Tafsir Surah ad-Dukhan Ayat 1 – 18 (Orang mati tidak dapat mendengar)

Pengenalan

Surah ini adalah Surah Makkiah – diturunkan di Mekah. Salah satu dari surah-surah hawaamim – surah-surah yang dimulai dengan huruf muqattaah haa mim. Ada pertalian antara semua surah-surah hawaamim ini. Ini adalah salah satu surah yang dianjurkan untuk dihafal. Ada empat surah yang amat molek dihafal sebenarnya: Surah Mulk, Dukhan, Yaasin dan Sajdah.

Surah ini menceritakan tentang kekeliruan dalam berdoa. Ada salah faham dalam masyarakat kita yang selalunya menggunakan ‘tawasul’ yang dilarang dalam urusan doa mereka. Surah ini adalah salah satu dari surah ‘tujuh ha mim’ yang menjadi tafsir untuk ayat  وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ daripada surah Fatihah. Surah-surah hawamin itu adalah tentang ‘doa’ dimana kita diajar untuk hanya meminta kepada Allah, tanpa menggunakan perantaraan yang dilarang. Perantaraan itu dalam bahasa Arab dipanggil tawasul.

Seperti yang kita telah belajar sebelum ini, surah-surah Hamim Tujuh ini adalah berkenaan Tauhid dalam doa. Ini telah diberitahu dalam Surah Ghafir. Dan Dakwa surah ini sama seperti surah-surah Ha Mim yang lain – Tauhid dalam doa dan istianah. Cuma surah ini juga mempunya ‘Maksud’ surah yang tersendiri. Apabila diberitahu tentang tauhid dalam berdoa, maka ada kesamaran-kesamaran yang timbul dalam fikiran manusia. Untuk menjawap kesamaran-kesamaran itu, Allah turunkan 6 surah yang juga dimulai dengan lafaz haamin sebagai menjawap kesamaran dan kekeliruan itu. Dan Surah Dukhan ini mempunyai satu kesamaran yang hendak diperjelaskan kekeliruannya.

Surah Fussilat menjawap kekeliruan manusia yang pertama. Mereka kata apabila mereka seru selain dari Allah, mereka dapat apa yang mereka kehendaki. Allah beritahu dalam surah Fussilat, segala apa yang mereka dapat itu bukanlah tanda bahawa apa yang mereka lakukan itu benar.

Selepas itu, Surah Syura pula menjawap kekeliruan kedua: ada dalil-dalil yang mengatakan bahawa seruan selain kepada Allah itu boleh. Surah Syurga ini memberitahu, dalil yang boleh diterima adalah dalil dari wahyu dan dalil selain dari wahyu yang membenarkan melakukan perkara yang dilarang dalam wahyu adalah tertolak.

Selepas itu, Surah Zukhruf telah menjawap kekeliruan yang ketiga: Ada yang hujah kata mereka tidak minta kepada selain Allah itu tetapi, mereka cuma seru sahaja untuk mendapatkan sokongan dan syafaat dari wali, Nabi atau malaikat itu supaya doa mereka makbul. Dan juga supaya mereka mendapat syafaat dari mereka di akhirat kelak. Mereka kata mereka tidak minta terus kepada seruan-seruan mereka itu kerana mereka tahu bahawa yang boleh memakbulkan doa hanya Allah sahaja. Allah memberitahu bahawa inilah juga fahaman Musyrikin Mekah. Kalau masyarakat Islam kita pun ada fahaman sebegini, maka mereka pun sama sahaja dengan Musyrikin Mekah. Ini dinamakan Syirik fi Syafa’at.

Surah Dukhan ini hendak menjawap kekeliruan yang keempat:

Banyak ayat-ayat dalam Quran yang menyebut sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kesamaran tentang doa timbul kerana ada manusia yang kata, selain Allah, ada makhluk lain yang boleh dengar juga doa manusia dan tahu isi hati manusia yang berdoa. Mereka kata begitu kerana akidah syirik mereka. Mereka kata ada makhluk-makhluk yang boleh mendengar seruan manusia yang berdoa kepada mereka kerana kerana Allah telah beri berkat kepada mereka kerana kelebihan dan kemulian mereka, sampai mereka boleh dengar seruan manusia, walaupun mereka telah mati. Dan sekurang-kurangnya, mereka kata yang diseru itu boleh membawakan doa mereka kepada Allah dan memberi keberkatan kepada mereka.

Dan bukan hanya mendengar tapi boleh mengurus pula sebahagian dari alam. Maknanya mereka yang syirik itu berkata, makhluk seperti Nabi, wali dan malaikat itu ada dua-dua kuasa itu.

Bila mereka beriktikad yang sembahan mereka itu boleh mendengar dan mengurus, sebab itulah mereka doa kepada ilah selain Allah itu. Itu adalah akidah syirik dan mereka yang ada akidah seperti itu akan kekal dalam neraka. Allah hendak menekankan dalam surah ini bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar dan tahu doa kita, dan kerana itu kita harus doa dan seru hanya kepada Allah.

Allah turunkan Surah Dukhan ini untuk menolak faham salah ini. Dan maksud surah ini ada dalam ayat 6. Ayat itu memberitahu bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar. Iaitu dapat mendengar jenis pendengaran yang luarbiasa. Kerana makhluk pun dapat mendengar juga tapi tidaklah mereka mempunyai pendengaran luarbiasa seperti Allah. Ini adalah Konsep Tauhid dalam Mendengar. Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat itu.

Dan selain itu, Allah hendak memberitahu bahawa Dia sahaja yang tahu isi hati hamba walaupun tidak berbunyi. Ini tauhid dari segi ilmu pula. Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat itu.

 

Ayat 1: Ayat 1 – 6 ini adalah tentang Quran dan galakan terhadap mempelajarinya.

حم

Sahih International

Ha, Meem.

Malay

Haa, Miim.

حم

Haa, Miim.

Ini dinamakan Huruf Muqattaah. Kita tidak faham apakah maknanya yang sebenar. Allah sahaja yang tahu maknanya yang sebenar dan Allah sengaja tidak beritahu. Ada perkara-perkara yang Allah sengaja tidak beritahu kepada makhlukNya, termasuklah Nabi Muhammad sendiri. Kita adalah makhluk yang lemah yang banyak perkara yang kita tidak tahu. Memang banyak pendapat-pendapat yang diberikan tentang maksud huruf-huruf muqattaah ini, tapi kita katakan, ianya hanya setakat pendapat sahaja. Kerana tidak ada dalil yang sahih yang memberitahu kita apakah maksud sebenarnya.

Selalunya, selepas Allah menyebut huruf muqattaah, ayat seterusnya adalah tentang Quran:


 

Ayat 2: Allah menerangkan tentang Quran dalam ayat ini

وَالكِتابِ المُبينِ

Sahih International

By the clear Book,

Malay

Demi Al-Quran, Kitab yang menerangkan kebenaran.

وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ

Demi Al-Quran Kitab yang jelas dan menerangkan.

Allah bersumpah dengan kitabNya dalam ayat ini. Setiap sumpah ada perkara yang hendak ditekankan. Jadi, jawap kepada sumpah ini adalah: tidak ada satu tempat pun dalam Quran yang boleh diragui.

Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, ianya hendak menunjukkan kehebatan perkara itu. Banyak lagi perkara lain yang Allah gunakan dalam sumpahNya – masa, buah tin, buah zaitun dan macam-macam lagi. Oleh itu, sumpah Allah ini menunjukkan kehebatan dan kepentingan Quran. Perkara yang dijadikan sumpah oleh Allah adalah sesuatu yang amat penting yang kita kena berikan perhatian. Ianya bukanlah sesuatu yang biasa-biasa sahaja. Jangan kita ambil mudah dengan Quran ini. Jangan kita ingat dengan kita membaca sahaja ayat-ayatnya, sudah mencukupi. Itu adalah satu salah faham yang banyak dalam masyarakat. Mereka ingat mereka baca Quran hari-hari dah cukup dah, padahal tidak. Kita kena belajar tafsir Quran supaya kita faham apakah yang hendak disampaikan dalam Quran itu.

Allah memberitahu kepada kita bahawa kitab Quran ini adalah jelas nyata. Amat nyata kerana ayat-ayat Quran menerangkan perkara tauhid berkali-kali. Yang tak nyata hanyalah kepada mereka yang tak belajar. Kalau mereka baca terjemahan Quran pun, masih lagi tidak faham, kerana ada perkara tersirat yang hendak disampaikan. Oleh itu, sesiapa yang belajar tafsir Quran, akan tahu tentang apakah yang hendak disampaikan oleh Allah dan dia akan jelas tentang agama. Kerana panduan agama yang utama adalah Quran. Semua orang terima ianya adalah panduan yang utama. Tapi kenapa manusia masih tidak belajar tafsir Quran? Kenapa guru-guru yang ramai mengajar kepada masyarakat kita, mereka sendiri tak pernah belajar tafsir Quran? Apabila mereka tidak tahu tafsir Quran, bermakna mereka tidak faham tentang agama, dan apabila mereka sendiri tidak faham, mereka telah menyalurkan kekeliruan mereka kepada anak murid mereka. Hasilnya, apabila kita memberikan penerangan tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka, mereka tolak kita, mereka pula kata kita yang salah. Padahal, kita belajar tafsir Quran dan mereka tidak pernah pun. Kenapa yang jahil pula yang hendak mengajar mereka yang berilmu?

Apakah yang dijelaskan oleh Quran? Itulah kebenaran yang hendak diberitahu kepada manusia. Kebenaran yang ada dalam Quran itu akan membezakan antara haq dan batil. Untuk kita tahu samada sesuatu perkara itu benar atau tidak, rujukan utamanya adalah Quran, kedua – hadis yang sahih. Bukannya pendapat akal, kitab itu ini, ustaz itu ini dan ‘saya rasa’….


 

Ayat 3: Allah menerangkan maklumat baru tentang Quran kepada kita dalam ayat ini. Allah memberitahu kita ‘bilakah’ Quran diturunkan.

إِنّا أَنزَلناهُ في لَيلَةٍ مُبارَكَةٍ ۚ إِنّا كُنّا مُنذِرينَ

Sahih International

Indeed, We sent it down during a blessed night. Indeed, We were to warn [mankind].

Malay

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu

Perkataan yang digunakan dalam ayat ini adalah أَنزَلْ. Perkataan ini bermaksud ‘diturunkan’. Tapi lebih detail lagi, ia bermaksud ‘diturunkan sekaligus’. Oleh itu, ayat ini menceritakan yang Quran pada malam ini diturunkan sekaligus. Ada kalanya, Allah menyebut Quran diturunkan sekaligus dan kadangkala disebut Quran diturunkan berperingkat-peringkat. Ianya bergantung kepada konteks ayat itu. Dalam konteks ayat ini, Allah hendak menyentuh keadaan dimana Quran diturunkan sekaligus.

Allah menekankan dalam ayat ini yang Dia yang menurunkan Quran ini. Maka kena ambil tahu lah tentang apa yang hendak disampaikan dalam Quran ini.

 

فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ

pada satu malam yang berkat;

Salah satu pendapat mengatakan malam itu adalah pada 17 Ramadhan. Inilah malam yang dinamakan Lailatul Qadr. Dalam ayat lain, ada disebut bahawa Quran memang diturunkan dalam Lailatul Qadr. Cuma kita tidak pasti bilakah tarikh yang tepat.

Seperti yang kita sudah tahu, Quran itu diturunkan sedikit demi sedikit kepada Nabi Muhammad – mengambil masa selama hampir 23 tahun. Jadi mengapa disebutkan dalam ayat ini yang ianya diturunkan pada satu malam? Kita kena faham bahawa Quran itu diturunkan dalam dua fasa: pertama diturunkan sekaligus dan kemudian diturunkan berperingkat. Maksud ‘penurunan’ dalam ayat ini adalah penurunan Quran dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah – Langit Dunia. Dari Baitul Izzah inilah ayat Quran diturunkan sedikit demi sedikit kepada Nabi. Jadi, ayat ini hendak menceritakan tentang penurunan Quran peringkat pertama.

Ianya diturunkan pada malam yang ‘penuh berkat’. Menunjukkan kepentingan Quran kerana diturunkan pada malam yang khas. Sesuatu yang diturunkan pada malam yang khas tentunya sesuatu yang hebat dan penting. Seperti kita kalau pakai baju yang khas, kita pakai pada hari yang penting. Mungkin pada hari perbarisan, hari pernikahan kita, dan sebagainya. Lihatlah bagaimana Quran itu diturunkan pada malam yang amat mulia, iaitu malam Lailatul Qadr.

Malam ini penuh dengan berkat dan kebaikan. Dalam ayat lain, ada disebut yang malam ini lebih baik dari seribu bulan. Ianya adalah malam yang penuh berkat adalah kerana malam inilah diturunkan Quran. Ianya juga adalah malam amar (perintah) Allah untuk tahun itu diberikan (apa yang akan terjadi tahun itu, nasib setiap orang dan sebagainya). Dari sini menguatkan pegangan kita berapa pentingnya Quran.

Perkataan ‘berkat‘ membawa maksud sesuatu yang mengeluarkan kebaikan lebih dari apa yang diharapkan. Sebagai contoh, wang yang sedikit, tapi rasa macam banyak; Dan juga ia bermaksud sesuatu yang mengeluarkan kebaikan dari sesuatu. Sebab itulah Nabi suruh kita mencari-cari malam ini. Ianya akan memberi kebaikan kepada kita sepanjang tahun nanti.

Kita hendak juga menyentuh pendapat lain yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah malam ‘Nisfu Syaaban’. Banyak orang kita yang menyambut malam ini dan membuat amalan khas pada malam ini. Pendapat ini adalah pendapat yang lemah kerana ianya berdasarkan kepada hadis yang dhaif. Tambahan pula ianya bertentangan dengan ayat-ayat lain yang mengatakan Quran itu diturunkan dalam bulan Ramadhan. Ibn Abbas pun mengatakan yang Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan. Hadis-hadis yang berkenaan dengan Nisfu Syaaban adalah lemah dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan pegangan. Tetapi oleh kerana masyarakat kita jahil, mereka ikut sahaja apa yang telah diamalkan oleh orang sebelum kita.

Dari kajian ulama, didapati pendapat yang menyatakan kelebihan malam Nisfu Syaaban itu sebenarnya datangnya dari Syiah yang hendak mengelirukan umat Islam. Mereka hendak mengatakan bahawa Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh mereka akan dibangkitkan pada malam ini juga. Oleh kerana mereka sudah lama bertapak di negara ini, mereka telah menyelitkan amalan sesat mereka dalam masyarakat kita. Amat menyedihkan sekali, dalam kita benar-benar menentang Syiah di negara ini, tapi dalam masa yang sama, kita mengamalkan amalan mereka. Itu semua kerana jahil dan kerana beramal dengan hanya mengikut orang sahaja.

Satu lagi kekarutan masyarakat kita tentang Malam Lailatul Qadr adalah: mereka ada yang berpegang dengan pendapat yang mengatakan Nabi Khidr menjelma pada Malam Lailatul Qadr. Dan guru yang sesat telah mengajar masyaraat kita, kalau jumpa Nabi Khidr, pegang janggut beliau dan minta dipanjangkan umur dan diberikan harta yang banyak. Itulah ajaran yang mengarut. Sebenarnya itulah ajaran yang khurafat dan memperbodohkan manusia. Tambalan lagi, tiada dalil yang sah sebagai dalil yang boleh dipegang untuk menyatakan yang Nabi Khidr masih hidup lagi. Sememangnya amat ramai dalam masyarakat kita yang sangka Nabi Khidr masih hidup lagi. Maka, sudahlah diajar ajaran salah yang Nabi Khidr hidup lagi, diajar pula yang dia akan turun pada Malam Lailatul Qadr pula. Kemudian disuruh minta kepadanya benda-benda yang pelik. Maka semakin teruk masyarakat kita dibuai oleh ilmu-ilmu yang salah dan tidak bermanfaat langsung.

 

إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ

sesungguhnya Kami memberi ancaman

Inilah tujuan diturunkan Quran: untuk memberi amaran dan ancaman. Dalam Quran itu ada ancaman yang kita kena beri perhatian. Kalau kita tidak ikut apa yang disampaikan dalam Quran, maka kita akan mengalami masalah nanti di akhirat.

Allah sentiasa memberi peringatan dan ancaman kepada kita. Allah lakukan ini dari awal masa lagi. Bukanlah ianya perkara yang baru. Ini adalah satu rahmah dari Allah juga untuk mengingatkan kita. Kalau Allah tidak beritahu kita, tentu kita tidak tahu dan kalau tahu pun, tidak ingat.


 

Ayat 4: Allah menerangkan lebih lanjut lagi kepada kita apakah malam yang penuh berkat itu. Apakah yang terjadi pada malam itu?

فيها يُفرَقُ كُلُّ أَمرٍ حَكيمٍ

Sahih International

On that night is made distinct every precise matter –

Malay

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

فِيهَا يُفْرَقُ

pada malam itu, ditetapkan.

Perkataan يُفْرَقُ dari perkataan فرق yang bermaksud ‘memisahkan’. Apakah yang dipisahkan? فرق bermaksud ‘memisahkan antara dua perkara’. Iaitu ‘membezakan’ antara dua perkara. Iaitu dua perkara yang hampir sama supaya kita dapat membezakan antara keduanya. Supaya jelas apakah satu-satu perkara itu. Apakah yang ditetapkan pada malam itu?

 

كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

setiap perintah yang penuh hikmah

حَكِيمٍ bermaksud ‘penuh hikmah’, juga ‘yang tetap yang tidak boleh diubah’. Jadi أَمْرٍ حَكِيمٍ bermaksud ‘perintah yang tetap yang tidak boleh diubah’. Ianya tetap dan tidak boleh diubah lagi kerana ianya adalah perintah dari Allah. Kalau dari makhluk, boleh lagi diubah-ubah; Ianya adalah juga dari Allah yang Maha Bijaksana. Oleh itu, apa sahaja keputusan yang Allah telah tetapkan pada malam ini, ianya adalah satu ketetapan yang penuh hikmah.

أَمْرٍ itu adalah perintah Allah untuk dijalankan untuk tahun itu. Ianya telah ditetapkan pada tahun itu. Tahun depan akan diberikan penetapan yang baru. Seperti siapa yang akan dilahirkan, akan mati, jatuh sakit, apa yang dia akan dapat dan segala-galanya. Macam kalau dalam parlimen kita ada pembentangan belanjawan untuk tahun itu. Dalam belanjawan itu, akan diberitahu bagaimanakah kewangan negara akan dibelanjakan.

Maka, malam ini adalah malam yang amat hebat. Maka, amatlah rugi sekali kalau kita tidak mengambil peluang untuk beribadat di dalamnya. Ianya adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kalau kita berdoa yang baik pada malam itu, ianya akan memberi kebaikan untuk kita dalam tahun itu. Kita minta supaya kita mendapat kebaikan sepanjang tahun itu.

Bayangkan kalau tahun itu kita telah ditakdirkan mati. Alangkah ruginya kalau kita tidak memohon keampunan kepada Allah pada malam itu. Oleh kerana kita tidak tahu manakah malam yang Lailatul Qadr, maka kita perlulah berdoa pada tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan itu terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir.


 

Ayat 5: Allah sambung lagi penceritaan tentang Malam Lailatul Qadr itu.

أَمرًا مِن عِندِنا ۚ إِنّا كُنّا مُرسِلينَ

Sahih International

[Every] matter [proceeding] from Us. Indeed, We were to send [a messenger]

Malay

Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا

Perintah dari sisi Kami;

Setiap perintah itu ditetapkan oleh tidak lain melainkan dari Allah. Oleh itu, perintah itu tidak boleh berubah, ianya akan tetap dijalankan; kita juga yakin bahawa, kerana ianya diberikan oleh yang Maha Hikmah, maka ianya adalah sesuatu yang baik.

 

إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

sesungguhnya Kami lah yang mengutus.

Ada dua makna dari maksud ‘mengutus’ ini:

1. Maksud ayat ini adalah Allah mengutus para malaikat untuk menjalankan segala perintahNya yang ditetapkan itu.

2. Begitu juga, ianya bermaksud Allah mengutus para Rasul untuk menyampaikan risalah dari Allah. Seperti yang kita telah tahu, Allah telah menurunkan KalamNya sebagai panduan. Dan Allah bukan sahaja turunkan wahyu, tapi Allah utuskan juga para Rasul. Apakah kepentingan para Rasul itu?

Seperti yang kita selalu sebut: Panduan kepada hidup kita adalah Quran ini. Kita sepatutnya menjadikannya seperti ‘manual’ bagi hidup kita. Seperti juga kalau kita beli iPhone yang baru. Kita tak tahu pakai kerana bukan kita yang cipta iPhone itu. Oleh itu, kita akan gunakan manual yang diberikan bersama iPhone itu. Tapi, kadang-kadang bila kita baca manual itu pun, kita masih tak tahu, kerana mungkin kita tidak faham dengan lenggok bahasa yang digunakan, mungkin ada bahasa teknikal yang kita tidak faham. Oleh itu, kita akan minta tolong rakan kita yang faham dengan iPhone, yang dah biasa guna iPhone untuk ajar kita satu persatu bagaimana nak memakainya. Itu lagi mudah kerana kalau kita baca sendiri, kita pun tak berapa nak faham kerana bahasa teknikal yang digunakan.

Itulah perumpamaan Nabi Muhammad. Kita tidak tahu apakah yang dimaksudkan dalam Quran ini kalau bukan Nabi yang menjelaskan kepada kita. Nabi mempraktikkan apa yang ada dalam Quran itu supaya kita tahu bagaimana nak menjalankan kehidupan kita selari dengannya. Kita boleh ikut Nabi kerana baginda juga seorang manusia dan baginda lebih memahami Quran itu dari kita. Maknanya, Allah tunjukkan contoh bagaimana mengamalkan Quran dengan diberikan contoh seorang manusia yang mengamalkannya.

Ini juga menunjukkan kepentingan kita belajar sunnah. Kalau tidak belajar sunnah, bagaimana kita hendak tahu bagaimana mengamalkan Quran? Itulah peliknya bagaimana ada manusia yang boleh percaya kepada Quran, tapi tidak percaya kepada hadis? Yang paling jelas adalah Golongan Anti-Hadis yang diketuai oleh Kasim Ahmad. Kalau dia seorang sahaja yang gila, kita boleh faham kerana memang ramai orang gila dalam dunia. Tapi yang menghairankan, kenapa ada yang ikut dia?


 

Ayat 6: Inilah Dakwa/Maksud surah ini. ‘Dakwa Surah’ adalah hujah utama dalam sesuatu surah – Key Point. Bukan keseluruhan ayat ke 6 ini, tapi dalam bahagian kedua ayat ini.

رَحمَةً مِن رَبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّميعُ العَليمُ

Sahih International

As mercy from your Lord. Indeed, He is the Hearing, the Knowing.

Malay

(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).

رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ

Rahmat dari Tuhanmu;

Dari rahmat Allahlah yang menurunkan para rasul untuk menyampaikan peringatan dan amaran kepada manusia. Kalau Allah tak turunkan, tak tahu macam mana kita akan jadi. Jadi, Nabi Muhammad itu adalah rahmat kepada kita sebenarnya.

Dan dengan rahmatNya itu, manusia dapat mengenal Allah, dapat tahu agama, dapat menjalankan perintah Allah. Bayangkan kalau Allah tidak menurunkan para Rasul, bagaimana kita hendak kenal Allah? Tentunya kita tidak akan dapat mengenal Allah dengan usaha sendiri kerana akal kita tentu tidak mampu mencapai pengetahuan itu. Oleh itu, ingatlah rahmat Allah yang maha besar ini. Kerana Dia sayangkan makhlukNya, Dia telah memperkenalkan DiriNya dan memperkenalkan agama Islam kepada manusia.

Keputusan Allah tidak boleh diubah. Itu juga adalah rahmat Allah. Bayangkan kalau ada yang boleh ubah keputusan Allah setelah Allah tetapkan? Tentulah itu tidak adil.

 

إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Inilah potongan ayat yang menjadi ‘Dakwa’ surah ini. Ayat ini mengajar kita bahawa Allah sahaja yang tahu segala perkara. Dan Allah sahaja yang tahu apakah penyelesaian kepada masalah kita.

Allah sahaja yang mendengar doa manusia kepadaNya. Kerana seperti dalam ayat ini, Allah memberitahu kepada kita bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar. Pendengaran manusia memang ada, tapi terhad – kalau orang yang kita bercakap itu tidak ada di hadapan kita, dia tidak dapat dengar; kalau bunyi tengah bising, kita pun tak dapat dengar; kalau orang yang bercakap itu berbisik perlahan sangat, kita tak dapat dengar; kalau dia sudah mati, dia tidak dapat dengar lagi. Jadi, ada banyak kekangan dalam pendengaran kita. Tapi tidak dengan Allah. Allah Maha Mendengar.

Masyarakat yang berdoa dan meminta pertolongan kepada roh-roh yang telah mati itu telah melakukan kesalahan syirik kepada Allah. Kerana mereka beriktikad bahawa ada makhluk lain yang ada sifat mendengar seperti Allah. Apabila kita menyamakan mana-mana dari sifat Allah kepada makhluk, itu juga merupakan satu kesyirikan.

Dalam ayat ini, Allah memberitahu kepada kita bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala keperluan kita. Oleh itu kita sepatutnya hanya minta kepada Allah, tapi ada juga yang minta kepada selain Allah. Apabila ditegur, mereka akan kata mereka bukan minta kepada makhluk itu, mereka kata mereka minta kepada Allah juga, tapi ‘melalui’ perantaraan makhluk itu. Ini adalah ajaran yang salah tapi malangnya berleluasa dalam dunia sekarang, termasuklah masyarakat Islam kita. Itu dinamakan tawasul.

Tidak ada entiti lain yang dapat mendengar doa kita. Tidaklah Nabi Muhammad itu sendiri dapat mendengar permintaan kita kerana baginda telah wafat. Kerana tidak pernah Nabi kata baginda akan mendengar permintaan manusia selepas dia wafat. Dan dalil dalam Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa orang mati tidak dapat mendengar. Jadi kalau ada yang kata orang yang mati seperti Nabi dan wali boleh mendengar, kena bawa mari dalil yang qat’ie (menunjukkan sesuatu yang jelas). Tak boleh dalil yang tidak qat’ie. Banyaklah dalil yang diberikan oleh manusia sebagai dalil yang orang mati boleh mendengar (bunyi tapak kaki di kubur, Nabi bercakap dengan musyrikin Mekah yang mati di Perang Badr dan lain-lain), tapi itu semua bukanlah dalil yang qat’ie.

Kerana kekeliruan yang banyak dalam masyarakat tentang orang mati yang dikatakan boleh mendengar, maka elok kiranya kita menyebut beberapa perkara tentangnya:

  1. Memang terdapat perselisihan tentang permasalahan sama orang yang sudah mati boleh mendengar. Cuma ulama yang mengatakan orang mati boleh mendengar, hanya mengatakan mereka boleh mendengar sahaja tanpa memberikan huraian, dan jauh sekali dari mengatakan yang orang yang mati itu boleh mendengar. Itu adalah fahaman yang sesat. Begitu pun ada perselisihan, pendapat yang mengatakan orang yang mati tidak boleh mendengar lebih rajih, lebih kuat dalilnya dan lebih menetapi dan menyelamatkan akidah.
  2. Saidatina Aisyah sendiri pernah mengatakan yang orang yang mati tidak boleh mendengar. Ini adalah pendapat yang Qat’ie dan lebih bertepatan dengan ayat-ayat Quran.
  3. Imam Bukhari meriwayatkan dari Qatadah tentang peristimwa orang mati yang mendengar adalah kejadian mukjizat dan tidak boleh dijadikan sebagai kaedah umum.
  4. Nabi Muhammad memang pernah bercakap dengan Musyrikin Mekah yang mati dalam Perang Badr. Nabi telah ditegur oleh Saidina Umar dan Nabi menjawab bahawa mereka memang boleh mendengar. Teguran Saidina Umar itu menunjukkan kepercayaan mereka bahawa orang mati memang tidak boleh mendengar dan sebab itulah Umar hairan kenapa Nabi bercakap dengan musyrikin yang mati itu.
  5. Perkara akidah perlu berdasarkan Quran, hadis mutawatir dan hadis hasan. Jikalau ada yang berlawanan dengan Quran, hendaklah ditakwil supaya sesuai dengan Quran. Hadis tidak patut berlawanan dengan Quran.
  6. Amalan di kubur Nabi tidak boleh melebihi amalan para sahabat iaitu sekadar memberi salam.

Nabi tidak mendengar dan tidak juga wali seperti Sheikh Abdul Qadir dengar doa kita kepadanya. Maka, mereka-mereka yang menyeru Nabi Muhammad dan lain-lain itu, dengan permintaan-permintaan mereka, adalah salah sama sekali. Termasuk juga dalam hal ini, Nabi tidak dapat mendengar permintaan umat Islam yang meminta syafaat dari baginda. Kerana tidak pernah Nabi suruh kita minta syafaat kepadanya. Salah faham tentang syafaat ini telah banyak menyesatkan umat Islam sampaikan mereka melakukan perkara syirik.

Lalu bagaimana dengan acara ‘Maulid Perdana’ yang dilakukan oleh masyarakat kita yang jahil itu? Sampaikan beribu-ribu berkumpul di stadium, di padang besar dan sebagainya? Mereka menyeru-nyeru sambil memuji (dan memuja) baginda dengan harapan dan iktikad yang Nabi boleh mendengar permintaan mereka. Antaranya mereka berkata ‘isyfa’lana‘ yang bermaksud ‘berilah syafaat kepada kami’. Adakah Nabi boleh mendengar? Kalau benar Nabi boleh mendengar, mereka perlu keluarkan bukti. Jangan hanya cakap-cakap sahaja. Jangan hanya agak-agak sahaja. Jangan hanya kata ‘saya rasa’, ‘pendapat saya’, pendapat ulama itu dan ini dan berbagai hujah batil yang diberikan oleh manusia. Segala perkara ghaib memerlukan bukti. Ini penting kerana kita manusia tidak tahu perkara ghaib. Perkara ghaib memerlukan nas naqli (nas dari Quran dan Hadis) yang sahih.

Satu lagi, kalau minta kepada selain Allah, kenalah yang diminta itu juga ada kuasa untuk menolong, kalau tidak, buang masa sahaja minta kepada mereka. Maka kena bawa juga dalil qat’ie yang kata mereka ada kuasa untuk menolong. Sudahlah kena bawa dalil qat’ie yang mengatakan mereka boleh mendengar, kena bawa juga dalil qat’ie yang mengatakan mereka boleh menolong. Begitulah tentang perkara akidah, kena ada dalil yang kuat, kalau dalil setakat wahm atau zanni sahaja, tidak dipakai.


 

Ayat 7: Kenapa kita kena ikut perintah Allah? Kerana Allah adalah Tuhan kita. Allah berikan dalil itu dalam ayat ini.

رَبِّ السَّماواتِ وَالأَرضِ وَما بَينَهُما ۖ إِن كُنتُم موقِنينَ

Sahih International

Lord of the heavens and the earth and that between them, if you would be certain.

Malay

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi

Ilah yang ada sifat Maha Mendengar dan Maha Mengetahui itu hanyalah Tuhan kita Allah yang mencipta dan mentadbir memelihara alam ini. Kita kena puja dan sembah Allah sahaja kerana Dia lah yang telah mencipta alam ini. Bukan sahaja Dia telah cipta, tapi Dia juga mentadbir dan memelihara alam ini. Dalam setiap ketika, Allah menguruskan kita. Tidak pernah Dia berikan kuasa mengurus itu kepada selain dariNya.

Ini penting untuk kita ketahui kerana makna رَبِّ bukan hanya bermakna ‘Tuhan’ sahaja, tapi ia bermaksud ‘yang mencipta, memelihara dan menjaga’. Bukan hanya mencipta sahaja alam ini dan kemudian dilepaskan begitu sahaja alam ini.

 

وَمَا بَيْنَهُمَا

serta segala yang ada di antara keduanya;

Bukan sahaja langit dan bumi, tapi apa sahaja yang ada di antara keduanya. Yang kita pun tidak tahu apakah yang ada diantara langit dan bumi kerana akal kita yang terhad. Maksudnya, Allah adalah Tuhan kepada segenap alam.

 

إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

Jika kamu orang-orang yang yakin

Jika kamu hendak mencari keyakinan. Keyakinan apakah yang hendak dicari?
Yakin bahawa mengesakan Allah adalah tuntutan utama agama.
Yakin bahawa Allah lah Tuhan sekalian alam.
Yakin yang Allah lah yang menurunkan Quran dan memberi hidayah.

Sekiranya kamu ingin menyakini apa yang diberitakan oleh Allah, ini semua yang disampaikan dalam Quran sudah cukup sebagai dalil.

 


 

Ayat 8: Allah sambung lagi penerangan tentang DiriNya. Kalau Allah tak beritahu kepada kita, kita tidak tahu.

لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ يُحيي وَيُميتُ ۖ رَبُّكُم وَرَبُّ آبائِكُمُ الأَوَّلينَ

Sahih International

There is no deity except Him; He gives life and causes death. [He is] your Lord and the Lord of your first forefathers.

Malay

Tiada ilah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Tiada ilah melainkan Dia;

Tiada ilah lain yang kita buat ibadat kepadanya – hanya Allah sahaja. Kita melakukan ibadat kepada Allah sahaja. Tiada ilah lain yang kita boleh hinakan diri kita di depannya melainkan kepada Allah sahaja. Tiada ilah yang menjadi tempat sandaran hati kita dan pengharapan kita melainkan kepada Allah sahaja.

Oleh itu, jangan kita buat ibadat kepada ilah-ilah yang lain. Ilah adalah entiti yang kita buatkan ibadat kepada mereka. Sebagai contoh, kita hanya solat kepada Allah sahaja. Tapi ibadat bukan solat sahaja. Doa adalah ibadat, puja adalah ibadat, zikir adalah ibadat, dan lain-lain lagi. Jadi, jangan kita doa kepada selain Allah, zikir kepada selain Allah. Tapi, masyarakat kita dua-dua perkara ini mereka langgar. Mereka akan doa kepada selain Allah, mereka zikir kepada selain Allah.

Mereka buat ibadat-ibadat lain lagi kepada entiti selain Allah. Sebagai contoh, mereka akan beri salam kepada Nabi, wali, malaikat pada malam hari sebagai amalan sesat mereka. Mereka sedekah Fatihah kepada Nabi dan wali-wali itu padahal itu tidak ada dalil langsung. Tapi kenapa mereka buat? Kerana salah faham, kerana diajar guru yang salah faham, kerana dah ramai buat dalam masyarakat dan sebagainya. Ingatlah bahawa agama ini kena ada dalil. Agama kita bukan macam agama lain. Kalau agama lain, mereka ada ketua agama mereka yang boleh cipta sesuatu amalan baru dalam agama mereka ikut suka mereka, ikut kesesuaian semasa, kata mereka. Tapi dalam agama kita, semuanya sudah diberitahu oleh Allah dan Nabi kepada kita. Adakah kita rasa agama kita tidak lengkap sampaikan kena ada penambahan baru?

 

يُحْيِي وَيُمِيتُ

Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan;

Ini adalah kuasa yang tidak ada pada mana-mana makhluk lain. Oleh itu, kepadaNya sahaja kita sembah. Atau ada makhluk lain yang boleh menghidup dan mematikan kita? Tentu tidak ada. Dan kalau ada yang kata Malaikat Maut boleh mematikan kita, itu pun adalah syirik. Kerana Malaikat Maut mematikan kita dengan izin Allah, bukan dengan kuasanya sendiri.

 

رَبُّكُمْ

(Dia lah) Rabb kamu

Dia lah sahaja Tuhan yang telah mencipta dan sedang memelihara kamu dan mentadbir alam ini. Itulah maksud Rabb. Maksud Rabb bukan ‘Tuhan’ sahaja. Allah hendak memberitahu kita yang Dia lah yang mengurus dan menjaga kita. Tapi memang selalunya diterjemah sebagai ‘Tuhan’ sahaja.

 

وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ

dan Rabb datuk nenek kamu yang telah lalu.

Bukan sahaja Dia Tuhan kamu, tapi Dia juga Tuhan kepada umat-umat terdahulu.

Dari ayat pertama sampai ayat ini, Allah memperkatakan tentang DiriNya. Banyak ayat-ayat dalam Quran di mana Allah memperkenalkan DiriNya berkali-kali. Supaya kita faham siapakah Dia. Maka, untuk kenal Allah kena baca Quran. Untuk faham Quran, kena belajar tafsir Quran. Kerana siapakah yang lebih layak lagi dari Allah untuk memperkenalkan DiriNya?

Oleh itu, tidak cukup kalau hanya belajar Sifat 20 yang itu. Cuba belajar tentang Allah dari Quran dahulu. Kerana ada kemungkinan, pelajaran Sifat 20 bukan memahamkan kita tentang Allah, tapi mengelirukan kita lagi. Kerana ianya ditulis dalam bentuk ilmu falsafah. Ilmu falsafah adalah ilmu pemikiran yang berbelit-belit. Pusing sana dan sini sampai dah tak faham apa dah. Padahal cara Allah memperkenalkan DiriNya dalam Quran adalah dengan cara yang mudah.


 

Ayat 9: Ayat ini adalah rungutan Allah. Setelah Allah beri segala hidayah, apakah yang manusia lakukan?

بَل هُم في شَكٍّ يَلعَبونَ

Sahih International

But they are in doubt, amusing themselves.

Malay

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.

بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ

Bahkan mereka tenggelam dalam keraguan

Ini adalah rungutan Allah. Sepatutnya mereka sembah dan ikut arahan Allah, tapi mereka tak buat begitu. Mereka buat yang lain. Sepatutnya mereka yakin dengan Allah, tapi mereka tak begitu. Apa yang mereka buat?

Kebanyakan manusia ragu-ragu tentang hal agama. Pertamanya, mereka ragu tentang Allah. Kerana mereka tidak kenal Allah kerana tidak belajar agama dengan benar. Yang mereka tahu hanyalah yang mereka dengar-dengar sahaja. Antaranya, mereka buruk sangka dengan Allah. Iaitu, mereka sangka, kalau mereka minta doa sendiri kepada Allah, Allah tak dengar dan tak perkenankan doa mereka itu. Berbagai alasan mereka pakai: antaranya mereka kata kerana mereka banyak dosa, mereka tak pandai agama, mereka tak pandai doa, mereka tak pandai bahasa Arab jadi tak boleh doa dalam Arab, mereka golongan biasa, bukan golongan keturunan Nabi, golongan Habib dan sebagainya lagi alasan mereka. Maka, mereka minta melalui perantaraan seperti ustaz, guru dan tok wali. Mereka juga akan gunakan perantaraan tawasul seperti para Nabi dan para malaikat. Padahal, Allah tak pernah kata Allah tak dengar doa mereka. Sebaliknya dalam Quran, Allah sebut yang Allah dengar semua permintaan. Jadi, mereka sendiri yang pandai-pandai buat sangkaan sendiri tentang Allah yang Allah tak pernah cakap. Itu namanya ‘buruk sangka’.

Ataupun mereka rasa, doa itu lebih makbul kalau didoakan beramai-ramai, maka mereka anjurkan solat Hajat berjemaah. Mereka rasa kalau desak Allah ramai-ramai, Allah akan makbulkan permintaan mereka. Buat pula solat itu sampai di padang, di pantai, di tapak pembinaan dan macam-macam lagi. Konon nak beritahu kepada Allah: “Ya Allah, kami nak buat binaan di sini lah”. Macamlah Allah tak tahu apa yang mereka nak buat – itu hina Allah dah tu. Padahal, itu semua tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah kita dengar diamalkan oleh para sahabat. Maka, mereka yang menganjurkan solat Hajat dan terlibat sama dalam Majlis Solat Hajat adalah mereka yang jahil. Yang hanya buat amalan ibadat ikut-ikut sahaja tanpa periksa.

Mereka yang jahil itu juga ragu tentang Quran. Mereka terima Quran itu sebagai Kalam dari Allah, mereka pun sekali sekala akan baca Quran, iaitu dalam majlis-majlis mereka, tapi mereka tak percaya sebenarnya dengan ayat Quran. Dalam hati mereka, hukum-hukum dalam Quran itu adalah hukum-hukum lapuk yang tak sesuai pada zaman sekarang yang moden. Mereka juga rasa ajaran yang disampaikan adalah kisah-kisah zaman dulu yang tidak ada relevennya dengan zaman sekarang. Sampaikan mereka reka undang-undang baru, reka amalan-amalan baru kerana dalam hati mereka rasa tak cukup dengan Quran dan agama yang telah dibawa oleh Nabi. Memang mereka tak cakap dengan mulut, mungkin juga tidak terlintas di hati mereka perkara ini – tapi dengan perbuatan mereka, secara tidak langsung mereka menyatakan bahawa agama yang ada dalam Quran ini tidak cukup lagi. Itulah maksudnya mereka ‘ragu dengan Quran’.

Itu adalah contoh-contoh keraguan yang ada dalam diri manusia yang jahil tentang Quran. Apabila kita ragu-ragu rentang sesuatu, kita tidak akan serius tentangnya. Bayangkan kalau kita ragu-ragu samada tetamu kita akan datang atau tidak, tentunya kita tidak bersedia dengan persiapan makanannya. Tapi kalau kita dah pasti dia datang, kita akan buat segala persediaan. Oleh itu, apabila ragu tentang Quran, mereka tak ambil pusing dengan Quran. Mereka tidak berusaha pun nak cari tempat belajar tafsir. Mereka sudah rasa cukup dah walaupun mereka tidak tahu apa yang disampaikan dalam Quran itu.

 

يَلْعَبُونَ

sambil bermain-main

Mereka bermain-main dengan perkara ugama.

Apabila main-main, kita akan leka, macam budak main permainan mereka. Maka, manusia leka dengan kehidupan sampai tidak belajar agama. Sibuk main golf, jalan keliling dunia, main dengan anak-anak, membeli belah dan macam-macam lagi. Padahal belajar agama adalah fardhu, wajib. Tapi mereka buat tak endah sahaja. Mereka tak ambil pusing tentang Quran dan tentang agama. Macam tidak ada apa-apa sahaja kalau jahil tentang agama. Macam tidak ada salah kalau tidak belajar agama. Macam agama ini hanya perlu dipelajari oleh budak sekolah pondok, sekolah agama, ustaz dan golongan tertentu sahaja. Padahal, agama ini wajib dipelajari oleh semua orang – lelaki mahupun perempuan. Maka, kalau kita tidak belajar agama, kita telah berdosa secara otomatik.

Dan tidak ada dalil yang orang jahil akan masuk ke syurga. Yang masuk ke syurga adalah orang yang tahu tentang agama sahaja. Bukan nak salahkan orang yang jahil, tapi kalau jahil agama, syaitan akan ambil peluang untuk menyesatkan orang itu sampai dia melakukan kesalahan yang menyebabkan dia masuk neraka. Syaitan tidak akan biarkan manusia begitu sahaja. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia. Dan kalau orang yang jahil, mereka akan tertipu.

Mereka juga bermain-main dengan kata-kata dengan mengejek-ngejek orang yang berdakwah kepada mereka, yang hendak mengamalkan agama dengan benar. Apabila ada yang datang ajar tentang tauhid, mereka ejek. Apabila ada yang datang memberitahu kesalahan bidaah yang mereka buat, mereka akan kata: ‘ini golongan Wahabi’.

Inilah dua perkara yang selalu terjadi dalam masyarakat kita tentang agama: syak dan bermain-main. Apabila kita ada syak tentang sesuatu, maka kita akan main-main tentangnya. Perkara yang dikatakan dalam Quran adalah perkara-perkara besar, tapi kalau kita tak percaya dengan sungguh-sungguh, kita akan buat main sahaja.


 

Ayat 10: Takhwif Duniawi. Apakah kesan dari syak dan main-main itu kepada mereka? Allah beri ancaman kepada mereka dalam ayat ini.

فَارتَقِب يَومَ تَأتِي السَّماءُ بِدُخانٍ مُبينٍ

Sahih International

Then watch for the Day when the sky will bring a visible smoke.

Malay

Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ

Oleh itu tunggulah Hari langit membawa asap yang jelas nyata

Iaitu menunggu dengan mengharap sesuatu akan berlaku. Macam ahli politik yang menunggu-nunggu keputusan pilihanraya. Bukan tunggu yang biasa. Waiting in anticipation. Itulah maksud فَارْتَقِبْ.

دُخَانٍ adalah asap yang berwarna gelap.

Ini telah berlaku kepada Musyrikin Mekah dimana mereka telah ditimpakan dengan kemarau panjang sampai debu berterbangan. Apabila kering sangat, sampai keadaan jadi berdebu teruk. Jadi keadaannya seolah-olah seperti diliputi oleh asap. Atau, mereka lapar sangat sampai nampak langit berasap. Jadi ini adalah ramalan bala yang akan menimpa orang Mekah kerana menolak wahyu. Mereka sampai sembelih unta sebab nak minum air dalam perut unta itu.

Apabila Nabi ditolak, diejek dan ditentang, Nabi telah berdoa supaya Allah membantunya dengan menurunkan kemarau kepada kaumnya sebagaimana yang telah diberikan kepada kaum Nabi Yusuf. Apabila kemarau berlaku kepada kaum Nabi Yusuf, barulah keadaan Nabi Yusuf bertukar kepada kebaikan. Barulah kaum Nabi Yusuf nak terima baginda. Ini kita boleh baca dalam surah Yusuf. Sebelum itu, Nabi Yusuf banyak melalui kesusahan demi kesusahan. Oleh itu, Nabi Muhammad telah berdoa semoga Allah membantunya begitu.

Begitu juga, kaum Nabi Musa telah diberikan dengan 9 bala untuk merendahkan ego mereka seperti yang disebut dalam Surah al-A’raf.

Allah telah memakbulkan doa baginda dengan memberikan kemarau kepada Musyrikin Mekah. Mereka mengalami kemarau yang teruk sampaikan tidak ada makanan langsung. Mereka sampaikan terpaksa makan bangkai binatang dan apa-apa sahaja yang mereka boleh dapat. Azab itu adalah untuk mengingatkan kaum musyrikin itu supaya mereka sedar tentang kesalahan mereka. Supaya mereka sedar kelemahan diri mereka yang tidak boleh buat apa-apa kalau Allah tidak membantu mereka.

Apabila seseorang itu sudah lapar sangat, pandangan mata mereka tidak jelas lagi. Itulah sebabnya mereka seolah-olah macam nampak keadaan berasap sahaja. Tambahan pula, kalau sudah lama tidak turun hujan, habuk banyak sangat sampai naik di atas. Itulah sebabnya disebut ‘asap’ dalam ayat ini. Dan suasana ini penting sampaikan surah ini dinamakan dengan ad-Dukhan yang bermaksud ‘asap’.

Satu lagi pendapat, ayat ini adalah hendak menceritakan tentang tanda-tanda kiamat. Iaitu ada hadis Nabi yang menyatakan salah satu tanda hari Kiamat akan tiba adalah asap. Tapi kesan asap itu tidak teruk kepada orang beriman. Mereka akan rasa macam demam selsema sahaja. Tapi ianya teruk kesannya kepada orang yang kufur. Oleh itu, apabila Kiamat hampir tiba, keadaan akan berasap di seluruh dunia. Maka, kepada mereka yang tidak mahu menerima ajakan tauhid ini, maka tunggulah waktunya apabila Kiamat itu sampai dan mereka akan dihadapkan kepada Allah dalam Yaumul Mahsyar di mana mereka akan ditanya tentang apakah yang telah mereka lakukan.

Atau, ada juga yang berpendapat yang ‘asap’ yang dimaksudkan adalah keadaan berasap di akhirat kelak, bukan di dunia.


 

Ayat 11: Allah sambung dengan penerangan tentang asap itu. Bagaimanakah keadaannya?

يَغشَى النّاسَ ۖ هٰذا عَذابٌ أَليمٌ

Sahih International

Covering the people; this is a painful torment.

Malay

Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”.

 

يَغْشَى النَّاسَ

Yang akan menimpa manusia

Yang menyeliputi manusia tapi bukan semua. Ianya hanya menyeliputi masyarakat Arab yang degil menolak wahyu.

 

هَٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”.

Ada jumlah muqaddar disini: ‘dikatakan kepada mereka’.

Dikatakan kepada mereka bahawa inilah azab yang memedihkan. Makanan tidak ada, sampaikan mereka makan kulit-kulit, termasuk kulit kasut. Begitulah teruknya keadaan mereka waktu itu.


 

Ayat 12: Apabila mereka telah kena azab itu, mereka pun berdoa. Mereka berkata sepertimana kaum Qibti zaman Nabi Musa yang datang bertemu baginda untuk minta doa supaya Allah angkat azab yang dikenakan kepada mereka.

رَبَّنَا اكشِف عَنَّا العَذابَ إِنّا مُؤمِنونَ

Sahih International

[They will say], “Our Lord, remove from us the torment; indeed, we are believers.”

Malay

(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”.

 

رَّبَّنَا

“Wahai Tuhan kami!

Selepas kena azab, barulah mereka nak berdoa kepada Allah. Barulah mereka hendak mengaku yang Allah itu adalah Tuhan.

 

اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ

Singkapkanlah azab ini dari kami,

Mereka sendiri mengaku dan menerima hakikat bahawa Allah sahaja yang dapat menyingkap masalah dan azab yang mereka hadapi. Mereka dah sedar bahawa tidak ada sesiapa lagi yang boleh tolong mereka.

 

إِنَّا مُؤْمِنُونَ

sesungguhnya kami akan beriman!”.

Mereka kata, kalau Allah angkat azab itu, barulah mereka akan beriman. Inilah janji orang yang kufur.

Oleh itu, orang yang berjanji akan beriman atau buat baik kalau Allah beri mereka sesuatu, itu adalah tanda dia itu bukanlah seorang yang beriman. Seperti seorang yang berdoa dan berjanji dengan Tuhan, kalau mereka dapat projek, dapat itu dan ini, mereka akan buat baik, mereka akan datang kelas tafsir, mereka akan tolong rumah anak yatim, beri sumbangan kepada madrasah dan sebagainya. Itu bukanlah iman yang ikhlas. Iman jenis ini tidak berharga.

Maka, janganlah kita pun bercakap begitu juga. Kerana itu adalah pernyataan yang tidak ikhlas. Kerana selepas mereka buat sesuatu, baru mereka kata nak beriman. Sedangkan kita memang kena beriman dan kena beramal dalam taat kepada Allah pun.


 

Ayat 13: Allah beritahu bahawa mereka tidak akan beriman juga.

أَنّىٰ لَهُمُ الذِّكرىٰ وَقَد جاءَهُم رَسولٌ مُبينٌ

Sahih International

How will there be for them a reminder [at that time]? And there had come to them a clear Messenger.

Malay

Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

 

أَنَّىٰ لَهُمُ الذِّكْرَىٰ

Bagaimana mereka dapat beringat?

Bagaimanakah mereka dapat beriman kalau mereka letak syarat untuk beriman? Merkea kata, kalau Allah hilangkan bala, baru nak beriman. Sepatutnya mereka terus beriman, tidak tunggu diangkat azab baru nak beriman.

Oleh itu, tidaklah mereka itu akan mendapat peringatan dari Quran itu sebenarnya. Tidak ada gunanya janji mereka hendak beriman itu. Memang kalau manusia kena bala, kena musibah, mereka akan menyesal dengan kesalahan mereka. Mereka akan berdoa banyak-banyak. Mereka akan mengaku hendak buat itu dan ini, mereka berjanji hendak beriman. Tapi mereka cakap begitu waktu itu sahaja. Lepas itu jadi balik macam dulu. Allah tahu apa yang ada dalam hati mereka dan

 

وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُّبِينٌ

Padahal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan yang jelas nyata

Padahal Nabi Muhammad itu memang duduk bersama dengan mereka dan berdakwah dengan mereka selama ini, tapi mereka tidak mahu beriman pun. Nabi Muhammad telah datang kepada mereka untuk menyampaikan ajaran wahyu kepada mereka, tapi mereka sahaja yang tidak mahu terima. Maka, kalau diangkat azab itu, mereka pun tidak akan beriman sebenarnya. Kerana memang hati mereka tidak mahu beriman. Janji yang keluar dari mulut mereka itu bukannya ikhlas.

Begitu juga kalau sekarang ini, kalau ada yang berjanji akan beriman kalau dapat itu dan ini. Kalau mereka dapat pun mereka tidak akan beriman. Begitu juga kalau ada yang kata kalau mereka dapat ini dan itu, mereka akan derma kepada anak yatim, orang miskin dan sebagainya. Mereka takkan beri kalaupun mereka dapat projek yang mereka hendakkan itu.


 

Ayat 14: Apakah tindakan mereka kepada Nabi setelah Nabi menyampaikan dakwah tauhid kepada mereka?

ثُمَّ تَوَلَّوا عَنهُ وَقالوا مُعَلَّمٌ مَجنونٌ

Sahih International

Then they turned away from him and said, “[He was] taught [and is] a madman.”

Malay

Sekalipun demikian, mereka berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!”

 

ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ

kemudian mereka berpaling daripadanya

Mereka berpaling daripada Nabi. Mereka tidak mahu beriman dengan baginda. Mereka tolak baginda, malah ramai yang menentang baginda.

 

وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ

dan mereka berkata: “Dia adalah seorang yang menerima ajaran, seorang yang gila”.

Mereka mengata-ngata Nabi pula. Sudahlah mereka tidak mahu beriman, mereka mengejek lagi, menuduh-nuduh lagi.

Mereka tidak dapat terima yang Nabi diberi wahyu, jadi mereka kata yang baginda mendapat Quran itu dari orang lain. Mereka kata tentulah ada orang yang mengajar baginda. مُعَلَّمٌ itu bermaksud ‘diajar’. Mereka kata Nabi diajar, atau ambil dari kitab-kitab dulu, campur-campur dan jadikan Quran. Jadi, mereka kata baginda belajar dari orang yang gila.

Atau, mereka kata Nabi Muhammad itu sendiri yang gila kerana pandai-pandai mengaku Nabi.

Dua tuduhan mereka itu mengarut. Berlawanan antara satu sama lain. Kalau seorang diajar, macam mana pula gila? Kalau gila, macam mana dia nak diajar? Orang gila bukan boleh diajar.

Tentulah itu adalah satu tuduhan yang amat salah sekali. Mereka kata begitu kerana mereka tidak ada hujah lain. Kerana mereka sendiri boleh lihat kehebatan Quran itu. Quran itu adalah dari Allah dan diturunkan melalui Jibrail. Tapi kerana mereka tak dapat terima, mereka bagi tuduhan macam-macam. Janji mereka nak tolak juga walaupun mereka terpaksa beri alasan-alasan yang bodoh dan tidak kena. Mereka tak mahu terima kerana kalau mereka terima, mereka kena tinggalkan kesalahan-kesalahan yang mereka sedang lakukan. Dan mereka tidak mahu tinggalkan.

Macam masyarakat kita juga bila diajar dengan ayat-ayat Allah, tapi tak mahu terima. Macam-macam alasan mereka akan beri. Antaranya, mereka akan kata tafsir yang kita sampaikan itu salah. Padahal mereka sendiri tak belajar tafsir Quran. Macam mana kalau mereka sendiri tak belajar, tapi nak tegur kepada mereka yang belajar? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka hendak juga berpegang dengan pemahaman salah mereka tentang agama. Kerana amalan salah mereka itu telah lama mereka amalkan. Macam kalau kita telah melabur dalam sesuatu perkara, tentu amat sukar untuk kita tinggalkan pelaburan mereka itu.


 

Ayat 15: Tadi telah disebut bagaimana mereka telah minta kepada Allah supaya diangkat azab asap itu. Allah sebut tentang doa itu kembali.

إِنّا كاشِفُو العَذابِ قَليلًا ۚ إِنَّكُم عائِدونَ

Sahih International

Indeed, We will remove the torment for a little. Indeed, you [disbelievers] will return [to disbelief].

Malay

Sesungguhnya kami hapuskan azab itu sedikit, kamu akan kembali (kufur ingkar).

 

إِنَّا كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلًا

Sesungguhnya Kami akan melenyapkan siksaan itu agak sedikit

Setelah sekian lama, bala asap itu akan diangkat kerana mereka telah berdoa supaya azab itu diangkat. Tapi azab itu diangkat sekejap sahaja – semasa di dunia sahaja. Nanti mereka akan menerima azab yang lebih teruk lagi, iaitu apabila mereka dimasukkan ke neraka nanti. Memang azab di dunia akan diangkat, tapi yang lebih penting adalah azab di akhirat nanti. Kalau mereka masih tidak mengubah sikap mereka, mereka akan dimasukkan ke neraka nanti. Waktu itu mereka akan terima azab yang tidak akan diangkat-angkat lagi.

 

إِنَّكُمْ عَائِدُونَ

sesungguhnya kamu akan kembali.

Iaitu kembali kepada sifat buruk mereka yang musyrik itu. Allah dah siap-siap cakap yang mereka akan kembali kepada sifat jahat mereka itu. Mereka akan kembali kepada akidah kufur mereka sebelum mereka berdoa dan berjanji nak beriman itu.

Jadi kenapa Allah buatkan begitu kalau Allah dah tahu yang mereka akan jadi begitu? Kerana mereka akan ditanya dengan tanda-tanda yang telah diberi kepada mereka. Mereka akan ditanya nanti dengan segala tanda-tanda itu. Semua itu akan dijadikan hujah kepada mereka di akhirat nanti.

Sebenarnya, ada dua pendapat untuk menafsirkan maksud ‘kembali’ itu.

1. Kembali kepada sifat mereka yang menentang Nabi dan terus melakukan kejahatan dan kemusyrikan.
2. Mereka juga akan kembali kepada Allah dan mereka akan menerima azab yang lebih teruk lagi.


 

Ayat 16: Ini adalah takhwif duniawi. Mereka diberikan satu lagi ancaman.

يَومَ نَبطِشُ البَطشَةَ الكُبرىٰ إِنّا مُنتَقِمونَ

Sahih International

The Day We will strike with the greatest assault, indeed, We will take retribution.

Malay

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya)

 

يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَىٰ

(Ingatlah) hari (ketika) Kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras.

Ulama tafsir memberikan dua macam tafsir untuk menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘hari’ itu.

1. Ayat ini memberi isyarat tentang Perang Badr yang akan berlaku di mana musyrikin Mekah akan dikalahkan. Ayat ini adalah ayat Makkiah, tapi kejadian itu akan berlaku di Madinah nanti. Walaupun belum berlaku lagi, tapi Allah telah memberi isyarat kemenangan kaum muslimin. Jadi, ini adalah ayat ramalan. Waktu itu mereka tentu tidak sangka yang mereka akan dapat berperang dengan Musyrikin Mekah itu dan mereka akan mengalahkan Musyrikin Mekah itu.
2. Juga merujuk kepada Hari Akhirat nanti yang mereka akan menerima hukuman yang amat keras.

 

إِنَّا مُنتَقِمُونَ

Sesungguhnya Kami adalah Pemberi balasan.

Segala kedegilan mereka akan dibalas di Madinah nanti apabila mereka dikalahkan dengan teruk sekali.

Dan satu pendapat lagi mengatakan yang ‘hari’ yang dimaksudkan adalah di Akhirat kelak. Memang Allah bersifat pengasih dan penyayang. Tapi apabila di Hari Akhirat kelak, Allah akan bersikap adil dimana mereka yang telah berbuat kesalahan, kekejaman dan kezaliman akan dibalas dengan apa yang layak bagi mereka.


 

Ayat 17: Takhwif Duniawi. Allah beri contoh kepada Musyrikin Mekah. Selepas Allah memberi ancaman kepada Musyrikin Mekah, Allah memberi perumpamaan tentang apa yang terjadi kepada Firaun. Kerana Firaun juga telah melakukan kesyirikan dan telah dikenakan dengan bala semasa di dunia lagi. Sepertimana juga Musyirkin Mekah juga telah diberikan dengan bala. Bala-bala itu adalah untuk menundukkan mereka, merendahkan ego mereka, supaya mereka kembali kepada Allah.

Apabila Mesir ditimpa bala waktu itu, Firaun meminta Nabi Musa berdoa supaya diangkat bala-bala itu. Dia berjanji untuk beriman kalau bala itu diangkat. Tapi selepas bala diangkat, Firaun tidak mengaku yang dia pernah berjanji untuk beriman. Ada persamaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Musyrikin Mekah.

Berkali-kali bala diberikan dan diangkat. Setiap kali Firaun minta Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk mengangkat bala-bala itu, Firaun berjanji akan beriman kalau bala itu diangkat. Tetapi setiap kali juga dia memungkiri janjinya itu.

Bukan sahaja dia diuji dengan bala, tapi Firaun juga telah diuji dengan kekayaan dan kemewahan hidup.

۞ وَلَقَد فَتَنّا قَبلَهُم قَومَ فِرعَونَ وَجاءَهُم رَسولٌ كَريمٌ

Sahih International

And We had already tried before them the people of Pharaoh, and there came to them a noble messenger,

Malay

Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, –

 

وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ

Sesungguhnya sebelum mereka, Kami telah uji kaum Fir’aun

Sebelum kaum musyrikin Mekah diuji, telah diberikan juga ujian kepada kaum Firaun. Untuk mengingatkan kepada Musyrikin Mekah dan musyrikin mana-mana pun, yang mereka pun boleh dikenakan dengan perkara yang sama.

Berbagai-bagai azab dunia telah diberikan kepada Kaum Firaun. Kisah ini ada disebut dalam surah al-A’raf: 130

1. Musim kemarau

2 Kekurangan buah-buahan

dan ayat al-A’raf: 133

1. Taufan

2. Belalang

3. Kutu

4. Katak

5. Darah

 

وَجَاءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ

dan telah datang kepada mereka seorang Rasul yang mulia,

Iaitu Musa a.s. Tidak disebutkan nama Nabi Musa dalam ayat ini kerana telah ada ayat-ayat tentang baginda sebelum ini. Begitu juga Musyrikin Mekah, mereka telah biasa dengan ayat-ayat Quran kerana telah beberapa tahun ayat-ayat Quran dibacakan kepada mereka. Jadi Allah hanya beri isyarat kepada Nabi Musa sahaja dengan tidak disebutkan nama baginda dalam ayat ini.

Salah satu kelebihan Nabi Musa yang lain dari Nabi-nabi lain adalah baginda dapat berkata-kata terus dengan Allah. Itulah sebabnya baginda dikatakan رَسُولٌ كَرِيمٌ. Banyak ayat-ayat dalam Quran dan hadis Nabi yang menceritakan tentang kelebihan yang ada pada Nabi Musa.


 

Ayat 18: Nabi Musa telah ditugaskan untuk berdakwah kepada Firaun dan kaumnya. Apakah yang dikatakan kepada Firaun?

أَن أَدّوا إِلَيَّ عِبادَ اللَّهِ ۖ إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

Sahih International

[Saying], “Render to me the servants of Allah . Indeed, I am to you a trustworthy messenger,”

Malay

(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah; sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.

 

أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ

“Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah (Bani Israil yang kamu perbudak).

أَدُّوا dari katadasar أ د ي yang bermaksud ‘menyerahkan hak seseorang dengan lengkap dan serta merta’. Sebagai contoh, ada seseorang yang amanahkan hartanya kepada kita. Apabila dia datang dan meminta haknya, kita kena berikan terus dan dengan lengkap. Bukan kita lengahkan, bayar sikit-sikit dan sebagainya. Tidak. Kita kena pulangkan terus dan dengan kadar yang asalnya.

Dalam ayat ini, Nabi Musa meminta Firaun menyerahkan kepada baginda Bani Israil yang telah diperhambakan oleh kaum Firaun. Nabi Musa minta Firaun jangan lagi buat zalim kepada Bani Israil. Biarlah baginda didik mereka kerana Bani Israil itu adalah umat baginda. Jangan jadikan mereka sebagai hamba abdi lagi, kerana mereka bukan hamba abdi tapi mereka adalah golongan bangsawan. Ini adalah kerana mereka adalah orang yang kenal Allah dan ada agama.

Mereka telah hijrah dari Palestine ke Mesir zaman Nabi Yusuf lagi. Lama kelamaan mereka telah menetap di Mesir dan menduduki kedudukan yang tinggi di Mesir.  Sehinggalah apabila puak Qibti telah menjajah Mesir dan menjadikan Bani Israil sebagai hamba.

Ada juga tafsir yang mengatakan arahan Nabi Musa kepada Firaun dan kaumnya dan juga Bani Israil adalah untuk taat kepada baginda. Iaitu mengikut segala arahan dan ajakan dari Nabi Musa. Oleh itu, ayat di atas berbunyi begini: “pulanglah kembali dengan taat kepadaku, wahai hamba Allah.”

 

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

Sesungguhnya aku adalah utusan (Allah) yang amanah kepadamu,

Kenapa Firaun kena ikut dan taat kepada baginda? Kerana baginda adalah rasul yang perlu ditaati. Bukan orang biasa yang boleh Firaun tolak seperti rakyatnya yang biasa. Baginda adalah seorang yang amanah kerana baginda seorang Rasul. Baginda akan menjalankan tugas baginda untuk mendidik Bani Israil kepada agama.

أَمِينٌ juga bermaksud ‘selamat’. Iaitu bermaksud Firaun dan kaumnya adalah selamat dari baginda. Bukanlah baginda datang untuk menyusahkan mereka, menindas mereka, mengambil alih kerajaan Mesir. Nabi dan Rasul dihantar kepada mereka sebagai kelebihan kepada mereka. Rasul bukan sahaja dihantar ‘kepada’ manusia, tapi ‘untuk’ manusia. Ada dua makna untuk huruf ل dalam perkataan لَكُمْ itu.

Inilah mesej pertama yang diberikan kepada Firaun oleh Nabi Musa. Banyak ayat-ayat dalam Quran yang menyebut perkara ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat-ayat yang seterusnya


 

Rujukan:

Maulana Hadi

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 044: Dukhan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s