Tafsir Surah Baqarah Ayat 221 – 225 (Hukum dalam perkahwinan)

Ayat 221: Dalam ayat-ayat sebelum ini, telah disebut tentang tiga perkara yang mempunyai kesan dua hala (boleh jadi baik dan boleh jadi buruk) – Arak dan Judi, berapa yang perlu diinfakkan dan ketiga, tentang penjagaan anak yatim.

Ini pula adalah ayat tentang institusi perkahwinan. Ianya amat penting dalam masyarakat Islam. Ianya diturunkan di waktu zaman Madinah dimana komuniti Islam muka berkembang. Institusi keluarga yang baik akan menyebabkan masyarakat dalam keadaan baik. Persoalan yang ditimbulkan dalam ayat ini adalah: siapakah yang boleh dikahwini.

وَلا تَنكِحُوا المُشرِكاتِ حَتّىٰ يُؤمِنَّ ۚ وَلَأَمَةٌ مُؤمِنَةٌ خَيرٌ مِن مُشرِكَةٍ وَلَو أَعجَبَتكُم ۗ وَلا تُنكِحُوا المُشرِكينَ حَتّىٰ يُؤمِنوا ۚ وَلَعَبدٌ مُؤمِنٌ خَيرٌ مِن مُشرِكٍ وَلَو أَعجَبَكُم ۗ أُولٰئِكَ يَدعونَ إِلَى النّارِ ۖ وَاللَّهُ يَدعو إِلَى الجَنَّةِ وَالمَغفِرَةِ بِإِذنِهِ ۖ وَيُبَيِّنُ آياتِهِ لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

SAHIH INTERNATIONAL

And do not marry polytheistic women until they believe. And a believing slave woman is better than a polytheist, even though she might please you. And do not marry polytheistic men [to your women] until they believe. And a believing slave is better than a polytheist, even though he might please you. Those invite [you] to the Fire, but Allah invites to Paradise and to forgiveness, by His permission. And He makes clear His verses to the people that perhaps they may remember.

MALAY

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

وَلا تَنكِحُوا المُشرِكاتِ حَتّىٰ يُؤمِنَّ

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman

Masalah yang mempunyai dua hala yang ke-empat adalah tentang perkahwinan. Ada wanita yang mempunyai rupa paras yang elok, budi bahasa yang baik dan dari keluarga yang baik dan kaya pula, tetapi mereka tidak beriman. Dari satu sudut, memang mereka itu menarik untuk dikahwini tapi bagaimana pula dengan iman mereka?

Allah memberitahu dalam ayat ini supaya jangan berkahwin dengan mereka itu walaupun mereka mempunyai kelebihan-kelebihan yang banyak kerana kita mahu menjaga agama kita. Amat bahaya kalau mengahwini mereka kerana kita boleh terjebak dengan kesyirikan yang mereka lakukan. Kerana walaupun kita tidaklah mengikut mereka 100 peratus dalam fahaman mereka, tapi kalau sudah berkahwin dengan mereka, tentulah akan ada sedikit sebanyak yang kita ikut mereka kerana mereka isteri kita dan tentunya kita rapat dengan mereka. Dan kita takut perkara yang kita ikut itu adalah dalam perkara syirik. Jadi apabila ada pilihan antara dunia dan agama, maka hendaklah kita memilih untuk memelihara agama kita.

Dalam ayat ini, Allah sebut ‘musyrikin’. Jumhur ulama mengatakan yang ahli kitab tidak termasuk dalam ayat ini dan kerana itu hukum mengahwini perempuan dari ahli kitab dibenarkan. Cuma ada yang kata termasuk sekali kerana tentulah ahli kitab itu ada juga melakukan syirik juga. Tapi pendapat jumhur tidak begitu kerana nampak Allah bezakan antara musyrikin dan ahli kitab. Memang ahli Kitab pun ada juga yang melakukan syirik, tapi nampak dari dalil yang ada, Allah membezakan musyrikin dan ahli kitab dan tidak meletakkan mereka di dalam golongan yang sama.

Janganlah mengahwini mereka sehinggalah mereka masuk Islam. Apabila mereka dah muslim, maka jangan kata buruk tentang mereka. Kalau dulu mereka kafir, itu hal dulu. Kadang-kadang kita selalu pandang serong kepada mereka yang sudah masuk Islam. Kita rasa mereka masuk Islam kerana sebab-sebab tertentu – antaranya kerana hendak kahwin dengan orang Islam. Tapi kalau mereka masuk Islam sebab mereka nak kahwin pun, bukan hak kita untuk mempersoalkan keislaman mereka. Walaupun kita nampak macam cara masuk Islam itu macam tidak kena, tapi kita hanya boleh menilai manusia dari sudut zahir sahaja. Ingatlah kisah Usamah bin Zaid yang telah membunuh musuh yang mengucap syahadah. Dia hampir membunuh lelaki itu, tapi semasa dia hendak bunuh sahaja, lelaki itu telah mengucap syahadah. Pada beliau, tentulah lelaki itu mengucap syahadah kerana hendak menyelamatkan dirinya sahaja. Jadi, dia terus membunuh lelaki itu. Tapi apabila diketahui oleh Nabi, baginda telah memahami Zaid dengan teruk sekali – Nabi tanya: “adakah kamu telah membelah dadanya sehingga kamu tahu isi hatinya?” Maka jangan sangsi tentang mereka yang masuk Islam walau apa cara pun. Dari pengalaman, kita boleh ketahui yang kadang-kadang ada orang yang masuk Islam kerana hendak berkahwin tapi lama-lama mereka telah amalkan Islam dengan sebenar kerana mereka telah dekat dengan Islam.

 

وَلَأَمَةٌ مُؤمِنَةٌ خَيرٌ مِن مُشرِكَةٍ وَلَو أَعجَبَتكُم

dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. 

Islam mementingkan keislaman dan keimanan seseorang itu. Tidak kira walaupun perempuan itu adalah seorang hamba. Kalau seorang hamba, tentulah kedudukan dia adalah rendah dalam masyarakat. Tapi pada sisi Allah, bukan kedudukan dalam masyarakat yang penting, tetapi iman mereka.

 

وَلا تُنكِحُوا المُشرِكينَ حَتّىٰ يُؤمِنوا

Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman

Ayat yang pertama adalah larangan kepada lelaki muslim untuk mengahwini perempuan yang musyrik. Dalam ayat ini, khitbahnya bukan kepada perempuan, tapi kepada wali perempuan itu. Ada penggunaan sorof yang berbeza dalam ayat ini. Kerana mereka yang bertanggungjawab menentukan siapakah yang boleh dikahwini oleh perempuan di bawah jagaannya.

Allah melarang wali seseorang perempuan itu untuk mengahwinkan perempuan muslim kepada lelaki musyrik.

 

وَلَعَبدٌ مُؤمِنٌ خَيرٌ مِن مُشرِكٍ وَلَو أَعجَبَكُم

dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.

Hamba lelaki yang rendah kedudukan dalam masyarakat itu lebih baik dari lelaki yang hebat mana pun, tapi tidak beriman.

 

أُولٰئِكَ يَدعونَ إِلَى النّارِ

Mereka itu mengajak ke neraka

Apabila kita sudah bersama dengan mereka, tentulah sedikit sebanyak kita akan terikut dengan cara-cara mereka. Kehidupan dan fahaman mereka mengajak kepada neraka. Maka hendaklah kita menyelamatkan diri kita dari mereka.

 

وَاللَّهُ يَدعو إِلَى الجَنَّةِ وَالمَغفِرَةِ بِإِذنِهِ

sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya.

Sedangkan Allah hendak kita masuk ke syurga.

 

وَيُبَيِّنُ آياتِهِ لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran.

Allah mengajar kita cara mencari pasangan hidup dalam ayat ini. Hendaklah kita mengambil perhatian dan ambil peringatan tentang perkara ini. Kerana lafaz dzikr juga bermaksud ‘ingat’. Memang sekarang seperti tidak kena dengan kita, tapi apabila perlu, ianya akan berguna, maka kita kena ingat tentang hukum-hukum yang Allah sampaikan. Banyak ayat-ayat Quran yang macam tidak kena dengan kita sebab kita tidak amalkan arak, berjudi dan sebagainya. Tapi akan sampai masa di mana kita memerlukan ilmu tentang perkara-perkara itu.


 

Ayat 222: Masalah dua hala yang kelima dan terakhir yang mereka tanya kepada Nabi adalah tentang pergaulan dengan wanita yang dalam haidh. Seperti yang kita tahu, Islam amat mementingkan kebersihan. Maka banyak hukum-hukum dalam agama Islam adalah ke arah menjaga kebersihan luar dan dalam.

Hukum agama Islam tidak sama dengan hukum agama lain. Dalam agama Nasara, seorang lelaki boleh bersetubuh dengan perempuan yang dalam haidh. Tetapi kepada agama Yahudi, tidak boleh langsung duduk bersama dengan wanita yang dalam haidh sampaikan makan pun tidak boleh sekali. Itu adalah dua ekstrim yang tidak ada dalam Islam. Dalam Islam, apabila seseorang wanita itu dalam haidh, mereka hanya tidak boleh disetubuhi sahaja, tapi dalam perkara-perkara lain tidak ada masalah, buat macam biasa sahaja. Jadi agama Islam adalah tengah-tengah antara Nasara dan Yahudi. Itulah sebabnya kita katakan yang agama Islam adalah agama yang praktikal.

وَيَسأَلونَكَ عَنِ المَحيضِ ۖ قُل هُوَ أَذًى فَاعتَزِلُوا النِّساءَ فِي المَحيضِ ۖ وَلا تَقرَبوهُنَّ حَتّىٰ يَطهُرنَ ۖ فَإِذا تَطَهَّرنَ فَأتوهُنَّ مِن حَيثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوّابينَ وَيُحِبُّ المُتَطَهِّرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And they ask you about menstruation. Say, “It is harm, so keep away from wives during menstruation. And do not approach them until they are pure. And when they have purified themselves, then come to them from where Allah has ordained for you. Indeed, Allah loves those who are constantly repentant and loves those who purify themselves.”

MALAY

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

وَيَسأَلونَكَ عَنِ المَحيضِ

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.

Mereka bertanya tentang perempuan yang dalam haidh kerana pada resam Arab Jahiliah pun, kalau seseorang perempuan itu dalam haidh, mereka kena jauhkan diri dari orang lain. Sampaikan kena duduk dalam bilik yang gelap pun ada.

 

قُل هُوَ أَذًى

Katakanlah: “Darah haid itu kotoran”

Allah beritahu dalam ayat ini, darah haidh itu memang satu kekotoran yang membahayakan.

 

فَاعتَزِلُوا النِّساءَ فِي المَحيضِ

Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan dalam haid itu

Oleh kerana darah haidh itu kotor dan membahayakan, persetubuhan sama sekali tidak dibenarkan. ‘jauhkan diri kamu’ itu maksudnya jangan hampiri dari segi persetubuhan. Bukan jangan dekat dari segi fizikal. Jangan sampai halau perempuan pula jauh dari kita.

Dan satu hikmah kepada wanita, apabila tidak ada jimak, ia memberi kelegaan kepada mereka. Kerana waktu haidh adalah waktu yang memenatkan dan kalau waktu itu pun kena layan suami, letih juga.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Mahdi, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Salamah, dari Sabit, dari Anas, bahwa orang-orang Yahudi itu apabila ada seorang wanita dari mereka mengalami haid, maka mereka tidak mau makan bersamanya, tidak mau pula serumah dengan mereka. Ketika sahabat Nabi Saw. menanyakan masalah ini kepadanya, maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, “Haid itu adalah suatu kotoran.” Oleh sebab itu, hendaklah kalian menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kalian mendekati mereka, sebelum mereka suci. (Al-Baqarah: 222), hingga akhir ayat. Kemudian Rasulullah Saw. bersabda: Lakukanlah segala sesuatu (dengan istri yang sedang haid) kecuali nikah (bersetubuh).

 

وَلا تَقرَبوهُنَّ حَتّىٰ يَطهُرنَ

dan janganlah kamu hampiri mereka sebelum mereka suci.

Jangan bersetubuh dengan mereka selagi mereka tidak suci dari haidh itu. Oleh itu, ‘jangan hampiri’ itu bukanlah jangan dekat langsung, tapi tidak boleh jimak sahaja. Ada perkara yang lain yang boleh dilakukan.

قَالَ قَالَ أَبُو دَاوُدَ: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ مِنَ الْحَائِضِ شَيْئًا، أَلْقَى عَلَى فَرْجِهَا ثَوْبًا
Abu Daud mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Ismail, telah menceritakan kepada kami Hammad, dari Ayyub, dari Ikrimah, dari salah seorang istri Nabi Saw.: Bahwa Nabi Saw. apabila menginginkan sesuatu dari istrinya yang sedang haid, maka terlebih dahulu beliau menutupi farjinya dengan kain.

Begitu juga, Siti Aisyah r.a. pernah menceritakan hadis berikut:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنِي فَأَغْسِلُ رَأْسَهُ وَأَنَا حَائِضٌ، وَكَانَ يَتَّكِئُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ، فَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Rasulullah Saw. pernah memerintahku agar aku mencuci kepalanya, sedangkan aku dalam keadaan berhaid. Dan baginda Saw. pernah bersandar di atas pangkuanku, sedangkan aku dalam keadaan haid, lalu Rasulullah Saw. membaca Al-Qur’an.

Di dalam kitab sahih disebutkan sebuah hadis dari Siti Aisyah r.a. yang menceritakan:

كُنْتُ أَتَعَرَّقُ العَرْق وَأَنَا حَائِضٌ، فَأُعْطِيهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَيَضَعُ فَمَهُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي وَضَعْتُ فَمِي فِيهِ، وَأَشْرَبُ الشَّرَابَ فَأُنَاوِلُهُ، فَيَضَعُ فَمَهُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي كُنْتُ أَشْرَبُ

Aku pernah makan daging yang ada tulangnya ketika sedang haid, lalu aku memberikannya kepada Nabi Saw. Maka Nabi Saw. meletakkan mulutnya di tempat bekas gigitanku, lalu aku minum dan memberikan bekas minumanku kepadanya, maka beliau meletakkan mulutnya di tempat bekas aku meletakkan mulutku.

 

فَإِذا تَطَهَّرنَ فَأتوهُنَّ مِن حَيثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ

Kemudian apabila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.

Wanita-wanita dalam haidh itu dikira suci apabila darah haidh telah kering dan apabila mereka telah mandi. Bukan setakat darah haidh sudah kering sahaja, tapi kena mandi junub dahulu. Jadi, kena ada dua peringkat: darah dah kering, kemudian mandi.

Maklumat lanjut tentang perkara ini dan hukum haidh boleh dipelajari dalam kitab hadis dan kitab feqah.

Dengan cara yang diizinkan Allah adalah: melalui farajnya. Boleh untuk berjimak dengan isteri kita daripada depan, belakang, tepi dan sebagainya, tapi hendaklah zakar memasuki lubang yang sama, iaitu faraj sahaja.

Oleh itu, tidak boleh langsung mendatangi isteri dari lubang dubur. Ini amat dilarang.

 

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوّابينَ

SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,

Kalau dulu pernah mendatangi isteri dari dubur, maka bertaubatlah. Atau kalau pernah melakukan apa-apa kesalahan yang telah disebut, maka bertaubatlah dan berhenti dari melakukannya lagi.

Orang yang selalu bertaubat dikasihi oleh Allah. Mereka melakukan perbersihan dan penyucian diri mereka dari dalam. Apabila seseorang itu selalu bertaubat, itu bermakna mereka selalu memikirkan dosa-dosa mereka yang banyak. Apabila kita sedar kita ini banyak dosa, maka tentulah kita tidak menjadi orang yang tinggi diri.

 

وَيُحِبُّ المُتَطَهِّرينَ

dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Iaitu mereka yang berusaha membersihkan diri dari segi fizikal.

Islam adalah satu-satunya agama yang menekankan kepentingan kebersihan dalam kehidupan. Zaman sekarang memanglah sudah tidak nampak lagi kerana orang-orang dari agama lain pun ada yang mementingkan kebersihan, malah lebih baik lagi dari orang Islam pun. Tapi agama mereka tidak menekankan perkara ini. Agama Islam lah yang mula-mula menekannya. Lihatlah bagaimana banyak ayat-ayat dan hukum-hukum yang dikeluarkan yang mengajar umat Islam untuk menjaga kebersihan. Perkara-perkara itu tidak ada dalam agama lain.

Bukan sahaja pembersihan fizikal yang dimaksudkan, tapi termasuk juga pembersihan hati dan jiwa.

 

Baqarah 217-222


 

Ayat 223: Allah beritahu dalam ayat sebelum ini yang kita boleh datangi isteri kita mengikut jalan yang telah diperintahkan oleh Allah. Allah menyambung dalam ayat ini mengenainya.

نِساؤُكُم حَرثٌ لَكُم فَأتوا حَرثَكُم أَنّىٰ شِئتُم ۖ وَقَدِّموا لِأَنفُسِكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّكُم مُلاقوهُ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Your wives are a place of sowing of seed for you, so come to your place of cultivation however you wish and put forth [righteousness] for yourselves. And fear Allah and know that you will meet Him. And give good tidings to the believers.

MALAY

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

نِساؤُكُم حَرثٌ لَكُم

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, 

Allah beritahu kita bahawa isteri-isteri itu seolah-olah ladang untuk suaminya. Iaitu tempat yang suami itu boleh usaha untuk mendapatkan hasil. Kalau ladang dapat tanaman maka dengan isteri, boleh dapat anak.

 

فَأتوا حَرثَكُم أَنّىٰ شِئتُم

oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai 

Oleh kerana ladang itu kita punya, maka kita boleh datangi ladang itu mengikut cara yang kita suka. Lafaz أنّى boleh jadi dua makna dari segi bahasa: كيف (bagaimana) atau أين (dari mana). Tapi dalam ayat ini hanya boleh diterjemahkan sebagai كيف sahaja kerana ada larangan dari Nabi untuk mendatangi isteri dari lubang dubur. Kerana kalau kita pakai juga maksud أين, maksudnya suami boleh bersetubuh pula dengan isteri melalui laluan dubur. Itu adalah dilarang kerana menurut hadits,

Saidina Umar pernah memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah menyetubuhi isterinya bukan dari arah farjinya, dengan mengatakan: “Telah saya belokkan arah kendaraanku semalam.”

Maka sabda Rasulullah Saw. Kepada Umar Bin Khattab Ra.

“Boleh kamu lakukan dari depan atau dari belakang, tapi hati-hatilah jangan kau lakukan ketika haid maupun pada dubur,” (Lihat Hadits ini pada Musnad Imam Ahmad).

 

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Na’im, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Ibnul Munkadir yang mengatakan bahwa ia pernah mendengar sahabat Jabir menceritakan hadis berikut: Dahulu orang-orang Yahudi berkeyakinan bahwa jika seseorang menyetubuhi istrinya dari arah belakang, maka kelak anaknya bermata juling. Maka turunlah firman-Nya: Isteri-isteri kalian adalah (seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanam kalian itu bagaimana saja kalian kehendaki. (Al-Baqarah: 223)

Maknanya, buatlah macam mana pun cara untuk memuaskan nafsu dengan isteri, asalkan bukan masuk ikut dubur.

 

وَقَدِّموا لِأَنفُسِكُم

dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;

Allah hendak mengingatkan kita dalam ayat ini, walau sibuk dengan ladang, tapi kena juga utamakan amalan akhirat untuk diri. Allah nak ingatkan kita, walaupun kita berada di dalam kemuncak kehidupan dunia, kena ingat kepada Allah juga. Dan kemuncak kehidupan adalah ketika bersama dengan isteri semasa jimak. Tidak ada yang lebih hebat dari kenikmatan itu. Jadi kena pastikan ada amalan baik yang kita buat sebagai bekalan akhirat. Jangan sampai leka dengan isteri sampai lupa buat amalan kebaikan.

Atau maksud ayat ini, kita kena ada keinginan nak dapat anak dan bina keluarga. Bukannya hanya kerana seks sahaja.

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ

dan bertaqwalah kepada Allah

Kena ada taqwa dalam perhubungan suami isteri. Taqwa itu maksudnya menjaga hukum, maka hendaklah kita menjaga hukum tentang perhubungan suami isteri. Nanti akan datang banyak lagi ayat-ayat yang menyentuh tentang perhubungan suami isteri – nikah dan cerai.

Amalkanlah yang sunnah di dalam hubungan persetubuhan suami dan isteri. Jangan buat perkara yang dilarang dan baca doa seperti yang diajar oleh Nabi: Telah disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

«لو أن أحدكم إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ، قَالَ: بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا، فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذلك، لن يضره الشيطان أبدا» .

Seandainya seseorang dari kalian di saat hendak mendatangi istrinya mengucapkan, “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah dari kami setan dan jauhkanlah pula dari setan apa (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami, ” maka sesungguhnya jika ditakdirkan bagi keduanya punya anak dalam hubungannya itu, niscaya setan tidak dapat menimpakan mudarat terhadap si anak selama-lamanya.

 

وَاعلَموا أَنَّكُم مُلاقوهُ

serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya

Kena ingat yang kita tidak hidup selamanya di dunia ini. Sampai masa kita akan mati dan menemuiNya dan kita akan ditanya tentang bagaimana kita menjalani kehidupan kita semasa di dunia dan samada kita menjaga hukum-hukumNya.

 

وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.

Orang-orang yang beriman dan menjaga hukum dari Allah, akan diberikan dengan balasan syurga yang mereka akan kekal di dalamnya.


 

Ayat 224: Ayat ini adalah jenis umur munazimah. Kena jaga perkara-perkara umur munazimah supaya hubungan dalam masyarakat jadi baik dan apabila ianya baik, barulah boleh hendak berdakwah kepada manusia. Kalau kehidupan kita pun kucar kacir, bagaimana nak dakwah kepada orang lain?

Ayat ini adalah tentang sumpah yang dilafazkan oleh manusia.

وَلا تَجعَلُوا اللَّهَ عُرضَةً لِأَيمانِكُم أَن تَبَرّوا وَتَتَّقوا وَتُصلِحوا بَينَ النّاسِ ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

And do not make [your oath by] Allah an excuse against being righteous and fearing Allah and making peace among people. And Allah is Hearing and Knowing.

MALAY

(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

وَلا تَجعَلُوا اللَّهَ عُرضَةً لِأَيمانِكُم

Dan janganlah kamu jadikan nama Allah sebagai penghalang dalam sumpah kamu

Orang Arab selalu bersumpah. Sikit-sikit mereka akan kata: “wallahi (demi Allah)… aku nak makan…” dan macam-macam lagi. Kadang-kadang ada yang sumpah dengan cara salah dan bodoh.

 

أَن تَبَرّوا

daripada berbuat baik

Ayat ini adalah teguran kepada manusia kerana ada yang menggunakan nama Allah untuk tidak buat ibadat atau kebaikan. Sebagai contoh, ada yang bersumpah atas nama Allah untuk tidak datang ke masjid. Kalau kita ajak mereka ke masjid, mereka kata kalau pergi juga, mereka dah langgar sumpah kepada Allah. Arab Jahiliyah yang selalu buat macam ini kerana mereka dibisik oleh syaitan untuk bersumpah begitu. Sebagai contoh, mereka ada yang bersumpah atas nama Allah untuk kekal atas agama tok nenek mereka. Jadi mereka tak masuk Islam sebab takut langgar sumpah.

Orang Arab dulu bila sebut nama Allah, mereka akan jaga betul-betul. Tak macam orang kita sekarang, senang sahaja nak sumpah pakai nama Allah. Tapi itu adalah cara sumpah yang salah dan hendak diperbetulkan oleh Allah dalam ayat ini.

Maka Allah nak kata jangan jadikan nama Dia sebagai penghalang untuk buat kebaikan dan pahala.

 

وَتَتَّقوا

dan bertaqwa,

Dan dari jaga hukum yang lain. Taqwa adalah menjaga hukum, tapi mereka ada yang gunakan sumpah sebagai alasan untuk tidak jaga hukum.

 

وَتُصلِحوا بَينَ النّاسِ

serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia.

Dan ada yang menggunakan sumpah dengan nama Allah untuk tidak berbuat baik dengan manusia. Mungkin ada yang apabila dinasihati untuk berbaik dengan musuh dia, dia jawap dia dah sumpah dengan nama Allah yang tidak akan berbaik dengan orang itu; atau ada yang kata dia telah bersumpah dengan nama Allah untuk tidak bercakap dengan orang itu sampai bila-bila; Ini adalah cara sumpah yang salah.

Mereka sebut nama Allah itu dengan cara yang salah kerana tidak mahu buat kebaikan. Jangan buat macam itu. Ianya adalah salah dan tidak menepati syariat.

Lalu apakah yang kena dilakukan kalau sudah buat begitu? Jawapnya: kena batalkan sumpah itu. Permasalahan ini banyak dibincangkan dalam hadis. Sebagai contoh, ada sahabiah yang bersumpah dengan nama Allah untuk pergi buat Haji dengan jalan kaki dan sudahlah jalan kaki, hendak berkaki ayam sahaja. Nabi suruh dia batalkan sumpah itu. Dia kena juga naik kenderaan dan pakai selipar.

 

وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

Allah Maha Mendengar sumpah yang kita lakukan. Allah tahu apa yang dalam hati kita semasa mengucapkan sumpah itu. Allah juga tahu samada kita betul-betul bersumpah atau cakap-cakap kosong sahaja.


 

 

Ayat 225: Sambungan tentang hukum bersumpah.

لا يُؤاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغوِ في أَيمانِكُم وَلٰكِن يُؤاخِذُكُم بِما كَسَبَت قُلوبُكُم ۗ وَاللَّهُ غَفورٌ حَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

Allah does not impose blame upon you for what is unintentional in your oaths, but He imposes blame upon you for what your hearts have earned. And Allah is Forgiving and Forbearing.

MALAY

Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

لا يُؤاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغوِ في أَيمانِكُم

Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan

Ada orang yang tersasul dalam bersumpah. Kalau seseorang itu tersasul dalam bersumpah dengan tidak ada niat, tidak ada apa-apa. Maknanya, di akhirat nanti tidak ada hukuman ke atas orang itu.

Bangsa kita mungkin jarang kita dengar. Tapi kalau bangsa Arab, mereka memang senang sahaja melafazkan sumpah. Sebagai contoh, mereka ada yang berkata: “Wallahi, kalau aku jumpa dia, aku akan bunuh dia”, “wallahi, laparnya aku, kalau aku dapat makanan nanti, aku nak makan lima pinggan terus!”. Semua sumpah itu adalah menggunakan nama Allah, tapi bukanlah dia sebenarnya berniat nak buat betul. Allah tahu isi hati manusia.

 

وَلٰكِن يُؤاخِذُكُم بِما كَسَبَت قُلوبُكُم

tetapi Ia mengira kamu bersalah dengan sebab sumpah yang disengajakan oleh hati kamu

Tapi, kalau seseorang itu bersumpah dengan nama Allah dengan niat dan kemudian dia melanggar sumpah itu, dia berdosa dan akan dihukum kerana dosanya itu. Kalau dia tidak langgar sampai dia mati, tidak mengapa. Yang menjadi kesalahan adalah kalau dia melanggar sumpah itu.

 

وَاللَّهُ غَفورٌ حَليمٌ

Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Allah Maha Pengampun kesalahan hambaNya yang tidak berniat dalam sumpah mereka.

Allah juga adalah seorang yang penyabar, tidak cepat dalam bertindak menghukum. Allah tidak terus menghukum. Sifat حَليمٌ itu adalah seperti kasih seorang ibu kepada anak. Walaupun dia marah tapi masih sayang. Sabar dia dengan kerenah anak dia. Walaupun ibu itu marah kepada perangai anaknya tapi dalam masa yang sama dia masih nampak anaknya itu comel lagi. Begitulah sedikit penerangan tentang maksud sifat ini dan tentunya sifat Allah itu berkali-kali ganda lagi yang kita tidak tahu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s