Tafsir Surah Baqarah Ayat 249 – 252 (Talut dan Jalut)

Ayat 249: Kita masih lagi pada kisah Talut dan Jalut. Talut diberikan kepandaian dan kemahiran untuk melatih tenteranya. Memang tentara itu kena dilatih supaya seorang ketua itu tahu yang dia sedang bawa tentera yang terlatih.

فَلَمّا فَصَلَ طالوتُ بِالجُنودِ قالَ إِنَّ اللَّهَ مُبتَليكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنهُ فَلَيسَ مِنّي وَمَن لَم يَطعَمهُ فَإِنَّهُ مِنّي إِلّا مَنِ اغتَرَفَ غُرفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبوا مِنهُ إِلّا قَليلًا مِنهُم ۚ فَلَمّا جاوَزَهُ هُوَ وَالَّذينَ آمَنوا مَعَهُ قالوا لا طاقَةَ لَنَا اليَومَ بِجالوتَ وَجُنودِهِ ۚ قالَ الَّذينَ يَظُنّونَ أَنَّهُم مُلاقُو اللَّهِ كَم مِن فِئَةٍ قَليلَةٍ غَلَبَت فِئَةً كَثيرَةً بِإِذنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصّابِرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And when Saul went forth with the soldiers, he said, “Indeed, Allah will be testing you with a river. So whoever drinks from it is not of me, and whoever does not taste it is indeed of me, excepting one who takes [from it] in the hollow of his hand.” But they drank from it, except a [very] few of them. Then when he had crossed it along with those who believed with him, they said, “There is no power for us today against Goliath and his soldiers.” But those who were certain that they would meet Allah said, “How many a small company has overcome a large company by permission of Allah . And Allah is with the patient.”

MALAY

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

فَلَمّا فَصَلَ طالوتُ بِالجُنودِ

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya,

Salah satu benda yang dia uji tenteranya adalah ketaatan kepada ketua. Kerana ketaatan adalah amat penting dalam peperangan. Kalau tidak ada ketaatan, tentera itu akan lemah, tidak kira samada mereka dalam bilangan yang sedikit atau banyak. Dalilnya kita boleh lihat dalam kisah peperangan Uhud. Waktu itu, kemenangan yang hampir dapat boleh berubah menjadi kekalahan kerana ketaatan telah hilang. Maka Allah menceritakan bagaimana Talut melatih tenteranya jadi taat.

Waktu itu Talut membawa tenteranya untuk berperang dengan golongan Amaliqah yang berada di BaitulMaqdis waktu itu.

 

قالَ إِنَّ اللَّهَ مُبتَليكُم بِنَهَرٍ

berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai,

Allah uji tentera itu dengan sungai. Mereka akan lalu sungai itu tapi arahan yang dikeluarkan, tak boleh minum walau dahaga macam mana pun. Bayangkan mereka waktu itu dah berjalan jauh, dalam kepenatan dan dahaga yang amat sangat, tapi tak boleh minum. Jiwa tentunya bergelora nak minum tapi arahan yang diberikan jangan minum. Ini adalah ujian untuk lihat siapa yang taat.

 

فَمَن شَرِبَ مِنهُ فَلَيسَ مِنّي

oleh itu sesiapa yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, 

Sesiapa yang minum juga, maka tidak boleh lagi jadi tentera Talut. Maknanya, mereka yang minum telah tidak mengikut arahan dan tidak taat kepada ketua. Mereka dikira gagal dalam ujian itu.

 

وَمَن لَم يَطعَمهُ فَإِنَّهُ مِنّي

dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku,

Boleh terus jadi tentera Talut kalau taat kepada beliau.

 

إِلّا مَنِ اغتَرَفَ غُرفَةً بِيَدِهِ

kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”.

Yang tidak minum langsung adalah jenis komando. Tapi kalau jenis askar yang biasa, bolehlah kalau nak minum sekadar seraup tapak tangan sahaja. Tak boleh lebih dari itu. Masih lagi dikira sebagai tentera Talut juga.

 

 فَشَرِبوا مِنهُ إِلّا قَليلًا مِنهُم

mereka meminum juga dari sungai itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. 

Ramai yang minum dengan banyak, kecuali sedikit sahaja yang mengikut arahan. Bahasa yang digunakan menunjukkan sikit sangat yang tidak minum. Mereka tidak tahan melawan nafsu yang amat dahaga, maka mereka terus minum.

 

فَلَمّا جاوَزَهُ هُوَ وَالَّذينَ آمَنوا مَعَهُ

Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, 

Kisah ini terus melompat ke bahagian mereka sudah di lapangan peperangan setelah menyeberangi sungai itu.

 

قالوا لا طاقَةَ لَنَا اليَومَ بِجالوتَ وَجُنودِهِ

berkatalah mereka: “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”.

  1. Mereka yang minum dengan banyak itu berkata yang mereka tidak ada kemampuan untuk berperang dengan tentera Jalut. Apabila mereka melihat banyaknya bilangan tentera Jalut, mereka dah takut dah.

Dalam riwayat, dikatakan yang tentera Jalut sebanyak 90,000 dan ada riwayat lain kata sebanyak 300,000. Sedangkan tentera Talut itu seramai 313 orang sahaja. Tentera mereka yang asalnya 80,000 jadi sikit kerana dah kena tapis sampai tinggal 313 orang sahaja. Kalau kita ambil bilangan tentera Jalut sebanyak 90,000, tentunya bukan senang nak lawan 90,000 dengan bilangan sebanyak 313 orang itu. Begitulah Allah nak tunjuk bagaimana selalunya kisah tentera Islam selalunya melawan tentera yang lebih ramai tapi menang. Kerana Allah nak tunjuk bagaimana Dia tolong hambaNya yang taat. Allah nak kita mula pergi perang sahaja, dan apabila kita taat, Dia akan beri kemenangan. Memang kalau fikirkan logik, tak nampak macam mana cara boleh menang, tapi Allah nak tunjukkan QudratNya.

2. Satu lagi tafsir, yang berkata itu adalah mereka yang minum sekadar seraup tangan itu. Yang dah minum banyak itu memang sudah tiada dah sebab dah kena balik kampung. Maka yang berkata adalah yang minum seraup tangan itu, iaitu mereka yang lemah sikit dari mereka yang tidak minum langsung.

 

قالَ الَّذينَ يَظُنّونَ أَنَّهُم مُلاقُو اللَّهِ

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: 

Yang berkata itu adalah mereka yang benar-benar yakin akan bantuan dari Allah. Mereka yakin akan bertemu dengan Allah. Mereka tahu yang mereka akhirnya akan menemui Allah juga akhirnya, tapi mati dalam jihad lebih mulia. Allah dah janjikan kemenangan kepada mereka, maka mereka yakin akan kemenangan itu. Dan kalau mereka mati di medan pertempuran, mereka akan mati syahid. Jadi, apa-apa pun, mereka akan menang.

Allah bawakan kisah ini kepada para sahabat yang tidak lama lagi akan berdepan dengan tentera Musyrikin Mekah yang lebih ramai dari mereka dalam Perang Badr. Allah nak beri semangat kepada mereka bahawa walaupun nanti mereka berhadapan dengan musuh yang lebih ramai, mereka tetap boleh menang walaupun mereka sedikit. Kerana mereka akan dibantu oleh Allah.

 

كَم مِن فِئَةٍ قَليلَةٍ غَلَبَت فِئَةً كَثيرَةً بِإِذنِ اللَّهِ ۗ

“Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah;

Mereka kata kemenangan itu adalah dengan keizinan Allah. Bukan dengan ramainya tentera. Hanya mereka yang benar-benar yakin sahaja akan kata begini. Tapi kalau yang berkata itu tidak yakin, tiada makna. Kalau kita saja-saja nak cakap, tidak ada makna kerana keyakinan itu datangnya dari hati.

Kita cakap ini sebab ada manusia yang gunakan ayat ini sebagai azimat. Mereka nak mula perang, atau mula nak bertumbuk, mereka akan baca ayat ini sebagai penguat semangat dan sebagai azimat. Itu adalah cara salah. Tidak ada maknanya kalau mereka cakap tapi hati mereka tidak yakin. Manusia yang jahil, memang suka baca ayat-ayat Qur’an sebagai azimat. Baca pada air, pada barang, pada rumah dan macam-macam lagi. Apa yang mereka baca pun mereka tak faham kerana mereka bukannya belajar tafsir Quran pun. Mereka pakai baca sahaja.

Ingatlah yang ayat Qur’an bukan untuk dijadikan sebagai azimat supaya dibaca supaya dapat kuasa atau sebagainya. Tapi sebab ramai kalangan kita ni jahil dan bodoh, senang orang nak tipu. Maka banyaklah dalam pasaran sekarang ada air jampi, air yang telah dibaca Quran 30 juzuk, Air Anugerah, air itu ini, baju dah kena jampi, biskuit dah kena jampi, macam-macam jampi lagi.

 

 وَاللَّهُ مَعَ الصّابِرينَ

dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

Allah bersama dengan orang yang sabar. Bersama maksudnya Dia akan beri bantuan. Lihatlah nanti bagaimana dalam Perang Talut dan Jalut ini, tentera Islam mendapat kemenangan. Dan dalam Perang Badr, tentera Islam mendapat kemenangan.

Sabar itu, antara lain, sabar dalam menjaga hukum. Walaupun kita rasa arahan Allah itu susah, tapi kerana kita taat kepada Allah, kita ikut juga.


 

Ayat 250:

وَلَمّا بَرَزوا لِجالوتَ وَجُنودِهِ قالوا رَبَّنا أَفرِغ عَلَينا صَبرًا وَثَبِّت أَقدامَنا وَانصُرنا عَلَى القَومِ الكافِرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And when they went forth to [face] Goliath and his soldiers, they said, “Our Lord, pour upon us patience and plant firmly our feet and give us victory over the disbelieving people.”

MALAY

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”

وَلَمّا بَرَزوا لِجالوتَ وَجُنودِهِ

Dan apabila mereka keluar menentang Jalut dan tenteranya,

Semasa mereka sudah mengadap tentera Jalut dan hampir hendak berlawan di medan pertempuran.

 

قالوا رَبَّنا أَفرِغ عَلَينا صَبرًا

mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami,

Ini adalah doa mereka apabila berhadapan dengan musuh. Tugas kita adalah minta kepada Allah.

Mereka minta supaya dilimpahkan sabar kepada mereka. Doa minta sabar ini hanya boleh dibaca depan musuh sahaja. Tidak boleh dibaca semasa kita senang lenang. Nabi tak benarkan kerana pernah Nabi Muhammad mendengar seorang sahabat berdoa minta sabar. Nabi tegur perbuatan sahabat itu. Kerana kalau minta sabar semasa senang, itu meminta bala sebenarnya. Kerana sabar tidak akan jelas dan zahir tanpa bala. Maka kalau minta sabar, Allah akan beri bala supaya orang itu diberi ujian sabar. Oleh itu, hanya apabila kita perlu berada dalam keadaan sabar, barulah minta.

 

وَثَبِّت أَقدامَنا

dan teguhkanlah tapak pendirian kami 

Hati kena teguh dengan sabar, dan kaki kena teguh juga supaya tidak lari. Kaki kita akan ikut hati sebenarnya. Kalau hati berani, kaki pun akan berani. Kalau hati dah takut, kaki pun akan takut juga.

 

وَانصُرنا عَلَى القَومِ الكافِرينَ

serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”

Mereka minta kemenangan diberikan kepada mereka kerana mereka menentang orang kafir. Indah sekali doa mereka ini dan Allah masukkan doa mereka dalam Quran yang akan kekal sepanjang zaman sampai kiamat.

Tapi ingat, jangan amalkan doa ini kalau keadaan tidak memerlukan.


 

Ayat 251:

فَهَزَموهُم بِإِذنِ اللَّهِ وَقَتَلَ داوودُ جالوتَ وَآتاهُ اللَّهُ المُلكَ وَالحِكمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمّا يَشاءُ ۗ وَلَولا دَفعُ اللَّهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ لَفَسَدَتِ الأَرضُ وَلٰكِنَّ اللَّهَ ذو فَضلٍ عَلَى العالَمينَ

SAHIH INTERNATIONAL

So they defeated them by permission of Allah , and David killed Goliath, and Allah gave him the kingship and prophethood and taught him from that which He willed. And if it were not for Allah checking [some] people by means of others, the earth would have been corrupted, but Allah is full of bounty to the worlds.

MALAY

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

فَهَزَموهُم بِإِذنِ اللَّهِ

mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah,

Doa mereka dimakbulkan. Mereka menang bukan kerana kekuatan tentera mereka tetapi dengan keizinan Allah.

 

وَقَتَلَ داوودُ جالوتَ

dan Nabi Daud telah membunuh Jalut.

Jalut adalah ketua syirik waktu itu. Dan beliau telah dibunuh oleh Nabi Daud. Nabi Daud adalah salah seorang dari tentera Talut kerana waktu itu beliau belum diangkat menjadi Nabi. Ini memberitahu kita bahawa syirik kena dibasmikan oleh ketua agama. Oleh kerana itu, akhir zaman nanti, apabila tentera Imam Mahdi menentang tentera Dajjal, yang akan membunuh Dajjal adalah Nabi Isa. Tetapi kepemimpinan tetap ada pada Imam Mahdi. Begitu juga, Talut tetap ketua tentera tetapi yang membunuh ketua syirik (iaitu Jalut waktu itu), adalah Nabi Daud.

 

وَآتاهُ اللَّهُ المُلكَ وَالحِكمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمّا يَشاءُ

Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.

Kemudian hari, Nabi Daud telah diberikan dengan kerajaan dan pangkat kenabian dan Allah ajarkan ilmu wahyu. Nabi Daud adalah antara Nabi yang diberikan dengan pangkat kenabian dan juga kuasa kenegaraan. Seorang lagi yang mendapat perkara yang sama adalah anaknya, Nabi Sulaiman.

 

وَلَولا دَفعُ اللَّهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia dengan setengahnya yang lain

Ini adalah hikmah disyariatkan perang. Menolak keganasan manusia dengan menggunakan setengah manusia lain yang beriman. Kalau ada yang berkuasa dan mereka telah berbuat zalim kepada dunia, maka Allah akan datangkan kuasa yang baik untuk menentang dan mengalahkan mereka.

 

لَفَسَدَتِ الأَرضُ

nescaya rosak binasalah bumi ini;

Kalau Allah tak buat begitu, tentulah dunia ini tidak ada syariat dan ada maksiat sahaja. Kerana yang zalim akan terus berkuasa tanpa disekat.

Manusia yang tidak ada agama, akhirnya akan sampai kepada tahap melakukan keganasan. Semasa tiada kuasa dan wang, boleh duduk senyap lagi. Tapi bila dah ada kuasa lebih, mereka akan ganas. Dan apabila ganas, Alah akan hantar golongan lain yang akan musnahkan mereka. Jadi jihad juga adalah untuk basmikan keganasan manusia.

 

 

وَلٰكِنَّ اللَّهَ ذو فَضلٍ عَلَى العالَمينَ

akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

Banyak lagi kurnia Allah ke atas  manusia. Kalau tidak ada peperangan pun, Allah masih lagi kurniakan keamanan. Itu adalah dari kurnian Allah.


 

Ayat 252:

تِلكَ آياتُ اللَّهِ نَتلوها عَلَيكَ بِالحَقِّ ۚ وَإِنَّكَ لَمِنَ المُرسَلينَ

SAHIH INTERNATIONAL

These are the verses of Allah which We recite to you, [O Muhammad], in truth. And indeed, you are from among the messengers.

MALAY

Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

تِلكَ آياتُ اللَّهِ نَتلوها عَلَيكَ بِالحَقِّ

Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar;

Allah berikan kisah ini kepada Nabi dan umat Islam sebagai pengajaran. Maklumat ini hanya diberikan oleh Allah melalui Nabi. Nabi Muhammad sahaja yang boleh bawa cerita ini.

 

 وَإِنَّكَ لَمِنَ المُرسَلينَ

dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

Maka tsabitlah Nabi Muhammad itu seorang Nabi. Kalau beliau bukan Nabi, baginda tidak akan tahu kisah ini.

Baqarah 243-252

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan:

Maulana Hadi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s