Tafsir Surah Baqarah Ayat 67 – 82

Ayat 67: Ini sifat buruk ketiga Yahudi zaman dulu. Sifat itu adalah soal banyak dalam hal agama.

Ini adalah cerita berkenaan dengan Surah Baqarah itu sendiri, iaitu tentang lembu betina. Ugama-ugama yang salah dulu yang telah sesat ada yang memuja lembu. Seperti juga sekarang, penganut Hindu memuja lembu juga. Antaranya juga adalah musyrikin Mekah yang kononnya mengamalkan agama dari ajaran Nabi Ibrahim, mereka juga ada amalan yang salah berkenaan dengan lembu ini. Kita akan belajar di surah al-An’am nanti. Mereka itu percaya Nabi Ibrahim adalah rasul dan ada syariat yang masih lagi mereka pakai seperti solat, wudu, nikah kahwin dan sebagainya, tapi mereka mengamalkan juga amalan yang salah.

Musyrikin Mekah banyak telah menukar agama asal Nabi Ibrahim itu. Antaranya, mereka sudah tidak percaya adanya Hari Kebangkitan. Musyirikin Mekah juga telah puja tok wali. Mereka juga puja malaikat-malaikat yang mereka anggap sebagai anak perempuan Allah. Mereka sangka, kerana Allah sayang anak perempuanNya, tentulah mereka akan disayangi juga, maka mereka telah memuja malaikat-malaikat. Mereka mengharapkan tok-tok wali dan malaikat-malaikat itu akan dapat menolong mereka dengan Allah nanti.

Orang Kristian pula minta tolong kepada ‘anak lelaki’ Allah iaitu Nabi Isa. Padahal Allah tidak mempunyai anak. Mereka sendiri yang beri pangkat itu kepada Nabi Isa. Ada juga ajaran yang sesat seperti agama Hindu sekarang yang memuja malaikat-malaikat yang mereka katakan sebagai dewa-dewa mereka. Dan antara kesesatan yang mereka lakukan adalah puja lembu. Ada juga agama-agama lain seperti di Afrika, Cyprus dan sebagainya yang puja lembu.

Lembu juga adalah pujaan golongan Yahudi juga pada zaman Nabi Musa a.s. Oleh kerana itu, Allah telah suruh mereka untuk sembelih lembu sebagai tanda tolak kepercayaan mereka yang sesat kepada lembu. Mereka puja lembu kerana mereka sangka lembu ada keramat dan sebagainya. Mereka anggap begitu kerana banyak kegunaan lembu itu seperti susu, kulit dan sebagainya. Oleh itu, mereka puja lembu itu. Ayat ini adalah untuk menceritakan perintah Allah kepada mereka untuk sembelih seekor lembu betina supaya mereka tidak lagi puja lembu.

2:67

Sahih International

And [recall] when Moses said to his people, “Indeed, Allah commands you to slaughter a cow.” They said, “Do you take us in ridicule?” He said, “I seek refuge in Allah from being among the ignorant.”

Malay

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ

Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya;

Ini adalah arahan Allah kepada Nabi Musa untuk memberi arahan kepada kaum Yahudi. Bukanlah Nabi Musa beri arahan itu dari kehendaknya sendiri.

 إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya sembelih seekor lembu betina;

Kata إِنَّ – yang bermaksud: ‘sesungguhnya, tidak syak lagi’ – digunakan dalam ayat ini. Untuk menunjukkan bahawa arahan itu dari Allah. Bukan arahan itu datang dari Nabi Musa. Nabi Musa hanya menyampaikan sahaja arahan itu. Begitulah umat Nabi Musa pada zaman itu. Mereka kononnya kata mereka percaya kepada Allah, tapi mereka nak tolak Nabi Musa. Mereka rasa Nabi Musa ada cakap dari dirinya sendiri yang bukan dari Allah.

Macam juga zaman sekarang – ada golongan yang kononnya percaya kepada Quran tapi tak percaya kepada hadis. Mereka hendak mengasingkan antara Allah dan Rasul. Padahal Rasul menyampaikan arahan dari Allah. Ini adalah fahaman yang sesat dan sebab sesat itulah yang menyebabkan ada Bani Israil yang minta supaya mereka sendiri jumpa dengan Allah. Mereka nak Allah sendiri cakap dengan mereka. Hasilnya, mereka telah dimatikan serta. Kisah ini kita telah belajar dalam ayat-ayat sebelum ini.

Allah perintah mereka untuk sembelih lembu kerana dalam hati mereka masih ada sifat mendewakan lembu. Ini ada kena mengena dengan kes mereka sembah patung anak lembu sebelum ini. Patung itu dibentuk oleh seorang lelaki yang bernama Musa Samuri kerana dia nak jadi orang yang tersohor di kalangan kaumnya. Mengikut sejarahnya, beliau telah dipelihara oleh Jibrail kerana dia telah disorok di gua oleh ibunya yang hendak menyelematkan anaknya dari dibunuh oleh Firaun. Nabi Musa waktu itu dipelihara oleh Firaun dan Musa Samiri dipelihara oleh Jibrail. Tapi Nabi Musa jadi baik, Musa Samiri jadi orang jahat.

Oleh kerana dia dipelihara oleh malaikat, dia biasa nampak benda-benda pelik. Secara ringkasnya, dia telah menggunakan emas-emas yang ada pada puak Bani Israil yang mereka telah pinjam dari bangsa Qibti dan semasa mereka menyeberang lautan untuk lari, mereka telah bawa sekali emas-emas itu. Oleh kerana emas itu bukan harta mereka sendiri, Musa Samiri telah menghasut mereka dengan mengatakan yang emas-emas itu tidak halal. Dia kumpulkan emas-emas itu dan leburkan. Dia telah masukkan sedikit pasir dari bekas tapak kuda malaikat. Apabila dimasukkan pasir itu dalam mulut patung itu, ia telah berbunyi. Boleh jadi berbunyi itu adalah kerana Sihir. Tapi umat Bani Israil yang melihatnya telah teruja dan percaya kepada Musa Samiri dan mula memuja patung itu kerana Musa Samiri telah menghasut mereka dengna mengatakan yang ianya adalah tuhan mereka. Ini semua terjadi kerana Allah nak uji mereka. Walaupun masalah ini telah diperbetulkan, patung itu pun telah dihancurkan, tapi kisah patung anak lembu itu masih berlegar lagi di kalangan mereka. Mereka bercakap-cakap sesama mereka mengenainya, dah lama kelamaan timbullah pendapat yang mengatakan ada keramat pada lembu.

Telah masuk dalam hati mereka kisah lembu keramat. Ini adalah dalam kalangan mereka yang tak belajar agama. Mereka sampai puja lembu pula. Oleh itu, mereka disuruh sembelih lembu itu supaya mereka tidak lagi puja lembu. Untuk menidakkan pemahaman mereka yang melihat lembu itu ada keramat dan sebagainya. Macam kita sekarang, ada manusia yang mengganggap ada keramat pada kain kuning, keris keramat dan sebagainya. Kalau kita suruh mereka bakar benda-benda itu yang mereka anggap keramat, mereka akan marah.

Kalau kita suruh mereka buang dan bakar kain kuning, keris keramat dan cincin keramat itu, mereka akan jawap begini:

 قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا

Mereka berkata: Patutkah kamu menjadikan lembu betina itu sebagai ejekan kepada kami?;

Pada mereka, suruhan itu adalah ejekan kepada mereka. Macam kalau kita suruh masyarakat kita bakar kain kuning yang membalut keris keramat mereka. Atau kita suruh mereka bakar cincin yang mereka anggap keramat. Mereka akan rasa berat kerana sayang kepada keris dan cincin-cincin itu. Begitulah yang terjadi kepada Bani Israil di zaman Nabi Musa apabila baginda memberi arahan sebegitu kepada mereka. Mereka rasa Nabi Musa main-main dan mengejek mereka.

Tentulah Nabi Musa tidak berjenaka dalam hal ini. Tidak boleh seorang ahli agama berjenaka dalam hal agama. Ianya adalah satu kesalahan.

Ada yang mengatakan bahawa kisah ini terjadi ketika terjadi pembunuhan di kalangan mereka. Seorang lelaki telah bunuh bapa saudaranya kerana mahukan harta. Kalau tunggu bapa saudaranya itu mati sendiri, lambat untuk dia dapat harta. Selepas bunuh, dia telah meletakkan mayat bapa saudaranya itu di kampung sebelah. Dan menuduh mereka pula yang membunuh bapa saudaranya. Mereka berbantah-bantah tentang siapakah yang telah membunuh lelaki itu. Sampaikan mereka telah hampir hendak berperang antara puak-puak yang bertelagah itu. Apabila mereka membawakan masalah itu kepada Nabi Musa, Nabi Musa telah menyampaikan arahan Allah untuk mereka menyembelih seekor lembu betina. Oleh kerana mereka tak nampak apa kaitan antara mencari pembunuh itu dengan menyembelih lembu, maka mereka telah menuduh Nabi Musa bermain-main dengan mereka. Ini adalah kisah yang masyhur, tapi ianya tidak boleh dipakai kerana ianya adalah kisah Israiliyat dan kisah Israiliyat tidak boleh digunakan dalam tafsir kerana ianya tidak boleh dipercayai.

 قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ

Nabi Musa berkata: Aku berlindung dengan Allah,

 أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

dari menjadi seorang dari golongan yang jahil;

Iaitu jahil seperti kamu, kaum Yahudi yang memuja lembu itu. Jahil yang dimaksukan adalah ‘Jahil Syariat’.

Orang Hindu sekarang, sampaikan lembu itu mereka tidak sembelih sampai lembu itu mati sendiri. Sampaikan lembu itu ada surat beranak sendiri macam manusia. Sampaikan banyak sangat lembu liar yang dibiarkan berkeliaran dalam bandar. Sesiapa yang khianat kepada lembu itu akan kena marah dan boleh sampai berperang. Kadang-kadang mereka kena juga halau lembu yang menyusahkan manusia. Tapi orang yang nak tangkap lembu itu kena berlindung dengan dewa untuk membawa lembu itu. Sebelum tangkap lembu itu, mereka kena puja lembu itu dahulu.

Orang Islam di India yang hendak makan daging lembu kena bela lembu itu senyap-senyap di tempat jauh dari orang Hindu dan kena sembelih lembu itu sorok-sorok. Kalau tak, jadi masalah dengan orang Hindu nanti sebab mereka akan kata kita bunuh ‘tuhan’ mereka. Ini masalah berat sungguh, sampaikan di Malaysia pun pernah jadi isu sebab orang kita sembelih lembu korban di kawasan sekolah yang ada pelajar Hindu.


 

Ayat 68: Untuk menyembelih lembu adalah mudah sahaja sebenarnya, tapi mereka banyak tanya sampaikan perkara yang senang boleh jadi susah.

2:68

Sahih International

They said, “Call upon your Lord to make clear to us what it is.” [Moses] said, “[ Allah ] says, ‘It is a cow which is neither old nor virgin, but median between that,’ so do what you are commanded.”

Malay

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ

Mereka berkata kepada Nabi Musa: “Tolonglah doa untuk kami kepada Tuhan kamu”;

Lihatlah bagaimana mereka kata ‘Tuhan kamu’, bukan ‘Tuhan kami’.

 يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ

“Supaya Dia menjelaskan bagi kami apakah hakikat lembu betina itu?”;

Mereka nak tahu lembu itu jenis apa dan sebagainya. Mereka tanya itu dalam nada mengada-ngada. Sebenarnya mereka tak nak buat pun. Maka, Nabi Musa telah berdoa kepada Allah untuk menjelaskan apakah sifat lembu betina itu. Ada yang mengatakan Nabi Musa kena naik pergi ke Bukit Thur dan bercakap sendiri dengan Allah. Setiap kali pertanyaan timbul, Nabi Musa kena buat begitu. Dan apabila Nabi Musa berdoa meminta penjelasan, Allah telah menjelaskan apakah jenis lembu itu. Allah susahkan mereka dengan beri syarat kerana mereka yang gatal tanya.

قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا فَارِضٌ

Musa berkata: “Sesungguhnya Dia (Allah) berkata bahawasanya lembu betina itu tidak tua sangat”;

Lembu yang tua adalah dalam lingkungan 15 tahun umurnya. Maknanya, kena cari lembu yang belum sampai umur 15 tahun. Nabi Musa menekankan sekali lagi dalam ayat ini bahawa Allah sendiri yang menjelaskan sifat lembu itu, bukan dari dia. Lihatlah perkataan إِنَّهُ يَقُولُ.

 وَلَا بِكْرٌ

“dan tidak muda sangat”;

Lembu yang muda adalah dalam linkungan antara 2-6 tahun.

عَوَانٌ بَيْنَ ذَٰلِكَ

“Pertengahan antara tua dan muda”;

Jadi, umur lembu itu adalah dalam 7 tahun.

 فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ

Musa berkata: “Buat sahajalah apa yang telah diperintahkan kepada kamu”;

Maknanya, jangan tanya lagi. Buatlah dengan segera. Asalnya Allah suruh sembelih lembu betina sahaja, sekarang dah dikatakan umur pula kerana mereka telah tanya. Kalau tidak, boleh ambil sahaja mana-mana lembu betina. Maknya, cukuplah, jangan tanya lagi, buat sahaja.

Perkataan فَافْعَلُوا bermaksud satu perbuatan yang tidak perlu fikir banyak. Jenis perbuatan yang bukan susah nak buat. Sekarang ini, masih senang lagi – cuma cari lembu betina yang umurnya pertengahan. Kalau tadi, cuma sembelih lembu betina sahaja – senang. Tapi sekarang, dah kena cari yang pertengahan umurnya – masih dikira senang lagi. Sepatutnya mereka terus buat dah waktu ini. Tapi mereka masih lagi hendak bertanya. Inilah yang dikatakan perangai buruk bangsa Yahudi dulu.

Tapi, mereka masih lagi nak tanya. Dalam ayat seterusnya akan diterangkan apakah lagi soalan mereka.


 

Ayat 69: Mereka masih tidak puas hati dengan penerangan yang telah diberikan. Sebenarnya, mereka hendak mempersendakan Nabi Musa sahaja kerana Nabi Musa suruh mereka sembelih lembu. Maka mereka tanya lagi. Sekarang, mereka tanya tentang warna pula.

2:69

Sahih International

They said, “Call upon your Lord to show us what is her color.” He said, “He says, ‘It is a yellow cow, bright in color – pleasing to the observers.’ ”

Malay

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”.

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ

Mereka berkata: “Tolonglah doa untuk kami kepada Tuhan kamu”

Lihatlah, mereka masih lagi kata: “Tuhan kamu”.

 يُبَيِّنْ لَنَا مَا لَوْنُهَا

“Supaya Dia menjelaskan untuk kami apakah warna lembu itu?”;

Sekarang mereka dah tanya warna pula. Maka, sekali lagi Nabi Musa telah berdoa kepada Tuhan untuk menjelaskan. Nabi Musa kena pergi naik ke Bukit Thur untuk bertanya Allah tentang soalan lagi.

قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ

Nabi Musa berkata: “Sesungguhnya Dia (Allah) berkata bahawasanya lembu betina itu”

Nabi Musa masih menekankan yang Allah sendiri yang jawab, bukan dari baginda sendiri.

صَفْرَاءُ

“berwarna kuning emas”;

Ulama ada melarang untuk menggunakan warna kuning keemasan pada pakaian dan sebagainya. Kerana mengelakkan untuk kena mengena dengan warna kegemaran Yahudi ini. Malangnya, kalau kita lihat mereka-mereka yang ada urusan dengan perbomohan, tentu akan menggunakan warna kuning ini pada kain mereka.

فَاقِعٌ لَوْنُهَا

terang warnanya

تَسُرُّ النَّاظِرِينَ

“yang menyenangkan sesiapa yang memandang”.

Maknanya ianya adalah lembu yang cantik. Orang akan suka tengok kerana tidak pernah tengok lembu yang berwarna macam itu. Tapi ingat, tidak ada kelebihan kepada lembu yang berwarna macam itu. Allah cuma nak susahkan mereka sahaja. Jangan kita lepas ini kita pula cari lembu warna kuning pula.

Susah nak cari lembu yang macam itu. Bukan senang nak cari yang berwarna kuning keemasan. Itulah keburukan bertanya banyak. Lagi menyusahkan mereka. Kalau mereka buat dari awal lagi, mereka hanya perlu mencari lembu betina sahaja.

Bukanlah kita nak kata bahawa tidak elok bertanya. Ada pertanyaan yang digalakkan untuk bertanya. Ada beza kalau kita hendak mendalami ilmu. Contohnya, kalau orang bertanya: “bagaimanakan hendak membayar zakat?” Itu adalah soalan hendak mendalami agama. Tapi kalau ada orang bertanya begini: “Kenapa kena bayar zakat?” Itu bukan soalan, tapi itu tanda orang yang tidak mahu membayar zakat.


 

Ayat 70: Mereka masih tidak puas hati lagi. Mereka masih nak tanya lagi.

2:70

Sahih International

They said, “Call upon your Lord to make clear to us what it is. Indeed, [all] cows look alike to us. And indeed we, if Allah wills, will be guided.”

Malay

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ

Mereka berkata: “Tolonglah doa untuk kami kepada Tuhan kamu”

 يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ

“Supaya Dia menjelaskan untuk kami apakah hakikat sebenar lembu betina itu?”

Mereka dah mula rasa bahawa kalau mereka tak cari lembu itu, mereka akan dimurkai oleh Allah. Maka mereka telah berusaha untuk mencari lembu itu.

 إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا

“Sesungguhnya lembu betina itu masih samar kepada kami”;

Mereka masih lagi merasa keliru. Kerana pada mereka, sama sahaja lembu yang dijelaskan oleh Allah itu dengan lembu-lembu yang lain. Daripada bahasa yang digunakan, kita boleh tahu bahawa mereka telah mencari tapi mereka tak jumpa. Mereka tak jumpa kerana mereka telah susahkan diri mereka dengan banyak bertanya dan kerana itu kebarangkalian untuk jumpa lembu betina yang memenuhi kriteria yang telah disebut itu amat payah. Padahal, kalau dari mula lagi mereka buat, mereka hanya perlu sembelih mana-mana lembu betina sahaja.

 وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمُهْتَدُونَ

“Dan kami mudah-mudahan dengan izin Allah lepas ini akan terpimpin.”;

Iaitu semoga mereka terpimpin untuk mencari lembu yang benar. Oleh kerana mereka ada tambah perkataan ‘in sha Allah’ inilah yang menyebabkan Allah tolong mereka akhirnya untuk menjumpai lembu betina itu kemudiannya. Kerana lafaz itu telah meredakan kemarahan Allah taala.

Oleh kerana itu, memang kita sentiasa kena gunakan lafaz ‘in sha Allah’ ini. Maknanya kita meletakkan segala qadha dan qadar kepada Allah. Kalau kita kata esok kita akan pergi ke mana-mana, tanpa sebut in sha Allah, itu tidak patut sekali kerana kita tidak pasti samada kita boleh pergi atau tidak. Malangnya, dalam masyarakat kita sekarang, dah jadi lain pula. Kalau ada orang yang kata ‘in sha Allah’, otomatik kita akan sangka yang orang itu sebenarnya tak mahu pergi. Bukankah begitu? Lihatlah bagaimana syaitan telah menukar satu makna yang baik kepada makna yang buruk pula.

Lihat bagaimana mereka sudah bertanyakan tentang ‘hakikat’ lembu betina itu. Macam orang tasauf sekarang, mereka nak tahu ‘hakikat’ Tuhan pula. Macam-macam perkara mereka hendak tahu ‘hakikat’nya. Contohnya, bila dengan Quran, mereka nak tahu ‘hakikat’ Quran itu apa. ‘Alif’ makna apa, ‘Lam’ makna apa, ‘sabdu’ atas Allah makna apa dan sebagainya. Mereka nak mencari ‘hakikat’ belaka. Samalah dengan kaum Yahudi ini yang hendak mengetahui apakah hakikat lembu itu, puak tasauf kita nak tahu hakikat macam-macam pula. Padahal benda itu tak payah tahu pun tidak mengapa. Kita tidak akan dapat untuk mencapai hakikat sebenar sesuatu perkara itu. Sama sahaja antara mereka itu. Tapi orang tasauf itu sangka yang mereka itu dapat ilmu yang lebih dari orang lain. Dan mereka rasa mereka terpimpin lebih dari orang lain. Ini adalah kerana syaitan yang sama yang kempen kepada mereka dan yang kempen kepada orang Yahudi itu.


 

Ayat 71:

2:71

Sahih International

He said, “He says, ‘It is a cow neither trained to plow the earth nor to irrigate the field, one free from fault with no spot upon her.’ ” They said, “Now you have come with the truth.” So they slaughtered her, but they could hardly do it.

Malay

Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ

Lalu Nabi Musa berkata (selepas mendapat wahyu dari Allah): bahawasanya Allah berkata bahawa lembu betina itu tidak pernah diajar untuk membajak tanah;

Lembu itu bukan tidak buat kerja membajak tanah, diajar pun tidak pernah untuk membajak tanah. Ini memang jenis lembu yang duduk sahaja. Tak macam lembu-lembu yang lain.

 وَلَا تَسْقِي الْحَرْثَ

Dan tidak diguna untuk siram tanaman;

Menyiram tanaman pun tidak pernah. Maknanya, lembu ini dibela sahaja. Sebab cantik sangat. Maka, bukan senang nak cari lembu yang jenis ini. Sudahlah lembu yang cantik, tidak diguna untuk buat kerja pula.

مُسَلَّمَةٌ

Sihat tubuh badan dia;

Bukan yang jenis kurus.

 لَا شِيَةَ فِيهَا

Tidak ada jalur;

Maknanya, badan dia tidak ada jalur, tidak ada tanda. Warna kekuningan keseluruhan badannya.

 قَالُوا الْآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ

Mereka berkata: Sekarang ini baru engkau menjelaskan sifat-sifat lembu itu dengan sebenarnya;

Apabila Nabi Musa menjelaskan sifat lembu itu, mereka dah rasa takjub dengan lembu itu dah. Mengikut satu cerita Israiliyat, mereka mengambil masa 40 tahun untuk bertemu dengan lembu itu. Allah telah membiarkan mereka mencari lembu itu dalam masa yang lama. Macam-macam jenis mereka cari, tapi ada sahaja kecacatan pada lembu itu. Akhirnya mereka telah berjaya jumpa lembu itu. Tuan lembu itu pula hanya mahu menjual dengan harga yang mahal. Akhirnya mereka telah membeli lembu itu dengan emas seberat lembu itu. Mereka kena kongsi wang yang banyak untuk membeli lembu itu. Sampai sekarang pun, kalau lembu yang warna kuning ini memang mahal harganya sebab ianya cantik; tapi cerita ini adalah Kisah Israiliyat dan tidak boleh dijadikan sebagai sumber tafsir. Jadi, walaupun kisah ini masyhur dan ada juga dalam kitab-kitab tafsir kita kena tinggalkan juga.

فَذَبَحُوهَا

Maka mereka menyembelih lembu itu;

Akhirnya mereka dapat juga jumpa lembu itu dan mereka sembelih akhirnya lembu itu.

 وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ

Hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan perintah itu;

Mereka hampir tidak dapat menyembelihnya kerana timbul rasa sayang kepada lembu itu. Mereka rasa sayang nak sembelih lembu itu sebab lembu itu cantik sangat. Dan mereka pula memang jenis kaum yang suka puja lembu. Mulanya mereka memang tak nak sembelih tapi kerana mereka telah dipaksa untuk menyembelih lembu itu, barulah mereka nak sembelih.

Maknanya, pengajaran yang kita boleh ambil dari ayat ini, bila sudah diperintah, ikut sahaja. Jangan soal dan tanya banyak. Bangsa Yahudi memang banyak soal. Kita pun ada yang jenis macam itu juga. Macam-macam soalan mereka akan tanya. Soalan yang mereka tanya itu adalah soalan yang tidak perlu mereka tanya sebenarnya. Kalau tanya banyak tapi nak buat, tak mengapa juga, tapi jenis tanya sengajar nak tanya, bukan nak buat pun.

Warna kuning ini memang ada masalah besar. Banyak yang menganggap keramat kalau warna kuning. Nabi pernah berpesan supaya jangan kita memakai pakaian yang berwarna kuning.

Kita pun biasa lihat, ada kubur yang berbalut nisannya dengan warna kuning. Ada keris keramat yang dibalut kuning pun ada. Termasuklah dengan penggunaan pulut kuning dan sebagainya. Ianya adalah tanda kepada pemujaan. Sekarang kita sudah tahu bahawa perkara yang berkenaan dengan kuning itu telah diceritakan di dalam surah Baqarah. Raja-raja selalunya akan menggunakan warna kuning. Tidak kira raja negara mana. Termasuklah yang bukan raja pun, ada yang pakai kuning. Ada manusia yang kalau nak bersalin pun ada kena kain warna kuning juga. Kadang-kadang tu ada pangkat sikit sahaja pun dah mula nak pakai kuning. Ini semua adalah kesan-kesan peninggalan kepada pemujaan dalam masyarakat kita. Walaupun dah masuk Islam, masih lagi tak boleh tinggalkan.

Ada yang rasa susah nak tinggalkan. Sebagai contoh, dah biasa sangat dah makan pulut kuning. Maka, selalu juga kita makan. Tapi seeloknya kita tinggalkan kesan-kesan dari pemujaan ini.

Baqarah 62-71


 

Ayat 72: Ayat ini hendak memberitahu satu lagi perangai buruk Yahudi: dia yang buat silap tapi tuduh orang lain. Dalam ayat ini dikisahkan bagaimana seorang lelaki membunuh lelaki lain, tapi tuduh orang lain pula yang bunuh. Dia buat kesalahan itu adalah kerana mahukan perkara keduniaan dan dia tuduh org lain untuk memecahbelahkan manusia. Inilah satu sifat Yahudi. Kerana mereka tidak ada sifat takut kepada Tuhan tapi sebaliknhya mereka ada sifat tamak kepada dunia. Mereka tamakkan dunia sampai sanggup bunuh orang. Dan untuk melepaskan diri, mereka sanggup tuduh orang. Kalau ianya masih berlaku lagi, tidaklah menghairankan kerana ia memang sifat mereka. Dan kalau ada kalangan kita yang buat begini juga, ini adalah sifat Yahudi dan kita tidak banyak bezanya dengan mereka.

Ayat ini banyak penafsir yang mengaitkannya dengan lembu yang kena sembelih sebelum ini. Tapi sebenarnya tidak kerana kisah itu adalah dari Israiliyat dan kisah Israiliyat tidak boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. Jadi, walaupun ianya adalah kisah yang masyhur, tapi kita kena tinggalkan.

2:72

Sahih International

And [recall] when you slew a man and disputed over it, but Allah was to bring out that which you were concealing.

Malay

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا

Iaitu ketika kamu bunuh satu jiwa

Seorang anak saudara telah membunuh pakciknya kerana mahukan harta pakciknya itu.

 فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا

dan kamu saling tuduh-menuduh;

Mereka berselisih dan tuduh menuduh. Dalam kisah ini hanya seorang sahaja yang membunuh. Dan yang dibunuh adalah seorang sahaja. Tapi ayat ini menggunakan perkataan ‘kamu semua’. Ini adalah kerana ada saksi yang tidak menceritakan hal yang sebenar. Jadi mereka telah bersubabahat dalam hal pembunuhan itu. Sebenarnya, sesiapa sahaja yang terlibat akan bertanggungjawab sekali. Oleh kerana itu Allah menggunakan perkataan ‘kamu semua’.

Seperti yang kita telah sebut, kerana kisah ini datang selepas kisah lembu warna kuning itu, maka banyak penafsir mengaitkan dua cerita ini berasal dari kisah yang sama. Tapi dalam penafsiran kita, kita memberikan makna yang lain.

Begini kisahnya yang selalu diceritakan, termasuk dalam kitab-kitab tafsir pun: Seorang lelaki yang telah tua tidak ada waris. Orang yang jenis ini dinamakan kalalah. Dia pula adalah seorang yang kaya. Dia hanya ada anak saudara lelaki. Anak saudara lelaki itulah sahaja warisnya. Bila dia mati, hartanya akan dapat kepada anak saudara itu. Dan memang dia hendak beri kepada anak saudaranya pun. Tapi anak saudara itu tidak sabar untuk tunggu lelaki itu mati untuk mendapatkan harta itu. Lalu dia bunuh bapa saudaranya kerana dia hendakkan harta itu dengan segera. Untuk mengelakkan dia kena tangkap, dia telah meletakkan mayat itu di kampung orang yang bermusuh dengan bapa saudaranya. Esoknya, apabila mayat bapa saudaranya dijumpai, dia telah menuduh orang di kampung itulah yang membunuh bapa saudaranya. Jadi telah menjadi tuduh menuduh antara mereka. Hampir nak terjadi peperangan disebabkan oleh kes ini.

وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

Dan Allah akan mengeluarkan apa yang kamu semua sembunyikan;

Allah akan menceritakan balik apa yang dia sembunyikan. Allah akan mengeluarkan keputusan tentang perkara yang kamu sembunyi kan itu. Allah akan beritahu.
‘Kamu’ dalam ayat ini adalah anak saudara yang membunuh itu.

Tapi Allah tidak sebut pun siapakah lelaki yang membunuh itu. Maka, ayat ini boleh digunakan sebagai merujuk kepada sesiapa sahaja. Ayat ini hendak kata bahawa Allah akan membuka rahsia sesiapa sahaja yang menyorok maklumat yang kita simpan. Kerana ayat yang digunakan dalam ayat ini adalah dalam ‘present-future tense’ – maknanya, boleh digunakan untuk setiap masa.

Siapakah yang sedang membaca ayat ini semasa ianya diturunkan?

1. Bangsa Yahudi – Allah akan mengeluarkan rahsia tentang kedatangan Nabi yang ada dalam kitab mereka tapi mereka telah sorok.

2. Orang munafik yang menyorok kekafiran mereka.

3. Orang Islam yang mungkin ada niat jahat dalam hati mereka. Itupun Allah akan keluarkan.

Ia juga merujuk kepada kita yang sedang membaca Quran ini sekarang. Jangan ingat kita terlepas.


 

Ayat 73: Banyak tafsir mengaitkan kisah dalam ayat ini dengan kisah lembu betina warna kuning yang disuruh Bani Israil sembelih itu. Mereka kata tafsir ayat di bawah ini adalah: “Maka pukullah mayat ini dengan bahagian lembu yang disembelih itu tadi.” Tapi kalau tafsir sebegini, ada masalah dari segi masa. Kerana hendak menunggu lembu kuning itu dijumpai, mengambil masa 40 tahun. Sedangkan takkan nak tunggu sampai 40 tahun baru nak selesaikan kes itu? Lagi pun, ini adalah kisah Israiliyat yang tidak boleh dijadikan hujah. Kisah Israiliyatlah yang mengaitkan lembu yang disembelih itu dengan kisah lelaki yang membunuh bapa saudaranya ini. Oleh itu, kita kena pisahkan dua kisah ini, kerana ianya tidak kena mengena.

2:73

Sahih International

So, We said, “Strike the slain man with part of it.” Thus does Allah bring the dead to life, and He shows you His signs that you might reason.

Malay

Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.

فَقُلْنَا اضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَا

Pukullah mayat itu dengan bahagian anggota mayat itu;

Contohnya, pukullah mayat itu dengan tangan dia. Inilah pendapat yang kita kena pegang, iaitu kisah dalam ayat ini tidak ada kena mengena dengan kisah lembu betina dalam ayat-ayat sebelum ini. Ia bermaksud pukullah mayat itu dengan anggota mayat itu sendiri, dan bukannya sebahagian dari anggota lembu yang telah disembelih itu.

Maka selepas dibuat begitu, tiba-tiba mayat itu bangun hidup semula. Selepas dia hidup balik itu, dialah yang memberitahu bahawa anak saudaranyalah yang telah membunuhnya dan dia telah mati balik selepas dia cakap begitu. Ini adalah antara mukjizat Nabi Musa.

 

 كَذَٰلِكَ يُحْيِي اللَّهُ الْمَوْتَىٰ

Demikianlah Allah menghidupkan orang yang sudah mati;

Ini adalah satu dalil hujah kepada kita: kalau Allah boleh hidupkan dengan cara begitu, Allah tentu boleh menghidupkan sesiapa yang telah mati. Yang ditunjukkan dalam ayat ini adalah salah satu cara untuk Allah menghidupkan manusia yang telah mati. Bukanlah itu sahaja cara yang ada. Macam-macam cara Allah boleh gunakan untuk menghidupkan yang mati. Allah Maha Berkuasa.

 وَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ

Dan Allah memperlihatkan dalil-dalil tanda kekuasanNya

Begitulah mudahnya Allah hendak menghidupkan semula makhluk yang telah mati. Tidak ada masalah langsung bagi Allah. Maka tidak perlu hairan bagaimana Allah akan menghidupkan semula manusia yang telah mati.

Allah boleh perkara mustahil yang mengatasi segala adat. Zaman Nabi Muhammad pun pernah ada lelaki yang dihidupkan semua.

 لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Mudah-mudahan kamu dapat berfikir;

Iaitu berfikir mengenai hakikat Allah boleh menghidupkan orang yang dah mati.


 

Ayat 74:

2:74

Sahih International

Then your hearts became hardened after that, being like stones or even harder. For indeed, there are stones from which rivers burst forth, and there are some of them that split open and water comes out, and there are some of them that fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do.

Malay

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ

Kemudian tetap keras juga hati-hati kamu;

Segala peristiwa peristiwa yang telah disebutkan dalam ayat-ayat tadi, sepatutnya menakutkan manusia. Tapi tidak begitu yang terjadi kepada puak Yahudi. Sebaliknya hati mereka lebih keras lagi. Allah ceritakan hal ini kepada bangsa Arab Madinah, Wahai bangsa Arab Madinah, dengarlah bagaimana keras kepalanya tok nenek bangsa Yahudi yang sekarang duduk di Madinah itu. Kalau tok nenek mereka berperangai begitu, jangan terkejut kalau anak cucu mereka yang duduk di Madinah waktu itu pun berperangai begitu juga.

Hati yang dimaksudkan dalam ayat ini, adalah iaitu hati-hati orang Yahudi. Mereka tak dapat terima hidayah yang diberi. Yang tak mahu terima itu adalah hati, bukan akal. Kerana akal akan tetap berkembang dari sejak kita kecil dan akan meningkat ke usia tua. Tapi hati itu akan sentiasa berbolak balik. Kadang-kadang hati yang membuat keputusan walaupun akal kita tahu yang ianya adalah salah. Contohnya, orang-orang yang hisap rokok itu tahu yang merokok itu bahaya dan tidak elok tapi mereka masih juga hisap rokok. Itu adalah kerana hati yang mahu.

 مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ

selepas yang demikian;

Selepas mereka melihat semua yang telah disebutkan dalam ayat-ayat sebelum ini, mereka masih tidak percaya dan taat kepada Allah. Mereka masih lagi tidak mahu beriman. Padahal mereka adalah jenis bangsa yang telah diberikan ilmu pengetahuan yang banyak. Dan mereka telah lihat sendiri bagaimana orang yang mati dihidupkan kembali dan macam-macam lagi perkara ajaib yang terjadi kepada mereka. Jadi akal mereka telah terima sebenarnya. Tapi hati mereka yang degil tidak mahu terima juga. Begitulah kadang-kadang dengan manusia: apa yang akal tahu tidak semestinya sampai ke hati.

 فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ

Hati kamu itu umpama batu;

Allah umpamakan hati mereka keras seperti batu.

 أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً

Ataupun lebih keras daripada batu;

Malahan, hati mereka lebih keras lagi daripada batu, sebenarnya. Kerana batu pun tidak sekeras hati mereka. Kerana batu-batu itu ada juga yang berjenis-jenis. Ini akan diterangkan dalam bahagian ayat-ayat yang seterusnya nanti. Ada batu yang boleh keluar sungai dari celahnya, ada batu yang pecah dan keluar air dari dalamnya, dan ada batu yang jatuh kerana takutkan Allah. Batu yang keras pun, boleh jadi begitu, tapi mereka sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang telah diperlihatkan kepada mereka.

Dalam ayat ini, Allah akan beri perumpamaan tentang hati-hati manusia yang berbagai jenis:

 وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ

Ada diantara batu itu mengalir darinya anak-anak sungai;

Ada batu yang boleh mengeluarkan air. Kalau mereka yang selalu berkembara pergi ke kawasan hutan dan berbukit, mereka boleh nampak ada batu yang merekah dan sungai keluar dari batu yang merekah itu.

Allah menyebut hati sebagai ‘batu’ dan manakala ‘air’ pula adalah perumpamaan bagi iman. Ada orang yang ada potensi iman yang kuat di dalamnya. Jadi apabila disampaikan dakwah Islam kepada mereka, senang untuk mereka terima. Mereka ini adalah jenis orang yang memang mencari-cari apakah agama yang sebenar. Hati mereka memang mencari-cari kebenaran. Jadi, apabila mereka diceritakan dengan Islam, mereka dengan mudah terima. Mereka ini adalah orang-orang seperti Saidina Abu Bakr. Mereka yang jenis macam ini, senang sahaja kita nak dakwah kepada mereka. Sebab mereka senang nak terima. Kita cerita sedikit sahaja kelebihan belajar tafsir dan di mana ada kelas pengajian, mereka terus nak datang dan belajar dan terus belajar.

وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ

Dan ada diantara batu itu yang pecah terbelah lalu keluar air daripadanya;

Mungkin kita jarang lihat perkara ini. Tapi ada kawasan hutan di dunia ini yang memang ada batu yang pecah dan air keluar darinya. Air itu adalah air mineral. Tidak dapat dijelaskan dengan akal.

Dan ada orang pula yang susah sikit nak dakwah kepada mereka. Kerana hati mereka ada sedikit keras. Kena ada kerja sikit untuk memecahkan batu itu. Iman dia ada, cuma tertutup dalam hatinya. Dia akan berubah setelah dia dapat terima. Mungkin hasil dari dakwah kita. Atau dari kejadian yang besar padanya yang menyebabkan dia terfikir tentang Islam. Orang yang sebegini kena cari cara untuk dakwah kepada mereka. Kerana lain orang, lain cara untuk mereka boleh terima. Orang yang sebegini adalah seperti Saidina Umar. Dia tidak terus menerima Islam tapi apabila didakwahkan kepadanya, dia boleh terima. Tapi kena ada usaha untuk berdakwah kepada mereka dan adakalanya, susah sedikit. Tapi apabila mereka sudah terima, mereka akan terima selama-lamanya. 

Ayat ini juga sebagai satu isyarat kepada kita untuk menangis kerana Allah. Hati yang keras, langsung tidak menangis kerana Allah. Tapi hati yang lembut, mereka akan senang untuk menangis kerana Allah.

 وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ

Dan ada diantara batu itu yang tergolek jatuh kerana takut kepada Allah;

Dan ada batu yang jatuh bergolek kerana takut kepada Allah. Begitulah, kalau kita duduk di hutan, dan nampak batu tiba-tiba jatuh dari atas, ianya adalah kerana batu-batu itu takut kepada Allah. Sebab tidak nampak apa sebab yang menyebabkan ianya jatuh, tapi ia tiba-tiba jatuh sahaja. Orang-orang yang selalu ke hutan akan tahu perkara ini. Tapi manusia ramai yang tidak takut dengan Allah.

Ada orang yang tahap mereka hanya Islam sahaja. Mereka sudah terima Islam, tapi iman tidak masuk ke dalam hati mereka. Mereka ini adalah orang yang jenis macam orang Badwi semasa zaman Nabi. Mereka adalah orang baik juga, tidak menentang Islam. Tapi keimanan penuh belum masuk ke dalam hati mereka. Sekurang-kurangnya mereka telah terima Islam. Itu adalah langkah pertama.

Ini juga adalah isyarat kepada kita untuk tunjuk sujud kepada Allah kerana takut dan takjub kepadaNya.

Dalam ayat ini, Allah memberi perumpamaan menggunakan subjek air dan batu. Ingatlah bahawa perumpamaan ini diberikan kepada Bani Israil pada zaman Nabi. Dan perumpamaan ini amat sesuai sekali diberikan kepada Bani Israil kerana mereka sudah biasa belajar dalam sejarah mereka tentang tok nenek mereka dahulu pernah minum air yang terpancar dari batu selepas dipukul oleh Nabi Musa. Begitulah, kita apabila memberi contoh, mestilah memberi contoh yang boleh difahami oleh orang yang mendengarnya. Barulah mereka senang faham.

 وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan tidaklah Allah itu lalai dengan apa yang kamu lakukan;

Maksud Allah tidak lupa dan lalai itu adalah, Allah pasti akan balas nanti. Allah tahu apa yang kita telah lakukan dan Allah simpan dalam rekod tentang apa sahaja  yang kita lakukan. Jangan sangka Allah tak perasan dan Allah tidak rekod simpan. Allah pasti akan balas: Samada balas baik dengan diberikan syurga, atau balas dengan diberikan neraka.

Ia juga memberi isyarat kepada kita: kalau hati sudah keras, maka seseorang itu akan menjadi غَافِلٍ (lalai). Iaitu sudah tidak kisah dengan apa yang terjadi di sekelilingnya. Seperti lembu yang tidak kisah dengan apa yang terjadi. Begitulah orang-orang yang keras hatinya dan tidak kisah dengan apa yang terjadi di sekelilingnya.


 

Ayat 75: Sekarang, Allah hendak memberitahu kelemahan-kelemahan golongan Yahudi dalam hal agama. Antaranya, mereka itu belajar kitab Taurat tapi mereka tidak berapa faham. Maknanya, mereka lemah kefahaman dalam ilmu agama.

Selepas ini Allah sebutkan lima perangai buruk mereka. Mereka itulah yang merosakkan agama. Kita sebutkan dahulu jenis-jenis kumpulan dari kalangan Yahudi itu kelemahan dan keburukan itu supaya senang kita ikuti perbincangan selepas ini:
1. Dalam ayat 75 ini, yang dimaksudkan adalah ulama dan ahli ibadat Yahudi.
2. Ayat 76 adalah berkenaan golongan munafik Yahudi.
3. Ayat 78 pula adalah berkenaan orang awam Yahudi.
4. Ayat 79 adalah tentang ulama Yahudi yang mempersendakan agama sendiri.
5. Ayat 80 adalah tentang anak-anak bangsawan dan ulama Yahudi.

2:75

Sahih International

Do you covet [the hope, O believers], that they would believe for you while a party of them used to hear the words of Allah and then distort the Torah after they had understood it while they were knowing?

Malay

(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

أَفَتَطْمَعُونَ

Apakah kamu menaruh harapan besar

Khitab ayat ini adalah kepada para sahabat Nabi. Allah sedang bercakap kepada mereka dalam ayat ini. Allah nak kata: Kamu berharap mereka nak jadi sahabat kamu dan memperjuangkan Islam seperti kamu? Jangan harap. Boleh kamu nak dakwah kepada mereka, tapi jangan harap sangat yang mereka akan ikut kamu. Agama mereka pun mereka tak jaga. Allah beritahu kepada para sahabat supaya mereka jangan anggap golongan Yahudi itu boleh jadi pakar rujuk kepada mereka.

 أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ

mereka akan beriman kepada kamu semua?

Ini adalah sebagai peringatan kepada orang Islam Arab Madinah yang sangka Bani Israil akan senang masuk Islam. Sebab mereka sangka Bani Israil itu dah pernah kitab dan sudah lama beragama, jadi mereka ingat mereka senanglah puak Yahudi itu nak beriman dengan Nabi. Tidak semudah itu. Allah nak bagi para sahabat sedar.

 وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ

sedangkan sesungguhnya ada satu puak di kalangan mereka

Mereka yang dimaksudkan adalah golongan ulama, pembesar dan ahli agama dari kalangan orang Yahudi. Mereka mendengar Kitab Taurat dibacakan. Mereka itu belajar Kitab Taurat.

 يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ

mendengar ayat-ayat Allah;

Mereka dengar Kitab Taurat dibacakan. Tok nenek mereka dahulu dengar sendiri kalam Allah apabila mereka dibawa oleh Nabi Musa naik Bukit Thur. Jadi Allah nak ingatkan kepada orang Islam – engkau ingat mereka nak dengar kata-kata kamu? Kata-kata Allah sendiri mereka tak dengar, apatah lagi kata-kata manusia.

ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ

kemudian mereka mengubah-ubahnya

Mereka berani ubahsuai Kitab Taurat dengan tangan mereka.

 مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ

setelah mereka faham apa yang mereka baca itu;

Mereka ubahsuai kitab Taurat itu setelah mereka faham apakah yang disampaikan dalam kitab itu. Ada manusia yang ubahsuai agama sebelum mereka faham kerana mereka golongan jahil. Tapi ulama-ulama Yahudi ini lagi teruk, kerana mereka ubahsuai Kalam Allah itu setelah mereka faham yang disampaikan oleh Kitab Taurat. Kenapa mereka ubahsuai? Kerana apa yang disampaikan dalam Kitab itu tidak sesuai dengan nafsu mereka.

Ayat ini merujuk kepada tok guru ahli agama dari kalangan puak Yahudi. Mereka ubah Kalam Allah dengan perkataan yang tidak datang daripada Allah. Begitu jugalah yang terjadi zaman sekarang. Ada yang ubahsuai agama setelah mereka memahaminya. Kerana apa yang disampaikan dalam Quran tidak sama sepergi apa yang mereka hendak. Sedangkan Nabi telah menyuruh manusia supaya mengikut apa yang telah diajarnya dan dibawa oleh sahabat-sahabat. Tapi ada pula golongan yang menyatakan bahawa sahabat-sahabat itu yang sesat. Itulah yang dikatakan oleh puak Syiah. Ini hanya sebagai satu contoh. Ada lagi yang lain. Sebagai contoh, dalam Quran, telah jelas melarang bertawasul dengan para wali, para Nabi dan Malaikat. Tapi ada juga golongan agamawan yang tafsir dengan maksud yang lain. Mereka tidak dapat ubah Quran, tapi mereka ubah tafsir Quran itu. Mereka kata maksud ayat itu adalah maksud yang lain.

Ada golongan yang mengubah kerana mereka mendapat imbuhan dengan apa yang ubah itu. Maknanya, mereka sanggup jual agama untuk mendapat upah yang sedikit.

 وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Sedangkan mereka tahu;

Mereka tahu bahawa apa yang mereka buat itu adalah salah. Tapi kerana nak cari makan, mereka akan ubah kepada maksud yang lain. Sebagai contoh, kalau anak murid itu jenis yang suka bertawasul dengan para wali, mereka tak tegur pun. Kerana kalau mereka tegur dan kata ianya salah, tentu anak-anak murid itu tidak setuju dengan mereka dan sudah tidak ajak mereka mengajar lagi. Apabila mereka tidak dapat mengajar, mereka tidak dapat upah mengajar lagi. Padahal mereka tahu bahawa bertawasul dengan para wali yang sudah mati itu adalah salah dan dilarang oleh Allah dalam Quran.

Jadi, walaupun ayat Quran ini adalah berkenaan ulama Yahudi, tapi ianya juga boleh merujuk kepada ulama Islam zaman sekarang.


 

Ayat 76: Ayat ini merujuk kepada Yahudi munafik dizaman Nabi Muhammad

2:76

Sahih International

And when they meet those who believe, they say, “We have believed”; but when they are alone with one another, they say, “Do you talk to them about what Allah has revealed to you so they can argue with you about it before your Lord?” Then will you not reason?

Malay

Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya sebagai hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?”

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman

Mereka yang dimaksudkan adalah golongan Yahudi munafik. Mereka golongan bawahan yang ada berurusan dengan sahabat dalam perniagaan, contohnya. Mereka ada bertemu dan berkomunikasi dengan sahabat-sahabat Nabi. Kalau golongan ulama mereka tak buat macam tu.

 قَالُوا آمَنَّا

mereka berkata: kami beriman;

Mereka kata mereka beriman apabila mereka berjumpa dengan sahabat-sahabat Nabi. Ini kerana apabila mereka berjumpa dengan orang beriman, dan mereka menceritakan tentang apakah yang telah disebut dalam Quran, mereka kata semua itu pun sudah ada dalam Kitab Taurat mereka. Jadi mereka mengiyakan apa yang diceritakan oleh sahabat-sahabat Nabi. Mereka kata, mereka pun beriman sama seperti apa yang disebutkan dalam Quran itu.

وَإِذَا خَلَا بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ

Dan apabila setengah mereka pergi berjumpa dengan setengah yang lain;

Iaitu apabila mereka berjumpa dengan ketua-ketua agama mereka,

 قَالُوا أَتُحَدِّثُونَهُمْ

mereka (ketua-ketua mereka) berkata: Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam)

Apabila golongan munafik Yahudi itu bertemu dengan ulama mereka, ulama mereka itu telah memarahi golongan munafik itu. Kerana kadang-kadang mereka cerita benda-benda yang benar dari Taurat. Sahabat pun kata apa yang mereka sampaikan itu sama dengan apa yang ada dalam Qur’an. Sampai mereka ada beritahu kepada para sahabat yang akan datang Nabi akhir zaman yang akan duduk di Yathtib. Marahlah ulama Yahudi bila mereka tahu yang golongan bawahan itu telah beritahu perkara-perkara itu.

 

 بِمَا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ

dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu;

Iaitu dengan memberitahu tentang apa yang ada di dalam Kitab Taurat yang memang ada menceritakan tentang kedatangan Nabi, kebenaran Nabi, dan sebagainya. Pendita Yahudi memarahi pengikut mereka memberitahu tentang kebenaran tentang Nabi Muhammad yang memang disebut dalam Kitab Taurat.

 لِيُحَاجُّوكُمْ بِهِ عِنْدَ رَبِّكُمْ

yang nanti mereka akan menggunakannya sebagai hujah mengalahkan kamu di sisi Tuhan kamu nanti?

Mereka takut nanti sahabat yang beriman akan guna balik kitab Taurat untuk lawan berdebat dengan mereka. Mereka takut nanti orang-orang Islam akan kata: memang orang Yahudi sendiri telah kata semua benda itu telah ada dalam kitab mereka. Jadi, mereka takut orang Islam akan berhujah begitu untuk menyalahkan mereka. Dan mereka tidak mahu perkara itu akan menjadikan orang-orang beriman akan semakin kuat iman mereka kerana persamaan yang ada dalam kitab-kitab yang terdahulu. 

 أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Apakah kamu tidak boleh berfikir?

Mereka marah pengikut mereka.


 

Ayat 77: Ayat ini adalah sambungan kepada ayat sebelum ini.

2:77

Sahih International

But do they not know that Allah knows what they conceal and what they declare?

Malay

(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?

أَوَلَا يَعْلَمُونَ

Tidakkah mereka mengetahui

Ayat ini menunjukkan kebodohan ulama Yahudi. Ada jumlah yang kena taqdir (tambah) di sini: patutkah ulama-ulama Yahudi itu memberi arahan sedemikian kepada orang bawahan mereka? Apakah arahan yang dimaksud? Iaitu arahan melarang pengikut mereka membocorkan rahsia kebenaran Islam.

 أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ

Sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka rahsiakan 

Lihatlah betapa bodohnya mereka – mereka suruh orang bawahan mereka untuk sorokkan maklumat yang benar kepada sahabat yang beriman. Takkan mereka tak tahu yang Allah tahu apa yang mereka lakukan? Sebenarnya mereka tahu, tapi lama-lama mereka mengharap Allah tak tahu apa yang mereka telah buat. Allah tegaskan dalam ayat ini yang Dia tahu walaupun apa yang mereka cakap dalam hati mereka.

وَمَا يُعْلِنُونَ

dan apa yang mereka nyatakan;

Patutkah mereka buat begitu sedangkan Allah Maha Mengetahui? Dalam ayat sebelum ini, mereka berkata-kata sesama mereka dalam perjumpaan rahsia mereka. Allah tahu samada apa yang mereka zahirkan dengan mulut mereka itu datang dari hati mereka atau tidak.

Mereka tahu Allah tahu, tapi mereka buat juga. Mereka jadi begitu kerana sifat غَافِلٍ mereka yang telah disebutkan sebelum ini. Mereka tahu dengan akal, tapi tidak dengan hati mereka. Mereka ini macam baghal yang bawa kitab yang banyak atas belakangnya, tapi tak faham sikit pun apa yang diceritakan dalam kitab itu.

Ulama zaman sekarang pun sama juga. Iaitu ulama yang mendapat upah. Mereka rahsiakan apa yang ada dalam Quran. Jangan ingat ayat-ayat dalam Surah Baqarah ini tentang orang Yahudi sahaja. Allah kisahkan tentang perbuatan mereka supaya kita tak jadi macam mereka.

Ada orang Islam yang takut nak ceritakan tentang semua ayat-ayat dalam Quran. Mereka simpan ayat-ayat yang mereka rasa ‘kontroversi’. Mereka takut orang-orang akan pandang serong kepada mereka. Padahal itu hanya perasaan mereka sahaja. Tidak ada ayat yang sepatutnya disembunyikan. Seluruh ayat Quran yang Allah turunkan adalah untuk kebaikan semua manusia di dunia – bukan hanya kepada orang Islam sahaja. Tugas kita adalah untuk menyampaikan kepada semua orang – tidak kira Muslim atau kafir. Jangan jadi takut dengan apa yang ada dalam Islam. Islam adalah agama yang benar. Yang jadi takut nak sampaikan itu adalah kerana tak belajar sahaja dan tidak yakin dengan agama Islam. Mereka tak belajar sampaikan mereka tak faham tentang keindahan Quran dan Islam dan akhirnya mereka sendiri sangsi dengan agama mereka sendiri sampaikan mereka tidak yakin untuk sampaikan kepada manusia.

Sebenarnya, banyak orang bukan Islam yang hendak tahu tentang Islam. Jadi kita kena pandai jawap. Kalau tak, mereka takkan faham dan mereka akan jadi salah faham tentang Islam. Memang ada orang yang ada perasaan jahat dalam hati mereka, dan mereka tanya bukan hendak tahu tapi hendak mencari salah. Tapi walau pun begitu, kita masih juga kena jawap. Kerana kita tak boleh simpan kebenaran. Berusahalah belajar supaya kita faham dan kita dapat menyebarkan Islam dengan benar, dengan yakin dan tidak sangsi dengan agama sendiri.


 

Ayat 78: Ini pula tentang orang awam Yahudi yang kebanyakannya jahil dengan agama mereka sendiri.

2:78

Malay

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang ‘buta huruf’, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ

Dan diantara mereka itu adalah mereka yang buta huruf;

Ummiy itu asalnya adalah dari makna ‘ibu’. Apabila dikatakan seseorang itu ‘ummiy‘, ia bermaksud orang itu tidak tahu apa-apa, sama seperti dia baru keluar dari perut ibunya. Oleh itu, ia juga digunakan untuk mengatakan seseorang itu buta huruf tidak tahu membaca. Sebab apabila kita keluar dari perut ibu kita, kita pun tidak tahu membaca.

Maksudnya mereka yang tidak tahu apa-apa tentang isi kandungan Kitab Taurat mereka. Mereka itu adalah orang-orang dari kalangan puak Yahudi. Mereka itu buta huruf dan tidak belajar Kitab Taurat. ‘Ummiyyun’ juga digunakan kepada sahabat Nabi. Tapi para sahabat cuma tak tahu menulis dan membaca sahaja, tapi mereka belajar agama dan faham Quran. Tapi puak Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah jenis yang tidak belajar kitab. Tidak tahu isi kitab Taurat mereka sendiri.

 

 لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ

mereka tidak mengetahui tentang kitab;

Mereka tidak tahu tafsir kitab Taurat. Dan kebanyakan orang Islam pun begitu juga, tidak tahu tafsir Quran. Majoriti masyarakat Islam hari ini tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Quran. Mereka sangka mereka dah Islam dah sebab mereka solat, puasa, pakai tudung kepala dan sebagainya. Tapi sebenarnya mereka tidak faham agama pun.

 إِلَّا أَمَانِيَّ

melainkan cerita-cerita dongeng yang tiada bukti;

Melainkan mereka hanya tahu khayalan-khayalan tahyul yang disampaikan oleh ulama mereka sahaja. Kerana mereka bodoh dan tidak belajar, senang sahaja mereka kena tipu oleh ulama mereka. Sama jgan macam orang kita yang jahil. Ramai dari masyarakat kita yang ikut tarekat sebab nak cepat naik maqam dalam agama. Mereka ada guru-guru mereka tapi yang mereka tidak tahu adalah, apa yang disampaikan oleh guru mereka itu adalah ilmu khayalan sahaja. Tahyul sahaja apa yang disampaikan oleh guru mereka itu. Dalam Qur’an ianya dipanggil ‘angan-angan kosong nak dapat syurga’. Belajar agama dan tafsir Quran tak mahu, tapi berangan nak masuk syurga. Mereka sangka mereka boleh dapat kedudukan tinggi dalam syurga hanya berbekalkan zikir-zikir wirid karut mereka itu.

Ibn Abbas menafsirkan ayat ini dengan mengatakan maksudnya: Bani Israil itu hanya membaca dan menghafal sahaja kitab Taurat itu tanpa memahaminya. Ini samalah dengan masyarakat Islam kita hari ini. Ada yang hari-hari boleh baca Quran tapi mereka tak faham ajaran di dalamnya. Ada yang belajar bertahun-tahun hafal Quran, tapi tak tahu apakah makna Quran yang hendak Allah sampaikan. Mereka itu tidak ubah macam burung Kakak Tua, hanya tahu cakap sahaja, tapi tidak tahu apa yang dicakapkan. Jadi, kalau kita pun begitu juga, kita dah jadi macam orang Yahudi yang jahil itu.

وَإِنْ هُمْ

Dan sesungguhnya mereka;

Iaitu orang-orang Yahudi yang buta huruf dan jahil itu tadi,

 إِلَّا يَظُنُّونَ

tidak lain dan tidak bukan, mereka hanya agak-agak sahaja;

Kita tidak boleh agak-agak apakah yang Allah suka dan tak suka kita lakukan. Kita hendaklah melihat apakah dalil dan nas yang ada dalam sumber-sumber agama kita – nas itu adalah Quran dan Sunnah. Tapi yang menyedihkan, banyak dari kalangan orang Islam kita tiada membawakan bukti apabila mereka mengatakan sesuatu tentang agama. Hujah-hujah mereka kebanyakannya adalah selain dari wahyu. Dan kalau mereka menyampaikan hujah dari Quran dan Hadith, ianya amat berlainan dari pemahaman yang sebenar. Ini kerana mereka tidak belajar faham Quran dan Hadith seperti yang difahami oleh para sahabat dan golongan salaf.

Sama sahaja apa yang dikatakan tentang puak Yahudi dalam ayat ini dengan umat Islam zaman sekarang. Mereka agak-agak sahaja tentang hal agama. Contohnya, mereka akan kata: “takkan Allah tak beri pahala kalau kita buat ibadat ini kalau kita ikhlas, walaupun Nabi tak pernah buat pun?”. Ini adalah kerana mereka tidak tahu agama dengan jelas. Mereka jahil tentang agama, oleh kerana itu mereka agak-agak sahaja.

Yang jadi masalahnya adalah mereka sangka mereka tahu. Padahal mereka tak tahu agama. Masalah yang paling besar adalah apabila orang bodoh tidak tahu yang mereka bodoh. Kalau mereka tahu mereka bodoh, kita boleh ajar mereka lagi dan mereka akan terima kerana mereka tahu mereka tak tahu. Tapi kalau mereka sangka mereka dah tahu, bila kita nak ajar, mereka tak mahu terima. Ini dipanggil Jahil Murakkab – orang yang bodoh tapi tak tahu mereka bodoh!


 

Ayat 79: Ayat ini adalah berkenaan dengan Pendita Yahudi yang mempersendakan ugamanya sendiri.

2:79

Sahih International

So woe to those who write the “scripture” with their own hands, then say, “This is from Allah ,” in order to exchange it for a small price. Woe to them for what their hands have written and woe to them for what they earn.

Malay

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ

Dan celaka besarlah bagi orang-orang;

Iaitu pendita-pendita Yahudi

 يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ

yang menulis kitab dengan tangan mereka sendiri;

Mereka menulis tafsir Kitab Taurat. Atau mereka menulis kitab-kitab agama. Ulama kita pun ada yang buat macam ini. Menulis tentang cerita-cerita dari ayat-ayat Quran atau kitab-kitab tentang agama. Iaitu mereka menulis maklumat yang salah dari akidah dan kefahaman Islam;

Ulama Yahudi telah menukar kitab mereka. Memang tukar betul. Mereka boleh buat kerana Taurat bukan macam Quran. Tidak ada jaminan yang Taurat tidak boleh ditukar. Dan orang awam mereka memang tidak dapat melihat keseluruhan Kitab Taurat kerana ianya disimpan oleh pendita mereka. Pendita mereka hanya akan tunjukkan sebahagian sahaja. Tapi Allah telah jamin Quran tak boleh ditukar. Tapi walaupun kita tak tukar perkataan yang dalam Quran, tapi ada ulama yang menukar maksud hukum-hukum dalam Quran. Mereka telah terjemah hukum-hukum dalam Quran ikut agenda mereka.

Mereka ubah hukum yang Allah telah jelaskan dalam Quran dengan hukum yang lain. Sebab mereka kata hukum dalam Quran itu ketat sangat.

 ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

Kemudian mereka berkata, “Ini adalah dari Allah”;

Mereka kata bahawa apa yang mereka buat itu adalah dari Allah. Atau mereka kata itu adalah sebahagian dari agama, padahal ianya tidak berpandukan nas yang sahih. Sebagai contoh, ada kitab yang mengajar amalan-amalan wirid. Macam-macam jenis wirid yang mereka reka dan mereka kata ianya dari Allah atau mereka kata ianya adalah baik. Mereka kata kalau amalkan begitu begini akan dapat pahala begitu begini. Mereka tidak membawa dalil pun sebagai hujah mereka. Banyak buku-buku amalan itu boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai yang bersepah. Sesiapa sahaja boleh beli dan mereka memang sangka ianya adalah amalan yang baik. Padahal, ianya adalah amalan yang salah. Ada dari amalan-amalan itu yang mensyirikkan Allah pun ada.

Mereka yang buat buku-buku itu adalah kerana nak mendapatkan duit. Padahal sebenarnya kalau mereka menceritakan tentang amalan-amalan ibadat, mereka kena bawa dalil hadis, sumber dari mana datangnya amalan itu. Kena beritahu juga nama Kitab Hadis yang mana dia ambil. Supaya senang kita nak periksa benar atau tidak. Sebab ada sekarang yang senang-senang sahaja kata ianya dari kitab Bukhari dan sebagainya, tapi bila diperiksa, tidak ada pun. Dan kalau nak ambil dari kitab, kena ambil dari kitab yang muktabar. Tapi yang mereka bawa sumber adalah dari kitab yang bukan dari kitab yang muktabar yang tidak boleh dipertanggungjawabkan. Ketahuilah bukan semua kitab karangan manusia boleh dipercayai. Memang kita kena berhati-hati dalam perkara ini.

Hadis-hadis yang di dalam kitab-kitab Hadis tidaklah sama antara mereka. Ada yang sahih dan ada yang tidak. Mana-mana hadis yang sahih telah dimasukkan di dalam dua Kitab Hadis yang utama (Bukhari dan Muslim). Yang selain dari itu, kena diperiksa samada hadis itu adalah betul ataupun tidak. Banyak sekali hadis yang dhaif dan palsu. Antara hadis yang palsu adalah hadis tentang ‘Nur Muhammad’. Fahaman ini banyak di kalangan masyarakat kita, terutama golongan tarekat, iaitu mereka percaya bahawa segala kejadian alam ini adalah dari Nur Muhammad. Sumber mereka adalah hadis palsu. Inilah juga yang dimaksudkan dalam ayat Quran ini, iaitu mereka memalsukan hadis dan mengatakan ianya adalah dari Allah.

Maka, berhati-hatilah dengan amalan-amalan yang tidak diambil dari amalan yang sahih dari Nabi Muhammad. Ada amalan yang mengandungi elemen syirik. Sia-sia sahaja kita amalkan. Bukan memberi pahala kepada kita, tapi memasukkan kita ke dalamn neraka pula. Contohnya, amalan selawat Syifa’. Amalan itu bukan dari Nabi. Dan dari lafaz Selawat Syifa’ itu, meletakkan kuasa menyembuh kepada Nabi.

Padahal cara selawat telah diajar dalam kitab-kitab Hadis. Bukan itu sahaja, sebenarnya dalam selawat-selawat yang diajar Nabi itu, tidak ada perkataan ‘Sayyidina’ sebelum nama Nabi Muhammad. Tidak pernah ada dalam kitab-kitab Hadis yang muktabar yang menggunakan lafaz ‘sayyidina’ sedemikian. Perkataan ‘Sayyidina’ itu maknanya adalah ‘penghulu’. Panggilan itu tidak sesuai digunakan kepada Nabi Muhammad. Bayangkan kalau sultan melawat rumah kita, kita panggil dia dengan gelaran ‘penghulu’. Itu pun sudah tidak sesuai dah. Tapi kita meletakkan gelaran yang tidak sesuai itu kepada Nabi kita sendiri. Padahal gelaran yang diberi Allah didalam Quran kepada Nabi adalah ‘Nabi’ dan ‘Rasul’ sahaja.

Kenapa mereka menulis kitab yang tidak benar dan mengatakan pula ianya adalah dari Allah?

 لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا

Supaya mereka dapat tukar yang mereka tulis itu dengan upah yang sedikit;

Mereka jual benda yang salah itu untuk mendapat upah dan habuan keduniaan. Juga mereka mahukan pengaruh dan jadi tersohor. Dan ini adalah mudah kerana pengikut-pengikut yang jahil memang nakkan perkara yang mudah sahaja.

Pendita Yahudi dulu memang tukar Taurat untuk ubah fatwa agama mereka. Supaya mereka mendapat bayaran.

 فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ

Maka celaka besarlah bagi mereka daripada apa yang mereka tulis dengan tangan-tangan mereka;

Ini adalah celaka yang kedua.

 وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ

Dan celakalah bagi mereka dari hasil yang mereka dapat;

Iaitu mereka menggunakan apa yang mereka tulis itu untuk dapat upah. Dan kemudian mereka mengajar pula untuk mendapat rezeki. Dan rezeki yang mereka dapat itu adalah haram. Ianya lebih haram lagi daripada riba. Dalam Quran, ianya dipanggil ‘suhtun’.

Ada yang tak berani nak cakap perkara yang benar semasa mengajar. Sebab takut nanti mereka tidak dipanggil mengajar lagi di masjid itu. Maka mereka sembunyikan. Ini adalah kerana mereka takut periuk nasi mereka terganggu. Ini juga adalah salah.


 

Ayat 80: Ini adalah kata-kata anak-anak orang Pendita, ulama atau pembesar golongan Yahudi.

Kita kena tahu yang golongan banyak Nabi dari kalangan bani Israil. Selain dari Nabi, tentulah ramai tok guru dari kalangan mereka. Maknanya, mereka adalah keturunan Nabi dan orang alim yang banyak. Ini adalah suasana dalam masyarakat mereka. Kerana mereka banyak Rasul, Nabi dan ulama, mereka rasa mereka manusia terpilih. Ini adalah tentang anak-anak mereka dan mereka yang ada sangkut paut dengan golongan ulama mereka.

2:80

Sahih International

And they say, “Never will the Fire touch us, except for a few days.” Say, “Have you taken a covenant with Allah ? For Allah will never break His covenant. Or do you say about Allah that which you do not know?”

Malay

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”

وَقَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ

Mereka berkata: “Kami tidak akan sekali-kali disentuh oleh api neraka”;

Mereka sangka kerana mereka dari golongan orang yang baik-baik, maka mereka akan terselamat dari api neraka. Mereka perasan sahaja.

Orang Islam pun dah rasa macam ini. Mereka sangka kalau mereka anak ustaz, anak tok imam, anak guru tarekat, mereka dah selamat. Mereka juga sangka yang apabila mereka dah solat, dah puasa, baca Quran, tak minum arak dan makan babi, mereka dah selamat dah. Mereka ingat sebab mereka ada sedekah sedikit duit kepada masjid atau kepada orang miskin, mereka dah selamat. Sebab mereka tak belajar isi kandungan Quran, maka mereka tak tahu berapa banyak lagi kesalahan yang mereka telah lakukan. Ini semua hasil dari tidak belajar kandungan Quran.

 إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَةً

“melainkan hanya beberapa hari sahaja”;

Iaitu mereka kata mereka kalau mereka kena masuk neraka pun, ianya sekejap sahaja, dan ada yang kata selama 40 hari sahaja, iaitu selama Nabi Musa naik ke Bukit Thursina. Di kalangan kita pun ada juga yang berfikiran macam ini. Ada yang berbangga dan merasa selamat kerana mereka keturunan yang baik-baik dari kalangan ahli agama. Mereka rasa mereka tidak akan masuk neraka. Masyarakat kita sekarang dah jadi seperti masyarakat Yahudi yang diceritakan dalam ayat ini dah. Mereka merasa selamat dari api neraka hanya kerana mereka ada sangkut paut dengan ahli agama.

Orang Islam pun ada yang kata, “akhirnya kita akan masuk syurga juga”. Mereka macam tak kenal neraka. Mereka ingat senang sahaja kalau masuk neraka sekejap. Padahal, neraka itu tidak dapat dibayangkan azab didalamnya. Kalau tak masuk tapi kena angin neraka sahaja sudah tak tahan dah. Sila rujuk Anbiya:46. Adakah mereka rasa mereka kuat untuk menahan azab neraka walaupun hanya sesaat sahaja di dalamnya? Ini semua adalah kerana mereka tak belajar apakah yang Allah telah sebut tentang neraka di dalam Quran. Kerana mereka tak belajar Quran. Mereka baca Quran, tapi mereka baca sahaja, tapi memahami azab neraka.

قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدًا

Kata kepada mereka: “Adakah kamu ambil perjanjian yang kukuh dengan Allah?”

Ada tak kamu buat perjanjian dengan Allah yang kamu takkan masuk neraka, atau kamu hanya masuk neraka sekejap sahaja? Kalau ada, kena berikan bukti dan dalil.

Sebenarnya kita tak akan tahu adakah kita akan masuk syurga atau neraka. Kita takkan tahu adakah kita akan duduk lama atau tidak dalam neraka kalau kita masuk neraka. Semoga Allah selamatkan kita dari neraka.

Allah suruh Nabi yang cakap (قُلْ) dengan mereka yang berpandangan salah ini kerana Allah marah sangat dengan mereka. Allah tak nak bercakap dengan mereka terus. Allah wakilkan Nabi sahaja untuk cakapkan. Allah juga ajar baginda bagaimana untuk berhujah dengan mereka-mereka itu.

 فَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ عَهْدَهُ

Allah tidak akan mungkin mungkir dengan janjiNya;

Tidak sekali-kali Allah akan mungkir janjiNya. Kalau kamu memang ada surat perjanjian dengan Allah, Allah takkan mungkir janji itu. Tapi malangnya, tidak ada perjanjian sebegini antara manusia dan Allah. Tidak ada orang yang Allah kata Dia akan selamatkan orang itu hanya kerana dia keturunan orang yang baik-baik. Kepada Fatimah sendiri Nabi kata baginda tak dapat tolong. Apakah lagi kita.

 أَمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Atau kamu mengatakan terhadap Allah perkara yang kamu sendiri tidak tahu.

Atau kamu memandai sahaja?

Ini adalah satu contoh sangkaan-sangkaan yang manusia buat seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini. Apabila tak faham agama, mereka akan buat sangkaan-sangkaan.


 

Ayat 81: Ayat sebelum ini disebut tentang sangkaan salah mereka. Sekarang Allah hendak memberitahu perkara yang sebenar. Iaitu menidakkan sangkaan mereka yang salah itu. Ini adalah ayat Takhwif – menakutkan.

2:81

Sahih International

Yes, whoever earns evil and his sin has encompassed him – those are the companions of the Fire; they will abide therein eternally.

Malay

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

بَلَىٰ مَنْ كَسَبَ سَيِّئَةً

Bahkan sebenarnya sesiapa yang melakukan dosa kejahatan;

Dosa kejahatan di sini adalah syirik kepada Allah.

Perkataan سَيِّئَةً juga bermaksud ‘dosa besar’. Ada orang yang terus melakukan satu dosa besar. Yang lain dia tak buat. Contohnya dia seorang peminum arak. Dia tak buat dosa lain. Tapi bahagian minum arak itu, dia tidak boleh tinggalkan. Dia ingat sebab dia tak buat dosa lain, dan sebab dia ada buat amalan baik yang lain, pahala itu semua dapat menampung kesalahannya itu. Tapi tidak begitu.

وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ

dan dosa itu meliputinya sehingga dia mati;

Mereka kekal dalam amalan syirik mereka itu sampai mereka mati. Dosa itu meliputinya kerana dia tidak bertaubat. Tak sempat nak bertaubat sebelum mereka mati. Yang takutnya, sampai mati mereka tak tahu bahawa apa yang mereka lakukan selama di dunia itu adalah syirik tapi mereka tak tahu. Kalau tak tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah syirik, macam mana mereka nak bertaubat? Mereka tak tahu itu pula adalah kerana mereka tidak belajar.

Atau jika seseorang itu kekal melakukan satu sahaja atau lebih dosa besar, seperti minum arak, berzina dan sebagainya itu sampai dia tidak boleh berhenti. Itulah maknanya ‘meliputinya’.

Yang membahayakan lagi, jikalau seseorang itu sudah biasa buat satu dosa besar, dia dah tak rasa bersalah sangat bila buat dosa. Maka, dia lama kelamaan akan buat dosa yang lain pula.

 فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ

Maka orang-orang yang bersifat seperti itu adalah pemilik sebenar neraka;

Orang Islam yang tidak buat syirik tapi ada buat dosa, mereka akan masuk neraka juga, tapi mereka tidak kekal dalam neraka. Akhirnya mereka akan keluar dari neraka dan masuk dalam syurga.

 هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Mereka itu kekal di dalamnya;

Mereka takkan keluar-keluar langsung, sampai bila-bila. Allah nak tekankan sebab dalam ayat sebelum ini, mereka ingat mereka akan masuk sekejap sahaja dalam neraka.

Allah nak beritahu, tidak kira kamu anak siapa, keturunan siapa pun, tidak kira siapa yang kamu berhubungan semasa kamu di dunia, kalau kamu buat dosa syirik, kamu akan kekal dalam neraka.


 

Ayat 82: Selepas diberikan dengan ayat Takhwif dalam ayat sebelum ini, Allah sekarang memberikan ayat Tabshir (menggembirakan) pula.

2:82

Sahih International

But they who believe and do righteous deeds – those are the companions of Paradise; they will abide therein eternally.

Malay

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

وَالَّذِينَ آمَنُوا

Dan orang-orang yang beriman sempurna;

Iaitu mereka yang tidak buat syirik.

Dan mereka yang mengamalkan sesuatu ibadat itu dengan ikhlas, kerana Allah. Bukan sebab dipaksa, bukan sebab nak menunjuk kepada manusia lain. Bukan kerana mahukan upah atau kedudukan tinggi dalam masyarakat.

Ayat ini hendak membandingkan dengan mereka-mereka yang disebut dalam ayat sebelum ayat ini. Allah menceritakan tentang apakah yang Allah mahu.

 وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

dan buat amal soleh;

Kita kena tahu yang amalan soleh adalah amalan sepertimana yang Nabi ajar. Orang-orang yang beriman tidak beramal sepatutnya tidak beramal dengan mana-mana ibadat tanpa memastikan dahulu bahawa amalan itu ada dalil yang sahih. Selagi dia tidak jumpa dalil, dia tidak akan amal. Sesiapa yang buat amal bukan dari amalan Nabi, amalan itu ditolak. Itu adalah dinamakan ‘bidaah’.

Tidak cukup kalau kita buat sesuatu amalan itu dengan mengharap pahala hanya kerana ‘ikhlas’. Ada orang yang kata, Allah akan beri juga pahala kalau kita buat amalan itu secara ikhlas. Tapi dalam ayat ini, seperti juga banyak ayat-ayat yang lain, memberi isyarat bahawa sesuatu amalan itu mestilah berdasarkan dalil yang sahih dari Nabi. Barulah amalan itu dipanggil ‘amalan yang soleh’.

 أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ

Orang-orang yang bersifat seperti itu, adalah pemilik syurga;

 هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Mereka itu kekal di dalamnya.

Ini barulah kekal dalam syurga. Kalau orang sebelum ayat ini, mereka kekal dalam neraka.

Ayat ini memberikan susunan cara untuk masuk ke dalam syurga.

1. Beriman dengan Allah dan perkara-perkara yang perlu diimani seperti malaikat, Rasul dan sebagainya.

2. Orang yang beriman, akan berusaha untuk mengamalkan amalan yang soleh yang diambil dari dalil yang sahih.

3. Barulah dapat kekal dalam syurga.

Langkah pertama dan kedua adalah penting. Kalau tidak ada salah satu, maka kita tidak akan dapat masuk ke syurga. Malangnya, berapa ramai di kalangan orang Islam yang beramal dengan amalan yang bidaah, bukan amalan yang soleh.

Baqarah 72-82


 

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan: 

Ustaz Rosman

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tafsir Surah Baqarah Ayat 67 – 82

  1. nak tanya boleh? guna tafsir apa? fi zilalil quran ke…

    • tafsirsunnah says:

      Tafsir ini diambil dari pemahaman dari kitab-kitab tafsir yang muktabar. Lebih kurang 20 kitab semua sekali.
      terima kasih. Semoga dapat memberi pemahaman kepada saudari. Kalau ada persoalan, boleh ditanyakan di blog ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s