Tafsir Surah Ali Imran Ayat 141 – 148 (Ingat senang nak masuk syurga?)

Ayat 141:

وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذينَ آمَنوا وَيَمحَقَ الكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that Allāh may purify the believers [through trials] and destroy the disbelievers.

MALAY

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman dan membinasakan orang-orang yang kafir.

 

وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذينَ آمَنوا

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman

Tujuan kekalahan ini adalah untuk Allah bersihkan orang Mukmin dari orang munafik. Bila ada ujian berat macam ni, baru nampak siapa beriman dan siapa yang munafik. Orang munafik yang sebelum ini menyembunyikan kekafiran mereka, sampaikan sahabat tidak tahu siapakah yang munafik. Kerana tidak tahu, maka sahabat yang mukmin bercampur gaul dengan mereka kerana sangka orang-orang munafik itu beriman juga. Allah jadikan apa yang terjadi dalam peperangan Uhud itu supaya nampak siapakah yang munafik.

Makna ayat ini akan lebih jelas dalam surah Ra’d. Dipanggil tamhis – untuk membersihkan orang beriman.

 

وَيَمحَقَ الكافِرينَ

dan membinasakan orang-orang yang kafir.

Dan Allah jadikan ujian ini untuk menghancurkan orang kafir. Dengan cara melemahkan mereka. Walaupun mereka nampak menang, tetapi mereka sebenarnya menuju kehancuran.


 

Ayat 142: Jangan mudah mengalah dan berhenti dari berjihad kalau sekali sekala kalah. Jihad ini adalah syariat yang Allah berikan kepada kita. Penting untuk jihad dijalankan, untuk agama dikenali dan diikuti oleh manusia. Kalau tidak ada jihad, orang Islam tidak jadi kuat. Dan orang luar Islam tidak masuk agama Islam. Ianya adalah proses berterusan yang kena dijalankan. Kalau tidak dijalankan, orang Islam akan lemah dan orang kafir pula yang jadi kuat. Jangan jadikan sebab kekalahan itu untuk berhenti dari berjihad. Oleh itu, Allah berikan teguran kepada mereka yang hendak berhenti dari berjihad.

أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمّا يَعلَمِ اللَّهُ الَّذينَ جاهَدوا مِنكُم وَيَعلَمَ الصّابِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do you think that you will enter Paradise while Allāh has not yet made evident those of you who fight in His cause and made evident those who are steadfast?

MALAY

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

 

أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga

Adakah kamu sangka kamu boleh masuk syurga dengan mudah tanpa jihad? Tanpa susah payah? Penghuni syurga sebenarnya adalah mereka yang bersusah payah dan berkorban dalam menegakkan dan mengamalkan agama. Syurga itu sebenarnya untuk pejuang. Kalau bukan pejuang, tidak masuk syurga. Tidak ada yang masuk syurga dengan percuma.

 

وَلَمّا يَعلَمِ اللَّهُ الَّذينَ جاهَدوا مِنكُم

padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu

Sedangkan belum nyata kepada Allah golongan pejuang di kalangan kamu. Allah nak nyatakan siapakah golongan pejuang. Allah dah tahu dah siapakah yang berjiwa pejuang. Jangan sangka Allah buat peperangan dan ujian sebab Allah nak tahu, kerana Allah sudah sedia tahu. Tapi Allah nak beri ujian kepada mereka.

 

وَيَعلَمَ الصّابِرينَ

dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar

Dan supaya Allah boleh nyatakan siapakah yang bersabar dalam berjihad sampai ke akhir hayat.


 

Ayat 143: Apabila para sahabat mendengar ayat-ayat jihad, mereka terdorong sangat untuk menjalankannya. Kerana diberitahu kalau mati syahid, masuk syurga terus. Memang semua hendak berjihad, tapi masa nak amalkan, ada yang ada masalah. Kerana tentu ada keberatan. Kerana jiwa tidak suka kepada kesusahan. Sahabat pun begitu juga.

وَلَقَد كُنتُم تَمَنَّونَ المَوتَ مِن قَبلِ أَن تَلقَوهُ فَقَد رَأَيتُموهُ وَأَنتُم تَنظُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you had certainly wished for death [i.e., martyrdom] before you encountered it, and you have [now] seen it [before you] while you were looking on.

MALAY

Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

 

وَلَقَد كُنتُم تَمَنَّونَ المَوتَ

Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati

Yang dimaksudkan adalah ‘Mati Syahid’. Para sahabat pernah bercita-cita untuk mati syahid, kerana mereka sudah tahu, dengan cara mati syahid boleh masuk syurga terus. تَمَنَّونَ dari منو yang bermaksud ‘mahukan sesuatu yang kita tidak pasti apakah ia’. Tak tahu apakah kesan dari kemahuan itu. Bukan mereka sahaja teringin, kita yang telah membaca ayat-ayat jihad ini pun, rasa terbangkit untuk berjihad, tapi adakah kita tahu apakah hakikat jihad itu?

 

مِن قَبلِ أَن تَلقَوهُ

sebelum kamu menghadapinya. 

Itu sebelum mereka menghadapi kematian. Sebelum mereka tengok dengan mata mereka sendiri, kematian yang banyak di medan jihad. Waktu itu, tentu mereka ada yang sudah takut mati dah.

 

فَقَد رَأَيتُموهُ وَأَنتُم تَنظُرونَ

Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang merenungnya

Sekarang kamu dah nampak sebab untuk mati syahid itu sudah ada di depan dah ni. Bukankah sebelum ini kamu sudah mahukannya? Allah berfirman dalam ayat ini, kerana para sahabat ada yang terkejut dan merenung lama. Itulah maksud dibandingkan نظر dengan رأي .رأي hanya melihat biasa sahaja. Perkataanنظر bermaksud ‘staring’ atau ‘merenung’ lama dan jauh.

Ini adalah tentang orang Islam yang masih muda dan tidak menyertai Perang Badr dulu. Mereka dah dengar dah kisah kemenangan semasa di Perang Badr dulu. Apabila datang berita akan berlaku lagi peperangan dengan puak Musyrikin Mekah, mereka sudah bersemangat untuk berperang. Mereka sangka tentu mereka akan menang besar lagi.

Semasa sampai berita yang tentera musyrikin Mekah akan menyerang Madinah, Nabi telah bertanya kepada sahabat samada mereka akan keluar bertemu tentera musuh di luar kota atau mempertahankan di dalam kota sahaja. Abu Bakr adalah antara yang berpendapat mereka patut bertahan sahaja di kota. Nabi pun rasa begitu juga. Termasuk yang mahu mereka bertahan di kota sahaja adalah puak munafik.

Tetapi mereka yang muda rasa mereka kuat sebab tentera Islam baru lepas menang besar di Badr, dan mereka bersemangat nak mati syahid kononnya. Mereka kata kalau bertahan di kota, akan membahayakan wanita dan kanak-kanak pula. Nabi telah ikut pendapat mereka walaupun baginda lebih suka untuk bertahan di kota sahaja. Kerana mereka nampak bersemangat sekali.

Tapi apabila mereka nampak peperangan yang di depan mata mereka yang sedang benar-benar terjadi, baru mereka terkejut melihatnya. Baru mereka sedar apa yang mereka ingin-inginkan dulu bukannya semudah yang mereka sangkakan. Selalunya kita kalau kata nak jihad, atau buat sesuatu yang besar, kita mulanya semangat membara. Tapi apabila dah tahu apakah yang kena buat, mulalah kita fikir balik. Begitulah yang selalu terjadi kepada orang muda. Kalau orang yang ada pengalaman, mereka lain sedikit, kerana mereka sudah tahu.


 

Ayat 144: Semasa dalam Perang Uhud itu, ada sampai berita kepada mereka yang sedang berperang itu bahawa Nabi Muhammad telah terbunuh. Begitulah, dari dulu lagi, sudah ada berita palsu yang disampaikan manusia. Apabila mereka dengar yang Nabi sudah mati, maka peritlah rasa para sahabat. Lebih perit daripada kalah dalam peperangan. Sampai ada kalangan orang Islam yang munafik kata: sudah habislah agama Islam. Mereka suka kerana mereka nak balik jadi asal sebelum kedatangan Islam. Sehingga Allah turunkan ayat ini.

Allah hendak mengingatkan manusia, kalau Nabi mati pun, baginda itu manusia. Agama Islam ini hak Allah, bukan hak Nabi. Tuan kepada agama ini tidak mati pun. Takkan kalau Nabi mati, kamu nak murtad? Maka Allah tegur mereka. Walaupun berita Nabi mati itu tidak benar, tapi Allah turunkan juga ayat ini kerana berita itu telah menggugat hati para sahabat. Dalam agama Islam ini, kita tidak bergantung kepada sesiapa, tapi kita bergantung hanya kepada Allah.

وَما مُحَمَّدٌ إِلّا رَسولٌ قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن ماتَ أَو قُتِلَ انقَلَبتُم عَلىٰ أَعقابِكُم ۚ وَمَن يَنقَلِب عَلىٰ عَقِبَيهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيئًا ۗ وَسَيَجزِي اللَّهُ الشّاكِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Muḥammad is not but a messenger. [Other] messengers have passed on before him. So if he was to die or be killed, would you turn back on your heels [to unbelief]? And he who turns back on his heels will never harm Allāh at all; but Allāh will reward the grateful.

MALAY

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

 

وَما مُحَمَّدٌ إِلّا رَسولٌ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul

Nabi Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, bukannya Tuhan. Memang dia pasti akan mati sebab dia seorang manusia.

 

قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ

yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul 

Telah ada sebelum ini rasul-rasul lain. Mereka pun mati juga. Kalau namanya manusia, memang akan tetap mati.

 

أَفَإِن ماتَ أَو قُتِلَ انقَلَبتُم عَلىٰ أَعقابِكُم

kalau ia mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik atas tumit kamu?

Kalau Nabi mati biasa ماتَ atau mati dibunuh قُتِلَ, adakah kamu akan murtad dari agama Allah kembali kepada agama kamu dulu?

 

وَمَن يَنقَلِب عَلىٰ عَقِبَيهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيئًا

Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; 

Sesiapa yang murtad, tidak akan membahayakan Allah sedikit pun kerana Allah tidak memerlukan iman dan amal kita pun. Tapi mereka kena tahu bahawa mereka telah membahayakan diri mereka sendiri.

 

وَسَيَجزِي اللَّهُ الشّاكِرينَ

Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur

Allah akan balas sesiapa yang bersyukur kepada Allah. Antaranya, bersyukur dengan nikmat dimasukkan ke dalam agama Islam – ini adalah nikmat yang tidak ada tandingannya.

Ada riwayat yang mengatakan bagaimana apabila tersebar berita yang Nabi Muhammad telah wafat dalam Perang Uhud, Saidina Umar telah terduduk kerana dia sangat terkesan dengan berita itu dan dia tidak boleh meneruskan lagi berperang. Dan apabila Nabi Muhammad benar-benar telah wafat, sekali lagi Saidina Umar tidak dapat menerima kenyataan itu dan menghunuskan pedang dan hendak memenggal sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat. Saidina Abu Bakr telah membacakan ayat ini kepada beliau dan barulah beliau reda. Dia kata apabila Saidina Abu Bakr membacakan ayat ini, ianya seolah-olah seperti baru pertama kali dia mendengarnya. Ini adalah kerana Saidina Umar cinta sangat kepada baginda.


 

Ayat 145: Memang kematian itu akan ditempuh oleh semua orang. Kalau tak mati semasa berjihad, boleh mati dalam cara yang lain. Yang kita kena fikir adalah untuk gunakan nyawa ini untuk menegakkan agama Allah. Kalau gunakan untuk agama Allah, kita akan dapat mati syahid. Sebab itulah para sahabat menghabiskan harta dan nyawa untuk agama. Kerana mereka diberi kefahaman yang mendalam tentang agama. Mereka takut mati mereka sia-sia sahaja. Allah hendak memberitahu dalam ayat ini, kalau manusia mati semasa dalam jihad, itu adalah mati yang terbaik sekali. Jadi jangan takut mati dalam jihad.

وَما كانَ لِنَفسٍ أَن تَموتَ إِلّا بِإِذنِ اللَّهِ كِتابًا مُؤَجَّلًا ۗ وَمَن يُرِد ثَوابَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها وَمَن يُرِد ثَوابَ الآخِرَةِ نُؤتِهِ مِنها ۚ وَسَنَجزِي الشّاكِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is not [possible] for one to die except by permission of Allāh at a decree determined. And whoever desires the reward of this world – We will give him thereof; and whoever desires the reward of the Hereafter – We will give him thereof. And We will reward the grateful.

MALAY

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

 

وَما كانَ لِنَفسٍ أَن تَموتَ إِلّا بِإِذنِ اللَّهِ

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, 

Mati hanya dengan izin Allah sahaja. Hanya Allah yang menentukan bilakah seseorang itu mati. Kalau semua orang hendak membunuh satu makhluk, tapi Allah tidak benarkan, tidak akan mati makhluk itu.

 

كِتابًا مُؤَجَّلًا

iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya

Bilakah kematian itu adalah keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah. Bila sampai masa, akan mati juga, tidak akan tertangguh lagi walau sesaat.

 

وَمَن يُرِد ثَوابَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها

Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari dunia itu

Sesiapa yang hendak pulangan dunia sahaja, Allah akan beri. Kalau orang yang berusaha gigih hanya kepada dunia, Allah akan beri berdasarkan kepada usaha dia. Sebab itu kita lihat orang kafir banyak yang kaya raya, kerana mereka memang berusaha untuk dunia sahaja, mereka tidak memikirkan akhirat.

 

وَمَن يُرِد ثَوابَ الآخِرَةِ نُؤتِهِ مِنها

dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu;

Tetapi sesiapa yang hendak pulangan di akhirat, Allah akan beri juga. Iaitu yang berusaha dan beramal untuk mendapat pulangan di akhirat.

 

وَسَنَجزِي الشّاكِرينَ

dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

Allah akan beri balasan tambahan kepada mereka yang pandai bersyukur atas nikmat Allah. Maknanya, kita ada pilihan samada hanya hendak dunia sahaja atau hendak akhirat sekali. Allah suka kepada mereka yang mahu kepada akhirat. Janganlah kita hanya hendak dunia sahaja. Kita bukannya menolak terus dunia, tapi kita sebagai mukmin, melebihkan akhirat dari dunia.


 

Ayat 146: Kalau tidak berjuang dengan Nabi Muhammad, tidak ada Nabi lain dah akan datang selepas itu. Maka, kenalah ambil peluang untuk berjuang bersama-sama dengan Nabi. Kerana penyokong-penyokong Nabi dulu, mereka berjuang bersama dengan Nabi mereka.

Allah sebut sifat-sifat mereka dalam ayat ini. Kita pun kenalah ikut mereka juga dengan mempunyai sifat-sifat sebegini.

وَكَأَيِّن مِن نَبِيٍّ قاتَلَ مَعَهُ رِبِّيّونَ كَثيرٌ فَما وَهَنوا لِما أَصابَهُم في سَبيلِ اللَّهِ وَما ضَعُفوا وَمَا استَكانوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصّابِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And how many a prophet [fought and] with him fought many religious scholars. But they never lost assurance due to what afflicted them in the cause of Allāh, nor did they weaken or submit. And Allāh loves the steadfast.

MALAY

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

 

وَكَأَيِّن مِن نَبِيٍّ قاتَلَ مَعَهُ رِبِّيّونَ كَثيرٌ

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, 

Allah mengingatkan kepada orang-orang Mukmin, entah berapa banyak Nabi dahulu yang berjuang bersama mereka, penyokong-penyokong mereka yang ramai yang berhubungan dengan Allah – Rabbaniyyun. Mereka itu semua berjuang untuk menegakkan agama Allah. Nabi mereka telah ditugaskan untuk menegakkan agama Allah, dan mereka membantu nabi-nabi mereka. Mereka tidak melarikan diri, mereka tidak berpeluk tubuh. Mereka tidak macam orang-orang Munafik yang meninggalkan medan peperangan seperti yang berlaku semasa Perang Uhud itu.

 

فَما وَهَنوا لِما أَصابَهُم في سَبيلِ اللَّهِ

mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah

Mereka tidak rasa lemah semangat atas musibah yang menimpa mereka ketika mereka berjuang di jalan Allah. Musibah dan kesusahan adalah perkara biasa, kerana perjuangan adalah ujian. Kalau sudah dinamakan ujian, tentunya perkara yang susah. Mereka terima segala kesusahan dan ujian yang Allah berikan kepada mereka.

 

وَما ضَعُفوا

dan mereka juga tidak lemah tenaga

Dan tubuh badan mereka tidak berasa lemah semasa berjuang. Tidaklah mereka mengadu sakit badan, jadi tak jadi nak pergi perang. Tidaklah mengadu demam, athma dan sebagainya.

 

وَمَا استَكانوا

dan tidak pula mahu tunduk

Dan tidak sekali-kali tunduk kepada orang kafir. Maksudnya mereka tidak biarkan sahaja orang kafir nak buat apa yang mereka suka. Kerana kalau dibiarkan sahaja, tentulah orang kafir itu akan menjadi lebih zalim, sebab mereka dah rasa kalau mereka buat apa-apa sahaja, mereka tidak akan dapat kesan apa-apa pun. Maka mereka itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Orang-orang Mukmin itu tidak takut dengan ancaman dari orang kafir. Kerana mereka lebih takut dengan ancaman Allah. Tidaklah macam kita sekarang, nak tegur Amerika pun takut kalau Amerika tak bagi bisness kepada kita.

 

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصّابِرينَ

Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

Allah amat suka kepada hamba-hamba yang ada sifat sabar seperti ini. Sifat sabar amat penting. Sabar itu hanya ada mereka yang redha sahaja dengan Allah. Yang sedar, bahawa diri ini hanya hamba sahaja, dan Allah itu Rabb kita, tuan kita, Tuhan kita. Dia boleh buat apa-apa sahaja kepada kita. Kita tidak layak untuk mempersoalkan apa sahaja yang Allah hendak kita buat.

Sabar itu maksudnya sabar dalam taat. Kerana untuk terus taat, memerlukan kesabaran yang tinggi, kerana ianya tentu tidak senang. Ianya memerlukan pengorbadan yang tinggi dan perlu menempuh ranjau sepanjang jalan.


 

Ayat 147: Apa pula doa mereka?

وَما كانَ قَولَهُم إِلّا أَن قالوا رَبَّنَا اغفِر لَنا ذُنوبَنا وَإِسرافَنا في أَمرِنا وَثَبِّت أَقدامَنا وَانصُرنا عَلَى القَومِ الكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And their words were not but that they said, “Our Lord, forgive us our sins and the excess [committed] in our affairs and plant firmly our feet and give us victory over the disbelieving people.”

MALAY

Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

 

وَما كانَ قَولَهُم إِلّا أَن قالوا

Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata:

Tidaklah ucapan mereka ketika itu, melainkan mereka kata begini.

 

رَبَّنَا اغفِر لَنا ذُنوبَنا

“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami 

Tutuplah dosa-dosa kami dan apa-apa kesalahan yang telah kami lakukan.

Mereka minta diampunkan dosa walaupun mereka sedang melakukan jihad fisabilillah. Ini adalah kerana dosa adalah perkara yang akan menyebabkan kesusahan kepada kita. Antaranya, kerana dosalah yang akan memasukkan kita ke dalam neraka. Walaupun kita beriman, tapi kalau kita ada dosa, maka kena dicuci dulu dosa itu di neraka. Setelah sekian lama, barulah dimasukkan ke dalam syurga.

Ini juga adalah adab dalam berdosa. Hendaklah kita memohon ampun atas dosa kita. Kerana kita pun tahu, kita ini banyak dosa. Janganlah terus minta macam-macam tapi dalam masa yang sama, kita sendiri tahu yang dosa kita banyak; dan dosa juga menyebabkan doa tidak diterima oleh Allah. Maka, sebelum meminta macam-macam, mintalah Allah ampunkan dosa kita. Sebanyak mana pun dosa kita, Allah masih boleh ampunkan.

 

وَإِسرافَنا في أَمرِنا

dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami,

Dan tutuplah kesalahan kami yang mana kami telah melampaui batas. Mungkin kita sebagai manusia, ada buat terlebih dari yang sepatutnya. Mungkin kita dah buat benda yang baik dah, tapi kadang-kadang tanpa kita sedari, kita buat benda yang tidak patut pula. Dalam konteks peperangan, mungkin ada buat benda yang tak patut dengan musuh; atau ada cakap benda yang tidak patut. Contohnya, cakap besar, sombong dan sebagainya. Kita minta Allah ampun dan tutupkan kes itu semua supaya kita tidak malu di akhirat kelak.

 

وَثَبِّت أَقدامَنا

dan teguhkanlah tapak pendirian kami 

Dan teguhkanlah kaki-kaki kami dalam peperangan ini. Jangan sampai kami takut sampai kami lari. Tapi, kalau seorang itu telah yakin dengan agama dan dengan perjuangan, kaki mereka akan teguh. Kaki yang lari itu adalah kerana hati mereka sendiri yang tidak teguh. Maka, kita kena kuatkan keyakinan dalam hati dulu.

 

وَانصُرنا عَلَى القَومِ الكافِرينَ

dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

Dan mereka meminta pertolongan dari Allah untuk mengalahkan musuh. Kerana kalau tanpa bantuan Allah, tidaklah akan menang. Dan kalau bukan dari bantuan Allah, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Kerana kalau kita ramai, kelengkapan perang pun kuat dan banyak, tapi kalau Allah tak bantu, adakah akan menang dan berjaya? Tentu tidak! Maka jangan lupa minta pertolongan kepada Allah.

Para Mujahid dulu pun cakap begitu juga. Kita telah dengar doa yang sama dalam surah Baqarah apabila tentera Talut bertemu dengan tentera Jalut dahulu. Inilah doa yang kita kena ingat.


 

Ayat 148: Apakah balasan yang Allah berikan kepada mereka?

فَآتاهُمُ اللَّهُ ثَوابَ الدُّنيا وَحُسنَ ثَوابِ الآخِرَةِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So Allāh gave them the reward of this world and the good reward of the Hereafter. And Allāh loves the doers of good.

MALAY

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

فَآتاهُمُ اللَّهُ ثَوابَ الدُّنيا

Oleh itu, Allah memberikan mereka balasan di dunia

Allah beri kelebihan kepada mereka kerana doa mereka itu. Begitulah, senjata yang paling hebat adalah doa. Allah beri balasan di dunia lagi dengan kepuasan iman. Mereka tidak kaya raya tetapi mereka rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada mereka dan itulah nikmat yang paling besar.

 

وَحُسنَ ثَوابِ الآخِرَةِ

dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya

Dan mereka akan mendapat balasan di akhirat yang lebih baik.

 

وَاللَّهُ يُحِبُّ المُحسِنينَ

Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Allah amat suka kepada hamba yang memiliki hati yang baik. Allah suka mereka yang hati ikhlas. Allah suka mereka yang memperbaiki diri mereka.

Ali Imran 113-148

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 003: Ali Imran and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s