Senarai Amalan Bidaah Masyarakat Malaysia

Assalamualaikum,

Persoalan bidaah adalah satu perkara yang amat sensitif di negara ini. Ini adalah kerana ramai yang salah faham dengan maksud ‘bidaah’. Dan ramai pula golongan ustaz di negara ini yang membenarkan ‘bidaah Hasanah’, tanpa memahami apakah maksud ‘bidaah Hasanah’ itu sendiri.

Tujuan post ini bukanlah untuk membicarakan tentang konsep bidaah itu tapi menyenaraikan apakah amalan bidaah di negara ini. Ramai yang bertanya kalau bidaah itu salah, maka apakah amalan bidaah yang masyarakat kita buat? Maka, kita cuba senaraikan di post ini, amalan bidaah yang kita tahu setakat ini. In sha Allah kita akan tambah dari masa ke semasa, kerana amalan bidaah ini pun memang akan bertambah dari masa ke semasa.

Semoga membaca dengan hati yang terbuka.

1. Lafaz usolli dalam solat semasa memulakan solat. Samada secara jahar (kuat) atau sir (senyap) semasa mengangkat takbir.
2. Baca doa lepas iqamah
3. Salam keliling selepas solat jemaah
4. Qunut subuh
5. Maulid Nabi
6. Solat hajat
7. Talqin
8. Majlis doa selamat.
9. Majlis tahlil.
10. Baca selawat nak makan ubat.
11. Sapu muka lepas solat. Ada yang tambah lagi dengan doa masa sapu kepala dan muka.
12. Tunggu kubur selepas ada kematian
13. Nak mula bawa jenazah, baca Fatihah selangkah, kemudian baca lagi sampai tiga kali.
14. Kenduri arwah.
15. Kenduri nak pergi haji, umrah
16. Hadiah Fatihah selepas dengar ada orang mati.
17. Bayar orang untuk ganti solat si-mati. Ada juga dinamakan Solat Hadiah.
18. Bayar upah kepada orang yang solat jenazah.
19. Kenduri bubur Asyura
20. Nisfu syaaban
21. Baca sadaqallahul azim selepas baca Quran
22. Bersanding
23. Amalan ‘batal wuduk’ selepas nikah
24. Pakai benda lain selain benda manis dalam tahnik. Contohnya, garam, gula, cincin emas, cincin perak.
25. Sembelih baca selawat
26. Tawasul pada Nabi, wali dan malaikat
27. Sedekah/hadiah Fatihah kepada Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi.
28. Marhaban.
29. Potong jambul sahaja kepada bayi yang baru lahir. Sepatutnya kena cukur habis.
30. Qasidah
31. Angkat tangan doa semasa doa khutbah Jumaat
32. Gantung ayat Quran di rumah, pejabat dan sebagainya.
33. Azan sebelum keluar rumah kepada mereka yang nak pergi haji
34. Collection kenduri kahwin.
35. Doa khusus awal dan akhir tahun.
36. Berdoa berjemaah selepas solat jemaah
37. Zikir berjemaah selepas solat jemaah.
38. Zikir/wirid dengan suara kuat selepas solat
39. Membaca selawat rekaan manusia selain daripada hadis yang sahih. Sebagai contoh, Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyyah.
40. Bernazar selain daripada amal ibadat. Contohnya, bernazar untuk puasa boleh, sebab puasa adalah salah satu ibadat. Tapi bernazar untuk cukur kepala tidak, kerana cukur kepala bukan ibadat. Cukur kepala adalah khusus kepada Tahallul haji dan umrah sahaja.
41. Mengkhususkan baca Yaasin malam Jumaat
42. Lafaz niat puasa: nawaitu sawma ghadin…
43. Korek lubang dubur kononnya nak betul-betul bersih dari najis.
44. Peluk atau salam orang baru balik dari Mekah untuk dapat ‘berkat’.
45. Zikir ‘Allah’ sahaja. Nabi tak zikir lafaz ‘Allah’ sahaja, tapi ada lagi lafaz lain yang disebut. Contoh: Alhamdulillah, Allahu akbar dan sebagainya.
46. Melawat kubur hari raya.
47. Baca Yaasin di kubur atau ayat-ayat lain.
48. Amalan Bismillah 5,6,7,8,9
49. Beri salam pada kubur tertentu.
50. Tulis nama pada batu nesan.
51. Pacak pokok di kubur
52. Siram air pada kubur
53. Binaan pada kubur
54. Membaca selawat ketika bersalam
55. Memulakan sesuatu majlis dengan membaca Fatihah
56. Doa selepas solat Jenazah
57. Zikir Alih Hujan.
58. Baca selawat sebelum azan. Sepatutnya selawat dibaca selepas azan, bukan sebelumnya.
59. Amalan membaca dan menggantung Ayat Seribu Dinar
60. Baca Yaasin dan ditiupkan pada air. Selalunya diletakkan banyak botol masa baca Yaasin dilakukan di masjid dan surau-surau. Siap buka tutup botol itu kerana takut bacaan Yaasin itu ‘tidak masuk’. Mereka bawa balik rumah dan bagi anak bini minum.
61. Membaca doa khusus dalam wuduk. Ada doa semasa berkumur, basuh muka, basuh tangan dan sebagainya. Ini tidak ada dalil dari perbuatan Nabi dan sahabat.
62. Telangkup tangan semasa membaca doa semasa sampai kepada bahagian minta ditolakkan bala.
63. Belajar Tauhid dari susunan Sifat 20
64. Membaca Yaasin kepada mereka yang nazak dan orang yang sudah mati.
65. Menggunakan tasbih dalam berzikir. Seeloknya pakai jari sahaja.
66. Berdoa kepada Rasulullah apabila sampai ke Madinah, supaya dapat melawat kubur baginda. Ini adalah syririk kerana berdoa kepada selain Allah.

Allahu a’lam. Semoga bermanfaat. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan senarai ini. Jikalau tidak bersetuju, harap boleh bawakan dalil yang ianya adalah amalan dari Nabi atau Nabi pernah ajar.

Mungkin ramai yang agaknya terkejut dengan list ini. Mungkin ramai yang kata itu semua adalah bidaah Hasanah, tak salah buat. Itu adalah kata-kata mereka yang tidak faham apakah maksud ‘Bidaah Hasanah’ itu. Sedikit bacaan untuk mereka yang berkata begitu: http://www.ilmusunnah.com/abdullah-bin-masoud-membantah-bidah-hasanah/

Terlalu ramai yang jahil tentang maksud Bidaah Hasanah ini. Maka harap mereka melakukan sedikit pembacaan supaya mereka tahu.

Dalil-dalil dari Quran dan Sunnah tentang bahayanya bidaah. Harap dapat luangkan masa membacanya.

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Hujjah. Bookmark the permalink.

32 Responses to Senarai Amalan Bidaah Masyarakat Malaysia

  1. azman Rashid says:

    Pasal no 11 tu. bukan kah sapu muka tu selepas habis rukun solat? Jadi mengapa dipertikaikan? Selepas habis rukun solat, salah kah? di mana yang bidaah nya? kenapa tok guru awak tak buat kuliah di masjid? Nabi tak mengajar di “madrasah”. musykil juga sebab cara macam beria nak menentang bidaah tetapi anak anak murid masih buat benda yang dilarang. Awak ada bagi upah kepada to’ guru awak? HARAM tu brader

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih saudara kerana membaca dan bertanya. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Ini adalah jawapan kepada soalan anda:

      1. Walaupun menyapu muka dilakukan di luar solat, tetapi ianya masih juga perkara bidaah. Kerana perkara bidaah bukan hanya di dalam solat sahaja. Di luar solat pun, jikalau ianya dilakukan kerana menyangka yang ianya adalah sebahagian dari agama, dan tiada dalil, itulah bidaah namanya. Apa yang kita akan jawap di hadapan Allah, jika Allah tanya kenapa kita sapu muka selepas solat? Siapa yang ajar? Saya rasa susah juga mahu menjawapnya.
      2. Ustaz Rosman pernah juga memberi kuliah di masjid dan surau. Sekarang pun masih ada lagi. Tidak semestinya hanya melakukan kuliah di masjid sahaja. Nabi memberi pengajaran di mana-mana sahaja. Madrasah adalah satu tempat yang bukanlah dikira sebagai bidaah. Ianya bukan perkara ibadat, tetapi perkara yang dilakukan untuk ‘melakukan’ ibadat. Ianya tidak sama. Itulah maksudnya satu perbuatan yang dikira sebagai ‘Bidaah Hasanah’. Sebagai contoh, membaca Quran adalah sunnah. Tetapi zaman Nabi tidak dibukukan, tidak ada mushaf (mengikut satu pendapat yang masyhur). Tetapi untuk memudahkan manusia membacanya, Quran telah dimushafkan pada zaman Abu Bakar dan kemudian diteruskan lagi pada zaman Khalifah Uthman. Memang susah untuk faham kepada sesetengah orang.
      3. Apakah perkara bidaah yang dilakukan oleh anak murid? Kalau pun ada, itu adalah kesilapan peribadi, mungkin kerana tidak kuat lagi iman atau belum tahu manakah yang bidaah. Kita semua masih belajar.
      4. Ustaz tidak pernah menetapkan ‘upah’. Tapi anak murid boleh sahaja menghulurkan wang kepada ustaz. Ianya adalah ‘hadiah’ atau ‘sedekah’. Perkataan ‘ajra’ dalam Quran juga dari segi bahasa adalah ‘upah’. Selepas buat kerja, seseorang itu layak mendapat upah. Bukankah mengajar adalah satu perkerjaan yang mulia, yang kalau dikirakan lebih baik dari kebanyakan kerja-kerja di luar sana? Yang tidak dibenarkan adalah menetapkan upah. Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah menetapkan guru agama untuk mengajar kepada masyarakat dan mereka diberi gaji. Itu adalah satu penetapan dari kerajaan. Masih banyak perbincangan dalam hal ini. Yang tidak boleh, guru agama itu menetapkan berapa yang kena bayar untuk beliau mengajar. Itu tidak pernah dilakukan oleh Ustaz Rosman, setahu saya.

      Allahu a’lam. Terima kasih sekali lagi.

  2. tafsirsunnah says:

    Sebar agama adalah wajib, tuan. ‘Cara’ untuk sebar agama, boleh digunakan bermacam-macam cara. Nampaknya saudara keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ‘bidaah’. Ataupun saudara faham sendiri, ikut kefahaman saudara.

    In sha Allah, saya tidak taksub dengan guru saya. Terus terang, ada juga perkara yang saya tidak bersetuju dengannya. Ini pun tidak ada masalah. Dan saya bukan belajar dengan dia seorang sahaja. Tidak ada manusia yang sempurna, hanya Nabi Muhammad sahaja. Kita ambil mana yang elok. Di mana yang ada salah, kita tegur. Itulah kewajiban kita sebagai saudara seislam. Bukan begitu?

  3. salafitegar says:

    Kena tambah lagi satu..doa dalam bahasa melayu..salah satu perkara bidaah juga..nabi tak pernah doa dalam bahasa melayu..

    • tafsirsunnah says:

      Assalamualaikum Tuan Salafi,

      Terima kasih kerana meluangkan membaca blog ini.
      Nabi Muhammad tidak menggunakan bahasa Melayu, kerana baginda diturunkan dalam bangsa Arab. Umat baginda adalah umat Arab dan merekalah yang perlu didakwah pertama sekali.
      Allah dengan hikmahNya menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan menggunakan pelbagai bahasa. Kalam Allah juga tidaklah semuanya dalam bahasa Arab – Ada yang dalam bahasa lain seperti Taurat, Zabur, Injil. Rasul umat-umat itu juga berbahasa dalam bahasa yang difahami oleh umat dan kaum mereka. Tujuannya supaya mereka faham. Macam umat Malaysia, kenalah berdakwah dalam bahasa Melayu, bukannya dalam Urdu.

      Apabila Rasul dan umat yang terdahulu itu menggunakan bahasa lain, tentulah mereka juga berdoa dalam bahasa selain dari bahasa Arab juga. Oleh itu, tidaklah perlu menggunakan bahasa Arab sahaja dalam berdoa. Yang penting adalah berdoa. Allah faham apakah bahasa yang kita gunakan, bahasa apa pun. Cara penyampaian tidak penting, yang penting cara berdoa – ikut cara Nabi – jangan reka cara yang baru seperti guna tawasul, doa berjemaah dalam Solat Hajat, Doa Selamat dan cara bidaah yang lain.

      Sebelum kita lafazkan doa kita dalam bahasa apa pun, Allah sudah tahu apakah isi hati kita dan apakah keinginan dan doa kita itu. Tapi Allah suruh kita juga berdoa kerana Allah hendak melihat kesungguhan kita dalam mengharap kepadaNya.

      Memang berdoa dalam bahasa Arab itu bagus kerana bahasa Arab adalah satu bahasa yang amat indah dan amat tepat. Lebih-lebih lagi kalau kita berdoa dengan menggunakan lafaz-lafaz yang diajar oleh Nabi Muhammad. Tetapi, mereka yang tidak faham bahasa Arab, lebih baik mereka menggunakan bahasa yang mereka faham – samada bahasa Melayu, Inggeris atau Batak sekali pun, supaya doa itu lebih ikhlas, lebih tepat keluar dari lidahnya.

      Doa adalah ibadat. Untuk menyampaikan doa itu tidak ada masalah dengan bahasa apa pun. Sebagaimana azan itu boleh dilaungkan dengan speaker walaupun Nabi tidak menggunakan speaker pada zamannya. Yang penting, azan itu dapat disampaikan dengan jauh.

      Kena bijak untuk membahagikan manakah perkara yang bidaah ataupun tidak. Kalau tidak, akan ada fitnah sesama umat Islam sendiri. Banyak sekali tohmahan dan kemarahan dan kekeliruan yang timbul kerana salah faham manakah yang bidaah dan manakah yang tidak.

      Allahu a’lam.

  4. al faqir zul says:

    Anda dpt dr mna ni..anda ada sanad dn hadisnya.siapa bilang smbut maulid itu bidaah.nabi pon brpuasa pd hari isnin.dlm hadis soheh abu lahab d ringnkan azab sbb gembira hri kelahiran nabi..bknkah dlm riwayat tarmizi mengatakan nabi bersabda.jgn kamu buat pesta d makamku.selawat lah d mana kamu berada sesungguhnya selawat kmu akn smpai kpdku walaupun d mna kmu berada

    • tafsirsunnah says:

      Siapa pula yang bilang sambut mawlid itu sunnah?
      Kalau Nabi berpuasa pada hari isnin, hari kelahirannya, maka sunnahnya adalah berpuasa juga.
      Inna lillah, mana dia hadis sahih yang kata Abu Lahab itu diringankan azab kerana gembira dengan kelahiran Nabi? Sila periksa balik. Itu bukanlah sahih tu, tuan yang mulia.

  5. al faqir zul says:

    Ana ragui artikel ini.semua salah lg sesat.bab tawasul kmu masih lemah.knp allah kurnia karamah?sbb nk mrngarakan ajarannya itu sah lg betul.kmu kata xkeh tawassul.kmu nk tentng imam bukari.dlm hadisnya bnyk bab tawasul.dlm quran Allah kata sesungguhnya owg yg mati d jlnku.walaupun dia dh mati disisiku dia masih hidup.lslam agama hujah.bkn berfikir saja.

    • tafsirsunnah says:

      Sila bawakan dalil yang tawasul sebagaimana cara yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita benar. Memang tawasul itu secara dasarnya ada, iaitu dengan amal ibadat kita, dengan Nama-nama Allah dan juga dengan orang yang soleh.

      Orang yang mati di jalan Allah itu masih hidup? Hidup yang bagaimana? Adakah dalil yang mengatakan mereka itu boleh datang balik ke dunia untuk tolong orang yang berdoa kepada mereka? Atau mereka boleh dengar permintaan kita kepada mereka?
      Mereka memang tidak mati, sepertimana disebut dalam Quran. Mereka hidup, tapi tidak disebut mereka hidup bagaimana, bukan? Hidup mereka selepas mati itu tidak ada kena mengena dengan kita lagi. Kalau anak dalam kandungan seorang ibu itu hidup, tapi tidak dapat berbuat apa-apa, bukan? Ya, mereka hidup, tapi hidup dengan cara mereka sendiri.

  6. al faqir zul says:

    Ingatlah amalan qasidah di lakukan oleh shbt salafus soleh dn para wali jga ahlul bait nabi. Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kmu dua perkara.hadis dn keturunanku(hr muslim).hadis lain nabi sebut quran dulu bara keturunan.dlm hadis lain lag nabi sebut quran dn sunnah

  7. al faqir zul says:

    Kamu bilang nk tegak sunnah.tp kamu yg sekat sunnah..kmu pergi blaja.ingat kmu akan saya perhatikan.inn shaa Allah kmu akn dpt hidayah

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih kerana perhatikan saya. Silalah baca lagi tulisan saya untuk memahamkan ayat-ayat Allah ini.
      Saya belajar, tapi tidaklah saya belajar ajaran-ajaran karut dan bidaah. Saya hanya mahu belajar sunnah sahaja. Jadi, apabila tuan suruh saya belajar lagi, saya rasa tidak perlu lagi kerana apa yang saya belajar adalah yang perlu sahaja. Tidaklah saya perlu nak belajar perkara-perkara yang tidak patut dalam Islam. Itu membuang masa sahaja, sedangkan banyak lagi perkara lain yang sepatutnya saya belajar.

    • Pelajar sunnah says:

      Tuan al faqir zul, penulis menjawab setiap pertanyaan tuan tetapi bila ditanya pada tuan, tuan ubah ke topik lain pula.

      Sy masih baru dlm pelajaran quran dan hadis.jahil sebelum ini sebab tidak peduli utk belajar.perkara pertama yg sy belajar adalah hal bidaah.dulu sy juga anggap bidaah hasanah tu boleh dilakukan tapi bila belajar, rupanya bidaah hasanah pada pemahaman org malaysia kebanyakannya adalah salah termasuklah sy.

      Terima kasih pd penulis atas usaha anda menulis di blog ini.penerangan anda sgt mudah difahami.sy harap blog ini akan terus ditulis sehingga habis semua surah supaya ramai lagi dpt belajar quran dan sunnah.

  8. azhana says:

    Terima kasih tafsirsunnah,sesungguhya blok tuan telah banyak memberi panduan kepada saya untuk menjadi pengikut salafi ahlu sunnah,In sha Allah.Semoga Allah terus memberi hidayahNya kepada kita semua yang mencari kebenaran dan mencari jalan yang lurus.

  9. Khairul says:

    Saya rasa tak salah kalau setakat gantung ayat Quran di rumah atau pejabat tetapi dengan niat untuk mempelajari ayat tersebut supaya kita lebih mengingati ayat itu. Tetapi kalau mengharap ayat tersebut bisa menghalau syaitan atau murahkan rezeki baru jatuh syirik dan akan terjadi bidaah di situ. Penerangan Tuan baik tetapi harus lebih terperinci.

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih saudara atas teguran. Cadangan tuan adalah logik. Tapi dari segi amalannya, tidak begitu. Adakah orang perasan ayat-ayat Qur’an yang digantung? Saya boleh katakan tidak. Orang nak tengok keindahan frame dan bagaimana khat itu ditulis sahaja. Dan tambahan lagi, dengan khat yang berpintal-pintal, orang tak boleh baca pun ayat-ayat itu.

      Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membaca ayat Qur’an. Ada lebih banyak keburukan dr kebaikan menggantung ayat Qur’an.

      Terima kasih atas lawatan tuan ke blogspot ini. Harap boleh war-warkan kepada rekan dan keluarga.

      Allahu a’lam.

  10. kerenggge says:

    Tuan blog ni membicarakan kebanyakan masalah khilafiyah.

    Ulama ulama muktabar, sepakat suatu perkara, ada jugak yang tidak. Indahnya ulamak dahulu, mereka berlapang dada dalam berbeza pendapat. Maka disepakati semuanya, masalah khilafiyah usah diributkan.

    Jika tidak, masakan dalam perkara hukum-hakam pun ada berbeza pendapat 4 mazhab. Tetapi berbudi basernya imam mazhab 4 ini tidak mencerca hukum mazhab lainnya.

    Di situlah indahnya islam, perkara melibatkan akidah (iman) dan larangan-larangan yang disebut di dalam al-quran, disepakati haram sementara perkara melibatkan amalan dan hukum hakam fiqh dll yang tidak jelas maksud yang disebut di dalam hadis atau suatu perkara tidak pernah berlaku di zaman nabi, diperbincangkan sekelian ulamak. Maka di situlah timbulnya ketidaksepakatan hukumnya, maka dipanggil khilafiyah. Nak ikut pendapat mana, dipersilakan.

    Perkara yang telah dibincangkan dan disepakati oleh ulamak-ulamak muktabar terdahulu, ambil sebagai panduan. Ulamak muda yang baru keluar universiti, tidak usahlah hendak mencerca pandangan dan keputusan ulamak muktabar.

    Jika ada perkara yang ulamak muda tidak berpuashati, bawaklah permasalahan kepada majlis ulamak sedunia, maka akan diperdebat dan diperbincangkan sekelian ulamak dari seluruh dunia. Tunjukkanlah nas dan pendapat anda masing-masing. Kalau nas anda betul dan disepakati betul, maka umumkan, hukum yang terkini betul adalah sekian sekian.

    Tapi jika hanya mencerca perkara khilafiyah tanpa membawa permasalahan (yang dimusykilkan) ke majlis ulamak sedunia, maka memadai diam sahaja. Ikut sahaja kesepakatan majlis ulamak muktabar terdahulu.

    Memandangkan penulis telah menyatakan pendapatnya, amatlah molek jika disertakan beliau mengambil pandangan dari kitab mana sebagai rujukan. Maka sebelah pihak lain pulak boleh menunjukkan kitab mana sebagai hujah mereka pula.

    Tetapi suka ditekankan, perkara khilafiyah yang telah diputuskan oleh ulamak muktabar terdahulu, adalah sia sia diperdebatkan jika tiada nas (evidence) baru.

    Wasalam.

    • tafsirsunnah says:

      Di manakah masalah khilafiyah yang dimaksudkan? Boleh kita bincangkan di sini. Atau dari senarai di atas, apakah dalil yang mengatakan perkara itu adalah sunnah? Saya bersedia untuk mengeluarkan dari senarai jikalau ada dalilnya. Tidak ada masalah.

      Setakat mengatakan ada ‘ulama’ yang kata boleh… itu bukanlah jawapan dan dalil. Kerana percaya tanpa usul periksa dengan ‘ulama’lah yang menyebabkan haru biru jadinya ugama ini.

      Harap dapat baca posting tafsir yang lain dan bukan senarai ini sahaja.

      Mungkin ada yang tidak faham apakah ‘khilafiyah’ sampaikan dijaja lafaz ini merata-rata..

      Khilafiyah itu terjadi apabila dua dalil untuk sesuatu masalah/isu/perkara dan dua-dua dalil itu sahih. Maka ada ulama yang berpegang kepada satu dalil sah itu dan satu lagi memilih dalil yang lain. Begitulah yang terjadi pada imam-imam mazhab itu. Mereka berpegang kepada dalil dan memilih antara dalil-dalil yang ada. Yang pasti, kedua-duanya ada ‘dalil’. Tapi kalau satu ada dalil, tapi satu lagi tidak ada dalil, hanya ‘pendapat’ atau kata-kata manusia atau dari kitab sahaja, itu tidak layak dimasukkan ke dalam masalah ‘khilafiyah’. Jangan keliru tentang perkara ini. Semoga pembaca dapat memahami maksud saya.

      ANTARA KHILAF DAN BIDAAH

      Saya kira ramai yang terkeliru antara khilaf dan bid’ah. Lantaran terkeliru, maka agenda perbincangan sudah lari. Bid’ah ialah innovasi, penciptaan, rekaan amalan atau ibadah yang tidak bersandarkan di atas dalil atau nas dari Al-quran dan al hadith di dalam perkara ibadah di dalam agama sahaja. Khilaf ialah perbezaan pendapat oleh ulama’ fiqh mengenai amalan-amalan tertentu yang berdasarkan dalil atau nas dari Al-quran dan hadith sahih.

      Beza antara keduanya jelas di mana satu merujuk kepada dalil atau nas dan satu lagi tidak merujuk kepada mana-mana dalil atau nas. Contohnya Qunut itu secara umumnya bukan bid’ah kerana diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.( rujuk Qunut Nazilah& Qunut witir) cuma para ulama’ fiqh berbeza pendapat samada ia perlu diamalkan atau tidak, merujuk kepada situasi, masa dan keadaan.

      Manakala amalan ataupun sambutan nifsu sya’ban itu bid’ah kerana tiada dalil atau nas yang sahih mengenainya. Kalau ada dalil pun ianya dari hadith lemah atau palsu. Tiada takrifan bid’ah hasanah dalam IBADAH.

  11. haikal says:

    alhamdullah masih ade org yg berani mneggakn sunnah… disebabkan org malysia mncmpur adukkan adat dan agama..agk sukar untuk mnegur mereka2 ini semua..disbabkan ini juga negara2 di asia telah dicop negara asyaerah .. mgikut al qura,sunnah dan akal ..wallahualam ..trima ksih saudara..krna keberanian anda

  12. boja says:

    Salam…..Saya amat setuju dgn tuan setakat ini mengenai pekara pekara bidaah.tetapi disebabkan saya tidak mengenali tuan sy terpaksa mengambil pendekatan berhatihati.Disini saya ada sedikit persoalan mengenai fahaman wahabi yang dikatakan golongan yang menentang segala bentuk bidaah.boleh tak tuan bagi sedikit info mengenai fahaman wahabi.tq

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih atas komen dan soalan.

      Berkenaan ‘wahabi’, ada banyak perbincangan di media massa yang boleh dijadikan sebagai maklumat. Cuma dengarlah hujah Kedua-dua pihak.

      Kalau tanya kepada saya, mereka yang sebut ‘wahabi’ itu adalah orang yang jahil, tidak tahu menahu tentang agama dan kumpulan mazhab dan firqah, dan mereka menyebut ‘wahabi’ itu kerana ikut kata orang sahaja. Sebab dia sendiri tidak tahu.

      Tidak ada ‘wahabi’. Ianya hanyalah satu gelaran untuk menghina mereka yang hendak menegakkan sunnah dan tauhid dan membenteras bidaah dan syirik. Orang yang menentang itu tidak tahu nak panggil apa kepada gerakan ini, yang melawan apa yang mereka sendiri amalkan. Jadi kena juga beri nama, takkan nak panggil ‘Puak Sunnah’ sebab ianya nama yang baik. Maka mereka beri gelaran ‘wahabi’.

      Ini adalah gelaran yang pelik kerana tidak ada sesiapa pun yang mengajukan mereka itu ‘wahabi’ dan menjadikan Imam Abdul Wahab sebagai ulama besar dan rujukan totok mereka. At least, Itulah keadaan di Malaysia. Jadi, ada siapa yang mengaku wahabi atau mengikut pendapat beliau?

      Begitu lah ringkasan pemahaman saya tentang isu ini. Saya nasihat kepada mereka yang kuat menyebut ‘wahabi’ itu, lebih mendalami ilmu sunnah – tafsir Qur’an dan syarah Hadis yang sahih.

  13. Shah says:

    Assalamualaikum, terima kasih kerana membuat list ni supaya ia dapat memberikan kesedaran dan juga supaya kami boleh lebih berhati hati dengan amalan yang kami buat tanpa nas. Cuma satu soalan saya nak tanya tuan, bole tak syeikh huraikan hukum membuat majlis doa selamat? contoh : doa selamat sempena anak nak menduduki peperiksaan dengan memanggil ustaz ramai2 dtg membaca yassin pastu berdoa dirumah pastu siap khatam al quran skali? sekiranya ia adalah bidaah. Ape care alternatif untuk kita berdoa atau cara yang lebih dekat dengan sunnah untuk kita buat? Terima kasih.

    • tafsirsunnah says:

      Waalaikum salam,

      Terima kasih kepada saudara Shah atas soalan. Nabi pernah bersabda: ubat kejahilan adalah bertanya.

      Masalah dengan Majlis Doa Selamat ini, ada berbagai:
      1. Berzikir ramai-ramai. Tidak ada dalam Islam. Zikir dilakukan berseorangan.
      2. Zikir dalam suara kuat, ini juga tidak ada malah ditegah oleh Quran dan hadis Nabi.
      3. Baca Quran ramai-ramai; ini pun tidak ada. Kalau seorang baca, ramai dengar, itu ada (dinamakan tilawah)
      4. Tawasul kepada ustaz/imam/guru dan sebagainya. Kita syak kepada Allah… kalau aku doa sendiri tidak makbul, tapi kalau ustaz/imam/guru ini, baru Allah nak dengar doa aku, baru makbul doa itu.
      5. Bayar upah. Tidak ada upah dalam amal. Kepada ustaz/imam/guru itu, tentu diberikan wang, sekurangnya 50 ringgit. Kepada ahli jemaah surau, sudah tentu diberikan makanan, sekurangnya bihun dan air teh o. Itu adalah upah. Kalau takde upah, tidak ada yang datang.
      6. Apabila sudah ada upah, adakah selamat dan ikhlas? Kerana amal tidak ikhlas tidak diterima.
      7. Yang paling besar, ianya adalah amalan bidaah. Tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat perkara sebegini.

      ‘Khatam Quran’ juga tidak ada. Tidak tahu dari mana datangnya. Ada yang kata hendak mengkajinya, tapi belum dapat lagi maklumat. Kerana ada yang kata ianya datang dari Syiah. Dari lafaz ‘Khatam’ juga sudah tidak elok. Kerana ‘khatam’ itu maksudnya ‘tutup’. Seolah-olah, lepas khatam, dah tak tengok Quran. Tapi Allahu a’lam, belum dapat lagi maklumat, jadi saya tidak masukkan dalam senarai lagi.

      Kalau berkenaan dengan anak hendak menduduki peperiksaan. Pertamanya, tentulah kena usaha belajar. Janganlah tak belajar, tapi berharap kepada Doa Selamat, Solat Hajat, Air Penerang Hati dan sebagainya. Orang kafir pun heran tengok, kenapa dah buat majlis macam itu, tapi anak tak lulus periksa pula, Tuhan tak tolong kah? Ini adalah kerana sunnatullah, Allah akan bantu mereka yang berusaha.

      Tapi tetap berdoa kena dilakukan. Cara berdoa yang sesuai dengan sunnah adalah doa sahaja sendiri. Itu lebih tepat, kerana kita yang ikhlas dengan kita, kerana dia anak kita. Caranya senang sahaja. Saya sudah tuliskan di sini: https://tafsirsunnah.me/2016/02/14/tafsir-surah-ghafir-ayat-1-7/

      Allahu a’lam. Terima kasih kerana bertanya.

  14. Hamba Allah says:

    Salam…
    Adapun setelah saya membaca amalan-amalan bidaah seperti yang tuan simpulkan seperti di atas, jelas tuan adalah seorang fahaman Wahabi. Kerana buktinya Wahabi sahajalah yang suka membidaahkan amalan-amalan yang mana menurut mereka adalah ‘membuang masa’. Jikalau malas, bagaimana hendak menghadirkan Allah dalam diri kita? Asyik mengejar dunia dan membidaahkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah?
    Harus diingat, amalan-amalan tersebut bukan sahaja dapat mengukuhkan keimanan seseorang, malah juga menjadi contoh kepada pengikut agama lain akan keindahan Islam. Tiada jalan shortcut untuk ke syurga, namun jalan sentiasa terbuka bagi orang yang bertaqwa.
    Perbetulkan akidah, Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
    Wassalam.

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih atas nasihat. Sebenarnya, saya bukanlah wahabi, tapi berpegangan ahli sunnah wal jamaah. Ahli Sunnah wal Jamaah berpegang kepada manhaj Quran dan Sunnah, seperti yang diajar dalam Quran dan Hadis.

      Segala amalan ibadat telah diajar oleh Nabi, dan disitulah ada keberkatan amalan itu, kerana ianya dari Nabi, diajar oleh Allah. Bukanlah amalan yang direka caranya oleh manusia yang tidak sunyi dari kesalahan. Bukan ‘malas’ isunya. Kalau rajin, buatlah amalan yang sunnah yang diajar oleh Nabi, tidak akan habis, in sha Allah. Kenapa perlu direka amalan yang baru, sedangkan amalan itu banyak sekali.

      Anda katakan sebagai contoh kepada agama lain? Bagaimana amalan menari, menyanyi, berzikir terhenjut-henjut dan banyak lagi amalan bidaah, boleh menjadi contoh tauladan yang baik untuk orang bukan Islam? Ramai yang masuk Islam kerana keindahan Islam, bagaimana hujah-hujah yang kuat diberikan kepada mereka, bukannya kerana perbuatan memalukan sesetengah dari orang Islam sendiri.

      Benar, perbetulkan akidah. Iaitu dengan mempelajari ayat-ayat Quran dan memahaminya. Inilah yang kurang dalam masyarakat kita.

  15. Zaini says:

    Assalamualaikum tuan. Saya ingin mengenali siapa tuan? Apa YG tuan senaraikan tentang bidaah tu sebahagianya saya Akur Tetapi sebahagiannya saya kurang akur
    Antara yg saya kurang Akur ialah
    Bersalaman slaps solat
    Wirid beramai ramai
    Doa qunut
    Talkin
    Maulid nabi
    Yasinan
    Tahlilan
    Kenduri Bubur asyuroh
    Dll .kalau semua itu tdk dbolehkn makanya
    Susana kemesraan dn silaturahim akn terakis. Contohnya bersalaman slpas solat Marhaban, tahlil dan yasinan kan semuanya itu bisa menghubung silaturahim jika smuanya x boleh Agama islam akn jadi statik.kan salaman tu tanda siturahim dan kasih sayang sesame Umat..

    • tafsirsunnah says:

      Waalaikum salam,

      Terima kasih atas komen. Islam amat menganjurkan mengeratkan silaturrahim dan perhubungan baik antara sesama umat. Tapi semua itu dapat dicapai tanpa menambah-nambah ibadat dalam agama yang telah lengkap diajar oleh Nabi. Matlamat tidak menghalalkan cara.

      Allahu a’lam.

  16. muhammadsaifudin says:

    Assalamualaikum.semoga tetap tabah dlm menghadapi ujian.وأخرجه مسلم (1920) من حديث ثوبان، رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: “لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَقول ذَلِكَ قول ابن مسعود رضي الله عنه

    : (اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتم)

  17. Pingback: 27.SURAH – YUNUS :(27) – MUNDY ANUGRAH PRAMANDA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s