Tafsir Surah al-An’am Ayat 60 – 68

Ayat 60:

6:60
Sahih International

And it is He who takes your souls by night and knows what you have committed by day. Then He revives you therein that a specified term may be fulfilled. Then to Him will be your return; then He will inform you about what you used to do.

Malay

Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ

Dan Dialah yang mengambil roh kamu di malam hari

Perkataan يَتَوَفَّاكُم dari katadasar و ف ي yang bermaksud ‘mengambil sesuatu dengan lengkap’. Ambil habis sampai tak tinggal lagi dah. Selalunya digunakan untuk bermaksud ‘mematikan’ kerana keseluruhan Ruh akan di ambil oleh Allah apabila telah habis ajal seseorang.

Digunakan dalam ayat ini untuk bermaksud ‘tidur’ kerana waktu kita tidur, roh kita akan dipisahkan dari badan. Tapi manusia ada dua jenis ruh. Satu dinamakan ‘roh hayat’ dan satu lagi ‘roh kesedaran’. Apabila kita tidur, hanya roh kesedaran kita sahaja yang diambil. Tetapi kita tidak mati lagi kerana ruh hayat masih ada lagi. Oleh kerana bukan semua roh diambil, maka perkataan يَتَوَفَّاكُم digunakan. Iaitu ianya dalam bentuk isim fa’il. Allah menyebut bahawa Allah menidurkan kita seperti juga difirmankan dalam ayat Zumar:42.

اللَّيْلِ ‘Malam hari’ disebut dalam ayat ini kerana kebiasaannya manusia akan tidur waktu malam. Fitrah manusia memerlukan tidur di malam hari. Kalau kita tidak tidur di malam hari, maka kita telah melawan fitrah yang Allah telah jadikan untuk manusia. Jadi, kalau malam tak tidur, maka akan ada masalah di siang hari nanti. Malangnya, ramai yang tidur lambat di malam hari sampaikan mereka tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya pada siang hari. Ada yang buang masa dengan bermain game, ada yang clubbing dan sebagainya. Lainlah kalau dia beribadat, barulah ada faedah untuknya. Tapi, kalau qiyamullail pun, sunnah mengajar kita bagaimana Nabi pun tidur sebelum baginda bangun mengerjakan solat malam.

Ayat ini memberitahu kepada kita bahawa tidur itu diberi oleh Allah. Tidur itu pun suatu nikmat juga. Kalau Allah tak berikan kita nikmat tidur walaupun di malam hari, maka kita pun tidak dapat tidur . Pusinglah macam mana pun, tapi kita tidak dapat tidur. Kita tidak dapat kawal sepenuhnya tidur kita. Kadang-kadang kita hendak sangat tidur tapi tak boleh nak tidur. Tapi, kadang-kadang kita tak mahu tidur, tapi Allah tidurkan juga kita. Sebagai contoh, kita sedang memandu tapi keadaan mengantuk sangat. Entah berapa ramai yang tertidur semasa sedang memandu itu.

Jadi, kalau kita ada masalah dengan tidur kita, maka hendaklah kita berdoa kepada Allah untuk memperbetulkannya. Kerana tidur itu dikawal oleh Allah. Kita mintalah kepada Allah untuk memberi nikmat tidur kepada kita.

Kalau kita tidak dapat tidur di malam hari, mungkin itu bermakna Allah hendak kita solat dan berdoa kepadaNya. Mungkin waktu itulah kalau kita berdoa, doa itu akan dimakbulkan. Daripada berpusing-pusing atas katil tidak boleh tidur, baik kita bangun untuk solat, baca Quran dan berdoa kepadaNya.

وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ

dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari,

Tadi Allah ceritakan tentang malam. Sekarang tentang siang pula. Apa sahaja yang kita lakukan pada siang hari, Allah mengetahui mengenainya. جَرَحْتُم dari katadasar ج ر ح yang asalnya bermaksud ‘memberi luka kepada seseorang’. Dalam ayat ini boleh bermaksud ‘perbuatan yang dilakukan oleh seseorang’. Macam-macam perbuatan yang kita lakukan sepanjang hari. Perbuatan itu boleh jadi perbuatan yang baik dan boleh jadi perbuatan yang jahat.

Jadi, Allah tahu segala-galanya yang kita lakukan sepanjang hari kita. Oleh itu hendaklah kita memikirkan apakah yang kita lakukan sepanjang hari dari pagi sampai ke malam. Adakah ia sesuatu yang buang masa sahaja atau adakah ianya sesuatu yang akan beri manfaat kepada kita di hari akhirat nanti? Tidakkah kita malu yang Allah sedang memerhatikan perbuatan kita itu kalau perbuatan kita itu menjemput dosa?

ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ

kemudian Dia membangunkan kamu padanya (siang hari)

Apabila kita telah tidur di malam hari, apabila siang, Allah akan bangunkan kita. Bangun di siang hari juga adalah satu nikmat. Kerana ada yang Allah tidak bangunkan kita. Sebab itu kita diajar untuk mengucapkan syukur apabila kita bangun dari tidur.

الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Waktu siang memang waktu untuk berjaga. Sebab itu adalah amat susah untuk kita tidur pada siang hari. Sudahlah cahaya terang, bunyi pula bising. Memang keadaan yang tidak sesuai kalau hendak tidur. Kecuali kalau kita penat sangat atau kita tidak sihat.

لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُّسَمًّى

untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan,

Masa kita daripada kita mula lahir sampai kita mati telah ditetapkan oleh Allah. Itulahyang dinamakan ajal. Ajal itu bermaksud masa yang telah ditetapkan dari saat kita lahir sampailah kita menghembuskan nafas kita yang terakhir. Kita akan memenuhkan masa itu. Selagi belum sempurna masa itu, Allah akan beri kita bangun dari tidur lagi.

لِيُقْضَىٰ bermaksud ‘untuk disempurnakan’. Bermakna kehidupan kita di dunia ini bukan untuk disia-siakan. Ada tujuan kita hidup ini dan ianya hendaklah disempurnakan. Satu persoalan: memang kita tahu tujuan dan tugas kita di dunia ini. Iaitu untuk menjadi hamba Allah dan beribadat kepadaNya. Tapi BAGAIMANA kita memenuhi tanggungjawab itu? Sepanjang kita hidup dari pagi sampai ke malam hari, adakah kita buat sesuatu untuk mencapai tujuan hidup kita itu?

ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ

kemudian kepada Allah-lah kamu kembali,

Sama ada kamu mahu atau tidak, kamu akan dimatikan dan akan dikembalikan kepada Allah. Samada kamu bersedia atau tidak. Samada kamu muda atau tua. Ajal tidak mengenal usia. Kita bila-bila masa sahaja boleh mati. Kerana kita tidak tahu bilakah saat kita akan mati. Maka, hendaklah kita bersedia setiap masa. Entah-entah sekejap lagi kita akan mati.

ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.

يُنَبِّئُكُم dari perkataan naba’ yang bermaksud ‘maklumat-maklumat yang penting’. Allah tahu segala-galanya yang kita telah lakukan dalam hidup kita. Dari kita lahir sampai kita mati. Kita sendiri lupa semua yang kita lakukan tetapi Allah tidak lupa. Kalau setakat semalam dan pagi tadi, mungkin kita masih ingat lagi, tapi apakah yang terjadi semasa kita berumur 20 tahun? Allah tahu segala apa yang kita telah lakukan dan hari akhirat nanti Allah akan memberitahu kepada kita apakah nilai perbuatan perbuatan tersebut. Dan Allah akan balas, samada dengan kebaikan atau dengan keburukan, bergantung kepada apakah amalan itu.

Ini bermakna, bukan sia-sia sahaja kita dibangkitkan kelak. Bukan untuk suka-suka, tapi akan dibentang apakah yang kita telah lakukan.

‘Yang dahulu kamu kerjakan’: ini bermakna, ‘pahala pos’ tiada. Pahala sedekah tidak ada. Hanya apa yang kita lakukan sahaja. Beratus kali ayat ada macam ini. Sebab nak beritahu kepada kita bahawa memang tidak ada sedekah pahala. Maka, amalan tahlil untuk sedekah pahala itu adalah sia-sia, kerana tidak sampai. Dan amatlah sia-sia apabila kita dengar sahaja orang mati, ramai yang terus otomatik sebut: ‘Al-fatihah’. Mereka yang buat macam itu berniat hendak menghadiahkan pahala bacaan fatihah itu kepada simati. Tapi itu bukan dari ajaran Islam dan ianya adalah amalan sia-sia.


 

Ayat 61:

6:61
Sahih International

And He is the subjugator over His servants, and He sends over you guardian-angels until, when death comes to one of you, Our messengers take him, and they do not fail [in their duties].

Malay

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ

Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan mutlak di atas semua hamba-Nya,

Ini kali kedua perkataan الْقَاهِرُ digunakan. Mungkin pada kali pertama ianya disebut dalam surah ke 18, kita tidak nampak kekuasaan Allah itu. Maka dalam ayat-ayat selepas ayat ke 18 itu, Allah telah memberikan berbagai-bagai dalil tentang kekuasaan Allah. Dan sekarang Allah mengulang lagi perkataan الْقَاهِرُ  dan kali ini kita sepatutnya semakin faham.

Allah boleh buat apa sahaja dengan makhlukNya kerana Allah ada hak keatas kita. Kekuasaan atas kita adalah mutlak. Tidak boleh dikalahkan tidak boleh dihalang. Kita pun ada kuasa ke atas sesuatu, tapi kekuasaan kita tidak mutlak. Contohnya, kita ada hak kuasa ke atas anak-anak kita, tapi kita tak boleh suruh mereka buat apa yang mereka tak mahu buat. Atau kita tidak ada kuasa untuk suruh mereka lakukan perkara yang maksiat. Dan kita tidak boleh kawal perasaan mereka. Sebagai contoh, kalau kita suruh jadi sedih, jadi gembira, mereka tak boleh terus nak dapatkan perasaan itu. Tapi, kekuasaan Allah ke atas kita adalah mutlak. Allah boleh buat apa sahaja kepada kita.

وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً

dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga,

Allah memberikan kepada kita malaikat-malaikat untuk menjaga kita. Ada beberapa makna yang kita boleh ambil dari maksud ‘malaikat penjaga’ itu.

Pertamanya, ianya bermaksud kita sentiasa diawasi. Seperti yang disebut dalam Ayat Infithar:10-11.

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu),
كِرَامًا كَاتِبِينَ
yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu),

Ini bermakna, ada malaikat Hafazah yang ditugaskan untuk menulis setiap perbuatan kita. Lihat pula ayat Qaf: 17-18.

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ
(yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

Ayat dari surah Qaf itu memberitahu kepada kita bahawa malaikat-malaikat itu bukan hanya menulis apa yang kita buat tetapi apa yang kita cakap pun. Mereka duduk di kiri dan kanan kita.

Ini mengingatkan kita untuk berhati-hati dalam perbuatan dan percakapan kita. Kadang-kadang kita membuang masa dengan bercakap dan melakukan perkara yang lalai sahaja. Masa yang telah diberikan kepada kita hilang begitu sahaja. Alangkah malunya nanti apabila setiap percakapan kita dan tulisan kita di Facebook dan di twitter dibentangkan kepada semua manusia untuk dilihat. Apa yang ada hanyalah perkara sia-sia sahaja.

Ada hadis dalam Sahih Bukhari yang meceritakan bagaimana ada malaikat yang berada bersama kita bergilir-gilir. Mereka berkumpul pada waktu fajar dan asar. Mereka kemudian akan naik bertemu Allah. Allah bertanya kepada mereka bagaimana mereka meninggalkan kita.

حدثنا عبد الله بن يوسف، قال حدثنا مالك، عن أبي الزناد، عن الأعرج، عن أبي هريرة، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ‏”‏ يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل وملائكة بالنهار، ويجتمعون في صلاة الفجر وصلاة العصر، ثم يَعرج الذين باتوا فيكم، فيسألهم وهو أعلم بهم كيف تركتم عبادي فيقولون تركناهم وهم يُصلون، وأتيناهم وهم يُصلون ‏”‏‏.‏

522. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah telah menceritakan kepada kami Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Para Malaikat malam dan Malaikat siang silih berganti mendatangi kalian. Dan mereka berkumpul pada waktu salat Fajar (Subuh) dan ‘Asar. Kemudian Malaikat yang bermalam di kalangan kamu naik. Lalu Allah Ta’ala bertanya kepada mereka, dan Allah lebih mengetahui keadaan mereka itu. ‘Dalam keadaan bagaimana kalian tinggalkan hamba-hambaKu? ‘ Para Malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang mendirikan salat. Begitu juga saat kami mendatangi mereka, mereka sedang mendirikan salat’.”

Bayangkan kalau waktu Asar itu kita hanya sibuk dengan kerja-kerja kita tanpa melakukan solat Asar? Bayangkan kalau waktu Subuh itu kita sedang tidur? Tidak malukah kita kalau malaikat-malaikat itu melaporkankan kepada Allah tentang keadaan diri kita yang leka dalam beribadah kepadanya?

Selain daripada mengawasi apa yang kita lakukan, malaikat Hafazah itu ditugaskan juga untuk menjaga kita. Antaranya, mereka menjaga orang beriman dari dirasuk jin. Jin tidak boleh mengganggu kita. Tidak boleh nak masuk dalam badan kita. Tapi, apabila buat syirik sahaja, tiada penjagaan dah. Apabila kembali kepada tauhid, jin dan syaitan kembali tidak boleh ganggu kita dah. Sebab itu, banyak kisah bagaimana orang yang selalu kena kacau dengan hantu, boleh nampak hantu dan sebagainya, apabila mereka kembali belajar tauhid, tiada lagi hantu yang kelihatan. Itu adalah kerana hantu sudah tidak boleh mengganggu mereka dah.

Lihat ayat Rad:11.

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Selain dari menjaga kita dari gangguan jin dan syaitan, malaikat-malaikat itu juga menjaga kita daripada perkara-perkara lain seperti dari kemalangan. Kadang-kadang kita boleh dengar bagaimana orang yang mengalami kemalangan yang besar tetapi dia selamat sahaja. Kereta remuk, dan kita terfikir macam manalah orang yang di dalamnya boleh terselamat. Tapi begitulah Allah telah tugaskan malaikat untuk menjaga kita. Selagi belum sampai habis ajal kita, selagi itu kita akan diselamatkan dari kematian.

Lihat juga ayat at-Tariq: 4.

إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ
tidak ada suatu jiwapun (diri) melainkan ada penjaganya.

Jadi malaikat itu ada dua tugas: untuk mengawasi apa yang kita lakukan dan untuk menjaga kita.

Sebenarnya Allah yang menjaga kita tetapi Allah telah memberikan tugas itu kepada para malaikat. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada kita sampai Allah menghantarkan Malaikat-malaikat untuk menjaga kita. Bukan seorang malaikat saja diberikan kepada seorang manusia tetapi banyak malaikat diberikan kepada manusia itu.

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ

sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu,

Malaikat itu bukan berterusan menjaga kita. Mereka ada masa yang terhad. Mereka akan menjaga kita selama hayat kita masih ada lagi. Apabila telah habis hayat kita, tugas malaikat itu pun dah habis dah. Waktu itulah kalau kemalangan, maka itulah sebab kematian kita.

تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا

ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami,

Kemudian, ada pula Malaikat yang diwakilkan untuk ambil nyawa kita. Lihat Ayat Sajdah 11.

۞ قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
Katakanlah: “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan”.

Malaikat-malaikat itu hanya mengikut arahan Allah sahaja. Dan daripada Hadis kita dapat tahu bahawa bukan satu malaikat saja yang terlibat dalam proses kematian kita tetapi ramai malaikat. Ada ramai malaikat yang akan menyambut kita jikalau kita adalah roh yang baik. Begitu juga, akan ramai malaikat yang menarik kita dengan ganas kalau kita roh yang jahat.

وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ

dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya.

Malaikat yang telah ditugaskan itu tak boleh nak cepat atau lewatkan apa-apa arahan kepada mereka. Mereka hanya turut perintah Allah sahaja. Mereka tidak akan gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Malaikat-malaikat itu tidak akan memberi belas kasihan sedikit pun kepada mereka yang tidak layak. Walaubagaimana kuat dan bagaimana cara pun kita merayu kepada malaikat-malaikat itu untuk memberi belas kasihan kepada kita. Malaikat-malaikat itu langsung tidak akan menangguhkan tugas mereka yang telah diberikan oleh Allah.

Ayat ini mengingatkan kepada kita supaya tidak leka dan lalai dalam menjalankan tugas dan ibadat kita. Jangan kita tunggu-tunggu untuk membuat benda-benda yang baik. Jadilah kita seperti malaikat itu yang tidak lalai dalam menjalankan perintah Allah. Jangan kita kata nak buat esok, nak buat minggu depan, nak buat bulan depan, nak buat tahun depan dan sebagainya. Kalau benda itu baik, hendaklah kita lakukan terus. Kalau solat, hendaklah kita dirikan solat itu dalam waktunya. Kerana kita pun sebenarnya tak tahu samada kita akan terus hidup petang nanti. Lalu bagaimana kita akan yakin yang kita ada masa untuk membuat perkara-perkara yang kita sepatutnya lakukan itu? Oleh itu, jangan tangguh.


 

Ayat 62: Selepas mereka dimatikan, apa yang akan berlaku kepada mereka?

6:62
Sahih International

Then they His servants are returned to Allah, their true Lord. Unquestionably, His is the judgement, and He is the swiftest of accountants.

Malay

Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira – Penghitung.

ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّهِ

Kemudian mereka (hamba Allah) dikembalikan kepada Allah,

Ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawa semua makhluk akan dikembalikan kepada Allah satu persatu. Tidak ada sesiapa pun yang akan tinggal di dunia ini selama-lamanya. Moyang kita mati, datuk kita mati, kemudian ayah kita mati dan kita pula mati – satu persatu kita semua akan mati. Oleh, apabila kita lihat orang yang kita kenal mati, samada sahabat kita atau kawan-kawan kita, maka ketahuilah bahawa masa kita mungkin tidak lama lagi.

Apabila kita telah mati, kita akan dibawa di hadapan Allah untuk dipertimbangkan hisab amalan kita. Bukanlah kita akan berjalan-jalan keliling dunia ataupun dikembalikan ke dalam tubuh badan yang lain, bukan. Itu adalah fahaman sesat agama agama lain seperti agama Buddha yang ada fahaman reincarnation. Kita akan dikembalikan kepada Allah sebenarnya. Dan akan ditanya apakah yang kita telah lakukan semasa di dunia dahulu.

مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ

Pemelihara, penjamin, penjaga mereka yang sebenarnya.

Wali yang selain Allah bukanlah pelindung yang sebenarnya. Sebelum ini telah disebut tentang malaikat yang menjaga keselamatan kita. Dalam ayat ini Allah menekankan bahawa sebenarnya Allah lah yang menjaga kita. Allah cuma wakilkan sahaja kepada malaikat-malaikat itu. Hakikatnya Allah lah yang menjaga kita.

Maula juga bermaksud ‘tuan punya’. Allah lah tuan punya kita yang sebenarnya. Malangnya, di dunia ini ramai antara kita menjadi hamba kepada harta benda, perempuan, pangkat dan sebagainya. Sepatutnya Allah lah maula kita yang sebenarnya yang perlu kita penuhi tuntutanNya.

أَلَا لَهُ الْحُكْمُ

Ketahuilah! bahwa segala hukum kepunyaan-Nya.

Allah beritahu kepada kita bahawa pada hari akhirat nanti hanya Allah sahaja yang akan menjadi hakim dan berhukum kepada kita. Tidak ada yang lain.

Sesiapa yang taat kepada Allah, mereka akan berjaya. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka mereka akan mendapat nasib buruk.

وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ

Dan Dialah Pembuat Perhitungan yang paling cepat.

Di Mahsyar Allah akan mengambil masa separuh hari sahaja untuk menyelesaikan perhitungan hisab amal manusia. Iaitu setelah Allah memulakan hisab amal. Kerana sebelum perhitungan hisab amal itu dijalankan, semua makhluk akan lama menunggu di Mahsyar nanti. Tapi apabila sudah dimulakan, masa yang diambil sekejap sahaja iaitu separuh hari sahaja.

Itu bermakna Allah cepat sekali menjalankan hisab amal itu. Kalau dalam dunia ini kita mengambil masa yang lama untuk audit sesuatu company sampaikan berhari-hari. Dalam dunia ini banyak orang tugasnya menghitung kira-kira seperti akauntan contohnya. Juga ada banyak software yang membuat kira-kira dalam syarikat. Tapi apabila Allah telah mula mengambil ‘akaun’ kita, ianya tidak mengambil masa yang lama. Masa ini hanya daripada pagi sampai ke waktu zuhur sahaja. Cuba bayangkan semua makhluk dari yang mula kejadian sampaikan ke hari Kiamat, akan bangun serentak. Tak dapat dibayangkan betapa ramainya makhluk waktu itu. Tapi Allah akan selesaikan perhitungan hisab amal semua sekali dalam masa separuh hari sahaja.

Perhitungan itu juga bermula dengan cepat. Ada dua jenis perhitungan: satu semasa di Mahsyar dan satu lagi apabila kita masuk sahaja ke dalam kubur. Bila kita masuk dalam kubur sahaja, kita telah disoaljawab oleh malaikat munkar dan nakir. Malaikat yang dua itu akan datang dengan tiba-tiba dan akan terus tanya kepada kita. Tidak beri peluang untuk tinggal lama dalam kubur.

Soalan-soalan yang akan ditanya pun kita dah tahu. Kalau kita beriman, maka kita akan senang untuk menjawab soalan-soalan daripada malaikat-malaikat itu. Tapi kalau kita bukan Muslim sejati, iaitu kalau kita seorang munafik, kita akan ada masalah untuk menjawab soalan-soalan itu. Begitu juga kepada orang-orang kafir dan musyrik, langsung tidak boleh menjawab.


 

Ayat 63:

6:63
Sahih International

Say, “Who rescues you from the darknesses of the land and sea [when] you call upon Him imploring [aloud] and privately, ‘If He should save us from this [crisis], we will surely be among the thankful.’ “

Malay

Katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): “Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur”.

قُلْ مَن يُنَجِّيكُم

Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu

Allah tanya siapa lagi yang boleh selamatkan kita? Ini adalah soalan dalam bentuk retorik. Tidak ada sesiapa lagi yang boleh menyelamatkan kita melainkan Allah.

مِّن ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ

dari kegelapan di darat dan di laut,

Kadang kita di dalam keadaan gelap, siapakah yang dapat menyelamatkan kita apabila tiada cahaya untuk membantu kita? Contohnya dalam kegelapan malam yang kita tak nampak apa-apa. Tiba-tiba ada orang yang serang kita. Siapakah lagi yang dapat membantu kita waktu itu? Atau kita berada dalam kegelapan gua. Tiba-tiba gua itu bergegar nak runtuh. Siapakah yang dapat menyelamatkan kita? Begitu juga dalam kegelapan di lautan. Kita dalam kapal di laut lepas. Laut bergelombang, suasana gelap, tak nampak daratan atau kapal-kapal yang lain – siapa yang dapat selamatkan kita waktu itu? Ini adalah makna literal dari maksud ‘kegelapan’ itu.

Ada yang mengatakan bahawa makna ‘kegelapan’ dalam ayat ini adalah sebagai isyarat. Iaitu kesusahan yang dialami oleh manusia semasa di darat dan lautan. Kalau begitu, ia boleh bermaksud apa-apa sahaja kesusahan. Sebagai contoh, dalam keadaan bumi sedang bergegar, hujan turun yang tidak berhenti-henti, diserang belalang yang memakan tanaman kita dan sebagainya. Dan kalau di lautan, berbagai-bagai kesusahan yang lebih teruk lagi – seperti ombak yang memukul kapal kita, iceberg yang besar, taufan, tsunami dan lain-lain lagi.

تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً

kamu berdoa kepada-Nya sahaja dengan rendah diri dengan suara yang lembut

Waktu kita sedang dalam kesusahan itu, kita hanya sebut Allah sahaja. Samada kafir atau Islam, sama-sama akan memohon pertolongan kepada ‘Tuhan yang satu’. Kepada yang kafir, mereka akan terus kata ‘o My God’. Tak sempat dah nak sebut tuhan lain – tak sempat nak sebut Jesus, Siva, Guru Nanak, Buddha dan sebagainya. Kepada puak Islam yang buat tawasul, dah tak sempat nak seru wali, malaikat, Nabi mana-mana dah. Tak sempat nak buat tawasul dah. Tak sempat nak sebut ‘ila hadratin’ lagi dah. Waktu itu baru mereka terus berdoa kepada Allah secara direct sahaja.

تَضَرُّعًا bermaksud mereka akan merendahkan diri mereka di hadapan Allah. Mereka waktu itu amat sedar tentang kerdilnya diri mereka. Mereka dah rasa mereka tidak ada kuasa lagi dah. Dan waktu itu mereka mengharap sangat kepada Allah. Waktu berdoa itu, mereka sungguh-sungguh berdoa. Mereka amat khusyuk dalam doa mereka.

تَضَرُّعًا juga bermaksud mereka menyebut nama Allah dalam doa itu dengan suara yang jelas. Kerana dibandingkan dengan perkataan خُفْيَةً yang bermaksud mereka berdoa dalam hati mereka. Maksudnya mereka berdoa dengan suara yang jahr (ada suara) dan dalam hati dan minda mereka juga.

Ini mengajar kita bahawa kalau kita berdoa kepada Allah dengan merendahkan diri kepadaNya, maka Allah akan membantu kita. Walaupun yang berdoa itu seorang kafir tetapi kalau dia merendahkan diri, Allah akan membantunya juga.

خُفْيَةً bermaksud mereka berdoa dengan amat ikhlas sekali – kerana mereka berdoa tanpa keluar suara atau suara yang amat lembut sekali sampai orang di sebelah pun tak dengar. Itu adalah doa yang ikhlas. Kerana kalau kita doa dengan suara yang orang boleh dengar, ada kemungkinan kita nak menunjuk, nak riak sahaja. Tapi apabila خُفْيَةً digunakan, bermaksud mereka memang doa dengan tulis ikhlas.

Ada orang yang malu hendak berdoa kepada Allah kerana mereka tak biasa doa. Jadi mereka malu nak berdoa dengan suara yang orang boleh dengar. Maka, mereka akan berdoa dalam keadaan خُفْيَةً, dengan lemah lembut, tanpa suara.

Ayat ini mengajar kepada kita bahawa kita dibolehkan untuk berdoa kepada Allah sama ada dengan suara yang kuat dan juga suara yang lembut. Kita memang tidak perlu berdo’a dengan suara yang kuat kerana Allah memang mampu mendengar suara kita. Tetapi kita dibenarkan juga untuk berdoa dengan suara yang boleh didengari. Tapi bukanlah dengan suara yang menjerit-jerit. Sebagai contoh, ada masanya kita doa beramai-ramai. Waktu itu, kita kena jelaskan suara kita supaya orang lain boleh dengar. Sebab kalau tidak didengari, tidak tahu apakah doa itu. Ini penting kerana seseorang yang berdoa mewakili orang lain perlulah menguatkan suaranya supaya didengari oleh orang lain. Kita yang meng’amin’kan doa itu pun kena dengar juga apa yang dibaca. Supaya kita dapat pastikan yang doa itu tidak dalam bentuk doa yang syirik atau yang melibatkan perbuatan tawasul.

Kadang-kadang kita dengar doa yang dibaca oleh imam pun memusykilkan. Mereka baca dalam bahasa Arab, jadi ramai yang tidak faham. Maka, ada yang baca doa dimulakan dengan tawasul. Itu sudah salah. Dan ada yang memulakan doa mereka dengan selawat Syifa’ dan selawat Tafrijiyyah – itu ada dua jenis selawat yang syirik kepada Allah. Maka, kalau ada orang yang berdoa seperti itu, maka jangan kita aminkan sekali.

لَّئِنْ أَنجَانَا مِنْ هَٰذِهِ

(dengan mengatakan: “Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini,

Mereka amat berhadap semoga Allah menyelamatkan mereka.

لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur””.

Barulah mereka nak jadi orang yang baik, mulalah nak sembahyang, barulah rasa nak buat baik, rasa nak belajar agama dan macam-macam lagi perkara yang baik-baik.  Itulah maksudnya mereka nak jadi ‘orang yang bersyukur’. Iaitu bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Mereka nak hargai apa yang Allah telah berikan. Kalau sebelum ini, mereka buat tak kisah sahaja. Mereka tidak jaga solat, mereka tidak pergi haji walaupun mereka mampu dan sebagainya. Mereka dulu lalai dalam menjalankan perintah agama.

Tapi sekarang, dalam mereka berdoa kepada Allah sambil mengharap kepadaNya, mereka berjanji nak jaga perintah agama.


 

Ayat 64:

6:64
Sahih International

Say, “It is Allah who saves you from it and from every distress; then you [still] associate others with Him.”

Malay

Katakanlah: “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)”.

قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُم مِّنْهَا

Katakanlah: “Allah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu

Ingatlah bahawa Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kamu. Tidak ada entiti lain yang dapat menyelamatkan kita. Apabila kamu berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan kamu dari kegelapan darat dan lautan, dari kesusahan darat dan lautan, Allah lah yang menyelamatkan kamu.

وَمِن كُلِّ كَرْبٍ

dan dari segala macam kesusahan,

كَرْبٍ bermaksud kesusahan yang amat sangat yang dihadapi oleh manusia. Kesusahan yang amat sangat sampai mereka merasakan nak bernafas pun susah. Sampai rasa sesak nafas. Sampaikan kita kena duduk sekejap dah bernafas dengan baik semula. Kena tenangkan diri semula.

Sama ada kesusahan yang kita alami itu kecil ataupun besar, hanya Allah sahaja yang menyelamatkan kita.

ثُمَّ أَنتُمْ تُشْرِكُونَ

kemudian kamu kembali mensyirikkan-Nya”.

Walaupun dulu mereka berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan mereka, tapi selepas mereka diselamatkan dari kesusahan itu, mereka buat syirik pula. Ini seperti yang disebut juga dalam ayat Az-Zumar:8.

۞ وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka”.

Apakah yang dimaksudkan mereka menjadi syirik selepas itu? Selepas mereka selamat daripada kesusahan yang mereka minta doa kepada Allah itu, dan mereka diselamatkan, mereka kata mereka selamat sebab pertolongan dari orang lain. Itulah syiriknya. Allah kata dalam ayat ini bahawa Allah lah yang menyelamatkan mereka dan menyelesaikan masalah mereka tapi mereka kata sebab itu dan ini pula yang selamatkan mereka. Sebagai contoh, semasa tsunami dahulu, apabila ditemuramah mereka yang selamat, ada yang berkata: “sebab pelampung inilah saya selamat”. Apa yang mereka cakap itu nampak mudah sahaja, tapi perkataan mereka itu ada masalah akidah.

Syirik bukan sahaja menyembah selain dari Allah. Syirik juga menyamakan kedudukan makhluk lain dengan Allah. Apabila kita kata ada entiti lain yang menyelamatkan kita, bermakna kita telah menyamakan kedudukan entiti itu dengan Allah. Seperti kita mengatakan entiti itu yang menyelamatkan kita. Padahal, hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita.

Sebagai contoh, kita sudah kesusahan. Perniagaan kita jatuh sampai kita muflis. Kita dalam kepayahan sangat. Tak tahu nak buat apa dah. Kita pun berdoa dan mengharap kepada Allah. Mengharap sangat-sangat. Dah jadi baik, dah mula pergi ke surau dan masjid untuk berjemaah. Kemudian, kita berjumpalah dengan seseorang yang mendengar masalah kita. Dia pun beri cadangan jumpa ‘ustaz’ untuk mendoakan kita. ‘Ustaz’ itu pun buatlah air mandi buang sial kepada kita. Selepas tujuh hari, semangat kita pun pulih. Perniagaan kita kembali bangkit. (Kita kata orang itu jumpa ‘ustaz’, tapi sebenarnya dia jumpa bomoh. Masalah dunia kita sekarang, bomoh dah tak pakai nama bomoh lagi, tapi dah pakai gelaran ‘ustaz’, untuk menipu masyarakat yang jahil).

Semasa dia mula-mula jatuh muflis, dia telah berdoa kepada Allah. Maka Allah telah mengubah nasibnya. Tapi kerana dia ada mandi buang sial dengan seorang ‘ustaz/bomoh’ itu, dia pun kata kepada orang lain: “Nasib baik aku jumpa ustaz tu. Dialah yang telah mandikan buang sial aku. Kalau bukan dia, tak tahu lah apa jadi aku sekarang.” Itulah maksudnya dia telah melakukan syirik kepada Allah.

Kenapa semasa kita susah, kita minta tolong kepada Allah tetapi apabila kita selamat daripada kesusahan itu kita kata entiti lain yang tolong kita? Kita memang boleh berterima kasih kepada mereka yang telah menolong kita tetapi janganlah kita lupa bahawa Allah lah yang sebenarnya yang telah menyelamatkan kita. Allah lah yang telah mengajar mereka untuk menyelamatkan kita. Allah lah yang telah menggerakkan mereka untuk membantu kita. Hakikatnya Allah lah yang membantu kita. Maka, jangan lupa kepada Allah. Jangan lupa mengucapkan syukur kepada Allah.

Ayat ini mengajar kepada kita bahawa apabila kita telah selamat daripada kesusahan, maka hendaklah kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Tetapi selalunya bila masalah kita telah selesai dan kita telah gembira kerana masalah kita selesai, kita terlupa langsung untuk mengucapkan Alhamdulillah. Jangan begitu.

Ayat ini juga mengajar kepada kita, apabila kita telah selesai daripada masalah kita, maka hendaklah kita menunaikan apa saja nazar yang kita telah lakukan semasa kita berdoa kepada Allah sebelum itu. Kerana, dalam ayat sebelum ini, orang yang berdoa itu telah berjanji untuk menjadi ‘orang yang bersyukur’. Bermakna, dia ada bernazar/berjanji dengan Allah. Sebagai contoh, ada berdoa kalau selesai daripada masalah, mereka akan beri sedekah kepada anak yatim dan sebagainya. Jangan kita lupa akan nazar kita itu. Kerana Allah tahu apa yang kita telah nazar kan.


 

Ayat 65: Apabila kita telah selesai daripada masalah yang kita hadapi, kadang-kadang kita akan rasa bahawa tidak akan ada masalah lagi yang akan timbul. Tapi Allah ingat kan kita dalam ayat ini bahawa Allah boleh saja memberikan masalah lain kepada kita. Maka jangan kita rasa selamat sangat.

6:65
Sahih International

Say, “He is the [one] able to send upon you affliction from above you or from beneath your feet or to confuse you [so you become] sects and make you taste the violence of one another.” Look how We diversify the signs that they might understand.

Malay

Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ

Katakanlah: “Dialah yang berkuasa

Allah amat berkuasa dan amat mampu untuk memberikan bencana lain kepada kita. Oleh itu kenapa kamu rasa kamu selamat sangat?

Maka apabila kita selamat daripada sesuatu bencana, jangan kita ingat bawa kita akan selamat sentiasa. Jangan bila dah selamat, kita terus lupa Allah.

عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا

untuk mengirimkan azab ke atas kamu,

Allah boleh mengenakan azab kepada kita semua. Azab itu boleh datang dari mana-mana sahaja. Dalam ayat ini disebutkan tiga jenis. Apabila Allah memberikan senarai, senarai itu adalah sesuatu yang meningkat naik. Iaitu dari yang susah kepada yang semakin susah. Dari yang teruk kepada yang paling teruk.

مِّن فَوْقِكُمْ

dari atas kamu

Azab yang pertama adalah dari ‘atas’ kita. Ia bermaksud samada bencana daripada langit seperti hujan batu, taufan, ribut gempita dan sebagainya.

Atau ia boleh juga bermaksud yang Allah boleh meletakkan pemimpin-pemimpin di atas kita yang akan menindas kita. Ada antara mereka yang tidak adil dan akan berlaku zalim kepada kita. Mereka itu boleh jadi ketua-ketua kita di pejabat, ataupun pemimpin-pemimpin masyarakat, ahli-ahli politik, JKKK kampung, ibu bapa kita, suami kita dan sebagainya.

أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ

atau dari bawah kakimu

Yang lebih teruk daripada azab yang di atas kita adalah azab dan bala dari ‘bawah’ kita. Sebagai contoh, gempa bumi sampai runtuh bangunan, bumi yang boleh saja menelan manusia. Atau tanah yang lemah sampai tanah itu boleh jadi runtuh dan meruntuhkan rumah dan bangunan kita. Banjir juga boleh dikira sebagai bencana daripada bawah kita kerana air yang naik dan naik yang akhirnya akan melemaskan kita.

Boleh juga bermaksud masalah-masalah yang ditimbulkan daripada orang-orang dibawah kita. Sebagai contoh, ada pekerja-pekerja yang menipu kita. Atau anak-anak yang tidak pun dengar cakap kita dan memalukan kita. Atau isteri kita yang menyusahkan kita.

Jikalau itu semuanya berlaku kepada kita, maka hendaklah kita bertaubat kepada Allah. Kerana semua ini mungkin terjadi disebabkan oleh kesalahan yang kita telah lakukan. Iaitu kerana kita telah malakukan syirik kepada Allah tanpa kita sedari. Jangan kita hanya mencari salah orang sahaja tetapi lupa tentang kesalahan yang kita telah lakukan. Kaji balik apakah perbuatan kita selama ini adakah bertepatan dengan Islam atau tidak.

أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا

atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan)

Ini yang paling teruk.

يَلْبِسَكُمْ dari perkataan لبس yang bermaksud ‘bercampur aduk sampai tidak dikenali antara satu sama lain’. Ini akan menyebabkan kita jadi keliru.

شِيَعًا dari perkataan ش ي ع yang bermaksud satu kumpulan.

Ayat ini bermaksud, Allah boleh memecahbelahkan kita kepada kumpulan-kumpulan yang bertentangan. Kadang-kadang dalam keluarga kita pun boleh berpecah belah kerana perbezaan pendapat. Nak makan sama-sama pun susah. Sampai nak solat jemaah sekali pun susah kerana berlainan pendapat dari segi pegangan mazhab mana nak pakai. Ini juga adalah satu bentuk hukuman dari Allah. Dari sini tahu lah kita bahawa perpecahan adalah satu hukuman atas kesalahan kita. Perpecahan pendapat bukanlah suatu rahmat. Ini kita sebutkan kerana ramai yang kata: ‘Khilaf itu adalah satu rahmat’. Tidak, khilaf itu bukanlah satu rahmat. Kalau mempunyai pendapat yang sama, itu lebih baik, itulah rahmat. Kerana kalau kita kata ‘khilaf’ itu rahmat, apa pula kita nak kata kepada persatuan pendapat? Takkan kita nak panggil ianya sebagai satu bala pula?

Ada satu hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim bagaimana Nabi telah berdoa kepada Allah untuk mendapatkan tiga perkara:

“Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

“Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s).

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).

 

Allah tidak memakbulkannya kerana perpecahan itu terjadi disebabkan oleh kesalahan kita. Apabila berbeza pendapat, maka manusia menjadi keliru manakah pendapat yang benar dan manakah yang salah. Kalau itu terjadi, maka hendaklah kita berdoa kepada Allah untuk menunjukkan manakah kebenaran.

Atau, ayat ini boleh juga bermaksud, Allah boleh campurkan kita dalam golongan yang jahat. Mereka itu semuanya zalim tapi kita terperangkap dalam kumpulan itu. Sebagai contoh, kita berada dalam negara yang kafir yang menentang Islam. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita seorang sahaja. Allahu a’lam.

وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ

dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain.

Apabila manusia berbeza pendapat dan berpecah belah, mereka akan berlaku ganas kepada pihak yang lain. Kadang-kadang keganasan itu di dalam bentuk kata-kata yang kasar. Dan kadang-kadang ianya boleh sampai kepada bentuk keganasan fizikal.

Kadang-kadang perbezaan pendapat dalam agama sampai menyebabkan berbunuhan sesama kita. Ini amat selalu kita lihat dalam sejarah. Manusia yang jahat akan menggunakan nama agama untuk membunuh dan menindas manusia yang lain. Ini amat malang sekali sampaikan pemimpin negara yang Islam pun begitu juga. Lihatlah apa yang terjadi kepada ulama-ulama salaf kita seperti Ibn Taimiyyah, Imam Ahmad, Imam Bukhari dan banyak lagi. Mereka cuba menegakkan Islam yang sebenar, tapi khalifah ada penasihat-penasihat agama yang sesat. Mereka menggunakan kedudukan mereka untuk menindas pendapat yang benar.

Sekarang pun kita semakin dengar bagaimana ada usaha-usaha dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membendung ajaran Sunnah. Mereka mengatakan yang ajaran Sunnah adalah ajaran Wahabi dan ianya adalah bahaya dan boleh memecahbelahkan masyarakat. Ma sha Allah! Kita tak tahu lagi apa yang mereka akan buat. Tapi kita berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan perkembangan ajaran Sunnah ini. Semoga puak Bidaah tidak menggunakan kedudukan mereka dalam kepemimpinan agama untuk menindas ajaran agama yang benar. Inilah yang dimaksudkan perpecahan yang boleh terjadi. Mereka cuba memburukkan ajaran sunnah dengan memberikan gelaran-gelaran jelek kepada kita. Apabila itu tidak berjaya, dan ajaran sunnah semakin berkembang, tidak mustahil mereka akan menggunakan kedudukan mereka dalam negara untuk menindas kita.

Kalau satu-satu negara itu membiarkan perbuatan syirik tanpa sekatan, tanpa teguran, maka tunggulah perpecahan yang bakal tiba. Sebagai contoh, lihatlah apa yang terjadi kepada negara Iraq. Mereka sampai dah buat berhala untuk Saddam Hussein dan gambar Saddam Hussein ada merata rata tempat dan tidak ada guru yang tegur. Maka oleh kerana mereka telah buat syirik terang-terangan, Allah telah turunkan bala kepada mereka. Lihatlah bagaimana Amerika sedang memusnahkan negara mereka sekarang.

Apabila ini terjadi, maka hendaklah kita ingat kembali kepada Allah dan berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberi Nya kepada kita.

Ayat ini juga memberitahu kepada kita bahawa Allah boleh memberi bala kepada kita melalui alam ini ataupun Allah menggunakan manusia yang lain. Semua itu dalam genggaman Allah, dalam kuasa Allah.

انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ

Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti

Allah sentiasa mengulang-ulang topik yang sama dalam Quran. Ini adalah kerana ianya amat penting sekali. Berulang-ulang ayat dengan topik yang sama, tapi dengan berbagai-bagai cara. Kerana kalau ayat yang sama sahaja, tentu manusia yang membaca akan bosan. Oleh itu, Allah akan ulang topik yang sama tapi dalam berbagai-bagai cara.

Lihatlah bagaimana Allah mengulang-ulang larangan bertawasul dalam banyak ayat. Begitu juga Allah menerangkan tentang syafaat dalam berbagai-bagai ayat dan berbagai-bagai cara. Begitu juga tentang doa kepadaNya. Begitu juga tentang bidaah. Berulang-ulang peringatan diberikan kepada manusia yang mahu membaca dan memahami Quran. Pengulangan itu diberi kepada ianya adalah perkara-perkara yang penting dan manusia selalu keliru. Maka, Allah ulang berkali-kali.

لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

agar mereka memahami(nya)”.

Memahami bahawa perbuatan syirik itu adalah perbuatan yang ditolak dan dimurkai oleh Allah.

Malangnya kebanyakan daripada kita tidak tahu bahawa kesusahan yang kita alami itu dan perpecahan yang kita hadapi adalah kerana kita tidak bersyukur kepada Allah.


 

Ayat 66: Ini adalah nasihat kepada Nabi dan kepada penyeru-penyeru tauhid.

6:66
Sahih International

But your people have denied it while it is the truth. Say, “I am not over you a manager.”

Malay

Dan kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia adalah benar. Katakanlah: “Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan perintah-perintah Allah kepada kamu)”.

وَكَذَّبَ بِهِ قَوْمُكَ

Dan kaummu mendustakannya

Mendustakan apa? Mendustakan Quran. Apabila dibacakan ayat-ayat Quran, musyrikin Mekah tidak mahu terima.

Begitu juga yang terjadi kepada masyarakat kita. Apabila diberikan dalil-dalil dari Quran, mereka tidak mahu terima. Mereka macam tak pernah baca Quran. Mereka tolak ayat-ayat Quran itu macam mereka itu bukan orang Islam. Mereka nak juga pakai pendapat yang ada dalam kitab, pendapat guru mereka dan pendapat akal mereka.

Benarlah apa yang Allah firmankan ini. Kaum kita akan menolak ayat-ayat Quran itu.

وَهُوَ الْحَقُّ

padahal Quran itu benar.

Sedangkan ayat-ayat dari Allah adalah benar. Allah, Quran dan tauhid adalah benar. Sesiapa yang engkar, azab Allah ke atas mereka itu juga benar.

Mereka pun dengan mulut mereka sendiri kata bahawa Quran itu dari Allah. Dan mereka sendiri selalu berkata: “Marilah kita kembali kepada ajaran Quran dan hadis.” Mereka siap tulis pada kain rentang dan letak merata-rata. Mereka juga suka dengan Quran. Mereka akan baca Quran hari-hari. Sedap juga bacaan mereka. Tajwid yang mereka lagukan mendayu-dayu.

Tapi, kalau kita tanya apakah makna ayat yang mereka baca itu, mereka pun tidak tahu. Mereka kata mereka hanya baca sahaja. Atau kalau mereka pandai sikit, mereka akan bacakan ‘terjemahan’ ayat yang mereka baca itu. Tapi apa yang hendak disampaikan oleh Allah, mereka tak tahu. Itu adalah kerana mereka tidak belajar tafsir Quran.

Dan apabila kita beritahu mereka makna ayat-ayat yang mereka telah baca itu, mereka pula kata kita salah tafsir. Padahal, mereka sendiri tidak belajar tafsir Quran. Tapi, kerana berlainan dengan apa yang mereka faham, lain dengan apa yang tok nenek dan guru mereka ajar, mereka tolak kita mentah-mentah. Itulah yang disebut dalam ayat ini – mereka menolak Quran. Mereka bukan tolak kita, tapi tolak ayat Quran itu sendiri. Dan apabila tolak ayat Quran, mereka tolak Allah sebenarnya.

قُل لَّسْتُ عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ

Katakanlah: “Aku ini bukanlah orang yang diserahi mengurus urusanmu”.

Perkataan وكل bermaksud ‘penjaga’. Orang yang kita serahkan urusan kita kepada mereka untuk diselesaikan. Sebagaimana perkataan ‘tawakal’ yang bermaksud kita ‘menyerahkan urusan kita kepada Allah’.

Ayat ini bermaksud bahawa Nabi Muhammad tidak boleh memaksa umatnya untuk beriman kepada Allah. Baginda hanya boleh menyampaikan ajakan tauhid sahaja kepada mereka.

Juga bermaksud bahawa Nabi Muhammad tidak ada kuasa untuk memberi hidayat atau berkat. Tidak ada kuasa untuk menjadi perantaraan antara mereka kepada Allah.

Ayat ini mengajar kita bahawa pendakwah hanya mampu menyampaikan sahaja. Mereka hanya boleh menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyampaikan dan selepas itu menyerahkan kepada Allah untuk beri hidayah kepada manusia. Kita tidak akan bertanggungjawab jikalau mereka tidak menerima hidayah.


 

Ayat 67:

 

6:67
Sahih International

For every happening is a finality; and you are going to know.

Malay

Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.

لِّكُلِّ نَبَإٍ

Untuk setiap berita (yang dibawa oleh rasul-rasul)

نَبَإٍ adalah berita-berita penting yang disampaikan di dalam Qur’an. Ataupun melalui Nabi kita. Ianya adalah tentang perkara-perkara agama. Sebagai contoh, tentang syurga, tentang neraka, tentang azab kubur, tentang Mahsyar, Titian Sirat dan sebagainya. Semua perkara-perkara itu tidak akan dapat diketahui melainkan melalui berita-berita yang disampaikan oleh Nabi sahaja.

مُّسْتَقَرٌّ

ada (waktu) terjadinya

مُّسْتَقَرٌّ dari katadasar قرر yang bermaksud ‘telah stabil’. مُّسْتَقَرٌّ bermaksud tempat dan masa yang tetap. Yang telah ditetapkan.

Ayat ini bermaksud segala berita yang telah disampaikan oleh Nabi itu pasti akan berlaku pada tempat dan waktu yang telah ditetapkan. Contohnya, berita-berita seperti berita Mahsyar, berita masuk syurga, berita masuk neraka dan sebagainya. Apabila sampai waktunya, iaitu apabila manusia telah mati, maka semua perkara-perkara yang dijanjikan itu akan berlaku.

Ada Musyrikin Makkah yang kata kalau betul berita itu benar, maka bawalah ia dengan segera. Mereka mengejek Nabi Muhammad kerana mereka tidak percaya. Maka, Allah beritahu dalam ayat ini bahawa ianya pasti akan berlaku, tetapi pada tempat dan waktu yang telah ditetapkan olehNya. Bukanlah Nabi Muhammad boleh menentukan bilakah terjadinya kejadian-kejadian itu.

Maknanya Allah bukan beri amaran yang kosong. Ianya pasti akan berlaku. Janganlah mereka ingat apabila mereka cabar Nabi untuk mempercepatkan kejadian berita-berita itu, dan Nabi tidak bawakan, bukanlah itu bermakna ianya tidak akan terjadi.

وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

dan kelak kamu akan mengetahui.

Bilakah semua yang dijanjikan itu akan berlaku? Sebaik sahaja seseorang manusia itu mati. Waktu itu semua manusia akan nampak dan akan mengetahui dengan pasti. Pertama sekali mereka akan bertemu dengan alam kubur. Waktu itu awal-awal lagi dah mereka akan dikejutkan dengan kedatangan Munkar dan Nakir yang akan bertanya beberapa soalan kepada mereka.

Bukan berita-berita besar itu sahaja yang telah ditetapkan oleh Allah. Tapi semua perkara telah ditetapkan masanya oleh Allah. Sama ada lahirnya manusia, atau pun bila matinya ataupun bila dia akan mendapat rezeki. Kalau kita kelam kabut untuk mendapatkan sesuatu, tidaklah ia akan mempercepatkan. Selalunya kita mahukan sesuatu itu berlaku dengan segera tetapi ianya tidak akan berlaku kerana masanya telah ditetapkan oleh Allah. Ianya hanya akan menyebabkan kita berasa kelam kabut saja. Akan menyebabkan kita jadi gundah gulana sahaja. Dan akan menyebabkan kita rasa tidak bersyukur kerana benda yang kita tunggu itu tidak jadi-jadi lagi. Selagi apa yang kita harapkan berlaku, tidak terjadi, maka kita seharusnya bersabar dan menumpukan perhatian kepada perkara yang kita boleh lakukan. Sebagai contoh, ada perempuan yang hamil yang tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan anaknya sampaikan mereka jadi resah gelisah. Tapi tentulah dia tidak dapat mempercepatkan kelahiran bayinya itu kerana ianya telah ditetapkan oleh Allah.

Dalam ayat ini musyrikin Mekah meminta-minta supaya dipercepatkan azab keatas mereka, Itu adalah kerana mereka tidak tahu apa yang mereka minta itu. Mereka mengejek-ngejek Nabi. Mereka tak sangka yang apa yang diberitahu oleh Nabi itu perkara yang benar. Mereka ingat Nabi Muhammad tipu sahaja. Selepas ia terjadi nanti kepada mereka, barulah mereka akan akan tahu dan akan rasa menyesal yang amat sangat. Segala apa yang mereka ejekkan itu akan terjadi.


 

Ayat 68: Ayat ini ada persamaan dengan ayat Nisa:140. Ini adalah tentang subahat. Kalau kita tahu seseorang itu melanggar undang-undang, tapi kita terus bersama dengan dia tanpa melakukan apa-apa, itu bermaksud kita telah bersubahat dan boleh dimasukkan bersama dengan dia dalam penjara kalau polis tangkap dia. Kita tidak boleh gunakan alasan yang kita tidak terlibat. Kerana kita tahu apa yang dia buat, dan kita tidak laporkan kepada pihak berkuasa. Begitulah juga kalau ada kawan kita yang melakukan dosa kepada Allah.

6:68
Sahih International

And when you see those who engage in [offensive] discourse concerning Our verses, then turn away from them until they enter into another conversation. And if Satan should cause you to forget, then do not remain after the reminder with the wrongdoing people.

Malay

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

وَإِذَا رَأَيْتَ

Dan apabila kamu melihat

الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا

orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami,

يَخُوضُونَ dari katadasar خ و ض yang asalnya bermaksud ‘terjun kedalam air’. Apabila seseorang telah masuk kedalam air, sedang mandi manda, tentunya mereka tidak mahu keluar dari air itu. Kerana mereka sudah releks dan suka berada di dalam air itu. Dan apabila seseorang berada di dalam air kolam contohnya, mereka boleh bergerak ke sana dan ke sini. Jadi يَخُوضُونَ bermaksud mereka yang sedang leka di dalam sesuatu perkara. Mereka melompat dari satu perkara kepada satu perkara.

Jadi يَخُوضُونَ ialah seseorang yang leka dengan sesuatu dan dalam ayat ini bermaksud mereka leka dengan ayat-ayat Allah. Bukankah itu sesuatu yang baik? Dalam ayat ini ianya bermaksud sesuatu yang tidak baik, kerana mereka bukanlah memikirkan ayat-ayat Allah tetapi sebenarnya mereka sedang leka memperolok-olokkan ayat-ayat Allah. Mereka mempersendakan ayat-ayat Allah. Mereka berbincang tentang ayat-ayat Allah sambil mencari kesalahan-kesalahan yang ada di dalam Quran. Mereka buat begitu untuk suka-suka sahaja.

Sebagai contoh, mereka kata: “Quran cakap manusia akan dapat bidadari dalam syurga? Berapa bidadari?” dalam cara tanya hendak memperolok-olok sahaja. Allah suruh jangan layan mereka. Kerana kalau layan mereka, mereka lagi suka kerana kita dah masuk perangkap mereka. Yang mereka hendak adalah kawan lawan bercakap sahaja. Kita ingat kita nak memperbetulkan mereka, tapi mereka bukannya hendak mencari kebenaran, tapi mereka nak suka-suka sahaja. Mereka jenis orang yang tak kisah hal agama. Samada dari kalangan orang kafir atau mereka yang mengaku Islam pun.

Perbuatan memperolok-olokkan ayat-ayat Allah itu boleh dilakukan sama ada dalam bentuk perbuatan ataupun perkataan. Sebagai contoh, kita telah tahu bahawa Allah telah melarang kita minum arak. Katakanlah seorang manusia lain sedang minum arak. Dia sebenarnya sedang mempersendakan ayat Allah yang melarang meminum arak. Kalau kita duduk bersamanya tanpa melarangnya maka itu bermakna kita telah bersubahat dengannya dan kita juga akan mendapat dosa minum arak itu walaupun kita sendiri tidak minum arak. Berapa banyak orang yang tidak faham perkara ini dan mereka mendapat dosa dengan percuma sahaja?

Kadang-kadang kita memang tidak buat dosa itu. Tapi kita tolong orang lain. Sebagai contoh, kita tolong bawa mereka ke tempat maksiat itu. Itu pun sudah dikira kita bersubahat dah. Jangan itu sahaja, kalau kita tolong tunjuk pun kita dah dapat saham dari dosa itu. Sebagai contoh, ada orang yang datang kepada kita dah tanya dimanakah dia boleh beli nombor ekor 4D? Kita tidak main nombor ekor, tapi kita tahu di mana kedai itu. Kalau kita tunjuk sahaja, kita dah dapat dosa seperti juga orang itu yang berjudi.

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ

maka tinggalkanlah mereka

Sepatutnya apa yang kita boleh buat ialah meninggalkan mereka semasa mereka berbuat dosa itu. Tidak kira samada mereka itu keluarga kita, kawan kita, ketua kita dan apa-apa sahaja, kita kena tinggalkan mereka. Kerana ini adalah arahan dari Allah. Allah tidak suka kita berada bersama-sama dengan mereka.

حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ

sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain.

Sehinggalah apabila mereka tidak lagi melakukan dosa itu. Kalau mereka dah tak cakap tentang perkara yang merendahkan Quran, memperolokkan Quran, kita dah boleh campur dengan mereka. Apabila mereka dah selesai majlis bidaah mereka seperti Majlis Maulud, kita masih boleh makan dan minum dengan mereka lagi. Asalkan mereka sedang tak buat majlis bidaah itu.

Kita hendaklah berlepas diri daripada apa sahaja perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Maksudnya, kalau majlis Thaipusam orang Hindu itu, kita tidak boleh duduk tengok-tengok bersama mereka. Itu adalah majlis syirik kepada Allah dan kalau kita ada bersama dengan mereka, kita pun dikira terlibat sama melakukan syirik.

Sama juga kalau orang Islam buat majlis Maulud Nabi. Kerana kalau kita ada bersama mereka atau kita pergi ke majlis mereka, maka kita pun sudah dikira melakukan bidaah mungkar itu. Sepatutnya kita larang, tetapi kalau kita tidak mampu larang maka kita kena tinggalkan majlis itu.

Sama juga sekarang ini kita boleh tengok selepas solat berjemaah ramai yang akan ‘salam keliling’. Ini ada bidaah terbaru yang sebenarnya diperkenalkan oleh Arqam. Kita tidak boleh campur bersama mereka, oleh itu kita kena terus lari keluar daripada bersama dengan mereka. Apabila mereka nak buat salam keliling sambil baca selawat Nabi itu, kita kena potong barisan mereka dan tinggalkan mereka. Bidaah-bidaah baru yang seperti ini jangan langsung diberi peluang untuk terus bercambah. Kerana apabila telah lama dilakukan maka ianya akan susah untuk dimatikan nanti.

Kenapakah kita disuruh meninggalkan mereka dan tidak berada di dalam majlis yang memperolok-olokkan ayat-ayat? Bayangkan kalau kita hormat seseorang dan ada orang yang mengutuk beliau, tentunya kita tidak selesa dan tidak mahu bersama-sama duduk dengan mereka kerana kita hormat orang yang dikututk itu. Begitu juga dengan Allah, malah lebih lagi sepatutnya kita marah. Kita amat sayang Allah. Kalau ada yang tidak menghiraukan arahan dari Allah, memperolokkan apa yang Allah telah arahkan kita untuk tinggalkan, maka sepatutnya kita tidak suka dengan apa yang mereka lakukan itu. Kerana mereka sedang memperolokkan ayat-ayat Allah.

وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ

Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini),

Kadang-kadang kita terikut-ikut dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga kita yang menyertai majlis syirik dan bidaah. Sebagai contoh, ada kawan atau ahli keluarga yang menghadiri Majlis Maulid Nabi ataupun Majlis Tahlil. Kita sebenarnya tahu bahawa majlis itu adalah majlis yang salah. Tapi syaitan telah berjaya melupakan kita tentang perkara itu.

Syaitan memang suka untuk menyebabkan kita lupa tentang agama dan tentang arahan dari Allah. Kalau kita terlupa sikit pun mereka dah suka dah.

فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ

maka janganlah kamu duduk sesudah teringat (akan larangan itu)

Maka apabila kita terlupa dan tiba-tiba kita teringat tentang kesalahan majlis itu, maka hendaklah kita terus meninggalkan majlis itu. Jangan kita terus duduk bersama dengan mereka. Jangan kita takut dan malu untuk meninggalkan mereka. Kita kena terus tinggalkan majlis itu walaupun mungkin kita malu apabila kita telah lama duduk. Kita mungkin bercakap dalam hati kita: “alang-alang sudah duduk sekali ni, eloklah kita teruskan sahaja”. Allah tidak benarkan kita berbuat begitu. Apabila kita ingat sahaja, kita kena tinggalkan majlis itu.

Perkataan بَعْدَ الذِّكْرَىٰ juga boleh bermaksud ‘selepas memperingatkan mereka’. Iaitu selepas kita beritahu kepada mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah, maka tinggalkan mereka selepas itu. Ini kerana kita telah menjalankan tugas kita memperingatkan mereka. Ini bermaksud kalau kita boleh memperingatkan mereka dengan kesalahan mereka itu, maka hendaklah kita melakukan. Kadang-kadang kita rasa kita tidak mampu. Ini bergantung kepada keadaan.

Ayat ini juga menyatakan kepada kita kalau kita terlupa sesuatu perkara dalam agama dan kita teringat, hendaklah kita melakukan perkara yang betul selepas itu. Sebagaimana kalau kita sedang makan tapi terlupa baca basmallah. Setelah lama makan, baru teringat kita tak baca basmillah, maka kita hendaklah terus membaca basmalah. Kerana mungkin kita terlupa kerana syaitan telah menyebabkan kita terlupa dan Allah telah mengingatkan kita kembali, maka hendaklah kita memperbetulkan perbuatan kita itu. Apabila kita teringat, bermakna Allah sayang kepada kita dan mengingatkan kita tentang perkara itu.

مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

bersama orang-orang yang zalim itu.

Ini bermakna, mereka yang memperolok-olokkan ayat-ayat Allah adalah orang yang zalim. Jangan kita duduk bersama dengan mereka ketika mereka melakukan perbuatan syirik dan bidaah itu. Hendaklah kita mencari peluang untuk memberitahu kepada mereka tentang kesalahan yang mereka lakukan itu. Mereka mungkin melakukan perkara itu kerana mereka tidak tahu yang ianya salah.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya


 

Ref: UR, NAK, TZ

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 006: al-An'am. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s