Tafsir Surah Maryam Ayat 12 – 25

Ayat 12:

19:12
Transliteration

Ya yahya khuthialkitaba biquwwatin waataynahu alhukmasabiyya

Sahih International

[ Allah ] said, “O John, take the Scripture with determination.” And We gave him judgement [while yet] a boy

Malay

“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

يَا يَحْيَىٰ

Hai Yahya!
Dalam ayat ini, Allah berkomunikasi terus dengan Nabi Yahya. Tidak diceritakan tentang apakah yang terjadi selepas Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria sebelum ini (ayat 11). Kita boleh agak bahawa isteri baginda telah mengandung dan telah selamat melahirkan Nabi Yahya. Dan sekarang Allah sedang berkomunikasi dengannya. Sekarang, Nabi Yahya sudah menjadi Nabi.

Quran bukanlah seperti novel yang memasukkan semua kisah-kisah satu persatu. Kisah-kisah yang tidak perlu, tidak dimasukkan di dalam Quran. Macam juga kalau kita lihat kepada filem-filem sekarang, kadang-kadang permulaan filem itu tentang bagaimana seseorang dalam kisah itu lahir, kemudian tiba-tiba dalam babak yang seterusnya, terus dia telah membesar. 

Ini bermaksud, apa sahaja yang dimasukkan dalam Quran adalah perkara-perkara penting kerana Allah telah memasukkan kisah itu. Allah tidak memasukkan perkara yang tidak penting. Maka, apabila kita membaca ayat-ayat Quran, kita tahu bahawa Allah masukkan ayat itu dalam Quran bukan bersahaja sahaja. Ada pengajaran dalam setiap ayat. Kerana kadang-kadang, kita nampak macam maklumat yang diberikan tidak penting. Tapi apabila kita faham bahawa apa yang ada dalam Quran adalah penting, kita akan melihatnya dalam perasaan yang lain. Kita sudah tahu bahawa ada pengajaran yang hendak disampaikan dalam ayat itu. 

خُذِ الْكِتَابَ

Peganglah Kitab ini; ulama sepakat mengatakan bahawa kitab yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. Itu adalah Kalam Allah zaman itu. Mereka masih lagi memegang hukum-hukum yang ada dalam kitab Taurat itu. Taurat itu akan menerangkan tentang kedatangan Nabi Isa dan Nabi Yahya akan menjadi orang kanan Nabi Isa a.s. Untuk baginda membantu Nabi Isa, kenalah baginda menjadi orang yang layak untuk membantu Nabi Isa dan untuk itu, kenalah dia memegang Kitab Taurat itu dengan kemas.

Kepada kita, Quranlah yang menjadi pegangan kita sekarang. Kalau Nabi Yahya disuruh memegang Taurat, kita pula disuruh memegang Quran pula. Arahan kepada Nabi Yahya ini juga terpakai untuk kita juga. Hendaklah kita memegang Quran.

Memegang itu bukanlah bermaksud pegang dengan tangan, tapi berpegang kepada ajaran-ajaran dan hukum-hukum yang ada dalam Quran itu. Nabi Yahya disuruh belajar isi kandung kitab Taurat dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Begitulah kita disuruh untuk melakukan sedemikian. Tapi malangnya, masyarakat kita buat tak endah sahaja Quran. Kalau habis kuat pun, mereka akan baca hari-hari dan kalau ada yang lebih sikit, mereka akan hafal Quran. Tapi mereka tak faham pun apa yang ada dalam Quran itu.

بِقُوَّةٍ

dengan kuat-kuat; maknanya, dengan sungguh-sungguh. Ibn Abbas mengatakan maksud ayat ini adalah menghalalkan apa yang Allah halalkan dalam kitab, mengharamkan apa yang Allah haramkan dalam kitabNya dan percaya kepada kitab itu samada dia faham atau tidak dan membacanya sepertimana yang sepatutnya dibaca. Kerana kadang-kadang ada perkara yang kita tidak faham penerangan dalam kitab sebab akal kita tak sampai – walau bagaimanapun, kita kena pegang dan taat walaupun kita tak faham. Kadang-kadang kita tidak belajar tafsir lagi, jadi kita tidak faham apakah maksud yang hendak disampaikan dalam ayat-ayat itu. Tapi walaupun kita masih tidak belajar, kita tetap juga kena ikut apakah yang telah diarahkan dalam Quran. Samada kita faham atau tidak.

Begitu juga, ayat ini mendorong kita, apabila kita belajar agama, jangan main-main, tapi belajar dengan sungguh-sungguh. Jangan senang-senang tinggal kelas. Kadang-kadang kita ambil lewa dengan kelas pengajian. Ada sahaja perkara lain yang lebih penting dari kelas pengajian. Kalau tertinggal kelas, macam tidak ada apa-apa, sebab kita ingat kita akan dapat pergi kelas lain. Tapi, itu sudah bermakna, kita tertinggal satu ilmu yang telah diajar dalam kelas itu. Kalau kita sudah mula tidak pergi kelas, lama-lama kita akan rasa malas untuk pergi kelas. Akan ada sahaja alasan kita untuk tidak dapat pergi. Akan ada sahaja perkara yang lebih penting dari belajar agama. Kita akan rasa tidak ada apa kalau tinggalkan kelas. Syaitan akan menari kegembiraan kerana dia berjaya mengalihkan perhatian kita. Syaitan akan suka kalau kita tidak berilmu. Kerana apabila kita tidak berilmu, kita akan senang ditipu.

وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ

Dan Kami berikan kepadanya ‘hikmah’; iaitu bermaksud ‘kefahaman agama’. Amat beruntung sekali mereka yang diberikan kefahaman agama yang mendalam. Kalau kita faham agama, kita akan selamat di dunia dan akhirat. KitKita akan selamat kerana kita tidak melakukan perkara yang syirik dan perkara bidaah.

Satu lagi makna الْحُكْمَ adalah ‘hukum’ – iaitu kepandaian untuk membezakan manakah yang betul dan manakah yang salah. Iaitu tahu tentang hukum-hakam agama. Iaitu hukum hakam yang berdasarkan kepada kitabullah. Kalau kita zaman sekarang, kita wajib menghukum dengan menggunakan Quran dan hadis. Kerana hadis juga dari Allah tapi disampaikan melalui bahasa Nabi. Tapi, apabila kita tidak berilmu dan tidak faham konsep ilmu yang sepatutnya, kita akan rasa senang sahaja untuk meninggalkan Quran dan hadis tapi berpegang dengan pendapat manusia dan kitab karangan manusia.

Dalam ayat ini, Allah suruh pegang dulu dengan kitab itu. Apabila kita telah memegang Quran dengan kuat, barulah diberikan hikmah dan kefahaman agama. Ini menunjukkan kita kena kenalkan anak-anak kita dengan Quran dari kecil lagi. Kena jinakkan mereka dengan Quran dari mula lagi. Ini menunjukkan kepentingan Quran itu. Tapi malangnya, bukan begitu keadaan sekarang. Masyarakat kita hanya banyak membaca sahaja Quran tanpa memahami apakah yang mereka baca itu. Kalau yang menghafal pun tidak tahu apa yang mereka hafal itu. Tidak ada bezanya dengan orang-orang Yahudi yang ditegur dalam Quran. Kerana mereka juga membaca Taurat dan mereka juga menghafal Taurat, tapi mereka tak faham apa yang mereka baca dan hafal dan apabila jadi begitu, mereka tidak berhukum dengan Kalam Allah.

Di negara ini, kita memang mengambil berat tentang pembacaan Quran dari kecil lagi. Tapi seperti tidak ada langsung pengajaran kepada makna yang hendak disampaikan oleh Quran itu. Tidak diajar kepada anak-anak kita apakah yang Allah hendak kita buat. Tidak diajar tentang agama melalui pemahaman Quran. Maka, umat kita membesar dengan Quran di rumah dan dinding-dinding rumah mereka, tapi ajaran Quran mereka langgar. Padahal mereka tahu baca Quran. Siap dengan tajwid sekali. Tapi langsung tak faham apakah yang mereka baca. Alangkah baiknya kalau mereka diajar tafsir Quran itu dari muda lagi. Maka kalau dibuat begitu, mereka akan kenal agama dari muda lagi dan mereka tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Sebab kalau dah terjerumus, susah nak keluar. Mereka akan terjerumus kepada fahaman yang salah tentang agama. Contohnya, mereka akan ingat bahawa agama itu sudah dan hanya boleh difahami oleh ustaz-ustaz yang telah menjadikan agama sebagai profession mereka. Mereka akan outsource hal-hal agama kepada ustaz-ustaz dan guru-guru agama itu. Kalau nak buat majlis, panggil ustaz, nak kenduri kahwin, nikah, panggil ustaz. Dan ustaz-ustaz itu pula mengambil agama dari ajaran-ajaran manusia, bukan dari ajaran Quran dan Hadis Nabi. Kerana mereka pun diajar sebegitu dari kecil lagi.

صَبِيًّا

Semasa ia masih kanak-kanak; Nabi Yahya telah mendapat kefahaman agama dari baginda kecil lagi. Dia telah faham agama dan menjaga akhlaknya dari dia kecil lagi. Padahal, selalunya kefahaman sebegitu selalunya hanya ada pada orang dewasa dan orang yang tua-tua sahaja. Oleh itu, kehidupannya lain dari orang lain. Pernah ada riwayat yang mengisahkan bagaimana semasa Nabi Yahya diajak oleh kawan-kawan yang sebaya dengannya untuk bermain, dia tidak mahu. Baginda jawap: “kita tidak dijadikan untuk bermain”. Bermakna, dari kecil lagi dia sudah ada kefahaman agama yang diberikan oleh Allah. Waktu itu dikatakan baginda belum lagi berumur 10 tahun – itulah makna صَبِيًّا. Iaitu kanak-kanak yang belum pun mencapai umur 10 tahu.

Ini bermakna, Nabi Yahya telah mendapat ilmu agama dari mula lagi. Ini adalah sesuatu yang amat hebat. Kefahaman agama itu diberi terus oleh Allah kepada baginda. Kalau Nabi Muhammad, apabila baginda berumur 40 tahun, baru baginda dilantik menjadi Nabi.

Nabi Yahya tidak pernah berbuat dosa, tidak pernah ada keinginan untuk berbuat dosa pun. Ada dikatakan bahawa dia hanya makan daun-daun sahaja. Kerana dia tidak mahu hidup dalam kemewahan. Dia selalu menangis kerana Allah, sampaikan ada kesan pada pipinya dari sebab dia selalu menangis itu.

Nabi Yahya amat berlainan sekali dengan anak-anak kecil yang lain .

—————————————————
Ayat 13: apakah sifat-sifat mulia yang ada pada Nabi Yahya?

19:13
Transliteration

Wahananan min ladunnawazakatan wakana taqiyya

Sahih International

And affection from Us and purity, and he was fearing of Allah

Malay

dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.

وَحَنَانًا مِنْ لَدُنَّا

Dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami; iaitu perasaan belas kasihan kepada kepada kedua ibubapanya.

حَنَانًا bermaksud ‘belas kasihan’ dan ‘kasih sayang.’ Sebagai contoh, kadang-kadang binatang akan merengek dengan kita untuk mendapatkan kasih sayang. Kasih sayang ibu kepada anaknya juga dipanggil حنان. Lihatlah bagaimana seorang itu begitu sayangkan anaknya, dia akan memeriksa keadaan anaknya berkali-kali. Kejap dia periksa, okay ke tidak, kemudian dia akan periksa lagi. Begitu jugalah Nabi Yahya, dia amat suka untuk melakukan zikir kepada Allah. Sentiasa dia melakukan zikir.

Perkataan ini digunakan dalam bentuk yang umum. Ini bermakna boleh jadi dalam bentuk pasif dan aktif. Bermakna baginda bersifat kasih sayang kepada ibubapanya dan baginda juga diberikan kasih sayang oleh mereka. Baginda juga diberikan kasih sayang dari Allah dan baginda kasih kepada Allah. Lihatlah bagaimana Allah memberi pemahaman agama kepada baginda walaupun masih kecil lagi. Itu adalah satu nikmat yang besar.

Apabila digunakan kata مِنْ لَدُنَّا, bermaksud sifat kasih sayang itu diberikan dari sisi Allah. Perkataan لَدُنَّا bermaksud ianya adalah satu yang istimewa. Maknanya, sifat kasih sayang itu diberikan oleh Allah sebagai satu hadiah dari sisi Allah. Dalam ayat ke 5, Nabi Zakaria menggunakan perkataan لَدُنَّا itu juga. Bermakna, Nabi Zakaria telah memohon pemberian yang istimewa dari sisi Allah. Maka Allah telah memakbulkan doa baginda dengan memberikan sesuatu yang amat istimewa. Allah menggunakan perkataan yang sama iaitu لَدُنَّا.

وَزَكَاةً

seorang yang suci, bersih dari buat dosa.
Dari segi bahasa, ia bermaksud suci ‘dalaman’. Berbeza dengan kebersihan luaran seperti baju yang bersih. Itu adalah bersih dari segi luaran. Tapi kebersihan dalaman adalah seperti hati yang bersih, tidak ada riak, ujub dan sebagainya yang juga dinamakan sebagai sifat-sifat mazmumah.

Juga bermaksud dia menjaga kesucian dirinya. Tidak melakukan maksiat. Riwayat menyatakan bahawa Nabi Yahya tidak pernah berkahwin. Juga dia tidak pernah melihat kepada perempuan. Nabi Yahya adalah seorang lelaki yang luarbiasa.

Ada juga mufassir yang mengatakan ini ada persamaan dengan perkataan ‘zakat’ yang kita faham. Mereka mengatakan bahawa Nabi Yahya suka memberi sedekah dan infakkan hartanya. Apabila kita ada belas kasihan kepada orang lain, maka kita akan mudah untuk memberi kepada mereka. Dan Allah telah pun memberitahu bahawa Nabi Yahya mempunyai perasaan belas kasihan yang tinggi. Itu adalah satu lagi makna. Dua-dua makna boleh dipakai.

وَكَانَ تَقِيًّا

Dan dia adalah seorang yang bertakwa.

تَقِيًّا diambil dari katadasar yang juga digunakan dalam perkataan ‘Taqwa’. Taqwa bermaksud seseorang itu berhati-hati dalam perbuatannya. Mereka akan memastikan bahawa apa sahaja yang mereka lakukan adalah dalam lingkungan agama. Perkataan تَقِيًّا ada mempunyai maksud ‘amat’. Maka dia ‘amat bertaqwa’ sekali. Iaitu taqwa yang tinggi.

Apabila digunakan perkataan وَكَانَ, memberi maksud baginda ‘sentiasa’ dalam keadaan begitu. Bukan sekali sekala sahaja.

Nabi Yahya disebut dalam ayat ini mempunyai sifat-sifat yang mulia. Ini adalah kerana Allah sendiri yang memberikannya kepada baginda. Seperti kita telah lihat di awal surah, Nabi Zakaria mengatakan bahawa baginda dan isterinya sudah amat tua. Dan kita pun tahu, menjaga anak memerlukan tenaga dan usaha yang amat banyak. Orang yang ada anak akan faham perkara ini. Lebih-lebih lagi mereka yang dapat anak pada usia yang lanjut.

Maka, tentulah Nabi Zakaria dan isterinya dalam kepayahan untuk menjaga dan mentarbiah Nabi Yahya. Dan mereka adalah orang yang baik-baik, maka tentu mereka mahukan anak yang soleh. Dan itulah harapan Nabi Zakaria apabila baginda berdoa kepada Allah supaya dikurniakan seorang anak. Tapi tentu ianya sukar untuk mentarbiah anak mereka kerana usia mereka yang sudah lanjut. Oleh itu, Allahlah yang mentarbiah sendiri baginda. Bukankah harapan Nabi Zakaria semasa berdoa untuk mendapatkan anak itu, baginda mahukan anak yang boleh menggantinya meneruskan untuk membawa jalan agama dan menjadi anak yang diredhai? Maka Allah makbulkan keinginan Nabi Zakaria itu. Dan kerana Nabi Zakaria tidak mampu mentarbiah Nabi Yahya, Allah sendiri yang mentarbiah baginda.

Itu adalah salah satu dari rahmat yang Allah berikan kepada Nabi Zakaria. Bukanlah rahmat yang disebut dalam ayat kedua surah ini hanya dengan memberikan anak sahaja kepada Nabi Zakaria. Tidak terputus kepada itu sahaja. Allah terus memberi rahmat dengan memberi tarbiah kepada Nabi Yahya.

Secara ringkasnya:

حنان merujuk kepada roh Nabi Yahya. Dia mempunyai roh yang lembut.

زَكَاةً merujuk kepada kebersihan hatinya. Bebas dari sifat mazmumah.

تَقِيًّا merujuk kepada perbuatannya. Dia berhati-hati dalam amalan dan perbuatannya. Dia akan hanya melakuan perkara yang dalam lingkungan agama.

—————————————————
Ayat 14: Ini adalah tambahan kepada sifat-sifat yang ada pada Nabi Yahya. Allah menekankan sifat mulia berbuat baik kepada ibubapa.

19:14
Transliteration

Wabarran biwalidayhi walam yakun jabbaranAAasiyya

Sahih International

And dutiful to his parents, and he was not a disobedient tyrant.

Malay

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.

وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ

Dan dia adalah seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Perkataan بَرًّا diambil dari kata dasar بِر yang bermaksud ‘kebaktian’. Apabila dijadikan بَرًّا, bermaksud ianya adalah kebaktian yang amat tinggi. Bukan bakti yang biasa-biasa sahaja. Dalam Quran, apabila digunakan perkataan بِر, ianya bermaksud satu keadaan yang lebih tinggi dari Taqwa. Ianya merangkumi imam, taqwa, syukur dan amal.

Perkataan بِر diambil dari katadasar yang sama yang digunakan untuk merujuk kepada daratan – dibandingkan dengan lautan yang jauh dari darat. Kalau orang yang pergi ke laut pun, mereka akan sentiasa teringat dan tertunggu-tunggu bilakah masa mereka akan kembali ke darat kembali. Perasaan tidak sama kalau di darat dan di laut. Di darat lebih tenang. Di laut, mereka akan rasa mabuk laut selalunya.

Orang yang beriman, akan mempunyai satu perasaan yang tenang dan selesa. Mereka rapat dengan Allah. Manakala mereka yang jauh dengan Allah akan seperti berada di lautan yang bergelora – ada sahaja rasa takut dan rasa tidak tenang bagai dipukul ombak.

Jadi بِر adalah sesuatu sifat yang amat tinggi. Dalam Quran, apabila Allah bercakap tentang berbuat baik kepada ibubapa, Quran akan menggunakan perkataan بِر ini. Dalam banyak tempat dalam Quran, Allah menyebut tentang berbuat baik kepada ibubapa selepas menyebut tentang menyembah Allah. Dalam surah Baqarah pun, ada Allah mengambil perjanjian dengan Bani Israil untuk berbaik dengan ibubapa selepas menyembah Allah. Ini menunjukkan kepentingan dan ketinggian amal untuk berbuat baik dengan ibubapa. Jangan kita lupa tentang perkara ini. Ibubapa adalah dua orang yang penting untuk kita beri kebaktian kita kepada mereka.

Ini juga mengajar ibubapa tentang kepentingan mendidik anak. Kita pun tahu bahawa kita bukanlah manusia yang sempurna. Kita ada salah dan silap. Kadang-kadang kita pun buat silap dengan anak-anak kita. Tapi kita mengharapkan mereka menjadi insan yang baik dan menghormati kita. Tapi kalau kita pun tidak baik, bagaimana? Adakah anak-anak akan menghormati kita? Oleh itu, kita kena ajar mereka untuk taat kepada Allah. Kerana kalau mereka taat kepada Allah, maka Allah telah mengajar makhlukNya untuk taat kepada ibubapa juga. Maka, walaupun kita bukanlah manusia yang terbaik, tapi kalau anak-anak kita taat kepada Allah, maka mereka semestinya kena menurut perintah Allah untuk taat kepada ibubapa juga. Mereka akan taat kepada kita kerana itu adalah suruhan Allah.

وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا

dan bukanlah dia orang yang sombong

Perkataan وَلَمْ يَكُنْ bermaksud ‘tidak pernah’.

Perkataan جَبَّارًا diambil dari katadasar جبر yang bermaksud ‘menekan sesuatu’. Dalam ilmu tauhid, kita pun ada belajar bahawa Allah juga mempunyai sifat-sifat Jabbariyah. Itu adalah jenis-jenis sifat yang ‘menekan’ manusia. Seperti anak-anak yang degil, untuk mendisiplinkan mereka, ibubapa perlu juga untuk menggunakan kekerasan. Begitu juga Allah, kadang-kadang Allah akan ‘menekan’ kita supaya kita jadi baik. Contohnya, Allah akan memberi kita bala supaya kita ingat semula kepadaNya. Apabila perniagaan kita jatuh contohnya, kita akan mula untuk kembali kepada Allah. Padahal sebelum itu, kita sombong kerana kita kaya hasil dari kejayaan perniagaan kita. Macam juga kalau kita seterika baju, kalau ada tempat yang keronyok banyak, maka kena tekan sikit untuk membetulkannya. Sifat jabbariyah itu sesuai dengan Allah kerana Dia adalah Allah. Sifat itu tidak sesuai untuk manusia. Antara sifat dalam sifat jabbariyah ini adalah sombong. Sombong adalah sifat Allah kerana layak bagiNya, tapi tidak boleh bagi manusia.

Jadi, orang yang bersifat جَبَّارًا ini adalah orang yang menekan, menindas manusia lain. Yang menggunakan kekerasan supaya orang ikut cakapnya. Orang yang sombong akan menggunakan cara yang tidak baik supaya manusia lain ikut cakap mereka.

Jadi, ayat ini hendak menyatakan bahawa Nabi Yahya tidak pernah bersifat begitu. Tidak pernah dia sombong, tidak pernah dia menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk mengambil kesempatan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kepada ibubapanya. Kerana kita tahu, ibubapanya sudah tua. Kita pun tahu, kalau orang yang sudah tua, senang untuk kita ambil kesempatan atas mereka. Berapa ramai masyarakat kita yang tidak melayan ibubapa mereka dengan baik? Mereka minta macam-macam dengan ibubapa mereka, dan bila mereka tidak tidak dapat, mereka akan guna macam-macam cara sampai mereka dapat. Dan bagaimana dengan mereka yang tinggal dengan ibubapa mereka yang tua? Sepatutnya merekalah yang menjaga ibubapa mereka dengan baik. Tapi ada antara kita yang mengambil kesempatan kepada ibubapa kita. Ada yang menjadikan ibubapa mereka seperti orang gaji mereka, kena jaga anak, kena kemas rumah dan sebagainya. Kalau mereka buat salah, ada anak-anak yang marah kepada ibubapa mereka. Alangkah sedihnya. Nabi Yahya tidak pernah begitu. Dia amat berlembut dan melayan kedua mereka dengan amat baik sekali.

عَصِيًّا

lagi bukan pula ia orang yang durhaka; tidak kepada Allah dan tidak kepada kedua ibubapanya.

Durhaka adalah sifat orang yang tidak berterimakasih. Nabi Yahya tidak begitu. Dia tahu siapakah ibubapanya. Dia terhutang budi kepada mereka. Dia melayan mereka dengan baik. Tambahan pula mereka sudah tua.

Ayat-ayat ini menceritakan tentang sifat Nabi Yahya dan ia sepatutnya menjadi contoh untuk kita. Cubalah untuk kita menjadi orang yang sebegini. Hendaklah kita ingat, supaya kita dilayan baik oleh anak-anak kita, kita hendaklah melayan ibubapa kita dengan baik juga. Anak kita akan melihat bagaimana kita melayan ibubapa kita dan mereka akan mengikut cara-cara kita nanti. Oleh itu, hendaklah kita meneruskan hubungan dengan mak ayah kita. Kalau boleh lawat, lawat mereka, cium mereka, peluk mereka. Kalau jauh, telefon, video call, whatsapps, viber mereka. Tanya khabar mereka, dengar suara mereka. Bayangkan kalau mereka tidak ada nanti. Allahu akbar!

Amat menyedihkan keadaan dunia sekarang. Kita lihat bagaimana pertalian antara keluarga tidak seperti yang diharapkan. Kita kadang-kadang baik dengan orang lain, tapi tidak dengan ahli keluarga kita. Dengan orang lain kita cakap baik-baik, tapi kita tidak berhemah dengan mak ayah dan keluarga kita. Kita tanya khabar orang lain, tapi dah berbulan tak call mak ayah kita. Masha Allah! Ada sahaja masalah antara keluarga. Kerana kita tidak mendalami agama. Kita tidak nampak bagaimana agama amat menitik beratkan pertalian keluarga. Ia juga adalah kerana tidak belajar tafsir Quran. Kerana Quran mengajar kita segalanya. Kerana tidak belajar tafsir Quran, maka ada perkara yang kita tertinggal. Sebab itu kita boleh lihat, bagaimana orang yang kita anggap sebagai orang yang alim, warak, solat puasa tak tinggal, tapi perhubungan kekeluargaannya amat teruk sekali. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan sebegitu.

Dalam ayat dari surah Kahf sebelum surah Maryam ini, ada disebut tentang seorang anak yang bersifat buruk طُغْيَانًا وَكُفْرًا. Ayat itu ada pada ayat ke 80 surah Kahf. Ini menunjukkan pertalian antara surah Maryam dan surah sebelumnya, Kahf. 

—————————————————
Ayat 15:

19:15
Transliteration

Wasalamun AAalayhi yawma wulidawayawma yamootu wayawma yubAAathu hayya

Sahih International

And peace be upon him the day he was born and the day he dies and the day he is raised alive.

Malay

Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

وَسَلَامٌ عَلَيْهِ

Selamat sejahtera ke atasnya; Kita selalunya beri salam kepada orang lain sebagai penghormatan kepada mereka. Ingatlah bagaimana dalam Quran, disebutkan para malaikat akan memberi salam kepada ahli-ahli syurga. Oleh itu, ini bermaksud ayat ini memberi penghormatan dari Allah kepada Yahya. Lihatlah juga bagaimana diceritakan dalam Quran bagaimana ahli-ahli syurga memberi salam antara satu lain. Allah juga memberi salam kepada mereka apabila mereka masuk syurga seperti yang disebut dalam surah Yaasin.

Dan ia juga bermakna selamat sejahtera kepada Nabi Yahya. Bila? Pada tiga waktu:

يَوْمَ وُلِدَ

pada hari ia dilahirkan; Kelahiran Nabi Yahya adalah satu kelahiran ajaib. Ibubapanya telah tua tapi Allah telah makbulkan doa ayahnya, Nabi Zakaria. Kalau ikut perkiraan biasa dan logik, tidak mungkin mereka dapat melahirkan Nabi Yahya. Tapi Allah mampu untuk melakukan apa sahaja.

وَيَوْمَ يَمُوتُ

dan pada hari ia meninggal; baginda telah dibunuh dan akhirnya mati syahid. Jadi ayat ini telah memberi isyarat bahawa Nabi Yahya akan mati dengan cara yang baik, iaitu mati syahid. Itulah mati yang paling baik sekali.

Beza umur baginda dengan Nabi Isa adalah 6 bulan sahaja. Maka baginda adalah pengikut Nabi Isa. Kisah baginda inilah yang disebut dalam surah Yaasin. Baginda adalah salah seorang dari tiga utusan yang dihantar ke Bandar Antokiah dimana mereka bertiga telah dibunuh oleh penduduk tempat itu. Mereka semua waktu itu adalah orang utusan dari Nabi Isa.

وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا

dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali; Apabila baginda dibangkitkan pada hari akhirat kelak, baginda akan mendapat selamat dan sejahtera juga. Baginda akan mendapat kedudukan yang tinggi. Dibangkitkan dalam golongan para-para Nabi.

Inilah tiga waktu yang mencengkam manusia: waktu lahir, ia keluar dari tempat tenang yang didiaminya sebelum itu; pada waktu ia mati, ia akan melihat satu keadaan yang tidak pernah dilaminya; apabila dia dibangkitkan, ia akan melihat dirinya di Mahsyar yang maha luas; Nabi Yahya diberikan keamanan kepada ketiga-tiga keadaan ini.

—————————————————

Ayat 16: Ini adalah bahagian kedua dalam surah ini. Iaitu tentang Maryam dan juga tentang Nabi Isa. Ayat-ayat ini elok dibaca kepada orang Kristian kerana mereka ada salah faham tentang kelahiran Nabi Isa. Mereka memuja Nabi Isa terlalu tinggi sampaikan mereka menaikkan taraf baginda ke taraf ketuhanan. Itu adalah perbuatan syirik yang teruk sekali.

Dalam surah Ali Imran juga ada disebut tentang kelahiran Nabi Isa. Sama juga dalam surah itu disebutkan kisah kelahiran Nabi Yahya juga sebelum disebutkan tentang kelahiran Nabi Isa a.s. Ini adalah kerana orang bukan Islam tidak dapat menerima kelahiran ajaib ini. Sebab itu Allah mulakan dengan kisah kelahiran yang ajaib sikit sebelum dimasukkan kisah kelahiran Nabi Isa yang lebih ajaib lagi. Allah beri kebarangkalian yang senang diterima dahulu. Iaitu kelahiran dari dua orang ibubapa yang amat tua – itu sudah ajaib. Kemudian baru disebutkan kisah kelahiran seorang manusia tanpa bapa.

Tapi orang kristian mengambil kelahiran ajaib itu terlalu jauh sampai mengatakan kelahiran tanpa bapa itu sebagai dalil untuk mengatakan yang Nabi Isa adalah tuhan – anak tuhan. Tapi kelahiran Nabi Yahya juga adalah ajaib. Kalau kamu kata kelahiran Nabi Isa itu sebagai tanda dia anak tuhan, bagaimana pula dengan kelahiran Nabi Yahya yang juga ajaib?

Sekarang dimulakan dengan kisah ibu Nabi Isa, Maryam.

19:16
Transliteration

Wathkur fee alkitabimaryama ithi intabathat min ahliha makanansharqiyya

Sahih International

And mention, [O Muhammad], in the Book [the story of] Mary, when she withdrew from her family to a place toward the east.

Malay

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مَرْيَمَ

Ceritakanlah dari dalam Kitab Quran ini tentang Maryam; Bermaksud ingat dan ceritakan dengan lidah kepada orang lain.

Nama Maryam adalah Maryam binti Imran. Beliau adalah dari keturunan Nabi Daud. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kuat beragama dalam Bani Israil.

Gunakan maklumat tentang Maryam dengan maklumat yang kita dapati dari Quran. Susun atur ayat ini adalah lain dari kebiasaan. Sepatutnya, penggunaan sususan adalah sebegini: وَاذْكُرْمَرْيَمَ فِي الْكِتَابِ Ada makna yang hendak disampaikan apabila Quran menggunakan cara begitu. Ia hendak menunjukkan eklusif. Bermakna *hanya* gunakan kisah yang disebut dalam Quran sahaja. Jangan pakai kisah yang kita boleh dapat dari sumber lain. Kerana agama lain pun hormat kepada Maryam. Mereka pun menyebut kisah-kisah tentang Maryam. Tapi kisah dari mereka adalah salah. Kerana banyak telah ditokok tambah. Maka Allah telah beri maklumat yang banyak tentang Maryam dalam Quran, supaya cukuplah kita pakai kisah Maryam yang ada dalam Quran sahaja. Kalau tak cukup maklumat yang diberikan, ditakuti kita ambil dari sumber lain pula.

Ada sahabat jumpa cebisan kisah Maryam dari kitab lain. Bila Nabi tahu, baginda marah dan kata adakah tidak cukup Quran untuk mereka? Biarkan sahaja kisah-kisah dari Israiliyat – jangan benarkan dan jangan kata salah. Malangnya, ada ustaz-ustaz yang suka bercerita, kadang-kadang mengambil kisah-kisah Israiliyat dalam ceramah-ceramah mereka. Memang kisah-kisah itu menarik untuk dijadikan bahan cerita dan halwa telinga. Ternganga jemaah surau dan masjid apabila dengar. Mereka pun kata, hebat ustaz ni, tahu kisah-kisah itu. Padahal itu bukanlah kisah yang boleh diambil sebagai sumber rujukan. Kerana ianya adalah kisah-kisah Israiliyat. Mungkin ada kebenaran dan mungkin tidak. Kita tidak dapat pastikan. Sepatutnya kita jangan pakai. Kalau kita nak cerita juga, kenalah beritahu ianya adalah kisah Israiliyat dan tidak boleh dipertanggungjawabkan. Kadang-kadang, memang kalau kita dengar sahaja kita dah tahu betapa mengarutnya sesetengah kisah itu.

Sampai terdapat 14 ayat dalam surah ini menyebut tentang Maryam sahaja. Itu adalah bilangan yang banyak kerana selalunya, ayat-ayat Quran tidak banyak menceritakan sesuatu perkara. Selalunya maklumat tambahan kalau ayat Quran tidak banyak akan diambil dari hadis-hadis Nabi. Jadi, memang sudah banyak diberikan kisah tentang Maryam. Itu tidak masuk lagi tentang Nabi Isa. Dalam Ali Imran juga ada disebut kisah yang sama tapi dilihat dari sudut berbeza. Kenapa banyak sekali disebutkan tentang Maryam? Jawapannya: kerana dia adalah ibu kepada Nabi Isa a.s. Memang Nabi Isa seorang yang mulia dan hebat. Tapi begitu juga dengan ibunya. Dia menjadi hebat kerana ibunya juga hebat. Dalam Ali Imran, ditambah lagi dengan kisah ibu Maryam pula. Kerana beliau juga seorang yang hebat. Dia telah menyerahkan anaknya untuk agama. Walaupun dia mendapat anak perempuan, tapi dia meneruskan niatnya untuk memberikan anaknya itu kepada jalan agama. Supaya anaknya berkhidmat di tempat ibadat sahaja.

Dia juga telah menamakan anaknya dengan nama: Maryam. Dalam bahasa asal, ia bermaksud aabidah – seorang yang banyak buat ibadat. Dia telah memberikan nama yang baik kepada anaknya. Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh ibubapa. Supaya nama itu menjadi sebagai motivasi kepada anak-anak supaya jadi baik. Sebagai contoh, kalau mereka tahu nama mereka bermaksud yang baik, maka mereka akan berusaha untuk menjadi baik supaya bersesuaian dengan nama mereka. Tapi, orang kita tidak kisah tentang perkara ini. Mereka hanya pentingkan nama yang glamour, yang canggih, tak cukup satu nama, mereka letak dua atau tiga nama. Kadang-kadang, nama anak mereka tidak ada makna, cuma takat sedap di telinga sahaja. Yang lebih malang, kalau nama anak mereka itu bermaksud yang tidak baik. Memanglah sedap apabila disebut, tapi kalau dilihat maknanya dalam bahasa Arab, ia membawa maksud yang tidak baik. Tapi kerana orang kita tidak mengaji, tidak tahu bahasa Arab dan tidak berkawan dengan mereka yang tahu bahasa Arab, maka mereka telah memilih nama yang tidak kena. Itu adalah amat malang sekali. Ingatlah bahawa nama kita akan dipanggil oleh malaikat di Mashyar nanti. Hendakkah kita kalau dalam ramai-ramai itu, nama kita membawa maksud yang tidak elok?

Dan ibu Maryam juga telah memohon perlindungan untuk anak itu kepada Allah. Dan beliau telah menyerahkan anaknya kepada Nabi Zakaria sebagai pengasuh dan sebagai guru kepadanya tentang agama. Ini mengajar kita bahawa ibubapa kena uruskan pengajaran agama yang baik kepada anak mereka. Kena cari guru yang bagus. Kena hantar di sekolah yang baik. Jangan hantar di sekolah agama yang mengajar hal-hal bidaah. Jangan hanya melepaskan tanggungjawab kita menyekolahkan anak kita sampai kita tidak kisah dimana mereka belajar.

Ini juga hendak mengajar kita bahawa ibubapa bertanggungjawab untuk memberi tarbiyah agama kepada anak-anak mereka. Kebaikan anak-anak banyak bergantung kepada ibubapa. Ibubapalah dua manusia pertama yang menjadi contoh teladan bagi mereka. Mereka akan buat apa yang mereka lihat ibubapa mereka lakukan. Kalau kita lihat anak-anak yang jadi rosak, selalunya kerana ibubapa mereka pun ada masalah juga. Kita akan dapat tahu bahawa cara penjagaan anak-anak itu tidak betul. Ini adalah kerana ibubapa itu sendiri pun tidak layak ada anak. Mereka tidak tahu memberi pendidikan kepada anak mereka. Mereka sangka tugas mendidik anak itu hanyalah tugas guru sahaja. Mereka ingat mereka dah hantar anak itu ke sekolah, anak itu akan jadi baik. Mereka rasa guru yang sepatutnya mendidik anak mereka jadi baik. Padahal, berapa sangatlah masa yang boleh diuntukkan oleh guru-guru di sekolah kepada anak murid mereka. Sudahlah anak murid ramai, kerja mereka untuk mendidik perkara lain pun banyak juga. Dan bukanlah anak-anak itu tinggal sepenuh masa di sekolah. Tapi mereka lebih lama tinggal di rumah, dimana mereka boleh melihat dan meniru gaya-gaya dan pemahaman ibubapa mereka. Kalau ibubapa mereka mengamalkan perkara yang salah, tidak kisah tentang hal agama, ada kemungkinan anak-anak mereka pun akan jadi begitu. Tidaklah sentiasanya jadi begitu. Tapi kalau kita lihat mereka yang ada masalah, lihat balik siapakah ibubapa mereka.

Ini adalah kisah tentang Maryam semasa di MasjidilAqsa. Dalam surah lain ada dikisahkan tentang beliau lagi, tentang bagaimana Nabi Zakariya telah ditugaskan untuk menjaga Maryam.

إِذِ انْتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا

Ketika Maryam menjauhi diri dari keluarganya

انْتَبَذَتْ bermaksud dia mengasingkan dirinya. Dari katadasar yang bermaksud ‘buang ke tepi’. Sebagai contoh, ada air yang dinamakan Nabiz kerana telah dibuang tamar dalam bekas dan buang air panas di dalam bekas. Tujuannya adalah supaya kemanisan tamar itu akan menghilangkan rasa payau air itu. Air zaman itu tidak bersih sangat dan rasanya tidak elok. Jadi, mereka pada zaman itu menggunakan tamar untuk bagi sedap sikit air mereka. Digunakan dalam penggunaan seseorang yang mengasingkan dirinya dari orang lain kerana merasa diri tidak layak. Tidak layak berada di situ. Dia pergi dari ahli keluarganya untuk berzikir kerana dia rasa rendah diri.

Dia mengasingkan dirinya dari orang lain termasuk dari keluarganya. Dia amat suka melakukan zikir. Kita pun sudah biasa dengan perkataan ‘iktikaf’. Maknanya zaman dulu pun sudah ada amalan itu. Ianya adalah sebahagian dari agama dari dulu lagi. Ianya adalah satu amalan yang mulia. Bukan sahaja Sunnah Nabi Muhammad, tapi Nabi-Nabi dahulu juga.

Semasa kita Iktikaf, kita tidak boleh buat perkara yang tidak berkenaan dengan agama. Kena duduk dalam masjid. Mengasingkan diri dan segala manusia dan perkara-perkara lain dan menghubungkan diri dengan Allah. Waktu itu kita bersendirian kerana antara lainnya untuk mengingatkan kematian. Kerana apabila kita mati, kita akan bersendiri sahaja. Waktu itu tidak boleh buat kerja, tidak boleh lawat orang lain. Hanya buat perkara yang penting sahaja – pergi ke tandas dan makan. Waktu itu kita sedang bertaqarrub (mendekatkan diri) dengan Allah. Hanya untuk Allah sahaja. Bukanlah kita meninggalkan terus keluarga kita. Ianya adalah pada satu satu jangkamasa pendek sahaja. Nabi Muhammad akan mengkhususkan sepuluh hari terakhir dari bukan Ramadhan setiap tahun untuk iktikaf.

Maka, kita boleh lihat bagaimana kuatnya agama Maryam ini. Dia adalah seorang ahli ibadah.

Kalau kita ada masalah untuk iktikaf kerana keluarga tidak suka, maka itu menunjukkan kita selalunya tidak meluangkan masa dengan keluarga kita dari dulu lagi. Janganlah kita kerja teruk sangat sampaikan kita lalai untuk meluangkan masa dengan keluarga kita. Kadang-kadang kita lihat ramai yang kerja keras hanya kerana hendakkan kemewahan yang tidak perlu pun. Keluarga kita perlukan masa dari kita, bukanlah wang kita sahaja. Kena pandai membahagikan masa. Kalau kita telah melakukan yang sepatutnya kepada keluarga kita, tentulah mereka akan senang untuk melepaskan kita untuk melakukan ibadah seperti iktikaf di masjid. Mereka akan melepaskan kita dengan rela.

مَكَانًا شَرْقِيًّا

pergi ke suatu tempat di sebelah timur; timur MasjidilAqsa. Iaitu tempat yang jauh dari tempat orang lain. Kerana telah disebutkan dia hendak mengasingkan diri dari orang lain.

Mengadap ke timur. Perkataan شَرْقِ dari segi bahasa, bermaksud ‘memenuhkan sesuatu dengan cahaya’. Perkataan Masyriq digunakan untuk maksud ‘sebelah timur’ kerana cahaya sampai ke timur dahulu.

Jadi apa maksud ‘timur’ dalam ayat ini? Kenapa Maryam pergi ke suatu tempat di timur? Ibn Abbas mengatakan bahawa timur digunakan oleh Kristian sebagai kiblat mereka. Ianya adalah tempat yang mulia untuk mereka. Kerana Nabi Isa dilahirkan di timur dan kerana mereka kata Nabi Isa dikatakan akan diturunkan dari arah timur. Dan Kristian adalah agama yang berasal dari Yahudi dan mereka mengadap ke timur. Jadi apa yang Maryam lakukan ini adalah dari amalan perbuatan orang Yahudi. Kerana memang Maryam dari golongan Yahudi pun. Mereka dulu pun mengadap ke timur ke arah BaitulMaqdis kerana mereka selalunya tinggal di bahagian barat Baitulmaqdis. Sampai sekarang pun mereka meneruskan tradisi ini. Bukanlah kita kena ikut perbuatan mereka ini. Kita sekarang kena mengadap ke arah Kaabah.

Maryam telah keluar dari masjid ke tempat yang jauh. Dalam ayat lain, disebut untuk mandi janabah selepas didatangi haid. Bermakna, dia sudah sampai peringkat umur yang sudah datang haid. Orang perempuan paling subur selepas sahaja mereka bersih dari haid.

—————————————————

Ayat 17: Ini adalah cerita ketika beliau sedang mandi; atau ketika beliau sedang beriktikaf

19:17
Transliteration

Fattakhathat min doonihim hijabanfaarsalna ilayha roohanafatamaththala laha basharan sawiyya

Sahih International

And she took, in seclusion from them, a screen. Then We sent to her Our Angel, and he represented himself to her as a well-proportioned man.

Malay

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

 

فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ حِجَابًا

Maka dia mengadakan tabir yang menutupinya dari mereka; bermakna, orang perempuan kena ada tabir semasa mandi.

Itu kalau kita mengambil pendapat yang mengatakan Maryam pergi ke tempat itu untuk mandi. Tapi kalau kita ambil pendapat yang mengatakan beliau pergi untuk beriktikaf, maka tujuan Maryam mengadakan hijab itu adalah untuk mengasingkan diri dari manusia lain sewaktu beriktikaf itu. Bukan sahaja dia pergi ke tempat yang jauh dari manusia, tapi beliau juga mengadakan hijab antara mereka. Kerana kalau tidak ada hijab, mungkin ada yang akan menarik perhatian atau mengganggu beliau. Mungkin ada yang mahu bercakap-cakap dengan beliau. Padahal, tujuan beliau beriktikaf itu adalah untuk mengasingkan diri dari orang. Kerana hendak bertaqarrub (mendekatkan) diri kepada Allah. Kerana dia mungkin berada di tempat ibadat, dan banyak orang akan ada juga di situ untuk beribadat. Begitu juga, kalau zaman Nabi, apabila baginda beriktikaf, baginda akan pakai khemah. Kerana apabila berada di masjid, akan ada sahaja orang lain yang tak faham apa yang kita sedang buat, mereka akan mengajak kita bersembang, tanya itu ini dan sebagainya.

Kalau kita tidak ada hijab dengan perkara selain Allah, maka akan ada hijab antara kita dan Allah. Kalau kita hendak mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita menghilangkan gangguan-gangguan. Antaranya, termasuklah kalau kita nak solat, matikan telefon bimbit kita. Sebab kalau kita senyapkan pun, kalau telefon itu bergegar, kita akan sedar ada orang yang sedang cuba hendak telefon kita. Kalau itu terjadi, hendak tak hendak, fikiran akan terfikir, siapalah yang call kita, takut-takut perkara penting dan sebagainya. Inilah pengajaran yang kita boleh dapati dari ayat ini. Iaitu, dalam kita beribadat kepada Allah, hendaklah kita membuang segala perkara yang boleh mengganggu kita supaya kita dapat memusatkan perhatian kita kepada ibadat itu.

 

فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا

Maka Kami utuskan kepada Maryam, Roh Kami; Yang dimaksud ‘Roh’ itu adalah Jibrail a.s. Ini adalah pendapat semua penafsir.

Ramai orang beri nama anak mereka Rohana, mereka mungkin tidak tahu maksudnya. Maryam didatangi oleh Jibrail selepas Maryam mandi dan telah sempurna berpakaian. Kita kena ingat bahawa Jibrail atau mana-mana malaikat tidak akan datang kecuali atas arahan Allah. Mereka tidak akan buat apa-apa kerja melainkan diperintah sahaja. Maka, kalau ada yang bertawasul, berdoa dengan menggunakan kata-kata seperti: Jibrail di depanku, Mikail di belakangku…. dan seterusnya, itu adalah bohong belaka. Selalu dipakai oleh pengamal-pengamal silat. Itu adalah ajaran sesat. Malaikat tidak akan datang kalau kita panggil mereka. Mereka hanya akan buat apa sahaja yang disuruh Allah. Maka, kalau ada yang buat doa macam itu, seru macam itu, yang datang kepada mereka adalah jin sebenarnya. Mereka sendiri yang ingat ianya adalah malaikat kerana mereka jahil sekali dengan perkara sebegini.

Dalam ayat ini, keajaiban telah terjadi, iaitu Jibrail telah datang menemui Maryam. Bilakah terjadinya? Terjadinya apabila kita telah menghilangkan gangguan-gangguan antara kita dan Allah. Keajaiban akan terjadi apabila kita dekat dengan Allah. Maka, kita kena ambil peluang ini. Tinggalkan dunia apabila kita bersama dengan Allah. Tinggalkan dunia sementara kita sedang mengadap Allah. Barulah kita akan dapat khusyuk dalam solat kita dan ibadat-ibadat kita yang lain.

Perkataan رُوحَ dari segi bahasa bermaksud ‘keselesaan’, ‘rehat’. Roh kita pun dinamakan begitu kerana ianya memberi keselesaan dan rehat kepada tubuh kita. Lihatlah kalau roh sudah tiada dalam badan kita, badan kita akan jadi keras. Selagi ada roh dalam badan kita, tubuh kita akan lembut sahaja. ‘Roh’ adalah salah satu dari nama panggilan kepada Jibrail. Kerana Jibrail membawa wahyu yang membawa keselesaan kepada manusia. Perkataan رُوحَنَا (Roh Kami) digunakan sebagai satu penghormatan kepada Jibrail a.s. Allah mengaitkan DiriNya dengan Jibrail apabila digunakan perkataan itu. Menunjukkan rapatnya Allah dengan Jibrail. Kalau kita pun, kalau nak sebut orang yang rapat dengan kita, kita akan cakap: “dia itu orang aku tu”.

 

فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا

Dia menjelmakan dirinya di depan Maryam sebagai manusia lelaki yang sempurna; Jibrail datang dalam jelmaan lelaki yang muda. Selalunya Jibrail apabila datang, akan datang dalam keadaan begitu.

Perkataan تَمَثَّلَ bermaksud mengubah rupa luaran. Ini bukan kali pertama malaikat buat macam itu. Dalam kisah Luth, dalam perjalanan ke tempat Kaum Luth, mereka telah datang melawat Nabi Ibrahim untuk menyampaikan berita. Waktu itu pun mereka datang dalam rupa manusia. Dan dalam ‘Hadis Jibrail’, apabila Jibrail datang kepada Nabi Muhammad di hadapan para sahabat, beliau datang dalam rupa bentuk manusia juga. Waktu itulah Jibrail bertanyakan kepada Nabi Muhammad tentang Iman, Islam, Ihsan dan sebagainya.

Kita dah biasa tengok dalam filem tentang bagaimana perubahan-perubahan sebegini. Jadi kita boleh bayangkan bagaimana perubahan-perubahan fizikal itu terjadi. Tapi bayangkan bagaimana Maryam dan orang-orang terdahulu yang boleh percaya bagaimana perkara itu boleh terjadi. Ini adalah kerana iman mereka tinggi. Yang kita selalu ingat adalah bagaimana Abu Bakr yang percaya terus kepada kejadian isra’ mi’raj yang dilakukan Nabi. Beliau kata, kalau yang cakap itu adalah Nabi sendiri, maka dia sendiri pun akan percaya tanpa ragu-ragu lagi. Lihatlah iman yang ada pada beliau dan para sahabat.

Kenapa Jibrail mengubah rupanya? Untuk Maryam. Ada dua pendapat apakah maksudnya:
1. Untuk tidak menakutkan Maryam. Mungkin timbul satu persoalan: Kenapa Maryam nak takut sedangkan ini adalah malaikat dari Allah? Bukanlah nak dikatakan yang Maryam tidak percaya kepada kewujudan malaikat pula. Tapi, kerana kalau Jibrail datang dalam rupanya yang sebenar, maka beliau akan takut sangat. Nabi Muhammad pernah melihat rupa Jibrail yang sebenar sebanyak dua kali dan setiap kali baginda akan ketakutan. Kaki Jibrail di tanah, kepalanya di langit dan ada 600 sayap dan setiap satu menutup langit dari timur dan barat. Jadi apabila Jibrail datang dalam bentuk manusia, maka akan menenangkan Maryam.
2. Sebagai ujian kepada Maryam. Maryam adalah seorang wanita muda dan Jibrail datang sebagai ujian kepadanya dengan datang sebagai seorang lelaki yang kacak. Untuk menguji samada Maryam akan tertarik kepada seorang lelaki yang berupa paras yang kacak.

Perkataan بَشَرً asalnya bermaksud ‘kulit’. Ianya digunakan untuk merujuk kepada manusia apabila hendak memperkatakan tentang kelembutan pada manusia. Betapa lemahnya manusia, dengan kulit kita yang lembut sahaja. Sebab ada lagi perkataan-perkataan lain untuk merujuk kepada manusia.

Perkataan سَوِيًّا bermaksud ‘sempurna’. Bermakna, Jibrail datang dalam keadaan lelaki yang kacak. Sedap mata memandang. Perkataan سَوِيًّا datang dari katadasar yang bermaksud samarata, yang selaras, yang lengkap.

—————————————————

Ayat 18: Apabila Maryam nampak seorang lelaki berdekatan dengannya, tentulah timbul perasaan tidak tenang pada dirinya. Kerana dia adalah perempuan yang baik. Tambahan pula dia tidak pernah berjumpa dan bercakap dengan lelaki melainkan bapa saudaranya, Nabi Zakaria sahaja. Kerana dia sentiasa beribadat sahaja dalam BaitulMaqdis. Dia pun tidak kenal lagi bahawa lelaki yang di hadapannya itu adalah sebenarnya seorang malaikat yang mulia. Jadi, apakah yang dia katakan kepada Jibrail yang dia nampak sebagai seorang lelaki itu?

19:18
Transliteration

Qalat innee aAAoothu birrahmaniminka in kunta taqiyya

Sahih International

She said, “Indeed, I seek refuge in the Most Merciful from you, [so leave me], if you should be fearing of Allah .”

Malay

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

 

قَالَتْ

Berkata Maryam:

 

إِنِّي أَعُوذُ بِالرَّحْمَٰنِ مِنْكَ

Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Pemurah daripadamu;

أَعُوذُ selalu diterjemahkan ‘aku mencari perlindungan’. Tapi itu tidak berapa tepat. Kerana kalau kita mencari perlindungan, ada kemungkinan tak dapat. Sama juga kalau kita minta sesuatu kepada orang lain, ada kemungkinan orang itu tidak beri. Yang lebih tepat adalah kalau kita kata kita ‘mengambil perlindungan’. Kerana kita minta dalam keadaan kita tidak ada pilihan lain lagi. Kalau kita meminta sesuatu, dan orang itu tidak mahu memberi kepada kita, kita minta juga berkali-kali sampai kita dapat. Kerana itulah yang kita harapkan dengan Allah. Kita tidak akan berjaya kalau tanpa pertolongan Allah. Kita mengharap sangat kepada pertolongan Allah. Kerana kita tidak ada pertolongan lain lagi dah. Kita tidak ada tempat bergantung dan pengharapan yang lain.

بِالرَّحْمَٰنِ digunakan dalam ayat ini. Kenapa tidak digunakan nama ‘Allah’? Kerana kita memerlukan sifat Rahman Allah yang Maha Pemurah itu. Kerana kalau Allah tak beri, kita tidak akan ada harapan. Kita memanggil Allah dengan sifat ar-Rahman itu kerana kita hendak Allah menggunakan sifat PemurahNya itu.

Kita kenalah tahu tentang nama-nama Allah. Dalam berdoa, kita menggunakan nama-nama Allah yang sesuai dengan apa yang kita kehendaki. Kita pakai nama-nama yang sesuai untuk masa-masa tertentu. Nama-nama sifat Allah itu ada disebut dalam Quran. Selalunya di hujung ayat. Ada sebab kenapa nama-nama itu diletakkan di tempatnya. Selalunya kita tak kisah pun kerana kita tak faham makna nama-nama itu. Sebenarnya ada kaitan nama Allah yang disebut dengan ayat-ayat sebelumnya.

Ini adalah kali pertama sifat ‘Rahman’ Allah disebut dalam surah ini. Banyak kali lagi kita akan berjumpa dalam surah ini. Ini adalah surah yang banyak menyebut perkataan ‘Rahman’ ini. Kena pula dengan panggilan orang Kristian kepada Tuhan – mereka akan mengatakan God of Mercy – Tuhan Rahmah. Dan surah ini ditujukan khas kepada orang Kristian. Bermakna, Allah meletakkan sesuatu yang kena dengan pembacanya.

 

إِنْ كُنْتَ تَقِيًّا

jika kamu seorang yang bertakwa; bermaksud dia menghalau lelaki itu. Kerana Maryam tidak tahu itu adalah malaikat Jibrail.

تَقِيًّا bermaksud sesorang yang sedar tentang Allah. Itulah makna Taqwa. Mereka yang takut kepada Allah. Maryam menggunakan kata ini supaya mengingatkan lelaki yang di hadapannya itu supaya takut kepada Allah. Kalau orang itu baik, dia akan teringat tentang Allah dan tidak buat perkara yang jahat. Ini adalah cara yang baik sekali untuk mengingatkan orang lain.

Lihatlah bagaimana Maryam menghadapi kedatangan lelaki kepadanya itu. Dia adalah perempuan yang baik. Dia tidak mengambil kesempatan dengan melakukan perkara yang tidak elok. Allah memberitahu kepada kita bagaimana sifat Maryam dalam ayat ini. Ianya hendak menolak kata-kata kurang ajar sesetengah manusia yang mengatakan Maryam telah melakukan perkara tidak baik. Allah dah tahu bahawa akan ada orang yang akan kata Maryam telah berzina. Jadi Allah membersihkan nama Maryam dengan mengisahkan keadaan ini.

Lihat juga bagaimana cara Maryam menghadapi situasi itu. Dia tidak minta tolong kepada sesiapa. Terus minta tolong kepada Allah. Menunjukkan hubungan rapat beliau dengan Allah. Begitu jugalah kita kena jadikan ini sebagai Sunnah. Terus berharap kepada Allah. Terus memohon pertolongan kepada Allah. Bukan melalui perantaraan yang selalu diamalkan oleh manusia sekarang ini. Itulah yang dinamakan tawasul yang tidak dibenarkan.

—————————————————

Ayat 19:

19:19
Transliteration

Qala innama ana rasoolurabbiki li-ahaba laki ghulaman zakiyya

Sahih International

He said, “I am only the messenger of your Lord to give you [news of] a pure boy.”

Malay

Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.

 

قَالَ إِنَّمَا أَنَا رَسُولُ رَبِّكِ

Jibrail berkata, “Sesungguhnya aku ini adalah utusan Tuhanmu,

Dalam ayat ini, Jibrail menggunakan perkataan رَسُولُ. Kenapa pula begini? Bukankah rasul itu adalah para Nabi seperti Nabi Muhammad dan sebagainya? Sebenarnya, malaikat pun dipanggil ‘rasul’ juga. Kerana رَسُولُ dari segi bahasa bermaksud ‘yang membawa risalah dari tempat yang tinggi’. Bukanlah malaikat turun membawa mesej yang Allah sampaikan untuk manusia.

Digunakan kata رَبِّكِ (rabb) dalam ayat ini kerana menekankan sifat rabb – Tuhan. Rabb bermaksud ‘yang mencipta, memelihara dan menjaga’. Bukan hanya bermaksud ‘Tuhan’ sahaja. Kalau Maryam risau apakah yang akan terjadi selepas itu, ingatlah bahawa Allahlah yang telah menjaga dan memelihara beliau selama hari ini. Nanti akan disebutkan tentang beliau akan mendapat anak yang suci. Tentu dia akan risau dengan macam-macam kerisauan seorang wanita yang tidak mempunyai suami. Allah mengingatkan bahawa yang akan menjaga memelihara dan memberi tarbiyah kepada anak itu adalah Allah sendiri kerana Allah yang mencipta, memelihara dan memberi tarbiyah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Tentu macam-macam kerisauan timbul dalam fikiran Maryam. Antaranya tentang apakah manusia lain akan kata tentangnya. Dan bagaimanakah dia hendak menjaga dan mendidik anak itu. Jadi, dalam penggunaan perkataan ‘rabb’ itu, Allah mengingatkan beliau bahawa Allahlah yang akan mendidik anak itu. Sebagaimana juga Nabi Yahya telah dididik oleh Allah. Kerana ibubapa Nabi Yahya adalah sangat tua, tapi Nabi Yahya menjadi menjadi anak yang baik. Itu adalah kerana hasil didikan dari Allah.

 

لِأَهَبَ لَكِ

untuk aku sampaikan satu anugerah kepada kamu; iaitu anugerah yang telah diberi oleh Allah.

Jibrail membahasakan *dirinya* yang membawa berita gembira itu. Padahal berita baik itu bukan dari dirinya tapi dari Allah. Ini adalah kerana beliau sebagai penyampai mesej dari Allah sahaja.

Dan juga Jibrail mengatakan dia yang akan menyampaikan anugerah itu, kerana tugasnya adalah untuk meniupkan ruh Nabi Isa ke dalam Maryam.

Apabila berita akan diberikan anak kepada Nabi Zakaria, maklumat itu disampaikan terus kepada baginda. Tapi apabila berita yang sama diberikan kepada Maryam, ianya disampaikan oleh Jibrail. Ayat ini dijadikan dalil bahawa perempuan tidak dilantik sebagai Nabi dan rasul. Mereka tidak mendapat wahyu secara terus dari Allah tapi melalui perantara – seperti dalam kes Maryam ini, maklumat tentang beliau akan mendapat anak disampaikan oleh Jibrail a.s. Kerana ada perbezaan antara penyampaian berita yang sama kepada Nabi Zakaria dan Maryam. Ayat ini dijadikan dalil oleh para ulama bahawa perempuan tidak dilantik menjadi Nabi dan Rasul.

 

غُلَامًا زَكِيًّا

seorang anak laki-laki yang suci; Perkataan زَكِيًّا bukan sahaja bermaksud ‘suci’, tapi ‘sangat-sangat suci’. Ia bermaksud lelaki itu adalah anak lelaki yang amat baik. Allah memberitahu bahawa anak itu akan menjadi anak yang baik untuk menenangkan Maryam. Kerana tentu ada kerisauan dalam hatinya apa akan terjadi selepas itu. Dan beliau risau kerana beliau akan menjadi ibu tunggal pula. Itu adalah satu kehidupan yang susah dan mencabar. Tapi, apabila diberitahu bahawa anak itu adalah anak yang suci, yang baik, tentu akan menyebabkan hati Maryam akan jadi lembut dan tenang.

Perkataan زَكِيًّا juga bermaksud ‘bijak’. Maknanya Nabi Isa a.s. akan menjadi seorang anak lelaki yang bijaksana.

—————————————————
Ayat 20: Kehairanan dan takjub Maryam atas berita yang didapatinya itu.

19:20
Transliteration

Qalat anna yakoonu lee ghulamunwalam yamsasnee basharun walam aku baghiyya

Sahih International

She said, “How can I have a boy while no man has touched me and I have not been unchaste?”

Malay

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”

 

قَالَتْ

Maryam berkata:

 

أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ

Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki,

Seperti telah disebut sebelum ini, bukanlah ini bermakna Maryam tidak percaya dengan berita yang telah disampaikan kepadanya itu. Kerana dia sudah percaya bahawa itu adalah Jibrail, seorang malaikat dan dia pun tahu bahawa seorang malaikat tidak akan menipu. Dia cuma mahukan maklumat lanjut lagi. Dan untuk meneruskan percakapan dengan Jibrail. Kerana dia sedang mendapat peluang bercakap dengan seorang malaikat. Yang selama ini dia hanya dengar cerita sahaja.  Macam kita juga, kalau dapat jumpa dengan orang yang kita hormati, sayangi, kita tentu tidak melepaskan peluang untuk bercakap-cakap lama dengan mereka. Kita akan memanjangkan percakapan dengan mereka. Kita akan tanya mereka macam-macam.

 

وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ

sedangkan tidak pernah seorang lelaki pun menyentuhku; maksudnya dia tidak ada suami. Bukanlah tiada lelaki tak sentuh dia. Sebab tentu dia ada ayah yang pernah peluk dia. ‘Sentuh’ dalam ayat ini bermaksud ‘bersetubuh’. Tapi Quran tidak menggunakan perkataan ‘bersetubuh’.

Lihatlah bahasa lembut yang digunakan oleh Quran. Kita pun kenalah cakap berlapik. Tidaklah elok kalau menggunakan bahasa yang terlalu terbuka.

Jadi, ayat ini nak kata bahawa dia tidak berkahwin lagi.

 

وَلَمْ أَكُ بَغِيًّا

dan aku bukan pula seorang perempuan jahat!

بَغِيًّا diambil dari kata dasar yang bermaksud ‘melampau’. Perkataan تغيان digunakan untuk mereka yang melampau dalam hal agama sampaikan mereka melakukan perkara syirik. Iaitu melampau dalam perhubungan dengan Allah. Seperti digunakan untuk menjelaskan tentang Firaun. Perkataan بَغِيًّا pula dalam ayat ini adalah melampau dalam hal sosial, dalam suasana masyarakat. Iaitu tentang perhubungan manusia dengan manusia. Jikalau seseorang berzina, bermakna dia telah melakukan بَغِيًّا. Iaitu suatu perbuatan yang masyarakat pun tidak terima.

بَغِيًّا adalah perkataan yang dari segi nahu adalah dalam bentuk lelaki kerana tidak masuk akal untuk perempuan buat perkara ini. Sampaikan tidak ada perkataan untuk perkataan ini dalam bentuk perempuan.

Perkataan yang digunakan dalam ayat ini adalah أَكُ . Perkataan yang sepatutnya dan biasa digunakan adalah أكن. Huruf ن dibuang sebagai isyarat bahawa Maryam langsung tidak buat perkara itu seperti juga huruf ن tidak ada dalam perkataan ini.

—————————————————

Ayat 21:

19:21
Transliteration

Qala kathaliki qalarabbuki huwa AAalayya hayyinun walinajAAalahu ayatan linnasiwarahmatan minna wakana amran maqdiyya

Sahih International

He said, “Thus [it will be]; your Lord says, ‘It is easy for Me, and We will make him a sign to the people and a mercy from Us. And it is a matter [already] decreed.’ ”

Malay

Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

 

قَالَ كَذَٰلِكِ

Jibrail berkata: Demikianlah; seperti macam keadaankamu sekarang. Tidak perlu Maryam disentuh oleh lelaki untuk mendapatkan anak. Sama juga kepada Nabi Zakaria, tidak perlu diubah keadaan Nabi Zakaria dan isterinya yang tua untuk Allah ymemberi anak kepadanya. Allah tidak memerlukan penyebab untuk menjadikan sesuatu apa pun. Allah jadikan terus dengan kehendakNya. Bukan macam kita yang memerlukan alat, sebab dan sebagainya, barulah sesuatu itu terjadi.

 

قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ

Rabbmu berfirman, “Hal itu adalah mudah bagi-Ku; mudah sahaja bagi Allah hendak mencipta makhluk tanpa ada bapa. Senang sangat sampai tidak memerlukan usaha pun. Kalau manusia, kita boleh kata, senang sangat sampai tak berpeluh pun. Kerana Dia adalah Allah. Dia maha berkuasa.

Perkataan yang sama telah digunakan sebelum ini dengan kisah Nabi Zakaria. Begitulah ada perkataan yang diulang-ulang dalam Quran. Kerana sejarah juga berulang-ulang.

وَلِنَجْعَلَهُ آيَةً لِلنَّاسِ

dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia; menjadikan Nabi Isa sebagai tanda kekuasaan Allah boleh mencipta apa sahaja. Menjadi hujjah kepada setiap manusia setiap zaman. Allah telah mencipta Adam tanpa ayah dan ibu; Allah telah mencipta kebanyakan manusia dari ayah dan ibu; dan sekarang Allah telah menunjukkan contoh bagaimana seorang manusia boleh dilahirkan tanpa ayah.

‘nya’ yang disebut dalam ayat ini adalah merujuk kepada Nabi Isa.

آيَةً bermaksud ‘tanda yang jelas’. Tanda yang kita tak boleh abaikan. Tak boleh kata kita tak nampak sebab jelas sangat. Sebab dah di depan mata kita. Kalau yang tak nampak tu, sengaja buat tak nampak sahaja.

Ia juga bermakna tanda yang menunjuk kepada sesuatu. Macam papan tanda jalan yang jelas di jalanraya untuk membantu kita dalam perjalanan kita. Tanda jalan itu besar, siap ada lampu lagi. آيَةً adalah tanda ‘menuju kepada Allah’. Tanda itu bukanlah tujuan kita. Tujuan kita adalah Allah. Kalau kita atas jalanraya, tanda jalan adalah sebagai penunjuk kepada destinasi kita, bukan kita hendak pergi kepada papan tanda itu. Jadi ingatlah bahawa tujuan kita adalah kepada Allah.

Dan آيَةً ini adalah untuk لِلنَّاسِ seluruh manusia. Bukan untuk orang beriman sahaja. Ditujukan kepada seluruh manusia, samada orang Islam atau tidak, beriman atau tidak.

Perkataan آيَةً itu dalam bentuk general dan umum. Supaya digunakan dalam banyak keadaan. Manusia mendapat tanda dengan cara berbeza-beza. Lain orang lain cara dia mendapat tanda. Dan juga bermakna ianya adalah tanda bukan hanya kepada orang Islam tapi kepada orang yang bukan Islam juga.

 

وَرَحْمَةً مِنَّا

dan sebagai rahmat dari Kami; Perkataan رَحْمَةً ini juga dalam bentuk general dan umum. Kerana rahmat diberikan dalam berbagai-bagai cara. Antara rahmat itu adalah Nabi Isa satu hari nanti akan dibangkitkan dan akan mengajar agama menggunakan Quran dan syariat Nabi Muhammad.

Ada orang yang mempercayai kewujudan Allah walaupun tiada tanda apa-apa. Kerana mereka begitu rapat dengan fitrah mereka. Kerana fitrah manusia sudah mengenal Allah sejak dari alam roh lagi. Mereka tidak memerlukan keajaiban untuk mereka jadi beriman. Tapi ada juga yang memerlukan tanda. Kadang-kadang kerana sesuatu tandalah yang menyebabkan mereka ada yang masuk Islam. Mungkin pernah mereka minta tuhan memberikan suatu tanda kepada mereka, dan tidak lama kemudian mereka mendapat tanda yang mereka cari-cari itu. Tanda itu boleh jadi dalam berbagai bentuk.

Tapi kepada yang tidak memerlukan tanda pun, apabila mereka diberi dengan tanda yang membenarkan pemahaman mereka, ianya adalah satu rahmat kepada mereka. Kerana kadang-kadang apabila yang beriman diberikan ujian dan dugaan, apabila tanda-tanda Allah diberikan, ianya akan memberi ketenangan dan menambahkan imam kepada mereka. Sebagai contoh, untuk kita yakin bahawa Allah mengabulkan doa hambaNya, kita mungkin boleh berdoa yang ringan-ringan dahulu. Kita mungkin boleh berdoa supaya kita diberikan tempat parking di tempat kerja kita. Apabila kita sampai ke tempat kerja kita, telah tersedia tempat parking di tempat yang selalunya tidak ada parking. Itu adalah sebagai satu tanda bahawa Allah mendengar kita dan mengabulkan doa kita. Dan ini menambah iman kita.

Jangan lupa bahawa ianya juga adalah rahmat kepada Maryam juga. Mendapat anak adalah satu rahmat yang amat besar. Tambahan pula kalau anak itu adalah seorang Nabi. Tentulah ianya adalah rahmat yang amat besar bagi Maryam.

 

وَكَانَ أَمْرًا مَقْضِيًّا

dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan; perkara ini tidak boleh disekat lagi kerana ianya adalah satu keputusan dari Allah sendiri. Samada Maryam suka atau tidak, ianya akan terjadi.

Macam juga qadi, atau hakim, kalau dia dah buat keputusan, kita kena ikut. Sebab kalau tak ikut, kita dah langgar undang-undang negara. Hakim boleh pakai polis nak jalankan keputusan dia. Tambahan pula مَقْضِيًّا dalam ayat ini adalah keputusan Allah. Kalau keputusan manusia pun ada yang kena ikut, tambahan lagi kalau keputusan dari Allah. Kalau Allah dah buat keputusan, ianya akan terjadi – kun fayakun.

Jadi, ianya adalah sebagai satu pujukan kepada Maryam. Dia tidak boleh menolak kalau pun dia tidak suka atau tidak sanggup menghadapinya. Dia kena terima hakikat bahawa dia akan melahirkan anak. Dia kena bersedia dengan emosi dan fizikal untuk menghadapinya. Kalau kita sudah tahu yang kita tidak ada pilihan lain, kita akan bersedia untuk menghadapinya. Kerana kalau kita rasa kita ada peluang untuk menghalang ianya dari terjadi, maka kita akan luangkan tenaga dan fikiran untuk menghalangnya. Kalau memang kita tahu perkara itu tidak boleh dihalang, kita boleh fokus untuk menghadapinya dengan rela.

—————————————————
Ayat 22:

19:22
Transliteration

Fahamalat-hu fantabathatbihi makanan qasiyya

Sahih International

So she conceived him, and she withdrew with him to a remote place.

Malay

Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

 

فَحَمَلَتْهُ

Maka Maryam mengandungnya; apabila Jibrail meniup kepada Maryam, terus sahaja Maryam mengandung. Jibrail tidak sentuh pun Maryam. Jibrail telah meniup ruh ke lengan baju Maryam dan roh itu turun mengalir ke faraj Maryam. Ini bermakna, Roh ciptaan Allah terus dimasukkan ke dalam tubuh Maryam. Maryam terus mengandung. Mengandung itu pada peringkat hendak beranak dah. Kalau keadaan biasa, sarat mengandung sembilan bulan. Tapi, Maryam terus mengandung dan hampir sedia untuk melahirkan anak itu.

Tapi ada juga pendapat yang mengatakan Maryam mengandung selama sembilan bulan seperti manusia biasa juga. Dan ada juga riwayat yang mengatakan beliau mengandung selama 40 hari. Allahu a’lam.

 

فَانْتَبَذَتْ بِهِ

lalu ia mengasingkan diri dengan kerana kandungannya; apabila Maryam berasa hendak bersalin, maka Maryam telah pergi ke tempat lain.

Perkataan فَانْتَبَذَتْ ini telah digunakan sebelum ini. Kali ini ditambah بِهِ. Penggunaan ب dalam ayat بِهِ ini adalah penggunaan ‘sebab’. Bermakna, Maryam mengasingkan diri *kerana* kandungannya itu. Kenapa beliau mengasingkan diri?

Untuk memahami sebabnya, kita kena lihat kembali siapakah Maryam itu. Maryam adalah anak yang baik. Sepanjang hidupnya beliau berada atas jalan agama – dia tinggal di masjid, belajar agama dan sebagainya. Dia dapat makanan terus dari Allah. Ibubapanya juga adalah orang yang baik. Kerana itulah ibunya memberikan beliau kepada jalan agama. Dia pula dijaga oleh bapa saudarnya, Nabi Zakaria, seorang Nabi yang mulia. Jadi bayangkan kedudukannya dimata masyarakat.

Tapi apakah akan terjadi apabila beliau melahirkan anak tanpa seorang bapa? Beliau tahu apa yang akan terjadi. Dia terima dengan rela apa yang terjadi. Dia telah percaya bahawa yang datang kepadanya itu adalah seorang malaikat dan apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Dia sanggup untuk menerima kesan dari kejadian yang telah ditentukan oleh Allah itu – mendapat anak tanpa ayah. Tapi bagaimana dengan orang lain? Maka kerana itulah dia terpaksa mengasingkan diri. Dia hendak menyelamatkan keluarganya dan pengasuhnya (Nabi Zakaria) daripada dicemuh orang. Dia pun tahu masyarakat macam mana. Manusia akan mengata tentang orang lain tanpa ilmu. Senang sekali mereka hendak menyalahkan orang lain. Manusia bukan sahaja akan mencemuhnya tapi kepada keluarga dan pengasuhnya juga. Dia tak mahu jadi macam tu nanti. Nanti akan mencemarkan nama agama. Orang akan kata: orang agama pun macam itu, tak boleh percaya. Nanti mereka akan menyalahkan ibubapa dan gurunya Nabi Zakaria. Jadi, Maryam pergi jauh itu kerana hendak menjaga nama baik ahli keluarganya dan juga nama baik agama. Dia tidak mahu kerananya, nama yang lain akan terpalit.

Pengajaran untuk kita adalah jangan kita jangan jadi macam itu. Jangan kita mengata orang lain tanpa kita usul periksa, tanpa kita tahu kedudukan yang sebenar sesuatu perkara itu. Kita ingat kita sahaja yang baik sampaikan kalau ada orang lain yang buat salah, kita caci mereka dan kutuk mereka tanpa usul periksa.

Dan ini juga mengajar kita: kalau kita orang agama, kenalah kita jaga nama baik kita. Supaya jangan memburukkan nama Islam. Sebab kita seperti mewakili agama. Ikutlah Sunnah Maryam ini. Jangan kita buat perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang memburuk-burukkan Islam. Antaranya mereka akan berkata: lihatlah Islam itu bukan agama yang baik, kerana orang-orang Islam tidak baik sama sekali.

 

مَكَانًا قَصِيًّا

ke tempat yang jauh; Mengikut riwayat, Maryam telah pergi ke BaitulLaham. Dia pergi jauh ke balik bukit. Waktu itu, tempat itu tidak ada orang. Sekarang ianya adalah tempat yang terkenal kerana dikenali sebagai tempat kelahiran Nabi Isa.

Waktu itu tempat itu tidak ada orang. Tapi dalam ayat yang lain, ada disebutkan bagaimana Allah telah membawa Maryam ke tempat yang tinggi dan ada air. Ini ada disebut dalam ayat 50 surah Mu’minoon. Begitulah Allah menjaga Maryam. Kerana seperti kita tahu, seorang wanita yang mengandung dan hendak melahirkan anak, mereka tidak boleh stress. Kerana kalau stress, akan menyebabkan kandungan mereka terganggu. Maka Allah telah memberi tempat yang selesa dan yang boleh menenangkan beliau.

قَصِيًّا bermaksud jauh. Di hujung sesuatu. Dalam surah yaasin:20 ada digunakan kata ini. Perkataan yang digunakan dala ayat itu adalah  أَقْصَى الْمَدِينَةِ.Maksud ayat itu adalah ‘hujung bandar’. قَصِيًّا dalam surah Maryam ini digunakan dari segi bahasa Arab dalam bentuk ‘sangat’. Maksudnya jauh sekali.

Selalunya apabila seorang wanita hampir hendak bersalin, dia akan bersama keluarganya. Ramai yang akan memberi bantuan dan sokongan. Tapi lihatlah apa yang Maryam kena hadapi. Dia terpaksa membawa dirinya keseorang, dalam keadaan sarat hendak melahirkan anak. Waktu itu, tentulah beliau dalam kesakitan dan lemah yang amat. Tapi dia meneruskan juga perjalanannya ke tempat yang jauh kerana hendak menjaga nama baik agama dan keluarganya. Lihatlah kekuatan semangatnya. Luluh hati kita apabila membaca kisah beliau.

—————————————————

Ayat 23:

19:23
Transliteration

Faajaaha almakhadu ilajithAAi annakhlati qalat ya laytaneemittu qabla hatha wakuntu nasyan mansiyya

Sahih International

And the pains of childbirth drove her to the trunk of a palm tree. She said, “Oh, I wish I had died before this and was in oblivion, forgotten.”

Malay

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

 

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ

maka sakit beranak itu memaksanya pergi; apabila sudah sakit, dia sudah tidak boleh berdiri sendiri. Waktu itu dia sedang mencari tempat berlindung dan menampung dirinya.

أَجَاءَ bermaksud ‘memaksa untuk pergi’. Kalau perkataan جَاءَ, ia bermaksud ‘datang’. Tapi perkataan yang digunakan dalam ayat ini adalah أَجَاءَ. Kesakitan untuk bersalin telah memaksa Maryam untuk pergi. Pergi ke mana? Allah sebut dalam bahagian seterusnya.

الْمَخَاضُ diambil dari kata dasar yang bermaksud ‘air dalam bekas yang digoncang’. Ayat ini hendak membayangkan pergerakan anak dalam rahim ibu. Iaitu air ketuban dalam perut ibu itu yang terasa goncangannya yang kuat. Atau untuk menceritakan sakit kontraksi dalam perut apabila hendak bersalin. Jadi, sakit hendak bersalin itu telah memaksanya pergi ke suatu tempat.

 

إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ

ke pangkal sebatang pohon tamar; ada riwayat yang kata pohon kurma itu sudah tua dan mati. Tapi dihidupkan kembali oleh Allah.

Ahli tafsir berbeza pendapat tentang kedudukan tempat ini. Ada riwayat yang mengatakan bahawa tempat ini adalah di BaituLaham (Bethelhem). Inilah juga kepercayaan orang Kristian. Oleh itu, tempat itu adalah satu tempat yang mulia kepada mereka.

Kenapa Maryam pergi ke sana? Untuk bersandar kerana dia sedang sakit. Untuk mendapatkan sokongan. Bayangkan Maryam dalam keadaan sakit. Dalam dia berseorangan sahaja, tanpa ada sesiapa yang bersamanya yang boleh menolongnya. Tapi dia bersabar dengan keadaannya itu.

 

قَالَتْ يَا لَيْتَنِي

ia berkata alangkah baiknya kalau; Ini adalah kata-kata seorang perempuan yang tidak tahu lagi nak cari jalan penyelesaian. Dia dalam keadaan yang susah, sampaikan mulutnya menyebut perkara ini.

Dia rasa terkesan dengan apa yang sedang terjadi padanya. Tapi kenapa sampai jadi macam begitu sekali? Tidakkah dia redha dengan apa yang terjadi kepadanya? Bukankah kita telah belajar bahawa Maryam adalah orang ahli agama? Tidakkah dia sepatutnya redha dengan apa yang terjadi kepadanya?

Ini mengajar kita supaya jangan cepat menuduh orang lain kalau kita tidak faham apakah situasi yang dihadapi oleh seseorang itu. Kita tidak berada dalam kedudukannya waktu itu.

Kita tahu bahawa dia adalah manusia yang kuat dan tegar imannya. Tapi sekarang dia sudah hampir sangat melahirkan anaknya itu. Dia juga adalah manusia biasa yang terkesan dengan kejadian-kejadian yang menimpa dirinya.

 

مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا

aku mati sebelum ini; Dia berhadap supaya dia tidak pernah dihidupkan. Kerana dia dah dapat agak apa yang orang ramai akan kata kalau mereka tahu tentang perkara ini. Jadi dia harap dia mati sebelum dia jadi macam itu.

Sebab dia risau yang dia akan terpaksa menghadapi manusia-manusia yang tentunya akan mengata macam-macam. Kalau dia tidak pernah dilahirkan, dia tidak perlu mengadap perkara ini.

 

وَكُنْتُ نَسْيًا

dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang

نَسْيًا dari kata makna yang bermaksud ‘perkara yang senang kita lupa’. Macam barang barang kecil yang kita lupa nak bawa. Contohnya, bila dah dalam perjalanan ke tempat kerja, barulah kita nak perasan ada documen yang kita tertinggal kat rumah. Ataupun kita lupa nak bawa sapu tangan kita. Kerana ianya bukanlah perkara yang penting, perkara kecil sahaja, maka kita senang lupa.

 

مَنْسِيًّا

tidak dikenang-kenang!; itulah kata-kata yang keluar dari mulut Maryam. Memang kadang-kadang orang yang mengandung akan cakap macam-macam. Ada yang menyumpah dan menyalahkan suaminya pun ada juga.

مَنْسِيًّا digunakan untuk menguatkan harapan supaya dia dilupakan. Memang dilupakan *sungguh*. Dia berharap supaya tidak ada sesiapa yang akan ingat kepadanya. Seperti dia tidak pernah wujud.

Kadang-kadang kita lupa sesuatu, kita sampai lupa bahawa ada benda yang kita lupa. Sebab kita tak kisah sangat. Itulah lebih kurang maksud perkataan ini.

Lihatlah kepada sifat kudus Maryam. Dia sanggup tidak jadi apa-apa, selagi dia tidak menyebabkan orang lain susah dengan sebab dia. Dia rela berkorban.

Dia sanggup tidak lahir, tidak dikenali, tidak diingati dari maruahnya tercalar. Ini mengajar kita bahawa kita kalau kita orang agama, yang dijadikan contoh oleh orang lain, kenalah menjaga nama baik kita, kenalah menjaga maruah kita. Kerana kita bukan sahaja mewakili diri kita sahaja, tapi mewakili agama juga.

Satu lagi perkara dalam ayat ini adalah tentang hukum minta mati. Adakah boleh? Ia sebenarnya dilarang. Kerana kita minta mati itu kerana kita tidak redha dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita sampai kita minta mati. Dan tidak redha dengan pemberian Allah taala adalah sesuatu yang salah. Tapi Nabi pernah mengajar kita satu doa meminta Allah meneruskan hidup kita dan mengambil nyawa kita kalau itu lebih baik. Ulama juga membincangkan bagaimana terdapat larangan mengharapkan kematian kecuali ketika terjadi fitnah yang besar.
—————————————————

Ayat 24:

19:24
Transliteration

Fanadaha min tahtihaalla tahzanee qad jaAAala rabbuki tahtakisariyya

Sahih International

But he called her from below her, “Do not grieve; your Lord has provided beneath you a stream.

Malay

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

 

فَنَادَاهَا مِنْ تَحْتِهَا

Maka ada menyerunya dari tempat yang lebih rendah; Siapakah yang menyeru Maryam dari bawah itu? Ulama berbeza pendapat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa yang menyeru itu adalah Jibrail. Maryam ada di atas bukit dan Jibrail ada di bawah bukit. Jibrail telah mengikut Maryam dari tempat sebelum itu. Jibraillah yang memandunya ke tempat itu.

Pendapat yang jumhur mengatakan bahawa yang menyeru Maryam itu adalah Jibrail. Tapi ada juga pendapat yang mengatkan bahawa yang menyerunya itu adalah Nabi Isa. Ini tidak menghairankan kerana salah satu mukjizat Nabi Isa adalah bercakap dari masa bayi lagi. Ini juga tidak menghairankan kerana Allah mampu berbuat apa sahaja. Tapi, pendapat jumhur adalah ianya adalah Jibrail. Kerana mereka mengatakan bahawa Nabi Isa hanya mula bercakap apabila mereka berdua menemui kaum mereka.

Kata مِنْ تَحْتِهَا menunjukkan bagaimana Jibrail menghormati maruah Maryam. Dia bercakap dari bawah. Begitulah kita kena menghormati orang lain. Kalau orang tidak selesa kita dekat dengan mereka, kita kena hormati. Kena duduk jauh sedikit dan memberi ruang kepada orang lain.

 

أَلَّا تَحْزَنِي

Janganlah kamu bersedih hati; Jangan sedih kerana kamu adalah orang yang mulia dan telah diberi kelebihan oleh Allah. Nama kamu akan dicakap manusia sampai bila-bila. Dan jangan bersedih kerana Allah akan menjaga kamu. Memang kamu merasa tertekan sekarang. Tapi ketahuilah bahawa Allah akan menguruskan supaya kamu akan dijaga. Ini adalah pujukan kepada Maryam.

 

قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا

sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai; Maryam telah berhenti di padang pasir. Kebanyakan mufassir mengatakan bahawa maksud سَرِيًّا adalah bermaksud ‘anak sungai’. Memang ada hadis yang mengatakan bahawa ianya adalah anak sungai. Walaupun hadis itu tidak kuat, tapi ianya boleh dipakai. Ianya lebih baik lagi kalau kita gunakan hadis yang dhaif untuk menafsir ayat Quran dari hanya menggunakan akal sahaja. Dan dikuatkan lagi dengan ayat 50 dari surah Mu’minoon.

Bayangkan keadaan Maryam ketika itu. Maryam dah risau dimanakah dia boleh mendapatkan air. Anak sungai itu tidak ada sebelum itu. Allah jadikan anak sungai itu kerana Allah akan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan. Kerana Allah telah takdirkan bahawa Nabi Isa akan lahir sebegitu, dalam keadaan itu, maka Allah telah memudahkan Maryam. 

Jadi, kita boleh terima bahawa samada sungai itu sudah ada, ataupun sungai itu diadakan apabila Maryam ke tempat itu. Begitu juga yang telah berikan kepada Hajar, ibu Nabi Ismail di Mekah.

Kalau begitu, sepatutnya manusia yang melihat kejadian sungati itu secara tiba-tiba, sepatutnya mereka mengetahui bahawa itu adalah satu tanda ajaib untuk membuktikan kebenaran kepada apa yang dikatakan Maryam nanti. Maka, ini juga adalah sebagai pujukan dan sesuatu yang dapat menenangkan hati Maryam.

—————————————————

Ayat 25: jadi, dalam ayat sebelum ini, Allah sudah menyediakan minuman untuk Maryam. Sekarang, diberikan pula makanan. Lihatlah bagaimana Allah menjaga Maryam.

19:25
Transliteration

Wahuzzee ilayki bijithAAi annakhlatitusaqit AAalayki rutaban janiyya

Sahih International

And shake toward you the trunk of the palm tree; it will drop upon you ripe, fresh dates.

Malay

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

 

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu; bayangkan orang yang baru beranak disuruh menggoyang pangkal pokok tamar. Kalau kita sendiri yang kuat pun goyang pokok itu tidak jadi apa-apa. Itu sebenarnya adalah isyarat kepada usaha.

Perkataan هُزِّي itu bermaksud menggoyang sesuatu yang besar dan kuat. Maknanya, kena gunakan tenaga yang banyak. Kena goyang betul-betul, bukan macam goyang buaian anak-anak. Maknanya, usaha yang perlu Maryam keluarkan bukan usaha yang sedikit tapi kalau nak dikirakan ianya adalah usaha yang banyak. Kerana batang pokok tamar itu bukanlah kecil. Samada Maryam diberikan dengan kekuatan luar biasa sehingga boleh menggerakkan batang pokok tamar itu atau dia hanya disuruh untuk menggoyangnya setakat yang dia mampu kerana Allah hendak melihat usaha kita. Kerana kalau difikirkan, kalau perempuan yang lemah nak goyang pokok itu tidak akan membuahkan hasil.

Ini mengajar kita tentang kepentingan usaha. Memang Allahlah yang menjadikan sesuatu perkara, tapi Allah mahu melihat usaha kita dahulu.

Perkataan إِلَيْكِ boleh bermaksud ‘ke arah engkau’ atau boleh juga bermaksud ‘untuk engkau’ – iaitu tujuan engkau disuruh menggoyang pokok tamar itu adalah untuk kepentingan engkau sendiri. Supaya dia tahu bahawa apa yang dia kena lakukan itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Kalau ikut logik, tidaklah sesuai untuk seorang wanita yang baru melahirkan anak untuk menggoyang sebatang pokok tamar, tapi ini juga mengajar kita bahawa, kita kena ikuti arahan Allah, walaupun kita tidak faham kenapakah Allah suruh Maryam buat begitu, tapi kita kena ikut arahan daripada Allah dengan tanpa soal lagi.

Pengajaran besar yang kita boleh ambil dari ayat ini adalah, kita kena berusaha untuk mendapatkan rezeki. Kerana apa yang disuruh Maryam lakukan itu adalah usaha untuk mendapatkan rezeki yang Allah telah sediakan. Tapi untuk mendapatkannya, kena usaha. Allah boleh beri apa sahaja kepada kita, tapi kenalah kita juga menunjukkan usaha kita. Kena ada sebab musabbab. Itu adalah Sunnah para Nabi.

Kita tidak diajar untuk bertawakal sahaja tanpa ada usaha. Kita kena berusaha dan kemudian baru kita bertawakal. Itulah makna tawakal. Bukan tidak buat apa-apa, tapi kata kita bertawakal sahaja. Ada orang yang tidak faham, mereka hanya berdoa sahaja.

Jadi tidak salah kita meluangkan masa untuk pergi ke tempat kerja kita kerana ianya adalah satu perbuatan yang benar, kerana itu adalah apa yang Allah hendak kita lakukan. Kita pergi keluar kerja untuk mencari rezeki. Rezeki itu pula adalah untuk kelansungan hidup kita dan keluarga kita. Ianya adalah perbuatan yang terpuji. Jangan kita rasa bersalah kalau kita bekerja. Kita kena pandai membahagikan waktu antara kerja dan mengerjakan ibadat. Kerana ada waktu untuk buat kerja dan ada waktu untuk beribadat.

 

تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا

akan gugur kepadamu buah tamar yang masak ranum; Maryam diajar untuk makan ‘rutab’. Maka, sesiapa yang baru beranak, seeloknya makan buah tamar untuk menyihatkan diri. رُطَبًا adalah buah kurma yang masak, bukan yang kering. Ianya adalah buah tamar yang segar. Seeloknya yang masih basah lagi. Inilah yang diajar kepada kita dalam Quran sendiri. Kalau tamar segar tidak ada, mungkin kita boleh juga gunakan tamar yang kering.

جَنِيًّا bermaksud ‘sudah sedia untuk dipetik dan dimakan’. Ianya masih lagi di tangkai pokok. Bukan yang dah jatuh ke tanah. Itu adalah buah yang baik sekali. Tinggal nak ambil sahaja.

Perkataan تُسَاقِطْ bermaksud ‘akan gugur’. Tapi dari segi nahu, ianya membawa maksud akan gugur berkali-kali. Bukan untuk sekali makan sahaja. Apabila Maryam perlukan makanan lagi, dia hanya perlu goncang pokok tamar itu sahaja.

=================================

Lompat ke ayat yang seterusnya

Lompat ke awal surah

 

ref: UR, NJ, IK, NAK

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 019: Maryam and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s