Tafsir Surah Hud Ayat 38 – 41 (Kisah naik bahtera)

Ayat 38:

وَيَصنَعُ الفُلكَ وَكُلَّما مَرَّ عَلَيهِ مَلَأٌ مِن قَومِهِ سَخِروا مِنهُ ۚ قالَ إِن تَسخَروا مِنّا فَإِنّا نَسخَرُ مِنكُم كَما تَسخَرونَ

Sahih International

And he constructed the ship, and whenever an assembly of the eminent of his people passed by him, they ridiculed him. He said, “If you ridicule us, then we will ridicule you just as you ridicule.

Malay

Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: “Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.

 

وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ

Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu,

Dalam ayat sebelum ini, telah disebut bagaimana Nabi Nuh a.s. telah diperintahkan untuk membina sebuah bahtera. Perkataan يَصْنَعُ dalam ayat ini berbentuk fi’il mudhari’ (sedang membina), seolah-olah Allah hendak suruh kita membayangkan bagaimanakah keadaan baginda dan orang-orang beriman bersama baginda sedang membina bahtera itu. Bayangkan seolah-olah kita ada di sana memerhatikan kejadian itu.

Baginda buat bahtera itu mungkin baginda buat sendiri, mungkin upah orang untuk tolong baginda, mungkin ramai-ramai buat dengan mereka yang beriman, kita tak tahu. Tidak diceritakan bagaimana, apabila tidak diceritakan, tak payah tanya. Apakah bahan yang digunakan, kaku cengal kah, kayu koka kah. Semua itu tidak perlu diketahui. Tak payah sibuk-sibuk nak tahu. Itu semua tak penting untuk diketahui. Memang ada orang yang bercerita macam-macam, tapi tidak dapat dipastikan kesahihannya. Dan memang ada kisah yang mengarut pun ada. Maka, kita janganlah tergolong dalam kalangan mereka yang suka dengan penglipur lara sebegitu. Kisah-kisah itu kebanyakannya adalah kisah-kisah dongeng belaka. Iaitu kisah-kisah yang tidak memberi manfaat apa-apa melainkan untuk berhibur sahaja.

 

وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِّن قَوْمِهِ

dan tiap-tiap kali mereka yang berkedudukan dari kaumnya melalui,

Mereka yang ada pangkat, kaya raya, ada pengaruh dalam masyarakat akan lalu kawasan Nabi Nuh membina kapal itu. Merekalah yang sebelum ini disebut sebagai penentang kuat kepada dakwah Nabi Nuh. Mereka tidak suka dengan apa yang dibawa oleh baginda. Nabi Nuh membuat kapal itu di kawasan bukit yang jauh dari air. Kalau ikut logik, tentulah buat berdekatan dengan air. Mereka dah lihat lain macam dah. Mereka sudah dapat peluang untuk memalukan baginda dan orang-orang yang beriman itu.

 

سَخِرُوا مِنْهُ

mereka mengejek-ejeknya.

Mereka yang berpengaruh itu kata Nabi Nuh dah gila. Mereka buat lawak dan sebagainya. Perkataan سَخِرُ bermaksud mengejek-ngejek kelemahan atau kesalahan yang pernah dilakukan oleh seseorang. Setiap manusia memang ada kekurangan kerana kita manusia. Tapi kelemahan yang ada pada seseorang tidak semestinya satu kekurangan. Sebagai contoh, katakanlah seseorang itu dikatakan tidak cantik. Tapi dia mungkin cantik pada mata dan pandangan orang lain. Begitu juga, tidak sepatutnya kita nampak kekurangan pada seseorang, kita mentertawakan mereka. Siapakah kita untuk mentertawakan orang lain? Adakah kita sempurna?

Mereka mengejek dengan mengatakan sekarang Nabi Nuh sudah jadi tukang kayu pula. Dulu dia kata dia seorang Rasul, sekarang jadi tukang kayu pula. Apa sudah tukar profession kah? Dan apabila mereka tanya baginda apa yang baginda lakukan, baginda menjawap yang baginda sedang membuat kapal yang akan belayar di lautan. Mereka mentertawakan baginda kerana mereka tidak pernah lihat kapal. Mereka tidak pernah tahu yang kapal boleh terapung di laut. Mereka kata takkan kapal yang besar itu boleh timbul di laut? Macam juga pencipta-pencipta zaman dahulu ditertawakan oleh mereka yang tidak tahu.

Dan memang baginda buat kapal itu jauh dari laut. Mereka kata, kalau nak pakai di laut, sepatutnya, tempat binaan itu berdekatan dengan lautlah, kata mereka. Jadi, macam-macam ejekan dan cacian yang mereka kenakan kepada baginda. Nabi Nuh buat senyap sahaja. Sehingga diberitahu untuk jawap.

 

قَالَ إِن تَسْخَرُوا مِنَّا

Nabi Nuh pun menjawab: “Jika kamu mengejek kami,

Perkataan مِنَّا dalam ayat ini memberitahu kepada kita bahawa orang-orang kafir bukan sahaja mengejek baginda, tapi orang-orang beriman yang bersama baginda. Itu yang lebih lagi memberi kesedihan kepada baginda. Bukan baginda sahaja kena keji, tapi orang lain pun kena juga.

Asalnya, mereka mengutuk Nabi Nuh sahaja, tapi baginda menjawap bagi pihak ramai. Lihatlah bagaimana asal ayat ini dalam mufrad (singular), tapi bertukar kepada jamak (plural). Kerana pengikut baginda ada yang menolong baginda membina bahtera itu. Asalnya, mereka mentertawakan Nabi Nuh sahaja. Tapi apabila Nabi kita ditertawakan, diejek, itu bermaksud kita semua sekali ditertawakan. Apabila Nabi kita dimalukan, ia terkena kepada kita juga. Maka, itulah sebabnya, apabila Nabi kita diejek, ia seperti mengejek kita, dan kita kena mempertahankan Nabi kita.

 

فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنكُمْ

maka sesungguhnya kami juga akan mengejek kamu,

Bukanlah ini bermaksud yang kalau orang tawakan kita, kita boleh balas dengan mentertawakan mereka kembali. Bukan begitu. Maksudnya, kalau mereka mentertawakan kita, maka lihatlah nanti siapakah yang akan selamat dan berada di atas nanti. Kamikah atau kamu.

Nabi Nuh sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi banjir yang besar dan mereka tidak buat apa-apa. Nanti mereka sendiri yang akan menyesal di kemudian hari nanti.

Atau ia bermaksud, mereka akan ditertawakan di akhirat nanti. Semasa di dunia, mereka kata macam-macam, dan nampak mereka itu kuat, tapi lihatlah nanti di akhirat, apa yang akan berlaku. Keadaan akan jadi terbalik. Mereka yang akan kalah. Mereka yang akan malu.

Atau, ia boleh bermaksud, Nabi Nuh berkata begini: Kalau kamu tawakan kami, kami mohon pertolongan Allah untuk membalas ejekan kamu itu. Aku serahkan kepada Allah untuk membalas kepada kamu untuk membalas ejekan kamu.

 

كَمَا تَسْخَرُونَ

sebagaimana kamu mengejek kami.

Apabila mereka ditenggelamkan nanti, orang-orang beriman akan membalas ejeken mereka itu. Atau kejadian itu akan berlaku di akhirat kelak.

Dalam Mutaffifin:29-36, Allah ada menunjukkan bahawa orang kufur selalu mengutuk dan mengejek orang Muslim. Tetapi mereka di akhirat nanti akan ditertawakan kembali.

إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ

Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).

وَإِذَا انقَلَبُوا إِلَىٰ أَهْلِهِمُ انقَلَبُوا فَكِهِينَ

Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;

وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَٰؤُلَاءِ لَضَالُّونَ

Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!”

وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ

Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!

فَالْيَوْمَ الَّذِينَ آمَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ

Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.

عَلَى الْأَرَائِكِ يَنظُرُونَ

Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): “Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?”

Ini mengajar kita yang kalau kita gelakkan orang lain, memalukan sesiapa, kita nanti akan dibalas di kemudian hari. Maka jangan kita buat begitu.


 

Ayat 39:

فَسَوفَ تَعلَمونَ مَن يَأتيهِ عَذابٌ يُخزيهِ وَيَحِلُّ عَلَيهِ عَذابٌ مُقيمٌ

Sahih International

And you are going to know who will get a punishment that will disgrace him [on earth] and upon whom will descend an enduring punishment [in the Hereafter].”

Malay

Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak”.

 

فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Maka kamu akan mengetahui

Tidak lama lagi. Kelak kamu pasti akan mengetahui.

 

مَن يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ

siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya

Azab yang dimaksudkan adalah azab yang di dunia. Ini adalah kerana mereka akan ditenggelamkan oleh Banjir Besar. Tapi azab mereka tidak berakhir di dunia sahaja.

 

وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُّقِيمٌ

dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak”.

مُّقِيمٌ bermaksud azab yang berkekalan, tidak akan berhenti. Sudahlah mereka kena azab mati lemas semasa di dunia, di akhirat kelak mereka akan kena azab lagi yang tidak akan berhenti-henti. Kalau lemas itu akhirnya mati sahaja, tapi di akhirat kelak tidak ada kematian yang akan mengakhirkan azab ke atas mereka.

Selepas sahaja mereka mati dalam banjir itu, mereka terus dimasukkan ke dalam Neraka. Sepatutnya, kebiasaannya, manusia akan dimasukkan ke neraka selepas dibicarakan di Mahsyar, tapi mereka itu dimasukkan ke dalam neraka terus. Maknanya, mereka terus kena azab.

Maulana Hadi: Hud 1-39


 

Ayat 40: Kembali kepada kisah Nabi Nuh dengan bahteranya.

حَتّىٰ إِذا جاءَ أَمرُنا وَفارَ التَّنّورُ قُلنَا احمِل فيها مِن كُلٍّ زَوجَينِ اثنَينِ وَأَهلَكَ إِلّا مَن سَبَقَ عَلَيهِ القَولُ وَمَن آمَنَ ۚ وَما آمَنَ مَعَهُ إِلّا قَليلٌ

Sahih International

[So it was], until when Our command came and the oven overflowed, We said, “Load upon the ship of each [creature] two mates and your family, except those about whom the word has preceded, and [include] whoever has believed.” But none had believed with him, except a few.

Malay

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: “Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman”. Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

 

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا

sehingga apabila datang keputusan dari Kami

Nabi Nuh a.s. terus membina bahtera itu, dan baginda terus dihina, sampailah datang ketetapan Allah. Itulah keputusan terjadinya banjir itu. Juga bermaksud keputusan azab yang dijanjikan kepada mereka yang engkar. Juga, bermaksud keputusan menyelamatkan orang beriman dan menghancurkan orang yang tidak beriman. Semua itu termasuk dalam ketetapan Allah. Apa sahaja yang Allah inginkan, akan terjadi.

Dalam surah lain, ada disebutkan bagaimana Nabi Nuh tanya kepada Allah apakah tanda banjir itu akan datang. Maka Allah menjawap apabila akan keluar air dari tempayan.

 

وَفَارَ التَّنُّورُ

dan air memancut-mancut dari tempayan,

Seperti tempayan buat roti nan sekarang. Tapi zaman dulu, tempayan itu dalam tanah. Tentulah dibuat dalam tempat yang kering, sebab tempat itu akan dinyalakan api. Tapi Allah kata, tanda banjir sudah datang, air akan keluar dari tempat buat roti itu. Air itu akan keluar dengan cepat. Ia akan berterusan keluar air sampai air itu keluar darinya. Itulah tempat paling kering dan kalau tempat itu pun sudah keluar air, maknanya air sudah datang.

Itu adalah satu tanda yang pelik, kalau keadaan biasa, tidak akan terjadi. Maka, kalau terjadi begitu, tanda banjir nak mula dah.

Apakah yang dimaksudkan dengan التَّنُّورُ itu? Ada sampai lapan pendapat tentangnya. Ia adalah perkataan yang berasal dari Parsi. Ianya bermaksud tempat roti dimasak dan dibuat dari tanah liat. Ada yang kata bahawa tempayan itu adalah tempayan yang digunakan oleh Nabi Adam dan terus digunakan oleh Nabi Nuh. Ianya digunakan sebagai tanda kepada Nabi Nuh a.s. bilakah akan terjadinya banjir itu. Ini adalah sebagai early warning mechanism kepada baginda.

Tempayan untuk memasak roti di dalam tanah

Ada juga yang mengatakan bahawa التَّنُّورُ yang dimaksudkan adalah bahagian atas tanah di bumi. Atau mungkin tempat air berkumpul. Apabila bahagian atas tanah dipenuhi air, maka ianya adalah tanda bahawa banjir itu sudah datang.

Ada juga yang mengatakan ianya adalah satu nama tempat. Ada yang kata ianya di India atau di tempat lain. Apabila air keluar dari tempat itu, Nabi Nuh dah kena naik kapal.

Ada yang kata ianya bermaksud apabila cahaya pagi keluar. Iaitu pagi datang, maka itulah masanya untuk naik ke dalam kapal. Allahu a’lam.

 

قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا

Kami berfirman kepada Nabi Nuh: “Bawalah dalam bahtera itu

Bahtera itu tiga tingkat. Apabila sudah keluar air dari tannur itu, maka itulah masanya untuk baginda mula bergerak masuk dalam bahtera itu. Kena jalankan kerja nak memasukkan mereka yang patut masuk dalam bahtera itu pula.

 

مِن كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ

dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina),

Allah dah tetapkan siapa yang akan masuk dalam bahtera itu. Bahagian bawah adalah untuk diletakkan binatang. Yang dimaksudkan adalah seekor jantan dan seekor betina. Kena masukkan jantan dan betina kerana binatang itu akan dijadikan sebagai sebagai baka untuk kegunaan selepas banjir dah reda nanti. Semua binatang lain akan mati dan kerana itu baginda kena masukkan semua jenis binatang.

Bagaimanakah agaknya Nabi Nuh a.s. mengambil binatang-binatang itu agaknya? Dikatakan apabila air itu telah merebak, semua binatang telah berkumpul di satu tempat. Mereka berkumpul di tempat yang tinggi. Di situlah, Nabi Nuh mengumpul binatang-binatang itu. Kalau tidak, tentulah susah kalau Nabi Nuh nak kena cari dan kejar binatang itu merata-rata, bukan? Tapi kalau binatang-binatang itu sudah berkumpul di satu tempat, bukankah senang baginda dan tangkap binatang-binatang itu?

 

وَأَهْلَكَ

dan bawalah ahlimu

Selain dari binatang, Nabi Nuh diarahkan untuk memasukkan ahli keluarga baginda juga.

 

إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ

kecuali orang yang telah ditetapkan keputusan Allah ke atasnya (disebabkan kekufurannya),

Bukankah telah disebut sebelum ini bahawa hanya mereka yang telah beriman sahaja akan beriman? Yang selain dari itu, tidak akan beriman. Termasuklah ahli keluarganya. Antara yang tidak beriman adalah isterinya sendiri dan anaknya. Di antaranya ialah anak lelakinya yang bernama Yam, dia memisahkan dirinya dari baginda; juga ada isteri Nabi Nuh yang kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Ada isteri yang beriman dan ada isteri yang tidak beriman.

Keluarga darah daging kita ada dua jenis: ada yang beriman dan ada yang tidak beriman. Walaupun dalam ayat ini, Allah kata ‘ahli’ yang secara literalnya bermaksud ‘keluarga’, tapi yang dimaksudkan adalah keluarga yang beriman. Itulah keluarga yang sebenarnya.

Jadi, ada antara darah daging Nabi Nuh a.s. yang tidak beriman. Jadi mereka itu tidak termasuk dalam istilah ‘keluarga’ yang sebenar. Oleh itu mereka itu kena ditinggalkan. Nabi Nuh hanya boleh masukkan ahli keluarga baginda yang beriman sahaja. Kerana mereka itu telah tetap kufur – Allah telah buat keputusan yang mereka itu kufur.

 

وَمَنْ آمَنَ

juga bawalah orang-orang beriman”.

Baginda juga perlu memasukkan orang-orang yang beriman dari kalangan umat baginda. Kerana mereka itu tidak bersalah dan mereka akan diselamatkan dari banjir yang akan melanda. Begitulah, orang Mukmin akan diselamatkan dari bala bencana.

 

 وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ

Dan tidak ada orang-orang yang beriman dengannya, melainkan sedikit sahaja.

Tidaklah ramai yang beriman. Mengikut riwayat, ada yang kata 40 orang sahaja yang ikut, atau 43 orang. Dari riwayat Ibnu Abbas, ada seramai 80 orang. Bilangan itu tidak dapat disahkan, tapi yang pasti, tidak ramai yang ikut beriman dengan baginda. Bayangkan, setelah 950 tahun Nabi Nuh berdakwah kepada mereka, sebanyak itu sahaja yang beriman.

Kisah tentang turunnya air ini ada terdapat dalam Qamar:11-14


 

Ayat 41:

۞ وَقالَ اركَبوا فيها بِسمِ اللَّهِ مَجراها وَمُرساها ۚ إِنَّ رَبّي لَغَفورٌ رَحيمٌ

Sahih International

And [Noah] said, “Embark therein; in the name of Allah is its course and its anchorage. Indeed, my Lord is Forgiving and Merciful.”

Malay

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya ‘. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

 

وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا

Dan berkatalah Nabi Nuh: “Naiklah kamu ke bahtera itu

Samada Allah yang berkata-kata atau Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh berkata kepada orang-orang yang beriman itu, mengajak mereka naik ke bahtera, kerana masa sudah sampai.

 

بِسْمِ اللَّهِ

sambil berkata: ‘ Dengan nama Allah

Nabi Nuh suruh mereka naik dengan membaca nama Allah. Begitulah, apabila kita hendak memulakan apa-apa kerja, hendaklah kita memulakan dengan basmalah. Terutama sekali kalau ikut sunnah ayat ini, semasa menaiki kenderaan. Maknanya, kena ingat Allah dalam perjalanan menggunakan kenderaan itu. Kerana dengan izin Allahlah yang memberikan kita kenderaan itu dan memberi keselamatan kepada kita. Walaupun ayat ini tentang menaiki bahtera, tapi ianya juga digunakan dalam kenderaan lain juga. Dan ada lagi doa dari Quran yang digunakan dalam menaiki kenderaan. Ini ada disebut dalam Zukhruf:12-14. Iaitu naik kenderaan dengan berkat nama Allah. Nama Allah itu sendiri ada berkat.

Basmalah juga adalah doa yang dibaca semasa memulakan makan. Doa makan yang kita selalu baca itu sebenarnya adalah doa selepas makan. Terbalik habis. Dan doa semasa nak makan, tidak perlu angkat tangan. Begitu juga dengan doa selepas ambil wudhu, doa selepas azan pun tidak angkat tangan. Tidak perlu angkat tangan. Tidaklah salah kalau buat juga, tapi kalau buat begitu, maknanya tidak belajar lah tu. Dan doa selepas iqamah tidak ada. Jadi, kalau ada yang baca juga, kita tahu mereka tak belajar lah tu.

 

مَجْرَاهَا

semasa belayar

Pembacaan tajwid ini berlainan dengan tajwid yang biasa. Kita akan membaca ayat ini ‘majreyyha’, bukan ‘majrooha’ seperti biasa. Ini adalah satu-satunya tempat yang  menggunakan kaedah tajwid sebegini. Tajwid ini dinamakan imaanah.

Pembacaan tajwid sebegini bertepatan dengan maksud ayat. Kita baca perkataan ini dengan cara ‘senget’ kerana semasa kapal itu belayar, kapal itu pun akan berkeadaan senget juga kerana dibuai oleh ombak yang kuat.

Maknanya, semasa naik kapal itu dan semasa kapal itu sedang berlayar, sebutlah basmalah itu berterusan.

 

وَمُرْسَاهَا

dan semasa turun bahtera’.

Dan bacalah basmalah semasa bahtera itu mendarat. Iaitu apabila bahtera itu telah ditambat. Waktu itu pun kena sebut nama Allah juga. Dengan nama Allah ia berlayar, dan dengan nama Allah juga, ia akan berlabuh.

Dalam Mukminoon:28-29 juga ada disebut satu lagi doa yang perlu disebut.

فَإِذَا استَوَيتَ أَنتَ وَمَن مَعَكَ عَلَى الفُلكِ فَقُلِ الحَمدُ لِلَّهِ الَّذي نَجّانا مِنَ القَومِ الظّالِمينَ

“Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata:`Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim ‘.

وَقُل رَبِّ أَنزِلني مُنزَلًا مُبارَكًا وَأَنتَ خَيرُ المُنزِلينَ

“Dan berdoalah dengan berkata:`Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ‘ “

 

إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Waktu itu, umat sedang diberikan azab, tapi Allah mengingatkan kita bahawa sifatNya adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Jangan kita lupa tentang sifat Allah ini. Jangan kita ingat sifat Allah hanya menghukum sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s