Tafsir Surah Yunus Ayat 38-42

Ayat 38:

10:38
Transliteration

Am yaqooloona iftarahu qul fa/toobisooratin mithlihi wadAAoo mani istataAAtum mindooni Allahi in kuntum sadiqeen

Sahih International

Or do they say [about the Prophet], “He invented it?” Say, “Then bring forth a surah like it and call upon [for assistance] whomever you can besides Allah , if you should be truthful.”

Malay

(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: “Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!”.

 

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ

Bahkan mereka mengatakan: “Dia (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran”.

Musyrikin Mekah mengatakan Quran itu bukannya dari Allah tetapi daripada Nabi Muhammad sendiri. Mereka kata Nabi reka sendiri.

 

قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّثْلِهِ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu,

Ini adalah cabaran yang Allah berikan kepada mereka yang tidak percaya bahawa Quran itu dari Allah dan kata Nabi Muhammad buat sendiri Quran itu. Kalau mereka kata yang manusia boleh buat Quran, seperti mereka tuduh Nabi Muhammad buat sendiri Quran itu, maka cubalah mereka buat sendiri satu surah yang sama dengan Quran. Tentulah kalau ikut logik, mereka pun boleh buat juga, kerana kalau Nabi Muhammad itu orang Arab, mereka pun orang Arab juga. Nabi Muhammad pula bukan penyair, tetapi mereka ramai yang penyair terkenal dan pandai, maka kalau dikirakan, tentulah lebih baik lagi surah yang mereka buat. Hah!, maka kau buatlah satu surah yang sama juga.

 

وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ

dan panggillah sesiapa sahaja yang kamu mampu panggil, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu),

Dan kalau mereka rasa mereka tidak boleh buat berseorangan sahaja surah macam Quran itu, maka mereka boleh ajak sesiapa sahaja yang mereka boleh ajak untuk menjadi pasukan komiti mereka untuk mencipta surah yang sama seperti yang ada di dalam Quran. Kalau mereka kata Nabi Muhammad boleh buat Qur’an itu seorang diri, maka tentulah kalau mereka ramai, mereka boleh buat Quran yang lebih baik daripada apa yang Nabi Muhamad buat. Hah!, maka kau buatlah satu surah yang sama juga.

 

إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

jika betul kamu orang-orang yang benar!”.

Kalau kamu rasa kamu betul, maka buatlah satu surah yang sama macam yang ada dalam Quran itu. Jangan cakap-cakap sahaja, tapi tunjuklah yang manusia pun boleh buat ayat-ayat Qur’an.

Cabaran ini Allah ulang di dalam Baqarah:23

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Dalam surah Baqarah ini, Allah cabar untuk bawa مِّن مِّثْلِهِ (yang macam Quran). Sebab Baqarah adalah surah Madaniah, maka dah dikurangkan cabaran itu. Dalam surah Yunus yang diturunkan di Mekah ini, cabarannya adalah bawa surah yang sama macam Quran. Tapi dah lama cabaran itu diberikan dan mereka tak mampu nak capai, Allah rendahkan cabaran dengan cabar kitab yang ‘macam’ Quran, tak sama sangat pun tidak mengapa. Tapi itu pun mereka tak boleh buat. Mereka dimalukan dengan penurunan cabaran itu. Macam Allah kata: “kalau kamu tak boleh buat banyak ni, buatlah sikit lagi.” Dan ayat yang dalam surah Yunus pun sebenarnya dah dicairkan dah cabaran itu kerana dalam Hud:13, cabarannya adalah 10 surah:

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! ” katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Adakah mereka boleh buat? Tentu tidak, seperti yang disebut dalam Baqarah:24

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

Dan Allah beritahu sekali lagi dalam Isra’:88

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”.

Tidak mungkin makhluk boleh membuat ayat Quran yang lain selain dari yang dibuat oleh Allah. Walaupun seluruh generasi manusia dan seluruh generasi jin bersatu padu untuk membuatnya.

Allah cairkan lagi cabaranNya dalam Tur:34 dimana Allah mengatakan kalau mereka tidak boleh buat satu Qur’an, atau sepuluh surah, atau satu surah pun, maka sekurang-kurangnya bawalah satu perkataan yang agak-agak serupa seperti Quran.

فَلْيَأْتُوا بِحَدِيثٍ مِّثْلِهِ إِن كَانُوا صَادِقِينَ

(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.

Quran itu adalah satu mukjizat daripada Allah kepada Nabi Muhammad. Macam-macam sifat yang ada pada Quran itu yang melayakkannya dipanggil mukjizat. Salah satu mukjizat Quran yang kita belajar di sini adalah, Quran itu tidak boleh ditiru. Tidak boleh dibuat oleh makhluk pun, walau satu ayat pun yang sama seperti sifat Quran yang dibuat oleh Allah.

————————–

Ayat 39:

10:39
Transliteration

Bal kaththaboo bima lam yuheetoobiAAilmihi walamma ya/tihim ta/weeluhu kathalika kaththabaallatheena min qablihim fanthurkayfa kana AAaqibatu aththalimeen

Sahih International

Rather, they have denied that which they encompass not in knowledge and whose interpretation has not yet come to them. Thus did those before them deny. Then observe how was the end of the wrongdoers.

Malay

Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya. Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka). Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu (berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan mereka).

بَلْ كَذَّبُوا بِمَا لَمْ يُحِيطُوا بِعِلْمِهِ

Bahkan mereka mendustakan Al-Quran kerana fahaman mereka tidak dapat meliputinya dengan ilmu pengetahuan mereka,

Mereka tak tahu tentang Quran tapi mereka dah tolak dah. Mereka hanya tahu sedikit sahaja tentang Quran itu, dan kerana mereka tak tahu, mereka tolak. Manusia memang memusuhi apa yang mereka tak tahu. Kalau mereka tahu, mereka akan sayang. Macam peribahasa Melayu, “Tak kenal maka tak cinta”.

Orang-orang kafir ramai yang menolak agama Islam dan menolak Quran tanpa mereka sendiri pernah membaca Qur’an itu. Sampai ada yang benci sangat sampai hendak buat kempen membakar Qur’an. Padahal jikalau ditanya kepada mereka, adakah pernah mereka membaca Qur’an dan mempelajari Qur’an, mereka akan kata tidak pernah lagi.

Macam orang kita juga. Mereka amat jahil tentang Quran. Memang mereka kenal apakah Quran itu. Mereka tahu membaca Quran itu memang bagus. Dan mereka pun mungkin setiap hari membaca Quran. Tapi mereka tak belajar tafsir jadi apabila diberitahu apakah maksud ayat-ayat Quran itu, mereka kehairanan. Mereka kata tak sama macam apa yang mereka faham tentang agama. Mereka kata mereka tak pernah dengar ajaran macam itu. Sudah sememangnya mereka tak pernah dengar sebab mereka tak pernah belajar. Yang mereka belajarnya adalah dengan guru-guru yang tak belajar pun lagi tafsir Quran. Dan apabila mereka tak biasa dengar, maka mereka tolak. Mereka kata kita tafsir salah. Padahal mereka tak pernah belajar pun lagi tafsir Quran. Mereka tolak mentah-mentah kerana mereka tak pernah dengar.

 

وَلَمَّا يَأْتِهِمْ تَأْوِيلُهُ

dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya.

تَأْوِيلُ bermaksud ‘interpretasi’. Ia juga bermaksud ‘penjelasan’. Perkataan تَأْوِيلُ berasal dari katadasar أول (awal, asal). Iaitu bermaksud ‘balik ke asal’. Oleh itu, perkataan تَأْوِيلُ bermaksud ‘pulang kepada maksud yang asal’.

Ia juga bermaksud ‘apabila sesuatu itu terjadi seperti yang dikatakan’. Quran banyak menyebut tentang perkara yang akan terjadi. Apabila ianya benar-benar terjadi, itu adalah تَأْوِيلُ. Ini bermaksud, mereka telah menolak Quran itu sebelum perkara yang Quran kata akan terjadi belum terjadi. Maknanya, mereka terburu-buru menolak. Menolak kerana tak jadi lagi. Sebagai contoh, musyrikin Mekah selalu tanya kepada Nabi, bilakah Hari Kiamat. Nabi akan menjawab yang baginda tidak tahu. Kerana memang Nabi tak tahu. Kerana Nabi jawap begitu, mereka jadikan itu sebagai alasan untuk tidak beriman.

Mereka juga tidak nampak lagi kejayaan Nabi Muhammad dan Islam seperti yang dijanjikan oleh Quran. Kerana itu mereka tidak mahu beriman.

Musyrikin Mekah juga selalu mencabar Nabi untuk menurunkan azab kepada mereka. Dan azab tidak terus diturunkan kepada mereka dan kerana itu mereka tidak mahu beriman. Maknanya, mereka tak beriman kerana mereka tak kena azab.

Dan orang kita pula tak beriman dengan Quran kerana mereka tak tahu takwil Quran itu. Mereka memang dah belajar agama tapi mereka belum faham lagi tentang Quran. Mereka tidak tadabbur Quran itu. Untuk tadabbur, kena belajar tafsir.

Kalau tak belajar tafsir, tentu agama tidak kemas. Tak kira samada mereka telah belajar di Mesir atau mana-mana tempat pun. Mereka yang belum habis belajar tafsir sepatutnya tidak patut lagi mengajar. Kerana mereka akan ajar salah kerana mereka pun belum beres lagi agama mereka. Kita sebut di sini kerana banyak alasan puak bidaah adalah begini: “ustaz itu dan ini telah belajar di Mesir, tentulah dia dah tahu”. Ingatlah bahawa ‘belajar di Mesir’ bukanlah dalil yang mengatakan seseorang itu sudah pandai, sudah betul. Yang benar adalah mereka yang boleh beri dalil dari Quran dan hadis, tak kira samada dia belajar di Malaysia, Pakistan, India atau Madinah pun.

Maka janganlah terburu-buru menolak dalil yang diberikan dari Quran sebelum memikirkannya. Kalau ada tafsir ayat Quran yang tak sama dengan faham agama kita, janganlah terus tolak. Fikirkan dahulu dan doalah kepada Allah untuk memberikan pemahaman kepada kita.

 

كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan

Sebelum musyrikin Mekah lagi, telah ada kaum-kaum yang menolak agama Allah, yang telah menolak Nabi-Nabi mereka.

Sebelum golongan musyrik dan bidaah zaman sekarang menentang ajakan dakwah sunnah, telah ramai lagi golongan yang menolak. Bukan mereka sahaja yang menolak, malah banyak lagi. Ini adalah perkara biasa dan kita tidak perlu hairan.

 

فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ

Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu

Mereka berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan mereka.

————————–

Ayat 40:

10:40
Transliteration

Waminhum man yu/minu bihi waminhum man layu/minu bihi warabbuka aAAlamu bilmufsideen

Sahih International

And of them are those who believe in it, and of them are those who do not believe in it. And your Lord is most knowing of the corrupters

Malay

Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran, dan ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya; dan (ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan.

وَمِنْهُم مَّن يُؤْمِنُ بِهِ

Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran,

Dalam banyak-banyak penduduk Mekah yang musyrik itu, ada juga antara mereka yang akan beriman dengan Islam. Tidaklah sia-sia usaha dakwah yang Nabi dan sahabat lakukan.

Begitu juga dalam masyarakat kita, akan ada orang yang beriman dengan ajaran Sunnah ini. Memang sekarang nampak tidak ramai, tetapi mereka ada di mana-mana. Kadang-kadang mereka yang mengamalkan tauhid yang sebenar itu mendiamkan diri sahaja dan kadang-kadang ada yang duduk di tempat-tempat terpencil. Mereka tidak ramai dan kerana itu mereka tidak menampakkan diri. Mereka tidak berani hendak menampilkan diri kerana mereka adalah puak minoriti kalau dibandingkan dengan puak-puak syirik dan bidaah yang ramai sekarang.

Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana ada yang terburu-buru menolak ayat-ayat Quran sebelum memikirkannya. Ayat ini pula menyebut ada antara mereka yang akan beriman akhirnya. Mula-mula memang mereka menolak, tapi tidak semestinya sampai bila-bila. Lihatlah bagaimana penentang Nabi Muhammad di awal Islam yang menentang tetapi masuk Islam akhirnya. Sebagai contoh, Abu Sufyan, Umar al Khattab dan Khalid al Walid dan banyak lagi.

Maknanya, kadang-kadang orang yang tolak dakwah sunnah, tidaklah semuanya sampai bila-bila akan terus menolak. Apabila sampai masanya, in sha Allah, dia akan terima.

 

وَمِنْهُم مَّن لَّا يُؤْمِنُ بِهِ

dan ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya;

Tapi ada juga yang tidak akan beriman sampai bila-bila. Kita tidak boleh buat apa-apa. Bukan kita yang beri hidayah, tapi Allah. Kita hanya boleh sampaikan sahaja.

 

وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِالْمُفْسِدِينَ

dan Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Allah lebih mengetahui keadaan diri mereka. Allah akan balas penolakan mereka kepada Quran dan kebenaran lain. Jangan ingat yang mereka akan selamat. Mereka mungkin ramai dan lebih berpengaruh di dunia, tapi di akhirat, mereka akan terima balasannya.

————————–

Ayat 41:

10:41
Transliteration

Wa-in kaththabooka faqul lee AAamaleewalakum AAamalukum antum baree-oona mimma aAAmalu waanabaree-on mimma taAAmaloon

Sahih International

And if they deny you, [O Muhammad], then say, “For me are my deeds, and for you are your deeds. You are disassociated from what I do, and I am disassociated from what you do.”

Malay

Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: “Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan, dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan”.

وَإِن كَذَّبُوكَ

Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad),

Kalau mereka masih lagi menolak, setelah sekian lama diberikan dakwah dan penerangan yang jelas, katakan kepada mereka:

 

فَقُل لِّي عَمَلِي

maka katakanlah: “Bagiku amalku,

Aku akan terus melakukan amalanku yang berasaskan sunnah. Aku akan bertanggungjawab kepada amalan yang aku lakukan sendiri.

 

وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ

dan bagi kamu pula amal kamu.

Terpulang kepada kamu untuk melakukan amalan syirik dan amalan bidaah kamu. Kamu nanti yang akan bertanggungjawab dengan amalan yang kamu lakukan, bukan kami. Kami telah sampaikan ajakan dakwah, tapi kamu masih tidak mahu terima kerana degil.

 

أَنتُم بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ

Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan,

Perkataan بَرِيئُونَ dari katadasar برأ yang bermaksud ‘berlepas diri’, ‘tidak bertanggungjawab’, ‘tidak kena mengena’. Maknanya, mereka tidak bertanggungjawab dengan amalan yang kita lakukan. Mereka tidak ada kena mengena.

 

وَأَنَا بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ

dan aku berlepas diri akan apa yang kamu kerjakan”.

Kita juga tidak bertanggungjawab dengan amalan mereka. Mereka yang kena tanggung sendiri hasil dari amalan mereka.

Adakah ini kita terus katakan kepada mereka yang menolak agama? Kalau begitu, tidak perlu dakwah lagi kepada mereka. Mereka tak mahu sahaja terima, atau mereka lain pegangan dengan kita, kita terus katakan: “hidup kau, hidup kau, hidup aku, hidup aku, tak campur”.

Tidaklah begitu. Kita katakan seperti dalam ayat ini kepada orang tertentu. Iaitu kepada mereka yang berterusan menolak. Yang menentang kita. Yang hanya mahu berdebat dengan kita sahaja. Mereka hanya suka melawan sahaja. Kepada mereka sebegini, barulah kita katakan sebegini kepada mereka. Kerana buang masa bertegang leher dengan mereka. Mereka bukannya mahukan kebenaran. Biarkan mereka dengan amalan dan fahaman karut mereka.

————————–

Ayat 42: Ini adalah tentang orang-orang yang tidak akan mendapat hidayah. Kerana apa agaknya?

10:42
Transliteration

Waminhum man yastamiAAoona ilayka afaantatusmiAAu assumma walaw kanoo layaAAqiloon

Sahih International

And among them are those who listen to you. But can you cause the deaf to hear, although they will not use reason?

Malay

Dan di antara mereka (yang ingkar) itu, ada yang datang mendengar ajaranmu (dengan tidak mendapat faedah sedikitpun sebagai orang pekak); maka engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar, juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu memahami perkara yang didengarnya.

وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ

Dan di antara mereka itu, ada yang datang untuk dengar-dengar kamu sahaja

Ada yang datang hanya untuk ‘dengar-dengar’ sahaja ajaran Nabi. Mereka dengar, tapi kemudian tidak beriman. Begitulah juga dengan kebanyakan masyarakat kita. Mungkin mereka ada dengar tentang kelas tafsir, jadi mereka datang untuk ‘dengar-dengar’ sahaja. Mereka bukannya datang untuk belajar dan mencari kebenaran. Tetapi mereka lebih kepada hendak siasat sama ada apa yang diajar itu betul ataupun tidak. Kononnya, mereka lebih tahu tentang agama.

Perkataan يَسْتَمِعُونَ dari katadasar سمع yang bermaksud ‘mendengar betul-betul’. Macam serius sahaja mendengar kata-kata seseorang. Tapi sebenarnya mereka berlakon sahaja.

 

أَفَأَنتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ

Adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar,

Allah ibaratkan mereka sebagai ‘orang yang pekak’. Mereka itu bukanlah pekak betul-betul. ‘Pekak’ di sini adalah mereka mendengar, tapi bukan mendengar betul-betul. Bukan mereka mendengar kerana hendak mencari kebenaran. Mereka nampak sahaja macam mendengar, tapi tidak.

Bagaimana kita kata kepada mereka pun, mereka tidak akan mendengar dan mengambil pengajaran kerana telinga mereka telah tertutup. Ini adalah kerana niat mereka sendiri bukannya hendak mencari kebenaran. Mereka datang mendengar supaya nanti mereka boleh beritahu kepada orang lain bahawa mereka dah dengar dah ajaran sunnah itu, tetapi ianya tidak ada apa-apa, kata mereka.

 

وَلَوْ كَانُوا لَا يَعْقِلُونَ

Sedangkan mereka orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal.

Mereka sendiri tidak mahu menggunakan akal mereka untuk mencari kebenaran. Mereka ada otak, tapi tiada akal. Atau, ada akal tapi tak mahu nak guna. Mereka ini seperti firman Allah dalam 2:171

وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلَّا دُعَاءً وَنِدَاءً صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan bandingan orang-orang engkar (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara pekikan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; mereka tidak menggunakan akal mereka.

Lihatlah bagaimana mereka diibaratkan oleh Allah seperti binatang sahaja. Boleh dengar, tapi tak faham apa kita katakan.

Allahu a’lam

Lompat ke ayat yang seterusnya

==================

Ref: UR, TZ, NAK

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 010: Yunus. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s