Tafsir Surah al-Qamar Ayat 7-15

Ayat 7:

 

54:7
Transliteration

KhushshaAAan absaruhum yakhrujoonamina al-ajdathi kaannahum jaradun muntashir

Sahih International

Their eyes humbled, they will emerge from the graves as if they were locusts spreading,

Malay

(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan, keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.

خُشَّعًا أَبْصَارُهُمْ

sambil menundukkan pandangan mata mereka

Mata mereka tunduk dalam keadaan hina pada hari kiamat nanti. Kerana waktu itu mereka berada dalam keadaan yang amat amat takut. Dalam Sajdah:12 Ada diterangkan dengan lebih lanjut:

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.

Mereka telah beriman waktu itu, tetapi alangkah ruginya mereka kerana walaupun mereka tunduk khusyuk dan mengakui kesalahan mereka dan telah beriman pada hari kiamat nanti, tapi ianya tidak akan berharga apa-apa.

Khusyuk ituterjadi apabila kita takut. Dan rasa takut itu kelihatan pada tubuh badan kita. Khusyuk pada mata itu boleh diketahui apabila seseorang itu hanya melihat ke bawah sahaja. Itulah sebabnya kita disuruh untuk menundukkan pandangan mata kita ke bawah semasa dalam solat. Mereka yang dibangkitkan dari kubur itu nanti amat takut untuk melihat ke hadapan, tempat tujuan mereka, maka mereka tunduk melihat ke bawah sahaja.

 

يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ

Ketika mereka keluar dari kuburan

Maknanya mereka keluar-keluar sahaja daripada kubur mereka, kepala dan mata mereka sudah tunduk.

الْأَجْدَاثِ bermaksud kubur lama yang sudah tidak ada tanda. Sebab dah lama sangat kubur itu ditinggalkan orang. Sampaikan orang yang melihatnya pun tidak tahu yang itu adalah kubur. Seperti yang kita tahu, tanah kubur itu hanya tinggi sedikit sahaja daripada tanah biasa. Tidak boleh kita meletakkan binaan-binaan yang lain. Tanah itu ditinggikan sedikit pun adalah sebagai tanda bahawa ianya adalah kubur, supaya tidak ada orang buat ibadat di situ. Kalau kubur baru kita boleh kenal lagi, tetapi tanah kubur lama kemungkinan besar ianya telah sama lain dengan tanah ditepinya sampai tidak boleh dikenal lagi sebagi kubur. Inilah maksud ayat ini – mereka keluar dari kubur mereka yang lama. Mereka ingat mereka kuat dan berkuasa dan dikenali semasa di dunia, tapi apabila mereka mati, lama kelamaan orang pun dah tak kisah pada mereka.

Dalam Yaasin:51 juga Allah telah berfirman:

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ الْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ

Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.

 

كَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُّنتَشِرٌ

seakan-akan mereka belalang yang beterbangan merata-rata

Bagaikan belalang beterbangan

 

Semua makhluk akan kelihatan seperti belalang berterbangan kerana semua makhluk akan dibangkitkan serentak. Bayangkan makhluk yang pertama dicipta, sampai kepada makhluk yang akhir sekali mati pada hari Kiamat akan dibangunkan pada masa yang sama. Kalau semua makhluk yang sedang ada pada saat ini pun kalau dikumpulkan pada satu tempat pun, sudah ramai, bayangkanlah kalau dikumpulkan semuanya sekali. Memang tidak dapat dibayangkan.

Pada hari itu juga manusia diibaratkan seperti ‘belalang yang berterbangan’ kerana mereka akan jadi seperti belalang itu yang bergerak ke sana ke sini tidak ada arah tujuan. Begitulah nanti keadaan manusia dan makhluk-makhluk yang lain pada hari Kiamat nanti. Keadaan waktu itu amat kecoh, dengan manusia kelam kabut tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tidak ada tempat yang selamat, tidak ada tempat menyorok.

——————————

Ayat 8:

54:8
Transliteration

MuhtiAAeena ila addaAAiyaqoolu alkafiroona hatha yawmun AAasir

Sahih International

Racing ahead toward the Caller. The disbelievers will say, “This is a difficult Day.”

Malay

Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!

مُّهْطِعِينَ إِلَى الدَّاعِ

mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu.

Malaikat akan menyuruh semua makhluk yang bangun daripada kubur mereka itu untuk pergi beramai-ramai ke Mahsyar. Ada berbagai-bagai cara mereka akan pergi ke sana. Kepada mereka yang beriman, mereka akan dibawa dengan kenderaan yang mewah. Kalau zaman sekarang, kita bayangkan mereka pergi ke Mahsyar itu dengan jet eksekutif. Dijemput dengan secara baik oleh malaikat untuk ke sana. Itu adalah tingkatan yang tertinggi sekali. Kemudian ada yang pergi dengan kereta. Kemudian ada yang pergi dengan motosikal. Ada yang pergi dengan basikal dan sebagainya. Itu sebagai perumpamaan mereka yang mendapat kenderaan. Bergantung kepada tingkatan amal dan iman mereka.

Kenderaan yang diberi kepada makhluk itu bergantung kepada tingkatan amalan mereka. Kemudian ada mereka yang berjalan kaki. Ada pula yang merangkak. Ada yang mengesot dan ada yang berguling. Dan ada juga yang berjalan dengan muka mereka. Itu adalah mereka yang tidak beramal dan tidak beriman semasa mereka di dunia. Akhirnya, semua akan sampai ke tempat yang sama untuk diadili oleh Allah. Tidak tahu berapa lama masa yang akan diambil. Mereka itu dihalau oleh malaikat dan kerana itu mereka akan bergerak dengan secepat mungkin. Mereka tidak boleh lari lagi.

Di dalam perjalanan itu, ada telaga Kautsar. Itu adalah tempat di mana Nabi Muhammad akan menunggu umatnya untuk diberikan minum dari Air Telaga Kautsar itu. Sesiapa yang dapat minum dari air telaga itu, tidak akan dahaga selama-lamanya. Tetapi, bukan semua akan dapat minum dari air itu. Dalam Sahih Bukhari, ada disebutkan tentang perkara ini:

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ عَنْ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ قَالَ قَالَتْ أَسْمَاءُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا عَلَى حَوْضِي أَنْتَظِرُ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ فَيُؤْخَذُ بِنَاسٍ مِنْ دُونِي فَأَقُولُ أُمَّتِي فَيُقَالُ لَا تَدْرِي مَشَوْا عَلَى الْقَهْقَرَى قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نَرْجِعَ عَلَى أَعْقَابِنَا أَوْ نُفْتَنَ
6526. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Abdullah Telah menceritakan kepada kami Bisyir bin As Sari telah menceritakan kepada kami Nafi’ bin Umar dari Ibnu Abi Mulaikah mengatakan, Asma’ mengatakan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam; “aku berada di telagaku menunggu-nunggu orang yang datang kepadaku, tiba-tiba orang di belakangku ditangkap dan dijauhkan dariku sehingga aku berteriak-teriak; ‘Itu umatku, itu umatku! ‘ Tiba-tiba ada suara menjawab; ‘Kamu tidak tahu! Mereka berjalan dengan melakukan bid’ah, maksiyat, dan dosa besar’.” Ibnu Abi Mulaikah terus memanjatkan doa; Ya Allah, aku berlindung kepada-MU dari berbalik ke belakang atau terkena hantaman fitnah! Hadis Riwayat Al-Bukhari

Nabi Muhammad nampak umatnya yang berjalan ke arahnya. Dan Nabi kenal orang Islam kerana nampak cahaya keluar dari bekas wuduk mereka. Tapi, ada yang tidak dibenarkan untuk meminum air telaga itu. Walaupun Nabi memangggil mereka, tapi mereka telah dihalau oleh malaikat. Kenapa? Kerana mereka mengamalkan bidaah semasa hidup mereka. Mereka itu, walaupun Islam, walaupun melakukan solat, mereka tidak layak untuk minum dari air telaga itu. Nabi akan menghalau mereka.

Oleh itu, jangan sangka yang perkara bidaah itu adalah perkara ringan. Ianya adalah perbuatan dosa, yang akan menyebabkan masuk neraka dan tidak layak digelar sebagai umat Nabi. Berbagai hujah dan alasan yang diberi oleh mereka yang mengamalkan bidaah ini semasa di dunia. Tapi bagaimana nanti mereka hendak berhujah dengan Nabi Muhammad, dengan Allah?

Berdoalah supaya kita dapat minum dari Air Telaga Kautsar itu. Janganlah kita mengamalkan bidaah walau bagaimanapun orang ajak kita. Jangan kita amalkan sedikit pun amalan bidaah. Ianya langsung tidak menguntungkan.

 

يَقُولُ الْكَافِرُونَ

Orang-orang kafir berkata:

Yang akan berkata begini hanyalah orang orang yang Engkar saja. Allah tak kata semua manusia akan berkata begini tetapi orang yang engkar sahaja. Apakah aduan dan keluhan mereka nanti?

 

هَٰذَا يَوْمٌ عَسِرٌ

“Ini adalah hari yang amat sukar”.

Hari itu memang hari yang amat sukar, tapi ianya lebih sukar lagi kepada orang-orang yang kufur ingkar. Firman Allah di dalam Muddathir:9-10

فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ

maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit,

عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ

bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah.

Ianya amat sukar kepada orang kufur dan engkar, tetapi kepada orang-orang yang beriman, hari itu akan dipermudahkan bagi mereka. Sebagai perumpamaan, lihatlah bagaimana cara kita mengerjakan solat. Ada orang yang rasa solat itu payah sangat dan ada pula orang yang rasa sedap dengan mengerjakan solat. Ada orang yang rasa sedap bila solat walau lama mana pun tetapi ada yang kalau solat tiga minit pun mereka sudah rasa lama dan rasa gelisah sahaja. Bezanya adalah tahap keimanan seseorang itu. Perbuatan yang sama, tapi lain rasanya kepada lain orang. Begitulah nanti di Mahsyar nanti – ada yang rasa susah dan ada yang rasa senang. Allah akan jadikan senang hari itu kepada orang yang beriman. Semoga kita termasuk orang yang senang di Mahsyar nanti.

——————————

Ayat 9: Allah menceritakan tentang umat terdahulu sebagai peringatan untuk Musyrikin mekah dan kita. Mari kita baca tentang kaum Nabi Nuh.

54:9
Transliteration

Kaththabat qablahum qawmu noohinfakaththaboo AAabdana waqaloo majnoonun wazdujir

Sahih International

The people of Noah denied before them, and they denied Our servant and said, “A madman,” and he was repelled.

Malay

Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).

كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ

Sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kaum Nuh,

Sebelum bangsa Arab mendustakan Nabi Muhammad pun, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan baginda.

Nabi Nuh adalah Rasul yang pertama. Nabi Muhammad pula adalah Rasul yang terakhir. Maka, dari Rasul pertama sampai ke Rasul yang terakhir, telah didustakan oleh kaum mereka. Allah hendak memberitahu kepada Nabi Muhammad, bukan baginda sahaja yang didustakan, tapi Nabi-nabi terdahulu sebelum baginda pun menerima nasib yang sama.

 

فَكَذَّبُوا عَبْدَنَا

maka mereka mendustakan hamba Kami

عَبْدَنَا ‘hamba Kami’ yang dimaksudkan adalah Nabi Nuh a.s.

Dalam ayat ini, Nabi Nuh dibahasakan sebagai ‘hamba’. Kenapa? Kerana menjadi hamba Allah adalah satu kedudukan yang tinggi. Kita semua adalah hamba Allah samada kita mengaku atau tidak. Kalau kita redha menjadi hamba Allah, maka itu adalah kemuncak matlamat kehidupan kita. Kerana tidaklah kita ini dijadikan melainkan untuk menjadi hamba Allah.

Apabila kita mengaku sebagai hamba Allah, maka kita akan taat kepada arahan dan larangan Allah. Mereka yang mengaku hamba Allah, tapi tidak taat kepada suruhan dan tidak meninggalkan larangan Allah, bukanlah sebenar-benar hamba.

Ada beberapa tingkatan ‘hamba’. Setiap kita adalah hamba Allah. Samada mengaku atau tidak. Kalau akal kita tidak taat kepada Allah pun, tubuh kita tentunya taat kepada Allah. Sebagai contoh, mereka yang hidup akan bernafas. Bernafas itu pun adalah satu ketaatan kepada perintah Allah. Cubalah kalau boleh untuk tidak bernafas;

Dan kalau kita tidak mengaku sebagai hamba di dunia pun, kita akan mengaku sebagai hamba Allah di akhirat juga nanti seperti firman Allah dalam Maryam:93

إِن كُلُّ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا

Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.

Tingkatan yang tinggi adalah mereka yang mengaku sebagai hamba Allah semasa di dunia lagi. Mereka itulah yang taat kepada perintah dan larangan Allah. Mereka ini dipanggil sebagai ‘ibaadur Rahman‘. Ini seperti yang disebut dalam Furqan:63

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.

Ada lagi tingkatan yang lebih tinggi lagi iaitu tingkatan hamba para Nabi Allah. Kerana itulah selalu dalam Quran, para Rasul dan Nabi dipanggil sebagai ‘hamba Allah’. Ini adalah kedudukan yang tinggi yang manusia biasa tidak akan dapat capai. Ada banyak ayat Quran yang menggelar para Nabi sebagai hamba Allah seperti Furqan:1

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا

Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,

 

وَقَالُوا مَجْنُونٌ وَازْدُجِرَ

dan mengatakan: “Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman).

Mereka gelar Nabi Nuh itu gila sebab buat kapal atas bukit. Memang tidak dibuat oleh orang yang siuman tapi apa yang Nabi Nuh lakukan itu adalah atas arahan Allah. Dan memang begitulah para Nabi selalunya digelar sebagai ‘gila’ seperti firman Allah dalam Dzariyat:52

كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

Demikianlah tidak seorang rasulpun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan: “Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila”.

Bukan sahaja baginda dihina, tapi baginda juga sudah diugut untuk berhenti dari berdakwah kepada manusia. Teruk sekali apa yang mereka ugut Nabi Nuh itu. Mereka kata nak bunuh baginda kalau tak berhenti. Mereka ugut nak rejam baginda seperti firman Allah dalam Shuara:116

قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا نُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمَرْجُومِينَ

Mereka berkata: “Sungguh jika kamu tidak berhenti hai Nuh, niscaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang direjam“.

Perkataan وَازْدُجِرَ telah disebut sebelum ini di dalam surah ini dalam ayat 4. Dalam ayat itu, telah disebut bagaimana sebenarnya Kalam Allah lah yang mengandungi ugutan kepada manusia tetapi lihatlah bagaimana mereka pula yang memberi ugutan pada Nabi Nuh.

Begitulah para Nabi-nabi dan juga penyeru-penyeru tauhid daripada zaman dahulu sampai sekarang telah diugut untuk diseksa dan dibunuh oleh puak musyrikin. Entah berapa ramai pula dari mereka yang telah dibunuh. Kita telah dengar bagaimana ulama-ulama telah dipenjara, diseksa dan sebagainya seperti Imam Ibn Taimiyyah, imam mazhab yang empat itu dan malah ramai lagi. Akan ada sahaja golongan sesat dan kufur yang akan menggunakan kedudukan mereka untuk menindas golongan yang menyeru kepada tauhid.

——————————

Ayat 10: Ini adalah kisah doa Nabi Nuh kepada Allah sampai menyebabkan kejadian Banjir Besar

54:10
Transliteration

FadaAAa rabbahu annee maghloobun fantasir

Sahih International

So he invoked his Lord, “Indeed, I am overpowered, so help.”

Malay

Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!

فَدَعَا رَبَّهُ

Maka dia mengadu kepada Tuhannya:

Baginda berdoa dan merayu kepada Allah selepas 950 berdakwah di seluruh dunia. Berbagai cara telah dilakukan. Ada yang baginda dakwah dengan bersendirian dan ada yang baginda berceramah dalam khalayak ramai.

Apakah sesat kaum Nabi Nuh itu? Mereka memuja lima orang wali. Mereka menggunakan wali-wali itu sebagai tawasul dalam doa mereka. Bukanlah mereka dikatakan menyembah berhala seperti yang selalu ditafsirkan. Bila diterjemahkan apa yang mereka sembah itu sebagai ‘berhala’, maka ramai yang rasa tak kena kepada diri mereka. Masyarakat kita yang mengamalkan tawasul itu akan berkata yang mereka tidak sembah berhala pun, jadi tidaklah mereka buat salah. Padahal, apa yang mereka lakukan itu adalah sama sahaja dengan apa yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh.

Masyarakat kita ramai yang mengamalkan tawasul dengan menggunakan wali-wali yang telah mati sebagai perantaraan dalam doa mereka. Ada yang pergi ke kubur tok wali, ada yang menyeru nama-nama wali itu, ada yang beri salam malam-malam, ada yang sedekah fatihah kepada wali-wali itu, dan sebagainya. Tetapi kerana yang membawa ajaran ini nampak seperti orang alim, pakai serban, ramai pengikut, mereka ikut sahaja apakah yang diajar oleh guru salah itu. Sebagai contoh, masyarakat kita sekarang memandang tinggi kepada Puak Habib yang sedang mendapat perhatian sekarang. Mereka ikut apakah amalan puak-puak Habib itu berselawat ramai-ramai, menyanyi-nyanyi ya hanana di stadium, di masjid dan sebagainya. Tapi mereka tidak sedar bahawa puak-puak Habib itu mengajar masyarakat kita untuk bertawasul kepada para wali yang telah mati. Itu semua adalah perbuatan kufur.

 

Inilah ajaran puak Habib

Inilah ajaran puak Habib

 

Mereka mengajar masyarakat kita berdoa menggunakan orang mati sebagai perantara

Mereka mengajar masyarakat kita berdoa menggunakan orang mati sebagai perantara

 

أَنِّي مَغْلُوبٌ

“bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan

Nabi Nuh mengaku yang baginda lemah dan dikalahkan oleh kaumnya itu. Baginda bukan sahaja dihina dan dikutuk, tapi baginda sampai pernah dipukul oleh kaum baginda. Bayangkan susahnya baginda menjalankan dakwah baginda selama 950 tahun. Tidak ramai yang mahu mengikut baginda: ada yang kata 80 orang dan malah ada yang kata hanya 40 orang sahaja.

Maka, baginda dan pengikut-pengikut baginda tidak ramai. Dan oleh itu, baginda lemah kalau dibandingkan dengan puak musyrik. Baginda senang dikalahkah.

 

فَانتَصِرْ

oleh sebab itu tolonglah (aku)”.

Nabi Nuh bermohon kepada Allah untuk menolong baginda terhadap kaumnya itu. Pendek sahaja doa Nabi Nuh. Memang selalunya doa-doa para Nabi pendek sahaja. Walaupun pendek, tapi ianya didengar dan dimakbulkan oleh Allah. Bukan macam doa para-para imam dan tekong tahlil di negara kita. Panjang-panjang doa mereka – kerana kalau pendek sahaja doa, macam tak patut pula kalau dapat upah yang banyak. Kerana mahukan upah yang banyak, maka panjanglah doa-doa mereka dalam majlis-majlis bidaah mereka.

Nabi Nuh berdoa itu pun selepas Allah memberitahu baginda yang tidak ada lagi yang akan beriman selain daripada mereka yang telah beriman dengan baginda. Maknanya, tidak akan bertambah jumlah pengikut baginda selepas itu. Sebab itulah Nabi Nuh berdoa supaya Allah membantu baginda membalas kepada kaumnya yang musyrik itu. Kalau tak, Nabi Nuh mungkin tidak berdoa begitu. Allah memberitahu Nabi keputusan Allah itu dalam Hud:36

وَأُوحِيَ إِلَىٰ نُوحٍ أَنَّهُ لَن يُؤْمِنَ مِن قَوْمِكَ إِلَّا مَن قَدْ آمَنَ فَلَا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasanya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang yang telah beriman (saja), kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan.

Seperti yang telah kita sebutkan, tidak ramai yang beriman dengan baginda. Ada riwayat mengatakan hanya 83 orang dan ada riwayat lain pula yang kata hanya 40 orang sahaja. Allahu a’lam. Malah, bukan semua ahli keluarganya beriman dengannya. Bayangkan seorang Rasul yang mulia pun ada ditolak oleh ahli keluarganya sendiri.

Oleh kerana baginda tahu yang tidak akan ada lagi yang akan beriman, maka tidaklah salah kalau Nabi Nuh berdo’a begitu. Tambahan pula baginda telah lama berdakwah kepada mereka. Lebih-lebih lagi mereka telah mencederakan baginda dan mengugut untuk bunuh baginda. Janganlah pula kita kalau baru ditolak terus hendak mendoakan kemusnahan mereka yang tidak mahu menerima dakwah kita. Kalau kita dah dakwah sebanyak Nabi Nuh berdakwah, barulah layak kalau kita hendak berdoa memusnahkan musuh kita. Kerana kita tidak tahu apakah kesudahan orang-orang yang kita dakwah itu. Walaupun sekarang mereka menolak kita, belum tentu lagi mereka akan sesat selamanya. Dalam kes Nabi Nuh ini, Allah sendiri yang beritahu kepada baginda yang tidak ada lagi yang akan beriman.

——————————

Ayat 11:

54:11
Transliteration

Fafatahna abwaba assama-ibima-in munhamir

Sahih International

Then We opened the gates of the heaven with rain pouring down

Malay

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit

Allah memberi perumpamaan bagaimana pintu langit itu boleh buka untuk menurunkan sesuatu. Tidaklah kalau kita pergi ke langit kita boleh nampak pintu langit itu pula.

 

بِمَاءٍ مُّنْهَمِرٍ

dengan (menurunkan) air yang tercurah.

Apabila pintu langit dibuka, maka mencurah-curahlah air turun dari langit. مُّنْهَمِرٍ dari katadasar همر yang bermaksud sesuatu yang jatuh dan mengalir dengan banyak macam air terjun. Tidak berhenti-henti. Turun dengan kuantiti air yang banyak, dengan melunjur deras seperti air terjun. Maka bayangkan air sebegitu turun dari langit semasa zaman Nabi Nuh ini.

Bayangan air yang mencurah-curah turun

 

——————————

Ayat 12: Air bukan sahaja turun dari langit, tapi naik dari bawah juga.

54:12
Transliteration

Wafajjarna al-arda AAuyoonanfaltaqa almao AAala amrin qad qudir

Sahih International

And caused the earth to burst with springs, and the waters met for a matter already predestined.

Malay

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

وَفَجَّرْنَا الْأَرْضَ عُيُونًا

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air,

Air dari tanah juga keluar dengan banyak. Bukan satu mata-air tapi banyak mata-air.

 

فَالْتَقَى الْمَاءُ

maka bertemulah air-air itu

Air dari langit dan dari bumi bertemu. Bertambah-tambah banyak air yang melimpahi bumi.

 

عَلَىٰ أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ

untuk suatu urusan yang sungguh telah ditetapkan.

Tujuan air dari langit dan bumi itu adalah kerana satu tujuan: memusnahkan kaum Nabi Nuh.

Ayat ini menunjukkan kekuasaan Allah. Kalau kita tidak taat, Allah boleh musnahkan kita semuanya sekali. Allah boleh lagi keluarkan air dari langit dan dari bumi.

——————————

Ayat 13:

54:13
Transliteration

Wahamalnahu AAala thatialwahin wadusur

Sahih International

And We carried him on a [construction of] planks and nails,

Malay

Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;

وَحَمَلْنَاهُ عَلَىٰ ذَاتِ أَلْوَاحٍ وَدُسُرٍ

Dan Kami angkut Nuh ke atas yang terbuat dari papan dan paku,

Yang dimaksudkan adalah satu bahtera. Allah selamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya atas satu bahtera. Semasa baginda membina bahtera itu, kaumnya mentertawakan baginda. Tapi dengan bahtera itulah yang menyelamatkan baginda.

——————————

Ayat 14:

54:14
Transliteration

Tajree bi-aAAyunina jazaanliman kana kufir

Sahih International

Sailing under Our observation as reward for he who had been denied.

Malay

Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!

تَجْرِي بِأَعْيُنِنَا

Yang berlayar dengan pemerhatian Kami

Apabil Allah ‘memerhati’, itu bermaksud Allah memelihara mereka semuanya. Kapal itu diselamatkan dari karam, dari hilang, dari rosak, dari sesat dan sebagainya. Tiada lain yang selamat melainkan kapal itu.

Di dalam surah yang lain telah disebut bagaimana Allah telah mengajar Nabi Nuh bagaimana cara untuk membuat kapal itu kerana baginda tidak pernah belajar bagaimana membuat kapal. Di dalam surah ini pula diberi isyarat bagaimana Allah bantu Nabi Musa untuk mengawal kapal itu. Kerana Nabi Nuh tidak ada pengalaman dalam mengemudi kapal laut. Tambahan pula kejadian banjir ini bukanlah seperti keadaan laut yang biasa. Ketika itu, laut berombak dengan kadar yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah dunia. Kalau bukan Allah yang mengemudi kapal itu, tentulah Nabi Nuh dan mereka yang bersam nya di dalam kapal itu akan tenggelam dan mati kelemasan.

 

جَزَاءً لِّمَن كَانَ كُفِرَ

sebagai balasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh).

Nabi Nuh yang telah diengkari. Baginda juga tidak dihargai. Selama 950 tahun baginda berdakwah kepada mereka. Tapi lihatlah bagaimana Allah memberi balasan dengan menyelamatkan baginda. Walaupun manusia tidak menghargai baginda, tapi Allah hargai baginda.

——————————

Ayat 15: Apakah tujuan kisah Nabi Nuh itu?

54:15
Transliteration

Walaqad taraknaha ayatanfahal min muddakir

Sahih International

And We left it as a sign, so is there any who will remember?

Malay

Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?

وَلَقَد تَّرَكْنَاهَا آيَةً

Dan sesungguhnya telah Kami tinggalkan kapal itu sebagai tanda,

Allah selamatkan kapal itu tanpa rosak. Supaya umat kemudian dapat melihatnya dan boleh beriman dengan kisah ini. Allah menceritakan kisah ini berkali-kali dalam Quran supaya terus menjadi ingatan kepada manusia.

Ayat ini memberi isyarat kepada kita bahawa kapal itu akan ditemui. Sekarang pun sudah ada orang yang mendakwa kapal itu telah dijumpai di Turki. Kapal itu akan ditunjukkan kepada manusia untuk membuktikan bahawa memang kejadian banjir besar ini pernah berlaku dan apa yang dikatakan dalam Quran adalah benar. Ianya menjadi peringatan kepada manusia.

Ada yang kata Bahtera Nabi Nuh itu telah dijumpai. Allahu a’lam.

 

 

فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

مُّدَّكِرٍ sebenarnya adalah dari perkataan مُذدٓكِر yang berasal dari katadasar ذكر yang bermaksud ‘ingat’. مُّدَّكِرٍ adalah mereka yang mengambil peringatan dan pelajaran dari apa yang diberitahu kepada mereka. Hendaklah kita menjadi orang yang sebegitu. Setelah kita diberitahu dengan ajaran tauhid dan ajaran agama, maka ubahlah cara hidup kita ke arah kebaikan.

Lihatlah bagaimana kata Allah kepada kita dalam ayat ini. Allah seperti merayu dan mengajak kita untuk mengambil pelajaran dari kisah ini. Iaitu jangan kita jadi sesat seperti kaum Nabi Nuh itu yang menggunakan lima orang wali yang telah mati sebagai perantaraan.

Allahu a’lam.

Link kepada ayat yang seterusnya

======================

Rujukan:

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 054: Qamar. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s