Tafsir Surah Kahfi Ayat 32 – 59

Ayat 32: Ini adalah kisah tentang satu orang kafir yang menjadi kaya raya hasil dari bertani dan berniaga. Sama juga dengan orang-orang kaya dalam zaman ini. Kekayaan yang didapati oleh lelaki yang disebut dalam ayat ini adalah hebat. Apabila Allah beri contoh dalam Quran tentang satu perkara, samada dari segi kekayaan, kekuasaan, samada yang dia puji, samada kafir atau Islam, bermakna ia takkan berlaku lagi.

Sebelum ini telah disampaikan tentang penghuni neraka dan penghuni syurga. Sekarang Allah memberi contoh apa yang berlaku dalam dunia ini sekarang.

18:32

Transliteration
wa-ḍrib lahum mathalan rajulayni jaʿalnā li-ʾaḥadihimā jannatayni min ʾaʿnābin wa-ḥafafnāhumā bi-nakhlin wa-jaʿalnā baynahumā zarʿan

Sahih International

And present to them an example of two men: We granted to one of them two gardens of grapevines, and We bordered them with palm trees and placed between them [fields of] crops.

Malay

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا

Dan buatlah satu contoh bandingan kepada manusia;

Satu contoh bandingan mestilah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan keadaan semasa. Apa yang Allah sampaikan ini adalah perkara yang terjadi pada zaman dulu tapi boleh dikaitkan dengan zaman sekarang.

Dunia memandang kejayaan seseorang manusia itu dari kekayaan mereka. Begitulah dunia dulu dan sekarang pun. Kalau orang ada harta, kita pandang tinggi padanya. Kalau seseorang itu kaya, kadang-kadang ada yang bangga diri. Sampai mereka memandang rendah kepada orang lain. Padahal, apa yang mereka ada itu, semuanya dari Allah. Allah menceritakan tentang situasi ini dengan memberikan perumpamaan dua orang lelaki yang berjiran. Seorang kaya dan seorang miskin.

رَجُلَيْنِ

Tentang dua orang lelaki; seorang kafir dan seorang Islam. Ada juga yang kata dua-dua orang itu adalah Muslim. Cuma seorang yang baik, seorang tidak.

جَعَلْنَا لِأَحَدِهِمَا

Kami jadikan bagi salah seorang dari keduanya; iaitu salah seorang dari dua orang lelaki yang disebut dalam kisah ini. Lelaki ini bukan seorang yang beriman.

Dalam ayat ini, digunakan perkataan جَعَلْنَا (Kami jadikan) – bermakna, Allah kata Dia yang jadikan. Allah mengaitkan DiriNya yang menjadikan kebun-kebun itu. Kalau Allah yang menjadikan, tentulah kebun-kebun itu adalah hebat sekali.

جَنَّتَيْنِ مِنْ أَعْنَابٍ

dua buah kebun anggur; bila Allah kata Dia berikan dua kebun, mengikut riwayatnya, dalam kebun itu ada 70 jenis anggur pula. Ini adalah satu nikmat dari Allah yang besar. Sebab kebun anggur adalah susah untuk dijaga. Kalau di negara barat sekarang, dipanggil vineyard – dan jenis ladang ini adalah yang paling mahal sekali. Kerana menjaganya susah, memerlukan orang yang banyak. Bermakna, lelaki itu ada banyak pekerja. Bukan sahaja dia mempunyai harta yang banyak, tapi dia juga ada orang bawahan yang banyak.

Dalam ayat ini, Allah hanya menyebut tentang apa yang telah diberikan kepada yang kaya sahaja. Bermakna yang seorang lagi itu hartanya tidak bernilai sampai tak layak disebut pun.

وَحَفَفْنَاهُمَا بِنَخْلٍ

Dan Kami kelilingkan dua kebun anggur itu dengan kebun-kebun kurma; kurma itu pun ada 70 jenis juga. Maknanya, besar kebunnya itu. Kebun kurma itu menutupi kebun anggurnya. Kerana tanaman anggur itu senang musnah, maka kebun kurma itu dijadikan sebagai pendinding dari ditiup angin kuat. Dan kebun-kebun kurma itu pula boleh juga membuahkan hasil – bukan sebagai pendinding sahaja. Sudahlah dia ada kebun anggur, Allah jadikan Security System lagi untuknya.

Sekali lagi ayat menyebut bahawa Dialah وَحَفَفْنَاهُمَا yang mengelilingkan kebun itu dengan kebun-kebun kurma.

وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمَا زَرْعًا

Dan Kami jadikan diantara dua kebun anggur dan kurma itu, dusun lain; ada yang kata ladang gandum. Ladang itu pun membuahkan hasil. Bayangkan betapa banyak hasil dia tengah dapat.

Sekali lagi Allah kata وَجَعَلْنَا ‘Kami yang menjadikan’. Allah mengingatkan bahawa Dialah yang menjadikan.

————————————————————————

Ayat 33:

18:33

Transliteration
kiltā l-jannatayni ʾātat ʾukulahā wa-lam taẓlim minhu shayʾan wa-fajjarnā khilālahumā naharan

Sahih International

Each of the two gardens produced its fruit and did not fall short thereof in anything. And We caused to gush forth within them a river.

Malay

Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

كِلْتَا الْجَنَّتَيْنِ آتَتْ أُكُلَهَا

Setiap dari dua kebun itu mengeluarkan hasilnya; Sebagai petani, mereka tidak semestinya dapat mengaut hasil tanaman setelah mereka menanam tanaman itu. Kadang-kadang tananam itu tidak menjadi. Sudahlah kena jaga untuk waktu yang lama, dapat hasil pun setahun sekali – bukan macam kerja makan gaji yang sudah pasti dapat gaji bulanan. Petani hanya mendapat hasil apabila tanaman mereka dituai. Kadang-kadang hanya setahun sekali sahaja. Nikmat yang Allah berikan kepada lelaki ini adalah kebun-kebunnya itu semuanya membuahkan hasil. Tidak ada yang rosak.

Apabila perkataan كِلْتَا  digunakan, ianya bermaksud setiap dahan membuahkan hasil – penghasilan adalah 100%.

وَلَمْ تَظْلِمْ مِنْهُ شَيْئًا

dan Allah tidak kurangkan sedikitpun dari hasil itu; Kadang-kadang tuaian tidak dapat 100%. Ada yang hanya 70%, mungkin lebih banyak sedikit atau lagi kurang. Tapi Allah mengatakan dalam ayat ini, tanamannya itu, membuahkan hasil 100%. Tidak kurang dari itu.

وَفَجَّرْنَا خِلَالَهُمَا نَهَرًا

dan Kami pancarkan sungai diantara kebun-kebun itu; dicelah-celah kebun-kebun itu ada sungai pula. Bermakna, ini adalah satu kebun yang amat hebat. Dalam kebun orang lain, mungkin kena usaha lebih sebab kena mengambil air dari tempat lain, tapi lelaki ini telah diberikan sungai di tengah-tengah kebun-kebunnya untuk memudahkan dia mendapat air. Bayangkan betapa mudahnya kerja dia. Ini bermakna, kebunnya mendapat air yang cukup. Mewah betul kebun-kebun dia.

Kalau Allah sudah cerita tentang kebun yang sebegini dalam Quran, bermakna tidak akan ada kebun yang macam ini dah. Seperti seperti juga Firaun, tidak ada lagi kerajaan yang macam kerajaannya. Begitu juga dengan kerajaan Nabi Sulaiman – tidak ada kerajaan yang macam kerajaannya lagi.

Kalau kita lihat ayat ini dari mula penceritaan, Allah menggunakan perkataan ‘Kami’. Iaitu Allahlah memberikan nikmat semua itu kepada lelaki itu. Bukanlah lelaki itu mendapat semua kelebihan itu dari usahanya sendiri. Kalau Allah tak beri semua itu, dia tidak akan dapat pun.

———————————————————————————–

Ayat 34:

18:34

Transliteration
wa-kāna lahū thamarun fa-qāla li-ṣāḥibihī wa-huwa yuḥāwiruhū ʾana ʾaktharu minka mālan wa-ʾaʿazzu nafaran

Sahih International

And he had fruit, so he said to his companion while he was conversing with him, “I am greater than you in wealth and mightier in [numbers of] men.”

Malay

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: “Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai”.

وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ

Dan adalah baginya kekayaan-kekayaan yang lain; Asal perkataan ثَمَرٌ dalam ayat ini adalah ‘buah’, tapi maknanya yang hendak disampaikan adalah ‘kekayaan’. Kerana dengan banyaknya hasil dari ladang dan kebunnya itu, dia mendapat rezeki dengan menjual hasilnya, dan dengan itu dia mendapat kekayaan yang banyak. Bermakna dia ini adalah seorang yang amat kaya. Kekayaan yang ada padanya melimpah ruah.

فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ

Maka dia berkata kepada sahabatnya semasa mereka sedang bercakap-cakap; Apa yang dia cakap kepada lelaki ini tentang kelebihannya itu, bukanlah dia terus cakap sahaja. Tidak ada orang yang tiba-tiba terus kata dia lebih dari orang lain. Bermakna, mereka mulanya bersembang tentang hal-hal lain. Itulah maksud يُحَاوِرُهُ – mereka bercakap-cakap. Dan dari perkataan itu, kita tahu yang dialah yang memulakan percakapan mereka itu. Mungkin dia yang pergi ke rumah lelaki yang mukmin itu. Asalnya mereka bersembang tentang perkara biasa-biasa sahaja. Mungkin tentang cuaca, tentang anak-anak dan sebagainya.

Tapi dalam mereka bercakap-cakap tentang perkara biasa itu, dia selitkan sedikit tentang kelebihan yang banyak padanya. Macam kita juga dalam dunia ini. Ada yang dalam sembang-sembang biasa, mereka akan selitkan kelebihan mereka. Mereka kata mereka ada itu, ada ini.

Entah kenapa, dalam dunia ini, kalau seseorang itu kaya, mereka akan selalunya suka hendak menceritakan kekayaan mereka kepada orang lain. Mereka kata mereka ada itu, ada ini. Jarang yang merendah diri dengan apa yang mereka ada. Nampak macam mereka bukan nak mendabik dada, tapi sebenarnya, ya. Mereka buat macam mereka bukan nak cakap besar, tapi begitulah sebenarnya buat mereka.  Mereka akan melapik percakapan mereka. Dalam masa yang sama, secara sedar atau tidak, mereka merendahkan perasaan orang yang tidak ada harta. Contohnya, kalau kita kata kita ada kereta besar, dalam masa yang sama, kita juga mengatakan bahawa orang yang kita bersembang dengannya itu, tidak ada kereta besar.

أَنَا أَكْثَرُ مِنْكَ مَالًا

Aku lebih banyak harta dari kamu; sahabat dia yang mukmin itu adalah seorang miskin. Kalau tak cakap dia ada macam-macam pun tak perlu, sebab semua orang dah tahu.

Dalam Allah menyebut tentang kelebihan yang telah diberikan kepada lelaki yang pertama itu, Allah tidak sebut langsung tentang apakah yang diberi kepada lelaki kedua yang mukmin itu. Ini adalah kerana apa yang lelaki kedua itu ada, tidak setanding langsung dengan apa yang ada pada lelaki pertama, sampai Allah tak sebut pun.

وَأَعَزُّ نَفَرًا

Dan aku lebih gagah dengan pengikut yang ramai; Dia ada banyak pekerja-pekerja untuk menguruskan hartanya yang banyak itu. Jadi, dia rasa dia seorang yang berperanguh. Dia sekarang telah meninggi diri. Itulah sahaja yang dikehendaki oleh orang yang jahat: kekayaan yang banyak dan pengikut yang ramai. Lihatlah cara dia bercakap itu. Bermakna dia adalah seorang yang kaya lagi sombong dan menunjukkan kesombongannya itu. 

———————————————————————————-

Ayat 35:

18:35

Transliteration
wa-dakhala jannatahū wa-huwa ẓālimun li-nafsihī qāla mā ʾaẓunnu ʾan tabīda hādhihī ʾabadan

Sahih International

And he entered his garden while he was unjust to himself. He said, “I do not think that this will perish – ever.

Malay

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: “Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ

Dan dia pun masuk kebunnya sedangkan dia menzalimi dirinya sendiri; Allah tak kata lelaki kaya itu menzalimi sahabatnya yang miskin itu. Tapi Allah kata dia menzalimi dirinya sendiri. Apakah maksudnya? Dia telah menzalimi dirinya dengan melakukan syirik kepada Allah. Dia masuk kebunnya itu dengan angkuh dan riak. Riak itu adalah salah satu dari syirik khafi (syirik kecil), tapi kalau selalu dibuat, ianya akan menjadi syirik besar. Tapi bukan itu sahaja. Kerana perkataan ظَالِمٌ  (zalim) bermaksud ‘melakukan syirik’. Tapi apakah syirik yang dilakukannya? Ada dalam sambungan pada ayat ini. Memang dia ada buat perbuatan yang syirik. Apa yang dia buat itu, banyak juga dilakukan oleh orang sekarang.

Dia menzalimi dirinya kerana dia rasa apa yang semua dia ada itu adalah hasil usahanya sendiri. Ini adalah Syirik fi tawakkul. Dia lupa yang semua itu telah diberi oleh Allah kepadanya. Semuanya adalah kurniaan Allah.

Dia cakap dengan kawannya yang miskin itu. Mungkin dia ajak kawannya itu berjalan-jalan dalam kebunnya. Dan dia menunjuk-nunjuk kelebihan kebunnya itu.

قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا

Aku tidak rasa kebun aku ini akan binasa sampai bila-bila; Dia yakin kebunnya itu akan kekal sampai bila-bila. Dia nafikan kuasa Tuhan. Dia rasa dia pandai mengusaha kebun-kebunnya itu, dengan pekerja yang ramai dengan susunan tanamannya. Dia sangka dengan ada kebun tamarnya yang menjadi pendinding kepada kebun anggurnya, kebun anggurnya itu akan selamat.

Dia rasa dia yang menyebabkan kebunnya boleh sampai jadi begitu. Padahal Tuhan yang jadikan. Allah telah sebut berkali-kali dalam ayat-ayat sebelum ini. Sekarang ni pun ramai yang berperasaan macam itu. Mereka rasa merekalah yang menyebabkan kejayaan mereka. Mereka ingat sebab mereka pandai dan sebab mereka telah berusaha kuat, mereka dapat kejayaan itu kerana diri mereka sendiri. Mereka lupa tentang kuasa Allah yang menyebabkan mereka berjaya. Berapa ramai orang yang pandai-pandai dan bijaksana, dan mereka juga telah gigih berusaha, tapi mereka tidak berjaya? Ingatlah bahawa mereka yang berjaya itu adalah kerana Allah lah yang memberikan kejayaan kepada mereka.

———————————————————————————–

Ayat 36:

18:36

Transliteration
wa-mā ʾaẓunnu s-sāʿata qāʾimatan wa-la-ʾin rudidtu ʾilā rabbī la-ʾajidanna khayran minhā munqalaban

Sahih International

And I do not think the Hour will occur. And even if I should be brought back to my Lord, I will surely find better than this as a return.”

Malay

Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً

Dan tidaklah aku yakin kiamat itu akan datang;

Dia dah sampai rasa kiamat takkan terjadi sebab hatinya sudah tertakluk kepada dunia. Dia terlalu mementingkan dunia sahaja. Dia dah tak nampak akan ada lagi kehidupan selepas kehidupan di dunia ini. Itulah bahayanya pemahaman materialisma yang dianjurkan oleh orang-orang kafir. Fokus hanya kepada dunia dan kebendaan sahaja. Padahal dunia ini tidak akan kekal. Yang pasti akhirat pasti akan terjadi.

وَلَئِنْ رُدِدْتُ إِلَىٰ رَبِّي

dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku; dia nak kata sekiranya betul-betul Hari Kiamat akan berlaku dan dia dikembalikan kepada Tuhan. Kalau-kalau kiamat terjadi juga. Dia sebenarnya tak rasa kiamat akan terjadi, tapi kalau-kalaulah terjadi, katanya:

لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِنْهَا مُنْقَلَبًا

pasti aku akan mendapat kebaikan yang lebih baik dari ini sebagai tempat kembalian; Mereka rasa mereka akan selamat kerana mereka rasa mereka telah banyak buat kebaikan. Selalunya orang-orang kaya itu selalu juga menderma. Contohnya, kita ambil seorang wakil rakyat. Dekat-dekat pilihanraya, dia akan banyak menderma. Mereka akan tolong orang sana sini. Mereka akan tanya apakah lagi yang mereka tak beri lagi? Mereka sebenarnya bukan ikhlas, tapi mereka mengharap mereka diundi. Tapi orang yang sama, selepas dia bukan wakil rakyat atau pemimpin, dia akan berhenti dari berbuat kebajikan. Maknanya, dia hanya buat kebajikan itu kerana hendak meraih undi. Bukan kerana nak tolong orang sangat, dan bukan kerana ikhlas kepada Allah.

Maknanya, mereka yang kaya itu jangan kita kata mereka tidak menderma, sebab mereka memang menderma. Cuma niat mereka menderma itu kita tidak tahu. Jadi, mereka sangka perbuatan menderma mereka itu akan dibalas dengan pahala besar dari Tuhan. Mereka ingat mereka akan mendapat balasan yang baik dari Tuhan, kalaulah ada hari kiamat nanti. Tapi sebenarnya mereka buat itu bukan kerana Tuhan tapi kerana hendakkan sesuatu seperti undi dari masyarakat sahaja.

Jadi, lelaki kaya itu sangka dengan dia banyak memberi pertolongan kepada orang miskin, dia rasa dia akan mendapat balasan yang baik dari Tuhan. Tidak sama sekali. Kerana Allah hanya mengira keikhlasan seseorang. Kalau dia memberi itu kerana ikhlas, dia akan daat balasan. Tapi kalau tidak ikhlas, dia tidak akan dikira sebagai pahala. Ataupun, kalau dia ikhlas pun bahagian sedekah itu, belum tentu dia akan selamat tentang perkara lain lagi.

Satu lagi tafsir: mereka ingat mereka telah diberi dengan kelebihan-kelebihan yang banyak di dunia, mereka sangka mereka akan mendapat kebaikan juga di akhirat nanti. Sebab mereka rasa mereka mendapat kekayaan dan kelebihan semasa di dunia ini, kerana mereka adalah manusia terpilih oleh Allah. Mereka ingat mereka disayangi oleh Allah, sebab itu mereka dapat kebaikan yang banyak di dunia. Dan kalau Tuhan sayang mereka semasa di dunia lagi, tentulah mereka akan dapat kelebihan di akhirat kelak. Inilah salah faham banyak orang. Inilah juga fahaman Kristian yang baru – mereka kata carilah kekayaan yang banyak semasa di dunia. Sebab ketua agama mereka kata tanda Tuhan sayang seseorang itu adalah dengan memberi kekayaan di dunia.

Tidak begitu sebenarnya. Nikmat yang Allah berikan di dunia ini bukan sebagai tanda bahawa Allah sayang lebih kepada kita berbanding orang lain. Kekayaan dan kemiskinan sama sahaja – dua-dua adalah dugaan dari Allah. Kadang-kadang kekayaan adalah satu dugaan yang lebih dari kemiskinan. Kerana kalau kita miskin, selalunya kita akan mengharap kepada Allah. Tapi selalunya, kalau dah kaya, kita selalu lupa kepada Allah.

Semua yang kita hadapi dalam dunia ini adalah ujian. Semua yang kita ada dalam dunia ini adalah ujian. Miskin itu ujian, kaya itu ujian. Sakit itu adalah ujian, sihat juga ujian. Dilahirkan sebagai perempuan adalah ujian, juga kalau dilahirkan sebagai lelaki. Yang penting, adalah bagaimana kita hadapi ujian yang diberikan kepada kita itu? Adakah sebagai apa yang Allah kehendaki atau tidak?

————————————————————————————

Ayat 37:

18:37

Transliteration

Qala lahu sahibuhu wahuwa yuhawiruhuakafarta billathee khalaqaka min turabinthumma min nutfatin thumma sawwaka rajula

Sahih International

His companion said to him while he was conversing with him, “Have you disbelieved in He who created you from dust and then from a sperm-drop and then proportioned you [as] a man?

Malay

berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ

Berkata sahabatnya yang mukmin itu kepadanya, semasa mereka sedang berbicara;

Kalau kita lihat ayat-ayat sebelum ini, iaitu semasa orang yang kafir itu menyatakan kelebihan dirinya dan kekurangan sahabatnya itu, sahabatnya tidak berkata apa-apa – iaitu Allah tak sebut tentang jawapan dia pun. Begitulah, kadang-kadang bila kita direndahkan oleh orang lain, tak boleh nak jawap apa-apa. Boleh tundukkan muka sahaja.

Tapi, apabila sahabatnya itu telah cakap pemahaman yang salah, dia sebagai seorang yang mukmin tidak boleh tahan lagi. Dia kena cakap sesuatu untuk memperbetulkan akidah lelaki itu. Semasa lelaki kaya itu membanggakan dirinya, dialah yang memulakan percakapan itu. Kali ini, kita diberitahu bahawa lelaki miskin yang mukmin itu pula yang memulakan percakapan antara mereka – يُحَاوِرُهُ . Seperti telah disebut sebelum ini, bukanlah bermakna, dia terus pergi dan tegur lelaki kaya itu. Mungkin percakapan mereka tentang perkara biasa-biasa sahaja – tentang cuaca, tentang keadaan semasa. Di dalam sembang biasa itu, dia menyelitkan nasihat yang dia hendak sampaikan kepada lelaki kaya itu.

Beginilah yang sepatutnya kita cakap kepada orang yang seperti orang kaya itu tadi:

أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ

“Patutkah kamu engkar dengan Tuhan yang menciptakan kamu dari tanah?”; iaitu manusia yang pertama adalah Adam, dan Adam dijadikan dari tanah.

ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ

“Kemudian mencipta kamu dari sperma.”; Allah telah mencipta manusia selepas Nabi Adam a.s. dari air mani yang hina. Dari tidak ada apa-apa kepada mempunyai segala apa yang dia ada.

ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا

“Kemudian Dia sempurnakan kamu menjadi manusia yang sempurna”; Adakah patut setelah Allah menjadikan kamu pandai berkata-kata dan sempurna sebagai manusia, kamu kufur pula kepada Allah? Lelaki yang seorang lagi ini menolak pemahaman orang kaya yang salah itu dan dalam waktu yang sama dia mengagungkan Allah.

———————————————————————————

Ayat 38:

18:38

Transliteration
lākinna huwa llāhu rabbī wa-lā ʾushriku bi-rabbī ʾaḥadan

Sahih International

But as for me, He is Allah, my Lord, and I do not associate with my Lord anyone.

Malay

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

لَٰكِنَّا

“Akan tetapi aku percaya dan yakin bahawa”; ini adalah kata-kata kawannya yang Mukmin itu:

هُوَ اللَّهُ رَبِّي

“Dialah Allah, Tuhan yang mencipta, memiliki dan memelihara aku”; makna Rabb itu bukan hanya ‘Tuhan’ sahaja, tapi yang mencipta, memiliki, memelihara dan menjaga.

Lelaki itu cakap dengan berakhlak sekali. Dia tidak kata Allah itu “Tuhan engkau”, tapi dia kata “Tuhan aku”.

وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا

“dan aku sekali-kali tidak akan menyekutu dengan Tuhan yang menciptakan aku dengan satu apa pun.”; Dia bercakap tentang dirinya. Mengingatkan dirinya sendiri. Tapi dalam masa yang sama, sebenarnya dia hendak menasihati kawannya yang kaya itu. Kerana kawannya itu telah rosak akidahnya. Terlalu mementingkan kebendaan.

Kenapa Allah kata lelaki kaya itu telah rosak akidahnya? Padahal dalam ayat sebelum ini, dia seperti percaya kepada Hari Akhirat. Dia pun tidak dikatakan menyembah berhala atau tuhan selain Allah. Tapi, Allah masih kata dia telah rosak akidah.

Akidahnya telah rosak kerana dia tidak bergantung kepada Allah. Dia hanya bergantung kepada ladang-ladang dan hartanya sahaja. Kita hendaklah berhati-hati juga. Pergantungan kita hendaklah kepada Allah. Kadang-kadang kita mungkin terlalu percaya kepada benda juga. Contohnya, kita percaya kepada pembuat kereta yang menyebabkan kereta kita berjalan lancar. Padahal, ianya dapat berjalan dengan selamat adalah kerana Allah yang benarkan; Kalau kita makan ubat dan sembut, kadang-kadang kita kata ubat itu yang menyembuhkan, sampai lupa nak sebut bahawa Allah lah yang sebenarnya menyembuhkan kita; begitulah kejadian seharian kita. Kita lupa nak pulangkan segala nikmat yang kita ada ini kepada Allah taala.

——————————————————————————–

Ayat 39: Ayat ini adalah khas kepada orang-orang yang berniaga dan bercucuk tanam. Dan umumnya untuk kita juga.

18:39

Transliteration
wa-law-lā ʾidh dakhalta jannataka qulta mā shāʾa llāhu lā quwwata ʾillā bi-llāhi ʾin tarani ʾana ʾaqalla minka mālan wa-waladan

Sahih International

And why did you, when you entered your garden, not say, ‘What Allah willed [has occurred]; there is no power except in Allah ‘? Although you see me less than you in wealth and children,

Malay

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkatalah: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ

Dan kenapakah tidak, ketika kamu masuk ke dalam kebun kamu, kamu berkata begini:

مَا شَاءَ اللَّهُ

“Yang dikehendaki Allah”; semua yang berlaku adalah hanya atas kehendak Allah sahaja. Kita selalu kata perkataan ini tanpa memahami maknanya. Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Daripada sekecil-kecilnya, sampai ke sebesar-besarnya. Kereta kita boleh berjalan baik, itu pun atas kehendak Allah. Kita makan ubat dan kemudian sihat, itu juga atas kehendak Allah. Jangan kita kata ubat itu yang menyembuhkan kita.

Perkataan ini boleh digunakan dalam semua keadaan. Dalam keadaan yang menggembirakan kita atau yang menyedihkan kita. Dalam perkara baik dan dalam perkara buruk. Kerana apa-apa sahaja yang terjadi, ianya semua adalah kerana kehendak Allah.

لَا قُوَّةَ

“Tidak ada daya kekuatan untuk aku”; tidak ada kekuatan kita untuk menumbuhkan pokok itu, atau tidak ada daya bagi aku untuk ajak orang berhenti singgah di kedai aku. Kedai lain banyak lagi orang boleh masuk. Kita tidak ada kuasa semua itu. Semua itu adalah atas kehendak Allah. Bagaimana kita hendak sesuatu itu terjadi pun, tapi kalau Allah tak izinkan, ianya tidak akan terjadi.

إِلَّا بِاللَّهِ

“Melainkan dengan kuasa Allah”; Ini adalah kata-kata orang beriman itu kepada orang kafir yang kaya itu. Allah nukilkan kata-katanya dalam Quran kerana kebenaran yang dikatakannya itu. Oleh itu sebelum kita tengok kebun kita, atau sebelum kita buka kedai kita, maka katakan: مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ. Apabila ada orang datang, kita baca lagi. Bila orang dah ramai, kita baca lagi. Atau apabila kita tunggu, tidak ada orang masuk, kita baca ayat yang ini juga.Apabila orang tanya macam mana dengan perniagaan kita, sebelum kita jawap, kita baca juga ayat ini. Kita mengaku bahawa kita tidak ada kekuatan apa pun.

Tapi yang terjadi sekarang adalah sebaliknya. Ramai yang tanya kepada guru samada mereka ada ayat-ayat pelaris yang boleh mereka gunakan. Maka, guru yang ajar ajaran yang salah akan bagi ayat itu ini, benda itu dan ini. Padahal, inilah ayat pelaris kepada kita. Selain dari itu, kita selalukan semasa kita bercucuk tanam, contohnya sambil kita bercangkul, kita baca: subhanallah, walhamdulillah, wallahuakbar. Sentiasalah ingat dan mengharap kepada Allah dalam segala usaha kita.

إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

“Jika kamu tengok aku kurang dari kamu dari segi harta dan anak”;

Kenapa Allah sebut ‘anak’ dalam ayat ini. Anak yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah anak lelaki. Sebab kalau anak perempuan, perkataan lain yang digunakan. Disebut anak lelaki adalah kerana anak lelaki adalah juga aset kepada seseorang bapa. Anak lelaki lah yang banyak menolong dalam perniagaan dan dalam kerja-kerja yang mendapatkan duit. Lelaki kaya itu mungkin ada anak lelaki yang banyak. Kalau anak perempuan, bila dah dewasa, akan meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan lelaki lain. Maka anak perempuan bukanlah satu aset dalam hal ini. Ini adalah fahaman orang yang tidak beragama. Mereka hanya melihat dari keuntungan dunia sahaja. Padahal Islam tidak begitu. Dalam Islam, tidak ada kelebihan anak lelaki dan anak perempuan.

lesser: أَقَلَّ

—————————————————————————–

Ayat 40:

18:40

Transliteration
fa-ʿasā rabbī ʾan yuʾtiyani khayran min jannatika wa-yursila ʿalayhā ḥusbānan mina s-samāʾi fa-tuṣbiḥa ṣaʿīdan zalaqan

Sahih International

It may be that my Lord will give me [something] better than your garden and will send upon it a calamity from the sky, and it will become a smooth, dusty ground,

Malay

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

فَعَسَىٰ رَبِّي أَنْ يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِنْ جَنَّتِكَ

Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi kepadaku lebih baik dari kebun kamu ini; apakah yang lebih baik dari kebun yang hebat itu? Itulah keampunan dari Allah. Itulah yang lebih baik dari kebun-kebun itu. Lebih baik dari apa-apa sahaja kenikmatan dalam dunia yang tidak kekal ini. Bila Allah ampun dosa dan beri rahmat kepada kita, tidak ada lagi yang lebih besar darinya.

وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِنَ السَّمَاءِ

Dan mungkin Allah akan mengirimkan bala daripada langit; Ada dua riwayat tentang apakah bala yang diturunkan: ada yang kata petir turun dari langit. Ada riwayat lain yang mengatakan hujan lebat yang sejuk turun yang menyebabkan kebunnya runtuh. Dari segi bahasa, ianya lebih kepada petir yang menyebabkan kebakaran kepada sesuatu kawasan. 

فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقً

Maka jadilah kebun itu satu tanah yang licin;

Perkataan صَعِيدًا telah disebut sebelum ini. Ia bermaksud ‘berdebu’. Apabila sesuatu tanah itu tidak ada apa-apa setelah musnah, hanya tinggal debu sahaja.

Perkataan زَلَقً itu bermakna tanah yang amat datar dan berdebu, sampaikan kalau kita berjalan diatasnya, ia amat licin sampai boleh menjatuhkan kita.

——————————————————————————–

Ayat 41:

18:41

Transliteration
ʾaw yuṣbiḥa māʾuhā ghawran fa-lan tastaṭīʿa lahū ṭalaban

Sahih International

Or its water will become sunken [into the earth], so you would never be able to seek it.”

Malay

Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”.

أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا

Atau akan jadikan airnya surut; air jadi kering kerana ditelan ke dalam bumi.

فَلَنْ تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا

Maka kamu tidak akan dapat mencarinya lagi

Kalau nak korek dalam lagi pun tidak akan dapat jumpa dah.

———————————————————————————

Ayat 42:

18:42

Transliteration
wa-ʾuḥīṭa bi-thamarihī fa-ʾaṣbaḥa yuqallibu kaffayhi ʿalā mā ʾanfaqa fīhā wa-hiya khāwiyatun ʿalā ʿurūshihā wa-yaqūlu yā-laytanī lam ʾushrik bi-rabbī ʾaḥadan

Sahih International

And his fruits were encompassed [by ruin], so he began to turn his hands about [in dismay] over what he had spent on it, while it had collapsed upon its trellises, and said, “Oh, I wish I had not associated with my Lord anyone.”
Malay

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!”

وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ

Dan diliputi buah-buahnya; bala telah diberikan atas buah itu. Rosak binasa semuanya sekali.

فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ

lalu dia mula membolak-balikkan tangannya; memusing-musingkan tangan sebagai tanda penyesalan. Kita biasa lihat orang yang menyesal akan buat macam-macam dengan tangan mereka. Kalau orang masalah yang teruk, mereka akan buat macam itu.

عَلَىٰ مَا أَنْفَقَ فِيهَا

diatas apa yang telah dibelanjakannya; iaitu segala perbelanjaannya untuk mengendalikan kebunnya itu

وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا

dan kebun itu roboh atas para-paranya; apabila ditimpa hujan yang lebat, para-paranya akan jatuh dulu, dan kebun itu pula akan jatuh atas para-para itu.

وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِ

dan dia berkata: “aduhai celakalah aku! Alangkah baiknya kalau dulu aku”

لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا

tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun; dia syirikkan Allah dengan mengatakan kebun itu akan kekal sampai bila-bila. Dia kata dia yang pandai mengurus kebunya sampai kebunnya itu maju. Dia lupa yang kalau Allah tidak memberikan segalanya itu kepadanya, dia tidak akan ada apa-apa. Tapi mereka telah lupa kepada Allah. Mereka hanya melihat perkata yang material sahaja.

Sebenarnya kita boleh lihat bahawa lelaki ini telah bertaubat. Dia akhirnya telah menyedari kesalahannya. Bala yang dikenakan kepadanya telah menyedarkan dirinya. Oleh itu, ada kebaikan dalam bala itu. Allah mengajar kita: kalau kena bala, maka kita hendaklah bertaubat. Kerana bala itu adalah untuk mengingatkan kita. Ianya hendak merendahkan diri kita supaya kita boleh terima kesalahan yang kita lakukan dan kita mahu kembali kepada kebaikan. Kerana kalau kita dalam kedudukan yang tinggi atau kaya, selalunya susah untuk kita menerima nasihat.

Tuhan ceritakan kisah ini untuk memberitahu kepada kita, ada perbuatan syirik dalam hal harta. Syirik itu bukan hanya sembah berhala sahaja. Bukan hanya dalam menyembah tuhan-tuhan selain Allah sahaja. Itu adalah jenis syirik yang jelas. Tapi ada lagi jenis syirik yang tidak jelas kepada kita. Tapi ia juga adalah salah satu dari perbuatan syirik.

—————————————————————————–

Ayat 43:

18:43

Transliteration
wa-lam takun lahū fiʾatun yanṣurūnahū min dūni llāhi wa-mā kāna muntaṣiran

Sahih International

And there was for him no company to aid him other than Allah , nor could he defend himself.

Malay

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

وَلَمْ تَكُنْ لَهُ فِئَةٌ يَنْصُرُونَهُ

Dan tidaklah dia akan dapati satu puakpun yang akan menolongnya; dulu dia banggakan keturunannya yang ramai dan pengikutnya yang ramai. Tapi tak seorang pun yang boleh membantunya sekarang.

فِئَةٌ bermaksud kumpulan yang membantu.

مِنْ دُونِ اللَّهِ

selain dari Allah

وَمَا كَانَ مُنْتَصِرًا

Dan tidaklah ia dapat menolong dirinya sendiri.

————————————————————————

Ayat 44:

18:44

Transliteration
hunālika l-walāyatu li-llāhi l-ḥaqqi huwa khayrun thawāban wa-khayrun ʿuqban

Sahih International

There the authority is [completely] for Allah , the Truth. He is best in reward and best in outcome.

Malay

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ

Disanalah zahirnya pertolongan dari Allah; Bahawa pertolongan itu hanya milik Allah. Maknanya, kalau Allah nak tolong, Dia akan tolong. Kalau tak, kita tidak akan dapat pertolongan.

هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا

Dialah sebaik-baik yang memberi pahala;

وَخَيْرٌ عُقْبًا

dan sebaik-baik cita-cita kembalian; maknanya, kepadaNya sahaja kita berharap untuk kembali. Tapi kita selalu angan-angan benda lain.

————————————————————————

Ayat 45:

18:45

Transliteration
wa-ḍrib lahum mathala l-ḥayāti d-dunyā ka-māʾin ʾanzalnāhu mina s-samāʾi fa-khtalaṭa bihī nabātu l-ʾarḍi fa-ʾaṣbaḥa hashīman tadhrūhu r-riyāḥu wa-kāna llāhu ʿalā kulli shayʾin muqtadiran-i

Sahih International

And present to them the example of the life of this world, [its being] like rain which We send down from the sky, and the vegetation of the earth mingles with it and [then] it becomes dry remnants, scattered by the winds. And Allah is ever, over all things, Perfect in Ability.

Malay

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Dan buatlah bagi mereka satu contoh bandingan kehidupan manusia di dunia ini

كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ

ianya seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit

فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ

Maka bercampurkan air itu dengan tumbuh-tumbuhan di muka bumi; maka tumbuh-tumbuhan itu menjadi subur. Contohnya, rumput.

فَأَصْبَحَ هَشِيمًا

Maka kemudian ia menjadi kering hancur; apabila menjadi kemudian menjadi debu

تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ

ditiup angin; diterbangkan oleh angin; yang tinggal hanyalah tanah yang kosong. Tanah gersang. Kehidupan dunia itu pun begitu juga. Maju dan mati. Peringatan untuk kita adalah: apa-apa sahaja yang kita dapat dari kejayaan dalam dunia ini adalah kerana Allah. Tapi ianya tidak akan kekal. Kehidupan dunia ini tidak kekal.

Tujuan surah ini adalah berkenaan dengan materialisma. Manusia akan ramai yang akan terpedaya dengan keindahan dunia. Keindahan dunia inilah yang digunakan oleh Dajjal nanti apabila dia keluar. Dia akan menggunakan dunia dan segala keindahannya untuk memperdayakan kita.

وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا

Dan Allah itu atas segala sesuatu Maha Berkuasa sungguh.

———————————————————————————

Ayat 46:

18:46

Transliteration
al-mālu wa-l-banūna zīnatu l-ḥayāti d-dunyā wa-l-bāqiyātu ṣ-ṣāliḥātu khayrun ʿinda rabbika thawāban wa-khayrun ʾamalan

Sahih International

Wealth and children are [but] adornment of the worldly life. But the enduring good deeds are better to your Lord for reward and better for [one’s] hope.

Malay

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ

Adapun harta dan anak pinak

الْبَنُونَ bukan sahaja merujuk kepada anak pinak sahaja tapi boleh juga bermaksud orang-orang bawahan kita. Itu termasuk tentera, pekerja-pekerja, kumpulan-kumpulan dan anak-anak buah kita.

زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

adalah hanya perhiasan hidup di dunia sahaja; ianya hanya untuk sementara sahaja. Mengadap Allah adalah lebih baik bagi manusia daripada menyibukkan diri dengan perhiasan dunia dan sibuk mencari kekayaan untuk mereka serta belas kasihan yang berlebihan terhadap mereka.

وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ

dan yang kekal abadi ialah kebaikan amal soleh yang dilakukan; Ada perincian tentang makna ayat ini. Ada yang mengatakan ini adalah solat lima waktu. Dan ada yang mengatakan berdasarkan hadis Nabi bahawa ianya  adalah: takbir, tahlil, tasbih, alhamdulillah serta zikir la hawla wala quwwata illaa billah. Selain dari itu, ia termasuk juga dengan puasa, salat, haji, sedekah dan lain-lain lagi amalan yang baik-baik.

خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ

ianya lebih baik disisi Tuhan kamu

ثَوَابًا

sebagai harapan untuk mendapat balasan

وَخَيْرٌ أَمَلً

dan cita-cita yang lebih baik untuk diharapkan; tapi kalau tak buat apa-apa amalan, tidaklah boleh mengharap apa-apa.

Manusia banyak mengharap kepada anak-anak mereka dan harta mereka. Tapi Allah nak cakap itu adalah harapan yang sia-sia. Belum tentu lagi boleh menolong kita.
Kenapa kita tidak patut mengharap kepada dunia? Kerana dunia akan hancur semuanya seperti yang akan disebutkan dalam ayat seterusnya ini.

———————————————————————————

Ayat 47: Allah menceritakan tentang kejadian Hari Kiamat nanti.

18:47

Transliteration
wa-yawma nusayyiru l-jibāla wa-tarā l-ʾarḍa bārizatan wa-ḥasharnāhum fa-lam nughādir minhum ʾaḥadan

Sahih International

And [warn of] the Day when We will remove the mountains and you will see the earth prominent, and We will gather them and not leave behind from them anyone.

Malay

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ

Dan pada hari Kami memperjalankan gunung-ganang;

Kata سَيِّرُ bermaksud berjalan dengan santai sahaja. Macam tidak ada apa-apa. Kita ingatkan yang gunung ganang itu kukuh dan tegap, tapi pada hari Kiamat nanti, ianya akan bergerak.

وَتَرَى الْأَرْضَ بَارِزَةً

Dan kamu dapat lihat tanah itu akan jadi rata; sekarang bayangkanlah, kalaulah bumi ini bergegar seminit sekali pada skala richter 3 sahaja, tidak lama kemudian, seluruh tanah akan jadi rata dan masuk dalam laut. Itu baru pada skala 3 richter sahaja, lama-lama akan hancur bumi ini. Tidak dapat dibayangkan kekuatan gegaran pada hari kiamat nanti.

Tafsir kedua: Perkataan بَارِزَةً bermaksud ‘bersemuka’. Bermakna, bumi akan menampakkan apa yang disembunyikan di dalamnya selama ini.

وَحَشَرْنَاهُمْ

Dan Kami akan kumpulkan mereka itu; semua makhluk akan dikumpulkan di Mahsyar nanti. Selalunya perkataan ini digunakan untuk mengumpulkan binatang. Kerana selalunya kalau hendak mengumpulkan manusia digunakan perkataan جمع ‘jama’a’. Bermakna, Allah akan mengumpulkan semua makhluk dan akan dibawa ke Mahsyar macam binantang. Seperti pengembala lembu akan menghalau lembu-lembu peliharaan mereka untuk pulang ke kandang.

فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا

Maka tidak akan tertinggal walau seorang pun dari mereka; Allah tidak akan tinggalkan sesiapa pun. Kalau kita berjalan ramai-ramai dalam rombongan, mungkin ada juga yang tertinggal kalau nak kumpul kumpulan kita balik. Sebab ramai sangat. Atau kalau ramai-ramai nak masuk dalam stadium bola, ada juga seorang dua yang boleh menyelit masuk tanpa bayar sebab manusia ramai sangat waktu itu. Keadaan di akhirat nanti tidak akan jadi macam tu. Tidak ada sesiapa yang boleh melarikan diri. Allah tidak akan tinggalkan sesiapa. Tidak ada sesiapa yang terselamat. Kalau di dunia, mungkin kita nak hukum orang yang ramai, ada yang kita kesian, dan kita tidak hukum dia, kita hukum orang lain sahaja. Tidak begitu nanti di Mahsyar.

—————————————————————————–

Ayat 48:

18:48

Transliteration
wa-ʿuriḍū ʿalā rabbika ṣaffan la-qad jiʾtumūnā ka-mā khalaqnākum ʾawwala marratin bal zaʿamtum ʾal-lan najʿala lakum mawʿidan

Sahih International

And they will be presented before your Lord in rows, [and He will say], “You have certainly come to Us just as We created you the first time. But you claimed that We would never make for you an appointment.”

Malay

Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): “Kamu sekarang telah datang kepada Kami – (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)”.

وَعُرِضُوا عَلَىٰ رَبِّكَ صَفًّا

Dan kamu akan dihadapkan kepada Tuhan kamu berbaris-baris; Dalam keadaan bersaf-saf. Dalam keadaan duduk berlutut. Keadaan kita nanti diceritakan sedikit-sedikit di dalam beberapa surah yang lain. Nanti apabila kita telah belajar semua ayat, kita akan mendapat satu gambaran keadaan pada Mahsyar nanti.

لَقَدْ جِئْتُمُونَا كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ

Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sepertimana Kami ciptakan kamu awal-awal dulu; iaitu dalam keadaan bertelanjang bulat. Seorang diri. Tidak ada keluarga bersama kita yang akan menemani kita. Tidak juga guru-guru dan kawan-kawan kita semasa di dunia dulu. Semua menunggu dalam keadaan ketakutan, hanya berbisik-bisik antara satu sama lain. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki malaikat sahaja. Semua sekali menunggu keputusan Allah dalam keadaan takut. Semua sekali risau tentang apakah nasib yang akan mereka hadapi nanti.

Juga bermaksud dalam ayat yang lain, semasa kita dalam keadaan roh, kita dulu telah dikumpulkan di hadapan Allah. Jadi, dalam ayat ini, ini adalah pengumpulan kali kedua.

بَلْ زَعَمْتُمْ أَلَّنْ نَجْعَلَ لَكُمْ مَوْعِدًا

Bahkan kamu menyangka bahawa tidaklah Kami jadikan bagi kamu satu perjanjian perjumpaan; iaitu perjanjian untuk kembali semula untuk dihadapkan di hadapan Allah; mereka ingat mereka tidak akan dipertemukan dengan Allah. Itu adalah sangkaan yang salah sekali. Ini adalah tempelak kepada mereka, kerana mereka tidak percaya kepada adanya hari Kiamat itu. Mereka akan menyesal pada hari itu kerana mereka tidak percaya akan adanya hari pengumpulan itu.

—————————————————————————–

Ayat 49:

18:49

Transliteration
wa-wuḍiʿa l-kitābu fa-tarā l-mujrimīna mushfiqīna mimmā fīhi wa-yaqūlūna yā-waylatanā mā-li hādhā l-kitābi lā yughādiru ṣaghīratan wa-lā kabīratan ʾillā ʾaḥṣāhā wa-wajadū mā ʿamilū ḥāḍiran wa-lā yaẓlimu rabbuka ʾaḥadan

Sahih International

And the record [of deeds] will be placed [open], and you will see the criminals fearful of that within it, and they will say, “Oh, woe to us! What is this book that leaves nothing small or great except that it has enumerated it?” And they will find what they did present [before them]. And your Lord does injustice to no one.

Malay

Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

وَوُضِعَ الْكِتَابُ

dan kitab amalan akan dibentangkan kepada mereka

Perkataan وُضِعَ bermaksud ‘meletakkan ke bawah’. Seperti kitab amalan itu akan dijatuhkan di hadapan mereka.

فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ

Maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu duduk dalam ketakutan daripada apa yang mereka buat di dunia

Perkataan shafaq bermaksud di antara cerah dan gelap. Iaitu waktu senja. Siang hendak bertukar kepada malam. Ia juga digunakan untuk mengambarkan perasaan cinta dan takut. Apabila buku amalan itu dibentangkan, mereka akan mempunyai perasaan yang diantara dua sifat itu. Mereka dalam mengharap kalau-kalau ada yang baik dalam kitab amalan itu tapi dalam masa mereka takut. Tapi akhirnya, seperti juga malam akan menang pada waktu senja itu, mereka juga tidak berapa lama kemudian akan tahu bahawa mereka bernasib malang.

 وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا

Dan mereka berkata: alangkah celakanya kami

 مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا

Apakah kitab ini, tidak ditinggalkan yang kecil dan besar melainkan ditulis semuanya; Kitab Amalan itu akan tulis semua sekali perbuatan mereka, samada kecil ataupun besar. Mereka akan kata: kenapa dengan buku ini? Semua nak kira kah?

 وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا

Dan mereka dapati apa yang mereka lakukan hadir di depan mereka; semua apa yang mereka lakukan ada tertulis dalam kitab itu. Tak boleh nak tolak dah.

وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan tidaklah Tuhan kamu menzalimi satu orang pun; semua ditulis semua sekali. Dalam hadis ada diceritakan yang kitab amalan itu digulung macam scroll. Bila dibuka, terhampar sejauh mata memandang. Itu baru perbuatan mereka untuk sehari sahaja semasa di dunia. Kita kena baca sendiri. Selagi Tuhan tak tanya, tidak ada masalah. Kalau tanya sahaja, “kenapa buat begitu”, itu nak masuk neraka dah tu.

Maka, tamatlah kisah manusia. Kerana kisah mereka akan tamat di akhirat. Dalam ayat seterusnya, Allah kembali mengisahkan tentang kejadian manusia pada mula-mula dulu iaitu kejadian Nabi Adam a.s.

—————————————————————————–

Ayat 50: Apabila diceritakan tentang akhirat, Allah akan menceritakan kenapa manusia akhirnya masuk neraka. Bukanlah Allah terus masukkan manusia ke dalam neraka. Allah tak kejam. Tapi Allah masukkan mereka ke dalam neraka kerana kesalahan mereka. Antaranya adalah kerana mereka mendengar bisikan syaitan. Ini adalah cerita syaitan.

18:50

Transliteration
wa-ʾidh qulnā li-l-malāʾikati sjudū li-ʾādama fa-sajadū ʾillā ʾiblīsa kāna mina l-jinni fa-fasaqa ʿan ʾamri rabbihī ʾa-fa-tattakhidhūnahū wa-dhurriyyatahū ʾawliyāʾa min dūnī wa-hum lakum ʿaduwwun biʾsa li-ẓ-ẓālimīna badalan

 Sahih International

And [mention] when We said to the angels, “Prostrate to Adam,” and they prostrated, except for Iblees. He was of the jinn and departed from the command of his Lord. Then will you take him and his descendants as allies other than Me while they are enemies to you? Wretched it is for the wrongdoers as an exchange.

Malay

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ

Dan ketika Kami perintahkan kepada semua malaikat, “sujudlah kamu kepada Adam”; Itu adalah sujud penghormatan, pemuliaan dan pengagungan. Bukanlah macam kita sujud kepada Allah.

فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ

maka mereka semua sujud melainkan iblis; Kita kena tahu bahawa Iblis itu bukan dari kalangan malaikat.

 كَانَ مِنَ الْجِنِّ

Iblis itu adalah dari jin; Dia adalah bapa kepada jin, sepertimana Nabi Adam itu adalah bapa kepada golongan manusia. Iblis dan keturunannya iaitu jin itu, dijadikan dari nyalaan api manakala malaikat dijadikan dari nur.

 فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

dia telah menderhakai perintah Tuhannya; sepatutnya dia dah masuk neraka terus kerana engkar tidak mahu sujud. Sudah layak dia dimasukkan ke dalam neraka terus. Tetapi Allah telah memberi tempoh kepadanya untuk hidup sampai hari Kiamat.

Dalam ayat ini, Allah menyebut: kerana dia dari golongan jin, maka dia telah menderhakai perintah Allah. Sebab itu adalah huruf فَ dalam perkataan فَفَسَقَ. Kalau dia dari kalangan malaikat, tentulah dia tidak akan engkar kepada perintah Allah – kerana malaikat tidak akan melanggar perintah Allah. Ini menolak pendapat Kristian yang kata Iblis adalah dari golongan malaikat – mereka panggil dia ‘fallen angel’. Itu adalah salah. Allah tekankan dalam ayat ini, bahawa dia adalah dari golongan jin. Seperti telah disebut sebelum ini, surah ini adalah berkenaan puak Kristian. Jadi, ia akan menyebut tentang kesalahan dalam pemahaman mereka.

Begitu juga, mereka ada salah faham dalam agama mereka. Pada mereka, perbuatan tidak penting. Pada mereka, walaupun mereka buat kesalahan, mereka akan tetap selamat kerana mereka percaya kepada Jesus. Allah menidakkan pandangan mereka itu. Allah beri contoh perbuatan Iblis ini. Dia jadi kafir kerana menentang arahan Allah.

 أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي

Apakah patut kamu mengambil Iblis dan keturunannya sebagai pelindung kamu selain dari Aku?

Allah menempelak manusia yang kata mereka akan ikut dakwah kalau yang diturunkan itu adalah malaikat. Allah nak kata, kalau kamu tak dapat malaikat, kenapa kamu nak ikut iblis pula? Kenapa kamu tidak mahu mengikut Rasul dari kalangan manusia? Apakah tidak cukup Allah berikan rasul dari kalangan manusia?

 وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ

Dan mereka adalah musuh ketat bagi kamu; Iblis sendiri kata yang Nabi Adam adalah musuh ketat dia. Dan sekarang Allah memberitahu kita lagi bahawa Iblis itu adalah musuh ketat kita. Jadi Allah dan syaitan berkata tentang perkara yang sama. Tapi manusia buat Iblis itu sebagai kawan. Iaitu apabila kita mendengar kata-kata mereka.

 بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Itu adalah seburuk-buruk pengganti bagi orang yang zalim; Iaitu apabila manusia menjadikan syaitan sebagai pengganti kepada Allah.

—————————————————————————–

Ayat 51:

18:51

Transliteration
mā ʾashhadtuhum khalqa s-samāwāti wa-l-ʾarḍi wa-lā khalqa ʾanfusihim wa-mā kuntu muttakhidha l-muḍillīna ʿaḍudan

 Sahih International

I did not make them witness to the creation of the heavens and the earth or to the creation of themselves, and I would not have taken the misguiders as assistants.

Malay

Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.

 مَا أَشْهَدْتُهُمْ خَلْقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Tidaklah Aku persaksikan pada mereka (syaitan-syaitan itu) kejadian penciptaan langit dan bumi; dulu tidak disaksikan kepada mereka semasa mula-mula dijadikan alam ini dahulu dan selepas itu pun tidak ditunjukkan kepada mereka. Lepas dah siap alam pun Allah tak panggil mereka untuk tengok.

 وَلَا خَلْقَ أَنْفُسِهِمْ

Dan tidaklah juga diperlihatkan penciptaan diri mereka sendiri kepada mereka

 وَمَا كُنْتُ مُتَّخِذَ الْمُضِلِّينَ عَضُدًا

Dan tidaklah aku jadikan syaitan -yaitan yang menyesatkan itu sebagai pembantu-pembantu Aku; maknanya, kita tidak patut ambil syaitan sebagai pelindung. Bilakah kita ambil mereka sebagai pelindung? Iaitu apabila kita bertawasul. Setiap kali kita buat tawasul, sebenarnya kita puja syaitan. Kita ingat kita gunakan Nabi, Malaikat dan Wali sebagai perantara kita, tapi sebenarnya kita memanggil dan memuja syaitan. Kita sahaja yang tidak tahu.

Perkataan عَضُدًا digunakan dalam bahasa Arab untuk merujuk kepada otok lengan. Digunakan untuk merujuk kepada ‘pembantu’.

——————————————————————————–

Ayat 52:

18:52
Transliteration

wa-yawma yaqūlu nādū shurakāʾiya lladhīna zaʿamtum fa-daʿawhum fa-lam yastajībū lahum wa-jaʿalnā baynahum mawbiqa

Sahih International

And [warn of] the Day when He will say, “Call ‘My partners’ whom you claimed,” and they will invoke them, but they will not respond to them. And We will put between them [a valley of] destruction.

Malay

Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: “Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan Kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.

وَيَوْمَ يَقُولُ

Dan pada hari dikatakan kepada mereka; hari disini bermaksud semasa di Mahsyar atau di dalam neraka.

نَادُوا شُرَكَائِيَ

Panggillah sekutu-sekutu Aku itu; 

Panggillah tuhan-tuhan kamu itu: Buddha, Jesus, Siva dan macam-macam lagi.

 الَّذِينَ زَعَمْتُمْ

yang dulu kamu percaya kepada mereka;

فَدَعَوْهُمْ

Maka mereka pun menyeru; mereka menyeru guru-guru mereka, wali-wali yang mereka seru, Nabi-nabi yang mereka dulu seru semasa di dunia dan lain-lain lagi seruan mereka.

 فَلَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ

Tidaklah menyahut seruan mereka

Mereka itu tidak cuba nak menjawap pun. Sikit pun mereka tak jawap.

 وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ مَوْبِقًا

dan Kami jadikan diantara mereka satu sekatan. 

Perkataan مَوْبِقًا bermaksud jurang. Bermakna diantara mereka ada jurang neraka. Mereka akan nampak tuhan-tuhan sembahan mereka itu, tapi diantara mereka itu ada jurang api neraka.

———————————————————————————-

Ayat 53:

18:53

Transliteration
wa-raʾā l-mujrimūna n-nāra fa-ẓannū ʾannahum muwāqiʿūhā wa-lam yajidū ʿanhā maṣrifan

 Sahih International

And the criminals will see the Fire and will be certain that they are to fall therein. And they will not find from it a way elsewhere.

Malay

Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.

وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ

Dan tatkala orang-orang yang berdosa itu melihat neraka

 فَظَنُّوا أَنَّهُمْ مُوَاقِعُوهَا

Maka mereka pun yakin yang mereka pasti akan jatuh masuk neraka itu

Mereka akan jatuh dengan keras. Mereka akan cuba untuk tidak dimasukkan, mereka akan pegang apa yang mereka boleh pegang, tapi mereka akan dimasukkan juga.

وَلَمْ يَجِدُوا عَنْهَا مَصْرِفًا

Dan tidaklah mereka mendapati jalan untuk mengelakkan diri darinya.

a way of escape: مَصْرِفًا

———————————————————————————-

Ayat 54:

18:54

Transliteration
wa-la-qad ṣarrafnā fī hādhā l-qurʾāni li-n-nāsi min kulli mathalin wa-kāna l-ʾinsānu ʾakthara shayʾin jadalan

 Sahih International

And We have certainly diversified in this Qur’an for the people from every [kind of] example; but man has ever been, most of anything, [prone to] dispute.

Malay

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ

Sesungguhnya Kami telah perjelaskan dalam Quran ini kepada setiap manusia

Perkataan صَرَّفْ bermaksud ‘tukar-tukar’ – alternate. Allah tukar-tukar perkataan dalam berbagai cara untuk menjelaskan kepada manusia.

 

 مِنْ كُلِّ مَثَلٍ

dari berbagai-bagai jenis contoh-contoh bandingan.

 وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

Dan adalah manusia itu paling banyak sekali membantah; atas setiap sesuatu, manusia nak membantah sahaja. Manusia memang suka membantah sahaja. Bila mereka dengar sesuatu, perbuatan pertama mereka akan hendak menolak.

Dalam satu hadis riwayat Ali, dia memberitahu bahawa Nabi pernah mengetuk pintu rumahnya pada malam hari yang ketika itu Ali sedang bersama Fatimah seraya bersabda: “Tidakkah kalian berdua mengerjakan solat?” Lalu aku menjawab: “Ya Rasulullah, sesungguhnya jiwa kami di tangan Allah, jika Dia berkehendak untuk membangunkan kami, maka kami bangun.” Maka baginda kembali apabila aku katakan demikian, sedang baginda sama sekali tidak melontarkan sepatah kata pun kepadaku. Kemudian ketika baginda bangun untuk pergi sambil menepuk pahanya, baginda membacakan ( وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا ). Dan adalah manusia itu paling banyak sekali membantah. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

we have explained: صَرَّفْنَا

quarrelsome: جَدَلًا

————————————————————————————

Ayat 55:

18:55

Transliteration
wa-mā manaʿa n-nāsa ʾan yuʾminū ʾidh jāʾahumu l-hudā wa-yastaghfirū rabbahum ʾillā ʾan taʾtiyahum sunnatu l-ʾawwalīna ʾaw yaʾtiyahumu l-ʿadhābu qubulan

 Sahih International

And nothing has prevented the people from believing when guidance came to them and from asking forgiveness of their Lord except that there [must] befall them the [accustomed] precedent of the former peoples or that the punishment should come [directly] before them.

Malay

Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau didatangi azab yang dilihat dan dihadapi.

وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا

Dan tidaklah mencegah manusia itu untuk beriman; apakah yang menyebabkan manusia tidak beriman?

 إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ

apabila datang kepada mereka petunjuk; iaitu apabila datang petunjuk, mereka nak lawan juga. Kenapa mereka tak mahu terima? Sesiapa yang sudah mula belajar sebar agama, akan faham hal ini. Kerana mereka akan menghadapi orang-orang yang sebegini apabila mereka mula berdakwah kepada manusia. Iaitu, apabila dibacakan ayat Quran kepada mereka, mereka akan bagi macam-macam alasan untuk tidak terima ajakan kita.

 وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ

Dan untuk memohon ampun kepada Tuhan mereka; Selain dari tidak mahu beriman, apakah yang menyekat mereka dari meminta ampun kepada Tuhan mereka? Walaupun sebenarnya tidak ada sesiapa yang boleh sekat seseorang dari meminta ampun. Kalau ada cuba sekat pun, dia boleh sebut dalam hatinya. Tapi apakah yang menyekat mereka dari meminta ampun itu?

 إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ

Kecuali datang ketetapan Allah sepertimana yang telah diberi kepada orang-orang terdahulu; mereka nak tunggu azab dulu baru nak beriman dan nak minta ampun.

Orang-orang dulu telah sesat, mereka pun akan sesat juga.

 أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا

Atau datang kepada mereka azab di depan mata mereka; iaitu kematian. Tapi apabila azab dan kematian dan hampir, iman dan keampunan tidak diterima lagi. Seperti Firaun yang baru nak beriman apabila dia hampir mati semasa ditenggelamkan dalam laut. Tidak diterima imannya ketika itu.

Jadi, kalau ada orang yang dalam nazak nak mati, imannya atau permintaan ampunnya waktu itu tidak diterima lagi kerana dah terlambat. Walaupun dia tidak mati lagi waktu itu. Kalau dia ada mengamalkan syirik sebelum itu, istighfarnya tidak diterima. Kalau tak buat syirik, ada harapan lagi.

———————————————————————————-

Ayat 56:

18:56

Transliteration
wa-mā nursilu l-mursalīna ʾillā mubashshirīna wa-mundhirīna wa-yujādilu lladhīna kafarū bi-l-bāṭili li-yudḥiḍū bihi l-ḥaqqa wa-ttakhadhū ʾāyātī wa-mā ʾundhirū huzuwan

 Sahih International

And We send not the messengers except as bringers of good tidings and warners. And those who disbelieve dispute by [using] falsehood to [attempt to] invalidate thereby the truth and have taken My verses, and that of which they are warned, in ridicule.

Malay

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatKu, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.

وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ

Dan tidaklah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan untuk memberikan berita gembira; berita gembira kepada orang yang beriman. Iaitu akan dikatakan kepada mereka bahawa mereka akan mendapat syurga.

وَمُنْذِرِينَ

dan memberi ancaman; ancaman pula diberi kepada sesiapa yang engkar. Iaitu akan dikatakan kepada mereka, kalau mereka tidak mahu menerima tauhid, mereka akan masuk neraka.

Inilah dua perkara besar yang diberitahu oleh pendakwah: Berita gembira dan ancaman. Iaitu cerita tentang tauhid atau aqidah.

 وَيُجَادِلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالْبَاطِلِ

Dan orang-orang kafir itu membantah dengan menggunakan hujah yang batil; Iaitu hujah yang bukan dari nas Quran dan Hadis. Antara hujah batil mereka adalah: “takkan guru itu nak masuk neraka”. Mereka cakap begitu kerana mereka hendak membenarkan juga guru mereka walaupun guru mereka mengajar yang salah. Itu bukan hujah Quran dan Hadis. Itu adalah hujah yang pernah digunakan oleh Musyrikin Mekah. Janganlah kita dalam berhujah mengatakan begini: “Ustaz saya beritahu macam itu”. Jangan sekali-kali. Jangan letak hujah atas guru kita. Guru kita bukan Nabi yang maksum. Kita kena kata Quran dan Hadis yang kata begitu dan begini. Jadi, kalau ada orang yang menggunakan hujah guru mereka, katakan bahawa itu adalah hujah Musyrikin Mekah.

لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ

supaya mereka menghapuskan kebenaran dengan hujah itu; menghapuskan kebenaran dengan menggunakan hujah mereka yang batil itu. Mereka sebenarnya tidak ada hujah dari Quran dan hadis. Maka mereka hanya ada hujah tok guru mereka.

 وَاتَّخَذُوا آيَاتِي

dan mereka telah jadikan ayat-ayatKu 

 وَمَا أُنْذِرُوا

dan amaran yang diberikan kepada mereka itu

هُزُوًا

sebagai senda gurau. 

Itulah cara yang digunakan oleh orang-orang jahat. Cara mudah yang digunakan oleh mereka akan adalah menggunakan jenaka.

——————————————————————————————

Ayat 57:

18:57

Transliteration
wa-man ʾaẓlamu mimman dhukkira bi-ʾāyāti rabbihī fa-ʾaʿraḍa ʿanhā wa-nasiya mā qaddamat yadāhu ʾinnā jaʿalnā ʿalā qulūbihim ʾakinnatan ʾan yafqahūhu wa-fī ʾādhānihim waqran wa-ʾin tadʿuhum ʾilā l-hudā fa-lan yahtadū ʾidhan ʾabadan

 Sahih International

And who is more unjust than one who is reminded of the verses of his Lord but turns away from them and forgets what his hands have put forth? Indeed, We have placed over their hearts coverings, lest they understand it, and in their ears deafness. And if you invite them to guidance – they will never be guided, then – ever.
Malay

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ

Dan siapakah yang lebih zalim lebih dari seorang yang telah diberi peringatan ayat-ayat Tuhannya

Peringatan itu adalah ayat-ayat Quran.

فَأَعْرَضَ عَنْهَا

kemudian dia berpaling darinya 

Ayat ini merujuk kepada orang kafir. Tapi kalau kita pun diberi peringatan ayat-ayat Quran, dan kita tidak mengambil pengajaran darinya, kita pun macam orang kafir juga. Sepatutnya apabila ayat Quran dibacakan, kita kena tengok samada kita ikut atau tidak ayat-ayat itu.

 وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ

dan dia lupa apa yang telah dikerjakan oleh tangannya; dia lupa sebab banyak sangat dosa yang dia telah buat. Sebab dah selalu sangat dia melakukan dosa yang sama. Kalau kita tanya orang berjudi, berapa kali dia berjudi, dia tidak akan ingat dah berapa kali. Kalau kita tanya kepada orang yang minum arak itu, berapa kali dia minum arak, dia pun tidak akan ingat. Sebab dah banyak kali sangat buat.

 إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ

Sesungguhnya Kami jadikan keatas hati-hati mereka itu satu tutupan yang menghalang mereka dari memahami; iaitu tutupan dalam bentuk rohani. Sebab kita tak nampak tutupan itu, tapi ianya ada. Hati mereka ditutup dari faham isi kandung Quran. Apabila kita sampaikan kepada mereka ayat-ayat Quran, mereka tidak akan faham. Allah berikan tutupan ini selepas mereka tidak mahu mendengar ayat-ayat Quran. Jangan kita ingat Allah terus tutup. Allah akan beri peluang kepada mereka dahulu. Tapi apabila mereka sentiasa menolak ajakan tauhid, barulah Allah akan tutup.

Perkataan أَكِنَّةً bermasud tutupan yang tidak membolehkan cahaya masuk. Hidayah dalam bentuk cahaya. Jadi mereka tidak mendapat hidayah itu.

Apakah maksud fiqh فْقَهُ itu? Ianya adalah pemahaman yang mendapat. Ianya bermaksud faham dan mengamalkan. Kadang-kadang kita faham, tapi kita tak mahu ikut. Kita faham terjemah ayat-ayat Quran dan kita faham apakah yang dimaksudkan. Tapi kita tidak memasukkan pemahaman dan pengajaran itu dalam diri kita. Macam kita juga, kalau kita dengar khutbah yang diberikan, kita bukan nak ambil pengajaran, tapi kita komen khutbah itu. Kita kata macam-macam. Kita kata kalau khatib itu cakap lebih kuat, atau memasukkan cerita-cerita lagi, tentu lebih menarik. Itu tidak penting, yang penting adalah apakah pengajaran yang kita boleh ambil.

 وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا

dan pada telinga-telinga mereka ada sumbatan; ini pun sumbatan rohati. Mereka dengar ayat Quran ditafsir, tetapi mereka tak faham. Kadang-kadang banyak kali kita dah beritahu kepada mereka, tapi mereka tak faham-faham.

وَإِنْ تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ

Dan jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk,

 فَلَنْ يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا

mereka tidak mungkin akan mendapat petunjuk selama-lamanya. 

turns away: فَأَعْرَضَ

—————————————————————————–

Ayat 58:

18:58

Transliteration
wa-rabbuka l-ghafūru dhū r-raḥmati law yuʾākhidhuhum bi-mā kasabū la-ʿajjala lahumu l-ʿadhāba bal lahum mawʿidun lan yajidū min dūnihī mawʾilan

 Sahih International

And your Lord is the Forgiving, full of mercy. If He were to impose blame upon them for what they earned, He would have hastened for them the punishment. Rather, for them is an appointment from which they will never find an escape.

Malay

Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.

وَرَبُّكَ الْغَفُورُ

Dan Tuhan kamu itu Maha Pengampun

 ذُو الرَّحْمَةِ

yang memiliki rahmat; Dialah yang memberi rahmat kepada manusia.

Apakah tanda Allah itu mempunyai rahmat?

 لَوْ يُؤَاخِذُهُمْ بِمَا كَسَبُوا

Kalau Dia hendak menyeksa mereka dengan apa yang mereka telah lakukan; Kalaulah Allah nak seksa manusia itu semasa mereka di dunia lagi.

 لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ

Maka tentu Dia akan segerakan bagi mereka azab itu

 بَلْ لَهُمْ مَوْعِدٌ

Akan tetapi bagi mereka itu sudah ada satu perjanjian; Perjanjian apa? Iaitu selagi tak mati, Allah tidak beri azab. Kerana semasa hidup itu, mereka sedang berada dalam ujian. Allah hanya akan azab mereka apabila mereka mati nanti. Buatlah apa yang mereka hendak buat semasa di dunia. Tapi, apabila mati nanti, siaplah mereka.

Kecuali kalau mereka melawan orang yang menyebar agama. Kalau mereka buat begitu, mereka akan diazab semasa di dunia lagi. Seperti yang telah dikenakan kepada Kaum Aad dan Tsamud.

لَنْ يَجِدُوا مِنْ دُونِهِ مَوْئِلًا

Tidak mungkin mereka akan mendapati tempat berlindung; tiada tempat berlindung dari azab itu lagi dah.

Perkataan مَوْئِلً bermaksud tempat yang disediakan kepada binatang-binatang ternak daripada ancaman-ancaman luar seperti serigala dan binatang buas yang lain. Perkataan yang digunakan menunjukkan bahawa mereka nanti akan cuba menyorok seperti binatang menyorok.

————————————————————————————–

Ayat 59:

18:59

Transliteration
wa-tilka l-qurā ʾahlaknāhum lammā ẓalamū wa-jaʿalnā li-mahlikihim mawʿidan

 Sahih International

And those cities – We destroyed them when they wronged, and We made for their destruction an appointed time.

Malay

Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.

وَتِلْكَ الْقُرَىٰ أَهْلَكْنَاهُمْ

Dan itulah penduduk-penduduk negara/kampung yang telah Kami binasakan mereka; ini adalah umat-umat terdahulu dari generasi-generasi yang telah berlalu yang Allah telah binasakan disebabkan kekufuran dan keingkaran mereka.

 لَمَّا ظَلَمُوا

tatkala mereka melakukan kezaliman; yang dimaksudkan dengan zalim disini adalah dengan melakukan syirik. Tidak diazab sesuatu kaum itu melainkan mereka telah melakukan syirik. Bala datang kerana syirik kepada Allah.

Oleh itu tidak ada solat tolak bala. Untuk tolak bala, kena minta ampun dari dosa syirik yang telah kita lakukan. Antaranya, doa Nabi Adam yang diajar oleh Allah. Doa itu ada dalam surah A’raf.

Perkataan لَمَّ ظَلَمُلا yang digunakan adalah indah sekali. Ianya bermaksud mereka bukan diazab selepas mereka berbuat zalim. Tapi selepas berkali-kali mereka berbuat zalim.

 وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِمْ مَوْعِدًا

Dan Kami jadikan kebinasaan mereka itu pada waktu dan tempat yang memang telah ditentukan; Bermakna masa kehancuran mereka telah ditetapkan oleh Allah. Tidak didahulukan dan tidak dilambatkan bilakah akan terjadinya kebinasaan itu. Seperti Firaun, telah ditetapkan bilakah dia akan mati dan tempatnya. Dia tidak mati di istana beliau, tapi dalam laut. Semua itu telah ditetapkan oleh Allah. Kita tidak dapat mengubahnya.

Lompat ke ayat-ayat yang seterusnya.

==========================================================

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 018: al-Kahfi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s