Tafsir Surah an-Nisa Ayat 24 – 26 (Nikah Mut’ah)

Ayat 24: Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang wanita-wanita yang langsung tidak boleh dikahwini sampai bila-bila. Ayat ini menyebut tentang mereka yang tidak boleh dikahwini juga, tapi ianya haram bersyarat. Iaitu kalau sebab yang menyebabkan mereka haram dikahwini itu diangkat, mereka boleh dikahwini. Sebagai contoh, tak boleh kahwin isteri orang. Tapi kalau dia bukan isteri orang, sudah boleh dikahwini, bukan?

وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَن تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُم مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُم بِهِ مِن بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [also prohibited to you are all] married women except those your right hands possess.1[This is] the decree of Allāh upon you. And lawful to you are [all others] beyond these, [provided] that you seek them [in marriage] with [gifts from] your property, desiring chastity, not unlawful sexual intercourse. So for whatever you enjoy [of marriage] from them, give them their due compensation2 as an obligation. And there is no blame upon you for what you mutually agree to beyond the obligation. Indeed, Allāh is ever Knowing and Wise.

  • i.e., slaves or war captives who had polytheist husbands.
  • The mahr, a specified gift to the bride required of the man upon marriage.

MALAY

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ

Dan perempuan-perempuan isteri orang, 

Ini adalah sambungan dari ayat-ayat pengharaman berkahwin dengan wanita-wanita dalam ayat sebelum ini. Senarai itu diteruskan lagi. Perempuan-perempuan yang masih isteri orang, tidak boleh kita kahwini.

Oleh itu, seorang isteri hanya boleh dikahwini oleh seorang lelaki. Tidaklah boleh seorang isteri ada ramai suami. Ada yang mulut celupar, mengatakan kalau suami boleh ada isteri banyak, isteri pun bolehlah ada isteri yang banyak juga. Ini adalah kata-kata yang menentang ketentuan Allah. Ia juga tidak praktikal, sebagai contoh, kita pun tahu yang tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan anak. Seorang wanita hanya boleh melahirkan seorang anak sahaja pada satu-satu masa. Kalau dia ada banyak suami, kalau dia melahirkan anak, anak siapakah yang dilahirkan itu? Sedangkan kalau seorang suami ada banyak isteri, dan semua isterinya melahirkan anak, dia boleh pasti bahawa itu semua adalah anaknya.

 

إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ

kecuali hamba sahaya yang kamu miliki.

Isteri orang adalah haram untuk dikahwini, melainkan kalau mereka itu hamba sahaya kita. Hamba sahaya itu boleh didapati dari hasil perang. Setelah musuh dikalahkan, kita boleh mengambil wanita-wanita sebagai tawanan dan mereka boleh menjadi milik kita. Mungkin mereka itu isteri orang, tapi kerana mereka hamba sahaya, mereka boleh dinikahi oleh kita. Cuma syaratnya, kena pastikan yang mereka tidak hamil waktu itu. Oleh itu, sebelum bersama dengan mereka, kenalah ditunggu sehingga haidh wanita itu datang sekali dahulu.

Ada hadis riwayat Tirmizi berkenaan perkara ini:

حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، أَخْبَرَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلاَلٍ، حَدَّثَنَا هَمَّامُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، عَنْ أَبِي الْخَلِيلِ، عَنْ أَبِي عَلْقَمَةَ الْهَاشِمِيِّ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ لَمَّا كَانَ يَوْمُ أَوْطَاسٍ أَصَبْنَا نِسَاءً لَهُنَّ أَزْوَاجٌ فِي الْمُشْرِكِينَ فَكَرِهَهُنَّ رِجَالٌ مِنْهُمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ ‏:‏ ‏(‏وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلاَّ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ‏)‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏

Pada Hari Awtas (Peperangan Awtas), kami menawan beberapa wanita yang mempunyai suami di kalangan orang-orang musyrik, beberapa sahabat ada yang tidak suka (mengadakan hubungan kelamin dengan hamba yang ada suami), maka Allah Taala menurunkan ayat: “Dan wanita yang bersuami, kecuali orang-orang yang tangan-tangan kanan kamu memiliki … (04:24)” Tirmizi mengatakan yang hadis ini hasan.

Dalam Islam hamba perempuan dihalalkan untuk digauli sebagaimana layaknya seorang isteri, namun hamba tersebut hanya boleh digauli oleh tuannya saja. Ertinya hamba yang dimiliki oleh seorang bapa tidak boleh diguali oleh anaknya atau siapapun juga. Bahkan apabila dia telah melahirkan anak maka disebut ‘ummul walad’ dimana tuannya tidak boleh menjualnya kepada yang lain, tetapi dia perlu terus memelihara atau memerdekakannya.

Undang-undang hamba masih lagi berjalan dalam syariat Islam. Memang tidak ada hamba lagi zaman sekarang, jadi hukum hamba itu ‘tergantung’. Ianya tidak dimansukhkan, dan boleh digunakan apabila perlu. Oleh kerana sekarang tidak ada perang, dan kalau ada perang pun, tidaklah pihak musuh mengambil hamba dari tawanan mereka, maka tidaklah Islam menjalankan sistem perhambaan lagi sekarang. Tetapi katakanlah ianya dimulakan oleh pihak musuh Islam, jadi sistem hamba masih boleh dijalankan semula.

Sebelum Islam diturunkan, perbudakan atau perhambaan sangat merajalela dan tidak ada batasan yang melarangnya. Ertinya siapa saja dapat dijadikan hamba dengan cara apapun, seperti dirampas, diculik dan sebagainya. Namun ketika Islam datang perhambaan sangat dibatasi. Iaitu hanya tawanan perang yang boleh dijadikan hamba. Sebab hal ini sudah menjadi konvensi internasional, dimana orang Islam pun ditawan oleh musuh akan dijadikan hamba.

Undang-undang Islam berkenaan hamba ini ada disebut di dalam kitab-kitab Fiqh dengan terperinci.

 

كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ

suatu ketetapan hukum Allah atas kamu.

Hukum ini adalah ketetapan dari Allah, maka hendaklah kita jaga, dan jangan kita langgar.

 

وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَن تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُم

Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu

Selain daripada pengharaman wanita yang telah disebutkan dalam ayat ini dan ayat sebelum ini, boleh kamu kahwini wanita-wanita yang lain. Banyak lagi yang boleh dicari dan dikahwini. Asalkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antaranya yang disentuh dalam ayat ini, perempuan yang hendak dikahwini itu hendaklah diberi belanja mahr.

Belanja mahr itu hendaklah harta yang berpatutan. Ianya akan menjadi hak isteri itu maka hendaklah diberi jumlah yang dapat digunakan oleh mereka. Janganlah bagi 80 ringgit sahaja, atau ada yang nak beri Quran, atau dengan bacaan surah al-Ikhlas dan sebagainya. Janganlah begitu. Janganlah bagi alasan nak ikut sahabat Nabi yang mahr mereka adalah ajar Qur’an sahaja kepada bakal isteri mereka. Kamu itu bukanlah sahabat. Dan zaman kita bukanlah seperti zaman mereka dengan dugaan-dugaan yang mereka lalui. Janganlah perasan rasa macam sahabat pula. Jadi, belanja Mahr itu kena diberikan dengan wang atau harta yang berpatutan.

Secara ringkasnya, lafaz بِأَمْوَالِكُم bermaksud dua perkara:

  1. Pernikahan tidak sah kalau tidak ada mahr. Jangan kedua pasangan lelaki dan wanita itu sudah setuju untuk tak payah kalau mahr, pun tidak boleh. Tidak boleh memandai buat hukum yang baru. Mesti kena ada pembayaran mahr.
  2. Apa-apa yang diberi itu mestilah termasuk dalam أَمْوَالِ – harta. Maknanya, ada nilai benda yang diberikan sebagai mahr itu. Jadi, kalau nak beri naskah Quran, sebentuk cincin suasa, surah al-Ikhlas, itu tidak berapa kena.

 

مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ

untuk menjaga maruah, bukan secara berzina.

Lakukanlah perkahwinan itu dengan cara yang elok, dengan niat untuk menjaga maruah. Setiap manusia yang normal mempunyai keinginan nafsu seks, kepada pasangan yang berlawanan, kerana itu yang Allah telah berikan kepada kita semua. Mempunyai nafsu tidak salah, asalkan ianya dihadapkan ke tempat yang halal. Dan cara yang halal adalah dengan pernikahan. Ianya dilakukan dengan cara yang baik, dengan persetujuan semua pihak, disaksikan oleh para saksi dan wali dan sebagainya. Seorang lelaki meminang seorang perempuan dan perempuan itu bersetuju untuk bersama dengan lelaki itu dengan cara yang bermaruah sekali. Inilah yang indahnya.

Dan bukan untuk menjadikan mereka sebagai perempuan simpanan atau pasangan zina. Kita berkahwin ada sebab-sebabnya, bukan kerana kerana nak puaskan nafsu sahaja. Sebab ada yang beri duit untuk perempuan simpanan atau kepada pelacur. Maknanya, mereka keluarkan duit juga macam keluarkan mahr, tapi tidak sah kerana tidak ada aqad nikah dan bukan dengan cara yang bermaruah.

Anak-anak kita kena diberi ilmu supaya mereka tahu hendak hidup dan tahu bagaimana untuk bersedia untuk kahwin. Kena ajar mereka erti tanggungjawab. Ibubapa jangan bagi semua yang diminta kepada anak. Ada ibubapa yang buat segalanya untuk anak mereka, sampai anak mereka terlalu bergantung kepada ibubapa. Ini adalah kerja yang bodoh sekali. Mungkin ibubapa sangka mereka nak senangkan anak mereka, tapi tidak sebenarnya. Kalau ibubapa itu rasa mereka boleh hidup sampai bila-bila, bolehlah mereka buat macam itu. Tapi mereka kena tahu, kalau mereka tak tahu lagi, yang mereka akan mati akhirnya. Waktu mereka sudah tiada, siapa nak jaga anak merek? Tidak ada orang yang nak jaga anak kita macam kita jaga, kerana orang lain pun ada anak mereka sendiri.

Oleh itu, kena ajar anak untuk hidup sendiri. Zaman sekarang banyak yang semua bergantung kepada emak dan ayah. Sampaikan nak kahwin pun, mak ayah yang kena uruskan. Apa nak jadi masyarakat kita kalau macam itu?

 

فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً

Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya, sebagai suatu ketetapan

Untuk menjadikan perkahwinan itu sah, lelaki hendaklah memberikan mahr kepada wanita yang hendak dikahwininya. Itu adalah satu kefardhuan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka hendaklah dipenuhi.

‘Nikmat’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah nikmat persetubuhan. Sebab itu jikalau seorang lelaki telah memberi mahr kepada perempuan dan persetubuhan tidak berlaku, maka mahr itu boleh dipotong separuh, kerana ‘nikmat’ yang sepatutnya didapati tidak ada.

Sebab itu mahr itu amat penting sekali. Ianya perlu diberikan dari suami. Kalau pun ianya hutang, tidak dibayar semasa pernikahan, hendaklah si suami membayarnya seperti dijanjikan. Dan, seorang isteri, walaupun telah dinikahi, tapi tidak dibayar mahr seperti yang dijanjikan, boleh menahan farajnya dari dinikmati oleh si suami.

 

Nikah Mut’ah

Ada keperluan di sini untuk kita membincangkan sedikit tentang nikah Mut’ah yang diamalkan oleh agama Syiah. Saya katakan ‘agama Syiah’ kerana mereka itu bukan Islam, walaupun mereka mengatakan mereka menyembah Allah dan menggunakan Quran.

Mereka menggunakan dalil dari ayat ini – اسْتَمْتَعْتُم – untuk menghalalkan Mut’ah. Lafaz اسْتَمْتَعْتُم diambil dari katadasar متع yang bermaksud ‘mengambil nikmat’. Dan mereka kata inilah ayat yang membenarkan mut’ah. Ini adalah cara yang salah sekali dan menggunakan ayat-ayat Quran dengan tujuan yang salah.

Mut’ah adalah perbuatan mengadakan hubungan seks lelaki dan wanita dengan melakukan pembayaran yang dipersetujui antara lelaki dan wanita itu. Ianya memang diamalkan sebelum Islam dan cuma diharamkan selepas Perang Khaibar. Ianya bukanlah sesuatu yang molek kerana perbuatan itu bukanlah pernikahan yang sah, wanita itu tidak mendapat hak yang sepatutnya didapati oleh seorang isteri dan ianya bukan tujuan untuk melangsungkan keturunan kerana bukan dilakukan untuk mendapatkan anak tapi kerana hendak memuaskan nafsu sahaja.

Sedangkan dalam ayat ini sendiri disebut: مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ – untuk menjaga maruah, bukan untuk zina. Sedangkan amalan Syiah ini adalah menggalakkan zina. Syiahlah satu-satunya agama dalam dunia yang menghalalkan zina. Tidak ada agama lain yang seteruk itu.

Dan dalam ayat lain, dalam 23:6 ada disebut:

إِلّا عَلىٰ أَزواجِهِم أَو ما مَلَكَت أَيمانُهُم

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya

Maknanya, hubungan kelamin hanya boleh dilakukan dengan isteri atau dengan hamba sayaha sahaja. Maka, ini menolak kemungkinan-kemungkinan lain termasuklah nikah mut’ah.

 

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُم بِهِ مِن بَعْدِ الْفَرِيضَةِ

Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu

Kalau pasangan wanita itu dengan rela hati hendak memberikan mahr yang diterimanya kepada suaminya, tidak berdosa kalau suaminya mengambil. Asalkan saling rela.

 

إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Allah mengetahui isi hati manusia, samada mereka ikhlas atau tidak. Allah tahu isi hati manusia semasa mereka melakukannya. Maknanya, Allah tahu samada kita menikah itu untuk sebab yang halal atau untuk memuaskan nafsu sahaja. Allah tahu apa yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu, Allah telah menjelaskan hukum-hukum yang perlu diikuti.

Allah Maha Bijaksana menetapkan hukum yang telah ditetapkan olehNya. Semua yang diwajibkan kepada kita adalah sesuatu yang memang patut untuk kita dan kalau kita ikut, akan memberi kebaikan untuk diri kita juga. Allah tahu hikmat sesuatu hukum itu, kadang-kadang kita tahu, kadang-kadang tidak jelas buat kita. Kalau ianya tidak jelas, bukanlah bermaksud ianya tidak berhikmah, cuma kita sahaja yang tidak tahu. Malangnya, ada yang memikirkan dan mencari apakah hikmat sesuatu hukum Allah itu, dan apabila mereka tak nampak atau tidak jumpa, mereka kata hukum itu tidak sesuai untuk zaman sekarang. Ma sha Allah, itu amatlah kurang berilmu dan kurang ajar dengan Allah.

 


 

Ayat 25: Ini adalah hukum ke 13. Ianya tentang hukum berkahwin dengan hamba. Ada ketikanya, berkahwin dengan hamba adalah lebih sesuai kepada seseorang kerana ianya lebih murah dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi kepada isteri itu kurang sedikit daripada tanggungjawab kepada isteri dari kalangan wanita yang merdeka. Mari kita lihat ayat ini.

وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ طَوْلًا أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُم بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلَا مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنكُمْ وَأَن تَصْبِرُوا خَيْرٌ لَّكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever among you cannot [find] the means to marry free, believing women, then [he may marry] from those whom your right hands possess of believing slave girls. And Allāh is most knowing about your faith. You [believers] are of one another. So marry them with the permission of their people and give them their due compensation [i.e., mahr] according to what is acceptable. [They should be] chaste, neither [of] those who commit unlawful intercourse randomly nor those who take [secret] lovers. But once they are sheltered in marriage, if they should commit adultery, then for them is half the punishment for free [unmarried] women. This [allowance] is for him among you who fears affliction [i.e., sin], but to be patient is better for you. And Allāh is Forgiving and Merciful.

MALAY

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba – abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ طَوْلًا أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik lagi beriman,

Ini hukum dan jalan keluar kepada lelaki yang tidak mampu untuk berkahwin dengan wanita yang merdeka. Mungkin kerana permintaan mahr yang tinggi, atau rendah tapi dia masih tak mampu juga.

 

فَمِن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ

maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki.

Kalau tidak mampu untuk berkahwin dengan wanita yang merdeka, seorang lelaki dibolehkan untuk berkahwin dengan hamba perempuan yang mukmin. Dan hamba perempuan itu dimiliki oleh orang Islam juga. Inilah maksud أَيْمَانُكُم dalam ayat ini. Ini hanya berlaku pada zaman dahulu. Kerana sekarang, tidak ada lagi hamba. Jadi, walaupun belanja perkahwinan sekarang mahal, jalan ini bukanlah jalan yang boleh digunakan.

Memang belanja perkahwinan sekarang terlalu mahal sampai menyebabkan pasangan lelaki dan perempuan terpaksa menangguh pernikahan mereka sampai duit cukup untuk buat belanja kahwin. Kadang-kadang semasa tunggu itu, mereka terlanjur melakukan perzinaan. Atau mereka melakukan perkara yang tidak patut. Ini semua adalah kerana masalah masyarakat kita yang mementingkan kebendaan dan hendak menunjuk-nunjuk kepada orang ramai yang mereka mampu buat kenduri yang besar-besar. Dipanggil datang mereka yang tidak patut-patut seperti kumpulan kugiran, kumpulan kompang, beribu-ribu orang dan macam-macam lagi. Akhirnya ia menjadi satu pesta yang dipenuhi dengan maksiat. Yang susahnya adalah pasangan yang hendak berkahwin itu. Mereka terpaksa mengumpul untuk masa yang lama, untuk dapat kahwin dan dihabiskan pada satu hari sahaja. Dan kalau mereka tidak mampu, mereka terpaksa pinjam dari bank dan bank tentunya mengenakan kadar bunga yang tinggi. Maka, pasangan itu memulakan kehidupan mereka bersama dengan hutang yang bertambah-tambah. Inilah yang terjadi kepada masyarakat sekarang. Agaknya, siapakah yang boleh memperbetulkannya?

 

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُم

Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; 

Nak buat apa-apa pun, kena tahu yang Allah mengetahui apa yang dalam hati kita.

Juga bermaksud yang Allah tahu samada seseorang itu beriman atau tidak. Kalau seseorang itu hamba, tapi ia beriman, itu lebih baik dari seorang yang merdeka tapi tidak beriman.

 

بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ

kamu masing-masing adalah berasal dari sebahagian yang lain

Kamu yang beriman dikira dari sebahagian yang lain. Walau berbeza kerana ada yang status hamba dan ada yang merdeka. Kerana sama sahaja pada Allah kalau iman yang sama. Yang penting adalah iman.

Allah sebut tentang iman dalam ayat yang bercakap tentang perkahwinan dengan hamba sahaya, untuk mengingatkan kepada manusia bahawa manusia sama sahaja. Kerana mungkin ada yang tidak dapat terima seorang yang merdeka mengahwini seorang hamba. Kita kena ingat yang zaman manusia mengamalkan sistem perhambaan, status hamba ini adalah amat rendah sekali. Maka, Allah buka minda manusia dengan mengingatkan manusia kepada iman.

 

فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ

Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya

Perkahwinan itu boleh dijalankan dengan persetujuan tuan hamba. Ini adalah kerana tuannya itulah yang menjadi wali wanita hamba itu. Kalau tuannya tidak beri kebenaran, tidak boleh berkahwin dengan wanita itu.

 

وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut.

Mahr pun kena beri kepada tuan hamba. Sebab seorang hamba terikat dengan tuannya.

 

مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ

Mereka yang henda menjaga maruah, bukan perempuan-perempuan lacur, 

Kahwinilah wanita hamba yang mahu memelihara diri dari zina. Bukan jenis pelacur.

 

وَلَا مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ

dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. 

Bukan perempuan yang mahu lelaki simpanan. Ini pun ada juga. Sebagai contoh ada perempuan kaya yang berani mengambil lelaki sebagai lelaki simpanan. Jangan kita sangka lelaki sahaja yang ada mengambil perempuan simpanan.

 

فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ

Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka.

Sekiranya hamba perempuan buat dosa zina selepas dia telah berkahwin, hukuman yang dikenakan kepada mereka adalah separuh dari hukuman yang dikenakan kepada orang merdeka. Kalau orang merdeka kena 100 rotan, mereka dikenakan dengan 50 rotan.

Hukuman kepada penzina yang telah berkahwin adalah rejam sampai mati. Tapi kalau rejam sampai mati, tidak boleh dibahagi dua. Jadi, ayat ini merujuk kepada hukuman yang boleh dibahagi – 100 rotan menjadi 50 rotan. Allahu a’lam.

 

لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنكُمْ

bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; 

Hukum kebenaran berkahwin dengan hamba ini khusus kepada yang takut berlaku perzinaan sahaja. Kalau ada yang rasa, kalau tidak bernikah, dia akan melakukan zina dengan wanita lain. Ini adalah kerana perkahwinan dengan hamba ini tidak digalakkan.

 

وَأَن تَصْبِرُوا خَيْرٌ لَّكُمْ

dan jika kamu sabarnya, itu adalah lebih baik bagi kamu.

Kalau boleh sabar sehingga cukup belanja dan kahwin dengan merdeka, itu adalah lebih baik. Kahwin dengan wanita yang merdeka itu lebih baik. Antaranya, kerana anak akan merdeka juga. Ini bermakna, kalau berkahwin dengan wanita yang menjadi hamba sahaya kepada seseorang, dan mereka dapat anak, anak hasil dari perkahwinan itu akan menjadi hamba pula kepada tuan yang asal itu.

Diingatkan bahawa perkahwinan dengan hamba ini adalah kepada mereka yang tidak mampu untuk berkahwin dengan wanita yang merdeka. Jadi, kalau seseorang yang mampu, tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita yang hamba, mengikut pendapat Imam Syafie.

 

وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Walaupun perkahwinan dengan wanita yang hamba tidak digalakkan dan dikira termasuk dalam perkara makruh, tapi Allah ampunkan perkara itu.

Allah juga maha mengasihani, dimana Allah telah membenarkan perkahwinan dengan wanita yang hamba. Allah boleh sahaja tidak benarkan, tapi Allah benarkan atas sifat RahmahNya.

 


 

Ayat 26: Selalu orang tanya, apa yang Alah hendak dari kita? Ayat ini menjawap persoalan itu.

يُرِيدُ اللَّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh wants to make clear to you [the lawful from the unlawful] and guide you to the [good] practices of those before you and to accept your repentance. And Allāh is Knowing and Wise.

MALAY

Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

يُرِيدُ اللَّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ

Allah menghendaki untuk menerangkan kepada kamu

Allah ingin jelaskan undang-undang syariat keluarga dan semua sekali. Dalam ayat-ayat yang kita telah belajar ini, Allah menjelaskan apakah hukum-hukum yang perlu kita ikuti. Hukum-hukum itu memberitahu manakah yang baik dan manakah yang tidak. Semuanya itu adalah untuk kebaikan diri kita.

 

وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ

dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu

Allah mengajar kepada kita tengang cara hidup orang-orang yang berjaya sebelum kita. Kerana itulah jalan untuk mencabar kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah hendak kita berjaya dalam kehidupan kita.

 

وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ

dan juga untuk menerima taubat kamu. 

Dan hendak terima taubat kamu.

 

وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Oleh kerana Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana, maka hukum yang telah ditetapkanNya itu tentulah ada banyak kebaikan dan banyak hikmat. Kalau kita dapat ikut undang-undang itu, kita pasti akan berjaya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 004: an-Nisa and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s