Tafsir Surah Ali Imran Ayat 149 – 153 (Orang kafir takut kepada tentera Islam)

Ayat 149:

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِن تُطيعُوا الَّذينَ كَفَروا يَرُدّوكُم عَلىٰ أَعقابِكُم فَتَنقَلِبوا خاسِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, if you obey those who disbelieve, they will turn you back on your heels, and you will [then] become losers.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا

Wahai orang-orang yang beriman!

Allah beri nasihat kepada orang-orang yang mengaku beriman. Dengarlah nasihat ini.

 

إِن تُطيعُوا الَّذينَ كَفَروا

Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir

Orang kafir yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah munafikin. Luaran mereka nampak Islam, tetapi hati mereka kufur. Jangan ikut cadangan mereka yang bercanggah dengan akidah.

 

يَرُدّوكُم عَلىٰ أَعقابِكُم

nescaya mereka akan membalikkan kamu kembali kepada kekufuran,

Ianya amat bahaya sebab boleh menyebabkan murtad. Para sahabat yang mukmin telah beriman dengan sebenarnya, tapi kalau mereka terikut-ikut dengan kata-kata dan cadangan orang-orang Munafik, boleh menyebabkan mereka kembali kufur.

 

فَتَنقَلِبوا خاسِرينَ

lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

Rugi maksudnya segala usaha kita tidak mendapat bantuan dari Allah.


 

Ayat 150:

بَلِ اللَّهُ مَولاكُم ۖ وَهُوَ خَيرُ النّاصِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But Allāh is your protector, and He is the best of helpers.

MALAY

(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.

 

بَلِ اللَّهُ مَولاكُم

Bahkan Allah Pelindung kamu,

Kerana Allah sahaja pelindung kita maka kenalah kita jaga syariat. Janganlah taat dan ikut kepada golongan munafik itu tapi ikutlah Allah, jagalah syariat. Kerana mereka tidak dapat menolong kamu sedikit pun, tapi Allah sahaja yang jadi penolong kamu nanti.

 

وَهُوَ خَيرُ النّاصِرينَ

dan Dia lah sebaik-baik Penolong.

Tidak ada sesiapa lagi pun yang boleh membantu sebagaimana Allah boleh bantu kita. Kalau ada orang nak bantu, tapi Allah tidak benarkan, tidak akan terjadi juga. Tapi kalau Allah nak bantu kita, walaupun semua makhluk nak halang dari bantuan itu sampai, tidak akan terjadi.

Dan Allah boleh membantu kita dengan cara yang paling baik. Allah tahu apa yang kita perlukan dan Dia akan beri yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita ingat kita mahukan satu perkara terjadi, tapi Allah lebih tahu, maka Dia boleh jadikan perkara lain yang terjadi, tapi ianya lebih baik untuk kita.

Sebagai contoh, tentulah para sahabat mahukan kemenangan dalam Perang Uhud itu, tapi Allah telah berikan kekalahan kepada mereka. Tentu ada kebaikan dan kelebihan dari perbuatan Allah itu. Dan Allah telah jelaskan banyak sebab-sebab kenapa Dia lakukan perkara itu. Yang kita perlu buat adalah percaya kepada tindakan Allah. Belajar redha dengan apa yang Allah lakukan.


 

Ayat 151: Ini adalah contoh bantuan yang Allah beri.

سَنُلقي في قُلوبِ الَّذينَ كَفَرُوا الرُّعبَ بِما أَشرَكوا بِاللَّهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطانًا ۖ وَمَأواهُمُ النّارُ ۚ وَبِئسَ مَثوَى الظّالِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We will cast terror into the hearts of those who disbelieve for what they have associated with Allāh of which He had not sent down [any] authority. And their refuge will be the Fire, and wretched is the residence of the wrongdoers.

MALAY

Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.

 

سَنُلقي في قُلوبِ الَّذينَ كَفَرُوا الرُّعبَ

Kami akan campakkan ke dalam hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun,

Allah akan campak rasa takut yang amat sangat ke dalam hati orang-orang kafir, sammpai mereka takut kepada umat Islam walaupun mereka ramai dan tentera Islam itu sikit sahaja.

 

بِما أَشرَكوا بِاللَّهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطانًا

disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya.

Kenapa Allah beri mereka takut kepada orang Islam? Kerana mereka buat syirik. Apa yang mereka buat itu tidak ada dalil dari Allah. Bila syirik bertemu tauhid, mereka akan takut.

Begitulah juga, puak-puak orang Islam yang mengamalkan syirik di negara ini pun – amalan mereka itu tidak ada dalil dari Allah atau dari Nabi. Sebagai contoh, banyak amalan-amalan puak tarekat tidak ada dalil. Mereka reka dengan amalan yang mereka dapat dari ilmu khayalan guru-guru mereka yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Orang-orang kita yang jahil agama, mudah terikut kerana nampak macam mudah sahaja nak dapat kedudukan tinggi dalam agama, kononnya dapat maqam itu dan ini. Mereka mencari jalan pintas, kononnya. Tapi itu semua adalah karut sahaja.

 

وَمَأواهُمُ النّارُ

tempat kembali mereka ialah neraka, 

Puak-puak yang mengamalkan syirik, akan dimasukkan ke dalam neraka. Samada puak syirik dari kalangan orang kafir atau dari kalangan orang yang mengaku Muslim pun. Amatlah menyedihkan sekali. Mereka bertungkus lumus mengamalkan amalan salah mereka, tapi akhirnya masuk neraka. Mereka sangka masuk syurga dengan mudah, tapi akhirnya masuk neraka.

 

وَبِئسَ مَثوَى الظّالِمينَ

dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.

Orang yang mengamalkan syirik dikatakan orang-orang zalim. Lafaz مَثوَى bermaksud tempat tinggal generasi demi generasi. Maknanya, tempat tinggal yang lama.


 

Ayat 152: Allah telah beritahu yang Dia akan bantu orang Islam dengan berikan perasaan takut orang kafir kepada tentera Islam. Dan Allah telah berjanji akan membantu orang Islam dalam peperangan. Tapi Allah beritahu dalam ayat ini bahawa kekalahan orang Islam adalah kerana mereka sendiri yang tidak jaga syariat.

وَلَقَد صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعدَهُ إِذ تَحُسّونَهُم بِإِذنِهِ ۖ حَتّىٰ إِذا فَشِلتُم وَتَنازَعتُم فِي الأَمرِ وَعَصَيتُم مِن بَعدِ ما أَراكُم ما تُحِبّونَ ۚ مِنكُم مَن يُريدُ الدُّنيا وَمِنكُم مَن يُريدُ الآخِرَةَ ۚ ثُمَّ صَرَفَكُم عَنهُم لِيَبتَلِيَكُم ۖ وَلَقَد عَفا عَنكُم ۗ وَاللَّهُ ذو فَضلٍ عَلَى المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh had certainly fulfilled His promise to you when you were killing them [i.e., the enemy] by His permission until [the time] when you lost courage and fell to disputing about the order [given by the Prophet ()] and disobeyed after He had shown you that which you love.¹ Among you are some who desire this world, and among you are some who desire the Hereafter. Then He turned you back from them [defeated] that He might test you. And He has already forgiven you, and Allāh is the possessor of bounty for the believers.

  • i.e., the spoils of war.

MALAY

Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.

 

وَلَقَد صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعدَهُ إِذ تَحُسّونَهُم بِإِذنِهِ

Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, 

Ini keadaan semasa permulaan Perang Uhud. Allah tunaikan janji yang mereka akan kalahkan orang kafir. Tentera Islam telah dapat membunuh tentera Musyrikin Mekah satu persatu. Umat Islam waktu itu sedang berada di atas. Mudah sahaja untuk mereka membunuh orang-orang kafir itu.

 

حَتّىٰ إِذا فَشِلتُم

sehingga ke masa kamu lemah

Allah bantu mereka sehingga ada antara orang Islam itu yang lemah dalam semangat untuk taat kepada Rasulullah dan ketua mereka waktu itu, iaitu Abdullah bin Jabir. Abdullah adalah ketua yang ditugaskan untuk mengetuai pasukan pemanah yang sedang berjaga di atas satu bukit yang mengawal tempat strategik dalam peperangan itu. Abdullah bin Jabir sudah pun melarang mereka dari turun dari tempat memanah itu. Tapi mereka berdegil. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

 

وَتَنازَعتُم فِي الأَمرِ

dan kamu berbalah dalam urusan

Dan selisih pendapat tentang arahan Rasulullah. Ini terjadi antara Abdullah dan orang bawahan. Ada yang kata kena duduk tunggu di tempat memanah dan ada yang hendak turun. Mereka yang hendak turun itu kata, kalau kalah sahaja jangan tinggalkan tempat itu, tapi sekarang dah menang, bolehlah. Ada yang kata, kalah atau menang, selagi Nabi tidak benarkan dan beri arahan untuk turun, jangan turun.

 

وَعَصَيتُم

serta kamu pula menderhaka

Para sahabat ada yang telah menderhakai arahan. Mereka yang turun dari tempat memanah itu telah derhaka. Mereka melawan ketua yang dilantik oleh Nabi. Mereka dikira telah derhaka kerana sepatutnya kena taat kepada pemimpin yang dipilih oleh khalifah. Ini adalah ajaran penting dalam agama. Kena ikut arahan. Macam dalam solat, kena ikut imam. Walaupun imam terlebih rakaat pun. Kita telah dilatih dalam solat pun untuk taat kepada pemimpin.

 

مِن بَعدِ ما أَراكُم ما تُحِبّونَ

sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai 

Allah telah tunjukkan kemenangan yang mereka suka. Mereka dah ingat mereka dah menang dah, musuh dah lari dah.

Apabila tentera musuh telah nampak mereka akan kalah, maka mereka telah bertempeliaran lari meninggalkan medan pertempuran. Pasukan pemanah itu pun telah nampak barang-barang yang telah ditinggalkan oleh tentera musuh itu. Mereka turun itu pun sebab nak tolong kumpul harta sahaja. Kerana bukan boleh ambil pun, tapi mereka hendak beri khidmat kepada sahabat yang lain. Harta rampasan perang (ghanimah) kena dikumpulkan dan selepas itu baharu dibahagikan, tak boleh terus ambil. Sebab nak tolong beri khidmat kepada orang lain. Sebab memang akan kena kumpulkan pun nanti, jadi mereka nak tolong sahabat yang lain. Itulah maksud, mereka nak dunia untuk tujuan akhirat. Mereka pun nampak tengah menang, musuh pun sedang lari, jadi apa salahnya, mereka fikir. Maka, berlawanan antara suasana dan arahan. Suasana waktu itu mereka sangka membolehkan mereka meninggalkan tempat mereka. Tapi arahan dari Nabi sebelum itu, jangan turun.

 

مِنكُم مَن يُريدُ الدُّنيا وَمِنكُم مَن يُريدُ الآخِرَةَ

Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat,

Ada dari para sahabat yang mahukan dunia. Dan ada yang mahukan akhirat sungguh. Ada yang tetap tunggu di atas bukit walaupun nampak musuh sudah kalah. Mereka taat kepada arahan Nabi yang sudah pesan jangan turun.

 

ثُمَّ صَرَفَكُم عَنهُم لِيَبتَلِيَكُم

kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji kamu;

Kemudian Allah telah alihkan kemenangan yang sedang berada pada pihak Muslimin kepada pihak musuh pula. Tujuannya adalah untuk menguji mereka. Dan memberi pengajaran kepada orang Islam supaya lain kali jangan buat macam ni lagi.

Kesilapan mereka itu memang kesilapan yang besar. Kerana apabila Khalid al Walid nampak ada pasukan pemanah atas bukit meninggalkan tempat mereka, itu adalah peluang untuk mengambil tempat itu. Kerana dia tahu yang tempat itu adalah tempat yang strategik. Dia dan pasukannya telah membunuh sahabat yang masih ada di atas bukit dan mereka pula menyerang tentera Islam dari atas bukit itu. Sampaikan tentera Islam pula yang kena lari naik ke atas bukit lain. Ini adalah pengajaran yang amat besar. Ianya kerana tidak taat.

Rajah kejadian semasa Perang Uhud

Rajah kejadian semasa Perang Uhud

وَلَقَد عَفا عَنكُم

dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu,

Dan Allah telah memaafkan kesalahan sahabat yang meninggalkan bukit itu. Ini adalah kelebihan sahabat dimana Allah telah memaafkan mereka. Dan mereka telah menanggung kesedihan yang amat sangat kerana kesilapan mereka itu. Ini kita kena ingat, yang Allah telah maafkan mereka. Jangan kita kutuk mereka pula.

 

وَاللَّهُ ذو فَضلٍ عَلَى المُؤمِنينَ

Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.

Allah beri kelebihan khusus kepada mukminin kerana mereka masih tetap dalam akidah mereka.


 

Ayat 153: Penjelasan dari Allah kenapa Dia alihkan kemenangan mereka itu.

۞ إِذ تُصعِدونَ وَلا تَلوونَ عَلىٰ أَحَدٍ وَالرَّسولُ يَدعوكُم في أُخراكُم فَأَثابَكُم غَمًّا بِغَمٍّ لِكَيلا تَحزَنوا عَلىٰ ما فاتَكُم وَلا ما أَصابَكُم ۗ وَاللَّهُ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Remember] when you [fled and] climbed [the mountain] without looking aside at anyone while the Messenger was calling you from behind. So Allāh repaid you with distress upon distress so you would not grieve for that which had escaped you [of victory and spoils of war] or [for] that which had befallen you [of injury and death]. And Allāh is [fully] Acquainted with what you do.

MALAY

(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

 

إِذ تُصعِدونَ وَلا تَلوونَ عَلىٰ أَحَدٍ

(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, 

Apabila mereka diserang pula, keadaan telah kacau bilau sampaikan tentera Islam pula yang lari ke atas bukit lain.

Mereka tidak berpaling memandang ke arah lain pun kerana takut sangat. Macam kita kalau takut sangat, dah tak nampak orang lain dah, tahu nak lari sahaja. Nabi panggil mereka pun mereka tak pandang. Patutnya ketakutan itu pada orang kafir, tetapi mereka pula yang jadi takut.

 

وَالرَّسولُ يَدعوكُم في أُخراكُم

sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu

Sedangkan Nabi memanggil mereka untuk kembali meneruskan perjuangan. Tapi mereka sudah tidak dengar lagi dah. Jangan kata orang lain panggil, Nabi sendiri panggil pun mereka dah tak dengar dah. Walaupun waktu itu Nabi sedang dikepung oleh musuh. Tapi mereka waktu itu teringat nak selamatkan diri mereka sahaja.

 

فَأَثابَكُم غَمًّا بِغَمٍّ

Oleh sebab itu Allah membalas kamu kesedihan di atas kesedihan 

Allah telah menimpakan ke atas mereka, kesedihan penyesalan yang bertimpa-timpa. Kesedihan dan penyesalan pertama adalah kerana tidak taat kepada Rasulullah dan yang kedua kerana kalah dalam peperangan.

 

لِكَيلا تَحزَنوا عَلىٰ ما فاتَكُم وَلا ما أَصابَكُم

supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. 

Ada jumlah muqaddar (tidak ditulis dalam teks) di sini. Iaitu ia tidak tertera dalam ayat, jadi perlu diberitahu dalam tafsir supaya jelas. Kena dijelaskan dengan tafsir. Itulah sebabnya penting belajar tafsir, kerana kalau baca dari terjemahan sahaja, tidak faham.

Maksud potongan ayat ini, Allah telah menceritakan kisah tentang kesalahan mereka dan kemudian memberitahu bahawa Dia telah memaafkan mereka supaya mereka tidak berterusan dalam kesedihan atas kekalahan perang itu dan musibah yang menimpa mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 003: Ali Imran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s