Tafsir Surah an-Nisa Ayat 45 – 51 (Tiada ampun untuk syirik)

Ayat 45: Dalam ayat sebelum ini, Allah telah menyentuh tentang keburukan Yahudi yang bukan sahaja mereka sesat, mereka mahu orang lain pun jadi sesat juga.

وَاللَّهُ أَعلَمُ بِأَعدائِكُم ۚ وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفىٰ بِاللَّهِ نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh is most knowing of your enemies; and sufficient is Allāh as an ally, and sufficient is Allāh as a helper.

MALAYSIA

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).

 

وَاللَّهُ أَعلَمُ بِأَعدائِكُم

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu,

Allah lebih tahu tentang musuh kita. Yang dimaksudkan adalah orang Yahudi atau sesiapa sahaja. Kerana musuh kita tentunya bukan Yahudi sahaja. Kita tahu sikit sahaja tentang musuh kita dan mungkin kita tidak tahu pun siapakah musuh kita. Allah beritahu, jangan risau, Dia lebih tahu. Oleh kerana Allah tahu, maka kita tidak perlu bimbang. Tak perlu takut dengan rancangan mereka untuk menyesatkan kita. Kerana kalau kita nak fikir cara untuk menyelamatkan diri dari mereka pun kita tak tahu. Kita harap kepada Allah lah sahaja.

 

وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفىٰ بِاللَّهِ نَصيرًا

Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong

Kita biar Allah sahaja yang lindungi kita. Kita kena rasa cukup dengan adanya Allah. Dan Allah telah beri isyarat dalam ayat ini yang Dia akan mengawal dan menolong kita. Adakah sesiapa lagi yang lebih baik dari Allah? Tentu tidak.

 


 

Ayat 46:

مِنَ الَّذينَ هادوا يُحَرِّفونَ الكَلِمَ عَن مَواضِعِهِ وَيَقولونَ سَمِعنا وَعَصَينا وَاسمَع غَيرَ مُسمَعٍ وَراعِنا لَيًّا بِأَلسِنَتِهِم وَطَعنًا فِي الدّينِ ۚ وَلَو أَنَّهُم قالوا سَمِعنا وَأَطَعنا وَاسمَع وَانظُرنا لَكانَ خَيرًا لَهُم وَأَقوَمَ وَلٰكِن لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفرِهِم فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Among the Jews are those who distort words from their [proper] places [i.e., usages] and say, “We hear and disobey” and “Hear but be not heard” and “Rā‘inā,”1 twisting their tongues and defaming the religion. And if they had said [instead], “We hear and obey” and “Wait for us [to understand],” it would have been better for them and more suitable. But Allāh has cursed them for their disbelief, so they believe not, except for a few.2

  • See footnote to 2:104.
  • Or “except with little belief.”

MALAY

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

 

مِنَ الَّذينَ هادوا يُحَرِّفونَ الكَلِمَ عَن مَواضِعِهِ

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah, dari tempat dan maksudnya yang sebenar, 

Sekarang dijelaskan lagi sifat golongan Yahudi. Asalnya ini adalah sifat-sifat Yahudi tapi boleh jangkit kepada orang lain.

Cara mereka tukar kesesatan dan ganti hidayat adalah dengan ubahsuai kitab Taurat dari yang sebenar. Samada mereka tukar lafaz dari Kitab Taurat itu sendiri atau mereka tukar huraian tafsir ayat-ayat Taurat. Maksudnya, mereka tafsir dengan cara yang salah – mereka tafsir ikut apa yang mereka hendak dan ikut agenda mereka.

 

وَيَقولونَ سَمِعنا وَعَصَينا

dan mereka berkata: “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. 

Ini adalah huraian berkenaan cara mereka menyesatkan orang lain: mereka buat dengar hukum Islam tapi mereka sebenarnya tidak ikut. Mereka kata mereka nak ikut tapi kalau dilihat dari perbuatan mereka, mereka tak ikut. Mereka kata ‘tidak ikut’ itu mereka kata dalam hati mereka sahaja. Oleh itu, orang luar yang melihat sangka mereka benar-benar nak ikut kerana mereka cakap begitu. Supaya tidak tertipu dengan orang yang jenis begini, Allah ajar kita untuk berhati-hati.

 

وَاسمَع غَيرَ مُسمَعٍ

(Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”,

Bila mereka jumpa Nabi atau orang tauhid, mereka minta supaya mereka didengari dan mereka janji tidak akan memperdengarkan kalimah yang menyesatkan. Kononnya mereka nak beritahu perkara yang baik-baik sahaja. Tapi itu tipu sahaja dari mereka. Kerana sebaliknya, mereka beri propaganda yang salah tentang agama.

Atau, lafaz ini juga bermaksud, “Dengarlah kepada kami, wahai yang tidak mendengar”. Ini adalah kata-kata mereka yang menghina. Mereka kata begitu kepada Nabi kerana hendak menghina baginda. Tapi mereka cakap itu tidak kuat kerana tak mahu orang lain dengar.

Atau, lafaz ini bermaksud, “Dengarlah kepada kami, semoga kamu tidak dapat mendengar lagi (pekak)”. Begitulah teruknya mereka menghina Nabi Muhammad.

 

وَراعِنا

serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; 

Lafaz raina adalah lafaz yang boleh merosakkan akidah. Kerana ia membawa maksud kamulah Nabi yang mengawasi kami. Itu adalah sifat ketuhanan yang hanya ada pada Allah sahaja. Kita telah bincangkan perkara ini dalam 2:104

 

 لَيًّا بِأَلسِنَتِهِم

hanya memutar belitkan perkataan mereka

Mereka menggunakan kata-kata mereka untuk menyesatkan. Dan kita pun sudah tahu yang mereka pandai menggunakan kata-kata dan bahasa. Mereka pandai memutar belitkan bahasa untuk tujuan yang buruk.

 

وَطَعنًا فِي الدّينِ

dan mencela ugama Islam.

Mereka sebenarnya hendak menghina agama Islam dan meremehkan agama.  Yang jadi mangsa adalah umat Islam yang jahil. Mereka memandang tinggi kepada golongan Yahudi dan mereka mungkin terikut dengan apa yang dilakukan oleh golongan Yahudi itu. Tapi, kalau ada ilmu, tidak akan jadi begitu. Kerana kita telah diajar dalam surah Baqarah sebelum ini tentang perangai mereka dan cara-cara mereka, maka kita sepatutnya sudah berhati-hati.

 

وَلَو أَنَّهُم قالوا سَمِعنا وَأَطَعنا وَاسمَع وَانظُرنا

Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, 

Ada cara yang baik untuk mereka. Kalau mereka mahu beriman dan mahu taat.

 

لَكانَ خَيرًا لَهُم وَأَقوَمَ

tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul.

Itulah cara yang paling tepat untuk dapat hidayah.

 

وَلٰكِن لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفرِهِم

Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. 

Tapi malangnya, mereka tidak begitu. Mereka dijauhkan dari rahmat Allah untuk terima kerana hati mereka masih kufur. Kerana hati mereka kufur, hidayah tidak masuk. Maknanya, bukan Allah yang pilih mereka untuk disesatkan, tapi kerana mereka sendiri yang salah. Maka, jangan salahkan Allah pula. Allah sebut dalam ayat ini kerana mereka dilaknat dan disesatkan – kerana mereka sendiri yang kufur.

 

فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا

mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja

Mereka tidak beriman melainkan pada zahir sahaja. Lafaz ‘sedikit’ dalam ayat ini maksudnya ‘zahir’. Maknanya, mereka hanya beriman pada zahir sahaja.

Atau sedikit sahaja dari kalangan mereka yang akan beriman.

Atau iman mereka sedikit sahaja.

Jadi, ada tiga kemungkinan dalam ayat ini.

 


 

Ayat 47: Ini adalah ayat targhib kepada tauhid. Umat Islam diingatkan untuk kena kuatkan iman. Juga ada takhwif ukhrawi dalam ayat ini.

يا أَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتابَ آمِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِما مَعَكُم مِن قَبلِ أَن نَطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحابَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللَّهِ مَفعولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who were given the Scripture, believe in what We have sent down [to Muḥammad ()], confirming that which is with you, before We obliterate faces and turn them toward their backs or curse them as We cursed the sabbath-breakers.1 And ever is the matter [i.e., decree] of Allāh accomplished.

MALAY

Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata – tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka – Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتابَ

Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, 

Apabila disebutkan ‘mereka yang diberi kitab’, ianya bermaksud ahli agama dari Yahudi dan Nasara. Jadi, ayat ini ditujukan kepada mereka. Mereka ini sepatutnya tahu tentang agama dan kebenaran kerana mereka telah belajar kitab suci mereka – Taurat dan Injil

 

آمِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِما مَعَكُم

berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, 

Tidak cukup kamu baca kitab yang ada pada dirimu, tapi kamu kena juga beriman dengan semua kitab yang diturunkan. Dan Kitab yang paling akhir sekali diturunkan adalah Quran. Maka, ini adalah suruhan kepada mereka untuk beriman dengan Quran.

Kandungan dalam Quran itu membenarkan apa yang ada dalam Kitab mereka, bukannya membawa ajaran agama yang baru. Tapi bukanlah semua sama kerana syariat tidak sama kerana syariat nabi-nabi tidak sama antara satu sama lain. Tapi yang dimaksud sama itu adalah dari segi tauhid. Kandungan ilmu tauhid yang ada dalam Quran membenarkan kandungan tauhid yang ada dalam Kitab Suci mereka. Asalkan mereka mahu melihat kembali apa yang ada dalam kitab mereka, dan apa yang ada dalam Quran.

 

مِن قَبلِ أَن نَطمِسَ وُجوهًا

sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu

Ini adalah amaran dan penegasan dari Allah. Allah beri ancaman untuk menakutkan mereka. Mereka kena beriman dengan Quran sebelum dihapuskan bentuk rupa mereka. Kerana kalau sudah ditukar rupa bentuk muka mereka, Allah boleh buat sampai sudah tiada tanda manusia pada mereka.

 

فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها

lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya,

Allah boleh ubah rupa mereka dengan pusing muka yang di depan pergi ke belakang. Ini boleh berlaku kerana mereka tukar ayat. Kerana mereka tukar ayat, Allah tukar rupa mereka. Allah mampu lakukan dan Allah beri ancaman kepada mereka dalam ayat ini. Ini adalah ancaman dari Allah, maka jangan main-main.

Ada ulama kata tukar akal sudah tidak jadi waras.

 

أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحابَ السَّبتِ

atau Kami melaknat mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu.

Selain dari Allah boleh ubah rupa mereka, yang depan jadi ke belakang, Allah boleh laknat mereka jadi kera. Ini adalah ancaman dengan yang pernah terjadi kepada mereka yang tangkap ikan hari Sabtu. Quran telah sentuh perkara ini dalam Baqarah:65. Mereka telah ditukar menjadi kera selama tiga hari dan kemudian mereka mati. Kejadian ini telah terjadi kepada Kaum Yahudi dan mereka tahu tentang perkara ini kerana mereka belajar apa yang terjadi kepada tok nenek mereka dahulu.

 

وَكانَ أَمرُ اللَّهِ مَفعولًا

Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.

Pasti perkara yang Allah ancamkan itu akan berlaku kalau ada iradah (kehendak) dari Allah. Kalau tak jadi, itu adalah kerana Allah beri rahmat kepada mereka supaya mereka bertukar perangai mereka dan menerima Quran.

 


 

Ayat 48: Dosa yang paling besar dan paling bahaya adalah dosa syirik kerana tiada maaf dari Allah untuk dosa syirik itu.

إِنَّ اللَّهَ لا يَغفِرُ أَن يُشرَكَ بِهِ وَيَغفِرُ ما دونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشاءُ ۚ وَمَن يُشرِك بِاللَّهِ فَقَدِ افتَرىٰ إِثمًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh does not forgive association with Him, but He forgives what is less than that for whom He wills. And he who associates others with Allāh has certainly fabricated a tremendous sin.

MALAY

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

 

إِنَّ اللَّهَ لا يَغفِرُ أَن يُشرَكَ بِهِ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya

Dosa syirik itu sangatlah besar sampaikan Allah yang bersifat ar-Rahman dan ar-Raheem tidak akan mengampunkan dosa mereka yang melakukannya. Ini adalah kerana ianya adalah dosa menduakan DiriNya.

Sebelum ini telah disebut tentang kesesatan Yahudi. Ayat ini hendak menolak kata-kata Orang Yahudi yang dosa syirik mereka akan diampunkan. Allah nak beritahu yang dosa syirik mereka itu tidak akan diampunkan.

 

وَيَغفِرُ ما دونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشاءُ

dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya

Allah berfirman yang Dia boleh ampun dosa manusia, asalkan dosa itu selain dari dosa syirik. Tapi kita kenalah ingat bahawa tidak wajib bagi Allah untuk mengampunkan, ianya dalah harus sahaja bagi Allah. Sebab itulah Allah berfirman yang Dia ampunkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, pilihan itu pada Allah. Oleh itu, tiada jaminan yang semua dosa kita akan diampunkan. Maka hendaklah kita mengelak dari melakukan dosa.

 

وَمَن يُشرِك بِاللَّهِ فَقَدِ افتَرىٰ إِثمًا عَظيمًا

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Ini adalah ayat Jumlah Ta’liliyah. Allah memberitahu kenapa Dia tidak akan mengampunkan dosa mereka yang melakukan syirik. Ini adalah kerana syirik adalah dosa yang sangat besar sampai tidak ada kasihan belas pada Allah kepada mereka yang melakukannya.

 


 

Ayat 49: Ayat zajrun. Ahli kitab perasan mereka itu hebat. Mereka kata mereka adalah anak-anak Allah dan kerana itu kedudukan mereka adalah istimewa.

Atau mereka rasa bahawa merekalah yang paling dikasihi oleh Allah dan kerana itu Allah tidak akan mengazab mere. Mereka menjadi rosak kerana fahaman itu. Malangnya, ramai manusia yang ada perasaan itu. Allah menegur tentang sikap mereka dalam ayat ini.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يُزَكّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ اللَّهُ يُزَكّي مَن يَشاءُ وَلا يُظلَمونَ فَتيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not seen those who claim themselves to be pure? Rather, Allāh purifies whom He wills, and injustice is not done to them, [even] as much as a thread [inside a date seed].

MALAY

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يُزَكّونَ أَنفُسَهُم

Tidakkah engkau perhatikan kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri?

Golongan Yahudi yang menyucikan diri mereka. Iaitu kata diri mereka itu suci. Mereka yang angkat darjat mereka sendiri. Itu dinamakan perasan. Sebagai contoh, dalam ayat Baqarah:111, mereka kata yang akan masuk syurga adalah Yahudi dan Nasara sahaja. Tidak pernah ada dalil yang Allah mengatakan mereka itu suci.

Orang Islam pun ada yang buat macam ini juga. Ada yang mengaku diri mereka suci. Atau anak murid mereka yang kata guru mereka suci. Ini disebut-sebut kerana kalau nak doa kena minta guru mereka doakan. Inilah yang dinamakan tawasul. Kerana mereka menggunakan guru mereka yang kononnya suci itu untuk memakbulkan doa mereka. Mereka rasa kalau mereka doa sendiri, Allah tak dengar doa mereka, tapi bila guru mereka itu doakan, Allah akan makbulkan. Kemudian mereka akan beri upah kepada guru mereka itu.

Dan apabila guru mereka itu sudah mati, mereka jadikan kubur guru mereka jadi tempat ibadat. Macam-macam benda pelik buat kat situ. Mereka akan terus meminta guru mereka itu mendoakan untuk mereka dan mereka akan meminta berkat dari guru mereka itu.

 

بَلِ اللَّهُ يُزَكّي مَن يَشاءُ

bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya

Ini adalah jawapan kepada mereka: Allah sahaja yang menyucikan sesiapa yang dikehendakiNya. Itu pun diberikan kepada mereka yang ada akidah betul. Allah sahaja lah yang tahu siapakah yang suci atau tidak, dan tidak ada manusia yang boleh mendakwah mereka itu sudah suci.

 

وَلا يُظلَمونَ فَتيلًا

dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun.

Mereka tidak akan dizalimi walaupun satu فَتيلًا. فَتيلًا adalah satu benang yang ada pada biji kurma. Ianya macam urat dan tentunya ia amat kecil. Ianya adalah perumpamaan kecil sangat sebab bangsa Arab faham apakah فَتيلًا itu. Maksudnya, sedikit pun tidak akan dizalimi.

Gambar فَتيلًا

 


 

Ayat 50:

انظُر كَيفَ يَفتَرونَ عَلَى اللَّهِ الكَذِبَ ۖ وَكَفىٰ بِهِ إِثمًا مُبينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Look how they invent about Allāh untruth, and sufficient is that as a manifest sin.

MALAY

Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.

 

انظُر كَيفَ يَفتَرونَ عَلَى اللَّهِ الكَذِبَ

Lihatlah bagaimana mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah

Mereka tanpa segan silu lagi telah menggunakan nama Allah untuk berdusta. Mereka kata Allah lah yang beritahu yang mereka itu suci.

Ramai yang menggunakan nama Allah dalam penipuan. Contohnya ada yang kata jumpa Allah, jumpa Nabi dan sebagainya. Mereka menipu dengan menggunakan nama-nama sebegitu supaya manusia percaya kepada mereka.

 

وَكَفىٰ بِهِ إِثمًا مُبينًا

Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.

Cukuplah diayah mereka itu sebagai tanda yang ia adalah dosa yang amat jelas. Dah jelas mereka buat dosa kerana mereka memperkatakan sesuatu tanpa memberikan dalil.

 


 

Ayat 51: Ini adalah ayat teguran lagi.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِنَ الكِتابِ يُؤمِنونَ بِالجِبتِ وَالطّاغوتِ وَيَقولونَ لِلَّذينَ كَفَروا هٰؤُلاءِ أَهدىٰ مِنَ الَّذينَ آمَنوا سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not seen those who were given a portion of the Scripture, who believe in jibt [superstition] and ṭāghūt [false objects of worship] and say about the disbelievers, “These are better guided than the believers as to the way”?

MALAY

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِنَ الكِتابِ

Tidakkah engkau perhatikan kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab?

Yang dimaksudkan adalah Kitab Taurat atau Kitab Injil. Mereka itu adalah golongan agama mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Apakah teguran kepada mereka?

 

يُؤمِنونَ بِالجِبتِ وَالطّاغوتِ

Mereka percaya kepada Jibti dan kepada Taghut,

Mereka telah diberikan dengan kitab tapi mereka masih beriman dengan jibti. Jibti adalah apa sahaja yang dipuja selain Allah. Boleh jadi dalam bentuk batu atau benda apa-apa sahaja. Inilah yang digunakan dalam ilmu Sihir kepada mereka yang mengamalkannya. Termasuk dalam perkara ini adalah magik, Horoscope dan voodoo.

Orang yang baca Qur’an pun buat begitu juga kerana mereka hanya baca Quran sahaja tanpa faham apakah yang mereka bacak. Ini selalu terjadi dalam masyarakat kita. Mereka mengamalkan benda-benda yang mereka percara ada kuasa dan kelebihan tertentu seperti tangkal, wifak dan macam-macam lgi. Begitu juga ada orang kita yang percaya kepada batu, besi dan macam-macam yang lihat pelik. Itu semuada adalah kepercayaan yang tiada asas dan syirik. Itu semua dipanggil jibti.

Taghut adalah jenis syaitan yang membisikkan penipuan kepada mereka. Taghut adalh apa sahaja yang mengajak jauh dari Allah.

Semua itu datangnya dari syaitan kerana kalau bukan dari wahyu, ianya mesti dari syaitan.

 

وَيَقولونَ لِلَّذينَ كَفَروا هٰؤُلاءِ أَهدىٰ مِنَ الَّذينَ آمَنوا سَبيلًا

dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman

Teruknya Yahudi itu, mereka sanggup kata musyrikin Mekah lebih baik dari Muslim Madinah. Sedangkan Musyrikin Mekah tu sembah berhala dan sudah jelas teruknya agama mereka. Tapi kerana marahkan agama Islam dan kebenaran yang dibawa, mereka sudah tidak kira dah.

Macam Kristian ada juga yang kata yang mereka lebih suka orang Hindu dari Muslim. Mereka kata agama Hindu lebih baik dari Islam. Padahal, kalau hendak dikirakan, agama mereka lebih rapat dengan kita kerana ada banyak persamaan, sedangkan tidak ada persamaan langsung dengan agama Hindu.

Macam juga orang kita sekarang ada yang kata Syiah lagi baik dari Wahabi. Pertamanya, tidak ada ajaran ‘Wahabi’. Tapi kerana mereka marah sangat kepada mereka yang hendak mengamalkan sunnah, mereka telah menggunakan gelaran tersebut untuk menghina mereka yang hendak mengamalkan sunnah. Keduanya, mereka macam langsung tidak kisah dengan kesesatan yang diamalkan oleh Syiah itu apabila hendak mengutuk orang-orang yang hendak mengamalkan sunnah

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 004: an-Nisa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s