Tafsir Surah Baqarah Ayat 83-103

Ayat 83: Ini jenis Yahudi ketiga, iaitu Yahudi yang hidup pada zaman Nabi Muhammad dan apakah perangai buruk mereka. Mereka masih ikut perangai buruk tok nenek mereka dahulu. Perangai tu ada lagi. Allah nak beritahu kepada para sahabat Nabi tentang perangai buruk mereka. Jangan mereka ada anggapan yang Yahudi zaman mereka dah tak ikut perangai tok nenek mereka. Kerana mungkin ada para sahabat yang sangka, perangai buruk itu hanya ada pada golongan tok nenek Yahudi sahaja. Sebenarnya tidak begitu. Mereka masih ada lagi perangai itu. Maka Allah beritahu keburukan Yahudi yang duduk di Madinah. Allah mahu para sahabat berhenti menjadikan golongan Yahudi itu sebagai tempat rujukan. Allah bongkar perangai mereka supaya hilang anggapan mulia kepada sahabat kepada puak Yahudi itu.

Ayat ini mengingatkan para sahabat untuk terima ajarah Nabi dengan sepenuhnya. Ini adalah amat penting kerana ianya ada dalam Syahadah. Apabila kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah, bermakna kita nak terima ajaran yang dibawa oleh Nabi sahaja. Kita kena ingat bahawa hanya dengan amalan yang diajar oleh Nabi sahaja yang boleh dapat pahala. Kita kena rasa cukup dengan ajaran Nabi. Tak perlu campur dengan ajaran lain. Kena tegas dalam hal ini. Inilah yang disebut dalam surah Isra 36 – kita kena ada dalil dalam amalan-amalan ibadat kita. Jangan pakai yang luar dari wahyu. Jangan amal amalan ibadat yang kita tidak ada dalil. Ini menolak perbuatan amal bidaah kerana amalan bidaah tidak ada dalil.

Latarbelakang ayat ini: Para sahabat ada yang pernah belajar dengan golongan Yahudi sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah. Oleh itu, apabila Nabi Muhammad sudah berada bersama mereka, ada di kalangan mereka yang tidak terima Nabi sepenuhnya kerana mereka masih lagi terkesan dengan apa yang mereka belajar dari golongan Yahudi. Maka ada yang selepas dengar apa yang disampaikan oleh Nabi, mereka pergi rujuk kepada orang Yahudi. Jadi Allah telah bongkar perangai Yahudi di dalam ayat-ayat ini. Kerana tidak patut Yahudi itu dijadikan rujukan kerana ajaran mereka sendiri pun mereka tolak.

Ayat ini juga ditujukan kepada kita juga. Jangan kita ingat kepada Bani Israil sahaja. Kalau kita pun ada perangai ini, kita pun ada masalah macam mereka juga. Oleh itu, kita kena periksa sifat-sifat buruk ini, takut-takut kita ada sifat-sifat itu.

2:83

Sahih International

And [recall] when We took the covenant from the Children of Israel, [enjoining upon them], “Do not worship except Allah ; and to parents do good and to relatives, orphans, and the needy. And speak to people good [words] and establish prayer and give zakah.” Then you turned away, except a few of you, and you were refusing.

Malay

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ

Dan ingatlah ketika Kami ambil perjanjian dengan Bani Israil;

Ayat-ayat selepas ini menyebut tentang ajaran-ajaran yang ada dalam Taurat. Ianya adalah ringkasan kepada ajaran-ajaran yang paling penting. Ianya memang ada dalam Taurat tapi mereka tidak pakai. Oleh kerana itu, Allah letak kembali dalam Quran. Allah nak ingatkan bahawa mereka dulu sudah berjanji untuk beramal dengan Kitab Taurat dan sekarang Allah bentangkan kembali apakah ajaran-ajaran itu.

Sebelum ayat ini, ayat sebelumnya telah disebutkan bahawa kita perlu beriman dan beramal dengan amalan yang soleh. Dalam ayat ini, Allah terangkan sebahagian dari amal soleh itu. Ianya sesuatu yang perlu kita lakukan. Ianya bukan senang hendak dilakukan. Maka oleh itu, kita kenalah berusaha untuk mengamalkannya. Yang penting, kena tahu dulu apakah yang kita perlu buat.

 

لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ

Jangan sekali-kali kamu sembah melainkan kepada Allah jua;

Lafaz ‘sembah’ itu maksudnya ibadat, adat dan doa. Ibadat perhubungan antara Allah dan hamba. Sedangkan adat pula adalah syariat tentang hubungan sesama makhluk. Oleh itu, doa hanya kepada Allah sahaja. Kalau kita buat begitu, barulah sempurna penyembahan kita kepada Allah.

Arahan untuk hanya sembah Allah juga dibawa oleh Nabi kita dan Nabi-nabi yang lain pun berkata begitu juga kepada umat mereka. Kerana ajaran tauhid ini sama sahaja kepada mana-mana Nabi pun.

 وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kamu;

Adat adalah syariat yang mengajar hubungan sesama makhluk. Dan hubungan dengan makhluk lain yang paling penting adalah dengan ibu bapa kita. Potongan ayat ini adalah dalam lafaz ‘mafhum mutlak‘ – satu ayat yang lengkap- Allah tak masukkan sekali dengan yang lain. Iaitu, Allah tidak kata begini: “Berbuat baiklah dengan ibubapa kamu, kaum kerabat kamu, anak-anak yatim dan orang-orang miskin”. Tapi Allah kata “berbuat baiklah dengan ibubapa kamu”. Kemudian, baru Allah tambah kepada kumpulan-kumpulan yang lain. Ini meletakkan kelebihan dan kepentingan berbuat baik dengan ibubapa kita. Makananya, kena buat bersungguh-sungguh.

Perkataan إِحْسَانًا itu bermaksud ‘berbuat baik lebih dari yang sepatutnya’. Kita kena beri layanan yang amat baik kepada ibubapa kita. Kalau mereka layak terima 200 ringgit sebulan, kita kena beri lebih lagi kepada mereka. Dan yang lebih penting lagi, jangan kita sakitkan hati mereka. Jangan kita buat apa yang boleh menyebabkan mereka berkecil hati. Kita hendaklah sentiasa menggembirakan hati mereka seboleh mungkin. 

Masalah dalam masyarakat adalah, mereka tidak ada hubungan yang baik dengan emak dan bapa mereka. Ada juga antara mereka yang sampai langsung tidak bertegur sapa. Kalau balik kampung pun, buat tak endah sahaja kepada ibubapa mereka. Kalau dengan orang lain, mereka boleh berbaik-baik, boleh bersembang dan sebagainya. Tapi kalau dengan ibubapa, macam ada sahaja perasaan marah kepada mereka. Sampai kadang-kadang, ada yang nak tengok ibubapa mereka pun tak mahu. Mungkinlah suatu waktu dahulu, ada perkara yang menyebabkan mereka berkecil hati dengan ibu atau bapa mereka dahulu. Tapi, sebagai anak, kenalah kita lupakan perkara itu dan berbaik semula dengan ibubapa kita. Siapalah kita untuk menyalahkan mereka pula?

 وَذِي الْقُرْبَىٰ

dan kaum kerabat kamu;

Bukan sahaja kita kena berbuat baik kepada ibubapa sahaja, tapi kita kena juga berbuat baik dengan ahli keluarga kita yang terdekat. Ini pun satu masalah juga kepada sesetengah orang. Kadang-kadang, apabila tidak ada iman dan ilmu, ahli keluarga berpecah belah. Sampai tidak bertegur sapa bertahun-tahun. Dengan orang lain boleh bersahabat dengan baik, tapi tidak dengan adik beradik. Mungkin salah faham itu hanya perkara kecil sahaja yang kalau kita ceritakan kepada orang lain pun, orang lain akan gelakkan sahaja sebab perkara kecil sahaja. 

Allah mengajar kita untuk berbuat baik dengan orang yang dekat dengan kita dahulu. Kalau keluarga kita harmoni, in sha Allah kita akan mengembangkan keharmonian itu kepada orang luar juga. Tapi, kalau dengan keluarga kita sendiri pun kita ada masalah, bagaimana lagi kita hendak berbuat baik kepada orang lain pula?

 وَالْيَتَامَىٰ

dan anak-anak yatim;

Kita disuruh berbuat baik dengan anak-anak yatim. Tapi, adakah kita kenal siapakah anak-anak yatim di kalangan masyarakat kita? Kalau tak kenal, macam mana kita nak tolong mereka? Maka, selepas ini kenalah kita ambil tahu siapakah mereka di kalangan kita. Mungkin boleh lawat rumah-rumah Anak Yatim selepas ini. Tengoklah apa yang kita boleh bantu mereka. 

وَالْمَسَاكِينِ

dan orang-orang miskin;

Entah berapa ramai orang miskin kita jumpa hari-hari. Tapi adakah kita tolong mereka? Soalan yang lebih penting lagi: adakah kita kenal mereka? 

وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا

dan katalah kepada manusia dengan ucapan-ucapan yang baik;

‘Ucapan yang baik’ adalah ucapan yang membawa manusia dekat dan taat kepada Allah. Bukan yang sebaliknya menjauhkan manusia dari Allah. Apabila kita melakukan perkara ini, barulah masyarakat jadi betul. Oleh itu, dalam ayat ini, Allah telah mengarahkan mereka untuk mengajar kitab Taurat kepada manusia lain. Macam zaman sekarang, kita kena ajar tafsir Qur’an kepada manusia lain.

Selain dari itu, hendaklah kita berbuat baik dengan orang lain dalam masyarakat kita. Bercakap baiklah dengan mereka. Tapi kita rasa macam ramai manusia yang tidak begitu. Ramai yang kita lihat bercakap kasar dengan orang lain. Yang lebih sedihnya, kadang-kadang kita lihat orang yang membawa imej orang agama, merekalah selalunya yang bermuka garang. Macam nak tegur salah orang sahaja. Nampak salah sahaja, mereka akan terus mengherdik orang lain. Apalah salahnya kalau kita bermuka manis dengan orang dan kalau perlu tegur pun, tegurlah dengan baik, bukankah lebih elok?

Dalam hal agama pun kita selalu tidak sependapat. Dan yang tidak manisnya, kalau kita berdebat dengan orang yang tidak sefahaman dengan kita, kadang-kadang kita gunakan bahasa yang kasar kepada mereka. Kita mengata tentang peribadi orang itu, bukan hujahnya.

 

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ

dan dirikanlah sembahyang;

Solat adalah amalan ibadat paling utama antara hamba dan Allah. Hendaklah kita menjaga segala perkara yang berkaitan dengan solat, iaitu bermula dari mandi junub lagi. Ini semua kena dijaga supaya kita dapat khusyuk dalam sembahyang. Dan dalam hal wudhuk, kita kenalah ikut cara wuduk sebagaimana yang Nabi ajar. Tapi, sudahkah kita belajar cara wudhuk Nabi, atau kita hanya pakai apa yang kita belajar semasa sekolah rendah sahaja? Dan bagaimana cara kita ambil wudhuk itu? Adakah kita gunakan air yang sedikit atau kita pasang pili air itu sekuat-kuatnya? Tahukah kita ada larangan Nabi dari membazir air, walaupun semasa mengambil wudhuk?

Bukan itu sahaja, kita juga kena jaga pakaian dari kotor. Malangnya, ada yang sampai tidak jadi solat kerana mereka kata seluar mereka kotor. Ini adalah mereka tidak tahu macam mana nak buat kalau mereka rasa pakaian mereka tak bersih. Kepada orang lelaki, selepas mereka kencing, mereka hanya perlu berdehem tiga kali, jangan lebih. Dan mereka gosok zakar tiga kali juga untuk mengeluarkan air kencing itu. Dan kemudian basuh bahagian depan zakar sahaja. Tidak perlu banyak air. Dan untuk menghilangkan was-was, renjis tiga kali air di kemaluan. Kalau disyaki kain terkena air, maka renjis tiga kali kepada pakaian dengan air. Selepas itu, boleh pakai kain itu dibawa sembahyang. Tapi masalahnya, sebab kita tak tahu cara itu boleh dipakai, kita tidak yakin. Kita rasa bahawa kena pastikan bahawa kemaluan telah dibasuh bersih lagi dari itu. Padahal, Nabi dulu istinjak dengan batu sahaja. Dan selepas itu baginda pergi solat. Begitu juga yang dilakukan oleh sahabat-sahabat. Adakah perbuatan mereka itu tidak cukup? Padahal, mereka itu ahli syurga. Tapi, kerana kita tidak faham hukum istinjak, kita sampai jadi menyusahkan diri kita dalam hal beristinjak. Banyak perkara agama kita tidak tahu lagi, maka hendaklah kita belajar kalau kita tidak tahu, bukan?

 وَآتُوا الزَّكَاةَ

Dan keluarkanlah zakat;

Zakat pula adalah amalan paling baik yang menghubungkan masyarakat.

Tentang zakat ini pun ada masalah juga di kalangan masyarakat kita. Ramai yang tak penuhi kewajipan ini. Kita sebenarnya kena belajar cara-cara nak membayar zakat. Kita bukan cakap berkenaan zakat fitrah semasa Hari Raya sahaja, tapi zakat-zakat yang lain. Sebagai contoh, kita kena bayar zakat perniagaan. Kita kena kira jualan yang kita dapat dan tolak dengan belanja kasar. Dari itu, kita akan dapat jumlah untung kasar untuk hari itu. Dari untung kasar itu, kadang-kadang kita pakai duit itu untuk beli makanan, bagi anak dan sebagainya. Sebenarnya, kita tak boleh ambil duit itu sebelum kita catit berapa untung pada hari itu. Kerana duit itu sebenarnya kita kena bayar zakat. Tapi kalau kita ambil tanpa kita catit, kita nanti dah tak ingat berapa banyak kita ambil. Segala kentungungan itu kena dibayar zakat sebanyak 2.5%. Itu adalah zakat perniagaan. Kena kira betul-betul. Tidak boleh agak-agak sahaja. Masalahnya, banyak yang rasa cukup dengan bayar sekian-sekian banyak tanpa buat kiraan yang tepat. Jangan kita agak yang kita dah bayar lebih. Tapi kalau kita tidak buat kiraan, macam mana kita nak tahu bahawa apa yang kita bayar itu sudah mencukupi? Maka, kita hendaklah mengambil kira perkara-perkara ini kerana ianya amat penting. Kerana kalau kita tidak tunaikan zakat kita, maka harta yang kita makan itu dikira haram.

 ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ

Kemudian kamu berpaling juga;

Walaupun perjanjian telah diambil dengan bani Israil, tapi berpaling dari beramal dengan yang betul.

 إِلَّا قَلِيلًا مِنْكُمْ

Melainkan sedikit sahaja dikalangan kamu;

Ada yang beramal dengan betul, tapi tidak ramai. Majoritinya tidak beramal dengan sebetulnya.

 وَأَنْتُمْ مُعْرِضُونَ

Dan kamu semua ini adalah jenis orang tidak mentaati.

Maksud ayat ini adalah mereka terus menerus ikut perangai tok nenek mereka yang tidak menggunakan ajaran Kitab Taurat dalam kehidupan mereka. Kalau dulu tok nenek mereka tak ikut, mereka pada zaman Nabi Muhammad juga tidak ikut juga.


 

 

Ayat 84: Untuk memahami ayat ini, kena tahu Asbabun Nuzul ayat ini. Puak Yahudi di Madinah ada beberapa kumpulan dan ada dua kumpulan yang besar: Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Di sini disebutkan kisah mereka secara ringkas kerana akan ada lagi kisah mereka dalam surah lain nanti.

Dua-dua puak Yahudi itu adalah menganut agama yang sama tapi jadi berpuak kerana kuli mereka berpuak dan berbalah. Kuli mereka itu adalah dari puak Arab Madinah dan mereka pula tiada asas agama. Dua puak itu adalah puak Aus dan puak Khazraj. Bani Nadhir berkawan dengan puak Khazraj dan bani Quraizah berkawan dengan puak Aus. Puak Aus dipimpin oleh Saad bin Muaz dan puak Khazraj pula dipimpin oleh Saad bin Ubaadah. Mereka itu sentiasa berbalah dan berperang sesama sendiri dan dikatakan mereka telah 40 tahun berperang tak berhenti. Ini adalah kerana keturunan mereka akan mengingatkan kepada anak-anak mereka untuk terus bermusuhan dengan puak musuh mereka. Apabila mereka berperang, penaung-penaung mereka dari bani Nadhir dan bani Quraizah itu juga turut sama berperang kerana membantu kuli-kuli mereka.

Ada syariat dalam Kitab Taurat yang menyebut, kalau ada bangsa Yahudi kena tawan,  mereka yang tidak ditawan kena kumpul duit dan tebus mereka yang telah ditawan. Dan diarahkan supaya jangan berperang sesama sendiri. Dan jangan sekali-kali menghalau bangsa mereka dari daerah tempat mereka tinggal. Inilah tiga undang-undang dalam Taurat.
1. Jangan berperang sesama sendiri.
2. Kalau ada yang kena tawan dari kalangan mereka, kena tebus.
3. Jangan halau keluar dari daerah.

Maka mereka telah melanggar undang-undang ini apabila mereka berperang sesama sendiri apabila mereka ikut peperangan bangsa Arab Yathtib. Dan apabila pihak Yahudi lawan yang kalah, mereka halau puak yang kalah itu dari tempat tinggal mereka.

Tapi dalam masa yang sama, apabila ada orang Yahudi yang ditawan oleh pihak lawan yang Arab, puak-puak Yahudi yang musuh, sanggup pula tebus. Jadi mereka ikut mana yang mereka nak ikut.

Apabila sahabat-sahabat Nabi yang telah lama tinggal di Madinah baca ayat-ayat ini, barulah mereka tahu perkara ini. Dan mereka boleh faham apa yang dimaksudkan kerana mereka sudah lama kenal dengan Yahudi itu dan mereka tahu bahawa apa yang disebutkan dalam ayat-ayat Quran ini adalah benar seperti yang terjadi.

Jadi Allah ulang sebut apakah undang undang yang ada dalam Taurat.

2:84

Sahih International

And [recall] when We took your covenant, [saying], “Do not shed each other’s blood or evict one another from your homes.” Then you acknowledged [this] while you were witnessing.

Malay

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: “(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing”. Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ

Dan ingatlah ketika Kami mengikat perjanjian dengan kamu semua;

Kata مِيثَاقَ bermaksud satu perjanjian yang ada tanggungjawab yang berat di dalamnya. Allah mengingatkan Bani Israil di zaman Nabi Muhammad tentang perjanjian yang telah diikat antara Allah dan Bani Israil.

لَا تَسْفِكُونَ دِمَاءَكُمْ

Janganlah kamu menumpahkan darah sesama kamu;

Tidak boleh berbunuhan sesama mereka. Sebab mereka semua adalah umat yang dalam satu agama. Ajaran ini juga ada dalam Islam. Nabi telah bersabda yang mafhumnya, membunuh seorang orang Islam adalah seperti membunuh semua orang Islam. Tapi tidakkah kita lihat bagaimana dari dulu sampai sekarang, banyak sekali orang Islam berbunuhan sesama sendiri?

Dalam ayat sebelum ini, kita telah disuruh berbaik-baik dengan semua orang. Kalau tidak berbaik itulah yang sampai menumpahkan darah. Apabila hak-hak semasa orang Islam tidak dijaga, maka hasilnya tidak baik. Mula-mula mereka hanya tidak suka antara satu sama lain. Kemudian telah mula berbantah-bantah. Lama-lama akan ada perang yang kecil. Kemudian, perang yang besar akan berlaku kalau ianya tidak dikawal.

وَلَا تُخْرِجُونَ

Dan janganlah kamu keluarkan;

Maksudnya, jangan kamu halau.

أَنْفُسَكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ

diri-diri kamu dari kampung halaman kamu;

Takkan kita nak keluarkan ‘diri kita’ pula. Maksudnya, jangan keluarkan sebahagian dari orang Yahudi dari kampung halaman mereka. Allah telah melarang mengeluarkan orang Yahudi lain dari kampung halaman mereka.

Dalam Islam juga perkara yang sama telah diarahkan oleh Allah kepada kita. Tapi malangnya, dalam banyak kejadian, ada ulama-ulama yang dikeluarkan dari negara mereka kerana tidak sama pendapat dengan pemimpin yang tidak mahu mengikut nasihat mereka. Sama ada dikeluarkan dari negara, atau mereka dilayan dengan teruk sampai mereka sendiri terpaksa meninggalkan negara itu. Ada yang dikeluarkan kerana desakan dari negara bukan Islam. Sebab takut dengan orang kafir, ada negara Islam yang mengikut telunjuk orang kafir.

Lihatlah bagaimana apa yang terjadi dulu masih lagi berlaku sekarang. Dan akan berlaku di masa hadapan nanti. Quran bukanlah kitab untuk bacaan zaman dahulu sahaja. Apa yang diceritakan dalam Quran akan sentiasa berlaku sampailah ke hari Kiamat nanti.

ثُمَّ أَقْرَرْتُمْ

Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian itu;

Kamu dan datuk nenek kamu telah berikrar untuk mengikuti ajaran-ajaran yang ada dalam Taurat.

وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ

Dan kamu sendiri menjadi saksi

Kamu sendiri tahu bahawa perjanjian ini ada dalam Kitab Taurat kamu.


 

Ayat 85: Selepas perjanjian yang mereka ambil dengan Allah, lihatlah apa yang mereka telah lakukan.

2:85

Sahih International

Then, you are those [same ones who are] killing one another and evicting a party of your people from their homes, cooperating against them in sin and aggression. And if they come to you as captives, you ransom them, although their eviction was forbidden to you. So do you believe in part of the Scripture and disbelieve in part? Then what is the recompense for those who do that among you except disgrace in worldly life; and on the Day of Resurrection they will be sent back to the severest of punishment. And Allah is not unaware of what you do.

Malay

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

ثُمَّ أَنْتُمْ

Kemudian kamu, bangsa Yahudi;

Iaitu Yahudi zaman Nabi Muhammad.

هَٰؤُلَاءِ

Mereka-mereka ini;

Penggunaan perkataan Allah ini menunjukkan ketakjuban dan kehairanan Allah kepada mereka. Orang-orang yang sama juga yang telah mengambil perjanjian dengan Allah, tapi masih lagi tidak mahu ikut.

 تَقْتُلُونَ أَنْفُسَكُمْ

berbunuhan juga sesama kamu;

Yang berperang sebenarnya adalah puak Aus dan Khazraj. Kaum Yahudi yang menyokong salah satu dari puak Aus dan Khazraj itu juga turut berperang bersama mereka.

 

وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ

Dan kamu menghalau satu puak yahudi dari kalangan kamu dari kampung halaman mereka;

Perkataan فَرِيقًا yang digunakan bermaksud ‘kumpulan yang lain’. Kita sangka mereka kumpulan yang lain. Puak Yahudi itu juga melihat itu adalah puak yang lain. Tapi Allah nak beritahu dalam ayat ini bahawa mereka itu adalah sebahagian dari mereka juga.

تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ

Kamu bantu bangsa Arab keatas Yahudi yang musuh mereka; iaitu mereka telah menolong Kaum Aus dan Khazraj dalam peperangan mereka.

بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

dengan dosa dan permusuhan;

Kamu sanggup bantu puak Arab yang berkawan dengan kamu sampai kamu sanggup tinggalkan ajaran dari Kitab Taurat, kitab kamu sendiri.

وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَىٰ

Dan sekiranya Yahudi lawan kamu itu datang sebagai tawanan,

Jadi semasa berlaku peperangan antara mereka, ada orang-orang dari Kaum Yahudi yang terlibat dengan peperangan itu yang terbunuh dan tertawan.  Apabila berlaku tawanan, lawan mereka dari golongan Yahudi yang kena tawan akan meminta tebusan.

تُفَادُوهُمْ

kamu tebus mereka;

Walaupun yang ditawan itu adalah dari pihak lawan, tapi kamu sanggup juga tebus mereka. Kerana mereka ingat bahawa itu adalah ajaran dari Taurat.

Mereka ingat mereka telah berbuat baik dengan membayar tebusan mereka itu. Tapi mereka lupa bahawa itu hanyalah sebahagian sahaja dari arahan Allah dalam kitab mereka. Macam itu jugalah kita orang Islam sekarang. Kadang-kadang memang kita ada buat ibadat yang baik. Kita ingat itu dah cukup dah. Kita lupa bahawa banyak lagi yang kita tinggalkan atau kita langgar arahan dari Allah. Macam artis-artis kita yang setahun sekali akan pergi buat Umrah sebab mereka nak ‘cuci’ dosa mereka. Mereka rasa mereka dah selamat dah sebab mereka dah pergi Umrah. Mereka nak sedapkan hati mereka sahaja. Lepas balik dari Umrah, sambung balik buat show dan buat album nyanyian mereka.

Orang kebanyakan pun macam itu juga. Mereka rasa apabila mereka dah gantung ayat Quran sebagai perhiasan kat rumah itu dah cukup Islam dah. Adakah begitu? Adakah Quran itu layak dijadikan perhiasan sahaja?

 وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ

sedangkan mengeluarkan mereka itu adalah haram atas kamu;

Ingatlah kembali perjanjian kamu dulu dengan Allah. Pertama, jangan berperang sesama sendiri. Kedua, jangan keluarkan kaum kamu dari kampung halaman. Dan ketiga, kalau ada kena tawan, mereka kena tebus. Mereka amalkan undang-undang yang ketiga, tapi mereka lupakan perjanjian yang pertama dan kedua itu.

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ

Apakah patut kamu percaya setengah daripada Kitab Taurat;

Ada sebahagian dari ajaran dari Taurat yang mereka ikut, tapi ada yang mereka tinggalkan begitu sahaja. Mereka keluarkan kaum mereka dari kampung halaman, tapi mereka tebus juga golongan mereka yang kena tawan. Mereka pilih-pilih mana yang mereka rasa mereka nak buat. Dalam agama, bukan macam itu. Kena buat semua sekali.

 

وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

dan kamu kufur dengan setengah yang lain?

Mereka memang beriman dengan ajaran dalam Kitab Taurat itu, tapi tentang hal bunuh membunuh itu, mereka tidak ikut. Mereka tebus kalau ada kaum mereka yang kena tawan, tapi mereka buat-buat lupa tentang larangan menghalau kaum mereka dari kampung halama. Lihatlah bagaimana mereka amal separuh dan tinggalkan separuh dari ajaran Kitab Taurat mereka.

Adakah kita buat macam itu juga? Memang ada. Kita pun ada buat begitu juga. Kita beriman dalam perkara yang menguntungkan kita, tapi kalau tidak menguntungkan kita, kita tidak ikut. Sebagai contoh, hukum hudud itu adalah sebahagian dari Islam, tapi kita tidak ikut. Kita tolak begitu sahaja arahan jelas yang ada dalam Quran. Padahal, kalau kita hanya beriman separuh sahaja Quran itu, kita sudah tidak dikira beriman penuh sebenarnya. Quran itu kita kena terima semua sekali, tak boleh pilih-pilih mana yang kita hendak.

Yang menyedihkan, ada kalangan orang yang belajar agama pun buat macam itu juga. Bila ditanyakan kepada mereka kenapa tak buat semua sekali yang Allah suruh, mereka akan bagi macam-macam alasan. Alasan-alasan itu semua dari pemikiran intelek mereka, bukan dari nas agama. Mereka cuma nak beri alasan. Kemudiannya, orang awam yang lagi tak tahu tentang agama, akan terima alasan intelek mereka itu sebagai dalil agama. Maka, akan rosaklah agama mereka.

فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ

Maka tiada lagi balasan atas sesiapa yang melakukan demikian dari kalangan kamu;

Takhwif dalam ayat ini diberikan juga kepada semua agama, samada dari kalangan Yahudi, atau dari golongan kita yang beragama Islam ini.

 إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

melainkan penghinaan dalam kehidupan dunia ini lagi;

Allah beri kehinaan kepada mereka semasa di dunia lagi. Lihatlah bagaimana manusia tidak mereka dalam hal agama. Hanya hal dunia sahaja yang mereka dipandang tinggi kerana orang-orang Yahudi memang jenis kaya-raya dan bijak sekali. Tapi, walaupun mereka kaya, tapi mereka tak mulia dan dibenci oleh semua orang.

Allah akan balas dengan beri kehinaan kepada mereka yang buat macam itu. Kalau orang Islam buat begitu, mereka pun akan dikenakan dengan balasan yang sama. Macam orang Iraq dulu yang telah menyerang dan memasuki Kuwait. Sampai sekarang, Negara Iraq telah dihina kerana negara mereka telah dimasuki dan dihuni oleh tentera Amerika.

وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ

Dan pada hari Akhirat nanti, kamu akan dihumban ke dalam azab yang amat dahsyat;

Ini lagi teruk, terus masuk neraka apabila Kiamat kelak. Lihatlah penggunaan kata-kata oleh Allah ini. Banyak jenis azab Allah telah sebut dalam Quran. Tapi dalam ayat ini, Allah gunakan perkataan: أَشَدِّ الْعَذَابِ – azab yang paling teruk! Inilah yang akan dikenakan kepada mereka yang tahu tentang agama, tapi mereka pilih-pilih mana yang mereka hendak ikut. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini hendaknya. Semoga kita belajar semua sekali arahan Allan dan kita ikut semua sekali arahanNya.

 وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan tidaklah Allah itu lalai terhadap apa yang kamu lakukan;

Maknanya, Allah akan balas kesalahan yang dilakukan itu. Allah tidak akan biarkan sahaja. Allah nak bagitahu dalam ayat ini bahawa Dia melihat apa yang kita buat semuanya. Malangnya, kita tidak perasan ayat ini. Kita berani buat macam-macam kesalahan sebab kita tak rasa Allah melihat.


 

Ayat 86: Ini adalah penutup kepada kisah Yahudi jenis ketiga ini.

2:86

Sahih International

Those are the ones who have bought the life of this world [in exchange] for the Hereafter, so the punishment will not be lightened for them, nor will they be aided.

Malay

Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ

Mereka-mereka yang bersifat seperti itu;

Iaitu mereka yang tidak mengambil keseluruhan ajran dari Kitab, samada Kitab Taurat atau Quran. Ianya adalah mereka yang memilih-milih manakah hukum yang mereka hendak pakai dan tinggalkan mana yang tidak suka.

 اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ

membeli kehidupan dunia ini dengan menjual akhirat;

Maknanya, mereka beli neraka sebenarnya. Mereka nakkan dunia sahaja. Mereka nak jaga kedudukan mereka sebagai ketua masyarakat Arab dan harta benda mereka yang ada pada masyarakat Arab. Kerana masyarakat Arab itu adalah kuli mereka dan mempunyai kepentingan dalam urusan keduniaan mereka. Mereka sayangkan kedudukan dan kewangan mereka, sampaikan ada undang undang dalam Taurat yang mereka sanggup tolak.

Ayat ini selalunya digunakan berkenaan orang kafir – mereka menjual akhirat untuk membeli dunia. Tapi dalam ayat ini, ianya tentang mereka yang telah diberikan kitab, tapi tidak mengikut ajaran dalam kitab itu. Maknanya, sama sahaja kita dengan mereka kalau tidak mengikuti keseluruhan kitab Quran yang telah diberikan kepada kita.

 فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ

Maka tidak diringankan sedikit pun azab daripada mereka;

Azab itu tidak diringankan, walaupun satu hari, satu jam atau satu saat pun. Tidak akan dikurangkan kekuatan api yang membakar mereka nanti. Nanti akan ada ahli neraka yang cuba memohon supaya dikurangkan azab neraka, tapi tidak dilayan oleh Malaikat Penjaga Neraka nanti.

وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

Dan mereka tidak akan diberi pertolongan;

Tidak diberi pertolongan oleh sesiapa pun. Adakah sesiapa yang berani nak tolong mereka yang duduk dalam neraka? Tidak akan ada yang berani. Yang dah masuk syurga pun tidak akan ingat sesiapa pun yang pernah mereka kenal dulu semasa di dunia. Samada emak atau ayah, adik atau abang, isteri atau suami – mereka takkan ingat dah. Sebab kalau mereka teringat, mereka akan rasa sedih. Dan syurga bukanlah tempat untuk bersedih lagi. Oleh itu, tidak ada orang yang akan mendoakan untuk mereka nanti selepas mereka-mereka yang telah melakukan kejahatan itu masuk neraka. Maka, kita hanya boleh mengharapkan diri kita sahaja untuk melepaskan diri kita. Sebab kalau kita ada orang yang kita kenal masuk syurga, mereka pun sudah tak ingat kita dah.

Tidak ada sesiapa yang akan menolong kita nanti. Apabila kita mengadap Allah taala nanti di Hari Pengadilan, kita akan berseorangan. Kita akan menghadap Allah seorang diri. Tidak akan sesiapa yang akan bersama kita yang boleh menolong.

Baqarah 83-86


 

Ayat 87: Ini adalah tentang golongan Yahudi yang keempat. Bukan setakat mereka tolak kitab, tapi Nabi mereka sendiri pun mereka boleh bunuh lagi. Maknanya orang yang mengajar kitab itu sendiri mereka dustai dan ada yang mereka bunuh. Yang mengikuti pun mereka bunuh. Maknanya jenis ini adalah mereka yang lebih teruk.

2:87

Sahih International

And We did certainly gave Moses the Torah and followed up after him with messengers. And We gave Jesus, the son of Mary, clear proofs and supported him with the Pure Spirit. But is it [not] that every time a messenger came to you, [O Children of Israel], with what your souls did not desire, you were arrogant? And a party [of messengers] you denied and another party you killed.

Malay

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ

Dan sesungguhnya Kami kurniakan kepada Musa kitab Taurat;

Nabi Musa telah dikurniakan dengan kitab Taurat untuk mengajar agama kepada Bani Israil. Nabi-nabi selepas baginda juga menggunakan Kitab Taurat juga sebagai panduan agama.

وَقَفَّيْنَا مِنْ بَعْدِهِ بِالرُّسُلِ

dan Kami susuli selepas dia, rasul demi rasul;

Lafaz perkataan قَفَّ bermaksud ‘bertali arus’ – seperti biji butir tasbih dan bersambung-sambung satu demi satu. Keturunan Bani Israil memang dikurniakan dengan banyak sekali Nabi dari kalangan keturunan mereka. 

وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ

Dan Kami berikan kepada Isa bin Maryam;

Hanya Nabi Isa yang berbinkan ibunya. Manusia yang lain semuanya akan dipanggil berbinkan nama ayah mereka. Tidak akan dipanggil manusia nanti dengan nama ibu mereka melainkan Nabi Isa sahaja. Tapi puak ajaran sesat yang mengamalkan sihir, apabila hendak menyihir, mereka mesti akan menggunakan nama emak kepada seseorang itu. Sebab itulah kita selalu dengar orang akan bertanya: apa nama emak? Kalau ada orang yang macam itu, maka beredarlah dari bersamanya lagi. Dan lihatlah bagaimana pada waktu membacakan talqin, tekong yang membacakan talqin itu akan membacakan nama simati itu juga. Datang dari manakah ajaran itu?

Ayat ini dibacakan kepada Bani Israil pada zaman Nabi. Tapi Allah sebut Nabi Isa, sedangkan Nabi Isa tidak diterima sebagai Nabi oleh mereka. Kenapa begitu? Allah sebutkan Nabi Isa dalam ayat ini sebagai teguran kepada mereka kerana mereka tidak terima Nabi Isa sebagai Nabi mereka. Kerana Allah hendak mengingatkan mereka bahawa Nabi Isa itu adalah Nabi mereka sebenarnya kerana baginda juga dari keturunan Bani Israil. Mereka sahaja yang tak terima.

الْبَيِّنَاتِ

dengan Kitab Injil dan mukjizat;

Baginda diberikan dengan Kitab Injil dan juga mukjizat atau tanda-tanda yang jelas. Apabila sampai kepada Nabi Isa, barulah tak pakai kitab Taurat. Sudah mula pakai kitab injil.

وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ

dan Kami kuatkan baginda dengan Ruh Qudus;

Ruh Qudus yang dimaksudkan adalah Malaikat Jibrail. Allah bantu Nabi Isa dengan Jibrail sebagai kekuatan semangat. Kerana baginda tidak ada ayah. Ini menandakan bahawa Nabi Isa itu lemah dari segi kedudukan baginda dalam masyarakat. Pengikut baginda pun tak ramai. Ini menunjukkan yang baginda bukan ‘Anak Tuhan’, kerana baginda masih memerlukan sokongan. Kalau baginda Anak Tuhan, tidaklah perlu pertolongan sampai begitu.

Jibrail sentiasa mendampingi Nabi Isa seperti yang disebut dalam Hadis. Ini adalah keistimewaan yang diberikan kepada Nabi Isa sahaja. Kepada Nabi Muhammad, Jibrail hanya datang semasa membawa wahyu dan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Nabi Muhammad pernah mengajak Jibrail untuk datang berjumpa baginda walaupun tanpa membawa wahyu. Jibrail jawab bahawa malaikat hanya menurut perintah Allah sahaja. Mereka hanya turun selepas diperintahkan oleh Allah. Tapi, puak-puak silat pula boleh kata Jibrail menjaga mereka kerana mereka selalu seru Jibrail.

Ingatlah bahawa hanya Nabi Isa sahaja yang Jibrail sentiasa dampingi. Dan Nabi Isa telah diangkat ke langit ketika baginda berumur 33 tahun. Nabi Isa tidak ada rumah kerana dia sentiasa tabligh menyampaikan dakwah kepada umat dia. Dan dia hanya berjaya dapat 12 orang sahaja. Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, cuma dapat 83 orang sahaja yang mengikutinya semasa dalam bahtera. Dan nabi-nabi lain, ada yang langsung tidak ada pengikut. Ada yang ada hanya seorang sahaja pengikut. Dalam surah Yaasin, disebutkan kisah tiga orang Nabi yang diutus kepada satu bandar dan tiga orang itu hanya dapat seorang pengikut sahaja yang bernama Habib bin Najar. Jadi kalau kita berdakwah tapi tak dapat pengikut, maka janganlah rasa terkilan. Sedangkan ada Nabi yang tidak ada pengikut pun ada. Adakah mereka tidak benar kalau tidak ada pengikut?

 أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ

Apakah setiap kali rasul-rasul datang kepada kamu;

Allah ajar Nabi Muhammad untuk bertanya kepada mereka untuk berdakwah kepada mereka dan untuk membongkar keburukan mereka dahulu.

بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنْفُسُكُمُ

yang membawa ajaran yang tidak mengikut nafsu kamu;

Ajaran yang benar selalunya akan berlawanan dengan kehendak nafsu, iaitu nafsu mereka yang hendak buat tawasul, buat syirik dan buat itu dan ini yang tidak mengikut ajaran agama. Rasul-rasul itu datang melawan kehendak mereka. Maka apakah mereka buat?

اسْتَكْبَرْتُمْ

Kamu semua sombong;

Maksud ‘sombong’ adalah tak mahu ikut. Sombong adalah satu penyakit yang akan menyebabkan tidak boleh terima dakwah agama. Kalau kita sombong, maka kita tidak akan dapat terima ajaran agama.

Apabila ada Nabi yang datang kepada Bani Israil, mereka sombong tak mahu ikut. Mereka rasa mereka lagi baik dari nabi-nabi mereka itu.

 فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ

Sebahagian dari rasul itu kamu dustakan mereka;

Kenapa Allah kata mereka dustakan nabi-nabi mereka, padahal mereka kata mereka terima nabi Musa dan nabi-nabi yang lain? Kerana walaupun mereka kata mereka terima, tapi mereka tidak mengikut cakap nabi-nabi mereka. Mereka persoal kata-kata Nabi-nabi mereka. Mereka kata yang Nabi mereka bawa itu adalah dusta sahaja, sedangkan apa yang mereka bawa itu adalah wahyu. 

 وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ

dan setengah dari rasul-rasul itu, kamu bunuh;

Mereka rasa lebih baik nabi-nabi itu dibunuh. Kerana mereka kata nabi-nabi itu menipu. Dan walaupun selepas mereka kata yang Nabi itu penipu, masih ada lagi yang mengikuti ajaran Nabi itu, maka mereka ambil keputusan baik dibunuh sahaja Nabi itu. Itu sudah sampai tahap yang paling buruk dah. Sudahlah mereka tak mahu ikut ajaran Kitab, kemudian mereka tuduh pula yang Nabi-Nabi yang membawa ajaran Kitab itu menipu, akhirnya kamu sanggup bunuh Nabi-Nabi itu. 

Perkataan تَقْتُلُونَ yang Allah gunakan dalam ayat ini adalah dalam bentuk present tense. Maknanya, perbuatan membunuh itu masih lagi akan berlaku. Oleh kerana itu, kita pun boleh perasan bagaimana perangai ini pun ada dalam masyarakat Islam juga. Kita tidaklah bunuh Nabi kerana Nabi sudah tidak ada, tapi berapa banyak ulama-ulama dari kalangan kita yang telah dibunuh oleh kerajaan yang tidak dapat menerima mereka? Kita juga dah ikut perbuatan Bani Israil. Kita juga tahu bahawa nabi-nabi dari kalangan Bani Israil telah pernah ditangkap, diseksa dan dibuat macam-macam, bukan? Begitu juga dengan ulama-ulama kita. Berapa banyak ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan banyak lagi telah dilayan dengan buruk oleh ketua negara mereka? Bagaimana pula dengan ulama-ulama zaman moden ini? Tidakkah banyak kisah kita dengar mereka juga telah diperlakukan begitu?


 

Ayat 88: Ini adalah jawapan mereka apabila mereka diajak untuk menerima Quran.

2:88

Sahih International

And they said, “Our hearts are wrapped.” But, [in fact], Allah has cursed them for their disbelief, so little is it that they believe.

Malay

Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.

وَقَالُوا قُلُوبُنَا غُلْفٌ

Dan mereka berkata: Hati-hati kami sudah tertutup rapat;

Mereka kata hati mereka tertutup dari terima ajaran dari Nabi. Apabila dinasihat kepada mereka untuk beriman dengan Qur’an, mereka kata hati mereka sudah penuh dengan ilmu dah. Mereka kata mereka dah pandai dah, jadi mereka suruh ajar mereka yang jahil sahajalah. Ini adalah tafsir pertama. Alasan begini pun orang kita pun mungkin akan kata juga. Iaitu mereka kata mereka dah belajar agama lama dah dan mereka dah pandai dah. Jadi, kalau nak dakwah, dakwah kepada orang yang tak belajar sahaja lah.

Atau makna kedua, ia bermaksud mereka mereka hati mereka amat kental, bukan mudah nak masuk ajaran lain.

بَلْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ

Bahkan Allah sebenarnya telah melaknat mereka;

Itu alasan mereka sahaja, sebenarnya Allah taala dah laknat mereka. Makna ‘laknat’ adalah, Allah jauhkan mereka dari rahmatNya. Maksudnya mereka takkan dapat kesedaran kerana kekufuran mereka yang lama-lama dahulu. Kerana mereka banyak sangat menolak hidayah waktu dahulu, sampaikan Allah sudah tidak mahu mereka. Syukurlah Allah beri kita hidayat dengan menggerakkan hati kita untuk mula belajar tafsir Quran ini.

بِكُفْرِهِمْ

dengan kesesatan mereka;

Allah laknat mereka kerana kekufuran mereka yang dahulu.

 فَقَلِيلًا مَا يُؤْمِنُونَ

dan sedikit sangat diantara mereka itu yang beriman.

Sedikit sahaja yang beriman dari kalangan mereka, atau sedikit sahaja ajaran yang mereka boleh terima.


 

Ayat 89: Ini adalah tentang Yahudi jenis kelima. Satu ayat ini sahaja. Nak beritahu kepada kita yang tolak kitab itu bukan sahaja Yahudi tok nenek dahulu, tapi Yahudi zaman Nabi Muhammad juga. Sedangkan ajaran nabi-nabi mereka pun mereka tolak, apatah lagi bila Nabi Muhammad membawa ajaran Islam, lagilah mereka tolak dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula Nabi Muhammad bukan dari kalangan Bangsa Yahudi. Ayat ini merujuk kepada Yahudi di zaman Nabi Muhammad.

2:89

Sahih International

And when there came to them a Book from Allah confirming that which was with them – although before they used to pray for victory against those who disbelieved – but [then] when there came to them that which they recognized, they disbelieved in it; so the curse of Allah will be upon the disbelievers.

Malay

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.

وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ

Dan apabila datang kepada mereka Kitab;

Yang dimaksudkan ‘kitab’ dalam ayat ini adalah Quran. Kerana ada sifat Kitab ini yang disebut selepas ini: مُصَدِّقٌ

مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

daripada sisi Allah

Allah mengingatkan mereka bahawa Quran itu dari sisi Allah, bukannya rekaan manusia. Kalau Taurat dari Allah, begitu juga Quran.

 مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ

yang membenarkan apa yang ada dikalangan mereka;

Iaitu membenarkan ajaran dalam Kitab Taurat. Membenarkan isi kitab mereka dari segi tauhid. Kena terjemah macam ini kerana bukan benarkan dari segi amalan dan feqah kerana syariat tidak sama. Tapi ajaran tauhid adalah sama sahaja.

 وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا

Sedang mereka sebelum itu meminta kemenangan ke atas kaum Musyrik;

Sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi, orang-orang Yahudi Madinah memohon kepada Allah supaya dilantik seorang Rasul untuk memerangi kuffar Musyrikin Mekah. Mereka tahu yang Musyrikin Mekah itu salah. Padahal mereka tak sedar yang mereka pun sesat juga.

Yahudi Madinah semasa berbalah dengan puak Arab, mereka kata tunggulah nanti Nabi akhir zaman akan datang. Ini adalah kerana Arab Mekah sokong puak musyrik yang tidak ada kitab. Iaitu mereka sokong kerajaan Parsi yang beragama majusi dalam hal politik. Tanah jajahan Parsi adalah Yaman dan Mekah pula di bawah Yaman. Ini adalah kerana kerajaan Parsi tidak mahu tadbir Mekah secara terus, maka mereka serahkan kepada Yaman sahaja untuk uruskan. Maka, setiap kali ada peperangan antara Yahudi dan Arab, puak Yahudi akan kata, akan bangkit Nabi dari puak Arab sendiri yang akan baca kitab macam mereka juga. Tapi bila Nabi datang sungguh, mereka tolak.

فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا

Maka tatkala datang kepada mereka seorang yang mereka kenal;

Iaitu Nabi Muhammad yang sebenarnya datang dari kalangan bangsa Arab seperti yang mereka katakan sebelum itu benar-benar telah dibangkitkan. Mereka kenal sungguh Nabi Muhammad itu kerana sifat Nabi sama dengan apa yang mereka baca dalam kitab mereka.

 كَفَرُوا بِهِ

mereka kufur kepadanya;

Apabila benar Nabi Arab yang mereka katakan itu telah dibangkitkan, mereka tak mahu terima kerana Nabi Muhammad bukan datang dari bangsa mereka. Maknanya, kadang-kadang manusia apabila kebenaran tidak datang dari puak mereka, mereka tolak. Contohnya, kalau ada yang nak datang mengajar tafsir Quran, tapi orang itu bukan dari guru yang mereka biasa belajar dengannya, mereka akan tolak.

فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ

Maka laknat Allah ke atas orang-orang kafir;

Maksud dilaknat itu bermakna mereka akan dibiarkan dalam kufur.

Keduanya, Allah tidak beri keampunan. Caranya adalah tidak ditimbulkan dalam hati mereka untuk minta ampun. Pernah tak kita buat dosa, tapi kita tak teringin nak minta ampun? Rasa macam malas nak minta ampun. Atau tak teringat pun nak minta ampun atas dosa kita itu. Walaupun kita tahu yang kita telah buat itu adalah salah. Itu maknanya, Allah telah melaknat kita. Kerana, kalau kita minta ampun, insyaAllah Dia akan ampun dosa kita itu. Terpulang kepada Dia samada nak ampun atau tidak.

Dorongan untuk meminta ampun itu pun sebenarnya datang dari Dia juga. Jadi, kalau kita teringat akan dosa yang telah kita telah lakukan, samada tengah masak atau tengah bawa kereta, teruslah minta ampun waktu itu juga. Kerana semasa itu Allah telah timbulkan dalam hati kita keinginan untuk minta ampun kepada dosa itu. Dan ketika itu pintu pengampunan sedang terbuka. Jangan kita tak endahkan bisikan hati kita untuk meminta ampun waktu itu. Ambil peluang itu untuk benar-benar memohon ampun kepada Allah.

Selalunya orang yang buat dosa, mereka tidak teringat nak minta ampun. Apabila Allah tidak ampunkan dosa kita, kita tidak masuk syurga. Ingatlah bahawa kita masuk syurga bukan dengan pahala. Kita masuk syurga dengan rahmat Allah. Kerana berapa banyak pun ibadat yang kita buat, tidak mampu membalas kurnia Allah keatas kita.


 

Ayat 90: Ini adalah ayat pPenutup bahagian kelima.

2:90

Sahih International

How wretched is that for which they sold themselves – that they would disbelieve in what Allah has revealed through [their] outrage that Allah would send down His favor upon whom He wills from among His servants. So they returned having [earned] wrath upon wrath. And for the disbelievers is a humiliating punishment.

Malay

Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.

بِئْسَمَا اشْتَرَوْا

Buruk sungguh jual beli mereka

Apakah jual beli yang dimaksudkan ini?

 بِهِ أَنْفُسَهُمْ

dengan diri-diri mereka sendiri;

Mereka tukar keampunan Allah dengan neraka. Mereka beli dunia dengan menjual rahmat dari Allah. Sebab mereka rasa kalau mereka masuk neraka pun sekejap sahaja.

 أَنْ يَكْفُرُوا

dengan mereka kufur;

Mereka beli kufur, dan mereka nanti akan diazab dalam neraka. Berdoalah kita supaya berlindung dari mempunyai sifat sebegini.

 بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ

dengan Quran yang Allah turunkan;

Mereka lupa bahawa yang mereka kufurkan itu adalah Quran. Mereka tidak mahu belajar Quran. Mereka beli kufur dengan tolak Quran. Macam orang kita juga yang tidak mahu belajar tafsir Quran. Mereka biarkan Quran berlapuk di rumah dengan tidak dibaca. Atau mereka cuma jadikan hiasan dinding.

Kenapa orang-orang Yahudi buat begitu?

بَغْيًا

Kerana mereka dengki;

Kenapa mereka kufur? Kita tahu apakah maksud lafaz بَغْيًا itu. Ianya bermaksud dengki dan hasad. Ianya adalah perasaan tidak boleh tengok orang lain jadi baik. Lebih-lebih lagi kalau orang bawahan mereka yang menjadi besar. Mereka nak mereka sahaja di kedudukan yang tinggi. Orang Melayu pun banyak ada sifat ini. Mereka tak mahu jatuh standard. Oleh itu, kita dapat tahu bahawa orang Yahudi itu dengki kerana Nabi akhir zaman bukan orang Yahudi. Mereka tidak puas hati sebab Nabi akhir zaman itu datang dari kalangan bangsa Arab yang mereka selama ini pandang rendah dan menjadi kuli mereka sahaja.

Orang kita pula, dengki kerana ilmu tafsir ini tok guru mereka tak ajar. Tok guru mereka hanya ajar kitab yang bukan Quran. Jadi bila ada yang datang bawa ajaran tafsir Quran, yang mereka cerita adalah kitab-kitab yang mereka sudah belajar dari guru mereka. Macam-macam kitab karangan manusia mereka dah belajar. Tapi Quran belum belajar lagi.

Jadi mereka belajar kitab karangan manusia itu sampai tidak mahu belajar tafsir Quran. Mereka dah rasa cukup dengan kitab-kitab itu. Dan ada guru yang tidak suka anak murid dia belajar tafsir Quran. Seperti mereka menyekat sesiapa yang mahu belajar Quran. Padahal kita nak belajar tafsir Quran kerana kita nak tahu kehendak Allah, dan untuk tahu kehendak Allah, kita kena tahu tafsir.

Malangnya, ada guru-guru yang ajar ajaran salah akan kata kalau belajar tafsir Quran, akan jadi sesat. Sampai hasilnya, anak-anak murid mereka tidak mahu belajar tafsir Quran. Antara cara mereka sekat adalah mereka kata bagaimana nak belajar Quran sedangkan mereka tak tahu baca Quran? Dan tidak tahu bahasa Arab? Sampaikan mereka menangguh belajar Quran sehingga mereka tahu baca Quran dan tahu bahasa Arab. Kalau begitu, sampai bila baru mereka boleh belajar tafsir? Sedangkan apabila belajar tafsir, akan timbul dalam hati keinginan untuk belajar baca Quran dan untuk tahu bahasa Arab. Lama-lama kita akan tahu bahasa Arab sebab kita nak tahu apakah makna setiap huruf-huruf itu. Yang penting, mulakan dengan mengetahui apakah kehendak Allah dari Quran itu. 

 أَنْ يُنَزِّلَ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Kerana Allah menurunkan daripada kurniaNya

Mereka tak suka Allah turunkan wahyu kepada Nabi dari bangsa Arab. Mereka nak dapat Nabi dari kalangan mereka juga. Sedangkan mereka sendiri tahu yang Nabi akhir zaman itu akan datang dari bangsa Arab. Mereka tidak mahu puak lain jadi Nabi. Jiwa mereka tidak boleh terima. Tapi sebenarnya, kalau bangsa mereka pun, mereka tak ikut juga.

عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ

keatas sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya;

dari ramai-ramai makhluk yang dijadikan, Allah telah pilih Nabi Muhammad untuk disampaikan wahyu Quran. Allah tak pilih orang Yahudi walaupun keturunan mereka banyak nabi-nabi dan rasul-rasul.

Macam kita juga, kalau orang lain yang mengajar tafsir Quran yang bukan dari puak kita, ada yang tak mahu belajar tafsir. Dikatakan pula kepada yang mengajar tafsir itu bahawa ajaran mereka sesat. Sebab ajaran dari tafsir Quran lain dengan apa yang mereka telah belajar dari kitab-kitab itu. Padahal Quran dari Allah dan kitab itu karangan manusia sahaja. Kalau karangan manusia, tentu ada salah dan silapnya. Maka untuk tahu mana yang salah dan silap, kenalah tahu tafsir Quran.

فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍ

Maka mereka kembali kepada Allah dengan kemurkaan atas kemurkaan;

Mereka kembali dengan kemurkaan atas kemurkaan. Kemurkaan pertama kerana tidak ikut kitab mereka dan kemurkaan kedua kerana tidak ikut Qur’an.

وَلِلْكَافِرِينَ

Dan bagi orang kafir seperti ini;

Iaitu mereka yang tak mahu nak belajar tafsir Quran dan hadis Nabi dengan memberi berbagai alasan,

عَذَابٌ مُهِينٌ

akan dapat azab yang menghinakan di akhirat kelak.

Mereka akan mendapat azab yang menghinakan. Bukan azab biasa.


 

Ayat 91: Ini adalah Ayat Syikayah atau ayat rungutan Allah.

Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan bagaimana orang Yahudi tidak mahu beriman kerana mereka ada sikap dengki dalam diri mereka. Tapi sikap dengki itu sikap dalaman maka kita tak tahu mereka betul-betul dengki atau tidak. Maka Allah berikan dalil yang mereka memang ada perasaan dengki.

2:91

Sahih International

And when it is said to them, “Believe in what Allah has revealed,” they say, “We believe [only] in what was revealed to us.” And they disbelieve in what came after it, while it is the truth confirming that which is with them. Say, “Then why did you kill the prophets of Allah before, if you are [indeed] believers?”

Malay

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ

Apabila dikatakan kepada mereka: “Kamu berimanlah dengan wahyu yang Allah turunkan”;

Iaitu apabila mereka dinasihatkan supaya beriman dengan Quran. Apa jawab mereka?

 قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا

mereka jawab: “Kami hanya beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami sahaja”.

Kisah Bani Israil sudah hendak sampai ke penghujungnya. Dalam ayat ini Allah hendak memberitahu kepada kita apakah alasan batil mereka kenapa mereka tidak mahu menerima Quran dan Nabi Muhammad. Alasan mereka itu adalah alasan yang tak boleh dipakai langsung.

Mereka tak mahu terima Quran yang diturunkan Allah kerana mereka kata ianya tidak diturunkan kepada puak mereka. Kononnya mereka nak beriman dengan apa yang diberikan kepada mereka sahaja. Begitulah juga ada diantara masyarakat kita yang tidak mahu terima dakwah kerana cara orang mengajar itu lain dari cara yang mereka telah biasa. Kerana cara mengajar itu tidak kena dengan selera mereka, maka mereka tolak sahaja.

Bani Israil sangka mereka tidak boleh nak terima kitab lain lagi dah. Ini kita dapat tahu dari penggunaan perkataan عَلَيْنَا – “keatas kami”. Perkataan itu menunjukkan ada elemen ‘tanggungjawab’ yang telah dikenakan keatas mereka didalamnya. Mereka ingat hanya Taurat sahaja yang mereka boleh terima, kitab-kitab lain dah tak boleh lagi dah.

 وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ

Dan mereka engkar dengan kitab yang setelahnya;

Iaitu mereka mereka tak mahu terima kitab yang diturunkan selepas Taurat.

Tapi sebenarnya mereka bukan beriman pun. Lihatlah bagaimana Bani Israil tidak menerima Nabi Isa – padahal Nabi Isa itu adalah Nabi mereka juga. Itu semua adalah alasan mereka sahaja.

Dan mereka kata mereka beriman dengan Taurat, tapi dalam ayat sebelum ini kita telah belajar bagaimana Kitab Taurat itu pun mereka telah ubah ikut kehendak mereka. Zaman sekarang mereka memberi alasan kenapa mereka boleh ubah Kitab Taurat – sebab Allah telah memberi intelek kepada manusia, maka manusia boleh ubah Kitab Allah mengikut keadaan semasa. Begitulah, mereka memang jenis manusia yang pandai pusing kata-kata.

 وَهُوَ الْحَقُّ

Sedangkan Quran itu benar;

Quran itu benar dari Allah. Kalau Taurat itu benar dan datang dari Allah, begitu juga dengan Quran. 

 مُصَدِّقًا لِمَا مَعَهُمْ

membenarkan apa yang ada dikalangan mereka;

Iaitu Taurat, Injil dan Zabur yang mereka telah ada. Apakah yang telah dibenarkan oleh kitab-kitab itu? Kitab-kitab itu telah menyebut tentang kedatangan Nabi akhir zaman. Dan kriteria manusia yang disebut dalam kitab-kitab itu menepati ciri-ciri Nabi Muhammad. Mereka sahaja yang tutup mata hati mereka dari terima Nabi Muhammad walaupun telah jelas kepada mereka bahawa Nabi Muhammad itulah yang mereka tunggu-tunggu selama ini.

قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنْبِيَاءَ اللَّهِ مِنْ قَبْلُ

Katakan kepada mereka: “Kenapa kamu bunuh nabi-nabi Allah sebelum ini,

Allah suruh Nabi yang cakap kepada mereka. Sebab Allah dah murka kepada mereka, tak mahu bercakap secara langsung dengan mereka. Allah ajar bagaimana nak bercakap dengan mereka.

 إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

sekiranya kamu dulu betul-betul beriman dengan Allah?”

Contohnya, mereka telah bunuh Nabi Yahya, Zakaria dan lain-lain.

Allah nak kata: kalau betul kamu itu beriman dengan kitab yang telah diturunkan kepada kamu, kenapa kamu bunuh nabi-nabi dulu? Adakah dibenarkan dalam kitab mereka untuk membunuh para Nabi? Nak bunuh manusia biasa pun tidak boleh, apatah lagi nak bunuh Nabi? Itu adalah dosa yang amat besar.

Allah akan buka lagi rahsia mereka dalam ayat seterusnya:

Baqarah 87-91


 

Ayat 92:

2:92

Sahih International

And Moses had certainly brought you clear proofs. Then you took the calf [in worship] after that, while you were wrongdoers.

Malay

Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.

 وَلَقَدْ جَاءَكُمْ مُوسَىٰ

Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa

بِالْبَيِّنَاتِ

dengan bawa dalil bukti kukuh

Nabi Musa telah membawakan bukti kukuh tentang kekuasaan Allah;

ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِنْ بَعْدِهِ

Kemudian kamu ambil juga anak lembu sebagai pujaan kamu selepas perginya

Iaitu selepas perginya Nabi Musa ke Bukit Thursina;

Dalam ayat sebelum ayat ini, mereka kata mereka beriman. Tapi kalau betul mereka beriman, kenapa mereka puja juga patung anak lembu? Mereka sebenar bercakap tak serupa bikin. Padahal, dalam sejarah mereka, Nabi Musa adalah nabi utama mereka. Dan mereka kata umat yang hidup dengan Nabi Musa itulah umat yang terbaik. Kalau Nabi mereka yang utama dan umat mereka yang terbaik pun boleh buat syirik dengan puja patung, bagaimana pula dengan mereka?

 وَأَنْتُمْ ظَالِمُونَ

Dan kamu pada ketika itu menzalimi diri sendiri;

Mereka berbuat zalim dengan buat syirik kepada Allah. Makna ‘zalim’ dalam ayat ini adalah berbuat syirik kepada Allah. Bukan zalim seperti yang kita biasa faham itu.

Kalau dulu pun kamu dah tak ikuti apa yang ada dalam kitab kamu sendiri, apa sebab kamu boleh kata kamu tak boleh ikut Quran dan Nabi Muhammad kerana kamu kena ikut Taurat? Kamu gunakan alasan tak boleh ikut Quran kerana kamu kena ikut Taurat, tapi Taurat pun kamu tak ikut. Jadi alasan yang kamu berikan itu adalah amat rapuh sekali. Itu cuma sebagai alasan kamu sahaja.


 

Ayat 93: Allah memberitahu lima sebab kenapa mereka tidak patut tolak wahyu.
1. Kerana wahyu itu adalah yang haq dari Allah.
2. Membenarkan akidah seperti apa yang ada dalam kitab mereka (Taurat)
3. Mereka sentiasa ingin membunuh Nabi yang ajar wahyu. Nabi Muhammad pun mereka bunuh kerana mereka telah racun Nabi yang menyebabkan kematian Nabi.
4. Mereka lihat sendiri bagaimana mereka diselamatkan semasa Nabi Musa.
5. Setelah Taurat mari pun mereka tolak juga. Lepas gunung letak tepi sahaja kamu tolak. Kamu kasih kepada patung anak lembu sebab ia nampak pelik pada kamu. Kerana kekufuran kamu yang lama.

2:93

Sahih International

And [recall] when We took your covenant and raised over you the mount, [saying], “Take what We have given you with determination and listen.” They said [instead], “We hear and disobey.” And their hearts absorbed [the worship of] the calf because of their disbelief. Say, “How wretched is that which your faith enjoins upon you, if you should be believers.”

Malay

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):” Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ

Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian dengan kamu;

Ini adalah kisah bagaimana Nabi Musa telah membawa 70 orang wakil puak Yahudi mengikutinya ke atas Bukit Thursina. Mereka naik ikut Nabi Musa itu adalah untuk melihat cara  Kitab Taurat diturunkan. Mereka dimatikan kerana mereka minta nak lihat Allah secara nyata. Kemudian mereka telah dihidupkan semula selepas Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk menghidupkan mereka semula. Ini telah diceritakan dalam Surah Baqarah ini juga. Apabila mereka mati dan telah dihidupkan semula, tentulah mereka percaya dan beriman dengan Nabi Musa. Apabila mereka beriman, maka mereka telah menceritakan apa yang terjadi kepada orang-orang yang tidak naik sekali dengan mereka. Orang-orang Yahudi yang dibawah bukit tidak mahu percaya kepada mereka. Kerana mereka kata wakil-wakil itu telah berpakat dengan Nabi Musa untuk menipu mereka. Oleh kerana mereka tidak mahu percaya –

 وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ

dan Kami angkat Bukit Thur atas kepala kamu;

Apabila mereka tidak mahu percaya, Allah telah angkat Bukit Thursina atas merea. Setelah diangkat Bukit Thur atas kepala mereka, barulah mereka berjanji nak taat. Maka, Allah mengingatkan dalam ayat ini tentang kejadian itu. Apabila mereka nak beriman, maka dikatakan kepada mereka –

 خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاسْمَعُوا

Peganglah dengan bersungguh apa yang Kami berikan kepada kamu dan kamu dengarlah;

‘Dengar’ ini bermaksud dengarlah kepada guru yang mengajar Kitab Taurat.

 قَالُوا سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا

Jawapan mereka: “Kami dengar tapi kami engkar”;

Engkar disini adalah engkar dengan hati. Tentulah mereka tidak berani nak cakap secara nyata. Oleh itu, Allah memberitahu kita bahawa mereka dengar tapi mereka tak mahu ikut.

Atau memang mereka cakap macam itu secara nyata. Mereka memperolokkan arahan Allah. Sampai mereka cakap macam itu: “kami dengar tapi kami engkar”.

 وَأُشْرِبُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْعِجْلَ

Kerana mereka telah diresapi dalam hati hati mereka sayang kepada anak lembu;

Mereka engkar dengan perjanjian dengan Allah itu, kerana hati mereka dipenuhi dengan perasaan sayang kepada patung anak lembu itu.

Jangan kita lupa, kita umat Islam sekarang pun ada perjanjian juga dengan Allah. Iaitu apabila kita mengucapkan dua kalimah syahadah apabila kita masuk Islam dan setiap hari kita lafazkan syahadah itu. Kalau kita mungkir dengan janji itu, maka kita pun boleh juga melakukan perkara syirik. Dan memang banyak dari amalan masyarakat kita yang sudah syirik kepada Allah. Tapi kerana ramai yang tidak belajar tafsir Quran, mereka tidak perasan yang mereka telah melakukan syirik tanpa sedar.

Kalau puak Yahudi itu telah sayang kepada patung anak lembu itu, masyarakat kita pun ada benda selain Allah yang kita sayang. Macam masyarakat kita sekarang, mereka sayang kepada pulut kuning. Itu adalah sebagai contoh salah satu perbuatan syirik yang banyak lagi masyarakat kita amalkan. Sampaikan kalau tak buat pulut kuning dalam majlis mereka, mereka rasa tak lengkap majlis itu. Begitu juga kepada mereka yang sayang kepada adat bersanding, pelamin dan sebagainya. Mereka dah tak kisah samada perkara itu boleh dilakukan dalam Islam ataupun tidak. Kerana perbuatan itu dah sebati dalam jiwa mereka. Memang susah sangat mereka nak tinggal. Sampaikan kalau kita tegur mereka, mereka akan kata macam-macam tentang kita.

بِكُفْرِهِمْ

Dengan kekufuran mereka yang telah lalu;

Mereka timbul perasaan sayang itu kerana kekufuran mereka yang telah ada sebelum itu.

Begitu juga dengan golongan Yahudi zaman Nabi Muhammad itu, mereka merasakan apa yang tok nenek mereka buat dulu adalah betul belaka. Sebab itulah mereka ikut perangai tok nenek mereka itu.

قُلْ بِئْسَمَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ إِيمَانُكُمْ

Katakan kepada mereka: buruk sungguh kepercayaan kamu yang menyuruh kamu buat perkara yang mungkar ini;

Pada mula ayat ini, Allah masih lagi bercakap terus kepada mereka. Tapi selepas mereka kurang ajar dengan Allah, maka Allah terlalu murka kepada mereka sampaikan Allah tidak mahu lagi bercakap dengan mereka. Maka Nabi yang diarahkan untuk bercakap dengan mereka. Bermula dari ayat ini, Allah hanya bercakap dengan mereka melalui Nabi Muhammad sahaja. Perbuatan ini dinamakan ‘tab’eed’, iaitu menjauhkan diri dari seseorang kerana marahkan orang itu.

إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Sekiranya kamu beriman;

Sekiranya kamu beriman, maka berhentilah dari buat perkara-perkara ini.

Ayat-ayat selepas ini Allah terus menerangkan tentang perbuatan Bani Israil dan bagaimana Nabi Muhammad perlu menghadapi mereka.

Baqarah 92-93


 

Ayat 94: Ayat ini adalah satu bentuk mubahalah. Mereka perasan kaum mereka sahaja layak sahaja masuk syurga. Mereka rasa begitu sebab mereka ramai yang dari keturunan Nabi. Memang beginilah sifat manusia. Selalu sebut keturunan mereka yang baik-baik. Kalau keturunan mereka orang-orang baik dan alim ulamak, mereka sangka mereka dah selamat. Ini tidak benar sama sekali. Sedangkan ada ahli keluarga Nabi pun masuk neraka. Lihatlah kisah anak Nabi Nuh. Lihatlah juga bagaimana Musa Samiri telah dibela oleh Jibrail pun jadi orang jahat. Jadi keturunan tidak ada nilai kalau jauh dari agama. Ini kita ingatkan juga kepada kumpulan-kumpulan Habib yang sangka keturunan Nabi Muhammad itu telah selamat dan benar. Belum tentu lagi – kita kena lihat samada apa yang mereka bawakan itu adalah sunnah atau tidak. Kalau tidak sunnah, kalau benar mereka keturunan Nabi pun, mereka tidak akan selamat. Dan kalau kita tidak terima ajaran mereka itu, bukanlah kita menghina keturunan Nabi dan menghina Nabi sendiri – ma sha Allah, sungguh jauh sekali dari sangkaan mereka. Kita sayang kepada Nabi, tapi tidaklah kita percaya kepada keturunan baginda membabi buta.

Satu lagi, mereka rasa mereka itu keturunan yang disayangi dan terpilih oleh Allah. Ini adalah kerana memang mereka itu keturunan yang cantik dan cerdik-ceridk belaka – ini tidak dapat dinafikan sama sekali, sampai sekarang pun. Dan kalau mereka masuk Islam, memang mereka akan jadi seorang Muslim yang amat baik sekali. Dan kalau mereka lawan Islam, merekalah yang jadi ketua. Oleh itu kita kena berhati-hati dengan mereka. Kita pun telah baca dengan banyak sekali perangai buruk mereka. Mereka akan sentiasa hendak menjatuhkan orang Islam. Dan kalau mereka memberi nasihat, ditakuti nasihat mereka itu untuk menjatuhkan kita. Maka kenalah berhati-hati dengan mereka. Malangnya, kerajaan kita pun pernah ambil penasihat dari kalangan mereka. Ditakuti kita telah tertipu dengan propaganda mereka.

Kepada Yahudi, agama Yahudi sahaja yang benar. Sampaikan tolak orang lain. Macam kita juga, kita ingat puak kita sahaja yang betul. Sampaikan ada masyarakat Islam kita yang tidak mahu berimamkan kepada imam Masjid Nabawi dan Masjidilharam kerana mereka kata imam-imam itu tidak tahu baca Fatihah. Padahal, mereka orang Arab dan kita bukan orang Arab. Itu dinamakan ‘perasan’. Ada pula yang kata tak boleh ikut imam Masjid Nabawi dan Masjidilharam kerana mereka itu sesat kerana ikut Wahabi. Ma sya Allah! Begitulah juga orang Yahudi dalam ayat ini yang menyangkakan bahawa mereka sahaja yang akan masuk syurga dan puak-puak lain sesat.

2:94

Sahih International

Say, [O Muhammad], “If the home of the Hereafter with Allah is for you alone and not the [other] people, then wish for death, if you should be truthful.

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): “Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar”.

قُلْ إِنْ كَانَتْ لَكُمُ الدَّارُ الْآخِرَةُ عِنْدَ اللَّهِ خَالِصَةً

Katakan kepada mereka: Sekiranya negara akhirat itu hanya khas untuk kamu sahaja di sisi Allah;

Inilah mubahalah yang dimaksudkan. Lafaz ini dikatakan kepada mereka kerana mereka sangka mereka sahaja yang dapat masuk syurga. Yang yakin mereka akan masuk syurga antaranya adalah Orang Yahudi, Kristian dan juga Islam. Orang Yahudi ingat merekalah sahaja yang akan masuk syurga. Orang Kristian ingat merekalah sahaja yang akan masuk syurga. Orang Islam pun ingat orang Islam sahajalah yang akan masuk syurga.

Dalam ayat ini, ianya tentang orang Yahudi yang memang yakin benar bahawa apabila mereka mati nanti, mereka akan masuk syurga. Begitu juga dengan Orang Kristian, mereka sangka mereka akan masuk syurga kerana mereka telah menerima Nabi Isa sebagai Tuhan.

مِنْ دُونِ النَّاسِ

orang lain tak dapat masuk.

 فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ

Maka kamu mintalah mati;

Inilah cabaran yang diberikan kepada mereka. Cabaran ini logik, sebab kalau mereka kata mereka akan terus masuk syurga, mintalah mati segera supaya kamu boleh terus masuk syurga itu. Sebab bukankah kalau kamu mati sekarang, kamu boleh terus masuk syurga. Penghalang kamu dan syurga adalah kehidupan sahaja, bukan? Dan bukankah syurga itu lebih baik lagi dari dunia ini? Buat apa lagi kamu tinggal di dunia lagi kalau dah pasti kamu akan masuk syurga? Sudah tentu kehidupan di syurga lebih baik dari kehidupan dunia, bukan?

Orang Islam juga rasa mereka akan masuk syurga. Jadi, mungkin ada yang kata, ayat ini juga boleh ditujukan kepada orang Islam juga. Tapi, sebenarnya, orang Islam yang sebenar, tidak berfahaman seperti orang Yahudi itu. Kita sebenarnya ‘mengharap’ untuk masuk syurga, tapi dalam masa yang sama, kita ‘takut’ yang kita tak dapat masuk syurga. Kita tidak pasti samada kita secara individu adalah ahli syurga atau ahli neraka. Cuma kita tahu bahawa kalau Islam yang sebenar – iaitu orang mukmin, orang itu akan masuk syurga. Tapi tidak ada sesiapa yang boleh kata mereka ahli syurga lagi. Kita cuma boleh tahu di akhirat nanti – selepas pengadilan dijalankan di Mahsyar nanti. Kita berusaha untuk berbuat kebaikan seperti yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Semoga dengan amalan kita itu, kita dapat masuk syurga. Tapi kita kena sentiasa ada imbangan antara ‘takut’ dan ‘harap’. Takut masuk neraka dan mengharap untuk masuk syurga.

Tapi lain sekali dengan Orang Yahudi. Mereka rasa mereka adalah umat terpilih. Mereka yakin mereka akan masuk syurga. Macam syurga itu mereka punya dah. Jadi, mereka itu perasan yang bangsa mereka itu sahaja yang akan masuk syurga. Kalau mereka berdegil juga, maka kita mubahalah dengan mereka seperti dalam ayat ini. Cabar dia untuk mati cepat. Ajak dia doa sekali.

إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Sekiranya kamu benar dalam dakwaan kamu itu.

Ayat jenis ini dinamakan sebagai ayat Mubahalah. Sekiranya mereka rasa mereka betul, maka kita cabar kepada mereka untuk mintalah mati dengan segera. Ayat Mubahalah ini akan diterangkan dalam surah Ali Imran nanti.


 

Ayat 95:

2:95

Sahih International

But they will never wish for it, ever, because of what their hands have put forth. And Allah is Knowing of the wrongdoers.

Malay

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

وَلَنْ يَتَمَنَّوْهُ أَبَدًا

Dan tidak akan sekali-kali mereka itu akan meminta mati selama-lamanya

Nescaya dia tidak akan doa begitu kerana mereka paling takut mati. Kalau berperang pun mereka tak berperang di barisan hadapan kerana mereka itu jenis penakut.

 

بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ

Dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dengan tangan-tangan mereka;

Bukan dosa-dosa tangan mereka sahaja tetapi termasuk jugalah segala dosa yang dilakukan oleh anggota mereka yang lain. Mereka tahu bahawa mereka tidak banyak amal yang baik yang mereka lakukan. Dan mereka tahu bahawa mereka melebihkan dunia dari akhirat. Dan sebab mereka tahu yang amalan yang mereka buat itu tidak sesuai dengan syurga.

Macam kita juga, kita dah boleh agak kita banyak amalan dunia atau amalan akhirat. Kita sendiri pun takut kalau kita tiba-tiba mati. Sebab kita tahu banyak lagi dosa kita tak minta ampun. Kita tahu amalan ibadat kita tak banyak.

وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

Dan Allah Maha Mengetahui sifat-sifat jelek orang-orang yang zalim.

Allah maha tahu apa yang dilakukan oleh hambaNya.


 

Ayat 96:

2:96

Sahih International

And you will surely find them the most greedy of people for life – [even] more than those who associate others with Allah. One of them wishes that he could be granted life a thousand years, but it would not remove him in the least from the [coming] punishment that he should be granted. And Allah is Seeing of what they do.

Malay

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ

Kamu akan dapati mereka manusia yang paling tamak

 عَلَىٰ حَيَاةٍ

dalam kehidupan dunia selama-lama;

Mereka memang manusia yang mementingkan keduniaan. Apabila berdoa, mereka akan minta panjang umur.

 وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا

Lebih teruk lagi daripada orang-orang musyrik;

Mereka lebih teruk lagi dari orang musyrikin Mekah yang buat syirik itu. Mereka kutuk musyrikin Mekah itu, tapi mereka lebih teruk dari mereka. Sedangkan orang Musyrik pun mengharap supaya mereka mati dalam peperangan yang boleh menaikkan nama mereka dan disebut-sebut orang. Dan orang musyirikin Mekah tidak percaya kepada kehidupan selepas mati, jadi mereka tidak takut mati. Tapi orang Yahudi memang takut nak berperang kerana mereka takut mati. Untuk mengelak berperang, mereka akan beri alasan mereka menunggu Rasul akhir zaman turun supaya mereka boleh mengalahkan orang-orang kafir. Dan kalau mereka berperang, mereka tidak akan duduk di barisan hadapan kerana mereka jenis takut mati.

 يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ

Setiap orang dari mereka amat berkeinginan kalau diberikan umur seribu tahun;

Begitulah mereka. Mereka berharap sangat supaya mereka dapat hidup lama. Puak yang sesat memang nak hidup lama.

وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ

Dan tidaklah umur yang panjang itu boleh melepaskan mereka dari azab

Kalau doa mereka supaya umur mereka dipanjangkan itu dimakbulkan Allah, ianya tidak pun dapat melepaskan mereka dari azab Allah.

 أَنْ يُعَمَّرَ

Sekiranya Allah panjangkan umur mereka seribu tahun pun

Memang ia tidak akan terjadi, tapi Allah nak beritahu, kalau ianya terjadi pun, ianya tidak bermanfaat untuk mereka.

 وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

Dan Allah Maha Melihat terhadap apa yang mereka lakukan.

Allah tetap memerhatikan sahaja apa yang mereka perbuat dan Allah akan balas segala perbuatan mereka itu.

Yang menjadikan kita susah hendak lupakan dunia ini adalah kerana kita sayang sangat kepadanya. Padahal, kita semua akan pergi jua meninggalkannya. Ini semua orang tahu, termasuklah orang musyrik pun. Maka, kalau kita sudah tahu yang kita akan mati juga akhirnya, janganlah terpaut sangat kepada dunia. Ingatlah yang tempat tinggal kita yang sebenarnya adalah di syurga nanti. Ke situlah kita hendak kembali. Maka sebagai seorang Islam, kita hendaklah menyiapkan diri kita untuk sampai ke sana. Iaitu dengan mengikut arahan Allah dan meninggalkan larangannya.


 

Ayat 97: Allah menceritakan kesamaran-kesamaran yang ada pada Yahudi yang menghalang mereka mendekati Qur’an. Kalau hilang kesamaran-kesamaran itu, mungkin mereka boleh masuk Islam. Macam juga orang kita yang tak datang belajar ilmu secara sunnah sebab telah dimomokkan dengan gelaran ‘Wahabi’. Sudah masyhur dalam masyarakat Islam kita tentang Wahabi ini. Puak-puak Bidaah telah beri peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan ‘ajaran Wahabi’ – dengan diberikan dengan berbagai-bagai fakta yang tidak benar tentang beliau. Ini telah menyebabkan masyarakat takut nak belajar Sunnah kerana takut jadi sesat. Tapi, bila diperjelaskan dengan baik kepada mereka, baru mereka nak datang belajar. Maka dalam ayat-ayat ini Allah ceritakan apa yang puak Yahudi terkilan tentang Islam. Ada tiga perkara syubhat yang akan disebutkan.

Yang pertama, mereka kenal malaikat tapi mereka suka Mikail tapi mereka benci Jibrail. Sebab pada mereka Jibrail adalah malaikat yang bawa bala. Ini mereka dapat maklumat dari kitab-kitab yang ditulis oleh pendita-pendita mereka. Jadi apabila Nabi Muhammad datang, mereka tanya siapakah yang bawa wahyu kepada baginda. Apabila dikatakan Jibrail, mereka kata yang Jibrail adalah musuh mereka. Jadi mereka tolak segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Memang ada orang Yahudi dan Kristian yang tidak suka kepada Jibrail. Mereka hanya suka kepada Mikhail. Sebab itu ada mereka buat dalam filem mereka, peperangan antara Angel Michael dan Angel Gabriel. Sebab itu juga mereka tidak namakan anak mereka Gabriel tapi mereka banyak menamakan anak mereka Michael. Mari kita lihat apakah jawapan Allah kepada kebencian mereka itu.

2:97

Sahih International

Say, “Whoever is an enemy to Gabriel – it is [none but] he who has brought the Qur’an down upon your heart, [O Muhammad], by permission of Allah, confirming that which was before it and as guidance and good tidings for the believers.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.

قُلْ مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ

Katakanlah: dan sesiapa yang memusuhi Jibrail;

Memberi mana-mana malaikat adalah kesalahan yang amat besar. Kita tidak boleh memusuhi mana-mana malaikat.

Antara sebab lain yang mereka marah dengan Jibrail itu adalah kerana pada mereka, wahyu sepatutnya hanya sampai kepada Nabi dari kalangan Bani Israil sahaja. Orang lain tak boleh. Lebih-lebih lagi orang Arab. Mereka tahu bahawa yang menurunkan wahyu adalah Jibrail. Jadi, mereka kata Jibrail telah salah bagi wahyu. Sepatutnya bagi kepada orang lain, tapi Jibrail telah bagi kepada Nabi Muhammad dari bangsa Arab.

Macam sekarang, kita ada orang Syiah yang juga kata Jibrail telah salah bagi wahyu. Mereka kata sepatutnya wahyu itu disampaikan kepada Ali, tapi Jibrail telah silap bagi kepada Nabi Muhammad.

 فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَىٰ قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ

sesungguhnya dia menurunkan Quran itu ke atas hati kamu dengan izin Allah;

Maknanya, dengan izin Allahlah, masuknya Quran ke dalam hati Nabi Muhammad. Bukannya Jibrail pandai-pandai pilih sendiri siapa yang patut dapat wahyu. Ianya bukan keputusan dari Jibrail, tapi dari Allah sendiri.

Dengan izin Allah sahaja Quran itu sampai kepada Nabi Muhammad. Macam sekarang, apabila Quran dibacakan kepada kita, yang boleh melekat apa yang diajar itu ke dalam hati dan akal kita, adalah kerana izin Allah jua. Oleh itu kenalah kita berdoa supaya Allah memberikan kita faham ajaran Quran itu. Kalau tidak, kita hanya dapat mendengar tapi tidak faham apa yang hendak disampaikan. Berapa ramai yang sudah pergi ke kelas Tafsir, tapi mereka tidak faham apa yang disampaikan. Atau, mereka salah faham maksud yang disampaikan oleh guru yang mengajar.

Orang Yahudi, apabila mereka dengar bahawa Nabi Muhammad telah dapat wahyu dari Jibrail, mereka kata: “Jibrail yang itukah yang sampaikan wahyu kepada Nabi kamu? Sebenarnya kami ada banyak masalah dengan Jibrail itu.” Mereka hendak menjatuhkan kredibiliti Jibrail. Mereka juga tahu bahawa Jibraillah yang telah menurunkan bala kepada umat-umat dahulu yang menentang ajaran Allah. Maka, mereka kata Jibrail adalah seorang yang jahat.

Mereka kata, kalau Mikhail yang bawa wahyu itu turun, mereka akan terima Nabi Muhammad. Kerana mereka suka Mikhail, sebab mereka tahu Mikhail turun bawa rahmat kepada manusia. Itu semua hanya sebagai alasan mereka sahaja.

Dalam kitab mereka, mereka ada meletakkan kisah bagaimana malaikat-malaikat sebagai ‘anak Tuhan’ berlawan sesama mereka untuk mendapatkan kuasa. Jadi, kita boleh tahu bahawa pemahaman mereka tentang para malaikat bukanlah pemahaman yang benar. Ilmu agama tentang perkara ghaib telah ditukar sampai mereka menjadikan malaikat ada nafsu pula untuk mendapatkan kuasa. Padahal, malaikat itu hanya menurut perintah Allah sahaja.

Dalam ayat ini, Allah suruh Nabi jawab bahawa Quran itu walaupun dibawa oleh Jibrail, tapi dia turun dengan izin Allah. Bukan dia turun bawa sendiri dan pilih kepada siapa dia hendak berikan wahyu itu.

 مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ

Yang membenarkan kitab yang ada dihadapan mereka;

Dan bukanlah wahyu itu menyampaikan ajaran baru tentang tauhid, tapi ianya sama seperti yang ada dalam kitab-kitab yang terdahulu. Jadi, apa bezanya sampaikan mereka tak suka dengan apa yang disampaikan kepada Nabi Muhammad itu? Kalau ianya perkara yang lain, barulah ada sebab nak lawan dan benci, tapi ianya benda yang sama sahaja. Tidak lain dan tidak bukan, ianya adalah alasan-alasan mereka dan kesamaran yang ada dalam hati mereka sahaja. 

وَهُدًى

Dan ianya adalah kitab yang memberi pimpinan;

Apa salah wahyu itu sedangkan wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad itu memberi petunjuk.

وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

dan berita gembira kepada orang mukmin;

Sesiapa yang ikut ajaran yang disampaikan dalam Quran, akan dapat petunjuk. Dan sesiapa yang dapat petunjuk, akan dapat berita gembira. Dia akan dibalas dengan syurga.

Oleh itu hendaklah kita belajar bersungguh-sungguh tafsir Quran ini. Sesiapa yang berniat untuk belajar isi Quran sepenuhnya sebanyak 30 juzuk, dia telah tempah tempatnya di syurga. Dengan syarat, dia kena istiqamah dalam belajar Quran. Kalau dia mati dan tidak sempat habis belajar, dia pun Insyaallah akan masuk syurga juga kerana Allah akan masukkan dia dalam golongan orang yang telah belajar Quran kerana dia telah berniat. Walaupun tak sempat habis, tapi Allah akan lengkapkan niatnya itu. Apabila sudah berniat sahaja, Allah sudah suruh malaikat tulis dengan lengkap perbuatannya itu.

Jadi, berita baik itu kepada orang yang mukmin sahaja. Kalau bukan mukmin, mereka tidak dapat terima berita baik itu. Oleh itu, berusahalah kita supaya kita termasuk dalam golongan mukmin.


 

Ayat 98: 

2:98

Sahih International

Whoever is an enemy to Allah and His angels and His messengers and Gabriel and Michael – then indeed, Allah is an enemy to the disbelievers.

Malay

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.

مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ

Sesiapa yang bermusuh dengan Allah;

Dalam ayat ini, kita telah diberitahu bahawa Orang Yahudi bermusuh dengan Jibrail. Dalam ayat ini, Allah hendak memberitahu bahawa sesiapa yang bermusuh dengan malaikatNya, sebenarnya dia menjadikan Allah sebagai musuh.

وَمَلَائِكَتِهِ

dan segala malaikat-malaikatNya;

Kalau marah kepada satu malaikat, bermakna marah kepada semua malaikat sekali. Macam kalau kita sakiti seorang, bermakna menyakiti semua sekali.

وَرُسُلِهِ

dan segala rasul-rasulNya

Kalau bermusuh dengan mana-mana utusan Allah, samada mereka itu utusan dari jenis manusia, atau dari jenis malaikat, sebenarnya mereka bermusuh dengan Allah, kerana Allah lah yang mengutus mereka. Mereka hanya menyampaikan arahan Allah sahaja. Kalau posmen hantar surat, dan kita marah kepada posmen itu, ini tidak patut. Kalau kita marah, maksudnya kita marah kepada orang yang menghantar surat itu, bukan?

وَجِبْرِيلَ

lebih-lebih lagi Jibrail;

Dalam ayat ini disebut Jibrail sekali lagi walaupun Jibrail salah seorang dari malaikat dah. Ini adalah sebagai pengulangan dan penekanan.

وَمِيكَالَ

dan Mikhail;

Sebelum ini telah disebut yang mereka kata mereka suka Mikhail. Ini ada tersebut dalam kitab-kitab mereka. Tapi dalam ayat ini, Allah nak beritahu kalau tak suka kepada Jibrail, bermaksud Mikhail pun mereka bermusuh juga.

فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ

Maka Allah itu musuh bagi orang kafir;

Allah sebut perkataan ‘kafir’ disini. Bermakna, sesiapa yang marahkan walaupun satu sahaja malaikat Allah, maka orang itu sudah jadi kafir. Dan Allah memang bermusuh dengan orang kafir.

Dalam ayat-ayat sebelum ini, mereka mengatakan mereka orang beriman, tapi Allah nak cakap dalam ayat ini, bukan sahaja mereka tidak beriman, tapi Allah sudah menjadikan mereka sebagai musuhNya. Alangkah beratnya kesalahan dan kesilapan yang mereka telah lakukan.


 

Ayat 99: Mereka sebenarnya bukan berbalah dengan utusan Allah yang membawa wahyu itu, tapi mereka sebenarnya berbalah dengan wahyu Allah. Sedangkan wahyu itu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

2:99

Sahih International

And We have certainly revealed to you verses [which are] clear proofs, and no one would deny them except the defiantly disobedient.

Malay

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

وَلَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu;

Iaitu kepada Nabi Muhammad.

Ayat ini hendak memberikan kekuatan kepada Nabi Muhammad. Macam-macam orang Yahudi telah tohmah dan beri hujjah batil menentang Nabi Muhammad. Maka, Allah hendak menekankan kepada baginda bahawa memang telah diturunkan Quran itu kepada Nabi. Siapakah yang menurunkannya: Allah Taala. Memang melalui Malaikat Jibrail tapi sebenarnya, Allah lah yang menurunkan. Jibrail hanya sebagai pengutus sahaja.

Kepada siapakah wahyu itu diturunkan? Kepada Nabi Muhammad. Seorang insan yang mulia yang tidak ada apa-apa perkara buruk yang boleh dikatakan tentangnya oleh musuh-musuhnya. Oleh itu mereka mencemuh Quran dan cuba menjatuhkan nilainya kerana mereka tidak ada ruang dan fakta untuk mencemuh baginda kerana akhlak baginda yang mulia.

Oleh itu, kita sebagai pendakwah, kenalah mempunyai nilai-nilai akhlak yang murni. Jangan disebabkan oleh akhlak kita yang buruk di mata manusia menyebabkan mereka tidak mahu menerima mesej Quran dan Islam yang perlu disampaikan. Amat menyedihkan jikalau ada kalangan orang-orang yang mengaku ahli agama tapi mempunyai akhlak yang buruk. Walaupun kita menyampaikan perkara yang baik, tapi kalau kita sampaikan dengan cara yang buruk, boleh menjauhkan manusia dari ayat-ayat Allah. Mereka sudah datang belajar, maka ajarlah mereka dengan baik. Jangan kita marah mereka, maki mereka, perli mereka, tuduh mereka macam-macam, lebih-lebih lagi tuduh mereka sebagai ‘munafik’. Ini amat tidak patut sekali. Jangan kita ceritakan keburukan mereka kepada pelajar yang lain. Jangan kita cari kesalahan anak-anak murid kita. Jangan kita bercakap dengan nada yang tidak elok sampai boleh menyakitkan hati pelajar-pelajar. Mereka sudah datang belajar dengan kita, maka kenalah layan mereka dengan baik.

 آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ

ayat-ayat yang jelas nyata;

Ayat-ayat Quran memang jelas. Yang tak jelas kepada kamu adalah kamu yang tak belajar.

Jadi, ayat Quran itu telah diturunkan oleh Allah sendiri. Dan kepada Nabi Muhammad  yang jelas mempunyai akhlak yang mulia. Tidak ada apa yang boleh dicemuh tentang Allah dan Nabi. Ianya adalah Perfect Combination. Dan Quran itu adalah jelas nyata.

Jadi,

Pemberi wahyu itu adalah haq.

Penerimanya adalah haq.

Dan maklumat yang diterima itu juga adalah haq.

وَمَا يَكْفُرُ بِهَا

Dan tidaklah akan kufur dengan Quran itu

Memang akan ada sahaja yang akan kufur dengan ayat-ayat Quran itu. Tapi siapakah mereka yang sanggup kufur dengan ayat-ayat Quran itu?

 إِلَّا الْفَاسِقُونَ

melainkan orang-orang fasik sahaja;

Iaitu orang yang buat banyak dosa. Yang tak mahu terima memang orang-orang yang fasik. Tapi jangan cepat nak panggil orang lain fasik. Mereka menjadi fasik selepas tidak mahu menerima Quran, apabila telah didakwahkan kepada mereka. Tapi kita kena tanya balik: adakah kita telah berdakwah kepada mereka? Berapa kali kita sudah jelaskan kepada mereka tentang ayat-ayat Quran dan kepentingan belajar tafsir? Adakah kita pernah dakwah kepada mereka, atau kita terus panggil mereka fasik tanpa kita berdakwah untuk menyampaikan Quran itu dulu kepada mereka? Oleh itu, jangan senang-senang nak tuduh orang lain sebagai fasik pula.

Ditakuti kalau kita cuba menyampaikan kepada mereka tapi cara dakwah kita pula yang tidak bagus. Kalau begitu, kita kena pertingkatkan lagi teknik dakwah kita. Mungkin cara kita tidak kena, jadi kita kena berbincang dengan orang lain yang ada pengalaman berdakwah. Atau mungkin apabila mereka lihat akhlak kita, mereka tak mahu terima Quran itu. Kalau begitu, itu adalah salah kita sendiri.


 

Ayat 100: Allah menempelak mereka yang memungkiri janji mereka dengan Allah. Puah Yahudi telah mengadakan perjanjian taat setia dan ikut ajaran dalam Taurat, tapi mereka telah memungkirinya.

2:100

Sahih International

Is it not [true] that every time they took a covenant a party of them threw it away? But, [in fact], most of them do not believe.

Malay

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

أَوَكُلَّمَا عَاهَدُوا عَهْدًا

Apakah setiap kali mereka buat perjanjian setia;

Perjanjian yang dimaksudkan itu adalah perjanjian yang dibuat dengan Allah. Bukan dengan manusia, tapi dengan Allah.

نَبَذَهُ فَرِيقٌ مِنْهُمْ

Maka setengah daripada mereka membuangnya?

Perkataan نَبَذَ itu bermaksud membuang sesuatu yang kita tak perasan bahawa ianya adalah penting. Kita tak tahu bahawa ianya adalah penting. Sebab itu senang-senang sahaja kita buang.

Ada tak kita juga buat perjanjian dengan Allah? Tentu sekali. Dalam syahadah kita. Dan kita sebut syahadah itu dalam setiap kali kita solat. Dalam syahadah itu, kita berjanji dengan Allah yang kita akan hanya menyembah dan memohon kepadaNya sahaja. Tapi banyak antara kita tidak menepati perjanjian ini. Antaranya adalah kerana tak faham bahawa itu adalah satu perjanjian kita dengan Allah dan ianya adalah amat penting sekali. Ianya adalah satu perjanjian yang berat. Bukan perjanjian main-main. Ingatlah bahawa itu adalah perjanjian kita dengan Allah Taala.

بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Bahkan sebenarnya kebanyakan mereka itu tidak beriman;

Kalau mereka tak kisah langsung dengan perjanjian itu bermakna mereka tiada iman. Kebanyakan dari mereka memang tidak beriman.


 

Ayat 101:

2:101

Sahih International

And when a messenger from Allah came to them confirming that which was with them, a party of those who had been given the Scripture threw the Scripture of Allah behind their backs as if they did not know [what it contained].

Malay

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah, yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).

وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

Maka tatkala datang kepada mereka rasul dari sisi Allah;

Allah ingatkan kepada mereka yang Nabi Muhammad itu adalah Rasul utusan dari Allah. Allah yang utus baginda. Allah yang telah pilih baginda untuk menjadi Rasul, bukannya Jibrail.

مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ

yang membenarkan apa yang ada di kalangan mereka;

Nabi Muhammad bukan bawa ajaran akidah yang lain, tapi ianya ajaran akidah yang sama sahaja dalam kitab mereka, iaitu kitab Taurat.

نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ

Dibuang juga oleh sebahagian dari orang yang telah diberi Kitab Taurat.

Perhatikan cara penggunaan perkataan dalam ayat ini: Allah gunakan perkataan أُوتُوا الْكِتَابَ. (telah diberikan kitab) Ianya dalam bentuk pasif. Selalu digunakan apabila merujuk kepada ahli Kitab. Menunjukkan ketidaksukaan Allah kepada mereka. Ini adalah kerana mereka telah diberi dengan kitab Taurat, tapi mereka tidak mengendahkannya.

Tapi apabila apabila Allah bercakap tentang pemberian Quran kepada Nabi, Allah gunakan perkataan أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ (yang Kami turunkan kepada kamu) – dalam bentuk aktif. Menunjukkan nada kemesraan Allah kepada Nabi Muhammad. Dari segi penggunaan bahasa pun ada makna dan isyarat yang kita boleh ambil.

 كِتَابَ اللَّهِ

Kitab itu adalah kitab Allah.

Yang mereka buang itu adalah Kitab dari Allah – Kalam Allah!

 وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ

ke belakang mereka;

Cara mereka buang itu adalah dengan tidak ambil peduli. Seperti buang sampah sahaja lagaknya. Contohnya, katakanlah kita tulis surat, tapi surat itu kita tak suka, jadi kita akan keromok surat itu dan balingkan ke belakang kita. Maksud dalam ayat ini adalah, mereka tidak mahu belajar isi kandung Kitab Taurat kerana mereka tidak memandangnya sebagai satu perkara yang penting.

 كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

seakan-akan mereka itu tidak pernah mengetahui;

Mereka buat macam mereka tak pernah kenal Kitab Taurat itu. Mereka sebenarnya tahu, tapi mereka buat-buat tak tahu. Apabila Nabi membacakan ayat-ayat Quran dan mereka tahu ianya ada juga dalam Kitab Taurat mereka, mereka akan kata mereka tak tahu menahu apakah yang sedang disebutkan oleh Nabi. Begitulah perangai mereka terhadap Nabi Muhammad.

Setengah dari kita pun macam itu juga. Quran itu ramai yang tidak ambil peduli. Kita boleh lihat bagaimana mushaf Quran penuh tersusun di masjid tapi keadaan Quran-Quran itu macam tidak pernah dibuka pun. Nampak elok sahaja Quran itu. Masyarakat Islam Malaysia lebih suka baca wirid lagi dari baca Quran. Padahal, baca Quran lebih afdhal dari baca wirid. Ini adalah berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah. Tapi telah diajar kepada masyarakat kita oleh guru-guru kita untuk banyak buat wirid. Sampaikan kalau pergi ke Mekah pun, orang kita hanya banyak buat wirid. Mereka lebih percaya kepada guru mereka daripada percaya kepada hadis Nabi dan perbuatan sahabat-sahabat.


 

Ayat 102: Kesamaran pertama adalah tentang Jibrail. Ayat ini adalah tentang kesamaran kedua. Kesamaran kedua adalah pada rasul. Dalam wahyu yang disampaikan, wahyu kata tak boleh buat syirik dan mengamalkan sihir. Sihir itu adalah syirik kerana ianya adalah amalan menyeru selain Allah dan kerana itu ada syirik di dalamnya. Ianya masih juga syirik walau semasa mengamalkannya, seseorang itu baca ayat Quran. Tanpa syirik tidak akan menjadi sihir itu.

Golongan Yahudi jadi samar kerana pada mereka Nabi Sulaiman ada buat syirik. Kerana mereka telah mendapat maklumat salah tentang Nabi Sulaiman dan sebab itu mereka tidak boleh terima Qur’an dan Islam kerana berlawanan dengan fahaman mereka. Kesamaran ini timbul kerana mereka ambil maklumat dari kitab tulisan manusia. Mereka sangka Nabi Sulaiman ada ajar sihir dan baginda boleh memerintah kerana ada cincin keramat. Ini adalah cerita rekaan sahaja tapi mereka telah mempercayainya. Sebab itu Allah turunkan ayat ini untuk menjelaskan kesamaran ini.

Oleh itu, ayat ini adalah tentang sihir. Ada kesalahan dalam sesetengah kitab yang dibaca oleh masyarakat kita. Sampaikan akidah orang Islam ada yang percaya bahawa Nabi Sulaiman dapat kuasa memerintah kerana dia memiliki sebentuk cincin hikmat. Sampaikan ada kisah apabila cincin itu jatuh, baginda telah kehilangan kerajaannya. Itu adalah kisah dusta.

Orang Yahudi pula kata Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan binatang dan terbang sana sini kerana belajar dari kitab sihir. Mereka kata kitab itu bernama: The book of Secret. Mereka masih lagi mencari buku itu yang asli. Pada mereka, sesiapa yang dapat buku ini boleh dapat rahsia kehebatan Nabi Sulaiman bersama dengan harta karun baginda. Ini semua adalah kerana mereka hendakkan harta.

Pengenalan kepada ayat ini: Pada zaman Nabi Sulaiman, sihir banyak diamalkan oleh umat baginda yang berbangsa Yahudi. Maka baginda diperintah untuk mengumpulkan semua tukang sihir. Tukang sihir yang tidak mahu kembali kepada agama Islam akan dibunuh oleh baginda. Itu adalah syariat Islam tentang pengamal sihir sampailah sekarang – pengamal sihir perlu dibunuh. Dan buku-buku sihir mereka itu dibakar. Walaupun begitu, ada juga buku sihir itu yang Nabi Sulaiman simpan dan sorok dibawah singgahsana baginda. 

Kesamaran ketiga adalah tentang Malaikat. Kerana ada malaikat yang dikatakan mengajar sihir yang bernama Harut dan Marut. Kesamaran ini juga akan disebut dalam ayat ini.

2:102

Sahih International

And they followed [instead] what the devils had recited during the reign of Solomon. It was not Solomon who disbelieved, but the devils disbelieved, teaching people magic and that which was revealed to the two angels at Babylon, Harut and Marut. But the two angels do not teach anyone unless they say, “We are a trial, so do not disbelieve [by practicing magic].” And [yet] they learn from them that by which they cause separation between a man and his wife. But they do not harm anyone through it except by permission of Allah . And the people learn what harms them and does not benefit them. But the Children of Israel certainly knew that whoever purchased the magic would not have in the Hereafter any share. And wretched is that for which they sold themselves, if they only knew.

Malay

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ

Dan mereka mengikuti ajaran sihir yang diajar oleh syaitan-syaitan;

Yang mengikuti ajaran itu adalah ahli-ahli sihir. Mereka belajar sihir dari syaitan.

عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ

di zaman kerajaan Sulaiman;

Kejadian ini terjadi semasa zaman pemerintahan Nabi Sulaiman. Tapi bukanlah Nabi Sulaiman yang mengamalkan sihir. Tidak juga baginda ada peralatan yang ada elemen-elemen sihir macam cincin keramat dan sebagainya.

Nabi Sulaiman adalah salah seorang dari Rasul dari kalangan Rasul-rasul Bani Israil. Pada zaman Nabi Sulaiman, banyak amalan sihir diajar oleh syaitan. Zaman itu puak Yahudi banyak yang puja syaitan dan apabila teruk puja syaitan, mereka sampaikan boleh bercakap dan lihat syaitan. Maka Nabi Sulaiman tangkap pengamal sihir dan rampas kitab-kitab sihir mereka. Dan baginda telah letak kitab-kitab itu di bawah kerusi baginda kerana itulah tempat paling selamat. Kerana kalau letak tempat lain mungkin mereka boleh cari lagi. Dan Allah memang telah beri kelebihan kepada baginda yang makhluk tak boleh dekati dia untuk khianat. Maka selepas baginda melakukan tindakan itu, manusia kembali kepada ajaran tauhid dan amalan sihir telah berhenti.

وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ

Dan tidaklah Nabi Sulaiman itu kufur;

Allah tegaskan dalam ayat ini bahawa Nabi Sulaiman tidak pernah kufur dan baginda tidak pernah mengamalkan sihir. Lihatlah bagaimana ‘kufur’ dikaitkan dengan ‘sihir’. Sampaikan Allah sebut ‘kufur’ sahaja untuk merujuk kepada ‘sihir’. Mengamalkan sihir memang menjadikan pengamalnya kufur. Dalam Islam, sesiapa yang ditangkap mengamalkan sihir akan dihukum pancung, tidak dimandikan dan tidak dikuburkan dalam tanah perkuburan Islam.

Kita kena faham yang kuasa yang ada pada Nabi Sulaiman itu adalah pemberian Allah. Antaranya adalah kuasa angin yang diberikan kepada Nabi Sulaiman. Dengannya, Nabi Sulaiman dapat bergerak ke mana-mana. Itu semua adalah mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada Nabi Sulaiman.

وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا

Akan tetapi syaitan-syaitanlah yang kufur;

Yang kufur sebenarnya adalah syaitan kerana mereka yang mengajar sihir itu. Setelah Nabi Sulaiman mati, syaitan yang mengajar sihir kepada manusia itu masih hidup lagi kerana umur mereka memang panjang. Waktu itu, manusia pun sudah jauh dari ilmu agama. Jin telah ambil kesempatan dari kejahilan mereka dengan buat cerita yang Nabi Sulaiman sebenarnya telah memerintah dengan guna sihir. Dan kerana tak mahu manusia lain tahu, Nabi Sulaiman telah sorok kitab-kitab sihir itu bawah kerusi baginda. Syaitan telah membisikkan kepada manusia supaya menggali di bawah tempat kerusi Nabi Sulaiman dan memang mereka jumpa kitab kitab itu. Selepas mereka jumpa, mereka telah amalkan sihir. Maka, manusia telah mula kembali mengamalkan sihir.

 يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ

Mereka telah mengajar sihir kepada manusia; 

Apabila manusia sudah tidak percaya kepada kalam Allah dan meninggalkan tauhid, syaitan akan memberi mereka alternatif – itulah amalan sesat seperti sihir. Apabila mereka sudah tidak percaya kepada Allah, sudah buang kitab Kalam Allah, maka syaitan telah menggoda mereka untuk percaya kepada benda-benda karut seperti tangkal, azimat dan sebagainya.

Inilah yang terjadi apabila mereka sudah meninggalkan Kitab Taurat – seperti kita telah belajar dalam ayat sebelum ini, mereka telah membuang Kitab Taurat ke belakang mereka, seperti mereka tidak tahu kitab itu.

Begitu juga dengan kita, apabila masyarakat kita tidak menghiraukan lagi Quran, maka syaitan dapat memasukkan ajaran sihir dalam masyarakat kita. Begitu banyak yang mengamalkan sihir sebenarnya. Selalunya mereka tidak tahu amalan itu adalah amalan sihir. Kerana mereka baca amalan itu ada ayat Quran dalam bacaan sihir itu, mereka sangka ianya adalah sebahagian dari ajaran Islam. Ini semua adalah kerana mereka tidak mengendahkan Quran lagi. Mereka tidak belajar isi kandungan Quran. Maka mereka telah meninggalkan ajaran tauhid. Dan mereka jahil dalam hal agama, sampaika mereka mudah ditipu oleh syaitan dan guru-guru karut dan sesat.

Oleh itu, yang mengajar sihir kepada manusia adalah jin-jin yang jahat. Itulah kerja jin-jin yang jahat. Jin-jin Islam yang baik, tidak akan rapat dengan manusia. Kerana manusia tidak ada perhubungan dengan jin. Nabi sendiri pun tak benarkan sahabat berkawan dengan jin. Apabila Nabi berdakwah dan mengajar kepada golongan jin, baginda jumpa sendiri sahaja.

 وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ

Dan ajaran-ajaran yang diturunkan kepada dua orang malaikat di Babylon.

Ini adalah kesamaran ketiga. Nama malaikat yang dimaksudkan itu adalah Harut dan Marut; ada juga kisah karut berkenaan dengan mereka berdua. Ada yang kata malaikat itu turun ke dunia kerana mereka nak jadi manusia. Mereka sebelum itu hairan kenapa manusia boleh kufur kepada Allah. Oleh itu Allah telah memberi mereka nafsu dan diturunkan mereka ke dunia untuk hidup sebagai manusia. Dan selepas diturunkan itu mereka telah diuji dengan maksiat dan mereka jadi sesat. Itulah secara ringkas kisah mereka yang banyak diceritakan kepada masyarakat. Ini adalah kisah yang karut. Padahal, sebenarnya mereka diperintahkan turun oleh Allah untuk mengajar manusia tentang sihir. Iaitu mengajar manusia mana yang amalan yang sihir dan mana yang tidak. Kerana waktu itu telah banyak manusia yang diajar sihir oleh syaitan. Maka tugas mereka adalah hendak memperbetulkan manusia. Mereka memberitahu manusia mana yang sihir dan mana yang tidak supaya mereka tidak buat lagi sihir itu. Sebab nanti akan datang Nabi yang buat perkara yang nampak macam sihir tetapi ianya bukan sihir kerana ianya adalah mukjizat. Allah hantar Harut dan Marut untuk ajar manusia supaya mereka tidak keliru antara sihir dan mukjizat.

Babylon adalah nama lain bagi Iraq sekarang. Pada zaman itu, ramai yang mengamalkan sihir kerana mereka percaya kepada benda-benda macam itulah yang boleh membantu mereka. Mereka rasa dengan sihirlah yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Mereka telah ditipu syaitan yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman boleh dapat kerajaan yang besar dan kelebihan yang macam-macam itu adalah kerana baginda mengamalkan sihir. Tapi baginda tidak pernah mengamalkan sihir.

وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ. Dalam ayat ini, tidak disebut bahawa yang diturunkan kepada mereka adalah sihir. Jadi mungkin apa yang diajar kepada mereka bukan sihir. Perkataan ‘sihir’ hanya disandarkan kepada syaitan tapi tidak kepada dua malaikat ini. Ini adalah satu pendapat. Mereka yang datang untuk belajar dengan mereka mungkin menyangka bahawa dua malaikat ini mengajar sihir, tapi bukan.

Oleh kerana masyarakat waktu itu tidak percaya dengan Allah, maka Allah telah menguji mereka dengan menurunkan Harut dan Marut.

وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ

Dan tidaklah dua malaikat itu mengajar satu orang pun

Dua malaikat itu amat jujur dengan ilmu mereka. Sebelum mereka mengajar, mereka telah memberi peringatan kepada manusia yang datang belajar dengan mereka.

حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ

tanpa terlebih dulu mereka mengatakan: “sesungguhnya ajaran yang kami bawa ini adalah satu cubaan dari Allah.”

Lihatlah bagaimana Harut dan Marut buat. Setiap kali ada orang yang datang kepada mereka, mereka akan ingatkan bahawa mereka adalah ujian dari Allah. Maka, mereka itu kena berhati-hati kalau nak belajar. Mereka ajar tentang sihir itu sebagai pengecaman sahaja. Bukannya nak suruh mereka amalkan apa yang mereka belajar itu. Dan untuk kenal sihir senang sahaja – kalau dalam amalan itu ada seru kepada selain Allah, itu adalah sihir. 

 فَلَا تَكْفُرْ

“Maka jangan kamu kufur”;

Mereka nasihat kepada manusia supaya jangan jadi kufur dengan mengamalkan sihir itu. Mereka sebenarnya tidak suruh manusia mengamalkan sihir itu. Bukan mereka ajar nak suruh manusia amalkan. Tapi untuk bandingkan mana yang sihir dan mana yang tidak. Kalau Syaitan, tidak akan cakap macam itu.

Kekeliruan pada Yahudi adalah: mereka kata malaikat ajar sihir. Mereka tahu perkara ini dari dalam kitab-kitab mereka. Pada mereka, kalau malaikat yang ajar sihir, takkan salah? Maka Allah turunkan ayat ini untuk memperjelaskan bahawa bukannya dua malaikat itu mengajar sihir untuk suruh manusia amal, tapi sebagai pengecaman mana sihir dan mana tidak.

 فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا

Maka mereka pun belajar sihir dari mereka berdua

Tapi malangnya, ada juga yang belajar sihir itu dan mereka amalkan walaupun telah dilarang dari mengamalkannya.

مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ

yang boleh memecahkan belahkan antara satu orang dengan pasangannya;

Memang dengan sihir dapat memisahkan perhubungan suami dan isteri – sama ada disihir kepada isteri, atau kepada suami. Kalau disihir kepada isteri, isteri itu akan minta cerai dari suaminya. Ini adalah salah satu contoh yang sihir boleh lakukan. Ini adalah satu perkara yang amat disukai oleh Iblis. Kita pernah dengar bagaimana syaitan-syaitan akan membuat laporan kepada Iblis tentang apakah kejayaan mereka pada hari itu. Berbagai-bagai yang mereka laporkan bagaimana mereka telah merosakkan kehidupan manusia. Tapi Iblis buat biasa sahaja. Tapi bila ada syaitan yang kata dia telah memecahkan antara suami dan isterinya, Iblis terlalu suka.

Ada manusia zaman sekarang yang tidak percaya ada sihir. Mereka kononnya telah moden, maka mereka tidak percaya ada perkara-perkara supernatural seperti sihir. Tapi sihir itu memang wujud. Perkara itu memang boleh terjadi dengan izin Allah. Sihir memang ada diamalkan sampai sekarang. Ada cara nak lawan dia. Kerana sihir terjadi dengan seru selain Allah, maka lawannya adalah dengan hanya seru kepada Allah. Maka, tauhid sahaja yang lawan sihir. Jadi kalau nak mengubat orang yang kena sihir, kena ajar tauhid kepada dia dahulu. Kalau tidak dilakukan begitu, tidak akan selesai masalah.

Ada pula orang Islam yang mengamalkan sihir. Kalau orang bukan Islam buat sihir, itu kita boleh terima, tapi apabila orang Islam sendiri mengamalkannya atau suruh orang lain buat untuk mereka, itu adalah sesuatu yang menyedihkan. Kita tahu ada banyak bomoh-bomoh dan dukun-dukun yang hidup dengan mengamalkan sihir. Mereka inilah yang dicari oleh manusia-manusia jahil untuk menjalankan sihir untuk mereka. Dengan menggunakan bomoh dan dukun itulah ada orang yang disantau, diganggu fikiran mereka sampai boleh jadi gila, diganggu sampai mereka jatuh sakit dan macam-macam lagi. Buruk sekali perbuatan mereka itu. Bukan orang biasa sahaja, malah ahli-ahli politik dan para pemimpin pun ada yang pakai sihir dan guna bomoh untuk mendapatkan kejayaan dalam pilihanraya dan sebagainya.

وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ

Dan tidaklah mereka itu boleh memberi mudharat dengan sihir itu satu orang pun

Kita jangan ingat ada kuasa pada sihir itu. Atau jangan kita sangka ada kuasa pada ilmu itu. Kalau Allah tak izinkan, sihir itu tidak ada terjadi. Macam juga racun, tidak akan membunuh manusia tanpa izin Allah. Tapi selalunya Allah benarkan. Ini ikut hukum adat. Sebagai contoh hukum adat: kalau kita makan, kita akan kenyang. Bukanlah makanan itu yang mengenyangkan kita, tapi Allah. Tapi, Allah telah meletakkan asbab-asbab untuk mengenyangkan manusia. Tanpa hukum adat, tentu susah manusia nak hidup dalam dunia ini.

 إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ

melainkan dengan izin Allah;

Sihir itu hanya akan menjadi kalau Allah izinkan. Ini tidaklah bermaksud Allah suka dengan perbuatan mereka. Allah tidak redha, tapi Allah benarkan ianya terjadi kerana mereka hendakkan begitu. Allah memang akan benarkan kalau manusia nak sesat sangat. 

Seperti dalam semua perkara, tidak akan berlaku sesuatu apapun tanpa keizinan dari Allah. 

 وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ

Dan mereka pun belajarlah sihir itu yang memberi mudharat kepada mereka;

Mereka sangka mereka yang memberi mudharat kepada orang lain kerana sihir yang mereka lakukan. Kerana dengan sihir itu mereka boleh menyebabkan orang berpisah dengan pasangannya, menyebabkan mereka jatuh sakit atau gila dan sebagainya. Tapi yang sebenarnya yang mendapat mudharat itu adalah mereka. Apa yang mereka akan kena adalah lebih teruk dari itu. Mereka telah mengumpul dosa dengan mengamalkan sihir itu dan mereka akan kena azab di akhirat nanti. 

Bukan sahaja azab itu diterima neraka sahaja nanti. Tapi mereka di dunia juga telah mendapat mudharat. Contohnya, orang yang mengamalkan sihir tidak boleh dapat anak kerana anak mereka pun akan diambil oleh syaitan. 

 وَلَا يَنْفَعُهُمْ

Dan tidak boleh memberi manfaat kepada mereka apa-apa pun;

Sihir yang mereka amalkan itu tidak memberi manfaat langsung kepada mereka, melainkan memasukkan mereka ke dalam neraka sahaja.

 وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ

Sesungguhnya mereka itu tahu sesiapa yang membelinya;

Mereka tahu sebenarnya yang dengan mengamalkan sihir itu, mereka sebenarnya membeli neraka. Mereka tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah, tapi mereka masih juga melakukannya. Kerana nafsu mereka telah mengelabui akal dan akal mereka. Mereka sendiri tahu bahawa apabila hendak mengamalkan sihir, mereka kena menyembah syaitan.

Begitu juga kita. Ada perbuatan kita yang kita tahu adalah adalah salah tapi kita buat juga. Ini adalah kerana kita telah dipandu oleh nafsu kita.

 مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ

bagi mereka di akhirat kelak tidak ada lagi bahagian yang baik;

Mereka tahu yang mereka hanya mendapat neraka sahaja.

وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ

Buruk sungguh sihir yang mereka beli untuk diri mereka;

Mereka beli sihir itu dengan jual diri mereka untuk masuk neraka. Kerana untuk menjadikan sihir itu, mereka kena melakukan perbuatan-perbuatan kotor seperti makan darah, melakukan homoseks dan sebagainya. Mereka juga kena pijak Quran kerana syaitan hendak mereka benar-benar murtad dan meninggalkan Islam.

 لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Kalaulah mereka itu mengetahui;

Kalaulah mereka mengetahui yang jikalau mereka beriman dan bertaqwa, mereka akan mendapat kebaikan yang melimpah ruah. Ini akan diterangkan dalam ayat selepas ini.


 

Ayat 103:

2:103

Sahih International

And if they had believed and feared Allah , then the reward from Allah would have been [far] better, if they only knew.

Malay

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

وَلَوْ أَنَّهُمْ آمَنُوا

Dan kalaulah mereka beriman sungguh-sungguh kepada Allah;

Iaitu beriman dengan sempurna, tidak syirik kepada Allah. Kena faham apakah maksud ‘beriman yang sempurna’ ini. Kerana ada manusia yang beriman, tapi tidak beriman dengan sempurna. Maksudnya, mereka mungkin percaya kepada Allah, tapi dalam masa yang sama, mereka percaya kepada selain Allah juga – ini adalah syirik. 

وَاتَّقَوْا

dan bertaqwa;

Taqwa itu dicapai dengan jaga hukum dan tidak belajar sihir. Dengan menjaga segala perbuatan kita supaya tidak bersalahan dengan arahan Allah dalam segenap kehidupan kita.

 لَمَثُوبَةٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ خَيْرٌ

Pasti pahala disisi Allah itu lebih baik bagi mereka

 

 لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Kalaulah mereka itu mengetahui.

Sesiapa yang belajar sihir, maka dia akan masuk neraka. Sesiapa yang suruh kenakan sihir kepada orang lain, yang beri upah dan sesiapa yang terlibat dengan sihir itu akan masuk neraka. Kalau tolong bagitahu sahaja di mana ada tok bomoh pun dah masuk neraka dah. Katakanlah ada yang bertanya kepada kita: “mana rumah bomoh sekian sekian di kampung ini?”, dan kalau kita tunjuk sahaja di manakah rumah bomoh itu, maka kita pun sudah dikira terlibat juga. Maka, janganlah kita terlibat sedikit pun dengan amalan sihir ini.

Harut dan Marut juga telah memberitahu kepada mereka yang datang belajar kepada mereka, bahawa akan datang nanti manusia yang bawa sesuatu yang kelihatan macam sihir tapi ianya bukan sihir. Perbuatan itu adalah mukjizat yang dapat mengalahkan sihir. Harut dan Marut memberitahu mereka bahawa sesiapa yang bawa perkara sebegitu, maka orang itu adalah seorang Nabi. Dan apabila bertemu dengan orang seperti itu, maka mereka kena ikut. Kerana itulah, apabila ahli-ahli sihir Firaun berlawan dengan Nabi Musa dan apabila mereka melihat mukjizat Nabi Musa itu, mereka terus tunduk sujud dan mengaku bahawa Nabi Musa adalah Nabi dan mereka beriman dengannya dan dengan Allah. Kerana mereka telah diberitahu dari dulu lagi, bahawa apabila datang orang yang dapat mengalahkan sihir mereka, itu tentulah seorang Nabi.

Jadi, dari sini kita telah tahu bahawa sihir boleh dikalahkan dengan mukjizat. Tapi, kerana zaman sekarang Nabi telah tiada, maka mukjizat pun tiada lagi. Yang tinggal hanyalah Quran. Maka, kita kena guna mukjizat Quran untuk mengalahkan sihir.

Apakah itu mukjizat? Sebagai contoh, kita selalu dengar tentang kisah tongkat Nabi Musa. Tongkat Nabi Musa itu telah menjadi seekor ular dan memakan ular-ular jelmaan ahli sihir yang lain. Musa melempar tongkat itu setelah diarahkan oleh Allah. Apabila Musa sendiri melempar, ia tidak akan menjadi ular. Tapi apabila diperintah oleh Allah, barulah tongkat itu menjadi ular. Begitu jugalah, apabila Musa memukul laut, laut terbelah dengan izin Allah, dan apabila Musa memukul batu, keluar air dari batu itu sebagai minuman kepada kaumnya. Semua kejadian itu dimulai dengan suruhan Allah. Kalau Nabi Musa suka-suka buat sendiri, tidak akan menjadi mukjizat itu.

Semasa Nabi Muhammad bersama sahabat-sahabat dalam musafir, pernah mereka kehabisan air. Maka, pernah Nabi memasukkan tangannya ke dalam bekas dan keluar air dari jari-jari baginda untuk diminum oleh sahabat-sahabat. Tapi, kita tidak pula dengar dalam hadis yang lain bahawa sahabat-sahabat akan minta kepada Nabi untuk mengeluarkan air apabila mereka memerlukan air. Para sahabat tahu bahawa kejadian itu bukan dari kehendak Nabi tapi dari kehendak Allah. Mereka tahu yang mereka tak patut minta kepada Nabi perkara sebegitu. Yang dalam sirah Nabi yang menceritakan berbagai-bagai perkara manusia minta Nabi tunjuk, itu adalah dari mereka yang tidak percaya kepada Nabi sahaja.

Maknanya, mukjizat adalah atas anugerah Allah Taala. Bukan atas kehendak Nabi. Nabi tidak boleh buat mukjizat dengan keinginan sendiri. Mereka juga tidak boleh mengulang-ulang mukjizat itu. Mukjizat itu selalunya akan berlaku sekali sahaja.

Perkara yang hampir sama dengan mukjizat adalah ‘karamah’ yang diberikan kepada wali-wali. Maka, janganlah percaya jikalau ada cerita bagaimana seorang wali boleh melakukan karamah setiap kali mereka mahu. Karamah akan berlaku kepada para wali Allah. Sebagai contoh, pernah Saidina Ali nampak tentera beliau yang berada beribu batu dari tempatnya dan beliau telah memberi nasihat kepada mereka untuk naik ke bukit. Itu adalah adalah contoh karamah yang kita sudah biasa dengar.Ini adalah anugerah dari Allah. Tapi masyarakat kita memang keliru tentang wali ini. Mereka sangka, wali adalah seorang yang kerja mereka berzikir sahaja. Berzikir sampai tak campur orang lain. Itu bukan wali. Ingatlah yang kita tidak boleh kenal siapakah wali itu kerana ianya adalah rahsia dari Allah. Kita juga boleh jadi wali jikalau kita mengamalkan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.

Sama juga dengan mukjizat, wali-wali tidak boleh mengeluarkan ‘karamah’ dengan kehendak mereka sendiri. Dan karamah juga tidak boleh berulang-ulang. Tidaklah boleh Saidina Umar boleh melihat tenteranya setiap kali. Yang boleh berulang-ulang itu adalah sihir. Sihir boleh dilakukan tiap-tiap hari. Allah izinkan sihir itu berlaku. Walaupun Allah tidak redha, tapi Allah benarkan. Dia akan masukkan mereka yang mengamalkan sihir itu ke dalam neraka nanti.

Sihir itu adalah apa sahaja yang dibaca dengan menggunakan ‘tawasul’ – perantaraan, dengan niat untuk mengenakan orang lain. Ada juga yang menyihir dengan menggunakan ayat Kursi. Jadi walaupun seseorang itu pakai ayat Quran, tapi kalau niat mereka tidak baik, maka ianya juga adalah sihir juga. Selalunya, orang yang menyihir itu akan menyeru orang yang hendak disihir itu dengan menggunakan nama orang itu ‘berbinkan’ emaknya. Orang yang telah dikenakan sihir itu, boleh jadi sampai gila akhirnya. Ingatlah, hanya Nabi Isa sahaja dalam dunia ini yang berbinkan kepada emaknya. Orang lain, semua ada bapa, maka bin kita adalah bapa kita. Orang yang menggunakan sihir itu, mesti memerlukan nama emak kepada orang yang disihir itu. Mereka akan menyeru orang yang hendak dikenakan. Itu adalah salah satu cara untuk kita kenal sihir.

Contoh lain adalah mereka yang suka meminta doa-doa atau zikir keramat dari tok-tok guru untuk mereka amalkan supaya mereka mendapat sesuatu kelebihan. Sebenarnya, manusia tidak boleh belajar untuk jadi keramat. Ada yang hendakkan ilmu ghaib dan sebagainya. Termasuklah mereka yang menggunakan sepotong ayat dari Surah Yaasin untuk menutup mata polis di jalanraya. Ini banyak orang amal tanpa sedar bahawa ianya adalah salah. Selain dari itu, ada banyak yang belajar ilmu kebal dari senjata. Ada juga yang belajar supaya mereka boleh menjatuhkan monyet dan binatang lain dari pokok hanya dengan menunjuk dengan jari kearah binatang itu. Itu semua adalah sihir.

Selalunya sihir itu berkisar dalam persilatan dan puak yang mengamalkan tasauf. Bukan semua, tapi biasanya. Apabila buat keramah dengan kehendak sendiri, itu adalah sihir. Kalau kita lihat wirid mereka, sudah pasti akan ada amalan beri salam kepada wali, nabi dan malaikat dan seru kepada selain Allah. Amalan-amalan itu tidak asing bagi mereka kerana amalan itu sudah ada dalam majlis tahlil lagi dah. Apabila dia ambil amalan sihir daripada mana-mana guru, mereka tidak rasa asing lagi kalau ada amalan tawasul di dalamnya sebab dah biasa buat dalam majlis tahlil. Setiap kali dibaca seruan itu, seekor jin akan datang dan berdamping dengan kita.

Dalam satu hadis yang sahih, Nabi pernah berkata, sesiapa yang pergi berjumpa bomoh dan percaya bahawa bomoh itu boleh menyembuhkan penyakit, orang itu sudah kufur dengan agama Nabi Muhammad. Ini adalah perkara akidah dan akidah adalah perkara besar. Kalau minta tolong lebih kurang tidak mengapa. Tapi masyarakat kita lain. Sikit-sikit akan minta kepada bomoh. Sikit-sikit akan minta kepada ‘ustaz’ padahal mereka tidak tahu bahawa itu adalah salah. Janganlah kita ingat semua ustaz itu benar.

Baqarah 94-103

Allahu a’lam. Sambung ke ayat-ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Ustaz Rosman

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tafsir Surah Baqarah Ayat 83-103

  1. hassan says:

    Tok guru maaf saya ingin bertanya Lazimnya selepas sembahyang dan membaca doa2 imam membaca selawat pada rasul SAW, adakah ini pun di anggap sbg tawasul dan salah pada syariat berdoa Dan juga dalam tahlil membaca Yasin?

    • tafsirsunnah says:

      Salam Hasan, terima kasih atas pertanyaan anda.

      1. Selepas solat atau waktu-waktu lainnya, tidaklah salah baca selawat. Dalam ayat lain, memang Allah menganjurkan kita membaca selawat. Tapi kenalah selawat yang diajar oleh Nabi, bukan yang direka oleh manusia. Antara selawat yang mengandungi elemen syirik adalah selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyah. Kerana solat-solat itu adalah menggunakan berkat Nabi sebagai tawasul untuk menyembuhkan dan menyelesaikan masalah. Kita tawasul dengan Nabi pun tidak boleh. Itu samalah seperti tawasul Kristian dengan nabi Isa.

      2. Tidaklah perlu untuk berdoa bersama imam. Selepas solat berjemaah pun, kita doa sendiri sahaja. Dalam hadis, tidak disebut Nabi berdoa dengan sahabat selepas solat. Doa sendiri lebih baik. Kerana kita ada hajat kita sendiri. Tidak sama dengan hajat tok imam. Lagipun, tidak tahu apakah doa yang akan dibaca oleh imam itu. Kadang-kadang saya dengar mereka baca selawat syifa’ dan tafrijiyah juga.

      3. Majlis Tahlil yang dibuat oleh masyarakt kita sekarang adalah bidaah. tidak pernah dibuat Nabi dan sahabat. Sedangkan banyak yang mati zaman mereka, bukan? Kalau ianya baik, tentulah mereka dulu dah buat dah. Kerana iman mereka tentulah lagi tinggi dari kita. Mereka lagi kuat buat amal ibadat dari kita.

      4. Majlis tahlil dibuat adalah untuk sedekah pahala kepada simati? Adakah sampai pahala yang kita sedekahkan kepada simati? Imam Syafie sendiri kata tak sampai sedekah pahala. Beliau berdalilkan kepada ayat Quran Najm:39.

      5. Tentu saudara pernah menghadiri majlis Tahlil (saya dulu pun tekong Majlis Tahlil juga). Mula-mula akan dibacakan: “ila hadratin….” Itu bermakna ke hadrat nabi Muhamad, keluarga baginda…. dan seterusnya. Itulah lafaz tawasul kalau nak tahu. Memohon berkat daripada Nabi, para ahli keluarga baginda, sahabat dan lain-lain lagi.

      Itulah serba ringkat yang saya boleh jawap dalam ruangan ini. Saudara tinggal di mana? Ada baiknya untuk saudara menghadiri sendiri kelas tafsir ini dan boleh bertanya terus kepada guru yang mengajar supaya boleh lebih jelas lagi. Kalau berdepan lagi mudah.

      Silah emel saya di: tafsirsunnah@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s