Tafsir Surah Muddaththir Ayat 18 – 31

Ayat 18:

74:18
Sahih International

Indeed, he thought and deliberated.

Malay

Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) –

إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ

Kerana sesungguhnya ia memikirkan dan merancang

Seperti yang telah disebut dalam awal tafsir surah ini, lelaki yang dimaksudkan dalam surah ini adalah Walid al Mughirah. Dia adalah salah seorang pemuka Musyrikin Mekah dan dia adalah orang yang telah dilantik oleh Musyrikin Mekah yang lain untuk berbincang dengan Nabi Muhammad kerana beliau seorang yang pandai dan dihormati. Mereka suruh dia pergi supaya mungkin dia yang boleh menasihati Nabi Muhammad untuk memberhentikan dakwah baginda.

Beliaulah salah seorang dari dua lelaki yang dimaksudkan oleh Musyrikin Mekah dalam Zukhruf:31. Musyrikin Mekah kata, kenapalah wahyu itu tidak diturunkan kepada Walid al Mughirah, kerana kalau beliau yang jadi Nabi, tentulah mereka akan ikut beliau. Tapi bila diturunkan kepada Muhammad yang tidak ada apa, itulah yang mereka susah untuk beriman – itu adalah salah satu dari alasan mereka sebenarnya. Di bidang hukum pula, al-Walid merupakan salah seorang hakim Arab di masa Jahiliyah dan salah seorang pemimpin Quraisy di Dar an-Nadwah (tempat perkumpulan ketua-ketua bangsa Arab). Semasa mereka memperbaiki Kaabah selepas ianya rosak, Al-Walid berkata pada mereka, “Janganlah kalian memasukkan ke dalam rumah Rabb kalian melainkan harta terbaik kalian. Janganlah kalian memasukkan ke dalam pembangunannya harta dari hasil riba, judi, upah lacur, dan hindarkanlah harta jelek kalian, sesungguhnya Allah tidak menerima kecuali yang baik.”

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Allah Ta’ala menurunkan sebanyak 104 ayat berkenaan Al-Walid bin al-Mughirah.”

Ayat ini memberi kita bahawa dia pun berfikir-fikir, apakah yang dia hendak cakap dan hujah dengan baginda; apakah yang dia boleh tawarkan kepada Nabi supaya baginda meninggalkan dakwah baginda dan sebagainya.

Dia juga berfikir dan merancang apakah dia akan kata tentang Qur’an kalau ada orang tanya kepada beliau. Oleh kerana dia seorang penyair, maka mereka mahu Walid dengar Quran dan komen pasal Quran itu. Mereka hendak beliau kata yang Quran itu tidaklah ada apa-apa kelebihan. Walid memang seorang yang dipandang pandai dan dihormati dalam masyaratnya. Nanti kita akan lihat dialog beliau bersama dengan Abu Jahal tentang perkara ini. Kita akan lihat dalam dialog itu kenapa dia sanggup tinggalkan Qur’an walaupun dia sudah mulai percaya kepada keindahan dan kebenaran yang ada dalam Qur’an. Dia berpaling dari beriman kerana dia malu dengan pandangan orang-orang Musyrikin Mekah kalau dia beriman.

Walaupun asbabun nuzul ayat ini adalah tentang Walid al Mughirah, tapi tidaklah ianya hanya memperkatakan tentang beliau sahaja. Seperti juga asbabun nuzul ayat-ayat yang lain, ianya sebagai contoh. Kalau kita pun bersifat begitu juga, kita pun termasuk dalam orang yang dimaksudkan dalam ayat ini.

Sebagai contoh, pernah sekali, diadakan perjumpaan saintis dunia. Mereka ditanya tentang ketepatan ilmu sains dalam Quran. Hampir kesemua mereka bersetuju dengan fakta yang mengatakan yang Quran itu bukan tulisan Nabi Muhammad dan ianya dari Tuhan. Tapi ada seorang saintis yang tidak mahu mengaku begitu. Dia masih hendak mencari-cari alasan dari manakah Nabi Muhammad mendapat maklumat baginda. Ini adalah contoh bagaimana seorang yang sepatutnya tahu kebenaran, tapi masih lagi menolaknya, dan masih mencari jalan untuk menjelaskan perkara itu dengan cara yang tidak sepatutnya.

Lalu bagaimana dengan masyarakat kita yang masih lagi menolak Jalan Sunnah? Setelah diberikan dengan dalil-dalil dari ayat Quran dan Sunnah Nabi, mereka masih lagi mencari jalan untuk menolak hujah-hujah itu. Mereka masih lagi beri interpretasi kepada dalil-dalil naqli itu mengikut hawa nafsu mereka. Mereka masih lagi hendak berhujah yang hadis-hadis Nabi itu tidak menolak amalan-amalan bidaah mereka. Banyak sekali yang terjadi perkara sebegini sekarang. Apabila kita beri hujah kepada mereka, mereka akan menggunakan akal fikiran mereka untuk membaca nas-nas itu ikut interpretasi mereka sendiri.


 

Ayat 19:

74:19
Sahih International

So may he be destroyed [for] how he deliberated.

Malay

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka

Ayat ini adalah dalam bentuk doa. Kerana begitu teruk sekali perbuatan Walid al Mughirah itu, dia dijanjikan dengan kebinasaan.

Bagaimana mungkin dia berani mengatakan perkara yang tidak benar tentang Quran? Sedangkan dia sendiri dah tahu dan percaya yang ianya bukan kata-kata dari manusia. Begitulah, apabila manusia sudah tahu kebenaran tapi masih lagi mahu menolaknya, azab yang dikenakan kepada mereka amat berat.


 

Ayat 20:

74:20
Sahih International

Then may he be destroyed [for] how he deliberated.

Malay

Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka

Diulang ayat yang sebelumnya sebagai penekanan kepada keburukan yang dilakukan oleh Walid al Mughirah dan orang-orang yang sebegitu.


 

Ayat 21:

74:21
Sahih International

Then he considered [again];

Malay

Kemudian ia merenung dan memikirkan

ثُمَّ نَظَرَ

Kemudian ia merenung

Dia melihat Nabi Muhammad membaca Quran. Nampak macam dia betul-betul dengar, tapi sebenarnya dia hendak mencari silap. Kalau orang lain tengok, bolehlah dia kata yang dia dah dengar dah betul-betul ayat-ayat Quran itu dibacakan.

Ini sama dengan mereka yang datang ke kelas pengajian sunnah untuk mencari kesalahan-kesalahan dalam pengajian itu. Mereka pergi ke kelas pengajian itu supaya bolehlah mereka kata, “aku dah pergi dah kelas mereka, tapi mereka ajar bukannya betul pun…”


 

Ayat 22:

74:22
Sahih International

Then he frowned and scowled;

Malay

Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ

Setelah itu ia mengerutkan mukanya dan bermasam muka;

Dia melihat dengan muka yang marah. Dan kemudian dia buat muka macam tak suka dengan apa yang dia dah dengar. Muka tak puas hati. Muka nak kata: “apa benda aku dengar ni?”.


 

Ayat 23:

74:23
Sahih International

Then he turned back and was arrogant

Malay

Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ

Kemudian ia berpaling dan berlaku sombong,

Dan dia berpaling, kononnya nak tunjuk bagaimana dia dah dengar apa yang Nabi bacakan, tapi selepas dia dengar, kononnya tidak ada apa-apa.

Dan dia dikatakan sebagai sombong kerana tidak mahu menerima kebenaran dari Qur’an. Oleh kerana itu, kalau ada kalangan masyarakat kita yang tak terima Qur’an, mereka pun dikira sebagai ‘sombong’.

Lihatlah bagaimana Allah sebut satu-satu apa yang Walid lakukan.


 

Ayat 24:

74:24
Sahih International

And said, “This is not but magic imitated [from others].

Malay

Serta ia berkata: ” (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

فَقَالَ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ

Serta ia berkata: ” (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang meninggalkan kesan;

Selepas Walid pulang dari berjumpa Nabi Muhammad, maka pemuka Quraish berbincang dengannya, apakah yang mereka nak labelkan Nabi Muhammad? Mungkin mereka boleh kata yang baginda itu penipu? Walid kata: tidak boleh, orang tak akan percaya; bagaimana kalau tuduh Muhammad itu gila? Walid kata itu pun tidak boleh, kerana orang tidak akan percaya; Lihatlah bagaimana mereka berbincang mencari satu tuduhan yang standard supaya mereka tolak baginda dengan satu nada. Kalau mereka kejap kata itu dan kejap kata ini, nanti orang ramai tidak terima nanti.

Oleh itu, dia mencadangkan untuk melabelkan Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad itu sebagai ‘sihir’. Dan bukan sihir biasa, tapi sihir yang hebat – يُؤْثَرُ – yang meninggalkan kesan. Kalau dengar sahaja, akan terkesan dengan apa yang dibacakan itu, macam kena pukau. Mereka pun telah lihat bagaimana muslim waktu itu, yang apabila telah dengar Quran dan telah pegang kemas kepada Quran itu.

Mereka juga nak kata yang Nabi Muhammad telah pelajari sihir itu dari orang lain.

Kenapa mereka menggunakan hujah ini? Kerana dari zaman dahulu lagi, manusia memang terpesona dengan sihir. Mereka tidak tahu nak jelaskan apakah sihir itu; manusia pun memang dah takut dengan sihir; mereka takjub dengan sihir; Maka, kalau ada sesuatu perkara yang hebat dan tak dapat dijelaskan dengan akal mereka, mereka akan itu adalah sihir, kalau dalam bahasa sekarang, dipanggik ‘magik’.

Lihatlah bagaimana mereka telah tersilap dalam memilih hujah itu. Kerana apabila mereka kata yang ayat-ayat Quran itu adalah sihir/magik, maka mereka dalam masa yang sama menyatakan yang Quran itu sendiri adalah sesuatu yang hebat, tidak dapat dijelaskan, bukan datang dari manusia dan datang dari kuasa luar selain manusia.


 

Ayat 25:

74:25
Sahih International

This is not but the word of a human being.”

Malay

“Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”

إِنْ هَٰذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ

“Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”

Walaupun mereka dah kata yang Quran itu adalah sihir, bermaksud ianya bukan sesuatu yang biasa, tapi mereka masih tidak mengaku juga yang ianya adalah sesuatu yang hebat. Sebab itu mereka kena tambah hujah pertama mereka itu dengan menegaskan yang Quran itu adalah hanya kata-kata manusia sahaja, tidak lebih dari itu.

Habislah kisah apakah yang telah dilakukan oleh Walid al Mughirah. Diriwayatkan bahwa Al-Walid datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sedang membacakan Alquran, seakan-akan dia simpati terhadap baginda. Lantas berita tersebut sampai kepada Abu Jahal, lalu dia mendatanginya seraya berkata, “Wahai pamanku, sesungguhnya kaummu akan mengumpulkan harta agar diberikan kepadamu.”

Al-Walid merasa hairan dan berkata, “Untuk apa wahai anak saudaraku?!”

Abu Jahal berkata, “Untuk memberimu, kerana engkau mendatangi Muhammad untuk memaparkan apa yang diperolehnya!”

Al-Walid berkata dengan kesal lagi menyombongkan diri, “Demi Allah, kaum Quraisy mengetahui bahwa akulah orang yang paling kaya di antara mereka.”

Di sini Abu Jahal berkata, “Wahai paman, katakanlah mengenai Alquran kepada kaummu bahwa ia munkar dan engkau membencinya.”

Al-Walid berkata, “Apa yang akan kukatakan?! Demi Allah, tidak ada di antara kalian lelaki yang lebih mengetahui dan lebih luas wawasannya tentang syair daripadaku, dan demi Allah dia tidak mirip dengan syair sama sekali.”

Demi Allah, perkataan yang diucapkannya adalah sesuatu yang manis, dia memiliki keindahan, dan ada buah di atasnya, sementara di bawahnya lebat. Sungguh, ia amat tinggi dan tiada tara, dia pun akan menghancurkan apa yang di bawahnya.

Maka Abu Jahal berkata dengan untuk membangkitkan dasar-dasar kekufuran di hati Al-Walid yang paling dalam, “Demi Allah, kaummu tidak rela terhadapmu sehingga engkau mengatakan buruk tentangnya.”

Al-Walid berkata, “Biarkan aku berfikir.” Sesudah berfikir keras, berperang melawan jiwa, berfikir dengan bantuan gerombolan setan dalam dirinya, dia berkata, “ini adalah sihir yang membekas.”


 

Ayat 26:

74:26
Sahih International

I will drive him into Saqar.

Malay

(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.

سَأُصْلِيهِ سَقَرَ

Dia akan dimasukkan ke dalam Saqar.

‘Saqar’ adalah salah satu dari nama Neraka. Apabila seseorang itu demam dan berjalan pula di panas terik, kepalanya akan kepanasan – orang kata ‘berasap kepalanya’ – itulah سَقَرَ – jadi, apabila digunakan perkataan سَقَرَ, ianya memberi isyarat bahawa penghuni سَقَرَ nanti kepanasan kepala mereka (menggelegak), mereka akan duduk dalam kepanasan.


 

Ayat 27:

74:27
Sahih International

And what can make you know what is Saqar?

Malay

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?

وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?

Apabila Allah begini, maknanya Allah nak beritahu kita dalam ayat seterusnya. Kerana kita tidak akan dapat tahu, melainkan dengan maklumat dari Allah. Tidak ada jalan lain. Kalau Allah tak beritahu, kita tidak akan tahu.


 

Ayat 28:

74:28
Sahih International

It lets nothing remain and leaves nothing [unburned],

Malay

Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)

لَا تُبْقِي وَلَا تَذَرُ

Ia tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkan

Ia akan membakar semua sekali tubuh manusia, tidak ada yang tinggal.


 

Ayat 29:

74:29
Sahih International

Blackening the skins.

Malay

Ia terus-menerus membakar kulit manusia!

لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ

Ia terus-menerus membakar kulit!

Kenapa sebut kulit pula sedangkan sebelum ini telah disebut semua sekali? Kerana kulit lah yang dibangga-bangga manusia. Kulit yang mereka banggakan itu akan dibakar berkali-kali. Kerana dalam ayat yang lain, ada disebut bagaimana kulit itu akan diganti dengan kulit yang baru.


 

Ayat 30:

74:30
Sahih International

Over it are nineteen [angels].

Malay

Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ

Di atasnya ada sembilan belas.

19 individu yang dimaksudkan adalah para malaikat. Tidak disebut dalam ayat ini, tapi disebut dalam ayat yang seterusnya. Mereka menjaga Neraka dan juga menjalankan hukuman kepada penghuni Neraka. Mereka amat cermat, kasar dan amat taat dalam menjalankan tugas mereka. Mereka hanya taat kepada Allah sahaja. Jadi, jangan harap nak dapat pujuk mereka untuk berhenti walau sesaat pun.

Oleh itu, jangan bandingkan mereka dengan manusia. Manusia terhad dari segi kekuatan dan apa yang kita boleh lakukan. Tapi Allah telah memberi kelebihan kepada para malaikat untuk menjalankan tugas mereka. Mereka tidak boleh dikalahkan.

Ada kisah menarik tentang nombor 19 ini yang akan diterangkan dalam ayat seterusnya.


 

Ayat 31: Ayat ini datang kemudian. Tidaklah diturunkan terus selepas ayat 30 di atas.

74:31
Sahih International

And We have not made the keepers of the Fire except angels. And We have not made their number except as a trial for those who disbelieve – that those who were given the Scripture will be convinced and those who have believed will increase in faith and those who were given the Scripture and the believers will not doubt and that those in whose hearts is hypocrisy and the disbelievers will say, “What does Allah intend by this as an example?” Thus does Allah leave astray whom He wills and guides whom He wills. And none knows the soldiers of your Lord except Him. And mention of the Fire is not but a reminder to humanity.

Malay

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً

Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat,

Kenapa Allah beritahu dalam ayat ini yang 19 individu itu adalah malaikat? Kerana hendak memberitahu yang mereka itu bukannya manusia yang boleh dikalahkan.

Asbabun Nuzul ayat ini: apabila Musyrikin Mekah dapat tahu yang hanya ada 19 sahaja penjaga Neraka, mereka kata senanglah mereka nak kalahkan. Ada seorang lelaki yang gagah yang yang bernama Kaldah berkata, biar dia sahaja yang kalahkan 17 malaikat itu, dan orang lain boleh kalahkan yang lagi dua.

Oleh itu, Allah turunkan ayat ini kerana hendak menekankan yang mereka yang menjaga neraka itu bukanlah manusia biasa, tapi mereka itu adalah malaikat. Dan malaikat tidak sama dengan manusia. Jangan mereka nak main-main dengan malaikat. Jangan mereka ingat mereka boleh kalahkan para malaikat itu.

 

وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا

dan Kami tidak menjadikan bilangan itu melainkan sebagai satu ujian kepada orang-orang kafir itu,

Allah sebut nombor 19 itu sebagai ujian sahaja. Bukan ada makna spesifik yang perlu dikaji. Kita kena ingat, Allah berhak untuk memilih bilangan apa pun yang Dia hendak letak. Bukan kita perlu untuk kaji kenapa 19, kenapa 3, kenapa 21 atau apa-apa nombor pun. Memang hal berkenaan dengan nombor ini memang banyak masalah. Ada orang yang percaya dengan nombor. Kalau orang kafir tu, kita faham lah juga, sebab mereka kafir. Tapi yang mengaku Islam pun percaya juga. Kalau orang yang tak tahu agama pun, kita faham juga, sebab mereka orang jahil. Tapi, orang-orang yang kononnya pandai pun, tertipu dengan hal nombor juga. Sebagai contoh, ada Darul Hadis di Kedah yang mengatakan nombor 13 adalah nombor bertuah dalam Islam. Dan hujah yang diberikan adalah hujah akal, hujah kebetulan dan macam-macam lagi hujah yang mengarut. Masalahnya, yang berkata begitu adalah mudir Darul Hadis itu!

Jadi, sebab pertama nombor 19 itu adalah sebagai ujian. Dan banyak yang sudah kalah dengan ujian ini.

 

لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ

supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin

Tujuan kedua nombor 19 itu adalah kerana ditujukan kepada Ahli Kitab. Supaya Ahli Kitab itu tahu yang apa yang Nabi Muhammad beritahu itu adalah kebenaran kerana mereka pun tahu dari Kitab mereka yang bilangan penjaga Neraka adalah 19. Ilmu tentang nombor 19 itu bukan dalam kitab-kitab yang boleh diketahui oleh penganut mereka yang awam, tapi pendita-pendita mereka sahaja. Kerana kita sendiri pun masih tidak mendapati bilangan penjaga Neraka ini 19 dalam kitab-kitab utama mereka. Jadi, mereka tahu yang Nabi Muhammad tidaklah mendapat maklumat ini dari cakap-cakap manusia sahaja, tapi ianya adalah wahyu.

Apabila mereka mendengar tentang nombor 19 ini, sepatutnya ia menarik perhatian mereka kerana mereka memang suka dengan nombor-nombor ini. Antaranya mereka amat prihatin tentang bilangan Pemuda Kahfi seperti yang diceritakan dalam tafsir Surah Kahf.

 

وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا

dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya;

Sebab ketiga adalah untuk menambah iman orang Muslim yang memang sudah ada iman dalam diri mereka. Yang sudah ada iman, Allah tambah lagi iman mereka. Ini adalah kerana apabila mereka melihat Ahli Kitab pun percaya dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad, itu tentunya menambahkan lagi keimanan mereka.

 

وَلَا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ

dan juga supaya tidak ragu-ragu orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu

Kalau mereka tetap di atas pendirian iman mereka, Ahli Kitab dan orang-orang yang beriman itu akan mendapat lebih iman lagi.

 

وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْكَافِرُونَ

dan supaya orang-orang yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata:

Orang yang ada penyakit dalam hati mereka merujuk kepada orang-orang Munafik. Tetapi bagaimana pula ada orang munafik di Mekah? Kerana pendapat umum mengatakan yang orang munafik hanya ada di Madinah sahaja. Kerana tidak perlu orang muslim hendak bermuka-muka di Mekah kerana lebih bahaya kalau mengaku kafir daripada mengaku Islam. Hanya apabila di Madinah, apabila Islam sudah naik, ada orang yang tidak beriman tapi mengaku Islam.

Dari itu, ada yang mengatakan yang golongan Munafik, bukan sahaja ada di Madinah, tapi di Mekah pun sudah ada.

Ataupun, penyakit hati itu adalah berbentuk umum. Iaitu mereka yang belum cukup iman mereka.

 

مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا

“Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?”

Orang kafir akan menggunakan hujah bilangan 19 malaikat ini sebagai ejekan sahaja. Mereka kata ini tentunya satu perkara yang mengarut yang tidak masuk akal.

Dan akan ada yang tertanya-tanya pula, apakah maksud 19 itu? Biarkan mereka tertanya-tanya apakah maksud nombor 19 itu? Ini memang terjadi. Pernahkan anda dengar tentang ‘Kod 19‘? Ini adalah satu teori yang dibawa oleh seorang lelaki Mesir yang bernama Rashad Khalifa. Dia telah memasukkan ayat-ayat Quran ke dalam komputer dan kononnya hasilnya, terdapat satu kod dalam Quran itu iaitu nombor 19. Jadi, dia mengatakan bahawa bilangan ayat, bilangan huruf, bilangan sebutan Allah dalam Quran itu, semuanya ada kena mengena dengan nombor 19.

Nampak macam menarik dan seperti ianya adalah dalil kepada keajaiban matematik Quran. Tapi hasil dari perkara ini, Rashad Khalifa telah mengaku sebagai rasul selepas Nabi Muhammad. Dia kata mukjizat Nabi Muhammad adalah Quran dan mukjizat dia adalah kod 19 itu. Dengan kod 19 itu juga, dia telah menolak dua ayat Quran kerana dua ayat itu tidak kena dengan bilangan 19. Sekarang kita selalu mendengar golongan anti-hadis, bukan? Tahukah anda yang permulaan mereka itu dari teori Kod 19 ini? Pengikut fahaman Rashad Khalifa ini sekarang ini menggelar diri mereka The Submitter. Sampaikan Syeikh Ahmed Deedat sendiri tertipu dengan apa yang dikatakan oleh Rashad Khalifa ini (tapi selepas itu beliau tahu penipuan di dalamnya dan meninggalkan fahaman itu).

Kita tidaklah mahu memanjangkan perbincangan tentang perkara ini. Tapi perlu juga diketahui serba sedikit supaya kalau kita bertemu dengan hujah golongan ini, atau terbaca artikel tentangnya, tidaklah terpesong nanti. Anda boleh baca tulisan Syeikh Bilal Phillips di sini:

ataupun dengar video pendek berkenaannya di sini:

 

كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاءُ

Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya

Allah menyesatkan sesiapa yang ada keinginan untuk sesat di dalam hatinya. Ayat ini tidaklah bermakna yang ada orang yang Allah hendak dia jadi sesat pula.

Mereka yang sesat itu akan menggunakan ayat-ayat sebegini untuk menolak Islam.

 

وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ

dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya

Mereka yang ada keinginan kepada kebenaran akan menjumpa kebenaran. Allah akan membawa orang itu kepada kebenaran dan hidayah.

 

وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ

dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.

Ada banyak lagi bilangan penjara neraka itu. Kerana Malaikat Zabaniah itu ketua sahaja dan mereka ada malaikat lain bawahan mereka. Macam Malaikat Maut ada satu sahaja, tapi dia ada malaikat bawahannya yang menjalankan kerja mencabut nyawa makhluk.

Hanya Allah sahaja yang tahu bilangan malaikat yang amat banyak itu. Dalam hadis ada disebut bagaimana Nabi Muhammad telah melihat banyaknya malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur.

 

وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ

Dan ianya tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

Yang dimaksudkan ‘ianya’ adalah Neraka. Jadi ayat-ayat di atas adalah sebagai peringatan. Jangan pakai untuk halau hantu ke, ayat Pengasih ke dan sebagainya. Masalah dengan orang kita, kalau ada pelik sikit, mula mereka gunakan ayat-ayat itu sebagai ‘azimat’. Mereka tak faham pun makna ayat-ayat yang mereka bacakan. Kalau mereka tahu, mereka akan sedar bahawa ayat-ayat itu tidak ada kena mengena dengan niat mereka membaca ayat-ayat itu. Sebagai contoh, ada yang menggunakan ayat laqad jaa’akum sebagai ayat Pengasih, padahal ianya menceritakan tentang datangnya Nabi Muhammad kita kita dan menceritakan sifat-sifat baginda. Ini amat menyedihkan. Sedih kita lihat kejahilan masyarakat kita dalam hal agama ini.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Ustaz Adli Yayasan Taalim

Nouman Ali Khan

Hijaab Iqbal Al-Huda International

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 074: Muddaththir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s