Tafsir Surah Taha Ayat 25 – 51

Ini adalah sambungan tafsir ayat-ayat surah Taha sebelum ini.

Ayat 25: Apa yang Allah tugaskan kepada Nabi Musa adalah satu tanggungjawab yang amat berat kepada baginda. Dia dah terasa beratnya tugas itu sebab dia memang amat kenal dengan Firaun. Sebab dia pernah tinggal dibawah naungan Firaun dulu. Dan dia tahu yang Firaun mahu membunuhnya – kerana dia telah membunuh seorang lelaki bangsa Qibti tanpa sengaja. Maka Nabi Musa telah meminta Allah untuk membantu baginda untuk baginda menghadapi tugas itu.

20:25
Transliteration

qāla rabbi šraḥ lī ṣadrī

Sahih International

[Moses] said, “My Lord, expand for me my breast [with assurance]

Malay

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

قَالَ رَبِّ

Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku,

اشْرَحْ لِي

lapangkanlah bagiku,

صَدْرِي

dadaku

Nabi Musa dah rasa gerun sebab nak kena berhadapan dengan raja yang zalim. Firaun lah raja yang paling berpengaruh di mukabumi waktu itu, paling bengis, paling kufur, paling banyak memiliki bala tentera, paling boleh buat sesuka hatinya dan yang paling ingkar. Maka kalau kita ada rasa gerun, maka bacalah doa ini.

Ini adalah satu kata-kata dalam bentuk pepatah. Kerana kalau dari segi bahasa, ia bermaksud ‘lapangkan dadaku’. Bukan nak lapangkan dadanya jadi besar dari segi fizikal. Tapi Nabi Musa berdoa supaya Allah menenangkan dirinya. Kerana tentu dia ada rasa gerun nak bertemu dengan Firaun.

Nabi Musa menggunakan perkataan صَدْرِي, iaitu ‘dada’. Dia tidak gunakan kata ‘hati’, kerana dada lagi besar dari hati. Maka, dia berdoa supaya Allah memperkukuhkan apa-apa sahaja yang perlu dikukuhkan, bukan sahaja hatinya.

Maksud doa ini juga supaya Allah menetapkan hatinya supaya dapat terima tugas yang Allah telah berikan kepada dirinya itu. Kadang-kadang kita diberi sesuatu tugasan, tapi kita rasa tak selesa dengan tugas itu. Jadi Nabi Musa berdoa supaya Allah tetapkan hatinya untuk menerima tugas itu tanpa berbelah bahagi.

Bandingkan permintaan Nabi Musa ini dengan Nabi Muhammad. Nabi Musa meminta kepada Allah supaya dilapangkan dadanya. Tapi kepada Nabi Muhammad, baginda tak minta pun Allah dah lapangkan, seperti telah disebut dalam surah al-Inshirah – أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ {Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu?}

Satu lagi kemungkinan, Nabi Musa ada panas baran. Kerana pernah dia tumbuk seorang lelaki bangsa Qibti dan lelaki itu telah mati. Jadi dia takut kalau dalam berdakwah kepada Firaun, Firaun akan cakap sesuatu yang akan menyebabkan dia naik marah. Jadi dia siap-siap minta Allah melapangkan dadanya supaya dia dapat tenang walau bagaimana Firaun cakap kepadanya nanti.

————————————————————————–

Ayat 26:

20:26
Transliteration

wa-yassir lī ˈamrī

Sahih International

And ease for me my task

Malay

“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

وَيَسِّرْ لِي

Dan mudahkanlah bagiku,

أَمْرِي

tugasku

Nabi Musa memohon bantuan Allah supaya dia akan mudah menjalankan tugasnya, kerana dia tahu tugas itu susah sebab dia kenal Firaun.

Dalam doanya ini, Nabi Musa mengatakan ‘tugasku’ – bermakna dia sudah dapat terima tugas yang telah diamanahkan oleh Allah kepadanya.

Ini adalah satu doa yang bagus. Hanya Allah sahaja yang dapat memudahkan urusan kita. Kita kena berharap kepada Allah dalam semua keadaan.

————————————————————————–

Ayat 27:

20:27
Transliteration

wa-ḥlul ʿuqdatan min lisānī

Sahih International

And untie the knot from my tongue

Malay

“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

وَاحْلُلْ عُقْدَةً

Dan lepaskanlah simpulan

عُقْدَةً Ikatan.

مِنْ لِسَانِي

dari lidahku

Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk merungkaikan simpulan lidahnya. Kalau kita pun, kalau dalam keadaan takut, gementar, dada gemuruh kerana ramai orang yang melihat contohnya, lidah kita akan jadi kelu dan tidak dapat berkata-kata dengan baik.

لِسَانِي Lidahku.

Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya Allah mudahkan dia untuk menyampaikan dakwah kepada Firaun dan orang-orang lain. Kerana dia akan berhadapan bukan sahaja dengan Firaun, tapi ramai manusia yang tentunya akan bersama. Kerana dia tahu, dia tidak akan dapat bercakap berseorang dengan Firaun, tentu akan ada pengikut-pengikutnya yang akan ada bersama. Maka, dia tahu akan ramai orang yang akan memerhati. Selalunya, kalau ada ramai orang, kita akan ada rasa gementar. Jadi, kalau dia gementar, dia tidak dapat menyampaikan apa yang dia hendak sampaikan.

Ini adalah tentang komunikasi. Dari sini, kita tahu yang kita kena sampaikan maklumat kepada siapa yang kita kena sampaikan dengan sebaik mungkin. Ini pun termasuk dalam dakwah dalam bentuk penulisan pun. Usaha dakwah memerlukan usaha yang lebih kerana kita kena cuba sedaya upaya berusaha supaya orang lain dapat faham apa yang kita hendak sampaikan.

Mengikut riwayat, Nabi Musa adalah seorang yang mempunyai penyakit gagap. Jadi doa ini juga sesuai digunakan oleh mereka yang gagap. Dari riwayat, apabila Nabi Musa mula-mula tinggal di istana Firaun, Firaun tidak selesa dengan kehadiran bayi itu. Dia tahu bahawa itu adalah anak Bani Israil yang dia telah arahkan supaya dibunuh. Dia tahu bayi yang mereka jumpa itu adalah helah dari ibubapa Bani Israil yang tidak mahu anaknya dibunuh. Firaun percaya kata-kata ahli nujumnya yang mengatakan anak Bani Israil lah nanti yang akan menjatuhkannya. Maka Firaun tidak percaya kepada bayi itu. Oleh itu, dia mahu uji bayi itu. Dia telah memegang bara api dan satu benda yang berkilauan dan dia telah mengacah Nabi Musa yang masih bayi untuk memilih – samada bara api atau barang yang berkilau itu. Nabi Musa, sebagai seorang bayi yang tidak tahu apa, telah tertarik kepada barang yang berkilau itu dan dia mula bergerak ke arahnya, tapi Jibrail tolak baginda kepada bara itu kerana tidak sesuai seorang Nabi suka kepada barang yang berkilau-kilau (keduniaan). Nabi Musa telah meletakkan bara api itu ke mulutnya dan lidahnya terbakar disebabkan bara api itu. Kerana lidahnya terbakarlah yang menyebabkan baginda telah menjadi gagap.

Benarkah kisah Nabi Musa seorang yang gagap? Ada kemungkinan yang besar. Dari sejarah Islam, kita dapat tahu bahawa cucu Nabi, Saidina Hussain pun seorang yang gagap juga. Apabila beliau bercakap dengan gagap, Nabi akan senyum dan terus mendengar sampai dia habis cakap. Dengan itu, ianya memberi semangat kepada beliau untuk terus bercakap. Nabi tidak suruh dia berhenti bercakap, atau terus mengajuknya untuk bercakap, tapi baginda akan terus mendengar dengan sabar. Sampaikan kepada satu tahap, para sahabat tidak sabar dan nampak pada raut wajah mereka. Apabila Nabi perasan, Nabi telah berkata bahawa mereka tidak sepatutnya buat begitu, kerana dia telah mewarisi gagap itu dari pakciknya Nabi Musa. Nabi kata pakciknya adalah Nabi Musa kerana semua Nabi adalah adik beradik dalam agama. Oleh itu, dari sini kita tahu bahawa memang Nabi Musa seorang yang gagap

Dalam Surah Zukhruf juga, ada satu ayat dimana Firaun telah mengejek Nabi Musa. Dia berkata, adakah manusia hendak mengikuti manusia ini yang cakap pun tidak lancar? Ini kita boleh lihat dalam surah Zukhruf:52

Dalam Tafsir Ibn Kathir, dikatakan bahawa tidaklah Nabi Musa minta disembuhkan penyakit gagapnya itu. Nabi Musa hanya minta dihilangkan sekejap supaya dia boleh berbicara di hadapan Firaun dan kaumnya. Kerana seorang Nabi itu tidaklah meminta melainkan keperluan mereka sahaja. Allahu a’lam.

Dari perbuatan Nabi Musa ini, kita belajar bahawa kita juga perlu sedar kelemahan kita dan cuba menyelesaikannya.

————————————————————————–

Ayat 28:

20:28
Transliteration

yafqahū qawlī

Sahih International

That they may understand my speech.

Malay

“Supaya mereka faham perkataanku;

Supaya mereka faham, tablighku – dakwah baginda. Maknanya, ayat doa ini kena baca apabila hendak tabligh kepada orang.

Satu lagi, apabila mula nak tabligh kepada orang, hendaklah kita ajak dia berdoa supaya mencari jalan yang benar. Kita dengan dia sekali minta Allah tunjukkan kebenaran kepada kita. Kerana dalam dunia sekarang, sudah tidak pasti mana satukah jalan yang benar. Satu puak kata begini, puak yang lain kata begitu. Jadi, kita serahkan kepada Allah supaya memberi kita petunjuk manakah yang benar antara kedua pendapat itu. Kadang-kadang kita pun tidak pasti samada kita benar ataupun tidak. Kita berhadap semoga Allah akan membuka kebenaran kepada kita. Kita bukan hendak menang hujah sampai menolak kebenaran. Yang penting adalah kebenaran. Kalau kita menang hujah, tapi kita di pihak yang salah, kemenangan itu langsung tidak bernilai.

Perkataan يَفْقَهُوا itu diambil dari perkataan فْقَهُ yang lebih tinggi lagi dari makna ‘faham’. Ianya bermaksud benar-benar faham dengan apa yang telah disampaikan.

Dalam doa ini, Nabi Musa berdoa semoga Allah mengizinkan mereka yang dengar dakwah baginda itu faham. Kerana yang beri faham adalah Allah. Kita hanya boleh sampaikan sahaja. Kadang-kadang manusia boleh dengar apa yang kita sampaikan, tapi mereka tak faham. Allah sahaja yang boleh beri kefahaman yang mendalam kepada manusia. Kadang-kadang kita cakap banyak tapi mereka sikit pun tak faham. Kadangnya, kita cakap sedikit sahaja, tapi mereka boleh faham. Itu semua adalah dalam kuasa Allah.

Mungkin Nabi Musa risau umatnya tak faham dakwahnya nanti, jadi dia siap-siap doa supaya Allah beri pemahaman kepada mereka. Kadang-kadang cara penyampaian kita yang salah. Begitulah Nabi kita selepas baginda dihalau dari Taif, baginda memohon maaf kepada Allah kerana tak pandai menyampaikan. Baginda takut cara penyampaian baginda yang salah. Begitulah merendah diri betul Nabi Muhammad.

Ini juga mengajar kita cara berdakwah. Yang penting adalah manusia faham apakah yang kita katakan. Ada kalanya, bahasa yang kita gunakan terlalu tinggi sampai orang lain tidak faham kerana mereka tidak berilmu macam kita. Maka, seeloknya kita menggunakan bahasa yang berada pada tahap mereka supaya mereka faham. Kerana yang penting adalah manusia lain faham apakah yang kita hendak sampaikan. Oleh itu, kalau kita bercakap dengan kanak-kanak, kita guna bahasa yang kanak-kanak boleh faham. Kalau dengan orang kampung, kita guna bahasa orang kampung.

————————————————————————–

Ayat 29: Nabi Musa tambah lagi permintaannya.

20:29
Transliteration

wa-ǧʿal lī wazīran min ˈahlī

Sahih International

And appoint for me a minister from my family –

Malay

“Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.

وَاجْعَلْ لِي

Dan jadikanlah bagiku,

وَزِيرًا

seorang penyokong

وَزِيرًا bermaksud ‘Pembantu’. Atau orang yang membawa beban, yang menanggung beban. Kerana kata dasar ini adalah sama dengan kata ‘beban’.

Ayat ini mengajar kita untuk mendapatkan pertolongan dari orang lain untuk menanggung bersama tugas yang berat. Kalau kita rasa kita tidak boleh buat sendiri, kita kena minta pertolongan. Selalunya kita lihat permintaan sebegini diminta oleh seorang yang tidak mampu buat sendiri. Kenapa Nabi Musa sebagai seorang Nabi sampai memerlukan pertolongan orang lain pula?

مِنْ أَهْلِي

dari keluargaku

Kita kena lihat permintaan ini sebagai tanda bagaimana Nabi Musa merendah diri. Walaupun Allah telah pilih dia, dia tidak rasa dia tidak perlukan pertolongan lagi dah. Kalau kita, mungkin kita ingat dah cukup kuat dah, sebab Allah dah pilih kita. Tapi tidak kepada Nabi Musa. Dia tidak ego. Yang penting adalah menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Kejayaan misi itu yang lebih penting.

Ini juga menunjukkan kebijakan Nabi Musa. Nabi Musa dapat menilai tugas yang baginda perlu lakukan dan dari pembacaan baginda, baginda tidak boleh buat sendiri.

Ada pengajaran dalam perbuatan Nabi Musa ini. Nabi Muhammad pernah kata bahawa kalau Allah hendakkan seseorang itu berjaya dalam apa-apa tugas, Allah akan berikan pembantu untuknya. Jadi, pemberian pertolongan adalah cara Allah hendak menjayakan perancanganNya. Nabi Muhammad pun memerlukan pembantu juga. Walaupun seorang Nabi, baginda masih memerlukan penolong juga. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa pembantunya di dunia adalah Abu Bakr dan Umar. Tidak ada kurangnya kalau kita memerlukan pembantu.

Ingatlah bahawa kita semua adalah manusia dan kita perlukan pembantu. Kadang-kadang kita lemah dan kadang-kadang kita terlupa. Maka, kalau ada sesiapa yang bersama kita, boleh membantu kita dan mengingatkan perkara yang kita terlupa.

Kenapa Nabi Musa minta pertolongan yang spesifik dari keluarganya? Tidakkah ini nepotisme (pilih kasih)? Tidak. Nabi Musa adalah manusia biasa. Sebagai seorang manusia, kita akan lebih selesa dengan ahli keluarganya sendiri. Kerana kita sudah kenal dan sudah biasa dengan ahli keluarga kita, maka senang untuk kita berurusan.

Permintaan pertolongan dari ahli keluarga juga menunjukkan betapa penting untuk kita masukkan sekali ahli keluarga kita dalam usaha kita. Lebih lebih lagi dalam perkara ibadah. Kadang-kadang kita tak kisah tentang mereka. Padahal, mereka lah yang rapat dengan kita. Sepatutnya mereka dahulu yang kita kena dakwah dan ajak buat ibadat sekali dengan kita. Tapi kadang-kadang, kita tidak hiraukan mereka tapi kita terus ajak orang lain yang bukan ahli keluarga kita.

Dari cara pemintaan Nabi Musa ini pun kita boleh lihat bagaimana baginda beradab dalam meminta. Baginda minta sikit-sikit. Mula-mula minta Allah lapangkan dadanya, lancarkan lidahnya dan berbagai lagi permintaan lain. Tidaklah terus minta pembantu dengan menyebut siapa yang dia hendak. Mula Nabi Musa kata dia perlukan pembantu dahulu. Dalam ayat seterusnya baru dia sebut nama.

————————————————————————–

Ayat 30:

20:30
Transliteration

harūna ˈaḫī

Sahih International

Aaron, my brother.

Malay

“Iaitu Harun saudaraku;

Harun adalah abang kepada Nabi Musa. Mengikut riwayat, Harun tiga tahun lebih tua dari Nabi Musa. Dalam ayat ini baru dia cakap siapa yang dia hendak dijadikan sebagai pembantunya.

Kenapa Musa kena cakap siapakah nama abangnya? Takkan Allah tak tahu siapa Harun? Ini adalah isyarat untuk dia mengatakan bahawa dia akan bertanggungjawab kepada abangnya itu. Bukankah kalau kita rekomen seseorang untuk satu-satu jawatan, kita akan bertanggungjawab tentangnya?

Satu lagi sebab kenapa Nabi Musa menyebut perkataan أَخِي (saudaraku) itu adalah untuk menunjukkan kecintaannya kepada abangnya itu. Dan betapa hormatnya dia kepada abangnya itu.

Dalam agama, boleh kalau kita mencadangkan ahli keluarga kita untuk satu-satu jawatan jikalau dia layak. Maka, apakah kelebihan Harun? Dia dikenali sebagai seorang yang pandai dalam agama (rabbi) dan pandai pula berkata-kata. Kedudukan Nabi Harun yang tinggi ini ada tersebut sejarah Bani Israil. Kadang-kadang kita perlu merujuk kepada sejarah Bani Israil untuk memahami satu-satu perkara.

Ayat ini pendek sahaja, tapi dijadikan sebagai satu ayat. Boleh sahaja kalau ianya diletakkan dalam ayat yang lain, tapi Allah tak buat begitu. Bermakna, ada kelebihan sesuatu yang Allah hendak kita fikirkan tentang ayat ini.

————————————————————————–

Ayat 31: Nabi Musa memberikan hujahnya, kenapa dia memerlukan Nabi Harun untuk membantunya.

20:31
Transliteration

ušdud bihī ˈazrī

Sahih International

Increase through him my strength

Malay

“Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,

اشْدُدْ بِهِ

“Kuatkanlah dengan sokongannya,

أَزْرِي

pendirianku,

Dari segi bahasa, أَزْرِي bermaksud: ‘tulang belakang’. Ianya seperti memakai ‘Back Brace‘. Kalau pekerja yang kena selalu mengangkat barang, mereka memerlukan ‘back brace’ ini untuk memudahkan kerja mereka.

Back Brace

 

Salah satu kelebihan Nabi Harun adalah dia pandai bercakap dan Nabi Musa gagap seperti yang kita telah sebutkan sebelum ini. Maka, dengan adanya Nabi Harun membantunya, akan menguatkan lagi dakwah Nabi Musa.

———————————————————————

Ayat 32:

20:32
Transliteration

wa-ˈašrikhu fī ˈamrī

Sahih International

And let him share my task

Malay

“Dan jadikanlah dia turut bertanggungjawab dalam urusanku,

وَأَشْرِكْهُ

“Dan jadikanlah dia teman

فِي أَمْرِي

dalam urusanku ini.

Makna ayat ini adalah Nabi Musa memohon kepada Allah supaya Harun juga diangkat menjadi Rasul juga. Bukan setakat pembantunya sahaja.

Permintaan ini menunjukkan betapa murahnya hati Nabi Musa. Dia mahu berkongsi tanggungjawab yang Allah telah berikan itu dengan Harun juga. Tanggungjawab itu adalah satu tugas yang mulia. Ini menunjukkan Nabi Musa tidak ada ego.

———————————————————————

Ayat 33:

20:33
Transliteration

kay nusabbiḥaka kaṯīran

Sahih International

That we may exalt You much

Malay

“Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,

Nabi Musa memang akan bertasbih dengan banyak kepada Allah. Tapi kalau mereka berdua, lagi banyak bertasbih lagi.

كَيْ bermakna: supaya

Bertasbih itu adalah menyucikan sifat-sifat Allah. Menidakkan tanggapan salah manusia yang tidak beriman.

Kita boleh lihat bagaimana Nabi Musa merayu kepada Allah dengan memberikan sebab-sebab kenapa baginda mencadangkan Harun diangkat menjadi Nabi.

———————————————————————

Ayat 34:

20:34
Transliteration

wa-naḏkuraka kaṯīran

Sahih International

And remember You much.

Malay

“Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;

Nabi Musa berjanji yang mereka berdua akan mengingati Allah dengan banyak.

Ulama ada membincangkan tentang Ilmu Hal. Iaitu kita kena tahu apakah yang perlu dilakukan kena pada waktunya. Itupun adalah satu bentuk zikir juga. Contohnya, berzikir memang baik untuk dilakukan. Tapi apabila Iqamah sudah dilaungkan, maka waktu itu, yang penting adalah menjalankan solat.

Zikir adalah seperti satu bentuk tenaga yang dapat menguatkan tugas-tugas dakwah kita. Maka, dalam kita menjalankan tugas dakwah, hendaklah kita selalu mengingati Allah.

Tasbih adalah satu bentuk zikir juga. Tapi kenapa sebut tasbih dulu dalam ayat sebelum? Sebab tasbih adalah satu bentuk zikir nafi dan zikir adalah ithbat. Tasbih adalah menyucikan Allah dari sifat kekurangan apa-apa. Seperti la ilaha adalah nafi dan illa Allah adalah ithbat. Selain daripada itu, zikir Tasbih hendaklah dilakukan pada masa-masa tertentu dan zikir adalah dalam setiap masa.

———————————————————————

Ayat 35:

20:35
Transliteration

ˈinnaka kunta binā baṣīran

Sahih International

Indeed, You are of us ever Seeing.”

Malay

“Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami”.

Ini adalah justikasi terakhir yang diberikan oleh Nabi Musa supaya Allah memilih Nabi Harun sebagai Nabi.

Nabi Musa mengatakan bahawa Allah sentiasa melihat mereka berdua dan selama ini Allah lah yang telah menjaga mereka setiap masa. Dan Musa mengaku kepada Allah bahawa mereka berdua tertakluk kepadaNya.

Lihatlah bagaimana Allah telah menyelamatkan juga Nabi Harun dari dibunuh oleh tentera Firaun. Kerana seluruh anak lelaki Bani Israil telah dibunuh tapi kita lihat bagaimana Nabi Harun telah terselamat juga. Itu semua adalah dalam perancangan Allah.

Inilah wasilah yang digunakan dalam doa baginda. Sunnah para Nabi menggunakan wasilah dalam berdoa dengan tawasul yang dibenarkan. Menggunakan nama-nama Allah dan memuji-muji Allah dengan menyebut kekuasaanNya.

Kenapa berkenaan Harun, Musa banyak bagi justifikasi? Kerana dia rasa segan dengan permintaan menaikkan Harun sebagai Nabi kerana ianya adalah satu pemberian yang amat besar.

Nabi Muhammad pun tahu bahawa pemberian Kenabian kepada baginda adalah satu pemberian yang besar, maka segala kesusahan yang dia lalui itu adalah berbaloi. Kita yang menjadi umatnya juga patut rasa berbangga. Kerana kita telah diberikan kelebihan menjadi umat baginda. Oleh itu kita kena menilai balik apakah yang kita lakukan layak dengan pemberian itu.

———————————————————————

Ayat 36: Allah memberitahu bahawa doa Nabi Musa diperkenankan. Inilah jasa paling besar pernah diberikan oleh seorang manusia kepada seorang manusia lain. Kerana dia telah menaikkan saudaranya menjadi Nabi.

20:36
Transliteration

qāla qad ˈūtīta suˈlaka yā-mūsā

Sahih International

[ Allah ] said, “You have been granted your request, O Moses.

Malay

Allah berfirman: “Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!

قَالَ قَدْ أُوتِيتَ

Allah berfirman: “Sesungguhnya telah diberikan kepadamu

سُؤْلَكَ يَا مُوسَىٰ

apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!

Apabila dilihat dari bahasa yang digunakan, menunjukkan bahawa Allah terus memakbulkan permintaan Nabi Musa itu tanpa lengah. Kerana tidak ada kata-kata antara permintaan Nabi Musa dan kata-kata Allah yang memakbulkan. Ada pendapat yang mengatakan sebelum Nabi Musa pohon lagi Allah sudah berikan apa yang baginda pohon itu.

Segala permintaan manusia yang pernah dikabulkan adalah dikabulkan oleh Allah. Samada orang itu orang Islam ataupun tidak. Kerana bukanlah ada tuhan lain yang memakbulkan doa orang bukan Islam. Cuma bezanya, orang Islam berdoa kepada Allah, tapi orang bukan Islam tidak berdoa kepada Allah. Itu sahaja.

Kata قَدْ itu adalah satu penekanan. Ianya seperti bercakap sambil memukul meja.

Segala apa yang diminta oleh Nabi Musa itu Allah perkenankan. Dan perkenan itu tanpa apa-apa syarat dan kondisi. Diberi penuh.

Ayat ini memberi isyarat kepada Nabi Muhammad bahawa doa baginda juga akan diperkenankan oleh Allah sama seperti Allah memperkenankan doa Musa. Nabi Muhammad juga menghadapi satu tugas yang berat sepertimana Musa juga. Maka ini adalah sebagai memberi harapan kepada baginda.

Begitu juga kepada kita. Allah memberitahu kepada kita bahawa doa kita juga didengari oleh Allah. Cuma mungkin ada yang bertanya samada doa mereka dimakbulkan atau tidak. Ada tiga jenis cara bagaimana Allah menjawap doa kita itu:
1. Allah akan berikan kepada kita apa kita mohon. Sama seperti apa yang kita hendak.
2. Kerana apa yang kita minta itu tidak sesuai kalau Allah berikan apa yang kita minta, Allah akan ganti dengan perkara lain yang lebih baik. Mungkin Allah selamatkan kita dari bahaya dan sebagainya.
3. Allah tidak beri semasa di dunia. Doanya yang tidak dimakbulkan di dunia itu akan diganti dengan kelebihan di akhirat. Manusia akan diberikan dengan kelebihan itu di akhirat. Mereka akan ditunjukkan ganti kepada doa mereka yang tidak dimakbulkan semasa di dunia. Sampaikan mereka akan berkata, alangkah baiknya kalau tidak ada satu pun doa mereka di dunia dulu dimakbulkan supaya diganti dengan kelebihan di akhirat.

———————————————————————–

Ayat 37: Allah kata, bahawa sebelum itu pun Dia sudah memberi banyak pemberian kepada Nabi Musa.

20:37
Transliteration

wa-la-qad manannā ʿalayka marratan ˈuḫrā

Sahih International

And We had already conferred favor upon you another time,

Malay

“Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.

وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat

Perkataan مَنَ dalam مَنَنَّا bererti ‘pemberian yang besar’. Bukan pemberian yang biasa.

مَرَّةً أُخْرَىٰ

pada satu masa yang lain sebelum ini.

Ini adalah sebagai tanda kasih sayang Allah. Jangan ragu yang apa yang kamu minta ini kerana ia akan dimakbulkan. Kerana bukan waktu ini sahaja, kerana Allah telah beri keberkatan sebelum ini pun. Kalau dulu Allah telah beri pertolongan, tentulah kali ini pun boleh lagi. Allah terus memberi pertolongan kepada Nabi-nabiNya.

Allah telah memberi segala permintaan Nabi Musa itu sebelum Nabi Musa minta lagi. Kerana Allah akan memberikan apakah keperluan yang diperlukan oleh Musa untuk memastikan misinya berjaya. Semua yang berlaku adalah dalam perancangan Allah.

Memang segala pemberian itu dari Allah. Hatta orang kafir pun perlu juga kepada Allah. Kalaulah Allah tak beri keperluan mereka, mereka pun tidak akan dapat apa-apa. Contohnya, kalau Allah tak beri mereka makan, tentu mereka akan mati. Cuma bezanya, orang Islam meminta kepada Allah dan orang kafir tidak meminta langsung kepada Allah.

Kalau kita rasa kita doa tak dapat, ingatlah balik berapa banyak Allah telah beri rahmatNya kepada kita. Kita selamat selama ini pun adalah atas rahmat Allah juga. Tidak pernah kita terlepas dari rahmat Allah.

Dalam ayat-ayat seterusnya, Allah mengingatkan Nabi Musa apakah ‘pemberian besar’ yang dimaksudkan itu.

—————————————————————–

Ayat 38: Allah jelaskan apakah pemberian yang telah diberikan olehNya kepada baginda sebelum ini.

20:38
Transliteration

ˈiḏ ˈawḥaynā ˈilā ˈummika mā yūḥā

Sahih International

When We inspired to your mother what We inspired,

Malay

“Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّكَ

“Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu,

Ibunya mendapat ‘ilham’, bukan ‘wahyu’ kerana dia bukan seorang Nabi. Mungkin dalam bentuk mimpi ataupun inspirasi. Allah boleh membuatkan seseorang itu faham dengan memasukkan ke dalam hati seseorang itu. Seperti juga dalam ayat lain, Allah telah memberi ilham kepada lebah untuk membuat sarang. Tidaklah bermakna lebah itu mendapat wahyu seperti wahyu yang diberikan kepada para Nabi.

مَا يُوحَىٰ

dengan apa yang diwahyu kepadanya:

Perkataan ini adalah satu kata-kata dalam bahasa Arab untuk memberi penekanan. Ianya adalah seperti satu pengulangan tapi pengulangan itu adalah untuk memberitahu kepada kita bahawa ianya bukanlah perkara yang biasa. Ianya adalah sesuatu yang besar dari Allah.

Ayat ini juga dalam bentuk rahsia. Kadang-kadang kita beritahu kepada orang lain satu nasihat. Kemudian kita kisahkan balik kepada orang lain, tapi kita tak mahu cakap apakah yang kita nasihatkan itu. Kita pun kata: “Aku dah cakap apa yang aku cakap”.

Selalunya dalam Quran, Allah jarang menjelaskan apakah yang diwahyukan itu. Banyak kisah-kisah dalam Quran tidak diterangkan dengan jelas. Kita akan mendapat maklumat terperinci selalunya dari hadis-hadis Nabi atau pendapat para ulama. Tapi dalam ayat seterusnya, Allah menjelaskan apakah ‘ilham’ yang telah diberikan kepada ibu Musa.

—————————————————————–

Ayat 39: Ini adalah kisah bagaimana Allah telah memberi ilham kepada ibu Nabi Musa untuk menyelamatkan baginda yang masih bayi waktu itu.

20:39
Transliteration

ˈani qḏifīhi fī t-tābūti fa-qḏifīhi fī l-yammi fa-l-yulqihi l-yammu bi-s-sāḥili yaˈḫuḏhu ʿaduwwun lī wa-ʿaduwwun lahū wa-ˈalqaytu ʿalayka maḥabbatan minnī wa-li-tuṣnaʿa ʿalā ʿaynī

Sahih International

[Saying], ‘Cast him into the chest and cast it into the river, and the river will throw it onto the bank; there will take him an enemy to Me and an enemy to him.’ And I bestowed upon you love from Me that you would be brought up under My eye.

Malay

“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ

Letakkanlah anakmu di dalam peti,

اقْذِفِيهِ bukan hanya bermaksud ‘meletakkan’ sahaja atau ‘membuang’. Tapi ‘membuang dengan jauh’. Perkataan itu digunakan untuk menunjukkan betapa emosinya ibu Nabi Musa. Hatinya di dalam ketakutan. Bukan senang perbuatan yang hendak dilakukannya. Tapi ianya perlu dilakukan kerana untuk memastikan kelangsungan hidup anaknya yang tercinta itu. Tentulah cinta ibu kepada anaknya sangat tinggi. Sampaikan Allah pernah membandingkan kasihNya dengan kasih seorang ibu. Allah kata bahawa kasihNya lebih lagi dari kasih seorang ibu.

فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ

kemudian lepaskanlah peti itu ke laut,

الْيَمِّ bermaksud kawasan air yang besar. Ianya boleh dipakai untuk merujuk kepada sungai yang lebar. Dalam ayat yang lain, kita tahu bahawa ibunya melepaskan Nabi Musa dalam Sungai Nil. Perkataan الْيَمِّ hanya digunakan dalam Quran untuk menceritakan kisah Nabi Musa sahaja. Dalam surah-surah lain, apabila Allah menyebut tentang laut, Allah menggunakan perkataan ‘bahr’. Selalunya ‘bahr’ digunakan untuk perkara yang menggembirakan. Tetapi Allah menggunakan perkataan الْيَمِّ apabila hendak menceritakan perkara yang negatif. Seperti dalam kes ini, ianya tentang kesedihan ibunya yang terpaksa melepaskan Musa ke dalam Sungai Nil.

فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ

maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke tebing,

فَلْيُلْقِهِ bermaksud Allah memerintahkan sungai itu untuk membawa Musa ke tempat yang sepatutnya. Iaitu ke tebing yang berdekatan dengan istana Firaun. Semua yang terjadi ini adalah dalam perancangan Allah yang teratur.

يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي

supaya dipungut oleh musuhKu; Firaun adalah musuh Allah kerana dia telah mengaku menjadi tuhan. Mungkin bukan terus dipungut oleh Firaun. Tentulah tentera-tenteranya atau pesuruhnya dulu yang jumpa. Tapi akhirnya telah dibawa kepada Firaun dan Asiah, isteri Firaun.

وَعَدُوٌّ لَّهُ

dan musuhnya; iaitu musuh kepada Nabi Musa.

Kita faham bagaimana Firaun itu adalah musuh Allah. Tapi bagaimana kita faham Firaun juga sebagai musuh kepada Nabi Musa yang masih bayi? Kita jangan lupa bahawa waktu itu Firaun telah mengarahkan semua bayi lelaki dari Bani Israil dibunuh. Bermakna sewaktu bayi lagi Firaun telah menjadi musuh kepada Nabi Musa.

Atau, ia juga merujuk kepada masa hadapan dimana Firaun akan menjadi musuh kepada Nabi Musa apabila beliau menentang Nabi Musa dan mahu membunuhnya.

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي

dan Aku telah tanamkan ke atas engkau perasaan kasih sayang orang terhadapmu;

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً – melimpah kasih sayang kepadamu. Sesiapa sahaja yang melihat bayi Nabi Musa itu akan jatuh cinta kepadanya. Allah menggunakan perkataan أَلْقَيْتُ – AKU yang melimpahkan – jarang Allah menggunakan perkataan ‘Aku’ kecuali dalam keadaan tertentu. Selalunya Allah akan gunakan perkataan ‘Kami’. Kalau dalam keadaan bersangatan baru Allah akan gunakan. Bermakna Allah melimpahkan kasih sayang itu dengan banyak sekali. Sesiapa nampak dia sahaja akan jatuh cinta. Sampaikan Firaun yang ganas itu pun timbul rasa kasih dan sayang kepada Nabi Musa yang masih bayi itu. Walaupun Firaun telah membunuh beribu-ribu bayi sebelum itu, tapi apabila dia melihat Nabi Musa, dia sendiri telah jatuh cinta.

Bukan sahaja Firaun dan Asiah yang jatuh cinta kepada Nabi Musa tapi semua orang. Bayangkan, tentera-tentera Firaun yang mula-mula jumpa Firaun pun jatuh cinta kepada Nabi Musa itu, sampaikan mereka tidak terus bunuh. Begitu juga apabila Nabi Musa datang kembali ke istana Firaun untuk berdakwah kepadanya, tentera-tentera itu tidak bunuh baginda. Dan walaupun Nabi Musa memberi nasihat kepada Firaun, Firaun tidak pun bunuh baginda. Padahal, kalau orang lain, tentu sudah lama kena bunuh. Tak sempat cakap pun mungkin dah kena bunuh.

Isteri Firaun bernama Asiah. Dia adalah seorang yang akhirnya telah beriman kepada Nabi Musa. Dialah yang telah berjaya memujuk Firaun untuk mengambil bayi itu sebagai anak angkat. Kerana walaupun Firaun sudah jatuh sayang kepada bayi itu, tapi dia sudah dapat agak bahawa ini tentunya anak dari Bani Israil. Dia tahu ada orang yang telah menghanyutkan anak ini untuk menyelamatkannya dari dibunuh. Ini menunjukkan kepentingan perhubungan. Kerana Firaun sayang kepada isterinya itu, maka dia telah mengikut saranan isterinya itu. Firaun pula memang tidak ada anak. Asiah sebenarnya adalah sepupu Nabi Musa. Tapi Firaun tidak boleh tidur dengan Asiah, sebab itu tidak ada anak. Tapi Firaun sangat sayang kepada Asiah. Asiah telah memujuk Firaun untuk mengambil Nabi Musa sebagai anak. Asiah adalah antara beberapa orang yang telah disebut oleh Nabi Muhammad sebagai orang yang akan dimuliakan di akhirat nanti.

وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي

dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Dengan takdir Allah, Nabi Musa telah hidup di istana Firaun. Makan makanan Firaun.

Kenapakah Allah buat perancangan yang teratur begini? Supaya Nabi Musa boleh diasuh dan dilatih dibawah pengawalan Allah taala. Nabi Musa akan diasuh. صْنَعَ bermaksud dari segi bahasa: membina sesuatu satu persatu. Musa telah diberi satu latihan yang mantap. Dia dapat tinggal di istana Firaun supaya dia dapat kenal bagaimana keadaan dalam istana dan siapakah pemuka-pemuka di istana. Baginda juga dilatih di istana kerana di istana terdapat pembelajaran lengkap yang diberikan kepada anak-anak orang besar. Sampaikan ada raja-raja dari negara lain pun telah menghantar anak-anak mereka belajar di istana Mesir. Nabi Musa dalam masa yang sama mendapat latihan dari ibu tirinya, Asiah, dan dari ibu kandungnya sendiri kerana dia juga dapat pulang ke rumah ibunya nanti. Dia juga ada kakak dan abang yang baik dan berilmu yang juga dapat memberi pengajaran kepadanya. Semua ini adalah dalam perancangan Allah.

——————————————————————————-

Ayat 40:

20:40
Transliteration

ˈiḏ tamšī ˈuḫtuka fa-taqūlu hal ˈadullukum ʿalā man yakfuluhū fa-raǧaʿnāka ˈilā ˈummika kay taqarra ʿaynuhā wa-lā taḥzana wa-qatalta nafsan fa-naǧǧaynāka mina l-ġammi wa-fatannāka futūnan fa-labiṯta sinīna fī ˈahli madyana ṯumma ǧiˈta ʿalā qadarin yā-mūsā

Sahih International

[And We favored you] when your sister went and said, ‘Shall I direct you to someone who will be responsible for him?’ So We restored you to your mother that she might be content and not grieve. And you killed someone, but We saved you from retaliation and tried you with a [severe] trial. And you remained [some] years among the people of Madyan. Then you came [here] at the decreed time, O Moses.

Malay

“Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah mencobamu dengan beberapa cobaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!

إِذْ تَمْشِي أُخْتُكَ

Ketika kakakmu terus berjalan; Ibu Nabi Musa suruh kakak kepada Nabi Musa yang bernama Mariam untuk ikut tengok ke mana arah peti itu pergi. Dia sendiri tidak boleh ikut sebab takut nanti orang akan tahu yang itu adalah anaknya. Kakaknya seorang yang alimah (berilmu). Kerana kakaknya mengikut peti itulah yang membolehkan dia tahu bahawa peti yang membawa Nabi Musa itu telah sampai ke tempat mandi isteri Firaun. Kisah ini tidak disebut dalam ayat ini tapi ada disebut dalam surah Qasas. Kadang-kadang Allah tidak kisahkan sepenuhnya. Sebab ada dalam ayat-ayat yang lain. Seperti kalau dalam filem zaman sekarang, untuk tahu kisah penuh, kena tengok season-season yang lain.

فَتَقُولُ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ مَنْ يَكْفُلُهُ

Maka dia berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kepada kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?”

Dengan taqdir Allah, Nabi Musa yang masih bayi tidak mahu minum air susuan orang lain. Waktu itu tidak ada susu lain dah, kena cari susu manusia juga. Tapi mana-mana wanita yang datang untuk cuba menyusukan beliau, dia tidak mahu menyusu dengan mereka. Mereka terpaksa mencari alternatif lain. Mariam telah pergi kepada mereka dan cadangkan ahli keluarganya yang boleh menolong. كْفُلُ bermaksud seseorang yang bertindak sebagai pengasuh. Apabila ibu Musa datang, dia terus mahu menyusu.

فَرَجَعْنَاكَ إِلَىٰ أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ

Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita

Ibu Musa mengambil peluang itu untuk membawa balik Nabi Musa kembali ke rumah. Sebab dia kata dia tinggal jauh, jadi dia kena bawa balik.

Untuk dapat cerita penuh kena rujuk surah Qassas.

Ibunya dibayar dengan banyak. Sudahlah dia dapat bawa balik anaknya, dia mendapat pulangan yang lumayan. Kerana tentunya Firaun memberikan bayaran yang lumayan kepadanya.

Allah menggunakan perkataan فَرَجَعْنَاكَ (Kami mengembalikanmu) dalam ayat ini. Apabila perkataan رَجَعْ digunakan, ianya untuk perjalanan yang telah pasti akan kembali. Seperti contoh, seseorang yang keluar rumah tapi dia telah pasti berapa hari dia akan bermusafir.

Kita boleh melihat cinta seorang ibu. Bagaimana sedih hatinya apabila terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya. Allah menyebut dan menyenangkan kesusahan hati seorang ibu dalam ayat ini.

Sebenarnya, daripada ayat ini, ianya adalah nikmat kepada ibu Nabi Musa. Dengan dapat kembali anaknya, ibunya kembali bergembira. Padahal, sepatutnya sekarang Allah sedang menceritakan tentang nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada Nabi Musa, bukan ibunya. Ketika itu, Nabi Musa  masih lagi di atas bukit Thur sedang berbicara dengan Allah. Ini bermaksud, kalau ibunya gembira, itupun adalah nikmat yang diberikan kepada Nabi Musa juga. Allah sambung menceritakan nikmat yang telah diberikan kepadanya dalam ayat seterusnya.

Ayat ini juga mengajar kita bagaimana berhubungan dengan ibu bapa. Kita tahu bahawa seorang ibu itu akan suka kalau anaknya gembira. Tapi dalam masa yang sama, kebalikannya pun kena ada juga. Kita juga patut gembira kalau ibu kita gembira. Bukan hanya berat sebelah sahaja. Kita pun kena sayang ibu bapa kita.

وَقَتَلْتَ نَفْسًا

dan semasa engkau membunuh satu jiwa,

Kita kena hormat kepada Nabi Musa apabila mengisahkan bagaimana baginda telah membunuh itu. Sama macam kita suruh orang muda dan orang tua dalam melakukan sesuatu. Kena tambah bunuh ‘tanpa sengaja’. Kerana memang Nabi Musa tidak berniat membunuh lelaki Qibti itu.
Kisah kejadian itu tersebut dalam ayat Qassas:15. Musa sebenarnya berniat untuk menolong seorang lelaki dari Bani Israil kerana lelaki itu dari bangsanya. Lelaki dari Bani Israil itu sedang berkelahi dengan seorang lelaki Bangsa Qibti – bangsa Firaun. Dia ingat orang Qibti itu yang salah. Maka, terjadilah tolak menolak antara Nabi Musa dan lelaki itu. Nabi Musa terpukul lelaki itu sampai orang itu mati. Dia tumbuk itu pun sekali sahaja kerana dia adalah lelaki yang kuat. Umurnya waktu itu dalam 18 tahun. Dia tahu itu adalah dari perbuatan syaitan. Dia rasa bersalah sangat. Allah telah beri pengalaman ini kepada Nabi Musa.

فَنَجَّيْنَاكَ مِنَ الْغَمِّ

lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu;

Dalam ayat Qassas:18, lelaki yang sama mengadu lagi kepada Musa. Maknanya, dia yang buat hal sebenarnya. Dia sudah mula bergerak hendak pukul lelaki itu tapi lelaki itu kata adakah Musa hendak bunuh dia macam Musa bunuh lelaki semalam? Kali ini ramai orang dengar. Tak macam semalam – kerana semalam kejadian itu berlaku semasa orang tidak ada, jadi tidak ada orang lain yang tahu bahawa Musa lah yang telah membunuh lelaki Qibti itu. Jadi, sekarang, sudah ada orang lain yang dengar perkataan lelaki dari Bani Israil itu dan berita itu telah merebak. Sampaikan berita itu telah sampai kepada Firaun. Firaun hendak menangkap dan menghukum Nabi Musa walaupun dia anak tiri dia. Sebab semua orang tahu dia adalah dari Bani Israil. Firaun pun memang mencari peluang sahaja untuk membunuh Nabi Musa. Kepadanya, kalau tidak dilakukan begitu, nanti Bani Israil tak dapat dikawal lagi. Dia takut nanti Bani Israil akan naik muka dan ingat mereka boleh bunuh orang Qibti tanpa hukuman. Maka baginda terpaksa melarikan diri seperti yang disebut dalam ayat ke 20. Allah telah melepaskan Nabi Musa dari ditangkap oleh Bangsa Qibti dan baginda telah selamat melarikan diri. Ada lelaki dari bangsa Qibti yang tahu tentang perancangan Firaun, maka dia telah nasihat Nabi Musa untuk segera melarikan diri.

وَفَتَنَّاكَ فُتُونًا

dan Kami telah mencobamu dengan beberapa cobaan;

Makna فُتُونًا adalah jamak kepada perkataan ‘fitnah’ yang bermaksud ‘ujian’ dalam Arab klasik. Bukanlah maksudnya seperti maksud fitnah mengata orang yang kita selalu faham itu. Kata فُتُونًا bermaksud ‘fitnah yang banyak’ – ujian yang banyak. Murid Ibn Abbas pernah bertanya Ibn Abbas apakah fitnah yang dimaksudkan? Ibn Abbas jawap:
– Nabi Musa lahir pada masa Firaun sedang membunuh semua anak-anak lelaki. Itu adalah ujian.
– Ibunya terpaksa memasukkannya ke dalam peti dan dihanyutkan ke laut. Itu adalah ujian.
– Apabila Firaun mula-mula mengambilnya sebagai anak angkat, Firaun berniat untuk membunuhnya. Itu adalah ujian.
– Apabila dia membunuh orang lain tanpa sengaja, itu pun ujian juga. Kerana disebabkan kejadian itu, baginda telah mengalami trauma. Kita kena ingat bahawa Nabi Musa adalah seorang yang baik. Jadi, dia telah rasa bersalah sangat apabila ianya berlaku.
– Apabila dia kena berkhidmat selama 10 tahun dengan Nabi Syuaib. Itu adalah ujian.
– Dalam perjalanannya untuk pulang ke Mesir dengan keluarganya, mereka telah sesat jalan. Itu adalah ujian.
–  Dan banyak lagi ujian-ujian lain yang tidak disebut dalam ayat-ayat Quran.
Semuanya yang terjadi itu adalah untuk menyediakan Nabi Musa. Bayangkan sekarang Nabi Musa sedang diberi kursus motivasi untuk menaikkan semangat baginda.

Begitu juga perjalanan Nabi Muhammad sebelum baginda menjadi Nabi. Contohnya, keluarga Nabi Muhammad banyak yang meninggal. Maka, baginda telah melalui masa-masa yang susah juga.

فَلَبِثْتَ سِنِينَ فِي أَهْلِ مَدْيَنَ

kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan;

Kisah bagaimana kejadian baginda telah bermusafir hingga sampai ke negeri Madyan dan bagaimana baginda tinggal di sana ada disebut dalam ayat Qassas 23-27. Waktu itu, baginda tinggal dengan keluarga Nabi Syuaib. Oleh itu, dari situ kita dapat tahu bahawa baginda telah mendapat pendidikan agama dari seorang Nabi yang juga bapa mertuanya.

ثُمَّ جِئْتَ عَلَىٰ قَدَرٍ يَا مُوسَىٰ

setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!

Perkataan ثُمَّ yang digunakan dalam ayat ini, bermaksud Nabi Musa telah tinggal di Madyan untuk masa yang lama – selama 8 tahun atau 10 tahun. Selama itu dia dilatih oleh Nabi Syuaib.

Perkataan قَدَرٍ Qadr yang digunakan dalam ayat ini bermaksud ‘tepat pada waktu dan tempatnya’. Maknanya, Nabi Musa datang ke Thuwa itu adalah tepat pada masanya. Ianya adalah tepat kerana semua ini adalah dalam perancangan Allah. Setiap detail perjalanan hidup Nabi Musa telah disusun oleh Allah supaya akan sampai ke tempat itu supaya baginda menjalankan tugas baginda untuk menyampaikan dakwah kepada Firaun.

———————————————————————-

Ayat 41:

20:41
Transliteration

wa-ṣṭanaʿtuka li-nafsī

Sahih International

And I produced you for Myself.

Malay

“Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.

وَاصْطَنَعْتُكَ

Dan Aku telah memilihmu

لِنَفْسِي

untuk DiriKu; bermakna: untuk menjadi RasulKu.

Ini adalah satu ayat yang hebat. Inilah satu perakuan dari Allah bahawa Nabi Musa adalah salah seorang dari RasulNya. Maknanya Nabi Musa telah dilatih sampai baginda sudah siap untuk berkhidmat kepada Allah.

لِنَفْسِي (Untuk DiriKu) bermaksud Allah berfirman yang Nabi Musa telah dilatih untuk Dirinya. Itu adalah satu penghargaan yang amat besar.

Sekarang tugas Nabi Musa adalah berkhidmat untuk Allah. Satu nikmat yang paling besar dalam hidup kita adalah apabila kita tahu apakah tujuan hidup kita. Adakah kita tahu apakah tugas kita di dunia ini?

————————————————————————-

Ayat 42:

20:42
Transliteration

iḏhab ˈanta wa-ˈaḫūka bi-ˈāyātī wa-lā taniyā fī ḏikrī

Sahih International

Go, you and your brother, with My signs and do not slacken in My remembrance.

Malay

“Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.

اذْهَبْ أَنتَ وَأَخُوكَ

Pergilah, engkau dan saudaramu,

بِآيَاتِي

membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu

Jangan kamu pergi sendiri-sendiri tapi pergilah dengan membawa ajaranKu. Dengan membawa segala apa yang telah disampaikan oleh Allah termasuk mukjizat yang diberikan oleh Allah. Iaitu dengan hujjah-hujjah termasuk bukti-bukti dari Allah.

وَلَا تَنِيَا

dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai;
تَنِيَا bermaksud ‘lalai dan malas’. Dalam bahasa Inggeris ia bermaksud: don’t fall short.

فِي ذِكْرِي

dalam menyebut serta mengingati Daku.

Zikr adalah amalan yang amat penting. Ianya adalah seperti minyak kepada kepada pekerja-pekerja dakwah. Kerana tugas dakwah adalah memenatkan, dan kalau kita tidak berzikir, kita akan jadi kepenatan dan lemah.
Sebelum ini, Nabi Musa telah berkata yang baginda dan Nabi Harun akan banyak berzikir kepada Allah. Maka dalam ayat ini, Allah mengingatkan baginda supaya jangan lupa janji itu.

——————————————————————–

Ayat 43:

20:43
Transliteration

iḏhabā ˈilā firʿawna ˈinnahū ṭaġā

Sahih International

Go, both of you, to Pharaoh. Indeed, he has transgressed.

Malay

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ

Pergilah kamu berdua kepada Firaun,

اذْهَبَا – Kali ini Allah suruh mereka berdua pergi sendiri. Sebelum ini Allah hanya suruh Nabi Musa sahaja. Tapi selepas Nabi Musa memohon supaya dilantik juga Harun sebagai Nabi, maka Allah sekarang mengulangi perintah yang sama, tapi kali ini dimasukkan sekali Nabi Harun. Dalam surah-surah lain, ada juga disebutkan kisah Nabi Musa ini bertemu dengan Firaun. Tapi, dalam surah-surah itu, tidak disebutkan sangat tentang Nabi Harun. Tapi dalam surah Taha ini, banyak sekali disebutkan kewujudan Nabi Harun. Jadi, surah ini juga adalah sebagai satu surah berkenaan Nabi Harun juga.

Ada peningkatan dalam arahan Allah.
– pertamanya hanya kepada Musa sahaja. Ini kita boleh lihat dalam ayat 24
– kedua, disuruh Musa secara langsung dan ditambah Harun dalam ayat ke 42. Tapi tentunya Harun memerlukan masa untuk bersedia selepas baginda dilantik. Baginda juga perlu melalui latihan untuk membolehkan baginda membantu adiknya Nabi Musa.
– ayat ke 43 ini barulah mereka berdua disuruh serentak.

إِنَّهُ طَغَىٰ

sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

Firaun telah melampaui batas kerana dia telah melakukan syirik kepada Allah. Dia sampai mengaku dialah tuhan yang tinggi bagi penduduk Mesir.

Tapi mesej yang diberikan kali ini masih sama. Iaitu mereka diarahkan untuk pergi berjumpa dan dakwah kepada Firaun. Ini menunjukkan pentingnya untuk mengulang tujuan misi. Ini dinamakan proses Istikhlas – fokus. Mengingatkan diri kita kenapa kita buat sesuatu. Kita perlu buat proses ini sebelum buat dan selepas buat. Contohnya, sebelum kita pergi berdakwah, kita perlu ingatkan diri kita kenapa kita pergi berdakwah. Dan kemudian, kita kena ingatkan lagi kepada diri kita. Supaya kita tidak hilang fokus.

—————————————————–

Ayat 44:

20:44
Transliteration

fa-qūlā lahū qawlan layyinan laʿallahū yataḏakkaru ˈaw yaḫšā

Sahih International

And speak to him with gentle speech that perhaps he may be reminded or fear [ Allah ].”

Malay

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

فَقُولَا لَهُ

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya,

فَقُولَا bermaksud Allah bercakap dengan mereka berdua – Nabi Musa dan Nabi Harun.

قَوْلًا لَّيِّنًا

dengan kata-kata yang lemah-lembut,

Perkataan لَّيِّنًا bermaksud: berterusan dalam kelembutan itu. Bukan hanya dari mula sahaja. Kita ada juga dalam menasihati orang lain, mula-mula memang cakap dengan lembut, tapi lama-lama dah naik suara. Tidak begitu apabila perkataan لَّيِّنًا digunakan. Ianya bermaksud, dari mula cakap dengan lembut, sampai ke akhir pun cakap dengan lembut juga.

Selepas Allah suruh berdakwah, Allah ajar macam mana cara berdakwah. Dakwah itu hendaklah dilakukan dengan kata-kata yang lemah lembut. Itulah cara yang kita kena pakai. Perkataan لَّيِّنًا digunakan untuk menceritakan sifat sutera yang bersifat lembut. Dari segi bahasa, ianya bermaksud ‘berterusan berlembut’.
Dalam kita berdakwah, jangan kita bercakap dengan kasar dan merendahkan orang lain. Surah Fussilat mengandungi tata-cara berdakwah lebih-lebih lagi apabila kita orang Islam yang minoriti di dalam sesuatu tempat. Kerana surah itu diturunkan di Mekah semasa Islam adalah umat yang minoriti.

Allah mengajar kita bersifat rahmah kepada orang-orang lain. Banyak sekali ditunjukkan dalam Quran dan ajaran Nabi Muhammad. Lihatlah bagaimana Nabi melayan orang lain yang tidak tahu. Amat lembut sekali baginda dengan para sahabat. Malah kepada orang kafir pun. Ada satu kisah bagaimana seorang Badwi telah masuk ke dalam masjid dan telah kencing dalam Masjid Nabi sebab dia tidak tahu adab kerana dia baru masuk Islam. Para sahabat ada yang sudah mahu menangkap dan memukulnya, tapi Nabi larang. Nabi suruh basuh bekas kencing itu dan kemudiannya Nabi telah mengajar lelaki dengan cara lembut tentang adab-adab dalam masjid.

Bagaimanakah cara yang sepatutnya kita bercakap dengan manusia? Jangan kita kasar dengan orang lain. Islam tidak mengajar begitu.

Islam juga mengajar kita untuk berkata yang benar walaupun menentang kita sendiri. Itulah iman.
Nabi tidak pernah menunjuk dengan jarinya. Kalau dia perlu menunjuk, dia akan tunjuk dengan tangannya. Sebab itulah penting untuk kita mengetahui bagaimana cara hidup Nabi Muhammad. Orang dulu akan memulakan mengajar cara hidup Nabi.

Ada seorang ulama memarahi seorang raja. Dia nampak raja itu hidup bermewah. Maka dia menegur raja itu dengan cara yang kasar. Raja itu kata walau bagaimana teruknya pun dia, dia tidak lebih teruk dari Firaun. Dan sebaik mana pun ulama itu, dia tidak lebih baik dari Musa. Kerana Musa disuruh untuk pergi kepada Firaun dan cakap dengan lemah lembut. Bayangkan, kepada Firaun yang zalim itu pun Allah suruh Nabi Musa dan Nabi Harun berlembut lagi, apatah lagi dengan orang lain yang tentunya tidak seteruk Firaun.

Mereka yang merendahkan diri kerana Allah, Allah akan meningkat darjat mereka. Kalau sombong, Allah akan merendahkan mereka.

Apakah yang ada dalam hati kita apabila kita berdakwah kepada manusia? Sudah semestinya niat yang mulia. Kerana kalau dalam hati kita akan perasaan tidak elok, tidak kira apakah yang kita sampaikan itu, ia akan memburukkan lagi keadaan. Tapi kalau ada rahmah dalam hati kita, cinta kepada manusia, maka kalau hujah kita pun tidak kuat, kebaikan itu akan merebak. Kadangkala silap kita, kita melebihkan kepandaian berkata dan hujah yang kuat, tapi yang paling kuat adalah perasaan sayang kepada manusia. Manusia akan dapat merasai perasaan kita. Walaupun kita tidak cakap.

لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ

semoga ia beringat

Kerana kita telah mengenal Allah semasa kita di alam roh. Semua manusia ada fitrah kepada Islam. Mungkin dia akan ingat. Atau dia ingat segala nikmat yang dia telah dapat dan siapakah yang telah memberikan nikmat itu.

أَوْ يَخْشَىٰ

atau takut.

Takut kepada seksaan yang dia akan terima.

Kalau bercakap dengan lemah lembut, ada kemungkinan Firaun akan terima. Kerana itulah misi mereka dihantar. Yang penting adalah memenuhi arahan yang telah diberikan kepada mereka. Kalau mereka bercakap dengan lembut, ada lagi harapan untuk Firaun menerima dakwah mereka. Tapi kalau mereka bercakap dengan kasar, memang sudah tidak ada harapan langsung.

Ayat ini mengajar kita untuk melihat kepada ‘kemungkinan’. Ada kemungkinan yang Firaun itu boleh menerima dakwah itu. Sebenarnya, Allah dah tahu bahawa Firaun tidak akan beriman. Tapi Nabi Musa dan Nabi Harun tidak tahu. Oleh kerana mereka tidak tahu, maka mereka kena berusaha berdakwah juga. Macam kita juga, kita tidak tahu samada orang yang kita hendak dakwah itu mahu terima atau tidak. Kita tidak boleh membuat keputusan yang dia tidak akan terima. Itu tidak adil. Kita kena cuba dulu.

Syaitan suka kalau kita rasa kita lebih baik dari orang lain. Contohnya, kita memang suka berdakwah, tapi tak ramai yang suka mendengar nasihat orang lain. Kita asyik nak komen kata-kata orang lain sahaja. Kita sekarang sebenarnya kekurangan tarbiah untuk diri kita. Kita senang untuk menasihati orang lain tapi susah kita hendak menerima nasihat dari orang lain.

———————————————————————-

Ayat 45: Mereka berdua menceritakan kerisauan mereka untuk bertemu dengan Firaun. Kerana mereka memang kenal sangat siapakah Firaun itu. Dia adalah seorang yang amat kejam. Adalah normal untuk manusia rasa risau. Kita kena ingat bahawa mereka berdua adalah manusia juga. Apabila ada perasaan seperti itu, kita kena mengadu kepada Allah. Seperti apa yang dibuat oleh Nabi Musa dan Harun ini.

20:45
Transliteration

qālā rabbanā ˈinnanā naḫāfu ˈan yafruṭa ʿalaynā ˈaw ˈan yaṭġā

Sahih International

They said, “Our Lord, indeed we are afraid that he will hasten [punishment] against us or that he will transgress.”

Malay

Mereka berdua berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas”.

قَالَا

Mereka berdua berkata: kali ini mereka berdua (Musa dan Harun) yang berkata.

رَبَّنَا

Wahai Tuhan kami!

إِنَّنَا نَخَافُ

Sesungguhnya kami takut; Mereka takut hendak mengadap Firaun kerana mereka manusia biasa juga.

أَن يَفْرُطَ عَلَيْنَا

Firaun akan menyeksa kami; takut kena tangkap terus siksa. يَفْرُطَ bermaksud menyerang seseorang. Belum apa-apa dah serang. Tak sempat nak cakap apa pun dah kena serang, kena tangkap dan diseksa. Tak diberi peluang berkata-kata pun. Itu yang mereka takut.

أَوْ أَن يَطْغَىٰ

atau dia akan melampau batas; mereka takut dia akan buat macam-macam.

يَطْغَىٰ bermaksud melampau batas. Sebab mereka tahu yang Firaun akan jadi marah sebab mereka berani menasihati dia, jadi dia akan buat lebih teruk lagi. Kadang-kadang kalau kita tegur orang, mereka akan buat lagi teruk lagi sebab mereka nak melawan. Sebagai contoh, mereka akan nasihat Firaun supaya jangan seksa Bani Israil. Mereka takut kerana marah, Firaun akan seksa lagi teruk dari yang sebelumnya dia lakukan.

————————————————————–

Ayat 46:

20:46
Transliteration

qāla lā taḫāfā ˈinnanī maʿakumā ˈasmaʿu wa-ˈarā

Sahih International

[ Allah ] said, “Fear not. Indeed, I am with you both; I hear and I see.

Malay

Allah berfirman: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.

قَالَ لَا تَخَافَا

Allah berfirman: “Janganlah kamu berdua takut,

Kamu berdua jangan rasa takut apa-apa pun. Jangan takut apa? Allah tak sebut ketakutan apakah yang dimaksudkan. Allah cuma cakap ‘jangan takut’. Maknanya, tidak apa yang perlu ditakuti. Mungkin ada bermacam-macam perkara yang mereka takuti. Allah nak kata, jangan takut langsung.

إِنَّنِي مَعَكُمَا

sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu berdua; Sebab apa mereka tidak perlu takut? Allah beritahu kenapa mereka tidak perlu takut. “Sebab ‘Aku’ إِنَّنِي – ada penekanan di situ – bersama kamu berdua”.

Allah mengajar tentang dakwah dalam ayat ini. Jangan rasa berseorangan semasa berdakwah. Ingatlah bahawa ayat ini diturunkan semasa Nabi sedang berdakwah di pertengahan masa baginda di Mekah. Dalam keadaan yang meruncingkan kerana mereka waktu itu dalam keadaan yang amat lemah. Allah nak beritahu bahawa apabila kamu bekerja di jalan Allah, kamu tidak berseorangan. Allah ada bersama kita dalam kita sedang berdakwah. Kalau kita mengamalkan Islam sendiri-sendiri, ingatlah juga bahawa Allah ada bersama kita dan menjaga kita. Tidak perlu ada rasa takut.

Begitu juga, kalau ada orang yang berdakwah kepada kita, kenalah ingat bahawa orang itu bersama dengan Allah. Jangan kita lihat kepada apa yang dia kata itu. Mungkin cara dia kata tidak kuat, tapi dia itu datang bersama Allah.

Apabila kita berdakwah, ingatlah bahawa kita sebenarnya sedang mewakili Allah. Maka, kita kenalah berhati-hati dengan apa yang kita cakapkan. Jangan kita menipu atas nama Allah. Kalau Allah tak pernah ajar sesuatu perkara itu, jangan kita kata itu adalah sesuatu dari ajaran Islam.

Allah memberitahu kepada mereka berdua bahawa ubun-ubun Firaun berada dalam genggamanNya, sehingga dia tidak berbicara, bernafas dan menyentuh kecuali dengan izinNya. Allah akan memberi perlindungan dan pertolongan kepada mereka.

أَسْمَعُ

Aku mendengar; Allah kata Dia Mendengar, dan terus mendengar samada apa yang Firaun dan kuncu-kuncunya cakap atau apa yang ada dalam hati mereka. Kerana Allah Maha Mendengar. Allah juga hendak memberitahu bahawa Dia juga mendengar apa yang Nabi Musa dan Nabi Harun katakan kepada mereka.

وَأَرَىٰ

dan melihat segala-galanya; Aku melihat kamu berdua dan Aku juga melihat mereka. Dan Dia melihat dan terus melihat.

Allah tidak sebut mendengar ‘apa’. Bermakna, Allah meluaskan maknanya dan tidak terhad kepada percakapan mereka sahaja. Allah mendengar dan melihat apa yang mereka kata. Mereka sedang diperhatikan. Maka, jangan mereka kurangkan apa yang patut mereka buat. Mereka kena berhati-hati kerana Allah sedang melihat. Allah juga nak kata bahawa Dia mendengar dan melihat juga perbuatan mereka. Allah memerhatikan segala-segalanya.

Allah sebut ‘dengar’ dulu sebelum ‘lihat’. Kerana kalau mendengar, bermakna, dekat benar. Kerana kalau lihat sahaja, itu mungkin dari jauh sahaja. Tapi Allah nak kata bahawa Dia dekat dengan mereka. Itulah sebabnya dimulakan kata bahawa Dia mendengar dulu.

——————————————————-

Ayat 47:

20:47
Transliteration

fa-ˈtiyāhu fa-qūlā ˈinnā rasūlā rabbika fa-ˈarsil maʿanā banī ˈisrāˈīla wa-lā tuʿaḏḏibhum qad ǧiˈnāka bi-ˈāyatin min rabbika wa-s-salāmu ʿalā mani ttabaʿa l-hudā

Sahih International

So go to him and say, ‘Indeed, we are messengers of your Lord, so send with us the Children of Israel and do not torment them. We have come to you with a sign from your Lord. And peace will be upon he who follows the guidance.

Malay

“Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: “Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah.

فَأْتِيَاهُ

Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya; iaitu kepada Firaun.

فَقُولَا إِنَّا رَسُولَا رَبِّكَ

Maka katakanlah: “Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu; Allah mengajar bagaimana cara mereka berdua kena berdakwah. Mereka kena memperkenalkan diri mereka sebagai Rasul kepada Firaun. Ini adalah sebagai pengakuan Allah terhadap mereka. Supaya Firaun jangan lihat mereka berdua itu datang dari bangsa yang diperhambakan sahaja. Tapi hendaklah Firaun tahu bahawa mereka itu adalah Rasul yang membawa risalah dari Tuhan.

Rasul adalah yang membawa risalah baru, bawa syariat baru. Nabi tidak membawa syariat baru. Banyak ulama mufassir mengatakan bahawa Nabi Musa adalah Rasul dan Harun adalah Nabi sahaja kerana Nabi Harun tidak membawa syariat baru. Tapi dalam ayat ini, disebutkan bahawa mereka berdua adalah ‘Rasul’. Ini adalah dari segi bahasa. Seperti juga, dalam bahasa Arab, apabila disebut ‘Umarain‘, ia merujuk kepada Abu Bakar dan Umar. Dan apabila disebut ‘Hasanain‘, ia merujuk kepada Hasan dan Husain. Ini adalah dalam penggunaan bahasa Arab.

Itu adalah kepada Nabi Musa dan Harun. Tapi kita bukan Nabi. Maka, apabila kita berdakwah, kita tidak boleh kata kita penerima wahyu kerana kita bukan Nabi. Tapi kita kata kita adalah mereka yang belajar wahyu Allah. Oleh itu, kalau orang yang tak belajar, kenalah belajar dengan kita. Kerana mereka belum belajar dan kita telah belajar.

Mereka tak kata ‘Tuhan kami’, tapi mereka gunakan perkataan ‘Tuhan kamu’. Samada kau terima atau tidak wahai Firaun, Allah adalah Tuhan kamu juga. Segala apa yang kamu ada sekarang ini adalah dari Allah. Tuhan kamu kenal kamu. Dan sekarang Dia telah hantar dua orang Rasul untuk bertemu dengan kamu.

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan رَسُولَا, dua orang Rasul. Tapi dalam ayat lain, digunakan perkataan lain: ada kata membayangkan seorang sahaja: رَسُولَ. Ini adalah kerana Quran mengikut jalan cerita yang hendak dibawa. Ini menunjukkan ketepatan perkataan yang digunakan dalam Quran. Dalam surah Taha ini, ada disebut tentang Nabi Harun, tapi dalam ayat-ayat lain tidak disebut kerana itu hanya merujuk kepada maklumat ringkas tentang kejadian berjumpa dengan Firaun.

فَأَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ

maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami,

Salah satu tugas mereka adalah menyelamatkan Bani Israil. Sebahagian dari Bani Israil masih percaya kepada Allah. Walaupun mereka sudah lama tiada Nabi. Walaupun tidak semua Bani Israil beriman, tapi tugas mereka adalah membawa keseluruhan Bani Israil bersama mereka.

وَلَا تُعَذِّبْهُمْ

dan janganlah engkau menyeksa mereka; jangan jadikan mereka hamba abdi lagi. Bebaskan mereka. Dalam surah lain, ada disebut bahawa Nabi Musa telah mengatakan tentang Tuhan. Jadi, semua Nabi-Nabi akan memberitahu tentang tuhan dulu kepada kaum-kaum mereka. Jangan beritahu tentang perkara lain. Yang penting adalah percaya kepada Allah dahulu.

قَدْ جِئْنَاكَ بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكَ

Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa tanda (mukjizat) dari Tuhanmu!

Mukjizat yang telah ditunjukkan kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya adalah tangan Nabi Musa yang bercahaya dan tongkatnya yang boleh bertukar menjadi ular.

وَالسَّلَامُ عَلَىٰ مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَىٰ

Dan selamat sejahtera untuk orang-orang yang menurut petunjuk.

Selamat sejahtera itu kepada yang mengikut hidayah. Kamu boleh jadi begitu juga Firaun kalau kau mahu mengikut dakwah kami ini. Ayat itu terbuka; kepada mereka yang mengikut hidayah – sesiapa sahaja. Kalau tak ikut, tak dapat janji yang diberikan Allah ini. Lihatlah bagaimana mereka tidaklah membodek Firaun dengan mengatakan Firaun akan selamat. Mereka kata kalau ikut hidayah sahaja yang akan selamat. Yang salah mereka akan kata salah.

Beginilah juga dakwah Nabi Muhammad seperti terkandung dalam surat yang diberikan kepada Heraclius, pembesar Rom:

Bismillahi rahmani rahiim. Dari Muhammad, Rasul Allah, kepada Heraclius, pembesar Rom. Keselamatan bagi orang yang mengikut petunjuk. Amma ba’du. Sesungguhnya aku mengajak kamu untuk mendukung Islam. Oleh kerana itu, masuklah Islam, nescaya kamu akan selamat. Dan Allah akan memberimu pahala dua kali.

——————————————————————

Ayat 48: inilah dakwah pertama kepada Firaun apabila mereka pertama kali berjumpa dengan Firaun.

20:48
Transliteration

ˈinnā qad ˈūḥiya ˈilaynā ˈanna l-ʿaḏāba ʿalā man kaḏḏaba wa-tawallā

Sahih International

Indeed, it has been revealed to us that the punishment will be upon whoever denies and turns away.’ ”

Malay

“Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya”.

إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا

Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami

Lihatlah cara menyampaikan dakwah. Mereka tak kata mesej itu dari mereka tapi dari Allah. Itu merendah diri. Oleh itu, apabila kita berdakwah, hendaklah kita membawakan ayat-ayat Quran dan Hadis Nabi.

أَنَّ الْعَذَابَ عَلَىٰ مَن كَذَّبَ

bahawa sesungguhnya azab seksa api neraka ditimpakan kepada orang yang mendustakan Allah “. Contohnya mereka yang kata kalau sedekah kepada orang yang solat jenazah boleh dapat pahala. Tapi mereka tidak bawa dalil untuk membenarkan kata-kata mereka. Mereka cuma kata ianya adalah perkara baik dalam agama. Padahal Allah dan Nabi tidak pernah cakap begitu. Maka, mereka telah berdusta atas nama Allah. Itulah yang dimaksudkan berdusta.

وَتَوَلَّىٰ

dan berpaling daripada wahyuNya; apabila kita ajak mereka kepada tauhid dan belajar tafsir Quran, mereka berpaling tidak mahu belajar.

Mereka kata azab akan dikenakan kepada orang yang berpaling. Mereka tak kata ke atas Firaun. Sebab bukan hanya ditujukan kepada Firaun sahaja. Bukan Firaun sahaja yang berpaling. Kalau kita juga berpaling, kita juga akan mendapat azab itu. Banyak ayat dalam Taha berbentuk umum. Tidak sebut siapa yang ditujukan dengan khusus kerana ianya ditujukan kepada semua. Peringatan itu merangkumi untuk semua orang. Selain dari itu, ayat itu tidak sebut berpaling dari apa. Tapi secara tidak langsung ianya mengatakan, kalau tidak mengikut petunjuk agama, seseorang itu akan diazab.

Kita kena faham bahawa ada banyak perkara yang menyebabkan Firaun terkejut dan marah apabila Nabi Musa dan Harun berjumpa dengannya. Pertama, apabila dikatakan bahawa ada lagi Tuhan selain selain dia. Dia ingat selama ini, dia yang paling besar. Kedua, dia kena lepaskan Bani Israil yang selama ini diperhambakan olehnya dan bangsa Qibti. Ketiga, tidak boleh siksa mereka dah. Dan keempat, kalau tak ikut petunjuk dari Allah, maka akan diazab nanti. Dan akhir sekali, Nabi Musa dan Nabi Harun datang dengan membawa tanda mukjizat dari Allah. Ini semua tidak dapat diterima oleh Firaun. Tentunya dia sedang marah.

————————————————————

Ayat 49: Tindakbalas dari Firaun. Dalam Quran, ada banyak lagi kisah pemimpin-pemimpin yang jahat. Tapi tidak sebanyak kisah Firaun. Ini adalah kerana Firaun adalah seorang yang pandai berhujah. Jadi kita kena belajar dan faham apakah hujah-hujah Firaun itu. Kerana kita mungkin akan berjumpa dengan mereka yang menggunakan hujah-hujah sebegitu. Maka, sesiapa yang menggunakan hujah sebegitu, mereka itu seperti Firaun juga.

20:49
Transliteration

qāla fa-man rabbukumā yā-mūsā

Sahih International

[Pharaoh] said, “So who is the Lord of you two, O Moses?”

Malay

(Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: “Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?”

قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا

Firaun berkata: “Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua,

Maksud Firaun adalah kononnya dia tidak kenal siapakah Allah itu. Dan dia nak kata bahawa dia tidak tahu ada lagi tuhan selain dirinya.

يَا مُوسَىٰ

hai Musa?

Firaun tanya kepada mereka: Kamu bercakap atas nama siapa? Tadi awal-awal lagi mereka berdua dah cakap bahawa Tuhan itu adalah tuhan kepada Firaun juga. Tapi dalam soalan ini menunjukkan dia tidak terima.

Kita boleh lihat dalam ayat yang digunakan bahawa Firaun cuma bercakap dengan Musa sahaja. Dia tidak bercakap langsung dengan Nabi Harun pun, walaupun Nabi Harun ada bersama Nabi Musa. Kerana dia tak kenal Harun. Begitulah sombongnya Firaun. Nabi Musa pernah tinggal di istananya, jadi dia kenal, tapi Nabi Harun adalah dari bani Israil, iaitu kaum hambanya, maka dia langsung tidak sebut Nabi Harun pun.

Firaun pun sebenarnya tahu bahawa Bani Israil ada tuhan yang lain. Kerana masih ada lagi masyarakat bani Israil yang masih Islam dan mengamalkan agama yang turun dari langit. Jadi soalan dia ini hanya sebagai mengejek sahaja.

Kenapakah Firaun tidak dapat terima dakwah itu? Kerana dia sudah mabuk dengan kuasa. Apabila dia kata dia adalah tuhan, bukanlah dia mengatakan dialah agama. Tapi bermaksud bahawa dialah yang paling berkuasa ke atas Mesir. Rakyat semua kena ikut cakap dia. Kuasa lah perkara yang dia paling sayangi.

Inilah bahayanya apabila seseorang itu telah mabuk dengan kuasa. Apabila kuasa mereka dicabar, mereka akan sanggup berbuat apa sahaja. Dan kadang-kadang perbuatan mereka itu melampaui batas. Mereka sanggup melakukan dosa-dosa besar kerana hendak mendapatkan kuasa atau mengekalkan kuasa yang mereka sudah ada.

————————————————————–

Ayat 50: Ini adalah jawapan dari Nabi Musa. Jawapannya lembut sahaja dan tidak kurang ajar.

20:50
Transliteration

qāla rabbunā llaḏī ˈaʿṭā kulla šayˈin ḫalqahū ṯumma hadā

Sahih International

He said, “Our Lord is He who gave each thing its form and then guided [it].”

Malay

Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya”.

قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَىٰ كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ

Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya; Dialah yang telah memberikan kepada makhluk yang diciptakan itu, segala sesuatu yang diperlukan untuk kehidupan. Dengan segala makanan, oksigen, pakaian dan tempat tinggal dan berbagai-bagai lagi.

Ibn Abbas berkata maksud ayat ini adalah: Allah telah menjadikan manusia sebagai manusia, keldai sebagai keldai dan kambing sebagai kambing.

ثُمَّ هَدَىٰ

kemudian Dia memberi petunjuk kepada makhluk itu; Petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk untuk menjalani kehidupan dalam dunia; contohnya ikan, tidak belajar dari emaknya bagaimana cari makan. Tapi dia tahu untuk makan dan mencari makan. Lebah tidak belajar buat sarang dari ibu bapanya, tapi mereka tahu bagaimana buat sarang. Manusia dan binatang begitu juga. Untuk menjalani hidup, tidak ada masalah kepada manusia untuk mengikut petunjuk yang diberikan oleh Allah dalam hal kehidupan. Yang jadi masalah adalah petunjuk agama. Itu yang manusia susah nak terima dan ikut.

Semua yang terjadi adalah diberikan kewujudannya oleh Allah. Ia jadi kerana Allah yang menjadikannya.

Atau boleh bermakna, apa sahaja yang makhluk ada, diberikan oleh Allah. Ini menentang pendapat ajaran sesat yang mengatakan memang Allah yang menciptakan makhluk, tapi lepas itu mereka hidup sendiri. Allah tak biarkan kita hidup sendiri sendiri. Apa yang terjadi adalah atas kudrat Allah. Setiap apa yang berlaku, berlaku atas kehendakNya. Musa tahu dan faham maksud itu, kerana dia telah lihat bagaimana Allah boleh mengubah tongkat menjadi ular.

Ada banyak krisis tentang perakara ini dengan mereka yang terpelajar dalam sains. Mereka keliru tentang perjalanan alam ini. Mereka ingat semua perkara boleh dijelaskan dengan sains. Mereka lupa tentang pengurusan Allah dalam setiap perkara. Contohnya, mereka kata kalau sesuatu barang yang jatuh, itu adalah disebabkan oleh graviti. Mereka tidak mengatakan Allah yang menjatuhkan. Semua perkara mereka hendak jelaskan dalam bentuk sains. Kalau sesuatu itu tidak dapat dijelaskan, mereka akan kata itu adalah kerana sains belum jumpa jawapannya. Tapi mereka kata sains akan jumpa juga jawapan itu. Itu adalah kerana mereka tidak belajar agama. Mereka belajar sains dengan mendalam tapi dalam agama kurang sangat belajar. Jadi mereka tak faham tentang dunia. Mereka juga tidak percaya dengan akhirat kerana akhirat tidak dapat dijelaskan dengan sains.

Hidayah itu ada dua jenis. Pertama tentang iman. Ini dinamakan Tasyiriyah. Ianya adalah hidayah tentang agama. Atau ada juga dipanggil perkara Spiritual. Satu lagi dinamakan hidayah taqwiniah. Ini adalah hidayah berkenaan kehidupan. Allah mengajar makhluk tentang hidup. Itu pun dari Allah juga. Sebagai contoh, macam mana bayi tahu nak makan, sedangkan tidak ada sesiapa yang sempat mengajar dia semasa dalam perut ibu dia dahulu? Tapi, lahir-lahir sahaja sudah tahu menyusu susu ibu. Serangga dan segala kehidupan pun begitu juga. Semuanya tahu cara menjalani kehidupan. Itu pun dari Allah. Dalam sains pun, sampai kepada satu tahap, sains tidak dapat jawap bagaimanakah sesuatu perkara itu terjadi. Mereka akan letakkan perkara yang mereka tidak dapat jelaskan sebagai ‘intelligent design‘. Sampaikan ada yang kata ianya datang daripada makhluk asing. Mereka sanggup kata macam itu kerana tak mahu nak terima kewujudan Tuhan. Padahal semuanya diurus oleh Allah.

Firaun tak dapat nak balas jawapan Musa ini. Jadi dia mula nak mengarut. Dia mula menggunakan helah lain untuk menjatuhkan Nabi Musa dan Nabi Harun.

————————————————————

Ayat 51: Sekarang Firaun menggunakan helah. Ramai yang tengah dengar percakapan antara mereka. Walaupun waktu itu mereka dalam istana Firaun, tapi ada pembesar-pembesar dia dan pegawai-pegawai dia sedang hadir. Ini adalah soalan perangkap. Kalau kita perhatikan, tidak ada kena mengena dengan soalan sebelum ini. Dia terus tukar kepada soalan yang baru. Sebab dia dah tiada fakta lagi dah. Firaun adalah seorang yang licik. Dia akan mengambil peluang untuk menjatuhkan Musa.

20:51
Transliteration

qāla fa-mā bālu l-qurūni l-ˈūlā

Sahih International

[Pharaoh] said, “Then what is the case of the former generations?”

Malay

Firaun bertanya lagi: “Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?”

قَالَ فَمَا بَالُ

Firaun bertanya lagi: “Jika demikian, bagaimana pula keadaan

الْقُرُونِ الْأُولَىٰ

kaum-kaum yang telah lalu?”

Apa jadi kepada umat-umat yang dahulu? Bagaimana keadaan mereka sekarang? Kita akan ada banyak pengalaman dengan soalan ini. Mereka akan tanya bagaimana dengan guru-guru yang kita kata telah ajar ajaran yang kita kata salah itu, adakah mereka masuk neraka kerana mereka bawa ajaran yang salah?

Mereka yang bertanya seperti itu, mereka tidak sedar yang mereka juga seperti Firaun.

بَالُ bermakna ‘keadaan sekarang’. Firaun bertanya, bagaimana keadaan sekarang orang-orang yang dahulu. Tok-tok nenek mereka? Adakah mereka dalam neraka? Kerana kononnya mereka tak dapat hidayah, jadi tentulah mereka dalam neraka. Sebab Musa baru datang ni, lalu bagaimana dengan mereka yang tidak dapat mendengar ajakan dakwah Nabi Musa sekarang? Ini dah masuk hal peribadi. Firaun tanya begitu kerana dia hendak bangkitkan rasa marah orang ramai yang sedang mendengar. Kerana kalau Nabi Musa jawap mereka itu semua dalam neraka, tentulah mereka yang ramai mendengar itu akan marah sebab Nabi Musa kata tok nenek mereka dalam neraka. Dia hendak membangkitkan kemarahan orang ramai kepada Musa dan Harun. Kerana ini adalah kaum yang membanggakan keturunan mereka.

Jadi, kita kena pandai jawap. Kita tidak boleh kata semua tok nenek itu masuk neraka. Kita juga tidak boleh kata mereka dalam syurga. Kerana dua-dua jawapan itu tidak benar. Mari kita lihat apakah jawapan Nabi Musa dalam ayat seterusnya.

Allahu a’lam

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 020: Taha, Tafsir. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Taha Ayat 25 – 51

  1. Pingback: Tafsir Surah Taha Ayat 1 – 24 | Tafsirsunnah's Blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s