Tafsir Surah Ali Imran Ayat 62 – 70 (Rahib sebagai tuhan)

Ayat 62:

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, this is the true narration. And there is no deity except Allah . And indeed, Allah is the Exalted in Might, the Wise.

MALAY

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar;

Segala cerita yang telah disampaikan sebelum ini adalah kisah benar tentang Nabi Isa. Kesimpulan yang boleh diambil adalah: Mereka itu semua hamba Allah yang mulia. Tapi tidak layak untuk dipuja sebagai ilah.

 

وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ

dan tiadalah ilah melainkan Allah; 

Allah tekankan sekali lagi bahawa Ilah hanya Allah sahaja. Perbincangan tentang ilah boleh baca disini.

 

وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Gagah. Allah boleh nak azab hambaNya pada bila-bila masa. Cuma Allah juga Maha Bijaksana, menangguhkan azab memberi peluang untuk hamba bertaubat.


 

Ayat 63:

فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ

SAHIH INTERNATIONAL

But if they turn away, then indeed – Allah is Knowing of the corrupters.

MALAY

Maka kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.

 

فَإِن تَوَلَّوْا

Kemudian kalau mereka berpaling

Jika masih berpaling, masih tidak mahu menerima kebenaran walaupun telah diberikan dengan berbagai dalil.

 

فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ

maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kepada mereka yang berpaling, Allah akan bertindak kepada golongan yang buat kerosakan. Mereka sebabkan kerosakan kerana mereka yang sampaikan ajaran yang salah kepada manusia.

Ali Imran 42-63


 

Ayat 64:

Ayat ini menyuruh kita ajak Ahli Kitab kepada Kitab yang sebenarnya iaitu Qur’an. Dan ajak mereka kepada perkara yang tidak ada perselisihan antara kita dan mereka. Oleh itu kena ajak kepada tauhid, kerana kalau lihat kepada syariat, Taurat lain, Injil lain dan Qur’an pun lain. Tapi ketiga-tiga kitab ini mempunyai persamaan dari segi akidah.

Dan kena ajak mereka jangan pakai fatwa ulama mereka yang salah. Kerana salah mereka bukanlah pada kitab itu, kerana kitab itu benar. Tapi ulama mereka yang telah seleweng agama dengan beri syarah yang lain dari yang sepatutnya. Oleh itu, jangan pakai fatwa yang lawan wahyu. Begitu juga dengan masyarakat kita, kena pakai fatwa yang selari dengan wahyu.


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Say, “O People of the Scripture, come to a word that is equitable between us and you – that we will not worship except Allah and not associate anything with Him and not take one another as lords instead of Allah .” But if they turn away, then say, “Bear witness that we are Muslims [submitting to Him].”

MALAY

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu,

Ajak mereka kepada kalimah akidah yang sama. Kerana sebenarnya akidah kita sepatutnya sama sahaja dengan mereka. Walaupun bangsa Arab dari keturunan Nabi Ismail dan mereka dari keturunan Nabi Ishak, tapi akidah Nabi-Nabi mereka dan Nabi Muhammad sama sahaja. Kalau dilihat dalam ajaran Nabi mereka dan dalam kitab-kitab suci mereka, pun ada perkara yang sama dalam hal akidah. Nabi Muhammad tidaklah pernah tahu atau pernah baca apa yang ada dalam kitab-kitab mereka, tapi Allah telah beritahu baginda bahawa ada persamaan dalam hal akidah antara kita dan mereka. Dan alhamdulillah, ulama-ulama kita yang mengkaji kitab-kitab suci mereka, walaupun yang ada sekarang, masih ada lagi lafaz-lafaz ajaran tauhid di dalamnya.

Kalaulah mereka boleh menerima ajakan ini, maka tidaklah ada permusuhan antara agama lagi.

Lafaz ‘Ahli Kitab’ juga boleh dikatakan mereka yang ada pengetahuan agama. Bukan sahaja Yahudi dan Kristian. Oleh itu, ia boleh merujuk kepada ustaz-ustaz dan ulama Islam di negara kita juga. Mereka pun kita kena ajak juga.

Apakah perkara-perkara yang sama dalam agama kita dan mereka?

 

أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ

iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, 

Apa yang sama? Iaitu kita semuanya sepatutnya hanya sembah Allah sahaja. Kalau kepada Yahudi dan Nasara, ingatkan mereka supaya jangan puja Nabi Uzair dan Nabi Isa. Jangan seru dan minta pertolongan dengan mereka.

Ia juga boleh didakwah kepada Musyrikin Mekah juga kerana nama Allah ini sudah lama digunakan oleh orang Arab dahulu. Sampai sekarang, orang Arab Kristian menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka juga (God the Father).

 

وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا

dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; 

Jangan campur pujaan kepada Allah dengan pujaan kepada yang lain. Jangan syirik kepada Allah. Oleh itu, kita sendiri kena faham apa tauhid dan syirik, baru boleh dakwah kepada mereka. Ramai orang Islam sendiri yang tak faham tauhid dan apakah syirik itu. Kerana itulah ramai yang melakukan perbuatan dan mempunyai fahaman syirik kerana mereka tidak faham.

 

وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ

dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain sebagai rabb-rabb selain dari Allah”.

Jangan sembah dan puja makhluk-makhluk Allah sebagai rabb. Jangan jadikan mereka sebagai wakil Tuhan. Mereka pun manusia macam kita juga. Itulah maksud ‘sebahagian dari kita’ – merujuk kepada makhluk-makhluk Allah.

Mereka kata mereka tak jadikan selain Allah itu, tuhan yang lain. Maksud أَرْبَابًا dalam ayat ini adalah ulama dan ahli ibadat. Mereka kata mereka tak sujud pun kepada ulama-ulama mereka itu. Inilah hujah yang diberikan oleh Adi bin Hatim, seorang sahabat yang asalnya adalah Kristian. Beliau kata, dalam agama Nasara, mereka tidak menjadikan rahib dan pendeta mereka sebagai tuhan. Tapi Nabi kata mereka ikut fatwa yang dikeluarkan oleh mereka, dan fatwa itu tidak sama dengan kitab suci mereka. Barulah Adi bin Hatim faham dan bersetuju masuk agama Islam.

Begitulah penganut agama mereka susah nak dibaiki sebab mereka pegang kata ulama mereka dan tidak belajar sendiri kitab suci mereka sendiri. Sama jugalah dengan orang kita yang tak belajar tafsir Qur’an dan Sunnah. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh ulama dan ustaz, mereka terima bulat-bulat dan tidak periksa dengan apa yang disampaikan oleh Quran kerana mereka sendiri tidak faham kerana tidak belajar tafsir Quran.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang kaum nasrani dan yahudi,

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah” (QS. At Taubah : 31)

Ayat ini ditafsirkan dengan hadits Adi bin Hatim Ath Thoo-i radhiyallahu ‘anhu dimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan ayat tersebut kepada beliau. Kemudian beliau berkata : “Wahai Rasulullah, kami tidaklah beribadah kepada mereka”. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أليس يحلون لكم ما حرم الله فتحلونه، ويحرمون ما أحل الله فتحرمونه؟

Bukankah mereka menghalalkan untuk kalian apa yang Allah haramkan sehingga kalianpun menghalalkannya, dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan sehingga kalian mengharamkannya?”. Beliau (Adi bin Hatim) berkata : “Benar”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فتلك عبادتهم

Itulah (yang dimaksud) beribadah kepada mereka

Mereka sampai sekarang mengambil saints yang mereka kata menyelamatkan mereka. Mereka ada saints untuk jaga keselamatan mereka, saints macam-macam. Mereka percaya yang saints-saints itu menjaga mereka kalau mereka puja kepada mereka.

Kalau pada zaman dahulu, kekuatan institusi keagamaan mereka amat kuat sampaikan Paus (Pope) boleh mengampunkan dosa orang lain. Dan mereka mempunyai tanah dan seperti ada kerajaan sendiri. Mereka sampai menindas orang-orang yang memberikan pandangan yang berbeza dengan pandangan gereja sampaikan menyebabkan terjadinya revolusi yang menyebabkan kuasa mereka telah dikurangkan. Itu semua asalnya kerana mereka meletakkan kuasa ketua agama mereka terlalu tinggi sampaikan menyebabkan perubahan kepada agama. Kita juga kena berhati-hati dengan apa yang terjadi kepada mereka, supaya kita pun tidak terjadi seperti mereka. Kata-kata ulama tidak bernilai sama sekali kalau ianya bercanggah dengan nas dari Quran dan Sunnah.

 

فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

Kalau mereka tolak juga, suruh mereka bersaksi yang kita adalah muslimin. Iaitu kita muwahhidun – yang jaga tauhid. Kita tidak sama dengan mereka. Maknanya, kita tetapkan pendirian kita, kalau mereka tidak mahu ikut, itu terpulang kepada mereka.

Ini adalah peringatan kepada kita, jangan terima langsung agama mereka. Kalau mereka tidak terima, janganlah kita pula yang cuba nak bersama dengan mereka. Kerana sekarang sudah ada gerakan yang hendak menyatukan agama Islam, Kristian dan Yahudi. Bukan begitu cara yang Allah mahu. Kita ajak mereka, tapi kalau mereka tidak mahu, tidaklah kita kena cari persamaan dengan agama mereka dan duduk bersama dengan mereka. Selama-lamanya agama mereka tidak akan dapat diterima oleh kita.


 

Ayat 65: Ayat-ayat seterusnya akan menyebut lima kedegilan Ahli Kitab yang menghalang mereka untuk menerima tauhid setelah diajak kepada tauhid. Selepas diberitahu dengan dalil-dalil yang sah, mereka masih berdegil juga. Antara sebab mereka sudah nak ikut itu adalah kerana lima kemusykilan ini.

Pertama, mereka kata agama Islam ini adalah agama rekaan Nabi Muhammad. Mereka susah untuk menerima Nabi Muhammad dan memperkecilkan baginda kerana mereka melihat bangsa Arab Mekah sebagai bangsa yang buta huruf, tidak tahu membaca, tidak ada Kitab suci dan tidak ada agama sebelum itu. Mereka rasa mereka sudah pandai dan tak pandang apa-apa sahaja yang datang dari orang Arab.

Allah beritahu yang agama Nabi Muhammad bawa inilah yang sama dengan agama Nabi Ibrahim. Mereka pun terima Nabi Ibrahim juga. Bangsa Arab itu tidaklah hina kerana orang Arab pun keturunan Nabi Ibrahim juga dari jaluran Nabi Ismail.

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنجِيلُ إِلَّا مِن بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

O People of the Scripture, why do you argue about Abraham while the Torah and the Gospel were not revealed until after him? Then will you not reason?

MALAY

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang Nabi Ibrahim, 

Teguran pertama kepada mereka adalah: kenapa berdalil dengan menggunakan Nabi Ibrahim? Ini adalah kerana masing-masing Yahudi dan Nasara kata yang Nabi Ibrahim itu agama Yahudi atau Nasara. Mereka berbantah sesama mereka.

Dikatakan bahawa ayat ini diturunkan ketika terjadi pertemuan antara tiga pihak – Islam, Nasrani dan Yahudi ketika kedatangan puak Nasrani dari Najran itu. Puak Yahudi kata Nabi Ibrahim itu Yahudi dan puak Nasrani Najran pula kata yang Nabi Ibrahim itu Nasrani. Masing-masing nak mengaku pula.

 

وَمَا أُنزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنجِيلُ إِلَّا مِن بَعْدِهِ

padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan selepasnya; 

Macam mana mereka nak berhujah yang Nabi Ibrahim itu Yahudi atau Nasara, sedangkan Taurat dan Injil turun selepas matinya Nabi Ibrahim. Macam mana nak kata baginda ikut Taurat atau Injil?

 

 أَفَلَا تَعْقِلُونَ

kenapa kamu tidak mahu menggunakan akal?

Mereka itu tidak fikir dan menggunakan akalkah? Dalam ayat ini, Allah minta mereka tolonglah guna akal.


 

Ayat 66:

هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Here you are – those who have argued about that of which you have [some] knowledge, but why do you argue about that of which you have no knowledge? And Allah knows, while you know not.

MALAY

Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

 

هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلْمٌ

Kamu semua telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya

Tolong dengar wahai Ahli Kitab semua. Sepatutnya kamu semua berhujah pada perkara yang kamu tahu. Itu pun kamu dah berbantah-bantah dah sesama kamu.

 

فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ

maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun dengannya? 

Kenapa berhujah pada perkara yang kamu tidak ada ilmu? Antaranya mereka berbantah tentang Nabi Ibrahim seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini.

Ini mengajar kita supaya apabila nak berhujah, kena ada dalil, kena pada perkara yang kita ada ilmu tentangnya.

Apakah hujah mereka? Mereka kata Nabi Isa boleh diseru dan ia adalah ajaran Nabi Ibrahim. Yahudi kata begitu juga tentang Nabi Uzair. Masing-masing pakai hujah Nabi Ibrahim untuk membolehkan amalan salah mereka. Mereka memandai sahaja reka dalil.

 

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.

Allah nak beritahu yang mereka itu sebenarnya tak tahu mazhab Nabi Ibrahim macam mana. Mereka hanya memandai sahaja memperkatakan sesuatu yang mereka tidak ada ilmu tentangnya.

Mereka fitnah Nabi Ibrahim dengan mengatakan yang Nabi Ibrahim buat sama macam apa yang mereka lakukan.


 

Ayat 67:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Abraham was neither a Jew nor a Christian, but he was one inclining toward truth, a Muslim [submitting to Allah ]. And he was not of the polytheists.

MALAY

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

 

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, 

Allah jawap salah faham mereka itu. Allah beritahu yang baginda bukan Yahudi dan bukan juga Nasara. Takkanlah baginda itu Yahudi sedangkan nama Yahudi itu sendiri diambil dari keturunan Nabi Yaakob yang datang jauh selepas Nabi Ibrahim. Dan takkanlah Nabi Ibrahim itu Kristian sedangkan Nabi Isa datang lama selepas baginda.

 

وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا

tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim

Allah kata Dia tahu lebih tahu tentang Nabi Ibrahim dan apakah pegangan baginda. Maka Allah beritahu dalam ayat ini. Allah beritahu yang Nabi Ibrahim itu mengamalkan tauhid. Lafaz  حَنِيفًا maknanya meninggalkan syirik menuju kepada tauhid. Allah memberitahu bahawa Nabi Ibrahim itu fokus, tumpu kepada Allah. Walaupun masyarakat baginda waktu itu mengamalkan syirik, tapi baginda tetap dengan pendirian tauhid.

Lafaz  مُّسْلِمًا pula diterjemah oleh ulama sebagai muwahhidah – yang mengamalkan tauhid.

 

وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Allah menambah dengan mengatakan yang Nabi Ibrahim itu tidaklah syirik. Ini semua kita tahu, tapi ianya ditekankan supaya jangan orang Arab ingat mereka itu ikut Nabi Ibrahim kerana mereka juga ada gelar diri mereka ‘hanif’ kerana kononnya mereka ikut Nabi Ibrahim. Allah tekankan bahawa baginda hanif yang tidak syirik.


 

Ayat 68:

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, the most worthy of Abraham among the people are those who followed him [in submission to Allah ] and this prophet, and those who believe [in his message]. And Allah is the ally of the believers.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya – umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.

 

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya

Allah kata yang paling dekat dari segi fahaman dan cara hidup Nabi Ibrahim adalah mereka yang ikut cara baginda dulu. Zaman baginda, itu adalah anak-anak baginda. Kita dapat tahu dari hadis bahawa tidak ramai yang mengikut ajaran tauhid Nabi Ibrahim.

 

وَهَٰذَا النَّبِيُّ

dan juga Nabi (Muhammad) ini 

Dan Allah menekankan yang Nabi yang sama dengan amalan dan fahaman Ibrahim adalah Nabi Muhammad. Kerana Nabi Muhammad juga menegakkan fahaman tauhid.

 

وَالَّذِينَ آمَنُوا

serta orang-orang yang beriman

Dan selain Nabi Muhammad, tentulah kita sebagai umat Nabi Muhammad. Kerana orang beriman akan mengamalkan amalan dan fahaman tauhid. Jadi, yang rapat dengan Nabi Ibrahim adalah Nabi Muhammad dan pengikut-pengikut Nabi Muhammad, orang yang beriman sempurna, bukannya Ahli Kitab itu, seperti dakwaan mereka.

 

وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

Dan Allah ialah Pelindung sekalian orang-orang yang beriman.

Allah memberitahu yang Allah hanya memberi perlindungan kepada mereka yang beriman yang sebenar, bukannya seperti iman Ahli Kitab itu. Mereka sangka mereka yang beriman, tapi mereka salah sebenarnya.

Allah memberi jaminan kepada mereka, kalau mereka ikut mahu beriman kepada dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu, maka Allah akan menjadi pelindung mereka. Maka, hendaklah mereka meninggalkan agama mereka yang salah itu dan masuk Islam kerana Islamlah agama yang benar. Ajakan dan janji Allah ini masih tertegak sampai ke hari ini. Siapakah yang akan memberitahu janji Allah ini kalau bukan kita? Tapi bagaimana kita nak sampaikan kepada mereka kalau kita sendiri tidak belajar Quran?

Ali Imran 64-68


 

Ayat 69: Ini pula adalah sifat degil kedua golongan ahli kitab. Ini adalah Ayat Syikayah Allah kepada mereka. Mereka berhujah dengan umat Islam bukannya nak mencari kebenaran tetapi nak menyesatkan dan merosakkan agama. Kalau nak cari kebenaran, itu bagus. Tapi mereka bukannya begitu.

وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

A faction of the people of the Scripture wish they could mislead you. But they do not mislead except themselves, and they perceive [it] not.

MALAY

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).

 

وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu;

Allah memberitahu kita yang satu puak dari mereka hendak menyesatkan kita. Sebab itu mereka soal macam-macam tentang agama Islam kepada orang Islam. Tujuannya hendak mengelirukan dan hendak menyesatkan umat Islam. Mereka timbulkan persoalan-persoalan untuk menyebabkan umat Islam ragu dengan agama sendiri.

 

وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ

padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri,

Sebenarnya mereka tidak menyesatkan sesiapa melainkan mereka menyesatkan diri mereka sendiri.

 

وَمَا يَشْعُرُونَ

dan mereka pula tidak menyedari

Tetapi mereka sendiri tak sedar. Mereka sangka mereka benar tetapi mereka tidak tahu mereka yang sesat.


 

Ayat 70:

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

O People of the Scripture, why do you disbelieve in the verses of Allah while you witness [to their truth]?

MALAY

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?

 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah

Kenapa kamu engkar semua kitab dari Allah? Bukan Qur’an sahaja yang mereka tolak. Taurat dan Injil pun mereka tolak begitu sahaja. Setengah hukum Taurat dan setengah hukum Injil mereka tolak walaupun mereka kata itu kitab mereka.

 

وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ

padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?

Sedangkan kamu telah berikrar yang itu semua adalah ayat yang benar.

Dan kamu telah bersaksi bahawa itu kitab kamu sendiri.

Kamu tak bacakah kitab kamu sendiri? Bukankah di dalam Kitab Suci kamu sendiri kamu boleh saksikan bagaimana ia membenarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu?
Perkara yang sama boleh dikatakan kepada umat Islam yang tidak belajar tafsir Qur’an dan kerana tidak belajar, mereka langgar arahan Allah. Padahal semua Umat Islam kata Qur’an adalah Kitab Suci dan pegangan mereka. Tapi mereka baca sahaja tanpa faham.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar – Hamka

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 003: Ali Imran, Tafsir and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s