Tafsir Surah Hud Ayat 20 – 23 (Tunduk kepada Allah adalah nikmat)

Ayat 20:

أُولٰئِكَ لَم يَكونوا مُعجِزينَ فِي الأَرضِ وَما كانَ لَهُم مِن دونِ اللَّهِ مِن أَولِياءَ ۘ يُضاعَفُ لَهُمُ العَذابُ ۚ ما كانوا يَستَطيعونَ السَّمعَ وَما كانوا يُبصِرونَ

Sahih International

Those were not causing failure [to Allah ] on earth, nor did they have besides Allah any protectors. For them the punishment will be multiplied. They were not able to hear, nor did they see.

Malay

Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan ugama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya, dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya.

 

أُولَٰئِكَ لَمْ يَكُونُوا مُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ

Mereka itu tidak akan dapat melemahkan di dunia,

Apabila Allah biarkan mereka dengan perbuatan ingkar mereka, mereka sangka Allah lemah sampai tak boleh nak beri azab kepada mereka. Tapi sebenarnya Allah biar sahaja sebab Allah nak azab mereka di akhirat kelak.

Perkataan لَمْ يَكُونُوا bermaksud mereka ‘tidak akan sampai bila-bila’ boleh melemahkan Allah. Allah nak beritahu dalam ayat ini, bahawa Allah boleh sahaja untuk beri azab kepada mereka semasa di dunia lagi, cuma Allah tak buat sahaja. Dan kalau Allah kenakan azab kepada mereka, mereka tidak dapat melemahkan, tidak dapat mengelak lagi.

Nabi pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah akan menangguhkan (azab) kepada orang zalim hingga apabila Allah menindaknya, maka Dia tidak akan melepaskannya.”

Ada satu lagi pendapat tentang ayat ini. Iaitu mereka tidak dapat melemahkan. Melemahkan apa? Melemahkan Allah dan menghalang manusia daripada tahu tentang Quran. Mereka tidak mahu manusia belajar Quran, tapi ianya akan sampai kepada manusia juga. Sebelum ini telah diberitahu bahawa ayat ini diturunkan di hujung-hujung waktu baginda di Mekah dan waktu itu tekanan mereka kepada orang-orang Islam amatlah kuat. Sampaikan Abu Bakar pun telah memikirkan untuk meninggalkan Mekah kerana tidak tahan. Kalau dulunya, hanya mereka yang lemah di mata masyarakat sahaja yang ditindas, tapi apabila mereka tidak dapat menghalang Islam dari berkembang, mereka juga telah menindas dan memberi tekanan kepada mereka-mereka yang ada kedudukan pun seperti Abu Bakr.

Disebut bagaimana mereka tidak dapat menghalang kuasa Allah di bumi. Bukan hanya di bumi sahaja, tapi di akhirat juga tentunya. Tapi disebut ‘bumi’ dalam ayat ini, kerana mereka sangka mereka ada kuasa di bumi. Kalau di bumi sudah tidak berkuasa, apatah lagi di akhirat nanti.

 

وَمَا كَانَ لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ

dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong mereka

Mereka sangka tuhan-tuhan mereka yang mereka sembah akan dapat melepaskan mereka nanti. Mereka sangka yang wali-wali yang mereka puja, malaikat-malaikat yang mereka beri salam itu, Nabi-nabi yang mereka selalu bertawasul kepada mereka itu akan dapat menyelamatkan mereka, tapi tidak sama sekali.

 

يُضَاعَفُ لَهُمُ الْعَذَابُ

Azab untuk mereka akan dilipatgandakan,

Mereka akan dapat azab yang berganda. Kenapa? Kerana bukan sahaja tidak mahu beriman dengan Quran, tetapi mereka menghalang orang lain juga dari Quran dan kerana mereka hendak menjadikan agama itu bengkok. Dilipatgandakan azab kepada mereka kerana mereka telah berusaha untuk merosakkan agama ini. Seperti yang disebut dalam Fussilat:26

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”

Dan begitu juga Allah telah berfirman dalam An’am:26

وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْأَوْنَ عَنْهُ وَإِن يُهْلِكُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.

Oleh itu, jikalau ada kalangan kita yang menghalang manusia dari mempelajari Quran, maka mereka pun akan mempunyai nasib yang sama. Terdapat banyak halangan-halangan dari masyarakat kita yang menghalang manusia dari memahami Quran. Mereka tidak benarkan Tafsir Quran diajar. Mereka kata orang awam tidak perlu mempelajari Tafsir Quran. Kerana mereka kata orang awam tidak mampu memahaminya dan akan menyebabkan perpecahan di kalanagan masyarakat. Maka, manusia pun ramai yang tidak belajar.

 

مَا كَانُوا يَسْتَطِيعُونَ السَّمْعَ

mereka dulu tidak mampu mendengar,

Mereka semasa di dunia tidak mendengar wahyu dari Allah. Mereka tidak mampu mendengarnya. Pelajaran perlu didapati dengan menggunakan pendengaran, dan apabila mereka tidak mahu mendengar ayat-ayat Quran yang disampaikan, maka mereka tidak dapat memasukkan ilmu agama dalam hati mereka.

Allah perli mereka dalam ayat ini: “adakah mereka semasa di dunia dulu, tidak mampu mendengar?”

Tentulah mereka boleh mendengar kerana Allah sudah memberi kebolehan mendengar kepada manusia. Tapi mereka sendiri tidak mahu menggunakannya untuk mencari kebenaran. Padahal, mendengar itu adalah jalan yang paling senang untuk mendapat ilmu. Bayangkan, kalau nak membaca, kena buka buku, kena baca, kena duduk di tempat yang sesuai, kena dalam kedudukan yang selesa. Tapi, kalau nak mendengar, tak perlu buka apa-apa sebab memang telinga sudah tersedia terbuka. Tapi itu pun mereka tak mampu nak buat, kerana hati mereka telah rosak dengan fahaman yang salah.

 

وَمَا كَانُوا يُبْصِرُونَ

dan mereka dulu tidak melihat tanda-tanda kebenaran.

Walaupun tanda-tanda kebenaran sudah ada di depan mata mereka, mereka akan tetap menolaknya. Kerana hati mereka telah tolak sebelum itu lagi.

Allah juga perli dalam ayat ini: adakah mereka tidak mampu melihat dahulu semasa mereka hidup di dunia? Tentulah mereka boleh mendengar dan melihat, tapi mereka tidak mahu menggunakannya untuk mencari kebenaran.


 

Ayat 21:

أُولٰئِكَ الَّذينَ خَسِروا أَنفُسَهُم وَضَلَّ عَنهُم ما كانوا يَفتَرونَ

Sahih International

Those are the ones who will have lost themselves, and lost from them is what they used to invent.

Malay

Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.

 

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ

Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri,

Mereka sendiri yang merugikan diri mereka sendiri. Mereka ada peluang untuk beriman kepada Allah semasa di dunia, tapi mereka tidak ambil peluang itu. Tapi mereka terus melakukan perkara yang menjerumuskan mereka ke dalam neraka.

 

وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ

dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.

Ibadat bidaah yang mereka ada-adakan itu tidak jadi pahala tapi jadi dosa untuk mereka. Kebanyakan dari kita tidaklah cipta ibadah. Tapi kebanyakan dari kita ‘ikut’ melakukan ibadah-bidaah yang direka oleh orang-orang sebelum kita. Mencipta ibadah baru adalah dosa yang berat. Begitu juga kalau kita amalkan ibadah yang direka itu. Yang ikut buat itu adalah kerana mereka tidak belajar. Mereka tidak mengambil jalan selamat dengan bertanya samada ibadah itu ada dalam Islam atau tidak. Kebanyakannya terus bersangka baik, kalau ustaz yang ajar, takkan salah. Itu amat bahaya sekali.

Sekarang, hendaklah kita mengubah minda kita. Jangan kita terus sahaja terima apa yang disampaikan kepada kita. Kita kena ada inisiatif untuk periksa apakah amalan-amalan yang kita dah biasa buat itu ada dalam Islam atau tidak. Kalau tiada, tinggalkan sahaja. Itu adalah satu perkara yang paling senang – tinggalkan dari buat. Bukan kita suruh buat apa, tapi tinggalkan sahaja.

Begitu juga hilang lenyap sembahan-sembahan mereka yang mereka puja semasa di dunia. Tuhan-tuhan rekaan manusia itu tidak akan dapat menyelamatkan mereka nanti. Begitu juga dengan penolong-penolong mereka. Mereka sangka, wali-wali dan Nabi-nabi yang mereka sedekah Fatihah hari-hari itu akan tolong mereka, tapi tidak sama sekali. Semua itu akan hilang lenyap kerana itu semua adalah rekaan sahaja.

Sebelum ini, mereka tuduh Nabi reka agama baru, tapi sebenarnya mereka yang reka perkara baru dalam agama seperti yang Allah sebut dalam ayat ini.


 

Ayat 22:

لا جَرَمَ أَنَّهُم فِي الآخِرَةِ هُمُ الأَخسَرونَ

Sahih International

Assuredly, it is they in the Hereafter who will be the greatest losers.

Malay

Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.

 

لَا جَرَمَ

Tidak syak lagi,

Perkataan جَرَمَ asalnya bermaksud ‘memotong’. Ianya dari segi lughah (bahasa) bermaksud ‘ianya pasti akan berlaku’. Tidak ada halangan kepada perkara itu dari berlaku. Ianya pasti akan terjadi. Tiga kali perkataan ini digunakan dalam Quran.

Apa yang telah dijanjikan itu pasti akan terjadi. Kerana kalau kita hendak memperkatakan sesuatu tentang masa hadapan, ada kemungkinan ia tidak terjadi, bukan? Sebagai contoh, kita kata kita hendak melawat kawan kita yang sakit, esok. Adakah kita pasti yang kita akan dapat melawatinya? Tidak, bukan? Kerana mungkin ada halangan, kita sendiri jatuh sakit dan sebagainya. Tapi, apabila Allah kata لَا جَرَمَ, ia bermaksud, ianya pasti akan berlaku. Tidak akan ada perkara yang akan menghalangnya. Siapa lagi yang boleh halang Allah?

 

أَنَّهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْأَخْسَرُونَ

bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.

Mereka bukan sahaja akan merugi, tapi الْأَخْسَرُونَ – paling rugi. Kerana kesalahan-kesalahan yang mereka telah lakukan dalam ayat-ayat yang lepas – mereka menolak fitrah, mereka menolak Quran dan menolak Kitab terdahulu. Dan mereka bukan sahaja tidak mahu menerima Quran itu, mereka menghalang orang lain dari menerimanya juga. Dan mereka berusaha untuk menjadikan agama ini bengkok. Mereka tidak mahu mendengar dan melihat kebenaran. Dan akhir sekali, mereka mereka-reka perkara baru dalam agama. Begitu banyak sekali kesalahan yang mereka lakukan.

Apabila semua itu dicampur, balasan mereka adalah mereka akan menjadi orang yang ‘paling rugi’. Tidak ada peluang untuk mereka memperbetulkan balik perbuatan salah mereka itu. Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan mereka.


 

Ayat 23: Sekarang berita gembira pula. Ayat tabshir.

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَأَخبَتوا إِلىٰ رَبِّهِم أُولٰئِكَ أَصحابُ الجَنَّةِ ۖ هُم فيها خالِدونَ

Sahih International

Indeed, they who have believed and done righteous deeds and humbled themselves to their Lord – those are the companions of Paradise; they will abide eternally therein.

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

 

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman

Iaitu beriman sempuna, tidak menambah amalan dan fahaman syirik dalam agama.

 

وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

dan mengerjakan amal yang soleh,

Bukan setakat beriman sahaja, tapi hendaklah iman itu ditunjuk dengan melakukan amal ibadat.

Amal soleh adalah amal ibadat yang ikut ajaran Nabi. Amal ibadat yang telah diberikan contoh oleh Nabi dan diamalkan juga oleh para sahabat. Selain daripada itu, tak payah buat. Tidaklah susah dengan hal bidaah ini, jangan buat sahaja. Bukan nak kena buat apa-apa. Cuma tinggalkan sahaja. Belajarlah ibadat-ibadat yang Nabi dah ajar. Percayalah, apabila kita dah tahu apa yang Nabi buat, kita tidak terbuat segala ibadat itu sebab dah banyak dah. Dan kita akan terasa nikmat yang berbeza apabila kita buat amalan yang memang Nabi pun ada buat.

Yang memang Nabi dah ajar kita pun tidak terbuat, buat apa kita nak buat benda-benda yang Nabi tak pernah buat? Bukankah itu sesuatu yang amat bodoh sekali? Kalau rasa masa banyak sangat, carilah amalan-amalan Nabi yang memang jelas Nabi dah buat. Apabila semua itu dah buat, dan masih ada banyak masa lagi, barulah boleh fikir apa lagi amalan bidaah nak buat, supaya kita dapat pahala lebih lagi dari Nabi. Tapi, bolehkah kita lebih lagi dari Nabi?

 

وَأَخْبَتُوا إِلَىٰ رَبِّهِمْ

serta merendah diri kepada Tuhan mereka,

Iaitu sentiasa taat dalam ibadat, dalam syariat dan dalam akidah. Takut hanya kepada Allah. Ikhlas hanya kepada Allah. Taat hanya kepada Allah. Tanda taat adalah apabila diberitahu sekali, terus buat tanpa lengah lagi. Tanpa soal lagi. Kita sedar yang kita ini adalah hanya hamba sahaja kepada Allah.

أَخْبَتُ bermaksud ‘menjatuhkan diri atas tanah yang lembut’. Berlainan kalau jatuh atas konkrit atau atas benda keras. Kalau kita jatuh atas benda yang keras, ianya tentu menyakitkan kita. Tapi kalau kita jatuh atas tanah yang lembut, ianya selesa. Macam kita pergi ke pantai dan kita jatuhkan diri kita atas pantai dan duduk di atas pantai yang lembut itu. Tak sakit langsung, bukan? Ini hendak merujuk kepada mereka yang merendahkan diri kepada Allah dalam keadaan aman damai. Bukan dalam keadaan terpaksa. Kita rela untuk merendahkan diri kepada Allah.

Ini juga merujuk kepada mereka yang mendirikan solat dan sujud kepada Allah. Kerana waktu itu kita merendahkan diri kepada Allah dengan taat; dan waktu itu kita tunduk dalam keadaan tenang dan damai.

 

أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ

mereka itulah ahli Syurga,

Adakah balasan yang lebih baik dari syurga dengan segala nikmatnya? Di syurgalah nanti kita boleh bertemu dengan Allah. Tidakkah kita teringin hendak bertemu dengan Allah?

 

هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

mereka kekal di dalamnya.

Dunia tempat kita menjalani kehidupan dengan susah payah ini sekejap sahaja. Tapi yang kekal adalah di akhirat kelak. Kalau kita dapat masuk syurga, kita akan kekal di dalamnya. Tidak ada kerisauan dan tidak ada susah payah lagi dalam syurga. Ianya adalah tempat untuk menikmati nikmat yang diberikan dengan amat banyak oleh Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s