Tafsir Surah Taha Ayat 52 – 64

Ini adalah sambungan tafsir dari ayat-ayat surah Taha sebelum ini.

Ayat 52: Ini jawapan Musa dari soalan yang ditanya dalam ayat sebelumnya – apakah nasib orang-orang terdahulu. Apabila kita ditanya dengan soalan yang seperti yang ditanya kepada Nabi Musa itu, kita kena jawap macam ini:

20:52
Transliteration

qāla ʿilmuhā ʿinda rabbī fī kitābin lā yaḍillu rabbī wa-lā yansā

Sahih International

[Moses] said, “The knowledge thereof is with my Lord in a record. My Lord neither errs nor forgets.”

Malay

Nabi Musa menjawab: “Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa”.

قَالَ عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي

Nabi Musa menjawab: “Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku

فِي كِتَابٍ

tertulis di dalam sebuah Kitab; iaitu Kitab Catatan Amal. Kitab amalan itu akan menulis semua sekali apa yang kita pernah lakukan semasa di dunia. Ini telah disebut dalam surah Kahf. Semuanya tertulis. Kecil dan besar.

Maknanya Nabi Musa mengaku bahawa dia sendiri tidak tahu bagaimanakah nasib mereka yang telah berlalu. Tidak kisah kalau tak tahu pun sebab tidak kena mengena dengannya dan dengan kita pun. Tugas Nabi Musa sekarang, bukan dengan mereka yang telah berlalu. Mereka menerima apa yang mereka patut terima dari hasil perbuatan mereka. Kamu, Firaun pun macam tu juga, kena bertanggungjawab dengan apa yang kamu lakukan.

Ini mengajar kita untuk tidak bercakap tentang perkara yang tidak kena mengena dengan kita. Nabi Musa pun tidak pernah kata dia tahu perkara ghaib. Dia mengaku sekarang yang dia memang tak tahu. Dan bukan kita yang jaga syurga dan neraka dan kita tidak tahu apakah yang terjadi kepada orang-orang terdahulu samada mereka masuk neraka atau syurga. Kita pun kena fokus. Jangan buang masa fikirkan tentang mereka yang telah berlalu. Bukan urusan kita. Kita ada tugas kita sekarang iaitu memberi dakwah kepada orang yang hidup sekarang.

لَّا يَضِلُّ رَبِّي

Tuhanku tidak pernah tersilap; tidaklah Allah tersilap tulis apa yang kita lakukan semasa di dunia. Tidak juga tersilap kira. Allah tidak pernah tertinggal dari urusanNya.

وَلَا يَنسَى

dan Ia juga tidak pernah lupa; bermakna apabila Allah tidak lupa, Allah akan balas apa yang kita lakukan.

Tak perlu nak risau tentang Allah. Allah takkan tersilap tulis. Yang perlu kita risau adalah tentang apa yang di hadapan kita sekarang.

Sifat Allah berlawanan dengan sifat manusia. Pertama, manusia tidak tahu keseluruhan perkara, jadi dia mungkin tersilap. Keduanya, manusia itu sifatnya lupa.

———————————————————————

Ayat 53: Tidak dapat dipastikan dengan pasti samada ini adalah sambungan kata Nabi Musa atau kata-kata dari Allah. Ayat ini adalah sebagai nasihat kepada Nabi Muhammad. Kerana ayat ini untuk Nabi Muhammad kerana Nabi sedang berhadapan dengan Quraish waktu itu.

20:53
Transliteration

allaḏī ǧaʿala lakumu l-ˈarḍa mahdan wa-salaka lakum fīhā subulan wa-ˈanzala mina s-samāˈi māˈan fa-ˈaḫraǧnā bihī ˈazwāǧan min nabātin šattā

Sahih International

[It is He] who has made for you the earth as a bed [spread out] and inserted therein for you roadways and sent down from the sky, rain and produced thereby categories of various plants.

Malay

(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ مَهْدًا

(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu terhampar; Bumi ini terhampar dan kukuh tidak bergerak. Kalau bumi ini bergegar berterusan, hancurlah bumi ini. Nak menanam pun tidak boleh. Nak bina rumah pun tidak boleh sebab dah bina, akan roboh. Tapi Allah sudah jadikan bumi ini mudah untuk kita berjalan padanya. Nak pergi mana-mana pun senang.

مَهْدًا bermaksud ‘buaian’. Allah buatkan dunia sebagai buaian untuk kita. Dia jaga kita macam bayi dijaga dalam buaian. Segala keperluan kita diberikan.

وَسَلَكَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا

dan Dia telah mengadakan bagi kamu di atas bumi itu jalan-jalan; Allah taala lah yang menentukan jalan kita sekarang. Dengan jalan itu, memudahkan kita untuk berjalan ke mana-mana.

وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً

dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit; Dengan air itu, bumi disegarkan.

فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّن نَّبَاتٍ شَتَّىٰ

Maka Kami keluarkan dengan air hujan yang satu jenis itu tadi, berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya; berbagai-bagai jenis hidupan dan berbagai-bagai jenis warna. Tapi ianya daripada sumber air yang satu sahaja. Kalau manusia yang mereka kereta, apabila buat minyak untuk menggerakkan kereta itu, berbagai-bagai jenis minyak kita kena reka, minyak brek, minyak cylinder, minyak petrol. Tapi Allah boleh menjadikan berbagai-bagai jenis tanaman dengan menggunakan satu jenis air sahaja. Kerana kita bukan Allah.

Perkataan أَزْوَاجًا kita selalu faham sebagai ‘pasangan’. Ia juga boleh juga digunakan untuk mengatakan perkara yang berlawanan. Iaitu berlawanan jenis. Ada berbagai-bagai jenis.

شَتَّىٰ bermaksud satu barang tapi ada berbagai jenis. Macam kereta, kita kenal kereta, tapi kereta itu ada berbagai jenis.

————————————————————————–

Ayat 54:

20:54
Transliteration

kulū wa-rʿaw ˈanʿāmakum ˈinna fī ḏālika la-ˈāyātin li-ˈulī n-nuhā

Sahih International

Eat [therefrom] and pasture your livestock. Indeed, in that are signs for those of intelligence.

Malay

Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.

كُلُوا

Makanlah; Makanlah dari segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Jangan lupa bersyukur. Jangan kita lupa bahawa segala makanan itu Allah yang berikan kepada kita.

وَارْعَوْا أَنْعَامَكُمْ

dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; Makanan dalam dunia itu bukan sahaja untuk kita, tapi untuk binatang ternak kita. Kita pula makan binatang ternak itu. Mungkin kita tidak berasa dengan ayat ini, sebab kita tak ternak binatang. Tapi ingatlah bahawa daging yang kita beli di supermarket itu datang dari binatang ternak, dan binatang ternak itu juga makan dari pemberian Allah.

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ

sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda; Apabila Allah kata Allah beri sebagai tanda, maka ianya adalah suruhan untuk kita memerhatikan tanda-tanda itu dan memikirkan tentangnya.

لِّأُولِي النُّهَىٰ

bagi orang-orang yang berotak waras; Iaitu orang yang berfikir dengan dalam. Kita semua berfikir, tapi selalunya kita cuma fikir sikit sahaja. Maksud perkataan النُّهَىٰ ini lebih dalam lagi dari maksud perkataan albab yang selalu juga digunakan dalam Quran. النُّهَىٰ bermaksud mereka ini adalah orang yang boleh melihat keputusan sesuatu perkara. Sebagai contoh, kita tahu bahawa matahari itu memberikan sinaran yang menghidupkan tanaman, tanaman itu pula kita makan. Tapi siapakah yang menjadikan matahari itu? Jawapannya adalah Allah. Maka, manusia yang ada sifat النُّهَىٰ, mereka boleh mencapai keputusan sesuatu perkara itu, iaitu kembali kepada Allah akhirnya. Allah nak beritahu dalam ayat ini, bahawa tanpa Allah beritahu kepada kita pun melalui Nabi-nabiNya, kita sepatutnya sudah dapat mencapai keputusan itu kalau kita adalah orang yang mempunyai sifat النُّهَىٰ itu. Kerana ada orang-orang yang tidak dapat ayat-ayat dari Kitab-kitab Allah, tapi Allah telah berikan segala tanda-tanda kewujudanNya dalam alam ini.

—————————————————————————–

Ayat 55: Ini adalah kata-kata Allah. Ini ada ayat yang dibacakan semasa taburkan tanah pertama di kubur selepas tanam mayat.

20:55
Transliteration

minhā ḫalaqnākum wa-fīhā nuʿīdukum wa-minhā nuḫriǧukum tāratan ˈuḫrā

Sahih International

From the earth We created you, and into it We will return you, and from it We will extract you another time.

Malay

Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ

Dari bumilah Kami ciptakan kamu; iaitu Allah menciptakan Nabi Adam dari tanah. Mengingatkan kita dulu dari tanah hina sahaja. Kita ini jadinya dari keadaan yang rendah sahaja. Tidaklah perlu kita meninggi diri.

وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ

dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu,

Perkataan عِيدُ digunakan untuk membawa pengulangan. Seperti juga eid digunakan untuk memberi maksud hari perayaan kerana hari perayaan itu berulang-ulang. Setiap tahun akan datang.

Ayat ini memberi ingat kepada kita bahawa juga akan dibawa ke kubur nanti.

Melawat kubur dan menghantar mayat ke kubur adalah memberi peringatan kepada kita bahawa kita juga akan mati. Ingatlah bahawa kita ini ada tarikh luput seperti juga makanan ada tarikh luput dia. Kubur kita memanggil kita setiap hari.

وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ

dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu

تَارَةً أُخْرَىٰ

pada waktu yang lain; iaitu pada Hari Kiamat nanti. Akan dikeluarkan sekali lagi. Untuk menjawab apakah yang kita telah lakukan semasa di dunia.

Dalam kitab Sunan, bahawa pernah Nabi menghadiri seorang jenazah, dan setelah mayat dikuburkan, baginda mengambil segenggam tanah, lalu melemparkannya ke kubur itu sambil bersabda: مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ, kemudian baginda mengambil tanah yang lain, lalu baginda mengatakan: وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ, dan kemudian baginda mengambil tanah yang lain dan berkata: وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ.

—————————————————————————

Ayat 56:

20:56
Transliteration

wa-la-qad ˈāraynāhu ˈāyātinā kullahā fa-kaḏḏaba wa-ˈabā

Sahih International

And We certainly showed Pharaoh Our signs – all of them – but he denied and refused.

Malay

Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman.

وَلَقَدْ أَرَيْنَاهُ آيَاتِنَا

Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun tanda-tanda Kami;

كُلَّهَا

semua sekali; apabila Allah katakan Dia sudah tunjukkan semua tanda kepada Firaun, tidak lah kita mengambil makna secara literal. Allah boleh tunjukkan semua tanda, tapi Allah tidak buat begitu. Allah hanya menunjukkan tanda yang perlu dilihat oleh Firaun. Begitulah pemurahnya Allah – telah ditunjukkan tanda-tanda kepadanya. Dihantar dua Nabi kepadanya untuk berdakwah kepadanya. Sepatutnya tanda-tanda yang telah ditunjukkan kepadanya itu pun sudah cukup.

فَكَذَّبَ

tapi dia dustakan semua sekali

وَأَبَىٰ

dan dia enggan; semua sekali hujah diberikan kepadanya, tapi semua sekali dia tolak.

Maka layaklah dia terima segala bala dan azab yang akan diberikan kepadanya.

Sama juga kepada Nabi Muhammad. Nabi dah bagi semua hujah kepada penduduk Mekah tapi masih ramai lagi yang tidak mahu terima. Ini adalah sebagai ayat pujukan kepada Nabi. Kerana Nabi sedih dan hairan kenapa setelah diberikan segala hujah dan tanda, mereka masih tidak mahu terima. Allah beritahu kepada Nabi, begitulah juga yang terjadi kepada Firaun. Dia telah diberikan semua hujah dan tanda, tapi dia masih enggan. Jadi, jangan hairan sangat dengan penduduk Mekah yang tidak mahu terima.

Ini juga sebagai penenang kepada kita. Ada orang yang kita telah beri segala hujah-hujah yang kita tahu kepada manusia, tapi masih lagi mereka tidak mahu terima jalan sunnah ini. Jangankan kita yang kerdil ini, pernah Nabi-nabi dahulu pun ditolak. Jadi kita pun jangan hairan sangat. Memang itu telah terjadi dahulu, dan sekarang pun terjadi juga seperti itu. Memang akan ada sahaja manusia yang tidak mahu menerima selepas kita berikan segala hujah kepada mereka.

—————————————————————————-

Ayat 57: Walaupun setelah diberikan segala hujah dan tanda tentang kekuasaan Allah, Firaun masih hendak melawan lagi. Kali ini dia menggunakan taktik yang jahat. Ada dua tektik yang digunakan olehnya dalam ayat ini nanti. Ayat ini adalah kata-kata pemimpin kepada orang yang sebar agama. Pemimpin sekarang pun menggunakan hujah ini juga.

20:57
Transliteration

qāla ˈa-ǧiˈtanā li-tuḫriǧanā min ˈarḍinā bi-siḥrika yā-mūsā

Sahih International

He said, “Have you come to us to drive us out of our land with your magic, O Moses?

Malay

Firaun berkata: “Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?

قَالَ أَجِئْتَنَا

Firaun berkata: “Adakah kamu datang kepada kami; lihatlah bahasa yang digunakan oleh Firaun. Dia menggunakan perkataaan ‘kami’. Padahal, dia adalah seorang raja yang sombong. Selalunya dia hanya menggunakan perkataan ‘aku’ sahaja, tapi kali ini lain sikit. Sebab dia hendak memasukkan sekali rakyat yang bersamanya. Dia hendak rakyat yang sedang ada bersamanya itu pun bersama dengannya. Dia hendak semua orang itu benci kepada Nabi Musa. Marilah kita lihat apakah tuduhan yang akan dikenakan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.

لِتُخْرِجَنَا

untuk mengeluarkan kami; Dia kata tujuan Nabi Musa itu adalah untuk mengeluarkan mereka iaitu Firaun, segala menteri dan rakyat sekali.

مِنْ أَرْضِنَا

dari negeri kami; Iaitu dari negeri Mesir. Atau kalau di negara kita, Negara Malaysia. Firaun menggunakan sentimen kenegaraan. Sebab itu dia kata ‘negara kami’. Maka tuduhan pertama yang Firaun berikan kepada Musa dan Harun adalah mereka ini ‘pemberontak’, yang mahu mengambil alih negara itu.

بِسِحْرِكَ

dengan sihirmu; Firaun menuduh Nabi Musa menggunakan sihir sebagai alat untuk mengeluarkan mereka dari negeri Mesir itu. Ini adalah selepas Nabi Musa menunjukkan mukjizat tongkat menjadi ular dan tangan baginda menjadi bercahaya. Ini adalah tuduhan yang kedua – Musa menggunakan sihir. Kalau di Malaysia sekarang, mereka akan kata kita hendak mengambil alih negara Malaysia ini dengan menggunakan ajaran salah kita. Kerana pada mereka, kita membawa ajaran yang salah. Waktu Nabi Musa itu, disebut menggunakan sihir, kerana pada zaman itu masyarakat mereka ramai yang menggunakan sihir. Kalau sekarang, mereka akan mengatakan kita membawa ajaran Wahabi lah, ajaran sunnah lah, dan berbagai-bagai lagi ejekan yang mereka gunakan.

Dengan sihir kamu? Bila dia tak boleh nak jelaskan apa yang mereka berdua buat, dia kata sihir. Ini bermakna, Nabi Musa dah tunjukkan mukjizat bagaimana tongkat itu menjadi ular dan bagaimana tangannya menjadi putih. Apabila Firaun tidak dapat nak terima itu sebagai satu mukjizat, dia tuduh itu adalah sihir. Kerana dia sudah biasa dengan sihir. Dan padanya itu adalah sihir. Itulah sifat manusia, mereka akan memberi apa yang mereka tidak tahu.

يَا مُوسَىٰ

hai Musa?

—————————————————————————

Ayat 58:

20:58
Transliteration

fa-la-naˈtiyannaka bi-siḥrin miṯlihī fa-ǧʿal baynanā wa-baynaka mawʿidan lā nuḫlifuhū naḥnu wa-lā ˈanta makānan suwan

Sahih International

Then we will surely bring you magic like it, so make between us and you an appointment, which we will not fail to keep and neither will you, in a place assigned.”

Malay

“Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak”.

فَلَنَأْتِيَنَّكَ

Sesungguhnya pasti kami juga akan bawakan kepadamu; Firaun masih lagi hanya bercakap dengan Musa sahaja. Walaupun Nabi Harun ada, dia tidak iktiraf sedikit pun.

بِسِحْرٍ مِّثْلِهِ

dengan sihir yang seperti itu; Firaun nak kata tok guru sihir dia pun ramai juga, bukan Musa sahaja. Itu adalah kata-kata Firaun. Sebab dia nak kata bahawa Nabi Musa menggunakan sihir sahaja.

فَاجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ

Maka tentukanlah antara kami denganmu,

مَوْعِدًا

suatu tempoh pertemuan; Pertemuan untuk apa? Pertemuan untuk berlawan sihir. Kalau zaman sekarang, ianya adalah perjanjian untuk berdebat. مَوْعِدًا bermaksud masa dan tempat.

لَّا نُخْلِفُهُ نَحْنُ

yang kami tidak akan memungkirinya

وَلَا أَنتَ

dan tidak juga kamu; beriya-iya dia hendakkan pertemuan itu diadakan.

مَكَانًا سُوًى

suatu tempat yang adil bagi semua pihak.

Firaun mahu tempat yang adil untuk mereka berdua. Kenapa tiba-tiba Firaun jadi adil pula? Padahal dari dulu lagi dia tidak mengamalkan pemerintahan yang adil. Tapi kali ini macam bunyi adil pula. Sebenarnya dia buat begitu kerana dia dah takut. Dia dah nampak dia dalam keadaan yang lemah sebenarnya kalau dibandingkan dengan kedudukan Nabi Musa. Dalam sudut hatinya, dia dah tahu Musa adalah benar. Jadi dia cakap pertemuan itu pada tempat yang tidak berat sebelah kerana dia takut kalah. Dia nak pastikan peluangnya dan peluang Nabi Musa sama sahaja.

————————————————————————–

Ayat 59: Ini adalah jawapan Nabi Musa kepada ajakan Firaun itu.

20:59
Transliteration

qāla mawʿidukum yawmu z-zīnati wa-ˈan yuḥšara n-nāsu ḍuḥan

Sahih International

[Moses] said, “Your appointment is on the day of the festival when the people assemble at mid-morning.”

Malay

Nabi Musa menjawab: “Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha”.

قَالَ

Musa berkata;

sebagai menjawab ajakan Firaun itu tadi.

مَوْعِدُكُمْ

Perjanjian kamu itu; Musa menekankan bahawa Firaun yang minta pertemuan itu. Bukan dia yang ajak. Kalau kamu kalah nanti, jangan kamu salahkan aku pula.

يَوْمُ الزِّينَةِ

pada hari raya; Senang untuk dibuat pada hari raya, kerana semua orang tak kerja pada hari itu. Dari segi bahasa, ia bermaksud ‘Hari Perhiasan’. Ianya hari perayaan yang masyarakat itu menyambut beramai-ramai, keluar dengan pakai perhiasan. Musa pilih hari itu untuk memastikan seramai mungkin manusia akan datang dan menyaksikan pertandingan itu. Nabi Musa yakin dengan kemampuannya yang akan dibantu oleh Allah.

Ibn Abbas mengatakan hari raya itu adalah Hari Asyura.

وَأَن يُحْشَرَ النَّاسُ

Dan kumpulkanlah manusia; Carilah tempat ramai orang akan berkumpul dan tempat itu mestilah terbuka. Supaya ramai orang boleh menyaksikan.

ضُحًى

Waktu dhuha; Iaitu waktu hujung pagi. Ianya adalah waktu yang paling sesuai. Kalau awal sangat, suasana gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Kalau selepas waktu itu, cuaca sudah panas dan tidak selesa untuk orang ramai. Sebab dia nak ramai orang akan datang. Waktu itu kenalah waktu yang selesa. Musa yakin dengan apa yang dia nak kata. Jadi dia hendak pastikan waktu itu ramai yang akan hadir dan menyaksikan perlawanan itu.

—————————————————————————–

Ayat 60: Firaun dah mula takut. Dia dah rasa dia kena luangkan masa untuk kena bersiap menentang Nabi Musa.

20:60
Transliteration

fa-tawallā firʿawnu fa-ǧamaʿa kaydahū ṯumma ˈatā

Sahih International

So Pharaoh went away, put together his plan, and then came [to Moses].

Malay

Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.

فَتَوَلَّىٰ فِرْعَوْنُ

Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu; Firaun pergi dan Musa pun pergi. Firaun hendak buat strategi dia. Dia tahu bahawa untuk mengalahkan Musa, dia kena buat perancangan yang rapi.

فَجَمَعَ كَيْدَهُ

Kemudian dia menghimpunkan berbagai-bagai rancangan tipudayanya; Dia suruh dihantar utusan ke setiap pelusuk negara untuk mengumpulkan ahli-ahli sihir yang mahir-mahir. Itu disebut dalam ayat lain dalam Syuara:36 – 42. Dia telah bersidang dengan menteri-menterinya dan mereka yang suruh tangguh pertandingan itu dan cari ahli-ahli sihir yang hebat-hebat. Dan manusia disuruh kumpul beramai-ramai supaya dengan ramai orang itu, akan menakutkan Nabi Musa. Ahli-ahli sihir itu dijanjikan dengan upah yang lumayan dan kedudukan yang tinggi dengan Firaun.

ثُمَّ أَتَىٰ

Kemudian dia datang; datang dengan ahli-ahli sihir itu. Riwayat ada mengatakan Firaun datang dengan 40 ahli sihir. Ada yang kata 72 orang. Ada riwayat yang kata sampai berpuluh ribu. Zaman itu memang ramai yang mengamalkan sihir. Itu sebab sampai boleh jadi banyak.

Kenapa perbandingan yang diceritakan dalam surah Taha ini tentang perlawanan dengan ahli sihir? Mukjizat Nabi-Nabi memang ada berkaitan dengan amalan umat-umat mereka. Nabi Isa diberikan mukjizat boleh mengubat kerana masyarakat baginda waktu itu pandai dalam ilmu pengubatan. Nabi Muhammad dilahirkan dalam masyarakat suka dengan bahasa jadi baginda diberikan dengan mukjizat Quran. Maka Nabi Musa diberikan dengan mukjizat yang boleh mengalahkan sihir pengamal sihir. Semua mukjizat Nabi-nabi itu dapat mengalahkan perkara-perkara yang diamalkan kaum mereka. Nabi Isa boleh mengubat sampaikan penyakit kusta, orang buta yang lahir dari kecil lagi dan sebagainya. Mukjizat Nabi Musa dapat mengalahkan sihir ahli sihir yang paling pandai sekalipun. Dan bahasa Quran mengalahkan dan menundukkan ahli bahasa yang paling mahsyur sekalipun pada zamannya, sampailah sekarang.

———————————————————————————

Ayat 61:

20:61
Transliteration

qāla lahum mūsā waylakum lā taftarū ʿalā llāhi kaḏiban fa-yusḥitakum bi-ʿaḏābin wa-qad ḫāba mani ftarā

Sahih International

Moses said to the magicians summoned by Pharaoh, “Woe to you! Do not invent a lie against Allah or He will exterminate you with a punishment; and he has failed who invents [such falsehood].”

Malay

Nabi Musa berkata kepada mereka: “Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Ia akan membinasakan kamu dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa”.

قَالَ لَهُمْ مُوسَىٰ

Nabi Musa berkata kepada mereka; iaitu kepada tukang-tukang sihir itu,

وَيْلَكُمْ

Celaka kamu!

Perkataan وَيْلَكُمْ selalu digunakan untuk memarahi seseorang. Tapi ia juga boleh digunakan dengan maksud yang lain. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan kasihan kepada seseorang. Dari apa yang kita tahu tentang Nabi Musa, sebenarnya baginda kasihan dengan ahli-ahli tukang sihir itu. Sebab Nabi Musa nampak kelebihan mereka. Mereka sebenarnya orang yang berilmu. Kerana untuk jadi tukang sihir, kenalah seorang yang pandai. Cuma mereka telah tertipu. Nabi Musa juga telah nampak ada kebaikan dalam diri mereka. Kerana kita pun tahu, akhirnya mereka itu nampak kebenaran yang ada pada Nabi Musa dan mereka telah memeluk Islam akhirnya.

لَا تَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah; Musa nasihat mereka: kamu berkata kami mengamalkan sihir, tapi sebenarnya tidak. Kamulah sebenarnya yang mengamalkan sihir. Kamu membuat ilusi kepada orang ramai dengan tindakan kamu iaitu mengadakan hal yang sebenarnya tidak ada hakikat, seakan-akan ianya makhluk padahal sesungguhnya ia bukan makhluk yang hidup. Itu adalah mengadakan dusta terhadap Allah.

Boleh tak kita kata begini kepada mereka yang menentang kita nanti? Boleh. Inilah sunnah Nabi Musa. Sebelum berdebat, kita kata kepada lawan kita yang tidak menggunakan nas yang sahih. Kita ingatkan mereka jangan berdusta atas nama Allah. Kamu kena bawa dalil yang sah. Bukan dari kata-kata manusia. Kena bawa dalil dari Quran dan Hadis yang sahih. Kerana kalau kamu kata sesuatu yang bukan datang dari Allah dan Nabi, itu adalah berdusta atas nama Allah. Kerana itu bukan dari agama Islam. Sekarang banyak sangat yang menggunakan hujjah ustaz mereka, guru mereka, ulama itu ini, kitab itu dan ini. Dan mereka tidak sebut pun mana ayat Quran, mana hadis Nabi. Mereka ingat kata-kata guru dan ulama atau dari kitab-kitab itu adalah dari agama. Belum tentu lagi. Kerana kalau kata-kata ulama dan kitab itu bukan berdasarkan dari Quran dan hadis, ianya belum tentu datang dari agama Islam. Itu mungkin pendapat mereka dan pendapat mereka itu mungkin salah kerana manusia tidak sunyi dari kesalahan. Yang hanya selamat adalah hujah dari Quran dan hadis Nabi. Dan hadis Nabi itu pula hendaklah yang sahih. Kerana ada banyak hadis dalam dunia sekarang. Ada yang dhaif, malah ada yang palsu. Banyak tersiar hadis-hadis yang dhaif dan palsu dalam masyarakat sekarang. Ingatlah bahawa hadis yang dhaif dan palsu tidak dapat dijadikan hujjah.

Jadi Nabi Musa memberi nasihat kepada mereka supaya jangan menipu atas nama Allah. Kalau mereka hendak menipu Nabi Musa pun dah salah dah. Tapi kali ini mereka hendak menipu atas nama Allah.

Jadi Nabi Musa telah memberi nasihat dan dakwah kepada mereka sebelum mereka bertarung.

فَيُسْحِتَكُمْ بِعَذَابٍ

kamu pasti akan ditimpa dengan azab api neraka; ingatlah bahawa segala perbuatan kita ada kesannya. Kalau salah amalan kita itu, kita akan diazab oleh Allah kalau kita tidak mohon keampunan dariNya. Allah tak lalai dari apa yang kita perbuat dan perkatakan. Semuanya ditulis dalam kitab amalan kita. Jangan kita senang-senang sahaja dakwa begitu begini.

وَقَدْ خَابَ مَنِ افْتَرَىٰ

dan sesungguhnya amatlah rugi mereka yang mengadakan dusta terhadap Allah; makna خَابَ adalah perasaan yang sudah hilang harapan. Musa kata mereka akan jatuh sampai ke situ nanti kerana mereka berdusta atas nama Tuhan.

Dakwah Nabi Musa ada juga terkesan kepada mereka. Kerana ahli-ahli sihir itu ada kebaikan dalam diri mereka. Kita tahu kerana akhirnya mereka telah beriman.

——————————————————————————

Ayat 62: Ini adalah kesan daripada dakwah Nabi Musa kepada ahli-ahli sihir itu. Ada antara mereka yang sudah mula takut dan mempersoalkan tindakan mereka untuk berlawan dengan Nabi Musa.

20:62
Transliteration

fa-tanāzaʿū ˈamrahum baynahum wa-ˈasarrū n-naǧwā

Sahih International

So they disputed over their affair among themselves and concealed their private conversation.

Malay

Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka, dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan.

فَتَنَازَعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maka berbalah bantah puak-puak tukang sihir itu sesama mereka; mereka dah risau kalau benar-benar Nabi Musa itu seorang rasul. Kerana mereka tahu bahawa ucapan Nabi Musa itu bukanlah ucapan ahli sihir tapi adalah ucapan seorang Nabi. Mereka berbantahan sesama mereka, bukannya dengan Firaun dan kuncu-kuncunya. Mereka takut kalau-kalau mereka menentang seorang rasul. Kerana tukang sihir zaman Nabi Musa adalah tok guru-tok guru yang dimuliakan dalam masyarakat. Jadi, mereka sebenarnya ada ilmu pengetahuan. Mereka tahu bahawa kalau seorang tukang sihir tidak akan bercakap sepertimana Nabi Musa. Mereka terkesan dengan dakwah Nabi Musa dan mereka menilai balik samada patut untuk mereka meneruskan pertarungan dengan Nabi Musa. Ini adalah suatu perdebatan yang hebat antara mereka.

وَأَسَرُّوا النَّجْوَىٰ

dan mereka rahsiakan apa yang mereka perbincangkan;

Apabila mereka berbantah sesama mereka, orang lain sudah perasan. Maka mereka terus merendahkan suara mereka. النَّجْوَىٰ adalah apabila seseorang itu bercakap dengan nada suara yang perlahan, hanya berbisik-bisik sahaja. Mereka takut kalau Firaun tahu apakah yang mereka sedang bincangkan. Tentu Firaun akan marah kalau dia tahu mereka sudah berbelah bahagi. Mereka tahu bahawa Firaun adalah seorang yang kejam.

——————————————————————————–

Ayat 63: Akhirnya mereka sepakat untuk menentang juga Nabi Musa. Kerana ada yang bangun dan telah memotivasi rakan-rakan mereka untuk meneruskan apa yang mereka telah disuruh oleh Firaun.

20:63
Transliteration

qālū ˈin hāḏāni la-sāḥirāni yurīdāni ˈan yuḫriǧākum min ˈarḍikum bi-siḥrihimā wa-yaḏhabā bi-ṭarīqatikumu l-muṯlā

Sahih International

They said, “Indeed, these are two magicians who want to drive you out of your land with their magic and do away with your most exemplary way.

Malay

Mereka berkata: “Dua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka, dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama.

قَالُوا

Mereka berkata: iaitu tukang-tukang sihir itu. Ada golongan yang lebih takut kepada Firaun, dan mereka telah memenangi keadaan itu. Suara mereka lebih kuat. Mereka bangkit dan berkata kepada kawan-kawan mereka yang sedang goyang itu.

إِنْ هَٰذَانِ لَسَاحِرَانِ

sesungguhnya mereka berdua adalah ahli sihir yang mahir; mereka tekankan kepada kawan-kawan mereka bahawa memang Musa dan Harun adalah ahli sihir. Ini adalah tuduhan yang mereka gunakan kepada Nabi Musa dan Harun walaupun ianya tidak benar. Mereka kata kepada kawan-kawan mereka supaya jangan ragu tentang Nabi Musa dan Harun itu adalah ahli sihir.

يُرِيدَانِ

mereka berdua ingin

أَنْ يُخْرِجَاكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ

hendak mengeluarkan kamu semua dari negeri kamu;

بِسِحْرِهِمَا

dengan sihir mereka berdua; mereka menggunakan perkataan yang sama dengan apa yang Firaun katakan sebelum itu. Mereka mengulang balik sahaja. Mereka mengikut slogan Firaun. Macam orang kita juga, apabila ketua politik telah kata sesuatu, mereka akan ikut.

وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ

dan hendak melenyapkan adat resam kamu; Mereka rasa cara hidup mereka sudah tergugat.

الْمُثْلَىٰ

yang tinggi; Mereka kata cara hidup mereka adalah cara hidup yang mulia. الْمُثْلَىٰ bermaksud ‘sesuatu yang dijadikan sebagai contoh’. Yang dijadikan ‘misal’ bandingan. Seperti kita jugakan perkataan ‘Bapa Mithali’. Dan memang begitu pun kerana negara-negara sekeliling melihat Mesir sebagai negara contoh dan mereka mahu negara mereka jadi seperti Mesir.

Oleh itu, Mesir adalah satu negara yang disanjung tinggi. Mereka takut kalau Nabi Musa dibiarkan naik, mereka tidak akan disanjung tinggi lagi. Mereka menjadikan isu dakwah Nabi Musa dan Harun sebagai isu nasional. Mereka takut mereka tidak lagi dipandang mulia. Macam sekarang, puak-puak ahli bidaah itu takut kalau ahli sunnah diberikan peluang berdakwah, mereka tidak lagi dipanggil ustaz dan guru lagi dah. Kerana apabila puak Sunnah naik, maka akan pecah tembelang mereka. Iaitu apa yang mereka ajar itu tidaklah benar. Selama ini mereka disanjung, ke mana sahaja mereka pergi, kata-kata mereka diikuti dan dipegang masyarakat.

Oleh itu, propaganda menggunakan isu ini telah digunakan dahulu lagi. Zaman Nabi Musa, zaman Nabi Muhammad dan juga zaman sekarang pun.

———————————————————————–

Ayat 64:

20:64
Transliteration

fa-ˈaǧmiʿū kaydakum ṯumma ˈtū ṣaffan wa-qad ˈaflaḥa l-yawma mani staʿlā

Sahih International

So resolve upon your plan and then come [forward] in line. And he has succeeded today who overcomes.”

Malay

“Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya; dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini”.

فَأَجْمِعُوا كَيْدَكُمْ

Maka bersatulah dengan rancangan sihir kamu; bawa keluar semua sihir kamu semua. Jangan simpan-simpan ilmu sihir yang kamu ada, keluarkan semuanya. Zaman sekarang ini pun macam-macam sihir yang digunakan manusia. Dengan ilmu kebal, panah arjuna, jalan atas air, atas api dan sebagainya.

Mereka mengerahkan semuanya kembali kepada rancangan mereka iaitu menentang Nabi Musa.

ثُمَّ ائْتُوا صَفًّا

kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya; mereka suruh datanglah dengan berbangga. Sebab mereka ramai. Mereka ingat mereka lagi kuat dan mereka akan memenangi perlawanan itu.

وَقَدْ أَفْلَحَ الْيَوْمَ

sesungguhnya akan berjayalah pada hari ini

مَنِ اسْتَعْلَىٰ

orang-orang yang menang; Iaitu mereka yang berada di atas dari lawannya. Mereka rasa mereka akan menang kerana mereka ramai dan Musa dan Harun hanya berdua sahaja. Perkataan اسْتَعْلَىٰ bermaksud ‘naik tinggi’. Yang dapat mengalahkan musuh akan naik tinggi pada hari itu. Macam mana tahu siapa yang menang? Yang menang adalah sesiapa yang dapat menakjubkan masyarakat yang melihat nanti. Mereka sudah terbayang kejayaan yang mereka sangka mereka akan dapat. Mereka sudah terbayang segala kemewahan dan ketinggian kedudukan yang telah dijanjikan Firaun kepada mereka.

Pada zaman Nabi Muhammad, Puak Quraish ada banyak helah dan mereka begitu ramai sekali. Dan sahabat sedikit sahaja dan nampak lemah kalau dibandingkan dengan mereka. Ayat ini hendak menunjukkan contoh bagaimana Nabi Musa dulu pun perlu memerangi puak sesat yang ramai. Zaman kita pun sekarang pun kadang-kadang kita yang mengamalkan sunnah pun sikit sahaja. Kita kena menentang puak bidaah yang ramai. Itu adalah perkara biasa dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Selalunya yang benar itu hanya sedikit sahaja.

Allah hendak memberitahu kita bahawa Allah sebenarnya melihat. Allah menilai apa yang kita buat.

———————————————————————–

Lompat ke ayat-ayat yang seterusnya.

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 020: Taha. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s