Tafsir Surah Yunus Ayat 93-97

Ayat 93:

10:93
Transliteration

Walaqad bawwa/na banee isra-eelamubawwaa sidqin warazaqnahum mina attayyibatifama ikhtalafoo hatta jaahumualAAilmu inna rabbaka yaqdee baynahum yawma alqiyamatifeema kanoo feehi yakhtalifoon

Sahih International

And We had certainty settled the Children of Israel in an agreeable settlement and provided them with good things. And they did not differ until [after] knowledge had come to them. Indeed, your Lord will judge between them on the Day of Resurrection concerning that over which they used to differ

Malay

Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israil di negeri yang baik (sesudah Kami binasakan Firaun), dan Kami mengurniakan mereka dengan benda-benda yang baik. Maka mereka tidak berselisihan melainkan setelah datang kepada mereka pengetahuan (dari bukti-bukti yang nyata). Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihan itu.

وَلَقَدْ بَوَّأْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ

Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israil

Ini adalah selepas Bani Israil diselamatkan melepasi Laut Merah. Mereka telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan segalanya di Mesir kerana mengikut Nabi Musa. Maka Allah telah memberi mereka tempat tinggal yang lebih baik.

 

مُبَوَّأَ صِدْقٍ

di negeri yang baik

Iaitu mereka telah ditempatkan di Jurusalem atau sekarang dikenali sebagai Palestin. Di situlah terletaknya BaitulMaqdis.

صِدْقٍ yang selalu kita faham adalah bermaksud ‘benar’. Tetapi bukan itu sahaja maksud صِدْقٍ itu. Ia juga boleh bermaksud ‘mulia’.

Dalam surah Isra’:1, Allah memberitahu kita yang tempat itu diberkati.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Lihatlah bagaimana kalau sesuatu tempat itu ada berkat, Allah akan berikan dalilnya. Bukan macam yang dilakukan oleh sesetengah puak sekarang. Mereka memandai sahaja mengatakan sesuatu tempat itu berkat. Sebagai contoh, puak Habib mengatakan yang kubur Habib yang telah mati ada berkat. Maka mereka telah berkumpul dan buat ibadat di situ.

وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ

dan Kami mengurniakan mereka dengan rezeki-rezeki yang baik.

Lihatlah berapa banyak nikmat yang telah diberikan kepada mereka. Mereka dahulunya ditindas dan diperhambakan oleh Firaun. Kemudian Allah berikan dua Rasul kepada mereka. Kemudian Allah beri mereka nikmat ibadat dengan suruh mereka mendirikan solat. Kemudian Allah selamatkan mereka dan memberikan mereka tempat tinggal yang penuh berkat. Allah selamatkan mereka kerana mereka ada iman.

Sepatutnya setelah mereka diberikan dengan segala nikmat itu, mereka hendaklah mensyukuri nikmat itu dan beriman sungguh-sungguh. Tapi apa yang mereka lakukan? Mereka berselisih sesama mereka.

 

فَمَا اخْتَلَفُوا حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْعِلْمُ

Mereka tidaklah berselisihan (tentang tauhid) melainkan setelah datang kepada mereka ilmu

Mereka berselisih selepas mereka mendapat Ilmu, iaitu ilmu dari Kitab Taurat. Mereka berselisih tentang hal agama.

Sekarang pun ramai kalangan orang kita yang berselisih. Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Iaitu apabila bangkit mereka yang memegang sunnah. Iaitu mereka yang ingin kembali kepada nas Quran dan hadis. Kalau dulu, tak kedengaran perselisihan yang seperti ini. Kerana semua mengamalkan agama yang hampir sama sahaja. Kalau berselisih pun, sikit-sikit sahaja.

Tapi kita dapat rasakan yang perselisihan sekarang amat besar. Ramai yang berselisih dengan kita. Kerana kita bawa ajaran tauhidlah, dan menentang syirik dan bidaah lah yang menyebabkan ramai yang tolak, ramai yang berselisih dengan kita. Seperti yang disebut dalam Shura:14

وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

Kalau kita hanya ajar solat, wuduk, puasa dan cara-cara ibadat lain, tidak ada yang larang. Tapi itu adalah tentang ibadat sahaja. Bagaimana pula dengan ilmu aqidah, ilmu tauhid dan syirik? Kerana kalau tidak diajar tentang apakah syirik itu, manusia tidak akan tahu yang mereka mengamalkan syirik. Dan apabila mereka mengamalkan syirik, segala amal ibadat yang mereka lakukan itu akan punah, tidak dapat pahala pun. Alangkah ruginya.

Apakah maksudnya ‘perselisihan berlaku setelah datang ilmu’? Perselisihan itu berlaku apabila ada yang mendapat ilmu tapi ditolak oleh mereka yang tidak ada ilmu. Kalau sama-sama tidak ada ilmu, tidaklah ada perselisihan. Kerana sama-sama jahil dan bodoh. Tapi apabila ada yang mendapat ilmu sunnah, mereka sudah tidak boleh nak terima amalan yang bidaah lagi. Mereka akan tegur kerana menegur kesalahan adalah wajib. Dan puak bidaah amat marah kalau amalan mereka yang sudah lama diamalkan itu ditegur. Manakan tidak, amalan itu dipusakai dari tok nenek mereka lagi. Mereka kata kita memecah belahkan masyarakat, padahal kita hendak menyatukan masyarakat.

Kenapa dikatakan kita hendak menyatukan masyarakat? Lihatlah bagaimana manusia sekarang berpecah dalam hal agama. Semua mengadu kita tidak bersatu. Maka, apakah cara untuk menyatukan semua pihak? Semua pihak dapat disatukan jikalau semuanya memegang hukum agama dari sumber yang sama – QURAN & HADIS SAHIH. Masyarakat Islam sekarang tidak dapat bersatu kerana semua mengambil dalil agama caca merba. Ada yang pakai kata ulama ini, ada yang pakai pendapat ulama itu. Itulah sebabnya perselisihan banyak berlaku. Bayangkan kalau semua pegang sumber yang sama, tidakkah akan ada penyatuan?

Tapi, apa yang terjadi sekarang? Selalu, apabila kita menegur amalan yang salah, puak bidaah akan jawap: “itu khilaf ulamak, Syeikh”. Ketahuilah bahawa khilaf yang diterima adalah jikalau ada nas yang sahih, dan dari nas yang sahih itu, ada perbezaan pendapat darinya. Kerana pemahaman manusia berbeza-beza. Sebagai contoh, dalam 2:288

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci.

Ulama feqah berbeza pendapat tentang perkataan قُرُوءٍ itu. Ada yang kata قُرُوءٍ itu bermaksud selepas tiga kali suci, ada yang kata selepas tiga kali haid. Jadi, ini adalah khilaf yang diterima. Kerana ianya adalah perbezaan dari pemahaman ulama dari dalil yang sah. Maknanya, dalil ada.

Tapi apabila tidak ada dalil langsung, seperti dalil untuk mengadakan Majlis Tahlil, maka ini bukanlah khilaf yang baik. Itu khilaf yang tidak diterima. Kerana pihak yang kata boleh buat Majlis Tahlil itu tidak dapat mendatangkan nas yang sahih, melainkan pendapat manusia sahaja yang mengatakan ianya ‘baik’. Inilah juga masalah dengan amalan-amalan bidaah yang lain.

Khilaf yang dibenarkan itu juga boleh menyebabkan perselisihan. Ianya berasal dari perbezaan pemahaman. Kita kena hormati perbezaan pemahaman itu. Tetapi apabila ianya dibawa sampai kepada perdebatan yang keras, akan menyebabkan perselisihan. Sepatutnya kita menghormati pendapat ulama yang lain, kerana ada pemahaman yang berbeza. Tapi apabila satu pihak menyalahkan pihak yang lain kerana pendapat yang berbeza itu, itulah yang menyebabkan perselisihan.

Dari perselisihan inilah yang menyebabkan pecah Yahudi kepada 71 golongan, Kristian kepada 72 golongan dan Islam kepada 73 golongan. Satu sahaja yang masuk syurga. Iaitu mereka yang berpegang dengan sunnah.

Para sahabat pun ada perbezaan pendapat antara mereka, tapi tidaklah sampai kepada perselisihan pula.

 

إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Sesungguhnya Tuhanmu akan buat keputusan di antara mereka pada hari kiamat

Di Hari Akhirat nanti, Allah akan buat keputusan manakah pendapat yang benar. Ada pihak kata tawasul kepada orang mati tidak boleh, ada yang kata ianya elok. Maka, di Akhirat nanti, Allah akan beritahu mana satu yang benar. Tapi, pengetahuan waktu itu sudah terlambat. Kalau yang pegang pendapat salah itu, bagaimana mereka hendak memperbetulkan amalan mereka? Oleh itu, hendaklah kita pastikan manakah pendapat yang benar semasa di dunia lagi.

 

فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

tentang apa yang mereka dulu perselisihkan itu.

Banyak yang guna alasan kata khilaf ulama. Atau mereka kata perkara furu’ sahaja. Padahal, banyak perselisihan itu dalam perkara penting, perkara akidah, perkara tauhid yang tentunya bukan perkara ranting lagi.

Maka, janganlah kita senang-senang hendak berlapang dada dan meraikan pendapat semua orang, kerana kesannya adalah samada duduk di syurga, atau kekal di neraka.

—————————

Ayat 94:

10:94
Transliteration

Fa-in kunta fee shakkin mimma anzalnnailayka fas-ali allatheena yaqraoona alkitabamin qablika laqad jaaka alhaqqu min rabbika falatakoonanna mina almumtareen

Sahih International

So if you are in doubt, [O Muhammad], about that which We have revealed to you, then ask those who have been reading the Scripture before you. The truth has certainly come to you from your Lord, so never be among the doubters.

Malay

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ

Sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu,

‘Engkau’ dalam ayat ini boleh diterjemahkan sebagai Nabi Muhammad. Tapi tidaklah Nabi Muhammad rasa syak dengan Quran pula, jadi yang hendak ditegur adalah kita. Termasuk mereka pada zaman Nabi Muhammad itu.

Kalau kamu rasa syak dengan ‘mana-mana ayat Quran’. Itu adalah satu pemahaman dari maksud أَنزَلْنَا إِلَيْكَ (Yang Kami turunkan kepadamu). Iaitu ada ayat yang kita baca dan kita tidak faham. Ini tentunya akan terjadi kalau kita baca terjemahan Quran tanpa berguru. Kita sangka kita boleh faham sendiri, tapi kalau kita tidak ada asas, ini amat bahaya.

Atau, أَنزَلْنَا إِلَيْكَ boleh bermaksud ‘kisah-kisah’ yang telah disampaikan dalam ayat-ayat sebelum ini. Iaitu tentang Nabi Nuh dan Nabi Musa dan lain-lain. Bangsa Arab mungkin tidak biasa dengan nama-nama itu kerana mereka tidak ada kitab. Jadi mereka mungkin ada rasa syak, betulkah apa yang disampaikan?

 

فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ

maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu.

Maka, kalau ada rasa syak tentang kisah-kisah yang disampaikan dalam Quran ini, maka bertanyalah kepada ahli-ahli kitab yang telah membaca kitab-kitab mereka. Mereka telah lama ada kitab suci seperti Taurat dan Injil dan mereka telah mengkaji kitab-kitab itu.

Kenapa tanya mereka? Kerana dalam kitab suci mereka pun ada diberitahu tentang kisah-kisah yang disebut dalam Quran. Dalam kitab mereka pun dah ada juga sebenarnya. Terutama sekali mereka kena bertanya kepada mereka yang beriman dengan Nabi Muhammad. Ada ahli kitab yang beriman dengan Nabi Muhammad, seperti Abdullah bin Salam. Kerana kalau tanya yang tidak beriman, mereka mungkin akan menyembunyikan ilmu.

Maksud kedua ayat ini adalah untuk kita zaman sekarang. Kalau ada tak faham tafsir mana-mana ayat Quran, kenalah tanya kepada mereka yang tahu. Iaitu mereka yang telah belajar tafsir sebelum ini. Jangan tanya kepada mereka yang tak belajar pun lagi tafsir Quran. Kena tanya tok imam, ustaz dan agamawan negara ini, samada mereka dah belajar tafsir atau belum? Sebab banyak guru yang mengajar agama di negara ini, tak belajar pun lagi tafsir Quran ini. Mereka memandai sahaja hal agama. Mereka ingat mereka dah belajar agama, tapi selagi mereka tak belajar tafsir Quran, mereka masih tak ada asas dalam agama. Bertanya kepada mereka yang tahu itu Allah telah beritahu kita dalam Anbiya:7

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

maka bertanyalah kamu kepada mereka yang tahu, jika kamu tidak mengetahui.

 

لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ

Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu,

الحق yang dimaksudkan adalah Quran. Mereka yang telah mengkaji kitab suci mereka, akan tahu bahawa apa yang dikatakan oleh Quran ini adalah benar. Sebab itulah ramai dari kalangan orang yang terpelajar dari agama Yahudi dan Kristian telah memeluk Islam. Kerana mereka telah nampak kebenaran yang dibawa oleh Islam.

 

فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

Janganlah kita termasuk didalam golongan yang ragu-ragu tentang Qur’an. Quran ini adalah dari Allah, maka ianya tidak ada keraguan padanya.

Kita juga kena belajar tafsir Quran sampai faham. Mereka yang ragu-ragu itu hanyalah mereka yang tidak belajar sahaja. Sebab itu apabila berjumpa dengan ayat-ayat Quran yang mereka nampak berlainan dengan pemahaman mereka, mereka akan jadi ragu. Ada juga yang terlalu teruk, sampai tolak ayat Quran, sebab mereka nak pakai juga pendapat guru mereka walaupun jelas bertentangan dengan ayat Quran. Sedangkan Nabi pun tidak berani berbuat sesuatu yang berlawanan dengan ayat Quran, mereka senang sahaja tolak ayat Quran itu. Itu namanya menempah tempat di neraka namanya. Itulah akibatnya kalau menolak ayat Quran seperti yang disebut dalam ayat seterusnya:

—————————

Ayat 95:

10:95
Transliteration

Wala takoonanna mina allatheenakaththaboo bi-ayati Allahi fatakoonamina alkhasireen

Sahih International

And never be of those who deny the signs of Allah and [thus] be among the losers.

Malay

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah,

‘Dusta’ di dalam ayat ini bermaksud tolak ayat Quran. Mereka telah diberikan dalil dari ayat Quran tapi mereka tak terima  mereka tak kata ayat itu dusta dengan mulut mereka, tapi dengan tindakan mereka. Sudah tentu mereka tidak berani nak kata ayat Quran itu dusta, tapi kalau perbuatan mereka itu berlawanan dengan perintah dalam ayat Quran, itu bermakna mereka dah tolak, mereka sudah mendustakan ayat-ayat Quran. Adakah anda berani hendak masuk ke dalam golongan itu?

 

فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ

kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

Kerana bila tolak ayat Qur’an kita akan masuk neraka dan semua pahala ibadah kita akan hancur. Mereka yang menolak Quran akan rugi di dunia dan di akhirat. Alangkah ruginya, lahir dalam keluarga Islam, tapi masuk neraka.

—————————

Ayat 96:

10:96
Transliteration

Inna allatheena haqqatAAalayhim kalimatu rabbika la yu/minoon

Sahih International

Indeed, those upon whom the word of your Lord has come into effect will not believe,

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman:

إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَتُ رَبِّكَ

Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab),

Iaitu mereka yang Allah telah tetapkan akan berlaku kepada mereka ketetapan itu. Apakah ketetapan itu?

كَلِمَتُ (kalimat ketetapan) Allah itu bermaksud, ada yang Allah telah tetapkan mereka akan masuk ke neraka.

Tapi jangan kita salahkan Allah pula. Ada yang kata yang tidak beriman itu sebab mereka itu Allah awal-awal lagi telah tetapkan mereka takkan beriman. Sebenarnya Allah telah beri hidayah kepada mereka, cuma mereka sahaja yang tidak mahu beriman. Kerana mereka degil, sombong dan ego. Mereka yang sebegitulah yang Allah tetapkan akan masuk neraka.

 

لَا يُؤْمِنُونَ

mereka tidak akan beriman.

Maksud ayat ini sama seperti yang Allah telah firmankan dalam Zumar:19

أَفَمَنْ حَقَّ عَلَيْهِ كَلِمَةُ الْعَذَابِ أَفَأَنتَ تُنقِذُ مَن فِي النَّارِ

Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab (disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan balasan imannya? Sudah tentu tidak) ! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam neraka?

Orang yang Allah sudah tetapkan akan masuk neraka itu, kita tidak dapat menghindarkannya. Kita tidak boleh nak selamatkan dia. Kerana itu adalah ketetapan Allah. Dan ketetapan allah tidak dapat dibantah.

Allah sudah tahu yang mereka tidak akan beriman. Kerana mereka sendiri yang tidak mahu beriman. Walau apapun hujah dan dakwah yang diberikan kepada mereka, mereka tidak akan beriman. Sepertimana Firaun dan pembesar-pembesarnya. Mereka telah melihat begitu banyak mukjizat yang dibawa Nabi Musa, tapi mereka masih juga tidak mahu beriman. Dan mereka tidak akan beriman sampai bila-bila.

—————————

Ayat 97:

10:97
Transliteration

Walaw jaat-hum kullu ayatin hattayarawoo alAAathaba al-aleem

Sahih International

Even if every sign should come to them, until they see the painful punishment.

Malay

Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ

Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda

Apakah maksud ayat ini? Walaupun mereka dapat melihat semua tanda-tanda dan semua ayat-ayatNya Allah telah berikan, mereka tetap juga tidak akan beriman. Ini adalah kepada mereka yang telah ditetapkan akan masuk neraka. Mereka tidak akan beriman.

Sampai bila?

 

حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Apabila mereka sudah nampak azab yang mereka akan terima, waktu itu baru mereka akan beriman. Dan jikalau waktu itu mereka baru beriman, iman mereka tidak diterima lagi. Seperti yang kita sudah baca sebelum ini tentang iman Firaun yang tidak diterima. Firaun hanya mahu beriman apabila sudah melihat azab.

Yang diterima iman mereka yang sudah nampak azab hanyalah kaum Nabi Yunus. Dan kisah tentang mereka akan disebut selepas ini.

Allahu a’lam

Lompat ke ayat yang seterusnya

===================

Ref: UR, TZ, NAK.

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 010: Yunus. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s