Tafsir Surah Rahman Ayat 68 – 78

Ayat 68:

فيهِما فاكِهَةٌ وَنَخلٌ وَرُمّانٌ

Sahih International

In both of them are fruit and palm trees and pomegranates.

Malay

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

 

فِيهِمَا فَاكِهَةٌ

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan,

Allah menggunakan contoh buah-buahan kerana orang Arab amat suka kepada buahan. Mereka tinggal di kawasan padang pasir yang tidak banyak buah-buahan. Jadi, ianya adalah satu nikmat yang amat besar bagi mereka. Sampaikan kalau mereka makan buah-buahan, mereka akan tersenyum. Dan kerana itulah lafaz fakihah dari segi literal adalah ‘gembira’.

 

وَنَخْلٌ

serta pohon-pohon kurma

Contoh pohon kurma digunakan kerana bangsa Arab banyak makan kurma. Ianya adalah makan ruji bagi mereka.

 

وَرُمَّانٌ

dan delima,

Dalam syurga sebelum ini pun telah disebut ada buah juga. Tapi kali ini Allah spesifik menyebut dua jenis buahan. Disebut dua jenis buah ini kerana ianya adalah jenis buah yang biasa kepada masyarakat Arab. Ianya juga adalah buah kegemaran mereka.

Kenapakah disebut perkara yang spesifik kepada bangsa Arab pula? Kerana Quran mula disampaikan kepada merkea. Kerana merekalah yang mula-mula beriman dengan Nabi. Merekalah yang mula-mula berkorban dalam Islam. Merekalah yang mula-mula berdakwah kepada Islam. Merekalah golongan yang ‘mula-mula’ – musaabiqoon. Ayat-ayat sebegini adalah sebagai penghormatan kepada mereka. Kerana disebut buah yang jadi kegemaran mereka.

Lihat bagaimana Allah angkat kedudukan mereka. Tapi golongan Syiah yang tak tahu Islam, telah mengatakan merekalah manusia paling jahat. Syiah kata ramai dari kalangan sahabat telah murtad selepas kewafatan Nabi.


 

Ayat 69:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


 

Ayat 70:

فيهِنَّ خَيراتٌ حِسانٌ

Sahih International

In them are good and beautiful women –

Malay

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

 

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

Perkataan خَيْرَاتٌ bermaksud ‘pilihan yang tepat’. Sifat-sifat bidadari itu adalah sepertimana yang kita mahukan. Tidak ada yang tidak kena dengan mereka – perfect. Dalam dunia, ada sahaja benda yang kita tak suka dengan pasangan kita, tapi kerana kita sayang kepada mereka, kita tahan sahaja. Nak cari yang perfect pun memang tidak ada berjumpa. Tapi dengan bidadari itu, semuanya sempurna.

Allah tambah lagi dengan perkataan حِسَانٌ yang membawa maksud
‘cantik’ dan ‘baik’. Sudahlah baik, cantik pula tu. Ini berlainan dengan kebiassan wanita di dunia. Susah dua sifat itu untuk ada bersama. Selalunya kalau seseorang itu cantik, dia tidak baik, tidak molek akhlaknya. Dan kalau dia seorang yang baik, tidak cantik pula. Ini kita katakan ‘kebiasaan’ sahaja. Bukanlah semua orang wanita macam itu.

Ini bidadari juga tapi lain dari bidadari yang sebelum ini. Bidadari untuk golongan musaabiqoon ini lebih hebat lagi.


 

Ayat 71:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


 

Ayat 72:

حورٌ مَقصوراتٌ فِي الخِيامِ

Sahih International

Fair ones reserved in pavilions –

Malay

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

 

حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ

Iaitu bidadari-bidadari yang bermata cantik, yang hanya tinggal tetap

Perkataan حُورٌ digunakan untuk ‘perempuan cantik yang mempunyai mata yang mempersonakan’. Warna putih matanya amat beza dengan warna hitam – contrast yang jelas. Dalam syurga sebelum ini, disebut bidadari itu merendahkan pandangan mata mereka kerana malu-malu. Rupanya mata mereka amat cantik sekali. Memukau dan mempesona.

مَّقْصُورَاتٌ bermaksud bidadari itu ‘menahan diri mereka’. Menunggu tuan mereka untuk masuk syurga dan bersama dengan mereka. Mereka dijadikan khas untuk kita. Diri mereka hanya untuk tuan mereka sahaja. Tidak berkongsi dengan orang lain. Orang lain pun tak dapat tengok. Dalam dunia moden sekarang, isteri kita pun kena keluar bekerja juga, keluar ke tempat awam juga dan orang lain pun nampak mereka juga. Tapi, sekali-sekala seorang isteri itu kenalah buat sesuatu yang khas sahaja untuk suaminya sahaja.

Perempuan dalam Islam boleh bekerja bila perlu. Tapi hendaklah mereka menjaga diri mereka. Mereka kena jaga pakaian mereka, cara bergaul dengan orang lain, cara berkomunikasi dengan orang lain, cara bergerak dan lain-lain lagi. Perempuan dalam Islam ada karektor-karektor yang perlu ada. Wanita kita bukan seperti wanita-wanita agama lain. Wanita Islam boleh berkomunikasi dengan orang lain, boleh berfikir, berpelajaran tapi dalam masa yang sama, boleh menjaga watak mereka. Kena pandai berada di tengah-tengah.

 

فِي الْخِيَامِ

di tempat tinggal masing-masing;

الْخِيَامِ bermaksud ‘khemah’. Ini adalah kegemaran bangsa Arab. Mereka suka tinggal dalam khemah. Kalau mereka mengembara, mereka akan gunakan khemah sebagai tempat tinggal mereka yang sementara. Dan kalau Arab Badwi, mereka memang tinggal dalam khemah pun.


 

Ayat 73:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


 

Ayat 74:

لَم يَطمِثهُنَّ إِنسٌ قَبلَهُم وَلا جانٌّ

Sahih International

Untouched before them by man or jinni –

Malay

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

 

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia

Kita sebagai lelaki, memang suka kalau bakal isteri kita tidak disentuh oleh lelaki lain. Itulah sebabnya Allah sebut sebegini dalam ayat ini.

 

وَلَا جَانٌّ

dan tidak juga oleh jin;

Surah ini sudah mula menyebut tentang jin. Dan ayat ini khitab kepada jin juga. Oleh itu, selepas disebut tentang manusia, maka disebut tentang jin pula. Kerana jin-jin juga akan masuk ke dalam syurga dan mereka akan diberi dengan bidadari dari kalangan mereka juga. Bidadari mereka juga tidak sentuh oleh jin-jin lain sebelum mereka.


 

Ayat 75:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


 

Ayat 76:

مُتَّكِئينَ عَلىٰ رَفرَفٍ خُضرٍ وَعَبقَرِيٍّ حِسانٍ

Sahih International

Reclining on green cushions and beautiful fine carpets.

Malay

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

 

مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas bantal-bantal yang hijau warnanya

Sekali lagi disebut tentang duduk ‘bersenggeng’ dalam syurga. Kali ini disebut mereka berseggeng atas barisan bantal-bantal yang berwarna hijau. Ada keistimewaan yang diletakkan dalam warna hijau. Bangsa Arab dulu tidak ada banyak peluang untuk melihat kehijauan. Negara mereka padang pasir sahaja. Maka, warna hijau adalah menarik kepada mereka kerana melambangkan kehidupan, kemewahan, keselesaan.

 

وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ

serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

عَبْقَرِ asalnya bermaksud ‘tempat asal jin’ dalam bahasa Arab lama. Macam satu dunia lain kepada mereka. Apabila mereka pulang dari negara lain seperti Syams dan bawa balik barangan, seperti mereka bawa balik barang dari negara jin sebab lain dari apa yang mereka biasa. Jadi, penggunaan عَبْقَرِ dalam ayat ini adalah sesuatu yang lain dari yang biasa. Begitulah nanti di syurga. Perhiasan satu istana tidak sama dengan istana yang lain.

Yang pasti, ianya حِسَانٍ – cantik. Kerana benda yang asing tidak semestinya cantik, bukan? Tapi Allah memastikan bahawa walaupun ianya adalah asing, berlainan dengan yang biasa, tak biasa tengok, tapi ianya adalah amat cantik sekali.


 

Ayat 77:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Allah ulang kalimah ini di 31 tempat dalam surah ini. Allah ulang berkali-kali, supaya tidak ada hujah bagi manusia untuk menolak dan menafikan mana-mana nikmat dan kekuasaan Allah. Kata kunci dalam surah ini adalah تُكَذِّبَانِ inilah. Allah hendak mengingatkan manusia tentang perkara ini – jangan mendustakan mana-mana nikmat dan kekuasaan Allah.


 

Ayat 78: Allah mengakhiri surah ini sepertimana ianya bermula. Surah ini bermula dengan nama Allah ar-Rahman dan diakhiri dengan nama ar-Rahman juga.

تَبارَكَ اسمُ رَبِّكَ ذِي الجَلالِ وَالإِكرامِ

Sahih International

Blessed is the name of your Lord, Owner of Majesty and Honor.

Malay

Maha berkat nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

 

تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ

Maha berkat nama Tuhanmu

Nama Allah yang mana? ar-Rahman.

تَبَارَكَ bermaksud ‘berkat’. Iaitu sesuatu kebaikan yang bertambah dan bertambah. Lebih dari yang diharapkan. Lebih lagi dari apa yang kita sangkakan. Sebagai contoh, apabila kita mengajar bahasa Arab kepada anak kita, bermula dengan huruf alif, ba, ta tapi dengannya juga menyebabkan dia akhirnya menjadi seorang ulama besar.

Allah memberitahu kepada kita bahawa ada namaNya yang mengandungi barakah. Iaitu ar-Rahman. Sebab itulah setiap kali kita memulakan perkara baik, kita mulakan dengan basmallah yang ada nama ar-Rahman di dalamnya. Kerana kita mengharapkan Allah akan memberikan barakah dalam usaha kita itu. Kerana kalau Allah berikan barakah di dalamnya, usaha itu akan membuahkan hasil yang banyak. Lebih dari apa yang kita harapkan. Lebih dari apa yang kita boleh bayangkan. Apabila kita memulakan sesuatu dengan basmallah, maka itu meletakkan satu perasaan optimistik dalam melakukan pekerjaan kita. Kerana kita menjadi yakin kerana Allah telah memberikan basmallah kepada kita. Itulah semangat yang perlu ada pada seorang muslim. Kita kena yakin dengan Allah.

 

ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Dalam ayat ini disebut dua Sifat Allah: Jalal dan Ikram. Allah hendak memberitahu kita, kalau kita tidak mengikut segala arahan dari Allah, tidak bertindak sebagai hambaNya, maka kita akan bertemu dengan Sifat Jalal Allah, iaitu sifat Allah yang keras. Allah akan menghukum kita, beri kita azab yang tidak terkira.

Dan kalau kita menjadi hamba yang taat, kita akan bertemu dengan Sifat Allah al-Ikram – iaitu sifat yang memuliakan hambaNya yang telah menjalani kehidupan di dunia dengan baik dan Allah akan balas dengan baik juga. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang telah dijelaskan sifat-sifat syurga itu dalam ayat-ayat sebelum ini.

Allahu a’lam. Habis tafsir Surah ar-Rahman ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah al-Waaqiah. 


Rujukan:

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 055: Rahman. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Rahman Ayat 68 – 78

  1. Ahmad Fazani Mislan says:

    Alhamdullilah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s