Tafsir Surah Fatihah Ayat 7 – Bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan sesat

غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ

Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai;

Empat golongan sesat tafsir Quran

Sifat-sifat empat golongan yang dimurkai atau sesat dijelaskan dengan lebih lanjut dalam surah-surah selepas al-Fatihah

Antara tafsir ayat ini, ada dalam ayat al-Maidah:8

5:82

Sahih International

You will surely find the most intense of the people in animosity toward the believers [to be] the Jews and those who associate others with Allah ; and you will find the nearest of them in affection to the believers those who say, “We are Christians.” That is because among them are priests and monks and because they are not arrogant.

Malay

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ

Dan pasti kamu akan dapati orang yang paling keras di kalangan manusia itu

عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ

yang melawan orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi; mereka percaya Allah itu adalah Tuhan yang sebenarnya, Nabi Musa itu adalah seorang Rasul dan Taurat itu dari Allah tapi ulama mereka hanya belajar sikit-sikit, yang mereka banyak pakai adalah kitab yang ditulis oleh ulama-ulama mereka – yang dinamakan Talmud. Dan begitu juga, umat mereka percaya Allah Tuhan, Nabi Musa Rasul dan Taurat dari Allah tapi tak pakai semua sekali. Sebaliknya mereka hanya pakai ajaran tok guru mereka sahaja. Macam juga orang kita, percaya semua itu tapi tak amalkan. Cuma pakai masa nak kahwin, mati dan sebagainya. Itulah cara Yahudi yang dibuat juga oleh orang-orang kita.

Penerangan sifat orang Yahudi ini ada dalam Baqarah:40-141. Keseluruhan ayat-ayat itu adalah hendak menceritakan kepada kita sifat-sifat pendita Yahudi dan sifat-sifat orang Yahudi iaitu pengikut-pengikut mereka. Kalau kita ada sifat-sifat itu, maka kita termasuk dalam golongan mereka juga. Sebab memang ada ulama-ulama kita yang bersifat seperti pendita-pendita Yahudi itu. Mereka tahu Allah itu Tuhan, Nabi Muhammad adalah Rasul dan Quran dari Allah tapi mereka tak pakai ajaran dalam Quran dan Hadis Nabi. Mereka hanya menggunakan kitab-kitab tulisan manusia sahaja.

Bani Israil itu adalah anak cucu Nabi Ya’kub. Nama ‘Israil’ itu sendiri adalah gelaran kepada Nabi Ya’kub. Dia ada dua isteri. 10 anak dari satu isteri dan dua lagi dari isteri yang muda. Dari isteri muda itulah lahirnya Nabi Yusuf dan Bunyamin.

Yahudi itu tidak mahu belajar Taurat tapi mereka hanya terima ajaran dari pendita-pendita mereka dan kitab-kitab yang ditulis oleh ulama mereka yang kononnya adalah agama. Jadi kalau kita pun macam itu juga, hanya ikut kata-kata ustaz-ustaz tanpa belajar dengan Quran, maka kita pun macam mereka juga.

وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

dan orang-orang yang buat syirik; orang Islam yang buat syirik juga dipanggil musyrikin. Yang jelas nampak syirik adalah mereka yang sembah patung dan berhala itu. Tapi walaupun orang Islam tidak sembah patung dan berhala dengan jelas, mereka juga ada mengamalkan amalan syirik. Maka, mereka juga musyrikin sebenarnya.

وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا

Dan pasti kamu akan dapati orang yang paling dekat persabahatan dengan orang-orang yang beriman

الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ

adalah orang-orang yang berkata “kami ini orang Kristian”; yang paling dekat dengan orang Islam adalah orang Kristian, bukan Yahudi dan musyrikin.

ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ

yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya diantara mereka itu

قِسِّيسِينَ

ialah para pendita mereka; iaitu tok guru mereka – paderi. Ulama-ulama mereka.

وَرُهْبَانًا

dan rahib-rahib; yang bertapa di bukit. Kita pun banyak yang bertapa. Dalam Islam, tidak ada amalan bertapa sebenarnya. Nabi selepas bertemu Jibril dan dilantik jadi Rasul tak pergi bertapa di gua-gua. Nabi keluar dan hidup bersama masyarakat. Tapi golongan nak cari ilmu sakti atau keramat masih nak buat amalan bertapa, kerana mereka diajar oleh guru-guru yang sesat. Yang ada dalam Islam adalah iktikaf dalam masjid.

وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

dan susungguhnya mereka itu tidak sombong.

Jadi tafsir bagi orang-orang yang Allah murkai adalah Yahudi dan Musyrikin. Jadi kalau kita buat syirik, kita termasuk dalam golongan yang Allah murkai. Contoh yang paling mudah kita lihat orang buat sekarang adalah bersanding dalam perkahwinan. Hadir majis itu pun dah syirik dah. Kerana kita bersekongkol dengan orang buat syirik. Bersanding itu adalah amalan agama Hindu sebagai pemujaan kepada Dewa Sri Rama dan Sita Devi. Tapi kita pula ikut perbuatan mereka.

Ada juga yang mengatakan bahawa maksud ayat ini bukanlah Allah yang murka kepada mereka. Memang Allah murka kepada mereka, tapi dari segi bahasa, tidak ada perkataan ‘engkau’ dalam ayat ini. Ia sebenarnya adalah ‘orang-orang yang dimurkai’. Tapi tidak disebut siapakah yang murka itu. Jadi, bukan hanya Allah sahaja yang murka dengan mereka, tapi para malaikat, orang-orang beriman, dari golongan terdahulu dan kemudian, semuanya murka kepada mereka. Allah terlalu murka kepada mereka, sampai Allah tidak mahu mengaitkan namaNya dengan mereka. Allahu a’lam.

————————

وَلَا الضَّالِّينَ

Dan bukan jalan orang yang sesat; Contoh orang yang sesat yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah penganut Kristian atau Nasara. Mereka percaya Allah itu adalah Tuhan, Nabi Isa Rasul, Kitab Injil dari Tuhan. Tapi silap faham tentang Tuhan sampai mereka puja Nabi Isa. Kerana mereka percaya Nabi Isa adalah ‘anak Tuhan’. Kita percaya Allah Tuhan, Nabi Muhammad sebagai Rasul, Quran dari Allah, tapi silap faham tentang Allah, Nabi dan Quran sampaikan kita minta tolong kepada Nabi Muhammad.

Orang-orang Nasrani tidak memiliki ilmu agama. Kerana itu mereka ditimpakan dengan kesesatan. Tatkala mereka hendak menuju kepada sesuatu, mereka tidak memperoleh petunjuk kepada jalannya. Hal itu adalah kerana mereka tidak menempuhnya melalui jalan yang sebenarnya, iaitu jalan kebenaran.

Contoh kedua orang yang sesat adalah golongan Munafik. Mereka ini dulu sembahyang belakang Nabi tapi masih tidak mahu terima Islam. Mereka itu terdiri dari golongan Ansar. Tidak ada yang munafik dari golongan Muhajirin. Dan tidak ada golongan munafik semasa di Mekah. Kerana mereka yang masuk Islam di Mekah itu adalah benar-benar ikhlas. Tapi apabila Islam berkembang di Madinah, ada golongan Ansar yang masuk Islam kerana terpaksa sebab satu kampung atau satu puak dah masuk Islam.  Mereka hendak jaga kepentingan. Kepentingan peribadi atau kepentingan bermasyarakat. Tapi dalam hati mereka tidak ikhlas. Contoh mereka yang sebegini adalah ahli politik yang banyak tolong orang semasa menjadi pemimpin. Tapi lepas jadi pemimpin, sudah tidak ada pangkat, mereka tidak tolong orang dah. Rupanya mereka tolong orang semasa jadi pemimpin itu adalah sebab kepentingan – mereka hendak meraih undi dan supaya mereka dikatakan sebagai pemurah. Mereka yang seperti itu ada sifat munafik. Mereka buat kebaikan itu bukan kerana Allah.

Penerangan tentang orang Kristian ini ada dalam Ali Imran dan Maryam.

Penerangan tentang orang Munafik ada dalam surah an-Nisa dan Baqarah:8-20.

Walaubagaimanapun, keempat-empat surah itu mengandungi empat perkara penting dalam Quran: Tauhid – Risalah – Infaq (sedekah) – Jihad. Selain itu tentang hukum hakam dan kisah-kisah.

Secara ringkasnya, apabila wahyu Allah iaitu Quran dibaca kepada manusia, manusia akan terbahagi kepada lima puak:

  1. Yang beriman
  2. Yahudi
  3. Musyrikin
  4. Kristian/Nasara
  5. Munafik.

Selain dari mereka yang beriman, empat golongan yang lain itu akan masuk neraka tak keluar-keluar. Kalau manusia yang kafir pun terbahagi kepada empat golongan itu juga.

‘Orang-orang yang sesat’, kurang sedikit salah mereka. Walaupun mereka masih salah, tapi kurang kalau dibandingkan dengan orang-orang yang dimurkai. Untuk membayangkannya, kita ambil contoh dua orang anak yang telah diberi arahan oleh ayahnya untuk tidak memakan makanan yang disediakan. Kerana ayahnya hendak keluar sebentar. Ada anak yang besar, dan ada adiknya yang lebih muda. Tapi apabila ayahnya pulang, didapati makanan itu telah habis dimakan. Tentulah kemarahan ayahnya tidak sama kepada dua anak itu. Ayahnya lebih marah kepada anaknya yang besar daripada anak yang kecil. Kerana anak yang kecil itu hanya mengikut sahaja. Tapi anak yang besar itu sepatutnya lebih mengetahui. Begitulah kita tahu bahawa Yahudi itu tahu kebenaran tapi mereka sombong untuk mengikutinya. Tapi orang Nasrani itu dalam kebingungan dan tidak tahu apa-apa. Itu bukanlah alasan untuk melarikan diri dari kesalahan, tapi kalau dibandingkan dengan kesalahan orang yang sepatutnya tahu kebenaran, ianya adalah kurang sedikit salahnya. Allahu a’lam.

———————————————————————————

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 001: al-Fatihah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s