Tafsir Surah Kahfi Ayat 60 – 110

Ayat 60: Sekarang ini kita masuk ke dalam kisah berkenaan Nabi Khidr a.s. Dalam Surah Kahfi ini, terdapat empat cerita. Semuanya kisah untuk mencungkil apa yang ada dalam hati manusia. Kisah Pemuda Kahfi, Kisah orang kaya, Kisah Nabi Musa dan Khidr dan akhir sekali adalah Kisah Dzulkarnain. Ini sekarang kita masuk kepada kisah Nabi Musa dan Khidr a.s.

Nabi Musa pernah ditanya oleh umatnya, adakah ada orang lain yang lebih pandai dari engkau? Maka Nabi Musa jawap dalam bentuk umum. Kerana memang Nabi adalah orang yang paling alim sekali. Jadi, dia jawap yang dia adalah yang paling alim. Tetapi tidak disertakan dengan kata ‘wallahu a’lam’. Kerana tidak disertakan dengan kata itulah, Nabi Musa telah diuji. Allah beritahu dia bahawa ada lagi yang lebih alim dari dia. Iaitu alim dari sudut lain. Bila Nabi Musa tahu ada orang yang lebih alim dari dia, dia ingin untuk belajar kepada orang itu. Dia tanya kepada Tuhan dimanakah dia boleh jumpa orang itu? Allah beritahu bahawa dia boleh berjumpa orang itu di pertengahan dua laut. Dia perlu bawa ikan kering dan ikan kering itu akan membuat satu perbuatan yang pelik. Bila jadi begitu, disitulah tempatnya yang dia akan bertemu dengan orang yang hendak dicarinya itu.

Jadi, adab dalam berilmu adalah memulangkan kembali ilmu itu kepada Allah dengan mengatakan ‘Allahu a’lam’. Bukan hanya dalam ilmu agama sahaja. Bahkan dalam matematik, geography dan sebagainya.

Bolehkah seorang manusia lebih pandai dari Nabi? Boleh, jikalau orang itu juga seorang Nabi. Kerana tidak boleh seorang manusia biasa lebih pandai dari Nabi dalam perkara agama. Kalau dalam perkara kehidupan biasa, tidak mustahil seorang manusia biasa lebih pandai dari Nabi.

18:60

Sahih International

And [mention] when Moses said to his servant, “I will not cease [traveling] until I reach the junction of the two seas or continue for a long period.”

Malay

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”.

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَاهُ

Dan ketika Nabi Musa berkata kepada pembantunya;

nama pembantu itu adalah Yusha’ bin Noon. Beliau adalah murid kepada Nabi Musa. Waktu itu dia adalah seorang yang muda dan dia berkhidmat kepada Nabi Musa. Ini juga menjadi contoh kepada kita, bahawa elok kalau seorang yang anak murid membantu gurunya. Kita boleh lihat dalam sejarah hidup Nabi juga, banyak sahabat yang berkhidmat kepada baginda. Samada yang tua atau pun yang muda. Mereka berkhidmat supaya memudahkan tugas Nabi menjalankan dakwahnya dan menguruskan hal-hal yang lebih penting. Dengan berkhidmat dengan guru, kita akan mendapat peluang untuk mendapat ilmu yang lebih lagi. Kita kena meluangkan masa bersama guru.

Dialah yang akan diangkat menjadi Nabi selepas Nabi Musa wafat. Dialah nanti yang akan membawa Bani Israiil keluar dari tempat sesat mereka di padang pasir selama 40 tahun itu. Seperti kita telah tahu, Nabi Musa bersama kaumnya sesat di padang pasir selama 40 tahun itu. Nabi Musa pun telah ditakdirkan sesat bersama mereka dan tidak dapat keluar dari padang pasir itu.

 لَا أَبْرَحُ

Aku tidak akan berhenti;

tidak berhenti berjalan mencari tempat pertemuan itu. Ini adalah adab dalam mencari ilmu. Kalau kita tahu ada guru yang boleh mengajar, kita kena cari dia sampai dapat. Tapi sekarang, kadang-kadang bukan nak kena cari, ustaz dari jauh datang ke tempat kita. Tapi masih malas lagi nak datang. Tak elok macam tu.

حَتَّىٰ أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ

sehinggalah aku sampai ke tempat pertemuan dua laut;

mengikut kisahnya, ini terdapat di kawasan Laut Mediterranean. Macam-macam tafsiran yang diberikan. Itu tidak penting. Yang penting adalah kisah pengajaran yang hendak disampaikan. Allah pun tidak beritahu tentang tempat itu, bermakna ianya tidak penting.

Ini adalah dalil mengatakan kalau kena pergi seberang laut nak belajar pun, kita kena belajar. Tapi sekarang, tak payah seberang laut pun, dah ada guru kat Malaysia ni. Cuma tinggal nak belajar sahaja lagi.

 أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا

Atau aku terus berjalan untuk masa yang amat panjang;

Nabi Musa bertekad kerana keinginannya untuk mendapatkan ilmu. Kita pun kena macam tu. Kalau kita kena pergi jauh pun, kita kena pergi.

Kita boleh lihat contoh yang diberikan oleh Nabi Musa ini. Walaupun baginda seorang Nabi dan telah diberikan ilmu yang banyak, tapi apabila diberitahu ada lagi guru yang lebih pandai, dia tidak sombong untuk belajar dengan orang itu. Dan dia sanggup untuk berusaha mencari orang itu untuk belajar. Inilah yang patut kita contohi. Jangan kita sombong dengan ilmu kita. Kerana walau bagaimana pandaipun kita, ada lagi orang lain yang lebih pandai dari kita. Kita kena terus belajar lagi. Itulah tanda guru yang benar.

I will cease: أَبْرَحُ

continue: أَمْضِيَ

a long period: حُقُبًا

—————————————————————————-

Ayat 61:

18:61

Transliteration

fa-lammā balaghā majmaʿa baynihimā nasiyā ḥūtahumā fa-ttakhadha sabīlahū fī l-baḥri saraba

Sahih International

But when they reached the junction between them, they forgot their fish, and it took its course into the sea, slipping away.

Malay

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا

Tatkala mereka sampai pertemuan dua laut; Mereka sebenarnya tidak pasti dimanakah tempat pertemuan itu. Mereka hanya diberikan isyarat sahaja. Hanya diberitahu bahawa ikan yang mereka bawa itu akan melakukan perkara yang pelik. Ikan itu adalah ikan kering yang mereka beli dan dibawa sebagai bekalan makanan. Ada yang kata ikan itu adalah ikan sebelah, tapi bukan. Ikan itu mereka sudah makan sebelahnya.

 نَسِيَا حُوتَهُمَا

mereka berdua lupa tentang hal ikan itu; Dua-dua mereka terlupa tentang ikan itu. Nabi Musa telah disuruh bawa ikan yang telah dimasinkan. Ikan itu adalah jenis ikan yang besar. Jikalau dia kehilangan ikan itu, maka disanalah orang yang berilmu itu akan berada.

 فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا

lalu ikan itu mengambil jalan ke dalam laut; Ikan itu keluar dari bekasnya dan melompat terjun ke dalam laut. Apabila kena kepada air laut, terjadi lubang di pantai sebagai terowong dan ikan itu masuk dalam terowong itu. Yusha’ nampak kejadian itu, tapi dia dah biasa melihat mukjizat Nabi Musa jadi dia tidak ceritakan kepada Nabi Musa. Waktu itu Nabi Musa sedang tidur.

Ikan itu ditakdirkan mengambil jalannya. Dia meninggalkan tanda-tanda perjalananya. Bayangkan kalau satu kapal berlayar dilaut, kita akan nampak kesan-kesan riak air di belakangnya. Begitulah yang dimaksudkan dengan perkataan سَرَبًا itu.

———————————————————————————–

Ayat 62:

18:62

Transliteration

fa-lammā jāwazā qāla li-fatāhu ʾātinā ghadāʾanā la-qad laqīnā min safarinā hādhā naṣaba

Sahih International

So when they had passed beyond it, [Moses] said to his boy, “Bring us our morning meal. We have certainly suffered in this, our journey, [much] fatigue.”

Malay

Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: “Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini”.

فَلَمَّا جَاوَزَا

Maka tatkala mereka melepasi tempat itu; iaitu tempat ikan meluncur masuk ke dalam laut. Mereka sepatutya berhenti di situ, tapi mereka meneruskan perjalanan. Nabi Musa telah tidur disitu, dan apabila bangun dia terus ajak Yusha’ untuk pergi meneruskan perjalanan. Yusha’ pula tidak beritahu Nabi Musa kejadian ikan itu tadi. Kerana dia sendiri telah terlupa tentang perkara itu.

قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا

Musa berkata kepada pembantunya (Yusah’): bawa datang makanan kita ; Nabi Musa minta bekalan makanan mereka termasuklah ikan itu tadi.

 لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَٰذَا نَصَبًا

Sesungguhnya kami dapati perjalanan musafir kali ini sangat memenatkan; kerana selepas mereka melepasi tempat yang sepatutnya mereka berhenti, Allah beri perasaan letih kepada mereka. Ada mufassir yang mengatakan, mereka jadi letih kerana mereka melepasi tempat yang sepatutnya mereka berhenti. Kalau mereka telah berhenti di situ seperti yang sepatutnya, mereka tidak akan letih. Apabila mereka letih, mereka rasa lapar.

they had passed beyond: جَاوَزَا

we have suffered: لَقِينَا

fatigue: نَصَبًا

—————————————————————————————

Ayat 63:

18:63

Transliteration

qāla ʾa-raʾayta ʾidh ʾawaynā ʾilā ṣ-ṣakhrati fa-ʾinnī nasītu l-ḥūta wa-mā ʾansānīhu ʾillā sh-shayṭānu ʾan ʾadhkurahū wa-ttakhadha sabīlahū fī l-baḥri ʿajaba

Sahih International

He said, “Did you see when we retired to the rock? Indeed, I forgot [there] the fish. And none made me forget it except Satan – that I should mention it. And it took its course into the sea amazingly”.

Malay

Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita ketika berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan”.

قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ

Yusha’ berkata: adakah engkau lihat ketika kita berehat di batu itu tadi; Nabi Musa tidur atas batu itu tadi. Kemudian terus berjalan. Yusha’ tidak tidur. Tapi telah terjadi kejadian yang menakjubkan semasa Nabi Musa tidur tadi. Ikan masin yang mereka bawa telah menggelungsur masuk ke dalam laut.

 فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ

Aku lupa hendak beritahu tentang ikan itu; dia lupa hendak beritahu kejadian ikan itu melompat keluar.

 وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ

Dan tidaklah aku lupa tentangnya melainkan syaitanlah yang menyebabkan aku tidak ingat; Yusha’ memberikan alasan bahawa syaitan yang buat dia lupa. Sebab itu kalau kita lupa, kita baca tasbih kerana syaitan yang membuatkan kita lupa. Apabila kita bertasbih, syaitan akan lari dan kita akan ingat kembali. Ada yang mengatakan bahawa, kuasa yang syaitan ada hanyalah boleh buat kita lupa sahaja.

وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا

Dan ikan itu mengambil jalan ke dalam laut dengan cara yang menakjubkan; pelik kerana ikan itu buat terowong dan masuk dalam laut. Padahal ikan itu dah mati, dah dimakan separuh pun oleh mereka berdua.

we retired: أَوَيْنَا

————————————————————————-

Ayat 64: 

18:64

Transliteration

qāla dhālika mā kunnā nabghi fa-rtaddā ʿalā ʾāthārihimā qaṣaṣa

Sahih International

[Moses] said, “That is what we were seeking.” So they returned, following their footprints.

Malay

Nabi Musa berkata: “Itulah yang kita kehendaki “; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

قَالَ ذَٰلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ

Musa berkata: “itulah apa yang kita hendak cari”; Nabi Musa tidak diberitahu dengan secara tepat bagaimanakah tempat pertemuan itu, tapi dengan isyarat sahaja. Jadi, kejadian ikan melompat keluar ke dalam laut adalah tanda bahawa mereka telah sampai ke tempat yang mereka sepatutnya berjumpa dengan lelaki yang dimaksudkan Allah.

 فَارْتَدَّا عَلَىٰ آثَارِهِمَا قَصَصًا

Maka mereka mula menjejaki bekas tapak kaki mereka; mereka kena undur balik. Perkataan قَصَصًا bermaksud mereka kena teliti balik perjalanan mereka dengan baik.

retracing: قَصَصًا

——————————————————————————–

Ayat 65: 

18:65

Transliteration

fa-wajadā ʿabdan min ʿibādinā ʾātaynāhu raḥmatan min ʿindinā wa-ʿallamnāhu min ladunnā ʿilma

Sahih International

And they found a servant from among Our servants to whom we had given mercy from us and had taught him from Us a [certain] knowledge.

Malay

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

فَوَجَدَا

Maka mereka dapati; apabila sampai ke tempat itu balik. Mereka sampai dengan cara mereka masuk dalam terowong yang dibuat oleh ikan itu. Mereka jalan di dalamnya dan sampai ke satu pulau. Itulah tempat Nabi Khidr berada.

عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا

Seorang hamba dari hamba-hamba Kami yang Kami telah beri kepadanya rahmat dari Kami; Quran tidak menyebut namanya. Yang kita tahu namanya adalah Nabi Khidr adalah dari hadis-hadis Nabi. Tidak penting untuk kita tahu namanya. Sama juga kita tidak perlu tahu berapakah bilangan pemuda Kahfi itu, kita juga tidak perlu tahu nama hamba yang disebutkan Allah dalam ini. Kalau namanya penting, Allah dah sebut dah dalam Quran.

Apabila dikatakan beliau diberikan ‘rahmat’, bermaksud dia adalah seorang Nabi. Itulah dalil yang mengatakan Nabi Khidr adalah seorang Nabi. Tapi ada banyak pendapat berkenaan siapakah Nabi Khidr ini. Ada yang kata beliau adalah malaikat. Antara yang berpendapat demikian adalah Saidina Umar.

وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

Dan Kami ajarkan ilmu kepadanya dari sisi Kami; Inilah dia ayat yang ramai orang pakai untuk berkata tentang ilmu ‘ladunni’. Sampai gila orang mencari ilmu ini. Paling banyak cari adalah golongan tarekat. Sampai orang mencari-cari Nabi Khidr. Antaranya mereka tunggu Nabi Khidr pada malam Lailatul Qadr. Padahal, bukan Nabi Khidr yang turun pada malam Lailatul Qadr, tapi malaikat. Itulah yang disebut dalam Quran. Tapi mereka yang telah ada benih kesesatan dalam hati mereka tidak mengendahkan ayat-ayat Quran lagi.

Dan mereka kata kalau jumpa Nabi Khidr, kena pegang janggut dia dan minta harta karun. Dan juga minta umur panjang dari dia. Itu dah sesat dah. Percaya sahaja dah sesat dah. Sebab itu ada yang letak pelita takut Nabi Khidr sesat tak nampak jalan. Itu dah ikut agama Hindu kerana itu adalah cara ibadat orang kafir. Itu semua adalah perkara yang karut marut yang diajar oleh guru-guru ajaran sesat. Macam-macam lagi kepercayaan karut tentang Nabi Khidr ini kalau kita baca tentang kepercayaan mereka.

Sebenarnya Nabi Khidr telah diajar oleh Allah tentang ilmu taqwini; iaitu ilmu yang tahu apa yang akan berlaku. Ilmu tentang masa depan. Tuhan yang ajar kepadanya sahaja. Kerana kalau ada orang lain yang tahu apa yang akan berlaku, tentulah seseorang itu akan kaya. Nabi Musa pula ada ilmu syariat. Dia disuruh jumpa Nabi Khidr yang tahu ilmu taqwini. Kalau sesiapa belajar ilmu itu dengan Nabi Khidr, tidaklah boleh menyebabkan dia masuk syurga. Tak belajar dengannya pun tidak menyebabkan seseorang itu masuk neraka. Tetapi, tidak belajar ilmu syariat dari Nabi Musa itu akan menyebabkan seseorang itu masuk neraka kerana tak tahu hukum hakam. Macam kita sekarang, kena belajar syariat Nabi Muhammad. Jadi yang penting adalah belajar ilmu syariat. Bukan nak buang masa belajar kononnya ilmu ladunni dari Nabi Khidr.

Ilmu ladunni ini hanya dikhaskan kepada Nabi Khidr sahaja. Belum ada dalam sejarah yang mengatakan ada orang lain yang dapat. Macam mana ada orang nak dapat? Kerana Nabi Khidr adalah Nabi. Bolehlah dia mendapat wahyu dari Allah. Sebab nak dapat ilmu macam itu, kena jadi Nabi dulu. Tak layak manusia biasa nak belajar. Tapi puak ajaran sesat seperti tarekat contohnya, mengatakan boleh dapat ilmu Ladunni ini. Mereka mengutuk kita puak sunnah ini kerana kita belajar hadis dari Nabi yang telah mati, tapi mereka pula belajar dari Allah yang Maha Hidup. Sebab kononya mereka mendapat ilmu terus dari Allah. Itu semua adalah salah.

Ada dua perkataan yang kita hendak sebutkan di sini. Allah ada guna perkataan عِنْدِ apabila menyebut rahmat diberikan kepadanya dan Allah menggunakan perkataan لَدُنَّ apabila memperkatakan tentang ilmu yang diberikan kepadanya. Ada beza antara dua perkataan itu dimana لَدُنَّ lebih banyak dari perkataan عِنْدِ. Allah hendak menekankan tentang ilmu dalam ayat ini. Ini bermakna, Allah lebih banyak memberi ilmu kepada beliau kalau dibandingkan dengan rahmat. Apakah rahmat yang diberikan kepada Nabi Khidr? Kita tidak pasti kerana kita tidak diberitahu.

———————————————————————————–

Ayat 66: 

18:66

Transliteration

qāla lahū mūsā hal ʾattabiʿuka ʿalā ʾan tuʿallimani mimmā ʿullimta rushda

Sahih International

Moses said to him, “May I follow you on [the condition] that you teach me from what you have been taught of sound judgement?”

Malay

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ

Berkata Musa kepada Khidr: “Bolehkah aku mengikuti kamu?”; Ini adalah pertanyaan yang penuh kelembutan, bukan dalam bentuk keharusan dan pemaksaan. Itulah seharusnya pertanyaan seorang pelajar kepada seorang yang berilmu untuk minta belajar kepadanya.

Sebelum ini, dia yang diikuti oleh anak muridnya. Sekarang dia pula yang memohon untuk mengikuti orang lain.

 عَلَىٰ أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

“supaya kamu ajar aku dari ilmu yang Allah telah ajar kepada kamu, ilmu yang menjadi petunjuk?”; Ini adalah kata-kata seorang Rasul memohon untuk menjadi anak murid kepada seorang Nabi. Musa telah merendahkan dirinya dalam hal ini. Kerana baginda hendak belajar. Sebelum ini, baginda adalah guru kepada seseorang, dan sekarang dia hendak menjadi anak murid kepada seseorang pula. Lihatlah betapa indahnya ayat-ayat Quran ini. Sebelum ini, anak muridnya yang lupa. Tapi sebentar lagi kita akan belajar bagaimana Nabi Musa sendiri pun ada lupa.

———————————————————————————

Ayat 67: Apa yang Nabi Khidr jawap kepada Nabi Musa itu adalah dari ilmu taqwini. Dia sudah tahu bahawa Nabi Musa tidak akan sanggup untuk mengikutinya.

18:67

Transliteration

qāla ʾinnaka lan tastaṭīʿa maʿiya ṣabra

Sahih International

He said, “Indeed, with me you will never be able to have patience.

Malay

Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

Khidr berkata: “Sesungguhnya kamu (Musa) tidak akan sanggup nak bersama aku dalam keadaan sabar”; dia dah tahu yang Nabi Musa tidak boleh sabar. Ini kerana dia telah diberitahu oleh Allah tentang perkara itu.

————————————————————————————–

Ayat 68:

18:68

Transliteration

wa-kayfa taṣbiru ʿalā mā lam tuḥiṭ bihī khubra

Sahih International

And how can you have patience for what you do not encompass in knowledge?”

Malay

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

“Bagaimana kamu boleh bersabar atas perkara yang kamu tak tahu secara meliputi?”; kerana Nabi Musa belajar ilmu syariat. Ada perkara-perkara yang tak boleh buat kerana tertakluk kepada hukum syariat. Tapi Nabi Khidr tak pakai hukum syariat itu.

Nabi Khidr memberitahu Nabi Musa bahawa Allah ada beri ilmu kepadanya yang tidak diberikan kepada Nabi Musa. Dan Nabi Musa ada diberi ilmu yang tidak diberikan kepadanya. Bermakna, orang yang berilmu pun kena merendah diri juga. Seorang alim tidak akan tahu semua perkara. Dia mungkin mahir dalam satu bidang. Tapi akan ada orang lain lagi yang lebih tahu darinya dalam bidang yang lain.

Khidr tahu yang Nabi Musa tidak akan sanggup mengikutinya kerana dia akan melihat tindakan Khidr yang akan bertentangan dengan syariat. Nabi Musa tidak tahu, tapi Nabi Khidr tahu hikmah dan kemaslahatan di dalam tindakannya.

—————————————————————————-

Ayat 69:

18:69

Transliteration

qāla sa-tajidunī ʾin shāʾa llāhu ṣābiran wa-lā ʾaʿṣī laka ʾamra

Sahih International

[Moses] said, “You will find me, if Allah wills, patient, and I will not disobey you in [any] order.”

Malay

Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”.

قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا

Nabi Musa menjawap: “Kamu akan dapati bahawa aku, jika Allah kehendaki, satu orang yang sabar”; Nabi Musa memang seorang yang sabar dah. Kerana nak melayan kerenah kaumnya, memerlukan seorang Nabi yang sabar. Kerana kaumnya adalah kaum yang teruk. Yang dikehendaki oleh Nabi Khidr adalah Nabi Musa sabar dalam bertanya sahaja. Jangan tanya selagi dia tidak beritahu. Tapi kita akan tahu nanti bahawa Nabi Musa akan tanya juga kerana apa yang Nabi Khidr akan lakukan adalah menyalahi syariat. Seseorang wali tidak mungkin akan melanggar syariat melainkan dia mendapat wahyu dari Allah.

Kita telah belajar yang kita kena gunakan ‘in sha Allah’ dalam banyak hal. Ini kita telah belajar dalam awal surah ini. Dalam ayat yang kita sedang belajar ini, Allah mengajar kita bagaimana cara menggunakan perkataan ‘in sha Allah’ itu. Kalau kita lihat dalam susunan ayat ini, ada dua bahagian: pertama, tentang Musa akan bersabar dan kedua, tentang baginda tidak akan menderhaka kepada Khidr. Dalam bahagian pertama, Nabi Musa kata in sha Allah, tapi tidak dikatakannya dalam bahagian kedua. Jadi, Allah tidak membuatkan Nabi Musa berjaya dalam bahagian kedua.

 وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا

“Dan aku tidak akan derhaka kepada kamu dalam satu urusan pun”; Nabi Musa jawap itu berdasarkan pengalaman baginda. Iaitu dia tahu dia adalah seorang yang sabar. Dan seorang yang taat.

Pengajaran yang boleh diambil dari ayat ini adalah seorang anak murid kena taat kepada gurunya. Kena ikut kata gurunya. Tapi tidaklah boleh taat dalam perkara-perkara maksiat. Jangan ikut kalau guru suruh buat benda-benda yang pelik. Tapi berapa banyak kisah kita dengar tentang ajaran-ajaran salah termasuklah dalam tarekat sendiri yang tidak usul periksa dengan apa yang guru mereka lakukan. Walaupun apa sahaja yang dilakukan oleh guru mereka, mereka kata tidak salah kerana guru mereka mengikut sunnah ‘Nabi Khidr’. Itu dah sesat dah tu.

————————————————————————————

Ayat 70:

18:70

Transliteration

qāla fa-ʾini ttabaʿtanī fa-lā tasʾalnī ʿan shayʾin ḥattā ʾuḥditha laka minhu dhikra

Sahih International

He said, “Then if you follow me, do not ask me about anything until I make to you about it mention.”

Malay

Ia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”.

قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي

Nabi Khidr berkata: “Jika engkau mengikutiku, jangan sekali-kali kamu tanya aku”; 

 عَنْ شَيْءٍ

“akan segala sesuatu yang aku buat”; Itu adalah syarat yang diberikan oleh Nabi Khidr kepada Musa kalau nak ikut dia. Tidak boleh bertanya tentang apa-apa pun.

 حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا

“sehingga aku ceritakan kepada kamu tentang peristiwa itu”; Kerana apa yang dia buat itu, mesti ada sebab.

———————————————————————————–

Ayat 71:

18:71

Transliteration

fa-nṭalaqā ḥattā ʾidhā rakibā fī s-safīnati kharaqahā qāla ʾa-kharaqtahā li-tughriqa ʾahlahā la-qad jiʾta shayʾan ʾimra

Sahih International

So they set out, until when they had embarked on the ship, al-Khidh r tore it open. [Moses] said, “Have you torn it open to drown its people? You have certainly done a grave thing.”

Malay

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.

فَانْطَلَقَا

Lalu kedua-duanya berangkat; Tidak diceritakan tentang kisah Yusha’ bin Nun kerana tidak penting dah kisah dia. Mungkin dia ada sekali atau tidak, kita tidak tahu.

حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ

Sehinggalah mereka berdua menaiki sebuah perahu; bukan kapal kerana ini adalah perahu penumpang yang berulang alik antara pulau. Dimiliki oleh beberapa adik beradik yang miskin. Kerja mereka adalah mengangkut penumpang. Tuan perahu itu kenal Nabi Khidr sebab dia biasa disitu. Jadi, dia tidak ambil upah dari Nabi Khidr.

خَرَقَهَا

Nabi Khidr telah melubangi perahu itu; sama ada beliau tebuk perahu itu atau cabut satu papan dari perahu itu. Dari segi bahasa, lebih sesuai kalau dikatakan dia mencabut papan dari perahu itu kerana perkataan خَرَقَ Menyebabkan perahu itu tenggelam. Ada juga yang mengatakan yang mereka naiki itu adalah kapal. Kalau begitu, kita boleh membayangkan bagaimana mereka telah turun ke bahagian bawah kapal dan mencabut papan dari kapal itu tanpa dilihat oleh orang lain.

Nabi Musa tak puas hati dengan perbuatan Khidr itu kerana nampaknya Nabi Khidr telah melanggar syariat dengan buat khianat kepada orang lain. Nabi Musa sendiri pun mengajar umatnya supaya jangan buat khianat kepada orang lain. Jadi dia tidak dapat tahan dirinya dari tanya kepada Nabi Khidr.

 قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا

Nabi Musa berkata: “Kenapa kamu melubangi perahu itu hingga menyebabkan tenggelam penumpang-penumpangnya?”; semestinya kalau dia melubangkan perahu itu sekalipun, sepatutnya dia buat semasa perahu itu sudah dekat dengan pantai. Supaya penumpang-penumpang boleh menyelamatkan diri.

 لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا

“Sesungguhnya kamu sudah melakukan satu perkara yang besar”; Perkara yang tidak patut dilakukan. Perkataan إِمْرًا merangkumi dua makna: tidak berakhlak dan tidak logik. Dalam mengikut syariat Kitab Taurat, tak boleh buat macam itu. Dalam syariat kita pun, tidak buat berbuat khianat kepada orang lain. Ianya juga tidak logik dilakukan kerana mereka pun masih ada dalam kapal itu, jadi ianya tentulah menyusahkan mereka juga.

——————————————————————————-

Ayat 72: 

18:72

Transliteration

qāla ʾa-lam ʾaqul ʾinnaka lan tastaṭīʿa maʿiya ṣabra

Sahih International

[Al-Khidh r] said, “Did I not say that with me you would never be able to have patience?”

Malay

Ia menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”

قَالَ أَلَمْ أَقُلْ

Nabi Khidr berkata: “Tidakkah aku telah katakan”

 إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

“Sesungguhnya kamu tidak akan bersabar bersama aku”; tidak sabar dalam bertanya. Padahal dia sudah nasihat Nabi Musa supaya jangan tanya. Disini banyak yang salah faham. Mereka menggunakan ayat ini untuk mengatakan seorang murid tidak boleh tanya guru. Itu adalah pemahaman yang salah. Kerana kita tidak tahu jadi kena tanya kepada guru kita. Yang Nabi Khidr tak bagi tanya itu kerana dia telah meletakkan syarat jangan tanya sampai dia sendiri yang beritahu. Kadang-kadang guru kita pun suruh kita tanya di hujung kuliah sahaja sebab kalau tanya di pertengahan akan mengganggu kelas. Itu pun adalah syarat yang boleh dipakai. Tapi tidaklah itu menidakkan kebaikan untuk bertanya. Kerana Nabi pun pernah bersabda: “ubat untuk kebodohan adalah bertanya.” Jadi kena bertanya kepada guru kalau kita tidak faham. Tapi jangan tanya soalan yang tidak patut seperti “Siapa yang menjadikan Allah?”, “Kenapa solat Subuh dua rakaat?” dan soalan-soalan lain yang mempersoalkan hukum yang Allah telah berikan kepada kita. Jadi ada soalan yang patut ditanya dan ada soalan yang tidak patut ditanya.

———————————————————————————–

Ayat 73:

18:73

Transliteration

qāla lā tuʾākhidhnī bi-mā nasītu wa-lā turhiqnī min ʾamrī ʿusra

Sahih International

[Moses] said, “Do not blame me for what I forgot and do not cover me in my matter with difficulty.”

Malay

Nabi Musa berkata: “Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)”.

قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي

Nabi Musa berkata: “Janganlah kamu cepat hukum aku”

Janganlah marah dan hukum aku kerana kesalahan aku ini.

 بِمَا نَسِيتُ

“terhadap apa yang aku lupa”; Maka, kesalahan pertama yang dilakukan oleh Nabi Musa ini adalah kerana dia lupa. Pengajaran disini adalah, seorang Nabi pun boleh lupa. Apatah lagi kita manusia biasa.

Ingat lagi, apabila Yusha’ terlupa, Yusha’ menyalahkan syaitan. Tapi Nabi Musa tidak menyalahkan syaitan apabila dia sendiri terlupa. Kerana dia lebih matang.

 وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا

“dan janganlah kamu bebani aku dalam urusanku perkara yang susah”; Nabi Musa minta Nabi Khidr jangan buat benda yang pelik-pelik. Sebab kalau dia buat yang pelik, tentu dia akan tanya, dan kalau tanya, nanti Khidr marah pula. Maknanya, janganlah menyusahkan dia dalam menuntut ilmu. Nabi Musa minta dikasihani. Maka alasan yang pertama ini adalah lupa.

Ketika mereka diatas perahu, ada seekor burung hinggap di perahu dan meminum air laut dengan mematuk air laut. Maka Khidr berkata kepada Musa: “Jika ilmuku dan ilmumu dibandingkan dengan ilmu Allah, maka ilmu kita itu tidak lain hanyalah seperti air yang diambil oleh burung itu dengan paruhnya dari laut itu.” Ini nak menceritakan bahawa perkara berkenaan dengan ilmu, kenalah pulangkan kembali kepada Allah. Kerana Allah lah yang Maha Mengetahui.

blame me: تُؤَاخِذْنِي

be hard upon me: تُرْهِقْنِي

————————————————————————————

Ayat 74: 

18:74
Transliteration

fa-nṭalaqā ḥattā ʾidhā laqiyā ghulāman fa-qatalahū qāla ʾa-qatalta nafsan zakiyyatan bi-ghayri nafsin la-qad jiʾta shayʾan nukra

Sahih International

So they set out, until when they met a boy, al-Khidhr killed him. [Moses] said, “Have you killed a pure soul for other than [having killed] a soul? You have certainly done a deplorable thing.”

Malay

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!”

فَانْطَلَقَا

Maka mereka berdua pun berangkat

Mereka meneruskan perjalana.

حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا

sehinggalah mereka bertemu seorang budak muda; budak itu adalah budak kecil yang belum baligh. Ada yang kata umur budak itu adalah antara 8 dan 10 tahun. Budak itu sedang bermain-main dengan kawan-kawannya. Dia adalah budak yang paling bagus, tampan dan paling ceria diantara kawan-kawannya.

فَقَتَلَهُ

Maka Nabi Khidr bunuh budak itu; ada yang kata dipatahkan tengkuknya.

 قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً

Nabi Musa berkata: “Patutkah kamu bunuh satu jiwa yang suci?”

Sekali lagi Nabi Musa bertanya. Kerana dia tidak tahan dah.

Perkataan زَكِيَّةً bermaksud suci, tidak melakukan dosa. Boleh juga bermaksud seseorang yang bijak. Bermakna, Nabi Musa nampak budak itu adalah budak yang baik.

 بِغَيْرِ نَفْسٍ

“bukan kerana dia bunuh orang?”; Kalau satu orang bunuh orang lain, bolehlah kalau nak bunuh dia balik. Tapi budak ini tidak pun bunuh orang.

 لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا

“Kamu sudah buat satu perkara yang sangat mungkar”; 

Dari segi bahasa, نُكْرًا bermaksud satu perkara yang tidak pernah didengar orang. Tidak ada masyarakat yang boleh terima pembunuhan seorang budak tanpa sebab. Jadi, ianya boleh juga diertikan sebagai satu perbuatan yang mungkar.

Teguran Nabi Musa kali ini lebih keras dari sebelumnya. Tidaklah salah pertanyaan Nabi Musa itu. Dia tanya itu berdasarkan syariat yang dia tahu, dan memang membunuh itu adalah salah kesalahan dosa yang besar. Tapi Nabi Khidr menggunakan syariat yang lain. Nabi Musa syariat lain. Syariat diantara Nabi-nabi tidak sama. Begitu juga dengan syariat Nabi Muhammad. Sudah tidak sama dengan syariat-syariat Nabi-nabi yang sebelumnya.

Ada ajaran sesat yang menggunakan ayat ini sebagai dalil bagi mereka membenarkan guru sesat mereka berbuat dosa. Mereka kata guru mereka lain. Guru mereka macam Nabi Khidr boleh buat macam-macam. Kononnya, guru mereka sudah sampai kepada tahap capai ilmu ladunni, boleh dapat ilmu terus dari Allah. Padahal, itu adalah hanya khusus kepada syariat Nabi Khidr. Kita tidak boleh ikut syariat itu. Kita semua kena ikut syariat Nabi Muhammad. Tidak boleh kita berpegang kepada syariat lain. Selepas Nabi Muhammad menjadi Nabi, syariat Nabi Muhammad sahaja yang sah. Syariat yang sebelum Nabi Muhammad terbatal.

————————————————————————————-

Ayat 75:

18:75

Transliteration

qāla ʾa-lam ʾaqul laka ʾinnaka lan tastaṭīʿa maʿiya ṣabra

Sahih International

[Al-Khidhr] said, “Did I not tell you that with me you would never be able to have patience?”

Malay

Ia menjawab: “Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”

 قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ

Nabi Khidr berkata: “Tidakkah aku telah katakan kepada kamu”

Khidr menjawap balik. Mengingatkan Nabi Musa tentang perjanjian mereka. Ianya Nabi Musa jangan tanya dia tentang apa-apa. Tadi pun dia dah cakap macam itu, tapi dalam ayat ini ada tambahan perkataan لَكَ. Sebab Khidr pun sudah semakin marah dengan Nabi Musa.

 إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

“bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersama aku?”

——————————————————————————

Ayat 76:

18:76
Transliteration

qāla ʾin saʾaltuka ʿan shayʾin baʿdahā fa-lā tuṣāḥibnī qad balaghta min ladunnī ʿudhra

Sahih International

[Moses] said, “If I should ask you about anything after this, then do not keep me as a companion. You have obtained from me an excuse.”

Malay

Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku”.

قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا

Nabi Musa berkata: “Jika aku tanya kepada kamu sesuatu apapun selepas ini”; 

 فَلَا تُصَاحِبْنِي

“Maka jangan engkau memperbolehkan aku menyertaimu lagi”; 

Kalau aku tanya lagi, tak payah berkawan lagi dengan aku.

 قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَدُنِّي عُذْرًا

“Sesungguhnya engkau sudah cukup alasan untuk berbuat begitu”;

Maknanya, sudah cukup alasan Khidr untuk meninggalkan Nabi Musa kalau Nabi Musa masih tanya lagi selepas itu.

——————————————————————————–

Ayat 77:

18:77
Transliteration

fa-nṭalaqā ḥattā ʾidhā ʾatayā ʾahla qaryatin-i staṭʿamā ʾahlahā fa-ʾabaw ʾan yuḍayyifūhumā fa-wajadā fīhā jidāran yurīdu ʾan yanqaḍḍa fa-ʾaqāmahū qāla law shiʾta la-ttakhadhta ʿalayhi ʾajra

Sahih International

So they set out, until when they came to the people of a town, they asked its people for food, but they refused to offer them hospitality. And they found therein a wall about to collapse, so al-Khidh r restored it. [Moses] said, “If you wished, you could have taken for it a payment.”

Malay

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!”

فَانْطَلَقَا

Maka mereka berdua berangkat lagi;

 حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ

Sehingga mereka sampai ke penduduk satu negeri; Nama negeri itu adalah Antokiah. Tempat dibunuhnya Nabi Yahya, dan dua lagi rasul. Tempat ini juga ada dalam kisah dalam surah Yaasin.

Allah tidak kata dalam ayat ini bahawa mereka telah sampai ke kota itu, tapi mereka telah sampai kepada ‘ahli kota’ itu. Bermakna, kemungkinannya mereka berdua telah berjumpa dengan penduduk kota itu di luar kota itu.

 اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا

Mereka meminta makanan kepada penduduk negeri itu; kerana mereka musafir maka mereka memohon bantuan kepada penduduk disitu untuk memberi mereka makanan.

فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا

Penduduk disitu enggan untuk melayan mereka sebagai tetamu;

فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ

Mereka mendapati di kota itu satu dinding yang hampir nak roboh; dinding itu miring nak roboh dah.

فَأَقَامَهُ

Lalu Nabi Khidr membetulkan dinding itu; Nabi Khidr menegakkan dinding itu dengan tangannya.

قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا

Nabi Musa berkata: “Jika kamu mahu, kamu boleh mengambil upah darinya”; “sudahlah mereka tadi tak memberi kita makan, sekarang kamu betulkan pula dinding itu. Patutnya, kamu mintalah upah dari mereka atas kerja kau membetulkan dinding itu.” Begitulah lebih kurang kata Nabi Musa kepada Nabi Khidr.

Lihatlah bagaimana Nabi Musa menggunakan perkataannya. Dia menyusun ayatnya supaya tidak menjadi bentuk pertanyaan. Kerana dia pandai. Tapi masih juga tidak diterima oleh Khidr.

————————————————————————————–

Ayat 78: 

18:78
Transliteration

qāla hādhā firāqu baynī wa-baynika sa-ʾunabbiʾuka bi-taʾwīli mā lam tastaṭiʿ ʿalayhi ṣabra

Sahih International

[Al-Khidhr] said, “This is parting between me and you. I will inform you of the interpretation of that about which you could not have patience.

Malay

Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ

Nabi Khidr berkata: “Inilah tempat berpisahnya antara aku dan kamu”; Sebelum ini pun, iaitu selepas Nabi Khidr bunuh budak itu, Nabi Musa telah kata, kalau dia tanya lagi, Nabi Khidr boleh tinggalkan dia. 

Apabila Khidr menyebut ‘aku’ dahulu, itu bermaksud dia yang akan menginggalkan Musa. Nabi Musa boleh tinggal di situ, tapi dia akan pergi.

 سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ

“Aku akan ceritakan kepada kamu dengan huraian”; Iaitu Nabi Khidr akan beri penafsiran tentang apakah yang telah dilakukannya sebelum itu.

مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا

“apa yang kamu tak mampu bersabar untuk nak tahu”; 

————————————————————————————

Ayat 79:

18:79
Transliteration

ʾammā s-safīnatu fa-kānat li-masākīna yaʿmalūna fī l-baḥri fa-ʾaradtu ʾan ʾaʿībahā wa-kāna warāʾahum malikun yaʾkhudhu kulla safīnatin ghaṣba

Sahih International

As for the ship, it belonged to poor people working at sea. So I intended to cause defect in it as there was after them a king who seized every [good] ship by force.

Malay

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ

Nabi Khidr berkata: “Adapun perahu itu dimiliki oleh orang-orang miskin”

 يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ

yang bekerja di laut mengambil upah;

Ataupun mereka itu adalah nelayan yang menggunakan perahu atau kapal itu untuk menangkap ikan. Ada banyak interpretasi kerana tidak jelas disebutkan di dalam Quran atau hadis. Detail tidak penting.

فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا

Aku ingin untuk merosakkannya

 وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ

Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang zalim;

Apabila perkataan  وَرَاءَ (belakang) digunakan sebelum perkataan مَلِكٌ, ia bermakna, tentera-tentera raja itu ada dekat di belakang mereka, cuma mereka sahaja yang tak nampak lagi. Tapi dah dekat dah. Tak lama lagi akan sampai.

 يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا

yang akan mengambil setiap perahu yang elok dengan cara rampas; Raja itu merampas perahu-perahu penduduk di situ untuk digunakan oleh tentera raja itu untuk menyerang negeri itu. Raja itu sedang mengumpul peralatan tentera. Apabila Raja itu tengok perahu itu sudah rosak, dia tidak jadi nak ambil. Nabi Khidr rosakkan perahu itu pun sikit sahaja. Boleh diperbaiki dengan mudah dan orang-orang miskin itu boleh lagi pakai dan memanfaatkan perahu itu sebagai punca pendapatan mereka.

———————————————————————————-

Ayat 80:

18:80
Transliteration

wa-ʾammā l-ghulāmu fa-kānā ʾabawāhu muʾminayni fa-khashīnā ʾan yurhiqahumā ṭughyānan wa-kufra

Sahih International

And as for the boy, his parents were believers, and we feared that he would overburden them by transgression and disbelief.

Malay

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ

Adapun budak itu, kedua orang tuanya adalah orang mukmin; mengikut kisahnya dalam riwayat, apabila besar nanti, kerana bapanya sayang sangat kepada anaknya, anak itu akan  menjadi orang yang sombong dan sesat. Dan akan mengheret kedua orang tuanya juga menjadi sesat.

 فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا

kami khuatir yang dia akan mendorong kedua orang tuanya derhaka kepada Tuhan dan kafir;

Jadi, itu adalah pengetahuan tentang masa hadapan yang telah diberikan kepada Nabi Khidr. Dia telah tahu bahawa jikalau budak itu menjadi dewasa, dia akan menyebabkan ibubapanya derhaka kepada Tuhan. Dalam ayat sebelum ini, Nabi Musa telah mengatakan bahawa budak itu adalah seorang yang bijak. Jadi, ditakuti bukan dia sahaja yang akan sesat nanti, tapi dengan kebijakannya, dia akan menyebabkan ibubapanya pun akan sesat juga. Kerana bijak tidak semestinya beriman. Kebijakan juga boleh digunakan untuk kerosakan.

Maka, seorang muslim mestilah redha dengan ketetapan yang Allah telah buat untuknya. Mungkin dia tidak tahu kenapakah Allah telah lakukan sesuatu, tapi kita kena redha kerana Allah mempunyai perancanganNya.

Orang kafir ada menggunakan ayat ini untuk mengejek orang Islam. Mereka kata Islam mengajar umatnya untuk berbuat kerosakan dan membunuh. Padahal, ini bukanlah kali pertama arahan membunuh dikeluarkan. Sebelum ini, Yahudi dan Kristian tahu tentang bagaimana Nabi Ibrahim telah diarahkan oleh Allah untuk membunuh anaknya Nabi Ismail. Mereka terima arahan itu dari Allah, tapi apabila arahan yang sama dikeluarkan oleh Allah kepada Nabi Khidr, mereka tidak terima pula. Itu adalah kerana mereka hanya hendak mengejek-ngejek agama Islam. Mereka bukannya mahu mencari kebenaran. Allah dah ajar kita dalam surah Kahfi ini juga supaya tidak mengendahkan mereka, dan terus membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka.

Seperti yang kita tahu, Nabi-nabi Allah telah diberikan dengan tugas yang berat-berat untuk mereka penuhi. Termasuklah dengan Nabi Ibrahim dan Khidr. Arahan membunuh itu hanya kepada mereka sahaja, bukan tertakluk kepada kita. Tidaklah kita membaca ayat-ayat itu dan kita kena ikut juga membunuh seperti itu juga. Kita kena faham bahawa ada arahan kepada para Nabi yang bukan untuk kita ikuti sebagai sunnah. Orang Islam faham tentang kisah-kisah ini. Tidak pernah kita dengar ada ayah mana-mana yang bunuh anak dia dan kata ianya adalah sunnah dari Nabi Ibrahim.

———————————————————————————–

Ayat 81:

18:81
Transliteration

fa-ʾaradnā ʾan yubdilahumā rabbuhumā khayran minhu zakātan wa-ʾaqraba ruḥma

Sahih International

So we intended that their Lord should substitute for them one better than him in purity and nearer to mercy.

Malay

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا

Maka kami berharap Allah akan mengganti anak yang lain untuk mereka berdua; Ada yang mengatakan bahawa semasa Nabi Khidr membunuh budak itu, ibunya sedang mengandung seorang anak lelaki lagi.

 خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا

yang lebih suci dan lebih menghampiri kepada Allah dan akan lebih kasih dan sayang kepada ibubapanya; ada riwayat yang menceritakan, mereka dapat anak perempuan dan berkahwin dengan seorang Nabi dan anak itu pun Nabi juga.

———————————————————————————–

Ayat 82:

18:82
Transliteration

wa-ʾammā l-jidāru fa-kāna li-ghulāmayni yatīmayni fī l-madīnati wa-kāna taḥtahū kanzun lahumā wa-kāna ʾabūhumā ṣāliḥan fa-ʾarāda rabbuka ʾan yablughā ʾashuddahumā wa-yastakhrijā kanzahumā raḥmatan min rabbika wa-mā faʿaltuhū ʿan ʾamrī dhālika taʾwīlu mā lam tasṭiʿ ʿalayhi ṣabra

Sahih International

And as for the wall, it belonged to two orphan boys in the city, and there was beneath it a treasure for them, and their father had been righteous. So your Lord intended that they reach maturity and extract their treasure, as a mercy from your Lord. And I did it not of my own accord. That is the interpretation of that about which you could not have patience.”

Malay

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.

وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ

Dan dinding itu adalah sempadan bagi tanah milik dua orang anak yatim di kota itu;

Sebelum ini pun kita telah tahu bagaimana perangai penduduk kota itu. Mereka tak mahu pun nak beri makan kepada orang musafir seperti Khidr dan Nabi Musa. Jadi kita tahu mereka bukanlah orang yang baik-baik.

 وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا

dan dibawah dinding itu ada tersimpan harta peninggalan untuk mereka berdua; harta itu adalah peninggalan bapa mereka. Ianya akan menjadi harta mereka, tapi bukan waktu itu. Kena tunggu.

 وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا

dan bapa mereka adalah seorang yang soleh; bapa dia yang soleh itulah yang tinggalkan harta itu kepada mereka di bawah dinding itu. Ini adalah sebagai dalil bagi mengatakan bahawa seorang yang salih akan dipeliharai keturunannya oleh Allah. Apabila ayahnya sudah tiada, dia tidak dapat menjaga anaknya lagi, tapi Allah lah yang akan menjaga anak-anaknya itu. Oleh itu, janganlah kita risau tentang anak-anak kita apabila kita sudah tiada lagi.

فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا

Maka Tuhan kamu kehendaki apabila keduanya mencapai dewasa; kehendak disini disandarkan kepada Allah. Semasa kisah perahu, kehendak itu disandarkan kepada diri Nabi Khidr. Dan berkenaan dengan budak itu, kehendak itu disandarkan kepada ‘kami’. Kali ini, kehendak itu disandarkan kepada Allah pula.

 وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا

mereka akan mengeluarkan harta itu

Mereka akan diberikan harta itu apabila mereka telah dewasa kelak. Kerana kalau harta itu diberikan kepada mereka semasa mereka kecil, mereka tentu tidak dapat mempertahankannya daripada orang-orang jahat di kota yang cuba nak merampasnya. Oleh itu, Allah akan simpan harta itu sehingga mereka telah dewasa kelak.

 رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ

sebagai satu rahmat dari Tuhan kamu.

Rahmat Allah yang menyusun supaya mereka akan dapat harta itu apabila mereka telah dewasa nanti.

 وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي

Dan tidaklah aku lakukan perkara ini daripada kehendak aku; bukan kerana dia yang hendak. Tapi ianya adalah arahan Tuhan. Nampak macam dia yang buat sendiri, tapi tidak. Semua itu adalah wahyu dari Allah. Jadi, ianya bukanlah perkara yang kita boleh belajar. Ianya adalah arahan Tuhan seperti wahyu. Maka yang boleh dapat hanyalah para Nabi sahaja.

ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا

Demikianlah penjelasan yang kamu tak sanggup nak sabar ke atasnya; Memanglah Nabi Musa tak boleh bersabar kerana ianya adalah perkara yang dia tidak ada ilmu tentangnya. Tapi yang sedihnya, ramai yang cari ilmu ladunni ini. Itu semua kerana hendak membangga diri sahaja. Mereka suka nak cakap mereka ada ilmu laduni. Padahal tidak ada riwayat mana-mana pun yang mengatakan ada manusia yang dapat ilmu ini. Dan ilmu ini adalah ilmu yang tidak perlu dipelajar. Dan tidak akan dapat dipelajari.

Ada yang memegang pendapat yang  mengatakan bahawa Nabi Khidr masih hidup lagi sekarang. Tapi tidak ada dalil yang sahih untuk membenarkannya. Dalil yang ada menunjukkan bahawa tidak ada manusia yang akan hidup lama. Sampai beribu-ribu tahun. Kalau Nabi Khidr masih hidup pada zaman Nabi Muhammad, tentulah dia kena berjumpa dengan Nabi Muhammad untuk membantu baginda. Tapi tidak ada mana-mana riwayat yang mengatakan demikian.  Dan kalaulah dia masih hidup waktu itu, Nabi Muhammad pernah bersabda pada satu malam bahawa tidak ada seorang pun yang masih hidup di bumi ini lebih dari seratus tahun sejak malam itu. Tapi, kalau kita percaya kepada kisah Khidr ini, dia telah hidup beribu tahun lamanya. Ada yang kata, daripada zaman sebelum Nabi Musa lagi.

Dalam ayat Quran ini, tidak disebutkan bahawa nama beliau adalah Nabi Khidr. Tapi kita tahu nama itu dari hadis yang sahih. Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi pernah bersabda: “Diberi nama Khidr kerana dia duduk di atas rumput kering yang putih, tiba-tiba rumput itu bergerak di belakangnya dan berubah menjadi hijau.”

Ada tiga cerita kecil dalam kisah perjalanan Nabi Musa dalam ayat ini: tentang perahu, tentang anak muda dan tentang dinding di kota. Ada pengajaran dalam setiap ayat-ayat itu:

1. Kisah perahu adalah tentang penjagaan ekonomi. Mereka menyelamatkan pencarian pendapatan orang lain.

2. Kisah anak muda itu adalah tentang penjagaan hubungan kekeluargaan dan menjaga keimanan. Kerana kalau anak itu dibenarkan hidup, dia akan merosakkan iman kedua ibubapanya.

3. Kisah dinding itu adalah tentang penjagaan masyarakat. Bagaimana kita hendaklah menjaga keperluan orang yang tidak dapat menjaga diri mereka sendiri.

Dalam ketiga-tiga kisah itu, ada kesan dan akibat. Walaupun pada luarannya nampak keburukan, tapi pada hakikatnya ada kebaikan untuk mereka di masa hadapan. Kita sahaja yang tidak tahu apakah sesuatu yang terjadi itu adalah untuk kebaikan kita atau tidak. Kita hanya perlu redha sahaja dengan apa yang terjadi kepada kita. Kerana rancangan Allah kadang-kadangnya adalah jauh di masa hadapan. Jadi jangan sedih dengan apa yang berlaku kepada kita.

Kisah Musa dan Khidr ini juga mengajar tentang pencarian ilmu. Bagaimana hubungan antara guru, bagaimana mengajar dan sebagainya.

Kisah-kisah itu juga mengajar kita tentang akhlak dengan Allah. Apabila kisah berkenaan perahu itu, Khidr kata ‘dia’ yang berkehendak merosakkanya. Dia tidak kata Allah. Tapi apabila berkenaan dengan kisah dinding itu, dia kata ‘Allah’ yang mengkehendaki. Walaupun pada dasarnya, semua itu terjadi dengan kehendak Allah, tapi dia tidak menyebut Allah yang berkehendak untuk merosakkan perahu itu kerana tidak layak Allah berkehendak kepada sesuatu yang nampak buruk. Walaupun ianya nampak buruk, tapi sebenarnya ianya adalah perancangan Allah. Dalam dunia ini, ada realiti luaran dan realiti dalaman. Ada kebaikan dalam perbuatan Allah. Kerana tidak faham perkara inilah, kadang-kadang manusia berkata sesuatu yang tidak berakhlak. Kadang-kadang kalau ada perkara buruk terjadi kepada mereka, mereka akan salahkan Allah: “Kenapa Allah ambil nyawa anak aku?”, “Kenapa Allah tak sayang kepada aku?”. Dan macam-macam lagi.

Balaghah: Hazfu wa zikru. Jenis الإختزال (al-ikhtizal)

Dimana ada hazaf huruf dalam lafaz ayat Quran. Ini seumpama penggunaan shorthand. Ada hazaf dari fi’il. Dibuang huruf untuk menunjukkan peristiwa itu lebih kecil atu kurang dari segi kuantiti; atau masa kejadian itu lebih pendek. Sebagai contoh, kalaulah penggunaan al-ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu, kalau digunakan kalimah ‘makan’, itu bermaksud makan yang biasa. Tetapi, kalau buang huruf n dan perkataan makan itu jadi ‘maka’, maksudnya makan yang sekejap sahaja tidak seperti biasa, atau makan sikit sangat tidak seperti biasa. Tapi tidaklah penggunaan ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu.

Lihat pada kalimah تَسْطِع dalam ayat ini. Ada hazaf dalam bentuk ikhtizal dalam ayat ini kerana kalau dibandingkan dengan ayat 78, kalimah yang digunakan adalah dalam bentuk wazan yang penuh – تَسْتَطِع. Persoalan sekarang adalah kenapa ada perbezaan wazan yang digunakan sedangkan kedua-duanya tentang Nabi Musa yang tak mampu sabar?

Jawapannya kerana dalam ayat 78 Nabi Khidr belum beritahu lagi apakah alasan atas segala perbuatannya yang menyebabkan kegelisahan pada Nabi Musa itu. Nabi Musa tentunya gelisah dan tidak senang duduk kerana baginda belum tahu lagi kenapakah Nabi Khidr buat segala perkara itu. Maka kerana itu, ketidaksabarannya tinggi lagi dari keadaan dalam ayat ini. Dalam ayat 82 ini, Nabi Khidr dah beritahu kerana itu Nabi Musa dah boleh bersabar sikit. Keperluan untuk sabar dah kurang walaupun masih kena sabar juga lagi, sebab mungkin ada yang baginda tidak faham penuh lagi. Tapi dah kurang kalau dibandingkan dengan keadaan dalam ayat 78.

————————————————————————————-

Ayat 83: Ini adalah kisah keempat dalam Surah ini. Berkenaan dengan Dzulkarnain.

18:83
Transliteration

wa-yasʾalūnaka ʿan dhī l-qarnayni qul sa-ʾatlū ʿalaykum minhu dhikra

Sahih International

And they ask you, [O Muhammad], about Dhul-Qarnayn. Say, “I will recite to you about him a report.”

Malay

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ

Dan mereka bertanya kamu tentang Dzulkarnain; Ini adalah antara soalan yang ditanyakan oleh Musyrikin Mekah selepas mereka berjumpa dengan Pendita Yahudi untuk menguji Nabi. Dzulkarnain adalah seorang wali yang menjadi raja. Ada dua orang raja yang soleh dalam sejarah Islam: Nabi Sulaiman dan Dzulkarnain. ‘Dzul karnain’ itu bermakna ‘mempunyai dua tanduk’. Dia dikatakan seorang raja yang pakai topi yang mempunyai dua tanduk. Dan ada pula yang kata dia diberikan gelaran itu kerana dia sudah berhasil mencapai kekuasaan di dua kawasan: di timur dan barat, iaitu tempat matahari terbit dan tempat matahari terbenam.

Dalam sejarah manusia, susah untuk dipastikan dengan tepat siapakah Dzulkarnain ini. Kerana banyak kisah-kisah yang berlegar tentangnya. Ada yang mengaitkannya dengan Alexander the Great. Ada juga yang mengaitkannya dengan seorang raja yang bernama Cyrus yang memerintah di Persia. Negara Persia sekarang adalah Iran zaman sekarang.

Sejarah tentang Dzulkarnain ini ada dalam sejarah Yahudi kerana dikatakan Dzulkarnain adalah raja yang telah membebaskan kaum Yahudi yang pernah dihambakan oleh kaum yang lain. Jadi mereka memandang tinggi kepada Dzulkarnain ini. Sebab itulah, antara soalan yang mereka suruh Musyrikin Mekah tanya kepada Nabi Muhammad adalah tentang beliau.

 قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا

Katakanlah: Aku akan bacakan ke atas kamu dari Quran ini sebagai satu peringatan buat kamu; Nabi akan membacakan sedikit dari kisah tentang Dzulkarnain itu sebagai peringatan. Maknanya, akan diceritakan sedikit, bukan semua sekali. Sebab itu, tidak diberikan informasi yang mendalam tentang siapakah sebenarnya beliau. Kerana, siapakah dia sebenarnya tidak penting. Yang penting adalah pengajaran yang boleh diambil dari kisahnya.

Dzulkarnain adalah seorang raja yang memerintah dengan adil. Menggunakan syariat agama Islam. Tidak dapat dipastikan apakah status beliau. Kerana ada ayat-ayat yang menunjukkan Allah berfirman kepada beliau. Persoalannya, adakah dalam bentuk wahyu atau ilham sahaja? Itu tidak dapat dipastikan. Yang kita pegang adalah beliau adalah orang yang baik dan beragama Islam (Islam waktu itu).

———————————————————————————

Ayat 84: 

18:84
Transliteration

ʾinnā makkannā lahū fī l-ʾarḍi wa-ʾātaynāhu min kulli shayʾin sababa

Sahih International

Indeed We established him upon the earth, and We gave him to everything a way.

Malay

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ

Sesungguhnya Kami telah menetapkan baginya; menetapkannya untuk jadi raja dan mempunyai kekuasaan.

 فِي الْأَرْضِ

di atas mukabumi ini; Dzulkarnain telah diberi kekuasaan di bumi ini. Kekuasaan yang diberikan kepadanya seperti berupa bala tentera, peralatan perang dan benteng. Dia menguasai timur dan barat dan banyak negeri yang tunduk kepadanya.

وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

dan Kami beri jalan kepadanya dari segala sesuatu untuk menjayakan apa yang diperlukannya; jalan untuk dia memerintah dengan mudah. Dengan diberikan kepadanya kekayaan, kekuatan, tentera dan sebagainya. Ada yang kata, maksud jalan disini adalah ilmu pengetahuan. Ada pula yang kata dia diberi ilmu untuk mengetahui bahasa.

————————————————————————————-

Ayat 85:

18:85
Transliteration

fa-ʾatbaʿa sababa

Sahih International

So he followed a way

Malay

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Lalu dia mengikuti satu jalan; Dzulkarnain adalah seorang raja yang menyebar agama dia berjihad fi sabilillah dengan tenteranya. .

—————————————————————————————-

Ayat 86:

18:86
Transliteration

ḥattā ʾidhā balagha maghriba sh-shamsi wajadahā taghrubu fī ʿaynin ḥamiʾatin wa-wajada ʿindahā qawman qulnā yā-dhā l-qarnayni ʾimmā ʾan tuʿadhdhiba wa-ʾimmā ʾan tattakhidha fīhim ḥusna

Sahih International

Until, when he reached the setting of the sun, he found it [as if] setting in a spring of dark mud, and he found near it a people. Allah said, “O Dhul-Qarnayn, either you punish [them] or else adopt among them [a way of] goodness.”

Malay

Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ

Sehingga dia sampai ke satu tempat tenggelamnya matahari; iaitu di sebelah barat kerana matahari tenggelam di sebelah barat. Tidak diceritakan dimanakah tempatnya.

Bukanlah nak kata yang memang matahari itu betul-betul tenggelam. Itu adalah mustahil. Inilah adalah peribahasa sahaja. Macam kita kata tentang negara Jepun kita katakan ianya adalah negara ‘matahari terbit.’ Bukanlah matahari betul-betul terbit dari negara Jepun pula.

Ini penting kerana ada orientalis yang mengatakan Quran memberikan fakta yang silap tentang sains dengan mengatakan matahari terbenam di tempat yang dikatakan Dzulkarnain telah sampai ini.

 وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ

Dan dia dapati tempat tenggelamnya matahari itu ke dalam laut yang berlumpur hitam; Ibn Abbas menafsirkan maksudnya adalah sesuatu yang berlumpur hitam; Manakala dikemukakan oleh Hasan al Basri bahawa Dzulkarnain mendapati ianya terbenam di laut yang panas.

 وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا

Dan dia jumpa satu kaum; iaitu satu umat yang besar dari Bani Adam.

قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ

Kami memberi ilham kepada Dzulkarnain: Wahai Dzulkarnain; kerana dia bukan seorang Nabi, jadi kita boleh agak bahawa perantaraan Allah adalah dengan belliau adalah Allah memberi ilham kepadanya.

 إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ

Samada kamu hendak menyeksa mereka; Allah memberi pilihan kepada Dzulkarnain. Dzulkarnain telah diberi kekuasaan oleh Allah untuk mengatur mereka dan menjalankan hukum kepada mereka. Ini kerana dia telah berjaya menawan negara mereka dan selalunya terpulang kepada yang menawan untuk melakukan apa sahaja kepada yang ditawan.

 وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

Atau kamu jadikan untuk mereka kebaikan; iaitu mengajar tentang agama kepada mereka. Kaum itu sudah mendapat ilmu tauhid tapi mereka telah derhaka. Jadi, terpulang kepada Dzulkarnain samada hendak bunuh mereka atau tabligh lagi kepada  mereka.

———————————————————————————

Ayat 87:

18:87
Transliteration

qāla ʾammā man ẓalama fa-sawfa nuʿadhdhibuhū thumma yuraddu ʾilā rabbihī fa-yuʿadhdhibuhū ʿadhāban nukra

Sahih International

He said, “As for one who wrongs, we will punish him. Then he will be returned to his Lord, and He will punish him with a terrible punishment.

Malay

Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ

Dzulkarnain berkata: Adapun orang-orang yang zalim dan buat syirik itu; zalim dalam ayat ini bermaksud berbuat syirik.

 فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ

kelak kami akan menyeksanya; dengan membunuh mereka

 ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ

Kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya

 فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا

lalu dia akan diazab pula oleh Tuhannya dengan azab yang dahsyat.

————————————————————————————

Ayat 88:

18:88
Transliteration

wa-ʾammā man ʾāmana wa-ʿamila ṣāliḥan fa-lahū jazāʾan-i l-ḥusnā wa-sa-naqūlu lahū min ʾamrinā yusra

Sahih International

But as for one who believes and does righteousness, he will have a reward of Paradise, and we will speak to him from our command with ease.”

Malay

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.

وَأَمَّا مَنْ آمَنَ

Dan adapun orang-orang yang beriman

 وَعَمِلَ صَالِحًا

dan yang beramal soleh

 فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَىٰ

baginya balasan yang baik;

 وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا

Dan kami akan kata (ajar) dari ajaran agama ini dengan syariat yang mudah-mudah; ajar yang mudah-mudah sahaja kepada mereka sebab ini bukan kaum yang bertamadun sangat. Bermakna, kalau orang kafir itu tidak mahu mendengar juga ajakan agama, maka mereka hendaklah dibunuh.

Atau ia bermakna, Dzulkarnain akan memerintah mereka dengan lemah lembut. Bercakap dengan cara yang baik kepada mereka.

———————————————————————————-

Ayat 89:

18:89
Transliteration

thumma ʾatbaʿa sababa

Sahih International

Then he followed a way

Malay

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

Kemudian dia ikuti jalan yang lain; Selepas dia telah menetapkan kerajaan dan pemerintahan yang adil di tempat yang pertama itu, dia telah meneruskan perjalanannya. Iaitu dia berjalan ke Timur pula. Kali ini di kawasan Asia.

Sepanjang perjalanan dari Barat tadi, dia akan menyeru penduduk negeri-negeri yang dalam perjalanan itu untuk beriman kepada Allah. Jika mereka ada yang menolak seruannya, mereka akan dikuasai dan dihalalkan harta mereka kepadanya dan digunakan untuk menyebarkan dakwah beliau.

————————————————————————————

Ayat 90:

18:90
Transliteration

ḥattā ʾidhā balagha maṭliʿa sh-shamsi wajadahā taṭluʿu ʿalā qawmin lam najʿal lahum min dūnihā sitra

Sahih International

Until, when he came to the rising of the sun, he found it rising on a people for whom We had not made against it any shield.

Malay

Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ

Apabila dia sampai ke tempat matahari terbit; Ini adalah kawasan di benua timur, mungkin termasuklah negeri Cina, Jepun dan lain-lain. Tidak dinyatakan dengan tepat dimanakah negeri itu.

 وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا

dia dapati matahari terbit kepada satu kaum yang belum Kami jadikan bagi mereka tutupan dari matahari; bermakna mereka itu adalah orang asli. Pakaian atau rumah pun tiada. Atau kalau ada rumah, rumah itu tidak ada atap untuk menutup mereka dari panahan cahaya matahari yang terik. Mereka itu adalah kaum yang belum ada tamadun. Mereka tinggal di dalam gua dan makanan mereka adalah ikan. Di negeri mereka juga tidak ada gunung untuk melindungi dari sinar matahari. Maka, apabila matahari terbit, mereka akan masuk ke dalam gua mereka.

——————————————————————————

Ayat 91:

18:91
Transliteration

ka-dhālika wa-qad ʾaḥaṭnā bi-mā ladayhi khubra

Sahih International

Thus. And We had encompassed [all] that he had in knowledge.

Malay

Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

Demikianlah, Kami liputi disisinya pengetahuan; Dzulkarnain juga mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak bukan hanya kekuasaan sahaja yang dia ada. Ilmu itu diberi oleh Allah kepada beliau.

Perkataan كَذَٰلِكَ yang digunakan mengisyaratkan, sepertimana Allah telah mengajar beliau untuk memerintah kaum yang sebelum itu, begitu jugalah beliau diajar untuk memerintah kaum yang berada di negeri matahari terbit ini.

———————————————————————————

Ayat 92:

18:92
Transliteration

thumma ʾatbaʿa sababa

Sahih International

Then he followed a way

Malay

kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

Kemudian dia mengikuti jalan yang lain; kali ini dia pergi ke utara pula.

————————————————————————–

Ayat 93: 

18:93
Transliteration

ḥattā ʾidhā balagha bayna s-saddayni wajada min dūnihimā qawman lā yakādūna yafqahūna qawla

Sahih International

Until, when he reached [a pass] between two mountains, he found beside them a people who could hardly understand [his] speech.

Malay

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ

Sehingga dia sampai pada satu kawasan yang berada diantara dua gunung;

Apabila perkataan سَّدَّ digunakan, ianya bermaksud gunung yang ada air yang lalu ditepinya.

وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا

dan dia dapati di sebelah gunung itu satu kaum;

 لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا

yang mereka hampir tidak memahami perkataan yang mereka pertuturkan; kerana mereka menggunakan bahasa yang pelik. Lain dari bahasa orang lain kerana jauhnya kedudukan mereka dari bangsa lain. Walaubagaimanapun, mereka berjaya berkomunis juga akhirnya – mungkin menggunakan bahasa isyarat.

———————————————————————————–

Ayat 94: 

18:94
Transliteration

qālū yā-dhā l-qarnayni ʾinna yaʾjūja wa-maʾjūja mufsidūna fī l-ʾarḍi fa-hal najʿalu laka kharjan ʿalā ʾan tajʿala baynanā wa-baynahum sadda

Sahih International

They said, “O Dhul-Qarnayn, indeed Gog and Magog are [great] corrupters in the land. So may we assign for you an expenditure that you might make between us and them a barrier?”

Malay

Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ

Mereka berkata: Wahai Dzulkarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj merosakkan mukabumi; kadang-kadang Ya’juj dan Ma’juj akan datang mengambil makanan mereka dan bunuh tanaman mereka. Kaum itu mengadu kepada Dzulkarnain. Mereka lihat bahawa Dzulkarnain berkemampuan untuk membantu mereka.

 فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Maka bolehkah kami nak beri kamu upah bayaran untuk menjadikan antara kami dan mereka itu satu dinding; Mereka berniat untuk mengumpulkan harta di kalangan mereka untuk diberikan kepada Dzulkarnain untuk buat tembok besar untuk memisahkan antara mereka dan Ya’juj Ma’juj.

Banyaklah pendapat yang dikeluarkan untuk menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan tempat itu, dan siapakah yang Ya’juj dan Ma’juj itu. Antaranya mengatakan mereka itu datang dari negara China dan tembok yang dimaksudkan adalah Tembok Besar China. Itu adalah tidak benar berdasarkan dari kajian sejarah.

———————————————————————————–

Ayat 95:

18:95
Transliteration

qāla mā makkannī fīhi rabbī khayrun fa-ʾaʿīnūnī bi-quwwatin ʾajʿal baynakum wa-baynahum radma

Sahih International

He said, “That in which my Lord has established me is better [than what you offer], but assist me with strength; I will make between you and them a dam.

Malay

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ

Dzulkarnain berkata: Apa yang dianugerahkan kepadaku oleh Tuhanku lebih baik dari upah itu; apa yang dia dapat dari segi kekayaan dan kekuasaan dari Allah adalah lebih lagi. Jadi dia nak kata, tak payahlah nak beri upah kepadanya. Dia akan buat dengan percuma.

فَأَعِينُونِي

Tapi kamu tolonglah aku; Dzulkarnain pun minta tolong juga walaupun dia seorang raja. Kerana penduduk tempat itu ada kemahiran juga, cuma mereka tak tahu nak buat macam mana. Dzulkarnain pula datang dengan tenteranya sahaja. Jadi, tidak ada bahan mentah dan pembina-pembina yang datang bersamanya.

بِقُوَّةٍ

dengan kekuatan; dengan tenaga buruh dan alat perkakas binaan. Kerana dia datang dengan tentera sahaja.

 أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

Dengannya aku akan jadikan antara kamu dan mereka, satu dinding.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan رَدْمًا bukan sahaja bermaksud ‘dinding’. Ianya adalah dua lapis tembok yang ada pasir diantaranya. Dengan adanya pasir itu, tembok itu dapat menghadapi gegaran gempa bumi.

————————————————————————————

Ayat 96:

18:96
Transliteration

ʾātūnī zubara l-ḥadīdi ḥattā ʾidhā sāwā bayna ṣ-ṣadafayni qāla nfukhū ḥattā ʾidhā jaʿalahū nāran qāla ʾātūnī ʾufrigh ʿalayhi qiṭra

Sahih International

Bring me sheets of iron” – until, when he had leveled [them] between the two mountain walls, he said, “Blow [with bellows],” until when he had made it [like] fire, he said, “Bring me, that I may pour over it molten copper.”

Malay

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ

Datangkan kepadaku kepingan-kepingan besi; dari ayat ini, kita dapat tahu bahawa struktur asas binaan dinding itu adalah dari besi.

 حَتَّىٰ إِذَا سَاوَىٰ بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ

sehinggalah terkumpul besi itu dengan ketingian sama dengan puncak dua gunung itu; kepingan besi itu diikat sampai sama tinggi dengan puncak gunung. Maknanya, besar betul binaan itu.

 قَالَ انْفُخُوا

Dzulkarnain berkata: “tiuplah/bakarlah besi itu”; tiup menggunakan alat tiupan supaya nyalaan itu menyala membakar besi itu.

 حَتَّىٰ إِذَا جَعَلَهُ نَارًا

sehingga kepingan itu jadi macam api; besi itu jadi merah menyala.

قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا

Dzulkarnain berkata: Datangkan kepadaku tembaga cair supaya aku tuangkan ke struktur besi itu; struktur dinding itu adalah dari besi dan Dzulkarnain telah melepanya dengan tembaga cair. Bahan mentah untuk buat dinding itu datang dari penduduk disitu, tapi ilmu pembinaan itu dari Dzulkarnain. Mereka mungkin kaum yang primitif, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak buat tembok itu.

Dengan adanya tembaga meliputi besi itu, tidak akan berkaratlah dinding itu. Dan dinding itu licin supaya mereka tidak boleh panjat dinding tembok itu.


Ayat 97: Apabila telah dibina dinding itu –

18:97
Transliteration

fa-mā sṭāʿū ʾan yaẓharūhu wa-mā staṭāʿū lahū naqba

Sahih International

So Gog and Magog were unable to pass over it, nor were they able [to effect] in it any penetration.

Malay

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ

Maka mereka tidak dapat memanjat dinding tembok itu; 

 وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

dan tidak dapat mereka menebuknya; Mereka tidak dapat nak tebuk kerana ianya telah dilepa dengan tembaga yang kuat. Dalam hadis Nabi, dari masa dibina dinding itu, sampai sekarang, Ya’juj Ma’juj asyik menebuk dinding itu. Mereka rajin benar dalam kerja mereka itu. Apabila petang, mereka tinggalkan apa yang mereka telah buat itu. Malamnya malaikat tutup balik pecahan yang mereka buat itu. Esoknya mereka sambung balik. Semasa zaman Nabi, mereka dah nampak bukaan sebesar duit syiling. Tapi akhirnya telah ditutup balik.

Sehingga akhir zaman, dinding itu ditakdirkan akan pecah. Iaitu apabila ada antara kaum Ya’juj dan Ma’juj itu yang kata: “In sha Allah, esok akan pecah dinding ini”. Maka, disebabkan oleh kata ‘in sha Allah’ mereka itu, Allah akan bantu mereka untuk melubangi dinding tembok itu. Maka mereka akan keluar berduyun-duyun dari gunung-gunung dengan banyak sekali dan cepat sekali. Ianya akan terjadi pada zaman sesudah Nabi Isa diturunkan semula. Mereka akan bunuh dan makan manusia selain dari tanaman-tanaman. Dan manusia tidak boleh berurusan dengan mereka. Tak boleh nak runding dengan mereka untuk berdamai.

Imam Ahmad ada meriwayatkan dari isteri Nabi: Nabi pernah bangun tidur dengan muka merah seraya bersabda: “Tidak ada ilah selain Allah. Celaka bagi bangsa Arab kerana sungguh telah dekat suatu keburukan. Pada hari ini telah terbuka sedikit dinding penyumbat Ya’juj dan Ma’juj, sebesar ini” – dan baginda membuat lingkaran – Kemudian kutanya: “Ya Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedang di tengah-tengah kami ada orang yang soleh?” Baginda menjawab: “Ya, jika semakin banyak kejahatan dan keburukan.”

Balaghah: Hazf wa zikru: jenis الإختزال (al-ikhtizal).

Dimana ada hazafkan huruf dalam lafaz ayat Quran. Ini seumpama penggunaan shorthand. Ada hazaf dari fi’il. Dibuang huruf untuk menunjukkan peristiwa itu lebih kecil atu kurang dari segi kuantiti; atau masa kejadian itu lebih pendek. Sebagai contoh, kalaulah penggunaan al-ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu, kalau digunakan kalimah ‘makan’, itu bermaksud makan yang biasa. Tetapi, kalau buang huruf n dan perkataan makan itu jadi ‘maka’, maksudnya makan yang sekejap sahaja tidak seperti biasa, atau makan sikit sangat tidak seperti biasa. Tapi tidaklah penggunaan ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu.

Ada dua kalimah dalam ayat ini yang lebih kurang sama tapi ada kelainan sikit. Mulanya kalimah اسْطَاعُوا dan kemudian اسْتَطَاعُوا. Wazannya sama, terjemah ke dalam Bahasa Melayu pun sama juga. Tapi kenapa lain? Satu اسْطَاعُوا digunakan untuk aktiviti memanjat tembok itu dan satu lagi اسْتَطَاعُوا digunakan untuk menebok tembok itu. Dari segi bahasa, sepatutnya lafaz اسْتَطَاعُوا adalah dalam wazan yang lengkap. Tapi ada hazaf huruf ت dalam lafaz اسْطَاعُوا yang menunjukkan elemen pengurangan. Oleh kerana kurangnya dalam lafaz اسْطَاعُوا dalam menyebut tentang memanjat, bermaksud lebih senang memanjat dari menebuk dinding itu. Ini adalah kerana dinding itu amat keras dan kalau dibandingkan menebuk dengan memanjat, lebih senang memanjat. Memang kedua-duanya memang susah, tapi lebih susah lagi kalau menebuk.


Ayat 98:

18:98
Transliteration

qāla hādhā raḥmatun min rabbī fa-ʾidhā jāʾa waʿdu rabbī jaʿalahū dakkāʾa wa-kāna waʿdu rabbī ḥaqqa

Sahih International

[Dhul-Qarnayn] said, “This is a mercy from my Lord; but when the promise of my Lord comes, He will make it level, and ever is the promise of my Lord true.”

Malay

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي

Dzulkarnain berkata: Dinding ini adalah suatu rahmat dari Tuhanku.

Lihatlah bagaimana beradabnya Dzulkarnain. Dia telah membantu untuk membina tembok itu, tapi dia kata dengan rahmat Allah lah tembok itu boleh terjadi. Dia tidak kata dia yang bina. Dia tidak berbangga dengan hasil usahanya. Dia memulangkan usahanya itu kepada Allah.

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ

Dan apabila datang janji Tuhanku, nescaya Allah akan jadikan dinding ini hancur;

 وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا

Dan adalah janji Tuhanku benar; pasti Dia akan buat. Pasti tembok itu akan pecah dan hancur. Sebagaimana pastinya hari Kiamat itu akan berlaku seperti yang dijanjikan Allah, begitu jugalah tembok itu akan pecah.

————————————————————————————–

Ayat 99:

18:99
Transliteration

wa-taraknā baʿḍahum yawmaʾidhin yamūju fī baʿḍin wa-nufikha fī ṣ-ṣūri fa-jamaʿnāhum jamʿa

Sahih International

And We will leave them that day surging over each other, and [then] the Horn will be blown, and We will assemble them in [one] assembly.

Malay

Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

 وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ

Dan Kami tinggalkan sebahagian mereka bercampur baur pada hari itu; Pada hari yang ditakdirkan Ya’juj dan Ma’juj dapat keluar, akan bercampur antara manusia biasa dan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka begitu ramai sampai dibayangkan mereka seperti ombak yang membelah pantai. Mereka akan melakukan kerosakan kepada harta manusia dan segala sesuatu yang mereka miliki. Tidak pernah terjadi kejadian macam itu. Itu akan terjadi sebelum kiamat dan setelah keluar Dajjal. Apabila Ya’juj Ma’juj telah keluar, itu adalah tanda tidak lama lagi akan kiamat.

 وَنُفِخَ فِي الصُّورِ

Maka Kami akan tiupkan sangkakala; Akan ditiupkan sangkakala untuk mematikan semua makhluk sekali. Setelah semuanya hancur, mereka akan dikumpulkan.

 فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا

Kami akan kumpulkan mereka bersama; akan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Ini adalah tentang kiamat. Ringkas sahaja diceritakan di sini. Sebab di tempat lain, banyak diceritakan dengan panjang lebar.

————————————————————————-

Ayat 100:

18:100
Transliteration

wa-ʿaraḍnā jahannama yawmaʾidhin li-l-kāfirīna ʿarḍa

Sahih International

And We will present Hell that Day to the Disbelievers, on display –

Malay

Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

Dan Kami perlihatkan neraka jahanam pada hari itu kepada orang-orang kafir dengan sejelas-jelasnya; Neraka akan ditarik keluar oleh malaikat ke Mahsyar. Dipanaskan sekali ganda kehangatan biasa. Dan manusia akan mendengar neraka itu menggelegak.

Di dalam Sahih Muslim, ada diriwayatkan dari Ibn Mas’ud, Nabi bersabda: “Jahannam akan didatangkan, pada hari Kiamat kelak ia punya tujuh ribu tali, yang setiap pegangan terdapat tujuh puluh ribu malaikat yang menariknya.”

—————————————————————————————-

Ayat 101:

18:101
Transliteration

alladhīna kānat ʾaʿyunuhum fī ghiṭāʾin ʿan dhikrī wa-kānū lā yastaṭīʿūna samʿa

Sahih International

Those whose eyes had been within a cover [removed] from My remembrance, and they were not able to hear.

Malay

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ

Iaitu orang-orang yang mata mereka dulu dalam tutupan; mereka lalai dan leka dari menerima pengajaran,

  عَنْ ذِكْرِي

dari Quran Kami atau dari peringatan Kami; samada pengajaran dari Quran atau dari mana-mana guru yang mengajar. Mata mereka macam tertutup. Tidak boleh melihat kebenaran.

 وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

Dan mereka tidak dapat mendengar; tidak dapat mendengar wahyu dari Allah. Bila dibacakan ayat Quran kepada mereka, mereka tidak dapat terima. Kerana telinga mereka bagai ditutup. Macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

———————————————————————————-

Ayat 102:

18:102
Transliteration

ʾa-fa-ḥasiba lladhīna kafarū ʾan yattakhidhū ʿibādī min dūnī ʾawliyāʾa ʾinnā ʾaʿtadnā jahannama li-l-kāfirīna nuzula

Sahih International

Then do those who disbelieve think that they can take My servants instead of Me as allies? Indeed, We have prepared Hell for the disbelievers as a lodging.

Malay

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي

Apakah orang-orang kafir menyangka mereka boleh mengambil hamba-hambaKu; 

Mereka sangka mereka boleh meminta pertolongan kepada selain dari Allah.

مِنْ دُونِي

selain daripadaKu;

iaitu para wali, para Nabi dan para malaikat.

أَوْلِيَاءَ

sebagai pemimpin-pemimpin, pelindung-pelindung, pembantu-pembantu?;

inilah yang dinamakan tawassul, iaitu ‘perantaraan’. Ini dilakukan selalunya dengan memberi salam kepada mereka. Macam orang kita sekarang, banyak mengambil Nabi Muhammad sebagai perantara. Selain dari itu mereka juga menggunakan Nabi-nabi lain sebagai perantara, wali-wali seperti Sheikh Abdul Qadir Jailani dan lain-lain.

 إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ

Sesungguhnya Kami sediakan Neraka Jahannam kepada orang kafir

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita bahawa kalau bertawasul kepada makhluk, akan menjadikan seseorang itu kafir.

نُزُلًا

sebagai tempat tinggal; Kepada mereka yang sangka boleh meminta tolong kepada selain dari Allah, maka Allah sedikan Neraka Jahannam kepada mereka.

———————————————————————————–

Ayat 103:

18:103
Transliteration

qul hal nunabbiʾukum bi-l-ʾakhsarīna ʾaʿmāla

Sahih International

Say, [O Muhammad], “Shall we [believers] inform you of the greatest losers as to [their] deeds?

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ

Katakanlah kepada mereka: Mahukah Kami khabarkan kepada kamu 

 بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

tentang mereka yang paling rugi dalam amalan-amalan mereka? 

————————————————————————————-

Ayat 104:

18:104
Transliteration

alladhīna ḍalla saʿyuhum fī l-ḥayāti d-dunyā wa-hum yaḥsabūna ʾannahum yuḥsinūna ṣunʿa

Sahih International

[They are] those whose effort is lost in worldly life, while they think that they are doing well in work.”

Malay

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Iaitu orang-orang yang sia-sia sahaja usaha gigih mereka dalam kehidupan dunia; sia-sia sahaja ibadat syirik dan ibadat-ibadat bidaah yang mereka buat selama mereka di dunia dulu. Mereka bersusah payah melakukan ibadat-ibadat itu dulu. Ibadat syirik adalah seruan-seruan yang diberikan kepada selain dari Allah taala. Contohnya, menyeru Nabi dan malaikat, yang banyak diamalkan oleh masyarakat kita sekarang. Ibadat bidaah pula adalah ibadat yang tidak diajar oleh Nabi.

Jikalau mereka masih berada dalam syirik, apa-apa sahaja amalan yang mereka lakukan, walaupun amalan yang sunnah, pun tidak diterima. Kerana syarat untuk sesuatu amalan ibadah diterima adalah orang itu mesti Islam. Kalau dia ada lagi syirik dalam hatinya dan perbuatannya, dia belum lagi beriman – belum lagi Islam.

 وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

Dan mereka menyangka mereka sudah buat usaha yang terbaik; contohnya mereka bersusah payah sambut maulid Nabi. Buat makan, panggil orang zikir dan doa, baca puisi kepada Nabi. Mereka ingat itu adalah amalan yang baik. Mereka ingat mereka dah buat perkara yang memberi pahala kepada mereka. Itu semua adalah usaha sia-sia kerana itu adalah amalan bidaah. Sahabat dan ulama salaf tidak pernah buat dan menganjurkan amalan itu. Kalau ianya adalah amalan yang baik, sudah tentu mereka akan buat dulu kerana mereka amat kuat beribadah.

Dan dalam amalan itu ada perbuatan syirik kerana mereka akan bertawasul kepada Nabi. Mereka ingat dengan mereka memuja Nabi, Nabi akan ingat mereka dan akan memberikan syafaat kepada mereka. Padahal, Nabi tidak berkuasa untuk memberi syafaat. Nabi Muhammad hanya menyampaikan syafaat kepada mereka yang layak menerima syafaat sahaja. Kalau Nabi Muhammad boleh menentukan siapa yang menerima syafaat, tentulah Nabi akan memberikan syafaat kepada bapa saudaranya, Abu Talid. Kerana dia amat sayang kepada Abu Talib dan beliau telah banyak membantu baginda dalam dakwah baginda. Abu Talib juga telah banyak memberi perlindungan kepada Nabi semasa di Mekah.

Mereka berbangga dengan amalan-amalan yang mereka buat. Tapi kesian, kerana sia-sia sahaja amalan-amalan mereka itu.

work: صُنْعًا

————————————————————————————

Ayat 105:

18:105
Transliteration

ʾulāʾika lladhīna kafarū bi-ʾāyāti rabbihim wa-liqāʾihī fa-ḥabiṭat ʾaʿmāluhum fa-lā nuqīmu lahum yawma l-qiyāmati wazna

Sahih International

Those are the ones who disbelieve in the verses of their Lord and in [their] meeting Him, so their deeds have become worthless; and We will not assign to them on the Day of Resurrection any importance.

Malay

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

أُولَٰئِكَ

Orang yang bersifat seperti ini; iaitu orang-orang yang buat syirik dan buat amalan ibadat yang bidaah,

 الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ

ialah mereka-mereka yang kufur dengan ayat-ayat Tuhan mereka; 

وَلِقَائِهِ

dan kufur dengan perjumpaan denganNya;

 فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ

Maka gugur semua amal ibadat mereka; yang syirik dan bidaah itu

 فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

Maka Kami tidak buat baginya pertimbangan pada hari kiamat sebarang timbangan; tidak ada satu benda yang boleh dibuat dikira. Tidak ada amal ibadat yang layak untuk ditimbang. Kerana ibadat mereka adalah ibadat yang syirik dan bidaah. Bidaah sebenarnya adalah satu kerja yang mengganti kerja Nabi. Kerana yang sepatutnya memberitahu manusia tentang amal ibadat adalah kerja Nabi. Dan mereka yang buata amal ibadah yang syirik dan bidaah adalah menipu atas nama Allah, bila dia kata Tuhan akan beri pahala pada amalan itu, padahal Allah tak pernah cakap. Atau apabila mereka kata amalan mereka itu walaupun Nabi tak buat tapi ianya adalah ‘bidaah hasanah’, padahal Nabi tidak pernah kata tentang amalan bidaah hasanah itu. Status bidaah hasanah itu mereka sendiri yang letak.

———————————————————————————-

Ayat 106:

18:106
Transliteration

dhālika jazāʾuhum jahannamu bi-mā kafarū wa-ttakhadhū ʾāyātī wa-rusulī huzuwa

Sahih International

That is their recompense – Hell – for what they denied and [because] they took My signs and My messengers in ridicule.

Malay

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ

Demikian balasan bagi mereka iaitu Neraka Jahannam; 

 بِمَا كَفَرُوا

terhadap apa yang mereka dulu engkar dan kufur; Mereka buat tak endah kepada larangan-larangan dalam ayat-ayat Quran. Itu semua adalah kerana mereka tidak mahu belajar tafsir Quran. Kerana kalau mereka belajar, mereka akan faham apakah yang mereka baca.

 وَاتَّخَذُوا آيَاتِي

Mereka mengambil ayat-ayatKu; macam-macam ayat mereka baca sebagai amalan mereka. Surah Yaasin, ayat Kursi dan macam-macam lagi. Tapi sebelum mereka baca ayat-ayat itu, mereka akan baca tawasul kepada Nabi, Wali dan Malaikat dulu. Jadi, apabila mereka buat macam itu, mereka telah mempersendakan ayat Quran. Kerana ada ayat Quran juga yang melarang perbuatan mereka itu.

Mereka memang ada pakai ayat Quran tapi ayat Quran itu sebenarnya diejek-ejek oleh mereka tanpa mereka sedari. Kerana mereka membacakan ayat Quran yang jelas melarang perbuatan yang mereka lakukan itu. Contohnya, mereka baca ayat Quran yang melarang melakukan tawasul yang salah (kerana ada tawasul yang benar), tapi dalam masa yang sama, mereka sendiri mengamalkan tawasul. Itu seperti mengejek ayat Quran – mereka baca tapi mereka berbuat yang sebaliknya dari yang dilarang oleh ayat itu.

وَرُسُلِي

dan rasul-rasul yang mengajar ayat itu; Nabi juga dipersenda. Kerana mereka kata Nabi Muhammad adalah rasul mereka, tapi suruhan Nabi mereka tak ikut, larangan Nabi mereka buat. Bukankah itu mengejek namanya?

هُزُوًا

sebagai ejek-ejekan.

——————————————————————————-

Ayat 107:

18:107
Transliteration

ʾinna lladhīna ʾāmanū wa-ʿamilū ṣ-ṣāliḥāti kānat lahum jannātu l-firdawsi nuzula

Sahih International

Indeed, those who have believed and done righteous deeds – they will have the Gardens of Paradise as a lodging,

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا

Adapun orang-orang yang beriman; iaitu orang-orang yang beriman ‘sempurna’, tidak ada syirik kepada Allah.

 وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

Dan beramal amalan yang soleh; iaitu amalan yang diambil dari ajaran Nabi. Tidak buat amalan yang bidaah. Yang diambil dalilnya dari Quran dan Sunnah. Atau dari amalan sahabat-sahabat Nabi.

 كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ

bagi mereka syurga-syurga Firdaus; Alangkah beruntungnya mereka. Apabila kita berdoa untuk masuk syurga, mohonlah untuk masuk Syurga Firdaus. Nabi telah bersabda: “Jika kalian memohon syurga kepada Allah, maka mintalah kepadaNya Syurga Firdaus, kerana ia merupakan syurga yang paling tengah sekaligus syurga paling tinggi, dan darinya sungai-sungai syurga mengalir.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

نُزُلًا

sebagai tempat tinggal;

———————————————————————————

Ayat 108:

18:108
Transliteration

khālidīna fīhā lā yabghūna ʿanhā ḥiwala

Sahih International

Wherein they abide eternally. They will not desire from it any transfer.

Malay

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

خَالِدِينَ فِيهَا

Mereka kekal didalamnya; bukan duduk sekejap sahaja. Tapi selama-lamanya.

 لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

Dia tidak ingin keluar dari syurga itu; kalau kita di dunia sekarang, kalau ada kawan ajak keluar, kita keluar. Tapi di syurga nanti, nak keluar jumpa kawan pun tak mahu. Sebab sedang menikmati segala nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Walaupun dah lama duduk di dalam syurga nanti, penghuni syurga tidak akan rasa bosan dan tidak akan hendak berpindah darinya. Kalau kita di dunia, kalau dah lama duduk di sesuatu tempat, tentulah ada rasa nak pindah mana-mana, tapi ini tidak akan terjadi apabila tinggal dalam syurga nanti. Ini adalah kerana nikmat yang Allah berikan kepada manusia tidak akan sama. Akan berubah-ubah. Jadi manusia akan sentiasa ternanti-nanti apakah yang mereka akan dapat. Mereka tidak akan bosan di dalam syurga.

desire: يَبْغُونَ

transfer: حِوَلًا

—————————————————————————————-

Ayat 109:

18:109
Transliteration

qul law kāna l-baḥru midādan li-kalimāti rabbī la-nafida l-baḥru qabla ʾan tanfada kalimātu rabbī wa-law jiʾnā bi-mithlihī madada

Sahih International

Say, “If the sea were ink for [writing] the words of my Lord, the sea would be exhausted before the words of my Lord were exhausted, even if We brought the like of it as a supplement.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي

Katakanlah: Kalaulah lautan itu dijadikan dakwat untuk tulis kalimat-kalimat Tuhanku; Ambil satu kalimat sahaja dah cukup dah. Contohnya, perkataan ‘Rahmat’. Satu perkataan itu pun tak cukup hendak ditulis. Kerana makna kalimat itu amat luas.

Kalimat itu bermaksud hukum-hukumNya dan ayat-ayat yang menunjukkan kekuasaanNya. Juga PerbuatanNya, kerana Allah tidak pernah berhenti dari melakukan sesuatu. Setiap masa ada sahaja yang dilakukanNya.

 لَنَفِدَ الْبَحْرُ

sudah tentu akan habis kering lautan itu 

 قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي

sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku; sebelum habis tulis, seluruh air laut yang dijadikan dakwat itu akan kering.

وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

walaupun Kami datangkan dengan lautan yang sebanyak itu juga; 

————————————————————————————

Ayat 110:

18:110
Transliteration

qul ʾinnamā ʾana basharun mithlukum yūḥā ʾilayya ʾannamā ʾilāhukum ʾilāhun wāḥidun fa-man kāna yarjū liqāʾa rabbihī fa-l-yaʿmal ʿamalan ṣāliḥan wa-lā yushrik bi-ʿibādati rabbihī ʾaḥada

Sahih International

Say, “I am only a man like you, to whom has been revealed that your god is one God. So whoever would hope for the meeting with his Lord – let him do righteous work and not associate in the worship of his Lord anyone.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ

Katakanlah (Wahai Muhammad): Bahawasanya aku ini manusia biasa seperti kamu juga; Nabi Muhammad itu pun  manusia biasa juga. Bezanya cuma dia diberi wahyu dan kita tidak diberi wahyu. Bagaimana dengan kita sekarang pula? Kita adalah orang yang *belajar* wahyu Allah. Guru-guru sepatutnya belajar dan mengajar wahyu Allah. Tapi sekarang di masjid-masjid, kebanyakan guru yang mengajar itu tidak mula belajar pun lagi Quran 30 juzuk. Kalau mereka sendiri tidak belajar, bermakna mereka tidak memandang tinggi Quran. Kalau mereka tak belajar, mereka sendiri tidak faham agama. Bagaimanakah mereka hendak mengajar perkara yang benar kalau mereka sendiri tak tahu? Mereka itulah ulama yang jahat. Selalunya mereka hendak dapat duit sahaja. Tapi mereka mengaku sebagai ulama. Padahal Nabi kata dia tinggalkan Quran dan Hadis kepada kita supaya kita tidak sesat.

Bukan itu sahaja, mereka kata orang yang belajar Quran dan Hadis pula yang sesat. Contohnya, Quran melarang tawassul, tapi mereka pula yang menjadi kepala majlis-majlis yang mengamalkan tawassul. Maka, kita kena tanya ustaz-ustaz yang mengajar itu samada mereka dah belajar tafsir Quran 30 juzuk atau belum. Kerana itu adalah ilmu yang wajib dipelajari. Kemudian, dia kena sekurang-kurangnya habis belajar satu Kitab Hadis yang muktabar. Itulah sekurang-kurangnya kriteria seorang guru.

Ayat ini juga hendak menekankan bahawa Nabi tidak tahu apakah jawapan kepada soalan mereka yang bertanya kepadanya jikalau Allah tidak memberitahu kepada baginda. Ini menunjukkan Nabi tidak mengetahui perkara ghaib. Kalau Nabi sendiri pun tidak tahu, bagaimana ada yang kata guru-guru mereka mengetahui perkara ghaib? Adakah guru mereka lebih hebat dari Nabi?

Ayat ini juga sebagai dalil untuk mengatakan Nabi Muhammad itu adalah manusia. Tidak ada kelebihan melainkan apa yang diberikan oleh Nabi. Ini peting kerana ada yang mengatakan Nabi bukan manusia biasa. Ada yang sampai kepada tahap memuja Nabi. Ada juga yang sampai mengatakan Nabi Muhammad masih hidup lagi dan memantau apa yang terjadi dalam dunia ini. Ada juga masyarakat Islam kita yang jahil menyanyi dan melagukan Marhaban yang di dalamnya mengandungi bait-bait yang mengatakan Nabi Muhammad menghadiri majlis Marhaban mereka. Itu semua adalah pemahaman sesat. Mereka buat itu adalah kerana tidak faham apakah yang mereka baca itu kerana mereka jahil.

Dalam ayat ini, Nabi disuruh untuk mengajar kepada manusia bahawa segala pujian hanya untuk Allah sahaja. Jangan kita jadi macam masyarakat Kristian yang memuja Nabi Isa berlebihan sampaikan mereka memberikan taraf tuhan kepada baginda.

 يُوحَىٰ إِلَيَّ

Aku telah diberi wahyu; Nabi Muhammad telah diturunkan wahyu kepadanya. Kita pula yang belajar ini adalah penerima wahyu. Kita telah terima ajaran wahyu dari guru-guru kita. Dan kita akan mengajar kepada masyarakat balik.

أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ

Bahawasanya Tuhan kamu yang layak dipuja dan disembah adalah Tuhan yang satu, yang ada sifat Tuhan; Wali, Nabi dan Malaikat bukan Tuhan kerana mereka tidak ada sifat Tuhan. Benda-benda lain pun tidak ada sifat Tuhan. Seperti cincin, contohnya. Tapi ada manusia yang kata lepas mereka pakai cincin keramat, rezeki mereka naik. Padahal rezeki itu diberikan oleh Allah. Atau ada yang kata, selepas mereka dimandikan oleh seseorang untuk buang sial dia, kehidupannya sudah semakin baik. Itu semua adalah syirik. Kerana yang menyelesaikan masalah kita adalah Allah.

 فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ

Sesiapa yang berharap untuk berjumpa dengan Tuhannya,

Inilah pengharapan yang kita kena simpan dalam diri kita – untuk bertemu dengan Allah. Tidakkah kita ingin untuk bertemu dengan Allah yang telah menjadikan kita? Oleh itu berniatlah untuk bertemu dengan Allah kerana itulah nikmat yang paling besar sekali. Apabila kita berharap untuk bertemu dengan Allah, maka kita boleh menolak sifat kebendaan (materialism) dalam diri kita. Apabila kita telah menyemat keinginan itu dalam diri kita, keindahan dunia ini tidak membawa makna apa-apa. Ianya hanya sebagai satu tempat untuk kita berbuat amal supaya kita akan dibalas dengan baik di akhirat kelak. Tujuan hidup kita bukanlah di dunia ini, tapi untuk menuju kepada akhirat.

 فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا

Maka hendaklah dia buat amal soleh; iaitu amal ibadat yang datang dari Quran atau Hadis. Nak tahu samada seseorang itu mengamalkan sunnah atau tidak, tengok mereka selepas dibacakan iqamah. Adakah mereka angkat tangan doa atau tidak? Kalau mereka angkat baca doa selepas iqamah, bermakna mereka tak belajar lagi. Kerana tidak ada doa selepas iqamah. Tidak ada bacaan antara iqamah dan takbir imam. Kalau ada buat juga, ini sudah melawan Sunnah. Doa yang mereka bacakan itu sebenarnya adalah doa untuk azan, bukan iqamah kerana tidak ada doa selepas iqamah. Mereka qiyaskan bacaan doa azan itu kepada bacaan doa selepas iqamah. Tapi tidak ada qiyas dalam hal ibadat.

Tapi masyarakat buat kerana diajar oleh guru-guru agama yang tidak mengamalkan sunnah. Tapi golongan inilah yang menguasai suasana keagamaan sekarang. Merekalah yang dipanggil untuk mengajar umat manusia sekarang ini. Merekalah yang dipanggil untuk menjawab kemusykilan agama masyarakat di tv dan media lain. Tapi apa yang mereka ajarkan itu adalah salah.

وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Dan jangan sekali-kali dia mempersekutukan dalam ibadat kepada Tuhannya dengan satu orang pun; Maka, jangan bertawassul. Contohnya, bila makan ubat, baca nama Allah sahaja. Jangan sebut nama lain, termasuk nama Nabi Muhammad sekalipun. Kerana yang menyembuhkan kita adalah Allah, bukan Nabi Muhammad. Tapi manusia sekarang, nak makan ubat sahaja, baca selawat kepada Nabi. Jangan buat begitu. Jangan kongsi Allah dengan sesiapa pun.

Lompat ke surah seterusnya, surah Maryam.

===============================================================

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 018: al-Kahfi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tafsir Surah Kahfi Ayat 60 – 110

  1. akmal says:

    Alhamdulillah..sangat jelas huraian tentang tafsir dan tadabbur surah al kahfi..insyaallah,saya akan kongsikan ilmu ni kepada rakan2 saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s