Tafsir Surah Muddaththir Ayat 1 – 17

Pengenalan:

Surah ini adalah sambungan kepada surah Muzzammil. Dalam surah Muzzammil, telah disebut tentang persediaan untuk berdakwah dan dalam surah ini, disebut asas-asas dakwah.

Surah ini diturunkan selepas Surah Iqra’. Tapi ada juga yang kata ini adalah surah pertama. Ini adalah tidak benar, tetapi sebenarnya surah ini adalah surah pertama yang turun selepas perhentian wahyu. Selepas Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira’, baginda telah berjumpa dengan Waraqah bin Naufal dalam kisah yang terkenal itu. Selepas berjumpa dengan Waraqah, wahyu telah berhenti dari diturunkan kepada Nabi. Waktu itulah yang dinamakan sebagai ‘Perhentian Wahyu’ dimana wahyu berhenti diturunkan kepada Nabi untuk beberapa lama. Berapa lama waktu itu, para ulama tidak sepakat tentangnya. Oleh kerana wahyu tidak diturunkan lagi, Nabi telah kesedihan. Dan ulama berpendapat, Allah telah menangguhkan penuruhan wahyu supaya Nabi rindu kepada wahyu itu dan bersungguh untuk menerima wahyu lagi. Tambahan pula, selepas berjumpa dengan Waraqah, baginda telah diberitahu bahawa itu adalah malaikat yang telah menyampaikan wahyu itu. Oleh itu, setelah sekian lama baginda tidak mendapat wahyu, semasa baginda berjalan di pasar, baginda telah ternampak Jibrail di langit sedang duduk di atas kerusi dan oleh kerana ketakutan dengan apa yang baginda lihat, baginda telah lari balik balik ke rumah dan baginda telah meminta diselimutkan.

Begitulah kisah dengan ringkas bagaimana surah ini mula diturunkan. Selepas penuruhan surah ini, wahyu berterusan diturunkan kepada Nabi.

Surah ini adalah tentang dakwah. Dalam surah al-Alaq, Nabi tidak disuruh berdakwah lagi. Dalam surah ini baru baginda disuruh berdakwah.


 

Ayat 1:

74:1
Sahih International

O you who covers himself [with a garment],

Malay

Wahai orang yang berselimut!

Seperti yang telah disebutkan dalam pengenalan, semasa baginda berjalan, baginda nampak Jibrail duduk di langit di atas tahta. Baginda ketakutan dan balik ke rumah minta diselimutkan. Ini adalah kebiasaan kepada manusia yang berkelubung menutup dirinya kalau dalam ketakutan. Allah mengggunakan keadaan baginda waktu itu sebagai panggilan kepada baginda.


 

Ayat 2:

74:2
Sahih International

Arise and warn

Malay

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

 

Nabi Muhammad telah diarahkan untuk tidak berselimut lagi, tapi kena menjalankan tugas baginda untuk menyampaikan amaran kepada kaumnya yang telah jauh terpesong dari jalan yang benar. Begitu juga kita juga kena menerima ayat ini sebagai arahan kepada kita juga. Jangan duduk rehat sahaja dengan ilmu yang kita ada tapi hendaklah kita sampaikan peringatan dan amaran kepada manusia.

Arahan berdakwah kepada Nabi. Ayat ini memberitahu tanggungjawab baginda untuk menyampaikan dakwah kepada Nabi. Sama juga yang diberikan kepada Nabi Nuh dalam surah Nuh.

Peringatan itu kerana ada perasaan kasih dan sayang. Kita beri peringatan dan amaran kerana kita sayang kepada orang yang kita berikan amaran itu. Kita tidak mahu mereka terjerumus ke lembah kehinaan dan dimasukkan ke dalam neraka. Seumpama kita sedang melihat seorang lelaki yang berjalan ke arah gaung dan dia tidak perasan yang di hadapannya itu adalah gaung. Tentu kita akan menjerit kepada lelaki itu memberitahu kepadanya yang dia sedang menuju gaung. Kerana kita tidak mahu dia jatuh ke dalam gaung. Begitulah juga dengan masyarakat di sekeliling kita. Mereka itu adalah ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, jiran tetangga kita dan sebagainya. Kerana kita sayang mereka, tentulah kita tidak mahu keburukan untuk mereka. Oleh itu, amaran yang diberikan kepada manusia itu adalah kerana berdasarkan kepada kasih sayang kita kepada mereka. Kita kena bangun untuk memberi amaran kepada mereka.

قُمْ juga boleh bermaksud arahan kepada Nabi untuk bangun mengerjakan solat malam seperti yang telah diarahkan dalam surah Muzzammil sebelum ini.


 

Ayat 3: Arahan kedua.

74:3
Sahih International

And your Lord glorify

Malay

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

 

Dakwah adalah untuk membesarkan Allah. Dengan lisan dan juga perbuatan. Kerana Allah lah sahaja yang layak dibesarkan. Tidak ada makhluk lain yang layak dibesarkan. Waktu surah ini diturunkan, Nabi Muhammad berada di tengah-tengah masyarakat yang sedang mempunyai banyak tuhan. Tentulah berat sekali tugas baginda waktu itu.

Kita lakukan pembesaran Allah ini setiap hari dalam takbir solat kita, dalam azan kita. Itu adalah dalam bentuk lisan. Alhamdulillah, banyak kali kita lakukan. Tapi itu adalah dalam bentuk lisan sahaja, bagaimana dengan perbuatan kita? Adakah kita melebihkan Allah dalam segala hal kita? Atau kita ada juga sekali sekala melebihkan perkara keduniaan dalam pilihan kita?

Allah suruh kita membesarkanNya kepada manusia. Inilah tanggungjawab pendakwah, menyampaikan kebesaran Allah kepada manusia. Iaitu kita kena lebihkan Allah dari perkara lain dalam dunia ini.

Ada kelebihan mukjizat dalam ayat ini. Lihatlah bagaimana perkataan رَبَّكَ فَكَبِّرْ kalau dibaca dari kanan ke kiri pun akan berbunyi yang sama. Ini dinamakan Palindrome.


 

Ayat 4: Arahan ketiga.

74:4
Sahih International

And your clothing purify

Malay

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

 

Ada banyak sekali maksud yang ditafsirkan oleh ulama tafsir berkenaan ayat ini.

1. Maksud yang zahir adalah ayat ini mengjajar kita untuk membersihkan kain pakaian kita dengan air. Iaitu kita disuruh untuk bersihkan pakaian kita dari kekotoran dan najis. Kerana kebersihan pada pakaian akan ada kesan kepada diri dan emosi kita. Arahan ini telah diberikan kepada Nabi Muhammad kerana ianya adalah perkara yang baru: masyarakat Arab tak buat perkara ini. Bukan sahaja mereka, tapi orang Eropah zaman itu pun teruk juga. Sebagai contoh, mereka tidak bersihkan pakaian mereka, pakai berhari-hari, berbulan atau bertahun dan mereka tidak membersihkan najis mereka pun. Waktu mereka di zaman gelap itu, Islam lah yang memulakan pembersihan diri dan pakain.

Ini menunjukkan yang Islam tidak sama dengan agama lain. Ada agama yang memandang, semakin kotor seseorang itu, semakin tinggi agama orang itu. Lihatlah agama Hindu dengan sami-sami mereka dan orang-orang agama mereka yang tidak mandi, tidak pakai baju dan macam-macam lagi. Mereka nampaknya tidak terurus dan nampak kotor sekali.

Lihatlah kelebihan agama Islam ini, awal-awal lagi Nabi Muhammad telah diajar untuk membersihkan diri baginda.

Oleh itu, maksud pertama yang kita boleh ambil dari ayat ini adalah arahan untuk membersihkan luaran kita. Jangan jadi busuk. Jangan macam golongan yang kononnya zuhud. Sampaikan tak mandi. Islam memandang perkara-perkara ini. Bayangkan, Nabi sampai melarang orang yang makan bawang putih dari masuk masjid kerana ianya boleh mengganggu orang lain. Dan untuk lelaki, dianjurkan untuk memakai wangi-wangian.

2. Ada juga yang mengatakan ini adalah isyarat untuk ‘membersihkan’ kawan-kawan kita. Kena lihat dengan siapa kita berkawan. Kawan yang baik akan mendorong kita ke arah kebaikan dan kawan yang buruk akan mengajak kita ke arah yang sebaliknya.

3. Ada juga yang mengatakan ini adalah isyarat untuk membersihkan pakaian dari digunakan untuk maksiat. Kerana ada manusia yang pakai pakai nak tipu manusia. Ada yang berpakaian kerana hendak menunjukkan dia kaya, atau dia alim, padahal tidak. Macam peniaga MLM sekarang, mereka sanggup berhutang untuk beli kereta mewah supaya tunjuk kepada orang ramai yang mereka beli kereta itu dengan wang perniagaan MLM; atau golongan yang pakai jubah dan serban dan rida’ di bahu kerana nak tunjuk mereka orang alim, tapi tidak sebenarnya.

4. Ada juga yang tafsir ayat ini sebagai larangan pakai pakaian dari hasil yang haram. Itu bukan dari sumber yang bersih.

5. Bukan sahaja kita disuruh membersihkan pakaian luaran sahaja, tapi kita juga disuruh membersihkan diri juga. Inilah yg dinamakan dalam agama kita sebagai taju kThoharah. Kita diajar sebelum solat untuk membersihkan diri kita dari kekotoran luaran dan hadas kecil dan besar.

6. Bukan sahaja kita disuruh bersihkan pakaian dan badan kita, tetapi kita juga kena bersihkan jiwa kita juga.

7. Ada yang mengatakan bahawa suruhan dalam ayat ini juga mengelokkan amal kerja kita. Kerana yang itulah yang orang akan nampak dahulu.

8. Orang yang suka batal janji dikatakan ‘kotor’ pakaiannya. Ini adalah kiasan orang Arab terhadap mereka yang seperti itu. Ini adalah kerana mereka amat berbahasa. Dan kalau seseorang itu jenis yang menepati janji, orang itu akan dikatakan sebagai ‘berbaju bersih’.

9. Juga tempat ibadat kita kena bersih juga. Malang sekali tandas masjid kita teruk. Ini amat memalukan sekali, kerana sepatutnya kita agama yang mementingkan kebersihan tapi lihatlah bagaimana kita lakukan kepada tandas-tandas di masjid. Ianya amat kotor sampaikan tak lalu kita hendak memasukinya.


 

Ayat 5:

74:5
Sahih International

And uncleanliness avoid

Malay

Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

 

Menjauhkan segala kejahatan dari diri kita, luaran dan dalaman. Ini termasuk lah:

1. Dari kekotoran dan kejahatan akidah, seperti berhala.
2. Dari kekotoran dosa seperti perbuata maksiat
3. Juga, membersihkan niat kita dalam melakukan ibadah.


 

Ayat 6:

74:6
Sahih International

And do not confer favor to acquire more

Malay

Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

 

1. Jangan buat perkara kebaikan kerana mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Jangan harap balasan harta, balasan pujian orang lain dan sebagainya. Kalau seorang pendakwah mengharapkan balasan dunia, maka itu akan mengganggu keikhlasannya dalam berdakwah. Dakwah dah tak jadi dah.

2. Jangan impikan dapat kebaikan dunia yang banyak dari banyak melakukan amal. Macam ada yang rasa kalau solat, akan kaya, sihat tubuh badan dan sebagainya. Itu adalah balasan dunia. Kita solat dan buat amal Ibadat adalah kerana taat kepada Allah.

3. Jangan ada rasa dengan amal yang sedikit, boleh dapat banyak kenaikan atau balasan dari Allah. Ada yang rasa diri sudah selamat kerana dia banyak amal. Ini adalah silap faham tentang ibadat. Kita memang disuruh buat ibadat sebanyak mungkin. Tapi sebanyak mana pun amal kita, tidak akan dapat mengandungi nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.

4. Nabi Muhammad diingatkan dalam ayat ini supaya jangan mengharapkan kelebihan dunia dengan pangkat kenabian itu.

Macam zaman sekarang, guru tarekat nak macam-macam dari anak muridnya. Ramai anak murid yang kena tipu. Mereka ungkit kedudukan mereka kononnya sebagai wali Allah. Mereka hendakkan harta. Kita boleh lihat bagaimana guru-guru tarekat hidup dalam kemewahan. Semuanya itu diberikan oleh anak-anak murid yang tertipu.

5. Jangan ungkit kebaikan yang kita telah berikan kepada orang.

تَمْنُن.6 juga boleh bermaksud ‘memutuskan’. Iaitu jangan putuskan kebaikan yang kita lakukan. Jangan putuskan membersihkan diri. Juga jangan berhenti dakwah. Apabila kita dah mulakan, maka kena teruskan.

7. Dan perkataan تَسْتَكْثِرُ yang bermaksud ‘banyak’, kita dilarang dari memutuskan perbuatan yang baik kerana rasa dah banyak buat kebaikan. Jangan dah lama buat kebaikan dan sampai satu masa rasa dah banyak buat baik dah, boleh rehat dah. Tidak, jangan begitu.

8. Atau jangan berhenti usaha kerana rasa ianya berat. Kerana memang buat kebaikan adalah berat. Sentiasa sahaja syaitan dan nafsu akan menghalang kita untuk berbuat kebaikan. Syaitan dan nafsu akan membisikkan kesusahan yang terlibat dalam perbuatan yang baik itu. Mereka akan kata, baik rehat sahaja, tak payah susah-susah buat amal kebaikan ni. Tetapi iman lah yang memberikan nasihat mengingatkan kebaikan yang akan diperolehi di akhirat kelak.


 

Ayat 7:

74:7
Sahih International

But for your Lord be patient.

Malay

Dan kerana Tuhanmu, hendaklah engkau bersabar!

 

1. Kita kena sabar kerana Allah. Kita kena ingat janji Allah kepada kita. Ingat bahawa kita akan mendapat balasan kebaikan dari Allah nanti atas kesusahan dan kesabaran kita. Memang kerja kebaikan yang kita buat adalah berat tapi kita buat semua itu kerana Allah. Kerana mencari redha Allah.

Maka sabarlah dengan dugaan menyampaikan dakwah ini. Ia bukan kerja yang senang. Apabila kita berdakwah, kita akan tolak, kena marah dan kena tohmah. Tapi walau bagaimana pun, kita kena teruskan.

2. Sabar atas segala yang kita buat, jangan harap balasan di dunia. Jangan jadi guru yang harap infak yang banyak dari anak murid. Ada guru yang buat madrasah kerana harap anak murid bagi duit kepadanya. Bila anak murid tak bagi wang, kelam kabut jadinya. Ataupun ada yang anak murid dah tak beri infak kerana apa-apa sebab, dia benci kepada anak murid itu.

Ada juga guru yang mengharapkan pujian dari anak muridnya dari ajarannya. Sepatutnya kita kena ikhlas dalam mengajar.
Ini mengajar kita untuk buat sesuatu hanya kerana Allah.

Kesimpulan: Tujuh ayat yang pertama ini adalah asas kepada kerja-kerja dakwah yang diarahkan kepada Nabi Muhammad dan kepada kita juga. Perhatikan satu persatu dan amalkan jalankan semuanya dalam kerja dakwah kita.


 

Ayat 8: Sekarang Allah memberitahu tentang Hari Akhirat pula.

74:8
Sahih International

And when the trumpet is blown,

Malay

Apabila ditiup ke dalam sangkakala,

 

نُقِرَ bermaksud meniup sesuatu dengan ada bunyi. Maknanya, bukan sahaja sangkakala itu apabila ditiup mengeluarkan bunyi, tapi malaikat yang meniupnya juga, meniup dengan bunyi sekali. Kalau perkataan نفخ digunakan, ia bermaksud tiupan tanpa bunyi.

Sangkakala itu dikatakan berupa tanduk. Ianya akan ditiup pada Hari Kiamat nanti untuk menandakan Hari Kiamat telah bermula. Nabi pernah bersabda tentang perkara ini:

حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ أَبُو الْعَلاَءِ، عَنْ عَطِيَّةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ كَيْفَ أَنْعَمُ وَصَاحِبُ الْقَرْنِ قَدِ الْتَقَمَ الْقَرْنَ وَاسْتَمَعَ الإِذْنَ مَتَى يُؤْمَرُ بِالنَّفْخِ فَيَنْفُخُ ‏”‏ ‏.‏ فَكَأَنَّ ذَلِكَ ثَقُلَ عَلَى أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ لَهُمْ ‏”‏ قُولُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم نَحْوَهُ ‏.‏

Abu Sa’eed meriwayatkan:
“Rasul Allah (saw) bersabda: ‘Bagaimana aku boleh merasa nikmat sedangkan penjaga tanduk itu meletakkannya pada bibirnya, telinganya mendengar bilakah dia akan diperintahkan untuk meniup, supaya dia boleh meniup. Ia seolah-olah sangat keras kepada para sahabat Nabi (saw), maka ia berkata kepada mereka: ‘Katakanlah: “. Allah adalah cukup bagi kami dan apa yang baik pelindung Dia, dan kepada Allah kita bergantung”

Dalam hadis ini, Nabi suruh kita serah diri bulat-bulat kepada Allah. Samada amal kita cukup atau tidak. Redha kita itu akan menyelamatkan kita. Apa-apa yang terjadi, kita terima sahaja.


 

Ayat 9: Allah menceritakan tentang bagaimana keadaan dan sifat Hari Kiamat itu.

74:9
Sahih International

That Day will be a difficult day

Malay

Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar –

 

Hari yang amat sukar. Hari Kiamat itu sendiri amat dahsyat. Kemudian kena melalui penantian di Mahsyar. Entah berapa lama. Ianya adalah sesuatu yang amat menakutkan kerana kita tidak tahu nasib kita macam mana. Adakah kita akan selamat atau tidak. Keadaan waktu itu amat gelisah dan kecoh.


 

Ayat 10:

74:10
Sahih International

For the disbelievers – not easy.

Malay

Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah

 

Kepada orang-orang kafir, penantian itu sudah termasuk dalam penyeksaan kerana mereka akan sedar kesalahan yang mereka telah lakukan semasa di dunia. Segala apa yang diberitahu kepada mereka tapi mereka tolak, sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Ayat ini amat menakutkan, sampai pernah seorang qadi dari Basrah yang bernama Zurarah bin Awfa yang dalam solatnya membaca surah ini dan apabila dia sampai kepada ayat ini, dia menarik nafasnya lalu jatuh mati kerana takutnya dia.

Apabila dikatakan yang Hari itu susah kepada orang kafir, ianya memberi isyarat bahawa ianya adalah hari yang mudah untuk orang-orang beriman.


 

Ayat 11:

74:11
Sahih International

Leave Me with the one I created alone

Malay

Biarkanlah Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri

 

Biarkan Allah yang akan hadapi mereka. Allah akan hadapi mereka sendiri. Allah pujuk Nabi dengan berfirman kepada Nabi, tidak usah risau tentang mereka, serahkan sahaja kepada Allah untuk menangani orang yang sebegitu.

Allah menempelak mereka dan mengingatkan mereka asal mereka. Mereka itu, seperti semua orang, lahir seorang diri. Tiada harta dan tiada anak. Mereka tidak miliki apa-apa, nak makan sendiri pun tidak boleh. Siapakah yang telah memberi kepada mereka? Tentu Allah lah yang beri segalanya.

Maksud kedua dari ayat ini adalah: Allah lah sahaja yang menjadikan mereka tanpa bantuan sesiapa. Yang mereka sembah dan puja itu tidak terlibat sedikitpun dalam penciptaan mereka.


 

Ayat 12:

74:12
Sahih International

And to whom I granted extensive wealth

Malay

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang panjang,

 

Allah telah memberi kepada mereka harta yang melimpah ruah. Asbabun Nuzul ayat ini adalah tentang seorang musyrik yang bernama Walid bin Mughirah. Allah telah memberikan kesenangan hidup kepadanya. Dikatakan bahawa pendapatannya setahun adalah sepuluh juta dinar. Dia amat kaya dan terkenal sekali di Tanah Arab. Dia amat sombong dengan kelebihan yang ada padanya. Dia juga seorang penyair yang pandai. Dia telah mendengar sendiri Qur’an dan kerana kepandaiannya, dia sendiri tahu yang Qur’an itu adalah benar dan tidak mungkin hasil dari manusia. Tapi dia tolak juga itu. Kerana dia tak mahu hilang kedudukan dan kekayaan.

Walaupun asbanun nuzul ayat ini adalah tentang Walid al Mughirah, tapi dia mewakili orang-orang yang sebegini. Mereka itu tidak sedar asal kejadian mereka, mereka lupa dengan apa yang Allah telah berikan kepada mereka. Walaupun Allah telah berikan macam-macam, mereka masih menolak dan menentang kebenaran.


 

Ayat 13:

74:13
Sahih International

And children present [with him]

Malay

Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.

 

Walid bin Mughirah ada sepuluh atau dua belas anak-anak lelaki yang terkenal. Mereka membantu ayah mereka dalam kehidupan beliau. Salah seorangnya yang kita amat kenal adalah sahabat yang terkenal – Khalid al Walid.

Allah menyambung menceritakan kenikmatan yang telah diberikan kepadanya. Setelah diberikan dengan harta yang banyak, dia juga telah diberikan dengan anak-anak. Anak-anaknya sentiasa ada dengan dia. Itulah maksud ‘hadir’. Maknanya, anak itu ada di depan matanya. Sukalah mak ayah kalau macam tu. Iaitu kalau anak tak pergi ke mana. Anak ada sahaja di depan mata. Manusia memang nak berteman. Lebih-lebih lagi anak kerana anak adalah penyejuk mata ibubapa. Memang mereka nak anak mereka duduk depan mata mereka. Tanyalah kepada mana-mana ibubapa yang normal pun. Mereka sanggup bayar anak untuk anak balik kampung. Kalau raya tak balik kampung, bukankah mak ayah kita sudah sedih?

Orang Melayu begitu, begitulah juga bangsa Arab. Orang Arab bina rumah tanpa atap macam kita. Sebab senang nak tambah tingkat atas untuk anak mereka tinggal sekali. Bila begitu, senang anak nak jaga dia bila dia dah tua nanti. Itulah maksud anak yang hadir sentiasa.

Masalahnya, anak-anak kita ramai yang merantau mencari kerja. Tapi dalam hal Walid al Mughirah, tidak perlu anaknya untuk ke mana-mana. Hartanya banyak seperti disebutkan dalam ayat sebelum ini, sampai tak perlu anak nak merantau cari harta di tempat lain. Cuma jaga harta ayahnya sahaja.

Dalam ayat ini disebut وَبَنِينَ (anak lelaki). Ini kerana, orang Arab suka kalau anak lelaki yang banyak. Mereka akan rasa kuat.

Maksud perkataan lain untuk syuhuuda dalam ayat ini adalah: anak-anaknya itu tinggi dalam masyarakat sampaikan mereka dipegang sebagai saksi dalam banyak perkara.

Allah ungkit apa yang Dia telah berikan kepada mereka yang menentang agama.


 

Ayat 14:

74:14
Sahih International

And spread [everything] before him, easing [his life].

Malay

Dan Aku siapkan dia dengan segala persiapan.

 

Allah upayakan dia dengan berjenis-jenis harta dan perkakas dan barang-barang lain lagi. Macam-macam dia ada untuk memudahkan hidupnya. Hidupnya senang dan amat-amat selesa. Apa sahaja yang dia hendak, dia boleh dapat.


 

Ayat 15:

74:15
Sahih International

Then he desires that I should add more.

Malay

Kemudian ia tamak, supaya Aku tambahi lagi;

 

Dia nak macam-macam lagi. Dia rasa tak cukup dan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Kebanyakan manusia pun macam itulah juga. Dah ada sejuta, nak 2.6 billion pula. Memang tidak pernah rasa cukup.

Dia bukan sahaja tamak dengan kelebihan dunia, tapi dia juga rasa kalau akhirat itu betul ada, dia nak dapat kelebihan di akhirat juga.


 

Ayat 16:

74:16
Sahih International

No! Indeed, he has been toward Our verses obstinate.

Malay

Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya ayat-ayat Kami

 

كَلَّا Allah menidakkan kehendaknya yang mahukan kelebihan lagi. Dia tidak akan diberi dengan kelebihan lagi.

Ini adalah kerana dia berdegil dengan ayat-ayat Allah. Kedegilan itu dikira sebagai kufur kepada nikmat yang Allah telah berikan. Dia juga kufur dengan kebenaran yang ada dalam ayat-ayat Quran. Padahal dia tahu yang Quran itu bukanlah dari kata-kata manusia. Dia seorang yang pandai dan sudah tahu yang Qur’an itu benar. Tapi dia nak tolak juga.


 

Ayat 17:

74:17
Sahih International

I will cover him with arduous torment.

Malay

Aku akan mengenakan dia dengan azab yang menaik.

 

Perkataan صَعُودًا ada disebut juga dalam Jin:17. Dia akan merasai kepayahan azab yang akan naik dan menaik. Azab yang dikenakan kepadanya itu tidak akan berkurang. Dia tidak akan dapat rasa lali dengan azab itu. Kalau azab di dunia, kadang-kadang kita boleh rasa lali dengan kesusahan itu. Kalau dah lama kena, dah rasa macam biasa sahaja. Tapi azab hari akhirat itu lebih teruk dari azab yang dikenakan pada hari ini. Azab itu pula tidak ada rehat. Ianya akan lebih sakit dan seksa dari yang sebelumnya. Ma sha Allah!

Ada juga yang mengatakan صَعُودًا bermaksud satu batu dalam neraka jahaman yang besar dan dia akan diheret atas batu itu dengan mukanya. Batu itu pula tinggi dan payah untuk dinaiki.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya


Ref:

Ustaz Adli Yayasan Taalim

Nouman Ali Khan

Hijaab Iqbal

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 074: Muddaththir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s