Tafsir Surah Sajdah Ayat 12 – 20

Sambungan dari ayat sebelum ini:

Ayat 12:

32:12
Transliteration

Walaw tara ithi almujrimoona nakisooruoosihim AAinda rabbihim rabbana absarnawasamiAAna faarjiAAna naAAmal salihaninna mooqinoon

Sahih International

If you could but see when the criminals are hanging their heads before their Lord, [saying], “Our Lord, we have seen and heard, so return us [to the world]; we will work righteousness. Indeed, we are [now] certain.”

Malay

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ
Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu
Sungguh ngeri sekali keadaan mereka. Ini belum masuk neraka lagi. Ini keadaan di Mahsyar. Seorang muslim sepatutnya mengetahui bagaimana keadaan di Mahsyar supaya mereka takut melakukan dosa.

نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ
mereka menundukkan kepala mereka di hadapan Tuhan mereka.

Mereka waktu itu sudah menyesal sangat. Kita takut kita pun termasuk antara mereka yang macam begini. Semoga Allah memberi kita ilmu pengetahuan dan taufiq untuk beramal dengan amalan yang sunnah. Semoga Allah selamatkan kita dari menjadi sebahagian dari orang-orang sebegini.

رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا
sambil merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya

Mereka dah sedar tentang segala yang mereka ingkari dahulu. Baru sekarang mereka nak panggil Tuhan dan mengaku beriman. Baru nak panggil Tuhan dengan panggilan رَبَّنَا. Sebelum ini semasa di dunia, mereka tidak mengaku Allah itu Tuhan mereka.

Apa yang mereka nampak?: Mereka telah nampak neraka yang ditarik ke Mahsyar untuk ditunjukkan kepada semua makhluk. Semua sekali ada 7 neraka. Satu neraka akan ditarik dengan 70,000 rantai. Setiap satu rantai itu pula ditarik oleh 70,000 malaikat. Oleh kerana beratnya neraka itu, memerlukan begitu ramai malaikat untuk menariknya. Satu persatu neraka akan ditarik keluar dan ditunjukkan kepada semua makhluk. Kemudian Allah akan suruh neraka itu semuanya dipanaskan lagi sekali ganda. Sebelum ini dalam ayat 9 telah disebut bagaimana Alah telah memberikan penglihatan kepada mereka. Tapi mereka tidak gunakan penglihatan itu untuk mendapat iman. Maka, sekarang telah jelas kepada mereka apakah kebenaran itu.

Mereka dah nampak segala benda yang diingatkan oleh Nabi itu adalah benar belaka. Neraka itu benar, syurga itu benar, soalan di Mahsyar itu adalah benar.

Apa yang mereka dah dengar?: Mereka dah dengar dah bunyi gelegak api neraka. Kalau air menggelegak, kita faham. Tapi ini ‘api’ yang menggelegak! Ma sha Allah. Begitu juga, dalam ayat 9 surah ini juga telah disebut bagaimana Allah telah menjadikan pendengaran untuk mereka. Tapi mereka tidak gunakan untuk mendapatkan kebenaran. Maka, sekarang mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Oleh itu, kita kena gunakan penglihatan dan pendengaran itu untuk kebaikan. Mereka semasa di dunia telah diberikan dengan penglihatan dan pendengaran tapi mereka tak gunakan untuk beriman. Waktu di Mahsyar, mereka amat menyesal sekali.

فَارْجِعْنَا
maka kembalikanlah kami ke dunia
Mereka minta supaya dikembalikan ke dunia. Tidak ada dalam Quran menceritakan orang-orang berdosa meminta diampunkan dosa mereka. Kerana mereka sedar bahawa dosa mereka tidak akan diampunkan lagi. Tapi banyak ayat-ayat dalam Quran menceritakan yang mereka minta sangat-sangat supaya mereka diberikan peluang untuk kembali ke dunia. Tapi tidak ada peluang ini. Allah telah berikan banyak peluang selama mana mereka hidup dulu di dunia.

نَعْمَلْ صَالِحًا
supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik;

Sekarang baru mereka nak buat amal yang soleh, amal yang sunnah. Tak mahu dah buat amalan bidaah lagi dah. Tak mahu dah buat dosa. Nak jadi orang yang baik pula sekarang. Akan jadi lebih baik dari manusia yang paling baik dalam dunia.

إِنَّا مُوقِنُونَ
sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
Sekarang baru mereka yakin dengan kebenaran. Kerana mereka telah melihat dan mendengar sendiri kebenaran yang dulu mereka di dunia tidak yakin. Baru di akhirat nak yakin. Tapi orang beriman, mereka semasa di dunia lagi dah yakin. Mereka tak tunggu lihat dan dengar baru nak yakin. Dengan dibacakan ayat-ayat Quran, mereka dah yakin dah. Maka, beruntunglah mereka yang telah beriman dengan Quran. Beruntunglah mereka yang belajar Quran dan belajar tafsir Quran. Hanya dengan belajar tafsir Quran baru akan mendapat keyakinan itu. Kerana Quran itu dipelihara oleh Allah, yang tidak dijanjikanNya untuk kitab-kitab yang lain.

————————————————————

Ayat 13: Kalau dah sampai hari akhirat, baru mereka hendak kembali dan baru nak buat amal soleh, sudah tidak boleh. Tidak ada harapan lagi. Tadi, telah disebut permintaan mereka untuk dikembalikan ke dunia. Maka, Allah jawap permintaan mereka itu dalam ayat ini:

32:13
Transliteration

Walaw shi-na laataynakulla nafsin hudaha walakin haqqaalqawlu minnee laamlaanna jahannama mina aljinnati wannasiajmaAAeen

Sahih International

And if we had willed, We could have given every soul its guidance, but the word from Me will come into effect [that] “I will surely fill Hell with jinn and people all together.

Malay

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.

وَلَوْ شِئْنَا
“Kalaulah Kami mahu,

لَآتَيْنَا كُلَّ نَفْسٍ هُدَاهَا
nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya

Allah boleh sahaja paksa semua makhlukNya untuk beriman dan buat amal soleh sahaja tanpa ada dosa. Allah dah buat begitu kepada Malaikat pun. Mereka semuanya beriman dan taat kepada Allah sahaja. Tapi bukan itu cara yang Allah pilih.

Allah nak beri pilihan kepada manusia dan jin. Allah tak paksa kita semua. Kerana Allah telah menjadikan manusia dan jin dalam penciptaan yang hebat. Allah telah berikan pendengaran dan penglihatan dan hati. Sepatutnya ketiga-tiga pancaindera itu digunakan dengan sebaiknya.

وَلَٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّي
tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu:

Apakah الْقَوْلُ ketetapan kata Allah itu?

لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ
Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam

Inilah الْقَوْلُ itu.

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
dengan jin dan manusia

Bukanlah semua jin dan dan manusia akan dimasukkan ke neraka. Cuma mereka yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh. Jin disebut dahulu kerana manusia banyak yang ikut jin. Mereka sepatutnya mengikut malaikat, tapi mereka ikut jin. Mereka minta tolong kepada jin. Mereka taat kepada jin. Ini termasuklah mereka yang berubat guna jin, mereka yang minta tolong jin berkhidmat untuk mereka – jaga rumah, jaga kebun dan sebagainya. Ada juga yang guna jin untuk mendapat kuasa – boleh jadi kebal, boleh terbang, boleh bergerak pantas, boleh bersilat dan sebagainya. Penerangan tentang jin ini akan diterangkan dengan lebih lanjut lagi dalam Surah Jinn.

Bukan semua jin dan manusia akan masuk neraka. Allah kata مِنَ (sebahagian) sahaja. Yang masuk neraka adalah mereka yang tidak mengikut perintah Allah. Mereka yang gagal dalam ujian yang Allah berikan.

Allah telah berikan penglihatan, pendengaran dan hati untuk menjalani ujian dalam dunia ini. Allah telah beri keperluan untuk digunakan. Bukannya Allah biarkan sahaja kita tanpa alat. Tapi kita sahaja yang tak pakai. Sebagai contoh, dalam peperiksaan, pensyarah dah bagi kita pakai kalkulator, tapi kita degil tak pakai. Maka, kalau kita gagal, siapakah yang patut dipersalahkan? Tidak ada orang lain tapi diri kita sendiri.

——————————————————–

Ayat 14:

32:14
Transliteration

Fathooqoo bima naseetum liqaayawmikum hatha inna naseenakum wathooqooAAathaba alkhuldi bima kuntum taAAmaloon

Sahih International

So taste [punishment] because you forgot the meeting of this, your Day; indeed, We have [accordingly] forgotten you. And taste the punishment of eternity for what you used to do.”

Malay

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ
maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai

Ini menunjukkan permintaan mereka untuk pulang ke dunia tidak akan dipenuhi.

Rasakan seksaan kerana dulu lupa di dunia untuk buat amal soleh. Sebaliknya mereka melakukan amalan syirik dan amalan bidaah. Lupa itu bermaksud mereka tidak menghiraukan arahan Allah. Allah dah suruh buat amal soleh, jangan buat amalan bidaah, tapi degil. Nak melawan juga lagi.

لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا
pertemuan kamu hari ini.

Mereka juga lupa tentang pertemuan dengan Allah pada hari akhirat.

Ada yang memang lupa bahawa mereka akan mati. Oleh itu, apabila mereka tiba-tiba jatuh sakit teruk, mereka terkejut sangat. Maka, janganlah kita jadi macam mereka. Bersedialah untuk mati pada bila-bila masa sahaja. Kalau kita sakit, ingat mati. Bila nak tidur, ingat mati. Bila tengok ada orang mati, ingatlah bahawa masa kita akan sampai.

Apabila mereka lupa kepada kematian, maka mereka tidak bersedia untuk hari kematian itu. Tidak melakukan amalan soleh. Macam pelajar yang lupa ada peperiksaan hujung tahun, tentulah mereka tak buat persediaan.

Kita diingatkan tentang kematian apabila kita melawat kubur. Lebih-lebih lagi, apabila kita menghantar keluarga dan kenalan kita yang kematian. Itulah sebabnya kita disuruh menghantar jenazah ke kubur. Bila kita lihat orang lain mati, kita kena fikirkan bilakah masa kita nanti kerana kita pasti akan bertemu dengan kematian itu.

Kita juga diingatkan dengan mati setiap hari apabila kita tidur. Kerana apabila kita tidur, roh kita akan diangkat. Dan kita tidur itu pada malam hari, sebagai ingatan kepada gelapnya keadaan dalam kubur nanti.

إِنَّا نَسِينَاكُمْ
Sesungguhnya Kami akan melupakan kamu;

Bukanlah Allah ‘lupa’. Kerana Allah tidak pernah lupa. Tapi maksud ‘lupa’ di sini adalah Allah akan buat tak endah sahaja kepada mereka. Dulu semasa mereka di dunia, mereka buat tak kisah kepada Allah. Sekarang Allah balas dengan melakukan perkara yang sama. Ingatlah, kalau kita lupa kepada Allah, tidak ada kesan kepada Allah. Tapi, apabila Allah lupa kepada kita, bermakna, kita tidak mendapat rahmat.

وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ
dan rasalah azab yang kekal

Dua kali Allah cakap begini. Dua kali Allah suruh mereka rasakan azab seksaan itu. Maknanya, berat dah tu. Allah beri penekanan kalau Allah ulang satu-satu perkataan itu.

Azab itu adalah azab yang kekal. Mereka tidak akan keluar sampai bila-bila. Orang kita yang Islam, selalu cakap: “Kalau orang Islam, akhirnya akan masuk syurga.” Mereka lupa, kalau mereka Islam pun, tapi kalau mereka ada melakukan perkara syirik, mereka akan kekal dalam neraka. Mereka yang masuk neraka dan akhirnya keluar adalah mereka yang tidak pernah buat syirik, tapi ada dosa yang mereka telah lakukan – sebab itulah mereka kena dimasukkan ke dalam neraka. Maka, mereka kena cuci dosa mereka di neraka dulu sebelum dimasukkan ke syurga. Tapi, kalau ada buat syirik, dan tidak minta ampun, mereka akan kekal dalam neraka.

بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

Kamu masuk neraka disebabkan oleh perbuatan kamu. Bukan Allah yang zalim yang sengaja nak masukkan kamu ke dalam neraka. Tidak ada yang lain yang boleh dipersalahkan melainkan diri sendiri.

———————————————————

Ayat 15: Selepas menceritakan tentang orang yang celaka, Allah sekarang hendak menceritakan tentang orang yang beriman dan beramal soleh pula. Iaitu mereka yang benar-benar beriman dengan Quran. Ramai yang kata mereka beriman dengan Quran tapi apakah tanda mereka?

32:15
Transliteration

Innama yu/minu bi-ayatinaallatheena itha thukkiroo bihakharroo sujjadan wasabbahoo bihamdi rabbihim wahumla yastakbiroon

Sahih International

Only those believe in Our verses who, when they are reminded by them, fall down in prostration and exalt [ Allah ] with praise of their Lord, and they are not arrogant.

Malay

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah

Iaitu yang ingat adalah mereka yang beriman sempurna sahaja. Beriman sempurna itu bermaksud tidak melakukan syirik langsung. Agak-agaknya, iman kita sudah sempurna belum? Ini penting, kerana ramai yang ingat mereka tidak buat syirik. Tapi sebenarnya mereka ada buat syirik . Mereka cuma tidak tahu sahaja kerana mereka tidak belajar tafsir Quran, maka mereka tidak tahu yang mereka ada buat syirik. Kerana, perkara berkenaan dengan syirik banyak diceritakan dalam Quran.

Ini adalah tentang orang yang betul-betul beriman dengan ayat-ayat Allah. Ramai yang kata mereka beriman, tapi betulkah mereka beriman? Tentu ada tanda yang menunjukkan orang itu benar-benar beriman. Tanda itu disebut dalam bahagian yang seterusnya:

الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا
ialah orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat itu,
Iaitu apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Quran, mereka tunduk patuh.

Perkataan ذُكِّرُوا bermaksud ‘mereka diperingatkan’. Manusia memang memerlukan peringatan sentiasa. Untuk mengingatkan kita dengan perkara yang kita memang dah tahu. Tapi kadang-kadang kita terlupa. Kadang-kadang kita diingatkan bahawa apa yang kita sedang buat adalah salah. Maka kita kena terima bahawa kita ada buat salah. Janganlah lawan. Mengaku sahajalah dan ubahlah mana yang patut diubah.

ذُكِّرُوا juga bermaksud kita diberitahu dengan perkara yang kita tak pernah tahu. Macam orang yang jarang baca Quran, maka mereka diberitahu dengan benda yang mereka tak pernah tahu. Banyak juga masyarakat kita sebegini. Langsung tak tahu ayat Quran. Langsung tak tahu apakah maksud ayat-ayat itu.

خَرُّوا سُجَّدًا
mereka terus rebah diri sambil sujud,

Inilah kesan kepada orang beriman. Mereka akan terima. Bukan buat tak tahu sahaja. Kena tunjukkan yang kita beriman dengan perbuatan dan kata-kata. Mereka kena ubah perbuatan mereka selama ini.

Perkataan خَرُّ bermaksud ‘jatuh sampai berbunyi’. Juga bermaksud ‘jatuh dengan tiba-tiba’. Apabila mereka dengar ayat-ayat Quran, mereka jadi lemah dan mereka terus sujud sebagai tanda taat kepada suruhan dalam ayat itu. Mereka terus tunduk kepada ayat-ayat Allah. Untuk tunduk dan taat kepada ayat Allah, kenalah faham apa yang ayat itu kata. Kalau tak belajar tafsir, takkan tahu.

Kita rendahkan diri kita kepada Allah semasa kita di dunia lagi. Mereka tidak boleh lagi berdiri dengan sombong. Bandingkan dengan orang-orang yang berdosa yang merendahkan kepala mereka seperti yang diceritakan dalam ayat ke 12. Mereka rendahkan hanya di akhirat sahaja. Waktu itu tidak berguna lagi taat mereka itu.

Apabila mereka dengar ayat-ayat Allah, mereka tak lawan, mereka tak debat lagi. Kerana kadang-kadang ayat Quran akan memberitahu kesalahan-kesalahan kita dalam agama – dan ada kalangan orang Islam yang tidak mahu terima dan mereka akan debat dengan memberi dalil yang tidak benar. Tapi berapa banyak manusia yang sebegini? Yang walaupun mereka telah dibacakan dengan ayat Quran, telah diberi hujah dengan ayat Quran, tapi mereka masih lagi menentang, masih lagi menolak? Masih lagi nak bagi hujah-hujah mereka yang tentunya tidak boleh melawan hujah Quran. Ma sha Allah! Jenis muslim apakah mereka ini?

Apabila kita سُجَّدًا sujud, itu akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Kerana Allah telah beritahu kita bahawa kita paling rapat denganNya dalam sujud kita.

وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
dan bertasbih serta memuji Tuhan mereka,

Mereka bukan sahaja sujud dengan kosong tanpa berkata apa-apa, tapi mereka bertasbih dan memuji Allah dalam sujud itu. حَمْدِ bermaksud mereka bersyukur dengan Allah. Kerana ada maksud ‘syukur’ dalam perkataan حَمْدِ itu. Mereka bersyukur dengan peringatan yang Allah berikan kepada mereka dalam Quran itu. Kita kena bersyukur kalau ayat Quran memberitahu kesalahan dan kesilapan kita kerana itu memberi peluang untuk kita mengubah cara kita. Apabila mereka bersyukur, Allah akan tambah dengan taufiq kepada mereka.

Maksud سَبَّحُ bertasbih adalah ‘menyucikan’ Allah. Apakah maksudnya? Bukanlah Allah itu sudah sedia suci? Maksud kita bertasbih adalah kita menidakkan perbuatan-perbuatan syirik yang dilakukan oleh orang-orang kafir dan orang-orang yang sesat. Dalam orang Hindu menyembah berhala, kita kata ‘subhanallah, Maha Suci Allah, Allah tidak begini…” Begitu juga kita menidakkan pemahaman salah masyarakat Islam kita yang tidak faham agama.

Contohnya, mereka akan bertawasul kepada wali, malaikat dan Nabi. Apabila kita nampak ada masyarakat kita yang buat begitu, kita pun cepat-cepat mengucapkan tasbih (subhanallah), menyucikan Allah dari perkara itu. Kita katakan kepada mereka dan diri kita, yang Allah tidak memerlukan perantaraan dalam berdoa kepadaNya. Allah maha suci dari semua itu.

وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

Perasaan sombong menyebabkan susah nak terima yang kita ada buat salah. Mereka rasa mereka sahaja yang benar. Untuk kita mendapat ilmu, kadang-kadang kita kena tinggalkan ilmu yang kita dah belajar dulu. Jangan kita sangka yang semestinya semua yang kita belajar dulu benar belaka. Kena periksa balik. Sekarang banyak sangat perkara salah yang diajar. Tidak mustahil banyak yang kita belajar dulu salah belaka.

Kalau kita ada buat salah, kita kena terima. Sebagai contoh, Saidina Umar pun dengar pendapat seorang perempuan. Umar hendak menghadkan mahr kepada 400 dirham sahaja. Seorang perempuan telah bangun dan membacakan ayat Quran yang memberi isyarat bahawa mahar itu boleh diberikan dengan harta yang banyak.

Umar juga pernah tidak dapat terima yang Nabi dah wafat. Sampailah Abu Bakr membacakan ayat Quran yang mengatakan Nabi akan mati juga. Dia kata macam dia tidak pernah dengar ayat itu. Baru dia perasan apabila diperingatkan. Lemah dia serta merta dan terus dia terima. Bayangkan Umar yang kita pun tahu seorang yang keras dan garang, tapi apabila dibacakan ayat Allah, dia terus terima.

Mereka tidak sombong dengan ayat-ayat Quran. Mereka terima ayat-ayat itu dan beriman dengannya. Mereka terkesan dengan ayat-ayat Quran itu. Mereka taat dengan ayat-ayat Quran itu. Mereka amalkan dengan ajaran-ajaran dalam ayat itu. Inilah sifat-orang-orang yang beriman. Mereka tak menentang ayat-ayat Quran itu. Hanya yang sombong sahaja yang akan menentang.

Malangnya, apabila orang membacakan ayat Quran sebagai dalil, ramai yang menentang dengan hujah mereka sendiri. Mereka akan gunakan akal mereka yang dangkal. Ataupun mereka akan pakai hujah tok guru mereka.

Dalam solat, ada ayat Quran, ada sujud, ada tasbih dan ada tahmid. Ini bermakna, orang yang solat adalah orang yang tak sombong. Orang yang tak solat adalah orang yang sombong, dan orang yang sombong, tempatnya dalam neraka. Sombong adalah pakaian Allah. Kalau kita sombong, bermakna kita telah mengambil pakaian Allah dan ‘seperti’ kita membogelkan Allah.

Orang yang tak mahu belajar tafsir Quran juga dikira sebagai sombong. Mereka tidak mahu mempelajari ayat-ayat Quran yang Allah telah turunkan kepada kita melalui Jibril dan disampaikan kepada NabiNya yang paling mulia, Nabi Muhammad. Tapi, apabila sampai kepada mereka yang sombong itu, mereka buat tak tahu sahaja.

————————————————–

Ayat 16: Ini adalah sifat yang seterusnya.

32:16
Transliteration

Tatajafa junoobuhum AAani almadajiAAiyadAAoona rabbahum khawfan watamaAAan wamimmarazaqnahum yunfiqoon

Sahih International

They arise from [their] beds; they supplicate their Lord in fear and aspiration, and from what We have provided them, they spend.

Malay

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ
Mereka merenggangkan lambung mereka

Perkataan تَتَجَافَىٰ bermaksud: ‘Tidak rehat pada satu tempat’. Ianya juga bermaksud ‘Meninggalkan sesuatu’. Iaitu apabila kita tidak suka kepada sesuatu. Ayat ini bermaksud mereka yang meninggalkan tidurnya.

Ayat ini adalah isyarat kepada seseorang yang rasa keluh kesah. Dia itu risau sampai tidak boleh tidur dengan selesa. Maka, dia bangun dan buat sesuatu. Sebagai contoh, ini selalu berlaku apabila ada peperiksaan, esok nak bernikah, ada temuduga kerja dan apa-apa yang penting akan berlaku. Nak tidur pun tak boleh, asyik risau sahaja. Pusing sana tak kena, pusing sini tak kena. Akhir sekali bangun dan buat sesuatu – baca buku, tengok tv dan sebagainya.

Disebut ‘lambung’ atau tepi badan dalam ayat ini kerana kita selalunya tidur di sebelah badan kita. Iaitu tidur mengiring.

عَنِ الْمَضَاجِعِ
dari tempat tidur mereka,

Perkataan الْمَضَاجِعِ bukan hanya katil sahaja. Mana-mana tempat yang dijadikan sebagai tempat tidur.
Mereka tidak boleh tidur. Macam juga kalau kita terima berita buruk, kita tidak dapat rehat, nak tidur tak tenang. Atau kalau esok harinya mereka ada perkara penting yang perlu dilakukan seperti temuduga kerja. Kita dalam keadaan begitu adalah berada dalam keadaan takut dan mengharap.

Ayat ini adalah tentang seseorang yang meninggalkan tidurnya kerana melakukan ibadah kepada Allah. Amat sukar untuk meninggalkan tidur kepada kebanyakan orang. Bukan senang nak tinggalkan tidur dan melakukan ibadah, samada ibadah yang fardhu seperti solat subuh atau ibadah yang sunat seperti solat Tahajjud. Kerana kebanyakan kita amat sayang dengan tidur. Padahal, waktu sahur (sepertiga akhir malam) adalah masa yang amat sesuai untuk bermunajat kepada Allah. Kerana waktu itu Allah turun untuk ke langit dunia untuk mendengar doa kita. Waktu itu juga waktu yang bening, dan kita lebih khusyuk untuk melakukan ibadah.

Kita akan mampu bangun apabila kita memandang penting perkara itu. Seperti kita kena bangun tidur sebab kita kena naik kapal terbang. Kita sanggup bangun awal pagi, pukul 3 pagi contohnya, sebab kita tak mahu tertinggal kapalterbang. Kerana kita tahu kalau kita tertinggal, kita tak boleh ganti dan kalau tertinggal, kita rasa amat rugi sekali. Atau peminat bola yang amat suka tengok bola, sampai mereka sanggup bangun pukul 4 pagi semata-mata nak tengok siaran langsung bola. Sebab mereka suka tengok bola dan mereka rasa kalau tertinggal tengok, mereka akan rugi.

Tapi bagaimana perasaan kita kalau tertinggal solat subuh? Adakah kita rasa amat rugi sekali? Bagaimana dengan solat Tahajjud? Adakah kita ada rasa kerugian kerana tidak memanfaatkan masa itu untuk melakukan solat sunat? Atau adakah kita rasa tidak ada apa-apa, kita kata pada diri kita: kita boleh ganti waktu lain sahaja? Begitulah salah perhitungan kita kalau berkenaan dengan agama.

Kaitan dengan ayat sebelumnya: Ayat sebelum ini kita baca bagaimana ahli neraka amat berharap supaya mereka boleh dibangunkan semula untuk buat amal ibadat. Tapi mereka tidak diberikan peluang itu lagi. Tapi kita sekarang ada dalam masa sekarang, maka jangan kita lepaskan peluang ini. Ingatlah tentang mereka yang telah menyesal dan amat berharap semoga mereka dikembalikan semula ke dunia.

يَدْعُونَ رَبَّهُمْ
mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka

Mereka bangun bukan nak berseronok, tapi untuk berdoa kepada Allah. Mereka mengambil peluang keemasan ini untuk beribadat dan berdoa kepada Allah. Kerana Allah turun ke langit dunia waktu sahur (akhir sepertiga malam) untuk mendengar doa kita. Waktu itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah.

خَوْفًا
dengan perasaan takut

Apakah perasaan mereka waktu itu? Mereka sedang dalam ketakutan. Takut apa? Takut Allah tak terima doa mereka. Takut Allah tak terima ibadat kita. Takut atas segala dosa yang telah dilakukan. Takut kepada hukuman Allah. Takut kepada kemarahan Allah. Macam-macam takut yang ada dalam diri manusia. Takut yang sebeginilah yang perlu ada dalam diri manusia.

Perasaan takut itu telah menggerakkan mereka untuk beribadat. Bukanlah perasaan takut itu menjatuhkan mereka. Tapi telah memberi manfaat kepada mereka.

وَطَمَعًا
serta dengan perasaan mengharap;
Bukan perasaan takut sahaja yang ada, tapi ada juga perasaan ‘mengharap’. Mengharap adalah apabila kita buat amalan dengan berharap semoga Allah terima amalan dan doa kita. Mengharapkan rahmat Allah.

Itulah dua perkara yang kena ada dalam doa, dalam solat dan ibadat kita: takut dan mengharap. Perasaan takut akan menghalang kita dari hanya berharap sahaja. Dan perasaan mengharap itu menghalang kita dari rasa takut sahaja. Kalau ada salah satu sahaja, akan menyebabkan salah laku. Ibadah adalah antara harap dan takut. Takut akan diimbangi dengan harap dan harap akan diimbangi dengan takut.

Kalau kita ada perasaan ‘mengharap’ sahaja, kita akan rasa selesa, senang dan salah faham. Iaitu salah faham yang Allah akan sentiasa terima sahaja amal ibadat kita: oleh itu, kita buat sambil lewa sahaja. Mengharap yang berlebihan juga akan menyebabkan kita rasa ringan dengan dosa-dosa kita. Sebab kita akan rasa tentu Allah akan ampunkan dosa kita. Jadi, kita tidak rasa bersalah sangat apabila buat dosa. Itu adalah antara bahaya yang ada kalau kita hanya ada perasan ‘harap’ sahaja.

Dan kalau kita ada ‘takut’ sahaja, kita akan putus asa dengan Allah. Kita akan rasa yang dosa kita sudah bertimbun dan tidak ada harapan untuk masuk syurga. Kita akan rasa Allah itu adalah Tuhan yang garang sahaja, nak azab hambaNya sahaja. Kita rasa hilang harap kepada Allah. Ini juga adalah satu sifat yang bahaya.

Oleh itu, dua-dua perasaan ini perlu ada supaya satu sifat diimbangi oleh sifat yang lain. Tentang ‘takut’ dan ‘harap’ ini adalah satu perbincangan yang panjang, maka harap boleh dirujuk di tempat yang lain juga.

وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
dan dari sebahagian apa yang Kami beri kepada mereka, mereka selalu pula mendermakan.

Kenapa mereka berderma? Kerana mengharapkan rahmat Allah. Mengharapkan dekat dengan Allah.

Orang yang sayang dengan Allah akan lebih mudah untuk berderma. Ringan tangan nak tolong orang lain.

Apa kaitan berderma dengan meninggalkan tempat tidur tadi? Bayangkan kalau ada keluarga kita dari jauh datang bertandang ke rumah kita, kita akan melayan mereka tanpa tidur – kita boleh layan mereka sampai ke pagi. Kerana kita suka kalau nak luangkan masa dengan mereka. Kita juga akan senang nak beri wang kepada mereka. Kerana kita sayang kepada mereka. Lihatlah bagaimana ibubapa sanggup korbankan tidur kerana menjaga anak kerana mereka sayang anak mereka. Kalau dengan keluarga yang kita sayang, kita sanggup luangkan masa untuk berjaga dan berderma untuk mereka, bagaimana pula dengan Allah yang kita kata kita sayang?

Kita kena memberikan apa yang kita sayangi. Sila rujuk ayat Baqarah:177. Dan antara perkara yang kita sayang dan susah nak korbankan adalah tidur. Terutama sekali kepada orang muda. Orang muda memang payah nak bangun malam buat tahajjud. Tapi, kalau kita rajin berderma, memberikan apa yang kita sayang, maka kita akan terbuka untuk memberikan waktu tidur kita kepada Allah. Itulah kaitan antara tidur dan derma.

Bagaimana nak dapat bangun malam? Kita kena mulakan sedikit demi sedikit. Pertamanya, jangan buat kerosakan kepada orang lain dan diri kita. Kerana itu boleh merosakkan diri kita. Oleh itu, jangan buat dosa. Kerana dosa boleh merosakkan diri kita.

Keduanya, buat zikir yang kecil-kecil seperti yang ada dalam Kitab Hisnul Muslimin. Hafal dan gunakan setiap hari. Kerana doa-doa itu diajar oleh Nabi untuk digunakan dalam segenap kehidupan kita. Kalau kita boleh buat, kita akan rasa satu kedekatan dengan Allah. Sedar bahawa kita sedang bercakap dengan Allah. Kita akan rasa Allah dekat dengan kita. Kita melatih diri kita ingat kepada Allah. Kita melatih diri kita untuk berharap hanya kepada Allah.

Ayat ini juga menyebut satu lagi kriteria orang yang selamat. Iaitu dia juga sentiasa bersedekah. Maknanya, walaupun dia beriman, tapi kalau dia tidak bersedekah, dia tidak termasuk dalam ayat ini. Maka, hendaklah kita selalu bersedekah kepada yang memerlukan. Harta yang Allah berikan kepada kita, bukan hanya milik kita sahaja. Allah beri harta kepada kita supaya kita boleh memberi kepada orang lain.

وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ bukan sahaja bermaksud wang dan harta. Tapi apa sahaja yang kita ada. Makanan, pakaian, tenaga dan masa juga. Mereka yang beriman tidak kedekut. Mereka tak sorok apa yang mereka ada. Tangan mereka terbuka untuk memberi. Mereka sanggup berikan apa sahaja yang mereka sayang. Mereka suka memberi kepada keluarga mereka, kepada mereka yang memerlukan samada mereka itu minta atau tidak. Kerana kadang-kadang ada orang yang memerlukan, tapi kerana mereka tidak mahu menyusahkan orang lain, mereka tak meminta-minta. Tapi kita sebagai seorang yang peka dengan keperluan orang lain, hendaklah kita memberi walaupun mereka tidak meminta.

Hati orang mukmin yang ada Quran tidak akan kedekut. Kerana mereka sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tahu yang Allah berkali-kali menganjurkan kita untuk bersedekah. Maka, mereka akan mencari-cari peluang untuk mendapatkan kelebihan bersedekah itu.

Memberi itu lebih baik dari simpan berlambak. Kadang-kadang barang kita banyak sangat sampai tempat nak simpan pun dah tiada. Kalau kita beri kepada orang lain akan menyenangkan orang dan akan melegakan rumah kita. Dan memberi pahala yang banyak kepada kita.

————————————————————————–

Ayat 17: Selepas mereka melakukan apa yang disebut dalam ayat sebelum ini, mereka akan mendapat balasan. Tapi mereka sendiri pun tidak akan thau apakah yang mereka akan dapat sebagai balasan itu.

32:17
Transliteration

Fala taAAlamu nafsun maokhfiya lahum min qurrati aAAyunin jazaan bima kanooyaAAmaloon

Sahih International

And no soul knows what has been hidden for them of comfort for eyes as reward for what they used to do.

Malay

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui

Tidak ada sesiapa pun, samada manusia, jin atau malaikat yang tahu apakah yang Allah akan berikan kepada kita sebagai balasan. Hanya Allah sahaja yang tahu.

مَّا أُخْفِيَ لَهُم
apa yang telah dirahsiakan untuk mereka
Kita tidak tahu apakah nikmat yang akan kita dapati dalam dunia ini sebagaimana kita tidak tahu bilakah kita akan mati. Kita juga tidak tahu apakah syurga yang kita akan dapat apabila kita mati nanti.

Allah tak cerita kepada kita apakah yang kita akan dapat kerana ianya sangat unik. Unik itu bermaksud tidak dapat dibandingkan dengan apa yang ada dalam dunia ini. Dalam dunia ini, tidak ada benda itu, jadi macam mana nak cerita kepada kita? Maka, ianya dijadikan sebagai rahsia. Semua balasan itu dijadikan khas untuk kita. Ianya tidak pernah dilihat oleh mata dan difikirkan oleh akal. Maknanya, hebat sangat apa yang kita akan dapat itu. Kalau manusia nak buat pun, tidak akan mampu. Jangan kata nak buat, nak bayangkan pun tak dapat. Kerana kalau kita diberikan dengan apa yang ada dalam dunia ini, tidaklah hebat sangat. Bayangkan kalau kita diberikan hadiah yang kita memang dah ada benda itu, tentu kita akan anggap biasa sahaja. Tapi, kalau diberikan dengan benda yang kita tidak ada, baru lebih bernilai. Sekarang, yang dijanjikan adalah benda yang tak pernah tengok pun lagi dalam dunia, tentu lagi hebat!

Ia dirahsiakan kerana ianya adalah satu kejutan yang baik. Bukanlah kita dalam dunia pun suka dikejutkan dengan pemberian yang kita tak sangka-sangka? Amat besar sekali pemberian Allah ini. Selalunya, perkara yang dirahsiakan adalah sesuatu yang amat menarik – bukan perkara biasa. Macam zaman sekarang, kalau iPhone baru nak keluar, Apple akan rahsiakan bagaimanakah rupanya. Supaya, apabila ia telah keluar nanti, ianya akan menjadi satu yang istimewa.

Pemberian yang amat hebat ini akan diberikan kepada mereka yang beramal. Dalam ayat sebelum ini, ianya tentang mereka yang berjaga malam dan bersedekah. Alangkah rugi kalau kita tidak dapat hadiah ini hanya kerana kita malas, mengantuk dan kedekut. Dan kerana kita tidak menderma kerana kita boros dengan harta kita. Kita beli tanpa perkiraan sampai kita tidak ada lebihan untuk diberikan kepada orang yang memerlukan. Alangkah ruginya!

Kalau kita begitu, bermakna kita tak pandang tinggi pemberian Allah ini. Macam ianya tidak berharga. Kalau kita tahu ada hadiah kalau buat sesuatu, tapi kita tak buat, itu bermaksud kita pandang lekeh sahaja hadiah itu.

Pemberian ini dirahsiakan sebagai satu isyarat kepada mereka yang merahsiakan amalan kebaikan dan derma mereka. Buat dengan rahsia. Seperti kata hadis, seseorang yang beri dengan tangan kanan, tapi tangan kiri pun tak tahu. Begitu juga, kalau kita beramal malam hari, jangan kita cerita dan hebohkan kepada orang lain.

Malangnya, ada yang selepas buat, cerita kepada orang. Ada yang hebahkan kepada orang lain dengan cara lembut – “sorry aku penat sikit lah, malam tadi aku solat tahajjud tiga jam!”. Itu semua akan menghilangkan pahala dari amalan ibadat itu. Kerana kita tidak mengharapkan balasan dari Allah, tapi sebaliknya mengharapkan pujaan dari makhluk sahaja. Ini adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekarang. Dengan ada facebook, twitter, instagram dan lain-lain laman sosial, senang sangat kita nak hebahkan amalan ibadat kita.

Tak payahlah nak post kalau buat ibadat tu...

Tak payahlah nak post kalau buat ibadat tu…

مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ
iaitu dari perkara yang menyejukkan mata yang memandang,
Sejuk mata memandang kerana indahnya, cantiknya, hebatnya perkara yang akan diberikan kepada mereka itu.

Perkataan قُرَّةِ أَعْيُنٍ asalnya merujuk kepada seorang musafir dalam kepanasan padang pasir, kemudian dia mendapat tempat berlindung. Semasa dalam kepanasan perjalanan itu, ada pula ribut pasir, jadi dia dapat perlindugan yang ‘menyejukkan mata’. Perkataan ini selalu digunakan merujuk kepada anak – kerana apabila memandang anak itu, ‘menyejukkan mata’ ibubapa yang melihatnya.

جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
Iaitu amalan doa yang dilakukan pada malam hari, dan amalan-amalan soleh yang lain.

Perkataan يَعْمَلُونَ bermaksud kita kena lakukan amal ibadat untuk mendapat kebaikan di akhirat nanti. Bukan hanya dengan berkata dan mengaku beriman sahaja, tapi amalan ibadat yang Allah suruh tidak dilakukan. Kalau kita benar-benar beriman, kita akan senang melakukan ibadat yang disuruh.

————————————————–

Ayat 18: Semua akan mendapat balasan di akhirat kelak. Tapi adakah sama balasan semua orang?

32:18
Transliteration

Afaman kana mu/minan kaman kanafasiqan la yastawoon

Sahih International

Then is one who was a believer like one who was defiantly disobedient? They are not equal.

Malay

(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا
maka adakah orang yang beriman

Mereka yang beriman adalah mereka yang beramal, yang meninggalkan tempat tidur mereka untuk beramal ibadat, berderma dan melakukan lain-lain amalan yang baik. Sebahagiannya telah disebut dalam ayat-ayat surah Sajdah sebelum ini. Apabila beriman, tandanya adalah orang itu akan beramal. Kalau setakat cakap di mulut sahaja, itu belum beriman lagi sebenarnya.

كَمَن كَانَ فَاسِقًا
sama seperti orang yang fasik?

Perkataan فَاسِقًا diambil dari kata dasar فسق yang asalnya bermaksud tamar yang masak sangat sampai pecah kulitnya. Oleh itu, perkataan فَاسِقًا bermaksud orang yang telah melampaui batas dan boleh juga diertikan dengan orang yang kufur. Ada dua makna yang boleh digunakan. Kadang-kadang ia merujuk kepada orang yang berdosa dan kadang-kadang merujuk kepada orang yang kufur. Ianya bergantung kepada konteks ayat.

فَاسِقًا boleh merujuk kepada orang yang kufur apabila seseorang itu telah keluar dari iman, bermakna dia telah menjadi kufur. Kalau batas yang dilepasi itu bukan batas iman, maka dia adalah orang yang berdosa, belum kufur lagi. Jadi, ianya bergantung kepada keadaan.

Dalam ayat ini, فَاسِقًا dibandingkan dengan مُؤْمِنًا. Oleh itu, فَاسِقًا dalam ayat ini bermaksud orang yang kufur.

لَّا يَسْتَوُونَ
Mereka tidaklah sama.

Tentulah mereka tidak sama. Mereka hidup dengan cara yang berlainan sekali. Berlawanan cara hidup mereka.

Seorang yang beriman dan seorang yang fasik tidak sama sekali. Semasa ayat ini diturunkan, ianya menempelak Musyrikin Mekah. Orang Quraish kata ada lagi orang Quraish yang mulia, jadi kenapa Allah pilih Nabi Muhammad? Sepatutnya pilihlah orang lain yang pada pandangan mereka, lebih hebat lagi dari Nabi Muhammad. Allah nak kata dalam ayat ini bahawa tidak sama orang yang mereka anggap hebat itu dengan Nabi Muhammad. Orang yang mereka anggap hebat itu adalah orang yang fasik, dan Nabi Muhammad adalah seorang yang lebih mulia dari mereka.

——————————————————–

Ayat 19: Cara hidup orang yang mukmin dan orang yang fasik adalah amat berbeza sekali. Oleh itu, balasan yang mereka dapat pun tidak sama. Sekarang, Allah hendak memberitahu kita apakah balasan kepada orang yang mukmin.

32:19
Transliteration

Amma allatheena amanoowaAAamiloo assalihati falahum jannatualma/wa nuzulan bima kanoo yaAAmaloon

Sahih International

As for those who believed and did righteous deeds, for them will be the Gardens of Refuge as accommodation for what they used to do.

Malay

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا
Adapun orang-orang yang beriman

Iaitu mereka yang beriman dengan sempurna – bermaksud mereka tidak melakukan perkara syirik. Mereka juga ikhlas dalam ibadat mereka. Apa sahaja ibadat yang mereka lakukan, mereka lakukan kerana Allah. Hanya kerana mengharap redha Allah dan mengharap balasan dari Allah. Bukan kerana mengharapkan balasan dari manusia.

وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
dan beramal soleh,
Iaitu amal ibadat yang berdasarkan kepada dalil yang sahih. Tak payahlah nak buat amal dari hadis yang dhaif lagi. Yang dari dalil sahih pun tak sanggup nak buat lagi.

Amal yang bukan dari amal yang soleh adalah amal bidaah. Amal bidaah itu tidak diterima langsung. Malah, ianya boleh menyebabkan kita masuk neraka kerananya.

فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ
maka mereka akan beroleh Syurga yang tetap
Dari segi bahasa, الْمَأْوَىٰ bermaksud ‘tempat berehat’, ‘tempat perlindungan’, ‘tempat bernaung’. Inilah tempat yang mereka akan berasa tenang dan selesa. Penghuni syurga itu akan mendapat syurga ini setelah mereka berusaha melakukan amal ibadat yang soleh selama mereka hidup di dunia dulu. Setelah mereka susah payah dulu. Inilah balasan kepada mereka.

Ada juga yang berpendapat, جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ adalah salah satu nama syurga. Ada berbagai jenis syurga yang Allah jadikan – yang kita selalu dengar adalah Syurga Firdaus. Dalam ayat ini, kita diperkenalkan dengan satu lagi nama syurga – جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ

نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

Sekali lagi disebut perkataan يَعْمَلُونَ yang mengingatkan kita bahawa kita kena beramal untuk mendapat kebaikan di akhirat. Bukan dengan duduk senang lenang sahaja di dunia. Kena ada amalan kebaikan.

نُزُلًا bermaksud sesuatu yang diberikan kepada tetamu yang datang sebagai pembuka selera. Maknanya, apa yang mereka akan dapat selain dari itu adalah lebih banyak lagi. Dalam syurga, ahli syurga akan diberikan dengan pembuka selera apabila baru masuk. Sebagai perumpamaan, apabila seorang tetamu dari jauh datang, kita akan beri mereka makanan ringan seperti kacang dan minuman ringan sebaik sahaja mereka sampai. Selepas mereka mandi, berehat, barulah kita beri mereka makanan yang utama. Jadi, yang disebut جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ itu adalah sebagai pembuka selera sahaja. Mereka akan mendapat yang lebih banyak lagi. Tidak dapat diberitahu kerana akal kita tidak mampu terima.

Kenapa dikatakan penghuni syurga itu sebagai ‘tetamu’? Bukankah kalau kita sebagai tetamu di rumah seseorang, kita akan rasa tak selesa? Bagaimana pun tuan rumah cuba untuk melayan kita, baik dengan kita, tentu tidak sama dengan rumah sendiri. Sebab kalau bukan rumah kita, tentu kita rasa kita tidak boleh berbuat sesuka hati kita kerana kita sedar itu bukanlah rumah kita, bukan?

Sebenarnya, kita bukan tinggal di syurga itu sebagai tetamu – memang itu tempat tinggal kita. Tapi dikatakan kita sebagai ‘tetamu’ kerana semua keperluan kita akan diuruskan macam kita adalah tetamu. Apa sahaja yang kita hendak, akan diuruskan. Memang rumah kita, tapi layanan macam kalau kita jadi tetamu. Bukankah kalau kita tetamu, tuanrumah akan beri keperluan kita? Jadi, di syurga itu, layanan yang diberikan amat hebat sekali. Kita tidak perlu buat apa-apa lagi. Segala keperluan kita akan diberikan.

————————————————————–

Ayat 20: Sekarang, tentang balasan yang diberikan kepada orang fasik pula:

32:20
Transliteration

Waamma allatheena fasaqoofama/wahumu annaru kullama aradooan yakhrujoo minha oAAeedoo feeha waqeela lahum thooqooAAathaba annari allathee kuntum bihitukaththiboon

Sahih International

But as for those who defiantly disobeyed, their refuge is the Fire. Every time they wish to emerge from it, they will be returned to it while it is said to them, “Taste the punishment of the Fire which you used to deny.”

Malay

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik,
Maksud ‘fasik’ adalah mereka yang sentiasa buat dosa atau boleh juga bermaksud mereka yang kufur. Mereka kufur dengan ayat Allah, mereka kufur dengan arahan Allah.

فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ
maka tempat kediaman mereka ialah neraka;

Tidak sama balasan yang diberikan kepada orang mukmin dan orang fasik. Tempat tinggal orang yang fasik di akhirat amat berbeza sekali. Layanan kepada mereka amat berbeza sekali. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka yang penuh dengan segala azab. Ini kerana mereka telah membuat keputusan yang salah semasa mereka di dunia. Mereka engkar untuk mengikut perintah Allah.

كُلَّمَا أَرَادُوا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَا
tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu,
Apabila dah masuk neraka, tentu mereka tidak tahan dengan azab. Mereka tentu hendak lari dari neraka itu. Perkataan أَرَادُوا bermaksud: apabila mereka ‘berkehendak’. Maknanya, mereka tidak boleh cuba pun. Mereka ada niat sahaja, Allah dah tahu dah.

أُعِيدُوا فِيهَا
mereka dikembalikan kepadanya,
Mereka akan dikembalikan ke tempat mereka dalam neraka itu. Semua penghuni neraka duduk di tengah-tengah neraka. Bukan duduk di tepi-tepi neraka – bukan mereka duduk berselerakan.

Yang dikatakan mereka ‘hendak keluar’ itu, tak sempat nak pergi ke tepi neraka pun. Bergerak sikit sahaja dari tengah-tengah neraka itu sahaja, mereka sudah disuruh pergi balik ke tengah.

وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ
serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka

Yang berkata itu adalah Malaikat Penjaga Neraka. Tidak ramai, ada 19 orang sahaja. Tapi penghuni neraka tidak berani mengengkari penjaga-penjaga neraka itu. Mereka sangat taat kepada malaikat penjaga neraka.

الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ
yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.

Dulu, mereka tak terima akan ada seksaan Neraka, sekarang mereka kena rasai apa yang mereka tak mahu terima itu.

Oleh kerana tidak belajar Quran dan hadis, maka mereka tak tahu tentang neraka yang sebenarnya. Maka, mereka tak percaya sebenar-benarnya dengan neraka itu. Mereka tak takut pun dengan neraka. Sebab tidak diberitahu kepada mereka apakah neraka dan syurga itu. Dan menyedihkan kerana kalau belajar di masjid-masjid dan surau-surau sekarang, tidak dapat belajar tentang perkara yang penting ini. Ini kerana mereka tak habis-habis belajar tentang solat, puasa, wuduk dan benda-benda macam itu sahaja. Mereka hanya diajar perkara-perkara fiqh sahaja. Memang penting perkara itu, tapi itu sahaja yang diajar di pengajian agama biasa. Tidak diajar agama dengan sepenuhnya. Ini amatlah merugikan sekali. Kerana banyak benda yang kita kena belajar sebenarnya, bukan hanya tentang halal haram dalam ibadat sahaja. Kita kena belajar keseluruhan agama kita. Yang paling penting, kena belajar tafsir Quran dulu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

==================================

Rujukan: 

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 032: Sajdah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s