Tafsir Surah al-An’am Ayat 147-149

Ayat 147:

6:147
Sahih International

So if they deny you, [O Muhammad], say, “Your Lord is the possessor of vast mercy; but His punishment cannot be repelled from the people who are criminals.”

Malay

Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: “Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah, dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa”.

فَإِن كَذَّبُوكَ

Maka jika mereka mendustakan kamu,

Musyrikin Mekah masih mendustakan Nabi setelah diberi dalil dan hujah-hujah yang bernas, mereka masih lagi berdegil. Maka, ayat ini adalah sebagai satu penenang kepada Nabi Muhammad yang terpaksa menghadapi mereka yang masih berdegil itu. Tentunya Nabi Muhammad rasa resah dan gelisah dengan kedegilan kaumnya itu. Allah memberitahu Nabi bahawa Allah tahu apa yang Nabi sedang hadapi itu.

Memang ada sahaja kaum yang degil. Macam masyarakat kita juga, walaupun telah diberi dengan berbagai dalil yang sahih dari Quran dan hadis, mereka masih lagi mahu menolak hujah yang sahih. Mereka masih lagi mahu mengikut kata guru dan ustaz mereka. Mereka masih lagi mahu mengamalkan amalan yang syirik dan bidaah.

Cuma kalau di negara ini, mereka selalunya tidak tolak terang-terangan. Mereka selalunya akan berkata: “Betul dah apa yang kamu cakap ni… Tapi….” Sebenarnya, perkataan ‘tapi’ itu adalah kata penolakan. Maknanya mereka tolak dengan hati mereka cuma mereka tak berani nak cakap terus. Mereka menggunakan bahasa yang lembut. Tapi ketahuilah, bahawa itu adalah penolakan sebenarnya. Dan apa yang mereka tolak itu adalah ayat-ayat Allah dan hadis Nabi.

 

فَقُل رَّبُّكُمْ ذُو رَحْمَةٍ وَاسِعَةٍ

katakanlah: “Tuhanmu mempunyai rahmat yang luas;

Katakan kepada mereka yang masih lagi mahu menolak itu: kenapa kamu masih nak engkar dengan Allah, padahal rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu.

Antara rahmat Allah adalah melambat-lambatkan azab kepada kita semasa di dunia ini. Allah tak terus beri azab kepada kita. Allah beri peluang kepada kita untuk bertaubat. Hanya selepas mati sahaja Allah akan beri hukuman dan azab.

Bayangkan berapa besarnya rahmatNya kepada kita. Kalau kita, anak kita buat salah kita dah marah. Tapi Allah walaupun yang mencipta kita, memberikan segalanya kepada kita, tapi apabila kita engkar kepadaNya, Allah masih beri peluang lagi kepada kita.

Setelah Allah memberikan rahmat yang banyak tidak terhingga itu, kenapa lagi masih nak menolak wahyuNya? Ini seperti seorang ayah yang mengingatkan anaknya dengan segala budi yang telah ditabur kepada anaknya. Kalau sudah banyak ayah itu berbudi, kenapa tak mahu dengar cakap lagi?

Juga Allah mengingatkan yang Allah ada banyak lagi rahmah yang boleh dilimpahkan kepada mereka yang mahu beriman. Rahmah itu boleh diberi di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

 

وَلَا يُرَدُّ بَأْسُهُ

dan tidak dapat ditolak siksa-Nya

Tadi Allah memberi peringatan tentang rahmat yang Allah telah berikan. Sebagai satu motivasi untuk mengikut cakap. Tapi, selain dari memberi motivasi, Allah juga memberi peringatan dengan seksa yang menakutkan. Kalau engkar, seksa Allah tidak dapat ditolak. Ini diberikan kerana ada manusia yang lebih takut dengan ancaman daripada motivasi dengan perkara yang mereka akan dapat.

Seksa yang Allah akan kenakan tidak akan dapat ditolak. Apabila seorang manusia telah mati dan dia diseksa di dalam kubur, dan kemudian di dalam neraka, dia tidak akan dapat menyelamatkan dirinya. Maknanya, dia akan diseksa dari sejak dia mati lagi dan tidak akan berhenti-henti.

Begitu juga, bala dari Allah tidak dapat ditolak kalau Allah turunkan. Tapi yang peliknya, ada guru dan ustaz di negara ini yang kata, boleh ‘tolak bala’. Siap buat amalan ‘tolak bala’ pula tu. Antaranya, mereka berakidah yang dengan memandikan kereta dan motor dengan air bacaan tertentu dan doa tertentu, bala dapat ditolak. Ataupun apabila mereka beli kereta, mereka akan beri dulu ustaz mereka pakai supaya kereta itu selamat dari bahaya. Begitulah kelirunya faham keagamaan di negara ini. Ini kerana tidak belajar apakah sunnah. Dan tidak belajar tafsir Quran. Yang menyedihkan, ajaran ini disampaikan oleh ‘ustaz-ustaz’ yang terkenal dan kadang-kadang sampai keluar di kaca tv. Maka, masyarakat yang jahil akan terima ajaran yang salah dan mereka akan sangka yang ianya adalah ajaran yang benar kerana ianya datang dari ustaz yang dapat sambutan orang ramai.

 

عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

dari kaum yang berdosa”.

Kalau orang yang berdosa itu telah melakukan syirik, dia akan mendapat azab dan azab itu tidak akan diangkat walaupun anaknya yang soleh mendoakan untuknya. Walaupun anaknya itu seorang wali sekalipun. Kerana syarat untuk terima hasil doa orang lain walaupun dari anak sendiri, seseorang itu mestilah tidak mati di dalam syirik. Kalau dia mati dalam syirik dan tidak sempat bertaubat, maka dia akan terus berada dalam neraka dan tidak keluar sampai bila-bila, kerana Allah telah kata bahawa Allah boleh untuk mengampunkan dosa yang banyak sekalipun, melainkan dosa syirik.

Jadi, ini adalah amaran Allah kepada mereka yang masih menolak kata-kata Nabi dan juga pendakwah tauhid.


 

Ayat 148:

6:148
Sahih International

Those who associated with Allah will say, “If Allah had willed, we would not have associated [anything] and neither would our fathers, nor would we have prohibited anything.” Likewise did those before deny until they tasted Our punishment. Say, “Do you have any knowledge that you can produce for us? You follow not except assumption, and you are not but falsifying.”

Malay

Orang-orang musyrik akan mengatakan: “Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun”. Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta”.

سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا

Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan:

Allah kata ‘mereka akan mengatakan’, bermakna mereka tak cakap lagi, tapi Allah dah siap-siap beritahu apa yang mereka akan katakan. Kerana Allah dah tahu apa yang dalam hati mereka.

Lihatlah apa orang-orang yang berfikiran syirik itu cakap. Tidak kira samada musyrikin Mekah atau musyrikin Malaysia, sama sahaja apa yang mereka kata.

 

لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا

“Jika Allah menghendaki, niscaya kami tidak mempersekutukan-Nya

Mereka kata, kalau Allah tak suka dengan apa yang mereka lakukan, tidaklah Allah benarkan mereka buat apa yang mereka buat. Maknanya, mereka nak kata apa yang mereka buat itu tidaklah salah. Mereka kata, kalau Allah macam buat tak tahu sahaja dengan apa yang mereka lakukan, tentulah benar apa yang mereka buat. Sebagai contoh, mereka ber ya hanana satu stadium, tidak jadi apa-apa pun, tidaklah runtuh stadium itu, bermakna tentulah Allah suka, mereka kata.

Kesesatan mereka itu ditambah lagi dengan sebab amalan mereka itu ‘menjadi’. Kadang-kadang apa yang mereka hendak itu mereka boleh dapat. Sebagai contoh, ada yang mengamalkan ‘Ilmu Penunduk’. Dengan amalan mereka itu, mereka boleh melembutkan hati orang lain. Mereka boleh bagi orang lain dengar cakap mereka, kasihan dengan mereka. Maka, mereka pun rasa yang amalan mereka itu mujarab. Mereka beranggapan, kalau ianya salah, takkan ianya ‘menjadi’.

Atau, kepada mereka yang mengamalkan ‘Perubatan Islam’, mereka telah ‘berjaya’ mengeluarkan jin-jin dari pesakit mereka. Mereka kadang-kadang boleh ‘Islamkan’ jin-jin itu pula. Kalau mereka baca ayat-ayat tertentu dari amalan mereka, jin-jin itu mengerang kesakitan, minta tolong, dan sebagainya. Pesakit yang mulanya datang dalam keadaan lemah tidak bermaya, sudah boleh bercakap, sudah nampak lega. Mereka pun rasa hebat dan sangka betullah amalan mereka. Padahal, mereka tidak tahu samada jin-jin itu berlakon sahaja atau tidak, kerana memang jin itu makhluk yang ghaib, dan kerana itu kita tidak tahu apakah yang mereka lakukan dan apakah mereka menipu kita atau tidak.

 

وَلَا آبَاؤُنَا

dan tidak juga bapa-bapa kami

Mereka nak kata yang amalan yang dibuat oleh tok nenek  mereka, yang sampai sekarang masih ada lagi, tentulah sebagai satu tanda yang amalan itu benar. Kalau dah salah, tentu Allah telah beri isyarat kepada mereka untuk meninggalkannya. Tapi kalau sampai sekarang masih ada lagi, tentunya ia adalah amalan yang benar. Dan sekarang ramai yang amalkan juga, dan Allah biarkan sahaja, tentu Allah redha; itulah hujah-hujah akal mereka yang bukan berasaskan dalil tapi dari akal yang tidak beriman sahaja.

 

وَلَا حَرَّمْنَا مِن شَيْءٍ

dan tidak (pula) kami mengharamkan barang sesuatu apapun”.

Mereka nak kata, apa yang buat itu adalah kemahuan Allah. Kalau Allah tak suka, tentu Allah halang mereka dari mengharamkan binatang dan makanan-makanan itu kepada diri mereka. Itulah alasan mereka.

Allah memang berkuasa untuk menahan manusia daripada melakukan dosa dan kesalahan. Jangan pula ada yang beranggapan yang Allah tidak boleh menghalang manusia dari melakukan dosa. Allah boleh tahan manusia atau makhlukNya yang lain. Tetapi Allah tidak mahu buat begitu. Allah beri peluang kepada manusia untuk melakukan apa yang mereka mahu. Tetapi tidaklah Allah redha dengan perbuatan mereka itu. Allah telah siap-siap memberitahu kepada manusia apakah yang Dia suka dan apakah yang Dia benci. Maka manusialah yang perlu untuk mengetahui apakah suruhan dan larangan Allah itu. Itulah sebab kita kena belajar Quran dan Hadis untuk mengetahuinya.

 

كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

Demikian pulalah orang-orang sebelum mereka telah mendustakan

Ramai dah cakap begini dari dahulu lagi, dari sebelum Musyrikin Mekah lagi. Orang Islam sekarang pun ramai yang beranggapan begitu. Ramai dah orang kita tiru alasan musyrikin. Cara mereka serupa sahaja. Kerana syaitan yang mengajar itu adalah syaitan yang sama sahaja.

 

حَتَّىٰ ذَاقُوا بَأْسَنَا

sampai mereka merasakan siksaan Kami.

Bila Allah dah azab, baru mereka akan menyesal. Dan kalau Allah seksa mereka, ini menunjukkan Allah tak suka. Mereka kata tentu Allah suka kalau Allah tak buat apa-apa. Tapi, sekarang Allah kata yang Allah akan seksa mereka. Ini menunjukkan bahawa Allah tak redha dengan apa yang mereka lakukan itu. Tidaklah bermakna Allah tidak berbuat apa-apa, bermakna Allah redha dan suka dengan apa yang mereka lakukan itu.

 

قُلْ هَلْ عِندَكُم مِّنْ عِلْمٍ

Katakanlah: “Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan

Nabi disuruh minta bukti dari mereka. Iaitu kalau mereka ada dalil. Dan dalil itu mestilah dari wahyu Allah. Samada dari Quran atau hadis. Beginilah yang kita perlu lakukan kepada ustaz-ustaz dan guru-guru kita. Kalau mereka mengatakan sesuatu dari hal agama, hendaklah mereka beri dalil. Dan tidak salah kalau kita meminta dalil dari mereka. Allah pun suruh Nabi minta dalil musyrikin Mekah. Kerana memang agama ini memerlukan dalil. Kalau tidak didasari dengan dalil, maka manusia boleh kata apa-apa sahaja. Tidaklah boleh begitu, kerana kalau kita biarkan, maka agama ini akan rosak jadinya.

 

فَتُخْرِجُوهُ لَنَا

sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada Kami?”

Kalau ada, keluarkan bukti dan dalil itu. Tak payahlah simpan-simpan. Apabila Allah berkata begini, jawapnya memang tidak ada dalil. Apa yang mereka lakukan itu bukan berdasarkan kepada dalil yang sah. Tapi dari anggapan mereka sahaja, dari hawa nafsu mereka sahaja.

Maka, begitulah juga golongan yang mengeluarkan perkara baru dalam agama. Mereka memang tidak ada dalil. Apabila kita minta dalil dari mereka, mereka akan mengeluarkan hujah-hujah yang batil sahaja. Antaranya hujah dari akal mereka, dari kata-kata manusia, dari kitab itu dan ini hasil dari karangan manusia dan sebagainya. Tapi mereka tidak boleh mengeluarkan hujah dari Quran dan hadis.

 

إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ

Kamu tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka,

Allah beritahu kepada kita bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah berdasarkan persangkaan mereka sahaja. Samalah juga dengan golongan agama di negara ini yang mengamalkan bidaah. Perkara bidaah dan syirik yang mereka lakukan itu adalah berdasarkan persangkaan mereka sahaja.

Persangkaan bukanlah dalil. Kerana persangkaan itu datang dari akal kita yang lemah sahaja. Perkara agama bukan boleh didasari oleh akal.

 

وَإِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ

dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.

Apabila masih lagi memberi hujah dari persangkaan, maka mereka dikatakan ‘berdusta’. Tambahan lagi kalau mereka dengan selamba mengatakan yang perkara bidaah dan syirik yang mereka lakukan itu adalah disukai oleh Allah. Itu adalah satu dusta yang amat besar.


 

Ayat 149:

6:149
Sahih International

Say, “With Allah is the far-reaching argument. If He had willed, He would have guided you all.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad: “Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya”.

قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ

Katakanlah: “Allah sahaja yang mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat;

Hujah adalah pernyataan yang jitu dan tidak boleh dikalahkan.
الْبَالِغَةُ pula bermaksud sesuatu yang telah cukup matang atau telah masak. Dalam ayat ini, ia bermaksud hujah yang sampai kepada hati manusia. Hujah itu tidak dapat dikalahkan lagi.

Oleh itu, ayat ini bermaksud yang hujah dari Allah adalah hujah yang tepat dan jitu dan akan mengalahkan hujah-hujah batil yang diberikan oleh puak Musyrikin dan juga mereka yang tidak mengendahkan agama.

Hujah yang kuat adalah dalam Quran dan hadis. Semua hujah sudah ada di dalamnya untuk mempertahankan agama ini. Maka ini juga mengajar kita untuk berdakwah kepada manusia dengan menggunakan Quran. Apabila Quran tidak digunakan dalam berhujah, maka manusia mula menggunakan benda yang lain sebagai hujah. Kerana itu, ramai antara kita yang menggunakan akal sahaja untuk berhujah kerana tidak mahir dan tidak faham dengan Quran. Ini adalah salah. Sumber rujukan utama kita sepatutnya ayat-ayat Quran.

Sahabat gunakan Quran sebagai khutbah untuk mereka. Khutbah ialah sesuatu yang memberi nasihat kepada kita. Dalam zaman sekarang, kita biasa dengan khutbah pada hari Jumaat sahaja. Tapi itu hanya sekali seminggu sahaja. Itupun tidak banyak yang disebutkan sampaikan menjadikan jemaah Jumaat kebosanan dengan topik-topik yang disampaikan. Selalunya topik di negara ini adalah tentang mesej-mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan yang tidak menyentuh pun permasalahan masyarakat semasa. Sudahlah disampaikan dengan nada yang membosankan dari khatib yang tidak diberi latihan bagaimana bercakap. Oleh itu, medan utama yang Allah telah sediakan untuk memberi mesej agama telah tidak digunakan sepenuhnya.

Tapi, kepada para sahabat, mereka faham Quran yang mereka baca. Oleh itu, setiap kali Quran dibaca dalam solat mereka, itulah khutbah kepada diri mereka. Iaitu, mereka dididik sendiri oleh Quran. Malangnya, masyarakat kita amat jauh dari Quran, mereka pun tidak faham apa yang mereka baca. Jadi, tidak ada kesan apa-apa dengan ayat-ayat Quran yang mereka baca.

Ayat Quran sepatutnya dijadikan hujah dalam perbincangan agama kita. Ianya adalah kalam Allah. Apabila ia kalam Allah, maka kata-kata di dalamnya menusuk terus ke dalam hati manusia. Kita pun tidak tahu bagaimana Quran itu dapat mengetuk hati manusia. Ada kalangan manusia yang hanya dengan satu ayat sahaja, terus mengubah personaliti mereka dari tidak endahkan agama, kepada berminat kepada agama. Itulah mukjizat Quran. Oleh itu, hendaklah kita berhujah dengan ayat Quran, kerana kita tidak tahu ayat manakah nanti yang membuka hati mereka kepada Islam.

 

فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ

maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya”.

Allah berkuasa untuk memaksa semua makhlukNya menjadi beriman tetapi bukan begitu cara Allah. Allah memberi peluang kepada kita untuk melakukan apa yang kita mahu. Allah beri peluang kepada kita untuk memilih manakah jalan yang kita mahu ikuti. Sama ada jalan yang benar atau pun jalan yang salah.

Sesiapa yang ingin jalan yang benar, maka Allah akan beri petunjuk kepada mereka. Maka, seperti yang kita tahu, sekarang ini ramai yang sedang keliru. Banyak sangat jenis pandangan agama sekarang. Ada jalan itu dan ini. Ustaz A kata begini, Ustaz B pula kata begitu. Seperti ada pertentangan antara ulama-ulama. Sampaikan masyarakat umum keliru mana satukah yang benar. Lalu apakah nasihat kita kepada mereka yang mengalami masalah ini? Hendaklah kita ajar mereka untuk bermohon kepada Allah untuk menunjukkan jalan mana yang benar kepada kita. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Iaitu hati yang mahukan kebenaran. Kita minta Allah tunjuk manakah yang benar. Kerana hanya Allah sahaja yang boleh membuka hati kita kepada kebenaran dan kepada hidayah. In Sha Allah.

Allahu a’lam

Lompat ke ayat yang seterusnya


 

Ref: UR, NAK, TZ

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 006: al-An'am. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tafsir Surah al-An’am Ayat 147-149

  1. fizry says:

    Assalamualaikum

    Saya promote kawan2 saya datang belajar tafsir..tapi ada kalangan mereka yg reply mcm ni

    minta penjelasan..ttg kesahihan hadith2 di bawah ni

    MENJAWAB DUSTA DAN FITNAH WAHABI TERHADAP ADAT MELAYU (MALAYSIA)

    Jawaban atas tuduhan dan fitnah Adat Melayu Yang di anggap Bertentangan dengan syariat oleh Wahabi

    1. *Mendengar berita kematian:*

    Wahabi berdusta mengatakan adat melayu hanya membaca Alfatihah saja.

    *Jawab* :
    Yang di baca adalah takziah Innalillahi wa inna ilaihi dan Alfatihah

    Rasulullah ﷺ bersabda:
    “Jika salah seorang diantara kalian meninggal dunia maka jangan tahan jenazahnya,segera bawa dia ke kuburnya dan bacakanlah surat Al-Fatihah didekat kepalanya dan surat Al-Baqarah didekat kakinya di kuburnya.'(HR. Thabrani dan Baihaqi)

    2. *Tanam jenazah*

    – Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
    – Tabur bunga
    – Tabur batu

    *Jawab* :
    – Jirus air
    Dalam kitab Al-Um karya Imam Syafii dan Sunanul Kubra karya Imam Baihaqi disebutkan:

    أن النبي رش على قبر إبراهيم ابنه
    “Sesungguhnya Nabi ﷺ memercikkan air ke kubur putra beliau yang bernama Ibrahim.”

    – Tabur bunga adalah anjuran dari hadits tentang pelepah kurma diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

    – Tabur batu/tanah yang di genggam

    Dalam hadits di kitab-kitab sunan disebutkan:

    أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حضر جنازة ، فلما دفن الميت أخذ قبضة من التراب فألقاها في القبر ثم قال ( منها خلقناكم ) ثم أخذ أخرى وقال : ( وفيها نعيدكم ) . ثم أخذ أخرى وقال : ( ومنها نخرجكم تارة أخرى ) .
    Rasulullah ﷺ menghadiri jenazah. Ketika jenazah di tanam, beliau mengambil segenggam tanah, kemudian melemparkannya ke dalam kubur.

    3. *Kubur jenazah*

    Wahabi berdusta dan mengatakan:
    – Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta

    *Jawab* :
    Tidak ada satu pun kuburan yang di jadikan masjid yang ada adalah masjid yang ada kuburanya.

    Ibnu Syabbah meriwayatkan dalam Tarikh al-Madinah:

    عَنْ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَدْخُلُوْنَ حُجَرَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلُّوْنَ فِيْهَا يَوْمَ الْجُمْعَةِ بَعْدَ وَفَاةِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ الْمَسْجِدُ يَضِيْقُ بِأَهْلِهِ.

    “Imam Malik berkata: “Orang-orang memasuki kamar-kamar istri-istri Nabi ﷺ , mengerjakan shalat di dalamnya, setelah wafatnya Nabi ﷺ , dan Masjid sesak dengan orang yang menghadirinya.”

    4. *Kenduri arwah*

    Wahabi mengatakan :
    Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

    Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

    Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

    *Jawab* :

    Rasullullah ﷺ menganjurkan membaca surah Yasin untuk mayyit
    “اقرءوها على موتاكم” يعني يس

    Bacakanlah surat tersebut terhadap orang-orang yang mati di antara kalian.” Yaitu surat yasin” (HR. Abu Daud, Ahmad, Nasa’i dan Ibnu Majah )

    Hadis ini Sahih menurut Imam ibnu Hibban dan imam Al-Hakim.

    Jawaban mengenai 7 hari, 40 hari dan sedekah makanan

    ﺍﻟﺤﺎﻭﻱ ﻟﻠﻔﺘﺎﻭﻱ ﻟﻠﺴﻴﻮﻃﻲ – ‏( ﺝ 3 / ﺹ 266 )
    ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﺰﻫﺪ ﻟﻪ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻫﺎﺷﻢ ﺑﻦ ﺍﻟﻘﺎﺳﻢ ﻗﺎﻝ ﺛﻨﺎ ﺍﻻﺷﺠﻌﻲ ﻋﻦ ﺳﻔﻴﺎﻥ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﻃﺎﻭﻭﺱ ﺇﻥ ﺍﻟﻤﻮﺗﻰ ﻳﻔﺘﻨﻮﻥ ﻓﻲ ﻗﺒﻮﺭﻫﻢ ﺳﺒﻌﺎ ﻓﻜﺎﻧﻮﺍ ﻳﺴﺘﺤﺒﻮﻥ ﺃﻥ ﻳﻄﻌﻤﻮﺍ ﻋﻨﻬﻢ ﺗﻠﻚ ﺍﻷﻳﺎﻡ
    “ Thowus berkata “ Sungguh orang-orang yang telah meninggal dunia difitnah dalam kuburan mereka selama tujuh hari, maka mereka (para sahabat nabi) gemar (bersedekah) menghidangkan makanan sebagai ganti dari mereka yang telah meninggal dunia pada hari-hari tersebut “.

    Fitnah dan dusta yang nyata jika di katakan ritual seperti ini adalah cara hindu sebab di dalam ritual tahlilan ada ucapan kalimat tauhid. Sejak kapan agama hindu membaca kalimat tauhid ??

    Banyak adat melayu yang masih ada sampai saat ini adalah adat yang di himpun dari as-sunnah dengan dalil-dalil dan hadits, hanya saja Wahabi menolaknya sebab dalil-dalil dan hadits-nya dianggap tidak sahih oleh tokoh-tokoh Wahabi.

    BERSAMBUNG ..

    � Abu Muhammad Al-Maduri حفظه الله

    ��Ikuti dan Share Channel Telegram SAHABAT ASWAJA

    http://bit.ly/sahabataswaja

    AMALAN-AMALAN DI KUBUR MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

    Persoalan :

    1. Hukum Ziarah Kubur
    2. Ziarah kubur pada hari dan waktu tertentu
    3. Membaca al Quran di Kubur
    4. Mengusap di Kubur
    5. Bertawassul
    6. Meletakkan bunga dan menyiram air di kubur

    Jawapannya di sini :

    Persoalan :

    1. Hukum membaca Surah Al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia

    Jawapannya di sini :

    Persoalan :

    1. Hukum binaan di kuburan

    Jawapannya di sini :

    Gambar-gambar binaan kubur di ma’la di Mekah , baqi’ di Madinah dan hukum binaan di kubur :

    1. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/862395130492296

    2. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/686777904720687

    Persoalan :

    1. Hukum Mengambil Upah Membaca al Quran

    Jawapannya di sini :

    https://www.facebook.com/notes/kami-tidak-mahu-fahaman-wahhabi-di-malaysia/hukum-mengambil-upah-membaca-al-quran/348860045179143

    Persoalan :

    Hukum membaca talqin

    Jawapannya di sini :

    1. Jawapan Ustaz Abu Muhammad : http://bahrusshofa.blogspot.my/2008/12/talqin-raudhatuth-tholibin.html

    2. Status Hadith mengenai talqin :

    http://jomfaham.blogspot.my/2010/05/kedudukan-hadits-talqin-setelah-dikubur.html

    3. Ulamak di dalam 4 mazhab membolehkan membaca talqin

    http://jomfaham.blogspot.my/2008/12/hukum-membaca-talqin-2.html

    *Amalan umat Islam ternyata ada sandaran dari al Quran dan Hadith. Adat Wahhabi yang suka mengkafir, mensyirik dan membid’ah datang dari amalan nenek moyang yang mana ?

    • tafsirsunnah says:

      Alhamdulillah, anda sudah mula ajak kawan-kawan belajar tafsir.
      Tapi soalan yang anda kemukakan itu adalah banyak sekali. Boleh dijawap kalau anda semakin belajar di kelas. Saya jawap yang pertama sahaja – tentang baca Fatihah kalau ada kedengaran orang meninggal. Memang diberikan hadis tetapi hadis itu statusnya sangat lemah: adalah hadits yang sangat lemah, karena di dalamnya terdapat dua perawi yang lemah, yang pertama adalah Yahya bin Abdullah Al-Babalti, ia perawi yang lemah. Al Azdi berkata, “Kelemahan padanya sangat jelas”. Dan Abu Hatim berkata, “Tidak dianggap”. (Al-Mughni fi Dlu’afa, 2/739). Dan yang kedua adalah Ayyub bin Nahiik Al Halabi ia dianggap lemah oleh Abu Hatim, dan Al Azdi berkata, “Matruk”. Dan Ibnu Hibban menyebutkannya dalam Ats-Tsiqat dan berkata: “Yukhti (suka salah)”. (Lisanul Mizan,1/490).

      Jadi, sebagai penuntut ilmu, bukan sahaja kena tengok kepada hadis, tapi kena tengok status hadis juga. Allahu a’lam. Semoga anda terus belajar dan mengajak kawan-kawan lain datang belajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s