Tafsir Surah Baqarah Ayat 270 – 274 (Infak)

Ayat 270:

وَما أَنفَقتُم مِن نَفَقَةٍ أَو نَذَرتُم مِن نَذرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعلَمُهُ ۗ وَما لِلظّالِمينَ مِن أَنصارٍ

SAHIH INTERNATIONAL

And whatever you spend of expenditures or make of vows – indeed, Allah knows of it. And for the wrongdoers there are no helpers.

MALAY

Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

 

وَما أَنفَقتُم مِن نَفَقَةٍ

Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan dari infak

Tidak disebut infak apa dalam ayat ini. Maka ia boleh merujuk kepada infak untuk jalan Allah atau infak kepada maksiat.

 

أَو نَذَرتُم مِن نَذرٍ

atau apa sahaja yang kamu nazarkan

Nazar disebut dalam ayat ini kerana nazar pun adik beradik infak juga. Samada nazar pada jalan Allah atau ke jalan maksiat.

Nazar adalah satu janji untuk melakukan sesuatu jikalau sesuatu terjadi. Sebagai contoh, kita bernazar untuk infak kepada sekolah agama kalau anak kita dapat keputusan yang baik. Maknanya kita dah janji, tapi masih tidak buat lagi.

 

فَإِنَّ اللَّهَ يَعلَمُهُ

sesungguhnya Allah mengetahuiNya

Allah nak beritahu yang apa sahaja yang kita infakkan untuk kebaikan, Allah tahu, maka tak payah sibuk beritahu kepada orang. Kerana kita harap pahala dari Allah sahaja.

Allah nak ingatkan yang kalau kita infak atau nazar kepada keburukan, pun Allah tahu juga.

 

وَما لِلظّالِمينَ مِن أَنصارٍ

orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

Allah nak ingatkan yang kalau sesiapa infak kepada perkara keburukan, Allah akan beri balasan azab dan tidak akan ada sesiapa yang dapat menyelamatkan dia.


 

Ayat 271: Kadang-kadang kerana tuntutan semasa, kita kena zahirkan sedekah kita. Terutama kalau zakat wajib. Supaya orang kaya lain pun ikut keluarkan zakat sebab ikut kita. Sampai ulama kata sunat untuk menzahirkan zakat wajib. Tetapi jika sedekah sunat, disunatkan untuk merahsiakannya untuk menjaga keikhlasan. Kerana takut ada timbul suka dalam hati kita kalau ada orang nampak.

إِن تُبدُوا الصَّدَقاتِ فَنِعِمّا هِيَ ۖ وَإِن تُخفوها وَتُؤتوهَا الفُقَراءَ فَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِن سَيِّئَاتِكُم ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

SAHIH INTERNATIONAL

If you disclose your charitable expenditures, they are good; but if you conceal them and give them to the poor, it is better for you, and He will remove from you some of your misdeeds [thereby]. And Allah , with what you do, is [fully] acquainted.

MALAY

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

 

إِن تُبدُوا الصَّدَقاتِ فَنِعِمّا هِيَ

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik

Boleh untuk kita zahirkan sedekah kita. Kadang-kadang itu adalah sebaik-baik cara. Tapi kena tengok keadaan. Kadang-kadang ada suasana yang apabila kita mula keluarkan sedekah, orang lain ada ikut. Ada satu hadis bagaimana semasa Nabi di dalam satu majlis dengan para sahabat, telah datang seorang peminta sedekah. Nabi suruh mereka membantu peminta sedekah itu. Tapi tidak ada sesiapa pun yang bangun membantu pada mulanya. Tetapi seorang sahabat telah bangun dan memberi sedekah kepada lelaki itu. Melihat perbuatan sahabat yang pertama itu, para sahabat yang lain pun mulai bangun dan memberi sedekah kepada lelaki itu.

 

وَإِن تُخفوها وَتُؤتوهَا الفُقَراءَ فَهُوَ خَيرٌ لَكُم

Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu;

Tetapi kalau kita sembunyikan sedekah itu dan berikan pada tempat yang betul, itu lebih baik.

Memberi pada tempat yang betul adalah lebih baik. Ini penting kerana kadang-kadang manusia beri kepada tempat tak kena. Maka, kita bukan sahaja kena sedekah, tetapi kena pandai memilih tempat pemberian yang sesuai.

 

وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِن سَيِّئَاتِكُم

dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.

Berkat dari amalan infak, Allah akan tutup dosa-dosa kita. Allah sebut dalam ayat ini, ‘sebahagian’ dari dosa-dosa kita. Maknanya, bukan semua dosa akan ditutup. Kalau dosa kecil, Allah ampunkan terus. Kalau dosa besar, Allah akan gerakkan hati kita untuk bertaubat. Ini adalah kerana perkataan من maksudnya ‘sebahagian’ dan bukan semua. Dosa-dosa yang besar hendaklah kita minta ampun.

 

وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Samada kita beri secara zahir atau kita sembunyikan sedekah kita itu, Allah tahu. Maka janganlah kita risau samada Allah balas atau tidak.


 

Ayat 272: 

۞ لَيسَ عَلَيكَ هُداهُم وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَهدي مَن يَشاءُ ۗ وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَلِأَنفُسِكُم ۚ وَما تُنفِقونَ إِلَّا ابتِغاءَ وَجهِ اللَّهِ ۚ وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ يُوَفَّ إِلَيكُم وَأَنتُم لا تُظلَمونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Not upon you, [O Muhammad], is [responsibility for] their guidance, but Allah guides whom He wills. And whatever good you [believers] spend is for yourselves, and you do not spend except seeking the countenance of Allah . And whatever you spend of good – it will be fully repaid to you, and you will not be wronged.

MALAY

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

 

لَيسَ عَلَيكَ هُداهُم

Tidaklah ke atas engkau memberi hidayah kepada mereka

Tak boleh berhenti dari buat baik kalau apa yang kita hendak tidak menjadi. Contohnya, mungkin kita tolong orang supaya dia ikut kita belajar, tapi dia tetap tak mahu nak datang. Janganlah kita sampai berhenti dari menolong dia.

Kerana beri hidayah bukan atas kita. Zaman Nabi pun jadi macam itu. Sahabat ada tolong keluarga mereka yang kafir tapi mereka tak mahu juga masuk Islam. Mereka dah tak mahu nak tolong. Jadi Allah tegur perbuatan mereka itu.

 

 وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَهدي مَن يَشاءُ

akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya 

Kita hanya boleh sampaikan dakwah sahaja. Allah sahaja yang boleh beri hidayah. Jadi jangan rasa bersalah kalau orang yang kita dakwah itu tidak mahu menerima dakwah itu. Kerana hidayah dan iman di dalam tangan Allah.

 

وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَلِأَنفُسِكُم

Dan apa jua harta yang halal yang kamu infakkan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri

Jangan berhenti dari infak. Kerana kalau mereka masih tidak mahu beriman, tidak mahu datang belajar agama, kita masih juga dapat pahala infak itu.

 

وَما تُنفِقونَ إِلَّا ابتِغاءَ وَجهِ اللَّهِ

dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah

Hendaklah kita infak kerana mencari redha Allah.

Ini adalah ayat arahan dari Allah walaupun ianya dalam jumlah khabar. Nampaknya macam ayat beritahu, tapi sebenarnya ia adalah ayat suruhan. Macam kita cakap kepada anak-anak kita: “ingat yer… Keluarga kita tidak ada kurang ajar dengan orang tua…” Ayat itu macam ayat beritahu, tapi sebenarnya ia adalah ayat suruhan dan ingatan.

 

وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ يُوَفَّ إِلَيكُم

dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu

Nescaya infak kita itu akan dibalas dengan baik di akhirat. Pahala infak tetap akan dapat. Ini adalah janji dari Allah. Kalau Allah yang janji, tentu Allah akan tepati.

 

وَأَنتُم لا تُظلَمونَ

dan kamu tidak akan dizalimi

Maksudnya tidak kurang pahala Allah beri. Malah Allah beri berlebih lagi.

Contoh Allah beri lebih lagi kepada kita: Kadang-kadang kita nak beri kepada orang lain supaya ikut kita belajar, tapi kadang-kadang Allah beri orang lain yang ikut. Maknanya Allah ganti dengan orang lain. Maka, yang kita infak itu, kita dapat pahala infak walaupun dia tidak ikut belajar. Dan yang ikut belajar itu pun kita dapat pahala dakwah pula.


 

Ayat 273: Allah ajar kita untuk memilih tempat infak dengan terbaik. Infak yang elok adalah kepada fakir miskin seperti yang telah disebut. Tapi yang terbaik adalah kepada fakir miskin yang sedang menegakkan agama Allah.

لِلفُقَراءِ الَّذينَ أُحصِروا في سَبيلِ اللَّهِ لا يَستَطيعونَ ضَربًا فِي الأَرضِ يَحسَبُهُمُ الجاهِلُ أَغنِياءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعرِفُهُم بِسيماهُم لا يَسأَلونَ النّاسَ إِلحافًا ۗ وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

[Charity is] for the poor who have been restricted for the cause of Allah , unable to move about in the land. An ignorant [person] would think them self-sufficient because of their restraint, but you will know them by their [characteristic] sign. They do not ask people persistently [or at all]. And whatever you spend of good – indeed, Allah is Knowing of it.

MALAY

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

 

لِلفُقَراءِ الَّذينَ أُحصِروا في سَبيلِ اللَّهِ

bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya pada jalan Allah

Infak terbaik yang boleh kita berikan adalah kepada fakir miskin yang terikat mereka itu di jalan Allah. Sebab fakir miskin ada juga yang tidak baik, tidak beriman dan mungkin jadi fakir sebab mereka malas bekerja sahaja. Tapi ada fakir miskin yang mengajar, berdakwah dan kerja-kerja lain dalam agama. Mereka terikat di jalan Allah sampai tidak ada masa cari harta. Mungkin mereka telah mewakafkan diri mereka untuk mengajar Quran kepada masyarakat.

Infak kepada mereka seperti ini adalah yang terbaik.

 

لا يَستَطيعونَ ضَربًا فِي الأَرضِ

yang tidak berupaya mengembara di muka bumi untuk mencari rezeki

Mereka tidak sempat ke sana sini untuk mencari rezeki kerana sibuk mengajar. Mereka perlu dibantu kerana kalau mereka sibuk cari pendapatan, mereka akan kurang kerja pada agama. Mereka bukan malas bekerja, tapi mereka rasa tugas mereka mengajar atau berdakwah itu lebih penting lagi untuk kepentingan masyarakat.

 

يَحسَبُهُمُ الجاهِلُ أَغنِياءَ مِنَ التَّعَفُّفِ

orang-orang yang jahil menyangka mereka itu kaya kerana kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

Orang yang jahil agama sangka mereka itu kaya raya sebab mereka tidak meminta-minta. Yang jahil sangka, orang yang susah, tentulah minta tolong, bukan? Tapi mereka tak minta dengan orang, tetapi mereka akan berdoa kepada Allah. Allah akan bantu mereka kerana Allah dah janji nak beri jalan keluar kepada orang yang bertaqwa.

Lihatlah bagaimana Allah panggil orang itu jahil kerana tak tahu.

 

تَعرِفُهُم بِسيماهُم

Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat mereka 

Kamu yang mengaji agama akan kenal mereka dengan melihat cara hidup mereka. Kena sensitif lah sedikit dengan perhati memek muka mereka, pakaian mereka, cara mereka bercakap yang mungkin mereka sebut keperluan mereka dengan berhalus.

 

لا يَسأَلونَ النّاسَ إِلحافًا

mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. 

Mereka tidak meminta kepada manusia dengan cara sungguh-sungguh. Tidak dengan cara yang memalukan. Mereka tidak malukan diri mereka dengan minta dengan cara yang kuat. Mungkin mereka beri isyarat sahaja. Dan kalau dia nampak kita macam berat nak beri, dia dengan segera kata sebenarnya dia tidak perlukan. Mereka yang jahil, akan rasa kalau dia tidak minta bersungguh-sungguh, tentulah dia tidak perlu mana. Tapi Allah dah beritahu sifat mereka – mereka tidak mendesak.

 

وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ

Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Allah beri lagi motivasi kepada kita untuk infak dan sedekah. Entah berapa kali Allah dah beritahu.


 

Ayat 274:

الَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُم بِاللَّيلِ وَالنَّهارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُم أَجرُهُم عِندَ رَبِّهِم وَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Those who spend their wealth [in Allah ‘s way] by night and by day, secretly and publicly – they will have their reward with their Lord. And no fear will there be concerning them, nor will they grieve.

MALAY

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

 

الَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُم بِاللَّيلِ وَالنَّهارِ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, 

Maksud siang dan malam itu adalah ‘sentiasa’. Ini mengajar kita bahawa infak itu perlu dilakukan berterusan. Setiap masa dan bukan waktu-waktu tertentu sahaja. Bila ada peluang sahaja, kita jalankan tugas infak kita. Mata kita sentiasa mencari peluang untuk menolong orang lain.

 

سِرًّا وَعَلانِيَةً

dengan cara sulit atau terbuka, 

Kadang-kadang secara senyap dan kadang-kadang infak di depan orang. Maknanya bila ada peluang sahaja.

 

فَلَهُم أَجرُهُم عِندَ رَبِّهِم

mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, 

Allah jadikan pahala dari sisiNya.

 

وَلا خَوفٌ عَلَيهِم

dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka,

Mereka tidak perlu ditakuti lagi nasib mereka di akhirat kerana mereka telah banyak bekal.

 

وَلا هُم يَحزَنونَ

serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka tidak berdukacita semasa meninggalkan dunia kerana mereka akan pergi ke tempat yang lebih baik.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Doakan isteri saya yang sedang berada di hospital kerana menghadapi sakit yang berpanjangan. Semoga Allah permudahkan.


 

Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan.

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s