Tafsir Surah Baqarah Ayat 265 – 269

Ayat 265: Masih lagi membicarakan tentang syarat-syarat dalam mengeluarkan infak.

وَمَثَلُ الَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُمُ ابتِغاءَ مَرضاتِ اللَّهِ وَتَثبيتًا مِن أَنفُسِهِم كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبوَةٍ أَصابَها وابِلٌ فَآتَت أُكُلَها ضِعفَينِ فَإِن لَم يُصِبها وابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

SAHIH INTERNATIONAL

And the example of those who spend their wealth seeking means to the approval of Allah and assuring [reward for] themselves is like a garden on high ground which is hit by a downpour – so it yields its fruits in double. And [even] if it is not hit by a downpour, then a drizzle [is sufficient]. And Allah , of what you do, is Seeing.

MALAY

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

 

وَمَثَلُ الَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُمُ ابتِغاءَ مَرضاتِ اللَّهِ

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah

Allah hendak memberitahu perumpamaan mereka yang infak itu. Dari ayat ini, kita tahu yang infak itu mesti kerana hendak mencari redha ilahi. Maksudnya tujuan infak itu antara lain adalah untuk menggembirakan Allah. Oleh itu, niat semasa mengeluarkan infak itu kenalah betul. Ianya mesti ikhlas kerana Allah. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan niat-niat lain yang salah.

 

وَتَثبيتًا مِن أَنفُسِهِم

dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, 

Infak itu boleh meneguhkan hati. Orang yang mengeluarkan infak itu adalah kerana mereka yakin yang akhirat itu ada. Dan mereka yakin yang infak mereka itu akan dapat balasannya di akhirat kelak. Jadi kena latih diri kita untuk dapat keyakinan ini Mungkin pada awalnya, kita tidak dapat rasa begitu. Tapi lama kelamaan, kita terus infak, perasaan itu akan datang.

Apabila kita yakin yang kita akan dapat balasan di akhirat kelak, maka kesannya, kita akan rasa senang hati untuk mengeluarkan infak. Oleh itu, kesimpulannya, kita keluarkan infak itu supaya hati teguh dengan agama.

 

كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبوَةٍ أَصابَها وابِلٌ

adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat,

Perumpamaan yang Allah beri: bayangkan satu tanah kebun yang berada di kawasan tanah tinggi. Apabila ia tinggi, ia tidak ditenggelami air. Ianya adalah tanah yang subur, dan Allah beri pula hujan lebat yang akan menyuburkan tanah itu lagi. Tanah tinggi yang tidak kontang dan sentiasa dilimpahkan dengan hujan lebat memang menjadi tanah yang sangat subur.

Allah berikan perumpamaan dalam bentuk visual supaya kita dapat bayangkan

Allah berikan perumpamaan dalam bentuk visual supaya kita dapat bayangkan

 

فَآتَت أُكُلَها ضِعفَينِ

lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda

Akan keluarkan hasil yang berganda. Kerana tanahnya subur dan dapat air hujan yang banyak pula.

 

فَإِن لَم يُصِبها وابِلٌ فَطَلٌّ

Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun cukup

Kalau tak dapat hujan lebat pun, cukup dengan hujan renyai-renyai kerana tanah sudah subur pun.  Maknanya kalau amalan dibuat kerana Allah dan gembira melakukannya, buat sikit pun sudah dapat pahala yang banyak dan kalau buat banyak, lebih-lebih lagi.

 

وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Ayat ini diakhiri dengan lafaz

بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Kadang-kadang kita tengok ada perubahan susunan ayat ini. Kadang-kadang Allah dulukan lafaz بَصِيرٌ sebelum lafaz تَعْمَلُونَ. Apabila kita kaji, kita nampak apabila ayat itu berkenaan dengan amal perbuatan manusia, potongan ayat itu akan dimulai dengan perkataan تَعْمَلُونَ (yang kamu perbuat) kerana perbuatan itu adalah amalan fizikal. Macam ayat ini, ianya adalah tentang infak, dan infak adalah perbuatan fizikal, maka dimulai dengan perkataan تَعْمَلُونَ.

Tetapi jikalau ayat itu adalah tentang amalan hati, Allah akan mulakan dengan perkataan بَصِيرٌ sebelum تَعْمَلُونَ kerana Allah hendak memberitahu bahawa Dia nampak apakah niat hati kita dahulu. Ma sha Allah…. Senang bila tahu untuk kita hafal Qur’an. Sebab kadang-kadang bertukar dan kalau tak tahu formula ini, kalau sedang membaca Quran dari hafalan, ada masa akan tersangkut kerana kita terlupa susunan. Dengan tahu formula ini, kalau ayat itu sedang memperkatakan amalan fizikal, maka kita tahu susunannya seperti susunan dalam ayat ini.


 

Ayat 266: Ini pula keterbalikan dari orang sebelum ini. Allah hendak menceritakan jenis orang yang tidak ada ikhlas.

أَيَوَدُّ أَحَدُكُم أَن تَكونَ لَهُ جَنَّةٌ مِن نَخيلٍ وَأَعنابٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ لَهُ فيها مِن كُلِّ الثَّمَراتِ وَأَصابَهُ الكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفاءُ فَأَصابَها إِعصارٌ فيهِ نارٌ فَاحتَرَقَت ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآياتِ لَعَلَّكُم تَتَفَكَّرونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Would one of you like to have a garden of palm trees and grapevines underneath which rivers flow in which he has from every fruit? But he is afflicted with old age and has weak offspring, and it is hit by a whirlwind containing fire and is burned. Thus does Allah make clear to you [His] verses that you might give thought.

MALAY

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

 

أَيَوَدُّ أَحَدُكُم أَن تَكونَ لَهُ جَنَّةٌ مِن نَخيلٍ وَأَعنابٍ

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur,

Allah beri perumpamaan. Seorang yang ada kebun kurma dan anggur. Kalau sebut kebun tamar, itu biasa sahaja kerana tamar adalah makanan ruji mereka; tapi apabila disebut kebun anggur, itu dikira sebagai hebat. Allah suruh kita bayangkan seorang lelaki yang ada kebun yang ada tamar dan anggur.

 

تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ

yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

Kebun itu ada anak sungai pula yang boleh beri air kepada kebun itu. Ini adalah sesuatu yang amat hebat kerana ayat ini mula diturunkan di Tanah Arab yang bukan mudah untuk mendapatkan air. Tapi kebun yang disebut dalam ayat ini ada sistem pengairannya yang tersendiri.

 

لَهُ فيها مِن كُلِّ الثَّمَراتِ

ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan,

Selain kurma dan anggur, ada pula tanaman buah-buahan lain. Itu adalah tanaman sampingan yang boleh tambah pendapatan kepada tuan punya kebun itu. Jadi, secara ringkasnya, hebatlah kebun itu.

Itulah perumpamaan kepada infak yang kita telah keluarkan. Ianya adalah sesuatu yang amat hebat, yang akan memberi hasil kepada kita di masa kita tua nanti.

 

وَأَصابَهُ الكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفاءُ

sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil,

Sekarang bayangkan apabila telah sampai masa tuanya, dan dia ada anak tapi mereka masih lagi kecil-kecil. Dia dah lama usaha kebunnya itu. Sekarang dia dah tua dan anak anaknya tak dapat diharapkan lagi kerana masih kecil. Dia amat mengharapkan hasil dari kebunnya itu untuk kelangsungan hidupnya. Tetapi apa yang terjadi?

 

فَأَصابَها إِعصارٌ فيهِ نارٌ فَاحتَرَقَت

lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia?

Tiba-tiba ditimpa taufan. Ianya adalah angin kuat yang ada api. Dipanggil Taufan Belati. Habis semuanya. Dia pula dah tua dan tidak mampu nak bercucuk tanam lagi macam masa dia muda-muda dahulu. Ingat nak makan hasil kebun dia, tapi habis semuanya. Begitulah perumpamaan keadaan pahala infaknya di akhirat nanti. Segala infaknya di dunia itu tidak ada nilai, kerana sudah batal.

Ayat ini juga sebagai isyarat bahawa kalau harta dunia tidak pasti akan kekal selama-lamanya, tapi infak kita akan kekal di akhirat. Maka jangan harap sangat kepada harta dunia.

 

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآياتِ لَعَلَّكُم تَتَفَكَّرونَ

Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir

Allah beri contoh bandingan yang mudah difahami dan mudah dibayang-bayang supaya manusia boleh faham. Semoga manusia boleh berfikir apakah jenis infak yang Allah hendak dari kita.

Baqarah 261-266


 

Ayat 267:

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا أَنفِقوا مِن طَيِّباتِ ما كَسَبتُم وَمِمّا أَخرَجنا لَكُم مِنَ الأَرضِ ۖ وَلا تَيَمَّمُوا الخَبيثَ مِنهُ تُنفِقونَ وَلَستُم بِآخِذيهِ إِلّا أَن تُغمِضوا فيهِ ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَميدٌ

SAHIH INTERNATIONAL

O you who have believed, spend from the good things which you have earned and from that which We have produced for you from the earth. And do not aim toward the defective therefrom, spending [from that] while you would not take it [yourself] except with closed eyes. And know that Allah is Free of need and Praiseworthy.

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا

Wahai orang-orang yang beriman!

Dengarlah wahai orang-orang yang beriman.

 

 أَنفِقوا مِن طَيِّباتِ ما كَسَبتُم

Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, 

Ini syarat yang kena ada. Barang yang kita infak itu mestilah barang yang baik-baik. Barang yang boleh digunakan. Boleh dipakai lagi. Boleh digunakan oleh orang yang diberi. Sesuai dengan orang yang diberi. Jangan beri baju perempuan kepada orang lelaki, contohnya.

Jangan berikan benda dari harta yang haram, contohnya hartanya yang didapati dengan cara yang haram. Malangnya, dalam masyarakat, ada yang dapatkan harta dengan cara haram dan konon nak bersihkan harta itu, mereka derma sedikit. Ada juga orang Islam di negara lain yang jual arak, selamba sahaja dan sekali sekala mereka akan derma dan sedekah kepada masjid. Sepatutnya tidak boleh diterima infak itu kalau kita tahu dari mana sumbernya.

 

وَمِمّا أَخرَجنا لَكُم مِنَ الأَرضِ

dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

Berikanlah dari sumber rezeki yang Allah sendiri yang telah beri kepada kita.

 

وَلا تَيَمَّمُوا الخَبيثَ مِنهُ تُنفِقونَ

Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu infakkan

Jangan sengaja memilih yang buruk dari barang yang hendak diberi itu. Contohnya, sengaja pilih kambing yang buruk-buruk dari banyak-banyak kambing. Atau baju yang buruk-buruk yang kita memang nak buang pun, yang tak boleh nak pakai lagi.

 

وَلَستُم بِآخِذيهِ إِلّا أَن تُغمِضوا فيهِ

padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu, kecuali dengan memejamkan mata padanya.

Pejam mata kerana malu kepada pemberi. Sebab orang dah beri, ambil jugalah. Itulah maksudnya. Maknanya, buruk sangat benda yang diberikan itu.

Atau, barang itu kalau diberikan kepada kita pun, kita tak mahu nak terima, tapi ambil sahaja sebab orang dah beri.

 

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَميدٌ

Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Allah Maha Kaya dan tidak perlukan infak kita itu, bukan Allah nak pakai pun. Allah suruh infak itu bukan kerana Dia yang mahu. Tapi Allah nak beri peluang kepada kita untuk buat dan kumpul pahala.

Allah dah sempurna dan tidak perlukan ibadat kita. Kalau kita tak buat amal ibadah pun Allah tetap mulia. Allah beri peluang kepada kita untuk infak untuk kebaikan kita sebenarnya. Maka, ambillah peluang itu.


 

Ayat 268: Ayat ini memberitahu kita, kalau tidak infak, termasuk dalam golongan syaitan.

الشَّيطانُ يَعِدُكُمُ الفَقرَ وَيَأمُرُكُم بِالفَحشاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَغفِرَةً مِنهُ وَفَضلًا ۗ وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

Satan threatens you with poverty and orders you to immorality, while Allah promises you forgiveness from Him and bounty. And Allah is all-Encompassing and Knowing.

MALAY

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

 

الشَّيطانُ يَعِدُكُمُ الفَقرَ

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan

Syaitan bisik kepada kita, kalau kita beri sedekah, infak, derma, nanti duit kita akan habis.

 

وَيَأمُرُكُم بِالفَحشاءِ

dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji

Syaitan hanya menyuruh kepada melakukan perbuatan dosa dan perkara yang memalukan. Dalam ayat ini bermaksud ‘kedekut’ kerana itu adalah sifat yang memalukan. Kerana ia suatu sifat yang tidak patut ada pada orang yang baik. Satu dunia tahu yang kedekut adalah sifat yang buruk, hatta orang kafir pun tahu.

Lihatlah dalam ayat ini, disebut syaitan ‘menyuruh’, maknanya memberi arahan kepada manusia. Maknanya, Syaitan dah beri arahan. Mula-mula dia hanya boleh bisikkan sahaja. Tetapi sebab dah selalu ikut, dia boleh arah terus.

 

وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَغفِرَةً مِنهُ

sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya

Allah beri keampunan kepada kita apabila kita infak. Kita tentunya banyak dosa, maka infak itu dapat membersihkan dosa-dosa kita.

 

وَفَضلًا

serta kelebihan kurniaNya.

Maksudnya, Allah akan beri taufik kepada kita untuk mengerjakan amal ibadat. Taufik adalah kekuatan untuk melakukan perkara yang Allah suruh. Kadang-kadang ada manusia yang hidayah sudah sampai kepada dia – dia tahu dia kena buat amal ibadat, tapi dia tidak buat kerana dia tidak dapat taufik.

 

وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Allah akan balas dengan beri tambahan ganjaran di akhirat. Dia Maha Tahu siapakah yang beri infak dan Dia akan balas infak itu dengan pahala yang lebih baik dari infak yang kita beri itu. Allah boleh beri ganjaran yang berganda-ganda kerana rahmatNya amat luas.


 

Ayat 269:

يُؤتِي الحِكمَةَ مَن يَشاءُ ۚ وَمَن يُؤتَ الحِكمَةَ فَقَد أوتِيَ خَيرًا كَثيرًا ۗ وَما يَذَّكَّرُ إِلّا أُولُو الأَلبابِ

SAHIH INTERNATIONAL

He gives wisdom to whom He wills, and whoever has been given wisdom has certainly been given much good. And none will remember except those of understanding.

MALAY

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

يُؤتِي الحِكمَةَ مَن يَشاءُ

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya

Orang yang infak akan diberi kefahaman agama yang benar. Antara yang diberi adalah kefahaman yang betul tentang infak. Iaitu kita faham kenapa kita kena infak. Ini amat penting kerana ramai yang tidak tahu apakah kelebihan dan kepentingan infak dalam Islam. Ini adalah kerana mereka tidak belajar. Apabila tidak belajar, mereka akan terhasut dengan bisikan syaitan yang menjanjikan kemiskinan kepada mereka kalau mereka infak.

Hikmah adalah pengetahuan ilmu yang bermanfaat yang diamalkan. Kalau setakat tahu ilmu sahaja tapi tidak buat, itu bukan hikmah, itu setakat ilmu sahaja. Sebagai contoh, banyak orang sudah tahu mereka tidak patut membazir tapi bila dapat gaji, membazir juga. Apabila gaji mereka bazirkan, maka mereka sudah tidak ada duit nak infak sebab sudah dihabiskan ke tempat yang tidak berfaedah.

 

وَمَن يُؤتَ الحِكمَةَ فَقَد أوتِيَ خَيرًا كَثيرًا

Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. 

Amat beruntung sekali mereka yang diberikan dengan hikmah itu. Oleh kerana mereka dapat kefahaman yang betul, maka mereka akan infak dengan banyak dan hasilnya, mereka akan jadi kaya raya di akhirat.

 

وَما يَذَّكَّرُ إِلّا أُولُو الأَلبابِ

Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Maksud ulul albab adalah orang yang sempurna akalnya. Allah selalu sebut perkataan ulul albab ini dalam Quran. Ia bermaksud orang yang bijak. Surah Ali Imran akan menjelaskan siapakah mereka. Kita pun boleh jadi ulul albab kalau kita tahu dan kita berusaha untuk mencapai darjat itu. Janganlah kita sangka yang ianya adalah kedudukan yang tidak boleh dicapai.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s