Tafsir Surah Jin Ayat 23 – 28

Ayat 23:

72:23
Sahih International

But [I have for you] only notification from Allah, and His messages.” And whoever disobeys Allah and His Messenger – then indeed, for him is the fire of Hell; they will abide therein forever.

Malay

“(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.”.

إِلَّا بَلَاغًا مِّنَ اللَّهِ وَرِسَالَاتِهِ

“hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya

Ada dua makna yang boleh diambil dari ayat ini. Kedua-duanya bergantung kepada ayat yang berbeza.

1. Dalam ayat ke 21, Nabi disuruh memberitahu yang baginda tidak boleh beri mudharat dan petunjuk. Ayat ini menyambung ayat itu dengan mengatakan yang Nabi hanya boleh sampaikan wahyu sahaja.

2. Dalam ayat ke 22, Nabi disuruh memberitahu yang baginda tidak akan selamat dan lepas dan dari Allah – ayat ke 23 ini menyambung ayat itu dengan memberitahu yang baginda hanya boleh lepas bila dah sampaikan wahyu yang telah ditugaskan kepada baginda untuk disampaikan. Itu adalah tugas Nabi dan baginda kena penuhi. Begitu juga mereka yang beriman dan ada ilmu. Oleh itu, kita yang ada ilmu pun kena sampaikan apa yang kita tahu.

Dan kita juga tahu yang Nabi Muhammad telah memenuhi kewajiban baginda menyampaikan ajaran Allah kepada manusia dan juga jin.

 

وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan RasulNya,

Iaitu sesiapa yang tidak mengikut arahan dari Allah yang disampaikan melalui RasulNya, Nabi Muhammad. Apa yang akan terjadi kepada mereka?

 

فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا

maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.”.

Inilah balasan yang paling teruk sekali. Terus tinggal sampai bila-bila dalam neraka. Tidak dapat nak dibayangkan bagaimanakah keadaannya. Semoga kita diselamatkan terus dari neraka – tidak mahu dengar, lihat dan hidu baru neraka sedikit pun.


 

 

Ayat 24: Sampai bilakah mereka yang menentang itu akan menentang?

72:24
Sahih International

[The disbelievers continue] until, when they see that which they are promised, then they will know who is weaker in helpers and less in number.

Malay

Sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ

Sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka,

Mereka itu adalah musyrikin dari manusia dan jin. Ada dari mereka yang tidak akan berubah dari cara hidup mereka. Walaupun kebenaran telah ditunjukkan kepada mereka, tapi mereka akan tetap tidak mahu menerima agama Islam dan mereka akan tetap menentang kebenaran.

Ianya akan berterusan sehingga mereka nampak azab yang memang telah dijanjikan pun kepada mereka. Azab itu samada diberikan di dunia atau Allah akan beri tangguh sampai ke akhirat nanti.

 

فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ أَضْعَفُ نَاصِرًا

maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolong-penolongnya,

Waktu itu barulah mereka akan tahu nanti siapakah yang akan mendapat penolong yang kuat – adakah mereka yang musyrik atau ahli tauhid? Tentulah yang menyembah selain Allah akan berada dalam keadaan yang lemah. Tidak ada apa dan sesiapa pun yang boleh membantu mereka.

Begitulah berbezanya antara mereka dan orang yang beriman dengan tauhid. Semasa di dunia dahulu, Musyrikin Mekah berlagak dengan kekuatan dan jumlah mereka yang ramai. Tapi keadaan akan jadi terbalik di akhirat kelak.

 

وَأَقَلُّ عَدَدًا

dan sedikit jumlah bilangannya.

Nanti mereka akan tahu siapakah yang dapat penolong yang ramai. Semasa baginda di Mekah, baginda keseorangan dan kurang pengikut. Tapi keadaan akan bertukar nanti. Allah tentunya akan membantu Nabi Muhammad.


 

 

Ayat 25: Nabi tidak tahu bilakah azab yang dijanjikan itu akan berlaku. Nabi Muhammad tidak tahu perkara ghaib.

72:25
Sahih International

Say, “I do not know if what you are promised is near or if my Lord will grant for it a [long] period.”

Malay

(Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: “Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَّا تُوعَدُونَ

katakanlah: “Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat,

Perkataan إِنْ dalam ayat ini bukan bermaksud ‘jika’ tetapi ‘tidak’. Kena belajar bahasa Arab untuk faham. Kalau setakat tahu sedikit-sedikit sahaja, tentu akan kata yang perkataan إِنْ itu adalah ‘jika’.

Nabi selalu ditanya bilakah terjadinya Kiamat. Samada oleh musyrikin atau muslim sendiri – lebih-lebih mereka yang baru masuk Islam dan tidak tahu apakah perkara yang boleh ditanya dan tidak. Dalam ayat ini, baginda disuruh untuk memberitahu yang baginda sendiri pun tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu akan berlaku. Begitu juga Nabi tidak tahu bilakah azab yang dijanjikan kepada musyrikin Mekah akan berlaku.

Ini menunjukkan yang Nabi Muhammad tidak tahu tentang perkara ghaib. Ilmu ghaib hanya dimiliki oleh Allah taala sahaja. Maka janganlah kita percaya kalau ada sesiapa yang mengatakan mereka tahu bilakah Hari Kiamat itu. Atau kalau mereka kata mereka ada pengetahuan tentang ilmu-ilmu ghaib. Ayat ini dan banyak lagi ayat-ayat lain telah menidakkan sesiapa pun untuk mengetahui perkara ghaib.

Ingatlah juga bahawa kita tak perlu tahu bilakah kiamat itu. Yang penting apakah persiapan kita? Itulah jawapan Nabi apabila ada sahabat yang bertanya:

حَدَّثَنِي أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، – يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ – حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ ‏”‏ وَمَا أَعْدَدْتَ لِلسَّاعَةِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ حُبَّ اللَّهِ وَرَسُولِهِ قَالَ ‏”‏ فَإِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بَعْدَ الإِسْلاَمِ فَرَحًا أَشَدَّ مِنْ قَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ فَإِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ فَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِأَعْمَالِهِمْ ‏.‏

Anas b. Malik melaporkan bahawa seseorang datang kepada Rasulullah (ﷺ) dan berkata kepada Rasulullah saw:
Bilakah akan Kiamat? Baginda (nabi) berkata: Apa persediaan kamu untuk Kiamat? Beliau menjawab: Cinta Allah dan Rasul-Nya (adalah persediaan yang saya sediakan). Baginda (nabi) berkata: engkau akan bersama-sama dengan yang engkau suka.
Anas berkata: Tidak ada yang lebih menyenangkan hati kami sesudah memeluk Islam daripada kata-kata Rasulullah: engkau akan bersama-sama dengan yang engkau sukai. Dan Anas berkata. Saya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar, dan saya berharap bahawa saya akan bersama-sama dengan mereka walaupun saya tidak beramal seperti mereka.

Yang penting adalah kita bersedia untuk Kiamat itu. Kerana ianya pasti datang, jadi kenalah bersedia walau apa pun.

Dalam hadis ini, disebut tentang ‘cinta kepada Allah dan RasulNya’. Janganlah pula kita salah anggap cinta kepada Rasul itu dengan menyanyi Qasidah dan ber’ya hanana’ memekik-mekik pula. Cinta kepada Allah dan Rasul itu ditunjuk dengan mempelajar kalam-kalam Allah dan Rasul dan mengamalkannya dalam kehidupan kita. Ini penting untuk difahami kerana ramai sangat yang salah faham. Mereka sangka yang cinta mereka kepada Nabi itu ditunjuk dengan mereka memuja-muja baginda. Padahal, bukanlah begitu yang dikehendaki oleh Allah dan Nabi sendiri. Yang penting adalah belajar tafsir Quran dan belajar Hadis Nabi (Sunnah).

أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا

atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

Allah punya hak mutlak dalam mengadakan kiamat. Bila-bila sahaja Dia boleh adakan dan kalau Allah nak lewatkan, itu terpulang kepada Allah. Nabi tidak tahu bilakah Kiamat akan berlaku, sampaikan kalau cuaca mendung sahaja, Nabi dah takut kerana takut Kiamat atau azab diturunkan.

Masalahnya, Nabi takut, tapi kita tak takut pula. Sampaikan ada yang berhujah, selagi disebut nama Allah dalam dunia, takkan kiamat. Itu adalah hujah yang tidak tepat. Kita macam lupa pula bahawa Allah boleh buat apa-apa sahaja mengikut kesukannya. Tidak semestinya Allah tunggu sampai tidak ada lagi yang menyebut NamaNya dalam dunia. Ingatlah bahawa Kiamat itu adalah hak mutlak Allah. Kita sampai tidak boleh berkata yang berdasarkan firasat kita, Kiamat itu lambat lagi.

Kita tidak disuruh cari bila kiamat. Jangan percaya kalau ada yang kata kiamat dah dekat. Yang penting, kita paling perlu bersedia buat masa ini adalah ‘kiamat’ diri kita. Itu yang dinamakan ‘Kiamat Kecil’. Kerana yang pasti kita semua akan mengalami kematian yang akan berlaku tidak lama lagi. Apa yang kita siapkan untuk menghadapinya?

Yang banyak tanya kepada Nabi pun adalah orang orang badwi. Sahabat yang besar tak tanya pun. Kerana mereka tahu yang perkara itu tidak patut ditanya.


 

 

Ayat 26: Siapakah yang tahu perkara ghaib?

72:26
Sahih International

[He is] Knower of the unseen, and He does not disclose His [knowledge of the] unseen to anyone

Malay

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, –

عَالِمُ الْغَيْبِ

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib,

Inilah sifat Allah yang ramai tidak perasan. Hanya Allah sahaja yang tahu hal-hal ghaib. Kalau kita kata ada sesiapa yang tahu ilmu ghaib, itu sudah memberikan satu sifat Allah kepada makhluk. Sebagai contoh, penganut Syiah mengatakan yang Imam-Imam mereka tahu perkara ghaib.

 

فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا

maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, –

Ayat ini menolak langsung kemungkinan sesiapa pun yang mendapat ilmu itu.


 

 

Ayat 27: Pengecualian tentang pengetahuan ilmu ghaib.

72:27
Sahih International

Except whom He has approved of messengers, and indeed, He sends before each messenger and behind him observers

Malay

“Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).

إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ

“Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya

Hanya para rasul sahaja yang dibukakan sedikit pengetahuan mereka tentang ilmu ghaib. Bukanlah orang biasa yang akan mendapat kelebihan ini tetapi kepada para Rasul sahaja. Jadi, kalau ada tok guru yang kata mereka ada ilmu ghaib, itu adalah pembohongan yang besar.

Ada nafi dan ithbat dalam ayat ini dan ayat sebelummya. Macam nafi dan ithbat yang ada dalam kalimah la ilaah illa Allah – Allah menolak kemungkinan ada Tuhan (nafi) dan kemudian Allah tekankan yang hanya Allah sahaja yang Tuhan (ithbat). Ini adalah pernyataan yang paling kuat dalam bahasa Arab iaitu digunakan penafian dahulu sebelum ada ithbat. Maka, begitu juga dengan pengetahuan tentang ilmu ghaib. Allah menolak kemungkinan ianya diketahui oleh sesiapa pun (nafi) dan kemudian Allah kata hanya para Rasul sahaja yang diberikan dengan pengetahuan itu (ithbat). Ini penting kerana ada yang berhujah ada kemungkinan Allah beri kepada mereka yang dikehendaki dan kononnya menggunakan ayat dari ayat Kursi:

وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Ada yang berhujah dengan menggunakan ayat inil – kalau Allah nak beri pengetahuan ghaib itu kepada sesiapa, Allah boleh sahaja berikan. Tapi, hujah itu ditolak kerana ayat dari surah Jin ini menafikan ada makhluk lain yang diberikan dengan pengetahuan ghaib melainkan para rasul sahaja. Memang ada yang diberi dengan pengetahuan ilmu ghaib, tetapi hanya para rasul sahaja.

Hujah ini dikuatkan lagi dengan ayat Naml:65

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

Nabi Muhammad juga disuruh isytihar dalam An’am:50

قُل لَّا أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”. Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”

Juga dalam A’raf:188

قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudharat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Oleh itu, hanya dibukakan ilmu ghaib kepada para rasul sahaja dan bukannya sentiasa dibukakan kepada mereka. Hanya pada waktu tertentu sahaja. Sebagai contoh, dalam awal surah ini lagi telah diberitahu bagaimana Nabi Muhammad tidak tahu pun yang ada beberapa jin yang mendengar bacaannya. Maknanya, bukanlah sentiasa Nabi Muhammad tahu perkara ghaib. Ini pun ada yang salah faham. Ada yang sangka Nabi sentiasa tahu perkara ghaib, tapi sebenarnya tidak.

Oleh itu, ringkasan kepada ilmu ghaib adalah:
1. Berita ghaib yang para Rasul tahu itu adalah kerana ianya ‘diberitahu’ kepada mereka. Bukanlah mereka tahu sendiri tapi diberitahu dari masa ke semasa.
2. Tidak semua perkara ghaib diberitahu kepada para Rasul. Hanya perkara yang mereka perlu tahu sahaja.
3. Ilmu Allah tiada had. Pengetahuan makhluk termasuk para Rasul adalah terhad.
4. Ada rahsia yang diberitahu kepada Nabi yang tidak diberikan kepada kita. Sebagai contoh, Nabi pernah nampak syurga. Apa yang Nabi beritahu kepada kita adalah perkara yang kita patut tahu sahaja. Maknanya, ada perkara yang tidak diberitahukan kepada kita kerana yang tidak diberitahu kepada kita, tidak perlu kita cari. Jangan kita jadi seperti golongan yang mencari-cari ‘ilmu rahsia’ sampaikan mereka boleh jatuh ke lembah kesesatan dan kesyirikan.

Rasul itu termasuk juga dari kalangan para malaikat.

 

فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا

maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengatasinya

Pengetahuan ghaib ada yang diberikan kepada para Rasul dan ianya dikhususkan kepada para rasul sahaja kerana mereka itu dijaga dengan malaikat yang mengawal. Maka maklumat yang sampai kepada mereka itu terpelihara. Tidak ada kemungkinan yang mereka mendapat maklumat yang salah dari syaitan. Kalau maklumat yang sampai kepada para Rasul, kita boleh pasti yang ianya dari Allah sahaja. Bandingkan, kalau tok guru dan tok syeikh kata boleh nampak perkara ghaib, apakah jaminan yang apa yang mereka nampak itu bukan gangguan dari syaitan? Kerana tidak ada jaminan dari Allah yang mereka itu terpelihara dengan bantuan malaikat yang menjaga mereka.

Oleh itu, hanya para rasul sahaja yang boleh kata mereka dapat ilmu dengan cara ghaib. Kalau ada manusia lain pun yang boleh mengaku begitu, maka tentu akan bercanggah ajaran agama, sebab nanti ada pula yang mengaku mereka juga mendapat maklumat agama selain para Rasul. Takkan rasul ajar satu perkara dan kita kena terima ajaran dari manusia lain pula? Siapa yang betul kalau semua boleh nampak benda ghaib? Tiada ada sesiapa yang ada hak untuk kata mereka dapat maklumat dengan cara ghaib. Oleh itu, Allah tutup ruang keraguan dari hati kita dengan menolak kemungkinan ada ilmu yang diberi kepada selain para Rasul.

Maka, tolaklah pendapat dan ajaran dari guru-guru tarekat dan syeikh-syeikh mereka yang kata mereka mendapat ilham itu dan ini, berjumpa dengan malaikat, berjumpa dengan Nabi dan sebagainya. Itu adalah bohong belaka. Orang-orang yang tidak belajar tafsir Quran sahaja yang senang ditipu.


 

 

Ayat 28:

72:28
Sahih International

That he may know that they have conveyed the messages of their Lord; and He has encompassed whatever is with them and has enumerated all things in number.

Malay

“(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya – (dengan jagaan mereka) – Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu”.

لِّيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالَاتِ رَبِّهِمْ

supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka,

Allah menggunakan perkataan لِّيَعْلَمَ (Supaya Dia mengetahui) – sedangkan memang Allah telah sedia mengetahui. Jadi, Allah sebut ‘supaya Dia tahu’ kerana Allah hendak memberitahu kita bahawa Dia tahu dengan sebenar-benar tahu. Maknanya, Allah beri pengetahuan ilmu ghaib itu adalah kerana Allah nak memastikan yang para rasul telah menyampaikan risalahNya.

Itu adalah kalau kita kata لِّيَعْلَمَ itu dhomir kepada Allah. Ulamak khilaf tentang siapakah dhomir yang dimaksudkan kepada perkataan لِّيَعْلَمَ ini. Selain daripada Allah, ada mufassir yang kata, yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad. Kalau begitu, maksud ayat itu adalah ‘supaya Nabi tahu yang apa yang dibawa oleh para rasul sebelum baginda dahulu adalah benar’. Iaitu apabila diberitahu yang para Rasul dilindungi oleh malaikat di depan dan belakang, maka yakinlah Nabi Muhammad bahawa para Rasul sebelum baginda telah menerima dan telah menyampaikan ajaran yang benar’.

Oleh itu, dua tujuan para rasul diberikan dengan pengetahuan ghaib :
1. Untuk menjalankan tugas mereka. Contohnya Allah beritahu Nabi Muhammad tentang apa yang berlaku dengan Nabi-Nabi terdahulu. Kalau Allah tidak beritahu, Nabi Muhammad tidak akan tahu. Dengan maklumat sebegitu, dapat membantu Nabi menjalankan tugas baginda sebagai pembawa Risalah.
2. Sebagai mukjizat kepada para Rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Sebagai contoh, Nabi Isa telah diberitahu dengan apakah yang berlaku di rumah umatnya; Nabi Muhammad diberitahu dengan kejadian-kejadian masa hadapan, dan apabila ianya benar-benar terjadi, maka nyatalah kepada kita yang Nabi Muhammad itu bukanlah manusia biasa, tetapi baginda juga adalah utusan Allah.

Tapi ingatlah bahawa bukan semua pengetahuan ghaib diberikan kepada rasul, hanya yang perlu sahaja. Oleh itu, jangan kita kata yang ‘Nabi tahu perkara ghaib’. Kita cuma katakan, ‘Nabi disampaikan dengan ilmu ghaib’, sahaja.

 

وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ

pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka,

Tidak ada benda terlepas dari ilmu Allah. Allah tahu dan ada kuasa Allah atas segalanya.

 

وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا

serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu”.

Allah tahu dengan detail. Sebagai contoh, Allah tahu setiap daun yang jatuh ke tanah. Allah juga tahu dari setiap perbuatan makhlukNya. Oleh kerana Dia Maha Tahu perbuatan makhlukNYa, maka Dia akan membalas segala perbuatan makhlukNya samada dengan kebaikan atau keburukan. Allah juga tahu setiap perbuatan rasulNya dan Dia telah memastikan yang rasulNya menyampaikan sebagaimana yang dikehendaki.

Allah juga uruskan semuanya dengan detail. Sebagai contoh, setiap ayat dan huruf dalam Quran diturunkan adalah seperti yang dikehendaki oleh Allah. Oleh itu, jangan kita ragu-ragu dengan Quran ini. Jangan ada perasaan dalam hati kita yang terdapat ayat-ayat yang ditambah tanpa sengaja dalam Quran ini atau ada ayat-ayat yang tertinggal. Ingatlah bahawa Quran ini adalah selengkap-lengkapnya.

Allahu a’lam. Lompat ke surah yang seterusnya – Surah Muzzammil


Ref: UAd, NAK, TZ

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 072: Jin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s