Tafsir Surah Ali Imran Ayat 122 – 132 (Allah bantu dengan malaikat)

Ayat 122:

إِذ هَمَّت طائِفَتانِ مِنكُم أَن تَفشَلا وَاللَّهُ وَلِيُّهُما ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When two parties among you were about to lose courage, but Allāh was their ally; and upon Allāh the believers should rely.

MALAY

(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.

 

إِذ هَمَّت طائِفَتانِ مِنكُم أَن تَفشَلا

(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat 

Terdapat dua suku dari tentera Islam yang terasa (هَمَّت) ingin mundur tidak mahu meneruskan peperangan kerana takut. Satu dari bani Harithah dari Aus dan satu lagi Bani Salamah dari Khazraj. Mereka mulanya nak lari bila mula perang. Mereka hilang semangat nak berperang. Tetapi mereka selepas itu masuk balik dalam barisan perang.

 

وَاللَّهُ وَلِيُّهُما

padahal Allah Pelindung mereka;

Sebenarnya Allah yang akan memberi perlindungan kepada mereka tetapi mereka tidak mahu ikut serta pada asalnya.

 

وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.

Orang beriman akan bertawakal kepada Allah. Mereka akan taat untuk berperang. Kerana mereka tahu yang mereka akan tetap mendapat kebaikan. Kalau menang perang itu, mereka akan dapat harta rampasan dan kalau kalah dan terbunuh, akan dapat mati syahid. Mereka tidak akan rugi. Mereka akan serahkan segalanya kepada Allah.


 

Ayat 123:

وَلَقَد نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدرٍ وَأَنتُم أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And already had Allāh given you victory at [the battle of] Badr while you were weak [i.e., few in number]. Then fear Allāh; perhaps you will be grateful.

MALAY

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

 

وَلَقَد نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدرٍ وَأَنتُم أَذِلَّةٌ

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badr, sedang kamu berkeadaan lemah

Allah ingatkan yang Dia telah bantu tentera Islam semasa perang Badr. Waktu itu tentera Islam amat kurang bilangan dan kurang peralatan perang. Pengalaman berperang pun kurang. Maknanya, kurang belaka dalam segala hal. Tetapi Allah yang telah beri kemenangan kepada mereka dengan qudratNya sebab kekuatan dalaman yang ada pada orang Islam waktu itu.

 

فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur

Taqwalah kepada Allah. Mudah-mudahan dengan taqwa itu kamu boleh bersyukur atas jasa Allah. Salah satu yang mereka kena bersyukur adalah kerana mereka dapat berperang bersama-sama dengan Rasulullah.


 

Ayat 124:

إِذ تَقولُ لِلمُؤمِنينَ أَلَن يَكفِيَكُم أَن يُمِدَّكُم رَبُّكُم بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ المَلائِكَةِ مُنزَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Remember] when you said to the believers, “Is it not sufficient for you that your Lord should reinforce you with three thousand angels sent down?

MALAY

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,”

 

إِذ تَقولُ لِلمُؤمِنينَ

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman

Pada permulaan Perang Uhud itu, Allah beri wahyu kepada Nabi dan Nabi berkata kepada orang mukmin yang mahu menyertai perang itu. Untuk memberi semangat kepada mereka.

 

 أَلَن يَكفِيَكُم أَن يُمِدَّكُم رَبُّكُم بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ المَلائِكَةِ مُنزَلينَ

“Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,”

Allah berjanji akan menurunkan tiga ribu malaikat. Ini salah satu cara Allah nak menangkan umat Islam. Macam-macam cara Allah boleh tolong, dan bukan dengan menurunkan malaikat sahaja. Macam dalam Perang Ahzab, tiada bantuan malaikat pun, tapi tentera Islam boleh menang juga. Dalam Perang Ahzab itu, Allah hantar angin sahaja. Jadi tidak semestinya Allah beri bantuan dengan malaikat.

Disebut tiga ribu malaikat waktu itu kerana mereka sudah dengar yang tentera musuh dari Mekah pun seramai tiga ribu juga.


 

Ayat 125:

بَلىٰ ۚ إِن تَصبِروا وَتَتَّقوا وَيَأتوكُم مِن فَورِهِم هٰذا يُمدِدكُم رَبُّكُم بِخَمسَةِ آلافٍ مِنَ المَلائِكَةِ مُسَوِّمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Yes, if you remain patient and conscious of Allāh and they [i.e., the enemy] come upon you [attacking] in rage, your Lord will reinforce you with five thousand angels having marks [of distinction].”

MALAY

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

 

بَلىٰ

Bahkan

Mengapa tidak? Ada juga pendapat yang mengatakan Nabi Muhammad yang sebut tentang bilangan tentera malaikat sebanyak 3 ribu itu, dan Allah mengiyakan dalam ayat ini. Allahu a’lam.

 

إِن تَصبِروا وَتَتَّقوا

jika kamu bersabar dan bertaqwa,

Allah akan bantu sekiranya tentera Islam itu bersabar dalam taat dan ikut syariat. Inilah dua syarat yang Allah letakkan untuk mendapatkan bantuanNya. Allah ingatkan tentang taqwa sentiasa.

 

وَيَأتوكُم مِن فَورِهِم هٰذا

dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, 

Dan kalaulah musuh menyerang kamu, tentera Islam, jangan takut.

 

يُمدِدكُم رَبُّكُم بِخَمسَةِ آلافٍ مِنَ المَلائِكَةِ مُسَوِّمينَ

nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

Jangan takut kerana Allah boleh menghantar malaikat boleh datang dengan serta merta untuk membantu.

Allah boleh datangkan lima ribu malaikat. Yang berseragam cukup dengan kelengkapan perang. Mereka juga datang dengan kuda bertanda (مُسَوِّمينَ).

Memang Allah ada hantar tentera dari kalangan malaikat. Sebagai contoh, apabila dilihat tentera kafir yang mati di Badr, mereka tidak kelihatan kesan luka tetapi kesan terbakar. Maknanya mereka mati bukan kerana dibunuh manusia.


 

Ayat 126:

وَما جَعَلَهُ اللَّهُ إِلّا بُشرىٰ لَكُم وَلِتَطمَئِنَّ قُلوبُكُم بِهِ ۗ وَمَا النَّصرُ إِلّا مِن عِندِ اللَّهِ العَزيزِ الحَكيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh made it not except as [a sign of] good tidings for you and to reassure your hearts thereby. And victory is not except from Allāh, the Exalted in Might, the Wise –

MALAY

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

وَما جَعَلَهُ اللَّهُ إِلّا بُشرىٰ لَكُم

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu,

Allah beritahu yang Dia akan hantar malaikat itu sebab menjadi berita gembira sahaja kepada tentera Muslimin.

 

وَلِتَطمَئِنَّ قُلوبُكُم بِهِ

dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu.

Nak senangkan hati umat Islam sahaja kerana jiwa manusia, kalau tahu mereka dalam bilangan yang ramai, baru mereka akan lega dan rasa aman dan yakin akan menang.

 

وَمَا النَّصرُ إِلّا مِن عِندِ اللَّهِ العَزيزِ الحَكيمِ

Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Mereka akan tetap menang walaupun tanpa bantuan malaikat itu. Kerana kemenangan adalah ketetapan dari Allah, bukannya dengan ada malaikat yang membantu. Kalau Allah bantu, tentera Islam akan tetap menang, asalkan memenuhi syarat-syarat yang Allah telah tetapkan.

Allah maha gagah Perkasa boleh mengalahkan mana-mana musuh.

Allah Maha Bijaksana dalam mengurus. Kadang-kadang Dia beri malaikat dan kadang-kadang diberi bantuan dengan cara lain. Allah sahaja yang tentukan. Dan cara Allah itu cara yang paling tepat.


 

Ayat 127:

لِيَقطَعَ طَرَفًا مِنَ الَّذينَ كَفَروا أَو يَكبِتَهُم فَيَنقَلِبوا خائِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That He might cut down a section of the disbelievers or suppress them so that they turn back disappointed.

MALAY

kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.

 

لِيَقطَعَ طَرَفًا مِنَ الَّذينَ كَفَروا

kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir

Tujuan perang untuk memotong satu puak dari orang kafir yang menjadi ketua mereka. 70 orang yang mati dari kumpulan kafir Musyrikin Mekah itu adalah mereka yang paling kuat menentang Nabi.

 

أَو يَكبِتَهُم

atau menghina mereka

Atau Allah nak mengalahkan mereka walau mereka bilangan ramai. Allah hendak memalukan mereka.

 

فَيَنقَلِبوا خائِبينَ

supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.

Supaya mereka kembali ke Mekah dengan perasaan yang amat kecewa. Supaya mereka tak boleh nak berbangga dengan bangsa Arab yang lain yang mereka berjaya kalahkan Islam.

Sampai sini sahaja kisah Perang Badr. Selepas ini adalah tentang kisah semasa Perang Uhud.


 

Ayat 128: Sekarang kita kembali kepada kisah Perang Uhud. Nabi dan sahabat diuji menang pada peringkat awal tapi kalah di tengah. Waktu sedang kalah itu Nabi menyatakan kesedihan baginda. Allah jawap.

لَيسَ لَكَ مِنَ الأَمرِ شَيءٌ أَو يَتوبَ عَلَيهِم أَو يُعَذِّبَهُم فَإِنَّهُم ظالِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Not for you, [O Muḥammad, but for Allāh], is the decision whether He should [cut them down] or forgive them or punish them, for indeed, they are wrongdoers.

MALAY

Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada Dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.

 

لَيسَ لَكَ مِنَ الأَمرِ شَيءٌ

Engkau tidak berhak dalam urusan sedikit pun, 

Allah beritahu kepada Nabi bahawa baginda tidak ada hak dalam urusan menang kalah, kafir atau memberi hidayah, sedikit pun.

 

أَو يَتوبَ عَلَيهِم

sama ada Dia menerima taubat mereka

Samada Allah akan memberi ampun kepada mereka dan mereka masuk Islam atau menghancurkan mereka, itu hak Allah. Lihatlah bagaimana dua ketua perang musyrikin Mekah waktu itu, Abu Sufyan dan Khalid al Walid telah masuk Islam. Kerana Allah telah menerima taubat mereka.

 

أَو يُعَذِّبَهُم فَإِنَّهُم ظالِمونَ

ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.

Atau Allah nak kekalkan mereka dalam kufur dan kemudian Allah azab mereka di akhirat.

Dan mereka layak diazab kerana mereka zalim.

Oleh itu, Allah hendak memberitahu bahawa bukan urusan Nabi siapa yang dapat hidayah dan iman. Nabi hanya perlu menjalankan tugas baginda sahaja untuk menyampaikan dakwah, memerangi mereka dalam menyampaikan dakwah. Samada manusia terima atau tidak, itu hak Allah. Begitu juga dengan kita: kadang-kadang banyak usaha kita lakukan untuk sampaikan dakwah kepada manusia, kita buat tulisan, kita nasihat orang, kita beri ajaran dan sebagainya. Tapi samada manusia terima atau tidak, itu terpulang kepada Allah.

Dalam ayat ini, nampaknya Allah telah tegur Nabi. Kita kena ingat, Allah sahaja yang layak tegur Nabi kerana kedudukan Allah. Tapi, kita kena jaga adab kita. Jangan kita pula nak kata Nabi Muhammad salah dan buat dosa pula. Kerana kedudukan kita lebih rendah dari kedudukan Nabi.


 

Ayat 129: Kenapa begitu? Kerana Dia Allah.

وَلِلَّهِ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ ۚ يَغفِرُ لِمَن يَشاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشاءُ ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. He forgives whom He wills and punishes whom He wills. And Allāh is Forgiving and Merciful.

MALAY

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

وَلِلَّهِ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Allah boleh buat apa sahaja yang Dia hendak, kerana alam ini adalah kepunyaan Dia. Siapa kita hendak mempersoalkan apa yang Allah lakukan?

 

يَغفِرُ لِمَن يَشاءُ

Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, 

Allah boleh masukkan dengan gerakkan hati sesiapa sahaja ke dalam Islam dan ampuni mereka.

 

وَيُعَذِّبُ مَن يَشاءُ

dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya.

Atau Allah boleh kekalkan mereka dalam kufur dan kemudian Allah akan azab mereka. Terpulang kepada Allah.

 

وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah mengingatkan SifatNya yang maha pengampun dalam ayat ini untuk beri isyarat bahawa Allah ampunkan kesilapan Nabi itu.


 

Ayat 130: Sekarang kita sudah masuk hal infak. Ayat ini adalah jenis Jumlah Mu’taridah. Kerana ayat-ayat sebelum ini tentang perang dan tiba-tiba masuk kepada ayat tentang riba pula. Apakah kaitannya?

Kita hidup sementara dan kita sepatutnya menggunakan masa hidup kita di dunia untuk kumpul pahala sebanyak yang boleh. Kena guna peluang semasa di dunia. Infak adalah salah satu cara untuk boleh dapat pahala. Macam-macam cara boleh infak. Kita kena ingat bahawa harta yang kita infak itulah yang jadi harta kita sebenarnya. Kerana kalau kita tidak infak, harta itu akan diwarisi oleh orang lain, sudah jadi harta orang lain, bukan harta kita lagi. Tapi kalau kita infak, Allah akan simpan harta itu di SisiNya dan Allah akan balas dengan kebaikan. Topik infak telah banyak disebut dalam surah Baqarah dan sekarang disambung dalam surah Ali Imran ini kerana seperti kita telah sebut, ada pertalian antara surah Baqarah dan surah Ali Imran.

Dan infak disebut selepas disebut tentang Jihad kerana infak penting dalam menjalankan jihad Fisabilillah. Banyak belanja diperlukan untuk menjalankan Jihad.

Kenapa pula riba ada kena mengena dengan infak? Kerana dalam Quran sebut kepentingan infak, ada pula manusia yang bukan sahaja tidak infak, tapi sebaliknya cari dan kumpul harta yang banyak dengan cara haram, iaitu dengan cara riba. Ianya amat berlawanan dengan infak. Mereka yang mengamalkan riba adalah orang yang mementingkan harta sampai sanggup hisap darah orang lain. Anda rasa adakah orang sebegini akan infak dan berperang Fisabilillah? Tentu tidak. Jadi Allah beri peringatan kepada kita tentang keburukan mengamalkan riba.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تَأكُلُوا الرِّبا أَضعافًا مُضاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, do not consume usury, doubled and multiplied, but fear Allāh that you may be successful.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تَأكُلُوا الرِّبا أَضعافًا مُضاعَفَةً

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda,

Orang yang mengamalkan riba adalah orang yang tamak dunia. Dalam kepala otak mereka, mereka cuma ingat nak kumpul harta sahaja. Mereka akan cari jalan untuk memperbanyakkan harta mereka berlipat kali ganda. Oleh kerana itu, ada orang yang amalkan riba dengan beri pinjam kepada orang lain dengan syarat, kena bayar lebih lagi. Yang lebihan itu selalunya dipanggil ‘bunga’. Dan kalau tidak dapat bayar dalam waktu yang dijanjikan, ‘bunga’ akan meningkat lagi dan lebih menyusahkan orang yang meminjam itu. Kadang-kadang apabila sudah lama, ‘bunga’ itu lebih banyak lagi dari pinjaman pokok yang asal.

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

Allah ingatkan kita supaya bertaqwa dengan jaga hukum. Hukum makan riba adalah haram. Kita telah tafsir tentang riba dalam surah Baqarah, tentang bagaimana buruk sekali hukum riba itu dan apakah ancaman Allah kepada mereka yang memakan harta hasil dari riba.

Maka, janganlah amalkan riba, sebaliknya hendaklah bertaqwa kalau kamu mahu menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.


 

Ayat 131: Ayat takhwif ukhrawi

وَاتَّقُوا النّارَ الَّتي أُعِدَّت لِلكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And fear the Fire, which has been prepared for the disbelievers.

MALAY

Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

 

وَاتَّقُوا النّارَ

Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, 

Ancaman neraka diberikan kepada mereka yang mengamalkan riba.

 

الَّتي أُعِدَّت لِلكافِرينَ

yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Neraka itu sudah siap ada, sedang menunggu dimasuki oleh orang kafir. Orang kafir ada geran neraka. Orang Islam sepatutnya akan masuk syurga. Tetapi ada juga yang akan masuk neraka dahulu kerana walaupun mereka beriman dan tidak mengamalkan syirik, tapi mungkin mereka ada dosa yang perlu dibersihkan di neraka. Tapi mereka tidak akan kekal di neraka kerana orang mukmin memegang geran di syurga, bukan di neraka. Mereka duduk untuk sekian waktu sahaja di neraka.

Kalau kita lihat ayat ini yang diberikan selepas diberikan ayat riba, ini menunjukkan yang riba dikaitkan dengan kufur. Mereka yang mengamalkan riba mengamalkan perbuatan orang kafir.


 

Ayat 132:

وَأَطيعُوا اللَّهَ وَالرَّسولَ لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And obey Allāh and the Messenger that you may obtain mercy.

MALAY

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, mudah-mudahan kamu diberi rahmat.

 

وَأَطيعُوا اللَّهَ وَالرَّسولَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul

Janganlah amalkan riba. Sebaliknya hendaklah kamu taat kepada Allah. Dan untuk taat kepada Allah, hendaklah taat kepada Rasul kerana Rasul itu menyampaikan arahan Allah. Maka, untuk taat kepada Allah hendaklah kita belajar tafsir Quran, barulah faham apa perkara yang kita hendak taat. Dan untuk taat kepada Rasul, hendaklah kita belajar sunnah. Kalau kita tidak belajar dua perkara itu, bagaimana kita kata kita ‘taat’, sedangkan apa perkara yang perlu taat pun kita tidak tahu?

 

لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

mudah-mudahan kamu diberi rahmat.

Mudah-mudahan dengan kita taat kepada Allah dan rasul itu, kita akan mendapat rahmat dari Allah. Rahmat ini adalah penting kerana kita hanya dapat masuk syurga kerana rahmat Allah sahaja. Kita tidak akan dapat masuk syurga dengan cara lain, tidak dengan amal ibadat kita, dengan pujuk rayu dan sebagainya, tidak. Hanya dengan rahmat Allah sahaja kita akan dapat masuk syurga, maka kita amat berhendak kepada rahmat dari Allah ini. Dan untuk mendapat rahmat dari Allah, hendaklah kita taat kepada Allah dan Rasul. Dan untuk taat kepada Allah dan Rasul, kita tidak boleh tidak, kena belajar tafsir Quran dan hadis Nabi yang sahih.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 003: Ali Imran and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s