Tafsir Surah Baqarah Ayat 164 – 169

Ayat 164: Dalam ayat sebelum ini, Allah telah memberitahu kepada kita bahawa Dialah sahaja Tuhan tempat kita melakukan ibadat dan tempat kita memohon doa. Itu adalah pengulangan semula Dakwa Surah Baqarah ini.

Sekarang diberikan dalil kenapa kita kena ikut apa yang Allah perintah kita. Kali ini Allah menyebut tentang tanda-tanda yang Allah telah berikan dalam alam ini kepada kita.

Sebelum ini disebut tentang ayat-ayat Allah dalam Quran. Kemudian ayat-ayat itu telah disembunyikan oleh mereka yang telah memahaminya. Tapi bukan itu sahaja ‘ayat-ayat’ Allah. Ada lagi ‘ayat-ayat’ Allah dalam alam ini yang selain dari ayat-ayat Quran. Maksud perkataan ‘ayat’ adalah ‘tanda’. Allah telah beri banyak tanda kepada manusia dalam alam tentang kewujudanNya. Jadi, kalau ada manusia yang tidak sampai kepada mereka ayat-ayat dalam bentuk Kitab, sepatutnya mereka telah dapat tanda-tanda Allah telah ada dalam alam ini.

2:164

Sahih International

Indeed, in the creation of the heavens and earth, and the alternation of the night and the day, and the [great] ships which sail through the sea with that which benefits people, and what Allah has sent down from the heavens of rain, giving life thereby to the earth after its lifelessness and dispersing therein every [kind of] moving creature, and [His] directing of the winds and the clouds controlled between the heaven and the earth are signs for a people who use reason.

Malay

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Sesungguhnya pada penciptaan tujuh langit dan tujuh bumi itu

Dalil aqli pertama kenapa kita kena ibadat dan doa hanya kepada Allah adalah Allah lah yang menjadikan langit dan bumi.

وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

dan pertukaran siang dan malam itu,

Kedua: berselisihnya siang dan malam. Tidak terjadi sendiri melainkan dengan Qudrat Allah.

 وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ

dan kapal yang belayar di lautan

Ketiga: kapal berlayar di lautan. Allah lah yang melayarkan kapal-kapal itu.

 بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ

dengan membawa faedah bagi manusia yang ramai;

Tuhanlah yang mengajar Nabi Nuh cara buat kapal. Dari situ, kita sekarang dah boleh buat supertanker dah sekarang. Dengan kapal-kapal itu, dapat digunakan untuk membawa muatan-muatan untuk kepentingan manusia.

وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ

dan apa yang Allah turunkan dari langit

Keempat: air yang Allah turunkan dari langit.

مِنْ مَاءٍ

daripada air hujan;

dari rahmat dan berkatNya, lebih-lebih lagi air yang amat berguna kepada manusia. Dari air yang satu jenis itu, Allah telah menghidupkan berbagai-bagai jenis tanaman.

فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا

maka Allah menghidupkan dengan bumi selepas matinya dengan air itu

Dengan air hujan itu, Allah hidupkan bumi yang gersang. Bumi yang tandus, apabila ada sahaja air, terus timbul kehidupan di atasnya.

وَبَثَّ فِيهَا

dan Allah membiakkan di atas mukabumi

Kelima: Allah lah yang membiakkan di bumi setiap binatang bernyawa.

مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ

setiap jenis makhluk yang merayap;

Berbagai jenis binatang termasuklah binatang mamalia, serangga dan sebagainya.

 

 وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ

dan mengirimkan angin untuk menggerakkan awan

Keenam: berubahnya perjalanan angin

الْمُسَخَّرِ

yang tunduk dibawah pengawasan

Ketujuh: awan yang ikut arahan Allah. Tunduk dibawah pengawasan Allah. Allah yang arahkan angin itu untuk bergerak ke sana dan ke sini.

 بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

di antara langit dan bumi;

Allahlah yang menggerakkan angin untuk membawa awan untuk menghujankan satu-satu tempat. Jadi, kalau ada tempat yang sudah lama tidak turun hujan, sepatutnya kita berdoa kepada Allah. Tapi masyarakat kita ada pula yang pakai bomoh yang dikatakan boleh turunkan hujan atau sekat hujan daripada turun. Mereka dipanggil Bomoh Hujan. Padahal, yang sepatutnya kita kena buat kalau datang musim kemarau adalah buat solat Istisqa’ – Solat memohon hujan. Barulah nampak kekuasaan Tuhan kalau kita buat begitu. Solat itu selalu dibuat oleh orang-orang di tanah Arab. Tapi jarang sangat kita dengar buat di Malaysia. Nak solat itu, kena dilakukan di padang luas. Semua kena turun termasuklah ternakan sekali. Pakai baju yang buruk sikit. Kena diimani oleh ketua kampung atau ketua negara. Itulah cara yang benar. Tapi di Malaysia, jarang atau tidak pernah kita dengar solat sunat ini dilakukan. Yang selalu mereka buat adalah Solat Hajat. Padahal solat hajat itu adalah bidaah. Tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat.

لَآيَاتٍ

Ini adalah sebagai dalil bukti Allah kepada manusia

Lihatlah bagaimana indahnya alam ini. Antara flora dan fauna. Bagaimana cantiknya kerjasama antara makhluk-makhluk dalam alam ini. Mereka memerlukan satu sama lain. Ini semua adalah bukti kekuasaan Allah.

 لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

yang boleh menerimanya hanyalah kaum yang boleh berfikir

Tanda-tanda itu telah diberikan kepada semua manusia, tapi tidak semua boleh menggarapnya. Yang boleh memahaminya adalah mereka yang menggunakan akal mereka.

Perkataan عْقِلُ sebenarnya diambil dari perkataan ‘ikat’. Orang-orang Arab dulu akan menggunakan tali untuk mengikat unta mereka daripada lari. Tali-tali itu apabila tidak dipakai, akan dililit di kepala mereka. Maka, maksud عْقِلُ dalam bahasa Arab sebenarnya adalah ‘mengikat hati’. Iaitu akal fikiran yang dapat mengawal hati. Apabila akal dapat mengawal hati, bermakna akal dapat mengawal nafsu. Apabila nafsu dapat dikawal, manusia dapat berfikir dengan jelas. Barulah nampak ‘ayat-ayat’ Allah yang Allah telah letakkan dalam alam ini.

Tapi masalahnya, manusia sekarang susah untuk dapat peringkat pemikiran yang jelas ini. Kerana manusia sekarang amat mudah untuk mendapatkan hiburan. Kalau nak dengar lagu senang sangat, nak tengok tv, tengok wayang, dan sebagainya. Sampaikan tidak ada peluang untuk berfikir dengan jelas dan dalam. Kerana untuk melihat tanda-tanda yang telah ada dalam alam ini, memerlukan minda yang dapat memikirkan dengan jelas. Tapi kalau akal fikiran kita tidak dilatih untuk memikirkan dengan dalam, maka tidak akan sampai ke tahap itu. Oleh kerana kita tidak melatih fikiran kita kerana sudah sibuk dengan entertainment, kita tidak dapat memikirkan tentang tanda-tanda Allah dalam alam ini.

Dalam surah al-Mulk, ada disebutkan tentang penyesalan manusia di akhirat nanti. Mereka kata “alangkah baiknya kalau kami semasa di dunia memikirkan.” Itu bermaksud, iman boleh didapati samada dengan ayat-ayat Allah dalam Kitab, atau ayat-ayat Allah dalam alam ini.

Jadi, Islam adalah agama yang menggunakan akal. Maka kita hendaklah menggunakan akal kita dengan melihat alam ini dan menggunakannya untuk meningkatkan iman kita. Barulah kita boleh melihat hidayah dalam alam ini.


 

Ayat 165: Ayat zajrun, iaitu ayat ancaman Allah. Ini adalah kepada mereka-mereka yang tidak menggunakan akal dan hati mereka untuk berfikir.

2:165

Sahih International

And [yet], among the people are those who take other than Allah as equals [to Him]. They love them as they [should] love Allah . But those who believe are stronger in love for Allah. And if only they who have wronged would consider [that] when they see the punishment, [they will be certain] that all power belongs to Allah and that Allah is severe in punishment.

Malay

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya milik bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا

Ada juga diantara manusia yang mengambil pujaan-pujaan lain selain dari Allah

Dalam ayat sebelum ini telah disebutkan jasa-jasa Allah. Maka, kalau Allah sahaja yang berjasa, maka puja Allah lah sahaja. Tapi ada yang puja juga selain allah. Apabila disebut ‘selain Allah’, ada empat perkara yang mereka puja selain Allah: Roh Nabi, Wali, Jin, Malaikat.

Perkataan أَنْدَادًا bermaksud benda yang mereka puja sama seperti Allah. Sembahan-sembahan itu menjadi tandingan kepada Allah pula. Sedangkan Allah tidak ada tandingan. Mereka percaya ada sedikit sebanyak kuasa Allah yang ada pada pujaan mereka itu. Mereka ganti Allah dengan أَنْدَادًا dalam sesetengah perkara.

 يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ

Mereka sayang kepada pujaan-pujaan mereka itu seperti mereka sayang kepada Allah;

Mereka bukan puja sahaja tapi mereka kasih kepada pujaan mereka itu. Mula-mula tidak begitu, tapi lama kelamaan jadi macam itu. Sebagai contoh, ibadah iktikaf. Iktikaf di masjid dilakukan adalah ibadah untuk Allah di masjid. Tapi ada yang bertapa di kubur tok wali, ada yang tawaf kubur wali pun ada kerana mereka sayang sangat kepada tok wali itu.

Antara pujaan yang dimaksudkan adalah tok guru mereka, guru-guru mereka dan ustaz-ustaz mereka. Apabila ayat Quran dibawa kepada mereka, mereka tolak hujah ayat-ayat Quran itu dan mereka bawa hujah tok guru mereka. Mereka kata ‘guru kami kata begini dan begitu’. Ini dipanggil ‘syirik tok guru’. Sebagai contoh, apabila kita beritahu bahawa tauhid itu kena berdoa kepada Allah sahaja, mereka akan jawap, takkanlah tok guru-tok guru itu salah, mereka pun pandai juga. Mereka kata lagi: takkan guru mereka itu nak masuk neraka; Dan berbagai-bagai lagi alasan yang mereka berikan. Dan mereka kata ada tok guru yang kata boleh pakai perantaraan (tawasul).

Ini juga dinamakan shirk fi hubb (syirik dalam kecintaan). Mereka lebih cintakan benda lain dan makhluk lain lagi daripada Allah. Apabila هُمْ dimasukkan dalam perkataan يُحِبُّونَهُمْ itu, ianya bermaksud yang dicintai itu adalah benda-benda yang tidak bernyawa dan bernyawa sekali. Kalau hanya merujuk kepada benda-benda yang tidak bernyawa, perkataan yang digunakan adalah يحبونها.

Kita sepatutnya sayang Allah dalam hati kita. Tapi masalahnya, banyak antara kita yang membezakan antara intelek dan sayang. Kita tahu sesuatu itu benar, tapi tidak masuk dalam hati kita. Sebab itu orientalis yang belajar tentang Allah dan agama Islam, tidak masuk Islam. Mereka cuma belajar sahaja tentang Islam, tapi mereka tidak sayang kepada Islam.

 وَالَّذِينَ آمَنُوا

Dan orang-orang yang beriman

Bagaimana pula sifat orang mukmin?

أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

lebih sayang kepada Allah;

Tidak ada yang lain yang mereka lebih sayang lebih dari Allah. Apabila dibacakan ayat-ayat Quran, mereka akan terima. Sesiapa yang mencintai sesuatu, mereka akan sentiasa menyebut-nyebutnya. Apakah yang kita selalu sebutkan dalam hidup kita? Adakah sukan, fesyen, filem, teknologi? Apa yang kita selalu sebutkan itulah yang kita sayangkan sangat. Kalau kita sentiasa menyebut-nyebut perkara itu selain dari Allah, maka kita lebih sayangkan perkara itu dari Allah.

وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ

Dan ketika orang-orang yang buat syirik itu, melihat api neraka

Inilah ayat zajrun yang dimaksudkan. Kalaulah orang yang buat syirik itu boleh nampak apa yang mereka akan terima.

 أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

tahulah mereka bahawa kekuatan itu hanya milik Allah semua sekali.

Barulah nanti orang-orang yang buat syirik itu akan nampak kekuatan Allah. Kerana waktu itu tidak ada pelindung lagi selain dari Allah. Pujaan mereka semasa mereka hidup di dunia dulu, seperti Roh Nabi, wali, jin dan malaikat tidak dapat menolong mereka langsung.

Semasa mereka di dunia, mereka tidak menggunakan akal mereka untuk melihat kekuatan Allah. Macam seorang budak yang tidak takut kepada polis sebab tak nampak polis. Tapi apabila mereka kena tangkap dan kena masuk dalam lokap, barulah mereka nampak takut. Begitulah juga manusia yang melakukan syirik di akhirat kelak. Mereka akan nampak kekuatan Allah waktu itu.

وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

dan Allah itu sangat keras azab yang Dia akan beri.

Mereka akan dikenakan dengan azab yang amat keras.

Tetapi mereka hanya nampak azab itu apabila di akhirat kelak. Waktu itu sudah terlambat.


 

Ayat 166: Ini pula adalah berkenaan tok guru yang mengajar ilmu salah. Segala perbuatan salah dalam agama dan amalan selalunya bukanlah anak murid buat sendiri, tapi diajar oleh guru-guru dan pemimpin yang sesat. Mereka ikut sahaja apa yang diajar kepada mereka tanpa usul periksa. Sekarang Allah nak ceritakan apakah yang pemimpin-pemimpin itu akan kata di akhirat kelak.

2:166

Sahih International

[And they should consider that] when those who have been followed disassociate themselves from those who followed [them], and they [all] see the punishment, and cut off from them all the ties [of relationship],

Malay

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا

Ketika pemimpin-pemimpin ajaran sesat itu melepaskan diri;

Yang dimaksudkan dengan pemimpin-pemimpin itu adalah guru-guru yang mengajar ajaran yang salah kepada anak-anak murid mereka. Mereka mengajar bukan ilmu dari Quran dan sunnah. Banyak yang menggunakan kitab karangan manusia sahaja. Tidak tentu betul lagi kitab-kitab itu. Umat sepatutnya belajar Quran dan Hadis dulu baru boleh belajar kitab-kitab yang lain. Kerana apabila mereka sudah mahir dengan Quran dan Hadis, mereka akan dapat menilai samada kata-kata manusia itu betul atau tidak.

Malangnya kita sekarang dalam zaman yang hanya ikut mengikut tanpa usul periksa. Hanya apabila seseorang ustaz itu terkenal, ramai pengikut, sudah masuk tv, masyarakat kita akan pandang mereka sebagai hujjah utama mereka. Bukan Quran dan sunnah lagi yang mereka ikut, tapi manusia.

Masalah mengikut orang ini pun satu masalah yang besar dalam masyarakat kita. Bukan dalam hal agama sahaja. Dalam hal kehidupan pun begitu juga. Kerana ada yang tak kisah pun hal agama dan pemimpin mereka bukanlah ikutan-ikutan mereka dalam agama. Sebagai contoh, yang muda hanya menjadikan artis-artis sebagai model kehidupan mereka. Padahal artis-artis itu kebanyakannya tidaklah mempunyai akhlak yang baik untuk diikuti. Tapi itulah yang terjadi sekarang. Amat menakutkan apakah yang akan terjadi kepada mereka. Kadang-kadang mereka mengikut orang lain adalah kerana mereka takut mereka dilihat ganjil dalam masyarakat. Mereka takut kalau mereka berpakaian lain dari orang lain, mereka akan nampak ganjil. Mereka takut kalau mereka bertudung dan menutup aurat, orang akan melihat mereka pelik.

Begitulah juga dalam hal agama. Ramai yang takut kalau mereka tidak pergi kenduri yang ada majlis bersanding, orang akan kutuk mereka. Mereka takut kalau mereka tidak pergi ke Majlis Tahlil, nanti apa orang akan kata. Mereka takut mereka dikatakan tidak bergaul dengan masyarakat. Mereka sanggup melakukan perkara syirik, hanya supaya mereka dianggap sebahagian dari masyarakat. Itulah sebabnya mereka mengikut ustaz itu, ustaz ini, imam itu dan imam ini. Macam sekarang, yang popular adalah golongan Habib yang entah datang dari mana, sebab dulu tidak ada. Maka golongan inilah yang mereka ikuti dan sanjungi. Nanti orang-orang yang mereka ikuti itu akan berlepas diri dari mereka.

 مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا

daripada orang-orang yang mengikutinya; 

Iaitu anak-anak murid mereka yang mereka ajar dulu semasa di dunia. Anak-anak murid itu hanya ikut sahaja membuta-tuli. 

Guru-guru sesat dan pemimpin itu berlepas diri dari bertanggungjawab. Dia kata bukan dia yang paksa anak-anak murid dia ikut sesat macam dia. Dia kata anak-anak murid itu sahaja yang sesat sendiri. Kerana ada dia ajak juga tapi ada yang tak ikut pun.

وَرَأَوُا الْعَذَابَ

ketika mereka melihat api neraka;

Dua-dua pihak akan melihat api neraka itu – yang mengikut dan juga yang kena ikut. Apabila tengok sahaja api neraka, tok guru itu melepaskan diri dari anak-anak murid mereka.

 وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ

dan putuslah pertalian antara mereka;

Waktu itu, terputus segala hubungan antara mereka. Tidak ada lagi hubungan antara guru dan murid. Putus sudah hubungan kasih sayang antara mereka. Dulu semasa di dunia, anak murid itu puja dan sanjung guru dia sampai sujud pun ada. Dia puji dan angkat melambung – guru itu cahaya lah, boleh buat itu dan ini lah, guru dia hafal itu dan ini dan macam-macam lagi yang mereka puji. Tapi, sudah tidak berlaku di akhirat nanti.

Pada hari itu, bukan sahaja antara guru dan murid, tapi juga antara suami dan isteri. Antara ibu dan anak.


 

Ayat 167: Apa pula kata pengikut mereka yang sesat? Mereka itu telah sesat kerana telah ikut guru mereka yang sesat.

2:167

Sahih International

Those who followed will say, “If only we had another turn [at worldly life] so we could disassociate ourselves from them as they have disassociated themselves from us.” Thus will Allah show them their deeds as regrets upon them. And they are never to emerge from the Fire.

Malay

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا

Dan berkata orang-orang yang mengikuti;

yang mengikuti tok guru ajaran salah semasa di dunia.

 لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً

“Kalaulah kami ada peluang untuk kembali semula ke dunia”

Ini adalah khayalan semata-mata. Tidak akan akan ada peluang untuk kembali ke dunia. Banyak sekali ayat-ayat dalam Quran berkenaan mereka yang menyesal dan hendak pulang ke dunia kembali. Tapi ini tidak mungkin kerana dunia telah hancur dah pun. Allah nak beritahu, eloklah buat kebaikan dan jaga agama semasa hidup ini lagi, kerana kalau sudah akhirat, tidak ada peluang kedua dah. Jangan ambil mudah tentang agama – ada ustaz itu kata ini boleh, itu boleh, kamu terus ikut sahaja. Nanti kamu menyesal tak sudah.

فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ

“tentu kami akan melepaskan diri dari mereka”;

Iaitu dari guru-guru mereka atau ikutan-ikutan mereka semasa di dunia dulu.

 كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا

“sepertimana mereka sekarang melepaskan diri dari kami pada hari ini”;

Kejadian ini terjadi di Padang Mahsyar. Mereka ingat guru-guru itu akan membela mereka, tapi tidak. Guru-guru itu pun ada masalah mereka sendiri.

 كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ

Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka itu

Allah cerita sebab nak beritahu betapa mereka amat menyesal. Amalan-amalan mereka dahulu, mereka amat bangga. Mereka amalkan setiap hari. Mereka rasa bangga sebab mereka dapat belajar amalan itu sebab guru mereka beri khas kepada mereka. Dia pun tidak tahu dari mana amalan itu asalnya, tapi bila guru dia bagi, dia bangga sungguh. Dia amalkan sampai tak tidur malam. Kalau ada orang tegur amalan dia salah, melenting dia. Macam-macam kata nista dia akan keluarkan untuk mempertahankan amalan salahnya itu.

Tapi apa akan jadi dengan amalannya itu?

حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ

menjadi bahan penyesalan ke atas mereka;

Mereka akan menyesal kerana belajar dari guru yang salah itu yang telah mengajar mereka amalan-amalan yang salah. Antaranya guru-guru itu mengajar cara melakukan tawasul yang mereka kata baik.

Allah akan tunjukkan kepada mereka amalan-amalan yang salah semasa di dunia dulu sebagai salah satu seksa kepada mereka. Sudahlah kena seksa dengan bahan api dan pukulan dan sebagainya, ditambah lagi dengan seksaan mental dengan ditunjukkan apakah perbuatan mereka yang menyebabkan mereka masuk neraka itu. Perkataan حَسَرَاتٍ itu bukan sahaja bermaksud ‘menyesal’ tapi menyesal dan menyesal dan menyesal tanpa sudah.

وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

Dan mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka.

Penyelesalan mereka itu tidak akan dapat mengeluarkan mereka dari neraka. Kalau di dunia, ada orang yang buat salah dan menyesal dengan kesalahan mereka, kita akan lembut hati dan beri mereka peluang. Tapi ini tidak akan berlaku di neraka nanti.


 

Ayat 168: Ayat ini adalah berkenaan hukum halal dan haram. Termasuk bab berpantang dalam bersalin dan sebagainya. Ia membantah amalan memberi pantang kepada benda yang halal. Ataupun menghalalkan benda yang haram. Itu semua adalah perbuatan yang kufur kerana ia melibatkan perkara akidah. Sebagai contoh, kalau ada yang kata tidak boleh minum susu atas sebab-sebab tertentu, contohnya pantang bersalin, pantang kerana mengamalkan ilmu wirid khas dan sebagainya. Kalau ada sebab yang boleh diterima akal, seperti sebab-sebab kesihatan, tidak mengapa.

2:168

Sahih International

O mankind, eat from whatever is on earth [that is] lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.

Malay

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ

Wahai manusia semua sekali;

Ayat ini ditujukan kepada semua manusia, tak kira samada orang kafir atau Islam. Ini adalah satu dalil yang mengatakan bahawa Quran ini bukan untuk orang Islam sahaja. Ianya adalah mesej sejagat. Kerana kadang-kadang Allah bercakap terus kepada manusia keseluruhannya. Kadang-kadang Allah bercakap kepada orang beriman, kadang-kadang kepada Bani Israil dan sebagainya.

Mesej ini juga diberikan kepada mereka yang masih tidak mahu lagi masuk Islam walaupun mereka tahu Islam itu adalah agama yang benar. Mereka takut masuk Islam sebab takut apa yang akan dikatakan oleh keluarga mereka, masyarakat mereka. Dan mereka tidak mahu meninggalkan kebiasaan yang mereka telah lakukan.

 كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ

Makanlah daripada apa yang ada dibumi

Ayat ini dikeluarkan selepas ayat tentang ikut mengikut orang lain sebelum ini. Kerana kalau kita mengikuti orang lain tanpa usul periksa, lama-kelamaan kita akan buat sesuatu yang tidak halal. Mereka sudah tidak hiraukan sempadan yang telah diberikan oleh Allah. Yang mereka kisah adalah apa yang dikatakan oleh kumpulan-kumpulan mereka. Mereka hendak menjadi seperti ketua-ketua atau model-model ikutan mereka. Kita boleh mengikuti orang lain, tapi jangan melepasi halangan yang Allah telah tetapkan.

Antara masalah besar yang dibuat oleh orang Islam sekarang adalah majlis perkahwinan. Sudah macam majlis perkahwinan agama lain. Kita pun sudah tidak tahu samada orang yang berada dalam majlis itu adalah orang Islam atau tidak. Kerana ada perkara-perkara yang haram di dalamnya. Percampuran lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menutup aurat, muzik yang tidak baik. Itu belum lagi dikira dengan amalan-amalan syirik dalam majlis persandingan. Mereka tidak sedar bahawa apabila mereka bersanding, mereka mengikut apa yang diamalkan oleh agama Hindu. Persandingan itu adalah mengenang perkahwinan Dewa Sri Rama dan Sita Devi. Dan orang Hindu mengabadikan peristiwa itu dalam bentuk patung yang sama macam persandingan. Orang mengamalkan bersanding sebagai mengikut perkahwinan dewa mereka itu. Kalau mereka amalkan itu adalah syirik, tidakkah kalau kita pun ikut sama, kita tidak syirik? Adakah Allah berat sebelah? – Mereka amalkan syirik, tapi kalau kita amalkan tidak syirik?

Ayat sebelum ini tentang kejadian apa yang akan terjadi kepada mereka yang tidak mengikut ajaran Islam semasa di dunia. Maka, sekarang Allah memberikan kita nasihat tentang apakah yang perlu kita lakukan di dunia kalau tidak mahu mendapat nasib yang buruk di akhirat nanti. Allah selalu bertukar dari menceritakan tentang akhirat dan dunia. Kejap Allah akan bercerita tentang akhirat, sekejap Allah tukar kepada dunia pula.

Lafaz كُلُوا dalam ayat ini bukanlah arahan untuk kita ‘kena’ makan. Allah tak paksa kita makan. Cuma kita kena ada iktikad yang benda-benda itu boleh dimakan. Mungkin kita tidak suka makan, tidak mengapa kalau kita tidak makan pun. Cuma ulama kata kalau pernah kita pantangkan kepada diri kita sebelum ini, maka kena makan sekali untuk membatalkan pantang yang diamalkan sebelum ini.

حَلَالًا طَيِّبًا

yang halal lagi baik;

Apakah yang dimaksudkan dengan halal lagi baik? Sebagai contoh, kita ambil binatang sembelihan. Lembu itu memang kita tahu halal untuk dimakan. Maksud ‘baik’ itu pula, bermaksud bukan lembu curi. Pemilikan makanan itu pun kena halal juga. Kalau halal, tapi barang yang telah dicuri, tidak baik – ianya haram juga kerana ianya adalah hasil dari curian. Kadang-kadang kita lupa untuk menimbang samada rezeki yang kita dapati itu adalah dari sumber yang halal atau tidak. Walaupun kita makan makanan yang pada dasarnya halal, tapi kalau cara kita mendapatkannya adalah dengan cara yang haram, ianya adalah haram untuk kita makan. Contohnya, kita dapat rezeki itu dengan cara menipu hak orang lain. Kalau kita dapat cara menipu, maka ianya adalah rezeki yang haram.

Dan kalau binatang ternak, cara memakan binatang ternak itu pun kenalah betul – kena sembelih dengan cara yang betul. Kalau kita pakai contoh lembu tadi, memanglah halal, tapi kalau dimatikan dengan cara diketuk sampai mati, tidak boleh makan juga.

Negara Islam sepatutnya adalah negara yang memudahkan mencari benda yang halal daripada yang haram. Sepatutnya di negara yang Islam, susah untuk dicari benda yang haram. Tapi malangnya, walaupun Malaysia ini dikatakan sebagai negara Islam dan penduduknya ramai yang Islam, tapi masih lagi senang nak cari benda yang haram. Kita bukan cakap tentang makanan sahaja, tapi benda-benda lain. Banyak hiburan-hiburan yang haram bersepah di negara ini.

Islam mengajak kepada perkara yang halal kerana ianya adalah baik untuk semua orang. Bukan untuk orang Islam sahaja. Sebab itu ayat ini dimulakan dengan seruan kepada seluruh manusia. Contohnya berkenaan riba. Islam mengharamkan riba kerana ianya adalah satu cara perniagaan yang tidak adil. Menyusahkan semua orang, bukan orang Islam sahaja. Kalau pakar ekonomi mengkaji dengan jujur, mereka akan nampak bahawa ianya adalah buruk untuk ekonomi dunia. Ada pakar ekonomi dah kaji dah dan ada yang masuk Islam kerana mereka nampak kebaikan yang dibawa oleh Islam dengan pengharaman riba ini. Dan zaman sekarang, sudah ada institusi kewangan dan bank yang mengamalkan konsep bank tanpa riba walaupun mereka bukan muslim.

 وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ

dan janganlah sekali-kali kamu ikuti jejak langkah syaitan;

Kita diingatkan supaya jangan ikut jejak langkah syaitan kerana syaitan campur tangan dalam hal halal haram. Mereka mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Oleh itu jangan kita ikut bisikan dari mereka. Dialah yang ajar sesetengah puak yang mereka tak boleh makan sesetengah makanan. Kerana ianya tidak akan terjadi sendiri tapi kerana Syaitan yang bisikkan idea itu kepada mereka.

Kerana syaitanlah yang membisikkan supaya menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. Sebagai contoh, apabila orang Melayu bersalin, mereka diberitahu oleh bidan-bidan bahawa mereka tidak boleh makan ayam. Tapi kepada orang Cina, disuruh makan ayam pula supaya badan menjadi kuat semula. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang bersalin, tapi kita orang melayu, tak boleh makan benda-benda yang berzat pula. Itu mereka namakan sebagai ‘pantang’. Berpantang itu adalah perkara yang syirik kerana ikut cakap tok bidan yang mengharamkan benda-benda makanan. Kita tidak tahu pun kenapa kita tidak boleh makan makanan yang dipantangkan itu. Kita ikut sahaja kata orang-orang tua tanpa usul periksa. Sepatutnya, yang boleh mengharamkan apakah yang tidak boleh dimakan adalah hanya Allah sahaja, tapi kita terima pula larangan bidan itu, atau kata orang-orang lain. Syaitan amat suka kalau kita mengharamkan yang halal kerana itu sudah perbuatan mengambil kerja Allah dan ianya adalah syirik. Tapi tentu kalau kita mengatakan salah kalau mengamalkan ‘pantang’, kita akan dimarahi dan dikata macam-macam tohmahan. Jadi, kita malu kalau tak berpantang. Kita takut kepada orang yang jahil.

Contoh lain yang manusia haramkan sesetengah makanan kepada mereka adalah kerana keturunan. Kononnya keturunan mereka tidak boleh makan makanan ini dan itu. Sebagai contoh, ada golongan di Kelantan yang tidak boleh makan Ikan Kacang.

Contoh satu lagi adalah golongan-golongan yang mengamalkan wirid-wirid khas. Guru mereka akan ajar anak murid, kalau nak amalkan wirid-wirid itu, tidak boleh makan makanan berdarah, atau adalah pantang-pantang mereka yang lain.

Mula-mula syaitan hanya boleh membisikkan kepada kita untuk melakukan kesalahan. Kalau kita sudah mula ikut bisik-bisikan itu, syaitan sudah boleh mengarahkan kita buat sesuatu yang jelas salah. Kita sudah tidak rasa kita buat perkara yang haram kerana kita dari dulu lagi kita dah mula buat perkara-perkara yang salah sikit demi sedikit. Perbuatan dosa itu sudah sebati dengan kita. Kita rasa macam tidak ada apa sahaja kalau buat benda yang salah.

إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang jelas nyata;

Iblis dah berjanji di hadapan Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam. Mereka tidak pernah berhenti berusaha untuk menyesatkan kita dari dulu sampai sekarang. Sampai kiamat mereka tidak akan berhenti. Mereka pula banyak bilangannya dari kita. Syaitan itu sembilan kali ganda bilangan mereka dari bilangan kita. Kalau kita boleh nampak mereka dengan nyata, kita pun tidak boleh nak hidup kerana mereka ada di mana-mana. Mereka lambat mati kalau dibandingkan dengan kita. Kalau umur 300 tahun itu, masih dalam kategori budak lagi dalam alam jin dan syaitan. Jadi, banyak yang mereka boleh buat untuk menyesatkan kita. Kerana mereka banyak pengalaman.


 

Ayat 169: Apakah alamat yang syaitan itu adalah musuh yang jelas nyata?

2:169

Sahih International

He only orders you to evil and immorality and to say about Allah what you do not know.

Malay

Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ

Syaitan itu akan menyuruh kamu

Kalau kita mula mendengar was-was dari syaitan, lama kelamaan dia akan lebih menguasai kita dan akan sampai pada satu tahap dia boleh ‘menyuruh’ kita. Perkataan أْمُرُ adalah bermula dengan tahap ‘mencadangkan’ sesuatu sampai kepada boleh ‘menyuruh’ seseorang melakukan sesuatu. Jadi syaitan akan mula-mula hanya boleh mencadangkan kita melakukan sesuatu sahaja. Apabila kita sudah mula ikut, dia akan menjadi kuat dan boleh mengarahkan kita melakukan sesuatu.

 بِالسُّوءِ

untuk membuat amalan buruk

Syaitan itu hanya suruh kita buat dosa sahaja, tidak ada perkara baik pun yang mereka akan suruh kita buat. Lafaz السُّوءِ bermaksud dosa dari segi amalan atau perbuatan. Perbuatan yang jahat dan buruk. Ianya perbuatan yang tidak ada yang baik. Dan tidak ada kebaikan hasil daripadanya. Tapi manusia masih juga melakukannya hasil daripada ajakan dan bisikan syaitan.

وَالْفَحْشَاءِ

dan akhlak yang memalukan;

Lafaz الْفَحْشَاءِ pula adalah dosa dari segi akhlak dan budi pekerti. Termasuk budaya, cara pakaian, cara berpakaian dan sebagainya.

Ianya juga termasuk jenis perbuatan yang kita nak cerita kepada orang lain dan kenalan kita sendiri pun malu. Itu yang dipanggil fahsya‘. Kita nak cerita kepada orang pun segan. Kalau kita malu nak cerita kepada orang lain, bermakna ianya adalah perkara yang tak baiklah tu.

وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

dan supaya kamu mengatakan tentang Allah perkara yang kamu sendiri tidak tahu menahu;

Dan lebih teruk lagi, syaitan akan bisik supaya kita cakap tentang sesuatu atas nama Allah, yang kita tidak ada dalil wahyu tentangnya. Kita berani kata yang sesuatu perkara itu adalah hal agama padahal ianya tidak. Kerana agama kenalah ada dasar atas nama Allah dan bukan boleh kita cakap kosong sahaja. Kena ada dalil wahyu baru boleh diterimapakai. Ini pula tentang akidah. Jadi, ada tiga elemen syaitan akan sesatkan kita:

  1. Dari segi amalan dan perbuatan
  2. Dari segi akhlak
  3. Dari segi akidah

Selepas kita hanya mengikut sahaja saranan syaitan itu, syaitan akan pergi lebih jauh lagi. Dia tidak akan berhenti. Dia akan menyuruh kita membenarkan perbuatan salah yang kita buat. Sampai mengatakan sesuatu yang kita sendiri tak tahu benar atau salahnya. Contohnya, seseorang akan kata bahawa perbuatan jahat yang dia buat itu tidak salah sebenarnya. Dia akan beri alasan atas perbuatan yang telah dilakukan. Mereka akan memusingkan hukum supaya nampak tidak salah perbuatan mereka itu. Mereka akan membuatkan justifikasi tentang perbuatan mereka. Contohnya, apabila seorang lelaki dan perempuan duduk bersama, mereka akan kata bahawa yang Allah tidak benarkan adalah berzina, bukannya duduk bersama. Mereka bercakap perkara yang mereka sendiri tidak tahu. Mereka sebenarnya jahil, tapi mereka cuba untuk menerangkan tentang agama kepada orang lain.

Atau kalau kita tegur mereka, mereka akan melenting sambil berkata: “mana dia larangan itu dalam Quran, dalam hadis, mana?!”. Mereka akan berkata dengan angkuh. Kerana mereka jahil, mereka tidak tahu bahawa memang ada larangan tersebut dalam nas-nas agama.

Atau dia akan tafsir agama dengan faham dia sendiri. Dia akan kata yang Allah maksud begini, bukan begitu. Senang-senang sahaja mereka berkata tentang agama tanpa ilmu pengetahuan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Ustaz Rosman

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s