Tafsir Surah Maarij Ayat 36 – 44

Ayat 36: Dalam ayat ini, Allah menegur kaum kufar yang bersama Nabi. Allah menceritakan peliknya mereka, kerana masih tidak mahu beriman. Mereka nampak Nabi dengan segala akhlaknya yang baik dan telah ditunjukkan mukjizat kepada mereka, tapi masih tidak mahu beriman. Mereka lari dari baginda. Mereka berlari ke kanan dan ke kiri. Berpaling macam keldai yang lari singa. Macam orang sekarang yang tidak terima Islam. Padahal Islam tu amat baik sekali.

Atau, mereka berlari ke arah baginda dari kiri dan kanan.

70:36
Sahih International

So what is [the matter] with those who disbelieve, hastening [from] before you, [O Muhammad],

Malay

Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu –

فَمَالِ الَّذِينَ كَفَرُوا قِبَلَكَ مُهْطِعِينَ

Maka apa kena dengan orang-orang kafir, bertempiaran lari ke arah mu

مُهْطِعِينَ bermaksud ‘lari dengan kelam kabut kepada satu tujuan’.

Kenapa mereka berlari kepada Nabi? Seperti yang kita sepatutnya tahu, Nabi Muhammad berdakwah dengan menggunakan ayat-ayat Quran. Baginda akan membacakan ayat Quran kepada manusia. Baginda juga akan lakukan perkara yang sama di khalayak ramai atau tidak. Contohnya, baginda akan membacakan ayat Quran di kawasan Kaabah. Apabila baginda membaca ayat Quran di kalayak ramai, puak Musyrikin akan kelam kabut lari ke arah baginda. Bukan mereka nak dengar bacaan itu tapi kerana hendak menghalang Nabi, memalukan baginda dan menahan baginda dari terus membaca. Mereka juga hendak menghalang orang lain dari mendengar bacaan Quran dari Nabi. Mereka takut kalau orang lain mendengar bacaan Nabi kerana ditakuti mereka akan percaya dengan apa yang Nabi Muhammad bacakan. Oleh itu, mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk menahan bacaan Nabi itu dari didengar orang ramai. Allah sebut perbuatan menghalang mereka dalam Fussilat: 26

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”

Jadi mereka berlari ke arah Nabi Muhammad sebab nak kacau. Mereka akan buat bising, buat lawak dan sebagainya. Memang mereka tunggu Nabi untuk kacau baginda. Nampak sahaja baginda datang, mereka akan cepat-cepat datang ke arah baginda.

Atau, boleh bermaksud mereka berlari ke arah Nabi kerana marah kepada baginda yang membacakan ayat-ayat yang mengutuk mereka. Umpamanya mereka kata : “kau kata kami akan masuk neraka?!”. Mereka mempersoalkan apa yang Nabi bacakan dari ayat ayat Quran. Maknanya, mereka akan datang ke arah Nabi dengan marah-marah kerana marah dengan apa yang dibacakan oleh baginda.

Macam sekarang juga masih ada. Orang kafir akan marah orang Islam yang berdakwah. Mereka marah kerana Islam mengatakan yang orang kafir akan masuk neraka. Mereka tidak dapat terima kerana mereka rasa mereka itu berada dalam kebenaran.

Begitu juga puak bidaah akan marah orang sunnah yang memberitahu kebenaran kepada mereka. Mereka akan terkam kita dan cakap: “ooo, jadi kau nak cakap kami semua ni akan masuk neraka lah?!”. Marah betul mereka dengan dakwah ahli sunnah. Padahal kita tidak pernah mengatakan yang mereka itu adalah ahli neraka, kerana kita tidak jaga syurga dan neraka. Bagaimana mungkin kita boleh kata orang itu atau orang ini akan masuk neraka atau syurga? Kita hanya membacakan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Nabi sahaja. Kalau nak marah, marahlah kepada Allah dan Nabi Muhammad!

Oleh itu, dalam ayat ini, Allah mengejek Musyrikin Mekah. Allah kata: Apa masalah mereka ini? Apa tak kena dengan mereka? Mereka tak fikir kah?

 


 

Ayat 37:

70:37
Sahih International

[To sit] on [your] right and [your] left in separate groups?

Malay

(Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.

عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ عِزِينَ

dari arah kanan dan dari kiri dalam berkumpulan?

Mereka datang berkumpulan datang ramai-ramai terkam Nabi. Kalau orang buat macam itu kepada kita, tentulah kita akan takut, bukan? Begitulah mereka hendak menakutkan Nabi. Itulah sebabnya di awal surah ini, Nabi disuruh bersabar dengan sabar yang cantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan, ayat ini dan sebelumnya, bukan bermaksud mereka datang ‘kepada’ Nabi, tapi sebaliknya, mereka ‘lari’ dari Nabi. Apabila Nabi membacakan ayat-ayat Quran, mereka lari. Mereka lari ke semua arah, ke kiri dan ke kanan. Macam juga kalau bangunan terbakar, maka semua yang ada di dalam bangunan itu akan kelam kabut lari.

عِزِينَ bermaksud kumpulan yang berpecah-pecah dengan percanggahan dalam pendapat mereka. Sesama mereka sendiri, mereka tidak sepakat dalam banyak perkara. Tapi mereka sepakat tidak ikut Quran. Yang mereka sepakat adalah mereka kena lari dari kitab Quran.

Selepas lari, mereka masih lagi melihat Nabi Muhammad. Macam mengawasi mereka. Mereka melihat dari banyak – arah dari kiri dan kanan. Seperti orang kafir yang sekarang melihat Islam dari jauh sahaja. Macam agama lain yang pandang serong sahaja dengan Islam. Sekala mereka akan bersuara tentang Islam. Contohnya, mereka komen bagaimana teruknya Islam kerana benarkan lelaki berkahwin sampai empat.

Macam sekarang, orang Islam pun pelik dengan ajaran sunnah yang benar. Mereka nampak pelik sahaja apa yang dikatakan oleh puak-puak sunnah. Padahal itu adalah solusi kepada masalah umat. Sebagai contoh, sekarang terlalu banyak perpecahan antara orang Islam. Berbagai-bagai pendapat yang bercanggah. Tapi, kalaulah semuanya berpegang kepada manhaj yang sama – Quran dan Sunnah – maka umat Islam akan lebih bersatu, bukan?


 

Ayat 38:

70:38
Sahih International

Does every person among them aspire to enter a garden of pleasure?

Malay

Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?

أَيَطْمَعُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُدْخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٍ

Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat?

Patutkah mereka berharap untuk masuk syurga sedangkan mereka tidak beriman? Allah suruh lari ke arah kebaikan. Bukannya macam mereka lakukan yang melarikan diri dari kebenaran.

Mereka lari dari Nabi, tapi dalam masa yang sama, mereka tamak konon layak masuk syurga. Kerana mereka rasa mereka lebih baik dari kaum muslimin waktu itu. Mereka kata, kalau benar ada syurga, mereka lebih layak untuk masuk syurga daripada golongan muslimin yang miskin dan tidak ada kedudukan dalam masyarakat. Sama juga dengan golongan bidaah yang tak ikut sunnah tapi ingat nak masuk syurga. Amat menghairankan.


Ayat 39:

70:39
Sahih International

No! Indeed, We have created them from that which they know.

Malay

Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.

كَلَّا

Tidak sekali-kali!

Allah menidakkan sangkaan mereka yang hendak masuk syurga itu. Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya.

 

إِنَّا خَلَقْنَاهُم مِّمَّا يَعْلَمُونَ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.

Salah satu perkara yang Musyrikin Mekah tidak dapat terima adalah kehidupan semula. Mereka hairan kenapa manusia boleh hidup balik. Oleh itu, dalam ayat ini, Allah ingatkan balik kejadian mereka. Kalau difikirkan, tentulah penciptaan dari mula lagi susah daripada menjadikan semula, bukan? Kalau Allah boleh jadikan mereka dari tidak ada kepada ada, tentulah lebih mudah untuk Allah menjadikan mereka semula.

Kenapa Allah sebut tentang kejadian mereka? Sebab mereka rasa diri mereka tinggi dan lebih mulia dari Nabi.Allah mengingatkan kedudukan mereka. Mereka semuanya dijadikan dari air mani yang hina sahaja. Mereka sendiri sudah tahu perkara itu. Allah tak sebut secara terperinci pun kejadian manusia daripada air mani dalam ayat ini. Allah cuma beri isyarat sahaja – yang mereka sedia tahu – kerana mereka tahu mereka asalnya adalah air mani sahaja. Allah sampai tidak menyebutnya kerana ianya adalah perkara yang memalukan.

Ayat ini mengingatkan kita bahawa manusia sama sahaja asalnya. Semuanya dijadikan dari air mani yang hina. Semua manusia sama sahaja dalam hal ini. Maka jangan kita takut kepada sesiapa. Kita sebagai pendakwah kena ingat ini. Kerana ada yang takut dengan kedudukan orang lain sampai mereka takut nak dakwah kepada orang tertentu.


Ayat 40:

70:40
Sahih International

So I swear by the Lord of [all] risings and settings that indeed We are able

Malay

Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, – sesungguhnya Kami berkuasa –

فَلَا أُقْسِمُ بِرَبِّ الْمَشَارِقِ وَالْمَغَارِبِ إِنَّا لَقَادِرُونَ

Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai tempat-tempat terbit matahari dan tempat-tempat tenggelamnya, – sesungguhnya Kami mampu –

Kenapa disebut ‘tempat-tempat’ terbit dan tenggelam matahari? Sebab tempat terbit matahari dan tenggelamnya banyak sebab berubah dari musim ke musim. Itu sebab digunakan perkataan terbit dan tenggelam dalam bentuk jamak. Semua tempat-tempat terbit dan tenggelam itu dikuasai oleh Allah dan ditentukan oleh Allah.

Dalam ayat ini, Allah bersumpah dengan DiriNya sendiri. Untuk memberitahukan bahawa Dia Maha Berkuasa untuk mengembalikan mereka semula dari kematian. Bukan seperti yang puak Musyrikin itu sangkakan. Itu sebab ada لا itu – menidakkan sangkaan mereka. Lihatlah bagaimana Allah memberi isyarat yang Dia mampu menjadikan dan menguasai turun naik matahari


 

Ayat 41:

70:41
Sahih International

To replace them with better than them; and We are not to be outdone.

Malay

(Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.

عَلَىٰ أَن نُّبَدِّلَ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

untuk menggantikan mereka dengan yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dilemahkan.

Mudah sahaja untuk Allah menciptakan makhlukNya. Allah cipta segalanya dengan design yang amat indah sekali. Begitu hebat sekali kejadian yang Allah telah jadikan. Bukanlah kejadian alam ini dengan ‘tidak sengaja’. Sesiapa sahaja yang mengkaji alam ini akan terpesona dengan keindahan dan kehebatan alam ciptaan Allah ini.

Lagi mudah kalau nak menjadikan dan menghidupkan makhlukNya semula. Kalau Allah hidupkan dari tidak ada kepada ada, tentulah Allah boleh hendak menjadikan semula.

Satu maksud ‘lebih baik’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Allah akan menjadikan kejadian di syurga yang lebih baik dari kehidupan di dunia. Di syurga, tidak ada yang cacat, tidak ada yang gila dah walaupun seseorang itu gila di dunia dulu. Kehidupan amat indah sekali sampaikan tidak ada keluar najis dah. Tubuh badan kita tidak sama lagi kerana badan kita dah dinaiktaraf.

Ayat ini boleh juga bermakna Allah boleh ganti kita dengan umat yang baru kalau kita durhaka. Allah boleh jadikan kaum yang taat denganNya. Umat itu lebih baik dari kita. Lihatlah bagaimana Allah telah gantikan jin dengan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Ayat ini juga bermakna, Allah boleh sahaja ganti puak Musyrikin Mekah itu dengan puak yang lain, yang lebih baik dari mereka. Kalau mereka tidak mahu dengan Nabi Muhammad, Allah akan berikan peluang menjadi umat pertama Nabi Muhammad kepada orang lain. Dan Allah pun sebenarnya telah pun mengganti mereka. Kerana mereka tidak mahu beriman, allah ganti dengan puak Ansar di madinah. Lihatlah bagaimana Allah ganti penduduk Mekah dengan puak Ansar yang lebih baik lagi dari mereka. Merekalah yang mendapat penghormatan zaman berzaman hingga ke Kiamat nanti dikenali sebagai puak Ansar – yang menolong Nabi Muhammad dan agama Islam.


 

 

Ayat 42:

70:42
Sahih International

So leave them to converse vainly and amuse themselves until they meet their Day which they are promised –

Malay

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! –

فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya),

Biarkan mereka dalam keadaan mereka. Biarkan apa sahaja yang mereka nak kata. Kalau kita dakwah tapi orang tak dengar, biarkan mereka. Bukan kita yang boleh beri taufik. Tugas kita hanyalah menyampaikan sahaja. Biarkan mereka bermain-main dan bergembira dengan kehidupan dunia mereka.

 

حَتَّىٰ يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka

Keputusan dari Allah untuk mereka menerima azab telah ditentukan. Bukannya mereka tidak diberitahu, tapi telah berkali-kali disampaikan kepada mereka. Mereka akan rasakan bencana dari kesesatan mereka.


 

 

Ayat 43:

70:43
Sahih International

The Day they will emerge from the graves rapidly as if they were, toward an erected idol, hastening.

Malay

Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),

يَوْمَ يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ سِرَاعًا

Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur

Mereka akan keluar dengan segera dari kubur mereka menuju ke Padang Mahsyar. Tidak boleh nak lengah-lengah macam kita bangun tidur setiap pagi. Di akhirat nanti, tidak ada kuasa untuk kita buat ikut suka kita. Apabila disuruh gerak, kita semua akan bergerak. Tidak ada bantahan lagi dari kita.

 

كَأَنَّهُمْ إِلَىٰ نُصُبٍ يُوفِضُونَ

dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala,

Mereka akan bangkit dari kubur untuk pergi ke Mahsyar untuk dihisab. Tidak boleh nak lengah, melawan atau tidak mahu ikut perintah. Mereka akan bangun dengan cepat. Samada mahu atau tidak. Mereka akan bergegas. Bayangkan seperti anak penyu bergegas ke laut tanpa suruhan sesiapa pun. Walaupun mereka baru lahir, tapi mereka tahu ke mana hendak dituju. Begitulah kita nanti. Waktu itu badan kita bukan dalam kawalan kita lagi. Iradah (kuasa) sudah ditarik. Kita tahu dan sedar apa  yang terjadi waktu itu tapi tidak boleh buat apa dah.

Mereka akan berkejaran macam dulu mereka bersegera ke berhala mereka. Kerana mereka hendak menjadi orang pertama yang sentuh berhala mereka. نُصُبٍ adalah altar batu, tempat mereka sembelih binatang sembahan mereka kepada berhala dulu. Jadi نُصُبٍ adalah bermakna berhala yang besar dan duduk tetap. Dulu, mereka ada berhala yang boleh diangkat-angkat dan ada berhala jenis tidak boleh digerakkan lagi kerana ianya sangat besar dan berat.

Kita sekarang tidak ada berhala. Tapi kita ada tempat tujuan hidup kita seharian. Lihatlah bagaimana kita berlari-lari untuk kejar bas atau komuter untuk pergi kerja. Kerana ramai dari kita yang sibuk dengan kerja sahaja. Kalau pasal kerja, kita berlari-lari kelam kabut dan bersegera, tapi untuk agama, kita tidak begitu.

Kita semua akan bergerak ke arah Mahsyar dengan berbagai cara. Ada yang jalan, merangkak dan sebagainya.


 

Ayat 44:

70:44
Sahih International

Their eyes humbled, humiliation will cover them. That is the Day which they had been promised.

Malay

Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ

Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan;

Kedudukan mereka amat berbeza dengan semasa mereka di dunia. Dulu mereka sombong dengan kedudukan mereka. Sampaikan mereka tidak hiraukan agama. Tapi sekarang, mereka telah menjadi hina. Pandangan mereka tertunduk dan mereka terasa amat terhina.

 

ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

Semua itu telah diberitahu dan dijanjikan kepada mereka. Tapi mereka tidak mahu dengar. Akibatnya mereka menjadi amat malang sekali.

Allahu a’lam. Lompat ke surah seterusnya – Surah Nuh


Ref: UAd, NAK, TZ

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 070: Maarij. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s