Tafsir Surah Maryam Ayat 65 – 76

Sambungan dari tafsir ayat sebelum. Lompat ke awal surah.

Ayat 65: Walaupun Allah itu adalah Tuhan sekelian alam, tapi Allah tidak melupai Nabi. Kalau manusia yang banyak tugas, tentulah mereka akan terlupa sesuatu perkara. Tapi tidak dengan Allah. Ayat ini juga adalah dalil untuk menyembah Allah sahaja. Siapakah Allah?

19:65
Sahih International

Lord of the heavens and the earth and whatever is between them – so worship Him and have patience for His worship. Do you know of any similarity to Him?”

Malay

“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”

 

رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi
Ayat sebelum telah dikatakan bahawa Allah tidak lupa kepada Nabi. Allah tidak lalai dengan segala tekanan dan masalah yang dihadapi oleh baginda dalam menyampaikan agama kepada umatnya. Sekarang disebut nama Allah sebagai rabb – yang menjaga segalanya. Allah bukan sahaja telah mencipta alam ini, tapi Allah juga mentadbir alam ini dari sebesar-besar sehingga ke sekecil-kecilnya. Segalanya tidak akan berlaku tanpa pengetahuan Allah. Walau sehelai daun yang jatuh dari pokok pun. Oleh itu, bukan Allah tidak tahu, tapi Allah hendak melihat usaha Nabi dalam menyampaikan agamaNya.

وَمَا بَيْنَهُمَا

serta segala yang ada di antara keduanya;

Bukan hanya langit dan bumi sahaja, tapi diantaranya juga. Entah apakah yang ada antara langit dan bumi itu. Kita pun tidak tahu kerana ilmu kita adalah amat terhad. Janganlah kita ingat kita tahu banyak. Kalau banyak yang kita tahu, ada banyak lagi yang kita tidak tahu.

فَاعْبُدْهُ

oleh itu, sembahlah engkau akan Dia

Memang kamu Muhammad risaukan tentang masalah umat kamu. Jangan kamu risau. Teruslah menyembah Allah. Menyerah diri ditunjukkan dengan menyembah Allah. Bukan hanya cakap sahaja. Bukan hanya cakap-cakap kosong sahaja seperti yang dilakukan oleh kebanyakan dari kita.

وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ

dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya;

اصْطَبِرْ adalah sabar yang tinggi. Bukan sabar yang biasa sahaja. Usaha yang besar memerlukan sabar yang lebih tinggi dari kesabaran biasa.
Memang Allah tahu bahawa Nabi Muhammad dalam keadaan risau dan takut. Tapi bersabarlah. Teruskan dengan beribadah kepada Allah. Itulah jalan keluar kepada masalah yang sedang dihadapi. Apabila hati ketat, lakukan ibadat terutama solat. Banyak ayat dalam Quran yang menganjurkan mengerjakan ibadat kepada Allah apabila ada masalah dan dalam perjuangan.

Kita hendaklah menjadikan solat sebagai jalan keluar dari masalah yang kita hadapi dalam alam ini. Ianya bukan hanya suka-suka sahaja. Bukan hanya untuk melepaskan kewajipan solat sahaja. Dalam solat, fikirkan benda lain, dan selepas solat, terus lega kerana dah lepas buat perkara wajib. Itu adalah hanya untuk melepaskan tanggungjawap solat sahala. Tapi kita tidak mendapat manfaat dengan solat. Dengan solat, kita sebenarnya boleh berkomunikasi dengan Allah. Kita boleh mengadu kepada Allah tentang masalah yang kita hadapi. Kita boleh menangis dengan Allah. Allah bukan tidak tahu apakah yang kita hadapi tapi Allah hendak dengar kita sendiri yang mengadu kepadaNya.

Jangan solat hanya apabila ada masalah sahaja. Kita kenalah konsisten dalam mengerjakannya. Biasakan diri dengan solat. Jangan jadi macam manusia yang hanya minta tolong kepada kenalannya hanya apabila ada masalah sahaja. Kalau kita jumpa seseorang kalau ada masalah sahaja, kawan kita itu pun dah tak suka dah. Cari dia bila ada masalah sahaja. Tapi, kalau kita selalu jumpa dia sentiasa, sesekali kita minta tolong, tentulah dia senang hati nak tolong kita.

Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan bagaimana Nabi bertanya kepada Jibrail kenapa tak turun selalu kerana baginda mengharapkan wahyu diturunkan dengan segera dan dengan banyak lagi. Kerana wahyu yang diturunkan amat menenangkan Nabi dan memberi semangat kepada baginda. Dalam ayat ini, Allah memberitahu kepada baginda, jangan hanya menunggu wahyu diturunkan sahaja. Sambil menunggu itu, dirikanlah solat. Teruskan dengan menunaikan ibadat.

Solat adalah mi’raj kepada kita. Nabi Muhammad isra’ mi’raj terus kepada Allah. Tapi kita ada peluang itu dengan mengerjakan solat. Ingatlah bahawa Nabi telah dibawa isra’ mi’raj pada waktu baginda menghadapi ujian yang paling besar. Iaitu ketika baginda telah kehilangan Khadijah yang telah menjadi teman baginda selama 25 tahun. Selepas itu beberapa bulan kemudian, baginda telah kehilangan bapa saudaranya yang telah menjaga baginda selama ini. Kedua-dua individu itu selama ini telah memberi sokongan yang amat kuat. Merekalah yang paling rapat dengan baginda. Dugaan itu amat berat kepada baginda. Bayangkan kalau orang yang kita paling sayang sudah tiada. Dan pada waktu itulah baginda dibawa isra’ mi’raj dan diberikan hadiah solat kepada baginda. Ianya sebagai satu jalan keluar untuk menghadapi masalah-masalah yang kita hadapi. Allah telah memberikan hadiah yang maha besar.

Begitu juga dalam surah al-Kautsar, bagaimana apabila Nabi kematian anaknya, puak Quraish telah mengambil peluang itu untuk mengutuk baginda. Mereka kata Nabi telah tiada keturunan. Mereka kata Allah telah tinggalkan baginda. Waktu itu adalah waktu yang amat sedih sekali. Apa Allah cakap dalam surah itu? فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ. “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Amat sukar beribadat kepada mereka yang ada syirik dalam hati. Contohnya, kalau ada syirik dalam hati, susah untuk kita berdoa terus kepada Allah. Apabila berdoa, tentu nak pakai tawasul, tentu nak suruh orang lain doakan untuk kita. Kerana kita rasa Allah tidak dengar doa-doa kita kalau kita doa sendiri. Itu adalah salah sangka dengan Allah. Allah tidak pernah kata Allah memilih siapa yang Dia akan dengar doa mereka. Dalam solat adalah juga kita berdialog dengan Allah. Ada hadis qudsi yang menceritakan bagaimana dalam kita membaca fatihah itu, Allah menjawap kata-kata kita.

هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا

adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”

Adakah ada tuhan lain yang bernama Allah? Maksud سَمِيًّا adalah ‘nama’. Tidak ada tuhan lain yang bernama Allah. Walaupun orang musyrikin Mekah itu banyak berhala, tapi mereka tidak pernah menamakan mana-mana berhala mereka dengan nama ‘Allah’.

سَمِيًّا juga bermakna ‘kualiti’. Adakah tuhan lain yang sama kualiti dengan Allah, yang ada sifat Allah? Tentulah tidak ada lagi entiti yang ada sifat tuhan seperti Allah. Maka, hendaklah kita hanya sembah Allah sahaja. Kenapa kita nak cari tuhan-tuhan lain Allah? Tidak ada yang setanding dengan Allah.

Berbanggalah dengan hubungan kita dengan Allah. Kita boleh berkomunikasi dengan Allah. Manusia amat berbangga dengan hubungan mereka dengan orang-orang besar. Ingatlah bahawa kita ada hubungan langsung dengan Allah.

Kalau kita dapat hayati maksud ini, maka kita akan tertunggu-tunggu waktu solat yang seterusnya. Kerana kita sudah merasa nikmat solat.

——————————————————————-

Ayat 66: Sekarang disebutkan tentang mereka yang kufur. Allah menunjukkan kemurkaanNya dalam ayat ini.

19:66
Sahih International

And the disbeliever says, “When I have died, am I going to be brought forth alive?”

Malay

Dan manusia (yang kafir) berkata: “Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?”

وَيَقُولُ الْإِنسَانُ

Dan manusia (yang kafir) berkata:

Dalam ayat sebelum ini, Allah mengatakan bahawa Dia tidak ‘lupa’. Dalam ayat ini pula, digunakan perkataan الْإِنسَانُ untuk merujuk kepada manusia, yang asal maknanya adalah ‘yang lupa’.

Manusia dalam ayat ini bukanlah bermaksud semua manusia. Kerana kita yang beriman tidaklah bercakap macam mereka. Tapi Allah sebut yang berkata-kata itu adalah ‘manusia’, macam semua manusia pula. Tidak begitu. Ini adalah kata-kata sindiran. Mereka tak layak dikenal pasti. Macam kita kata “ada yang cakap begini dan begini…” Kita tak sebut pun siapa yang cakap sebab tak layak mereka bercakap begitu. Kita pun marah dengan mereka sebab mereka cakap macam itu.

Allah menceritakan kembali kepada kita dalam Quran ini, kata-kata mereka. Sanggup mereka cakap begini. Berani mereka kata begini? Apakah kata mereka? –

أَإِذَا مَا مِتُّ

“Apa! Apabila aku mati,

Mereka semua terima hakikat bahawa mereka semua akan mati. Tapi kejadian selepas mati itu yang mereka tak percaya.

Perkataan مَا مِتُّ digunakan dalam ayat ini, dan tidak مِتُّ  sahaja, kerana yang berkata itu rasa lama lagi dia akan mati. Macam tak nampak yang dia akan mati. Sebab sekarang dia sedang hidup dengan gembira. Dia tak rasa yang dia akan mati tak lama lagi.

لَسَوْفَ أُخْرَجُ حَيًّا

adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?”
Ini bukan mereka tanya dalam bentuk soalan kerana hendak tahu, tapi mereka cakap dalam bentuk sindiran sahaja. Mereka mengejek apa yang Nabi cakapkan kepada mereka.
Ini dipanggil ‘mendustakan Allah’. Kerana mereka tidak percaya mereka akan dihidupkan semula.
Musyrikin Mekah tak dapat terima bahawa mereka akan dihidupkan kembali. Kerana akal mereka tidak dapat terima. Apakah jawapan Allah kepada kata-kata mereka itu?

——————————————

Ayat 67: Jawapan Allah kepada kata mereka itu. Dengan jawapan yang logik sekali.

19:67
Sahih International

Does man not remember that We created him before, while he was nothing?

Malay

Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?

أَوَلَا يَذْكُرُ الْإِنسَانُ

Patutkah manusia itu tidak ingat (memikirkan)?
Sekali lagi disebut insan dalam ayat ini. Tapi ianya ditujukan kepada mereka yang tidak mempercayai hari kebangkitan semula.

Allah tegur mereka – kenapakah mereka tidak menggunakan akal yang waras? Perkataan yang digunakan adalah ‘zikr’ dalam ayat ini. Oleh itu, zikir itu bukanlah seperti kebanyakan orang kita faham. Mereka ingat apabila ada hadis yang kata ‘zikir’, mereka ingat sahabat-sahabat berzikir ‘meratib’ ramai-ramai. Jadi mereka kata para sahabat pun ada zikir ramai-ramai sebagai hujah mereka untuk membenarkan zikir sesat mereka. Tidaklah maksud zikir itu hanya seperti apa yang mereka faham. Zikir itu boleh juga bermaksud ‘memikirkan’.

أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ

bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu
Allah lah yang menjadikan mereka dahulu. Mereka tak tahukah? Mereka lupakah? Mereka ingat mereka datang dari mana? Mereka ingat mereka jadi sendiri sahaja?

Orang Arab Musyrikin Mekah itu bukan mereka tidak percaya kepada kewujudan Allah. Mereka tahu Allah ada. Cuma mereka tidak menyembah Allah sahaja. Mereka tahu bahawa alam ini dijadikan oleh Allah. Ini berdasarkan dari ayat-ayat lain dalam Quran ini. Iaitu apabila ditanya kepada mereka, siapakah yang menjadikan alam ini, mereka akan jawap: Allah.

وَلَمْ يَكُ شَيْئًا

sedang ia pada masa itu belum ada pun?
Kalau mereka dulu tidak ada, Allah boleh adakan, takkan Allah tidak boleh bangkitkan mereka semula? Bukankah kalau kita buat semula lebih mudah dari buat kali pertama?
Kalau mereka menggunakan akal waras mereka, mereka akan nampak.

Perkataan يَكُ digunakan dalam ayat ini. Sepatutnya perkataan yang biasa adalah يكن. Kenapa digunakan dengan cara begini? ن dibuang untuk menunjukkan mereka tidak ada apa-apa macam Nun yang boleh dibuang ini. Mereka seperti huruf nun itu juga yang boleh ada, boleh tidak ada. Perkataan يَكُ  masih lagi membawa erti yang sama dalam bahasa Arab walaupun tidak ada huruf nun itu.

———————————————————-

Ayat 68:

19:68
Sahih International

So by your Lord, We will surely gather them and the devils; then We will bring them to be present around Hell upon their knees.

Malay

Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.

 

فَوَرَبِّكَ

Oleh itu, demi Tuhanmu!
Apakah maksud kata ini? Ini adalah Allah bersumpah dengan DzatNya. Dalam bahasa Arab, objek sumpahan itu adalah objek yang penting. Jadi, ini adalah satu sumpahan yang besar sekali.

Sepatutnya kalau mereka boleh terima Allah sebagai rabb, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, mereka sepatutnya tidak ada masalah nak terima hakikat bahawa mereka akan dihidupkan.

لَنَحْشُرَنَّهُمْ

Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu
حْشُرَ bermaksud mengumpulkan sesuatu dari banyak tempat ke satu tempat. Ada Nun dan sabdu untuk menguatkan perkataan itu. Ada penekanan dalam maksudnya. Maknanya, ini bukan pengumpulan yang biasa. Bukan kumpulkan buah rambutan untuk dijual kepada peraih.

وَالشَّيَاطِينَ

beserta syaitan-syaitan.
Bukan mereka sahaja, tapi mereka akan dikumpulkan bersama syaitan. Iaitu syaitan-syaitan yang mereka puja, samada mereka sedar atau tidak yang mereka memuja syaitan. Ini adalah masalah kepada orang kita. Mereka ingat mereka beri salam kepada wali, malaikat dan Nabi, tapi sebenarnya mereka memuja syaitan. Mereka bukanlah berniat untuk memuja syaitan, tapi tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya beribadat kepada jin syaitan. Begitu juga apabila mereka bertawasul. Iaitu menggunakan perantaraan dalam doa. Setiap tawasul yang dibuat akan mendatangkan syaitan kepada dirinya. Syaitan itu akan terus bersama dengannya.

Yang meniupkan api kekufuran kepada manusia adalah jin syaitan. Mereka membisikkan kepada manusia untuk jauh dari kebaikan. Mereka menyuruh manusia berbuat keburukan. Itu syaitan dalam bentuk jin.

Syaitan juga ada dalam bentuk manusia. Mungkin ramai yang tidak tahu perkara ini. Ramai yang ingat syaitan hanya dari golongan jin sahaja. Syaitan dalam bentuk manusia juga buat kerja yang sama dengan syaitan jin. Iaitu mereka mengajak manusia untuk berbuat keburukan.

ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ

kemudian Kami akan hadirkan mereka di keliling neraka Jahannam.
ثُمَّ digunakan untuk menunjukkan ada tempoh masa  yang lama selepas mereka dikumpulkan itu. Selepas mereka dikumpulkan, mereka akan dibiarkan sahaja di situ. Entah berapa ribu juta tahun. Itu adalah satu seksaan yang amat hebat sekali. Kalau kita disuruh tunggu sekejap pun tak boleh buat apa-apa, pun kita dah malas dah, tambahan pula kalau kena tunggu dalam masa yang lama. Tunggu pula dalam ketakutan – tidak tahu apakah nasib kita. Ini adalah satu seksaan emosi.

Bahasa yang digunakan adalah keras sekali. Ini perlu untuk membangunkan manusia yang telah lama lena. Macam kalau kita dah tidur mati, kita perlukan jam loceng yang kuat untuk menggerak kita.

Apabila setelah sekian lama, Allah akan hadhirkan mereka. Bukan mereka datang sendiri tapi mereka akan dibawa dengan hina sekali. Diikat dengan rapat dan ditarik ke tempat yang hendak dibawa. Mereka akan dibawa di sekeliling neraka. Waktu itu neraka sedang membakar dengan marah. Seperti binatang buas yang sedang marah. Macam binatang buas yang kelaparan. Neraka waktu itu akan diberi makan dengan makhluk-makhluk yang derhaka. Neraka akan minta lagi dan lagi. Macam tak cukup dengan penghuninya yang dah ramai.

جِثِيًّا

dalam keadaan duduk berlutut.
Bermaksud jatuh atas lutut. Duduk itu adalah duduk mereka yang telah ditangkap. Seperti penjenayah. Mereka yang hendak diberi hukum. Bayangkan betapa takutnya keadaan itu.

Cara duduk berlutut.

———————————————————-

Ayat 69:

19:69
Sahih International

Then We will surely extract from every sect those of them who were worst against the Most Merciful in insolence.

Malay

Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka.

 

ثُمَّ لَنَنزِعَنَّ مِن كُلِّ شِيعَةٍ

Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan yang jahat itu,
ثُمَّ sekali lagi digunakan. Bermaksud mereka akan dibiarkan dalam keadaan itu dalam keadaan lama. Entah berapa ribu tahun pula. Masa di akhirat kita tidak tahu lagi. Mereka duduk pula berdekatan dengan neraka. Mereka akan rasa kepanasan neraka itu.

لَنَنزِعَنَّ bermaksud ada individu yang akan ditarik dari golongan mereka. Iaitu ditarik dengan kasar. شِيعَةٍ adalah kumpulan yang mempunyai tujuan yang sama. Maksudnya, dalam kumpulan yang orang-ramai itu, akan ditarik seseorang dari kumpulan itu.

أَيُّهُمْ أَشَدُّ عَلَى الرَّحْمَٰنِ

mana-mana orang yang kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka yang paling

Perkataan Rahman digunakan dalam ayat ini. Ini mengingatkan kita bahawa Allah telah banyak memberi kepada mereka. Dengan segala nikmat di dunia yang tidak terkira. Tapi ramai yang lupa dengan rahmat Allah itu.

Ada yang akan ditarik, dipilih. Mereka akan dipisahkan dari orang lain termasuk dari kumpulan mereka sendiri. Bayangkan perasaan itu. Duduk berseorangan. Mereka pun dah tahu yang mereka dah bersalah. Ini adalah satu seksaan emosi. Yang ditarik itu adalah yang paling – paling apa?

عِتِيًّا

derhaka
Yang paling derhaka, paling jahat sekali, akan dilempar dahulu ke dalam neraka. Semuanya dari kumpulan itu akan masuk neraka, tapi siapakah yang akan masuk dahulu? Mereka yang paling derhaka dari kumpulan merekalah dulu yang akan dilempar dahulu. Misalnya, di kawasan Gombak, siapakah yang paling jahat sekali, dialah yang akan dilempar ke dalam neraka yang paling awal sekali. Untuk jatuh ke dasar neraka, mengambil masa 70 tahun. Semasa jatuh itu, mereka akan dibakar.

عِتِيًّا bermaksud yang sudah terlebih. Dalam ayat ini bermaksud yang telah melepasi segala sempadan.

————————————————————-

Ayat 70:

19:70
Sahih International

Then, surely it is We who are most knowing of those most worthy of burning therein.

Malay

Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka itu.

 

ثُمَّ لَنَحْنُ أَعْلَمُ

Kemudian, sesungguhnya Kami paling mengetahui
ثُمَّ sekali lagi digunakan. Iaitu selepas masa yang lama.

بِالَّذِينَ هُمْ أَوْلَىٰ بِهَا

akan orang-orang yang dengan api neraka itu.

Allah lebih tahu siapakah yang layak diberi hukuman sebegini. Allah tahu siapakah yang paling layak diberikan seksaan yang dahulu.

صِلِيًّا

Dipanggang

Bayangkan mereka akan dipanggal dalam api neraka. Mereka yang paling layak dikenakan dengan seksaan itu.

—————————————————————–

Ayat 71:

19:71
Sahih International

And there is none of you except he will come to it. This is upon your Lord an inevitability decreed.

Malay

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

 

وَإِن مِّنكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya;
Mereka yang kafir itu akan sampai kepada neraka.

Tapi ada mufassir mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah semua manusia. Kerana perkataan وَارِدُهَا tidak semestinya masuk, tapi lalu sahaja. Semua manusia akan melalui neraka. Iaitu melalui titian sirat. Ada juga yang kata bukan atas titian sirat, tapi ‘melalui’ neraka itu sendiri. Ini adalah sesuatu yang menakutkan kita. Titian sirat itu adalah lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang. Pendapat ini disokong oleh hadis-hadis yang mengatakan semua manusia akan melalui neraka.

Dalam riwayat Tirmizi, ada disebut Nabi bersabda:

“Seluruh manusia akan melewati neraka, kemudian mereka diselamatkan darinya, kerana amal perbuatan mereka.”

Manusia melaluinya mengikut amalan mereka. Ada yang laju. Ada yang tak perasan pun mereka dah lintas neraka. Ada yang lalu dengan perlahan, tapi mereka akhirnya lepas. Ada yang melaluinya dalam keadaan yang susah. Ada yang tidak lepas, ditarik jatuh ke dalam neraka. Ada yang terbelah kerana ketajaman titian sirat itu. Macam-macam cara. Semoga kita antara orang yang selamat.

Pengajaran untuk kita adalah, kita akan lebih menghargai syurga apabila kita dapat melepasinya. Kerana kita dah dapat lihat kehinaan dan betapa teruknya neraka itu. Kita akan bersyukur kerana kita dapat melepasinya. Macam kalau kita hampir dilanggar oleh bas semasa melintas jalan, kita akan bersyukur sangat kerana tadi kita hampir mati.

كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَّقْضِيًّا

(yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
Allah telah tetapkan perkara itu akan pasti terjadi. Iaitu semua akan masuk dalam neraka. Tidak boleh dielakkan lagi. Kita cuma perlu berusaha hidup dengan baik supaya kita akan dapat melepasi titian sirat itu.

حَتْمًا adalah ketetapan tetap. Akan dijalankan. Kenapa kita kena masuk neraka? Supaya kita tahu apakah yang kita telah lalui. Supaya kita tahu bahawa kita telah lepas daripada neraka yang amat teruk itu.

———————————————————————-

Ayat 72: Selepas Allah menceritakan tentang apa yang akan terjadi kepada orang-orang yang jahat, Allah terus cerita pula tentang mereka yang baik pula. Jadi, kita akan nampak perbandingan.

19:72
Sahih International

Then We will save those who feared Allah and leave the wrongdoers within it, on their knees.

Malay

Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.

 

ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوا

Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa,

ثُمَّ bermaksud proses untuk melalui titian sirat mengambil masa yang lama.

نُنَجِّي bermaksud diselamatkan terus 100%. Tiada kesan sampingan.

Semua manusia akan kena lalu neraka, tapi yang bertaqwa akan diselamatkan. Kelajuan melaluinya bergantung kepada amalan mereka. Ada yang lalu dengan laju. Ada yang perlahan sedikit. Tapi semua yang mukmin akan melepasinya. Ada ulama yang kata kita tidak terkesan dengan api neraka itu sepermana juga Nabi Ibrahim tidak terkesan dengan api yang digunakan untuk oleh Namrud untuk membakarnya.

Kita tidak akan dapat tahu kenikmatan sesuatu perkara sehinggalah kita nampak kesusahan. Jadi apabila penghuni syurga nampak neraka yang mereka lepasi, mereka akan lebih menghargai syurga itu.

Jadi jalan untuk selamat dari neraka adalah bertaqwa. Bertaqwa itu bermaksud ‘sentiasa sedar tentang Allah’. Iaitu kita memikirkan apakah yang Allah hendak kita buat dalam setiap keadaan. Katakanlah kita kena buat keputusan dalam satu perkara, kita akan memikirkan apakah yang Islam suruh kita buat dalam perkara seperti itu? Kalau kita hendak buat sesuatu, kita akan fikirkan apakah Allah suka atau tidak dengan apa yang kita hendak buat itu.

وَّنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا

dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim tinggal di dalam neraka itu.

Mereka yang zalim itu adalah mereka yang tidak ikut apa kata Allah. Selepas segala apa yang Allah telah berikan kepada mereka dalam dunia ini, mereka masih lagi tidak mengikut perintah Allah. Mereka itu semuanya akan jatuh dalam neraka.

جِثِيًّا

berlutut
Mereka akan berlutut macam penjenayah. Sebelum ini telah disebut mereka akan melutut di keliling neraka berlutut juga. Kali ini, dalam neraka pun mereka pun melutut juga.

——————————————

Ayat 73: Apakah yang mereka kata semasa mereka di dunia dulu? Mereka berlagak dengan apa yang mereka ada. Inilah masalah kalau manusia mendapat pangkat dan kekayaan. Dengan pangkat dan kekayaan itu, boleh menyebabkan mereka jadi kufur kalau mereka tidak berhati-hati. Maka, kita pun hendaklah berhati-hati juga.

19:73
Sahih International

And when Our verses are recited to them as clear evidences, those who disbelieve say to those who believe, “Which of [our] two parties is best in position and best in association?”

Malay

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: “Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?

 

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata,
Ayat-ayat itu jelas. Bukanlah ayat Quran itu berbelit-belit. Asalkan kalau kita belajar, kita akan dapat faham. Ayat Quran itu adalah jelas sejelasnya. Orang kita sahaja yang tak faham. Bukan sahaja mereka tak mementingkan untuk belajar Arab, belajar tafsir pun tidak. Tapi kita terima, mereka memang suka membaca Quran. Mereka kata tenang apabila baca Quran. Tapi, setakat baca sahaja. Sebab itulah orang yang rajin baca Quran pun masih lagi buat perkara-perkara yang salah, yang berlawanan dengan apa yang diajar oleh Quran, kerana mereka tak faham apa yang mereka baca. Itu sama sahaja dengan orang-orang Yahudi. Mereka pun baca dan mereka pun hafal kitab Taurat, tapi setakat bacaan hafal sahaja, tanpa faham isi kandungan Taurat itu. Oleh itu, kalau setakat baca dah hafal ayat-ayat Quran itu, sama sahaja kita dengan Yahudi.

قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا

berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman:

Orang yang beriman akan berdakwah kepada manusia. Ini bukanlah kerja yang senang. Kerana kita tahu, akan yang terima dan akan ada yang tidak mahu terima. Mereka yang menentang tidak mahu terima itu, macam-macam alasan mereka akan berikan. Macam-macam kata-kata nista yang mereka akan katakan. Quran dah sebut apa yang mereka akan katakan, sebelum mereka cakap lagi.

Bandingkan jawapan yang diberikan oleh orang-orang kafir dengan apa yang dikatakan oleh orang beriman dalam ayat 58 – mereka yang beriman itu akan tersungkur jatuh dalam keadaan sujud dan menangis.

Tapi lihatlah apa kata orang-orang kafir:

أَيُّ الْفَرِيقَيْنِ خَيْرٌ مَّقَامًا

“Puak yang manakah (antara kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya

Mereka berbangga dengan kediaman mewah yang mereka ada. Mereka berbangga dengan kekayaan mereka. Mereka ingat, kerana mereka mendapat kemewahan di dunia, maka mereka orang-orang yang terpilih. Mereka ingat, kalau tuhan telah memberikan kelebihan semasa di dunia, maka mereka pun sepatutnya mendapat kelebihan di akhirat juga nanti. Itu pun kalau ada akhirat, mereka kata.

وَأَحْسَنُ نَدِيًّا

dan lebih elok majlis perhimpunannya?

نَدِيًّا bermaksud perkumpulan orang-orang elit. Zaman Nabi dulu ada Darul Nadwah. Disitulah macam parlimen mereka dimana keputusan dibuat tentang masyarakat. Kalau zaman sekarang, ada tempat-tempat yang orang-orang kaya sahaja yang boleh masuk. Seperti kelab-kelab mahal. Orang biasa-biasa tidak boleh masuk.

Mereka nak kata mereka lebih tinggi dari orang beriman. Mereka kata lihatlah bagaimana tuhan telah memberikan kelebihan kepada kami. Kalau kami dapat kedudukan yang tinggi di dunia, tentulah kami yang benar.

Musyrikin akan selalu kata kepada orang beriman bahawa mereka lebih baik. Antaranya mereka kata pengikut guru mereka lebih banyak, lebih kaya. Inilah yang akan dihadapi oleh pendakwah-pendakwah sunnah. Guru-guru yang tidak mengajar sunnah memang ramai yang kaya-raya. Kerana mereka buat duit dengan mengajar perkara-perkara yang salah. Mereka ambil upah dalam mengajar, dalam baca doa, dalam buat ibadat dan sebagainya. Anak-anak murid mereka dah siap ada menu dah – baca doa boleh charge sekian banyak, jadi imam solat hajat sekian banyak, jadi imam solat jenazah sekian banyak dan seterusnya. Sama sahaja dengan tok sami agama Hindu, yang mengambil upah. Sama sahaja akidah mereka sebenarnya. Kerana mereka ingat tuhan memerlukan perantaraan dan merekalah perantaraan itu pada fikiran mereka.

Ini dah jadi satu fenomena yang teruk di Malaysia, sampaikan ada pemahaman kalau kereta langgar kucing, langgar babi, kereta itu akan sial. Maka, kena dimandikan oleh guru atau ustaz. Sama juga kalau dilakukan oleh sami-sami Hindu. Mereka juga buat perkhidmatan buang sial. Ada yang ajar walau di tv pun, kalau beli kereta atau motor, bagilah tok imam, tok bilal pakai dulu supaya kereta dan motor itu akan lebih selamat.

Mereka juga akan kata guru mereka hebat, boleh buat itu. Guru mereka ada mimpi jumpa Nabi. Guru mereka boleh halau jin. Jin pun takut dengan guru mereka. Kalau ajaran tarekat tu, sampaikan mereka kata guru mereka pernah isra’ mi’raj pun ada. Kumpulan tarekat lain yang tak mahu kalah akan kata, kalau pergi isra’ mi’raj, guru mereka dah siap tunggu kat atas dah. Ma sha Allah, sampai begitu sekali mereka taksub. Sampai begitu sekali kebodohan mereka sampaikan mereka boleh percaya benda-benda macam itu. Jadi, apabila mereka dah sebati dengan pemahaman macam itu, mereka akan kata yang tak elok dengan orang-orang beriman, dengan orang-orang yang mengajar sunnah.

Mereka akan bandingkan bagaimana guru-guru sunnah itu biasa-biasa sahaja. Pakai kereta biasa sahaja. Anak murid pun tak ramai. Kalau mengajar di masjid atau surau, tidak ramai yang datang pun. Tidak pernah masuk tv pun. Guru mereka selalu masuk tv. Kalau mengajar, berdekah-dekah orang ketawa. Sampai senak perut, tapi bila ditanya, apa yang dia belajar malam itu, dia pun tak tahu apa yang dia belajar. Dia cuma ingat jenaka penceramah itu sahaja. Dia cuma ingat kisah mengarut yang disampaikan oleh guru itu sahaja. Masyarakat kita pula memang suka dengar kisah-kisah yang tak tahu hujung pangkal, maka adalah kisah yang disampaikan penglipurlara macam kisah Bani Tamim lah, kisah Telaga Baharut lah dan sebagainya. Kalau masyarakat kita pun malas nak dengar dan layan kisah-kisah sebegitu, ustaz-ustaz pun tak berani nak keluarkan kisah itu. Alhamdulillah, masyarakat kita dah semakin celik ilmu. Ada yang mula menegur apa yang disampaikan oleh guru agama. Mereka tidak terus telan sahaja. Masyarakat dah mula mempersoalkan apakah yang disampaikan. Diharap ini akan menjadi satu pengajaran kepada guru-guru agama untuk lebih meneliti sumber ambilan agama mereka.

—————————————————————–

Ayat 74:

19:74
Sahih International

And how many a generation have We destroyed before them who were better in possessions and [outward] appearance?

Malay

Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.

 

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ

Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan,
Orang-orang yang lebih hebat dulu dari mereka, telah mati lama dah. Berapa banyak kaum yang telah dimusnahkan. Ada yang mereka tak tahu, dan ada yang mereka memang kenal pun. Kerana mereka pun ada melalui kawasan-kawasan kaum-kaum yang telah dimusnah itu seperti kaum Tsamud. Mereka bukan tidak kenal dengan nasib kaum-kaum itu.

هُمْ أَحْسَنُ أَثَاثًا وَرِئْيًا

sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.

أَثَاثًا adalah aset seseorang. Seperti perabot, rumah, kereta dan sebagainya.

وَرِئْيًا benda yang cantik-cantik. Yang cantik dipandang mata. Yang bergerlipan. Yang menyilaukan mata. Kalau zaman sekarang, yang bling-bling. Itulah yang manusia suka, itulah yang manusia pandang.

Lihatlah bagaimana kaum-kaum yang hebat dulu seperti Madyan, Tsamud dan sebagainya yang telah dihancurkan. Mereka itu lebih hebat dari musyrikin Mekah. Tamadun mereka lebih tinggi. Allah nak kata kenapa nak berlagak sangat? Mereka yang dulu lagi hebat dari mereka tapi dihancurkan juga kerana kekafiran mereka.

Kita pun kena ambil peringatan dari hal ini. Jangan kita ingat kita telah maju sampai tidak terikat lagi dengan hukum Allah. Jangan kita leka dengan mengejar benda-benda seperti itu sampaikan kita tidak kisah dengan agama.

———————————————————————

Ayat 75: Beberapa ayat yang kita telah baca adalah perkara-perkara asas dalam akidah. Tentang percaya kepada Allah, Hari Akhirat dan sebagainya. Ini adalah kerana surah Maryam ini diturunkan di awal kenabian di Mekah. Oleh kerana itu, ajaran yang disampaikan adalah perkara-perkara asas. Dan kita sekarang pun masih lagi membaca ayat-ayat ini. Ini adalah kerana ianya juga penting. Dan adakalanya kita hanya perlu berbicara tentang perakara-perkara asas sahaja. Terutama apabila kita bercakap dan berdakwah kepada orang bukan Islam, baru masuk Islam, kanak-kanak atau orang Islam yang baru belajar agama balik. Jangan sebut perkara-perkara ilmu tinggi kepada mereka. Ianya hanya akan mengelirukan mereka sahaja. Kalau mereka baru nak belajar, ianya hanya akan menjauhkan mereka dari Islam. Salah satu dari kebijakan dakwah adalah berdakwah ikut level pendengar. Kena pandai pendengar kita itu peringkat mana. Jangan bagi informasi kepada mereka tinggi sangat sampai mereka tidak boleh terima. Nanti mereka juga yang salah faham dengan Islam.

Ingatlah kita dulu pun macam mereka juga – merangkak untuk memahami agama. Tapi setelah beberapa tahun belajar, kita sudah faham banyak perkara dan kita sudah bersedia dari segi ilmu untuk mendalami agama. Tapi, bagaimana dengan mereka yang masih bertatih dalam memahami Islam? Kalau diberikan dengan ilmu yang tinggi, mereka tidak dapat terima. Macam bayi baru lahir, bukan kita boleh beri makanan orang dewasa kepada mereka. Mereka kena makan susu ibu dulu. Lama-lama baru boleh makan makanan lembut. Bila dah besar sikit lagi, baru boleh bagi makanan pepejal. Begitu jugalah dari segi ilmu pengetahuan. Kena bagi sikit-sikit dulu kepada manusia.

19:75
Sahih International

Say, “Whoever is in error – let the Most Merciful extend for him an extension [in wealth and time] until, when they see that which they were promised – either punishment [in this world] or the Hour [of resurrection] – they will come to know who is worst in position and weaker in soldiers.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.”

 

قُلْ مَن كَانَ فِي الضَّلَالَةِ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan,

Nabi diarahkan untuk memberitahu kepada manusia. Untuk mengingatkan manusia.
كَانَ sebagai penguat dalam ayat ini.
فِي bermakna tenggelam di dalamnya. Tenggelam dalam kesesatan. Mereka terlalu dalam tenggelam sampai mereka tidak perasan bahawa mereka sedang berada dalam kesesatan. Sebagai contoh, kalau seseorang sudah biasa duduk dalam cuaca jerebu, mereka pun dah biasa dengan jerebu itu sampai tak perasan mereka dalam cuaca jerebu.

فَلْيَمْدُدْ لَهُ الرَّحْمَٰنُ مَدًّا

maka (Allah) Ar-Rahman akan melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu,

يَمْدُدْ bermaksud ‘memanjangkan sesuatu’. Macam memanjangkan tali pancing semasa kita mengail supaya kail itu boleh pergi lebih jauh lagi. Atau memanjangkan tali layang-layang untuk biarkan layang-layang terbang lebih jauh.

Tambahan perkataan فل dalam فَلْيَمْدُدْ ini bermaksud ianya sesuai dan patut diberikan pada waktu itu. Memang patut Allah memanjangkan tempoh masa untuk mereka.

Sifat Rahman Allah digunakan sekali lagi dalam ayat ini. Begitulah besarnya rahmat Allah. Walaupun mereka telah sesat, tapi Allah memberi peluang lagi kepada mereka. Tidaklah Allah terus mengambil nyawa mereka dengan segera. Kerana kalau terus diambil nyawa mereka, maka tentulah mereka tidak ada peluang untuk bertaubat lagi.

مَدًّا digunakan sebagai penekanan. Maknanya, Allah memberikan waktu yang memang lama.

Mereka yang sesat diberikan tempoh kehidupan yang lama. Kalau kita tengok pun sekarang, ada orang-orang yang menentang Tuhan, dipanjangkan umur mereka. Lihatlah bagaimana Allah memberikan masa hidup yang panjang kepada Firaun sekalipun. Berapa banyak peringatan demi peringatan diberikan kepada Firaun. Setiap kali diberikan peringatan, Firaun akan minta Nabi Musa doa kepada Allah supaya bala diangkatkan. Semasa dia minta tolong Nabi Musa itu, dia berjanji akan beriman selepas itu. Tapi selepas bala diangkat, Firaun kembali jadi jahat. Firaun tidak mengaku yang dia ada berjanji sebelum itu. Jadi, kiranya dah terus sangat Firaun dah. Tapi dia diberikan tempoh kehidupan yang panjang dan peluang bertaubat berkali-kali. Firaun tidak pun kena panah petir atau kematian yang segera. Siapakah lagi yang lebih teruk dari Firaun? – Ingatlah bahawa Firaun telah mengaku jadi tuhan.

Lihatlah juga berapa lama baru Abu Sufyan masuk Islam. Padahal sebelum itu beberapa lama dia berperang dengan Nabi Muhammad dan orang Islam. Entah berapa banyak orang Islam dibunuhnya. Tapi akhirnya dia telah masuk Islam dan menjadi orang Islam yang baik. nota: Kebanyakan dari masyarakat kita memandang Abu Sufyan seorang yang jahat, walaupun dia telah masuk Islam. Ini adalah kerana telah masuk elemen-elemen syiah yang amat membenci keluarga Umayyah. Maka, mereka telah menukar sejarah Islam sampaikan keturunan Abu Sufyan dilihat sebagai keturunan yang buruk.

Kenapa mereka diberikan tempoh tangguh yang lama? Kerana Allah bersifat rahmah. Allah beri peluang berkali-kali kepada makhlukNya untuk bertaubat. Kerana Allah sayang kepada makhlukNya. Allah hendak melihat kita bertaubat dan kembali kepadaNya kalau kita telah tersesat.

Keduanya, mereka diberikan masa yang lama supaya mereka semakin banyak melakukan kesalahan. Kadang-kadang kita nak tengok sahaja berapa jauh orang bersalah akan buat salah. Sebab kita nak kumpul bukti ke atas mereka. Bila kita jumpa mereka, kita akan keluarkan satu-satu kesalahan mereka sampaikan mereka tak boleh nak menjawap dah. Perumpamaan seperti tali layang-layang. Semakin kita lepaskan talinya, semakin jauh ia terbang dan semakin menjauh dari kita dan semakin di luar kawalan. Begitulah juga Allah membiarkan mereka didalam kesesatan dan mereka mengumpul semakin banyak dosa. Akhirnya di akhirat kelak mereka akan dibentangkan dengan segala perbuatan mereka itu sampai mereka memang tidak boleh menjawap lagi.

حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ

hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka,

رَأَوْا dalam bentuk past tense. Tapi mereka belum lihat lagi bukan?. Ini adalah untuk memberitahu kepada kita bahawa ianya pasti akan berlaku. Ini adalah salah satu stail bahawa Arab yang digunakan dalam Quran.

Mereka akan diperlihatkan dengan apa yang dijanjikan kepada mereka semasa di dunia. Mereka dulu diberitahu supaya jangan buat jahat, nanti akan diseksa dalam kubur, diseksa di Mahsyar, dalam neraka dan sebagainya. Tapi mereka tidak mahu percaya. Nah sekarang apa yang dijanjikan dulu itu akan terlihat depan mata mereka.

إِمَّا الْعَذَابَ وَإِمَّا السَّاعَةَ

sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat,

Yang dijanjikan itu adalah samada azab dunia atau akhirat. Ada yang dapat balasan di dunia lagi seperti kaum Tsamud, Firaun dan sebagainya.

Ada yang tidak dapat balasan di dunia tapi ditangguhkan di akhirat nanti. Apabila mati sahaja, mereka akan kena.

فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مَّكَانًا

maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang paling buruk kedudukannya

Huruf س dalam perkataan فَسَيَعْلَمُونَ itu bermaksud ianya tidak lama lagi. Ianya adalah dalam masa hadapan, tapi tidak lama lagi. Bermakna, masa yang lama diberikan kepada mereka itu tidaklah lama sangat. Tidak lama lagi mereka akan dapat tahu.

وَأَضْعَفُ جُندًا

dan lebih lemah tenteranya.”
Siapakah tentera mereka? Itulah syaitan-syaitan mereka.

Semasa mereka berkuasa, mereka kata mereka yang lebih baik. Lihat ayat 73 sebelum ini. Mereka ingat mereka akan dapat kebaikan apabila mereka mati kelak. Dalam ayat 73, mereka gunakan perkataan مَّقَامًا kerana mereka mementingkan kedudukan status dalam masyarakat. Tapi dalam ayat ini, Allah gunakan perkataan مَّكَانًا. Ia bermaksud kedudukan dari segi moral dan etik. Ianya lebih penting status dalam masyarakat.

Allah juga tidak menggunakan perkataan نَدِيًّا yang mereka gunakan yang bermaksud ‘perhimpunan’. Tapi Allah menggunakan perkataan جُندًا yang boleh bermaksud ‘penyokong’. Termasuk juga maksudnya: tentera. Perhimpunan bukanlah kuat, bukan penting. Yang penting adalah penyokong yang kuat.

Maka siapakah yang menjadi penyokong Nabi Muhammad? Di awal Islam, yang masuk Islam adalah mereka yang lemah dalam erti kata kedudukan dan kekayaan. Tapi mereka adalah kuat dan tabah menyokong Nabi. Yang kaya dan berkedudukan itu, walaupun mereka kaya tapi mereka tidak boleh diharap. Bandingkan dengan mereka yang seperti Bilal, Sumayyah, Abu Bakr dan sebagainya. Mereka sanggup menerima seksaan dan tekanan yang diberikan kepada mereka tapi mereka tetap tabah dalam Islam. Iman mereka tidak berubah. Mereka tetap mengaku Islam walaupun mereka diseksa dengan teruk.

Tidak sama apa yang orang kafir itu banggakan dengan apa yang Allah berikan kepada Nabi. Begitu juga apa yang Allah berikan kepada orang-orang beriman. Sokongan yang diberikan tidak sama. Orang-orang kaya dan berkedudukan memang mereka akan kata mereka sokong, tapi kalau ianya tidak menguntungkan mereka, mereka akan lari.

—————————————————————————

Ayat 76:

19:76
Sahih International

And Allah increases those who were guided, in guidance, and the enduring good deeds are better to your Lord for reward and better for recourse.

Malay

Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

 

وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى

Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk;

Perkataan يَزِيدُ dalam bentuk present imperfect tense. Bermaksud Allah telah menambah dan akan terus menambah lagi. Mereka yang menerima hidayah, Allah akan memberi lagi hidayah kepada mereka. Iman mereka akan ditambah lagi.

Allah juga akan menolong mereka dalam kehidupan dunia juga. Bukan dalam perkara agama sahaja. Apabila kita beriman, kehidupan kita juga akan bertambah baik. Kerana Islam bukanlah sahaja mengajar tentang akhirat sahaja, tapi dalam perkara kehidupan kita juga. Sebagai contoh, tentang hukum antara manusia (hudud), cara memimpin, cara interaksi sesama manusia, cara berniaga dan sebagainya. Kalau kita mengikut saranan dari Allah, tentulah kehidupan dunia kita akan lebih teratur. Sebagai contoh, kalau kita amalkan hukum hudud yang telah ada dalam Islam, kadar jenayah akan berkurangan. Kerana cara hukum itulah yang sesuai untuk manusia, bukannya hukum undang-undang rekaan manusia.

Apabila kita menyebar agama Allah, Allah akan beri hidayah lagi dan lebih ilmu lagi kepada kita. Buatlah kalau tidak percaya. Allah akan beri kefahaman yang lebih lagi. Semakin lama, pemahaman kita akan lebih mendalam lagi.

وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا

dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu

وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ merujuk kepada ‘amal ibadat’. Dua-dua perkataan الْبَاقِيَاتُ dan الصَّالِحَاتُ itu adalah dalam bentuk adjektif – menerangkan sifat sesuatu. Tetapi objek yang disifatkan itu tidak disebutkan. Apabila ini terjadi, memberikan lebih fokus kepada sifat. Sifat itu yang didepankan. Jadi sifat ‘kekal abadi’ dan ‘baik’ diberikan penekanan. Perkataan katanama yang tidak disebut adalah – amal. Oleh itu, kalau kita penuhkan maksudnya, ia akan jadi begini:

  • amal yang kekal
  • amal yang soleh

Amal yang baik itulah yang lebih baik pada sisi Allah. Ianya adalah kekal. Tidak macam perkara-perkara yang ada di dunia ini. Kalau harta dunia, ianya akan hancur tidak jadi apa-apa. Apabila kita mati, kalau ianya masih ada lagi, ia tidak dapat membantu kita pun. Tapi pahala yang kita telah lakukan, itu akan tetap berada dalam perbendaharaan kita. Ianya akan dapat menolong kita nanti di akhirat kelak.

ثَوَابًا bermaksud kita akan mendapat balasan pahala yang banyak. Kita ada banyak angan-angan dalam duniawi ini, tapi tak banyak yang kita dapat. Tak semuanya akan menjadi. Angan-angan untuk dapat pahala itu lebih baik untuk kita harapkan. Sebagai contoh, dalam hadis ada disebut bahawa setiap kali kita menyebut subhanallah, akan dijadikan sebatang pokok untuk kita di syurga. Itu lebih boleh dipercayai dari apa-apa janji yang lain kerana ianya dijanjikan oleh Allah  melalui Nabi.

وَخَيْرٌ مَّرَدًّا

dan lebih baik kesudahannya.
Kesudahan yang baik itu adalah syurga. Perkataan مَّرَدًّا dari segi bahasa adalah ‘tempat kembali’. Jadi, tempat ‘kembali’ kita adalah syurga, kerana dari situlah asal kita – Nabi Adam, datuk kita, berasal dari sana. Tujuan kita adalah hidup di dunia ini dengan beramal supaya kita akan dapat kembali ke syurga, tempat asal datuk kita, Nabi Adam a.s.

Kita mungkin ada yang takut tentang apakah kesan kalau kita ikut Islam 100%. Adakah kita nanti akan ketinggalan, tidak dapat makan, tidak dapat itu dan ini. Tapi itu tidak patut kita rasa, kerana Allah telah janjikan kebaikan kepada mereka yang menyerah diri kepada agama. Kita kena yakin dengan janji-janji Allah.

Lompat ke ayat yang seterusnya

======================================================

ref: UR, NJ, IK, NAK

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 019: Maryam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s