Tafsir Surah Ali Imran Ayat 38 – 45 (Nabi Zakariya minta anak)

Ayat 38:

هُنالِكَ دَعا زَكَرِيّا رَبَّهُ ۖ قالَ رَبِّ هَب لي مِن لَدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَميعُ الدُّعاءِ

SAHIH INTERNATIONAL

At that, Zechariah called upon his Lord, saying, “My Lord, grant me from Yourself a good offspring. Indeed, You are the Hearer of supplication.”

MALAY

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

 

هُنالِكَ دَعا زَكَرِيّا رَبَّهُ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya,

Apabila melihat karamah yang diberikan kepada Maryam, memberi keazaman baru kepada Nabi Zakariya. Baginda berfikir, kalau Maryam boleh diberikan oleh Allah sebegitu rupa, tentu Allah boleh beri kepada dia, seorang anak. Kerana baginda telah lama teringinkan anak untuk menyambung tugas baginda mengajar kepada umatnya. Begitulah, apabila kita tengok kejadian Qudrat Allah kepada orang lain, ia lebih terkesan di hati kita dan menjadikan doa kita lebih mantap. Nabi pun boleh dapat peringatan dari orang lain. Bukannya Nabi Zakariya tidak percaya kepada Allah memakbulkan doanya, tapi kejadian yang terjadi kepada Maryam itu benar-benar memberi kesan mendalam kepada baginda.

Dari bahasa yang digunakan, Nabi Zakariya terus doa di situ juga. Baginda tidak tangguh dalam doa baginda. Begitulah, ini mengajar kita adab dan cara berdoa. Apabila kita nampak sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa kita, teruslah doa. Dalam berdoa, kena pandai cari suasana yang kita rasa kita akan bersungguh-sungguh doa. Kerana kita memang selalu berdoa tapi selalunya ianya dalam keadaan sambil lewa.

 

قالَ رَبِّ هَب لي مِن لَدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً

katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; 

Baginda terus berdoa meminta Allah mengurniakan anak kepada baginda. Dalam Surah Maryam, doa ini lebih panjang lagi. Baginda bukan sahaja meminta diberikan dengan seorang anak, tapi baginda minta anak yang baik, yang soleh, yang boleh menyambung tugasnya mengajar umat dengan ilmu agama. Sebenarnya baginda meminta supaya anak itu menjadi Nabi yang akan menggantikannya selepas dia tiada nanti.

 

إِنَّكَ سَميعُ الدُّعاءِ

sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa permohonan”.

Allah dengar dan boleh beri apa sahaja yang diminta oleh makhluk. Tidak sama dengan kita. Kita dengar juga doa orang tapi kita tak boleh buat apa.


 

Ayat 39:

فَنادَتهُ المَلائِكَةُ وَهُوَ قائِمٌ يُصَلّي فِي المِحرابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحيىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصّالِحينَ

SAHIH INTERNATIONAL

So the angels called him while he was standing in prayer in the chamber, “Indeed, Allah gives you good tidings of John, confirming a word from Allah and [who will be] honorable, abstaining [from women], and a prophet from among the righteous.”

MALAY

Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.

 

فَنادَتهُ المَلائِكَةُ وَهُوَ قائِمٌ يُصَلّي فِي المِحرابِ

Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, 

Malaikat terus beritahu berita gembira bahawa doa baginda dimakbulkan semasa baginda sedang solat. Oleh kerana ada huruf ف dalam perkataan فَنادَتهُ, menunjukkan bahawa jawapan itu terus diberi tanpa lengah. Seumpama, Nabi Zakariya minta, dan terus dijawab.

Nabi Zakariya mendapat jawapan itu semasa baginda sedang solat. Kenapa dimasukkan maklumat yang baginda sedang solat? Kerana Allah nak beritahu bahawa doa dalam solat adalah yang paling baik. Selalu orang kita hanya doa di luar solat, panjang-panjang doanya. Sedangkan Nabi banyak mengajar sahabat untuk berdoa semasa di dalam solat lagi. Boleh dilakukan samada semasa sujud ataupun di dalam tahiyat akhir.

 

أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحيىٰ

“Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan seorang anak lelaki bernama Yahya,

Berita gembira itu adalah Nabi Zakariya akan diberikan dengan seorang anak lelaki yang bernama Yahya (yang hidup). Nama pun Allah telah siap-siap berikan. Nabi Yahya itu tua enam bulan dari Nabi Isa. Namanya berkaitan dengan hidup.

 

مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ

yang akan membenarkan Kalimat dari Allah,

Dia akan membenarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa. ‘Kalimat dari Allah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Isa. Nabi Yahyu juga akan beriman dengan Nabi Isa juga. Tugasnya adalah untuk membantu Nabi Isa dalam dakwah menegakkan Islam.

 

وَسَيِّدًا وَحَصورًا

dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri,

Dia akan menjadi pemimpin. Maksudnya, orang akan kenal dia.

Perkataan حَصورًا bermaksud boleh jaga nafsu dia. Tak berminat langsung kepada wanita. Kalau kita manusia biasa, alim dan warak macam mana pun, kalau ada perempuan yang lalu di hadapan kita, kita akan lihat juga, bukan? Kerana ini adalah naluri seorang lelaki. Tetapi Nabi Yahya tidak pandang pun. Dia pun dikatakan tidak kahwin pun. Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada Nabi Yahya.

 

وَنَبِيًّا مِنَ الصّالِحينَ

dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.

Nabi Zakariya diberitahu yang anaknya itu akan menjadi Nabi. Dan dia akan menjadi anak yang soleh, ketegori Nabi, bukan soleh manusia biasa.


 

Ayat 40: Ini adalah tentang sifat manusia yang gopoh hendak mengetahui. Setelah diberikan dengan berita yang dia sendiri yang minta sebelumnya, terus Nabi Zakariya hendak tahu maklumat lebih lagi. Macam businessman yang masuk tender kerajaan… setelah diberitahu yang mereka memenangi tender itu, tentulah soalan seterusnya yang dia akan tanya adalah: bila boleh dapat Surat Tawaran? Ini adalah sifat normal manusia, Nabi pun ada juga.

قالَ رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي غُلامٌ وَقَد بَلَغَنِيَ الكِبَرُ وَامرَأَتي عاقِرٌ ۖ قالَ كَذٰلِكَ اللَّهُ يَفعَلُ ما يَشاءُ

SAHIH INTERNATIONAL

He said, “My Lord, how will I have a boy when I have reached old age and my wife is barren?” The angel said, “Such is Allah ; He does what He wills.”

MALAY

Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”, Malaikat menjawap: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”.

 

قالَ رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي غُلامٌ

Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, 

Nabi Zakariya hendak tahu alamat yang isteri dia mengandung. Soalan daripada Nabi Zakariya ini bukanlah kerana dia tidak percaya. Jangan kita salah faham pula. Kerana seorang Nabi tentunya sudah yakin dengan Allah. Dia dah percaya kepada janji Allah tapi yang dia nak tahu ‘cara bagaimana’ dia akan dapat anak.

Lihatlah dalam ayat ini, Nabi Zakariya tanya terus dengan Allah. Padahal berita gembira itu disampaikan oleh malaikat. Tapi bila nak tanya, dia tanya terus kepada Allah. Kerana dia tahu, malaikat itu hanya penyampai sahaja, bukan boleh buat lebih dari itu. Begitulah, ini mengajar kita supaya tidak bertawasul dalam berkomunikasi kepada Allah. Kalau doa, doa terus sahaja kepada Allah.

 

وَقَد بَلَغَنِيَ الكِبَرُ وَامرَأَتي عاقِرٌ

padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”,

Baginda hendak tahu bagaimana cara dia akan dapat anak itu. Kerana dia sudah tua – dalam riwayat dikatakan bahawa baginda sudah berumur 120 tahun – memang sangat tua – kalau dalam keadaan normal seorang lelaki, tidak ada harapan untuk dapat anak lagi.

Dan yang lebih pelik lagi, isteri dia pula tidak pernah melahirkan anak – mandul. Jadi, dia tertanya-tanya, bagaimanakah caranya dia akan dapat anak? Adakah dia kena kahwin lain kah kerana isterinya mandul, atau Allah akan menjadikan dia muda dan sihat semula kerana dia dah tua.

 

 قالَ كَذٰلِكَ اللَّهُ يَفعَلُ ما يَشاءُ

Malaikat menjawap: “Dengan keadaan kamu sekarang, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”.

Allah jawap yang anak itu akan dikurniakan kepada baginda dengan keadaan baginda waktu itu. Allah tidak perlu nak tukar isteri baginda, Allah juga tidak perlu nak kena mudakan baginda semula. Allah tidak perlu ikut proses untuk menjadikan sesuatu. Kalau kita manusia, memanglah kena ikut proses adat alam. Allah boleh melakukan semua perkara yang menyalahi adat. Adat kejadian itu pun Allah yang buat.


 

Ayat 41: Ini adalah soalan seterusnya dari Nabi Zakariya. Dia dah suka dah tidak terhingga.

قالَ رَبِّ اجعَل لي آيَةً ۖ قالَ آيَتُكَ أَلّا تُكَلِّمَ النّاسَ ثَلاثَةَ أَيّامٍ إِلّا رَمزًا ۗ وَاذكُر رَبَّكَ كَثيرًا وَسَبِّح بِالعَشِيِّ وَالإِبكارِ

SAHIH INTERNATIONAL

He said, “My Lord, make for me a sign.” He Said, “Your sign is that you will not [be able to] speak to the people for three days except by gesture. And remember your Lord much and exalt [Him with praise] in the evening and the morning.”

MALAY

Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

 

قالَ رَبِّ اجعَل لي آيَةً

Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda

Nabi Zakariya nak tahu pula tanda yang isterinya akan melahirkan anak, atau tanda bila isterinya akan mengandung. Bukanlah baginda gopoh. Tapi dikatakan yang baginda nak tahu supaya selepas dapat tanda itu, dia boleh bersyukur banyak-banyak kepada Allah atas kurniaan yang besar itu. Atau dia minta tanda bilakah isterinya akan mengandung supaya dia boleh buat persiapan sambut anak.

 

قالَ آيَتُكَ أَلّا تُكَلِّمَ النّاسَ ثَلاثَةَ أَيّامٍ إِلّا رَمزًا

Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari melainkan dengan isyarat sahaja; 

Tanda yang isterinya akan mengandung adalah lidah baginda akan jadi kelu selama tiga hari. Baginda hanya boleh berkomunikasi dengan umat baginda pakai isyarat tangan sahaja.

 

وَاذكُر رَبَّكَ كَثيرًا

dan ingatlah kepada Tuhanmu banyak-banyak, 

Allah suruh baginda ingat Allah dalam hati (kerana lidah sudah kelu tidak boleh berkata). Zikir dalam hati pun dikira zikir juga.

 

وَسَبِّح بِالعَشِيِّ وَالإِبكارِ

dan bertasbihlah pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

Dan baginda disuruh bertasbih juga membersihkan nama Allah dari segala sifat syirik dan kekurangan.

العَشِيِّ bermaksud waktu dari waktu Zuhur ke Maghrib

الإِبكارِ pula adalah waktu pagi dari waktu Fajar ke Dhuha. Waktu-waktu ini adalah waktu yang amat molek untuk berzikir dan beribadat kepada Allah.

Ali Imran 31-41


 

Ayat 42: Selepas menceritakan tentang kejadian ajaib yang berlaku kepada Nabi Zakariya, Allah beralih pula kepada kisah Maryam. Nabi Zakariya mendapat anak diusia yang lanjut, itu sudah pelik. Tapi lebih ajaib lagi adalah kisah Maryam dan kelahiran Nabi Isa a.s. tanpa ayah.

Maryam adalah seorang wanita yang mulia dan ditinggikan kedudukannya. Tetapi salah faham tentang kedudukan Maryam telah menyebabkan separuh dari manusia di dunia ini (penganut Kristian) telah kufur dengan menyeru beliau. Allah berfirman memberitahu bahawa beliau adalah manusia biasa sahaja. Memang beliau Seorang yang mulia tapi masih lagi manusia, jadi tidak boleh diseru dan dipuja.

وَإِذ قالَتِ المَلائِكَةُ يا مَريَمُ إِنَّ اللَّهَ اصطَفاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصطَفاكِ عَلىٰ نِساءِ العالَمينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And [mention] when the angels said, “O Mary, indeed Allah has chosen you and purified you and chosen you above the women of the worlds.

MALAY

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

 

وَإِذ قالَتِ المَلائِكَةُ

Dan ingatlah ketika malaikat berkata:

Malaikat bercakap dengan Maryam dengan cara ilham kerana beliau bukan Nabi. Jadi tidaklah malaikat bercakap terus dengan Maryam.

 

يا مَريَمُ إِنَّ اللَّهَ اصطَفاكِ وَطَهَّرَكِ

“Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu,

Allah sendiri telah memilih Maryam menjadi manusia yang beriman dan taat. Allah pilih beliau kerana kesucian yang ada pada Maryam. Allah pilih dia dari dia kecil lagi. Ada orang, apabila dah dewasa baru dipilih, tapi Maryam dari kecil lagi. Ini adalah satu kedudukan yang tinggi sekali.

Allah menyucikan Maryam dari perkara-perkara yang tidak elok dalam hal agama. Beliau dari kecil lagi terpelihara dari melakukan dosa-dosa besar.

 

وَاصطَفاكِ عَلىٰ نِساءِ العالَمينَ

dan telah memilihmu melebihi perempuan-perempuan seluruh alam

Allah pilih Maryam, setelah beliau baligh, menjadi perempuan yang paling mulia pada zamannya. Itu adalah kedudukan yang tinggi.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah yang pilih Maryam menjadi makhluk yang taat. Bukannya Maryam itu salah satu ilah yang boleh dipuja. Inilah kekeliruan yang hendak diperjelaskan oleh Allah.


 

Ayat 43:

يا مَريَمُ اقنُتي لِرَبِّكِ وَاسجُدي وَاركَعي مَعَ الرّاكِعينَ

SAHIH INTERNATIONAL

O Mary, be devoutly obedient to your Lord and prostrate and bow with those who bow [in prayer].”

MALAY

“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

 

يا مَريَمُ اقنُتي لِرَبِّكِ

“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu,

Allah yang pilih Maryam menjadi seorang yang taat kepada Allah. Allah perintah dia jadi taat, iaitu dengan jaga hukum.

 

وَاسجُدي وَاركَعي مَعَ الرّاكِعينَ

dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

Maryam perlu melakukan solat berjemaah bersama dengan orang lain. Kenapa dia kena solat berjemaah? Sebab dia tinggal di masjid, maka kena solat bersama dengan orang lain. Disebut rukuk sebagai isyarat kepada ‘solat’, kerana kalau sebut ‘sujud’, tidak dikira solat lagi kerana sujud itu boleh dilakukan luar solat. Sebagai contoh, sujud syukur dan sujud tilawah boleh dilakukan di luar solat.


 

Ayat 44:

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ الغَيبِ نوحيهِ إِلَيكَ ۚ وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يُلقونَ أَقلامَهُم أَيُّهُم يَكفُلُ مَريَمَ وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يَختَصِمونَ

SAHIH INTERNATIONAL

That is from the news of the unseen which We reveal to you, [O Muhammad]. And you were not with them when they cast their pens as to which of them should be responsible for Mary. Nor were you with them when they disputed.

MALAY

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

 

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ الغَيبِ نوحيهِ إِلَيكَ

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),

Cerita yang manusia tak boleh tahu melainkan Allah beri wahyu. Ini adalah tsabit Nabi Muhammad adalah seorang Nabi. Semua orang pada zaman itu tahu yang Nabi tidak belajar dengan sesiapa. Baginda dikenali tidak pergi kemana-mana pada jangkamasa yang lama. Kalau baginda ada hilang setahun dua, barulah boleh kata baginda belajar dengan orang lain. Tapi sepanjang hidup baginda, baginda ada di Mekah sahaja.

Kisah ini tentunya menyebabkan wakil Najran terkejut kerana maklumat ini tidak ramai yang tahu. Kalau penganut Kristian yang biasa pun tidak tahu kisah-kisah yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad itu. Kerana kisah-kisah sebegini hanya ada pada mereka yang berkedudukan tinggi dalam Kristian.

 

وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يُلقونَ أَقلامَهُم أَيُّهُم يَكفُلُ مَريَمَ

sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam.

Ramai yang berebut nak pelihara Maryam. Sampai kena dibuat undian. Caranya adalah, masing-masing yang mahu memelihara Maryam perlu mencampak qalam (pen) mereka ke dalam air. Ditakdirkan hanya qalam Nabi Zakariya sahaja yang timbul dan tidak hanyut. Ini adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Zakariya.

 

وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يَختَصِمونَ

Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi

Selepas itu mereka berbantah lagi.

Memanglah Nabi Muhammad tidak ada waktu itu tapi baginda boleh beritahu sebab baginda dapat wahyu. Ini hendak menegaskan kepada manusia terutama Kristian Najran itu bahawa memang tsabit baginda adalah seorang Nabi.


 

Ayat 45:

إِذ قالَتِ المَلائِكَةُ يا مَريَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنهُ اسمُهُ المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ وَجيهًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ وَمِنَ المُقَرَّبينَ

SAHIH INTERNATIONAL

[And mention] when the angels said, “O Mary, indeed Allah gives you good tidings of a word from Him, whose name will be the Messiah, Jesus, the son of Mary – distinguished in this world and the Hereafter and among those brought near [to Allah ].

MALAY

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

 

إِذ قالَتِ المَلائِكَةُ

ketika malaikat berkata:

Malaikat masih berkomunikasi dengan Maryam dengan cara ilham.

 

يا مَريَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنهُ اسمُهُ المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ

“Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, 

Malaikat memberitahu kepada Maryam bahawa akan terjadi anak dalam perut Maryam, dengan lafaz kun fayakun. Itulah lafaz ‘Kalimah Allah’ yang dimaksudkan.

Makananya bayi itu akan terjadi dengan lafaz titah dari Allah. Ianya adalah karamah Maryam dan Mukjizat Nabi Isa a.s. Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa.

Nama baginda pun telah siap diberi. Nama ini adalah satu kelainan kerana tidak pernah nama seseorang dibinkan kepada nama emaknya. Kecuali Nabi Isa sahaja. Maka, kalau ada amalan yang menggunakan nama emak, seperti dalam perbomohoan dan pembacaan talqin, kita tidak pasti dari manakah datangnya ajaran pelik itu.

Ayat ini adalah antara ayat yang digunakan oleh orang Kristian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil. Kristian kata, lihatlah dalam Qur’an sendiri mengaku yang Nabi Isa itu adalah ‘Kalam’, dan ‘Kalam’ itu adalah Allah.

Itu adalah pandangan yang sesat. Kalimah yang dimaksudkan adalah kalimah Kun Fayakun. Semua makhluk Allah jadikan dengan Kun Fayakun. Cuma Allah sebut khusus kepada Nabi Isa kerana baginda dijadikan dengan cara lain sedikit, dimana baginda tidak ada bapa. Allah nak beritahu yang sama sahaja semua kejadian, Allah juga yang jadikan. Walaupun nampak manusia lain lahir hasil dari persenyawaan lelaki dan perempuan, tapi sebenarnya Allah juga yang menjadikannya dengan lafaz kun fayakun.

Perkataan al-Masih adalah gelaran khas bagi Nabi Isa. Asalnya dari bahasa Ibrani yang bermaksud ‘diperciki dengan minyak’. The anointed one. Ianya dilakukan kepada raja-raja yang dinobatkan.

Menurut kepercayaan Bani Israil, setelah mangkatnya Raja mereka yang besar, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, akan datang lagi raja mereka yang besar, yang akan mendirikan kembali kerajaan Bani Israil. Raja yang dimaksudkan adalah Nabi Isa, iaitu raja yang memperbaiki jiwa yang rosak. Tetapi pendita Yahudi tidak menerima baginda sampaikan mereka buat tohmahan yang Nabi Isa hendak mengambil alih kerajaan Rom. Oleh kerana mereka tidak menerima Nabi Isa, maka sampai sekarang mereka masih menunggu kedatangan raja itu.

 

وَجيهًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat,

Terkenal lagi dimuliakan di dunia kerana baginda adalah seorang Nabi. Bagindalah Nabi terakhir sehinggalah Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul. Dan baginda akan terkenal kembali nanti apabila baginda turun semula nanti. Perkataan وَجيهًا datang dari perkataan ‘wajah’. Kalau seseorang itu anak haram, tentunya malu nak tunjuk wajah di khalayak ramai. Tapi Nabi Isa bukanlah anak haram, jadi tidak perlu baginda malu dengan kedudukan baginda.

Baginda juga akan terkenal di akhirat kerana baginda adalah salah seorang yang akan beri syafaat kepada orang beriman.

 

وَمِنَ المُقَرَّبينَ

dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan

Baginda adalah antara yang paling hampir dengan Allah. Ini adalah isyarat yang Allah rapatkan baginda secara fizikal iaitu diangkat ke langit. Ini adalah salah satu dalil. Nanti kita akan berikan dalil-dalil yang lain.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar, Hamka

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 003: Ali Imran and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s