Tafsir Surah Jathiya Ayat 28 – 32 (Duduk melutut)

Ayat 28: Takhwif Ukhrawi. Dari perkataan جاثِيَةً inilah diambil nama surah ini.

وَتَرىٰ كُلَّ أُمَّةٍ جاثِيَةً ۚ كُلُّ أُمَّةٍ تُدعىٰ إِلىٰ كِتابِهَا اليَومَ تُجزَونَ ما كُنتُم تَعمَلونَ

Sahih International

And you will see every nation kneeling [from fear]. Every nation will be called to its record [and told], “Today you will be recompensed for what you used to do.

Malay

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!

وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut;

كُلَّ أُمَّةٍ bermaksud setiap manusia, dari setiap umat. Setiap umat yang bathil akan melutut dalam keadaan takut dan malu.

جَاثِيَةً bermaksud jatuh atas lutut kita. Duduk melutut dengan punggung kita di atas tumit. Inilah nama yang dipilih untuk surah ini. Kedudukan ini menunjukkan kerendahan dan rasa malu kita. Kita semua akan duduk berlutut dalam keadaan tangan di atas paha dan menunggu didalam ketakutan dan kecemasan. Semuanya pula di dalam keadaan berbogel. Iaitu kita semua dikembalikan kepada keadaan asal kita. Bukankah kita dulu dilahirkan dalam keadaan bogel? Maka kita akan dihadapkan dalam keadaan bogel juga nanti.

 

Kalau dah takut macam tu, adakah berani nak berhujah dengan Allah lagi? Jangan kata nak bercakap, nak angkat muka pun tidak berani. Kalau di dunia, bila kita tanya manusia kenapa buat amalan bidaah dan syirik, mereka pandai sahaja jawap begini dan begitu. Kalau Allah sendiri tanya, macam mana?

 

كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَىٰ إِلَىٰ كِتَابِهَا

tiap-tiap umat diseru kepada kitabnya

Ada yang mengatakan كِتَابِهَا bermaksud Kitab yang diberikan kepada Rasul umat-umat itu. Iaitu akan diseru: “Mana dia pengikut Kitab Taurat?”, “Mana dia pengikut Kitab Injil?” dan sebagainya. Iaitu umat manusia akan dipecahkan mengikut kitab pegangan mereka.

Pendapat lain mengatakan كِتَابِهَا bermaksud ‘Kitab Amal’ mereka. Ini lebih kuat pendapatnya kerana sambungan ayat selepas ini adalah tentang amalan manusia yang dilakukan semasa di dunia. Iaitu mereka akan diberikan dengan Kitab Amalan mereka semasa di dunia.

Mereka yang berdosa akan takut untuk melihat kitab amalan mereka. Mereka dah tahu dah yang apa yang ada dalam Kitab itu bukanlah sesuatu yang baik untuk mereka. Maka mereka akan melarikan diri daripada kitab amalan mereka sambil dikejar oleh kitab amalan itu. Semasa dia berlari-lari itu, kitab itu dapat mengejarnya dan terus melekat kepada tangan kiri mereka. Maka, kitab itu telah diterimanya dengan tangan kiri. Sesiapa yang menerima Kitab Amalan mereka dengan tangan kiri bermakna mereka akan masuk ke dalam neraka.

Maknanya, mereka yang menerima Kitab dengan tangan kiri tidak diberi kitab macam yang disangka. Kalau yang terima dengan tangan kanan, mereka akan dapat dari depan. Tapi yang terima dengan tangan kiri akan dikejar oleh kitab amalannya sendiri.

Dan kita akan baca sendiri kitab kita itu. Tak boleh nak menipu. Pandai buat dosa, maka pandailah baca sendiri apa yang telah dilakukan. Tidakkah kita akan malu nanti? Semua makhluk boleh dengar apa yang telah kita lakukan. Maka kita kenalah beringat dari sekarang supaya kita tidak jadi macam itu nanti. Allah boleh buat supaya kejadian itu disaksikan oleh semua makhluk. Harapnya kita tidak perlu dibicarakan di Mahsyar nanti. Semoga terus masuk sahaja ke syurga, in sha Allah.

 

الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

“Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!”

Manusia akan dibalas mengikut apa yang mereka lakukan sahaja. Sama ada dosa ataupun pahala. Ini memberitahu kepada kita bahawa kita tidak akan tanggung dosa orang lain.

Ia juga bermaksud tidak ada amalan sedekah pahala untuk diberikan kepada sesiapa sahaja. Tidak akan terjumpa di dalam kitab amalan mereka itu pahala-pahala yang dikirimkan kepada mereka oleh mereka yang hidup. Maka di manakah dalil amalan sedekah pahala yang sedang diamalkan oleh masyarakat Islam kita?


 

Ayat 29: Sambungan Takhwif Ukhrawi

هٰذا كِتابُنا يَنطِقُ عَلَيكُم بِالحَقِّ ۚ إِنّا كُنّا نَستَنسِخُ ما كُنتُم تَعمَلونَ

Sahih International

This, Our record, speaks about you in truth. Indeed, We were having transcribed whatever you used to do.”

Malay

“Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!”

هَٰذَا كِتَابُنَا

“Inilah Kitab Kami,

Inilah kata Allah yang merujuk kepada Kitab Amalan setiap makhluk.

 

يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ

ia memperkatakan terhadap kamu dengan yang benar,

Allah menggunakan perkataan يَنطِقُ dalam ayat ini. Ia memberi isyarat bahawa Kitab itu akan berkata-kata.

Ianya hanya mengatakan perkara yang benar sahaja. Tiada yang kurang dan tidak akan ditambah dari yang dilakukan oleh makhluk. Seperti disebut dalam Kahf:49

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

 

إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

kerana sesungguhnya Kami telah menulis segala yang kamu telah lakukan!”

نَسْتَنسِخُ dari katadasar نسخ yang bermaksud ‘menghapuskan sesuatu’ atau ‘memansuhkan sesuatu’. Tapi apabila digunakan dalam format إستِنسَخ, ia membawa maksud menulis, menyalin. Seperti perkataan nuskhah yang bermaksud salinan kitab. Seperti kita salin dari sesuatu kitab yang lain. Oleh itu, ia bermaksud, semasa kita melakukan sesuatu, malaikat ‘menyalin’ apa kita lakukan. Bayangkan, apa sahaja yang kita tulis dalam SMS, dalam Whatsapp, dalam twitter dan Facebook, malaikat pun salin apa yang kita tulis itu. Maka, ingatlah semasa kita menulis semua itu, malaikat sedang menyalin apa yang kita tulis itu. Kita ingat perkara itu kecil sahaja, tapi itu pun ditulis oleh malaikat. Dan kadang-kadang perkara kecil itulah yang menyebabkan orang sakit hati, orang marah, orang berkelahi kerananya. Maka, kita akan lihat bagaimana perkara yang kita sangkakan kecil, rupanya besar di mata Allah.

Tapi malaikat hanya catat sahaja. Mereka tidak tahu kita ikhlas atau tidak. Sebab itu ada amalan yang memang kita telah lakukan, tapi Allah suruh buang sahaja, kerana Allah tahu yang kita tidak ikhlas semasa melakukannya.


 

Ayat 30: Tabshir Ukhrawi.

فَأَمَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ فَيُدخِلُهُم رَبُّهُم في رَحمَتِهِ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ المُبينُ

Sahih International

So as for those who believed and did righteous deeds, their Lord will admit them into His mercy. That is what is the clear attainment.

Malay

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا

Adapun orang-orang yang beriman

Iaitu orang-orang yang beriman sempurna, tidak melakukan syirik. Mereka itu tahu apakah tauhid dan apakah syirik. Oleh kerana itu mereka meninggalkan syirik dan dan mengamalan ajaran tauhid sahaja dalam kehidupan mereka.

 

وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

dan beramal soleh,

Bukan sahaja mereka itu beriman, tapi mereka juga menunjukkan iman mereka dengan mengerjakan amalan-amalan ibadat. Dan amalan ibadat yang mereka lakukan itu adalah mengikut amalan ajaran Nabi sahaja. Dia tidak melakukan amalan bidaah. Amalan yang bidaah, tidak dinamakan ‘amalan soleh’.

 

فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ

maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya;

Apabila Allah berfirman yang mereka itu dimasukkan ke dalam ‘rahmatNya’, itu bermaksud Allah akan selamatkan mereka dari neraka dan masukkan mereka ke dalam syurga.

Ini juga sebagai dalil bahawa kita masuk syurga atas rahmat Allah. Kerana kalau dengan amalan kita sepanjang hidup walau bagaimana baik pun, tidak cukup lagi kalau dibandingkan dengan nikmat syurga yang amat besar itu. Hanya kerana rahmat Allah lah sahaja kita dapat masuk syurga. Jadi kena bersyukur dan berharap yang Allah merahmati kita.

 

ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

yang demikian itu ialah kemenangan yang jelas.

Lafaz الْفَوْزُ bermaksud kemenangan selepas selamat dari bahaya. Mereka yang dapat masuk syurga itu bermaksud mereka juga telah terlepas dari azab neraka, dan itu adalah kemenangan yang amat besar. Kalau dapat masuk ke dalam syurga, barulah boleh dikatakan kemenangan yang jelas. Kalau setakat menang hujah di dunia, tapi di akhirat nanti akan memasukkan mereka ke dalam neraka, itu bukanlah kemenangan namanya. Ramai golongan ahli bidaah di negara ini yang berkedudukan tinggi, pandai berhujah menggunakan akal mereka untuk membolehkan amalan bidaah mereka. Maka ramailah yang tertipu dengan hujah mereka kerana mereka pandai berkata-kata.

Memang mereka mungkin menang kalau dalam dunia. Tapi adakah mereka akan menang di akhirat kelak? Bolehkah mereka berhujah dengan Allah SWT?


 

Ayat 31: Takhwif Ukhrawi. Bagaimana pula dengan nasib orang yang engkar?

وَأَمَّا الَّذينَ كَفَروا أَفَلَم تَكُن آياتي تُتلىٰ عَلَيكُم فَاستَكبَرتُم وَكُنتُم قَومًا مُجرِمينَ

Sahih International

But as for those who disbelieved, [it will be said], “Were not Our verses recited to you, but you were arrogant and became a people of criminals?

Malay

Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatKu telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?

وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا

Adapun orang-orang yang engkar,

Dalam ayat ini dikatakan orang ‘kafir’, tapi kita terjemahkan sebagai orang yang ‘engkar’. Kerana sebenarnya, orang yang kafir itu adalah orang yang engkar. Kalau kita beragama Islam, tapi engkar dengan arahan Allah, adakah boleh kita masih mengaku kita orang Islam? Mungkin dalam mata manusia, kita masih lagi digelar muslim, tapi apakah pula pandangan Allah kepada kita? Itu yang kita kena fikirkan.

 

أَفَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ

“Bukankah ayat-ayatKu telah dibacakan ke atas kamu,

Ada jumlah muqaddar dalam ayat ini. Tidak diberitahu siapakah yang berkata-kata. Yang berkata-kata itu adalah adalah Allah. Soalan ini ditanya sebelum mereka dihumban ke dalam neraka. Allah sendiri berkata dalam ayat ini; Allah tanya kepada mereka, tidakkah ayat Quran pernah dibacakan kepada mereka? Tentulah ada. Agaknya, apakah jawapan mereka yang dalam keadaan berlutut dan menundukkan kepala itu. Adakah mereka boleh menjawap kepada Allah? Adakah kita sanggup nak kata kepada Allah waktu itu: “Maaf Allah, aku tak sempat nak belajar, aku sibuk dengan kerja, aku sibuk dengan keluarga….”.

Ayat ini mengajar kita bahawa kita kena dakwah manusia dengan Quran. Kita kena bacakan ayat Quran kepada manusia. Lebih-lebih lagi kita kena bacakan ayat tauhid. Lihatlah bagaimana soalan yang Allah tanya kepada mereka adalah tentang Quran. Menunjukkan betapa pentingnya Quran itu.

 

فَاسْتَكْبَرْتُمْ

lalu kamu berlaku sombong,

Iaitu, mereka sombong nak belajar. Sombong nak dengar penjelasan kita tentang agama dan tentang Quran. Sombong nak ikut arahan-arahan Allah dalam Quran itu walaupun ia telah jelas. Yang mereka tidak jelas itu adalah kerana mereka tidak mahu belajar dan tidak mahu mendengar dan tidak mahu membuka hati mereka kepada kebenaran. Maknanya, mereka bukannya tidak tahu langsung berkenaan Quran, tapi mereka sombong nak dengar dan ikut.

Kadang-kadang manusia membuat kesilapan dengan melihat siapakah yang memberi nasihat itu. Kalau nampak macam orang yang tak penting atau tidak ada kedudukan, mereka buat tak layan sebab mereka sombong. Mereka rasa mereka lebih bagus dari orang yang memberi nasihat kepada mereka. Kerana mereka lihat diri mereka lebih tinggi kedudukan dan kekayaan dari mereka yang memberi nasihat itu. Sepatutnya mereka melihat apakah nasihat yang disampaikan, bukannya melihat siapakah yang menyampaikannya.

Kerana sombong, kadang-kadang manusia marah kalau kita nasihat mereka. Mereka melenting balik kalau diberi nasihat. Kerana mereka rasa kita macam merendahkan diri mereka dengan beri nasihat sebegitu. Padahal, kita beri nasihat sebagai peringatan kepada mereka.

 

وَكُنتُمْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

serta kamu menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?

Oleh kerana mereka tidak mahu belajar dan memahami Quran, maka mereka tidak tahu manakah yang salah dan manakah yang benar. Mereka hanya ikut apa yang disampaikan kepada mereka oleh guru-guru mereka yang tidak semestinya benar. Kalau mereka belajar Tafsir Quran, mereka akan tahu bahawa ada perkara yang dilakukan selama hari ini adalah salah. Tapi kerana mereka tidak mahu belajar, maka mereka terus melakukan kesilapan itu tanpa henti.

Sebagai contoh, banyak amalan bidaah yang mereka lakukan. Mereka sangka mereka sedang buat perkara baik dan sedang dapat pahala, tapi sebenarnya mereka sedang mengumpul dosa.


 

Ayat 32: Sambungan kata-kata Allah dari ayat sebelum ini. Allah mengingatkan kembali apa kata-kata mereka semasa di dunia

وَإِذا قيلَ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسّاعَةُ لا رَيبَ فيها قُلتُم ما نَدري مَا السّاعَةُ إِن نَظُنُّ إِلّا ظَنًّا وَما نَحنُ بِمُستَيقِنينَ

Sahih International

And when it was said, ‘Indeed, the promise of Allah is truth and the Hour [is coming] – no doubt about it,’ you said, ‘We know not what is the Hour. We assume only assumption, and we are not convinced.’ “

Malay

“Dan apabila dikatakan (kepada kamu): `Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ‘, kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya ‘.”

وَإِذَا قِيلَ

“Dan apabila dikatakan

Allah mengingatkan bagaimana mereka dulu pernah juga diberi dakwah. Pernah juga dikatakan kepada mereka semasa di dunia. Bukannya tidak datang pemberi dakwah dan penyebar tauhid kepada mereka semasa mereka di dunia dulu.

 

إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ

Sesungguhnya janji Allah adalah benar,

Telah diberitahu kepada mereka bahawa janji Allah itu benar. Iaitu janji Allah untuk memasukkan mereka yang engkar ke dalam neraka dan mereka yang beriman dan membuat amalan yang soleh ke dalam syurga.

 

وَالسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا

dan Hari Kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ‘,

Iaitu Hari Kiamat pasti akan terjadi. Allah pasti akan buat. Cuma bila terjadinya, tidak ada sesiapa pun yang tahu melainkan Allah sahaja. Telah diberitahu berkali-kali tentang perkara ini kepada mereka.

 

قُلْتُم مَّا نَدْرِي مَا السَّاعَةُ

kamu semua berkata: `Kami tidak mengetahui apa dia Hari Kiamat itu;

Lihatlah apa kata mereka apabila Hari Kiamat diingatkan kepada mereka. Mereka tak mengaku yang mereka tahu tentang Hari Kiamat. Maknanya, mereka tak percaya.

 

إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنًّا

kami hanya mengira ianya sebagai sangkaan sahaja,

Mereka ini adalah jenis orang Agnostik. Jadi kononnya semua perkara kena dibuktikan dengan sains. Kalau sains tak dapat buktikan, mereka tak mahu terima. Mereka ingat mereka dah pandai. Tapi sebenarnya mereka amat bodoh. Mereka kata kejadian hari kiamat itu hanya sangkaan-sangkaan manusia yang bodoh sahaja, tapi sebenarnya merekalah yang bodoh.

 

وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ

dan kami tidak sekali-kali meyakininya ‘.”

Mereka tidak yakin tentang akan datangnya Hari Kiamat itu. Mereka kata ianya hanya syak orang-orang yang bodoh sahaja. Pada mereka, Kiamat itu tidak benar. Mereka pun jenis tidak mahu mencari kebenaran. Mereka jenis tak kisah. Sebab kalau mereka jenis yang hendak mencari kebenaran, mereka akan terjumpa bukti-bukti dan hujah-hujah yang mengatakan Hari Kiamat itu pasti terjadi. Tapi, kerana mereka sendiri tidak mahu Hari Kiamat itu terjadi, jadi hati mereka telah berat kepada mengatakan Hari Kiamat itu tidak akan terjadi.

Kerana tidak percaya kepada akhiratlah yang menyebabkan manusia melakukan banyak kesalahan dan dosa. Akhirnya, mereka akan masuk ke Neraka dan mereka akan rasa amat rugi sekali. Tapi apa lagi mereka akan buat? Waktu itu sudah terlambat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 045: Jathiya. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s