Tafsir Surah Ali Imran Ayat 78 – 83 (Perjanjian setiap Nabi)

Ayat 78: Ini adalah ayat syikayah kelima yang ditujukan kepada Ahli Kitab. Bukan harta benda sahaja yang mereka khianat, malah ilmu pun mereka khianat juga.

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

And indeed, there is among them a party who alter the Scripture with their tongues so you may think it is from the Scripture, but it is not from the Scripture. And they say, “This is from Allah ,” but it is not from Allah . And they speak untruth about Allah while they know.

MALAY

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

 

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ

Dan sesungguhnya, di antara mereka ada yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab 

Mereka memutar belit lidah mereka semasa membacakan kitab. Mereka heret huraian kitab kepada maksud yang mereka hendak. Maknanya, mereka guna bahasa untuk memusingkan maksud kitab suci. Mereka memang pandai guna bahasa. Lihatlah bagaimana mereka  menggunakan perkataan راعِنا seperti yang disebut dalam ayat 2:104. Begitu juga mereka telah ubah lafaz salam kepada Nabi dengan menggunakan lafa ‘sam’ yang bermaksud ‘mati’ dan macam-macam lagi.

 

لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ

supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab

Supaya yang dengar itu sangka itu memang benar dari kitab.

 

وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ

padahal ia bukanlah dari Kitab

Sedangkan ia bukan dari makna sebenar kitab.

Kita telah tahu sebelum ini bagaimana golongan Ahli Kitab itu pandai menggunakan bahasa untuk menyesatkan sesuatu maksud. Macam mereka ubah perkataan undzurna kepada raa’ina seperti dalam ayat 2:104. Dan kita tahu dari sirah bagaimana mereka beri salam kepada Nabi Muhammad bukan assalamualaikum tapi assamu’alaikum yang bermaksud ‘matilah kamu’. Jadi mereka itu memang pandai pusing-pusing bahasa.

Maka, pengajaran yang kita boleh ambil dari ayat ini, janganlah kita pusing-pusing ayat-ayat Qur’an dan hadis Nabi untuk membenarkan perbuatan kita. Banyak dalam negara ini yang menggunakan hadis untuk membenarkan amalan bidaah mereka dengan mereka  memusingkan makna ayat Qur’an atau lafaz hadis itu. Sampai ada yang menggunakan hadis Nabi untuk suruh lafaz niat usolli, padahal tidak ada. Sebab tidak ada, mereka pakai sahaja mana yang ada. Mereka ambil hadis Nabi:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

(Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.)

Mereka sanggup gunakan perkataan أُصَلِّي dalam hadis ini sebagai dalil adanya lafaz niat yang dimulai dengan ‘usolli’ itu! Ini amatlah tidak bertanggung jawab langsung.

 

وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ

Dan mereka pula berkata: “(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah;

Mereka kata makna itu dari Allah juga. Lain dengan mereka yang mengaku mana yang dari kitab dan mana yang tidak. Macam ada orang yang beri pendapat sahaja dan beritahu itu pendapat mereka sahaja, supaya yang dengar tidak keliru dan tahu yang itu bukannya nas.

 

وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ

dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah

Mereka bohong sedangkan mereka tahu itu bohong. Tujuan mereka adalah kerana hendak perangkap mereka yang jahil.

Kalau Allah sebut tentang perkara ini, maknanya sekarang pun ada lagi. Dalam kalangan masyarakat Islam pun ada. Ada yang buat perkara yang sama dengan Qur’an. Mereka bacakan ayat Quran dan mereka tafsir ikut kemahuan mereka dan ikut kepada agenda mereka. Maka yang mendengar telah keliru dan sangka itulah agama. Begitulah yang banyak terjadi sekarang, sampaikan pecah belah masyarakat – antara yang tahu kebenaran dan antara yang jahil. Yang jahil itu tetap mahu mempertahankan pendapat yang salah. Mereka pun katalah yang ustaz itu kata boleh, ulama itu kata begini dan begitu. Mereka sendiri tidak tahu nak faham Quran, tapi pakai pendapat manusia sahaja.

 

وَهُمْ يَعْلَمُونَ

sedang mereka mengetahui

Mereka bohong sedangkan mereka tahu itu bohong.


 

Ayat 79: Ayat ini adalah jawapan bagi salah satu Kesamaran yang ada pada ahli kitab. Mereka kata ada syarah dari ahli agama mereka yang kata boleh buat amalan yang syirik, boleh tawasul dan sebagainya. Kitab-kitab itu ditulis oleh ulama mereka. Dan tulisan dari kitab-kitab itu telah memerangkap manusia. Ianya berlainan dari apa yang ditulis dalam wahyu kerana kalau wahyu, akan suruh puja Allah sahaja. Mana boleh hujah pakai kitab untuk tolak wahyu. Malangnya, masyarakat kita pun, sentiasa nak pakai alasan dan hujah guna kitab – mereka akan kata kitab sekian kata boleh, kitab lain kata begini, begitu.

Oleh kerana itu, kita kena hati-hati dengan hujah yang diberikan dalam kitab. Ada hujah yang diberikan dalam kitab itu yang berlawanan dengan ayat Quran dan hadis Nabi. Kitab tulisan manusia bukanlah rujukan utama. Kadang-kadang ada kitab, orang lain yang tulis tapi letak nama orang lain untuk mengelabui mata manusia. Ada juga masa cetak, masukkan tulisan bukan dari pengarang – selit masuk tulisan yang bukan dari pengarang. Ini boleh terjadi sebab tulisan kitab manusia tidak ada jaminan dari Allah. Maka kena ada tahkik kitab-kitab. Ada ulama-ulama yang menjalankan tugas yang penting ini sebagai menjaga iman manusia. Sebagai contoh, kalau kitab berkenaan Mazhab Syafie, akan ada ulama yang mahir dengan usul Mazhab Syafie yang akan kaji dan tahkik kitab itu samada ianya bertepatan dengan method Imam Syafie. Jadi kita yang suka membaca ini kenalah hati-hati. Kena pakai kitab yang telah ditahkik.

Dan kita kena belajar Quran dan Sunnah dahulu. Kerana bila kita sudah tahu, kita sendiri boleh periksa samada apa yang disampaikan dalam kitab itu sesuai dengan nas atau tidak. Kalau tulisan manusia yang bercanggah dengan syariat, maka hendaklah ditolak. Buat apa nak pakai lagi?

Jadi, dalam ayat ini tentang ulama Nasara yang hujah dengan Nabi Muhammad, guna kitab ulama mereka. Mereka kata ada disebut oleh ulama-ulama mereka. Inilah jawapan dari Allah. Takkan Nabi akan suruh manusia jadi kafir pula.

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

It is not for a human [prophet] that Allah should give him the Scripture and authority and prophethood and then he would say to the people, “Be servants to me rather than Allah ,” but [instead, he would say], “Be pious scholars of the Lord because of what you have taught of the Scripture and because of what you have studied.”

MALAY

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

 

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab dan hikmat serta pangkat Nabi,

Iaitu manusia yang dipilih untuk terima wahyu. Telah diberi Kitab suci pula sebagai dalil naqli. Diberi hikmah pun diberi juga iaitu dalil aqli. Mereka itu adalah para Nabi.

Nubuwwah – maksudnya kefahaman yang sebenar tentang agama. Allah beri fathonah (kebijaksaan) kepada para Nabi kerana orang bodoh tak boleh jadi Nabi. Mereka faham dengan agama dengan mendalam sekali.

 

ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ

kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”.

Mereka takkan suruh umat seru mereka untuk sampaikan seruan itu kepada Allah. Para Nabi tidak mengajar umatnya untuk mengamalkan tawasul. Sebaliknya semua Nabi akan suruh seru terus kepada Allah.

Sebelum ini ada disebut tentang memenuhi janji. Para Nabi itu tidak akan memungkiri janji mereka untuk menunaikan tugas mereka seperti yang telah disuruh oleh Allah.

 

وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ

Tetapi ia berkata: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin

Sebaliknya mereka akan suruh umatnya jadi orang berilmu dan menghambakan diri kepada Allah sahaja. Mengajak mereka menjadi orang Ketuhanan.

Ramai yang tak faham maksud rabbani walau selalu pakai. Rabbani adalah hanya ada hubungan dengan Allah sahaja dan tidak dengan entiti lain. Iaitu mereka yang kenal rabb dan patuh kepada rabb.  Supaya jadi ‘orang Tuhan’. Terus berhubung langsung dengan Allah tanpa perantaraan. Nabi ajar caranya dan selepas itu boleh buat sendiri. Zikir terus kepada Allah, ibadat terus kepada Allah, doa terus kepada Allah – jangan guna perantara pula.

 

بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ

kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, 

Allah jelaskan lagi maksud rabbani itu. Takkan kamu tak tahu sebab kamu sendiri mengajar kitab suci. Kalau mengajar tentu dah mantap fahaman kamu. Adakah ajaran dalam kitab suci yang suruh seru atau sembah selain Tuhan?

Ini juga memberi isyarat bahawa orang yang Rabbani itu akan mengajarkan kepada orang lain ilmu yang benar. Bukannya dia simpan sendiri.

 

وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Dan kerana kamu pun selalu belajar. Macam orang kita yang belajar pondok, belajar agama di macam-macam institusi.. adakah dalam Quran dan hadis Nabi yang suruh kita bertawasul kepada Nabi, wali atau malaikat? Kamu belajar macam-macam bidang agama, bila lagi kamu nak mula belajar tafsir dan sunnah dengan cara yang betul? Iaitu cara faham salafussoleh – iaitu mereka yang lebih faham agama dari orang yang terkemudian. Mereka lebih faham kerana mereka lebih dekat masa mereka dengan Nabi.

Ada orang berilmu tapi mereka tidak rabbani. Mereka setakat ada ilmu sahaja.

Ini juga memberi isyarat bahawa orang Rabbani itu akan sentiasa menambah ilmu mereka dengan terus belajar, mengkaji dan tadabbur ilmu yang dia ada. Sampai dia kenal betul dengan Rabb.

Ibn Abbas mengatakan bahawa Rabbani itu adalah ulama dan hukama’ yang hidupnya belajar dan mengajar.


 

Ayat 80:

وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَن تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُم بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Nor could he order you to take the angels and prophets as lords. Would he order you to disbelief after you had been Muslims?

MALAY

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?

 

وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَن تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. 

Mereka pun tidak pernah suruh jadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai pujaan untuk diseru untuk minta pertolongan, bukan? Lafaz أَرْبَابًا adalah jamak bagi rabb.

 

أَيَأْمُرُكُم بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ

Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?

Adakah Nabi suruh kamu jadi kufur? Takkan begitu.

nota: Ayat surah ini sampai ayat 80 ini banyak memperkatakan tentang tauhid. Selepas ini akan disentuh tentang Risalah kenabian pula.

Ali Imran 69-80


 

Ayat 81: Perbincangan ayat-ayat selepas ini adalah tentang Kerasulan. Ini adalah salah satu dari Kesamaran di pihak Ahli Kitab. Selain dari itu, mereka keliru tentang kiblat, tentang halalnya memakan unta dan tentera Islam yang kalah dalam Perang Uhud.

Allah nak beritahu bahawa semua Nabi dulu ada perjanjian dengan Allah. Iaitu apabila datang Nabi Akhir Zaman (Nabi Muhammad SAW), mereka semua kena ikut dan tolong Nabi itu. Yang boleh praktik perjanjian ini hanyalah Nabi Isa sahaja kerana baginda telah diangkat ke langit dan akan turun semula. Dia akan pakai syariat Nabi Muhammad apabila baginda menjadi Nabi semula di dunia. Baginda tidak akan pakai syariat baginda sendiri dari Taurat atau dari Injil tapi baginda akan pakai syariat Nabi Muhammad – Quran dan Sunnah.

Maka dari ayat ini kita dapat tahu bahawa perjanjian ini ada dalam semua kitab yang diturunkan Allah.

Ini adalah juga salah satu dalil yang kuat untuk menyatakan bahawa Nabi Khidr dah mati sebab tak pernah ada riwayat dia pernah bantu Nabi Muhammad. Jadi bohonglah ajaran yang kata bahawasanya Nabi Khidr masih hidup lagi. Sudahlah mereka kata baginda hidup lagi, ada yang kata dapat berjumpa pula dengan dia. Dan lebih teruk lagi, mereka tohmah kata Nabi Khidr ada ajar syariat baru pula. Itu adalah kesilapan yang bertimpa-timpa. Kepercayaan ini boleh menyebabkan murtad dalam agama. Maka ayat ini amat penting diketahui. Malangnya, kalau dah masuk dalam tarekat dan tasawuf, selalunya salah satu keinginan mereka adalah untuk berjumpa dengan Nabi Khidr. Entah siapalah yang mereka jumpa itu, yang pastinya bukan Nabi Khidr.

Tapi ramai yang ada fahaman macam ini. Yang pasti, kebanyakan ahli tarekat ada fahaman sesat ini. Mereka itu selalu kena tipu sahaja. Belajar betul-betul tidak mahu tapi ambil ajaran dari guru yang salah. Guru itu bawa ajaran khayalan mana pun kita tidak tahu. Kita kata terus terang di sini supaya tidak ada kekeliruan bahawa ajaran tarekat itu salah. Tidak jumpa lagi ajaran tarekat yang benar. Terlalu banyak kemungkaran yang ada dalam tarekat itu sampaikan tidak ada sebab untuk menyertainya. Tidak ada keperluan untuk menyertai mana-mana perkumpulan tarekat.

Masalah kepada puak sesat begitu, mereka tak beritahu ilmu yang mereka dapat itu kepada orang lain. Sebab syarat ilmu itu, kena rahsiakan dari orang awam. Telah diletakkan syarat sebegitu kepada mereka awal-awal lagi. Guru akan pesan, kalau beritahu kepada orang, ilmu itu akan jadi tawar – tidak menjadi. Maka mereka akan terus sesat sendiri. Kerana kalau beritahu kepada orang lain, mungkin ada yang boleh beri nasihat tentang salah dan sesat ilmu itu. Mereka pun tidak dapat maklumat lain sebab mereka tak sempat dah nak belajar tafsir, sunnah atau dengan ceramah agama sebab mereka telah disibukkan dengan bacaan zikir dan ratib beribu-ribu sehari. Mereka memang akan duduk bersendirian sahaja. Dan mereka dah tak tanya pendapat orang lain dah sebab memang mereka akan rasa mereka lebih lagi dari orang lain sebab mereka dah dapat ilmu ‘rahsia’.

Jadi apabila tidak bertaubat meninggalkan ajaran itu, mereka akan mati dalam sesat seorang diri. Maka tolaklah ilmu yang nak belajar, kena rahsia. Itu adalah tanda ajaran sesat.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And [recall, O People of the Scripture], when Allah took the covenant of the prophets, [saying], “Whatever I give you of the Scripture and wisdom and then there comes to you a messenger confirming what is with you, you [must] believe in him and support him.” [ Allah ] said, “Have you acknowledged and taken upon that My commitment?” They said, “We have acknowledged it.” He said, “Then bear witness, and I am with you among the witnesses.”

MALAY

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”

 

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi

Allah memberitahu kita semua tentang perjanjian yang telah dilakukanNya dengan semua Nabi.

 

لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ

“Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu,

Perjanjian itu akan berkuatkuasa ketika Allah beri wahyu dan hikmah kepada mereka.

 

ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ

kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, 

Yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad. Kena tafsir sebagai Nabi Muhammad. Kalau ikut pandangan yang lain, adalah salah. Sebagai contoh, kalau orang Kristian, mereka akan kata yang dimaksudkan adalah Nabi Isa.

Yang disahkan oleh Nabi Akhir Zaman itu adalah dia akan membenarkan akidah tauhid yang memang sudah ada dalam ajaran mereka yang mereka dapati dari wahyu.

 

لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ

hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya,

Kalau kamu hidup waktu naiknya Nabi Akhir Zaman itu (Nabi Muhammad), kamu kena beriman dengan baginda. Lihatlah, kalau semua para Nabi pun kena beriman dengan Nabi Muhammad, apatah lagi kepada umat. Maka umat Nabi-Nabi lain yang mana pun, kena ikut ajaran Nabi Muhammad lah. Ini adalah dalil untuk mengatakan yang Yahudi dan Nasara tidak terlepas dari syariat Nabi Muhammad. Mereka tidak boleh kata yang mereka cuma pakai syariat Nabi mereka sahaja. Kerana syariat Nabi mereka telah terbatal apabila bangkitnya Nabi Muhammad sebagai rasul.

 

وَلَتَنصُرُنَّهُ

dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”.

Semua para Nabi kena bantu baginda dengan anggota mereka. Kena pergi jumpa Nabi Muhammad dan kena ikut arahan baginda. Sebagai contoh, apabila Nabi berperang, mereka kena datang dan tolong Nabi semasa Nabi berperang. Jadi adakah Nabi Khidr ada disebut bantu Nabi Muhammad? Tidak pernah tertulis pun baginda ada dalam senarai 313 sahabat yang membantu dalam perang Badr atau mana-mana perang pun. Tidak juga ada dalam hadis yang sahih yang mengatakan Nabi Khidr ada datang bertemu Nabi. Kalau hadis palsu itu, tak payah sebut lah, memang banyak pun.

Ada yang mengatakan perjanjian ini ada dua peringkat. Peringkat pertama adalah beriman dan membantu rasul yang hidup sezaman dengan mereka. Sebagai contoh Nabi Luth hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim, Nabi Yahya sezaman dengan Nabi Isa dan Nabi Harun hidup sezaman dengan Nabi Musa. Mereka kenalah bantu  membantu.

Peringkat kedua adalah beriman dan membantu Nabi Muhammad. Walaupun mereka tidak dapat bertemu dengan  baginda, tetapi mereka harus sampaikan berita tentang Nabi akhir zaman itu kepada umat masing-masing.

 

قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي

Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku itu?” 

Allah tanya kepada para Nabi, adakah mereka setuju?

 

قَالُوا أَقْرَرْنَا

Mereka menjawab: “Kami berikrar 

Semua Nabi dah setuju untuk taat kepada perjanjian itu.

Kalau para Nabi pun berikrar menerima ajaran dan dakwah Nabi-nabi lain, termasuk Nabi Muhammad, maka kita pun patut  begitu. Jangan bezakan antara para Rasul itu kerana mereka semuanya membawa akidah tauhid yang sama. Mungkin syariat berbeza tetapi akidah tetap sama.

 

قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ

Allah berfirman lagi: “maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”

Allah bersaksi bersama mereka. Lihatlah bagaimana Allah sendiri bersaksi bersama mereka sebab amat pentingnya perkara ini.


 

Ayat 82:

فَمَن تَوَلَّىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

And whoever turned away after that – they were the defiantly disobedient.

MALAY

Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

 

فَمَن تَوَلَّىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ

Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, 

Kalaulah para Nabi itu engkar dengan perjanjian mereka itu.

 

فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Allah kata mereka akan jadi orang fasik kalau mereka engkar. Takkan para Nabi itu fasik walau seorang pun.

Yang fasiknya adalah golongan yang memilih-milih Nabi yang mereka hendak ikut dan tolak mana yang mereka tak suka. Yahudi tolak Nabi Isa dan Nabi Muhammad dan Nasara pula terima Nabi Isa tapi tolak Nabi Muhammad.


 

Ayat 83:

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

So is it other than the religion of Allah they desire, while to Him have submitted [all] those within the heavens and earth, willingly or by compulsion, and to Him they will be returned?

MALAY

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

 

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ

Patutkah mereka mencari lain dari ugama Allah?

Jadi, setelah diberikan segala dalil ini, adakah mereka nak cari selain agama Allah? Tidak patut kalau begitu, kerana ada satu sahaja agama pada sisi Allah. Agama yang lain, tidak diiktiraf. Jadi, janganlah kita antara orang yang kata semua agama dalam dunia ini sama sahaja, hendak mengajak kepada kebaikan. Itu adalah kata-kata kufur. Memang ada persamaan sedikit sebanyak, tapi agama Islam dan agama lain, tidak sama langsung.

 

وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا

Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa,

Kalau tak ikut, kamu sendiri yang rugi kerana semua makhluk lain dah ikut. Alam semuanya mengikuti peraturan yang Allah telah aturkan. Matahari tidak akan bergerak dari tempatnya selagi tidak disuruh oleh Allah untuk bergerak. Begitu juga bulan, bintang dan segala yang ada di atas bumi dan di mana sahaja.

Samada mereka mahu atau tidak. Memang orang kafir tidak taat kepada Allah, tapi jantung, paru-paru dan segala sel dalam fizikal mereka taat kepada Allah. Kalau tak taat, dah lama mati dah manusia itu.

 

وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

Dan mereka nak lari ke mana pun, kerana akhirnya mereka akan dikembalikan kepada Allah. Mereka tidak akan dikembalikan kepada tuhan-tuhan mereka yang lain dari Allah. Kerana tuhan-tuhan itu semua tidak ada. Mereka sangka mereka akan pergi kepada tuhan sembahan mereka, tapi apabila dibangkitkan, alangkah terkejutnya mereka apabila mereka lihat mereka akan dibawa kepada Allah.

Kalau semua akan kembali kepada Allah termasuk kita, maka kenapa tidak taat kepada Allah dengan sepenuhnya?

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar – Hamka

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 003: Ali Imran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s