Tafsir Surah Baqarah Ayat 6 – 22 (Golongan Munafik)

Ayat 6: Golongan yang Allah murka. Dalam dua ayat ini diberikan sifat mereka yang dimurkai seperti dalam ayat Fatihah. Jadi, ayat ini ditujukan kepada orang Yahudi dan Munafik

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا سَواءٌ عَلَيهِم أَأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم لا يُؤمِنونَ

Sahih International

Indeed, those who disbelieve – it is all the same for them whether you warn them or do not warn them – they will not believe.

Malay

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

 

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا

Sesungguhnya orang-orang yang kafir engkar;

Kenapa dipakai gelaran ‘kafir’ kepada mereka? Kerana dalam hati mereka ada sifat tolak kebenaran. ‘Kufur’ adalah satu perkataan yang umum. Banyak jenis kufur sebenarnya. Ada yang Syirik, ada yang tolak Nabi, ada yang tolak Qur’an walaupun satu ayat. Sebagai contoh, ada yang tolak hudud, ada yang tolak hukum faraid dan sebagainya. Ada yang jadi kufur dengan perbuatan mereka, sebagai contoh, mereka sujud kepada selain Allah, campak Qur’an kerana hendak menghina Qur’an dan sebagainya.

Jadi ada banyak cara untuk jadi kafir. Kafir dalam ayat ini adalah sengaja menutup kebenaran kerana degil. Sudah tahu yang Qur’an itu benar, tapi masih tolak juga. Mereka akan dihumbankan ke dalam neraka jahannam selama-lamanya. Kedegilan inilah yang menyebabkan kekafiran Yahudi dan Musyrikin Mekah kerana mereka tahu kebenaran tapi tolak kerana degil.

Itulah mereka yang sengaja menutup kebenaran kerana degil dalam hati mereka. Ini adalah orang-orang yang menolak ajakan dakwah Islam sampai kepada Peringkat keempat. Iaitu hati mereka telah dikunci mati. Mulanya peringkat pertama, hati mereka ragu-ragu telah Allah – itu adalah sifat orang munafik dah. Peringkat Kedua: mereka lawan dengan hati – tidak mahu terima dakwah Islam. Peringkat Ketiga: mereka lawan berdepan. Bila ayat Quran dibaca, dia faham, tapi tidak mahu terima. Ada yang kerana sayang kepada tok guru lagi daripada ayat Quran. Ini dinamakan ‘Syirik Tok Guru’.

Peringkat Keempat: Apabila seseorang itu terus melawan, Allah akan mengunci mati hatinya dari terima kebenaran.

 

سَواءٌ عَلَيهِم أَأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم

sama sahaja keatas mereka, sama ada kamu beri ancaman kepada mereka, atau kamu tidak beri ancaman kepada mereka

Dalam menjalankan kerja dakwah, kita kena sampaikan kepada semua orang, tanpa memilih bulu, tidak kira samada mereka itu sahabat kita, ahli keluarga kita, samada orang kafir atau tidak.

 

 لَا يُؤْمِنُونَ

Mereka tidak beriman

Sama sahaja kalau beri peringatan atau tidak, kerana degil, mereka tidak akan beriman. Kerana orang degil tidak akan beriman.

Kita kena faham maksud ayat ini. Kalau kita salah faham, kita akan sangka bahawa tidak ada gunanya lagi berdakwah kepada orang kafir. Sebab kita mungkin kata kalau kita beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan terima dakwah kita. Bukan begitu.

– pertamanya, siapa boleh tahu yang mereka itu jenis degil? Siapa yang boleh kata seseorang itu jenis kufur degil? Kita tidak boleh tahu kerana ianya adalah perkara dalam hati. Kalau kita agak sendiri, itu tidak tepat. Dan Allah pun tidak ada beri tanda mereka untuk kita kenal mereka. Maka kita kena dakwah kepada mereka.
– keduanya, mereka sahaja yang tidak akan berubah, bukan kita yang pergi dakwah Qur’an kepada mereka. Kerana dalam ayat ini, Allah kata ‘ke atas mereka’. Mereka sahaja yang tak dapat faedah dengan dakwah itu, tapi setiap kali kita pergi dakwah kepada mereka, kita akan dapat faedah. Untuk dapat kekuatan iman, kita kena sampaikan kepada orang lain. Lihatlah kisah Nabi Musa. Bukankah Allah suruh Nabi Musa dakwah kepada Firaun? Padahal Allah tahu yang Firaun tidak akan beriman sampai bila-bila, jadi kenapa suruh juga dakwah kepada Firaun? Allah suruh juga Nabi Musa pergi berdakwah kepada Firaun, kerana Nabi Musa akan meningkat imannya setiap kali baginda jumpa dan dakwah kepada Firaun.

Lagi satu, kita kena faham yang kafir yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang yang telah didakwah berkali-kali tapi mereka masih lagi tidak terima. Sampai kepada peringkat mereka lawan kita balik. Bayangkan orang Musyrikin Quraish itu didakwah sendiri oleh manusia yang paling mulia – Nabi Muhammad. Tentulah cara dakwah Nabi adalah yang paling baik. Tapi walaupun begitu, mereka masih tidak terima. Malah mereka menentang dan cuba untuk membunuh Nabi. Bertahun-tahun Nabi Muhammad berdakwah kepada mereka tapi mereka masih tidak terima. Allah telah kunci mati hati mereka dari menerima ajaran Islam.

Ayat ini bukan hanya merujuk kepada Musyrikin Mekah pada zaman Nabi. Kalau zaman sekarang, kalau kita dakwah kepada manusia dan ajak mereka kembali kepada Quran dan sunnah, dan mereka engkar untuk terima, sampai kepada peringkat mereka lawan kita, maka mereka juga termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini. Iaitu mereka yang telah diberikan dengan dalil-dalil dari Quran dan Hadis Nabi, tapi mereka masih lagi tolak. Cara tolak mereka itu bermacam-macam. Tapi pada dasarnya, mereka tolak ayat-ayat Allah dan hadis Nabi.


Ayat 7: Kenapa mereka takkan beriman? Kerana mereka berada pada kesesatan tahap keempat.

خَتَمَ اللَّهُ عَلىٰ قُلوبِهِم وَعَلىٰ سَمعِهِم ۖ وَعَلىٰ أَبصارِهِم غِشاوَةٌ ۖ وَلَهُم عَذابٌ عَظيمٌ

Sahih International

Allah has set a seal upon their hearts and upon their hearing, and over their vision is a veil. And for them is a great punishment.

Malay

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

 

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ

Maka Allah kunci mati hati-hati mereka

Kalau tahap 1 sampai 3, masih ada harapan lagi. Tapi kalau dah tahap 4, setelah hati telah dikunci mati, tidak ada harapan kepada mereka. Ini dinamakan Khatmul Qalbi. Ini terjadi apabila mereka banyak sangat menolak ayat-ayat Qur’an.

4 peringkat hati rosak

 

 وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ

dan ke atas pendengaran mereka;

Yang dikunci itu bukan telinga, tapi pendengaran mereka. Mereka dengar, tapi tak faham apa yang kita sampaikan. Macam kita panggil lembu. Lembu itu dengar suara kita, tapi dia tak faham yang kita sedang panggil dia.

 

 وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ

dan ke atas penglihatan  mereka.

Bukan mata yang dikunci tapi pemahaman. Macam lembu tengok kita, tapi mereka tidak mengerti apa-apa. Musyrikin Mekah boleh lihat bagaimana mulianya akhlak Nabi, tapi mereka tidak dapat terima dakwah Nabi.

 

غِشَاوَةٌ

ada penutup.

Penutup itu adalah dalam bentuk rohani sahaja, bukanlah ada penutup yang betul.

 

 وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan bagi mereka azab yang agung.

Balasan kepada mereka adalah mereka akan kekal di dalam neraka selama-lamanya.

Baqarah 6-7


Ayat 8: Tafsir bagi ayat dalam surah Fatihah – waladdooleen (orang-orang yang sesat). Ianya adalah berkenaan golongan Munafik. Dalam ayat ke 8 hingga ayat ke 16 adalah tentang orang Munafik. Ingat bahawa orang munafik ini solat sama dengan Nabi. Mereka tak tinggal solat berjemaah bersama Nabi, kecuali solat Subuh dan Isya’. Jihad pun kadang-kadang mereka pergi, zakat pun kadang-kadang mereka bayar. Mereka bersama Nabi dan para sahabat yang lain, tapi mereka tidak beriman sebenarnya. Tapi Allah masih lagi kata mereka kafir kerana mereka jahil dan mereka tidak menepati kehendak Islam dan kerana mereka itu ‘jahil akidah’. Jahil akidah ini adalah amat bahaya sekali. Masyarakat kita pun ramai yang jahil akidah dan mereka dikira sudah berada atas pagar munafik. Jadi kalau mereka duduk bersama dengan kita, solat dengan kita, belum tentu mereka selamat lagi.

Ubatnya adalah belajar Quran dari awal hingga akhir. Kita kena ajar mereka kerana takut mereka mati dalam ‘kufur jahil’. Iaitu mereka tidak tahu benda yang mereka wajib tahu dan yang wajib mereka tolak. Kita takut tanpa sedar mereka munafik. Bukan mereka sahaja, tapi kita pun takut diri kita pun tergolong dalam golongan munafik juga.

Oleh itu, kena ajak mereka datang belajar tafsir Quran dan kita sendiri kena habis belajar tafsir Quran. Kalau sudah belajar tafsir Quran, mereka sendiri akan sedar yang apa yang mereka dulu buat adalah perkara yang salah.

Banyak maklumat tentang sifat munafik yang Allah sebut sebab ramai yang punah kerana jahil dalam agama.

Orang munafik itu, pada zahirnya mereka nampak Islam, tapi batinnya mereka kufur. Mereka itu bukan jenis ‘kufur engkar’, tapi ‘kufur jahil’. Maka, amat bahaya kalau tak belajar Quran.

Kita juga kena faham antara ‘jahil akidah’ dan ‘jahil dalam amalan’. Kalau ada yang hanya melakukan amalan munafik, masalah mereka kurang sikit sebab akhirnya mereka akan masuk syurga selepas duduk dalam neraka. Itu jikalau mereka tidak ada masalah akidah. Kalau ada masalah akidah, tempat mereka adalah di dalam neraka selama-lamanya.

Jadi, dalam ayat ini kita akan belajar tentang golongan Munafik. Tapi berhati-hati, bukan tugas kita untuk mengatakan atau menuduh orang lain sebagai munafik. Bukan ajaran Nabi untuk mengatakan seseorang itu munafik. Yang kita kena buat adalah kena belajar supaya kita boleh periksa diri kita takut-takut kita pun munafik juga. Iaitu kita kena periksa diri kita dahulu, bukan gunakan pengetahuan ini untuk melihat atau menilai seseorang itu munafik atau tidak. Bukannya untuk kita senang-senang nak tuduh orang lain munafik, lebih-lebih lagi kalau mereka tidak setuju dengan kita. Oleh itu, berhati-hatilah dan jaga hati kita dari terjerumus dalam perkara ini.

وَمِنَ النّاسِ مَن يَقولُ آمَنّا بِاللَّهِ وَبِاليَومِ الآخِرِ وَما هُم بِمُؤمِنينَ

Sahih International

And of the people are some who say, “We believe in Allah and the Last Day,” but they are not believers.

Malay

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

 

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ

Dan ada diantara manusia itu yang berkata:

 

 آمَنَّا بِاللَّهِ

“Kami beriman dengan Allah”

 

 وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ

“dan beriman dengan hari akhirat”;

Dalam ayat ini, mereka mendakwa dengan lidah mereka yang mereka beriman. Dalam ayat ini, mereka mengatakan mereka beriman dengan dua rukun iman: ‘percaya kepada Allah’ dan ‘percaya kepada Hari Akhirat’. Disebut hanya dua rukun iman untuk merangkumi kesemua rukun iman yang lain. Tidak perlu disebut kesemua rukun iman.

Tetapi, walaupun mereka mengaku dengan mulut mereka sendiri, Allah nafikan keimanan dalam hati mereka. Lafaz mereka benar, tapi hati mereka yang tidak benar. Mereka hanya dakwa dengan lidah sahaja sedangkan lidah bukan tempat iman. Iman yang duduk dalam hati. Dan ada perkara iman yang mereka tak terima lagi. Contohnya, mereka kata boleh guna perantaraan dalam berdoa (tawasul). Itu adalah satu fahaman yang salah, dan kalau ada satu sahaja salah dalam hal akidah pun sudah cukup untuk membahayakan mereka.

Orang munafik memang akan cakap macam tu. Mereka kata mereka solat juga dan mereka beriman juga. Tapi sebenarnya hati mereka tidak. Lihatlah bagaimana mereka sendiri rasa bahawa mereka itu ada masalah. Jadi mereka akan datang sendiri tanpa dipinta untuk menyatakan ‘keislaman’ mereka. Ini sama macam anak-anak kita yang tiba-tiba akan beritahu mereka tidak bersalah – bermakna, mereka ada buat salah.

 

 وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

Mereka sebenarnya tidak beriman.

Allah sendiri beritahu yang mereka itu tidak beriman. Mereka tidak beriman dalam hati mereka. Allah tahu apa yang dalam hati mereka. Mereka hanya dipanggil ‘orang Islam’ kerana duduk sekali dengan orang Islam yang lain. Kalau mereka duduk tinggal di Amerika contohnya, mereka akan ikut perangai orang Amerika. Sebab waktu itu, mereka tak malu dengan sesiapa dah. Cuma sebab mereka duduk sekali dengan orang Islamlah yang mereka kena buat perangai Islam tu.


Ayat 9: Apakah sifat mereka ini?

يُخادِعونَ اللَّهَ وَالَّذينَ آمَنوا وَما يَخدَعونَ إِلّا أَنفُسَهُم وَما يَشعُرونَ

Sahih International

They [think to] deceive Allah and those who believe, but they deceive not except themselves and perceive [it] not.

Malay

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

 

يُخَادِعُونَ اللَّهَ

Mereka hendak tipu Allah Taala;

Tapi bolehkah mereka hendak menipu Allah? Tentu tidak boleh. Maknanya, mereka menipu wakil Allah, iaitu Nabi Muhammad.

 

وَالَّذِينَ آمَنُوا

Dan (mereka nak tipu) orang-orang yang beriman.

Iaitu sahabat-sahabat Nabi. Mereka cuba nak tipu orang beriman. Dalam ayat ini, dikatakan mereka cuba nak tipu Allah, tapi takkan mereka boleh nak tipu Allah. Kenapa mereka dikira menipu? Kerana mereka sebut apa yang bukan dalam hati mereka.

 

وَما يَخدَعونَ إِلّا أَنفُسَهُم

Tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri

Kesan penipuan itu akan terkena kepada diri mereka kerana penipuan itu akan menyebabkan bahana kepada diri mereka. Tidaklah penipuan mereka itu akan memberi kesan bahaya kepada orang lain melainkan diri mereka sendiri sahaja. Malangnya, mereka sendiri pun tidak sedar.

 

 وَمَا يَشْعُرُونَ

dan mereka sebenarnya tidak sedar. 

Akhirnya mereka menipu diri mereka sendiri, tapi mereka tidak sedar. Ini adalah kerana mereka tidak ada kefahaman dalam agama. Mereka tidak menyedari agama dengan kefahaman yang sebenar. Mereka tidak faham yang kefahaman agama kena ikut neraca Quran. Bukannya ikut suka sendiri sahaja dan kata-kata guru-guru mereka.

Mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka adalah munafik. Mereka sangka mereka dah Islam dah. Jadi, kita amat takut kalau-kalau kita sekarang ini pun munafik juga. Kita sekarang sangka kita dah Islam dah. Tapi mungkin tanpa kita sedar, kita rupanya tergolong dalam golongan munafik juga.

Oleh itu, kita kenalah memeriksa diri kita. Munafik ini adalah satu penyakit hati. Kalau sesuatu penyakit itu, mesti ada tanda-tandanya. Jadi kita kena tahu apakah tanda orang munafik itu. Tanda-tanda itu diterangkan dalam ayat-ayat seterusnya.

Lihatlah, bagaimana kalau duduk dengan Nabi pun boleh jadi salah faham, boleh keliru, lalu bagaimana agaknya dengan kita zaman sekarang? Ini amat menakutkan.

Nabi tak sebut siapakah yang munafik pada zamannya itu. Kerana mungkin mereka akan jadi beriman berkat duduk dengan Nabi dan rapat dengan Quran. Maka itulah sebabnya Nabi tak pernah sebut nama mereka. Begitu jugalah kita ini. Kita harap dengan kita terus belajar Quran ini akan dapat mengeluarkan kemunafikan jika ada dalam diri kita.


Ayat 10:

في قُلوبِهِم مَرَضٌ فَزادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ بِما كانوا يَكذِبونَ

Sahih International

In their hearts is disease, so Allah has increased their disease; and for them is a painful punishment because they [habitually] used to lie.

Malay

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

 

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ

Dalam hati mereka ada penyakit;

Mereka itu digelar sebagai munafik kerana dalam hati mereka ada ‘penyakit’. Kerana penyakit ini, keimanan tidak dapat masuk dalam diri mereka. Apakah maksud ‘penyakit’ dalam ayat ini? Dalam ayat ini, penyakit yang dimaksudkan adalah penyakit akidah yang rosak. Dalam ayat lain, maksud penyakit lain pula, tidak sama. Kena tengok kepada apa yang hendak disampaikan dalam ayat itu. Jangan kita ingat kalau disebut ‘penyakit’ dalam ayat-ayat yang lain, ianya bermaksud penyakit akidah pula.

Penyakit dalam ayat ini bermaksud dengki, atau benci kepada kebenaran. Ia juga bermaksud dengki dengan orang yang membawa kebenaran. Ini adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlu dikeluarkan. Kalau seseorang itu boleh buang perasaan itu, barulah boleh masuk keimanan dalam hati. Kalau tidak, sampai bila-bila pun keimanan tidak masuk.

Berapa ramai yang ada masalah ini? Tentulah ramai yang kita tahu berpenyakit seperti ini. Iaitu mereka yang apabila maksud Quran dibawa kepada mereka, mereka benci dan tolak kerana ianya berlainan dengan fahaman mereka.

Satu lagi penyakit mereka adalah syak dan ragu-ragu tentang Allah. Mereka ragu dengan Tuhan sendiri. Ini disebabkan oleh kerana hawa nafsu. Penyakit itu telah mengakibatkan rosak akidah. Yang mereka ragukan itu adalah tentang agama. Iaitu mereka rasa kalau mereka doa sendiri kepada Allah, Allah tak layan doa mereka, maka mereka kena dapatkan orang lain untuk doakan untuk mereka. Inilah yang dinamakan tawasul dalam doa.

Mereka juga mementingkan diri sendiri. Kalau Islam beri faedah kepada mereka, mereka terima, kalau tidak, mereka akan tolak. Contohnya, mereka yang menyertai parti politik, bukan untuk membela Islam, tapi sebenarnya hendak mendapatkan kuasa.

Allah sendiri kata dalam ayat ini bahawa Munafik itu adalah satu jenis penyakit. Jadi kita kena tahu apakah simtom-simton penyakit itu. Kerana setiap penyakit ada tanda-tandanya.

 

 فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ

Maka Allah akan tambah bagi mereka penyakit baru;

Apabila mereka sudah ada penyakit itu, Allah akan tambah penyakit baru. Ianya akan bertambah apabila semakin banyak ayat Quran yang mereka tolak. Penyakit itu akan bertimpa-timpa ke atas mereka.

Apakah penyakit yang ditambah itu? Penyakit ragu-ragu mereka itu akan ditambah oleh Allah sampai akhirnya mereka akan berbuat syirik kepada Allah. Mereka akan rasa bahawa kalau mereka berdoa sendiri, doa mereka tidak diterima. Kerana mereka rasa mereka tidak layak didengar oleh Allah. Kerana mereka banyak dosa dan sebagainya.

Maka mereka akan menggunakan orang lain sebagai perantaraan untuk menyampaikan doa mereka kepada Allah. Maka mereka akan bertawasul dalam berdoa. Maka itu adalah perbuatan syirik. Asalnya mereka ada perasaan ragu-ragu. Kemudian Allah tambah penyakit itu apabila mereka terus di dalam perasaan itu. Apabila mereka melaksanakan, maka mereka telah melakukan perbuatan syirik. Mula-mula ragu sahaja, tapi kemudian mereka laksanakan.

Ingatlah, jikalau kita sombong dalam ibadat untuk baca doa kepada Allah sahaja, tanpa melalui perantaraan, Allah akan masukkan kita ke dalam neraka jahannam. Mereka yang buruk sangka kepada Tuhan menyangka yang Tuhan tidak akan makbulkan doa mereka kalau mereka doa sendiri. Padahal, Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya. Dan Allah suruh kita doa terus kepadaNya. Bukan melalui perantaraan.

 

 وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Bagi mereka azab yang pedih;  

Untuk orang munafik, diberikan ‘azab yang pedih’. Ini lagi teruk dari yang diberikan kepada orang kafir. Kerana azab yang pedih, adalah azab yang tidak berkurangan langsung.

 

 بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Terhadap apa yang mereka dustakan;

Mereka bohong kerana cakap apa yang bukan dalam hati mereka.

Ini adalah simptom pertama orang yang ada penyakit munafik – mereka suka menipu. 


Ayat 11: Allah ajar cara bagaimana nak mengenali mereka. Kalau Allah tak ajar, kita tak tahu kerana ianya tidak jelas kepada kita. Kerana ianya adalah penyakit dalaman. Dari alamat ini, kita boleh kenal. Macam juga kalau kita nampak asap, itu adalah tanda adanya api.

Pertama, mereka salah faham dengan kebenaran. Mereka tak nampak kebenaran dan mana yang benar, sebaliknya yang salah, mereka kata betul. Apabila kita tunjuk dalil-dalil dari Quran kepada mereka dan mereka tolak, kita dah boleh agak dah yang mereka itu ada penyakit munafik dalam diri mereka. Begitulah mereka, apabila diberi dalil dan bukti yang sahih, mereka susah nak terima. Mereka nak pakai fahaman mereka sahaja. Padahal, yang kita bawa adalah nas Quran, bukannya kata-kata kita sendiri. Dan memang sepatutnya kita kena dakwah dengan ayat Quran dan sunnah. Jangan bawa dalil yang lain.

وَإِذا قيلَ لَهُم لا تُفسِدوا فِي الأَرضِ قالوا إِنَّما نَحنُ مُصلِحونَ

Sahih International

And when it is said to them, “Do not cause corruption on the earth,” they say, “We are but reformers.”

Malay

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ

Dan apabila dikatakan kepada mereka:

Sahabat yang melihat perangai mereka pun rasa lain macam. Sebab mereka boleh lihat yang golongan Munafik itu ada juga pergi berjumpa dengan orang Yahudi. Maka, para sahabat yang beriman pun telah menegur mereka, kenapa pergi lagi ke majlis orang Yahudi? Begitulah orang yang belajar, apabila mereka lihat sesuatu yang tak kena, mereka akan tegur terus kesalahan orang lain, tidaklah tengok sahaja.

 

 لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ

Janganlah kamu berbuat kerosakan di atas muka bumi;

Orang-orang yang beriman memberi nasihat kepada orang-orang Munafik itu supaya jangan buat kerosakan. Apakah kerosakan yang dimaksudkan itu? Untuk kita memahami ayat ini, kita kena faham sejarah Madinah zaman Nabi. Orang Anshar ada tok guru dari golongan Yahudi. Orang Yahudi itu adalah sumber rujukan mereka dalam agama. Itu sebelum kedatangan Islam. Kerana mereka tahu bahawa orang-orang Yahudi itu telah lama beragama dan ada kitab dari Allah.

Apabila Nabi Muhammad sudah ada di kalangan mereka, mereka akan berjumpa dengan pendita Yahudi menceritakan tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pendita Yahudi akan berkata begini dan begitu. Mereka akan membawakan apa yang mereka dapat dari Pendita Yahudi kepada kaum mereka. Mereka kata pendita Yahudi itu yang betul kerana Yahudi itu lagi lama dapat ilmu agama dari Nabi Muhammad. Jadi, mereka laga-lagakan sahabat Nabi dengan Nabi Muhammad. Mereka kata Nabi pula yang tak betul. Itulah kerosakan yang dimaksudkan dalam ayat ini. Kerosakan yang dimaksudkan adalah kerosakan dalam perkara agama. Iaitu kepercayaan yang bertentangan dengan wahyu.

Orang munafik itu masih lagi berkawan dengan pendita Yahudi yang mereka rujuk itu walaupun setelah Nabi Muhammad berada di kalangan mereka dan mereka pun mengaku telah beragama Islam. Mereka masih tidak percaya sepenuhnya kepada Nabi Muhammad. Jadi mereka nak kawan dengan dua-dua pihak. Mereka nak lihat siapakah yang akan menang. Mereka tidak sepenuhnya duduk dalam Islam. Dan kerana mereka masih tetap pergi berjumpa dengan orang Yahudi, dan kerana itu orang lain yang tengok pun rasa macam tidak salah pergi berjumpa dengan Yahudi dan mengambil agama dari Yahudi. Ini juga merosakkan fahaman orang lain.

Ini terjadi sebab mereka tidak ada pegangan agama yang kuat. Mereka tidak faham agama dengan sebenarnya, kerana mereka tidak belajar dengan betul. Mereka kejap ke sana dan kejap ke sini. Sebenarnya tak boleh begitu, kerana ajaran yang suci tak boleh campur dengan yang cemar. Sepatutnya salah faham mereka itu kena dibersihkan terus. Mereka sepatutnya sudah tidak boleh rujuk lagi kepada pendita-pendita Yahudi itu.

Adakah perkara yang sama berlaku zaman sekarang? Memang ada. Ada yang dengar apa yang kita katakan dan mereka balik beritahu kepada ustaz-ustaz mereka yang mengajar perkara bidaah. Ustaz itu pula kata tak betul ajaran yang kita sampaikan sebab tak sama ilmu kita dan mereka. Kerana kita menggunakan dalil dari Quran dan Sunnah, tapi guru-guru mereka tidak pun belajar Quran dan Hadis Nabi. Jadi kerosakan yang dimaksudkan di sini adalah melaga-lagakan Nabi Muhammad dan para sahabat. Begitu juga melagakan antara ajaran berasaskan sunnah dan tidak sunnah.

 

 قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

Mereka jawab: Sebenarnya kami orang yang nak buat baik;

Selepas ditegur, puak munafik itu menjawab seperti yang disebut dalam surah ini, dalam nada membantah. إِنَّما نَحنُ مُصلِحونَ. Mereka kata: kami ini hendak mendamaikan orang yang berbalah, sebenarnya; Ini adalah kerana mereka nampak Nabi ada kebenarannya, tapi mereka nampak puak yahudi pun ada kebenaran juga, maka kononnya mereka nak jadi orang tengah. Supaya dua pihak itu mencari persamaan antara mereka dan dapat berdamai. Mereka rasa mereka sedang buat kebaikan, tapi sebenarnya tidak.

Mereka kata mereka bukan mereka nak lagakan, tapi nak buat baik. Mereka kata mereka sebenarnya mencari kebenaran. Tapi itu tidak benar. Apa yang mereka lakukan adalah membunuh ajaran agama. Mereka sebenarnya berbuat kerosakan.

Ini macam perbezaan antara puak sunnah dan puak sekolah pondok pada zaman sekarang. Puak Sunnah berpegang kepada ajaran Sunnah tapi puak sekolah Pondok banyak yang berpegang kepada ajaran yang bidaah. Jadi, adalah golongan yang kononnya nak satukan dua kumpulan yang berbeza pegangan ini. Nampak macam sedap dan molek apa yang mereka katakan itu. Tapi mereka tak faham bahawa kebenaran hanya satu sahaja. Yang mereka nampak dua-dua belah pihak ada juga kebenaran itu adalah kerana mereka jahil. Kefahaman mereka tidak jelas dan tidak betul. Sahabat lain dah faham dah, tapi mereka yang tidak faham.


Ayat 12:

أَلا إِنَّهُم هُمُ المُفسِدونَ وَلٰكِن لا يَشعُرونَ

Sahih International

Unquestionably, it is they who are the corrupters, but they perceive [it] not.

Malay

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

 

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ

Ketahuilah, mereka itulah sebenarnya berbuat kerosakan

Allah beritahu dalam ayat ini yang orang-orang Munafik itu sebenarnya berbuat kerosakan, kerana mereka telah menjadikan kebenaran nampak samar. Sepatutnya kebenaran itu sudah jelas. Bayangkan, orang luar yang nampak mereka, akan jadi ragu-ragu. Iaitu apabila mereka lihat golongan munafik itu, mereka jadi ragu. Mereka akan terfikir, kalau Nabi Muhammad itu sudah benar, kenapa pula ada golongan yang pergi juga kepada orang Yahudi? Itu menjadi satu kerosakan yang besar.

 

 وَلَٰكِنْ لَا يَشْعُرُونَ

Sedangkan mereka itu tidak sedar

Tapi mereka sendiri tidak sedar kerana mereka salah faham. Sepatutnya apabila diberi Quran, mereka kena terima sepenuhnya, bukan terima sikit-sikit. Kalau tak terima sepenuhnya, maka mereka akan terus berada dalam keraguan. Maka Allah telah sebut kesalahan mereka dalam ayat ini.

Allah telah cabutkan kefahaman agama dari mereka kerana mereka bersifat munafik pada mulanya tadi.

Ayat ini jenis takhliah. Iaitu nasihat untuk menghilangkan sifat munafik. Berbeza dengan tahliah, iaitu sesuatu yang perlu dipenuhi dalam hati. Jadi, ada yang kena kosongkan, ada yang kena tinggalkan. Kerana kalau tidak ditinggalkan, iman tidak dapat masuk.


Ayat 13:

وَإِذا قيلَ لَهُم آمِنوا كَما آمَنَ النّاسُ قالوا أَنُؤمِنُ كَما آمَنَ السُّفَهاءُ ۗ أَلا إِنَّهُم هُمُ السُّفَهاءُ وَلٰكِن لا يَعلَمونَ

Sahih International

And when it is said to them, “Believe as the people have believed,” they say, “Should we believe as the foolish have believed?” Unquestionably, it is they who are the foolish, but they know [it] not.

Malay

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ

Dan apabila dinasihatkan kepada mereka:

Nasihat diberikan kepada mereka lagi.

 

 آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

Berimanlah kamu sepertimana berimannya manusia;

Nasihat diberikan lagi kepada mereka, supaya duduk dengan Nabi sahaja. Tak perlu nak belajar Taurat atau Injil lagi. Tak perlu nak pergi kepada pendita Yahudi dan ambil ilmu dari mereka. Ini adalah nasihat dalam bentuk tahliah – untuk buat sesuatu, masukkan sesuatu – ilmu yang Nabi sampaikan. Mereka dinasihati untuk ikut macam para sahabat Nabi yang setia. Sahabat yang setia dan beriman itu duduk belajar dengan Nabi sahaja.

Begitu juga dengan orang yang hendak terima sunnah. Tak perlu lagi nak pergi belajar dengan guru-guru yang mengajar tanpa mengikut ajaran Sunnah. Jangan pergi lagi kepada guru yang mengajar bidaah.

 

 قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ

Mereka jawab: patutkah kami beriman sepertimana berimannya orang yang bodoh-bodoh?

Apabila mereka diberi nasihat sebegitu, puak-puak Munafik itu menjawap: puak yang duduk dengan Muhammad sahaja itu jenis orang yang bodoh. Kami ini sudah biasa mengaji dengan puak Yahudi. Kami belajar dengan orang yang tahu baca Kitab – Nabi Muhammad itu tidak tahu pun baca kitab. Lihatlah bagaimana orang kampung dia (Mekah) sampai halau dia, bukan?

Mereka pandang rendah pada Nabi Muhammad; mereka pun melihat sahabat Nabi yang taat dengan Nabi itu pun jenis tidak pandai, tak pandai cari harta macam orang Yahudi. Orang Yahudi kaya raya.

Kumpulan munafik itu juga mengatakan orang-orang Muhajirin yang telah berpindah dari Mekah itu bodoh-bodoh belaka. Mereka kata Muhajirin itu bodoh kerana meninggalkan segala apa yang mereka ada semasa di Mekah dulu. Jadi mereka tidak mahu bersama dengan orang-orang yang mereka kata bodoh itu.

Zaman sekarang pun ada juga orang sebegini. Apabila kita ajak mereka untuk belajar sepertimana orang-orang yang dah belajar Quran dan Sunnah, mereka akan kata mereka yang belajar Quran dan Sunnah itu bodoh. Mereka akan suruh kita belajar lagi. Mereka akan kata kita tak habis belajar lagi. Mereka rasa mereka dah pandai dah kerana mereka telah belajar dengan banyak guru dan banyak kitab-kitab karangan manusia. Padahal mereka tidak sedar bahawa yang mereka belajar itu adalah ilmu yang salah kerana tidak berdasarkan Quran dan sunnah.

 

 أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ

Ketahuilah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh

 

 وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ

tapi mereka tidak tahu;  

Mereka tak sedar bahawasanya merekalah yang tidak berilmu. Walaupun orang-orang Munafik itu kata pengikut-pengikut Nabi itu bodoh, tapi sebenarnya merekalah yang bodoh, iaitu bodoh dan jahil dalam hal agama. Quran yang benar pun mereka tak mahu belajar. Mereka tak boleh bezakan manakah nafsu dan wahyu. Yang mereka kejar adalah nafsu, bukannya wahyu.

Mereka tak tahu perkara-perkara yang benar, kerana kalau hendak tahu, kena belajar. Tapi mereka tak mahu belajar.


Ayat 14:

وَإِذا لَقُوا الَّذينَ آمَنوا قالوا آمَنّا وَإِذا خَلَوا إِلىٰ شَياطينِهِم قالوا إِنّا مَعَكُم إِنَّما نَحنُ مُستَهزِئونَ

Sahih International

And when they meet those who believe, they say, “We believe”; but when they are alone with their evil ones, they say, “Indeed, we are with you; we were only mockers.”

Malay

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

 

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا

Apabila mereka berjumpa dengan orang beriman;

Iaitu apabila mereka berjumpa sahabat-sahabat Nabi,

 

 قَالُوا آمَنَّا

Mereka berkata: “Kami beriman”; 

Mereka tahu mereka salah, oleh itu mereka cepat-cepat kata bahawa mereka sebenarnya beriman.

Kenapakah agaknya golongan Munafik itu tidak terus sahaja tinggalkan Nabi dan para sahabat yang beriman? Bukankah senang kalau begitu? Golongan munafik itu tidak terus mengaku kafir dan duduk terus sebelah pihak Yahudi kerana kalau mereka mengaku kafir, mereka akan dihukum bunuh. Itu adalah hukum hudud. Kerana dakwah kepada orang kafir itu hanya tiga hari sahaja, kalau tak masuk Islam atau tidak bayar pampasan, mereka akan dibunuh. Oleh itu, mereka tidak berani nak mengaku kafir terus. Jadi, di depan Nabi dan para sahabat, mereka mengaku mereka beriman. Jadi, hidup mereka susah sebenarnya. Bila duduk dengan para sahabat yang beriman, mereka kata mereka beriman juga. Dan mereka pergi majlis Nabi juga. Mereka hidup berpura-pura.

 

 وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ

Dan apabila mereka berpaling pergi kepada syaitan-syaitan mereka;

Iaitu yang dimaksudkan tok guru-tok guru mereka dari kalangan Pendita Yahudi itu,

 

 قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ

Mereka berkata: Kami sebenarnya bersama kamu;

Tapi bila mereka pergi kepada ‘syaitan-syaitan’ mereka, mereka kata lain. Mereka beritahu kepada puak-puak Yahudi itu yang hati mereka bersama puak Yahudi itu. Lihatlah bagaimana Allah gelar ketua-ketua puak Yahudi itu sebagai ‘syaitan’ – kerana sifat syaitan itu perosak. Yang dimaksud ‘syaitan’ dalam ayat ini adalah ulama-ulama yahudi dan pembesar-pembesar mereka. Hati golongan Munafik sebenarnya bersama puak Yahudi itu, walaupun tubuh badan mereka bersama Nabi Muhammad. Mereka terpaksa menipu kerana kalau tak tunjuk yang mereka sokong Nabi Muhammad, mereka dah kena sembelih dah.

Ini juga adalah satu dalil buat mengatakan yang ‘syaitan’ itu bukan dari golongan jin sahaja. Lihatlah bagaimana Allah gelar pemuka-pemuda Yahudi itu sebagai ‘syaitan’ sedangkan mereka itu manusia. Ini adalah kerana ‘syaitan’ adalah satu ‘sifat’. Kalau menjauhkan dari agama, itu dipanggil syaitan, samada dari kalangan jin atau manusia.

Mereka telah memberitahu rahsia orang-orang Islam kepada orang Yahudi. Kerana mereka hendak berbaik juga dengan mereka. Maknanya, mereka nak berbaik dengan orang Islam, dan mereka hendak berbaik dengan orang Yahudi. Ini tidak boleh. Kita tidak boleh menjadikan orang kafir sebagai teman rapat kita. Teman rapat adalah orang yang kita berkongsi rahsia dengan mereka.

 

 إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

Sebenarnya kami hendak mengejek-ngejek mereka sahaja;

Mereka kata yang mereka hanya memperlekeh orang-orang beriman itu dengan menipu kata mereka beriman. Mereka mempersendakan mereka yang beriman. Dan mereka hendak memperdayakan puak-puak yang beriman. Tapi di dunia lagi Allah telah malukan mereka. Dua-dua pihak tak percaya kepada mereka. Orang beriman tidak percayakan mereka, orang Yahudi pun tidak percayakan mereka.

Ini terjadi pada zaman sekarang pun. Ada orang Islam yang hendak berkawan dengan dua-dua pihak – di pihak Sunnah mereka nak kawan, di pihak Bidaah pun mereka nak kawan juga.


Ayat 15:

اللَّهُ يَستَهزِئُ بِهِم وَيَمُدُّهُم في طُغيانِهِم يَعمَهونَ

Sahih International

[But] Allah mocks them and prolongs them in their transgression [while] they wander blindly.

Malay

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

 

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ

Allah lah yang mempersenda-sendakan mereka

Allah jawap dalam ayat ini yang Allahlah yang memperbodohkan munafik itu.

 

وَيَمُدُّهُمْ

Dan Allah membiarkan mereka

Allah biarkan sahaja mereka buat apa yang mereka hendak buat. Tapi ingat, bukanlah bermakna yang Allah redha dengan perbuatan mereka. Jangan ada pula yang sangka, kalau Allah benarkan, itu adalah kerana Allah redha. Allah ‘benarkan’ tidak semestinya Allah ‘redha’. Jangan kita keliru dengan perkara itu. Memang ramai yang keliru dan kerana kekeliruan ini, ramai yang terus berada dalam kesesatan. Kerana mereka fikir: “kalau Allah tak setuju, takkan Allah benarkan aku buat benda ni..”.

 

 فِي طُغْيَانِهِمْ

Dalam kesesatan mereka

Allah biarkan mereka jadi bodoh. Allah biarkan mereka dalam kesesatan wahyu supaya tak faham wahyu dan buta hati. Kalau nak sesat, Allah boleh sahaja biarkan mereka jadi sesat. Kerana mereka  yang buat pilihan untuk tidak mahu mendengar kebenaran.

 

يَعْمَهُونَ

Kebingungan

Mereka jadi bodoh kebingungan kerana buta hati. Allah akan memberi peluang kepada mereka untuk berbuat kerosakan supaya mereka nanti akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling dalam.


Ayat 16:

أُولٰئِكَ الَّذينَ اشتَرَوُا الضَّلالَةَ بِالهُدىٰ فَما رَبِحَت تِجارَتُهُم وَما كانوا مُهتَدينَ

Sahih International

Those are the ones who have purchased error [in exchange] for guidance, so their transaction has brought no profit, nor were they guided.

Malay

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

 

أُولَٰئِكَ

Orang-orang yang bersifat begini,

 

 الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ

adalah orang-orang yang membeli kesesatan dengan jual petunjuk;

Ini adalah kerana mereka tukar hidayah dengan kesesatan. Bayangkan bahawa mereka ini telah jumpa Nabi. Mereka dengar sendiri wahyu Allah dibacakan kepada mereka oleh Nabi sendiri. Tapi mereka masih lagi tidak beriman. Pelik benar kesesatan mereka. Mereka ada peluang yang amat baik sekali kerana mereka bersama Nabi tapi mereka tidak mahu mengambil peluang itu.

Mereka buang peluang keemasan mereka yang dapat duduk dengan Nabi dan duduk dengan para sahabat yang lain. Ayat ini kata, mereka beli kesesatan dengan jual hidayah. Bukanlah ia maksudnya mereka dah dapat hidayah tapi tukar hidayah itu dengan kesesatan. Tapi sebenarnya yang dimaksudkan adalah mereka tukar peluang, tak ambil peluang yang mereka ada itu. Mereka tidak pernah ada hidayah sebenarnya.

 

 فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ

Tidaklah untung perniagaan mereka

Mereka takkan untung sampai bila-bila. Semoga Allah selamatkan kita dari jadi seperti mereka.

 

 وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Dan tidaklah mereka terpimpin. 

Mereka sangka mereka terpimpin, dapat hidayah, tapi Allah menafikan hal itu. Mereka tidak terpimpin langsung.

Baqarah 8-16


Ayat 17: Allah beri ayat-ayat bandingan atau perumpamaan supaya lebih jelas apa yang hendak disampaikan. Ini adalah jenis Ilmu Bayan supaya jelas kepada manusia yang membaca dan belajar Quran. Ayat 17-18 adalah ayat bandingan tentang orang Musyrikin dan Yahudi iaitu mereka yang jenis ‘kafir degil’. Dan ayat 19-20 pula adalah ayat bandingan untuk mereka yang ‘kafir jahil’ iaitu Munafikin dan Nasara.

Ayat-ayat bandingan ini memang banyak perselisihan sebab banyak perbahasan dan pendapat tentang siapakah yang dimaksudkan dalam bandingan-bandingan itu. Tapi dalam pengajian kita, kita mengikut apa yang telah disampaikan iaitu ayat 17-18 tentang Kafir Degil dan ayat 19-20 tentang Kafir Jahil.

مَثَلُهُم كَمَثَلِ الَّذِي استَوقَدَ نارًا فَلَمّا أَضاءَت ما حَولَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنورِهِم وَتَرَكَهُم في ظُلُماتٍ لا يُبصِرونَ

Sahih International

Their example is that of one who kindled a fire, but when it illuminated what was around him, Allah took away their light and left them in darkness [so] they could not see.

Malay

Perbandingan hal mereka samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

 

مَثَلُهُمْ

Contoh

Allah beri perbandingan dan contoh bagaimana keadaan orang yang ‘kafir degil’ itu.

 

كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا

Seperti satu orang yang menyalakan api;

Orang yang menyalakan api itu adalah Nabi Muhammad. نارًا – ‘Api’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘ayat-ayat Qur’an’ kerana sebagaimana api menerangi kegelapan, cahaya Qur’an juga menerangi kegelapan syirik. Ianya juga mengandungi dalil-dalil Quran tentang Islam.

 

 فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ

apabila ia menerangi yang di sekelilingnya

Untuk memahami ayat ini, istilah idmaj ادماج perlu digunakan dalam ayat ini. Iaitu kita kena taqdirkan (masukkan lafaz-lafaz) dalam ayat ini. Iaitu antara lafaz نَارًا dan فَلَمَّا. Lafaz yang dimasukkan adalah: (beberapa orang lelaki duduk mendengar kepada Nabi). Ianya memang tidak dimasukkan dalam Quran, tapi untuk kita memahaminya, kita kena masukkan lafaz ini dalam tafsir.

Lelaki-lelaki yang dimaksudkan itu adalah mereka yang kafir degil. Iaitu Arab Mekah. Dan kerana surah Baqarah ini adalah surah Madaniyyah, maka ia juga merujuk kepada golongan kafir degil yang satu lagi yang ada di Madinah: Golongan Yahudi.

 

 ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ

Allah tarik dan hilangkan nur hidayat dari mereka

فَلَمّا أَضاءَت ما حَولَهُ – Apabila cahaya Qur’an itu dinyalakan kepada mereka, ذَهَبَ اللَّهُ بِنورِهِم – Allah tarik cahaya itu dari mereka. Sepatutnya mereka dapat cahaya itu, tapi Allah tarik dari mereka disebabkan oleh kedegilan mereka. Beginilah perbandingan yang diberikan oleh Allah supaya kita boleh faham. Kerana ada orang yang akan faham apabila diberikan penerangan dalam bentuk perbandingan. Inilah cara Qur’an untuk menjelaskan agama kepada manusia.

 

وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ

Dan Allah membiarkan mereka dalam kegelapan;

Apabila Allah tarik cahaya wahyu itu dari mereka, kesan kepada mereka adalah mereka terbiar dalam kegelapan. Dan kegelapan itu adalah syirik kufur.

 

 لَا يُبْصِرُونَ

Dan mereka tidak dapat melihat;

Mereka tidak dapat melihat bahawasanya mereka sedang duduk dalam syirik kufur. Bila kita cerita kepada mereka tentang syirik kufur, mereka tidak faham.


Ayat 18: Masih lagi tentang golongan Kafir Degil

صُمٌّ بُكمٌ عُميٌ فَهُم لا يَرجِعونَ

Sahih International

Deaf, dumb and blind – so they will not return [to the right path].

Malay

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

 

صُمٌّ

Pekak

Telinga mereka masih boleh lagi mendengar, tapi mereka tidak boleh mendengar kebenaran.

 

بُكْمٌ

Bisu

Mereka ada mulut dan boleh bercakap tapi mereka tidak bercakap tentang kebenaran.

 

عُمْيٌ

Buta; 

Mata mereka masih boleh nampak lagi, tapi mereka tidak boleh nampak kebenaran.

Ketiga-tiga cara untuk mendapat ilmu telah dihilangkan dari mereka. Kalau hilang satu atau dua, sekurang-kurangnya mereka ada lagi deria untuk mendapat maklumat. Tapi apabila Allah telah hilangkan ketiga-tiganya, mereka tidak ada harapan lagi.

Begitulah perumpaan kepada mereka yang kafir degil. Mereka tidak akan dapat menerima kebenaran lagi. Hati mereka telah dikunci mati. Peluang untuk mendapat hidayah telah ditarik dari mereka.

 

 فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

Dan mereka sekali-kali tidak dapat kembali;

Mereka tidak akan dapat kembali kepada jalan tauhid. Kerana mereka telah kehilangan tiga-tiga pancaindera itu, mereka tidak ada peluang lagi dah. Mereka tidak ada cara nak minta tolong dah. Mereka tidak dapat kembali ke jalan tauhid yang dibawa oleh Nabi. Mulanya mereka dah ada peluang kerana Nabi ada bersama-sama mereka, tapi apabila mereka telah tenggelam dalam lembah kesesatan, mereka tidak ada peluang lagi dah.

Mereka hilang peluang itu kerana mereka telah sampai kepada tahap kafir ‘Peringkat Keempat’. Iaitu apabila Allah sudah kunci mati hati mereka dari kebenaran.


Ayat 19: Ini pula ada perumpamaan kepada golongan kafir jahil – Munafikin dan Nasara dan mereka-mereka yang bersifat seperti mereka, tidak kira samada mereka itu mengaku muslim atau tidak.

أَو كَصَيِّبٍ مِنَ السَّماءِ فيهِ ظُلُماتٌ وَرَعدٌ وَبَرقٌ يَجعَلونَ أَصابِعَهُم في آذانِهِم مِنَ الصَّواعِقِ حَذَرَ المَوتِ ۚ وَاللَّهُ مُحيطٌ بِالكافِرينَ

Sahih International

Or [it is] like a rainstorm from the sky within which is darkness, thunder and lightning. They put their fingers in their ears against the thunderclaps in dread of death. But Allah is encompassing of the disbelievers.

Malay

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

 

أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ

Atau seperti ditimpa dari langit air hujan;

Perkataan صَيِّبٍ bermaksud awan yang ada hujan di dalamnya. Dalam ayat ini, air hujan itu adalah isyarat kepada wahyu Allah. Awam yang sebegitu, tentunya tebal dan gelap sampaikan menutupi cahaya matahari.

 

 فِيهِ ظُلُمَاتٌ

Dalamnya ada kegelapan;

Apabila awan tebal, suasana pun jadi gelap. Yang dimaksudkan dengan ‘kegelapan’ adalah akidah syirik, amalan-amalan dan ilmu-ilmu salah yang mereka lakukan, diisyaratkan dalam ayat ini dalam bentuk kegelapan.

 

وَرَعْدٌ

Dan guruh:

Bayangkan suasana ini, apabila guruh bergempita. Ianya amat menakutkan. Ianya bermaksud ancaman-ancaman dalam Quran tentang orang-orang yang akidah salah, akan kekal dalam neraka dan lain-lain ancaman lagi.

 

وَبَرْقٌ

Dan kilat:

Kilat pula sabung menyabung dalam bentuk cahaya yang terang. Ianya adalah isyarat kepada dalil-dalil daripada Quran dan hadis tentang kebenaran Islam.

Sebelum turun hujan, mula-mulanya suasana gelap, selepas itu bunyi guruh, dan kemudian petir. Lepas petir baru hujan.

Gelap adalah akidah syirik bidaah yang manusia buat. Maknanya, sebelum diberitahu mereka ajaran tauhid, kena beritahu apa akidah syirik mereka dahulu.

Guruh adalah ancaman-ancaman tentang syirik kepada Allah dan bidaah yang mereka lakukan. Banyak amalan syirik dan bidaah yang masyarakat buat. Kita kena beritahu mereka.

Kilat adalah yang cahaya yang menerangi, iaitu dalil-dalil dari Allah tentang pentingnya beriman penuh kepada Dia. Cahaya itu yang boleh menunjukkan jalan. Ianya adalah ‘hujah’ dan ‘bukti’ dari Allah tentang betapa jelasnya kesalahan dalam perbuatan dan fahaman syirik itu dan betapa nikmatnya tauhid. Ia menampakkan dengan jelas semua perkara, macam juga dengan kilat. Lihatlah bagaimana apabila kilat datang, semua akan cerah sahaja.

Semua itu adalah isyarat yang air hujan akan turun. Dan air hujan itu semua tahu, memberi manfaat dan memang ditunggu-tunggu oleh manusia – lebih-lebih lagi kalau orang Arab yang jarang dapat hujan. Tapi sebelum hujan turun, keadaan akan ada gelap, petir dan kilat akan datang dahulu. Semua orang tahu perkara ini. Dari dulu sampai sekarang, di negara mana pun mereka berada. Jadi, apabila perbandingan ini diberikan, semua boleh bayangkan. Ia turun dalam keadaan berat – sepertimana awan gelap, petir dan kilat. Tetapi walaupun ianya berat, tapi orang tahu yang ianya adalah nikmat. Wahyu Qur’an begitulah juga.

 

 يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ

Mereka akan memasukkan jari-jari mereka 

 

 فِي آذَانِهِمْ

ke dalam telinga-telinga mereka; 

Kenapa mereka tutup telinga mereka dengan jadi mereka? Kerana mereka tidak mahu mendengar. Tapi ini bermakna, mata mereka sepatutnya nampak. Tapi mereka buat tak nampak.

Mereka sumbat telinga mereka dengan jari. Tapi, lubang telinga memang kecil, mana boleh masuk jari pun. Begitulah Allah nak tunjuk bagaimana mereka tak mahu sangat kepada Qur’an sampaikan kalau boleh, lima-lima jari mereka mereka nak masukkan dalam telinga.

 

مِنَ الصَّوَاعِقِ

daripada mendengar petir,

Mereka tidak mahu mendengar guruh itu; mereka tak mahu dengar ancaman dan dalil-dalil dari Quran dan Hadis. Mereka lebih rela berada dalam kegelapan dari mendapat cahaya.

 

حَذَرَ الْمَوْتِ

kerana takut mati;

Kenapa? حَذَرَ المَوتِ ۚ – Kerana ‘takut mati’. Kerana pada mereka, kalau tinggalkan syirik, bidaah dan maksiat itu, bagai mati dah kepada mereka. Begitulah sayangnya mereka kepada apa yang mereka amalkan selama hari ini. Mereka rasa tak boleh nak amalkan apa yang diajar oleh agama.

Orang-orang munafik itu juga takut mati. Mereka tidak mahu melalui cabaran yang perlu dilalui dalam perjuangan menegakkan Islam. Mereka tahu kalau mereka bersama dengan orang Islam, ada banyak cabaran dan antara cabarannya adalah berperang dan mungkin akan mati dalam peperangan itu.

 

وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ

Dan Allah meliputi (ilmuNya) terhadap orang-orang kafir ini. 

Tapi mereka bukan boleh pergi mana pun. وَاللَّهُ مُحيطٌ بِالكافِرينَ – Allah meliputi mereka – azab Allah akan kena juga kepada mereka walau ke mana pun mereka pergi.

Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita bahawa mereka itu kafir sebenarnya. Lihatlah perkataan kafir yang digunakan oleh Allah dalam hujung ayat ini. Ini kerana Allah tahu bahawa mereka itu kafir.


Ayat 20: Ini adalah bandingan kedua kepada golongan Kafir Jahil itu.

يَكادُ البَرقُ يَخطَفُ أَبصارَهُم ۖ كُلَّما أَضاءَ لَهُم مَشَوا فيهِ وَإِذا أَظلَمَ عَلَيهِم قاموا ۚ وَلَو شاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمعِهِم وَأَبصارِهِم ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Sahih International

The lightning almost snatches away their sight. Every time it lights [the way] for them, they walk therein; but when darkness comes over them, they stand [still]. And if Allah had willed, He could have taken away their hearing and their sight. Indeed, Allah is over all things competent.

Malay

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ

Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka;

Ayat ini bermaksud, hampir-hampir hujah Qur’an itu menghairankan mereka dan memberi kesan kepada mereka. Hampir-hampir hujah itu mereka nak terima kerana hujah itu memang dah benar dan tidak boleh ditolak oleh akal yang sihat. Tapi orang munafik walaupun jelas macam mana pun, mereka tak mahu terima juga.

 

 كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ

Setiap kali kilat itu menerangi mereka, 

‘Menyinari’ itu bermaksud apabila mereka nampak keuntungan dunia, mereka akan ikut agama. Contohnya mereka boleh dapat duit zakat, harta ghanimah rampasan perang dan sebagainya.

Ataupun ia boleh bermaksud mukjizat Nabi yang ditunjukkan kepada mereka.

 

مَشَوْا فِيهِ

mereka ikut;

Maksudnya, mereka duduk dalam majlis Nabi dan sahabat untuk kepentingan dunia sahaja. Sebab takut nyawa mereka melayang kalau orang lain tahu yang mereka itu sebenarnya tidak beriman. Mereka pergi solat berjemaah supaya mereka dilihat sebagai orang Islam sahaja. Sebab itu Nabi kata mereka berat untuk datang solat Subuh dan Isyak kerana waktu itu suasana gelap jadi tidak ada orang nampak. Nabi pun tak nampak. Jadi, bila suasana gelap, bolehlah mereka buat alasan tak datang, kerana mereka datang waktu boleh dilihat sahaja.

terus mereka berlari. Mula mereka duduk dalam gelap, bila ada cahaya kilat itu, mereka akan berlari sebab mereka baru nampak ada cahaya. Ini isyarat bahawa jikalau ada hukum-hukum agama yang menguntungkan mereka, mereka akan ikut.

 

 وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا

Dan apabila gelap menyelubungi mereka, mereka berdiri;

Maknanya, orang munafik ini, apabila nampak ada manfaat kepada mereka kalau mereka ikut Islam, mereka akan ikut. Tapi bila Islam tidak memberi faedah kepada mereka, mereka tidak mahu ikut. Apabila mereka lihat agama Islam itu menyusahkan mereka, mereka tak mahu nak ikut.

Tapi kepada orang beriman, apabila kilat memancar, mereka akan tengok dan masa gelap mereka akan berjalan. Sebab masa cerah itu, mereka akan nampak halangan-halangan yang ada. Orang munafik, semasa terang sekejap itu yang mereka berlari. Itulah bezanya antara orang mukmin dan orang munafik. Orang munafik masuk Islam kerana mahukan sesuatu faedah sahaja.

 

وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ

Kalaulah Allah kehendaki,

 

 لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ

nescaya Allah telah hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka;

Allah boleh hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Tapi Allah tak buat begitu kepada mereka. Kerana ianya akan menjadi hujjah di akhirat kelak yang mereka telah dapat segalanya yang perlukan untuk beriman. Mereka tak boleh jadikan alasan yang mereka di dunia dulu tak dengar dan tak nampak, jadi mereka tak dapat terima Islam kerana pancaindera mereka tidak lengkap. Oleh itu, sama rata sahaja Allah beri kepada mereka.

Allah boleh buat, tapi Tuhan masih lagi memberi mereka kuasa mendengar dan melihat kebenaran. Akan hanya ditutup apabila sakaratul maut nanti. Maknanya, Tuhan memang sayang kepada makhlukNya.

 

 إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sesungguhnya Allah atas segala sesuatu itu berkuasa sungguh.

Walaupun Allah tak buat, tapi Allah sebut dalam ayat ini kerana hendak memberitahu yang Dia boleh buat إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ (sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu). Dia Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja.

Baqarah 17-20

Maka, tafsir ayat: غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ, berhenti disini. Panjang sedikit ayat tentang orang Munafik dalam ayat-ayat ini. Ini adalah kerana orang mukmin itu jelas, orang kafir itu jelas. Tapi orang munafik ini lain sikit. Mereka luaran menunjukkan mereka Islam, tapi dalaman mereka tidak. Jadi memerlukan ayat-ayat yang banyak sedikit untuk menceritakan tentang mereka.


Ayat 21: Ini adalah ‘Dakwa’ surah Baqarah yang pertama. Ada tiga dakwa surah Baqarah.

Ayat 1-20 telah menceritakan tentang golongan-golongan yang ada. Ada yang selamat dan ada yang celaka. Maka ayat seterusnya ini adalah rawatan kepada mereka yang celaka itu.

Mereka kena kembali kepada ajaran agama yang sebenar. Ayat 21 dan 22 adalah tentang tauhid – iaitu mengajar manusia untuk sembah Allah sahaja. Kemudian ayat 23 dan 24 tentang Risalah (Kenabian) kerana untuk kita kenal agama dan selamat dunia akhirat, kita kena ikut ajaran Nabi.

Jadi kalau nak selamat, kena terima tauhid dan Risalah. Kalau terima, Allah beritahu dalam ayat 25 yang natijah kalau terima keduanya, balasannya adalah syurga.

يا أَيُّهَا النّاسُ اعبُدوا رَبَّكُمُ الَّذي خَلَقَكُم وَالَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ

Sahih International

O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous –

Malay

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ

Wahai manusia semua sekali;

Sekarang Allah bercakap kepada semua manusia, tidak kira samada orang itu Islam, tidak kira samada orang itu kafir. Setelah Allah terangkan tentang tiga golongan tadi, Allah nak rangkumkan apakah yang perlu manusia lakukan.

Tetapi, orang kafir ramai yang tidak baca Quran. Maka kitalah yang kena sampaikan. Inilah tanggungjawab kita sebagai pelajar Quran ini untuk menyampaikan kepada mereka. Jangan kita jadi macam orang Yahudi yang menyimpan kalam suci Allah dengan mereka sahaja dan tidak sampaikan kepada orang lain.

 

 اعْبُدُوا رَبَّكُمُ

Sembahlah Tuhan kamu sahaja;

Inilah yang penting sekali manusia kena lakukan; sembah Allah sahaja. Pujalah, ibadatlah, sembahlah, agungkanlah Allah sahaja. Buatlah ibadat kepada Allah sahaja. Kenapa kena sembah dan buat ibadat kepada Dia sahaja? Allah beritahu dalil dalam bahagian yang seterusnya.

Maksud اعْبُدُوا juga adalah ‘menghambakan’ diri kepada Allah. Taat kepada apa yang Allah suruh kita buat.  

 

 الَّذِي خَلَقَكُمْ

Kerana Dialah Dzat yang mencipta kamu;

Dan setiap Dakwa, mesti ada dalil. Dalil pertama yang diberikan adalah jenis ‘Dalil Aqli Anfusi – iaitu Allah suruh lihat kepada diri kita sendiri – الَّذي خَلَقَكُم iaitu Allah sahaja yang boleh menjadikan kita. Kita kena sembah Allah sahaja, kerana makhluk lain tidak dapat cipta kita.

 

 وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ

dan orang-orang yang sebelum kamu;

Dalil yang kedua, Allah sebut yang bukan kita sahaja tapi – وَالَّذينَ مِن قَبلِكُم – yang sebelum kita pun telah dijadikan oleh Allah. Semua sekali, bapa, datuk dan nenek kita semua sekali telah diciptakan oleh Allah. Sebab itu kita kena sembah Dia.

 

 لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Mudah-mudahan kamu akan dapat taqwa. 

Dalil-dalil ini diberi supaya kita boleh terima dan buat ibadat dan menghambakan diri kepada Allah dan لَعَلَّكُم تَتَّقونَ – Semoga kita bertaqwa.


Ayat 22: Ini dalil kedua, bukan setakat Dia cipta kita sahaja,

الَّذي جَعَلَ لَكُمُ الأَرضَ فِراشًا وَالسَّماءَ بِناءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّماءِ ماءً فَأَخرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَراتِ رِزقًا لَكُم ۖ فَلا تَجعَلوا لِلَّهِ أَندادًا وَأَنتُم تَعلَمونَ

Sahih International

[He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know [that there is nothing similar to Him].

Malay

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

 

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ

Dialah juga yang mencipta untuk kamu, bumi ini

Dan dalil ketiga, Allah juga yang jadikan bumi sebagai hamparan buat kita. Sebagai tempat duduk dan tempat cari rezeki.

Potongan ayat ini sebagai dalil bahawa bumi ini dijadikan untuk kita. Segala yang ada di bumi ini adalah untuk kegunaan kita. Sebagai contoh, ada binatang juga hidup di dunia ini, bukan? Maka binatang itu untuk kita sebenarnya.

Juga dalil bahawa tempat tinggal untuk manusia ini adalah planet bumi ini, bukan tempat yang lain. Kalau boleh pergi ke planet lain, boleh lawat lah sahaja, bukan untuk tinggal.

 

فِرَاشًا

terhampar;

Bayangkan, kalau bergegar sahaja bumi, rumah akan runtuh. Tak boleh bawa kereta dan sebagainya. Tak boleh buat apa-apa.

 

 وَالسَّمَاءَ بِنَاءً

Dan membuat langit satu binaan yang kukuh

Dan dalil keempat, Allah mengingatkan kita yang Dia juga yang jadikan langit. Langit adalah satu binaan yang kukuh dan luas. Bumi itu ibarat perempuan dan langit itu ibarat lelaki.

 

وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً

Dan menurunkan dari langit air hujan

 

 فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ

Dan Allah keluarkan dari hujan itu berbagai-bagai buahan sebagai rezeki kepada kamu;

Itulah segala bukti yang Allah berikan. Kalau Allah yang jadikan semua ini, sembahlah Allah sahaja dan kenapa nak sembah selain Dia? Kenapa nak puja Nabi wali malaikat? Apa yang mereka buat?

Oleh sebab itu:

 

 فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا

Jangan kamu jadikan bagi Allah itu, tandingan-tanding;

Jangan jadikan tandingan untuk Allah dalam berdoa. Sepatutnya kita hanya sembah dan doa kepada Allah sahaja, bukan? Tapi kenapa Allah kena bertanding dengan selain Dia pula? Ada pula orang yang minta kepada selain Allah.

Sebagai contoh, ada yang minta tok guru buang sial pada kereta mereka dan sebagainya. Mereka kalau ada kemalangan, akan pergi berjumpa kepada Tok Guru, dan minta tok guru buang sial. Atau kalau beri kereta baru, mereka akan minta Tok Guru pakai kereta itu untuk beberapa hari supaya kereta itu ada berkat. Mereka akan bayar guru itu untuk ‘perkhidmatan’ guru itu. Banyak yang kaya raya sebab buat kerja macam ni. Macamlah mereka boleh sekat bala Tuhan. Semuanya itu adalah pemahaman yang salah. Tidak ada sesiapa pun boleh sekat bala yang Allah hendak beri. Tetapi mereka meneruskan juga amalan ini kerana mereka menjadikan kerja-kerja itu sebagai punca pendapatan mereka. Ini tidak ubah seperti kerja Sami Hindu sahaja.

 

 وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Sedangkan kamu tahu;

Kamu sendiri tahu bahawa Allah tidak berkongsi di dalam penciptaan langit dan bumi. Semasa Allah cipta alam ini, Dia tidak ada sesiapa pun yang tolong Dia.

Insya Allah nanti kita akan masukkan amalan-amalan salah tok guru-tok guru untuk kita menceritakan di manakah kesalahan mereka. Kita akan tunjukkan mana amalan salah itu dan manakah yang syiriknya dengan amalan itu. Atau anda boleh tanya berkenaan amalan-amalan pelik manusia yang anda dengar dan boleh kita semak sama-sama samada amalan itu benar atau tidak.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Ustaz Rosman

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 002: al-Baqarah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s