Tafsir Surah al-An’am Ayat 19 – 27

Ayat 19:

6:19
Transliteration

Qul ayyu shay-in akbaru shahadatanquli Allahu shaheedun baynee wabaynakum waoohiyailayya hatha alqur-anu li-onthirakum bihiwaman balagha a-innakum latashhadoona anna maAAa Allahi alihatanokhra qul la ashhadu qul innama huwa ilahunwahidun wa-innanee baree-on mimma tushrikoon

Sahih International

Say, “What is greatest in testimony?” Say, ” Allah is witness between me and you. And this Qur’an was revealed to me that I may warn you thereby and whomever it reaches. Do you [truly] testify that with Allah there are other deities?” Say, “I will not testify [with you].” Say, “Indeed, He is but one God, and indeed, I am free of what you associate [with Him].”

Malay

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Apakah yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?” Katakanlah: “Aku tidak mengakuinya”. Katakanlah lagi: “Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)”.

قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً

Katakanlah: “Siapakah yang lebih besar persaksiannya?”

Kenapa ayat ini dimulakan begini? Ini adalah kerana Musyrikin Mekah suruh Nabi bawakan saksi yang baginda benar-benar seorang Nabi. Sebab itulah mereka minta malaikat diturunkan sekali bersama baginda supaya malaikat itu boleh bagi saksi yang Nabi Muhammad itu benar-benar Nabi.

Maka, Nabi disuruh oleh Allah untuk tanya mereka siapakah saksi yang paling besar?

قُلِ اللَّهُ

Katakanlah: “Allah”.

Tentunya Allah adalah saksi yang paling besar sekali. Tidak cukupkah Allah sendiri yang kata bahawa Muhammad itu adalah seorang Nabi lagi rasul?

شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ

Dia menjadi saksi antara aku dan kamu.

Iaitu penyaksian siapakah yang benar antara Nabi dan Musyrikin Mekah itu. Maka, Allah adalah saksi yang memberitahu kepada mereka.

Begitu juga kepada kita, Allah akan jadi saksi kepada kita. Sebagai contoh, ada orang tuduh kita buat sesuatu tapi kita tak buat, dan tidak ada orang lain yang boleh sokong bantu kita waktu itu, maka waktu itu Allah sahaja yang jadi saksi kepada kita.

وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ

Dan Al Quran ini diwahyukan kepadaku

لِأُنذِرَكُم بِهِ

supaya dengannya aku memberi amaran kepadamu

Inilah objektif Quran diturunkan – untuk memberi amaran. Quran diturunkan untuk dibaca dan dipelajar dan Nabi diturunkan untuk membacakannya dan mengajarnya kepada kita. Di dalamnya penuh dengan amaran dan peringatan kepada manusia. Kita sebagai manusia akan sentiasa melakukan kesalahan. Maka, Quran menarik kita kembali kepada kebenaran dengan memberikan peringatan dan amaran kepada kita.

Kerana surah al-An’am ini adalah surah Makkiah, maka banyak ayat-ayat amaran di dalamnya. Ini adalah kerana pendengar awal Quran ini adalah Musyrikin Mekah dan mereka banyak melakukan kesyirikan kepada Allah. Maka, amat tepat sekali apabila amaran tentang larangn melakukan syirik yang diberikan kepada mereka. Dibandingkan dengan surah-surah Madaniah, banyak ayat-ayat hukum dimasukkan di dalamnya. Surah-surah Makkiah mempunyai tujuan utama untuk membetulkan akidah manusia. Mengajar mereka tentang Allah, tentang Tauhid dan menentang amalan syirik.

Lihatlah bagaimana Nabi disuruh memberi amaran kepada manusia dengan Quran. Bukan dengan kata-katanya sendiri tapi dengan menggunakan Quran. Dengan Quran sahaja dah cukup. Tak perlu nak beri petir dari langit, gempa bumi dan sebagainya. Hanya dengan Quran sahaja dah cukup. Ayat-ayat Quran itu adalah kalam dari Allah. Ianya tepat dan jelas kepada mereka yang mahu memahami. Ianya menusuk ke dalam diri kita dan mengetuk iman kita.

وَمَن بَلَغَ

dan kepada orang-orang yang sampai Al-Quran (kepadanya).

Quran bukan sahaja kepada penduduk Mekah tapi kepada seluruh dunia. Dari zaman dulu sampai zaman sekarang. Kepada sesiapa sahaja yang boleh disampaikan.

Kita pun termasuk juga ke dalam golongan yang telah disampaikan Quran. Quran yang dibawa oleh Nabi itu sampai telah kepada kita. Kita sekarang bukankah sedang membaca Quran? Dari kecil lagi kita dah kenal Quran, kita dah belajar baca Quran. Walaupun kita lama dari zaman Nabi dan jauh dari Mekah tempat lahir Nabi, tapi sampai juga Quran ini kepada kita. Alhamdulillah. Oleh itu, peringatan dan ancaman yang hendak disampaikan oleh Nabi itu juga telah sampai kepada kita.

Maksud kedua ayat ini: Nabi disuruh menyampaikan amaran kepada manusia dan begitu juga, sesiapa yang telah dapat Quran ini juga kena menyampaikan amaran kepada manusia juga. Iaitu melakukan dakwah kepada manusia. Ayat ini memberi tanggungjawab itu kepada kita. Oleh itu, kepada mereka yang telah belajar, mereka juga kena ajar orang lain. Kalau mereka tidak dapat ajar, mereka kena ajak orang lain datang juga ke kelas tafsir. Kena cari guru yang boleh ajar.

Maknanya, wahyu ini kena diajar kepada mereka yang tak pernah belajar tafsir Quran ini. Bukan mereka sahaja, yang dah tahu pun kena belajar juga lagi kerana walaupun dia dah belajar, masih ada lagi yang dia masih tidak tahu. Pembelajaran tafsir Quran ini tidak berhenti. Akan sentiasa sahaja ada pencerahan baru yang kita akan dapat. Kerana ianya adalah kalam Allah, bukan kalam manusia, maka terdapat amat banyak sekali perkara-perkara tersirat di dalamnya. Tentu akan mengambil masa untuk kita memahaminya. Dan tidak mungkin kita akan dapat memahami keseluruhan Quran yang mulia ini.

أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ

Apakah sesungguhnya kamu betul-betul menyaksikan,

Betulkah kamu nak kata begini?

Apakah kata-kata mereka itu?

أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰ

bahawa ada tuhan-tuhan lain bersama Allah?”

Berani kamu nak buat begitu?

قُل لَّا أَشْهَدُ

Katakanlah: “Aku tidak menyaksikan”.

Inilah jawapan kita kalau ada orang yang buat syirik di hadapan kita. Iaitu apabila ada antara manusia yang kata ada lagi tempat ibadat selain dari Allah. Apabila ada yang kata boleh bertawasul kepada Nabi, Wali dan Malaikat. Mereka beri salam kepada wali, kepada Nabi dan kepada malaikat. Padahal itu adalah perbuatan yang amat salah sekali. Apabila ada yang kata begitu, kita menolak perbuatan mereka itu.

قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ

Katakanlah: “Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa

Kita kena tekankan bahawa Allah sahaja tempat sembahan kita. Allah sahaja tempat zikir kita. Allah sahaja yang kita boleh rendahkan diri kita, taat kepadaNya sahaja. Tidak ada entiti lain, baik Nabi, malaikat atau wali.

وَإِنَّنِي بَرِيءٌ

dan sesungguhnya aku berlepas diri

Kita tidak mahu campur tangan dalam urusan mereka. Kita kena jauhkan diri. Kita kena tunjuk yang kita tidak suka dengan amalan dan perbuatan mereka. Sebagai contoh, kalau ada yang buat majlis nikah yang ada persandingan, kita jangan pergi. Kerana itu adalah dari amalan agama Hindu. Iaitu mereka menyembah dewa Sri Rama dan Sita Devi. Itu adalah salah satu dari syiar agama mereka. Dan kita pun tahu agama mereka adalah agama yang syirik. Jadi kenapa kita mahu terlibat dengan perbuatan itu? Allah murka dengan apa yang mereka lakukan, dan kalau kita pun ada sekali dalam majlis sebegitu, Allah pun murka dengan kita.

مِّمَّا تُشْرِكُونَ

dari apa yang kamu persekutukan”.

Perbuatan masyarakat kita banyak yang ada elemen syirik. Tapi kerana ianya telah lama diamalkan, ramai yang buat, ada pula ustaz yang kata boleh diamalkan, maka ramai-ramai masyarakat kita buat syirik tanpa sedar.

———————

Ayat 20: Ini pula tentang mereka-mereka yang belajar sifat 20:

6:20
Transliteration

Allatheena ataynahumualkitaba yaAArifoonahu kama yaAArifoona abnaahumallatheena khasiroo anfusahum fahum la yu/minoon

Sahih International

Those to whom We have given the Scripture recognize it as they recognize their [own] sons. Those who will lose themselves [in the Hereafter] do not believe.

Malay

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya,

‘Kitab’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Kitab Taurat dan Injil. Jadi ayat ini merujuk kepada golongan Yahudi dan Kristian kerana merekalah yang telah diberi dengan kitab-kitab itu. Kenapa pula ada sebutan tentang mereka sedangkan ini surah Makkiah? Kerana di hujung-hujung waktu di Mekah, sudah ada interaksi dengan mereka. Waktu itu, selepas Musyrikin Mekah sudah habis modal nak lawan Nabi, mereka telah berjumpa dengan Yahudi di Madinah (waktu itu dikenali dengan nama Yathrib) untuk mendapat nasihat dari mereka. Ini adalah kerana musyrikin Mekah tahu yang orang-orang Yahudi itu ada kitab dan mereka telah lama ada agama. Maka, mereka berharap semoga mereka mendapat idea macam mana hendak menentang Nabi Muhammad. Orang Yahudi di Yathriblah yang beri idea tambahan kepada Musyrikin Mekah. Mereka suruh tanya itu dan ini. Antaranya, mereka suruh Musyrikin Mekah tanya Nabi tiga soalan yang Allah jawap dalam surah Kahfi. Maka, telah ada hubungan dengan ahlil Kitab dan kerana itu dalam ayat ini, Allah sudah mula menyentuh tentang mereka. Ini adalah satu fahaman/bacaan dari ayat ini.

Satu lagi kefahaman yang kita boleh ambil adalah, ‘kitab’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Quran. Bermaksud, orang Islam yang telah diberikan dengan Quran. Yang memang menggelar diri mereka orang Islam pun. Kalau zaman sekarang, mereka ini adalah golongan ‘tok guru-tok guru agama’. Mereka adalah guru-guru yang berpegang dengan ‘Ajaran Sifat 20’. Merekalah yang mengamalkan dan mengajar tawasul kepada anak murid mereka. Merekalah yang mengajar amalan ‘tolak bala’, dengan bacaan-bacaan wirid-wirid yang salah, yang bidaah, yang syirik dan sebagainya. Sebagai contoh, ada jenis ustaz yang bacakan doa pada air kolah dan kalau ada minta tolak bala, maka dia akan mandikan kereta dengan air kolah itu. Kononnya boleh buang sial. Merekalah juga yang mengajar anak murid, apabila baru beli kereta, bagi kepada ustaz pakai dulu supaya kereta itu tidak kemalangan. Malah, banyak lagi ajaran salah yang mereka ajar kepada anak murid. Tapi kerana golongan ini yang memegang kedudukan agama dalam masyarakat, semua masyarakat memandang benar belaka apa yang mereka buat. Padahal, semua amalan itu tidak ada dalil yang sahih dalam agama.

Ada ustaz yang terkenal sekarang ini yang mengajar manusia supaya kalau beli kereta baru, bagilah kereta itu dipakai oleh ustaz-ustaz dulu supaya kereta itu tidak kena bala. Ma sha Allah! Ingatlah bala itu bukan boleh ditolak begitu. Bala itu datang dari Allah kerana dosa kita atau sebagai ujian kita. Maka kalau kita kena bala, maka kenalah kita minta ampun kepada Allah dan minta Allah selamatkan kita dari musibah itu. Bukanlah dengan cara cari ustaz untuk tolak bala itu. Berhentilah jadi sami Hindu dan sami Buddha dalam masyarakat kita. Janganlah amalan kita sama dengan amalan agama lain yang syirik.

يَعْرِفُونَهُ

mereka mengenalnya

Perkataan يَعْرِفُونَهُ berasal dari perkataan ع ر ف yang bermaksud ‘mengenali sesuatu dari tandanya’. Sebagai contoh, semasa kita mencari anak kita dalam ramai-ramai budak, kita cari tanda-tandanya. Sebagai contoh, kita tahu anak kita pakai baju merah hari itu, maka kita cari budak yang pakai baju warna merah. Atau anak kita seorang yang tinggi, jadi kita cari budak yang paling tinggi dalam ramai-ramai itu.

Ada dua kemungkinan yang dimaksudkan ‘kenal’ dalam ayat ini:
1. Kenal Nabi Muhammad
2. Kenal Allah

Bagaimana kita tahu yang mereka kenal Nabi atau Allah? Kerana Allah tahu isi hati mereka dan Allah beritahu kita dalam ayat ini. Itu sudah cukup. Maklumat tambahan kita dapat dari kitab-kitab mereka sendiri.

Kalau kita terima ‘kitab’ dalam ayat ini adalah Quran, maka yang dikenal oleh mereka adalah Allah taala. Sebab kalau ditanya siapakah yang menjadikan langit dan bumi, siapa beri rezeki, mereka akan kata: Allah. Mereka kenal Allah taala dari Quran. Tapi walaupun mereka sepatutnya kenal Allah, tapi mereka beribadat kepada Allah bukan seperti yang Allah mahu. Mereka ikut amalan ibadat bukan seperti yang diajar oleh Quran dan Nabi Muhammad tapi mereka ambil dari ajaran-ajaran manusia.

كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ

seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri.

Mereka kenal sangat dengan Nabi kerana mereka tinggal bersama dengan Nabi. Mereka boleh lihat perangai Nabi macam mana. Dan mereka tahu bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Rasul kerana ada tanda-tanda kerasulan pada baginda. Atau sifat-sifat Nabi telah diberitahu kepada mereka oleh Nabi-Nabi mereka yang dahulu yang telah terdapat dalam kitab-kitab suci mereka.

Dalam sirah, kita boleh belajar bagaimana Salman al Farisi memang mencari Nabi akhir zaman. Beliau telah merantau sampai ke Madinah kerana dia telah tahu bahawa di situlah nanti akan tiba Nabi akhir zaman. Salman tahu maklumat itu kerana pendita-pendita tempat dia belajar dari kecil telah memberitahunya. Oleh itu, apabila beliau jumpa Nabi, beliau telah beli makanan dan sedekahkan kepada Nabi. Dia nak lihat samada Nabi makan atau tidak, kerana dia tahu yang seorang Nabi tidak boleh makan pemberian sedekah. Dan memang Nabi tak makan. Baginda telah menerimanya dan telah memberinya kepada sahabat yang lain.

Oleh itu, apabila ahli Kitab yang telah diberikan dengan Taurat dan Injil melihat tanda-tanda yang ada pada Nabi Muhammad, mereka kenal sangat. Macam mereka kenal anak sendiri, bermaksud mereka 100% pasti. Takkan kita tak kenal anak kita sendiri kan?

Kenapa dalam ayat ini hanya disebut ‘anak-anak lelaki’ dan tidak termasuk anak perempuan? Kerana:
1. Nabi Muhammad pun lelaki juga maka digunakan perumpamaan anak lelaki dalam ayat ini.
2. Bangsa Arab mementingkan anak lelaki.
3. Anak lelaki lebih senang dikenali. Kerana perempuan selalunya berkelubung.

Tapi walaupun mereka dah kenal dan pasti, mereka masih lagi tidak mahu beriman.

الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ

Orang-orang yang merugikan dirinya,

Mereka merugikan diri mereka kerana mereka tidak mahu beriman dengan Nabi Muhammad kerana mereka tahu yang itu memang seorang Rasul. Kerana mereka mahukan kedudukan dunia. Mereka sekarang dipandang tinggi dan mereka rasa kalau mereka menerima kenabian Nabi Muhammad, kedudukan mereka jatuh. Mereka tak mahu ‘rugi’ di dunia, maka mereka akan ‘rugi’ di akhirat.

Mereka juga tidak boleh terima Nabi Muhammad kerana baginda dari keturunan Nabi Ismail dan mereka pula dari keturunan Nabi Ishak. Mereka sombong kerana rasa mereka lebih mulia.

Mereka juga benci dan cemburu kepada Nabi Muhammad kerana Allah berikan pangkat kenabian itu kepada orang Arab. Selama ini, mereka pandang bangsa Arab sebagai satu bangsa yang hina kerana mereka tidak ada tamadun dan kerana mereka tidak ada agama yang ada kitab seperti mereka.

Mereka tidak mahu terima tauhid. Mereka tak mahu nak tinggalkan amalan syirik mereka.

Ayat ini mengajar kita, kalau kita telah nampak kebenaran, kita kena terima. Walaupun kalau ianya tidak sama dengan keinginan hati kita. Kita jangan tolak kebenaran itu. Walaupun mungkin kadang-kadang kita tak mampu lagi nak buat. Sebagai contoh, kita dah tahu yang memakai tudung adalah wajib bagi perempuan. Ada yang tak mampu lagi nak pakai. Itu memang berdosa. Tapi lagi teruk kalau dia tak mampu nak pakai, tapi dia tolak kewajipan bertudung itu dengan kata sebenarnya pakai tudung tak wajib.

Kita juga tahu dari ayat ini bahawa kita kena terima kebenaran walau dari mana dan siapa ia datang. Jangan kerana ia datang dari seseorang yang kita tak suka atau kita rasa rendah dari kita, kita tak terima. Kebenaran tetap benar. Kita kena buka hati kita untuk menerima kebenaran.

Mereka yang tak terima kebenaran telah merugikan diri sendiri. Bukan Allah yang rugi. Bukan orang yang bawa kebenaran itu yang rugi. Mereka yang rugi sendiri.

فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

mereka itu tidak beriman (kepada Allah).

Mereka itu sebenarnya tidak beriman, walaupun mereka pendita Yahudi dan paderi Yahudi yang kononnya kenal agama. Oleh kerana takut rugi dan sombong dengan kedudukan mereka, mereka tidak mahu beriman.

Dan kalau kita bandingkan dengan zaman sekarang, yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah golongan-golongan ahli bidaah. Mereka itu tidak beriman walaupun mereka itu digelar ‘ustaz’, orang yang kononnya tahu agama dan sebagainya. Kerana mereka telah lama memegang tampuk kedudukan agama. Kalau ada kenduri, merekalah yang dijemput. Kalau nak buat solat hajat, doa selamat, merekalah yang dijemput. Kalau nak buat Majlis Tahlil, merekalah tekongnya. Mereka tolak dan tidak beriman dengan jalan Sunnah, kerana kalau ikut Sunnah, tidak ada lagi amalan-amalan bidaah yang menguntungkan mereka itu.

————————————————————————–

Ayat 21:

6:21
Transliteration

Waman athlamu mimmani iftaraAAala Allahi kathiban aw kaththababi-ayatihi innahu la yuflihu aththalimoon

Sahih International

And who is more unjust than one who invents about Allah a lie or denies His verses? Indeed, the wrongdoers will not succeed.

Malay

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

وَمَنْ أَظْلَمُ

Dan siapakah yang lebih zalim

Siapakah lagi yang lebih zalim? Bermaksud tidak ada yang lebih zalim dari mereka yang sifat mereka akan disebut dalam bahagian ayat ini seterusnya. Maknanya, mereka ini adalah jenis yang paling zalim. Allah yang kata sendiri, bukan kita yang kata. Maknanya, memang mereka itu zalim.

Zalim itu ada bermacam-macam. Ada kezaliman yang dikenakan kepada diri kita, kepada orang lain dan kepada Allah juga. Tingkatan kezaliman pun banyak. Ayat ini memperkatakan tentang kezaliman yang paling tinggi sekali, iaitu berbuat kezaliman terhadap Allah.

Banyak ayat-ayat dalam Quran yang dimulai dengan وَمَنْ أَظْلَمُ ini. Ianya diulang-ulang kerana ianya adalah perkara besar. Semoga kita memberi perhatian terhadap ayat-ayat yang dimulakan dengan perkataan ini.

مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

daripada orang yang membuat-buat suatu kedustaan terhadap Allah,

Mereka itu mencipta dusta tentang Allah. Seperti ahli Kitab yang kata Allah ada anak lelaki. Iaitu Yahudi kata Nabi Uzair adalah anak lelaki Allah; dan Kristian mengatakan yang Nabi Isa adalah anak lelaki Allah. Musyrikin Mekah pula kata yang kata Allah ada anak perempuan – iaitu mereka mengambil malaikat-malaikat sebagai anak perempuan Allah. Ada yang kata Allah ada pasangan dan sebagainya. Itu semua adalah satu pendustaan yang amat besar sekali.

Bukan itu sahaja. Zaman sekarang pun ada ramai manusia yang berdusta atas nama Allah. Sebagai contoh, mereka mencipta sesuatu amalan baru dan mereka kata ianya dari Allah. Atau mereka kata ianya baik dalam agama. Padahal Allah tak pernah cakap macam itu. Sebagai contoh, ada amalan Solat Hajat berjemaah, Talqin, Majlis Tahlil, Kenduri Arwah dan macam-macam lagi. Inilah amalan dalam agama yang dinamakan ‘bidaah’. Yang kata ianya molek, tidak dapat memberikan dalil yang pernah Nabi atau sahabat buat, melainkan dalil yang batil sahaja – ramai orang buat, ulama kata boleh, ada dalam Kitab itu dan ini dan sebagainya. Itu adalah menzalimi Allah. Kerana agama ini adalah hak Allah, dan kalau kita pandai-pandai reka amalan baru, kita sudah ambil kerja Allah. Mereka akan ditanya tentang apakah amalan yang mereka cipta itu nanti. Lalu bagaimana pula dengan kita yang buat juga amalan itu tanpa usul periksa? Pun akan ada masalah nanti. Maka, tinggalkanlah amalan-amalan bidaah yang salah itu.

Kalau kita kata manusia lain cakap sesuatu tapi sebenarnya mereka tak pernah cakap pun adalah satu kesalahan besar. Itu baru dengan manusia. Apatah lagi kalau kita mereka-reka tentang Allah? Sebagai contoh, mereka mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Ingatlah bahawa yang boleh buat begitu hanya Allah sahaja. Jangan kita ambil kerja Allah.

Ramai juga ‘guru agama’ yang kata bermacam-macam perkara tanpa usul periksa. Antaranya, mereka kata Allah ‘kena’ buang bala dengan amalan tolak bala mereka. Oleh itu, mereka buat amalan mandi tolak bala, mandi bunga, bacaan zikir-zikir tertentu yang direka manusia dan macam-macam lagi.

Perkataan افْتَرَىٰ bermaksud mereka-reka sesuatu perkara dengan mudah, tanpa rasa bersalah pun. Macam kecil sahaja benda itu. Padahal, ianya perkara yang besar. Mereka akan ditanya nanti tentang perkara itu di hadapan Allah. Mereka tidak perasan bahawa apa yang mereka lakukan adalah perkara yang besar. Sebagai contoh, kenduri arwah. Ianya nampak mudah sahaja kerana sudah ramai orang buat. Tapi, mereka tidak perasan bagaimana ianya telah menyusahkan keluarga yang kena susah payah bagi orang makan. Padahal mereka baru sahaja kehilangan ahli keluarga.

أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ

atau mendustakan ayat-ayat-Nya?

Mendustakan itu bermaksud mereka kata ayat-ayat Quran yang dibaca itu adalah dusta belaka. Musyrikin Mekah tidak terima ayat-ayat Quran. Macam-macam tohmahan mereka berikan. Antaranya mereka kata Nabi reka sendiri, atau baginda cedok dari kitab-kitab lama, dongengan lama, dan sebagainya lagi.

Mendustakan itu juga bermaksud menolak ayat-ayat Quran. Apabila diberitahu kepada mereka dalil dari ayat-ayat Quran, mereka tidak mahu terima. Sebab kalau mereka terima ayat-ayat itu benar, tentulah mereka akan mengikutinya. Oleh itu, kalau kita kata sesuatu perkara itu salah dan kita beri dalil dari ayat Quran, tapi mereka buat tak tahu sahaja, bermakna mereka juga mendustakan. Kerana kalau mereka terima ianya adalah benar, maka tentulah mereka akan terima.

إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang aniaya itu tidak mendapat kejayaan.

Perkataan يُفْلِحُ diambil dari perkataan ف ل ح yang bermaksud ‘kejayaan’. Itu bermaksud seseorang itu:
1. Mencapai apa yang dikehendakinya
2. Selamat dari apa yang tidak disukainya

Kena ada dua-dua perkara itu barulah dikatakan ف ل ح. Kerana kalau ada salah satu sahaja, tidak lengkap. Katakan lah seseorang itu dapat apa yang dia kehendaki, tapi dia tidak selamat dari apa yang tidak disukainya, itu tidak berjaya namanya. Begitu juga kalau dia selamat dari apa yang tidak disukainya, tapi dia tidak mendapat apa yang dia kehendaki, itu pun bukan kejayaan yang penuh.

Oleh itu, bukanlah kejayaan kalau seseorang itu hanya masuk syurga setelah masuk sekian lama dalam neraka. Kita tak mahu langsung nak masuk neraka. Tengok tak mahu, dengar pun tidak, cium bau neraka pun kita tidak mahu. Ini ada satu masalah orang Islam kita: Mereka kata kalau orang Islam masuk neraka, ianya hanya sementara sahaja – akhirnya akan masuk syurga juga. Itu adalah satu pemahaman yang amat bodoh sekali, itulah mereka yang tidak belajar apakah neraka sebenarnya, sampaikan mereka tidak takut neraka. Mereka ingat masuk neraka itu perkara kecil sahaja sampaikan mereka tak takut.

Oleh itu, sesiapa yang mereka-reka tentang Allah dan tidak beriman dengan ayat-ayat Allah tidak akan dapat berjaya.

Tapi kadang-kadang kita lihat orang yang buat syirik pun berjaya juga dalam hidup mereka – mereka kaya dan mendapat sanjungan masyarakat. Tidakkah mereka berjaya? Tidak. Kerana kejayaan itu banyak jenis. Dan kejayaan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kejayaan yang sebenar-benarnya iaitu dapat masuk syurga. Kalau setakat kejayaan di dunia yang tidak kekal ini, ianya tidak bermakna kalau tidak berjaya di akhirat. Yang kita hendak adalah kejayaan di dunia dan akhirat.

————————————————————–

Ayat 22:

6:22
Transliteration

Wayawma nahshuruhum jameeAAan thummanaqoolu lillatheena ashrakoo ayna shurakaokumu allatheenakuntum tazAAumoon

Sahih International

And [mention, O Muhammad], the Day We will gather them all together; then We will say to those who associated others with Allah , “Where are your ‘partners’ that you used to claim [with Him]?”

Malay

Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: “Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?”

وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا

Dan (ingatlah), hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya

نَحْشُرُهُمْ bermaksud mereka akan dikumpulkan macam mengumpul binatang. Apabila dikumpulkan, mereka akan dimasukkan ke dalam kumpulan-kumpulan masing-masing. Semua makhluk akan dikumpulkan di Mahsyar nanti. Tapi layanan kepada mereka yang baik dan zalim tidak sama.

Semua makhluk akan kena hadir. Tidak ada yang dapat lari. Kalau di dunia, kita boleh lagi nak lari kalau ada perkumpulan yang wajib. Macam kalau perjumpaan di sekolah, ada sahaja pelajar yang tak datang. Atau kalau kena panggil dengan mahkamah, masih ada lagi yang boleh lari tak datang ke mahkamah. Tapi tidak dengan perhimpunan Allah nanti. Perhimpunan ini tidak boleh kita elakkan. Tapi kalau perhimpunan di dunia kita susah nak buat, maka kita akan susah dalam perhimpunan di Mahsyar nanti. Kalau susah nak solat berjemaah di masjid, kita akan susah dalam perhimpunan akhirat nanti.

ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا

kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik:

Perkataan ثُمَّ dalam ayat ini merujuk kepada satu masa yang lama berlalu. Bukanlah selepas sahaja makhluk dibangkitkan di hari Kiamat, mereka terus dibicarakan. Tapi sebaliknya, satu jangka masa yang amat lama akan berlalu barulah perbicaraan akan di jalankan. Semua kena menunggu dalam masa yang lama. Masanya amat lama sampaikan mereka akan minta tolong kepada Nabi satu persatu untuk mempercepatkan hisab. Mereka akan mulakan minta pertolongan dari Adam a.s. Tapi dari Nabi Adam sampailah kepada Nabi-Nabi yang lain tidak berani untuk berdoa kepada Allah untuk mempercepatkan hisab, sampailah mereka sampai kepada Nabi Muhammad. Barulah Nabi Muhammad akan sujud berdoa kepada Allah. Kisah ini disebut dengan panjang lebar dalam hadis.

Setelah sekian lama, Allah akan bercakap kepada puak-puak Musyrik. Kita tak tahulah bagaimana cara Allah bercakap itu. Tentunya dalam keadaan marah. Tentunya bukan dalam keadaan lemah lembut dengan mereka. Ini kerana mereka telah melakukan syirik semasa mereka di dunia dulu.

أَيْنَ شُرَكَاؤُكُمُ

“Di manakah sembahan-sembahan kamu?

Manakah entiti-entiti yang kamu jadikan sama kedudukan dengan Allah dulu? Sepatutnya mereka sembah Allah sahaja, puja Allah sahaja, zikir kepada Allah sahaja, mengharap kepada Allah sahaja – tapi mereka buat perkara yang sama kepada makhluk yang lain. Itu adalah perbuatan syirik. Mana mereka? Kenapa mereka tidak ada di sini dan menolong kamu?

Allah gunakan perkataan شُرَكَاؤُكُمُ yang dalam bentuk jamak kerana ada banyak jenis syirik yang manusia lakukan. Banyak jenis tuhan-tuhan sembahan mereka. Ada yang puja berhala, ada yang puja Nabi, ada yang pula malaikat dan ada yang puja wali. Berjenis-jenis sampaikan tidak mungkin kita boleh nak senaraikan di sini.

الَّذِينَ كُنتُمْ تَزْعُمُونَ

yang dulu kamu yakin dengan mereka?”.

تَزْعُمُونَ bermaksud ‘agak-agak yang yakin’. Iaitu yakin tanpa ilmu. Percaya sahaja tanpa ada dalil yang sah. Perkara itu tidak ada ilmu, tapi mereka yakin. Yakin dengan cara yang bodoh.

Dulu mereka yakin yang wali, malaikat dan Nabi itu boleh jadi sebagai ‘kabel’ antara mereka dan Allah. Mereka sangka, Nabi, wali dan malaikat itulah yang akan jadi peguam untuk membela mereka. Dulu mereka yakin begitu. Sebab mereka yakinlah mereka telah mengamalkan tawasul. Tapi ayat ini menjelaskan bahawa mereka itu tidak dapat tolong langsung. Mereka tak ada pun di Mahsyar untuk menolong mereka. Tentu mereka kelam kabut bila lihat yang mereka ingat akan bantu mereka tidak ada.

Maka jangan berharap selain Allah. Sama macam benda dalam dunia – telefon, kereta, apa sahaja. Semua perkara selain Allah tidak boleh diharap. Boleh kita pakai, tapi kalau nak harap 100% tidak boleh. Dengan orang pun begitu juga. Jangan kita mengharap yang seseorang akan bantu kita sentiasa. Sebagai contoh, kita ada pasangan hidup – dengan pasangan hidup kita pun kita tidak boleh yakin 100% yang dia akan tetap sayang kepada kita.

Ayat ini adalah tentang kejadian pada Hari Mahsyar nanti. Ini adalah satu contoh dimana Allah akan bertanya kepada ramai orang pada satu masa. Dalam keadaan lain, ada yang akan mengadap Allah sorang-sorang. Dua-dua keadaan ini akan berlaku.

Ini mengingatkan kita bahawa kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dan akan ditanya tentang apakah yang kita telah lakukan semasa di dunia. Apakah yang akan ditanya kepada kita agaknya? Apakah jawapan kita? Adakah kita akan jawap dengan yakin dan benar, atau kita akan cuba menipu Allah? Memang ayat ini tentang soalan kepada musyrikin. Tapi kita ingatlah bahawa kita pun akan ditanya juga. Ma sha Allah!

————————————————–

Ayat 23:

6:23
Transliteration

Thumma lam takun fitnatuhum illa an qaloowallahi rabbina ma kunnamushrikeen

Sahih International

Then there will be no [excuse upon] examination except they will say, “By Allah , our Lord, we were not those who associated.”

Malay

Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: “Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ

Kemudian tiadalah jawapan alasan dari mereka,

ثُمَّ digunakan untuk merujuk jawapan mereka selepas mereka ditanya mana dia entiti-entiti yang mereka syirik kan itu?
Perkataan فِتْنَتُهُمْ itu dari katadasar ف ت ن yang kita biasa faham sebagai fitan yang bermaksud ‘dugaan’. Ia juga bermaksud ‘alasan’ sepertimana yang digunakan dalam ayat ini. Iaitu selepas kita dituduh dengan sesuatu, kita beri alasan. Ini adalah kerana setiap soalan dan jawapan adalah dugaan sebenarnya. Kerana entah jawapan dan alasan kita itu diterima atau tidak.

Mereka tidak ada balasan kepada pertanyaan Allah itu.

إِلَّا أَن قَالُوا

kecuali mereka mengatakan:

وَاللَّهِ رَبِّنَا

“Demi Allah, Tuhan kami,

Tidak ada jawapan lain yang mereka boleh beri melainkan waktu itu mereka akan mengaku yang Allah adalah Tuhan mereka.

مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ

tiadalah kami mempersekutukan Allah”.

Ini sahaja jawapan yang mereka boleh bagi. Mereka tidak mengaku yang mereka telah buat syirik semasa di dunia dulu. Mereka akan kata mereka sembah dan buat ibadat kepada sembahan-sembahan mereka itu kerana hendak mendekatkan diri mereka dengan Allah sahaja. Iaitu mereka kata tujuan mereka sebenarnya baik.

Mereka waktu itu berdusta di hadapan Tuhan. Kerana mereka tak sangka yang amalan tawasul mereka itu adalah syirik. Mereka lalai dalam belajar agama sampai mereka tak tahu yang apa yang mereka buat dulu di dunia adalah salah.

Ataupun mereka tahu, tapi mereka buat juga amalan syirik mereka itu. Oleh itu, apabila Allah tanya mereka, mereka terpaksa menipu. Kerana mereka tidak ada jawapan lain. Mereka yang menipu di dunia akan menipu di akhirat juga nanti. Sebab dah selalu sangat menipu, ianya dah jadi perangai natural dia dah. Mereka menipu secara otomatik. Semoga kita tidak jadi begitu.

Dari sini juga kita tahu yang di akhirat nanti, ada manusia yang akan cuba menipu untuk melepaskan diri mereka. Tapi penipuan mereka tidak akan berjaya. Mungkin di dunia mereka boleh tipu manusia. Mereka akan beri macam-macam dalil dan hujah mereka untuk menghalalkan syirik dan tawasul yang mereka lakukan. Mereka akan kata itu dan ini bukan syirik tapi benda yang elok. Mereka akan kata bahawa tawasul itu bagus, dituntut dalam agama. Mereka akan beri dalil-dalil batil – iaitu dalil dari kitab, dalil akal, dalil ulama itu dan ini buat – macam-macam. Itu semua adalah tipu belaka. Tapi di akhirat nanti, mereka takkan selamat. Lihatlah ayat seterusnya.

——————————————————————-

Ayat 24:

6:24
Transliteration

Onthur kayfa kathabooAAala anfusihim wadalla AAanhum ma kanooyaftaroon

Sahih International

See how they will lie about themselves. And lost from them will be what they used to invent.

Malay

Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu.

انظُرْ

Lihatlah

Allah suruh kita ‘lihat’. Seperti ianya sedang berlaku dan kita sedang menyaksikan kejadian itu. Padahal ianya bukan terjadi lagi kerana ini adalah kejadian hari Akhirat. Kenapa begitu? Ini adalah salah satu dari lenggok bahasa Quran. Walaupun ianya belum berlaku lagi, tapi kerana ianya PASTI akan berlaku, maka Allah gunakan bahasa present tense macam ianya sedang berlaku di hadapan mata kita.

كَيْفَ كَذَبُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ

bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri

Mereka sedang berdusta kepada Allah, tapi kenapa dikatakan mereka mendustakan diri sendiri? Kerana setiap kali seseorang itu menipu, dia adalah menyusahkan dirinya sendiri. Ianya hanya membawa mudharat sahaja. Tidaklah pernah penipuan itu akan menguntungkan orang yang menipu. Sebab itulah Allah kata mereka ‘berdusta kepada diri mereka sendiri’.

Tambahan pula segala penipuan mereka itu akan dijadikan hujah terhadap mereka nanti. Mereka akan dibentangkan dengan apa yang mereka telah katakan, dan akan dijadikan sebagai dalil hujjah terhadap mereka nanti. Mereka lagi teruk kena.

وَضَلَّ عَنْهُم

dan hilanglah daripada mereka

Tidaklah ada yang dapat menolong mereka kerana apa yang mereka lakukan itu adalah sia-sia. Sembahan-sembahan mereka tidak ada nak menolong mereka.

مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ

sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan.

Sembahan-sembahan itu adalah hanya rekaan sahaja. Tidaklah pernah Nabi Muhammad suruh beri fatihah kepadanya. Tidaklah malaikat suruh kita kita beri salam kepadanya. Saya sendiri semasa belajar tarekat dulu diajar beri salam kepada sepuluh malaikat yang besar. Kononnya supaya malaikat-malaikat itu kenal kita dan boleh tolong bila diperlukan. Golongan silat pula banyak yang amal ‘Jibril di kananku, Mikail di kiriku….’ dan banyak lagi amalan lain yang mengarut.

Banyak guru-guru di Malaysia ini yang buat amalan mengarut. Sebagai contoh, ada guru di Kelantan yang apabila baca seribu wirid fi kulli lamhatin, pada seketul batu sungai, dia akan simpan. Apabila dia mati, dia wasiatkan kepada anak muridnya supaya dia ditanam dengan batu-batu itu. Kononnya, supaya batu itu jadi saksi untuknya nanti. Memang wirid dan zikir itu baik, tapi apabila dijadikan dalam bentuk yang tidak pernah diajar oleh Nabi, maka ianya jadi amalan karut. Cukuplah sahaja kita dengan amalan yang Nabi ajar kepada sahabat-sahabat baginda. Ikut itu sahaja pun belum tentu boleh habis lagi buat.

Ada kisah bagaimana ada guru yang buat majlis tahlil dengan mualaf yang baru masuk Islam. Tahlil itu pula untuk ibubapa para mualaf itu yang kafir dulu. Ustaz itu kata supaya dengan bacaan tahlil itu mudah-mudahan ibubapa mereka yang mati kafir dulu itu boleh masuk syurga! Ma sha Allah! Mana mungkin boleh jadi begitu? Sedangkan mereka itu mati tanpa pernah mengucap dua kalimah syahadah?! Itulah contoh-contoh amalan salah yang sekarang ini diamalkan oleh mereka-mereka yang jahil.

Oleh itu, apabila kita diberikan dengan sesuatu amalan oleh guru mana-mana, tanya kepada mereka: “dapat dari mana amalan ini, ustaz?” Kalau mereka beri dalil bahawa ianya adalah dari Nabi, maka barulah amalkan. Kalau dia kata selain dari itu, maka tinggalkan sahaja. Mungkin anda belum nampak lagi manakah salahnya amalan itu, tapi kalau amalan itu bukan dari Nabi sahaja, maka kemungkinan besar, ianya ada masalah.

——————————————————————-

Ayat 25:

6:25
Transliteration

Waminhum man yastamiAAu ilayka wajaAAalnaAAala quloobihim akinnatan an yafqahoohu wafee athanihimwaqran wa-in yaraw kulla ayatin la yu/minoo bihahatta itha jaooka yujadiloonakayaqoolu allatheena kafaroo in hatha illa asateerual-awwaleen

Sahih International

And among them are those who listen to you, but We have placed over their hearts coverings, lest they understand it, and in their ears deafness. And if they should see every sign, they will not believe in it. Even when they come to you arguing with you, those who disbelieve say, “This is not but legends of the former peoples.”

Malay

Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: “Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu”.

وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ

Dan di antara mereka ada orang yang mendengar (bacaan)mu,

Ada antara musyrikin Mekah itu yang datang dan dengar bacaan Quran Nabi Muhammad. Mereka memang mendengar betul-betul kerana perkataan يَسْتَمِعُ digunakan. Kalau سمع sahaja, itu baru ‘mendengar’ sahaja. Mereka dengar betul-betul sebab mereka suka nak dengar. Sebab bacaan Quran itu memang sedap, tambahan pula Nabi yang baca, lagilah sedap didengari. Tapi pendengaran mereka itu tidak memberikan hasil kepada mereka. Mereka masih juga tidak mahu beriman.

Ayat ini juga menguatkan pengetahuan kita bahawa keindahan Quran memang hebat sampaikan orang kafir pun boleh jadi suka dan terpesona dengan bacaannya. Dari dulu sampai sekarang. Samada mereka suka dengar bacaan atau mereka kagum dengan keindahan bahasa yang digunakan. Dan ada yang mengkaji Quran dan mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam Quran adalah tepat sekali. Tapi mereka masih tidak mahu beriman.

Ayat ini mengisahkan bagaimana ada yang datang nak dengar-dengar sahaja kepada Nabi mengajar Quran. Tapi mereka mereka bukan nak beriman. Dalam sirah, kita boleh tahu bahawa ayat ini berkenaan dengan tiga orang pemuka Quraish yang mendengar-dengar bacaan Quran dari Nabi semasa Nabi solat qiyamullail. Mereka mendengar secara senyap-senyap. Mereka pergi sendiri-sendiri tapi akhirnya mereka telah bertembung sesama mereka. Mereka itu adalah Abu Jahal, Abu Sufyan dan Akhnaz bin Syuraikh. Ini boleh dibaca dalam blog http://visitor74.wordpress.com/2014/09/02/seerah-episode-54-the-undeniable-truth/

Mereka-mereka itu antaranya adalah mereka yang ada kedudukan dalam agama. Atau dipandang orang sebagai ‘tahu agama’. Jadi mereka datang kononnya nak tengok betulkah ajaran itu. Macam zaman sekarang pun ada juga yang datang kelas tafsir cuma nak dengar-dengar sahaja. Bukan nak belajar betul-betul. Mungkin ada kawan atau keluarga mereka yang belajar tafsir dan mereka pun diajak juga, maka mereka ikut sama. Kononnya mereka nak ‘check’, betulkah ajaran itu. Tapi hati mereka bukan mahukan kebenaran. Jadi apabila dalam kelas itu disebut perkara-perkara yang tak kena dengan faham mereka, dengan amalan mereka yang mereka amalkan selama ini, mereka tak mahu terima. Mereka kata guru yang mengajar tafsir itu pula yang salah.

Bukan semua macam begini. Ayat ini dimulakan dengan perkataan وَمِنْهُم – sebahagian dari kalangan mereka. Orang kafir berjenis-jenis. Ada yang sembah berhala dan ada yang sembah benda lain. Ada yang ketua dan ada yang ikut-ikut sahaja. Ada yang menentang Islam dan ada juga yang buat tak tahu sahaja. Ada juga yang kafir tapi mereka tolong juga orang Islam. Mereka tolong kerana hati mereka memang baik, cuma tidak terbuka lagi untuk terima Islam.

وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً

padahal Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka

Kenapa selepas mereka mendengar Quran, mereka masih juga tidak mahu beriman? Kerana hati mereka telah tertutup kepada kebenaran. Mereka dari awal lagi tidak mahu beriman. Mereka telah ada prejudis sebelum dengar lagi tafsir Quran.

أَكِنَّةً adalah halangan atau penutup yang tak dapat dipecahkan.

أَن يَفْقَهُوهُ

(sehingga mereka tidak) memahaminya

Mereka dah dengar tapi mereka tak dapat faham. Kenapa sampai begitu? Kerana mereka datang bukan nak belajar tapi nak dengar dan mencari-cari kesalahan. Nak cari bukti bahawa apa yang Nabi ajar itu adalah ajaran salah. Kerana kesombongan mereka. Sama sahaja dengan mereka yang datang kelas yang mengajar sunnah, tapi mereka bukan nak cari kebenaran tapi mereka nak cari hujah untuk menentang sunnah.

Oleh kerana hati mereka memang tak mahu nak terima agama, Allah akan letakkan penutup itu atas hati mereka. Niat mereka sendiri sudah salah semasa mereka datang dengar bacaan Quran.

وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا

dan (Kami letakkan) pemberat di telinganya.

وَقْرًا dari kata dasar و ق ر yang bermaksud ‘beban’. Seperti beban berat yang dibawa oleh keldai. وَقْرًا digunakan dalam ayat ini untuk menceritakan keberatan seseorang untuk mendengar. Dia bukan pekak, tapi berat nak dengar.

Ayat ini juga mengajar kita bahawa tidak semua mereka yang mendengar Quran itu akan mendapat manfaat. Mereka cuma dengar sahaja, tapi tidak masuk ajaran Quran itu dalam hati mereka. Kerana niat mereka dengar itu bukan nak belajar, bukan nak dapat faham agama.

Macam kebanyakan orang kita juga. Ramai yang baca Quran. Tapi mereka tak faham. Ramai yang baca Quran, tapi gunakan Quran sebagai ‘azimat’. Baca potongan ayat sekian-sekian, untuk dapat sekian-sekian. Sebagai contoh, baca ayat Seribu Dinar sebab nak dapat rezeki. Itu semua mereka dapat dari ajaran guru-guru yang tak bertauliah. Yang dapat maklumat dari kitab-kitab karangan manusia.

Ini amat menakutkan kita. Takut kita pun tergolong dalam golongan yang baca dan dengar Quran tapi tidak mendapat manfaat dari Quran.

وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ

Dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran),

Kalau pun mereka lihat semua tanda kenabian Nabi,

لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا

mereka tetap tidak mau beriman kepadanya.

Mereka masih juga tidak mahu beriman. Mereka akan kata: ini bukan ajaran tok guru kita. Apabila kita beri ayat Quran yang mengandungi ajaran tauhid, mereka tak terima. Mereka kata takkan tok guru mereka salah; takkan tok guru mereka nak masuk neraka?

Kalau ayat hukum hakam seperti solat dan sebagainya, mereka tiada masalah terima. Oleh kerana itu, kalau di surau-surau dan masjid-masjid, selalunya yang diajar adalah tentang fekah sahaja tak habis-habis. Yang tentang tauhid, tak diajar pun.

Ini memberitahu kepada kita, kalau seseorang itu sudah ada niat lain selain dari hendak mencari kebenaran, maka mereka tidak akan mendapat manfaat. Bukan dari Quran sahaja. Katakanlah seseorang itu berhujah, berbincang tentang hal agama, tapi dalam hatinya, bukan hendak mencari kebenaran tapi hendak menegakkan hujahnya sahaja, maka dia tidak akan mendapat kebenaran. Walaupun kebenaran itu betul-betul di hadapan matanya.

حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوكَ

hingga apabila mereka datang kepadamu

يُجَادِلُونَكَ

Mereka akan membantahmu,

Mereka nak melawan sahaja. Walaupun mereka tidak ada alasan nak tolak ayat-ayat Quran itu. Walaupun di sudut hati mereka, mereka tahu bahawa ianya adalah satu kebenaran.

Mereka tidak setuju dengan tafsir Quran yang diberikan kepada mereka. Oleh itu mereka membantah. Mereka tak boleh nak kata ayat Quran itu salah, jadi mereka akan kata ‘tafsir’ kita yang salah.

يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا

orang-orang kafir itu berkata:

إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

“Al-Quran ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu”.

أَسَاطِيرُ adalah kisah-kisah dongeng dahulukala. Ianya dari katadasar س ط ر iaitu kisah yang dibuat-buat. Macam kisah dongeng – ditambah-tambah dengan maklumat-maklumat yang merapu. Termasuk juga mitos. Iaitu ramai orang tahu tentangnya, tapi ianya tidak benar. Semua orang tahu ianya tidak benar, tapi manusia masih juga menceritakannya. Kerana walaupun ianya tidak benar, tapi manusia masih juga suka nak dengar.

Itulah mereka kata tentang Quran. Mereka beri hujah yang lemah. Mereka kata ianya adalah kisah dongeng sahaja. Mereka cakap begitu kerana mereka nak kata yang ianya bukan wahyu dari Allah tapi diambil dari kisah-kisah dahulu.

Mereka nak kata mereka suka dengar sahaja. Macam juga kalau mereka dengar kisah-kisah dongeng. Macam orang kita – suka dengar musabaqah Quran, tapi mereka tak faham pun apa yang dibaca.

————————————————————————–

Ayat 26:

6:26
Transliteration

Wahum yanhawna AAanhu wayan-awna AAanhuwa-in yuhlikoona illa anfusahum wama yashAAuroon

Sahih International

And they prevent [others] from him and are [themselves] remote from him. And they do not destroy except themselves, but they perceive [it] not.

Malay

Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.

وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ

Dan mereka melarang (orang lain) dari Al-Quran

Pemuka-pemuka Musyrikin Mekah itu menghalang orang lain dari pergi kepada Nabi dan mendengar bacaan Quran dari baginda. Mereka tahu, kalau orang pergi dengar, ada kemungkinan yang mendengar itu akan masuk Islam.

Mereka kata tak perlu dengar sebab ianya hanyalah kisah-kisah dongeng sahaja, bukan boleh pakai untuk zaman sekarang.

Pada zaman sekarang, mereka ini adalah mereka yang larang orang lain belajar tafsir dengan ustaz yang mengajar tafsir Quran dengan ajaran tauhid. Mereka tuduh itu adalah ajaran salah.

Berbagai-bagai cara digunakan oleh manusia untuk menghalang manusia dari kebenaran. Antaranya mereka akan mengeluarkan penipuan, beri hujah yang batil dan sebagainya.

وَيَنْأَوْنَ عَنْهُ

dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya,

Sudahlah mereka halang anak murid mereka dari belajar tafsir Quran, malah mereka sendiri pun tidak mahu belajar. وَيَنْأَوْنَ dari perkataan bermaksud ‘menjauhkan diri kerana sombong’. Mereka rasa mereka lagi pandai, mereka lagi benar.

وَإِن يُهْلِكُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ

dan mereka tidaklah membinasakan sesiapa melainkan diri mereka sendiri,

Mereka membinasaan diri mereka kerana mereka tak tahu tentang tauhid. Oleh kerana itu mereka buat benda yang syirik kerana mereka tak tahu. Maka, amalan mereka dalam solat, puasa dan sebagainya tidak diterima. Tidak ada pahala langsung. Ianya hilang lenyap.

Kalau mereka tidak mahu kepada Quran, mereka tidak merosakkan sesiapa pun melainkan dirinya sendiri. Dia sendiri yang rugi.

وَمَا يَشْعُرُونَ

sedang mereka tidak menyadari.

Inilah yang menyedihkan. Mereka tak sedar pun yang mereka sebenarnya telah sesat.

———————————————————————-

Ayat 27: Ini adalah apa yang akan terjadi di akhirat kelak.

6:27
Transliteration

Walaw tara ith wuqifoo AAalaannari faqaloo ya laytananuraddu wala nukaththiba bi-ayatirabbina wanakoona mina almu/mineen

Sahih International

If you could but see when they are made to stand before the Fire and will say, “Oh, would that we could be returned [to life on earth] and not deny the signs of our Lord and be among the believers.”

Malay

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.

وَلَوْ تَرَىٰ

Dan jika kamu (Muhammad) melihat

Kalaulah kamu boleh melihat keadaan mereka nanti. Ianya adalah sesuatu amat menakutkan sekali.

إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ

ketika mereka diberhentikan ke neraka,

وُقِفُوا bermaksud berdiri di satu tempat. Seperti ‘wuquf’ di Arafah. Lebih tepat lagi, وُقِفُوا bermaksud mereka ‘diberhentikan’ oleh malaikat di situ. Bukanlah mereka suka-suka nak duduk di hadapan neraka pula. Tapi mereka akan dipaksa.

Itulah mereka yang melarang orang belajar tafsir dan mereka sendiri tidak mahu belajar. Oleh itu, mereka buat salah dalam agama. Mereka tidak tahu tentang agama Islam. Oleh itu, apabila ada orang Syiah datang, mereka tak boleh lawan kerana akidah mereka dan Syiah itu sama sahaja. Mereka sahaja yang tak tahu. Apabila mereka diajar dengan amalan yang salah, mereka tak tahu pun yang amalan itu adalah amalan yang salah.

فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا

lalu mereka berkata: alangkah sesalnya kami, alangkah celakanya kami, alangkah baiknya kalau,

Iaitu mereka waktu itu berharap. Berharap kepada sesuatu yang mereka takkan dapat. Apa yang mereka harapkan itu mereka tidak akan dapat.

نُرَدُّ

“Kiranya kami dikembalikan (ke dunia)

Banyak sekali ayat sebegini dalam Quran. Mereka semua akan berharap semoga mereka dikembalikan ke dunia. Tidak ada disebut dalam Quran yang mereka itu minta ampun di akhirat kelak. Kerana mereka tahu yang istighfar mereka tidak akan diterima. Maka, yang mereka minta adalah dikembalikan ke dunia semula supaya mereka boleh memperbetulkan kesalahan mereka dulu semasa mereka di dunia. Tapi malangnya tidak mungkin. Kerana dunia waktu itu pun dah dihancurkan pun.

وَلَا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا

dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami,

Baru mereka nak terima ayat Quran, kalau mereka boleh balik ke dunia. Semasa di dunia, mereka tidak mahu beriman, sekarang dah masuk neraka baru nak beriman.

Mereka mengaku yang dulu mereka telah mendustakan ayat-ayat Allah. Mereka di Mahsyar akan kata yang mereka takkan buat lagi.

وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

serta menjadi orang-orang yang beriman”,

Barulah mereka nak beriman. Bolehkah begitu? Akan dijawap dalam ayat seterusnya.

Allahu a’lam

Lompat ke ayat yang seterusnya

==================================

Ref: UR, NAK, TZ

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 006: al-An'am. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s