Tafsir Surah Yunus Ayat 30-33

Ayat 30:

10:30
Transliteration

Hunalika tabloo kullu nafsin maaslafat waruddoo ila Allahi mawlahumu alhaqqiwadalla AAanhum ma kanoo yaftaroon

Sahih International

There, [on that Day], every soul will be put to trial for what it did previously, and they will be returned to Allah , their master, the Truth, and lost from them is whatever they used to invent.

Malay

Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui (dan merasai) akan apa yang telah dikerjakan dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-benarnya (yang akan membalas dengan adilnya); dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.

هُنَالِكَ تَبْلُو كُلُّ نَفْسٍ مَّا أَسْلَفَتْ

Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui akan apa yang telah dikerjakan

هُنَالِكَ bermaksud pada ‘waktu’ itu dan pada ‘tempat’ itu. Ianya merujuk kepada Hari di Mahsyar. Ianya adalah hari yang amat menakutkan. Kerana kita tidak tahu nasib kita macam mana.

تَبْلُو bermaksud ‘akan diadili’. Tetapi sebenarnya, dari segi nahu bahasa Arab, perkataan تَبْلُو itu bukanlah bermaksud ‘dia akan diadili’, tetapi bermaksud ‘dia akan mengadili sendiri’. Ini bermakna, tuan punya Kitab Amalan akan membaca dan mengadili sendiri kedudukannya berdasarkan Kitab Amalan itu.

Ini dijelaskan lagi dalam Isra’:13-14

وَكُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنشُورًا

Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

(Lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)”.

Dia sendiri akan nampak apakah amalan-amalan yang telah dilakukannya dan dia akan tahu bahawa banyak daripada amalannya yang salah. Dia akan tahu sendiri. Dia akan nampak semua sekali yang telah dilakukannya. Macam anak kita lihat Report Card sekolah dia banyak ditanda merah sahaja. Tentu dia dah tahu yang dia akan gagal peperiksaan kalau begitu banyak merah, bukan?

SEMUA sekali perbuatannya semasa di dunia akan tertulis. Sampai dia akan terkejut. Seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam Kahf:49

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan “Kitab-kitab Amal” akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

Mereka akan kehairanan kerana perkara-perkara kecil pun tertulis juga. Kalau yang besar-besar, mungkin mereka boleh terima, tapi kalau yang kecil pun ada juga, mereka sungguh hairan. Begitu detail sekali Kitab Amalan itu. Begitu detail sekali malaikat yang menulis amalan kita meletakkan segala perbuatan kita.

Tidak akan apapun yang akan tersembunyi pada hari itu. Seperti Allah telah firmankan dalam Tariq:9

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ

Pada hari didedahkan segala yang dirahsiakan (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

أَسْلَفَتْ bermaksud ‘yang telah dihantar’. Ia merujuk kepada amal-amal perbuatan kita semasa di dunia. Kerana amalan-amalan itu telah dilakukan dah telah dihantar sebelum hari Mahsyar itu.

 

وَرُدُّوا إِلَى اللَّهِ

dan mereka dikembalikan kepada Allah

Kita semua akan dikembalikan kepada Allah. Tidak ada transit jumpa pemberi-pemberi Syafaat langsung. Tidak ada yang akan memberi pertolongan dan perlindungan kepada kita.

 

مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ

Pelindung mereka yang sebenar-benarnya

Kita sepatutnya mengharap kepada Allah sahaja. Tidaklah perlu terkinja-kinja dan melambai-lambai kepada Nabi dalam majlis Ya Hanana di stadium untuk meminta Syafaat dari baginda. Kalau kita layak mendapat Syafaat, Allah akan berikan kepada kita. Tapi kalau tidak layak, lompat tinggi mana pun minta kepada Nabi yang sudah wafat itu, kita tidak akan dapat. Kerana pelindung sebenar adalah Allah. Pemberi Syafaat adalah Allah. Bukannya Nabi Muhammad. Nabi Muhammad hanya menyampaikan sahaja Syafaat itu.

Kerana masyarakat kita jahil tentang Syafaat, maka ada golongan Habib yang mengambil peluang buat duit dengan mengadakan majlis Selawat Perdana kononnya untuk mendapat Syafaat dari Nabi. Entah berapa ribu diberikan kepada mereka untuk menjadi tekong majlis bidaah dan syirik itu. Syirik itu adalah kerana kita minta Syafaat daripada Nabi padahal yang mempunyai Syafaat adalah Allah. Dan kalau kita iktikad yang Nabi Muhammad juga ada kuasa untuk menentukan siapa yang boleh diberi Syafaat, itu bermaksud kita telah meletakkan Nabi sama kedudukannya dengan Allah dan itu adalah syirik. Sepatutnya, Allah sahaja yang boleh menentukan siapa yang dapat syafaat, tapi ada pula yang kata Nabi pun ada kuasa itu.

 

وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ

dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.

Amalan-amalan bidaah yang diada-adakan oleh manusia seperti ya Hanana, sedekah pahala, beri salam, selawat rekaan, zikir rekaan dan sebagainya itu hilang lenyap. Tidak ada nilai dari segi pahala. Tidak memberi manfaat kepada mereka.

————————–

Ayat 31: Puak yang engkar memohon Syafaat kepada sembahan-sembahan. Allah menunjukkan kebodohan mereka kerana melakukan perkara itu.

10:31
Transliteration

Qul man yarzuqukum mina assama-iwal-ardi amman yamliku assamAAa wal-absarawaman yukhriju alhayya mina almayyiti wayukhriju almayyitamina alhayyi waman yudabbiru al-amra fasayaqooloona Allahufaqul afala tattaqoon

Sahih International

Say, “Who provides for you from the heaven and the earth? Or who controls hearing and sight and who brings the living out of the dead and brings the dead out of the living and who arranges [every] matter?” They will say, ” Allah ,” so say, “Then will you not fear Him?”

Malay

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): “Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Bertanyalah kepada mereka: “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?

‘Mereka’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah golongan musyrik. Ayat ini mula-mula diberikan kepada musyrikin Mekah. Tapi sekarang ianya ditujukan kepada mana-mana musyrik termasuklah musyrik yang mengaku beragama Islam. Jangan kita ingat kita terselamat kerana kita orang Islam.

Rezeki dari langit adalah seperti air hujan dan cahaya matahari.
Dan rezeki dari bumi adalah seperti makanan dari tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Kita memerlukan rezeki dari langit dan bumi ini untuk hidup. Dua-dua kita perlukan. Sebagai contoh, air hujan turun ke tanah dan kemudian naik ke atas dalam kitaran yang berterusan. Tumbuhan memerlukan air hujan dan cahaya matahari untuk membuat makanan. Memerlukan simbiosis yang tetap. Ini adalah sebagai dalil bahawa Tuhan itu satu sahaja, tidak ramai. Kerana kalau ada lebih dari satu Tuhan, sebagai contoh, kalau Tuhan di langit lain dan Tuhan di bumi lain, tentu kacau bilau jadinya. Sebagai contoh, katakanlah yang di bumi memerlukan hujan, tapi tuhan langit lambat bagi air hujan, dah tak boleh nak buat tumbuhan, Tapi kalau kita lihat, ianya ada simbiosis yang mantap, menunjukkan tuhan yang sama.

Maka, siapakah yang menurunkan rezeki dari langit dan mengeluarkan rezeki dari bumi? Jawapnya tentulah Allah.

 

أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ

Atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan?

Siapakah yang menciptakan pendengaran dan penglihatan? Yang memberikan keduanya kepada makhluk? Dan kalau Dia beri, tentulah Dia juga boleh ambil balik. Siapakah?

Kita sebagai makhluk amat memerlukan kedua-duanya deria itu untuk hidup dengan sempurna. Kalau kurang satu atau keduanya, memang boleh hidup, tapi akan banyak bergantung kepada orang lain.

Juga bermaksud memiliki pendengaran dan penglihatan untuk DiriNya. Yang boleh memberi pendengaran dan penglihatan kepada makhluk mestilah DiriNya sendiri pun mempunyai pendengaran dan penglihatan. Allah memiliki kedua-daunnya. Bandingkan dengan tuhan berhala musyrikin Mekah. Berhala-berhala itu tidak boleh mendengar dan tidak boleh melihat. Kalau mereka pun tidak boleh mendengar dan melihat, bagaimanakah mereka boleh memberi pengarah dan penglihatan kepada makhluk yang menyembahnya? Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Maka, siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, boleh memberinya kepada makhluk dan menguasai kedua-duanya?Jawapnya tentulah Allah.

 

وَمَن يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ

Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati,

Contohnya mengeluarkan anak ayam dari telur yang mati. Begitu juga biji benih yang nampaknya mati tetapi bila ditanam boleh mengeluarkan tumbuh tumbuhan yang hidup.

 

وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ

dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup?

Contohnya mengeluarkan telur ayam dari ibu ayam.

Begitu juga seperti yang kita tahu, semua yang hidup di akan mati. Siapakah yang menentukan kematian? Adakah berhala yang mereka sembah boleh memberikan kehidupan dan boleh mematikan yang hidup? Tentu tidak.

Siapakah yang boleh buat begitu? Jawapnya tentulah Allah.

 

وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَ

Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “

Siapakah yang menguruskan segala perkara dalam alam ini dari yang sekecil-kecilnya hingga ke yang sebesar-besarnya?

Perkataan الْأَمْرَ dengan huruf ال bermaksud SEMUA perkara. Allah menguruskan kehidupan kita dan juga kehidupan makhluk yang lain dan segala yang hidup mahupun yang mati.

Siapakah yang menguruskan segalanya dalam alam ini? Jawapnya tentulah Allah.

 

فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ

maka mereka (yang musyrik) akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! “

Semua orang musyrik didunia ini akan berkata tentunya Allah. Tapi bagaimana pula penganut agama yang kufur boleh jawap begitu? Sebenarnya kebanyakan agama kafir di dunia ini percaya kepada kewujudan ‘Tuhan yang satu’. Nama sahaja mereka tidak sebut sebagai ‘Allah’. Mereka sebenarnya tahu ada Tuhan yang bersifat seperti sifat yang telah disebut diatas. Tetapi dalam masa yang sama, mereka menyembah juga sembahan-sembahan yang lain.

Ini disebut dalam Yusuf:106

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشْرِكُونَ

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

Ayat ini bermaksud ramai di kalangan manusia yang percaya kepada kewujudan Allah dan beriman kepada Allah, tapi dalam masa yang sama mereka juga menyembah selain Allah. Inilah yang banyak terjadi kepada masyarakat kita. Mereka percaya bahawa Allah itu Tuhan yang memberi rezeki dan Allah itu yang menguruskan segala-galanya tetapi di dalam masa yang sama mereka sembah kepada makhluk yang lain. Mereka sembah kepada Nabi, wali dan malaikat. Mereka buat ibadat kepada mereka dengan beri salam kepada mereka dan hadiah Fatihah kepada mereka, dan macam-macam lagi.

 

فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?

Kalau mereka sudah tahu yang Allah berkuasa penuh, tanya kepada mereka mengapa mereka tidak takut kepadaNya dan menjaga hukum yang telah diberikan?

Musyrikin Mekah percaya kepada ketuhanan Allah. Mereka tahu bahawa Allah lah yang memberi rezki, Allah lah yang mencipta segala-galanya. Ini bermakna mereka ada Tauhid Rububiyyah. Tetapi mereka menjadi musyrik kerana selain daripada menyembah Allah, mereka juga menyembah entiti-entiti lain yang mereka anggap seperti ilah. Maknanya, mereka tidak ada Tauhid Uluhiyyah.

————————–

Ayat 32:

10:32
Transliteration

Fathalikumu Allahu rabbukumualhaqqu famatha baAAda alhaqqi illa addalalufaanna tusrafoon

Sahih International

For that is Allah , your Lord, the Truth. And what can be beyond truth except error? So how are you averted?

Malay

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?

فَذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya;

Yang boleh buat semua yang telah disebut di dalam ayat sebelum ini adalah hanya Allah. Allah lah Tuhan yang satu, yang bermaksud Dia lah satu-satunya Tuhan yang sebenar-benarnya dan tidak ada ilah yang lain.

 

فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ

sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka yang lain daripada itu sesat belaka.

Tuhan yang satu hanyalah Allah dan kalau kita meninggalkan penyembahan hanya kepada Allah sahaja, maka kita akan jatuh ke dalam kesesatan yang nyata.

 

فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ

Oleh itu, bagaimana kamu boleh dipesongkan dari kebenaran?

Sungguh hairan sekali bagaimana mereka yang tahu tentang Allah, tapi masih lagi boleh dipesongkan.

Kepada kita yang beriman ini, selepas baca ayat ini, maka berdoalah supaya Allah tidak memesongkan hati kita daripada iman.

————————–

Ayat 33:

10:33
Transliteration

Kathalika haqqat kalimaturabbika AAala allatheena fasaqoo annahum layu/minoon

Sahih International

Thus the word of your Lord has come into effect upon those who defiantly disobeyed – that they will not believe.

Malay

(Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja) demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu, terhadap orang-orang yang fasik kerana bahawasanya mereka tidak beriman.

كَذَٰلِكَ حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ

demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu,

كَذَٰلِكَ merujuk kepada apa yang terjadi kepada musyrikin Mekah – mereka itu tahu siapa Allah, tapi mereka tidak menyembahNya sahaja.

Kalimah ketetapan Allah bermaksud mereka itu tidak akan beriman. Siapakah mereka itu?

 

عَلَى الَّذِينَ فَسَقُوا

terhadap orang-orang yang fasik

Orang-orang yang fasik adalah mereka yang tidak kisah batasan dalam agama. Mereka langgar sahaja kerana mereka mengikut hawa nafsu mereka. Kepada mereka ini kita tidak boleh buat apa-apa. Walaupun kita beri dalil kepada mereka, mereka tidak akan beriman. Kerana Allah telah tetapkan hati mereka terpesong. Kenapakah mereka jadi begitu? Kerana mereka asalnya tidak takut kepada Allah. Apabila tidak takut kepada Allah, mereka akan menjadi fasik. Dan mereka menolak kebenaran yang sampai kepada mereka. Setelah berkali-kali mereka menolak, barulah Allah akan beri ketetapan mereka tidak akan beriman.

 

أَنَّهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

bahawasanya mereka tidak akan beriman.

Itulah orang-orang yang tahu kebenaran tetapi masih menolaknya. Kita dah bagi dalil dari Quran dan hadis, tapi mereka masih menolak. Mereka masih nak pakai pendapat guru mereka. Oleh kerana itu, Allah akan tutup hati mereka dari beriman. Malangnya banyak orang sebegini dalam masyarakat kita.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk berdakwah kepada mereka. Sampaikan ajaran ini kepada mereka yang memerlukan.

Allahu a’lam.

Lompat ke ayat yang seterusnya

====================

Ref: UR, TZ, NAK.

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 010: Yunus. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s