Tafsir Surah Baqarah Ayat 246 – 248 (Perlantikan Talut)

Ayat 246: Pengulangan bab jihad dan kali ini Allah beri contoh kisah yang terjadi pada zaman dulu. Sebab jihad itu ada beberapa peraturan. Pertama, kena ada pemilihan ketua dan kedua, kena ada latihan untuk jihad.

Ketua perang tidak semestinya Nabi sendiri. Tapi kena ada dua syarat untuk jadi jeneral perang. Pertama, tubuh badannya layak untuk berperang dan kenalah berani dan kedua, akal kena mahir dalam taktik peperangan.

Tidak ada peperangan tanpa latihan. Kerana banyak pejuang yang datang untuk berjihad perang itu datang dari merata tempat dan mereka tidak biasa perang dan tidak terlatih. Mungkin ada dari golongan peniaga dan petani. Maka penting untuk beri latihan dulu sebelum pergi berperang. Maka Allah ajar dua-dua perkara ini.

أَلَم تَرَ إِلَى المَلَإِ مِن بَني إِسرائيلَ مِن بَعدِ موسىٰ إِذ قالوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ ابعَث لَنا مَلِكًا نُقاتِل في سَبيلِ اللَّهِ ۖ قالَ هَل عَسَيتُم إِن كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ أَلّا تُقاتِلوا ۖ قالوا وَما لَنا أَلّا نُقاتِلَ في سَبيلِ اللَّهِ وَقَد أُخرِجنا مِن دِيارِنا وَأَبنائِنا ۖ فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ تَوَلَّوا إِلّا قَليلًا مِنهُم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِالظّالِمينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Have you not considered the assembly of the Children of Israel after [the time of] Moses when they said to a prophet of theirs, “Send to us a king, and we will fight in the way of Allah “? He said, “Would you perhaps refrain from fighting if fighting was prescribed for you?” They said, “And why should we not fight in the cause of Allah when we have been driven out from our homes and our children?” But when fighting was prescribed for them, they turned away, except for a few of them. And Allah is Knowing of the wrongdoers.

MALAY

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

أَلَم تَرَ إِلَى المَلَإِ مِن بَني إِسرائيلَ مِن بَعدِ موسىٰ

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa,

Zaman ini selepas wafatnya Nabi Musa yang dibimbing oleh Nabi lain. Nama baginda adalah Samuel. Pemuka-pemuka Bani Israil telah pergi berjumpa dengan Nabi mereka itu.

 

إِذ قالوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ

ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka:

Dari penggunaan bahasa, memberi isyarat bahawa bukan Nabi ini sahaja Nabi mereka tapi ada Nabi Nabi lain. Umat Bani Israil memang diberikan dengan banyak Nabi dari kalangan mereka. Mereka umat yang paling banyak dapat Nabi dan Rasul.

 

ابعَث لَنا مَلِكًا نُقاتِل في سَبيلِ اللَّهِ ۖ

“Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang pada jalan Allah”

Para pemimpin Bani israil itu minta kepada Nabi mereka untuk lantik ketua perang. Perkataan مَلِكًا dalam ayat ini bermaksud ‘ketua perang’. Maknanya bukan Nabi itu yang bawa tentera berperang. Mereka kononnya kata mereka akan pergi berperang bila dah ada ketua. Cuma lantik sahajalah ketua untuk kami, kata mereka.

Ini mengajar kita bahawa jihad tidak ada tanpa ketua. Ketua itu kena dilantik dan mestilah ketua yang dikenali. Kerana kita kena tahu yang ketua perang itu adalah Ahlul Haq, tak boleh lantik ambil sesiapa sahaja. Dan yang boleh lantik adalah Nabi. Dan kalau zaman sekarang, yang layak melantik itu adalah Khalifah seluruh dunia. Dan Nabi Muhammad telah memberitahu bahawa Khalifah dunia mestilah dari orang Quraisy.

 

قالَ هَل عَسَيتُم إِن كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ أَلّا تُقاتِلوا

Nabi mereka menjawab: “Tidakkah, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,

Nabi mereka sendiri dah tahu dah perangai mereka. Waktu itu sibuk nak minta panglima perang, tapi nanti kalau dah ada, banyak pula alasan mereka tak mahu berperang.

 

قالوا وَما لَنا أَلّا نُقاتِلَ في سَبيلِ اللَّهِ

Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah,

Apabila ditegur sebegitu, mereka kata memang mereka akan berperang.

 

وَقَد أُخرِجنا مِن دِيارِنا وَأَبنائِنا

sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan juga anak-anak kami?”

Mereka kata memang mereka akan berperang kerana mereka marah kerana mereka telah dihalau dari kampung halaman mereka dan anak-anak mereka pun kena kalau juga. Marahlah mereka. Kalau mereka sahaja, sudah berat, tapi kalau dengan keluarga mereka juga kena halau. Mereka bersungguh-sungguh kata mereka akan berperang.

 

فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ تَوَلَّوا إِلّا قَليلًا مِنهُم

Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka.

Tapi, bila benar-benar dah disuruh berperang, mereka buat alasan untuk tidak pergi berperang. Hanya sedikit sahaja yang pergi. Dalam riwayat ada disebut bahawa daripada bilangan mereka sebanyak 80,000 orang, hanya 313 orang sahaja yang akhirnya pergi berjihad menentang tentera Jalut.

Ini pun masalah dan perangai orang kita juga. Pandai cakap sahaja tapi bila masa nak buat, sikit sahaja yang turun buat kerja.

 

وَاللَّهُ عَليمٌ بِالظّالِمينَ

Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Allah dah tahu dah perangai mereka.


 

Ayat 247: Ini patah balik kepada situasi selepas mereka minta dilantikkan jeneral perang untuk mereka. Allah telah melantik Talut sebagai ketua perang itu.

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ اللَّهَ قَد بَعَثَ لَكُم طالوتَ مَلِكًا ۚ قالوا أَنّىٰ يَكونُ لَهُ المُلكُ عَلَينا وَنَحنُ أَحَقُّ بِالمُلكِ مِنهُ وَلَم يُؤتَ سَعَةً مِنَ المالِ ۚ قالَ إِنَّ اللَّهَ اصطَفاهُ عَلَيكُم وَزادَهُ بَسطَةً فِي العِلمِ وَالجِسمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤتي مُلكَهُ مَن يَشاءُ ۚ وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

And their prophet said to them, “Indeed, Allah has sent to you Saul as a king.” They said, “How can he have kingship over us while we are more worthy of kingship than him and he has not been given any measure of wealth?” He said, “Indeed, Allah has chosen him over you and has increased him abundantly in knowledge and stature. And Allah gives His sovereignty to whom He wills. And Allah is all-Encompassing [in favor] and Knowing.”

MALAY

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ اللَّهَ قَد بَعَثَ لَكُم طالوتَ مَلِكًا

Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu.

Seperti yang diberitahu, perkataan مَلِكًا dalam ayat ini bermaksud ‘Ketua tentera’.

 

قالوا أَنّىٰ يَكونُ لَهُ المُلكُ عَلَينا

Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami

Mereka tidak dapat terima hakikat yang Talut yang telah dilantik. Dia seorang yang tidak dikenali dan bukan daripada golongan kaya atau bangsawan.

 

وَنَحنُ أَحَقُّ بِالمُلكِ مِنهُ

sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya,

Mereka tidak puashati kerana mereka yang mahukan kedudukan itu.

وَلَم يُؤتَ سَعَةً مِنَ المالِ

dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?”

Kerana mereka rasa mereka lebih layak kerana mereka ada pengaruh dan juga ada banyak harta.

 

قالَ إِنَّ اللَّهَ اصطَفاهُ عَلَيكُم

Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi ketua ke atas kamu,

Allah tekankan bahawa perlantikan itu sudah tetap. Talut adalah Ketua Perang mereka. Allah nak ajar bahawa Ketua Perang bukannya memerintah dalam keadaan aman dan oleh itu tidak memerlukan orang yang kaya dan berpengaruh. Apa guna kalau ada harta tetapi tidak tahu memimpin.

Allah yang berhak melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai Ketua Perang, maka tidak boleh buat apa lagi. Allah tidak perlu nak beri penjelasan kepada mereka kenapa Dia pilih Talut. Siapa mereka yang Allah kena ikut? Perkataan اصطوى bermaksud pemilihan yang dilakukan hanya kerana kita suka. Contohnya bila kita beli buah di pasar, kita pilih epal, tak pilih limau. Apabila ada orang tanya, kenapa pilih epal tak pilih limau, kita kata sebab kita suka. Bukan sebab kita kira kalori, atau epal warna merah, epal banyak lagi vitamin, tidak. Sebab kita suka epal, ikut kitalah sebab kita yang nak beli. Ianya adalah sesuatu keputusan yang kita tidak perlu jelaskan sebabnya kepada orang lain. Begitulah hak Allah, Allah boleh pilih sesiapa sahaja yang dia pilih dan Dia tidak perlu jelaskan kenapa Dia buat keputusan itu.

 

وَزادَهُ بَسطَةً فِي العِلمِ وَالجِسمِ

dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”.

Allah telah beri kelebihan kepada Talut kerana dia mempunyai kegagahan tubuh badan dan keberanian dan dia ada keluasan dalam ilmu peperangan. Oleh itu dia sesuai untuk menjadi pemimpin perang. Ini bukanlah sebab Allah memilih Talut, kerana kita telah sebut sebelum ini bahawa Allah tidak perlu menjelaskan kepada Dia memilih sesiapa yang Dia pilih. Dia lebih tahu dan kita tidak tahu.

 

وَاللَّهُ يُؤتي مُلكَهُ مَن يَشاءُ

Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya;

Jawapan seterusnya adalah kerana Allah lah yang berhak untuk memilih siapakah yang boleh menjadi ketua. Manusia tidak boleh soal keputusan yang Allah dah buat.

 

وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Allah tahu siapakah layak untuk dijadikan ketua perang dan manusia tidak layak nak persoal. Kita tidak akan dapat hendak mencapai kefahaman Allah.


 

Ayat 248:

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ آيَةَ مُلكِهِ أَن يَأتِيَكُمُ التّابوتُ فيهِ سَكينَةٌ مِن رَبِّكُم وَبَقِيَّةٌ مِمّا تَرَكَ آلُ موسىٰ وَآلُ هارونَ تَحمِلُهُ المَلائِكَةُ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَكُم إِن كُنتُم مُؤمِنينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And their prophet said to them, “Indeed, a sign of his kingship is that the chest will come to you in which is assurance from your Lord and a remnant of what the family of Moses and the family of Aaron had left, carried by the angels. Indeed in that is a sign for you, if you are believers.”

MALAY

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ آيَةَ مُلكِهِ أَن يَأتِيَكُمُ التّابوتُ

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kekuasaan Talut itu ialah datangnya kepada kamu peti Tabut

Allah juga telah memberi sebagai satu tanda pada kekuasaan Talut itu. Diberikan tanda kepada mereka sebab mereka puak yang nak macam-macam tanda baru nak buat. Tanda ini sesuai untuk diberikan pada zaman itu kerana mereka biasa dengan benda-benda Karamah seperti ini.

Akan datang kepada mereka Tabut iaitu satu peti yang berisi Kitab Taurat di dalamnya. Tak payah nak cari benda ini ada di mana sekarang. Mengikut kisah, peti itu dulunya memang dalam simpanan Bani Israil. Tetapi apabila mereka diserang dan ditakluk, peti itu telah diambil oleh penakluk mereka, orang Babylon dan dibawa ke tempat mereka. Kemudian mereka telah dilanda penyakit berjangkit dan mereka sangka kerana sial pada Tabut itu. Maka mereka letak Tabut itu di belakang keldai dan biarkan keldai itu bawa keluar Tabut itu ke mana sahaja keldai itu nak pergi. Akhirnya ia sampai kepada Bani Israil dalam kisah ini.

 

فيهِ سَكينَةٌ مِن رَبِّكُم

di dalamnya ada ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu,

Di dalam peti itu ada ketenteraman kepada mujahid semasa Perang. Ketenteraman itu bukan dari peti itu tetapi dari Allah. Dengan adanya Tabut itu, memberi ketenangan kepada mereka.

 

وَبَقِيَّةٌ مِمّا تَرَكَ آلُ موسىٰ وَآلُ هارونَ

dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun;

Barang-barang peninggalan daripada keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun. Nabi Musa dan Nabi Harun adalah Nabi dari sejarah mereka yang mereka amat hormati. Jadi, Tabut ini adalah satu peninggalan yang amat bermakna buat mereka.

 

تَحمِلُهُ المَلائِكَةُ

peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.

Peti itu akan dibawa oleh malaikat dan akan diletakkan di hadapan Talut dan rakyat. Memanglah dibawa oleh keldai seperti yang kita sebut sebelum ini, tapi sampainya ke tempat Bani Israil itu adalah atas panduan dari malaikat.

Peti itu adalah sebagai tanda perlantikan rasmi Talut sebagai ketua. Bila ada tanda macam itu, baru Bani Israil itu nak ikut taat kepada Talut. Peti itu dibawa oleh malaikat dan kemudian dibawa pergi oleh malaikat balik, maka tidak perlulah nak cari di manakah peti itu sekarang. Dan tak perlu sibuk tanya dengan detail tentangnya kerana ianya tidak berkenaan dengan kita. Orang kita, bab-bab pelik macam ini, memang ramai yang suka. Tapi cubalah jangan tanya berlebih-lebih kerana tidak menambah keimanan pun kalau dapat tahu pun.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَكُم إِن كُنتُم مُؤمِنينَ

Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman

Tabut itu sesuai sebagai tanda pada zaman itu, tetapi kepada Nabi akhir zaman dan umatnya, tidak diberikan sakinah sebegitu. Kita akan belajar nanti bagaimana Nabi Muhammad dan umatnya juga ada diberikan dengan Sakinah tetapi di dalam bentuk yang lain. Sakinah itu akan diberikan kepada setiap mujahidin sebelum memulakan peperangan. Bayu yang lembut akan diberikan kepada mujahidin sampai mereka boleh mengantuk. Ini adalah tanda Allah beri sakinah. Sebelum Allah beri, jangan mulakan takbir perang. Jadi pada kita umat akhir zaman, tak perlu Tabut. Ini dibuktikan oleh mereka yang berpengalaman jihad fi sabilillah. Mereka akan rasa mengantuk sangat dan apabila ia datang, boleh sampai jatuh pedang yang sedang dipegang. Kalau zaman sekarang, boleh sampai jatuh senapang yang dipegang. Padahal, kalau ikut logik, apabila nak hadapi perang, mestilah kita waktu itu tengah segar sebab nak hadap mati, bukan? Tentu jiwa sedang bergelora waktu itu sampai tak ingat nak tidur pun. Tapi Allah berikan rasa mengantuk itu sebagai sakinah kepada mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s