Tafsir Surah Ali Imran Ayat 166 – 173 (Para syahid hidup di sisi Allah)

Ayat 166:

وَما أَصابَكُم يَومَ التَقَى الجَمعانِ فَبِإِذنِ اللَّهِ وَلِيَعلَمَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what struck you on the day the two armies met [at Uḥud] was by permission of Allāh that He might make evident the [true] believers

MALAY

Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera – di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.

 

وَما أَصابَكُم يَومَ التَقَى الجَمعانِ فَبِإِذنِ اللَّهِ

Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah,

Apa yang berlaku adalah dengan izin Allah.  Allah yang taqdirkan ianya terjadi sebegitu rupa. Semuanya dalam perancangan Allah. Kalau Allah tidak taqdirkan ia jadi begitu, ianya tidak akan terjadi begitu. Ini hanya boleh diterima oleh mereka yang percaya dan redha dengan qadha dan qadar Allah.

 

وَلِيَعلَمَ المُؤمِنينَ

dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.

Supaya Allah boleh zahirkan siapakah yang sebenarnya golongan mukmin. Ayat ini kita kena terjemah begini. Iaitu Allah hendak ‘zahirkan’ kepada semua, siapakah yang benar-benar mukmin. Jangan kita salah faham pula – takut ada yang sangka Allah tidak tahu siapakah yang mukmin, sampai Allah kena uji dulu, baru Allah tahu. Itu adalah faham yang salah. Kerana Allah sudah tahu hati manusia. Tapi manusia yang tidak tahu hati manusia yang lain. Maka, Allah nak tunjukkan.


 

Ayat 167: Dalam ayat sebelum ini, Allah kata Dia nak zahirkan siapakah yang sebenarnya orang mukmin. Kali ini Allah sebut yang Dia jadikan kejadian pada Perang Uhud itu untuk menzahirkan siapakah yang munafik juga. Allah nak bezakan manakah yang mukmin dan mana yang munafik.

وَلِيَعلَمَ الَّذينَ نافَقوا ۚ وَقيلَ لَهُم تَعالَوا قاتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ أَوِ ادفَعوا ۖ قالوا لَو نَعلَمُ قِتالًا لَاتَّبَعناكُم ۗ هُم لِلكُفرِ يَومَئِذٍ أَقرَبُ مِنهُم لِلإيمانِ ۚ يَقولونَ بِأَفواهِهِم ما لَيسَ في قُلوبِهِم ۗ وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما يَكتُمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that He might make evident those who are hypocrites. For it was said to them, “Come, fight in the way of Allāh or [at least] defend.” They said, “If we had known [there would be] fighting, we would have followed you.” They were nearer to disbelief that day than to faith, saying with their mouths what was not in their hearts. And Allāh is most knowing of what they conceal –

MALAY

Dan juga dengan tujuan Ia hendak menzahirkan siapakah yang munafik, ketika dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)”. Mereka menjawab: “Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)”. Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.

 

وَلِيَعلَمَ الَّذينَ نافَقوا

dengan tujuan Ia hendak menzahirkan siapakah yang munafik, 

Selain daripada hendak menzahirkan siapakah yang beriman, Allah juga hendak menzahirkan siapakah munafik yang sebenarnya. Ujian seperti yang terjadi di Perang Uhud itu boleh menzahirkan siapakah mukmin dan siapakah yang munafik.

Penzahiran siapakah mereka yang munafik itu penting kerana mereka tidak boleh dibiarkan begitu saja dalam kemunafikan mereka. Mereka perlu ditarbiyah. Kerana umat Islam banyak kerja nak kena buat lagi. Ini baru Perang Badr dan Uhud. Banyak lagi peperangan yang akan dihadapi dan kerja dakwah yang perlu dijalankan. Islam tidak akan berkembang jikalau ramai munafik di kalangan mereka. Zaman sekarang, seorang khalifah pun kena tengok rakyatnya kalau-kalau ada sifat-sifat sebegini, supaya mereka tahu siapakah yang munafik dan kena mulakan proses pentarbiyahan.

Sama juga dengan ayat sebelum ini, bukanlah Allah tidak tahu siapakah yang munafik. Cuma Allah hendak menzahirkan sahaja kepada orang mukmin yang lain.

 

وَقيلَ لَهُم تَعالَوا قاتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ

ketika dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah

Ini adalah apabila dikatakan kepada puak munafik, ketika mengajak mereka untuk berjihad di jalan Allah. Waktu itu mereka sedang meninggalkan medan perang. Seperti yang telah disebut sebelum ini, ada 300 orang dari tentera Islam yang meninggalkan medan Perang Uhud sebelum ianya bermula. Mereka dipimpin oleh Abdullah bin Ubay.

 

أَوِ ادفَعوا

atau pertahankanlah

Atau kalau mereka tidak mahu berjihad di jalan Allah, sekurang-kurangnya marilah sama-sama mempertahankan tempat tinggal kita dari musuh. Sebab mereka pun tinggal di kota Madinah juga. Sekarang musuh dari Mekah sudah datang untuk menyerang tempat tinggal kita.

 

قالوا لَو نَعلَمُ قِتالًا لَاتَّبَعناكُم

Mereka menjawab: “Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu

Mereka kata mereka tak pandai berperang. Mereka nak tunggu dan lihat sahaja.

Tafsir kedua: Puak munafik itu menggunakan alasan yang pada mereka, tidak ada peperangan pun. Mereka kata yang datang itu dari Mekah, dan orang-orang Islam itu pun dari Mekah juga. Jadi dia nak kata, memang tidak akan peperangan dan itu semua adalah gimik orang-orang Mekah sahaja. Mereka kononnya nak kata: “kalau kami tahu memang benar-benar ada perang, tentulah kami ikut serta. Tapi kami tak ikut kerana kami tak sangka akan ada perang.” Itu adalah alasan mereka sahaja.

 

هُم لِلكُفرِ يَومَئِذٍ أَقرَبُ مِنهُم لِلإيمانِ

Mereka ketika itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman.

Mereka dakwa mereka mukmin. Tapi bila mereka cakap macam itu mereka menzahirkan kekufuran mereka. Sebelum ini, yang mereka kata mereka beriman itu, hanya cakap sahaja. Sekarang telah zahir sifat mereka yang sebenarnya.

 

يَقولونَ بِأَفواهِهِم ما لَيسَ في قُلوبِهِم

Mereka selalu menyebut dengan mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka

Mereka selalu sebut yang mereka beriman, tapi tidak sebenarnya. Hati mereka kufur. Sebab itulah mereka digelar ‘munafik’.

 

وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما يَكتُمونَ

Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.

Mereka cuba menipu orang-orang Islam yang lain dengan mengatakan mereka beriman. Tapi Allah tahu apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka, iaitu kekufuran mereka.


 

Ayat 168: Allah jelaskan lagi apakah sifat-sifat orang munafik.

الَّذينَ قالوا لِإِخوانِهِم وَقَعَدوا لَو أَطاعونا ما قُتِلوا ۗ قُل فَادرَءوا عَن أَنفُسِكُمُ المَوتَ إِن كُنتُم صادِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who said about their brothers while sitting [at home], “If they had obeyed us, they would not have been killed.” Say, “Then prevent death from yourselves, if you should be truthful.”

MALAY

Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: “Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

 

الَّذينَ قالوا لِإِخوانِهِم وَقَعَدوا لَو أَطاعونا ما قُتِلوا

Mereka yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya, sedang mereka sendiri tidak turut berperang: “Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh”.

Mereka sanggup kata begini tentang saudara seagama mereka لِإِخوانِهِم yang lain. Allah kata mereka itu ‘ikhwan’, tapi itu dari segi zahir sahaja. Zahirnya mereka nampak bersaudara tapif6r hakikatnya mereka kufur.

Waktu itu mereka duduk-duduk sahaja وَقَعَدوا tidak sertai jihad. Lafaz قَعَد bermaksud duduk yang lama.

Mereka kata kalau orang mukmin itu ikut mereka, duduk tak perang, tentulah mereka tidak mati.

 

قُل فَادرَءوا عَن أَنفُسِكُمُ المَوتَ إِن كُنتُم صادِقينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Allah surah jawap kepada mereka: Kalau begitu, elaklah dari mati kalau kamu benar. Kalau kamu kata duduk rumah tak mati, cubalah kamu elak dari mati kalau kamu boleh.

Kata-kata mereka itu adalah kata-kata yang tidak beriman. Sedangkan mereka sendiri tahu yang mati itu wajib. Berperang mungkin mati, kalau duduk di rumah pun, kalau maut datang menjemput, akan mati juga. Semua orang akan mati, samada di rumah atau di medan perang.


 

Ayat 169: Ini adalah ayat tabshir. Orang munafik hanya memikirkan tentang dunia sahaja dan tidak fikir akhirat. Mereka ingat mati itu habis dah. Tapi Allah jelaskan bahawa orang yang mati pada jalan Allah itu tidaklah mati biasa.

وَلا تَحسَبَنَّ الَّذينَ قُتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ أَمواتًا ۚ بَل أَحياءٌ عِندَ رَبِّهِم يُرزَقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And never think of those who have been killed in the cause of Allāh as dead. Rather, they are alive with their Lord, receiving provision,

MALAY

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

 

وَلا تَحسَبَنَّ الَّذينَ قُتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ أَمواتًا

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati,

Jangan sekali-kali kamu sangka begitu. Mereka bukan mati biasa tapi mereka itu dinamakan ‘mati syahid’. Dalam Surah Baqarah ayat 154, Allah telah pun sebut tentang perkara ini dan diulang kembali dalam ayat ini. Tapi kali ini ada penekanan. Iaitu Allah beritahu kita, jangan sekali-kali kita adalah berfikir begitu. Maknanya, ada penekanan di situ yang amat kuat.

 

بَل أَحياءٌ

bahkan mereka hidup

Mereka hidup dengan istimewa di sisi Tuhan. Bukan hidup dengan kita, tapi dengan Allah. Mati sahaja, roh para syuhada’ akan terus dihantar ke syurga. Ini juga telah diberitahu dalam surah Baqarah.

Maknanya, sangkaan puak munafik yang mereka yang mati di Jalan Allah itu rugi adalah amat jauh sekali dari kebenaran.

 

عِندَ رَبِّهِم يُرزَقونَ

di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Ini adalah penambahan dari ayat 154 surah Baqarah. Allah tambah dalam ayat ini bahawa mereka itu diberikan dengan rezeki. Rezeki itu bukanlah rezeki zahir tapi rezeki hissi. Kita pun tidak pasti apakah yang diberikan kepada mereka. Tentunya sesuatu yang amat istimewa. Orang Munafik tidak nampak perkara ini, kerana mereka hanya nampak rezeki yang zahir sahaja, rezeki yang di dunia sahaja. Merekalah yang kerugian yang amat besar sekali kerana tidak mengejar perkara ini.


 

Ayat 170: Allah berikan sedikit penerangan tentang apakah yang para syuhada’ itu dapat.

فَرِحينَ بِما آتاهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ وَيَستَبشِرونَ بِالَّذينَ لَم يَلحَقوا بِهِم مِن خَلفِهِم أَلّا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rejoicing in what Allāh has bestowed upon them of His bounty, and they receive good tidings about those [to be martyred] after them who have not yet joined them – that there will be no fear concerning them, nor will they grieve.

MALAY

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

 

فَرِحينَ بِما آتاهُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ

mereka bersukacita dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka, 

Kita tidak tahu dengan pasti apakah yang diberikan kepada mereka, tapi yang pasti, mereka gembira dengan pemberian Allah itu. Lafaz فَضلِ adalah apabila kita dapat sesuatu yang lebih dari apa yang kita harapkan dan yang kita layak dapat. Kalau sama dengan apa yang patut kita dapat, itu dinamakan ajrun – upah – آجر.

 

وَيَستَبشِرونَ بِالَّذينَ لَم يَلحَقوا بِهِم مِن خَلفِهِم

dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang yang belum menyertai mereka, yang masih tinggal di belakang, 

Dan mereka tumpang gembira dengan sahabat-sahabat yang belum mati, tapi akan menyusuli mereka. Mereka bergembira menunggu sahabat-sahabat mereka itu. Mereka tahu sahabat-sahabat mereka itu akan menyertai mereka tidak lama lagi, dan sahabat-sahabat mereka itu juga akan merasai nikmat-nikmat yang mereka sedang rasai itu. Kalau kita dapat sesuatu yang bagus, tentu kita tidak sabar-sabar nak tengok bagaimana perasaan sahabat kita dapat benda yang sama, bukan? Begitulah mereka nanti.

 

أَلّا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka tidak akan bimbang untuk menghadapi akhirat.

Dan mereka tidak akan berdukacita meninggalkan dunia kerana mereka tahu yang mereka akan menuju ke tempat yang lebih baik dari dunia.

Allah nak beritahu yang mereka tidak mati begitu sahaja seperti sangkaan orang munafik.


 

Ayat 171: Masih lagi tentang penjelasan tentang kegembiraan para syuhada’ itu.

۞ يَستَبشِرونَ بِنِعمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They receive good tidings of favor from Allāh and bounty and [of the fact] that Allāh does not allow the reward of believers to be lost –

MALAY

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

 

يَستَبشِرونَ بِنِعمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضلٍ

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya;

Gembira dengan nikmat yang Allah telah beri kepada mereka. Mereka amat gembira kerana mereka diberi peluang mati syahid, tak mati dengan cara lain. Kerana mati, tetap semua makhluk akan mati, tapi Allah pilih mereka untuk mati syahid. Itu adalah nikmat yang amat besar.

Seperti yang kita telah sebut, lafaz فَضلِ bermaksud ianya adalah sesuatu pemberian yang lebih dari yang sepatutnya dan selayaknya kita dapat. Ada pendapat yang mengatakan, فَضلِ yang dimaksudkan adalah, Allah tambah dengan nikmat lain, iaitu redha dariNya.

 

وَأَنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُؤمِنينَ

dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

Allah takkan sia-sia balasan kepada orang beriman. Allah akan balas dengan lebih lagi dari yang sepatutnya mereka terima. Bayangkan, kita hidup berapa tahun sahaja di dunia, dengan amal yang tidaklah berapa banyak. Tapi Allah balas dengan nikmat sampai bila-bila, kekal abadi.


 

Ayat 172: Ayat tabshir. Ada kisah yang perlu disebut untuk memahami ayat ini. Semasa puak musyrikin Mekah dalam perjalanan pulang, mereka terfikir, apa kata kalau mereka musnahkan terus penduduk Islam di Madinah? Ini adalah kerana mereka rasa mereka telah menang dan tengah kuat masa itu, jadi mereka terfikir untuk ambil kesempatan itu. Sebab kalau mereka biarkan, tahun depan nak kena lawan lagi. Oleh kerana itu, mereka telah mengadakan mesyuarat sesama mereka sebelum sempat sampai ke Mekah lagi. Hasil dari mesyuarat itu, mereka buat keputusan untuk patah balik dan serang lagi puak Muslimin sampai habis hancur mereka semua sekali.

Allah beri wahyu kepada Nabi tentang perkara itu. Nabi disuruh untuk ajak para sahabat untuk bersedia untuk melawan semula tentera Musyrikin Mekah itu, walaupun mereka waktu itu dalam keadaan lemah dan sakit. Apabila Allah suruh, itu bermakna yang Allah akan bantu mereka.

Bila Nabi beritahu mereka, mereka semua bersetuju tanpa soal. Apabila ada kesanggupan dalam diri umat Islam walaupun dalam keadaan yang amat payah kerana baru lepas kalah, ramai yang cedera dan sebagainya, Allah terus campak perasaan takut dalam hati orang kafir. Mereka takut sungguh sampai tidak berani datang ke kawasan Madinah.

Kerana mereka takut, tapi mereka tak mahu malu, mereka telah upah satu rombongan dari bani Abdul Qais untuk pergi ke Madinah dan beri diayah kepada puak Islam supaya jangan berlawan lagi puak Musyrikin Mekah dengan alasan kerana puak Mekah itu kuat. Puak Musyrikin Mekah itu menawarkan upah unta yang banyak. Tujuan dilakukan itu adalah supaya umat Islam takut dan tidak keluar mempertahankan diri mereka. Sedangkan yang sebenarnya, mereka yang takut.

Sedangkan para sahabat sudah siap menunggu di satu kawasan, menunggu tentera kafir yang dikatakan akan datang. Dan datanglah rombongan Abdul Qais itu. Mereka pun buat cerita untuk menakutkan umat Islam. Tapi tentera Islam kata, mereka tak takut. Datanglah banyak mana pun, mereka akan lawan. Kerana mereka hanya takut kepada Allah sahaja. Maka sia-sia sahaja apa nasihat yang diberikan oleh rombongan Abdul Qais itu.

الَّذينَ استَجابوا لِلَّهِ وَالرَّسولِ مِن بَعدِ ما أَصابَهُمُ القَرحُ ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا مِنهُم وَاتَّقَوا أَجرٌ عَظيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those [believers] who responded to Allāh and the Messenger after injury had struck them. For those who did good among them and feared Allāh, is a great reward –

MALAY

Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

 

الَّذينَ استَجابوا لِلَّهِ وَالرَّسولِ

Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya

Allah beri berita gembira kepada para sahabat yang sanggup menyahut semula panggilan Allah dan Rasul. Apabila mereka taat kepada ajakan Nabi, itu bermaksud mereka sahut kepada Allah juga.

 

مِن بَعدِ ما أَصابَهُمُ القَرحُ

sesudah mereka mendapat luka

Kesanggupan mereka itu bukan kesanggupan biasa. Kerana mereka sanggup berjuang itu, walaupun setelah mereka ditimpa kecederaan luka dan kalah di Perang Uhud. Lafaz القَرحُ bermaksud luka yang sedikit. Allah nak kata apa yang mereka kena itu tidak banyak sebenarnya.

 

لِلَّذينَ أَحسَنوا مِنهُم وَاتَّقَوا أَجرٌ عَظيمٌ

Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

Mereka menjaga diri mereka dari derhaka. Yang buat ihsan – lebih baik.

Dan mereka itu bertaqwa juga. Mereka sanggup sahut seruan Nabi itu kerana mereka itu bertaqwa. Mereka taat kepada Nabi Muhammad. Maknanya, mereka juga taat kepada Allah.

Lalu apa yang terjadi? Para sahabat hanya menunggu sahaja. Sebab Abu Sufyan pula takut dan telah membatalkan perancangan mereka untuk menyerang Madinah. Allah janjikan pahala upah yang amat besar kepada mereka. Walaupun mereka tidak jadi berperang, tapi kerana mereka telah menyatakan kesanggupan mereka, itu sudah bernilai besar dan Allah akan balas kesanggupan mereka itu.


 

Ayat 173: Allah teruskan dengan menyebut tentang rombongan yang berniat jahat itu dan apakah yang dikatakan oleh para sahabat kepada mereka.

الَّذينَ قالَ لَهُمُ النّاسُ إِنَّ النّاسَ قَد جَمَعوا لَكُم فَاخشَوهُم فَزادَهُم إيمانًا وَقالوا حَسبُنَا اللَّهُ وَنِعمَ الوَكيلُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those to whom people [i.e., hypocrites] said, “Indeed, the people have gathered against you, so fear them.” But it [merely] increased them in faith, and they said, “Sufficient for us is Allāh, and [He is] the best Disposer of affairs.”

MALAY

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

 

الَّذينَ قالَ لَهُمُ النّاسُ إِنَّ النّاسَ قَد جَمَعوا لَكُم فَاخشَوهُم

Mereka itu adalah mereka yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepada mereka

Lafaz النّاسُ yang pertama merujuk kepada rombongan Abdul Qais yang diupah oleh Abu Sufyan untuk menakutkan puak Muslimin.

Lafaz النّاسُ yang kedua merujuk kepada Puak Musyrikin Mekah. Rombongan Abdul Qais itu ditugaskan untuk menakutkan puak Muslimin. Mereka beritahu kepada puak Muslimin, bahawa puak Mekah itu sedang kumpul senjata dan tentera untuk menyerang Madinah balik.

Ini mengajar kita, bahawa akan sentiasa sahaja ada golongan manusia yang nak menakutkan orang Islam. Mereka akan bagi maklumat yang macam-macam supaya kita jadi gelabah. Itu semua akan buang masa kita sahaja. Fikirkanlah, kalau kita tahu pun, bukan boleh buat apa pun, malah hanya menambah rasa takut kepada kita sahaja. Yang sepatutnya, kalau kita diberitahu tentang perkara sebegitu, kita serah kepada Allah sahaja. Dalam masa yang sama, kita tingkatkan amal ibadat kita. Oleh itu, kita jangan terpedaya dengan Teori Konspirasi yang berbagai-bagai. Masalah ini memang banyak terjadi zaman sekarang, tambahan pula manusia sudah semakin senang nak sebarkan diayah.

 

فَزادَهُم إيمانًا

Maka berita itu makin menambahkan iman mereka

Berita yang disampaikan oleh rombongan Abdul Qais itu tidak menyebabkan ketakutan kepada golongan mukmin, tetapi sebaliknya menambah keimanan mereka. Bagaimana ia telah meningkatkan iman mereka? Sebab apa yang Allah katakan akan terjadi, benar-benar terjadi. Nabi Muhammad telah beritahu yang tentera Musyrikin Mekah akan menyerang mereka, dan sekarang rombongan Abdul Qais pun mengatakan perkara yang sama. Maka, memang betul apa yang Nabi kata. Kebenaran telah terserlah dan janji Allah itu benar. Mereka semakin yakin dengan janji Allah yang akan memberi bantuan kepada mereka.

 

وَقالوا حَسبُنَا اللَّهُ وَنِعمَ الوَكيلُ

lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus

Mereka rasa cukup dengan bantuan Allah. Kerana mereka tahu bahawa Allah itu benar dan Allah telah berjanji akan membantu mereka. Maka mereka tidak takut apa-apa pun. Kerana mereka tahu bahawa Allah akan mengurus dengan sebaiknya apa yang berlaku.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 003: Ali Imran and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s