Tafsir Surah al-An’am Ayat 143-144

Ayat 143:

6:143
Sahih International

[They are] eight mates – of the sheep, two and of the goats, two. Say, “Is it the two males He has forbidden or the two females or that which the wombs of the two females contain? Inform me with knowledge, if you should be truthful.”

Malay

(Binatang ternak itu) delapan ekor – (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar”.

ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ

(yaitu) delapan binatang yang berpasangan,

Allah telah menjadikan empat jenis binatang yang berpasangan. Perkataan أَزْوَاجٍ bermaksud ‘pasangan’. Yang melengkapkan satu sama lain. Kerana pasangan kena ada dua.

 

مِّنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ

sepasang domba, dua

Bermaksud sepasang Kibas, jantan dan betina. Binatang kecil yang ada bulu.

 

وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِ

dari kambing, dua

Bermaksud sepasang kambing, jantan dan betina.

 

قُلْ آلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ

Katakanlah: “Apakah dua yang jantan yang diharamkan Allah

Adakah benar Allah telah mengharamkan pemakanan kibas yang jantan atau kambing yang jantan? Itu adalah soalan retorik dari Allah. Allah nak tanya kepada musyrikin Mekah, benarkah Allah telah mengharamkan pemakanan dua dua jenis binatang itu?

Bacaan perkataan آلذَّكَرَيْنِ itu dalam tajwid adalah pembacaan yang berlainan dari biasa. Sila dengar bacaan qari dari audio. Ianya dipanjangkan kerana menekankan soalan itu. Kerana bentuk soalan itu menunjukkan kemarahan.

Kenapa pula ada pengharaman kepada memakan yang jantan? Sedangkan sama sahaja yang jantan dan betina itu. Musyrikin Mekah sahaja yang memandai-memandai meletakkan perbezaan itu sedangkan Allah tak pernah bezakan. Dua-dua jantan atau betina boleh dimakan. Yang mengharamkan itu hanyalah ajaran dari syaitan supaya mereka jadi sesat.

 

أَمِ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah dua yang betina,

Atau adakah Allah pernah mengharamkan memakan yang betina? Kenapa pula ada pengharaman kepada memakan yang betina? Sedangkan sama sahaja yang jangan dan betina itu.

Ini adalah soalan-soalan dari Allah untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka haramkan tidak masuk akal.

 

أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah yang ada dalam kandungan dua betinanya?”

Atau adakah Allah pernah mengharamkan apa yang ada dalam perut binatang yang betina itu. Dalam ayat 139, telah diberitakan bagaimana mereka mengharamkan apa yang ada dalam perut binatang yang betina. Iaitu mereka mengharamkan kandungan binatang itu dari dimakan oleh perempuan. Inilah asal diskriminasi perempuan.

 

نَبِّئُونِي بِعِلْمٍ

Terangkanlah kepadaku dengan berdasar pengetahuan

Kalau kamu ada dalil, maka bawakan dalil. Ini mengajar kita, kena ada dalil kalau betul ada pengharaman. Tak boleh cakap begitu sahaja. Ini mengajar kita, dalam hal pengharaman atau hal agama, kena bawa dalil. Mereka tidak ada dalil.

Begitulah juga zaman sekarang, banyak dari amalan atau fahaman masyarakat Islam kita sebenarnya tanpa dalil. Kerana dari dulu lagi, masyarakat kita diajar untuk percaya kepada kata-kata orang. Iaitu kata-kata orang tua, kata-kata ustaz dan guru dan juga perbuatan orang yang banyak. Mereka tidak diajar untuk berpandukan kepada dalil yang sah. Maka, masyarakat kita terus dibodohkan dengan pegangan yang salah.

 

إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

jika kamu memang orang-orang yang benar,

Orang yang benar, tentu akan dapat mendatangkan dalil yang sah. Kalau betul-betul ada pengharaman yang telah ditetapkan oleh Allah, bawalah ke mari dalil itu. Allah mencabar mereka untuk menceritakan fahaman mereka supaya akhirnya akan terbongkar bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak ada dasar sama sekali. Melainkan rekaan-rekaan daripada mereka yang telah dipesongkan oleh syaitan.

Begitu jugalah dengan ahli bidaah di negara ini. Kalau kita minta dalil, mereka tidak boleh beri. Mereka akan beri hujah batil mereka sahaja. Secara dasarnya, ada lima hujah batil mereka, yang mengeja perkataan KUMAN, untuk senang diingat. Kita ringkaskan apakah hujah mereka.

1. Kitab – Mereka kata ada dalam kitab itu dan ini. Padahal kitab-kitab karangan manusia kenalah berdasarkan kepada ayat Quran dan hadis. Tapi kitab yang mereka bawa hanyalah pendapat manusia sahaja yang tidak lari dari melakukan kesalahan.

2. Ulama, Ustaz – Mereka kata ustaz itu kata boleh, ustaz ini kata benda ini molek dibuat. Ini juga hujah yang bathil kerana kata-kata manusia bukan hujah.

3. Majoriti – Mereka kata kalau ramai yang buat, takkan ramai-ramai salah. Dalam ayat 116 dari surah al-An’am ini sendiri kita sudah belajar yang kalau kita ikut orang ramai, kita akan sesat.

4. Adat – Mereka kata tok nenek kita dah lama buat, takkan tok nenek kita masuk neraka semuanya. Ini juga hujah yang lemah. Kita bukan nak ikut amalan orang dahulu, kita nak ikut Nabi dan para sahabat.

Akal – Satu lagi dalil yang digunakan oleh ahlul bida’ah adalah ‘akal’. Mereka menggunakan hujah akal mereka untuk membenarkan sesuatu perkara.

5. Niat – Ahli bidaah akan kata, tentu Allah akan beri pahala kalau mereka niat ikhlas dalam melakukan ibadat itu. Ini juga adalah hujah yang amat bathil. Banyak dalam Quran menyatakan amalan hendaklah ikhlas dan soleh. Makna ‘soleh’ adalah, ibadat itu dari ajaran Nabi. Niat yang baik sahaja, tidak menentukan yang ianya benar.


 

Ayat 144:

6:144
Sahih International

And of the camels, two and of the cattle, two. Say, “Is it the two males He has forbidden or the two females or that which the wombs of the two females contain? Or were you witnesses when Allah charged you with this? Then who is more unjust than one who invents a lie about Allah to mislead the people by [something] other than knowledge? Indeed, Allah does not guide the wrongdoing people.”

Malay

Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad): “Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini?” Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

وَمِنَ الْإِبِلِ اثْنَيْنِ

dan unta, sepasang

Sepasang unta, jantan dan betina.

 

وَمِنَ الْبَقَرِ اثْنَيْنِ

dan dari lembu, sepasang

Jantan dan betina.

 

قُلْ آلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ

Katakanlah: “Apakah dua yang jantan yang diharamkan

Soalan yang sama Allah ulang lagi dalam ayat ini – Adakah benar Allah mengharamkan yang jantan dari dimakan?

 

أَمِ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah dua yang betina,

Ataukah ada pernah Allah mengharamkan unta atau lembu betina dari dimakan?

 

أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنثَيَيْنِ

ataukah yang ada dalam kandungan dua betinanya?

 

أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ وَصَّاكُمُ اللَّهُ بِهَٰذَا

Apakah kamu menyaksikan di waktu Allah menetapkan ini bagimu?

Perkataan وَصَّاكُمُ dari katadasar وصي yang bermaksud ‘arahan yang penting’. Seperti juga kita gunakan perkataan ‘wasiat’ sebagai satu arahan apa yang mesti dilakukan kepada peninggalan kita yang penting.

Mereka ditanya lagi: kalau kamu tidak boleh membawakan dalil kenapa kamu mengharamkan makanan-makanan itu, maka mungkin boleh jadi Allah sendiri yang beritahu kepada kamu? Adakah kamu ada sekali dalam majlis itu, semasa Allah sendiri beri hukum  yang makanan-makanan itu tidak boleh dimakan atau dikhususkan kepada lelaki atau kepada perempuan sahaja?

Begitulah pertanyaan-pertanyaan Allah dalam bentuk sinis yang diberikan kepada mereka untuk memutuskan hujah-hujah mereka. Hujah mereka sepatutnya terputus kerana memang mereka tidak boleh bawa dalil. Ini semua untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka buat itu tidak ada dalil langsung.

Walaupun apa yang mereka buat itu tidak ada dalil, tetapi kenapakah mereka masih lagi melakukannya? Pemuka-pemuka agama masyarakat mereka meneruskan tradisi itu kerana dengannya mereka boleh mengawal masyarakat bawahan. Apabila mereka membuat undang-undang atau hukum dan masyarakat mengikutinya, itu bermaksud bahawa masyarakat di bawah mereka akan menurut sahaja apa kata mereka. Itu juga bermaksud mereka berada di tempat yang tinggi di dalam masyarakat dan mereka akan mendapat habuan dari kedudukan mereka itu.

 

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah

Tidak ada lagi orang yang lebih zalim daripada orang yang mengada-ngadakan dusta bagi pihak Allah. Mereka adalah penjenayah yang paling besar. Mereka akan mendapat dosa dari perbuatannya itu. Dan dia akan mendapat dosa orang lain yang mengikut amalan bidaahnya itu.

Begitulah juga amalan bidaah yang dilakukan manusia. Bagaimanakah yang dikatakan mereka berdusta? Mereka dusta dengan kata yang amalan bidaah itu Allah suka, padahal Allah tidak pernah kata begitu dan Nabi pun tak pernah sampaikan kata-kata Allah sebegitu. Mereka sendiri yang kata Allah suka, bermakna mereka berdusta atas nama Allah! Sedangkan berdusta atas nama manusia lain pun orang dah marah, apatah pula kalau berdusta atas nama Allah!

Malangnya, mereka tak perasan yang mereka dah buat begitu. Kerana dah biasa sangat buat, sampai mereka tidak kisah, macam biasa sahaja cipta hukum sendiri.

 

لِّيُضِلَّ النَّاسَ بِغَيْرِ عِلْمٍ

untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan”

Mereka yang tidak mempunyai pengetahuan lah yang senang diperdayakan. Mereka hanya mengikut sahaja apa yang orang lain cakap tanpa usul periksa. Mereka menerima sesuatu amalan itu dengan tanggapan sahaja. Apabila kita tegur perbuatan mereka, hujah mereka antaranya: “Takkan ustaz itu salah; ramai orang buat, takkan salah; dan sebagainya.”

Ini kerana masyarakat kita malangnya tidak mahu belajar. Mereka ingat mereka dah tahu tentang agama sebab mereka ada kelas agama masa sekolah rendah dulu. Ilmu itulah yang mereka pakai sampai mereka mati. Padahal, kalau belajar ilmu lain, mereka luangkan masa sampai masuk universiti, dapat ijazah, dapat PHD. Tapi dalam hal agama, mereka tak ingin nak belajar. Hasilnya, mereka tahu tentang hal dunia, tapi jahil tentang agama.

Ayat ini mengingatkan kepada kita betapa penting untuk kita belajar. Kita kena jaga agama kita. Kita kena tahu apakah akidah yang benar. Kita kena tahu bagaimana nak beribadah. Kita pun akan ada keluarga yang perlu kita ajar kerana mengajar anak isteri adalah tanggungjawab bapa dan suami.

Kalau kita tidak tahu tentang sesuatu amalan, ada sebaiknya kita jangan amalkan lagi. Lebih baik tidak buat sesuatu amalan, daripada kita buat, tapi rupanya bukan dari agama Islam. Kena tanya dan kaji, dari manakah amalan itu datang. Dari pendapat manusia kah atau benar-benar dari arahan Allah?

Ada masanya amalan yang selama ini kita buat adalah salah. Maka kita terima kesalahan kita itu dan tinggalkan amalan itu. Janganlah kerana amalan itu sudah lama kita amalkan, atau tok nenek kita ada amalkan, kita nak pertahankan juga. Tidak ada faedahnya untuk kita pertahankan perkara yang tidak ada dalil.

 

إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Yang zalim adalah mereka yang menipu atas nama Allah. Allah tidak akan memberi hidayah kepada mereka. Amat malang sekali. Tidak mendapat hidayah bermaksud mereka akan terus berada di dalam kesesatan.

Kita amat memerlukan hidayah dari Allah. Tapi kalau Allah sudah tidak mahu beri hidayah, bagaimana lagi?

Allah tidak terus menghalang hidayah dari sampai kepada makhlukNya. Allah cuma akan tahan hidayah itu apabila mereka berterusan menolak kebenaran.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya


 

Ref: UR, NAK, TZ

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 006: al-An'am. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s