereka sahaja yang layak ada kerajaan dan pangkat kenabian? Mereka nak kerajaan dan pentadbiran berada di bawah kawalan mereka. Ini kerana mereka teringat yang dulu mereka ada kerajaan besar seperti yang diperintah oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Tapi itu sudah tiada dah. Dan mereka tidak layak memegang pemerintah kerajaan mana-mana pun. Kenapa begitu?

 

فَإِذًا لا يُؤتونَ النّاسَ نَقيرًا

maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kepada manusia.

Sekiranya mereka ada kuasa memerintah, mereka takkan beri pemerintahan kepada satu orang pun. Perkataan نَقيرًا bermaksud setitik hitam pada biji kurma. Sebagai isyarat sikit sangat. Sebesar bintik kurma pun mereka takkan beri kepada orang lain. Kerana mereka nak bolot semua.

maksud نَقيرًا

Macam dulu, memang mereka dapat kitab suci dan hidayah tapi mereka simpan kepada bangsa mereka sahaja. Mereka tak kongsi pun dengan orang lain. Kalau ada apa-apa kebaikan pun, mereka akan buat macam itu juga nanti, termasuk pemerintahan.

 


 

Ayat 54:

أَم يَحسُدونَ النّاسَ عَلىٰ ما آتاهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ ۖ فَقَد آتَينا آلَ إِبراهيمَ الكِتابَ وَالحِكمَةَ وَآتَيناهُم مُلكًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do they envy people for what Allāh has given them of His bounty? But We had already given the family of Abraham the Scripture and wisdom1 and conferred upon them a great kingdom.

  • Prophetic teachings.

MALAY

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

 

أَم يَحسُدونَ النّاسَ عَلىٰ ما آتاهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?

Mereka dengki kepada Nabi dan para sahabat. Lafaz النّاسَ dalam ayat ini bermaksud Nabi dan para sahabat. Mereka dengki kerana Islam semakin berkembang dari hari ke hari. Ini adalah kerana Allah telah beri nikmat itu kepada Nabi dan para sahabat.

‘Hasad’ adalah satu perasaan yang ada dalam diri manusia, supaya kelebihan yang ada pada orang lain itu dihilangkan. Ini adalah sifat yang amat buruk sekali. Imam Ibnul Manzhur rohimahulloh berkata : “Hasad adalah engkau berangan-angan hilangnya nikmat orang yang engkau dengki.”

Imam Ahmad rahimahullah dan at-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits dari az-Zubair bin al-Awwâm Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda :

دَبَّ إِلَيْكُمْ دَاءُ الْأُمَمِ قَبْلَكُمْ: اَلْحَسَدُ وَالْبَغْضَاءُ ، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ ، وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا ، أَفَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِشَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ.

Penyakit umat-umat sebelum kalian telah menyerang kalian yaitu dengki dan benci. Benci adalah pemotong; pemotong agama dan bukan pemotong rambut. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, kalian tidak beriman hingga kalian saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian kerjakan maka kalian saling mencintai ? Sebarkanlah salam diantara kalian.”

Jadi tak perlu kita sedih kalau ada orang dengki kepada kita. Orang dengki sebab kita ada kelebihan. Maknanya kita ada kelebihan. Bergembiralah dengan kelebihan yang Allah telah beri itu, dah jangan hiraukan kalau ada orang yang dengki. Hati manusia kita tidak boleh buat apa-apa, bukan?

 

فَقَد آتَينا آلَ إِبراهيمَ الكِتابَ وَالحِكمَةَ

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), 

Ini bukan kali pertama. Nabi Ibrahim pun dah dapat perkara yang sama. Anak Nabi Ibrahim adalah Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Kedua-dua anaknya itu adalah Nabi. Dan dari mereka ada lagi keturunan Nabi-nabi yang Allah lantik. Yang banyaknya dari keturunan Nabi Ishak a.s.

 

وَآتَيناهُم مُلكًا عَظيمًا

dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Kelebihan telah diberikan kepada anak cucu Nabi Ibrahim. Mereka telah diberikan dengan pangkat kenabian dan ada antara mereka yang telah memerintah dengan menggunakan syariat dari Allah. Itulah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dan sekarang yang dapat pangkat kenabian pun adalah anak cucu Nabi Ibrahim juga tapi dari keturunan anaknya Nabi Ismail pula. Maknanya, masih lagi dalam lingkungan keluarga Nabi Ibrahim juga. Dan puak Yahudi pun kata mereka ikut Nabi Ibrahim, bukan? Jadi kenapa nak dengki sangat?

 


 

Ayat 55: 

فَمِنهُم مَن آمَنَ بِهِ وَمِنهُم مَن صَدَّ عَنهُ ۚ وَكَفىٰ بِجَهَنَّمَ سَعيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And some among them believed in it,1 and some among them were averse to it. And sufficient is Hell as a blaze.

  • In what was given to them. Also interpreted as “in him,” i.e., Muḥammad ().

MALAY

Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).

 

فَمِنهُم مَن آمَنَ بِهِ

Maka di antara mereka (kaum Yahudi) ada yang beriman kepadanya

Ada dari kalangan Yahudi itu yang percaya kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi Muhammad. Bukan semua tidak percaya jadi jangan kita pukul rata dan kutuk keseluruhan puak Yahudi itu.

 

وَمِنهُم مَن صَدَّ عَنهُ

dan ada pula di antara mereka yang menolak daripadanya

Tapi ada tolak dari menerima kenabian Nabi Muhammad itu. Mereka kekal di dalam kekufuran mereka.

 


Ayat 56: Ayat takhwif ukhrawi

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِآياتِنا سَوفَ نُصليهِم نارًا كُلَّما نَضِجَت جُلودُهُم بَدَّلناهُم جُلودًا غَيرَها لِيَذوقُوا العَذابَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَزيزًا حَكيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve in Our verses – We will drive them into a fire. Every time their skins are roasted through We will replace them with other skins so they may taste the punishment. Indeed, Allāh is ever Exalted in Might and Wise.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِآياتِنا سَوفَ نُصليهِم نارًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan masukkan mereka dalam api neraka. 

Sesiapa yang kufur ingkar kepada kebenaran, mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka. Itulah balasan untuk mereka dan Allah telah berikan ancaman ini siap-siap kepada manusia – kalau tidak mahu terima, jawapnya kamu akan duduk dalam neraka.

 

كُلَّما نَضِجَت جُلودُهُم بَدَّلناهُم جُلودًا غَيرَها

Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain

Kemudian Allah teruskan dengan menceritakan keadaan di neraka itu. Salah satu dari azab di neraka adalah akan dibakar dengan api neraka. Tentunya apabila kena bakar, dengan kepanasan yang entah berapa ribu juta darjah, kulit mereka akan terbakar. Walaupun kulit mereka telah dinaiktaraf supaya dapat tahan hidup di neraka. Tapi tetap akan terbakar.

Tetapi, Allah beritahu dalam ayat ini, setiap kali kulit mereka terbakar, Allah akan ganti tukar dengan kulit yang lain. Kenapa begini?

 

لِيَذوقُوا العَذابَ

supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. 

Tujuan kulit mereka diganti dengan kulit yang baru adalah untuk terus merasakan azab kepada mereka. Azab itu bukan nak sekejap sahaja dirasakan kepada mereka tetapi mereka akan dikenakan dengan azab itu berterusan. Kalau kulit dah tiada, tidak ada rasa sakit lagi. Ini adalah kerana kulit yang ada deria rasa. Kajian sains zaman moden telah mendapati bahawa deria rasa itu ada pada kulit. Tapi ayat Quran telah memberi isyrat tentangnya lepas seribu tahun yang lalu.

receptor types

Oleh itu jangan sangka kita boleh tahan azab di neraka itu. Tak sama dengan azab di dunia. Kalau azab dunia, walaupun sakit macam mana pun, kita tahu yang kita akan mati dan apabila mati, sakit itu berhenti. Tapi di akhirat nanti, tak akan mati mati maka akan berterusan merasakan azab itu. Oleh itu, jangan kita lakukan dosa, dan takutlah kepada azab yang kita tidak akan mampu nak tahan ini.

 

إِنَّ اللَّهَ كانَ عَزيزًا حَكيمًا

sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Berkuasa, maknanya Dia boleh hukum sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.

Tapi dalam masa yang sama, Allah itu Maha Bijaksana, menangguh-nangguhkan hukuman untuk bagi peluang kepada manusia untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

 


 

Ayat 57: Selepas diberikan dengan ayat takhwif, Allah berikan pula ayat tabshir.

وَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ سَنُدخِلُهُم جَنّاتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ خالِدينَ فيها أَبَدًا ۖ لَهُم فيها أَزواجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَنُدخِلُهُم ظِلًّا ظَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who believe and do righteous deeds – We will admit them to gardens beneath which rivers flow, wherein they abide forever. For them therein are purified spouses, and We will admit them to deepening shade.

MALAY

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

 

وَالَّذينَ آمَنوا

Dan orang-orang yang beriman

Iaitu mereka yang telah beriman sempurna. Maksud iman sempurna adalah tidak melakukan syirik, tidak ada fahaman syirik. Untuk periksa, kena belajar habis tafsir Quran 30 juzuk. Jangan sangka kita tidak melakukan syirik lagi kalau belum habis belajar tafsir Quran 30 juzuk.

 

وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ

serta beramal soleh,

Dan bukan sahaja beriman, kena ditunjukkan iman itu dengan perbuatan amal ibadat. Tapi ‘amal soleh’ adalah amal yang sunnah, ada contoh dari Nabi dan para sahabat, bukannya amal ibadat rekaan – bukan juga amal ibadat ‘bidaah hasanah’ yang banyak diamalkan oleh masyarakat kita sekarang. Amat keliru mereka tentang apa yang dimaksudkan oleh bidaah hasanah itu sampaikan semua sekali termasuk dalam amal bidaah hasanah.

 

سَنُدخِلُهُم جَنّاتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ خالِدينَ فيها أَبَدًا

Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 

Mereka yang beriman sempurna, melakukan amal soleh yang ada asas dalam sunnah, akan dimasukkan ke dalam syurga. Allah beri salah satu sifat syurga itu – air sungai mengalir di bawahnya.

Kalau tinggal sekejap dalam syurga sahaja, tidak dikira nikmat yang sempurna, maka Allah beritahu yang mereka yang dimasukkan ke dalam syurga akan kekal di dalamnya, selama-lamanya. Ianya tempat untuk menikmati nikmat sahaja, tidak ada kekurangan apa-apa pun.

 

لَهُم فيها أَزواجٌ مُطَهَّرَةٌ

Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih,

Mereka akan mendapat pasangan yang suci bersih – Maksudnya suci luaran dan dalaman. Itulah yang kita mahu dari pasangan kita. Oleh kerana kita sudah berada dalam syurga, Allah akan beri apa yang kita hendak. Pasangan itu adalah pasangan yang sempurna untuk kita. Tidak ada langsung perkara yang kita tidak suka. Kerana kalau pasangan kita yang di dunia ini, bagaimana kita sayang macam mana pun, akan ada yang kita tak suka. Tentu akan ada kekurangan di mana-mana, dan itu adalah perkara biasa. Tapi Allah beritahu yang pasangan kita di syurga nanti adalah pasangan yang sempurna, suci bersih, seperti apa yang kita mahu. Ini penting, kerana kalau duduk di syurga, tapi tinggal seorang sahaja, tentu tidak menggembirakan, bukan?

 

وَنُدخِلُهُم ظِلًّا ظَليلًا

serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Penghuni Syurga akan dimasukkan di bawah naungan yang luas dan nyaman.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik رضي الله عنه , Rasulullah ﷺ bersabda :
“Di syurga terdapat sebuah pohon, penunggang kuda berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun namun tidak juga melintasinya”
(HR. Bukhari-Muslim)

Berkata Abu Hurairah رضي الله عنه dari Rasulullah ﷺ :
“Kalau ada seorang penunggang kuda dan berjalan dan mengitari pohon di syurga maka selama 100 tahun ia tidak akan mampu mengitari pohon tersebut hingga ia tua, Allah sendiri yang menanam pohon tersebut dengan tangan-Nya, dan meniupkannya, Pohon tersebut berasal dari tembok syurga, dan sungai di syurga memancar dari pohon tersebut”.

Ini adalah ayat terakhir dalam bahagian ‘umur munazimah’ iaitu tentang hukum bermasyarakat. Selepas ini masuk tentang Umur Munazimah pemimpin pula.

 


 

Ayat 58: Ayat ini adalah khas kepada pemerintah. Kepada semua pemerintah dari sekecil institusi macam rumahtangga, sehingga pemimpin besar seperti Khalifah Islam. Asalkan ada jawatan mentadbir, dia kena tahu tentang ayat ini dan seterusnya.

Pertama, kena adil, dan adil itu adalah mengikut syariat. Syariat adalah kayu ukur adil atau tidak dan bukan ikut akal kita. Kerana kalau ikut kita, tentu kita kata kita adil dah. Jangan begitu, jangan pandai sendiri. Jadi ayat-ayat ini adalah tentang undang-undang syariah. Undang-undang syariah adalah menyeluruh, bukannya nak potong tangan sahaja.  Kalau hanya tahu kata hukum syariah itu hanya potong tangan sahaja, itu orang jahil sahaja yang cakap macam itu. Jangan jadi orang jahil.

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأمُرُكُم أَن تُؤَدُّوا الأَماناتِ إِلىٰ أَهلِها وَإِذا حَكَمتُم بَينَ النّاسِ أَن تَحكُموا بِالعَدلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ سَميعًا بَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh commands you to render trusts to whom they are due and when you judge between people to judge with justice. Excellent is that which Allāh instructs you. Indeed, Allāh is ever Hearing and Seeing.

MALAY

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 

إِنَّ اللَّهَ يَأمُرُكُم أَن تُؤَدُّوا الأَماناتِ إِلىٰ أَهلِها

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya

Sempurnakan amanah kepada mereka yang layak dapat amanah itu. Dan mereka yang diberikan dengan tanggungjawab itu, kena sedar bahawa mereka sedang memegang amanah yang diberikan oleh Allah. Mereka yang tidak menjaga amanah dengan baik adalah mereka yang ada sifat munafik. Nabi pernah bersabda tentang perkara ini:

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: آيـَةُ المُـنَافِقِ ثَلاَثٌ، إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ؛ وَإِذَا وَعَدَ أَخْـلَفَ؛ وَإِذَا اؤْتُـمِنَ خَانَ .

“Dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Tanda orang munafik ada tiga : apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia menyelisihi janjinya, dan apabila diberi amanah (kepercayaan) ia berkhianat” Riwaya Tirmizi

Maksud ayat ini, berikan pangkat kepada mereka yang layak. Berikan tugas kepada yang layak. Iaitu mereka yang ada kemampuan. Seorang pemimpin kena melantik orang bawahannya yang layak. Korupsi terjadi apabila yang tak layak dilantik. Selalu dalam dunia sekarang, pangkat itu diberi kepada kroni sahaja.

Oleh kerana pangkat diberikan kepada yang tidak layak, diberi kepada kroni sahaja, maka peluang kekayaan diberikan kepada kroni juga. Sebagai contoh, kalau tender kerajaan, diberi kepada saudara mara, sahabat handai dan mereka yang boleh beri imbuhan kepada pemberi itu.

Lihatlah bagaimana cara Nabi memberi amanah pemerintah kepada manusia. Terdapat di dalam Shahih Muslim (1825) dari Abu Dzar, ia berkata:

قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَلاَ تَسْـتَـعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِيْ، ثُمَّ قَالَ: يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّـكَ ضَـعِيْفٌ، وَإِنَّـهَا أَمَانَـةٌ، وَإِنَّـهَا يَوْمَ القِـيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَـقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَـيْهِ فِيْهَا .
“Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikanku (seorang pemimpin)?” Lalu Rasulullah memukulkan tangannya di bahuku, dan bersabda,”Wahai, Abu Dzar. Sesungguhnya engkau lemah, dan sesungguhnya hal ini adalah amanah, dan ia merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali orang yang mengambilnya dengan haknya, dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya)”.

Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, yang menjelaskan salah satu tanda hari Kiamat adalah apabila amanah telah disia-siakan, ia berkata:

بَيْنَمَا النَّـبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ القَوْمَ، جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ، فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ القَوْمِ: سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيْـثَهُ، قَالَ: أَيْنَ -أُرَاهُ- السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ؟ ، قَالَ: هَا أَنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: فَإِذَا ضُـيِّعَتِ الأَمَانَـةُ، فَانْـتَظِرِ السَّاعَةَ ، قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ، فَانْـتَظِرِ السَّاعَةَ .
“Tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berada dalam sebuah majlis (dan) berbicara dengan sekelompok orang, datanglah kepadanya seorang sahabat (dari sebuah perkampungan) dan berkata, “Bilakah hari kiamat?”. Namun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap melanjutkan pembicaraannya, maka sebagian orang ada yang berkata, “Ia (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ) mendengar ucapannya, namun ia tidak menyukainya”. Dan sebagian yang lain berkata: “Bahkan beliau tidak mendengarnya,” hingga akhirnya Rasulullah selesai dari pembicaraannya, dan beliau pun bersabda, “Mana orang yang (tadi) bertanya?” Orang itu berkata,”Inilah saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda,”Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah hari kiamat!” Orang itu kembali bertanya,”Bagaimanakah menyia-nyiakan amanah itu?” Rasulullah bersabda,”Apabila suatu perkara diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat!” Riwayat Tirmidzi

Malangnya, zaman sekarang memang kita lihat banyak sekali amanah tidak diberikan kepada mereka yang layak. Memang itulah tanda-tanda kiamat.

Bukan pangkat dalam kerajaan sahaja yang perlu diberikan kepada yang layak sahaja, tapi dalam semua keadaan. Sebagai contoh, kedudukan imam masjid dalam masyarakat, sepatutnya diberikan kepada yang berilmu, bukan diberikan kepada mereka yang mahu dengar kata pelantik sahaja.

Bagaimana pula dengan sistem demokrasi yang ada sekarang? Adakah ini pemberian amanah yang adil? Sebenarnya, demokrasi bukanlah cara Islam. Dan pemberian kuasa yang diberikan kepada rakyat untuk memilih adalah cara yang salah. Kerana rakyat tidak mampu dan layak untuk memilih mereka yang sepatutnya. Pemilihan berdasarkan kepada bilangan undi yang diraih bukanlah cara Islam. Rakyat bukanlah penentu siapa yang layak dilantik kerana mereka bukannya ada kelayakan untuk melantik. Cara pemilihan undi mereka berbagai-bagai, dan mungkin cara mereka memilih itu bukanlah cara yang betul. Entah ada yang memberi undi mereka hanya kepada mereka yang bertanding berdasarkan paras rupa, atau janji-janji kosong daripada orang itu. Ini bukanlah cara yang benar.

Begitu luas sekali ayat ini yang boleh merangkumi banyak perkara.

 

وَإِذا حَكَمتُم بَينَ النّاسِ أَن تَحكُموا بِالعَدلِ

dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu hendaklah menghukum dengan adil. 

Kemudian, apabila sudah ada pangkat itu, hendaklah menghukum dengan adil. Maksud dengan adil itu adalah dengan ikut syariat. Dan untuk tahu apakah syariat, kena ada ilmu itu. Kerana itulah kena lantik orang yang sesuai. Kerana kalau lantik orang yang jahil tentang syariat, entah apa yang dia akan buat nanti.

Lihatlah bagaimana lafaz ayat ini menggunakan بَينَ النّاسِ – diantara manusia. Bukannya ‘diantara muslim’. Maka, ini memberi isyarat, dalam pengadilan, kena adil tidak kira siapakah yang diadili itu. Jangan kita buat keputusan kita berdasarkan bangsa dan agama. Dalam sirah, kita boleh belajar bagaimana walaupun Nabi membuat keputusan di antara Muslim dan Yahudi, kadang-kadang baginda akan beri keputusan yang memenangkan Yahudi, kerana berdasarkan kepada maklumat yang ada. Baginda tidak pilih kasih walaupun pertelingkahan itu di antara Muslim dan orang kafir pun. Maka, kita kenalah begitu juga.

 

إِنَّ اللَّهَ نِعِمّا يَعِظُكُم بِهِ

Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Allahlah sebaik-baik pengajaran yang memberi nasihat kepada kamu. نِعِمّا adalah lafaz dalam bentuk isim mubalaghah. Sangat-sangat baik nasihat yang diberikanNya kepada kita. Dia telah berikan kita Quran, Dia telah berikan sunnah kepada kita sebagai panduan kita. Tidak ada yang lebih baik dua sumber itu.

 

اللَّهَ كانَ سَميعًا بَصيرًا

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat apa yang kita lakukan. Dia tahu samada kita berlaku adil atau tidak. Segala pengadilan kita disaksikan olehNya. Kalau kita tidak berlaku adil, kena jawap di akhirat kelak.

Allah tahu kita jenis yang macam mana. Allah tahu isi hati kita. Kadang-kadang kita tunjuk baik depan orang lain, tapi Allah tahu samada kita ikhlas atau tidak.

 


 

Ayat 59: Sekarang Allah memberi kita bagaimana yang dikatakan adil. Kerana lafaz ‘adl’ itu adalah luas. Jadi ayat ini memberi huraian sedikit.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا أَطيعُوا اللَّهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ وَأُولِي الأَمرِ مِنكُم ۖ فَإِن تَنازَعتُم في شَيءٍ فَرُدّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسولِ إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيرٌ وَأَحسَنُ تَأويلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, obey Allāh and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allāh and the Messenger, if you should believe in Allāh and the Last Day. That is the best [way] and best in result.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا أَطيعُوا اللَّهَ

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah

Kalau kamu rasa kamu beriman, atau kamu mahu beriman sempurna, maka hendaklah taat kepada suruhan Allah. Apa-apa sahaja yang Dia suruh, kena ikut; dan apa-apa sahaja yang Dia larang, kena tinggalkan. Tapi untuk mengetahuinya, kenalah ada ilmu. Kalau tidak belajar, bagaimana nak tahu? Semua perkara yang perlu ditaati ada dalam Quran, maka kena belajar tafsir Quran supaya boleh faham apakah yang perlu ditaati.

 

وَأَطيعُوا الرَّسولَ

dan taatlah kamu kepada Rasulullah

Dan taatlah juga kepada Nabi Muhammad. Kena tahu apakah sunnah baginda. Kena belajar, jangan buat tak tahu sahaja. Jangan hanya dengar kata-kata dari ustaz sahaja. Ustaz yang mengajar kena berikan dalil dari Quran dan Sunnah.

Kena tahu apakah yang dikatakan oleh Nabi kerana Nabi menyampaikan apakah kehendak Allah. Apa-apa sahaja kehendak Allah, Nabi telah tunjukkan dalam kehidupan baginda. Maka kita kena tahu. Kalau Nabi tidak beritahu, susah kita nak tahu apakah yang dimaksudkan oleh Allah. Kerana kalau kita baca Quran sendiri, kita tidak tahu banyak perkara kalau perkara itu tidak dijelaskan atau ditunjukkan contohnya oleh Nabi.

 

dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. 

Begitu juga, kena taat kepada pemimpin kita yang telah dilantik. Barulah akan ada keharmonian dalam masyarakat. Kerana kalau kita tidak taat, tidak ada gunanya pemimpin itu. Semua nanti akan buat hal sendiri dan ambil tindakan sendiri. Akan jadi kacau bilau akhirnya. Kalau sudah tidak harmoni, tidak aman, bagaimana kita hendak menjalankan ibadah, bagaimana kita hendak menjalankan kerja dakwah kepada bukan Islam? Bayangkan kalau negara Islam sendiri kacau bilau, sibuk dengan hal dalaman, bila masa nak jalankan dakwah, jalankan jihad kepada orang luar?

Lihatlah bagaiman lafaz ‘taat’ diletakkan pada Allah dan rasul tetapi tidak pada Ulul Amri. Sebab taat kepada pemimpin adalah taat yang bersebab. Ulil Amri boleh ditaati kalau dia taat kepada Allah dan Rasul. Kalau dia tidak taat kepada Allah dan Rasul, maka tidak ada ketaatan kepadanya. Tidak ada ketaatan kepada mana-mama makhluk dalam maksiat. Kalau makhluk suruh kita buat benda yang salah, kita tidak boleh taat, walaupun dia pemimpin kita, walaupun dia ibubapa kita sekali pun.

‘Ulil Amri’ adalah pemerintah atau penasihat kepada pemerintah. Iaitu mereka yang ada kuasa dalam masyarakat. Penasihat itu boleh jadi alim ulama. Kerana ada juga yang tafsir Ulil Amri sebagai ulama seperti yang dikatakan oleh ibn Abbas kerana ulama adalah asas ketaatan. Makudnya kepada merekalah kita kena taat. Dan pemimin pun sepatutnya dari kalangan ulama sebenarnya. Lihatlah sendiri bagaimana Nabi tinggalkan Ulil Amri selepas baginda semuanya ulama belaka. Itulah Khalifah Abu Bakr dan seterusnya. Cuma zaman sekarang sahaja manusia sudah tidak kisah. Sebab manusia sudah tidak mementingkan ilmu lagi.

Jadi awal Islam, semua pemerintah adalah pakar agama. Cuma lama selepas itu yang pemerintah datang dari mereka yang jahil agama. Maka apabila mereka jahil, mereka kena ada penasihat dari golongan ulama. Pemerintah itu kena rujuk kepada ulama. Kalau tidak, ada kemungkinan arahan dia berlawanan dengan syariat dan apabila berlawanan, itu sudah maksiat dan rakyat tidak perlu taat. Maka memang kena ada penasihat dari golongan ulama. Supaya sebelum mereka mengeluarkan keputusan dan arahan, mereka kena rujuk kepada penasihat mereka dari kalangan ulama. Kalau tidak, buang masa sahaja kerana kalau rakyat tengok arahan itu bukan dari syariat, atau keluar dari syariat, mereka ada hak untuk menolaknya.

Kita kena taat kepada pemerintah. Inilah jalan sunnah. Kena taat kepada pemerintah, walaupun mereka itu jenis yang derhaka kepada Allah. Kalau mereka derhaka, tapi arahan mereka tidak derhaka kepada Allah, maka kena ikut.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّوَجَلَّ , وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكَ عَبْدٌ
“Saya memberi wasiat kepada kalian agar tetap bertaqwa kepada Allah ‘azza wa jalla, tetap mendengar dan ta’at walaupun yang memerintah kalian seorang hamba sahaya (budak)”. (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi, Hadits Hasan Shahih)

« يَكُونُ بَعْدِى أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُونَ بِهُدَاىَ وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِى وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِى جُثْمَانِ إِنْسٍ ». قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ « تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ ».
“Nanti setelah aku akan ada seorang pemimpin yang tidak mendapat petunjukku (dalam ilmu, pen) dan tidak pula melaksanakan sunnahku (dalam amal, pen). Nanti akan ada di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati setan, namun jasadnya adalah jasad manusia. “
Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku lakukan jika aku menemui zaman seperti itu?”
Beliau bersabda, ”Dengarlah dan ta’at kepada pemimpinmu, walaupun mereka menyiksa punggungmu dan mengambil hartamu. Tetaplah mendengar dan ta’at kepada mereka.” (HR. Muslim no. 1847

لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ
“Tidak ada kewajiban ta’at dalam rangka bermaksiat (kepada Allah). Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf (bukan maksiat).” (HR. Bukhari no. 7257)

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ ، فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat. Apabila diperintahkan untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat.” (HR. Bukhari no. 7144)

Kepada Ulul Amri, mereka kena sedar yang tugas yang mereka jalankan itu adalah amanah dari Allah, dan mereka kena menjalankan amanah itu mengikut syariat. Tugas mereka adalah menjalankan syariat Allah di mukabumi. Kalau mereka tidak melakukan begitu, maknanya mereka tidak menjalankan amanah mereka.

 

فَإِن تَنازَعتُم في شَيءٍ فَرُدّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسولِ

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya

Ini adalah apa yang perlu dilakukan apabila berlaku perselisihan. Iaitu perselisihan antara rakyat dan pemerintah. Apabila pemerintah keluarkan arahan, dan rakyat tidak ikut, maka tentu ada perbalahan. Bila berlaku begini, untuk menyelesaikan kekusutan itu, kena kembali kepada Qur’an dan sunnah.

Rujuk kepada Allah – maksudnya rujuk kepada Quran.

Rujuk kepada Rasul – maksudnya rujuk kepada Sunnah.

Malangnya, kalau masyarakat sendiri sudah jauh dari Quran dan Sunnah. Macam mana nak ikut? Sebab sama-sama jahil – pemerintah sudah jahil, rakyat pun jahil juga. Habislah negara kalau macam itu.

 

إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ

jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Itupun jika kamu benar beriman, inilah cara penyelesaian. Kalau kamu tidak beriman, tidak kisah kepada Quran dan Sunnah, ya mahu apa lagi? Jawap sahaja nanti di akhirat kenapa kamu buat kesalahan begitu dan begini.

 

ذٰلِكَ خَيرٌ وَأَحسَنُ تَأويلًا

Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya.

Inilah nasihat yang terbaik. Inilah yang perlu dilakukan. Kerana Allah yang menjadikan kita, Dia tahu apa yang kita perlukan.

Inilah juga yang perlu dilakukan kalau kita mahu kesan yang baik di akhir nanti. Lafaz تَأويلًا bermaksud natijah, iaitu kesan akhir. Jalan jangka panjang. Kalau kita kisah tentang apa yang jadi di masa hadapan, inilah yang perlu dilakukan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 004: an-Nisa and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s